bahasa melayu di persada dunia mengukir bahasa · pdf filemalaysia dan universiti frankfurt,...
TRANSCRIPT
Oleh Prof. Dr. Awang Sariyan
Sejak penubuhan Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) yang dilancarkan
pada 21 Ogos 2000, telah banyak usaha yang dijalankan untuk mengantarabangsakan bahasa dan persuratan Melayu. Yang terbaharu ialah Kuliah Linguistik Melayu dan Kursus Bahasa Melayu anjuran ber
sama Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia dan Universiti Frankfurt, Jerman dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia dari 2 hingga 12 Mei 2006. Program intensif dua minggu itu dikendalikan oleh Prof. Dr. Awang Sariyan, Profesor Linguistik dan Perancangan Bahasa, Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (penulis).
Kuliah linguistik yang diberikan selama dua jam setiap hari dalam sesi pagi diisi dengan topiktopik utama linguistik Melayu, iaitu sejarah bahasa Melayu (dari zaman prasejarah, zaman kuno, zaman klasik dan zaman baharu), profil sosiolinguistik di Malaysia, perancangan taraf bahasa, perancangan korpus bahasa, perancangan bahasa Melayu supranasional dan aspek sistem bahasa Melayu (fonologi, morfologi dan sintaksis).
Sejumlah 24 orang peserta telah mengikuti keduadua program tersebut. Sebahagian besarnya terdiri daripada pelajar pascasiswazah peringkat sarjana di Pusat Pengajian Asia Tenggara, Fakulti Pengajian Bahasa dan Kebudayaan, Universiti Frankfurt (Johan Wolfgang Goethe Universitat, Frankfurt). Beberapa orang pensyarah di pusat tersebut ikut serta sepanjang program itu. Prof. Bernd Nothofer selaku Ketua Pusat Pengajian Asia Tenggara universiti tersebut malah banyak membantu menerjemahkan ungkapan yang agak sukar ke dalam bahasa Jerman atau membantu menjelaskan
padanan sesuatu kata dalam varian di Indonesia.
Pelajar di pusat tersebut selama ini mendapat pendedahan kuliah bahasa Indonesia. Oleh itu, program dua minggu anjuran DBP dan Universiti Frankfurt itu bertujuan mendalami linguistik Melayu dan meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dengan pengertian yang lebih luas, iaitu termasuk varian Malaysia.
Kuliah Linguistik Melayu dapat membantu peserta meningkatkan pengetahuan tentang linguistik di alam Melayu, khususnya di Malaysia. Antara topik yang cukup menarik perhatian peserta termasuklah perancangan bahasa dan profil sosiolinguistik di Malaysia yang menggambarkan kerencaman bahasa pelbagai kumpulan etnik dengan pelbagai taraf dan ragamnya.
Kursus Bahasa Melayu memberikan pendedahan kepada peserta tentang persamaan dan perbezaan antara bahasa Melayu yang digunakan di Indonesia dengan yang digunakan di Malaysia. Perbandingan keduadua varian itu
dibincangkan dari sudut kosa kata, sistem morfologi, sintaksis, semantik dan juga fonologi. Ternyata aspek kosa kata paling menarik minat mereka, kerana banyak kata yang berlainan untuk merujuk kepada sesuatu, di samping banyak pula kata yang sama tetapi berlainan maknanya. Kelainan yang wujud itu dianalisis berdasarkan faktor sejarah, pertembungan dengan bahasa asing yang berlainan (bahasa Inggeris di Malaysia dan bahasa Belanda di Indonesia), demografi dan sosiopolitik yang memberikan kesan kepada wujudnya dua dialek besar bahasa Melayu, iaitu dialek bahasa Melayu di Indonesia dan dialek bahasa Melayu di Malaysia. Selain itu, mereka juga diajar tentang aspek kesantunan bahasa agar peserta memahami dan menghayati etika dan tatasusila penggunaan bahasa Melayu. Ternyata, program intensif dua minggu ini berjaya memperjelas kedudukan bahasa dan lingusitik Melayu di peta benua Eropah, khususnya, dan mudahmudahan di peta dunia seluruhnya kelak.
Halaman Dua Belas BERITA HARIAN Rabu, 19 Julai 2006
BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA
Mengukir Bahasa di Peta Dunia
Mengapa Tidak "Dusun Buah-buahan Selangor"?
APA SUDAH JADI?
Kalau anda menggunakan Jalan RawangBatang Berjuntai, anda pasti akan ter
pandang papan tanda “Selangor Fruits Valley”, yang terpapar di atas bukit, di sebelah kiri jalan tersebut. Persoalannya, mengapa “Selangor Fruits Valley”? mengapa tidak “Dusun Buahbuahan Selangor”?. Anehnya, dusun buahbuahan ini milik Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), iaitu anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor.
Begitulah rungutan pengirim gambar ini yang kecewa dengan sikap Jabatan Kerajaan sendiri yang tidak mengutamakan bahasa kebangsaan. Kalau diperhatikan kedudukan dusun yang di atas bukit ini sendiri adalah berbeza dengan makna “valley” dalam bahasa Inggeris yang bermaksud “a stretch of low lands between hills, especially that has a river
flowing through it” (hamparan tanah pamah yang terletak antara bukitbukau, yang mana terdapat sebatang sungai merentasinya).
Klik DBP mengucapkan syabas kepada ramai pembaca yang begitu prihatin dengan kesalahan bahasa yang berlaku di jabatan kerajaan. Semua jabatan kerajaan harus peka dengan Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2006 Langkahlangkah Memperkasakan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam.
Hantarkan sebarang kesa-lahan atau kesilapan bahasa kebangsaan yang anda temui melalui e-mel: [email protected], atau kirimkan kepada Ketua Editor Klik DBP, Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Hadiah istimewa menunggu anda.
BH PILIH L12 17 emel
DBP SETENGAH ABAD
TEKUN...sebahagian pelajar sedang mengikuti kursus yang disampaikan penulis.
Pengarah dan penulis tersohor karyakarya “Perempuan, Isteri dan Jalang”, “Jogho” dan “Kaki
Bakar”, bersamasama dengan penerbit “Osama” yang memenangi anugerah Golden Globe, dengan bangganya mempersembahkan sebuah karya teater baharu yang mengisahkan salah seorang kesatria termasyhur sewaktu pemerintahan Sultan Mansur Shah.
“Wangi Jadi Saksi” menceritakan kisah Hang Jebat yang dikhianati dan dibunuh, seperti yang dilihat dari sudut pandangan kekasihnya Dang Wangi, tatkala Dang Wangi menghadapi mereka yang mengakibatkan kematian suaminya. Melalui penceritaan imbas kembali dan juga imbasan ke masa hadapan, konfrontasi Jebat dengan sahabat dan musuhnya diceritakan semula melalui interpretasi yang baru lagi provokatif terhadap peristiwa legenda dan bersejarah ini.
Pementasan “Wangi Jadi Saksi” anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dan leBrocquy Fraser ini turut me nyaksikan Auditorium DBP yang baharu (di Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur), sebuah lokasi pementasan berteknologi terkini yang dibina sempena ulang tahun ke50 DBP. Pengarah Kreatif: Desmond Crowe Pereka Kostum: Sutex Haron Pereka Tatacahaya: Azizul Zahid Jamal (Toe Moe) Muzik: Y. Subowo
Koreografer: Dwiono Hermantoro & Suhaimi Maggi (Rono)Penerbit: Julia Fraser27 Julai–6 Ogos 2006,8:30 mlm.: Selasa-Ahad, 3:00ptg.: Sabtu-Ahad
Auditorium DBPTiket Berharga: RM35, RM55,RM75, RM100Talian Axcess: 037711 5000;www.axcess.com.mywww.wangijadisaksi.com
PEMAKLUMAN
TEATER PERDANA "WANGI JADI SAKSI"