soalan tugasan edu 3083

Upload: wenwen-teoh

Post on 08-Jan-2016

242 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

EDU

TRANSCRIPT

BAHAGIAN A1. a. Profesion merujuk kepada suatu pekerjaan yang melaksanakan fungsi sosial yang penting. Terangkan konsep profesion (5m)

1.Pekerjaan itu merupakan perkhidmatan yang unik dan penting dengan matlamat yang jelas untuk masyarakat dan Negara.2.Pekerja menggunakan banyak keupayaan dan kebolehan intelek semasa memberi perkhidmatan.3.Orang professional yang pernah mendapat latihan khusus dalam sesuatu bidang kemahiran *ikhtisas mengikut suatu tempoh masa tertentu.4.Ahli sesuatu profesion ialah pakar dalam bidang pekerjaan tertentu dan mempunyai kuasa autonomi semasa menjalankan tugasnya.5.Orang professional ialah pekerja yang mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap pekerjaannya dan tidak mementingkan pendapatan atau ganjaran kewangan semasa memberi perkhidmatan.6.Pekerja-pekerja terdiri daripada ahli-ahli sesuatu organisasi yang berkuasa menentukan nilaitara-nilaitara untuk kemasukan, mengawal mutu perkhidmatan dan penyingkiran ahlinya.7.Setiap ahli profesion mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasi profesion itu.8.Setiap ahli profesion bertanggungjawab terhadap semua tindakan dan keputusan yang dibuat olehnya.

b. Guru dan keguruan didapati memenuhi kriteria-keriteria tertentu yang membolehkan kerjaya ini diangkat sebagai suatu profesion. Kemukakan bukti untuk menunjukkan guru-guru di Malaysia telah memenuhi kriteria-kriteria profesion keguruan. (10m)

Pengetahuan atau kemahiran yang diperolehi melaluai pembelajaran teori dan latihan amali dalam sesuatu tempoh masa yang panjang. seorang guru mesti mempunyai Sijil Perguruan atau Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebelum dia boleh mengajar di sekolah kerajaan. Guru juga mesti mengetahuai keadah atau cara penyampaian dalam pengajarannya supaya murid-murid dapat memahami apa yang disampaikan olehnya. Mempertingkatkan Profesionalisme Untuk mendepani cabaran dan tuntutan daripada perubahan-perubahan kurikulum, guru hendaklah berusaha melengkapkan diri dengan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik. Sehubungan dengan kehendak tersebut guru harus mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan , Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah. Contohnya para guru boleh mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan

Berupaya Membuat Keputusan dan Menyelesaikan Masalah Serta Berfikiran Kritis dan Kreatif Individu yang terlibat dalam profesion keguruan sebenarnya akan terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya. Sebagai pentadbir ataupun pengurus, guru harus boleh membuat sesuatu keputusan dalam melaksanakan sesuatu tindakan dan menilai semula hasil sesuatu perkara yang dijalankan. Perubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan juga memerlukan guru untuk menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

Mahir Menggunakan IT Penubuhan sekolah bestari yang berteraskan penggunaan komputer merupakan salah satu bentuk kurikulum yang memerlukan profesion keguruan tahu dan menguasai teknologi maklumat. Dalam era teknologi maklumat seperti sekarang, kita berhadapan dengan pelbagai peralatan elektronik dalam kehidupan harian, malah kemudahan teknologi telah menjadi satu cara hidup. Oleh itu, profesion keguruan harus memperlengkapkan diri secara global dalam perkembangan penggunaan teknologi maklumat dalam kurikulum di sekolah.

Berpengetahuan dan Berdaya Fikir Serta Berakhlak Seseorang guru dalam profesion keguruan ini perlu serba tahu. Guru diharapkan dapat mambawa isu-isu semasa untuk perbincangan dan mencari penyelesaiannya bersama-sama pelajar di dalam kelas. Dalam hal seperti ini, guru diharapkan dapat menggunakan kebijaksanaan dan inisiatif sendiri dalam menggunakan isu-isu semasa untuk dikaji dan dibincangkan dengan pelajar. Dalam perubahan-perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion keguruan juga perlu menyediakan diri dengan amalan nilai dan akhlak yang terpuji. Dalam kurikulum pendidikan peringkat rendah dan menengah telah ditegaskan nilai-nilai murni perlu diterapkan dalam pengajaran. Pelaksanaan penerapan nilai penting untuk menyediakan para pelajar menjadi warga yang berguna kepada negara pada masa hadapan.

2. a. Profesion keguruan merupakan suatu kerjaya yang dihormati oleh masyarakat. Bagaimanapun, terdapat isu-isu etika guru yang memberi kesan kepada kualiti guru. Perihalkan punca-punca wujudnya isu-isu etika guru yang negative dalam kalangan guru di Malaysia. (5m)

Profesion Guru Bukan Profesion Pilihan

Guru yang tidak berminat terhadap profesion keguruan serta bersikap malas dan tidak ambil peduli menyebabkan seseorang guru itu kurang memberikan komitmen dalam kerja, kurang nilai dalam kehidupan dan etika kerja yang lemah.

Kurang Pemantauan Daripada Pihak Pentadbir

Penguatkuasaan yang lemah dan kurangnya pemantauan yang dilakukan telah mendorong kepada berlakunya permasalahan ini. Pemantauan yang lemah ini, menyebabkan guru dengan sewenangnya bertindak mengikut perasaan tanpa mempedulikan perasaan murid.

kurang memahami etika keguruan. Berdasarkan kod etika perguruan, sewajarnya setiap ahli profesion iaitu guru sudah sedia maklum tentang perkara yang boleh dilakukan dan yang tidak boleh dilakukan. Guru yang tidak beretika telah membuktikan bahawa guru tersebut tidak mengerti, menghayati dan memahami apa yang terkandung dalam kod etika guru.

masalah keluarga. Guru yang mengalami masalah keluarga terutamanya yang kritikal seperti penceraian dan kematian mengalami tekanan dan emosi yang tidak stabil. Hal ini menyebabkan guru tersebut bertindak mengikut perasaan tanpa berfikir kesan yang akan berlaku dan melanggar kod etika perguruan.

tekanan kerja yang dihadapi menyebabkan guru tersebut mengalami stress yang tinggi. Bebanan kerja yang terlalu banyak, dimarahi oleh pihak pentadbir, disisihkan dan sebagainya adalah contoh tekanan kerja yang dihadapi oleh guru setiap hari menyebabkan guru itu tidak dapat berfikir panjang, secara tidak langsung mencari jalan lain untuk melepaskan tekanan yang dihadapi. Selain itu, pengurusan tekanan yang tidak betul menyebabkan guru tersebut melanggar kod etika perguruan yang telah ditetapkan.

b. Seseorang guru perlu prihatin dan sentiasa menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi demi meningkatkan keberhasilan murid. Berdasarkan Teori Keprihatinan (Fuller, 1969), kemukakan isu-isu keprihatinan anda semasa menjalankan praktikum di sekolah. (10m)

Peringkat Keprihatinan Terhadap Diri/Kemandirian Diri Pada praktikum fasa 1. saya amat memberikan perhatian terhadap kemampuan diri dalam pengurusan bilik darjah dan komen yang diberi oleh guru mentor atau pensyarah pembimbing. Soalan-soalan yang selalu bermain dalam fikiran saya adalah seperti:'Adakah pelajar saya sukakan saya?''Bolehkah saya mengajar dengan baik apabila diselia nanti?'Tanda-tanda yang menunjukkan keprihatinan terhadap diri sendiri kian berkurangan apabila guru tersebut mula lebih memberikan perhatian kepada cara-cara untuk mengendalikan tugas pengajarannya dengan baik.

Peringkat Keprihatinan Terhadap Tugas

Pada praktikum fasa 2, saya lebih memberikan perhatian kepada cara-cara bagaimana saya boleh mengendalikan tugas pengajarannya dengan baik. Fokus saya adalah terhadap cara melaksanakan dan memperbaiki pengajaran serta cara-cara menguasai isi kandungan mata pelajaran termasuk disiplin murid, pengurusan bilik darjah, penilaian murid, perancangan dan persediaan mengajar, kaedah dan strategi pengajaran dan sebagainya. Soalan-soalan yang sering ditanyakan kepada diri saya termasuklah:'Adakah bahan-bahan pengajaran yang saya gunakan ini bersesuaian?''Adakah saya mempunyai masa yang mencukupi untuk menyampaikan isi kandungan ini?''Apakah cara yang paling baik untuk saya mengajarkan topik ini?'

Peringkat ImpakPada praktikum fasa 3, saya mula memberikan perhatian kepada kesan pengajaran saya terhadap pembelajaran murid. Saya melihat pelajarnya sebagai individu yang mempunyai potensi. Saya tidak lagi bimbang tentang kemampuan dirinya untuk mengawal kelas ataupun tentang keberkesanan penyampaian pengajaran. Keprihatinan saya berkaitan dengan soalan-soalan seperti:

'Bagaimanakah saya boleh wujudkan rasa kejayaan dalam kalangan pelajar saya?''Bagaimanakah saya boleh memenuhi keperluan emosi dan sosial pelajar saya?''Apakah cara yang terbaik untuk memotivasikan pelajar saya?'

3. a. Douglas McGregor (1960) telah memperkenalkan teroi x dan y dalam teori kepimpinan tingkah laku. Nyatakan ciri-ciri teori x dan y berdasarkan teori kepimpinan tingkah laku tersebut. (5m)

Teori XBerdasarkan ciri-ciri manusia yang termasuk dalam teori X maka kesesuaian gaya kepemimpinan yang tepat agar tujuan organisasi dapat tercapai adalah gaya kepemimpinan directing, gaya kepemimpinan coaching, dan gaya kepemimpinan otokrasi. Teori YBerdasarkan ciri-ciri manusia yang termasuk dalam teori Y maka kesesuaian gaya kepemimpinan yang tepat agar tujuan organisasi dapat tercapai adalah gaya kepemimpinan delegating, gaya kepemimpinan participation, dan gaya kepemimpinan kendali bebas.

b. Cikgu anuar merupakan seorang guru baharu yang telah dilantik sebagai ketua panitia matematik. Beliau kurang keyakinan diri untuk memimpin kerana ada antara guru di bawah penitianya telah lama berkhidmat sebagai seorang guru. Berdasarkan pengetahuan anda tentang teori situasi hersey dan Blanchard (1977) bagaimanakah anda dapat membantu cikgu anuar menganalisis situasi tempat kerjanya supaya beliau dapat memimpin ahli panitianya dengan lebih berkesan. (10m)

4. a. Program latihan dalam perkhidmatan (ldp) banyak memberi sumbangan ke arah peningkatan tahap profesionalisme seseorang guru. Jelaskan kepentingan program latihan dalam perkhidmatan kepada perkembangan profesionalisme seseorang guru. (5m)

Memperbaiki prestasi kemahiran kerja secara kumpulan dan individu; Memperbanyakkan pengalaman seseorang guru untuk perkembangan kerjaya dan juga untuk tujuan naik pangkat; Membentuk pengetahuan profesional; Meningkatkan pendidikan guru secara peribadi; Menyediakan guru untuk menghadapi perubahan; dan Untuk menjelaskan dasar sekolah atau jabatan.

b. Setiap guru perlu mengemaskinikan ilmu dan kemahiran secara berterusan untuk memastikan perkembangan profesionalisme mereka adalah sejajar dengan matlamat pelan pembangunan pendidikan Malaysia (pppm) 2013-2025. Perincikan impak pembelajaran sepanjang hayat terhadap perkembangan profesionalisme guru. (10m)Bahagian b (1)1. guru harus mempunyai akauntabiliti terhadap masyarakat dan Negara.Berdasarkan pernyataan di atas, sejauh manakah guru-guru di Malaysia dapat menunjukkan akauntabiliti dalam memajukan masyarakat dan Negara? mendukung prinsip Rukun Negara serta mencapai aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan Guru perlu peka terhadap persekitaran komuniti dan menghindarkan diri daripada dipengaruhi unsur-unsur negatif yang mungkin mencemarkan imej baik sekolah dan masyarakat mahupun Negara. Seseorang guru itu sepatutnya mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang bertentangan dengan Rukun Negara dan haruslah berusaha untuk memupuk sikap dalam diri murid dengan nilai yang membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang lain serta berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik. Sebagai agen perubahan, guru mengemaskini diri demi membawa perubahan kepada pelajar. Cth: mengamalkan budaya membaca. Sebagai role model kepada murid. Memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat. Mengeratkan persefahaman dan kerjasama di kalangan guru dan ibu bapa murid. Bersopan santun dan bertingkah laku baik dalam segala aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni.

2. Guru seharusnya berusaha menyesuaikan diri dalam menghadapi perubahan dalam alaf baru. Mereka perlu bersedia untuk menyahut cabaran dunia pendidikan yang berkembang pesat. Sebagai seorang guru, bagaimanakah anda dapat memainkan peranan sebagai agen perubahan di sekolah anda? Membina keupayaan moral untuk menghadapi perubahan Membina visi peribadi-mengenalpasti hasrat sebagai guru Inkuiri- membuat penilaian dan refleksi, membuat penyelidikan tindakan bagi mencari penemuan baharu yg boleh memberi manfaat kpd proses P&P. Masteri- menghadiri latihan pembangunan staf utk mendapat pendedahan idea dan perubahan kurikulum yg terkini. Kolaborasi-perbincangan dan kerjasama dengan rakan sejawat dan pihak lain utk memperkaya pengalaman, menambah pengetahuan dan kemahiran Mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat. Memperbaharui pendekatan dan strategi P&P supaya seiring dgn perkembangan teknologi. Bersedia untuk membuat pengubahsuaian. Bersikap positif dan terbuka untuk menambah pengetahuan dan kemahiran Bersifat dinamik, fleksibel untuk menerima perubahan

3. Aliran pendidikan guru pada masa kini memberi penekanan kepada penghasilan guru yang reflektif, mampu melibatkan diri dari segi sosial, emosi dan akademik. Bincangkan bagaimana seseorang guru dapat memanfaatkan amalan reflektif dalam pengajaran dan pembelajaran.

Amalan reflektif boleh berlaku dalam beberapa cara yang dibincangkan seperti yang berikut:

(i)Amalan Reflektif Semerta (Reflection-in-Action)Amalan Reflektif Semerta berlaku semasa kita sedang bertindak, contohnya sewaktu guru sedang mencuba suatu tindakan yang baharu untuk meneroka peristiwa baharu yang tidak dijangka di dalam bilik darjah, menguji kefahaman tentatif dan mengukuhkan tindakan yang telah kita cipta agar kita dapat bertindak dengan cara yang baharu dan lebih baik.Amalan reflektif semerta berlaku dalam situasi di mana tindakan kita mendatangkan kesan yang tidak dijangka dan bukan sebahagian daripada tindakan yang kita rancang. Amalan Reflektif Semerta ini mempunyai fungsi yang kritikal dalam mempengaruhi cara kita menilai, berfikir dan menstruktur semula strategi, menghasilkan kefahaman baharu dan cara baharu untuk melihat masalah.(ii)Amalan Reflektif ke Atas Tindakan (Reflection-on-Action) Amalan ini merupakan satu bentuk refleksi yang dilakukan setelah sesuatu tindakan diambil dan boleh berlaku secara lisan dan bukan lisan. Amalan seperti ini bersifat retrospektif dan kita mungkin dapati amalan ini dapat membantu seseorang guru untuk cepat sedar terhadap peristiwa yang berlaku di dalam bilik darjah.(iii)Amalan Reflektif untuk Tindakan (Reflection-for-Action) Amalan ini berlaku selepas sesuatu tindakan diambil dan membantu guru memperoleh cara baharu dalam melaksanakan sesuatu kerja, mempelajari pengetahuan baharu dan membina teori.

Guru juga boleh membuat penulisan jurnal refleksi dan pengurusan portfolio dalam amalan reflektif.

Bahagian b (2)1. Sejauhmanakah akauntabiliti keguruan dan isu-isu etika guru memberi kesan kepada kualiti guru di bilik darjah?

2. Cadangkan tindakan yang boleh dilaksanakan oleh seseorang guru novis untuk merealisasikan pendidikan berkualiti seperti yang dihasratkan dalam pppm 2013-2025.

3. Bincangkan impak pembelajaran sepanjang hayat terhadap perkembangan profesionalisme guru.