soalan dan jawapan novel azfa hanani

18
1. Huraikan tema yang terdapat dalam novel Azfa Hanani. Novel Azfa Hanani bertemakan kemasyarakatan iaitu peranan/ tanggungjawab serta pengorbanan seorang gadis untuk menyelamatkan seorang ibu dan keluarga sendiri yang dibelenggu kemiskinan. Gadis yang dimaksudkan itu ialah Azfa Hanani yang merupakan watak utama dalam cerita. Dia adalah anak yatim piatu selepas ibu dan bapanya meninggal akibat kemalangan jalan raya. Perkara paling penting yang dilakukan oleh Azfa Hanani ialah menyelamatkan seorang ibu daripada tekanan perasaan setelah anak kesayangannya meninggal dunia. Azfa Hanani menerima tawaran untuk menyamar sebagai Tengku Murni untuk menyelesaikan semua masalah tersebut. Kedatangan Tengku Mazran dan Syafinaz ke sekolahnya telah menyelamatkan keadaan. Azfa Hanani telah menerima tanggungjawab yang baru sebagaimana diminta oleh Tengku Mazran. Dengan menerima tawaran itu, beberapa masalah dapat diselesaikan. Dia dapat meringankan beban pak longnya menanggung persekolahannya. Selain daripada itu dia juga dapat menolong pak longnya mengubati Zuraini yang lumpuh sebagaimana yang dijanjikan oleh Tengku Mazran sekiranya Azfa Hanani menerima tawaran itu 2. Huraikan persoalan yang terdapat dalam novel Azfa Hanani. Antara persoalan yang diselitkan oleh penulis ialah persoalan kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga. Datin Maziah terlalu sayangkan anaknya Tengku Murni sehingga anaknya Tengku Mazran tidak sanggup untuk memberitahu keadaan sebenar bahawa Tengku Murni telah meninggal akibat kemalangan yang berlaku. Selain daripada itu, novel ini juga menggarapkan persoalan kemiskinan dan masalah hidup masyarakat luar bandar. Pak long hanyalah bekerja sebagai penoreh getah yang mempunyai tanggungan seramai empat orang anak sendiri dan seorang anak saudara iaitu Azfa Hanani. Selain daripada itu dia juga mempunyai seorang anak yang lumpuh. Sebahagian daripada pendapatannya digunakan untuk rawatan anak yang lumpuh menyebabkan belanja persekolahan Azfa Hanani tidak dapat dibiayai dengan baik. Persoalan lain yang tidak kurang penting dalam novel Azfa Hanani persoalan perbezaan darjat antara dua golongan masyarakat sehingga menyebabkan hubungan menjadi renggang. Persoalan ini dapat diperhatikan melalui tindakan Tengku Muzaffar dan Datuk Tengku Makmur 1

Upload: nbk22

Post on 27-Nov-2015

257 views

Category:

Documents


18 download

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan Dan Jawapan Novel Azfa Hanani

1. Huraikan tema yang terdapat dalam novel Azfa Hanani.

Novel Azfa Hanani bertemakan kemasyarakatan iaitu peranan/ tanggungjawab serta pengorbanan seorang gadis untuk menyelamatkan seorang ibu dan keluarga sendiri yang dibelenggu kemiskinan. Gadis yang dimaksudkan itu ialah Azfa Hanani yang merupakan watak utama dalam cerita. Dia adalah anak yatim piatu selepas ibu danbapanya meninggal akibat kemalangan jalan raya.

Perkara paling penting yang dilakukan oleh Azfa Hanani ialah menyelamatkan seorang ibu daripada tekanan perasaan setelah anak kesayangannya meninggal dunia. Azfa Hanani menerima tawaran untuk menyamar sebagai Tengku Murni untuk menyelesaikan semua masalah tersebut.

Kedatangan Tengku Mazran dan Syafinaz ke sekolahnya telah menyelamatkan keadaan. Azfa Hanani telah menerima tanggungjawab yang baru sebagaimana diminta oleh Tengku Mazran. Dengan menerima tawaran itu, beberapa masalah dapat diselesaikan. Dia dapat meringankan beban pak longnya menanggung persekolahannya. Selain daripada itu dia juga dapat menolong pak longnya mengubati Zuraini yang lumpuh sebagaimana yang dijanjikan oleh Tengku Mazran sekiranya Azfa Hanani menerima tawaran itu

2. Huraikan persoalan yang terdapat dalam novel Azfa Hanani.

Antara persoalan yang diselitkan oleh penulis ialah persoalan kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga. Datin Maziah terlalu sayangkan anaknya Tengku Murni sehingga anaknya Tengku Mazran tidak sanggup untuk memberitahu keadaan sebenar bahawa Tengku Murni telah meninggal akibat kemalangan yang berlaku.

Selain daripada itu, novel ini juga menggarapkan persoalan kemiskinan dan masalah hidup masyarakat luar bandar. Pak long hanyalah bekerja sebagai penoreh getah yang mempunyai tanggungan seramai empat orang anak sendiri dan seorang anak saudara iaitu Azfa Hanani. Selain daripada itu dia juga mempunyai seorang anak yang lumpuh. Sebahagian daripada pendapatannya digunakan untuk rawatan anak yang lumpuh menyebabkan belanja persekolahan Azfa Hanani tidak dapat dibiayai dengan baik.

Persoalan lain yang tidak kurang penting dalam novel Azfa Hanani persoalan perbezaan darjat antara dua golongan masyarakat sehingga menyebabkan hubungan menjadi renggang. Persoalan ini dapat diperhatikan melalui tindakan Tengku Muzaffar dan Datuk Tengku Makmur sendiri. Tengku Musaffar telah menghalang hubungan Tengku Murni dengan Ekran menyebabkan hubungan mereka terputus.

Pengarang juga mengungkapkan persoalan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar luar bandar. Azfa Hanani seorang pelajar yang cemerlang semasa belajar di Sekolah Menengah Sri Dian. Dia mendapat keputusan yan cemerlang dalam peperiksaan SRP.Namun bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dia hanya pendapat keputusan P7. Semasa belajar di sekolah baru iaitu di Sekolah Menengah Taman Sari, dia menjadi bahan ejekan kawannya kerana tidak dapat bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik.

1

Page 2: Soalan Dan Jawapan Novel Azfa Hanani

Tersapat juga persoalan persaingan yang tidak sihat dalam kalangan pelajar sekolah. Pertentangan ini wujud kesan daripada sikap segelintir pelajar yang mempunyai perasan bangga diri. Sikap ini ditunjukkan oleh Laili dan kawannya Fuziana dan Syafikah. Laini bersikap bongkak kerana ayahnya pernah menderma sebanyak RM 10 ribu kepada persatuan pelajar tingkatan lima untuk dijadikan modal Hari Sumbangsih.

Watak Tengku Murni dan Azfa Hanani sendiri menggambarkan persoalan cara hidup golongan kaya atau berada. Azfa Hanani telah menjalani kehidupan sebagai anak orang kaya selepas dia menerima tawaran untuk berlakon dan mengambil tempat Tengku Murni yang telah meninggal dunia. Walaupun hatinya tidak menyenangi keadaan itu, namun dia terpaksa menuruti kehendak Tengku Mazran dan Syafinaz. Bukan sahaja tinggal di rumah yang mewah tetapi juga mempunyai peralatan yang canggih seperti komputer.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------3. Huraikan perwatakan watak utama dalan novel Azfa Hanani.

Terdapat beberapa perwatakan Azfa Hanani. Antara perwatakan itu ialahAzfa Hanani juga merupakan seorang yang prihatin terhadap tekanan hidup orang lain. Keprihatinannya dapat diperhatikan daripada tindakan Azfa Hanani apabila dia memahami keadaan pak longnya yang dibelenggu kemiskinan. Dia tahu pendapatan pak longnya sebagai penoreh getah tidak dapat menampung belanja persekolahannya.

Azfa Hanani juga seorang remaja yang tabah dalam menempuh cabaran hidup. Sikap ini terserlah sejak dari awal cerita. Azfa Hanani yang memahami keadaan pak longnya yang miskin sanggup berulang-alik ke sekolah setiap hari dengan menggunakan bas. Jarak antara rumahnya ke sekolah ialahlima belas kilometer. Dia tidak menginap di asrama kerana memerlukan perbelanjaan.

Selain itu, Azfa Hanani seorang yang penyayang terhadap keluarga. Apabila Azfa Hanani menerima permintaan Tengku Mazran untuk pergi ke rumah Datin Maziah, dia sayang untuk meninggalkan pak long sekeluarga. Namun kerana desakan hidup dia tetap pergi ke rumah tersebut.

Azfa Hanani juga merupakan seorang remaja yang pasrah dan reda dalam menerima ketentuan atau takdir terhadap dirinya. Semasa hidup di kampung bersama pak longnya, Azfa Hanani sudah membayangkan bahawa dia akan diberhentikan daripada persekolahan akibat daripada kesempitan hidup. Dia dapat menerima kenyataan itu kerana sifat prihatin dan faham akan keadaan pak longnya

Pembaca juga mendapat gambaran bahawa Azfa Hanani seorang yang rajin berusaha untuk menuntut ilmu. Dia sedar bahawa dia tidak mempunyai wang untuk membeli buku.Oleh sebab keinginannya untuk menimba ilmu dia sanggup mencuri pinjam buku-buku rujukan di perpustakaan semasa di Sekolah Menengah Sri Dian.

Perwatakan lain yang ada pada diri Azfa Hanani ialah sentiasa merendah diri. Dia selalu ingat bahawa dia adalah daripada keluarga yang miskin. Walaupun dia berada di rumah Datin Maziah dan menyamar sebagai Tengku Murni, dia tetap meletakkan dirinya sebagai seorang yang miskin. Kikap merendah dirinya pernah ditegur oleh Syafinaz.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

2

Page 3: Soalan Dan Jawapan Novel Azfa Hanani

4. Huraikan aspek plot alam novel Azfa Hanani.

Plot pada peringkat permulaan dalam novel ini pengarang telah memperkenalkan watak utama iaitu Azfa Hanani yang berada di sekolah. Dia berasa takut apabila kawan-kawannya memberitahu bahawa pelajar yang mencuri buku-buku rujukan di perpustakaan telah dikenal pasti oleh guru. Pelajar berkenaan akan ditangkap tidak lama lagi. Dalam ketakutan itu Azfa Hanani pasrah dengan apa yang bakal berlaku serta tindakan yang bekal dikenakan terhadapnya. Melalui percakapan kawan-kawanya, pelajar yang mencuri itu boleh dikenakan tindakan gantung persekolahan atau dibuang sekolah. Azfa Hanani memikirkan bahawa nama baiknya akan tercemar dan akan memalukan pak longnya. Kedatangan Tengku Mazran dan Syafinaz menjadi penyelamat bagi Azfa Hanani. Wajahnya seiras dengan Tengku Murni yang meninggal dunia menyebabkan Tengku Mazran meminta pertolongannya. Dia diminta menyamar sebagai tengku Murni untuk mengawal perasaan Datin Maziah yang terlalu sayangkan anaknya. Datin Maziah tidak dapat menerima kehilangan Tengku Murni. Azfa Hanani menerima permintaan itu untuk menyelesaikan masalahnya di sekolah dan juga untuk meringankan beban pak longnya yang hidup dalam kesempitan.

Plot segera beralih ke peringkat perkembangan apabila Azfa Hanani telah dibawa ke rumah Datin Maziah. Tengku Mazran membawa Azfa Hanani bermalam di hotel di Kuala Lumpur. Azfa Hanani diajar tentang watak dan perwatakan Tengku Murni untuk ditiru dan dihayati oleh Azfa Hanani. Di rumah Datin Maziah, Azfa Hanani dia telah menghadapi beberapa konflik. Pertama ialah konflik identity kerana Azfa Hanani tidak suka menggunakan pengenalan orang lain. Namun dia terpaksa menggunakan indentiti Tengku Murni di hadapan Datin Maziah. Dia dipanggil Nini. Selain di hadapan Datin Maziah dia mahu dipanggil Nani. Dia juga rasa terhina dengan kata-kata Tengku Muzaffar semasa dia mula-mula sampai ke rumah itu menyebabkan tekanan perasaan Azfa Hanani bertambah.

Azfa Hanani juga menghadapi konflik di sekolah. Dia berhadapan dengan Laili, Faizura dan Syafikah yang bersaing dengan cara tidak sihat dengannya. Mereka masih menerima Azfa Hanani sebagaimana mereka menerima Tengku Murni kerana wajah Azfa Hanani yang sama dengan Tengku Murni. Atas nasihat daripada Tengku Ellina, dia dapat menguasai perasaan dan keadaan walaupun dia pernah diperli dan diugut oleh Laili. Azfa Hanani seterusnya berkonflik dalam dirinya apabila kawannya Ekran tiba-tiba menjauhkan diri daripadanya setelah terserempah dengan Tengku Muzaffar. Sikap Ekran yang demikian membuatkan Azfa Hanani berusaha untuk mencungkil rahsia Tengku Murni dan Ekran. Persoalan dalam fikiran Azfa Hanani memuncak apabila dia menerima hadiah hari jadi daripada Ekran. Dalam bungkusan itu terdapat beg duit, duit dan kad pengenalan Tengku Murni. Apabila berkesempatan untuk bertemu dengan Ekran, Azfa Hanani dijelaskan tentang hubungan Ekran dengan Tengku Murni yang dihalang oleh Tengku Muzaffar. Tengku Murni dan Ekran bergaduh. Tengku Murni menemui ajal pada hari itu juga.

Peringkat kemuncak atau klimaks plot pada novel ini bermula apabila Azfa Hanani mengkaji kandungan dan tulisan yang terpadam dalam diari tulisan Tengku Murni. Azfa Hanani telah mengetahui bahawa Tengku Muzaffar yang menghalang perhubungan Tengku Murni dengan Ekran. Azfa Hanani tidak berpuas hati kerana hubungannya dengan Ekran juga dihalang oleh Tengku Muzaffar. Pertengkaran

3

Page 4: Soalan Dan Jawapan Novel Azfa Hanani

telah berlaku antara Azfa Hanani dengan Tengku Muzaffar. Azfa Hanani tidak mahu Tengku Muzaffar menghalang hubungannya dengan Ekran kerana mereka sama-sama anak orang miskin. Pertengkaran itu diketahui oleh Datin Maziah menyebabkan rahsia penyamaran Azfa Hanani terbongkar. Datin Maziah amat marah lalu menampar Azfa Hanani dan menghalau Azfa Hanani keluar dari rumah.

Peringkat anti klimaks/peleraian plot novel ini bermula setelah Azfa Hanani meninggalkan rumah. Dia dihantar oleh Tengku Muzaffar ke rumah kawannya Tengku Ellina. Azfa hanani kemudiannya pulang ke kampung. Datuk Tengku Makmur, Datin Maziah, Tengku Mazran dan Syafinaz datang menemui Azfa Hanani di kampung. Mereka meminta mamaf daripada Azfa Hanani. Datuk Tengku Makmur memberitahu bahawa dialah yang menyebabkan ayah dan ibu Azfa Hanani meninggal dalam kemalangan jalan raya. Azfa Hanani sempat disusui oleh Datin Maziah. Azfa Hanani kembali semula ke rumah Datin Maziah. Kali ini dia mahu dikenali dengan identity asalnya Nani. Dia juga meminta tidak dimanjakan. Azfa Hanani pergi ke rumah Ekran. Dia dapati Tengku Muzaffar ada di situ. Dia sedang menyiapkan gerai burger. Tengku Muzaffar salah sangka. Ekran anak kepada pensyarah universiti tempatan. Ibu bapanya melanjutkan plajaran ke peringkat kedoktoran di Amerika Syarikat. Selama itu dia tinggal di rumah datuknya.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

5. Huraikan aspek latar tempat dalam novel Azfa Hanani.

Antara latar tempat yang penting ialah di Sekolah Menengah Seri Dian. Latar tempat ini digambarkan oleh pengarang pada awal cerita. Di sini tempat Azfa Hanani bersekolah di tingkatan empat dan lima. Jaraknya lima belas kilometer dari rumah Azfa Hanani. Azfa Hanani terpaksa berulang-alik dari rumahnya ke sekolah ini dengan menggunakan bas sekolah.

Latar tempat yang peling penting dalam novel ini ialah rumah Datin Maziah di Kuala Lumpur. Banyak peristiwa yang berlaku di tempat ini. Apabila ampai di rumah Datin Maziah, Afza Hanani dibawa ke bilik Tengku Murni. Abang Tengku Murni, Tengku Muzaffar telah mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hatinya. Selepas itu Azfa Hanani bertemu dengan Datin Maziah untuk pertama kali semasa makan. Datin Maziah melayannya dengan baik sebagaimana anaknya Tengku Murni. Datin Maziah telah mengadakan parti hari jadi Murni yang ke-17.

Latar tempat berikutnya ialah Sekolah Menengah Taman Sari. Azfa Hanani bersekolah di sini setelah berpindah ke rumah Datin Maziah di Kuala Lumpur. Antara peristiwa yang berlaku di tempat ini ialah perkenalan Azfa Hanani dengan sepupu Tengku Murni iaitu Tengku Ellina selain daripada Ekran, kawan lelaki yang istimewa kepada Tengku Murni.

Pengarang juga menggambarkan serba sedikit latar tempat rumah Pak Long Azfa Hanani di Kampung Merpati. Di tempat ini Azfa Hanani tinggal sebelum dia dibawa oeh Tengku Mazran ke rumah Datin Maziah di Kuala Lumpur. Di rumah itu tinggal Pak Long dan Lak Long Azfa Hanani bersama empat orang anak.

4

Page 5: Soalan Dan Jawapan Novel Azfa Hanani

6. Huraikan aspek latar masa dalam novel Azfa Hanani.

Secara keseluruhannya cerita dalam novel Azfa Hanani berlaku dalam tempoh masa beberapa bulan sahaja menjelang peperiksaan SPM yang akan diduduki oleh Azfa Hanani sendiri. Dari segi latar masa, beberapa peristiwa penting pada waktu pagi. Antaranya ialah kehadiran Azfa Hanani ke Sekolah Menengah Taman Sari sebagai pelajar baru. Pada hari pertama dia disekolah itu, dia tidak sempat berkenalan dengan rakan sekelas kerana terlewat masuk ke kelas akibat urusan pelajar yang mengambil masa yang lama. Azfa Hanani masuk ke kelas pada pagi berikutnya dan berkenalan dengan rakan sekelas iaitu Tengku Ellina.

Beberapa peristiwa juga berlaku pada waktu petang. Antara peristiwa penting pada waktu petang ialah pertemuan Azfa Hanani dengan Ekran semasa Azfa Hanani pergi mendaftar kelas Bahasa Inggeris dan Bahasa Jepun. Azfa Hanani bertemu Ekran secara tidak sengaja apabila dia ingin bertanyakan lokasi perhantian teksi. Peristiwa penting yang lain ialah kedatangan pak longnya ke rumah Datin Maziah setelah tiba dari Jakarta untuk merawat Zuraini yang lumpuh. Pak long Azfa Hanani dapat berjumpa dan berbual dengan Datuk Tengku Makmur. Daripada pertemuan itulah Datuk Tengku Makmur pendapat tahu bahawa Azfa Hanani adalah anak kepada mangsa kemalangan jalan raya yang meninggal akibat daripada kelalaiannya.

Terdapat juga gambaran peristiwa yang berlaku pada waktu malam. Azfa Hanani membuka hadiah hari jadi pada waktu malam. Tengku Muzaffar masuk ke biliknya dan mengajar Azfa Hanani menggunakan komputer. Pengajaran terganggu apabila bekalan elektrik terputus. Selepas itu Azfa Hanani kembali membuka hadiah yang diterima daripada Ekran. Dia terkejut apabila mendapati beg duit dan kad pengenalan Tengku Murni.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

7. Huraikan aspek latar masyarakat dalam novel Azfa Hanani.

Secara umumnya masyarakat yang dipaparkan dalam novel ini ialah masyarakat Melayu. Watak utama iaitu Azfa Hanani merupakan salah seorang daripada masyarakat Melayu selain daripada pak long sekeluarga, keluarga Datuk Tengku Makmur dan juga dengan Ekran. Dalam novel ini juga pembaca mendapat gambaran tentang perbezaan kelas masyarakat. Pak long sekeluarga termasuk Azfa Hanani merupakan masyarakat Melayu yang hidup di kampung dalam keadaan miskin manakala keluarga Datuk Tengku Makmur merupakan golongan masyarakat Melayu yang hidup mewah.

Selain daripada itu pembaca juga mendapat gambaran tentang masyarakat pelajar sekolah menengah. Watak Azfa Hanani sendiri merupakan seorang pelajar sekolah menengah. Dia belajar di tingkatan empat dan lima di Sekolah Menengah Sri Dian. Antara rakan pelajar Azfa Hanani di sekolah ini ialah Nordin yang tinggal sekampung dengannya.

Dalam novel ini juga terdapat gambaran masyarakat yang sombong dan bongkak dengan kekayaan yang mereka miliki. Gambaran ini dapat diperhatikan melalui watak keluarga Datuk Tengku

5

Page 6: Soalan Dan Jawapan Novel Azfa Hanani

Makmur. Dia sendiri telah telah beranggapan bahawa Azfa Hanani menyamar sebagai Tengku Murni untuk mendapatkan upah.

Pembaca juga mendapat gambaran tentang masyarakat pelajar yang gigih berusaha untuk menuntut ilmu. Azfa Hanani gigih menuntut belajar dan menuntut ilmu walaupun dia sedar bahawa dia mempunyai masalah kewangan. Namun, kerana keinginannya untuk menimba ilmu dia sanggup mencuri buku-buku rujukan di perpustakaan semasa belajar di Sekolah Menengah Sri Dian.

Azfa Hanani dan Ekran juga menggambarkan masyarakat yangsentiasa merendah diri di dalam novel ini. Azfa Hanani selalu ingat bahawa dia adalah daripada keluarga yang miskin. Walaupun dia berada di rumah Datin Maziah dan menyamar sebagai Tengku Murni, dia tetap meletakkan dirinya sebagai seorang yang miskin.

Pengarang novel juga menggambarkan masyarakat yang tabah dalam meneghadapi dugaan hidup. Contohnya Ekran menerima takdir bahawa dia dan Tengku Murni akan berpisah setelah Tengku Muzaffar menghalang perhubungan mereka.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

8. Huraikan aspek pengajaran dalam novel Azfa Hanani.

Novel ini mengandungi beberapa pengajaran penting yang dapat dijadikan panduan dalam kehidupan seharian pembaca. Antara pengajaran yang dapat dikesan dalam novel ialah kita hendaklah mengaku dan bertanggungjawab terhadap kesalahan yang telah kita lakukan. Contohnya Azfa Hanani mengaku bahawa dialah yang mencuri beberapa buah buku rujukan di perpustakkan sekolah. Sewaktu dalam perjalanan ke bilik pengetua sekolah, dia telah bersedia untuk menerima apa-apa hikuman yang akan ditetapkan kepadanya. Begitu juga dengan Fuziana dan Syafikah. Mereka mengaku bersalah dan meminta maaf daripada Azfa Hanani kerana dihasut oleh Laini untuk memusuhi dan bersikap kasar terhadap Azfa Hanani.

Kita hendaklah menerima hakikat dan takdir Tuhan tentang keadaan hidup kita. Pengajaran ini digambarkan melalui watak Azfa Hanani yang memahami dan menerima keadaan hidup pak longnya yang miskin sehingga dia tidak dapat membeli buku-buku rujukan. Malah Azfa Hanani tidak pernah merungut dan meminta-minta wang daripada pak longnya untuk membeli buku berkenaan.

Seseorang pelajar hendaklah belajar dengan tekun sabar demi kejayaan pada masa hadapan. Contoh kepada pengajaran ini ialah watak Azfa Hanani yang tekun serta gigih belajar demi mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang doktor. Walaupun tidak ada wang untuk membeli buku-buku rujukan, dia telah mengambil jalan sendiri dengan mencuri pinjam buku-buku rujukan dari perpustakaan untuk dibaca.

Selain daripada itu, kita juga perlu berkorban untuk menyelamatkan keadaan orang lain. Contohnya Azfa Hanani sedia korbankan persekolahannya akibat daripada kemiskinan pak longnya. Dia sanggup diberhentikan persekolahan kerana wang yang diperolehi oleh pak longnya hasil daripada menoreh getah tidak mampu untuk menanggung persekolahannya.

6

Page 7: Soalan Dan Jawapan Novel Azfa Hanani

Seseorang yang kaya dan berada janganlah bersikap sombong sehingga boleh menjatuh maruah orang lain. Contohnya Tengku Muzaffar mengeluarkan kata-kata yang menghina Azfa Hanani tanpa mengetahui niat dan perasaan sebenar Azfa Hanani. Datuk Tengku Makmur juga bersikap sombong kepada Azfa Hanani dengan memerikan upah kepada Azfa Hanani kerana menyamar sebagai Tengku Murni.

Kita juga hendaklah sedia membantu golongan yang susah. Pengajaran ini ditunjukkan oleh Tengku Mazran dan Syafinaz terhadap keluarga Azfa Hanani. Setelah Azfa Hanai sanggup untuk memenuhi permintaan mereka untuk menyamar sebagai Tengku Murni, mereka memberikan bantuan kepada pak long AZfa Hanani.

Seeorang anak hendaklah patuh kepada ibu bapa mereka. Contoh pengajaranini dapat diperhatikan melalui watak Ekran. Dia patuh kepada arahan ibu bapanya agar tidak melakukan aktiviti yang tidak berfaedah terutamanya selepas waktu persekolahan. Oleh yang demikian dia telah meminta kebenaran daripada ibu bapanya untuk membuka gerai dan menjual burger selepas waktu persekolahan untuk mencari pengalaman.

Pengajaran lain yang terdapat dalam novel ini ialah kita hendaklah bersedia untuk memaafkan kesalahan orang lain. Azfa Hanani sedia memaafkan kesalahan Fuziana dan Syafikah atas kekasaran mereka semasa berada di perpustakaan sekolah. Mereka tidak berpuas hati setelah Azfa Hanani menolak permintaan mereka supaya Azfa Hanani menyertai mereka dalam program Malam Bakat Sumbangsih.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

9. Huraikan aspek nilai dalam novel Azfa Hanani.

Terdapat banyak nilai dalam novel ini. Antaranya ialah nilai kasih sayang iaitu kasih sayang antara ibu bapa dan anak. Contohnya, kasih sayang antara Datin Maziah dengan anaknya Tengku Murni .

Nilai kerjasama dapat diperhatikan dengan jelas dalam novel ini melalui watak Azfa Hanani bersama kawannya di sekolah. Mereka bekerjasama dalam satu kumpulan pelajar tingkatan lima di bawah kepimpinan Ekran menjayakan Hari Sumbangsih sekolah.

Watak Azfa Hanani dan Datuk Tengku Makmur dalam novel ini menggambarkan nilai bertanggungjawab terhadap kesalahan yang telah kita lakukan. Contohnya Azfa Hanani secara jujur mengaku dalam dirinya bahawa dialah yang mencuri beberapa buah buku rujukan di perpustakkan sekolah. Dia sanggup menerima apa sahaja hukuman yang akan dikenakan terhadapnya.

Selain daripada itu, cerita dalam novel ini juga menyelitkan nilai pemaaf terhadap kesalahan orang lain. Azfa Hanani sedia memaafkan kesalahan Fuziana dan Syafikah atas kekasaran mereka semasa berada di perpustakaan sekolah. Mereka tidak berpuas hati setelah Azfa Hanani menolak permintaan mereka supaya Azfa Hanani menyertai mereka dalam program Malam Bakat Sumbangsih.

7

Page 8: Soalan Dan Jawapan Novel Azfa Hanani

Watak Ekran dan tengku Murni pula menggambarkan nilai kepatuhan anak kepada ibu bapa mereka. Contohnya Ekran patuh kepada arahan ibu bapanya agar tidak melakukan aktiviti yang tidak berfaedah terutamanya selepas waktu persekolahan. Oleh yang demikian, dia telah meminta kebenaran daripada ibu bapanya untuk membuka gerai dan menjual burger selepas waktu persekolahan untuk mencari pengalaman.

Nilai baik hati juga digambarkan dalam novel ini melalui watak Tengku Mazran dan Syafinaz. Setelah Azfa Hanai sanggup untuk memenuhi permintaan mereka untuk menyamar sebagai Tengku Murni, mereka memberikan bantuan kepada pak long Azfa Hanani. Selain daripada menanggung segala perbelajaan persekolahan Azfa Hanani, mereka juga menanggung segala kos perubatan adik sepupu Azfa Hanani iaitu Zuraini yang lumpuh.

Nilai ketekunan pula dapat diperhatikan pada watak Azfa Hanani. Dia tekun serta gigih belajar demi mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang doktor. Walaupun tidak ada wang untuk membeli buku-buku rujukan, dia telah mengambil jalan sendiri dengan mencuri pinjam buku-buku rujukan dari perpustakaan untuk dibaca.

Azfa Hanani dan Ekran juga menggambarkan nilai merendah diridi dalam novel ini. Walaupun dia berada di rumah Datin Maziah dan menyamar sebagai Tengku Murni, Azfa Hanani tetap meletakkan dirinya sebagai seorang yang miskin. Sikap merendah dirinya pernah ditegur oleh Syafinaz.

8

Page 9: Soalan Dan Jawapan Novel Azfa Hanani

1. Huraikan dua persoalan kerjasama dalam kedua-dua novel yang anda kaji.(8m)

          Novel yang saya kaji ialah Azfa Hanani dan Kembara Amira. Kedua-dua novel memaparkan persoalan kerjasama.           Persoalan kerjasama dalam novel Azfa Hanani ialah kerjasamamenganjurkan majlis. Buktinya, pelajar-pelajar Tingkatan 5 menganjurkan Hari Sumbangsih. Hasil kerjasama semua pelajar, program tersebut berjaya dijalankan dengan lancar dan mereka berjaya mengumpul dana sebanyak RM 16,000.00.         Persoalan kerjasama yang kedua ialah kerjasama membantu rakan. Buktinya, Azfa Hanani bersedia menggantikan tempat Ellina sebagai Pengerusi Forum kerana kesibukan Ellina menguruskan Malam Sumbangsih      Persoalan kerjasama dalam novel Kembara Amira ialah kerjasama berpasukan yang erat dalam menjalankan tugas. Buktinya, Profesor Zaidah dan Dr. Zawawi bekerjasama dengan pelajar-pelajar menjalankan kajian arkeologi di Desa Karpus.      Persoalan kerjasama yang kedua ialah kerjasama membantu orang yang memerlukan pertolongan. Buktinya, Itai telah membantu menyelamatkan nyawa Amira yang hanyut dalam arus sungai yang deras manakala Tau pula  telah membantu  Jacinta yang sesat di dalam hutan.-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

2.      Huraikan dua peristiwa yang memaparkan nilai tanggungjawab dalam sebuah novel yang anda kaji. (7 m)

               Novel yang saya kaji ialah Azfa Hanani.  Pengarang telah memaparkan nilai tanggungjawab dalam novel ini.              Peristiwa pertama yang memaparkan nilai tanggungjawab dalam novel ini ialah tanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan. Buktinya, Azfa Hanani telah melaksanakan tugas sebagai pengerusi forum Hari Sumbangsih dengan cemerlang sekali.

                   Peristiwa kedua yang memaparkan nilai tanggungjawab ialahtanggungjawab terhadap kesalahan yang dilakukan. Buktinya, Azfa Hanani tetap mengeposkan buku-buku rujukan SPM yang “dipinjamnya” itu kepada Cikgu Zamin.

9

Page 10: Soalan Dan Jawapan Novel Azfa Hanani

                Peristiwa seterusnya ialah tanggungjawab untuk membahagiakan orang lain. Buktinya, Azfa Hanani sanggup menyamar sebagai Tengku Murni kerana bertanggungjawab untuk memastikan Datin Maziah kembali pulih daripada tekanan perasaan yang dihadapinya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------3.     Huraikan satu peristiwa yang mencemaskan dalam dua buah novel yang anda kaji. (8m)                Novel yang saya kaji ialah Azfa Hanani dan Kembara Amira. Kedua-dua novel

memaparkan peristiwa yang mencemaskan.                Peristiwa yang mencemaskan dalam novel Azfa Hanani ialah ketika di Makmal Kimia,

dua orang pengawas datang memberitahunya bahawa pengetua ingin berjumpa dengannya. Hal ini mencemaskan Azfa Hanani kerana dia bimbang rahsianya mencuri buku-buku rujukan SPM di perpustakaan telah terbongkar dan dia akan dihukum atas kesalahannya itu.

               Peristiwa yang mencemaskan dalam novel Kembara Amira ialah ketika Amira terjatuh ke dalam arus sungai yang deras kerana gagal melangkah dengan tepat di atas batu. Hal ini mencemaskan kerana Amira terus dibawa arus yang deras dan gagal ke tepi. Dia akhirnya diselamatkan oleh dua orang lelaki Orang Asli Semai.4.     Huraikan dua peristiwa yang menyayat hati dalam sebuah novel yang anda kaji. (7m)

               Novel yang saya kaji ialah Azfa Hanani. Pengarang telah memaparkanperistiwa yang menyayat hati dalam novel ini.

               Peristiwa yang pertama ialah ketika Azfa Hanani ditampar oleh Datin Maziah setelah rahsia penyamarannya terbongkar. Hal ini berlaku kerana Datin Maziah terdengar akan pertengkaran antara Tengku Muzaffar dengan Azfa Hanani tentang soal status. Datin Maziah yang terlalu marah telah mengusir Azfa Hanani dari banglo mewah itu malam itu juga,

               Peristiwa yang kedua ialah ketika Datuk Tengku Makmur menceritakan  hal yang sebenarnya bahawa dialah yang telah menyebabkan kematian ibu bapa kandung Azfa Hanani apabila kereta yang dipandunya melanggar teksi yang dinaiki oleh keluarga Azfa Hanani sehingga terjatuh ke dalam gaung. Azfa Hanani yang masih bayi telah dipelihara oleh pak longnya dan hidup serba kekurangan.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 5. Terdapat pelbagai peristiwa yang dipaparkan dalam sesebuah novel. Huraikan peristiwa yang menarik dalam sebuah novel yang anda pelajari. ( 8 m )

Novel yang saya kaji ialah novel Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd. Hanafiah. Novel ini memaparkan beberapa peristiwa yang menarik.

Antara peristiwa yang menarik dalam novel ini ialah peristiwa Azfa Hanani ditawarkan oleh Abang Mazran dan Kak Finaz untuk menyamar sebagai Tengku Murni. Peristiwa ini menarik kerana Azfa Hanani tidak perlu risau lagi memikirkan kepayahannya  untuk meneruskan pelajaran dan dalam masa yang sama Abang Mazran berjanji untuk membantu mengubati Zuraini, anak pak longnya yang lumpuh. 

Peristiwa menarik yang kedua ialah peristiwa Datin Maziah menghalau Azfa Hanani dari rumahnya selepas identiti sebenarnya terbongkar. Peristiwa ini menarik kerana telah dapat membongkar rahsia tentang Datuk Tengku Makmur  yang bertanggungjawab menyebabkan kedua-dua ibu bapa Azfa Hanani meninggal dunia dalam kemalangan.

Peristiwa menarik yang seterusnya ialah, peristiwa Azfa Hanani menolak pelawaan Iskandar untuk membonceng motosikal berkuasa tingginya. Peristiwa ini

10

Page 11: Soalan Dan Jawapan Novel Azfa Hanani

menarik kerana Azfa Hanani merupakan seorang  gadis yang tahu menjaga   maruah dirinya, tambahan pula dia tidak mengenali Iskandar.   

Peristiwa menarik yang lain ialah, peristiwa Azfa Hanani bertengkar dengan Abang Muzaffar yang melarangnya  berkawan dengan Ekran. Peristiwa ini menarik kerana tanpa memikirkan kedudukan Tengku Muzaffar, Azfa Hanani berani bertengkar dengannya semata- mata ingin menegakkan kebenaran.    

Peristiwa menarik yang lain ialah peristiwa Azfa Hanani membaca diari Tengku Murni kerana ingin mencari nama yang telah terpadam yang mempunyai hubungan dengan Tengku Murni. Peristiwa ini menarik kerana menunjukkan kebijaksanaan Azfa Hanani merungkai misteri orang yang menghalang hubungan Ekran dengan Tengku Murni.

6. Huraikan binaan plot atau jalan cerita novel Azfa Hanani

Binaan plot atau jalan cerita novel ini disusun secara kronologi atau mengikut peristiwa.Pada peringkat permulaannya, pengarang memperkenalkan watak utama dan penceritaan (pernyataan isi 1). Contohnya, kita diperkenalkan dengan watak Azfa Hanani yang berasa takut setelah mengetahui pencuri buku di perpustakaan sekolah telah dapat dikesan dan akan ditangkap serta diambil tindakan. Dia telah dipanggil ke bilik pengetua. Rupa-rupanya dia ditawarkan menjadi anak emas keluarga kaya dan diminta untuk menyamar kerana wajahnya mirip Tengku Murni. Pengarang menjadikan cerita ini semakin rumit apabila watak utama menghadapi pertikaian dengan watak lain(Pernyataan isi 2). Contohnya, sewaktu Azfa Hanani mendapat bungkusan hadiah daripada Ekran. Ekran mengaku bahawa dia mempunyai hubungan istimewa dengan Tengku Murni namun mendapat tentangan daripada seseorang. Pada peringkat klimaks, penarang memaparkan detik cemas yang dihadapi oleh watak utama( pernyataan isi 3).Sebagai contoh, Azfa Hanani mengetahui bahawa Tengku Muzaffar menjadi penghalang perhubungan akrab Tengku Murni dan Ekran kononya tidak setaraf pangkat dan darjat. Berlaku pertengkaran yang besar antara Tengku Muzaffar dan Azfa Hanani. Datin Maziah yang terdengar perbalahan mereka berasa begitu marah dan tertipu.Azfa Hanani ditampar dan dihalau keluar dari banglo mereka. Akhirnya pada peringkat peleraian segala persoalan telah terjawab dan menemukan jalan penyelesaian kepada permasalahan yang telah timbul sebelum ini( pernyataan isi 4). Penulis menceritakan Datuk Tengku Makmur memberitahu Azfa Hanani bahawa beliau yang sedang mabuk telah melanggar teksi yang dinaiki keluarga Azfa Hanani hingga mengakibatkan ibu dan bapa Azfa Hanani terbunuh. Datin Maziah dan Datuk Tengku Makmur berjanji menjaga Azfa Hanani dengan penuh kasih sayang untuk menebus kesilapan mereka 16 tahun lalu.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

7. Cerita dalam novel sememangnya memaparkan latar masyarakat sezaman.Nyatakan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam novel yang telah anda baca.

11

Page 12: Soalan Dan Jawapan Novel Azfa Hanani

Novel yang saya kaji ialah novel Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd. Hanafiah. Terdapat beberapa latar masyarakat yang dipaparkan oleh penulis di dalam novel ini.

 Latar masyarakat yang pertama ialah masyarakat yang berhati mulia kerana sanggup berkorban untuk membantu orang lain.. Contohnya, Azfa Hanani yang sanggup menyamar sebagai Tengku Murni semata-mata untuk mengubati penyakit sepupunya. Hal ini demikian kerana, Tengku Mazran telah berjanji untuk membiayai kos perubatan Zuraini di Indonesia jika Azfa Hanani menerima tawarannya untuk menyamar sebagai Tengku Murni.            Latar masyarakat yang kedua ialah masyarakat elit yang bongkak dan sombong kerana statusnya. Contohnya, Tengku Datuk Makmur yang memandang hina terhadap Azfa Hanani kerana berasal dari kampung dan miskin. Beliau telah melemparkan wang RM500.00 kepada Azfa Hanani kerana menganggap Azfa Hanani sanggup menyamar sebagai Tengku Murni semata-mata kerana wang.            Latar masyarakat yang ketiga ialah masyarakat yang berpegang pada janji. Contohnya, Tengku Mazran berusaha sedaya upaya membantu sepupu Azfa Hanani mendapatkan rawatan bagi menyembuhkan penyakit lumpuhnya dengan menghantar Zuraini ke Indonesia. Hal ini demikian kerana, dia telah berjanji dengan Azfa Hanani untuk membantu membiayai kos perubatan Zuraini.

8. Huraikan peristiwa yang menyedihkan dalam novel yang anda pelajari.

Novel yang saya kaji ialah novel Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd. Hanafiah. Novel ini memaparkan beberapa peristiwa yang menyedihkan.

Peristiwa yang pertama ialah peristiwa Pak Long Madi tidak mampu membeli pakaian sekolah yang baru untuk Azfa Hanani. Kemiskinan Pak Long menyebabkan Azfa Hanani memakai  pakaian sekolah yang lama.

Peristiwa yang kedua ialah peristiwa Azfa Hanani menolak jawatan pengawas kerana tidak mampu membeli pakaian pengawas sekolah. Azfa Hanani tidak mahu menyusahkan Pak Longnya untuk membeli pakaian pengawas yang mahal harganya kerana kemiskinan Pak Long dan terpaksa pula menanggung kos rawatan anaknya, Zuraini yang lumpuh.

Peristiwa yang ketiga ialah peristiwa kemalangan jalan raya 16 tahun yang lalu yang menyebabkan kematian ibu bapa Azfa Hanani akibat kecuaian Tengku Makmur. Azfa Hanani tercampak keluar melalui tingkap teksi dan ibu bapanya meninggal dunia di tempat kejadian. Datin Maziah yang berasa kasihan melihat Azfa Hanani yang masih bayi dan sedang menangis lalu menyusukannya di tempat kejadian.

Peristiwa yang keempat ialah peristiwa ketika Azfa Hanani makan makanan yang sedap di rumah Datin Maziah lalu teringat akan keluarga Pak Longnya yang tidak pernah merasai makanan sedemikian. Ketika Azfa Hanani makan tengah hari di rumah Datin Maziah, dia terpandang ayam goreng. Hatinya sayu kerana teringat akan sepupunya di kampung yang sekali-sekala sahaja dapat menikmati ayam goreng.

Peristiwa yang kelima ialah peristiwa Azfa Hanani dihalau oleh Datin Maziah apabila rahsia penyamarannya terbongkar. Semasa Azfa Hanani bertengkar dengan Tengku Muzaffar, Datin Maziah telah mendengar pertengkaran tersebut dan mengetahui penyamaran Azfa Hanani. Datin Maziah telah menampar Azfa Hanani dan memaksanya menunjukkan bukti bahawa dia ialah Tengku Murni. Datin Maziah menghalau Azfa Hanani apabila dia tidak dapat membuktikan dirinya ialah Tengku Murni.------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

9. Watak utama dalam sesebuah novel banyak menghadapi cabaran. Nyatakan cabaran watak utama dalam novel yang anda baca.

12

Page 13: Soalan Dan Jawapan Novel Azfa Hanani

Novel yang saya kaji ialah Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah. Dalam novel ini, terdapat beberapa beberapa cabaran yang terpaksa dilalui oleh watak utama iaitu Azfa Hanani.

Cabaran yang dihadapi oleh watak utama dalam novel ini ialah cabaran dalam menjalani cara hidup yang baharu. Hal ini dapat dilihat apabila Azfa Hanani terpaksa menyamar sebagai Tengku Murni. Dia terpaksa mempelajari segala perwatakan dan gerak-geri Tengku Murni agar penyamarannya dapat meyakinkan Datin Maziah bahawa dirinya ialah Tengku Murni.

Cabaran yang kedua ialah cabaran bagi meneruskan pelajaran. Azfa Hanani terpaksa mencuri buku rujukan di perpustakaan memandangkan kesempitan hidup yang dialaminya sehinggakan tidak mampu untuk membeli buku-buku rujukan. Selain itu, dia terpaksa berulang-alik sejauh 30 kilometer setiap hari untuk ke sekolah bagi mendapatkan ilmu.

Cabaran yang berikutnya, ialah cabaran bagi menyesuaikan diri di sekolah baharu. Azfa Hanani terpaksa menghadapi sikap buruk Budak Glamour yang tidak suka akan dirinya kerana seiras dengan Tengku Murni. Dia tetap bersikap tenang dan merendah diri walaupun mereka tidak suka akan dirinya.

10. Huraikan tema novel Azfa Hanani.

Novel ini bertemakan pengorbanan dan kemuliaan hati seorang gadis dalam menghadapi desakan hidup. Contohnya, Azfa Hanani sanggup menyamar sebagai Tengku Murni kerana tidak mahu membebankan pak long yang terpaksa menanggung pembelajarannya. Dengan menyamar sebagai Tengku Murni, dia juga dapat membantu mendapatkan kos rawatan untuk Zuraini yang lumpuh. Selain itu, penyamaran Azfa Hanani sebagai Tengku Murni juga dapat membuatkan Datin Maziah kembali pulih daripada menghadapi tekanan perasaan kerana Datin Maziah tidak dapat menerima hakikat bahawa anak perempuan tunggalnya telah terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------11. Jelaskan konflik dalaman yang dialami oleh watak-watak dalam novel yang anda pelajari.

         Azfa Hanani mengalami konflik apabila memikirkan kesalahannya mencuri buku rujukan dari perpustakaan Sekolah Menengah Sri Dian. Dia bimbang jika kesalahannya dapat dikesan oleh pihak sekolah dan hukuman yang bakal dikenakan terhadapnya.

Azfa Hanani mengalami konflik apabila baru saja sampai di rumah Datin Maziah. Dia memikirkan reaksi dan perkara yang akan berlaku kerana disuruh menyamar sebagai Tengku Murni.

Azfa Hanani mengalami konflik apabila memikirkan sikap Tengku Muzaffar dan Datuk Tengku Makmur yang menghina dan memandang rendah terhadap dirinya.

Azfa Hanani mengalami konflik apabila kembali semula ke rumah Pak Longnya di Kampung Merpati setelah dihalau keluar dari rumah oleh Datin Maziah. Dia memikirkan masa depan persekolahan dan cita-citanya yang terpaksa berubah arah.

Datin Maziah mengalami konflik kerana tidak dapat menerima hakikat bahawa anak perempuannya Tengku Murni telah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya sehingga hidupnya tidak sempurna, murung dan berasa sedih.

13