sintaksis i 1

Click here to load reader

Upload: narimah-hashim

Post on 19-Dec-2015

56 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Sintaksis Bahasa Melayu

TRANSCRIPT

PERMARKAHAN

PPG PJJ SEMESTER 5 2012/2013

BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

TUGASAN

DISEDIAKAN OLEH

KUMPULAN

UPSI03 (A112PJJ)

NAMA PENSYARAH E LEARNING

DR. SANAT BIN MD. NASIR

TARIKH SERAH

20 APRIL 2014

Kandungan

Perkara

Mukasurat

Pendahuluan

2

Ayat Tunggal

3

Ayat Majmuk

4

Analisis

7

Penutup 9Rujukan

10Lampiran 1

Jadual 1 11

Jadual 2 16Jadual 3 22Jadual 4 28Lampiran 2 34Tajuk: Analisis Ayat Bahasa Melayu

Pendahuluan

Tugasan BML3063 kali ini ialah mengkaji jenis binaan ayat dan peratusan ayat tunggal dan ayat majmuk yang terdapat dalam satu teks . Tugasan ini memerlukan saya menganalisis jenis-jenis binaan ayat yang digunakan oleh penulis dalam rencana yang ditulisnya. Tugasan ini akan membolehkan saya mengetahui peratusan jenis ayat serta subjenis masing-masing dan membolehkan saya membuat perbandingan dengan lebih jelas.

Tujuan

Tugasan ini adalah bertujuan untuk :

i. Menganalisis jenis binaan ayat tunggal dan ayat majmuk.

ii. Membuat perbandingan antara ayat tunggal dengan ayat majmuk serta subjenis masing-masing.

Bidang

Analisis yang dijalankan ini adalah melibatkan bidang sintaksis iaitu merujuk kepada binaan yang dibentuk oleh perkataan yang berfungsi sebagai binaan atau konstituen dalam ayat. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz ( 2008 ), sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat . Ayat tunggal dan ayat majmuk serta subjenis masing-masing adalah antara jenis binaan ayat yang dikaji dalam tugasan ini.

Bahan

Bahan ini diambil daripada Utusan Online , ARKIB : 06/04/2014 dengan tajuk : Sastera Melayu makin menguncup Oleh Mulia Kurniawan dan alamat artikel penuh :

http://www.utusan.com.my/utusan/Sastera/20140406/sa_02/Sastera-Melayu-makin-menguncup#ixzz2zMYvcDKA Utusan Melayu (M) Bhd

Kaedah

Bahan diambil daripada Utusan online. Semua ayat di dalam teks ( lampiran 2) dianalisis sepenuhnya . Analisis ini boleh dilihat dalam jadual yang disertakan . Analisis ini juga melibatkan tiga jadual , iaitu Jadual 1 : Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk. Jadual 2 : Analisis Ayat Tunggal, dan Jadual 3 : Analisis Ayat Majmuk. Analisis juga dilakukan bagi menganalpasti jenis dan subjenis serta peratusan masing-masing.

DEFINISI AYATPembinaan ayat merupakan salah satu cabang dalam tatabahasa yang perlu kita ketahui untuk Bahasa Malaysia. Dalam memperkatakan tentang ayat,ia merupakan tahap tertinggi dalam penulisan dan komunikasi bahasa Melayu.Setiap tokoh bahasa memberikan pendapat yang berbeza tentang makna ayat.Antara mereka yang telah memberikan pendapat tentang makna ayat ialah Pendeta Zaba ( Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 dalam Kursus Menguasai Bahasa Melayu Mudah,2006) Melalui maksud ayat yang diberi oleh Zaba maka boleh dibuat kesimpulan bahawa ayat ini bermakud susunan yang mempunyai hujung dan pangkal ayat yang boleh difahami oleh pembaca atau pendengar kerana ia merupakan kumpulan perkataan yang telah sempurna maksud.

Mengikut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd melalui buku mereka,(Kursus Menguasai Bahasa Melayu Mudah, 2006 hlm 149 ), dapat disimpulkan bahawa ayat tidak semestinya terdiri dari ayat yang panjang tetapi ayat boleh terdiri dengan hanya dua patah perkataan sahaja asalkan ia dapat difahami.Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd,ayat mestilah terdiri dari dua kompenen iaitu subjek dan predikat.Menurut Asmah Haji Omar pula ( Nahu Bahasa Melayu Mutakhir dalam Kursus Menguasai Bahasa Melayu Mudah,2006) pula,ayat adalah unit tertinggi dalam tatabahasa Melayu.Ia mestilah dimulakan dengan perbuatan senyap dan juga diakhiri dengan perbuatan senyap.Ayat juga mempunyai intonasi bagi mengambarkan maksud ayat tersebut.

Jika kita melihat dari beberapa pendapat yang dinyatakan diatas maka dapat kita simpulkan bahawa ayat merupakan susunan yang tertinggi dalam strata tatabahasa Melayu yang boleh terdiri dari dua atau lebih patah perkataan yang mana ia dimulai dengan kesenyapan dan diakhiri dengan kesenyapan.Pembentukan kata dalam disiplin bahasa dikenali sebagai binaan atau konsturksi.Binaan ayat terdiri daripada susunan unit kecil rangkai kata dalam disipli bahasa yang juga dikenali sebagai unsur atau konsituen.

KONSEP AYATAyat sebagai unit bahasa yang tertinggi boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu ayat tunggal dan ayat majmuk. Penjenisan ini dibuat berasaskan bilangan klausa dalam ayat berkenaan. Jika dipandang ayatnya dari segi ragamnya, kita dapati pula ayat aktif dan ayat pasif. Jika kita amati pula tujuan ayat, maka kita dapati pula ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seru. Sebelum ini kita telah melihat binaan ayat dan kita temui ayat dasar dan ayat terbitan. Di samping itu kita juga juga mengkaji pola ayat dasar.Ayat TunggalAyat tunggal ialah ayat terbentuk daripada satu klausa, yakni ayat yang terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Ayat dasar juga adalah ayat tunggal, tetapi bukan semua ayat tunggal dapat dianggap sebagai ayat dasar. Ayat dasar merupakan ayat tunggal jenis ayat penyata dalam ragam ayat aktif. Ayat-ayat berikut ialah contoh ayat-ayat tunggal (subjek ditebalkan. Selainnya ialah predikat).

Ibu negara kita ialah Kuala Lumpur

Gunung Kinabalu adalah gunung tertinggi di Asia Tenggara

Telah dinyatakan bahawa ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Subjek ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif. Begitu juga dengan predikat ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama.

Ayat Majmuk

Ayat najmuk ialah ayat yang dibina oleh dua atau lebih klausa bebas dengan menggunakan kata hubung seperti dan, atau, tetapi, serta, lalu dan sebagainya. Ayat majmuk ini terdiri beberapa jenis seperti

1. Ayat Majmuk Gabungan

2. Ayat Majmuk Pancagan

3. Ayat Majmuk Campuran

Ayat Majmuk gabungan

Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang dibina oleh dua atau lebih klausa bebas dengan menggunakan kata hubung seperti dan, atau, tetapi, serta, lalu dan sebagainya. Koma mungkin digunakan jika gabungan terdiri daripada tiga atau lebih klausa. Cuba teliti contoh di bawah.

(1) Aminah pandai menyanyi dan menari

(2) Aminah pandai menyanyi

(3) Aminah pandai menari

Ayat yang (1) berasal daripada ayat (2) dan (3). Kedua-dua ayat (2) dan (3) dihubungkan dengan menggunakan kata hubung dan. Klausa (2) dan (3) sama tarafnya iaitu klausa utama. Kedua-dua ayat digabungkan menjadi satu ayat dengan menggunakan koma dan kata hubung ``dan.'' Semua klausa sama tarafnya, iaitu klausa utama. Ayat majmuk gabungan boleh jadi ayat yang mengandungi fakta yang sejajar atau fakta yang bertentangan . Untuk fakta yang tidak bertentangan, kata hubung seperti dan, serta, tambahan, pula, sambil dan sebagainya digunakan. Untuk fakta yang bertentangan, kata hubungan seperti tetapi, sebaliknya, padahal dan sebagainya digunakan .

Ayat majmuk pancangan

Ayat majmuk pancagan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa yang tidak setara. Ini bermakan dalam ayat berkenaan terdapat satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau lebih klausa tak bebas atau ayat kecil. Ayat kecil dipancangkan di dalam ayat utama dengan menggunakan kata hubungan seperti yang, bahawa, kerana, jika, apabila, sungguhpun dan sebagainya. Dalam bahasa Melayu, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iatu ayat relatif, ayat komplemen, dan ayat keterangan.

Ayat majmuk campuran

Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat. Ayat ini mungkin terdiri daripada ayat tunggal dan ayat majmuk gabungan atau ayat majmuk pancangan. Biasanya, ayat jenis ini panjang. Panjang pendek bukanlah kriteria ayat majmuk campuran tetapi bilangan subjek dan predikatnya atau bilangan klausanya.

Perhatikan contoh-contoh di bawah.

Klausa utama ditandakan `U' dan bilangannya dinomborkan; ayat kecil ditandakan 'K' dan bilangannya dinomborkan.

contoh 1:

Negara mengalami masalah ekonomi (U1) tetapi keadaannya bertambah baik (U2) apabila pertumbuhan eknomi mula berkembang semula (K1).

(Ayat campuran ini terdiri daripada ayat gabungan dan ayat keterangan waktu; atau dua ayat utama dan satu ayat kecil.

contoh 2:Apabila kami tiba di Langkawi (K1) kami disambut oleh jawatankuasa (U1) dan kami diperkenalkan kepada Pegawai Daerah (U2) serta ahli Jawatankuasa Kemajuan Kampun (U3).

(Ayat campuran terdiri daripada tiga ayat utama dan satu ayat kecil)

Analisis

Sebanyak 59 ayat telah dianalisis sepenuhnya. Melalui Jadual 1 , didapati bahawa majoriti ayat yang terdapat di dalam teks itu ialah ayat majmuk. Terdapat sebilangan kecil ayat tunggal yang dikesan dalam analisis yang dilakukan. Peratusan yang diperolehi ialah ayat tunggal sebanyak 21 ayat iaitu (35.59 %) , manakala ayat majmuk pula ialah sebanyak 38 ayat iaitu (64.41 %).

Antara contoh-contoh ayat tunggal :

1. Setiap yang disebutkan ini penting.

Antara contoh-contoh ayat majmuk :

2. Semua maklum dan mengakui ada penggerak yang ampuh pada masa kini.

Jadual 2 menunjukkan analisis ayat tunggal . Jenis yang dimaksudkan itu ialah Ayat Tunggal FN + FN , Ayat Tunggal FN + FK , Ayat Tunggal FN + FA dan Ayat Tunggal FN + FS. Daripada analisis yang dilakukan, didapati bahawa ayat tunggal yang terdapat di dalam teks ini ialah sebanyak 35.59%. Daripada keseluruhan ayat tunggal yang terdapat di dalam teks, ayat-ayat tunggal ini boleh dibahagikan kepada empat jenis yang utama serta peratusan masing-masing. Terdapat sebanyak 8 ( 38.10%) Ayat Tunggal FN + FN , 6 ( 28.57%) Ayat Tunggal FN + FK , 4 ( 19.05%) Ayat Tunggal FN + FA dan 3 ( 14.28%) Ayat Tunggal FN + FS. Antara contoh-contoh Ayat Tunggal ialah :

1) Buku-buku yang diterbitkan semakin hilang punca. (Ayat Tunggal FN + FN)

2) Penerbitan memainkan peranan penting. (Ayat Tunggal FN + FK)

3) Peneliti sastera umumnya menyatukan pendapat bahawa era 1970-an merupakan lonjakan terbaik dalam landskapnya di tanah air. (Ayat Tunggal FN + FA)

4) Banyak tanda yang menunjukkan bahawa realiti sastera Melayu semasa berada pada paras yang kurang memberangsangkan. (Ayat Tunggal FN + FN)

Jadual 3 menunjukkan analisis ayat majmuk. Jenis-jenis ayat majmuk yang dianalisis ialah Ayat Majmuk Gabungan, Ayat Majmuk Pancangan dan Ayat Majmuk Campuran. Ayat Majmuk Pancangan pula terdapat tiga subjenis , iaitu Ayat Relatif , Ayat Komplemen dan Ayat keterangan. Daripada analisis yang dilakukan, didapati bahawa ayat majmuk yang terdapat di dalam teks ini ialah sebanyak (64.41 %). Daripada keseluruhan ayat majmuk yang terdapat di dalam teks, ayat-ayat majmuk ini boleh dibahagikan kepada tiga jenis yang utama serta peratusan masing-masing. Ayat majmuk jenis gabungan terdapat sebanyak 21 ayat berbanding 38 ayat kesemuanya. Peratusannya ialah 55.26 % . Terdapat 5 (13.15%) ayat majmuk pancangan dan 13 (31.59%) ayat majmuk campuran. Antara contoh-contoh Ayat Majmuk yang terdapat dalam teks ini adalah :

1) Semua maklum dan mengakui ada penggerak yang ampuh pada masa kini. (Ayat majmuk gabungan)

2) Anugerah MASTERA pula ketara kurang impaknya sehinggakan seolah-olah tidak dipedulikan sesiapa. (Ayat majmuk pancangan)

3) Badan penyelaras ini tidak bersifat menyekat, atau membantutkan, termasuk dalam bidang penerbitan buku. (Ayat majmuk pancangan relatif)

4) Pada ketika itu, kita tentu perlu menunggu berdekad-dekad lagi untuk bangun semula bagi mengatur langkah yang serba tak kena dengan mula bertatih sekali lagi! (Ayat majmuk campuran)

Jadual 4 menunjukkan analisis jenis ayat. Jenis-jenis ayat yang di analisis ialah Jenis Ayat Penyata, Jenis Ayat Tanya, Jenis Ayat Perintah dan Jenis Ayat Seruan. Daripada analisis yang dilakukan, terdapat 55 (93.22%) ayat Jenis Ayat Penyata, 2(3.39%) ayat Jenis Ayat Tanya dan 2(3.39%) ayat Jenis Ayat Seruan di dalam teks ini Antara contoh-contoh Jenis Ayat yang terdapat dalam teks ini adalah :

1) Betul, sasterawan dan segala macam karyawan sukar disekat daya kreativiti dan kecenderungan berkarya mereka. (Jenis Ayat Penyata)

2) Jika pada masa ini karya menjurus kepada perihal remeh-temeh sekitar diri dan peribadi, mengapakah tidak boleh difikirkan satu kecenderungan nasional dalam menggerakkan corak penulisan? (Jenis Ayat Tanya)

3) Jangan buat-buat lupa, SEA Write dan beberapa yang lain bukan pemberian asli kita! (Jenis Ayat Seruan)

Penutup

Tugasan yang dilakukan ini bertujuan untuk menganalisis dan membuat perbandingan bilangan ayat tunggal dan ayat majmuk yang terdapat di dalam teks. Setelah kajian dibuat, didapati bahawa terdapat sedikit sahaja ayat tunggal yang wujud di dalam teks kerana kebanyakan ayat yang terdapat di dalam teks tersebut ialah ayat majmuk yang boleh digolongkan kepada jenis-jenisnya yang tertentu mengikut pembentukan ayat tersebut. Antara jenis ayat majmuk yang terdapat di dalam teks ialah ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan dan ayat majmuk campuran.Ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk campuran adalah antara ayat majmuk yang banyak digunakan di dalam teks. Ayat majmuk pancangan sedikit sahaja jika dibandingkan dengan kedua-dua jenis ayat majmuk lain. Bagi jenis ayat pula, jenis ayat penyata memonopoli jenis-jenis ayat ini berbanding jenis ayat tanya dan jenis ayat seruan.

Rujukan

Nik Safiah Karim et.al (2006). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Abdullah Hassan et.al (2006) .Sintaksis. Kuala Lumpur : PTS Profesional Publishing Sdn.. Bhd.

Siti Hajar Abdul Aziz ( 2008 ). Bahasa Melayu ll. Petaling Jaya : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Adenan Ayob (2009). Bahasa Kebangsaan : Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Abdul Ghalib Yunus ( (2012). Soal Jawab Bahasa dengan Munsyi Dewan , Jilid 2 : Marshall Cavendish Sdn. Bhd.

Lampiran 1 :

Jadual 1 :

Jadual Analisis Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk

BilSenarai AyatATAM

1Banyak tanda yang menunjukkan bahawa realiti sastera Melayu semasa berada pada paras yang kurang memberangsangkan10

2Sastera semasa dilihat kebelakangan ini tidak lebih daripada sekadar rentetan atau kesinambungan daripada perkembangan sebelumnya tanpa memperlihatkan sesuatu kemajuan yang besar dan membanggakan.01

3Peneliti sastera umumnya menyatukan pendapat bahawa era 1970-an merupakan lonjakan terbaik dalam landskapnya di tanah air10

4Kemajuan yang dicapai pada waktu itu ketara selepas negara mencapai kemerdekaannya, dan melepas era 1960-an yang menjadi tapak kukuh perkembangan pesat dekad selepasnya.01

5Penerbitan memainkan peranan penting.10

6Perlu disebut, penanda aras baharu, terbitnya majalah Dewan Sastera (dieja Dewan Sastra pada awal penerbitannya) pada 15 Januari 1971 memberi nafas yang segar dan menjanjikan dalam momentum pergerakannya01

7Media penerbitan terus memainkan peranan besar memuatkan pelbagai bentuk penulisan kreatif seolah-olah melepas geram sejak kita beroleh kemerdekaan yang cepat membentuk satu acuan terpenting sastera Melayu era itu. 10

8Pemberian Hadiah Karya Sastera yang juga bermula pada tahun 1971 oleh kerajaan menyuntik dorongan yang sangat luar biasa.01

9Penulis muncul, karya sastera tumbuh di sana sini.01

10Sekiranya penerbitan buku menjadi pencapaian baharu, hasil karya secara stensilan ikut sama menumpang, malahan ada yang diangkat, diberikan hadiah oleh ketinggian tahap ciptaannya.01

11Selain majalah dan akhbar arus perdana, akhbar tabloid dan majalah yang dianggap picisan turut menyambut meraikan kemeriahan dunia sastera.01

12Tidak syak lagi sastera diberikan tempat yang sedikit terhormat dalam dua dekad sebelumnya10

13Pengarang dikenali, buku-buku dicari, selebihnya sastera mula dilihat sebagai boleh memainkan peranan dalam membina masyarakat dan arah pembangunan negara apabila sasterawan didengar suaranya. 01

14Banyak seruan yang membina dizahirkan sasterawan baik melalui lontaran pandangan malahan yang jauh tersirat dalam hasil ciptaan.01

15Entah di manakah silapnya, pemikiran kesusasteraan kemudiannya semakin layu. 10

16Banyak yang tersadai dek idealisme yang terbantut.10

17Tidak kurang juga yang berjaya didiamkan pihak berkepentingan.10

18Yang lain beralih arah mencari alur dan rentak kehidupan di lapangan berlainan.01

19Buku-buku yang diterbitkan semakin hilang punca.10

20Kegiatan lebih merupakan redundensi kepada sekian yang ada.10

21Pemberian Anugerah Sastera Negara, bagi kebanyakan orang pula tidak lebih sekadar melepaskan batuk di tangga 01

22Jangan buat-buat lupa, SEA Write dan beberapa yang lain bukan pemberian asli kita!01

23Anugerah MASTERA pula ketara kurang impaknya sehinggakan seolah-olah tidak dipedulikan sesiapa.01

24Sastera kita pun mula dimomokkan.10

25Buku lebih cenderung diterbit untuk mengejar keuntungan.10

26Bayangkan sepanjang 10 tahun dekad yang lalu, kita hanya ingat satu judul Naratif Ogonshoto karya Sasterawan Negara Anwar Ridhwan sahaja.01

27Selain itu, seperti kebanyakannya, karya lahir dan menghilang di ufuk pandangan tanpa kesan tanpa bekasnya.01

28Pemberian hadiah lebih hanya untuk menutup mulut pengkritik nakal yang sering kalinya mudah meroyan.01

29Ketika kemajuan dan perkembangan sastera banyak negara luar terus-terusan mencipta rentak dinamiknya, semakin kita terasakan kerdil tak bermaya.01

30Keadaan lesu sastera Melayu tidak lagi boleh dibiarkan layu terlalu lama.10

31Kita perlu segera bangkit.10

32Masyarakat meminta satu pembaharuan cepat dibina.10

33Seiring transformasi di segenap lapangan dalam pentadbiran kerajaan barang kali penggerak kesusasteraan Melayu patut membentuk anjakannya yang tersendiri juga.01

34Sastera kita dalam keadaan semasa seolah-olah kehilangan induknya.10

35Maka, rasanya tidak keterlaluan jika dituntut sebuah badan penyelaras yang dikenal pasti untuk memegang ratusan kunci ke arah membangunkan semula kesusasteraan Melayu kita.01

36Badan penyelaras ini boleh dibentuk kerajaan ataupun dijantungkan sebuah NGO seumpama Perkasa.01

37Melaluinya, pelbagai penyelarasan dapat dilaksana.10

38Pertama, gerakan untuk menentukan hala tuju yang jelas akan orientasi penghasilan karya kreatif negara.01

39Ia kedengarannya agak besar.10

40Akan tetapi, ia penting difikirkan10

41Betul, sasterawan dan segala macam karyawan sukar disekat daya kreativiti dan kecenderungan berkarya mereka.01

42Namun, kita perlu mempunyai satu kerangka yang wajar dipenuhi demi mengangkat hasil kesenian kita.01

43Jika pada masa ini karya menjurus kepada perihal remeh-temeh sekitar diri dan peribadi, mengapakah tidak boleh difikirkan satu kecenderungan nasional dalam menggerakkan corak penulisan?01

44ASAS 50 mempunyai idealisme.10

45Seni untuk masyarakat yang dibawanya sebagaimana umum ketahui telah mencorakkan hala tuju penulisan.01

46Jika negara mempunyai kepentingan, misalnya ke arah keteguhan jati diri bangsa dengan fikiran universal memperjuangkan kemanusiaan sejagat, mengapa tidak ini dijadikan asas penulisan pengarang dan sasterawan?01

47Kita perlu terus-menerus menjana perkiraan seumpama ini dari semasa ke semasa, dan badan penyelaras ini yang kelak boleh membuka pintunya.01

48Badan penyelaras ini tidak bersifat menyekat, atau membantutkan, termasuk dalam bidang penerbitan buku.01

49Benar juga hak penerbitan buku merupakan hak persendirian selagi mereka berniaga secara sah di sisi undang-undang.01

50Namun, kita juga percaya, kita mesti memiliki satu kerangka kerja dan wilayah kecenderungan yang beragenda serta menguntungkan.01

51Sehingga ini, perlu diakui bahawa kita tercicir jauh dari sesuatu matlamat yang kukuh walaupun banyak berita diterima ada penerbit beroleh untung puluhan juta, dan ada pengarang telah kaya raya.01

52Soal royalti yang adil, soal pemasaran termasuk menghapuskan cengkaman lintah orang tengah yang mencekik, rancangan pembinaan pengarang, memperluas dan mencari kumpulan pembaca berkualiti, soal pemberian segala bentuk hadiah dan anugerah tidak terkecuali memikirkan anugerah-anugerah baharu yang diyakini lebih berimpak, soal promosi karya tempatan kepada khalayak sastera dunia antara lain hendaklah dijuruskan dengan cara yang lebih tersusun.01

53Setiap yang disebutkan ini penting.10

54Soal sokongan dan dukungan kerajaan dilihat perlu memandangkan pengarang dan persatuan penulis tidak boleh bergerak tanpa dana yang mengizinkan, ilmu tambah kepada pengarang melalui pengajian di universiti atau segala bentuk peluang latihan, wajar dimasuk kira.01

55Semua maklum dan mengakui ada penggerak yang ampuh pada masa kini.01

56GAPENA dan PENA dilihat amat penting.01

57PENA misalnya sedang dinilai kerana menjadi rakan kongsi ITBM (Institut Terjemahan dan Buku Malaysia) yang mula berimpak kerana gerak dayanya yang dinamik.01

58Selebihnya, kita tidak mudah menyembunyikan rasa bimbang akan kedudukan sastera Melayu suatu hari kelak, hanya gah sebagai sastera akhbar-akhbaran.01

59Pada ketika itu, kita tentu perlu menunggu berdekad-dekad lagi untuk bangun semula bagi mengatur langkah yang serba tak kena dengan mula bertatih sekali lagi!01

Jumlah Ayat : 59AT : 21 ( 35.59% )AM : 38 ( 64.41%)AT + AM = 100%

Jadual 2:

Jadual Analisis Ayat Tunggal.

BilSenarai AyatAyat Tunggal

1 2 3 4

1Banyak tanda yang menunjukkan bahawa realiti sastera Melayu semasa berada pada paras yang kurang memberangsangkan 0 0 0 1

2Sastera semasa dilihat kebelakangan ini tidak lebih daripada sekadar rentetan atau kesinambungan daripada perkembangan sebelumnya tanpa memperlihatkan sesuatu kemajuan yang besar dan membanggakan.0 0 0 0

3Peneliti sastera umumnya menyatukan pendapat bahawa era 1970-an merupakan lonjakan terbaik dalam landskapnya di tanah air0 0 1 0

4Kemajuan yang dicapai pada waktu itu ketara selepas negara mencapai kemerdekaannya, dan melepas era 1960-an yang menjadi tapak kukuh perkembangan pesat dekad selepasnya.0 0 0 0

5Penerbitan memainkan peranan penting.0 1 0 0

6Perlu disebut, penanda aras baharu, terbitnya majalah Dewan Sastera (dieja Dewan Sastra pada awal penerbitannya) pada 15 Januari 1971 memberi nafas yang segar dan menjanjikan dalam momentum pergerakannya0 0 0 0

7Media penerbitan terus memainkan peranan besar memuatkan pelbagai bentuk penulisan kreatif seolah-olah melepas geram sejak kita beroleh kemerdekaan yang cepat membentuk satu acuan terpenting sastera Melayu era itu. 1 0 0 0

8Pemberian Hadiah Karya Sastera yang juga bermula pada tahun 1971 oleh kerajaan menyuntik dorongan yang sangat luar biasa.0 0 0 0

9Penulis muncul, karya sastera tumbuh di sana sini.0 0 0 0

10Sekiranya penerbitan buku menjadi pencapaian baharu, hasil karya secara stensilan ikut sama menumpang, malahan ada yang diangkat, diberikan hadiah oleh ketinggian tahap ciptaannya.0 0 0 0

11Selain majalah dan akhbar arus perdana, akhbar tabloid dan majalah yang dianggap picisan turut menyambut meraikan kemeriahan dunia sastera.0 0 0 0

12Tidak syak lagi sastera diberikan tempat yang sedikit terhormat dalam dua dekad sebelumnya0 0 1 0

13Pengarang dikenali, buku-buku dicari, selebihnya sastera mula dilihat sebagai boleh memainkan peranan dalam membina masyarakat dan arah pembangunan negara apabila sasterawan didengar suaranya. 0 0 0 0

14Banyak seruan yang membina dizahirkan sasterawan baik melalui lontaran pandangan malahan yang jauh tersirat dalam hasil ciptaan.0 0 0 0

15Entah di manakah silapnya, pemikiran kesusasteraan kemudiannya semakin layu. 0 0 1 0

16Banyak yang tersadai dek idealisme yang terbantut.0 1 0 0

17Tidak kurang juga yang berjaya didiamkan pihak berkepentingan.0 0 0 1

18Yang lain beralih arah mencari alur dan rentak kehidupan di lapangan berlainan.0 0 0 0

19Buku-buku yang diterbitkan semakin hilang punca.1 0 0 0

20Kegiatan lebih merupakan redundensi kepada sekian yang ada. 0 1 0 0

21Pemberian Anugerah Sastera Negara, bagi kebanyakan orang pula tidak lebih sekadar melepaskan batuk di tangga 0 0 0 0

22Jangan buat-buat lupa, SEA Write dan beberapa yang lain bukan pemberian asli kita!0 0 0 0

23Anugerah MASTERA pula ketara kurang impaknya sehinggakan seolah-olah tidak dipedulikan sesiapa.0 0 0 0

24Sastera kita pun mula dimomokkan.1 0 0 0

25Buku lebih cenderung diterbit untuk mengejar keuntungan.1 0 0 0

26Bayangkan sepanjang 10 tahun dekad yang lalu, kita hanya ingat satu judul Naratif Ogonshoto karya Sasterawan Negara Anwar Ridhwan sahaja.0 0 0 0

27Selain itu, seperti kebanyakannya, karya lahir dan menghilang di ufuk pandangan tanpa kesan tanpa bekasnya.0 0 0 0

28Pemberian hadiah lebih hanya untuk menutup mulut pengkritik nakal yang sering kalinya mudah meroyan. 0 0 0 0

29Ketika kemajuan dan perkembangan sastera banyak negara luar terus-terusan mencipta rentak dinamiknya, semakin kita terasakan kerdil tak bermaya.0 0 0 0

30Keadaan lesu sastera Melayu tidak lagi boleh dibiarkan layu terlalu lama.0 1 0 0

31Kita perlu segera bangkit.1 0 0 0

32Masyarakat meminta satu pembaharuan cepat dibina.1 0 0 0

33Seiring transformasi di segenap lapangan dalam pentadbiran kerajaan barang kali penggerak kesusasteraan Melayu patut membentuk anjakannya yang tersendiri juga.0 0 0 0

34Sastera kita dalam keadaan semasa seolah-olah kehilangan induknya.1 0 0 0

35Maka, rasanya tidak keterlaluan jika dituntut sebuah badan penyelaras yang dikenal pasti untuk memegang ratusan kunci ke arah membangunkan semula kesusasteraan Melayu kita.0 0 0 0

36Badan penyelaras ini boleh dibentuk kerajaan ataupun dijantungkan sebuah NGO seumpama Perkasa. 0 0 0 0

37Melaluinya, pelbagai penyelarasan dapat dilaksana.0 0 0 1

38Pertama, gerakan untuk menentukan hala tuju yang jelas akan orientasi penghasilan karya kreatif negara.0 0 0 0

39Ia kedengarannya agak besar.0 0 1 0

40Akan tetapi, ia penting difikirkan0 1 0 0

41Betul, sasterawan dan segala macam karyawan sukar disekat daya kreativiti dan kecenderungan berkarya mereka.0 0 0 0

42Namun, kita perlu mempunyai satu kerangka yang wajar dipenuhi demi mengangkat hasil kesenian kita.0 0 0 0

43Jika pada masa ini karya menjurus kepada perihal remeh-temeh sekitar diri dan peribadi, mengapakah tidak boleh difikirkan satu kecenderungan nasional dalam menggerakkan corak penulisan?0 0 0 0

44ASAS 50 mempunyai idealisme. 1 0 0 0

45Seni untuk masyarakat yang dibawanya sebagaimana umum ketahui telah mencorakkan hala tuju penulisan.0 0 0 0

46Jika negara mempunyai kepentingan, misalnya ke arah keteguhan jati diri bangsa dengan fikiran universal memperjuangkan kemanusiaan sejagat, mengapa tidak ini dijadikan asas penulisan pengarang dan sasterawan?0 0 0 0

47Kita perlu terus-menerus menjana perkiraan seumpama ini dari semasa ke semasa, dan badan penyelaras ini yang kelak boleh membuka pintunya.0 0 0 0

48Badan penyelaras ini tidak bersifat menyekat, atau membantutkan, termasuk dalam bidang penerbitan buku.0 0 0 0

49Benar juga hak penerbitan buku merupakan hak persendirian selagi mereka berniaga secara sah di sisi undang-undang.0 0 0 0

50Namun, kita juga percaya, kita mesti memiliki satu kerangka kerja dan wilayah kecenderungan yang beragenda serta menguntungkan.0 0 0 0

51Sehingga ini, perlu diakui bahawa kita tercicir jauh dari sesuatu matlamat yang kukuh walaupun banyak berita diterima ada penerbit beroleh untung puluhan juta, dan ada pengarang telah kaya raya.0 0 0 0

52Soal royalti yang adil, soal pemasaran termasuk menghapuskan cengkaman lintah orang tengah yang mencekik, rancangan pembinaan pengarang, memperluas dan mencari kumpulan pembaca berkualiti, soal pemberian segala bentuk hadiah dan anugerah tidak terkecuali memikirkan anugerah-anugerah baharu yang diyakini lebih berimpak, soal promosi karya tempatan kepada khalayak sastera dunia antara lain hendaklah dijuruskan dengan cara yang lebih tersusun. 0 0 0 0

53Setiap yang disebutkan ini penting.0 1 0 0

54Soal sokongan dan dukungan kerajaan dilihat perlu memandangkan pengarang dan persatuan penulis tidak boleh bergerak tanpa dana yang mengizinkan, ilmu tambah kepada pengarang melalui pengajian di universiti atau segala bentuk peluang latihan, wajar dimasuk kira.0 0 0 0

55Semua maklum dan mengakui ada penggerak yang ampuh pada masa kini.0 0 0 0

56GAPENA dan PENA dilihat amat penting.0 0 0 0

57PENA misalnya sedang dinilai kerana menjadi rakan kongsi ITBM (Institut Terjemahan dan Buku Malaysia) yang mula berimpak kerana gerak dayanya yang dinamik.0 0 0 0

58Selebihnya, kita tidak mudah menyembunyikan rasa bimbang akan kedudukan sastera Melayu suatu hari kelak, hanya gah sebagai sastera akhbar-akhbaran.0 0 0 0

59Pada ketika itu, kita tentu perlu menunggu berdekad-dekad lagi untuk bangun semula bagi mengatur langkah yang serba tak kena dengan mula bertatih sekali lagi!0 0 0 0

Ayat Tunggal :

1 : 8 ( 38.10%)

2 : 6 ( 28.57%)

3 : 4 ( 19.05%)

4 : 3 ( 14.28%)

Singkatan dan Kod Analisis

AT = Ayat Tunggal

AT1 = Ayat Tunggal FN + FN

AT2 = Ayat Tunggal FN + FK

AT3 = Ayat Tunggal FN + FA

AT4 = Ayat Tunggal FN + FS

Jadual 3 :

Jadual Analisis Ayat Majmuk

BilSenarai AyatAyat Majmuk

1 2 2.1 2.2 2.3 3

1Banyak tanda yang menunjukkan bahawa realiti sastera Melayu semasa berada pada paras yang kurang memberangsangkan 0 0 0 0 0 0

2Sastera semasa dilihat kebelakangan ini tidak lebih daripada sekadar rentetan atau kesinambungan daripada perkembangan sebelumnya tanpa memperlihatkan sesuatu kemajuan yang besar dan membanggakan. 1 0 0 0 0 0

3Peneliti sastera umumnya menyatukan pendapat bahawa era 1970-an merupakan lonjakan terbaik dalam landskapnya di tanah air 0 0 0 0 0 0

4Kemajuan yang dicapai pada waktu itu ketara selepas negara mencapai kemerdekaannya, dan melepas era 1960-an yang menjadi tapak kukuh perkembangan pesat dekad selepasnya. 0 0 1 0 0 0

5Penerbitan memainkan peranan penting. 0 0 0 0 0 0

6Perlu disebut, penanda aras baharu, terbitnya majalah Dewan Sastera (dieja Dewan Sastra pada awal penerbitannya) pada 15 Januari 1971 memberi nafas yang segar dan menjanjikan dalam momentum pergerakannya 1 0 0 0 0 0

7Media penerbitan terus memainkan peranan besar memuatkan pelbagai bentuk penulisan kreatif seolah-olah melepas geram sejak kita beroleh kemerdekaan yang cepat membentuk satu acuan terpenting sastera Melayu era itu. 0 0 0 0 0 0

8Pemberian Hadiah Karya Sastera yang juga bermula pada tahun 1971 oleh kerajaan menyuntik dorongan yang sangat luar biasa. 0 0 0 0 0 1

9Penulis muncul, karya sastera tumbuh di sana sini. 0 0 0 0 0 1

10Sekiranya penerbitan buku menjadi pencapaian baharu, hasil karya secara stensilan ikut sama menumpang, malahan ada yang diangkat, diberikan hadiah oleh ketinggian tahap ciptaannya. 0 0 0 0 0 1

11Selain majalah dan akhbar arus perdana, akhbar tabloid dan majalah yang dianggap picisan turut menyambut meraikan kemeriahan dunia sastera. 1 0 0 0 0 0

12Tidak syak lagi sastera diberikan tempat yang sedikit terhormat dalam dua dekad sebelumnya 0 0 0 0 0 0

13Pengarang dikenali, buku-buku dicari, selebihnya sastera mula dilihat sebagai boleh memainkan peranan dalam membina masyarakat dan arah pembangunan negara apabila sasterawan didengar suaranya. 1 0 0 0 0 0

14Banyak seruan yang membina dizahirkan sasterawan baik melalui lontaran pandangan malahan yang jauh tersirat dalam hasil ciptaan. 1 0 0 0 0 0

15Entah di manakah silapnya, pemikiran kesusasteraan kemudiannya semakin layu. 0 0 0 0 0 0

16Banyak yang tersadai dek idealisme yang terbantut. 0 0 0 0 0 0

17Tidak kurang juga yang berjaya didiamkan pihak berkepentingan. 0 0 0 0 0 0

18Yang lain beralih arah mencari alur dan rentak kehidupan di lapangan berlainan. 1 0 0 0 0 0

19Buku-buku yang diterbitkan semakin hilang punca. 0 0 0 0 0 0

20Kegiatan lebih merupakan redundensi kepada sekian yang ada. 0 0 0 0 0 0

21Pemberian Anugerah Sastera Negara, bagi kebanyakan orang pula tidak lebih sekadar melepaskan batuk di tangga 0 0 0 0 0 1

22Jangan buat-buat lupa, SEA Write dan beberapa yang lain bukan pemberian asli kita! 0 0 0 0 0 1

23Anugerah MASTERA pula ketara kurang impaknya sehinggakan seolah-olah tidak dipedulikan sesiapa. 0 1 0 0 0 0

24Sastera kita pun mula dimomokkan. 0 0 0 0 0 0

25Buku lebih cenderung diterbit untuk mengejar keuntungan. 0 0 0 0 0 0

26Bayangkan sepanjang 10 tahun dekad yang lalu, kita hanya ingat satu judul Naratif Ogonshoto karya Sasterawan Negara Anwar Ridhwan sahaja. 0 0 1 0 0 0

27Selain itu, seperti kebanyakannya, karya lahir dan menghilang di ufuk pandangan tanpa kesan tanpa bekasnya. 1 0 0 0 0 0

28Pemberian hadiah lebih hanya untuk menutup mulut pengkritik nakal yang sering kalinya mudah meroyan. 1 0 0 0 0 0

29Ketika kemajuan dan perkembangan sastera banyak negara luar terus-terusan mencipta rentak dinamiknya, semakin kita terasakan kerdil tak bermaya. 1 0 0 0 0 0

30Keadaan lesu sastera Melayu tidak lagi boleh dibiarkan layu terlalu lama. 0 0 0 0 0 0

31Kita perlu segera bangkit. 0 0 0 0 0 0

32Masyarakat meminta satu pembaharuan cepat dibina. 0 0 0 0 0 0

33Seiring transformasi di segenap lapangan dalam pentadbiran kerajaan barang kali penggerak kesusasteraan Melayu patut membentuk anjakannya yang tersendiri juga. 1 0 0 0 0 0

34Sastera kita dalam keadaan semasa seolah-olah kehilangan induknya. 0 0 0 0 0 0

35Maka, rasanya tidak keterlaluan jika dituntut sebuah badan penyelaras yang dikenal pasti untuk memegang ratusan kunci ke arah membangunkan semula kesusasteraan Melayu kita. 1 0 0 0 0 0

36Badan penyelaras ini boleh dibentuk kerajaan ataupun dijantungkan sebuah NGO seumpama Perkasa. 1 0 0 0 0 0

37Melaluinya, pelbagai penyelarasan dapat dilaksana. 0 0 0 0 0 0

38Pertama, gerakan untuk menentukan hala tuju yang jelas akan orientasi penghasilan karya kreatif negara. 0 0 0 0 0 1

39Ia kedengarannya agak besar. 0 0 0 0 0 0

40Akan tetapi, ia penting difikirkan 0 0 0 0 0 0

41Betul, sasterawan dan segala macam karyawan sukar disekat daya kreativiti dan kecenderungan berkarya mereka. 1 0 0 0 0 0

42Namun, kita perlu mempunyai satu kerangka yang wajar dipenuhi demi mengangkat hasil kesenian kita. 1 0 0 0 0 0

43Jika pada masa ini karya menjurus kepada perihal remeh-temeh sekitar diri dan peribadi, mengapakah tidak boleh difikirkan satu kecenderungan nasional dalam menggerakkan corak penulisan? 0 0 0 0 0 1

44ASAS 50 mempunyai idealisme. 0 0 0 0 0 0

45Seni untuk masyarakat yang dibawanya sebagaimana umum ketahui telah mencorakkan hala tuju penulisan. 0 1 0 0 0 0

46Jika negara mempunyai kepentingan, misalnya ke arah keteguhan jati diri bangsa dengan fikiran universal memperjuangkan kemanusiaan sejagat, mengapa tidak ini dijadikan asas penulisan pengarang dan sasterawan? 1 0 0 0 0 0

47Kita perlu terus-menerus menjana perkiraan seumpama ini dari semasa ke semasa, dan badan penyelaras ini yang kelak boleh membuka pintunya. 0 0 0 0 0 1

48Badan penyelaras ini tidak bersifat menyekat, atau membantutkan, termasuk dalam bidang penerbitan buku. 0 0 1 0 0 0

49Benar juga hak penerbitan buku merupakan hak persendirian selagi mereka berniaga secara sah di sisi undang-undang. 1 0 0 0 0 0

50Namun, kita juga percaya, kita mesti memiliki satu kerangka kerja dan wilayah kecenderungan yang beragenda serta menguntungkan. 1 0 0 0 0 0

51Sehingga ini, perlu diakui bahawa kita tercicir jauh dari sesuatu matlamat yang kukuh walaupun banyak berita diterima ada penerbit beroleh untung puluhan juta, dan ada pengarang telah kaya raya. 1 0 0 0 0 0

52Soal royalti yang adil, soal pemasaran termasuk menghapuskan cengkaman lintah orang tengah yang mencekik, rancangan pembinaan pengarang, memperluas dan mencari kumpulan pembaca berkualiti, soal pemberian segala bentuk hadiah dan anugerah tidak terkecuali memikirkan anugerah-anugerah baharu yang diyakini lebih berimpak, soal promosi karya tempatan kepada khalayak sastera dunia antara lain hendaklah dijuruskan dengan cara yang lebih tersusun. 0 0 0 0 0 1

53Setiap yang disebutkan ini penting. 0 0 0 0 0 0

54Soal sokongan dan dukungan kerajaan dilihat perlu memandangkan pengarang dan persatuan penulis tidak boleh bergerak tanpa dana yang mengizinkan, ilmu tambah kepada pengarang melalui pengajian di universiti atau segala bentuk peluang latihan, wajar dimasuk kira. 0 0 0 0 0 1

55Semua maklum dan mengakui ada penggerak yang ampuh pada masa kini. 1 0 0 0 0 0

56GAPENA dan PENA dilihat amat penting. 0 0 0 0 0 1

57PENA misalnya sedang dinilai kerana menjadi rakan kongsi ITBM (Institut Terjemahan dan Buku Malaysia) yang mula berimpak kerana gerak dayanya yang dinamik. 1 0 0 0 0 0

58Selebihnya, kita tidak mudah menyembunyikan rasa bimbang akan kedudukan sastera Melayu suatu hari kelak, hanya gah sebagai sastera akhbar-akhbaran. 1 0 0 0 0 0

59Pada ketika itu, kita tentu perlu menunggu berdekad-dekad lagi untuk bangun semula bagi mengatur langkah yang serba tak kena dengan mula bertatih sekali lagi! 0 0 0 0 0 1

Ayat Majmuk :

AM 1 : 21 ( 55.26 %)

AM 2 : 2 ( 5.26 % )

2.1 : 3 ( 7.89 % )

2.2 : 0 ( 0.00 %)

2.3 : 0 ( 0.00 %)

Jumlah AM 2 : 5 ( 13.15 %)

AM 3 : 12 ( 31.59 %)

Jumlah Jenis Pembinaan Ayat Majmuk : 38 ( 100.00 %)

Singkatan dan Kod Analisis

AM 1 = Ayat Majmuk Gabungan

AM 2 = Ayat Majmuk Pancangan

AM 2.1 = Ayat Majmuk Pancangan Relatif

AM 2.2 = Ayat Majmuk Pancangan Komplemen

AM 2.3 = Ayat Majmuk Pancangan Keterangan

AM 3 = Ayat Majmuk Campuran

Jadual 4 :

Jadual Analisis Jenis Ayat

Bil Senarai Ayat Jenis Ayat

1 2 3 4

1Banyak tanda yang menunjukkan bahawa realiti sastera Melayu semasa berada pada paras yang kurang memberangsangkan 1 0 0 0

2Sastera semasa dilihat kebelakangan ini tidak lebih daripada sekadar rentetan atau kesinambungan daripada perkembangan sebelumnya tanpa memperlihatkan sesuatu kemajuan yang besar dan membanggakan. 1 0 0 0

3Peneliti sastera umumnya menyatukan pendapat bahawa era 1970-an merupakan lonjakan terbaik dalam landskapnya di tanah air 1 0 0 0

4Kemajuan yang dicapai pada waktu itu ketara selepas negara mencapai kemerdekaannya, dan melepas era 1960-an yang menjadi tapak kukuh perkembangan pesat dekad selepasnya. 1 0 0 0

5Penerbitan memainkan peranan penting. 1 0 0 0

6Perlu disebut, penanda aras baharu, terbitnya majalah Dewan Sastera (dieja Dewan Sastra pada awal penerbitannya) pada 15 Januari 1971 memberi nafas yang segar dan menjanjikan dalam momentum pergerakannya 1 0 0 0

7Media penerbitan terus memainkan peranan besar memuatkan pelbagai bentuk penulisan kreatif seolah-olah melepas geram sejak kita beroleh kemerdekaan yang cepat membentuk satu acuan terpenting sastera Melayu era itu. 1 0 0 0

8Pemberian Hadiah Karya Sastera yang juga bermula pada tahun 1971 oleh kerajaan menyuntik dorongan yang sangat luar biasa. 1 0 0 0

9Penulis muncul, karya sastera tumbuh di sana sini. 1 0 0 0

10Sekiranya penerbitan buku menjadi pencapaian baharu, hasil karya secara stensilan ikut sama menumpang, malahan ada yang diangkat, diberikan hadiah oleh ketinggian tahap ciptaannya. 1 0 0 0

11Selain majalah dan akhbar arus perdana, akhbar tabloid dan majalah yang dianggap picisan turut menyambut meraikan kemeriahan dunia sastera. 1 0 0 0

12Tidak syak lagi sastera diberikan tempat yang sedikit terhormat dalam dua dekad sebelumnya 1 0 0 0

13Pengarang dikenali, buku-buku dicari, selebihnya sastera mula dilihat sebagai boleh memainkan peranan dalam membina masyarakat dan arah pembangunan negara apabila sasterawan didengar suaranya. 1 0 0 0

14Banyak seruan yang membina dizahirkan sasterawan baik melalui lontaran pandangan malahan yang jauh tersirat dalam hasil ciptaan. 1 0 0 0

15Entah di manakah silapnya, pemikiran kesusasteraan kemudiannya semakin layu. 1 0 0 0

16Banyak yang tersadai dek idealisme yang terbantut. 1 0 0 0

17Tidak kurang juga yang berjaya didiamkan pihak berkepentingan. 1 0 0 0

18Yang lain beralih arah mencari alur dan rentak kehidupan di lapangan berlainan. 1 0 0 0

19Buku-buku yang diterbitkan semakin hilang punca. 1 0 0 0

20Kegiatan lebih merupakan redundensi kepada sekian yang ada. 1 0 0 0

21Pemberian Anugerah Sastera Negara, bagi kebanyakan orang pula tidak lebih sekadar melepaskan batuk di tangga 1 0 0 0

22Jangan buat-buat lupa, SEA Write dan beberapa yang lain bukan pemberian asli kita! 0 0 0 1

23Anugerah MASTERA pula ketara kurang impaknya sehinggakan seolah-olah tidak dipedulikan sesiapa. 1 0 0 0

24Sastera kita pun mula dimomokkan. 1 0 0 0

25Buku lebih cenderung diterbit untuk mengejar keuntungan. 1 0 0 0

26Bayangkan sepanjang 10 tahun dekad yang lalu, kita hanya ingat satu judul Naratif Ogonshoto karya Sasterawan Negara Anwar Ridhwan sahaja. 1 0 0 0

27Selain itu, seperti kebanyakannya, karya lahir dan menghilang di ufuk pandangan tanpa kesan tanpa bekasnya. 1 0 0 0

28Pemberian hadiah lebih hanya untuk menutup mulut pengkritik nakal yang sering kalinya mudah meroyan. 1 0 0 0

29Ketika kemajuan dan perkembangan sastera banyak negara luar terus-terusan mencipta rentak dinamiknya, semakin kita terasakan kerdil tak bermaya. 1 0 0 0

30Keadaan lesu sastera Melayu tidak lagi boleh dibiarkan layu terlalu lama. 1 0 0 0

31Kita perlu segera bangkit. 1 0 0 0

32Masyarakat meminta satu pembaharuan cepat dibina. 1 0 0 0

33Seiring transformasi di segenap lapangan dalam pentadbiran kerajaan barang kali penggerak kesusasteraan Melayu patut membentuk anjakannya yang tersendiri juga. 1 0 0 0

34Sastera kita dalam keadaan semasa seolah-olah kehilangan induknya. 1 0 0 0

35Maka, rasanya tidak keterlaluan jika dituntut sebuah badan penyelaras yang dikenal pasti untuk memegang ratusan kunci ke arah membangunkan semula kesusasteraan Melayu kita. 1 0 0 0

36Badan penyelaras ini boleh dibentuk kerajaan ataupun dijantungkan sebuah NGO seumpama Perkasa. 1 0 0 0

37Melaluinya, pelbagai penyelarasan dapat dilaksana. 1 0 0 0

38Pertama, gerakan untuk menentukan hala tuju yang jelas akan orientasi penghasilan karya kreatif negara. 1 0 0 0

39Ia kedengarannya agak besar. 1 0 0 0

40Akan tetapi, ia penting difikirkan 1 0 0 0

41Betul, sasterawan dan segala macam karyawan sukar disekat daya kreativiti dan kecenderungan berkarya mereka. 1 0 0 0

42Namun, kita perlu mempunyai satu kerangka yang wajar dipenuhi demi mengangkat hasil kesenian kita. 1 0 0 0

43Jika pada masa ini karya menjurus kepada perihal remeh-temeh sekitar diri dan peribadi, mengapakah tidak boleh difikirkan satu kecenderungan nasional dalam menggerakkan corak penulisan? 0 1 0 0

44ASAS 50 mempunyai idealisme. 1 0 0 0

45Seni untuk masyarakat yang dibawanya sebagaimana umum ketahui telah mencorakkan hala tuju penulisan. 1 0 0 0

46Jika negara mempunyai kepentingan, misalnya ke arah keteguhan jati diri bangsa dengan fikiran universal memperjuangkan kemanusiaan sejagat, mengapa tidak ini dijadikan asas penulisan pengarang dan sasterawan? 0 1 0 0

47Kita perlu terus-menerus menjana perkiraan seumpama ini dari semasa ke semasa, dan badan penyelaras ini yang kelak boleh membuka pintunya. 1 0 0 0

48Badan penyelaras ini tidak bersifat menyekat, atau membantutkan, termasuk dalam bidang penerbitan buku. 1 0 0 0

49Benar juga hak penerbitan buku merupakan hak persendirian selagi mereka berniaga secara sah di sisi undang-undang. 1 0 0 0

50Namun, kita juga percaya, kita mesti memiliki satu kerangka kerja dan wilayah kecenderungan yang beragenda serta menguntungkan. 1 0 0 0

51Sehingga ini, perlu diakui bahawa kita tercicir jauh dari sesuatu matlamat yang kukuh walaupun banyak berita diterima ada penerbit beroleh untung puluhan juta, dan ada pengarang telah kaya raya. 1 0 0 0

52Soal royalti yang adil, soal pemasaran termasuk menghapuskan cengkaman lintah orang tengah yang mencekik, rancangan pembinaan pengarang, memperluas dan mencari kumpulan pembaca berkualiti, soal pemberian segala bentuk hadiah dan anugerah tidak terkecuali memikirkan anugerah-anugerah baharu yang diyakini lebih berimpak, soal promosi karya tempatan kepada khalayak sastera dunia antara lain hendaklah dijuruskan dengan cara yang lebih tersusun. 1 0 0 0

53Setiap yang disebutkan ini penting. 1 0 0 0

54Soal sokongan dan dukungan kerajaan dilihat perlu memandangkan pengarang dan persatuan penulis tidak boleh bergerak tanpa dana yang mengizinkan, ilmu tambah kepada pengarang melalui pengajian di universiti atau segala bentuk peluang latihan, wajar dimasuk kira. 1 0 0 0

55Semua maklum dan mengakui ada penggerak yang ampuh pada masa kini. 1 0 0 0

56GAPENA dan PENA dilihat amat penting. 1 0 0 0

57PENA misalnya sedang dinilai kerana menjadi rakan kongsi ITBM (Institut Terjemahan dan Buku Malaysia) yang mula berimpak kerana gerak dayanya yang dinamik. 1 0 0 0

58Selebihnya, kita tidak mudah menyembunyikan rasa bimbang akan kedudukan sastera Melayu suatu hari kelak, hanya gah sebagai sastera akhbar-akhbaran. 1 0 0 0

59Pada ketika itu, kita tentu perlu menunggu berdekad-dekad lagi untuk bangun semula bagi mengatur langkah yang serba tak kena dengan mula bertatih sekali lagi! 0 0 0 1

Jenis Ayat

JA1= 55 (93.22%)

JA2= 2 (3.39%)

JA3= 0 (0.00%)

JA4=2 (3.39%)

Jumlah Jenis Ayat : 59 ( 100.00 %)Singkatan dan Kod Analisis

JA1= Jenis Ayat Penyata

JA2= Jenis Ayat Tanya

JA3= Jenis Ayat Perintah

JA4= Jenis Ayat Seruan

Lampiran 2 :

ARKIB : 06/04/2014

Sastera Melayu makin menguncup

Oleh MULIA KURNIAWAN

BANYAK tanda yang menunjukkan bahawa realiti sastera Melayu semasa berada pada paras yang kurang memberangsangkan. Sastera semasa dilihat kebelakangan ini tidak lebih daripada sekadar rentetan atau kesinambungan daripada perkembangan sebelumnya tanpa memperlihatkan sesuatu kemajuan yang besar dan membanggakan.

Peneliti sastera umumnya menyatukan pendapat bahawa era 1970-an merupakan lonjakan terbaik dalam landskapnya di tanah air. Kemajuan yang dicapai pada waktu itu ketara selepas negara mencapai kemerdekaannya, dan melepas era 1960-an yang menjadi tapak kukuh perkembangan pesat dekad selepasnya.

Penerbitan memainkan peranan penting. Perlu disebut, penanda aras baharu, terbitnya majalah Dewan Sastera (dieja Dewan Sastra pada awal penerbitannya) pada 15 Januari 1971 memberi nafas yang segar dan menjanjikan dalam momentum pergerakannya. Media penerbitan terus memainkan peranan besar memuatkan pelbagai bentuk penulisan kreatif seolah-olah melepas geram sejak kita beroleh kemerdekaan yang cepat membentuk satu acuan terpenting sastera Melayu era itu.

Pemberian Hadiah Karya Sastera yang juga bermula pada tahun 1971 oleh kerajaan menyuntik dorongan yang sangat luar biasa. Penulis muncul, karya sastera tumbuh di sana sini. Sekiranya penerbitan buku menjadi pencapaian baharu, hasil karya secara stensilan ikut sama menumpang, malahan ada yang diangkat, diberikan hadiah oleh ketinggian tahap ciptaannya.

Selain majalah dan akhbar arus perdana, akhbar tabloid dan majalah yang dianggap picisan turut menyambut meraikan kemeriahan dunia sastera. Tidak syak lagi sastera diberikan tempat yang sedikit terhormat dalam dua dekad sebelumnya.

Pengarang dikenali, buku-buku dicari, selebihnya sastera mula dilihat sebagai boleh memainkan peranan dalam membina masyarakat dan arah pembangunan negara apabila sasterawan didengar suaranya. Banyak seruan yang membina dizahirkan sasterawan baik melalui lontaran pandangan malahan yang jauh tersirat dalam hasil ciptaan.

Entah di manakah silapnya, pemikiran kesusasteraan kemudiannya semakin layu. Banyak yang tersadai dek idealisme yang terbantut. Tidak kurang juga yang berjaya didiamkan pihak berkepentingan. Yang lain beralih arah mencari alur dan rentak kehidupan di lapangan berlainan. Buku-buku yang diterbitkan semakin hilang punca. Kegiatan lebih merupakan redundensi kepada sekian yang ada. Pemberian Anugerah Sastera Negara, bagi kebanyakan orang pula tidak lebih sekadar melepaskan batuk di tangga. Jangan buat-buat lupa, SEA Write dan beberapa yang lain bukan pemberian asli kita! Anugerah MASTERA pula ketara kurang impaknya sehinggakan seolah-olah tidak dipedulikan sesiapa.

Sastera kita pun mula dimomokkan. Buku lebih cenderung diterbit untuk mengejar keuntungan. Bayangkan sepanjang 10 tahun dekad yang lalu, kita hanya ingat satu judul Naratif Ogonshoto karya Sasterawan Negara Anwar Ridhwan sahaja. Selain itu, seperti kebanyakannya, karya lahir dan menghilang di ufuk pandangan tanpa kesan tanpa bekasnya. Pemberian hadiah lebih hanya untuk menutup mulut pengkritik nakal yang sering kalinya mudah meroyan.

Ketika kemajuan dan perkembangan sastera banyak negara luar terus-terusan mencipta rentak dinamiknya, semakin kita terasakan kerdil tak bermaya. Keadaan lesu sastera Melayu tidak lagi boleh dibiarkan layu terlalu lama. Kita perlu segera bangkit. Masyarakat meminta satu pembaharuan cepat dibina. Seiring transformasi di segenap lapangan dalam pentadbiran kerajaan barang kali penggerak kesusasteraan Melayu patut membentuk anjakannya yang tersendiri juga.

Kunci

Sastera kita dalam keadaan semasa seolah-olah kehilangan induknya. Maka, rasanya tidak keterlaluan jika dituntut sebuah badan penyelaras yang dikenal pasti untuk memegang ratusan kunci ke arah membangunkan semula kesusasteraan Melayu kita. Badan penyelaras ini boleh dibentuk kerajaan ataupun dijantungkan sebuah NGO seumpama Perkasa. Melaluinya, pelbagai penyelarasan dapat dilaksana.

Pertama, gerakan untuk menentukan hala tuju yang jelas akan orientasi penghasilan karya kreatif negara. Ia kedengarannya agak besar. Akan tetapi, ia penting difikirkan. Betul, sasterawan dan segala macam karyawan sukar disekat daya kreativiti dan kecenderungan berkarya mereka. Namun, kita perlu mempunyai satu kerangka yang wajar dipenuhi demi mengangkat hasil kesenian kita. Jika pada masa ini karya menjurus kepada perihal remeh-temeh sekitar diri dan peribadi, mengapakah tidak boleh difikirkan satu kecenderungan nasional dalam menggerakkan corak penulisan?

ASAS 50 mempunyai idealisme. Slogan Seni untuk masyarakat yang dibawanya sebagaimana umum ketahui telah mencorakkan hala tuju penulisan. Jika negara mempunyai kepentingan, misalnya ke arah keteguhan jati diri bangsa dengan fikiran universal memperjuangkan kemanusiaan sejagat, mengapa tidak ini dijadikan asas penulisan pengarang dan sasterawan? Kita perlu terus-menerus menjana perkiraan seumpama ini dari semasa ke semasa, dan badan penyelaras ini yang kelak boleh membuka pintunya.

Badan penyelaras ini tidak bersifat menyekat, atau membantutkan, termasuk dalam bidang penerbitan buku. Benar juga hak penerbitan buku merupakan hak persendirian selagi mereka berniaga secara sah di sisi undang-undang.

Namun, kita juga percaya, kita mesti memiliki satu kerangka kerja dan wilayah kecenderungan yang beragenda serta menguntungkan. Sehingga ini, perlu diakui bahawa kita tercicir jauh dari sesuatu matlamat yang kukuh walaupun banyak berita diterima ada penerbit beroleh untung puluhan juta, dan ada pengarang telah kaya raya.

Soal royalti yang adil, soal pemasaran termasuk menghapuskan cengkaman lintah orang tengah yang mencekik, rancangan pembinaan pengarang, memperluas dan mencari kumpulan pembaca berkualiti, soal pemberian segala bentuk hadiah dan anugerah tidak terkecuali memikirkan anugerah-anugerah baharu yang diyakini lebih berimpak, soal promosi karya tempatan kepada khalayak sastera dunia antara lain hendaklah dijuruskan dengan cara yang lebih tersusun.

Setiap yang disebutkan ini penting. Soal sokongan dan dukungan kerajaan dilihat perlu memandangkan pengarang dan persatuan penulis tidak boleh bergerak tanpa dana yang mengizinkan, ilmu tambah kepada pengarang melalui pengajian di universiti atau segala bentuk peluang latihan, wajar dimasuk kira.

Semua maklum dan mengakui ada penggerak yang ampuh pada masa kini. GAPENA dan PENA dilihat amat penting. PENA misalnya sedang dinilai kerana menjadi rakan kongsi ITBM (Institut Terjemahan dan Buku Malaysia) yang mula berimpak kerana gerak dayanya yang dinamik.

Selebihnya, kita tidak mudah menyembunyikan rasa bimbang akan kedudukan sastera Melayu suatu hari kelak, hanya gah sebagai sastera akhbar-akhbaran. Pada ketika itu, kita tentu perlu menunggu berdekad-dekad lagi untuk bangun semula bagi mengatur langkah yang serba tak kena dengan mula bertatih sekali lagi!

Artikel Penuh:http://www.utusan.com.my/utusan/Sastera/20140406/sa_02/Sastera-Melayu-makin-menguncup#ixzz2zMYvcDKA Utusan Melayu (M) Bhd

PERMARKAHAN

NAMANO MATRIK

Ayat Majmuk PancanganAyat RelatifAyat KomplemenAyat KeteranganAyat relatif terdiri daripada satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau lebih klausa terikat atau ayat kecil.

Ayat kecil dipancangkan ke dalam subjek ayat utama atau predikat ayat utama dengan menggunaka kata hubung.

Perhatikan contoh berikut:

1) Kanak-kanak yang cedera itu rupa-rupanya anak Leman.

(2) Kanak-kanak itu rupa-rupanya anak Pak Leman

(3) Kanak-kanak itu cedera

Ayat (3) telah dipancangkan kepada subjek ayat utama dan dijadikan ayat kecil dengan menggugurkan ``kanak-kanak itu'' dan menggunakan kata hubung yang.

Perhatikan contoh berikut: Ayat majmuk keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat utama dan satu atau lebih ayat kecil yang bertugas sebagai keterangan kepada predikat.

Contoh: Pemain hoki negara gagal kerana tidak bersedia.

Oleh sebab dia memandu terlalu laju, Atan menerima empat saman.

Ayat kecil dalam ayat majmuk keterangan menerangkan kata kerja dalam ayat utama, iaitu Pemain hoki negara gagal dan Atan menerima empat saman.

Ayat majmuk keterangan dibina untuk pelbagai tujuan dengan menggunakan kata hubung yang tertentu.

Contoh-contoh kata hubung dalam ayat keterangan:kerana, oleh, sebab, lantaran, hingga sehingga, jika, kalau, sekiranya, andainya, setelah, tatkala, sementara, ketika, sambil, agar, supaya, kalau-kalau, untuk, bagi, demi, dengan, sungguhpun, walaupun, meskipun, sekalipun, seperti, bagai, macam, bak, umpama.

Dia memberitahu sesuatuJika sesuatu itu diterangkan sebagai ``giginya sakit'' atau ``membeli baju baru'' atau ``akan bertolak ke Kuala Lumpur esok'' maka ayat komplemen dapat dibentuk dengan menggunakan kata hubung bahawa atau yang.

Dia memberitahu giginya sakit Dia memberitahu membeli baju baru

Dia memberitahu akan bertolak ke Kuala Lumpur esok.Ayat kecil yang ditaip tebal dalam contoh di atas merupakan objek kata kerja transitif.

Selain itu, subjek juga boleh diterangkan sebagai ayat kecil dan menjadi komplemen ayat utama.

37