masalah bahasa siap!!!

Upload: sathyan-ilangovan

Post on 17-Jul-2015

208 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 31150 HULU KINTA, PERAK DARUL RIDZUAN

KURSUS IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SEKOLAH RENDAH )

SEMESTER 1

KERJA KURSUS PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

NAMA PELAJAR ANGKA GILIRAN NO. KAD PENGENALAN UNIT

: SATHYAN A/L ILANGOVAN : 26875 : 921211045281 : K16

KOD DAN MATAPELAJARAN : PKU (3102) NAMA PENSYARAH TARIKH SERAHAN :EN.KAMARUL BAHRIN BIN MOHD.RADZI : 02 MAC 2012

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tandatangan

: .......................................................................

Nama Penulis : SATHYAN A/L ILANGOVAN

Tarikh

: 02 MAC 2012

PENGHARGAAN

Pertama sekali saya ingin mengucapkan rasa syukur saya ke hadrat Tuhan kerana dengan limpah izin dan kurnia daripada-Nya saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan sebaik yang mungkin dan menghantar tugasan ini mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Ucapan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada En.Kamarul Bahrin bin Mohd.Radzi, selaku pensyarah bagi mata pelajaran Pengenalan Masalah Bahasa Dan Komunikasi ( PKU 3102 ) bagi kelas saya, iaitu PISMP K16 kerana telah banyak memberikan bimbingan, teguran, dan tunjuk ajar kepada saya dalam tempoh saya melaksanakan tugasan ini. Sekalung penghargaan saya ucapkan kepada ibu bapa dan keluarga saya yang kini berada jauh di Melaka kerana banyak membantu dan memberikan semangat kepada saya untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang pelajar di samping bantuan dari segi kewangan sepanjang saya berada di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh Perak. Tidak lupa juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada rakan-rakan yang membantu saya sama ada secara langsung atau tidak langsung kerana menyumbangkan idea-idea yang bernas dan berkongsi masalah sepanjang tempoh saya menyiapkan kerja kursus ini. Sekali lagi saya menyampaikan penghargaan yang tidak terhingga saya kepada mereka. Hanya Tuhan yang mampu membalas budi kalian.

ISI KANDUNGAN KANDUNGAN PENDAHULUAN DEFINISI PELAJAR BERMASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI KATEGORI MASALAH KANAK-KANAK KURANG UPAYA AUTISME IMPLIKASI KANAK-KANAK AUTISME DALAM P&P CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERMASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI PUNCA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI PENILAIAN REFLEKSI BIBLIOGRAFI 16 22 23 24 3-4 5 10 12 MUKA SURAT 1 2

KAJIAN MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

1.0

PENDAHULUAN

Bahasa adalah kunci pintu khazanah ilmu dan bacaan adalah jaminan untuk mendapatkan ilmu (Koh 1986). Kelemahan penguasaan bahasa akan menjejaskan kemajuan murid dalam mata pelajaran lain, kerana bahasa adalah alat komunikasi untuk mempelajari segala jenis ilmu pengetahuan. Fungsi asas bahasa adalah sebagai alat komunikasi bagi manusia dan keperluan berkomunikasi ialah keperluan hidup yang asasi. Kebolehan berkomunikasi dan mempelajari sesuatu melalui bahasa adalah satu ciri unik manusia yang hidup bermasyarakat. Tidak ada manusia di dunia ini tidak mempunyai bahasa, malahan semua manusia perlu berbahasa untuk menyampaikan hasrat dan perasaan meskipun hanya dengan menggunakan bahasa isyarat. Salah satu matlamat pendidikan ialah memastikan semua kanak-kanak mendapat pendidikan yang sama. Namun, tidak semua pelajar dapat menerima dan menguasai pembelajaran seperti yang diharapkan dan dirancang. Terdapat beberapa golongan pelajar yang tidak bernasib baik sehingga menghalang proses-proses pembelajaran berlaku dengan baik. Antaranya ialah kanak-kanak keperluan khas.

Walau bagaimanapun, kekurangan dan ketidakupayaan yang dimiliki kanak-kanak keperluan khas menyebabkan mereka berbeza daripada kanak-kanak yang sempurna sifatnya, sama ada dari segi kecerdasan mental mahupun keupayaan fizikal. Perbezaan dan kekurangan ini menyebabkan kaedah pembelajaran bahasa bagi kanak-kanak khas ini berbeza berbanding yang digunakan kepada kanak-kanak yang sempurna sifatnya. Mereka sebenarnya sangat istimewa untuk difahami.

2.0

DEFINISI PELAJAR BERMASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI. Kanak-kanak normal akan menguasai sesuatu bahasa jika dia terdedah kepada

bahasa tersebut kerana dia akan mendengar dan meniru apa yang didengarinya. Walau bagaimanapun, tidak semua kanak-kanak mampu menguasai dan memperoleh bahasa mengikut kadar yang sama dari segi tempoh masa ataupun peringkat prestasi kemahirannya. Perbezaan kadar ini berlaku kerana ketidakseimbangan faktor-faktor pengaruh yang diperoleh oleh kanak-kanak iaitu keadaan fizikal, kecerdasan, perkembangan kognitif, daya diskriminasi (pengamatan), pengalaman, persekitaran, emosi, motivasi dan sahsiah (Mat Daud Yusof 1990). Menurut Martin dan Miller (1996), ciri-ciri masalah bahasa merujuk kepada ketidakupayaan seseorang kanak-kanak menguasai kemahiran berbahasa yang terdiri daripada lima komponen bahasa iaitu fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan aspek pragmatik. Pakar dalam bidang ini berpendapat kanak-kanak bermasalah bahasa ini memerlukan satu cara atau teknik bahasa yang boleh mereka gunakan dan di fahami dengan mudah untuk berkomunikasi. Ada pendapat menyatakan komunikasi, bahasa dan pertuturan adalah dalam konteks yang sama tetapi pengkaji bahasa berpendapat terdapat perbezaan yang ketara antara ketiga-tiga itu. Menurut Owen (1990), komunikasi adalah proses di mana seseorang itu bertukar maklumat dan berkongsi idea. Pengirim dan penerima membina maklumat dan saling bertukar maklumat dalam dua hala. Maklumat tersebut diterima dan saling memahami. Walaupun komunikasi menggunakan pertuturan dan bahasa, aspek lain perlu diambil kira seperti bentuk, intonasi, penekanan suara dan gaya pertuturan yang boleh menggambarkan emosi dan sikap penutur yang memberikan pelbagai makna. Komunikasi bukan sahaja menggunakan bahasa tetapi boleh juga terjadi melalui tanda isyarat, gerakan badan, eye contact dan ekspresi.

2.1 KATEGORI MASALAH KANAK-KANAK KURANG UPAYA Terdapat 6 kategori kurang upaya yang didaftarkan iaitu: Kurang Upaya Termasuk pekak dan bisu: a. Minima (Mild) (20 < 30 db) b. Sederhana (Moderate) (30 < 60 db) c. Teruk (Severe) (60 < 90 db) d. Profound (> 90 db) Kurang Upaya Buta (blind)

Pendengaran

Penglihatan

Penglihatan kurang daripada 3/60 pada mata yang lebih baik walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan (cermin mata)

Penglihatan terhad (Low Vision/Partially Sighted)

Penglihatan lebih teruk dari 6/18 tapi sama dengan atau lebih baik daripada 3/60 dalam mata yang lebih baik

penglihatannya walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan (cermin mata). Kurang Fizikal Upaya Kecacatan anggota badan misalnya

Penyakit Polio, Kudung, Muscular Dystrophy, Myopathy, Neuropathy, Osteogenesis Imperfecta dll

Cerebral Palsy

a. Hemiplegia Cerebral Palsy yang melibatkan sebelah bahagian badan b. Diplegia Cerebral Palsy yang melibatkan kedua-dua belah

kaki c. Quadriplegia Cerebral Palsy yang melibatkan kedua-dua belah tangan dan kaki Masalah Pembelajaran Dignosa perubatan di bawah kategori ini merangkumi:

Lewat Perkembangan (Global Development Delay) (bagi kanak-kanak berumur < 3 tahun)

Down Syndrome Autisma Attention Deficit Hyperactive Disorder Terencat Akal (Mental Retardation) (bagi kanak-kanak

berumur > 3 tahun)

Masalah pembelajaran spesifik seperti dyslexia, dysgraphia, dyscalculia dll

Lain-Lain

Diagnosa perubatan di bawah kategori ini merangkumi semua masalah kurang upaya yang tidak dinyatakan dalam format.

3.0 AUTISME Autisme bermula sejak awal 20 masihi lagi. Perkataan autisme berasal daripada perkataan bahasa Greek iaitu autos yang bermaksud sendiri. Dalam situasi ini, autos merujuk kepada seseorang yang hidup dalam dunianya sendiri. Seorang ahli psikologi dari Harvard iaitu Leo Kanner telah memperkenalkan istilah autisme pada tahun 1943 berdasarkan pemerhatian beliau terhadap penghidap autisme yang menunjukkan respon yang negatif dalam berkomunikasi dengan orang lain, pengasingan diri, keadaan yang tidak fleksibel dengan orang lain dan cara komunikasi yang berbeza daripada orang biasa. Hasil kajian, (Michael Waldman, Sean Nicholson,& Nodir Adilov, 2006), di dalam jurnalnya yang bertajuk Does Television Cause Autism? menyatakan bahawa 1 daripada 166 kanak-kanak di dunia merupakan penghidap autisme. Menurut kamus Oxford Advance Learner autism ialah a mental condition in which a person is unable to communicate or form relationships with other. Kamus Elektronik Encarta terbitan Microsoft Corporation pula menyatakan bahawa autisme ialah a disturbance in phsycological development in which use of language, reaction to stimuli, interpretation of the world, and the formation of relationships are not fully established and follow unusual pattern. Maka, dapat disimpulkan di sini, autisme merupakan gangguan psikologi terhadap perkembangan komunikasi, gerakan tubuh badan, sikap, emosi, sosial, dan sentuhan. Menurut Dr. Widowo Judarwanto di dalam jurnalnya yang bertajuk Pencegahan Autis Pada Anak, kebiasaanya autistik tidak langsung mempedulikan suara, penglihatannya ataupun perkara-perkara yang berlaku dipersekitaran mereka. Sekiranya mereka memberi reaksi terhadap sesuatu perkara, kebiasaanya, reaksi mereka langsung tidak menyentuh mengenai perkara tersebut, malah adakalanya mereka tidak langsung memberi apa-apa reaksi.

3.1 CIRI-CIRI KANAK-KANAK AUTISME 3.1.1 Komunikasi dan Bahasa Menurut Dr. Widowo, penghidap autisme biasanya mengalami masalah gangguan dalam komunikasi. Mereka lambat untuk bercakap dan ada sesetengahnya gagal secara total untuk bercakap. Sekiranya mereka dapat bercakap, mereka hanya bercakap untuk masa yang singkat, tidak dalam waktu yang lama. Menariknya, mereka hanya mampu untuk menggunakan bahasa tubuh untuk berkomunikasi dengan orang lain. Mereka mampu untuk meniru apa yang orang lain katakan, tetapi mereka gagal untuk memahami maksud kata-kata tersebut.

3.2 Kognitif Autisme merupakan masalah dalam mental penghidapnya. Maka, ia turut memberi kesan dalam perkembangan kognitif mereka. Menurut (Michael Waldman, Sean Nicholson,& Nodir Adilov, 2006) dalam jurnalnya menyatakan bahawa kanakkanak autisme ini mengalami masalah separa buta akal. Mereka kurang memahami konsep pemahaman yang oleh orang lain. Kanak-kanak autisme mempunyai perkembangan kognitif yang berbeza dengan kanak-kanak lain. Walaupun kebanyakan kanak-kanak autisme mempunyai daya kognitif yang lemah, terdapat sebahagian kecil daripada mereka yang mempunyai keupayaan kognitif yang tinggi dan mempunyai bakat yang mengagumkan .Kebanyakan individu autisme mempunyai tumpuan yang singkat atau terhad namun begitu keadaan ini tidak pula berlaku apabila mereka memberi tumpuan yang berlebihan kepada perkara yang mereka sukai. Keadaan ini dikenali sebagai stimulus over selectivity iaitu perkara atau rangsangan yang menjadi tumpuan secara berlebihan. Mereka mungkin tertarik dan memberi tumpuan kepada satu aspek daripada satu perkara yang sepatutnya dilihat secara menyeluruh. Misalnya hanya tertarik dan menumpukan perhatian kepada warna merah pada barang permainan tanpa mempedulikan bentuk dan kegunaannya. Oleh kerana tumpuan perhatian merupakan peringkat pertama dalam pemprosesan maklumat, maka kegagalan mengenal pasti

aspek yang bersesuaian bagi permainan tersebut menyebabkan keupayaan mereka untuk bermain ataupun belajar adalah terhad. Kanak- kanak autisme berkeupayaan menerima input daripada deria tetapi mereka tidak berupaya memilih maklumat yang penting. Oleh itu maklumat awal ini akan dikekalkan dalam bentuk asal (uncoded

form). Mengikut kebiasaan proses yang berlaku dalam otak manusia, input yang diterima akan diproses dan disimpan dalam bentuk ingatan jangka pendek atau ingatan jangka panjang dan akan dikeluarkan semula apabila diperlukan. Namun bagi kanakkanak autisme mereka tidak boleh mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lama dan juga tidak berupaya membuat penyesuaian terhadap maklumat untuk proses pembelajaran. Kanak- kanak autisme tidak mampu menumpukan perhatian kepada perkara- perkara kecil yang boleh dikaitkan dengan ingatan masa lalu dan mengimbas kembali untuk melihat penting yang ada. Selain itu mereka sukar membuat atau memahami jenaka, membuat analogi dan tidak memahami kiasan. Namun begitu, terdapat individu yang mempunyai kemahiran tertentu yang tinggi melebihi ukuran umum misalnya kecerdasan yang tinggi atau mempunyai bakat yang sangat luar biasa, misalnya dalam matematik, seni lukis dan muzik. Ada di antara mereka yang boleh menyelesaikan masalah matematik yang rumit dalam masa yang singkat, dapat bermain piano hanya dengan mendengarnya sahaja dan menghasilkan kerja seni seperti lukisan dan ukiran yang sangat cantik.

3.3 Interaksi Sosial Dr. Widowo menyatakan bahawa penghidap autisme biasanya mengelakkan diri untuk bertentang muka dengan orang lain. Mereka tidak menyahut apabila mereka dipanggil tetapi hanya menolehkan muka kepada orang yang memanggil mereka. Kebiasaannya penghidap autisme akan merasa tidak selesa jika mereka ini dipeluk, tetapi mereka tidak menolak pelukan tersebut. Sekiranya mereka menginginkan sesuatu mereka akan memegang tangan orang yang berhampiran dengan mereka dan mengharapkan orang tersebut melakukan sesuatu untuk memenuhi keinginannya. Mereka tidak akan berasa selesa sekiranya waktu mereka bermain ada orang lain cuba untuk mendekati mereka dan mereka akan mengambil tindakan untuk menjauhkan diri daripada orang tersebut. Kanak- kanak autistik mempunyai masalah apabila

berinteraksi dengan orang lain. Mereka kerap dikatakan cuba mengelak daripada bertentang mata apabila bercakap, tidak mahu memulakan perbualan dan tidak suka bermain dengan rakan- rakan lain. Sesetengah kanak- kanak autistik kurang berupaya meniru apa yang orang lain buat kepada mereka. Misalnya, mereka tidak senyum apabila orang lain senyum kepadanya, tidak membalas lambaian atau tidak bertepuk tangan ketika semua orang bertepuk tangan. Masalah tingkah laku sosial kanak- kanak autistik dapat dikategorikan kepada tiga iaitu: a. Penghidratan sosial (social avoidant) iaitu individu autistik akan mengelak daripada sebarang bentuk interaksi sosial. Kerap kali mereka akan menjauhkan diri apabila ada orang hendak berinteraksi dengan mereka. b. Bersikap tidak acuh/ peduli (socially indifferent) iaitu mengambil sikap tidka peduli dengan keadaan sekelilingnya walaupun tidak pula menghindari pergaulan. Mereka hanya berinteraksi dengan orang lain apabila memerlukan sesuatu daripada orang itu. c. Kekok atau janggal ketika bersosial (socially awkward) berlaku apabila individu autistik cuba berkawan tetapi tidak berupaya mengekalkan hubungan itu. Keadaan ini berlaku kerana mereka hanya bercakap tentang diri sendiri dan tidak memahami bahawa orang lain juga mempunyai idea, perasaan, kepercayaan, sikap dan emosi. Oleh itu mereka tidak dapat menjangkakan apa yang akan disebut atau dibuat oleh orang lain dalam pelbagai situasi sosial

3.4 Ganguan Emosi Menurut Dr. Widowo lagi, kebanyakan penghidap autisme, mengalami masalah emosi yang tidak seimbang. Kadangkala mereka akan ketawa, menangis atau marah seorang diri tanpa sebab yang munasabah. Mereka ini mempunyai sikap panas baran yang sukar dikawal terutama apabila mereka gagal untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan. Ini boleh menyebabkan mereka menjadi manusia yang agresif. Kanak- kanak autistik sukar membuka hubungan secara emosi dengan orang lain kerana mereka tidak sedar bahawa perasaan tertentu boleh ditunjukkan dalam cara yang tidak disalah faham. Sebagai contoh, kanak- kanak autistik dianggap telah

menunjukkan emosinya apabila kelihatan ketawa geli hati seorang diri. Namun persoalannya adalah sama ada tingkah laku itu wujud dalam keadaan sosial yang betul. Individu autistik juga tidak menyembunyikan perasaan suka atau tidak suka kepada orang lain dan ada kalanya menunjukkan kemesraan yang melampau. Selain itu, individu autistik menunjukkan beberapa ekspresi muka yang berbeza- beza, kedudukan (posture) badan yang kaku dan suara yang mendatar atau monotonous. Dapat disimpulkan di sini bahawa ketidaklangsungan, kurang berperaturan dan emosi yang keterlaluan yang ditunjukkan oleh individu autistik adalah kerana sememangnya secara semulajadi mereka kurang berminat untuk berkomunikasi. Dari segi afektif, kanakkanak autisme didapati sering marah, ketawa dan menangis tanpa sebab, mengamuk tanpa terkawal jika tidak dituruti kemahuannya atau dilarang daripada melakukan sesuatu yang diingininya. Mereka juaga suka merosakkan apa sahaja yang ada di sekitarnya jika emosi terganggu. Selain itu, mereka uga akan menyerang sesiapa sahaja yang berhampiran jika emosi terganggu. Ada kalanya kanak-kanak autisme mencederakan diri sendiri, tiada rasa simpati dan tidak memahami perasaan orang lain.

3.5 Perangai dan Sikap Dr. Widowo mentafsirkan bahawa kanak-kanak autisme ini senang untuk diuruskan apabila meletakkan sesuatu barang pada tempat-tempat yang tertentu. Kadangkala, kanak-kanak ini akan berubah sikap menjadi kanak-kanak yang hiperaktif terutamanya apabila mereka berhadapan dengan suasana yang asing buat mereka. Mereka akan meniru perbuatan yang dilihatnya seperti burung yang sedang terbang. Mereka akan melambai-lambaikan tangan seolah-olah mereka juga ingin terbang. Ibu bapa dan guru perlu memberikan perhatian yang lebih kepada kanak-kanak autisme kerana mereka mampu untuk mencederakan diri mereka seperti menghantukkan kepala mereka ke dinding. Kadangkala juga, mereka akan bersikap pasif dengan berdiam diri sambil merenung dengan renungan yang kosong. Perubahan sikap yang ditunjukkan seperti marah dengan tiba-tiba dan memberi perhatian yang bersungguhsungguh terhadap sesuatu perkara.

3.6 Kesan Sentuhan Fizikal Hasil kajian Dr. Widowo menunjukkan bahawa kebanyakkan penghidap autisme sangat sensitif terhadap cahaya, bunyi, sentuhan, rasa dan ciuman. Kebiasaannya penghidap autisme mengalami tabiat suka menjilat, menggigit, atau mencium apa sahaja barang termasuklah barang mainan mereka. Mereka akan menutup telinga apabila mereka terdengar bunyi kuat. Apabila kanak-kanak autisme ingin dimandikan mereka akan menangis apabila rambut mereka dibasahkan. Mereka juga tidak selesa jika mereka dipakaikan dengan pakaian-pakaian yang tertentu menyebabkan ibu bapa sukar untuk menguruskan pakaian mereka. Mereka amat tidak selesa dengan pelukan atau rabaan. Mereka akan cuba mengelak atau melepaskan diri daripada perbuatan tersebut.

4.0 IMPLIKASI KANAK-KANAK AUTISME DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Guru memainkan peranan penting dalam menguruskan kanak-kanak autisme di sekolah. Ini kerana kanak-kanak autisme ini sukar dikenal pasti secara melalui fizikal semata-mata. Mereka mengalami masalah komunikasi yang kronik sehingga mereka tidak mampu untuk mengenal pasti riak air muka, bahasa tubuh, isyarat atau perlambangan, dan nada suara yang berbeza bagi menafsirkan perasaan.

Menurut Vacca (2007) dalam jurnalnya yang bertajuk Autistic Children Can Be Taught To Read menyatakan bahawa pemikiran imaginasi kanak-kanak autistik sentiasa berkurangan, maka penulisan dan pembacaan yang kreatif terlalu sukar untuk difahami oleh mereka. Maka, guru perlu mengajar dalam bentuk yang lebih fakta dan konkrit. Sebagai contohnya, guru menanyakan soalan fakta seperti Apa yang berlaku disini?, apa yang akan berlaku seterusnya? dan sebagainya. Vacca (2007) percaya bahawa adalah lebih baik sekiranya guru menggunakan bahan yang realiti berbanding bahan yang berbentuk fantasi.

Menurut Vacca (2007) lagi, beliau menyatakan bahawa guru perlu menjadikan aktiviti membaca untuk autistic suatu aktiviti yang menyeronokkan dengan menggunakan Authetic High Interest Visual Material. Berdasarkan journal beliau, Grandin (2002) menyatakan bahawa kanak-kanak autisti memiliki pemikiran visual. Mereka tidak memikirkan bahasa tetapi dalam bentuk gambar rajah.

Menurut Vacca (2007) , beliau menyatakan lagi dalam kajian beliau bahawa dalam memulakan pengajaran untuk kanak-kanak autistik, guru perlu mengikut minatnya terlebih dahulu. Sebagai contohnya, guru meminta kanak-kanak autistic melukis kartun lawak dan kemudian menulis penerangan mengenai kartun tersebut dibawah gambar tersebut.

Apabila mereka selesai dalam melakukan sesuatu tugasan, berikanlah kata-kata pujian walaupun adakalanya mereka tidak memahami pujian tersebut. Ganjaran juga boleh diberikan seperti melebihkan masa bermain mereka kerana mereka telah berjaya melakukan sesuatu tugasan.

Semasa mengajar, guru digalakkan untuk menggunakan kata-kata, foto-foto, gambar rajah, lambang atau isyarat bagi membantu mereka untuk meluahkan perasaan mereka. Keprihatinan guru dalam mengenal pasti perasaan mereka adalah perlu agar emosi dan perasaan mereka tidak mempengaruhi tingkah laku mereka cenderung ke arah negatif seperti mencederakan diri atau orang lain.

5.0 CIRI-CIRI MURID BERMASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI. 5.1 Masalah komunikasi, pertuturan dan bahasa. Masalah dalam komunikasi adalah masalah yang biasanya menyebabkan kanakkanak itu dirujuk kepada pakar untuk disaring, dilakukan diagnosis ke atasnya dan diberi tindakan. Dalam domain komunikasi itu sendiri terdapat pelbagai kecacatan lain, malah masalah komunikasi ini mungkin adalah gejala seperti terencat akal ataupun autisme. Komunikasi normal biasanya bergantung pada pertuturan dan bahasa. Pertuturan ialah kemampuan mengeluarkan bunyi-bunyi yang difahami seperti perkataan dan ayat. Manakala bahasa merangkumi apa yang orang lain nyatakan dan kemampuan menggambarkan dalam pemikiran bentuk-bentuk simbolik seperti dalam perkataan ataupun pergerakan yang mewakili perkataan. Masalah komunikasi mungkin timbul daripada masalah pertuturan, masalah bahasa ataupun kedua-duanya sekali. Mengikut Charles Van Riper (1905-1994), seorang pelopor terkenal dalam bidang perkembangan terapi pertuturan, masalah komunikasi merupakan satu penyimpangan daripada pendengaran, pertuturan atau bahasa normal yang

mengganggu komunikasi atau yang menarik tumpuan negatif terhadap individu yang mengalaminya, atau menyebabkan individu tersebut menjadi segan atau merasa diri kurang upaya. Berdasarkan definisi tersebut, terdapat banyak jenis dan bentuk masalah komunikasi yang membawa kesan yang serius kepada individu yang mengalaminya. Manakala masalah bahasa ditakrifkan mengikut The American Speech and Hearing Association (1993), merupakan masalah dalam kefahaman dan penggunaan sistem simbol bahasa (seperti lisan, penulisan dan lain-lain). Hal ini mungkin melibatkan bentuk bahasa, kandungan bahasa dan fungsi bahasa dalam komunikasi dalam apa jua kombinasi. Kanak-kanak bermasalah bahasa dan komunikasi merupakan satu kumpulan yang heterogeneous. Mereka tidak mempunyai ciri-ciri yang seragam dan tahap masalah yang dialami boleh terdiri daripada ringan sehingga amat teruk. Walau bagaimanapun, masalah bahasa dan komunikasi yang dihadapi membawa impak yang

ketara dan serius dalam pelbagai aspek perkembangan dan pencapaian akademik. Kesan masalah bahasa dan komunikasi adalah seperti berikut: Kelemahan sewaktu berkomunikasi berkait rapat dengan kelemahan murid menggunakan bahasa lisan dengan jelas dan berkesan. Antara masalah komunikasi ialah gangguan percakapan. Gangguan cara bercakap adalah lencongan yang melibatkan gentian, tertinggal dan tambahan kepada bunyi-bunyi itu. Masalah cara bercakap adalah paling ketara dalam kesemua masalah komunikasi di dalam kelas. Gentian yang sering dan gemar dilakukan oleh murid-murid adalah seperti bunyi r diganti dengan I dan z dengan j. Contohnya Razali disebut Lajali. Satu lagi adalah pertuturan yang belum matang seperti percakapan anak-anak contohnya pertuturan tertinggal huruf ataupun perkataan. Tambahan pula sekiranya mereka bertutur terlalu gopoh akan menjadikan percakapan itu lebih sukar untuk kita fahami. Cara percakapan mereka hanya difahami oleh kumpulan berkenaan yang tertentu sahaja. Oleh itu, hal ini juga sukar dimengerti kalau kita tidak pernah bercampur gaul dengan mereka yang berkenaan. 5.2 Masalah pertuturan. Bertutur ialah proses komunikasi yang amat berguna dan kesannya adalah pada pembelajaran. Masalah komunikasi melibatkan emosi seperti rasa malu, kurang upaya dan sebagainya secara tidak langsung, mengganggu kanak-kanak belajar dan menyekat percampurannya dengan kawan-kawan. Hal ini mendatangkan kesukaran dalam penyesuaian hubungan sosial. Kanak-kanak yang menghadapi masalah ini juga menghadapi kesukaran memahami istilah dan perkataan apabila bertutur atau kesukaran menggabungkan perkataan untuk melafazkan pemikiran. Masalah pertuturan yang dialami oleh kanak-kanak ini memberi kesan terhadap bunyi yang dikeluarkan. Setiap kanak-kanak mempunyai suara yang unik tetapi perbezaan dalam cara kanak-kanak itu bercakap menjadi suatu masalah apabila pertuturannya tidak dapat difahami oleh orang yang mendengar, ataupun cara kanakkanak itu bercakap mengganggu pendengar daripada memahami apa yang cuba disampaikan. Ada kalanya kanak-kanak yang mengalami gangguan pertuturan ini juga

mengalami masalah lain seperti cerebral palsy, sumbing, masalah pendengaran dan dyspraxia. Antara ciri-ciri bagi kecacatan ini ialah masalah artikulasi/fonologi, suara kasar, tiada bunyi yang keluar apabila bercakap, sengau dan gagap. Kanak-kanak yang mengalami masalah pertuturan ini tidak mampu menyatakan keperluan, kehendak dan perasaan yang seterusnya menjejaskan pembelajaran dan interaksinya dengan orang lain. Apabila ia merasa sukar untuk orang lain memahaminya, mereka berasa kecewa dan menunjukkan tingkah laku yang agresif. Kanak-kanak ini diabaikan oleh rakan-rakan kerana sukar bagi memahaminya dan ini membawa kepada keadaan perkembangan bahasa yang semakin lambat, terutama dalam kemahiran interaksi sosial kerana peluang untuk mereka berkomunikasi adalah terhad.

5.3

Masalah bahasa. Menurut Micheal Rutter (1979), masalah kanak-kanak autisme tidak hanya

menggunakan bahasa pertuturan yang sedikit, sebaliknya bagi kanak-kanak yang boleh bertutur, bahasa yang mereka gunakan adalah bahasa yang abnormal. Ramai kanakkanak dengan masalah autisme tidak mempunyai bahasa pertuturan langsung iaitu di antara 28 hingga 61 peratus (dalam Kuder, 2003). Bahasa kanak-kanak autisme adalah terhad dan tidak fleksibel. Bagi yang boleh bertutur mereka banyak bergantung kepada ingatan secara hafalan daripada

menggunakan peraturan asas bahasa secara kreatif. Topik perbualan adalah terhad serta mempunyai masalah dalam bahasa (gesture) yang bersesuaian. Masalah bahasa kanak-kanak autistik dapat dibahagikan kepada tiga iaitu bentuk bahasa, kandungan bahasa dan penggunaan bahasa. Hasil daripada kajian, kanak-kanak ini menghadapi masalah bahasa iaitu bahasa reseptif dan ekspresif. Bahasa reseptif ialah kemampuan memahami dan mengingat apa yang diperkatakan oleh orang lain, manakala bahasa ekspresif ialah kemampuan untuk menyatakan idea dalam perkataan ataupun simbol. Masalah dalam aspek bahasa ini terbahagi kepada dua iaitu:

i)

Perkembangan lambat.

Melibatkan kemahiran berbahasa yang berkembang dalam kadar yang lambat tetapi dalam urutan normal bagi aspek-aspek bahasa seperti pembentukan ayat, perbualan dan pemahaman. Kebanyakan perkembangan lambat berkait dengan peluang yang terhad untuk belajar. Keadaan persekitaran di rumah yang tidak menyumbangkan kepada perkembangan bahasa yang baik juga adalah faktor bagi perkembangan bahasa yang lambat. Pertuturan kanak-kanak dalam kategori ini adalah seperti pertuturan kanak-kanak yang lebih kecil, dengan ayat yang pendek dan mudah serta tatabahasa yang tidak tepat. Mereka juga mengalami kesukaran mengikut arahan yang bersesuaian dengan tahap umur.

ii)

Kecacatan berbahasa.

Kanak-kanak ini dikenal pasti berdasarkan kemahiran yang dipelajari. Misalnya, ayat yang dituturkan oleh kanak-kanak tertentu itu terlalu panjang dan kompleks tetapi tidak dapat memberi makna terhadap perbualan dengan orang lain. Kanak-kanak yang mengalami kecacatan berbahasa dapat di kesan daripada perbualan. Mereka menggunakan ayat-ayat yang tidak berkaitan dengan perbualan yang sedang berlangsung ataupun member jawapan yang tidak sesuai dengan soalan yang diberikan. Selain itu, kanak-kanak bermasalah bahasa ini juga sering kali menggunakan tatabahasa yang tidak tepat, sukar mengingat nama-nama benda dan sering terganggu percakapan hingga terpaksa berhenti kerana tidak mengetahui perkataan yang sesuai untuk disebut. Hal yang demikian adalah seiring dengan pendapat yang telah dikemukakan oleh ahli patologis bahawa kemahiran berbahasa berkembang mengikut peringkat-peringkat tertentu iaitu peringkat bahasa dalaman, penerima auditori (mendengar), pelahiran auditori (bertutur), penerimaan visual (membaca) dan pelahiran visual (menulis).Kanakkanak dalam kategori bermasalah bahasa dan komunikasi tidak dapat memahami penerangan seterusnya dapat menimbulkan masalah tingkah laku. Oleh itu, guru perlulah memahami keadaan kanak-kanak ini. Guru yang efektif ialah insan yang sedar terdapat kemahiran dan kelebihan yang tidak nampak secara luaran dalam diri kanak-

kanak ini. Justeru, beliau akan memberikan sokongan dalam pelbagai bentuk termasuklah dari segi demonstrasi bagi membantu kanak-kanak memahami dan berkomunikasi.

6.0 6.1

PUNCA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI MURID YANG TERLIBAT. Punca masalah bahasa / pertuturan Hasil dapatan kajian menunjukkan kategori masalah yang kerap sekali dijumpai

ialah masalah pembelajaran secara spesifik (specific learning disabilities) seperti disleksia yang memberi kesan terhadap salah satu aspek pembelajaran. Masalah komunikasi berada pada kedudukan kedua dari segi kekerapan berlakunya. Namun, pasangan kategori masalah yang kerap sekali dijumpai bersama (dual disabilities) ialah masalah bahasa/komunikasi bersama masalah kerencatan akal. Memandang

kekerapan berlaku masalah bahasa dan komunikasi dalam kalangan kanak-kanak, kita harus meninjau beberapa punca sebab yang boleh mengakibatkan kewujudan masalah tersebut. Walaupun sebahagian besar masalah bahasa dan komunikasi tidak diketahui puncanya, kita boleh mengkategorikan punca adalah seperti berikut seperti berikut : a) Faktor Genetik / Sejarah keluarga Faktor genetik ini lebih kerap berlaku dalam keluarga-keluarga tertentu dan risiko masalah ini lebih tinggi dalam kalangan lelaki. Hal demikian disebabkan terdapat perhubungan antara ketidaksempurnaan bilangan kromosom dengan beberapa kumpulan masalah bahasa/komunikasi tertentu (contoh: trisomi 21). b) Faktor neurologi Masalah ini terjadi apabila ketidaksempurnaan dalam perkembangan sistem saraf, terutamanya pada bahagian otak tertentu yang bertanggung jawab terhadap pemprosesan bahasa. Selain itu juga kecederaan pada bahagian otak tertentu juga menyebabkan terjejasnya sistem neurologi.

c) Faktor perinatal (semasa kelahiran) Sekiranya lebih komplikasi semasa kelahiran, kanak-kanak lebih berisiko tinggi untuk mengalami masalah perkembangan bahasa (contoh : masa kelahiran yang panjang boleh mengakibatkan kekurangan oksigen kepada sel-sel di otak menyebabkan masalah anoxia). d) Kehilangan pendengaran Masalah ini berlaku apabila kehilangan jenis sensori-neural akibat kerosakan pada telinga dalam pada peringkat pralingual, iaitu sebelum kanak-kanak memperoleh bahasa (di bawah 2 atau 3 tahun). Selain itu, kehilangan jenis konduktif akibat kerosakan pada telinga luar atau/dan tengah juga merupakan salah satu faktor kehilangan pendengaran(contoh: infeksi otitis media yang kronik). e) Kerencatan kognitif / mental Terdapat hubungan yang rapat antara perkembangan bahasa dan kognisi (cognition ), maka tidak hairanlah bahawa kerencatan mental dan masalah bahasa merupakan dual disability yang kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak berkeperluan khas. f) Faktor persekitaran / sosial Kemiskinan boleh mengakibatkan risiko biologikal yang mungkin menjejaskan pembinaan organ-organ penting seperti otak dan telinga. Faktor ini juga boleh berinteraksi dengan faktor-faktor lain untuk menghasilkan kesan yang negatif

terhadap pelbagai aspek perkembangan seperti fizikal, emosi dan kognitif.

Ibu bapa mempunyai peranan yang penting kepada pembangunan pendidikan anak. Hal ini bermakna hubungan ibu bapa dengan pihak sekolah selain membantu dalam hal persekolahan anak, mereka dapat membantu ke arah pendidikan yang lebih baik. Penglibatan ibu bapa amat diperlukan sebagai sokongan pada pencapaian akademik anak-anak mereka. Peranan yang dimainkan oleh ibu bapa memberi erti yang begitu besar pada pembentukan keyakinan dalam kalangan pelajar seterusnya berupaya membantu daripada segi pencapaian akademik pelajar berkenaan. Dalam kaedah menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam penglibatan berbentuk sokongan ini, pihak sekolah perlulah memberi sokongan yang padu kepada ibu bapa. Hubungan yang baik antara ibu bapa dan pihak sekolah memberi kesan positif pada tingkah laku serta pencapaian akademik anak.

6.2

Punca-punca masalah komunikasi. Daripada kajian yang telah dijalankan, bahasa yang digunakan oleh kanak-kanak

ini tidak konsisten kerana beberapa faktor yang mempengaruhi seperti kepelbagaian kaedah dan penilaian yang menghasilkan keputusan yang berbeza-beza serta keadaan tertekan kanak-kanak semasa situasi ujian dijalankan. Oleh sebab itu, bukan mudah untuk membuat sesuatu rumusan dalam masalah ini. Secara umumnya, kanak-kanak bermasalah bahasa ini diuji daripada aspek tingkah laku dan kesukaran di dalam penggunaan lima komponen bahasa iaitu aspek fonologi, morfologi, sintaksis,semantik dan pragmatik. 6.2.1 Fonologi Kajian mendapati bahawa 70 % daripada kanak-kanak bermasalah bahasa ini mengalami masalah untuk mengeluarkan kata-kata. Hal ini berdasarkan masalah yang mereka hadapi iaitu masalah dari aspek pendengaran dan sistem saraf mulut yang tidak normal. Kanak-kanak ini juga mengalami masalah untuk menyebut perkataan dengan jelas dan bunyi yang betul. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan oleh masalah artikulasi, kognitif, masalah auditori atau sistem saraf mulut yang tidak normal.

Dengan demikian, kanak-kanak ini mengalami masalah untuk menyebut perkataan dengan jelas dan bunyi yang betul. Masalah ini berlaku kepada kanak-kanak autisme. Kanak-kanak yang menghadapi masalah bahasa juga menggunakan bacaan bibir untuk memahami pertuturan. Namun cara ini boleh menimbulkan masalah untuk membezakan bunyi yang hampir sama. Bunyi-bunyi vokal dan konsonan juga sukar untuk dibezakan dan kebolehan untuk memahami bacaan bibir bergantung pada tahap penguasaan bahasa dan pengetahuan tentang konteks bahasa. Mereka juga mengalami masalah penerimaan input auditori dan visual yang menyebabkan timbul masalah kesukaran memahami dan mempelajari pertuturan. Masalah ini dialami oleh kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran. Kebanyakan kanak-kanak bermasalah tidak dapat menggunakan intonasi dan ritma dengan kadar yang sesuai. Kadang-kadang mereka bercakap dengan nada yang terlalu tinggi dan tidak sesuai dengan konteks ayat. Hal yang demikian kerana mereka tidak dapat membezakan ciriciri prosodi. 6.2.2 Morfologi Berdasarkan kajian ini juga kanak-kanak bermasalah bahasa kebanyakannya tidak boleh menggunakan bahasa atau penggunaan perkataan yang betul dalam pertuturan mereka. Mereka juga akan mengambil masa yang lama untuk menguasai kemahiran menyebut kata-kata. Keadaan ini pada dasarnya adalah disebabkan oleh perbendaharaan kata yang terkumpul pada kanak-kanak tersebut amat kurang. Mereka juga menghadapi masalah untuk menggunakan ayat yang panjang kerana kadar penambahan purata panjang ujarannya amat lemah (Men Of Utterance-MLU). Kanak-kanak bermasalah bahasa ini juga mengalami masalah kelewatan di dalam pemerolehan bentuk kata kerja yang betul. Tafsiran makna ayat juga berdasarkan turutan perkataan kerana kebiasaan menggunakan peraturan ayat ringkas (subjek-aksi-objek). Kanak-kanak ini kurang menggunakan imbuhan akhiran dan bertindak menggugurkannya di dalam penggunaan ayat. Contohnya, makanan akan jadi makan sahaja dan minuman akan jadi minum sahaja. Di samping itu, mereka juga mengalami kelewatan di dalam memulakan kombinasi perkataan. Kanak-kanak

yang mengalami masalah bahasa antara lain turut bermasalah untuk membuat ujaran terhadap ayat-ayat kompleks. Mereka juga menghadapi masalah untuk memberi penjelasan, menerangkan sesuatu atau menggulung ayat. Dari aspek penulisan pula, mereka tidak dapat menulis dengan baik berbanding dengan pertuturan.

6.2.3 Sintaksis Pada tahun persekolahan, kanak-kanak mula mempelajari tatabahasa. Mereka sering keliru dengan penggunaan bahasa kerana hanya memikirkan logik ayat sahaja. Kefahaman mereka menggunakan kefahaman tatabahasa lebih kepada ayat yang kompleks. Mereka sering terkeliru dengan ayat-ayat pasif. Sebagai contohnya, Adam diikuti oleh kanak-kanak tetapi kanak-kanak menggambarkan Adam mengikuti dan berada di belakang kanak-kanak. Kanak-kanak masih tidak tahu membezakan tatabahasa yang digunakan dan menganggap ianya sama. Selain itu, mereka juga masih tidak tahu membezakan penggunaan perkataan yang mempunyai dua atau lebih makna. Contoh, Kek ini manis dengan Perempuan itu manis dipandang. Mengikut kajian yang dilakukan, walaupun kanak-kanak bermasalah bahasa boleh memberi kefahaman kepada mereka yang bercakap dengannya, namun begitu mereka selalunya gagal dalam memberikan maklumat yang dikehendaki. Kanak-kanak dan orang dewasa yang mengalami masalah bahasa akan mengalami kesukaran dalam pertuturan dan perbualan. Mereka jarang-jarang sekali ingin bertanya atau meminta penjelasan yang lebih lanjut. Mereka akan lebih suka mendiamkan diri daripada melibatkan diri di dalam perbualan. Kanak-kanak masalah bahasa akan dapat menguasai kemahiran ini apabila mereka masuk ke alam dewasa, namun untuk menjawab atau memperkatakan tentang sesuatu tajuk yang lebih rumit, mereka lebih suka mendiamkan diri (Abbeduto 1991).

6.2.4 Semantik Kanak-kanak bermasalah bahasa mengalami kesukaran untuk memahami makna perkataan mengikut kategori, kuantiti, ruang dan masa. Mereka juga sukar memahami perkataan yang mengandungi pelbagai makna, menggunakan perkataan yang berhubung seperti sinonim, antonim, serta penggunaan sesuatu konsep yang abstrak seperti peribahasa. Mereka juga mengalami masalah untuk menggunakan perkataan yang telah dipelajari akibat kelemahan memahami makna perkataan secara umum. Kanak-kanak bermasalah bahasa mengalami masalah kekurangan

perbendaharaan kata secara kualitatif dan kuantitatif. Masalah ini akan semakin serius dengan peningkatan usia kanak-kanak tersebut, masalah kekurangan perbendaharaan kata juga turut mengundang masalah untuk mempelajari perkataan baru secara tidak formal. Mereka lebih mudah mempelajari konsep-konsep yang berkait seperti saiz dan ruang. Penggunaan bahasa juga terlalu berstruktur dan berbentuk streotaip

menyebabkan kurangnya variasi bahasa. Di dalam situasi harian mereka terlalu bergantung pada konteks dan penggunaan perkataan yang telah diketahui sahaja menyebabkan mereka menghadapi masalah untuk memahami bahasa yang digunakan di dalam buku teks atau buku akademik. Masalah ini kebanyakannya dihadapi oleh kanak-kanak bermasalah pendengaran. 6.2.5 Pragmatik Dalam perbualan yang normal, seseorang akan bercakap dan seorang lagi akan mendengar dan kemudiannya baru menjawab mengikut giliran tanpa menyampuk di tengah-tengah perbualan. Bagi kanak-kanak bermasalah bahasa mereka menghadapi masalah di dalam menentukan giliran di dalam perbualan mereka. Perlakuan ini adalah dipercayai hasil daripada hubungan ibu bapa dan anak seperti dalam perlakuan si ibu menyuapkan makan kepada si anak. Namun begitu, masalah ini tidaklah begitu rumit berbanding dengan masalah lain kerana kanak-kanak biasa juga turut mengalami masalah ini dalam perbualan mereka (Martin & Miller, 1996).

7.0

PENILAIAN. Guru pendidikan khas hendaklah mengukur kemampuan kanak-kanak yang

didapati bermasalah di dalam kelas. Pengukuran yang dijalankan berupaya mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid secara menyeluruh. Pengukuran dirancang dan dikendalikan oleh guru khas. Instrumen pengukuran dibina dan ditadbir oleh guru khas. Pembelajaran di kelas khas adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. Hasil pengukuran digunakan sebagai tindakan susulan bagi memperbaiki pengajaran guru dan meningkatkan pembelajaran murid. Pengukuran lebih bersifat formatif iaitu mengutamakan kemajuan setiap murid daripada satu peringkat ke satu peringkat. Guru dapat mengesan perkembangan murid dari satu masa ke semasa. Hal ini mampu memberi peluang kepada guru memperbetulkan kesilapan dan memperbaiki kelemahan murid secara serta merta supaya kelemahan itu tidak terhimpun. Guru khas perlu menggunakan ujian diagnostik bagi mengenal pasti punca masalah dan kesukaran dalam pembelajaran. Hasil analisis membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. Selain itu, guru juga perlu menilai murid dalam pelbagai aspek berdasarkan hasil pembelajaran yang ditetapkan sesuai dengan sesuatu mata pelajaran Pengukuran yang dijalankan dapat menjana maklumat yang lebih tepat dan menyeluruh tentang murid. Melalui penilaian, hasrat menghasilkan individu yang berkembang secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang daripada aspek intelek, rohani, jasmani dan emosi tercapai. Bagi menentukan pendidikan rendah mencapai hasrat yang dimaksudkan, penilaian yang dikendalikan oleh guru dalam bilik darjah adalah amat sesuai sebab meliputi penilaian ke atas semua aspek. Penekenan ke atas penilaian yang berasaskan sekolah dapat membantu guru mengembangkan potensi murid ke tahap maksimum. Oleh yang demikian, adalah penting guru memahami konsep, menghayati matlamat serta perlaksanaan pengukuran dalam darjah sebaik mungkin dalam pelajaran dan pembelajaran.

8.0 REFLEKSI Daripada pengalaman saya membuat kerja kursus in saya telah mendapat banyak ilmu pengetahuan mengenai pelajar berkeperluan khas. Saya ingin mengambil keaempatan ini bagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya,En.Kamarul Bahrin bin Mohd.Radzi,kedua-dua ibu bapa saya serta semua rakanrakan saya yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penghasilan tugasan ini.Sebagai kesimpulan terhadap apa yang telah saya pelajari, kanak-kanak mempelajari bahasa yang normal melalui perkembangan pragmatik, semantik, fonologi, morfologi dan sintaksis. Kesukaran dalam mempelajari bahasa adalah amat dirasai bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah bahasa dan komunikasi. Pelbagai cara dan langkah-langkah boleh diambil bagi mengatasi masalah bahasa kanak-kanak. Intervensi yang sesuai serta peranan yang dimainkan oleh ibu bapa membolehkan kanak-kanak memperbaiki bahasa mereka seterusnya dapat menguasai bahasa dengan sempurna. Setiap kanak-kanak khas perlu diberi perhatian dan pelajaran yang sama dengan setanding dengan kanak-kanak normal yang lain. Alklington(1991) mencadangkan perkembangan rangka kerja baru yang mengiktiraf potensi belajar semua kanak-kanak. Golongan profesional perlu ada cara baru untuk membantu pelajar dengan menggunakan kaedah lisan dan penulisan bahasa yang lebih menarik, bahasa yang bermakna dan menggunakan bahasa untuk komunikasi yang lebih realistik. Bahasa dan komunikasi merupakan elemen yang sangat penting dalam kehidupan kita. Setiap hari kita pasti akan bercakap atau bertutur untuk menyatakan keinginan kita, tidak kira sama ada menggunakan pertuturan , bahasa isyarat mahupun gerak tubuh. Kesemuanya digunakan oleh setiap individu mengikut keperluan masingmasing. Begitu juga dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Kecacatan yang dialami oleh mereka tidak akan sama dengan seseorang kanak-kanak yang lain. Oleh yang demikian, kita mestilah mengenal pasti apakah masalah bahasa yang dialami, mengetahui langkah-langkah pencegahan yang boleh di ambil serta membuat pengukuran dan penilaian terhadap kanak-kanak tersebut.Itu adalah sedikit sebanyak ilmu yang telah saya peroleh semasa menyiapkan tugasan ini.

9.0 BIBLIOGRAFI Fay, J. dan Funk, D. (1995). Teaching With Love and Logic. The Love and logic Press: USA. Haniz Ibrahim (1998). Inclusive Education in Malaysia: Teachers Attitude to Change. PhD thesis. University of Exerter. Unprinted. Jabatan Pendidikan Khas. (1995). Perancangan Strategik : Pendidikan Khas 2020. Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia (2003), Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah & Menengah. Jamila K.A Mohamed. (2006). Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. K.A. Razhiyah. (2005). Menjadi Guru Pendidikan Khas. Kuala Lumpur : Professional Publishing Sdn. Bhd. PTS

Mat Daud Yusof. (1990). Bagaimana kanak-kanak cacat menguasai bahasa. Jurnal Dewan Bahasa, 34 (3): 156-165. Supiah Saad (2003). Malaysian Preschool Children with ADHD in Inclusive Settings. PhD thesis. University of Warwick. Unprinted.

Zamri Mahamod. (2007). Psikolinguistik Dalam Pengajaran Dan Pemerolehan Bahasa Pertama Dan Kedua. Shah Alam : Karisma Publications Sdn. Bhd.

INTERNET http://www.pendidikankhas.com/forum/thread-13.html http://www.asiacommunityservice.org/NECIC/CD/Plenary%20Session%204/PS%204A %20-%20Haniz%20Ibrahim.pdf http://www.moe.gov.my/jpkhas/index.php?option=com_content&view=article&id=41:sem inar http://eprints.utm.my/2231/1/5_7.pdf http://ceritarasahati2.blogspot.com/2009/05/1maksud-pendekatan-kiosk-dan-bila.html