bab 4 siap~

Upload: missjaebum77

Post on 15-Jul-2015

608 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

BAB 4

PENYELENGGARAAN JALANRAYA

4.1

PENGENALAN

Penyelenggaraan jalanraya adalah antara salah satu kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan MPS. Antara kerja penyelenggaraan jalan yang dilakukan ialah menampal lubang jalan, menurap jalan, penyelenggaraan jalan, bonggol, road marking (tanda jalan) dan lain-lain yang berkaitan dengan penyelenggaraan jalan di bawah tanggungjawab PBT.

50

4.2

JENIS-JENIS KEROSAKAN.

4.2.1 Crocodile Crack (Retak Buaya)

Crocodile crack ataupun retak buaya merupakan salah satu jenis kerosakan jalan yang terdapat pada jalan yang diselenggara PBT. Retak buaya membentuk satu rangkaian retakan sambungan menyerupai kulit buaya. Jenis kerosakan ini dapat dilihat apabila terdapat retakan saling bersambungan dan berbentuk jaringan berbilang sisi yang bersaiz diantara 100mm hingga 300mm.

Rendah Corak keretakan kelihatan tetapi keretakan tersebut tidak dapat diukur kedalamannya serta tiada kelihatan pemisahan permukaan jalan.

Sederhana

Tinggi

Keretakan mudah dilihat dengan ukuran lebih kurang 1/8.

Lebar keretakan 1/8 dan kelihatan turapan serta terdapat batu yang tertanggal.

Jadual 4.2.1

Penilaian tahap kerosakan retak buaya.

Punca kerosakan retak buaya adalah disebabkan oleh : i. ii. iii. iv. Beban trafik yang berlebihan. Olahgerak henti pecut. Kerapuhan jalan mengikut faktor usia jalan tersebut. Sistem pengaliran air yang kurang baik yang membolehkan aliran air memasuki struktur jalan.

51

4.2.2 Longitudinal Crack (Retak Memanjang)

Retak ini biasanya berlaku secara memanjang dan selari dengan garis tengah jalan, ia bermula dari lapisan permukaan. Kerosakan jenis ini biasa terjadi di antaran dua lapisan asfal yang bersebelahan atau di pinggir laluan tayar, keretakan ini akan membenarkan air memasuki lapisan bawah jaaln dan seterusnya akan mengakibatkan lapisan subgred menjadi lemah. Keretakan berlaku dalam tiga peringkat iaitu ;

Rendah

Sederhana

Tinggi Keretakan yang berlaku

Terdapat retakan dan sedikit serpihan.

Keretakan berlaku sedalam 1/4.

adalah teruk dan diisi oleh bendasing seperti pasir dan batu.

Jadual 4.2.2 Penilaian tahap kerosakan retak memanjang.

Retak memanjang boleh terjadi melalui faktor tersebut:

i.

Tekanan thermal (suhu) yang dihasilkan setiap hari ata pada waktu perubahan suhu.

ii. iii.

Perbezaan ketinggian antara dua turapan jalan yang bersebelahan. Tekanan yang disebabkan oleh beban tayar kenderaan yang lebih banyak tertumpu pada pinggir jalan.

52

4.2.3 Block Crack (Retak Blok)

Retak jenis ini biasanya saling bersambungan dan membentuk jaringan berbilang sisi diantara 300mm hinggan 3000mm. Ia berlaku pada kedua-dua arah melintang dan memanjang. Tahap kritikal keretakan jenis ini jika ia menunjukkan aggregat akan tercabut dari lapisan permukaan.

Rendah Kesan retak dengan kelebaran yang kurang dari 10mm.

Sederhana Kesan retakan dengan kelebaran diantara 10mm hingga 75mm.

Tinggi Kesan retakan dengan yang lebih dari 10mm.

Jadual 4.2.3 Penilaian tahap kerosakan retak blok.

Punca-punca yang menyebabkan turapan mempunyai retak blok adalah:

i. ii.

Perubahan suhu permukaan yang menurun sehingga menghasilkan suatu keadaan pengecutan pada lapisan permukaan asfalt. Retakan permukaan turapan yang telah sedia ada.

4.2.4 Crescent-shaped Crack (Retak Bulan Sabit)

Berbentuk parabola yang selari dan rapat antara satu sama lain, kejadian ini biasanya berkaitan dengan penyodokan dan berlaku pada lapisan berbitumen sahaja.

53

Punca-punca retak bulan sabit adalah: i. Pengaliran tidak sempurna yang akan menyebabkan berlakunya pemendapan. ii. iii. Kurangnya sokongan pada tepi jalan. Beban trafik pada pinggir jalan.

4.2.5 Changes of Surface (Ubah Bentuk Permukaan).

i.

Alunan Kerosakan ini adalah berbentuk seperti alunan melintang rapat dan berturutan denfan jarak antara satu sama lain kurang dari 2m. Keadaan ini umumnya akan memberi kesan yang tidak selesa kepada pengguna jalan raya.

Rendah Alunan yang wujud mengakibatkan kesan tahap rendah terhadap kualiti pemanduan.

Sederhana Alunan yang wujud mengakibatkan kesan tahap sederhana terhadap kualiti pemanduan.

Tinggi Alunan yang wujud mengakibatkan kesan tahap tinggi terhadap kualiti pemanduan.

Jadual 4.2.5 Penilaian tahap kerosakan ubah bentuk permukaan.

Punca-punca jalan berubahbentuk alunan adalah disebabkan oleh: i. ii. iii. iv. Ketidakstabilan permukaan berbitumen. Pemadatan yang keterlaluan pada tapak. Beban trafik yang tinggi. Kenderaan membrek secara tiba-tiba. 54

4.2.6 Surface Deformation (Kecacatan Permukaan).

i.

Pengikisan

Keadaan ini boleh berlaku apabila lapisan asfal yang tertanggal dari permukaan jalan, akibat daripada keadaan ikatan diantara aggregat dan bitumen tidak kuat. Ia mempengaruhi mutu perkhidmatan dan keselamatan terutamanya rintangan gelincir, pergerakan dan kualiti panduan.

Rendah Agregat atau pengikat telah mula haus. Pada sesetengah kawasan kelihatan permukaan turapan menunjukkan lubang hasil dari penanggalan agregat,.

Sederhana Agregat atau pengikat telah mula haus. Permukaan turapan menjadi kasar dan berlubang hasil dari penanggalan agregat.

Tinggi Agregat atau pengikat haus dengan teruk. Permukaan turapan menjadi terlalu kasar serta keadaan permukaan yang berlubang hasil dari penanggalan agregat.

Jadual 4.2.6 Penilaian tahap kerosakan pengikisan.

Punca-punca pengikisan jalan adalah: i. ii. Ikatan diantara permukaan dan tapak tidak kuat. Lapisan permukaan agregat yang tidak bersih dan berdebu semasa dicampurkan dengan bitumen.

55

4.2.7 Potholes (Lelubang)

Potholes atau lelubang berbentuk mangkung pada turapan berpunca daripada kehilangan lapisan hauas dan pengikat dimana kehilangan ikatan antara lapisan akan menyebabkan jalan menjadi semakin lemah. Ia terbentuk akibat daripada lalulintas yang melalui jalan tersebut memecahkan permukaan jalan dan seterusnya membenarkan air memasuki turapan dan akan mempercepatkan lagi proses penyepaian.

Rendah

Sederhana i. Keluasan kawasan

Tinggi

Keluasan kawasan lubang kurang 10 peratus atau kurang dari lima lubang per seratu bagi panjang jalan.

lubang diantara 10 hingga 30 %. Keluasan lubang besar dari 30 % keseluruhan ii. Kurang dari lima hingga sepuluh lubang per seratus kaki bagi panjang jalan. jalan per seratus kaki jalan.

Jadual 4.2.7 Penilaian tahap kerosakan lelubang.

Punca-punca jalan berlubang adalah:

i. ii.

Kelemahan turapan jalan seperti kehilangan lapisan permukaan. Penyaliran yang tidak sempurna seperti air masuk ke lapisan pengikat melalui rekahan permukaan.

iii. iv.

Beban lalulintas yang ditanggung oleh permukaan jalan menyebabkan proses penyepaian berlaku. Pemadatan yang kurang semasa proses pembinaan. (penyelenggaraan berulang dilakukan)

56

4.2.8 Edge Deformation (Kecacatan Pinggir).

Biasanya terjadi apabila pinggir jalan berturap pecah atau terkopek.

Rendah Kesan retakan rendah atau sederhana tetapi tiada pecahan turapan.

Sederhana Retakan sederhana dan ada sedikit pecahan turapan.

Tinggi Pecahan turapan yang amat jelas di sepanjang pinggir turapan.

Jadual 4.2.8 Penilaian tahap kerosakan pecahan pinggir.

Punca jalan menjadi pecahan pinggir adalah:

i. ii. iii.

Bahan batu jalan yang kurang rintangan terhadap hakisan. Kurang sokongan terhadap pinggir jalan. Penjajaran yang menggalakkan laluan pada pinggir jalan dimana pengaliran tidak sempurna akan menyebabkan berlakunya pemendapan.

4.3

PENYELENGGARAAN JALAN.

Penyelenggaraan jalan bermaksud semua kerja-kerja yang terlibat bagi tujuan mengekalkan keadaan jalan (sejauhmana boleh) seperti keadaan asalnya dari segi ciri-ciri geometri dan juga kekuatan strukturnya.

Objektif utama penyelenggaraan jalan ialah :

1. Untuk mengurangkan kadar kerosakan ataupun kegagalan jalan dengan memanjangkan usia jalan. 57

2. Untuk mengurangkan kos operasi kenderaan yang menggunakan jalanraya tersebut dengan menyediakan permukaan yang baik. 3. Untuk memberi keselesaan serta menjamin keselamatan semua pengguna jalanraya.

Penyelenggaraan jalan boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu penyelenggaraan biasa dan penyelenggaraan berkala.

4.3.1 Routine Maintenance (Penyelenggaraan biasa).

Penyelenggaraan biasa adalah seperti memperbaiki lopak, lubang, memotong rumput, membaiki bahu jalan, membersihkan longkang tepi jalan, menecat garis jalan atau road marking, serta menyelenggara lain-lain kelengkapan jalanraya.

4.3.2 Periodic Maintenance (Penyelenggaraan berkala).

Penyelenggaraan berkala adalah suatu kerja yang dilakukan berkala, ataupun mempunyai tempoh penyelenggaraan. Kerja yang memerlukan kerja berkala adalah membarumuka jalan dan membentuk semula bahu jalan.

58

4.3.2 Kaedah Penyelenggaraan

i.

Mill and Patch

Digunakan bagi memperolehi kualiti dan juga pernjimatan sedikit kos bagi perbelanjaan MPS jika dibandingkan dengan kaedah penampalan biasa yang digunakan sebelum ini.

Berikut adalah perbezaan kaedah penampalan biasa dan Mill and Patch.

Kaedah Penampalan Biasa Penyambungan di antara wearing course yang lama lebih tinggi arasnya daripada yang asal. Penyambungan wearing course yang lama dengan yang baru lebih cepat terdedah kepada kerosakkan semula dan rekahan. Penyambungan tidak sekata pada kedalamannya. Keadaan permukaan selepas siap tidak begitu sekata dan memberhayakan pengguna kenderaan ringan.

Kaedah Penampalan Mill & Patch Penyambungan wearing course yang baru berada pada paras yang sama daripada yang lama. Penyambungan wearing course yang baru kurang terdedah kepada kerosakan dan rekahan.

Penampalan mempunyai kedalaman yang lebih sekata. Keadaan permukaan yanag lebih sekata disebabkan kerja permotongan mengunakan miller yang bersegi dan permukaa yang lebih sekata.

Pengunaannya juga tidak menjadi amalan JKR dan MPS.

Menjadi amalan JKR dan juga dapat menjaga imej Majlis.

Jadual 4.3.2.1 Perbezaan kaedah penampalan biasa dan Mill and Patch.

59

Peralatan yang digunakan adalah:

i.

Tack Coat (lapisan jelujur)

Lapisan jelujur atau lapisan pengikat adalah satu lapisan pelekat antara lapisan asfalt panas dan mewujudkan satu ikatan pelekat kuat tanpa kemerosotan. Lapisan ini boleh digunakan lebih banyak pada

lapisan poros dan berfungsi mengikat asfalt.

Tanpa lapisan jelujur, ikatan antara lapisan asfalt dan lapisan bawah berkemungkinan tidak kuat dan mengurangkan kekuatan struktur jalanraya selain dari membenarkan penjajaran berlaku dan air

menembusi struktur. Jenis emulsi yang digunakan untuk lapisan jelujur berbeza dari negar ke negara berikutan faktor cuaca. Emulsi yang lambat bertindak

digunakan di Amerika Syarikat dan perlu dicampurkan dengan air. Di Eropah pula menggunakan kationik cepat atau khas yang rendah emulsi.

Rajah 4.3.2.1 Tack Coat digunakan sebelum premix ACWC 14 ditabur. 60

ii.

Premix ACWC 14 Wearing Course(asfalt)

Asfalt adalah bahan hidrokarbon yang bersifat pelekat, hitam kecoklatan, mempunyai sifat kalis air dan viskoelastik. Seringkali asfalt atau bitumen dikelirukan dengan tar yang berwarna hitam, mempunya sifat termoplastik yang dihasilkan melaui proses penyulingan memusnah arang batu.

Asfalt perlu diambil dari kuari dan dijaga suhunya agar tidak sejuk. Suhu 110C - 100C untuk memastikan asfalt mengekalkan sifatnya dengan baik.

Rajah 4.3.2.2 Premix ACWC 14 dituang.

iii.

Baby Roller (Penggelek Kecil)

Penggelek kecil digunakan untuk menggelek premix sejurus selepas ia diratakan secara manual. Tujuan penggelek ini digunakan ialah untuk meratakan dan menyejukkan premix.

61

Rajah 4.3.2.3

Baby Roller

4.4

Road Gang MPS

MPS mempunyai pasukan selenggara jalannya sendiri, yang dipanggil Road Gang. Kerja yang dilakukan oleh pasukan ini seperti menurap jalan berdekatan perhentian bas, menampal lubang jalan dalam jumlah keseluruhan yang kurang dari RM 10,000.00. Jika kerja penyelenggaraan melebihi RM 20,000.00 atau jika suatu kerja penyelenggaraan itu memerlukan kepakaran tinggi, maka kontraktor akan dipilih.

Road Gang dianggotai oleh 10 orang pekerja awam berpangkat R1 dan diketuai oleh seorang juruteknik lelaki. Pergerakan pasukan ini mengikut jadual yang disediakan oleh Ketua Kerani; dimana pasukan ini bekerja satu tempat dalam satu hari.

62

Rajah 4.4.1

Contoh kerja yang dilakukan oleh Road Gang.

4.4.1 Proses kerja yang dilakukan oleh Road Gang.

Proses kerja yang dilakukan oleh Road Gang bermula dengan kerja mengikut jadual yang telah disediakan. mengikut zon dari Zon 1 hingga Zon 24. Kerja Road Gang tidak menentu jumlahnya; ia bergantung kepada jumlah aduan STARS yang telah dijumlahkan

Proses pembaikan jalan dibahagikan kepada empat kategori, iaitu:

i.

Restoration(Pembentukan semula) Pembentukan semula menggunakan kaedah penambahan bahan kimia.

63

ii.

Penurapan semula Penurapan semula lapisan haus dengan Premix ACWC (Wearing Course) dengan ketebalan 40mm hingga 60mm. Jika keretakan sedikit, ia boleh diperbaiki dengan sealant manakala jika keretakan agak serius, kaedah miling dan diikuti turap semula akan digunakan.

iii.

Recycling (Kitar Semula) Digunakan jika terdapat ketidakstabilan pada struktur jalan. Kaedah ini lebih ekonimik dan mesra alam kerana ia menggunakan bahan jalan yang dikitar semula. Terdapat 3 jenis dalam kaedah ini iaitu : a. In-situ Surface iaitu korekan permukaan premix dan menggunakan agen kimia. b. Plant asphalt recycling dengan cara mengorek permukaan premix dan dibawa ke plant untuk diproses dan dihantar ke tapak. c. Base recycling dengan mengitarsemula asfalt dan base, serta tambah agregat dan bahan penstabil digaul, hampar dan padatkan.

iv.

Reconstruction (Pembinaan Semula)

Kaedah ini digunakan apabila ketidakstabilan struktur turapan berlaku. Pembinaan semula sepenuhnya dilakukan jika subgred telah gagal dan sebahagian sub base gagal. Kegagalan kedua-dua binaan dapat dikenalpasti melalui ujian Non-Destructive Tests.

64

4.4.2 Proses kerja Road Gang.

1. Terdapat aduan kerosakan jalan di kawasan perumahan. Contoh Taman Perdana, Zon 19.

2. Road Gang bergegas ke kawasan jalan yang rosak.

Sebelum jalan

tersebut dilawati oleh Roag Gang, Juruteknik atau Penolong Jurutera perlu melawat kawasan tersebut terlebih dahulu untuk memastikan kerosakan tidak memerlukan kos yang tinggi.

3. Menyediakan

bahan-bahan

serta

peralatan

yang

diperlukan

ketika

menampal jalan seperti Premix ACWC 14, Tack Coat, Baby Roller, penyodok, dan lain-lain. 4. Tack Coat ditaburkan ke kawasan yang akan ditampal, sediakan garisan panduan dimana premix akan ditabur. 5. Tabur premix dikawasan garis panduan tack coat tadi. Ratakan dengan menggunakan menggunakan penyodok. 6. Ratakan dan mampatkan dengan menggunakan Baby Roller. mampat serta sejuk. Pastikan

terdapat air didalam mesin penggelek tersebut untuk memastikan jalan rata,

65

4.5

PENYELENGGARAAN BONGGOL.

Bonggol merupakan satu binaan jalanraya yang dapat memperlahankan serta mengurangkan kelajuan kenderaan melalui halangan pesongan tegak. Ketinggian bonggol biasanya diantara 3 inci hingga ke 4 inci (7.6cm hingga 10 cm). Panjangnya pula dalam 1.0m hingga 1.5m. Bonggol boleh dibina menggunakan plastik yang dikitar semula, premix asfalt atau getah. Kebaikan menggunakan

plastik kitar semula ia sentiasa mengekalkan warna yang terang, serta memberi amaran kepada pemandu tanpa hilang warna. Bonggol digunakan secara meluas di seluruh dunia, dan selalu dijumpai di kawasan yang memerlukan klajuan rendah, seperti kawasan perumahan.

Kebaikan bonggol :

i.

Dapat mengurangkan kelajuan kenderaan yang melalui kawasan tersebut.

ii.

Dapat mengurangkan kemalangan antara pemandu dan pejalan kaki yang melintas.

Keburukan bonggol:

i. ii. iii.

Melambatkan perjalanan kenderaan kecemasan seperti ambulans dan kereta bomba. Menyusahkan pemandu dan penumpang. Meningkatkan pencemaran akibat dari menggunakan gear rendah yang menambahkan jumlah minyak per batu.

66

4.5.1 Kaedah penyelenggaraan bonggol.

1. Oleh kerana bonggol memerlukan kerja yang pakar, kontraktor yang mahir dipilih dan mula menjalankan kerja. 2. Bonggol yang lama perlu dibuang, kerana ketinggian yang tidak sesuai.

Rajah 4.5.1.1 Backhoe mengorek bonggol yang akan diselenggara.

3. Kawasan bonggol lama mestilah dibersihkan.

Rajah 4.5.2.2 Kawasan bonggol yang telah dibersihkan. 67

4. Premix asphalt ditabur pada sekitar kawasan bonggol lama.

Rajah 4.5.2.3 Premix asphalt ditabur.

5. Premix diratakan dan dibentukkan menjadi bentuk bonggol.

Rajah 4.5.2.4 Cara Premix diratakan.

68

6. Premix dimampatkan dengan menggunakan Baby Roller.

Rajah 4.5.2.5 Premix diratakan.

7. Juruteknik mengukur ketinggian maksimum bonggol tersebut.

Rajah 4.5.2.6 Juruteknik mengukur tinggi maksimum bonggol.

69

4.6

TURAPAN JALAN.

Turapan jalan penting untuk kawasan perumahan yang baru dibuka, kerana ia sebahagian dari kemudahan yang wajib disediakan oleh pemaju dan PBT. Fungsi turapan adalah untuk menanggung bebanan trafik dalam keadaan rata, tidak menggerutu dan mempunyai rintangan gelinciran yang mencukupi agar dapat menjamin keselesaan dan keselamatan.

4.6.1 Rekabentuk Jalan.

Rekabentuk jalan terbahagi kepada tiga; rekabentuk geometri, rekabentuk turapan, serta rekabentuk perabot jalan.

Rekabentuk

geometri

menggunakan

dimensi

dan

susunan

yanh

menampakkan sesuatu jajaran menegak, membujur, cerun, simpang, lebar turapan dan lain-lain.

Rekabentuk turapan merupakan penyediaan lapisan struktur yang tahan lasak dan berfungsi antara satu sama lain.

Rekabentuk perabot jalan pula penyediaan paparan yang sesuai dan selamat berdasarkan rekabentuk geometri dan turapan.

70

4.6.2 Jenis Turapan.

Jenis turapan dibahagikan kepada dua iaitu turapan lentur dan turapan tegar. PBT menggunakan turapan lentur sahaja untuk kawasan perumahan.

4.6.3 Turapan Lentur.

Turapan lentur digunakan secara meluas di negara kita.

Turapan lentur

terdiri daripada beberapa lapisan yang dinamakan subgred, subtapak, ketapak, alas dan penghausan.

i.

Subgred Merupakan permukaan dimana lapisan-lapisan jalan dibina

diatasnya, ia bertindak sebagai asas yang menyokong jalanraya sama ada pada tanah yang ditambak atau semulajadi.

ii.

Subtapak

Merupakan lapisan diantara subgred dan tapak jalan, berfungsi sebagai pemisah diantara tanah asal dan struktur jalan. Selain itu, ia juga memberi perlindungan kepada subgred disamping sebagai membantu mengagihkan beban.

iii.

Tapak jalan Lapisan yang utama dalam struktur jalanraya, adalah lapisan yang terletak dibawah permukaan berbitumen. Ia bertindak dalam

mengagihkan beban secara terus kepada struktur jalan.

71

4.6.4

Kriteria Lapisan Permukaan Turapan Lentur. Lapisan ini adalah merupakan bahagian yang berada diatas sekali dalam

struktur jalan berbitumen dimana ia terbahagia kepada dua lapisan ketebalan yang berlainan serta diturap secara berasingan. Oleh itu, ia perlulah dibina berdasarkan kepada kehendak-kehendak berikut, iaitu; i. Mestilah dibina dari bahan-bahan yang berkualiti tinggi supaya ianya berupaya meringtangi ubahbentuk akibat dari geseran dari kenderaan. ii. Bagi menghasilkan suatu keadaan permukaan yang rata, mempunyai kadar rintangan gelinciran yang tinggi terhadap sebarang keadaan cuaca dan dapat memberi kualiti pemanduan yang baik. iii. Dapat menghalang kemasukan air kedalam lapisan-lapisan dibawahnya yang akan menyebabkan struktur jalan lemah. iv. Mampu menanggung beban yang berulangkali dari kenderaan tanpa mengakibatkan kegagalan struktur jalan.

4.6.5 Aspek Kegagalan

Kegagalan turapanjalan dapat dikategorikan kepada dua aspek kegagalan seperti dibawah, iaitu;

i.

Kegagalan struktur. Kegagalan jenis adalah melibatkan kerosakan pada fizikal komponen permukaan jalan semasa ianya membawa kenderaan. Ini berlaku

apabila sesuatu jalan itu tidak dapat menanggung beban lalulintas yang direkabentuk seperti ubah bwntuk subgred atau bahan-bahan turapan, pergerakan komponen bawah bawah turapan dan pengembangan atau pengecutan subgred berlaku.

72

ii.

Kegagalan fungsi. Kegagalan jenis ini adalah tidak melibatkan kegagaln pada struktur dimana ia mengakibatkan penurunan ciri-ciri permukaan turapan yang mana ini memberi kesan ketidakselesaan kepada pengguna jalanraya. Ia boleh terjadi apabila permukaan jalanraya adalah terlalu kasar atau terlalu licin.

4.6.6 Jenis Kegagalan Turapan Lentur

i.

Kehilangan rintangan kegelinciran. Kehilangan rintangan kegelinciran disebabkan kegagalan pada lapisan permukaan turapan dan permukaan jalan menjadi licin akibat kesan gelekan tayar kenderaan.

ii.

Ketidakstabilan

Ketidakstabilan berlaku akibat dari kegagalan dalam bentuk pengaliran, penolakan, penyodokan, beralur dan berubah bentuk. Kegagalan jenis ini mudah berlaku dikawasan membelok.

iii.

Penyepaian Akibat dari luluhawa, daya lelasan lalulintas dan tindakan air. Bentuk

kegagalan adalah seperti pengkawahan, pengikisan, dan ketanggalan. iv. Kegagalan patah

Berlaku akibat daripada pemecahan turapan serta berbentuk retak buaya, berpetak, membujur dan melintang.

73

4.7

PEMBINAAN JALANRAYA.

i.

Subgred.

Bahan: 1. Tanah semulajadi. 2. Tanah import yang sesuai.

Spesifikasi

Perlu mencapai nilai CBR (California Bearing Ratio) minima 3% apabila dipadatkan pada 95% daripada ketumpatan kering maksima yang telah ditetapkan dalam BS 1377 (Compaction Test).

ii.

Subtapak.

Bahan:

1. Batu kelikir dan tanah laterit. 2. Bahan yang digunakan haruslah dari jenis batu keras, taham lama dan bersih.

Spesifikasi Bahan yang digunakan mestilah memenuhi kriteria fizikal dan mekanikal seperti dibawah:

1. Liquid limit (Takat Cecair) < 25% (BS 1377) 2. Plasticity index (Indeks Plastik) < 6% (BS 1377)

74

3. Aggregate crushing value (nilai penghancuran agregat) < 35 (M.S 30) 4. CBR (California Bearing Ratio) < 30 (BS 1377) 5. Ciri-ciri bahan agregat dan tanah laterit.

iii.

Tapak jalan

Bahan: 1. Pecahan batu kelikir yang berkualiti tinggi

Spesifikasi

Bahan yang digunakan mestilah memenuhi kritera fizikal dan mekanikal seperti dibawah:

1. Plasticity index < 6. 2. Aggregate crushing value < 30(M.S 30) 3. Flakiness index < 30 4. CBR < 80% 5. Particles retained on BS 4.75mm sieve > 80% 6. Sodium sulphate soundness test < 12%

75

4.7.1 Proses kerja pembinaan Subgred/Subtapak/Tapak jalan

1. Pembersihan tapak. 2. Meratakan subgred jika tanah asal. 3. Menguji bahan subgred jika bahan import. 4. Ujian bahan CBR (California Bearing Ratio), Proctor, Sieve analysis dan lain-lain. 5. Merata,menghampar,memadatkan subgred dan semak ujian kepadatan di tapak field density. 6. Pastikan kecerunan ikut rekabentuk. 7. Menguji bahan subtapak. 8. Merata,menghampar,memadatkan dan semak ujian kepadatan ditapak field density. 9. Menguji bahan tapak jalan.

4.7.2 Ujian Beban Galas California (CBR Test)

Ujian CBR dijalankan ke atas bahan subgred iaitu bahagian tambakan yang berada dibawah subtapak. Ujian CBR dijalankan untuk menentukan kekuatan galas bahan dibandingkan debgan batu baur piawai.

Rajah 4.7.2.1 Ujian untuk menentukan ketebalan Crusher Run

76

Rajah 4.7.2.2 Ujian beban Galas California (CBR)

Prinsip ujian CBR

i. ii.

Menentukan hubungan diantara beban atau daya dan penusukan apabila pelucuk silinder menusuk ke dalam bahan pada kadar yang ditentukan. Pada nilai penusukan tertentu,nisbah diantara beban kenaan dengan beban piawai,dinyatakan dalam bentuk peratus.

iii.

Beban yang digunakan dalam ujian ini ialah sebuah lori berkapasiti 20 tan beserta pasir sebanyak 10 tan.

iv.

Dalam pembinaan jalan yang di kaji,bahan yang digunakan untuk subgred adalah pasir sungai.

Prosedur Ujian CBR

Ujian CBR melibatkan 2 peringkat: y Prosuder yang pertama adalah ujian pemadatan untuk menentukan ketumpatan kering maksimum dan kandungan air optimum. y Prosedur yang ke dua pula adalah menentukan nilai CBR pada 95% ketumpatan kering maksimum.

77

4.7.3 Prime Coat (Lapisan Prima)

Fungsi lapisan prima adalah:

1. Menggalakkan ikatan antara lapisan tapak dengan lapisan permukaan. 2. Menahan penyusupan tindakan kapilari air dari permukaan ke dalam lapisan tapak. 3. Menusuk tapak boleh lentur dan mengikat habuk, debu dan agregat.

4. Menghalang nyah pemadatan daripada jentera pembinaan untuk jenis gred terbuka/ikatan longgar.

Bahan 1. Bitumen Emulsion slow setting. y SS-1K or SS-2K

2. Cutback Bitumen y y RC-70 MC-70

Spesifikasi

1. Selepas di letakkan pada lapisan tapak jalan ianya mesti dibiarkan selama24 jam sebelum lapisan binder course diletakkan diatasnya.

2. Kadar semburan:0.5-1.1 litre/sq.m

78

4.7.4 Binder course

Fungsi Binder Course adalah:

1. Satu lapisan diatas Base course. 2. Menampung dan mengagihkan beban lalulintas. 3. Ianya bersifat menentang ricihan pada atu lapisan diatas Base course.Bahan

1. Campuran bitumen dan agregat.Spesifikasi

1. Bitumen grade 80/100. 2. Aggregate crushing value(MS 30)