soalan tugasan 3

3
Nama : Kalayarasi A/P Gnanasegaran SOALAN TUGASAN a) Sebagai guru bimbingan, anda bersedia mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari dengan memberikan perkhidmatan bimbingan kanuseling kelompok. Bincangkan kriteria terbaik dalam pemilihan ahli kelompok anda? Dalam proses membina sesuatu kelompok, beberapa kriteria perlu dinitiberatkan supaya guru bimbingan dapat membuat pemilihan kelompok seperti berikut : 1) Diadakan temu bual individu dengan bakal-bakal ahli kelompok untuk menentukan kesesuaian. 2) Menentukan kriteria-kriteria bagi pemilihan ahli-ahli. Ahli yang suka mengkritik orang lain tanpa bukti yang jelas seharusnya dielakkan. 3) Memastikan ahli-ahli kelompok tidak akan meninggalkan kelompok dengan sewenang-wenangnya. 4) Merancang dengan teliti supaya aktiviti kaunseling kelompok dapat dijalankan dengan baik. 5) Mengambil kira cadangan-cadangan yang diberikan oleh ahli-ahli kelompok. 6) Memastikan matlamat yang ingin dicapai oleh ahli-ahli. b) Sejauhmanakah kaunseling kelompok boleh membantu ahli- ahli menyelesaikan masalah mereka. Kaunseling Kelompok ialah proses perhubungan antara kaunselor dengan beberapa orang peserta. Mereka menilai diri dan situasi dalam usaha menukar sikap dan tingkah laku (Hansen, Warner dan smith, 1980)

Upload: gkalai-arasi

Post on 10-Nov-2015

245 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

Nama : Kalayarasi A/P Gnanasegaran

SOALAN TUGASAN a) Sebagai guru bimbingan, anda bersedia mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari dengan memberikan perkhidmatan bimbingan kanuseling kelompok. Bincangkan kriteria terbaik dalam pemilihan ahli kelompok anda?

Dalam proses membina sesuatu kelompok, beberapa kriteria perlu dinitiberatkan supaya guru bimbingan dapat membuat pemilihan kelompok seperti berikut :

1) Diadakan temu bual individu dengan bakal-bakal ahli kelompok untuk menentukan kesesuaian.2) Menentukan kriteria-kriteria bagi pemilihan ahli-ahli. Ahli yang suka mengkritik orang lain tanpa bukti yang jelas seharusnya dielakkan.3) Memastikan ahli-ahli kelompok tidak akan meninggalkan kelompok dengan sewenang-wenangnya.4) Merancang dengan teliti supaya aktiviti kaunseling kelompok dapat dijalankan dengan baik.5) Mengambil kira cadangan-cadangan yang diberikan oleh ahli-ahli kelompok.6) Memastikan matlamat yang ingin dicapai oleh ahli-ahli.

b) Sejauhmanakah kaunseling kelompok boleh membantu ahli-ahli menyelesaikan masalah mereka.

Kaunseling Kelompok ialah proses perhubungan antara kaunselor dengan beberapa orang peserta. Mereka menilai diri dan situasi dalam usaha menukar sikap dan tingkah laku (Hansen, Warner dan smith, 1980)

Kaunseling Kelompok adalah satu proses penyesuaian diri dengan menggunakan pengalaman-pengalaman peserta dalam kelompok sebagai penggalak perkembangan diri peserta kelompok. Fokus Kaunseling Kelompok ialah menolong peserta menghadapi masalah penyesuaian diri dan perkembangan diri sehari-hari seperti perubahan kelakuan, memperbaiki kemahiran berhubung, sikap dan nilai atau kerjaya atau membuat keputusan dalam hidup. Terdapat beberapa proses yang membantu ahli-ahli menyelesaikan masalah seperti berikut :

KK adalah satu perhubungan yang menerima, percaya mempercayai dan selamat di mana ahli mempelajari cara-cara berbincang secara terbuka mengenai perkara-perkara yang merisaukan dan mengganggu mereka

Tujuan KK adalah untuk menentukan kelakuan yang hendak diperbaiki, untuk memperolehi kemahiran sosial, untuk membina kekuatan dan keyakinan supaya boleh mencuba kelakuan-kelakuan baru yang dipelajari melalui pengalaman kaunseling.

Melalui proses KK, ahli merancang dan menilai perkembangan mereka, menangai konflik yang dihadapi demi memperkayakan aspek-aspek hidup mereka seperti perhubungan mereka dengan keluarga dan rakan-rakan, aspek pekerjaan, aspek kerjaya, agama dan lain-lain.

KK merupakan social oasis di mana ahli berinteraksi dan dapat mencermin diri melalui maklumbalas, melalui memberi dan menerima pertolongan serta melalui kemahiran interpersonal yang digunakan.

Dalam KK, ahli akan diberi sokongan serta kekuatan supaya dapat menghadapi orang yang terpenting dalam hidup mereka supaya mereka tidak merasa putus asa semasa hendak mencuba kelakuan-kelakuan baru.

Dalam KK, ahli dapat mempercayai kaunselor dan ahli-ahli lain, lalu menjadi lebih terbuka serta bersikap jujur apabila bercakap tentang dirinya dan masalah yang dihadapi.