soalan kerja kursus bmm3104 2014 (1)siap (1)
TRANSCRIPT
INSTITUT PENDIDIKAN GURU,KAMPUS RAJA MELEWAR
TUGASAN PROJEK
PROGRAM :
PROGRAM PENGIJAZAHAN GURU
(PPG)
NAMA GURU PELATIH :
KOD DAN NAMA KURSUS :
(BMM 3043)
PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
SEMESTER : 4 (Ambilan Jun 2011)
UNIT: PJK1/PJK2/PKB
TARIKH MULA 25 JULAI 2014 TARIKH HANTAR 25 OGOS 2014
Hasil Pembelajaran Kursus
1. Menghuraikan kemahiran bahasa; pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran kemahiran bahasa,tatabahasa dan seni bahasa berdasarkan kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah.
2. Menyediakan rancangan pengajaran tahunan dan rancangan pengajaran harian.
3. Membina bahan bantu mengajar.
4. Menggunakan bahan bantu mengajar yang dibina.
5. Membuat latihan penilaian kemahiran bahasa.
Kerja Kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3 dan 4
Objektif Kerja Kursus
Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut :
1. Menjelaskan konsep kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca, kemahiran menulis, aspek seni bahasa dan tatabahasa berdasarkan maklumat daripada pelbagai sumber termasuk jurnal pendidikan;
2. Menghasilkan rancangan pengajaran dan bahan bantu mengajar untuk pengajaran dan pembelajaran salah satu kemahiran bahasa yang dipilih;
3. Menunjuk cara satu langkah pengajaran dan pembelajaran berdasarkan rancangan pengajaran yang disediakan dan kemahiran bahasa yang dipilih.
1
4. Membuat latihan penilaian kemahiran-kemahiran bahasa.
Tugasan Projek (80%)
Kemahiran berbahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis, aspek seni bahasa dan tatabahasa. Kemahiran berbahasa ini merupakan teras kepada penguasaan bahasa baku. Penguasaan kesemua kemahiran ini amat penting dalam proses pengajaran dan pempelajaran supaya berjalan dengan lancar dan berkesan. Penguasaan terhadap kesemua kemahiran berbahasa ini penting terhadap murid-murid dalam memastikan input yang diberikan adalah sejajar dengan apa yang dikehendaki dan termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Sehubungan itu, berdasarkan maklumat daripada pelbagai sumber termasuk jurnal pendidikan, anda dikehendaki:
1. Menjelaskan konsep kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca, kemahiran menulis, aspek seni bahasa dan tatabahasa secara terperinci (20%);
2. Menghasilkan rancangan pengajaran dan bahan bantu mengajar untuk pengajaran dan pembelajaran salah satu kemahiran bahasa yang dipilih (30%);
3. Menunjuk cara satu langkah pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca berdasarkan kaedah membaca yang dipilih secara individu (30%).
Tugasan 2-Kuiz (20%)
Tarikh:05/09/2014
Satu kuiz yang mengandungi 4 soalan struktur(HP1-4)
Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus
1. Panjang esei adalah 1,500 patah perkataan dan tidak melebihi15 muka surat.Esei perlu bertaip dengan saiz fon Arial 11, dan langkau 1.5 baris.
2. Rujukan harus merangkumi jurnal, buku rujukan, dan sumber internet.3. Rujukan prosuder mengikut format dan gaya APA (American Psyhological4. Esei harus menunjukkan keaslian, kematangan dan bermutu tinggi.5. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.6 Muka depan esei merangkumi:
i. Nama pelajarii. Angka giliraniii. No.Kad Pengenalaniv. Kumpulan /Unitv. Kod dan Nama Kursusvi. Tajuk Tugasan Projekvii. Nama Pensyarah Akademikviii. Tarikh hantar
Sila rujuk panduan muka hadapan yang dilampirkan.
2
7. Sila rujuk kepada “Panduan untuk tugasan”
8. Tugasan ini ditaksir berdasarkan kriteria berikut:
Liputan dan kandungan
Kualiti Review
Organisasi
Kualiti Sumber
9. Sila rujuk kepada kriteria pemarkahan.
Tugasan disediakan oleh Disahkan oleh
_______________________ ______________________________
(Ibrahim Bin Yusof) (Encik Azmi Bin Ayub) Penyelaras BMM3043 Ketua Jabatan PISMP Semester 4 Pengajian Melayu Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar Kampus Raja Melewar Seremban Negeri Sembilan Seremban. Negeri Sembilan
Disemak oleh:
................................................(Hajah Rafeah Binti Daud) Pakar Bidang (SME)Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Raja Melewar
3