soalan kkp pkp3183

Upload: dg-nur-atiqah-musfirah

Post on 08-Jan-2016

223 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

nanu

TRANSCRIPT

BA (Hons) in Primary Education

PROJEK

PROGRAM : PISMP AMBILAN JAN2014NAMA :

TAJUK KURSUS : ASAS MENGENAL NOMBOR UNTUK GURU PEMULIHANKOD KURSUS: PKP3183SEMESTER : Semester 3 (Ambilan Jun 2014)

TARIKH MULA

TARIKH HANTAR

Tugasan 1Tugasan 2Tugasan 3KuizMinggu 8Minggu 9Minggu 10Minggu 10-15

Minggu 12Minggu 12Minggu 12

A. Hasil Pembelajaran Kursus1. Menjelaskan konsep-konsep nombor dan operasinya.2. Membanding beza sistem pengangkaan purba dengan sistem pengangkaan Hindu-Arab.3. Menghubungkaitkan nombor dengan kehidupan harian.4. Mengaplikasi pengetahuan ciri-ciri nombor untuk mereka bentuk aktiviti pembelajaran berkaitan nombor.

B. Objektif Projek

Kerja kursus ini memenuhi hasil pembelajaran (LO) 1, 2, 3 dan 4bermatlamat bagi mentaksir dan menilai pengetahuan pelajar dalam:

1. Penguasaan Kandungan.2. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi3. Pemindahan Pembelajaran.4. Pengelolaan.5. Nilai Keguruan

Kerja Projek :

Kerja projek ini mengandungi beberapa bahagian iaitu

(A) Dua set tugasan projek (50%) : Tugasan 1 (20 %) dan Tugasan 2 (30%) (B) Penulisan Esei (20%) dan(C) Kuiz/Ujian/Latihan/Tutorial(30%)

Semua pelajar adalah dinilai secara formatif melalui refleksi daripada pengambilan nota tutorial dan aktiviti ISL secara manual.

BAHAGIAN (A) Kerja Projek: (50%: 50 Markah)

Tugasan 1: Pembinaan KIT (ABM/BBM) (20%: 20 markah )

Secara berpasangan, membinakan KIT Pembelajaran ABM/BBM memudahkan pengajaran dan pembelajaran konsep operasi nombor dan kemahiran operasi nombor yang mengikut algoritma yang standard dan sesuai dengan tahap kognitif murid.

Nota: Anda perlu merujuk bahan ilmiah dan juga mencari bahan internet bagi pelbagai konsep, algoritma dan kaedah yang digunakan. Model-model /bahan kit dilabel dengan kemas. Bahan disusun dan dikelola dalam organizer yang kemas dan menarik.

Tugasan 2: Mereka Bahan-bahan bagi Aktiviti Rekreasi Matematik (30%: 30 markah)

Kaji literatur berkaitan rekreasi matematik dan seterusnya secara berkumpulan tiga orang menghasilkan satu bahan rekreasi matematik yang mengaplikasikan kemahiran pembelajaran berkaitan nombor. Bahan rekreasi hendaklah menepati konsep dan tujuan aktiviti rekreasi. Membentangkan bahan rekreasi yang dicipta lengkap dengan aspek tujuan, ciri-ciri, kaedah dan cara permainan serta kos pembinaan bahan. Bahan yang direka hendaklah mencukupi bagi sekurangnya untuk 4 kumpulan murid .

BAHAGIAN (B) Penulisan Esei 1000-1500 patah perkataan: (20%: 20 markah)

Menulis esei dalam tema : Sistem Pengangkaan Moden dengan Satu Sistem Pengangkaan Purba

Pelajar boleh meilih tajuk yang sesuai berdasarkan tema yang diberi.

Nota: Esei mestilah bertaip dengan Font 12 Arial dan 1.5 spacing.

Pelajar perlu merujuk

1. Takrif dan definisi sistem pengangkaan/nombor.2. Sejarah nombor moden.3. Sejarah nombor purba.4. Teori nombor dan konsep nombor moden dan nombor purba.

BAHAGIAN (C) Kuiz /Ujian/Latihan/Tutorial.( 30%: 30 markah)

1. Mengambil ujian/kuiz yang dijalankan.2.Membuat latihan atau ISL yang diberi dengan membuat refleksi/ nota ringkas.3.Melengkapkan tutorial yang diberi dan membentang sebagai perkongsian dengan pelajar lain.

Garispanduan

1.Mengumpul maklumat daripada sekurang-kurangnya tiga sumber berbeza cth: internet, jurnal, buku yang berkaitan topik berkenaan.2.Memberikan pandangan dan pendapat peribadi tentang tugas yang diberi. 3.Anda boleh menggunakan bahan yang diterbitkan tetapi mesti menyatakan sumbernya

Keperluan Terperinci bagi Tugasan.

1. Projek anda (Kit Pembelajaran Matematikdan Bahan Rekreasi Matematik) harus mempunyai tajuk tertentu yang sesuai.2. Tidak meniru tugasan daripada kerja kursus yang lain. Menyediakan senarai rujukan sumber maklumat menggunakan format APA.3. Hasil kerja anda harus bertaip dengan double spacing atau 1.5 spacing and font Arial size 12.4. Muka surat hadapan harus mengandungi maklumat berikut:a) Namab) Nombor Matriks dan Kad Pengenalanc) Kelas d) Tajuk Tugasane) Nama Pensyarah

5. Pelajar harus mematuhi tarikh penghantaran. Tanpa kebenaran penghantaran lewat menyebabkan gred /markah diturunkan ke band/tahap lebih rendah.

Kerja kursus yang baik harus menunjukkan:

1. Huraian menyeluruh skop dan isi kandungan tentang topik tugasan.2. Pemahaman mendalam tentang masalah/tugasan3. Bukti pembacaan daripada pelbagai sumber.4. Justifikasi yang menasabah dan hujah yang matang tentang pendapat peribadi yang diberikan.5. Kuotasi dan rujukan baik serta kemahiran merujuk/ Good citation and referencing skill6. Keaslian dalam hujah dan persembahan/hasil kerja.7. Keberkesanan pernyataan dan bahasa yang digunakan.8. Bahan Kit dan rekreasi yang mempamerkan ketulenan ide.9. Bahan yang menarik dan mudah digunakan.

Kriteria Penilaian

Kerja kursus ini akan ditanda dan disemak berdasarkan kriteria pemarkahan yang disediakan bagi kerja kursus ini.

Tugasan disediakan oleh: Disemak oleh:

HASLAN BIN MANJA TEH AH HUAT Penyelaras Kursus PKP3183 Pakar Bidang (SME) Matematik Jabatan Sains dan Matematik Jabatan Sains dan Matematik IPG Kampus Kent IPG Kampus Kent

Disahkan oleh:

............................................................... BENNY KONG TZE LOONG Ketua Jabatan Sains dan Matematik Jabatan Sains dan Matematik IPG Kampus Kent

............................................................. JULIANA BTE DUMPIL Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan Jabatan Ilmu PendidikanIPG Kampus Kent