nota rujukan novel azfa hanani

Upload: man-kac

Post on 07-Apr-2018

321 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 Nota Rujukan Novel Azfa Hanani

    1/17

    Azfa Hanani

    (Halis Azhan Mohd Hanafiah)

    Novel ini memaparkan pengorbanan seorang gadis remaja, bernama Azfa Hanani ( Nani ). AzfaHanani merupakan murid tingkatan 5 Kenanga, Sekolah Menengah Seri Dian. Azfa Hananidiminta menyamar sebagai Tengku Murni oleh Tengku Mazran dan isterinya Syafinaz.Hal inidemikian kerana Tengku Murni telah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya.DatinMaziah yang turut terlibat dalam kemalangan itu koma .Apabila Datin Maziah sedar daripadakomanya dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa anak perempuan tunggalnya telah di

    jemput Illahi.

    Azfa Hanani yang hidup dalam kemiskinan di rumah Pak Madi (Pak Long) telah mengambilbuku rujukan tanpa kebenaran pihak sekolah.Tujuannya adalah untuk mengulang kajipelajarannya .Pada masa yang sama anak Pak Longnya Zuraini mengalami penyakit lumpuh.Azfa Hanani yang merasakan dirinya membebani keluaga Pak Long bertekad untuk menerimatawaran penyamaran sebagai Tengku Murni.Azfa Hanani menerima tawaran itu kerana TengkuMazran berjanji untuk menanggung kos rawatan Zuraini.

    Azfa Hanani dibawa ke banglo Datuk Tengku Makmur untuk menemui Datin Maziah. AzfaHanani telah diberi penjelasan dan tunjuk ajar oleh Tengku Mazran dan isterinya tentangtingkah laku Tengku Murni .Penyamaran itu nampaknya berhasil kerana Datin Maziah tidakdapat mengesyaki apa-apa kekurangan yang ada dalam diri Azfa Hanani.Kemudian AzfaHanani dihantar bersekolah di Sekolah Menengah Taman Sari. Di situ,dia mengenali rakan-

    rakan Tengku Murni,seperti Tengku Ellina, Suzana,Adriani,Ekran dan lain-lain.Azfa Hanani turutmengenali beberapa orang pelajar yang tidak menyukai Tengku Murni iaitu Laili,Syafikah danFuziana.Di banglo Datin Maziah dan di sekolah barunya pelbagai peristiwa gembira dan sedihdilalui.

    Azfa Hanani telah membaca diari Tengku Murni.Melalui diari ini terbongkar rahsia cinta yangterhalang antara Tengku Murni dan Ekran.Cinta mereka terhalang disebabkan abang TengkuMurni,Tengku Muzaffar mementingkan status keluarga mereka sebagai golongan kaya danbangsawan.Hal ini menyebabkan konflik berlaku antara Azfa Hanani dan TengkuMuzaffar.Pertengkaran mereka telah didengari oleh Datin Maziah,akibatnya penyamaran AzfaHanani terbongkar.Datin Maziah telah menghalau Azfa Hanani .

    Azfa Hanani pulang ke rumah Pak Long Madi di Kampung Merpati.Tengku Datuk Makmur dan

    Datin Maziah datang ke Kampung Merpati untuk memohon maaf dan memujuk Azfa Hananiagar kembali ke banglo mereka.Tengku Datuk Makmur menceritakan kisah yang terjadi enambelas tahun yang lalu.Menurut beliau kematian ibu bapa Azfa Hanani disebabkan kecuaiannyasemasa memandu dalam keadaan mabuk.Teksi yang dinaiki oleh ibu bapa Azfa Hanani telahterjunam ke dalam gaung dan Azfa Hanani tercampak keluar.Datin Maziah yang bersimpatidengan Azfa Hanani telah menyusuinya.

    Sinopsis

  • 8/6/2019 Nota Rujukan Novel Azfa Hanani

    2/17

    Datin Maziah dan Datuk Tengku Makmur ingin menebus kesalahan mereka.Mereka memujukagar Azfa Hanani kembali tinggal bersama-sama mereka.Akhirnya Azfa Hanani bersetuju untukkembali tinggal di banglo itu dengan identiti sebenarnya.Dia juga mengetahui bahawa ibu bapaEkran sebenarnya merupakan pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia. Mereka bukannyamiskin sebagaimana yang dikatakan oleh Tengku Muzaffar.

    Sinopsis Bab Demi Bab

    Takut

    Ketika rakan-rakannya menumpukan perhatian terhadap pembelajaran Kimia, Azfa Hananidiburu rasa takut sekiranya namanya dipanggil oleh pengetua kerana mencuri buku dari

    perpustakaan. Padanya, dia bukan bertujuan untuk mencuri sebaliknya hanya "meminjam"untuk mengulang kaji pelajaran kerana tidak mampu untuk membeli buku rujukan. Dia takutdibuang sekolah kerana perbuatan mencuri yang dilakukannya. Semua hal ini terjadidisebabkan kemiskinan keluarga Pak Long Madi yang memeliharanya sejak kedua-dua ibu danbapanya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Dia semakin takut apabila pengetuamahu menemuinya.

    Siapa Mereka?

    Di dalam bilik pengetua, terdapat tetamu yang begitu asing baginya, iaitu Tengku Mazran,Syafinaz dan Syarifah Rozan. Mereka memberitahunya dia seiras Tengku Murni, seorangremaja yang meninggal dunia dalam suatu kemalangan empat bulan lalu. Tengku Mazran dan

    Syafinaz memberitahu bahawa dia berkunjung ke rumah Syarifah Rozan semalam danternampak gambarnya dalam album. Gambarnya seiras wajah adiknya, Tengku Murni. AzfaHanani ditawarkan menjadi anak angkat keluarga kaya dan menyamar sebagai Tengku Murnikerana wajah mereka seiras.Datin Maziah tidak dapat menerima hakikat bahawa anak gadis tunggalnya telah meninggaldunia. Dia menuduh anak-anak lelakinya telah melarikan Tengku Murni. Oleh sebab itu, merekabercadang untuk mengambil Azfa Hanani menggantikan Tengku Murni bagi menenangkan hatiDatin Maziah. Azfa Hanani agak risau untuk menerima tawaran itu walaupun dijanjikan denganpelbagai kemewahan. Namun begitu, dia memerlukan keizinan oleh pak long dan mak longnya.

    Kerana Terdesak

    Tengku Mazran dan Syafinaz yang ditemani oleh Abang Norman dan Pak Haji Arshad tiba dirumah pak long untuk berbincang dengan pak long dan mak long. Pak Haji Arshad menjadiorang tengah dalam perbincangan itu. Tengku Mazran menceritakan kemalangan yangmenimpa adiknya, Tengku Murni. Menurut Tengku Mazran, apabila ibunya, Datin Maziahtersedar daripada koma, yang ditanyanya ialah Tengku Murni. Puas mereka berdalih denganmengatakan Tengku Murni mengikuti program pertukaran pelajar ke Jepun. Dia tidak mampuberterusan menipu dan tidak mahu ibunya menghadapi tekanan jiwa. Tengku Mazran memintakeizinan pak long dan mak long untuk membawa Azfa Hanani ke Kuala Lumpur. Sebagaibalasan, sekiranya Azfa Hanani mahu menggantikan tempat "Tengku Murni", kos perubatan

  • 8/6/2019 Nota Rujukan Novel Azfa Hanani

    3/17

    anak pak longnya, Zuraini yang hampir lumpuh akan ditanggung. Azfa Hanani berfikir,sekiranya dia masih kekal di Sekolah Menengah Sri Dian, dia akan dibuang sekolah kerana

    mencuri buku di perpustakaan. Selain itu, bila-bila masa sahaja pak longnya akanmemberhentikan persekolahannya kerana kesempitan hidup. Setelah memikirkan masalahdirinya dan penyakit Zuraini mampu sembuh, akhirnya dia menerima tawaran Tengku Mazran.

    Seawal Kehadiran

    Di Hotel Universe, Tengku Mazran dan isterinya, Syafinaz mengajar cara-cara bertutur, makandan bergaul dengan Datin Maziah. Apabila tiba di banglo yang dimaksudkan, dia dibawa ke bilikTengku Murni . Tengku Mazran dan Syafinaz memujuk Azfa Hanani akan sikap kasar TengkuMuzaffar yang mengungkapkan kata-kata menyakitkan hatinya. Azfa Hanani kemudian berehatdi dalam bilik itu. Ketika itu, dia teringat akan kata-kata Nordin sebelum dia bertolak ke sini,bahawa bukan dia yang dituduh mencuri buku, sebaliknya melibatkan beberapa orang pelajarlelaki. Apabila Datin Maziah terjaga daripada tidur, Azfa Hanani dibawa bertemunya. Diamengikut arahan seperti yang diajar oleh Tengku Mazran dan Syafinaz.

    Sebagai Murid Baharu

    Azfa Hanani dihantar belajar di Sekolah Menengah Taman Sari. Di sekolah itu, dia berkenalandengan saudara dua pupu Tengku Murni, iaitu Tengku Ellina. Dia juga berkenalan denganrakan-rakan Tengku Murni yang lain seperti Adriani, Ekran, selain 'musuh' Tengku Murni, iaituLaili, Syafikah, dan Fauziana yang dipanggil,Kumpulan Budak Glamor. Tengku Ellinamenyatakan kehairanannya kerana sehingga kini kad pengenalan, kad ATM dan dompetTengku Murni belum ditemukan lagi.

    Imbalan Budi

    Sekembalinya Azfa Hanani dari sekolah, dia telah disambut oleh Datin Maziah. Dia makanbersama-sama dengan Datin Maziah dan Kak Finaz. Dia kekok makan menggunakan sudu dangarpu. Azfa Hanani bertanyakan tentang dompet Tengku Murni yang hilang itu kepada KakFinaz. Kak Finaz menyatakan bahawa mungkin dompet itu telah diambil orang. Azfa Hananibimbang rahsianya terbongkar. Kak Finaz meyakinkannya bahawa mayat yang dikebumikan itumemang mayat Tengku Murni. Di dalam bilik, Azfa Hanani menemukan diari Tengku Murni .Diamembaca diari itu untuk mengetahui peribadi Tengku Murni.Tengku Datuk Makmur datang menemui Azfa Hanani di biliknya. Dia akan membayar RM500sebulan kepada Azfa Hanani sebagai upah kerana menyamar sebagai Tengku Murni. AzfaHanani tidak menyangka budinya akan dibalas dengan wang ringgit. Namun dia terpaksa

    menerima wang itu demi membantu pak long di kampung.

    Kerenah Laili

    Azfa Hanani ke sekolah untuk menghadiri majlis perjumpaan pelajar tingkatan 5 bagimembincangkan projek Hari Sumbangsih. Program yang diatur meliputi pasar ria, kejohanansukan terbuka, dan pameran. Pada tahun lalu program tersebut telah berjaya mengumpul wangsebanyak RM 16 ribu. Laili tidak berpuas hati dan mendakwa kononnya terdapat ketidakadilandalam pengagihan slot. Dia tidak berpuas hati kerana tidak diberikan slot mengendalikan Malam

  • 8/6/2019 Nota Rujukan Novel Azfa Hanani

    4/17

    Bakat Sumbangsih. Laili turut mempertikaikan kejujuran dan keikhlasan jawatankuasa yangterlibat. Dakwaan Laili dibantah oleh Ekran dengan menjelaskan bahawa agihan slot dibuatmelalui undian. Setiap ketua tingkatan mengambil bahagian dalam undian tersebut danseharusnya soal ketidakadilan tidak sepatutnya ditimbulkan.

    Tertanya-tanya

    Azfa Hanani tertanya-tanya mengapa dia tidak dapat berbual panjang dengan Ekran. Lidahnyamenjadi kelu ketika berhadapan dengan Ekran. Dia juga tertanya-tanya akan hal Ekran menjualburger berhampiran dengan Plaza Cahaya sedangkan gayanya tidak membayangkankesusahan hidupnya. Di perpustakaan, Fauziana dan Syafikah menawarkan Azfa Hanani

    sebagai pengacara Malam Bakat Sumbangsih kerana suaranya sesuai. Azfa Hanani tahubahawa majlis itu diuruskan oleh pelajar Tingkatan 5 Sastera II, jadi dia berangganggapbahawa dia tidak perlu masuk campur. Azfa Hanani menolak dengan baik kerana menyedariniat mereka tidak ikhlas. Penolakannya itu membuatkan mereka begitu marah.

    Ekran

    Azfa Hanani mengikuti kelas bahasa Inggeris dan bahasa Jepun di Institut Lingua Franca. Diapergi ke Institut untuk meminjam beberapa buah buku. Sebenarnya itu cuma ralasan untukkeluar dari rumah. Hasrat hatinya adalah untuk menemui Ekran. Ketika berada di tempattersebut, Iskandar mahu menghantarnya pulang dengan menaiki motorsikal. Azfa Hanani

    menolak kerana dia tidak mengenali lelaki itu. Azfa Hanani berpeluang bertemu Ekran yangmenjual burger pada hari itu.Ekran menjelaskan minatnya untuk menjadi akauntan.

    Meluah Rasa

    Azfa Hanani meluahkan perasaannya kepada Ekran dan menjelaskan bahawa dia bukanTengku Murni. Dia hanya seorang budak kampung yang hidup dalam serba kekurangan. Diabukan anak manja Tengku Datuk Makmur dan Datin Maziah. Azfa Hanani hanya menyamarsebagai Tengku Murni untuk memenuhi janjinya kepada Abang Mazran dan Kak Finaz. Dia jugamenerima tawaran mereka kerana tidak mahu keciciran dalam pelajaran. Selain itu dia inginmembalas budi pak long dan mak longnya. Abang Mazran dan Kak Finaz telah berjanji untukmenanggung segala kos rawatan Zuraini yang lumpuh.

    Bukan Dirancang

    Azfa Hanani tidak merancang untuk ke rumah Tengku Ellina. Tengku Ellina mengajaknya kerumah kerana pasukan Forum Remaja Sekolah Menengah Taman Sari akan mengadakan sesiperbincangan dan latihan. Datin Maziah memberikan persetujuan agar Azfa Hanani ke rumahrakannya, Tengku Ellina. Azfa Hanani berasa bersalah kerana berbohong kepada Datin Maziah.Datin Maziah mengingatkan Azfa Hanani agar memberikan fokus terhadap SPM supaya

  • 8/6/2019 Nota Rujukan Novel Azfa Hanani

    5/17

    memperoleh keputusan cemerlang seperti "abang-abangnya". Tengku Muzaffar menghantarAzfa Hanani dengan menaiki motosikal berkuasa tinggi. Setibanya di rumah Tengku Ellina,rakan-rakannya telah sedia menunggu. Tengku Ellina meminta Azfa Hanani menggantikantempatnya sebentar sebagai Pengerusi Forum Remaja, sementara dia mengendalikanmesyuarat sekretariat pameran luar untuk Hari Sumbangsih. Setelah ahli-ahli pasukan ForumRemaja melihat kepetahan dan kelancaran Azfa Hanani sebagai pengerusi, merekamemutuskan bahawa Azfa Hanani akan kekal mempengerusikan Forum Remaja.

    Melulu

    Pertandingan Forum Remaja yang akan diadakan di dewan besar sekolah bakal berlangsungsebentar lagi. Azfa Hanani membuat persiapan; memakai tali leher dan menghafal skrip. AzfaHanani mendapat khabar gerai burger Ekran telah dibakar menyebabkan dia bergegas ke bilik

    persatuan untuk mendapatkan penjelasan daripada Ekran. Ekran tidak ditemui sebaliknya diabertemu dengan Laili yang tidak berpuas hati akan sikapnya menarik diri sebagai pengacaraMalam Bakat Sumbangsih. Kata-kata hina yang diucapkan Laili telah menggetarkan perasaanAzfa Hanani sebelum melangkah ke pertandingan Forum Remaja.

    Hadiah Bererti

    Pasukan yang disertai oleh Azfa Hanani dalam pertandingan Forum Remaja telah berjayamenjadi johan dan Azfa Hanani diumumkan sebagai Pengerusi Forum Terbaik. Ramai yangmemuji suara Azfa Hanani amat lunak dan sesuai menjadi pengacara televisyen. Seterusnya,Datin Maziah telah mengadakan majlis ulang tahun yang ke-17 untuk Tengku Murni. Azfa

    Hanani, walaupun mengambil peranan sebagai Tengku Murni, tetapi berasa terharu keranadiraikan dalam majlis yang begitu meriah. Ekran datang lewat lalu menyerahkan hadiah melaluipintu pagar rumah. Azfa Hanani meluahkan perasaan rindunya terhadap pak long sekeluarga dikampung kepada Abang Mazran. Abang Mazran berjanji akan membawa Azfa Hanani pulangbertemu dengan keluarganya di kampung. Abang Mazran juga meminjamkan telefon bimbitnyakepada Azfa Hanani agar dia dapat menghubungi kawan-kawannya di kampung. Misteri Yang Tersimpan

    Azfa Hanani memanfaatkan sepenuhnya peluang yang diberikan oleh Abang Mazran untukmenghubungi rakan-rakannya di kampung. Azfa Hanani mengimbau perbualannya denganrakan-rakan sekampungnya, Falina dan Aini. Kak Finaz memberitahu Azfa Hanani bahawa

    Abang Mazran bersetuju untuk memasang talian telefon di rumah pak long. Abang Mazran jugaakan membelikan Azfa Hanani telefon bimbit yang baharu. Azfa Hanani membuka hadiah yangdiberikan oleh Ekran. Azfa Hanani terkejut apabila mendapati hadiah itu berupa dompet milikarwah Tengku Murni dan di dalamnya terdapat sejumlah wang, beberapa keping kad, dansehelai kertas catatan.

    Kunjungan Mengejut

  • 8/6/2019 Nota Rujukan Novel Azfa Hanani

    6/17

    Azfa Hanani menyuarakan hasratnya kepada Kak Finaz untuk menyambut kepulangan pak longdan Zuraini daripada menjalani rawatan di Indonesia. Kak Finaz berjanji untuk membawa Azfa

    Hanani pulang ke kampung semasa cuti semester pertama nanti. Sekembalinya daripadamengikuti kelas bahasa di Institut Lingua Franca, Azfa Hanani terkejut melihat pak long danZuraini berada di rumah Datin Maziah. Kerinduan Azfa Hanani terubat kerana dapat berbual-bual dengan pak long dan Zuraini. Menurut Zuraini, Tengku Datuk Makmur seakan-akan sudahmengenali keluarga mereka sebelum ini.

    Hari Sumbangsih

    Hari ini berlangsungnya Hari Sumbangsih di Sekolah Menengah Taman Sari. Sambutan HariSumbangsih pada tahun ini lebih meriah. Ekran yang menjadi pengerusi persatuan pelajartingkatan lima sibuk mengendalikan program sempena Hari Sumbangsih. Ada khabar anginyang mengatakan bahawa Malam Bakat Sumbangsih akan dipulaukan oleh pelajar yang tidakberpuas hati. Azfa Hanani mengambil kesempatan untuk berjumpa dengan Ekran di bilikpersatuan. Azfa Hanani mendesak Ekran untuk berterus-terang tentang punca dia menjauhkandiri daripadanya. Akhirnya Ekran membuat pengakuan yang mengejutkan. Ekran mengakuimempunyai hubungan istimewa dengan Tengku Murni. Namun hubungan itu terpaksadiputuskan atas sebab-sebab tertentu. Pada pertemuan terakhir sebelum kemalangan itu,dompet Tengku Murni tertinggal dan dia menyimpan dompet tersebut.

    Terusir

    Azfa Hanani masih lagi tertanya-tanya tentang hubungan antara Ekran dengan Tengku Murni.Azfa Hanani membuat tekaan bahawa Datin Maziahlah punca hubungan Tengku Murni denganEkran terputus. Dengan menggunakan teori fizik, Azfa Hanani berjaya membaca rahsia yangterkandung di dalam diari Tengku Murni. Azfa Hanani lantas bersemuka dengan TengkuMuzaffar untuk mendapatkan kepastian. Tengku Muzaffarlah rupa-rupanya yang menjadidalang yang merosakkan hubungan yang terjalin antara Tengku Murni dengan Ekran. TengkuMuzaffar memberitahu bahawa dia menghalang hubungan antara Tengku Murni dengan Ekrankerana ingin menjaga nama baik keluarga disebabkan Ekran daripada keluarga miskin. AzfaHanani berasa terhina kerana dirinya juga daripada keluarga miskin. Azfa Hanani tidak berpuashati kerana kini Tengku Muzaffar melarangnya berkawan dengan Ekran pula. Akhirnyaberlakulah pertengkaran antara mereka dan didengari pula oleh Datin Maziah. Datin Maziahamat marah apabila mendapati Azfa Hanani selama ini menyamar sebagai Tengku Murni. AzfaHanani ditampar, kemudian dihalau keluar dari banglo itu.

    Hakikat

    Azfa Hanani mahu terus pulang ke kampung, tetapi Tengku Muzaffar menumpangkan AzfaHanani di rumah Tengku Ellina. Akhirnya, Azfa Hanani dapat kembali tinggal di rumah paklongnya di Kampung Merpati. Namun, pak long dan mak longnya masih belum mengetahuibahawa Azfa Hanani sebenarnya telah diusir keluar dari rumah Datin Maziah. Sebelum ini,Abang Mazran dan Kak Finaz berjanji untuk memujuk Datin Maziah untuk menerima Azfa

  • 8/6/2019 Nota Rujukan Novel Azfa Hanani

    7/17

    Hanani kembali. Namun, Azfa Hanani telah membuat keputusan untuk terus tinggal dikampung. Azfa Hanani terkejut apabila keluarga Tengku Datuk Makmur datang mencarinya di

    kampung. Akhirnya terbongkar rahsia apabila Tengku Datuk Makmur menceritakan bahawadialah yang telah melanggar teksi yang dinaiki oleh Azfa Hanani sekeluarga sehinggamengakibatkan kematian ibu dan bapa Azfa Hanani. Datin Maziah tidak sampai hati apabilamelihat Azfa Hanani yang ketika itu masih bayi menangis kelaparan lalu menyusuinya. Selama16 tahun, Tengku Datuk Makmur berusaha untuk menjejaki Azfa Hanani. Pencariannya berhasilsetelah berbual-bual dengan pak long yang kebetulan berkunjung ke rumahnya sekembalinyadaripada menemani anaknya, Zuraini yang mendapatkan rawatan di Indonesia.

    Segala-galanya Berakhir

    Azfa Hanani kembali tinggal di banglo Tengku Datuk Makmur dan Datin Maziah. Kali ini diamahu dikenali dengan identiti sebenar, bukan sebagai Tengku Murni lagi. Tengku Muzaffar pulasemakin mendekatkan diri dengan agama. Aktiviti Hari Sumbangsih telah berjaya mengumpuldana sebanyak RM16,655.00. Syafikah dan Fuziana bersikap baik terhadap Azfa Hanani.Motosikal yang ditunggang oleh Iskandar terlibat dalam kemalangan jalan raya dan Iskandartelah terbunuh. Manakala Laili yang membonceng motosikal tersebut telah cedera parah dankini di wad ICU.

    Pasukan yang menyertai Forum Remaja telah menjadi johan peringkat negeri dan Azfa Hananitelah dinobatkankan sebagai Pengerusi Forum Terbaik. Pada suatu hari, Azfa Hanani menaikiteksi ke rumah Ekran. Ketika Azfa Hanani tiba, dia melihat Tengku Muzaffar sedang membantuEkran menyiapkan sebuah gerai. Akhirnya Azfa Hanani mengetahui kedudukan perkara yangsebenar iaitu, Tengku Muzaffarlah yang membakar gerai burger Ekran. Sementara itu, Ekranbukanlah daripada keluarga yang susah. Ayah dan ibunya merupakan pensyarah UniversitiKebangsaan Malaysia yang kini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat doktor falsafah diAmerika Syarikat. Adik-adik perempuannya ikut serta manakala adik lelakinya menuntut disebuah sekolah berasrama penuh. Dia selesa tinggal dengan datuk dan neneknya.

    i. Persoalan ketaatan kepada agama, Azfa Hanani sering berdoa dan membaca al

    Quran kepada arwah ibu bapanya .

    ii. Persoalan ketabahan seorang gadis remaja menghadapi kehidupan yang penuh ranjau.

    Azfa Hanani dibesarkan oleh Pak Long Madi yang kurang berada.Dia juga tabahmenghadapi liku liku hidup di rumah banglo milik keluarga baharunya.

    iii. Persoalan keberanian menghadapi risiko. Azfa Hanani, seorang gadis yang baru

    berumur 17 tahun tetap berani mengambil risiko menyamar sebagai Tengku Murni

    untuk membantu sepupunya.

    iv. Persoalan kegigihan menimba ilmu pengetahuan. Sikap ini ditonjolkan Azfa Hanani,

    walaupun berasal daripada keluarga miskin dia gigih belajar dengan tujuan untuk

    membaiki masa depan keluarga dan hidupnya.

    Persoalan

  • 8/6/2019 Nota Rujukan Novel Azfa Hanani

    8/17

    v. Persoalan sikap mementingkan darjat atau pangkat. Tengku Datuk Makmur dan

    anaknya, Tengku Muzaffar begitu ego dengan status mereka sebagai golongan elit.

    Mereka memandang hina terhadap Azfa Hanani. Rakan-rakan Azfa Hanani jugamemandang rendah kepadanya kerana dia berasal dari kampung dan hidup miskin.

    vi. Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya, Datin Maziah terlalu

    menyayangi Tengku Murni / Azfa Hanani.

    Secara keseluruhannya plot drama digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat

    garapan plot iaitu:

    i. Permulaan

    Pada peringkat permulaan cerita, pembaca diperkenalkan dengan watak Azfa Hanani yang

    berasa takut setelah mengetahui bahawa orang yang selalu mencuri buku-buku rujukan di

    perpustakaan telah dikenal pasti dan akan dirangkap, Dia kemudiannya dipanggil ke bilik

    pengetua. Wajahnya dikatakan seiras Tengku Murni oleh Tengku Mazran dan Kak Syafinaz.

    Tengku Mazran meminta Azfa Hanani menyamar sebagai Tengku Murni iaitu adiknya yang

    terbunuh dalam suatu kemalangan jalan raya. Memikirkan masa depan persekolahannya serta

    peluang untuk membantu sepupunya, Zuraini mendapatkan rawatan, Azfa Hanani bersetuju

    menerima tawaran Tengku Mazran.

    ii. Perkembangan

    Pada peringkat perkembangan, Azfa Hanani dibawa ke Hotel Universe dan diajar cara bertutur,

    makan, dan bergaul dengan Datin Maziah. Di rumah Datin Maziah, Azfa Hanani berjaya

    memainkan peranan sebagai Tengku Murni. Azfa Hanani kemudiannya dihantar ke Sekolah

    Menengah Taman Sari. Di sekolah barunya, Azfa Hanani telah berkenalan dengan Tengku

    Ellina, sepupu Tengku Murni dan rakan-rakan yang lain seperti Suzana, Adriani dan Ekran. Azfa

    Hanani turut terlibat dalam pertandingan Forum Remaja sekolahnya.

    iii. Konflik

    Cerita sampai pada peringkat perumitan apabila Azfa Hanani menerima bungkusan hadiah

    daripada Ekran ketika majlis sambutan ulang tahun Tengku Murni yang ke-17. Azfa Hanani

    mencari Ekran untuk mendapatkan penjelasan tentang hubungannya dengan Tengku Murni.

    Plot

  • 8/6/2019 Nota Rujukan Novel Azfa Hanani

    9/17

    Ekran mengaku bahawa hubungannya dengan Tengku Murni memang istimewa tetapi tidak

    disenangi oleh seseorang iaitu Tengku Muzaffar.

    iv. Klimaks

    Klimaks cerita ini ialah apabila Azfa Hanani mengetahui bahawa abang Tengku Murni, iaituTengku Muzaffarlah yang menjadi penghalang hubungan Ekran dengan Tengku Murni.Pertengkaran antara Azfa Hanani dengan Tengku Muzaffar didengar oleh Datin Maziah. Rahsiapenyamaran Azfa Hanani akhirnya terbongkar. Datin Maziah begitu marah kerana telah ditipuselama ini. Azfa Hanani telah ditamparnya lalu diusirnya keluar dari banglo tersebut.

    v. Peleraian

    Pada pengakhiran cerita, Datuk Tengku Makmur memberitahu bahawa dialah yang

    menyebabkan teksi yang dinaiki oleh ayah dan ibu Azfa Hanani terjunam ke dalam gaung 16tahun yang lalu menyebabkan mereka terbunuh. Azfa Hanani kembali ke banglo Tengku DatukMakmur dan Datin Maziah dengan identitinya sendiri setelah dipujuk. Pasukan Forum Remaja.Sekolah Taman Sari yang menyertai Forum Remaja telah menjadi johan peringkat negeri danAzfa Hanani terpilih sebagai Pengerusi Forum Remaja Terbaik. Azfa Hanani juga telahmengetahui identiti sebenar Ekran dan berjaya mendapatkan kepastian daripada Ekran tentanghubungan mereka berdua.

    Watak Utama

    Azfa Hanani

    Gadis cantik dan berwajah lembut serta penyayang.

    Remaja berusia 17 belas tahun yang kematian kedua-dua orang tuanya.

    Dibesarkan oleh Pak Long Madi dan Mak Long Diah dalam serba kekurangan.

    Lemah dalam subjek bahasa Inggeris.

    Baik hati dan sanggup berkorban.

    Tabah mengharungi dugaan hidup. Mengenang budi.

    Berjaya menerima anugerah Pengerusi Terbaik Forum Remaja peringkat daerah.

    Sanggup menyamar sebagai Tengku Murni supaya Datin Maziah pulih daripada masalah

    tekanan perasaan.

    Watak dan Perwatakan

  • 8/6/2019 Nota Rujukan Novel Azfa Hanani

    10/17

    Watak Sampingan

    Datin Maziah

    Isteri kepada Tengku Datuk Makmur.

    Ibu kepada lima orang cahaya mata, iaitu Tengku Murshadad, Tengku Mizran, Tengku

    Mazran,Tengku Muzaffar, dan Tengku Murni.

    Ibu yang penyayang, terutamanya terhadap anak perempuan tunggalnya, Tengku Murni.

    Tertekan sebagai akihat kematian anak bongsunya, Tengku Murni.

    Sering berasa kesunyian setelah Tengku Datuk Makmur bernikah dengan seorang gadis

    muda.

    Tengku Murni

    Anak perempuan tunggal dalam keluarga Tengku Datuk Makmur dan Datin Maziah.

    Wajahnya seiras wajah Azfa Hanani.

    Anak yang taat kepada orang tuanya.

    Dia begitu manja dengan ibunya.

    Sikap mesranya menyebabkan dia disenangi oleh rakan-rakannya.

    Pernah menjalinkan hubungan dengan Ekran, tetapi ditentang oleh abangnya, Tengku

    Muzaffar.

    Tengku Muzaffar

    Anak keempat Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah

    Pelajar Universiti Malaya tahun akhir dalam jurusan undang undang

    Seorang yang sombong pada awalnya kerana statusnya

    Penyayang kerana mengambil berat akan keselamatan Azfa Hanani

    Datuk Tengku Makmur

    Seorang hartawan dan berketurunan bangsawan

    Mempunyai dua orang isteri iaitu Datin Maziah dan seorang wanita muda

    Seorang yang bengis dan sombong kerana bertindak kasar terhadap Azfa Hanani

    Seorang yang berpegang pada janji kerana menerima semula Azfa Hanani setelah

    mengetahui identiti sebenarnya

  • 8/6/2019 Nota Rujukan Novel Azfa Hanani

    11/17

    Latar Tempat

    Di makmal kimia. Azfa Hanani berasa bimbang setelah mendapat tahu perbuatannya

    mencuri buku-buku rujukan dari perpustakan telah diketahui dan dia mungkin akan

    dihukum atas kesalahannya itu.

    Di bilik pengetua, iaitu ketika Azfa Hanani dikunjungi buat pertama kalinya oleh Tengku

    Mazran, Kak Finaz, dan Kak Rozan.

    Di Hotel Universe. Azfa Hanani telah diberi tunjuk ajar oleh Kak Finaz tentang cara TengkuMurni makan, bercakap, dan Iain-lain lagi.

    Di banglo milik Datin Maziah dan Tengku Datuk Makmur. Azfa Hanani akhirnya menetap di

    banglo ini.

    Di Sekolah Menengah Taman Sari. Perjumpaan diadakan oleh pelajar-pelajar tingkatan lima

    bagi berbincang tentang projek Hari Sumbangsih.

    Latar Masa

    Selama beberapa bulan. Semasa Azfa Hanani menuntut di Sekolah Menengah Sri Dian dan

    kemudiannya meneruskan persekolahannya di Sekolah Menengah Taman Sari selepas

    berpindah ke rumah Datin Maziah.

    Pada waktu malam. Contohnya, Azfa Hanani dengan bersungguh-sungguh membaca dan

    mengkaji diari Tengku Murni dalam usahanya mendapatkan jawaban siapakah yang

    menjadi penghalang hubungan antara Ekran dengan Tengku Murni.

    Pada waktu petang. Contohnya. semasa Datin Maziah mengadakan sambutan hari lahir

    Azfa Hanani/Tengku Murni yang ke-17.

    Pada waktu pagi. Contohnya, Azfa Hanani menjalani kehidupannya sebagai pelajar

    sekolah.

    Latar

  • 8/6/2019 Nota Rujukan Novel Azfa Hanani

    12/17

    Latar Masyarakat

    Masyarakat yang sanggup berkorban demi kebahagiaan keluarga angkat sertakelangsungan masa depannya. Contohnya, Azfa Hanani sanggup memenuhi tawaran

    Abang Mazran bagi membantu sepupunya, Zuraini yang lumpuh mendapatkan rawatan.

    Masyarakat elit yang bongkak dan sombong kerana statusnya. Contohnya, Tengku Datuk

    Makmur yang memandang hina terhadap Azfa Hanani kerana berasal dari kampung dan

    miskin.

    Masyarakat pelajar yang gigih menuntut ilmu. Contohnya, masyarakat pelajar di Sekolah

    Menengah Sri Dian tempat Azfa Hanani melanjutkan pelajarannya dalam Tingkatan Lima

    Kenanga.

    Masyarakat yang berpegang pada janji. Contohnya, Tengku Mazran berusaha sedaya

    upaya membantu sepupu Azfa Hanani mendapatkan rawatan bagi menyembuhkan penyakit

    lumpuhnya dengan menghantar Zuraini ke Indonesia.

    Masyarakat yang sanggup menyamar untuk menelamatkan seseorang daripada

    menghadapi tekanan jiwa. Contohnya, Azfa Hanani sanggup menyamar menjadi Tengku

    Murni supaya Datin Maziah kembali pulih daripada tekanan perasaan sebagai akibat

    kematian anak perempuan tunggalnya.

    1. Pemerian

    Pengarang memerihalkan perasaan Azfa Hanani sewaktu mula-mula tiba di rumah Datin

    Maziah.Contohnya , Begitu, aku terasa seperti berjalan di awang-awangan semasa mula-

    mula tiba di situ. Banglo itu terlalu besar,berganda ganda kalau mahu dibandingkan

    dengan teratak buruk yang pernah kuhuni.

    2. Dialog

    Dialog antara Azfa Hanani dengan Ekran.Contohnya, Saya nak Tanya satu pekara lagi.Abang Mus datang ke mari ni ada kaitan dengan gerai burger Ran yang terbakar dulu ke? Saya tak perlu beritahu,sebenarnya. Setakat saya tahu dan Nani juga tahu, cukuplah,

    jawab Ekran .

    Teknik Penulisan

  • 8/6/2019 Nota Rujukan Novel Azfa Hanani

    13/17

    3. Imbas Kembali

    Afza Hanani teringat akan pak long, mak long, dan sepupu- sepupunya dikampung.Contohnya Masakan mama memang sedap, Aku menokok bersahaja keranawajah Zahidin melintas di ruang mata.Dia akan kecur liur kalau sesekali mak longmenggoreng ayam.dia akan makan nasi dengan sayur sahaja dahulu agar dapat meratahayam goreng selepas itu.

    4. Suspens

    Ketika Syafinaz memberitahu Azfa Hanani bahawa Datin Maziah sudah sedar dan dia

    mengajak Azfa Hanani turun menemui Datin Maziah. Azfa Hanani berdebar- debar semasa

    menuruni anak tangga. Pembaca tertanya-tanya tentang apakah reaksi Datin Maziah

    apabila melihat Azfa Hanani buat kali pertama.

    i. Peribahasa. Contohnya, cempedak menjadi nangka, hidung tinggi, beraja di mata, bersultan

    di hati, melukut di tepi gantang, rusa masuk kampong, kais pagi makan pagi kais petang

    makan petang, serkap jarang, panjang tangan dan ke manalah tumpahnya kuah kalau tidak

    ke nasi .

    ii. Penggunaan bahasa Inggeris. Contoh, problem, special boyfriend, We go straight to the

    point.

    iii. Simile. Contohnya, Mereka bagaikan kembar, dia seperti juara semasa perlumbaan

    motosikal 500 cc dunia, tapak kakiku sepertimelekat di lantai simen dan akuumpama

    peragawati apabila diminta bergaya seperti Murni

    iv. Sinkope. Contohnya, ku, ni, tu, tak, nak.

    v. Metafora. Contohnya pintu ilmu, batas kemelut

    vi. Penggunaan bahasa Arab . Contohnya Insya Allah , Alhamdulillah

    Gaya Bahasa

  • 8/6/2019 Nota Rujukan Novel Azfa Hanani

    14/17

    i. Nilai pengorbanan. Contohnya, Azfa Hanani sanggup berkorban dengan menerima

    tawaran Tengku Mazran untuk menyamar sebagai Tengku Murni demi menjaga

    kebahagiaan semua pihak termasuklah keluarga Pak Longnya dan keluarga Datuk

    Tengku Makmur.

    ii. Nilai kegigihan dan tidak mudah berputus asa. Contohnya, walaupun Azfa Hanani

    berasal daripada keluarga miskin, namun dia tidak menjadikan kemiskinan itu sebagai

    alasan untuk tidak meneruskan persekolahan. Sebaliknya, dia gigih dan tekun belajar

    demi masa depannya dan keluarga pak longnya.

    iii. Nilai kasih sayang. Contohnya, Datin Maziah amat menyayangi Tengku Murni/Azfa

    Hanani. Dia begitu menyayangi anak gadisnya sehingga tidak membenarkan Azfa

    Hanani menaiki has ke sekolah kerana bimbang akan keselamatannya.

    iv. Nilai kerajinan. Contohnya, Ekran menjalankan perniagaan burger pada waktu petang

    dengan tujuan mencari duit poket bagi perbelanjaan hariannya, selain mempraktikkan

    segala teori yang telah dipelajarinya di sekolah.

    v. Nilai kesyukuran. Contohnya, Azfa Hanani bersyukur kerana sepupunya, Zuraini dapat

    berjalan semula selepas mendapatkan rawatan di Indonesia dengan bantuan keluargaangkatnya.

    i. Kita hendaklah berkorban demi kebahagiaan orang lain. Contohnya, Azfa Hanani

    sanggup menerima tawaran Abang Mazran dan Kak Finaz untuk menyamar sebagai

    Tengku Murni semata-mata kerana tidak mahu Datin Maziah terus tertekan sehingga

    mengganggu kesihatannya.

    ii. Dalam usaha untuk mencapai kejayaan kita perlu gigih berusaha dan tidak mudahberputus asa. Contohnya, Azfa Hanani sanggup berulang alik sejauh 30 kilometer

    semata-mata ingin melanjutkan pelajarannya dalam aliran sains.

    Nilai

    Pengajaran

  • 8/6/2019 Nota Rujukan Novel Azfa Hanani

    15/17

    iii. Kita janganlah bersikap sombong atas kekayaan dan pangkat yang ada. Contohnya,

    Tengku Muzaffar tidak dapat menerima hubungan adiknya, Tengku Murni dengan Ekrankerana menyangka Ekran berasal daripada keluarga yang miskin. Sebaliknya, Tengku

    Mazran begitu sederhana sifatnya walaupun berasal daripada keluarga elit.

    iv. Kita hendaklah bersedia membantu orang yang memerlukan pertolongan. Contohnya,

    Abang Mazran bersusah payah mendapatkan rawatan bagi Zuraini yang lumpuh,

    sehingga akhirnya Zuraini dapat berjalan semula.

    v. Kita hendaklah sentiasa bersikap sederhana dan merendah diri. Contohnya, Azfa

    Hanani sentiasa bersederhana dalam segala hal walaupun keluarga angkatnya adalah

    golongan yang elit dan berada.

    vi. Kita hendaklah sedar akan asal usul kita. Contohnya, Azfa Hanani tidak pernah

    melupakan asal usulnya yang datang dari kampung serta berasal daripada sebuah

    keluarga yang miskin. Dia tidak pernah mengambil kesempatan atas kebaikan Abang

    Mazran ataupun Datin Maziah.

  • 8/6/2019 Nota Rujukan Novel Azfa Hanani

    16/17

    i) Nyatakan secara kronologi perjalanan hidup Azfa Hanani bermula daripada awalnya

    sehingga ke peringkat klimaks.

    ii) Nyatakan peristiwa menarik yang berlaku di rumah banglo milik Dato Tengku Makmur.

    Perjalanan hidup Azfa Hanani

    a. Azfa Hanani hidup sebagai anak yatim piatu semenjak kecil lagi. Dia dipelihara oleh pak

    long dan mak longnya dalam keadaan kesempitan hidup. Menerima pendidikan di

    Sekolah Menengah Sri Dian dalam aliran sains setalah mendapat keputusan cemerlang

    dalam peperiksaan SRP.

    b. Berkonflik dalam dirinya kerana bimbang rahsia dia mencuri buku-buku rujukan di

    perpustakaan diketahui oleh pihak sekolah. Dia kemudian dipanggil ke bilik pengetua

    kerana wajahnya dikatakan seiras Tengku Murni dan diminta oleh Tengku Mazran untukmenyamar sebagi Tengku Murni

    c. Tengku Mazran dan Kak Finaz membawanya ke Kuala Lumpur untuk menyamar

    sebagai Tengku Murni. Mendiami banglo Datin Maziah dan tinggal di bilik Tengku

    Murni. Beliau turut menghadapi masalah dengan Tengku Muzaffar yang tidak menyukai

    hubungannya dengan Ekran.

    d. Ketika di sekolah Taman Sari,dia terpaksa berhadapan dengan konflik tingkah laku

    kumpulan budak-budak glamour. Berjaya menjadi pengerusi Forum Remaja dan meraih

    kemenangan. Mendapat maklumat bahawa penghalang perhubungan Murni dengan

    Ekran ialah Tengku Muzaffar .Kini Tengku Muzaffar turut menjadi penghalang

    hubungannya dengan Ekran .

    e. Pertelingkahannya dengan Tengku Muzaffar berlaku kerana hubungannya dengan

    Ekran dihalang. oeh Datin Maziah terdengar perbalahan mereka lalu dia menyedari

    akan kedudukan Azfa Hanani yang sebenar dalam rumah itu.

    Latihan

    Jawapan

  • 8/6/2019 Nota Rujukan Novel Azfa Hanani

    17/17

    ii) Peristiwa menarik yang berlaku di banglo

    a. Kisah penyamaran Azfa Hanani sebagai Tengku Murni, Azfa memeluk dan bermesradengan Maziah seperti kebiasaan yang dilakukan oleh Nini.

    b. Azfa menyamar menyambut hari lahir Tengku Murni dalam suasana yang meriah,Ekran turut datang menghulurkan hadiah.

    c. Tengku Muzaffar mengajar Azfa Hanani menggunakan komputer seperti yangdijanjikannya.

    d. Pak long dan mak long datang berkunjung ke banglo tersebut menyebabkan rahsiatentang Azfa Hanani yang merupakan orang yang dicari oleh Datuk Tengku Makmurselama 16 tahun terbongkar.

    e. Azfa Hanani ditampar dan diusir dari banglo oleh Datin Maziah.