print. novel. sdl

54
Soalan : Huraikan pengajaran yang terdapat dalam sebuah novel yang anda kaji. Novel yang saya kaji ialah novel Sutera Dalam Lukisan karya Abd Talib Hassan. Pengajaran yang terdapat dalam novel tersebut ialah kita hendaklah tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan supaya jiwa menjadi tenang. Sebagai contoh, Bujei tabah menghadapi kekejaman Alias terhadapnya seperti memukul, menyepak dan menerajangnya tanpa belas kasihan. Walaupun diperlakukan macam-macam oleh Alias, dia tidak pernah serik. Pengajaran lain ialah kita hendaklah ikhlas membantu orang lain supaya sifat ego dapat dielakkan. Bukti peristiwa yang memaparkan pengajaran ini ialah Adila ikhlas menolong mengubah perwatakan Bujei. Pada Adila, Bujei hanyalah menjadi mangsa alam dan manusia. Sebenarnya Bujei memiliki kepandaian dan pengetahuan yang luas. Adila yakin mampu mengubah Bujei menjadi manusia yang sempurna semula. Pengajaran seterusnya ialah kita hendaklah rajin berusaha supaya tidak membebankan orang lain. Sebagai contoh, sebahagian kawasan tanah di hadapan rumah nenek Bujei sudah diterangkannya. Belukar dan semak samun sudah ditebas dan tanahnya sudah digemburkan kerana Bujei ingin menanam sayur-sayuran. Soalan : Huraikan peristiwa yang mampu meninggalkan kesan yang mendalam kepada diri anda berdasarkan novel yang anda kaji. Novel yang saya kaji ialah Renyah karya Gunawan Mahmood. Banyak peristiwa yang mampu meninggalkan kesan yang mendalam kepada diri saya apabila membaca novel tersebut. Antara peristiwa tersebut ialah Datuk Dolhi tabah mengharungi cabaran yang berlaku dalam keluarganya sehingga nama baiknya tercemar gara-gara perbuatan anak-anaknya yang menconteng arang ke mukanya. Peristiwa seperti Hasnol ditangkap kerana melakukan rasuah, Mukhlis terlibat dalam ajaran songsang, Dani terlibat dengan penagihan dadah dan Ilham mengganggu perniagaannya banyak meresahkan datuk Dolhi, tetapi akhirnya Datuk Dolhi berjaya mengharungi permasalahn tersebut dan berharap anak-anaknya mampu menebus kesalahan yang lalu dan berharap masa depan anak-anaknya kembali cerah. Peristiwa ini menimbulkan kesan yang mendalam kepada diri saya kerana kasih sayang antara ibu bapa terhadap anak-anak tidak pernah putus walaupun anak-anak telah mencemarkan maruah keluarga. Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, kita hendaklah membantu menyelesaikan permasalahan anak-anak supaya kehidupan mereka terjamin. Peristiwa lain yang menimbulkan kesan yang mendalam dalam diri saya ialah Datuk Dolhi gigih memperluaskan perniagaannya sehingga ke luar negara dengan mengikut rombongan perniagaan untuk meneliti peluang-peluang yang boleh diteroka bagi melebarkan sayap perniagaannya walaupun usianya sudah meningkat dan menghadapi masalah kesihatan. Peristiwa ini menimbulkan kesan kepada diri saya kerana matlamat tanpa usaha yang gigih tidak akan membawa kejayaan.

Upload: farzana-ramzol

Post on 19-Dec-2015

280 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

k

TRANSCRIPT

Soalan : Huraikan pengajaran yang terdapat dalam sebuah novel yang anda kaji.Novel yang saya kaji ialah novel Sutera Dalam Lukisan karya Abd Talib Hassan. Pengajaran yang terdapat dalam novel tersebut ialah kita hendaklah tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan supaya jiwa menjadi tenang. Sebagai contoh, Bujei tabah menghadapi kekejaman Alias terhadapnya seperti memukul, menyepak dan menerajangnya tanpa belas kasihan. Walaupun diperlakukan macam-macam oleh Alias, dia tidak pernah serik. Pengajaran lain ialah kita hendaklah ikhlas membantu orang lain supaya sifat ego dapat dielakkan. Bukti peristiwa yang memaparkan pengajaran ini ialah Adila ikhlas menolong mengubah perwatakan Bujei. Pada Adila, Bujei hanyalah menjadi mangsa alam dan manusia. Sebenarnya Bujei memiliki kepandaian dan pengetahuan yang luas. Adila yakin mampu mengubah Bujei menjadi manusia yang sempurna semula. Pengajaran seterusnya ialah kita hendaklah rajin berusaha supaya tidak membebankan orang lain. Sebagai contoh, sebahagian kawasan tanah di hadapan rumah nenek Bujei sudah diterangkannya. Belukar dan semak samun sudah ditebas dan tanahnya sudah digemburkan kerana Bujei ingin menanam sayur-sayuran. Soalan : Huraikan peristiwa yang mampu meninggalkan kesan yang mendalam kepada diri anda berdasarkan novel yang anda kaji.Novel yang saya kaji ialah Renyah karya Gunawan Mahmood. Banyak peristiwa yang mampu meninggalkan kesan yang mendalam kepada diri saya apabila membaca novel tersebut. Antara peristiwa tersebut ialah Datuk Dolhi tabah mengharungi cabaran yang berlaku dalam keluarganya sehingga nama baiknya tercemar gara-gara perbuatan anak-anaknya yang menconteng arang ke mukanya. Peristiwa seperti Hasnol ditangkap kerana melakukan rasuah, Mukhlis terlibat dalam ajaran songsang, Dani terlibat dengan penagihan dadah dan Ilham mengganggu perniagaannya banyak meresahkan datuk Dolhi, tetapi akhirnya Datuk Dolhi berjaya mengharungi permasalahn tersebut dan berharap anak-anaknya mampu menebus kesalahan yang lalu dan berharap masa depan anak-anaknya kembali cerah. Peristiwa ini menimbulkan kesan yang mendalam kepada diri saya kerana kasih sayang antara ibu bapa terhadap anak-anak tidak pernah putus walaupun anak-anak telah mencemarkan maruah keluarga. Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, kita hendaklah membantu menyelesaikan permasalahan anak-anak supaya kehidupan mereka terjamin. Peristiwa lain yang menimbulkan kesan yang mendalam dalam diri saya ialah Datuk Dolhi gigih memperluaskan perniagaannya sehingga ke luar negara dengan mengikut rombongan perniagaan untuk meneliti peluang-peluang yang boleh diteroka bagi melebarkan sayap perniagaannya walaupun usianya sudah meningkat dan menghadapi masalah kesihatan. Peristiwa ini menimbulkan kesan kepada diri saya kerana matlamat tanpa usaha yang gigih tidak akan membawa kejayaan. Walaupun ada kekurangan dalam diri tetapi dengan usaha yang gigih kita mampu untuk mencapai kejayaan sama ada dalam atau luar negara. Peristiwa Datuk Dolhi mahu orang Melayu mengubah sikap supaya tidak mudah cepat berpuas hati dengan apa yang dimiliki dan mengambil sikap seperti orang Cina mendidik keluarga mereka dalam suasana perniagaan juga menimbulkan kesan kepada diri saya. Hal ini demikian kerana sikap orang Melayu yang cepat berpuas hati akan menyebabkan hasil yang diusahakan tidak akan bertahan lama dan tidak dapat bersaing dengan orang lain yang sentiasa melakukan perubahan. Jika kita ingin berjaya, kita hendaklah melakukan perubahan dari masa ke masa supaya barangan yang dihasilkan akan lebih berkualiti.

Soalan : Huraikan peristiwa yang mampu anda teladani berdasarkan novel yang anda pelajari.Novel yang saya pelajari ialah Renyah karya Gunawan Mahmood. Novel ini banyak memaparkan peristiwa yang dapat saya teladani dalam menjalani kehidupan seharian. Peristiwa tersebut ialah Datuk Dolhi lebih suka menggunakan kereta saga limosin baru buatan Malaysia ke majlis-majlis rasmi kerana dia lebih mengutamakan barangan buatan tempatan. Dalam hal berpakaian, dia lebih suka menggunakan batik Kelantan kerana buatannya bermutu tinggi. Peristiwa ini dapat saya teladani kerana kita perlu menggunakan barangan buatan tempatan dalam kehidupan seharian kerana barangan buatan tempatan telah memiliki kualiti yang tinggi dan terbukti mampu bersaing dengan barangan daripada negara luar. Peristiwa seterusnya ialah Datuk Dolhi meminta isterinya memikirkan semasak-masaknya sebelum membuka butik untuk mengelakkan kerugiaan pada masa akan datang. Padanya daripada rugi, lebih baik wang tersebut dibelanjakan untuk membela anak yatim. Peristiwa tersebut dapat saya teladani dalam menjalani kehidupan seharian kerana kita perlu berfikiran rasional dengan membuat pertimbangan yang wajar sebelum mengambil sesuatu keputusan agar keputusan yang diambil tidak akan membebankan kita kelak. peristiwa lain ialah Hasnol bersikap angkuh terhadap ibunya apabila dia memiliki wang yang banyak hasil daripada perbuatan rasuahnya semasa membayar hutang kepada ibunya. Peristiwa ini memberi teladan kepada saya kerana sebagai anak kita tidak boleh bersikap angkuh dan sombong kepada ibu kerana sikap sedemikian akan memakan diri kita kelak. Soalan : Jelaskan kritikan yang berlaku dalam masyarakat berdasarkan novel yang anda pelajari.Novel yang saya pelajari ialah novel Sutera Dalam Lukisan karya Abd Talib Hassan. Dalam novel tersebut, banyak kritikan yang ditujukan kepada masyarakat untuk kita jadikan pengajaran dalam kehidupan. Antara kritikan tersebut ialah sikap seorang suami yang tidak bertanggungjawab terhadap keluarga. Peristiwa yang menunjukkan kritikan tersebut ialah Harun tidak menjalankan tugasnya sebagai suami yang bertanggungjawab sebaliknya sering meminta wang daripada Fatimah untuk berjudi. Jika isterinya enggan menyerahkan wang tersebut, Harun akan memukul dan menerajang iaterinya tanpa belas kasihan. Sepatutnya sebagai suami, Harun perlu melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga dan bukannya melepaskan tanggungjawab tersebut. Kritikan seterusnya ialah sikap manusia yang tamak terhadap harta anak yatim. Peristiwa yang menunjukkan kritikan tersebut ialah Harun mempengaruhi Sidang Saman supaya memujuk Hafiz menandatangani dokumen untuk menjual tanah pusaka arwah ibunya dan dia sanggup merasuah Sidang Saman agar matlamatnya tercapai. Hal ini menunjukkan ketamakan Harun kerana ingin menjual tanah yang menjadi kepunyaan Bujei yang merupakan anak yatim. Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab kita perlu membantu anak yatim kerana mereka juga berhak untuk disayangi. Ktirikan seterusnya ialah sikap masyarakat yang suka membuli insan yang kurang normal. Kritikan ini dapat ditujukan kepada Alias yang sering memukul, menendang dan menerajang Bujei apabila Bujei enggan melakukan perkara yang dimintanya. Bujei dikehendaki terjun ke dalam sungai dan membenam-benamkan dirinya setiap kali melihat kelibatnya. Perbuatan tersebut tidak patut dilakukan terhadap manusia yang kurang normal seperti Bujei kerana bujei juga merupakan manusia yang perlu dilayan seperti manusia normal yang lain.TEMANovel Sutera Dalam Lukisan bertemakan kemasyarakatan iaitu pandangan masyarakat terhadap orang yang lemah daya pemikiran atau kurang berakal. Terdapat beberapa pandangan ahli masyarakat terhadap watak utama iaitu Bujei. Sebahagian ahli masyarakat yang menganggap Bujei bodoh. Oleh yang demikian, Bujei menjadi objek buli golongan masyarakat ini. Ia diwakili oleh Alias dan Harun. Alias menganggap Bujei bodoh dan telah mengambil kesempatan untuk membuli Bujei. Dia selalu memaksa Bujei membasahkan pakaian dan melumurkan badan dengan lumpur. Jika tidak, Alias akan memukul Bujei. Alias juga menyuruh Bujei mencuci motosikal tanpa memberikan upah yang dijanjikan. Demikian juga dengan Harun. Bujei takut untuk berjumpa dengan Harun kerana Harun biasa memukulnya. Namun Bujei sempat dipukul hingga pengsan.

Manakala sebahagian daripada ahli masyarakat yang lain hanya melihat kewujudan Bujei sebagai seorang yang kurang berakal. Mereka melayan Bujei sebagai seorang yang kurang berakal juga. Mereka diwakili oleh Mak Som, Sidang Saman serta isterinya Mak Lamah dan Sameah. Mereka melayan Bujei seadanya dengan memberikan makan dan minum. Mereka tidak cuba menyelami apa yang ada dalam hati dan fikiran Bujei. Mereka hanya menasihati dan mengajar seperti yang dilakukan oleh Sameah. Malah Sameah tidak mahu Bujei rapat dengannya terutama setelah dia bertunang. Demikian juga dengan Mak Som dan Sidang Saman. Mereka hanya memberikan nasihat kepada Bujei sekadar yang diperlukan. Malah mereka turut sangsi apabila Adila ingin memulihkan Bujei.

Satu golongan masyarakat lagi amat memahami dan menyelami perasaan Bujei. Golongan ini diwakili oleh Adila. Sesuai dengan wataknya sebagai seorang yang berpelajaran, dia dapat berfikir dan menilai Bujei. Dia sedar bahawa Bujei tidak sebagaimana anggapan orang-orang kampung. Bujei adalah manusia biasa yang normal dan berhak hidup sebagai seorang yang normal. Oleh sebab itulah dia cuba mendekati dan menyelidik latar belakang Bujei. Adila dengan ikhlas mahu menolong Bujei memulihkan imej dan keyakinan dirinya. Dia mengadakan siri pertemuan dan bimbingan di rumah Sidang Saman. Akhirnya Bujei mendapat keyakinan dan hidup sebagaimana ahli masyarakat yang lain. Dia sudah boleh berdikari.

PERSOALANAntara persoalan yang diselitkan oleh penulis adalah persoalan keganasan rumahtangga. Persoalan ini penting kerana ia telah memberi kesan kepada ahli keluarga itu sendiri iaitu anak-anak. Persoalan ini ditunjukkan oleh watak Harun manakala mangsa keganasan tersebut ialah Fatimah, ibu Bujei. Fatimah telah kematian suami akibat kemalangan jalan raya. Dia membawa Bujei pulang ke kampung dan berkahwin dengan Harun. Perkahwinan itu membawa malang kepadanya apabila Harun menunjukkan sikapnya yang sebenar. Harun telah mengikis habis duit Fatimah. Fatimah telah didera oleh Harun. Kemuncak daripada penderaan ini, berlaku satu tragedi. Fatimah meninggal dunia apabila rumah mereka terbakar akibat perbuatan Harun. Peristiwa itu meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri Bujei menyebabkan emosinya terganggu.

Selain daripada itu, novel ini juga menggarapkan persoalan gengsterisme atau budaya samseng dalam masyarakat. Persoalan ini ditunjukkan oleh watak Alias dan rakan-rakannya iaitu Sahak dan Sani. Alias yang diampu oleh rakan-rakannya bertindak samseng. Tindak-tanduknya menyebabkan penduduk kampung tidak menyenanginya. Dia selalu membuli Bujei dengan memaksa Bujei melumurkan badan dengan lumpur di sungai. Dia akan memukul Bujei jika Bujei enggan. Selain itu dia juga merosakkan kesucian gadis Kampung Batu bersama Sahak. Pemuda di kampung itu digambarkan takut kepada mereka. Alias juga telah memfitnah Adila. Dia telah menghantar surat layang kepada Adila mengatakan Adila dijangkiti AIDS. Perbuatan itu membuatkan Adila bersedih dan pulang ke Kuala Lumpur untuk sementara waktu.

Persoalan lain yang penting dalam novel Sutera Dalam Lukisan adalah persoalan penyelewengan harta anak yatim. Penyelewengan itu dilakukan oleh bapa tiri Bujei iaitu Harun. Setelah Fatimah meninggal, Harun telah menjualkan tanah pusaka ibu Bujei kepada Wak Senen dengan harga empat ribu ringgit. Walau bagaimanapun Wak Senen menyedari tindakannya salah. Dia telah mengusahakan tanah tesebut dan memberi ganjarannya kepada Bujei. Setelah menghilang beberapa lama, Harun datang kembali ke kampung itu. Dia telah memujuk Bujei agar menandatangani surat menyerahan kuasa tanah tersebut kepadanya. Dia ingin menjual tanah tesebut kepada pembeli lain dengan harga yang lebih tinggi. Dalam usaha untuk mendapatkan cap jari itu, Bujei dipukul oleh Harun hingga pengsan.

Pengarang juga mengungkapkan persoalan cinta dan kasih sayang pemuda dan seorang gadis. Kedatangan Adila ke kampung itu telah menarik hati dua orang pemuda iaitu Alias dan Bujei. Selain daripada tertarik kepada Adila, Alias cuba untuk mendapatkan Adila kerana dia ingin menang dalam persaingannya dengan Bujei. Dia cemburu apabila mendapat tahu Bujei semakin rapat dengan Adila dan Adila juga melayani Bujei dengan baik. Manakala Bujei tertarik kepada Adila kerana keikhlasan Adila dalam membimbing dan memberikan kesedaran kepadanya. Bujei telah membayangkan kehidupannya bersama Adila sedangkan pada masa itu Adila tidak mempunyai apa-apa perasaan kepada Bujei. Adila hanya mempunyai perasaan kasih sayang kepada Bujei setelah dia mengambil keputusan tekad memutuskan hubungan dengan Faizal. Adila berhasrat untuk menjadikan Bujei sebagai suaminya.

Watak Adila pula menggambarkan persoalan kekecewaan dalam percintaan. Walaupun dia telah bertunang dengan Faizal, namun dia sudah kecewa dan sudah tidak dapat lagi menerima Faizal dalam hidupnya. Kekecewaan itulah yang menyebabkan Adila lari dari kota dan datang ke rumah Sameah dan bapa saudaranya Sidang Saman. Adilah mahu melarikan diri daripada Faizal. Dalam menghadapi keadaan itu, Adila tidak dapat pastikan sehingga bila dia akan tinggal di rumah Sidang Saman. Dia juga sanggup menorah getah semasa berada di rumah Sidang Saman.Faizal pernah datang ke rumah Sidang Saman untuk mencari dan memujuk Adila. Namun Adila telah menolak Faizal dalam hidupnya dia nekad untuk memutuskan hubungan mereka. Setelah berbuat demikian, hati Adila telah kosong menyebabkan sedikit demi sedikit telah tertarik dengan Bujei.

Jika diperhatikan kepada cara hidup Bujei, ia dapat menggambarkan persoalan cara hidup golongan yang lemah daya pemikirannya. Malah pada awal cerita, Bujei digambarkan sebagai seorang yang tidak normal. Dia menontong televisyen yang tidak ada gambarkan dan suara. Gambar dan suara itu hanyalah di dalam imaginasinya sahaja. Keadaan rumahnya juga tidak terjaga. Bujei digambarkan sebagai seorang yang lemah daya pemikirannya apabila dia membiarkan sahaja dirinya dibuli oleh Alias. Dia akan menurut arahan Alias supaya melumurkan lumpur pada muka dan badannya. Selain daripada itu, makan dan minumnya juga tidak menentu. Dia akan makan sekiranya ada orang yang memberikannya makan termasuklah Sidang Saman sekeluarga dan Mak Som. Jika tidak, dia akan memancing ikan di sungai dan memanggang ikan tersebut untuk dimakan.

Melalui watak Bujei juga pengarang telah mengungkapkan persoalan maruah diri yang perlu dipertahankan. Maruah diri Bujei telah dicalar oleh dua watak iaitu Harun yang merupakan bapa tirinya sendiri dan juga Alias. Bujei selalu didera oleh Harun. Lebih teruk lagi Harun ingin membolot tanah pusaka peninggalan ibu Bujei. Walaupun tanpa menunjukkan kesedaran yang nyata, Bujei telah mempertahankan maruah diri dan hartanya daripada dirampas oleh Harun. Bujei telah mengotorkan cap jarinya pada surat penurunan kuasa yang disediakan oleh Harun menyebabkan dia telah dipukul hingga pengsan. Semasa berhadapan dengan Alias, Bujei telah mendapat kesedaran daripada didikan Adila. Dia telah bangkit mempertahankan diri daripada terus dibuli oleh Alias semasa Alias datang ke rumahnya. Setelah Alias menghempaskan radianya, Bujei menumbuk dan menyerang alias dengan parang.

Melalui watak Alias pula, pembaca mendapat gambarkan tentang persoalan fitnah dan kesannya dalam masyarakat. Persoalan ini dapat dilihat pada tindakan Alias dalam hubungannya dengan Adila. Dia berminat kepada Adila sejak mula Adila datang ke kampung itu. Namun apabila Adila mula rapat dengan Bujei, Alias berasa cemburu. Sejak dari itu dia cuba bersaing dengan Bujei dalam memenangi hati Adila. Alias telah memfitnah Bujei dengan memberitahu Adila bahawa Bujei mempunyai penyakit kulit yang berjangkit. Malah Bujei dikatakan sebagai maniac yang menyebabkan Adila berasa takut kepada Bujei. Namun setelah usaha itu tidak berjaya dan Adila semakin rapat dengan Bujei, Alias telah menabur fitnah terhadap Adila pula. Dia menulis surat laying dan menyebarkan kepada orang kampung bahawa Adila sudah tidak suci lagi, malah seorang penghidap AIDS. Fitnah itu telah menggugat hati Bujei. Adila pula menangis dan pulang ke Kuala Lumpur.

Watak Sidang Saman dalam novel ini pula menggambarkan persoalan tanggungjawab pemimpin dalam menyelesaikan sesuatu konflik yang berlaku dengan adil dan saksama. Sebagai pemimpim masyarakat Sidang Saman bertanggungjawab untuk menyelesaikan konflik antara Alias dengan Bujei. Pada peringkat awal Sidang Saman tidak mengambil berat konflik tersebut kerana dia juga menganggap Bujei sebagai seorang yang tidak normal. Dia seakan tidak mempedulikan tindakan Alias membuli Bujei. Malah semasa konflik Alias dengan Bujei sampai ke kemuncak apabila Alias datang ke rumah Bujei untuk membuli, Sidang Saman masih mempercayai kata-kata Alias bahawa Bujei telah menyerangnya. Namun setelah mengetahui perkara yang sebenarnya, barulah Sidang Saman bertindak rasional an adil dengan meminta Alias membayar ganti rugi terhadap radio Bujei yang telah dihempaskan oleh Alias.WATAK DAN PERWATAKANA) BUJEIBujei atau nama sebenarnya Muhamad Hafiz merupakan watak utama dalam novel Sutera Dalam Lukisan. Dia merupakan anak tunggal kepada Fatimah dan suami pertama iaitu seorang anggota tentera. Bapanya telah terkorban dalam kemalangan jalan raya di Karak. Ibunya Fatimah pula telah terkorban dalam tragedi kebakaran rumah mereka ketika ibunya bersuamikan Harun. Selepas itu Bujei tinggal dengan neneknya. Setelah neneknya pula meninggal dunia, Bujei hilang tempat bergantung dan tinggal seorang diri di rumah peninggalan neneknya. Dia sentiasa didera oleh Harun dan dibuli oleh Alias.Dari segi perwatakan, sejak kecil lagi Bujei digambarkan sebagai seorang yang penyayang. Dia amat sayang akan ibunya apatah lagi dia sebagai anak tunggal dalam keluarga. Akibat daripada perasaan sayang yang mendalam kepada ibunya, perasaannya tertekan setelah ibunya meninggal dunia. Tambahan lagi ibunya meninggal dalam tragedi kebakaran rumah mereka yang disaksikan sendiri oleh Bujei. Dia sendiri cuba untuk menyelamatkan ibunya tetapi dihalang oleh orang ramai. Hal itu telah membuatkan perasaan Bujei semakin tertekan sehingga dia dilihat sebagai seorang yang kurang siuman.Akibat daripada lemah daya pemikiran, tingkah lakunya juga seperti kebudak-budakan dan suka berkawan dengan kanak-kanak. Dia suka berkawan dengan Samsul, Husin, Kasim, Sani dan Sulaiman. Namun dia paling rapat dengan Samsul kerana Samsul bertindak sebagai penghubung antaranya dengan Adila. Bujei menunggu kawan-kawannya pada waktu pagi dan membawa beg mereka ke sekolah walaupun untuk mendapatkan sedikit habuan makanan daripada mereka. Malah mereka juga melayan Bujei seperti kanak-kanak. Samsul sedar keadaan diri Bujei setelah mendapat nasihat daripada Adila.

Bujei tinggal seorang diri setelah kematian ibu dan neneknya. Dalam menjelani kehidupan seharian, Bujei telah berdikari untuk mendapatkan makanan pengalas perut. Dia tidak meminta-minta makanan daripada orang lain. Kalau ada orang yang memberikannya makanan, dia akan ambil. Namun jika tidak, dia akan ke sungai dan memancing ikan. Ikan tersebut disalai di tebing sungai itu juga dan dimakannya. Dia juga makan buah-buahan yang sedia ada seperti pisang dan betik untuk mengalas perutnya. Dia juga melakukan sesuatu untuk mendapatkan upah seperti mengambil upah melakukan sebarang kerja di kebun getah kepada sesiapa yang memerlukan khidmatnya.

Apabila berhadapan dengan Adila, Bujei digambarkan sebagai seorang yang pemalu. Perasaan itu timbul kerana dia sendiri sedar akan keadaan dirinya berbanding dengan Adila. Atas kesedaran itulah dia amat malu untuk bertemu dengan Adila. Dia merasa amat berat untuk menerima pelawaan Adila untuk berjumpa. Dia merasa amat berat untuk mengikut Samsul ke rumah Sidang Saman, tempat Adila menunggu Bujei. Namun atas desakan Samsul, Bujei gagahkan diri untuk menemui Adila. Dalam pertemuan pertama Bujei malu untuk berbual dengan Adila. Atas kesedaran tentang dirinya juga Bujei malu untuk meluahkan perasaannya kepada Adila.

Sebagai seorang yang lurus dan jujur, Bujei juga amat mudah mempercayai kata-kata orang lain. Bujei mempercayai janji Alias untuk memberikan upah setelah dia mencuci motosikal Alias walaupun Alias sentiasa membulinya. Dia juga percaya akan kata-kata Alias tentang Adila. Bujei mempercayai Alias setelah dia diberitahu oleh Alias bahawa Adila menghidap penyakit AIDS. Kata-kata itu membuatkan hatinya bimbang untuk mendekati Adila. Kesan daripada itu Bujei tidak datang ke rumah Sidang Saman untuk menemui Adila selama beberapa minggu. Samsul cuba menjelaskan kepada Bujei bahawa Adila tidak sakit. Namun Bujei tetap ragu-ragu.

Atas sifatnya yang jujur, Bujei amat berpegang pada janji terutamanya apabila ada sesiapa yang berjanji dengannya. Sifat ini digambarkan selepas dia mencuci motosikal Alias. Apabila selesai, Alias telah menghalau Bujei dari rumahnya. Namun Bujei tidak mahu beredar selagi Alias tidak memberikan upah mencuci motosikal sebanyak satu ringgit. Malah dia berani bersuara meminta wang seringgit yang dijanjikan. Dia tetap tidak mahu beredar walaupun Alias mahu menamparnya. Bujei diselamatkan oleh Mak Som. Mak Som telah memberikan Bujei makan dan kemudian memberikan wang seringgit kepada Bujei.Bujei juga digambarkan sebagai seorang yang berani mempertahankan maruah dan haknya. Semasa dipaksa oleh Harun supaya menurunkan cap jari pada surat penurunan kuasa terhadap tanah pusaka peninggalan ibunya, Bujei dengan sengaja mengotorkan cap jari tersebut menyebabkan dokumen itu tidak dapat digunakan lagi. Akibatnya dia dipukul oleh Harun hingga pengsan. Dia juga telah bengkit dan menentang Alias semasa Alias datang ke rumahnya untuk membuli dan merosakkan radionya. Dia telah menumbuk dan menyerang Alias dengan parang untuk meminta ganti rugi atas kerosakan radio tersebut.Pada bahagian akhir novel ini, Bujei didapati telah mengubah sikap dan pemikirannya menjadikan dia seorang yang berusaha untuk mengubah keadaan dirinya. Dia telah mendapat kesedaran tentang potensi dirinya atas bimbingan daripada Adila. Sejak itu juga dia bergantung kepada Adila dan mengharapkan akan hidup bersama Adila pada suatu hari nanti. Namun setelah dia mengetahui Adila ada hubungan dengan Faizal dan Alias yang cuba meminang Adila, dia berasa hampa. Namun dia berfikir bahawa dia harus mengubah dirinya tanpa bergantung kepada Adila. Dia telah berusaha menerima kenyataan tentang keadaan itu.B) ADILAAdila berasam dari Kuala Lumpur. Dia adalah anak kepada Pak Lang Dahlan. Anak saudara kepada Sidang Saman. Sepupu kepada Sameah, Samsul dan Saniah. Dia berkelulusan salah sebuah universiti di England setelah lima tahun belajar di sana. Adila juga telah bertunang dengan Faizal. Dia kecewa dengan tindakan Faisal yang telah berkahwin semasa dia sedang berada di England. Akibat kekecewaan itu dia telah meninggalkan Kuala Lumpur da datang ke rumah Sidang Saman. Dia telah mengenali Bujei secara tidak langsung semasa dia sedang berjalan dengan Sameah.Dari segi perwatakan, Adila digambarkan sebagai seorang yang prihatin terhadap orang yang lemah dan tidak bernasib baik. Setelah berada di kampung itu, Adila telah mengenali Bujei. Sebelum bertemu secara langsung dengan Bujei, sudah timbul perasaan kasihan dalam diri Adila terhadap Bujei. Dia telah menyiasat latar belakang Bujei melalui Sameah. Daripada cerita-cerita tentang Bujei yang diceritakan oleh Sameah, Adila merasakan bahawa Bujei perlu diberi perhatian yang sewajarnya agar Bujei dapat pulih dan hidup seperti manusia yang normal. Pandangan itu telah mendorong Adila untu membantu Bujei.Dalam usahanya untuk membantu Bujei, Adila sangat jujur dan ikhlas dalam memberikan bantuan tersebut. Dia telah menyuarakan hasrat itu kepada Sameah. Walaupun Sameah ragu-ragu dengan tindakannya namun Adila tetap meneruskan hasratnya membantu Bujei tanpa mengharapkan apa-apa balasan sama ada daripada Bujei sendiri atau orang lain. Apa yang penting bagi Adila ialah agar Bujei dalam menjalani kehidupan yang normal sebagaimana orang lain. Adila meluangkan masanya sepanjang dia berada di rumah Sidang Saman untuk bertemu dan membimbing Bujei.Adila juga digambarkan sebagai seorang yang tegas pendirian. Setelah membuat keputusan, dia tidak berganjak dengan keputusannya. Adila telah membuat keputusan untuk membantu Bujei. Dia tetap dengan keputusan itu walaupun hasrat itu diragui oleh Sameah, Mak Lamah dan orang kampung. Dia juga tidak menerima permintaan Faizal agar mereka berbincang supaya hubungan mereka dapat dipulihkan. Namun Adila bertegas untuk memutuskan hubungan tersebut. Dia juga tegas dengan keputusannya untuk mengambil Bujei sebagai suaminya walaupun diragui oleh Sidang Saman dan Mak Lamah.

Selain daripada itu Adila juga bertanggungjawab dalam menyelesaikan tugasnya membimbing Bujei. Dia nekad untuk membimbing Bujei hingga Bujei pulih. Semasa dia berusaha membimbing Bujei, dia telah difitnah oleh Alias. Alias menghantar surat layang kepadanya mengatakan bahawa dia menghidap AIDS. Adila amat sedih dan telah pulang ke Kuala Lumpur. Namun tidak lama kemudian Adila datang semua ke rumah Sidang Saman semata-mata dengan rasa tanggungjawab untuk menyelesaikan usahanya memulihkan Bujei. Dia tidak sanggup membiarkan Bujei yang masih memerlukan bimbingannya.C) ALIASAlias adalah anak kepada Mak Som dan cucu kepada Opah Arah. Cucu saudara kepada Tuk Imam Ngah. Alias sangat dimanjakan oleh neneknya Opah Arah. Kawan kepada Sani dan Sahak. Dia tertarik dan memikat Adila dengan bermaca cara tetapi gagal. Dia akhirnya menjadi tidak siuman.Dari segi perwatakan, semua sifat Alias digambarkan bersesuaian dengan peranannya sebagai watak antagonis dalam novel. Alias merupakan seorang yang liar dan samseng. Dia dan kawan-kawan sering terlibat dengan aktiviti lumba motosikal haram sehingga akhirnya Sahak terlibat dengan kemalangan. Dia berlagak samseng di kampung itu dan juga di kampung seberang. Ketika dia pergi ke kampung seberang untuk memikat perempuan, pemuda di kampung tersebut dikatakan tidak berani untuk bersuara dan bertindak apa-apa.Selain daripada itu Alias juga digambarkan sebagai seorang yang suka berbangga pada diri sendiri teruatanya apabila dipuji oleh kawan-kawannya. Dia berbangga dengan dirinya yang dirasakan hebat berbanding dengan kawan-kawannya yang lain. Dengan perasaan itulah dia berani untuk berdampingan dengan Adila. Malah dia telah memperlekehkan Adila dengan mengatakan Adila tidak lulus dalam pengajian di universiti dan membawa diri ke kampung.Sesuai dengan perwatakannya sebagai seorang yang liar dan samseng, Alias juga seorang yang suka membuli. Mangsa buli yang utama ialah Bujei. Dia menmgambil kesempatan atas kelemahan daya pemikiran Bujei untuk melakukan aktiviti yang tidak bermoral itu. Dia selalu memerintahkan Bujei melumurkan selut pada muka dan badan. Jika enggan, Alias akan memukul Bujei. Dia juga menyuruh Bujei mencuci motosikal tanpa mahu diberi upah yang dijanjikan. Dia juga selalu mengugut supaya Bujei ditangkap polis menyebabkan Bujei sentiasa takut.Dalam usaha untuk mendapatkan Adila, Alias digambarkan lebih suka menabur fitnah. Semasa mula bertemu dengan Adila, Alias telah memfitnah Bujei dengan memberutahu Adila bahawa Bujei menghidap penyakit kulit yang berjangkit. Malah Bujei dikatakan sebagai maniac. Apabila Adila tidak melayannya dan semakin rapat dengan Bujei, Alias telah emfitnah Adila dengan membertahu Bujei bahawa Adila menghidat AIDS. Fitnah itu telah menyebabkan Bujei tidak berani untuk bertemu dengan Adila.Sifat negatif lain yang ada pada diri Alias ialah mementingkan diri sendiri. Dia tidak mempedulikan Sahak yang terlantar di hospital dan memerlukan darah kerana cedera parah akibat terlibat dengan kemalangan ketika berlumba motosikal dengan Alias. Adila dengan rasa sedar telah menderma darah kepada Sahak. Alias juga menggunakan Bujei untuk mencuci motosikalnya yang kotor sedangkan dia asyik berbual dengan kawan-kawan. Setelah selesai, Alias menafikan hak Bujei untuk mendapat upah yang dijanjikannya.

PLOTPerkembangan plot dalam sesebuah novel berpunca daripada konflik yang berlaku antara watak-watak dalam cerita. Semakin rumit sesuatu konflik menyebabkan plot semakin berkembang. Konflik yang berlaku dalam novel Sutera Dalam Lukisan juga telah menyebabkan plot cerita ini berkembang dengan baik mengikut peringkatnya yang jelas.Pada peringkat permulaan plot novel ini, pengarang telah memperkenalkan watak utama iaitu Bujei. Pengarang menggambarkan Bujei dengan keadaan fizikal dan mentalnya di tebing sungai. Dia banyak menghabiskan masa di sungai tersebut sambil mengenangkan tragedi yang menimpa ibunya. Selain daripada itu, pengarang juga menceritakan kehidupan harian Bujei yang sentiasa dibuli oleh Alias. Pengarang menggambarkan juga tentang perkara yang dilakukan oleh Bujei di rumahnya pada waktu malam. Berdasarkan gambaran pengarang pada bahagian permulaan ini, pembaca sudah dapat merasakan bahawa Bujei menghadapi konflik dalam dirinya dengan watak lain iaitu Alias.Plot bergerak ke peringkat perkembangan apabila watak Adila muncul dalam cerita tersebut. Adila telah menjadi kegilaan pemuda kampung termasuk Alias. Layanan baik Adila terhadap Bujei menyebabkan Alias rasa cemburu. Dia cuba bersaing dengan Bujei untuk memenangi hati Adila. Dalam persaingan itulah Alias semakin menekan Bujei. Manakala Bujei telah berkonflik dengan Alias dan dengan dirinya sendiri. Walaupun dia tertarik dan ada hati kepada Adila, tetapi dia sedar akan keadaan dirinya. Dalam masa yang sama, dia amat berharap agar dia dapat bersama Adila. Dia juga rasa kecewa setelah mendapat tahu Alias menghantar rombongan merisik dan akan meminang Adila. Bujei juga berkonflik dengan bapa tirinya Harun. Harun yang gagal mendapatkan hak ke atas tanah pusaka peninggalan ibu Bujei menyebabkan Bujei telah dibelasah hingga pengsan. Bujei terlantar di rumahnya selama sehari semalam.Peringkat kemuncak atau klimaks plot pada novel ini bermula apabila Bujei telah belajar dan yakin pada diri sendiri hasil daripada usaha dan dorongan daripada Adila. Bujei telah merubah diri dan cara berfikir. Dia dibimbing agar berani mempertahankan maruah dirinya. Berbekalkan perasaan dendam kepada Alias selama ini, Bujei telah bangkit menentang Alias yang datang ke rumahnya untuk membuli. Bujei telah manumbuk Alias setelah Aliasn menjatuhkan radio yang baru dibelinya di bandar. Dia telah mencapai parang yang terdapat di dapur rumahnya dan melibas ke arah Alias sehingga Alias terjatuh. Bujei meminta ganti rugi atas kerosakan radionya. Setelah Alias pergi, Bujei terkejut dengan kedatangan orang kampung termasuk Sidang Saman yang menuduhnya menumbuk dan ingin mencederakan Alias dengan parang. Namun setelah menjelaskan kedudukan sebenar kepada Sidang Saman, Alias dipaksa membayar ganti rugi tersebut. Selepas itu Alias telah menabur fitnah dan menghantar surat layang kepada Adila mengatakan Adila seorang gadis yang rosak akhlak dan menghidap AIDS. Fitnah itu membuatkan Adila terlalu sedih dan pulang ke Kuala Lumpur untuk sementara waktu.Selepas Bujei melawan, Alias tidak berani untuk membuli Bujei lagi. Di sinilah bermulanya peringkat anti klimaks untuk plot novel ini. Alias datang dan bercakap dengan Bujei dengan nada yang baik walaupun dia mempunyai niat yang tersirat. Manakala perasaan sangsi Bujei terhadap Adila yang disangkanya berpenyakit semakin terhapus. Hubungan Bujei dengan Adila kembali rapat. Alias pula telah menggunakan ilmu pengasih untuk mendapatkan Adila. Namun ilmu itu memakan dirinya menyebabkan dia menjadi tidak siuman. Akhirnya Adila menyatakan hasratnya kepada Mak Lamah dan Sidang Saman bahawa dia ingin menjadikan Bujei sebagai suaminya.

LATARA) LATAR TEMPATSecara umumnya sebagaian besar peristiwa dalam novel ini berlaku di sebuah perkampungan di negeri Perak. Jaraknya dua ratus kilometer dari Kuala Lumpur dan lima puluh kilometer dari Bandar Ipoh. Di kampung itu terdapat sebuah sekolah rendah dan banyak kebun getah. Peristiwa penting telah berlaku di beberapa tempat di kampung tersebut.Gambaran latar tempat yang awal dalam novel ini ialah di sungai. Terdapat sebuah jambatan merentangi sungai tersebut. Manakala air sungai itu agak cetek. Di situ Bujei selalu berada untuk melayan perasaannya atau untuk menangkap ikan untuk dipanggang sebagai makanannya. Melalui pemerian pengarang, di sungai itulah Bujei selalu dibuli oleh Alias. Alias akan mengarahkan Bujei melumurkan muka dan badannya dengan lumpur sungai. Kemudian Alias akan ketawa. Jika Bujei enggan melakukannya, Alias akan memukul Bujei. Selain daripada itu, satu lagi peristiwa yang meninggalkan kesan mendalam pada watak Bujei di sungai tersebut ialah peristiwa dia dibelasah oleh Harun. Harun Berjaya menangkap Bujei di tebing sungai itu ketika Bujei terlena. Harun nenujuk Bujei agar menurunkan cap jari pada surat penurunan kuasa ke atas tanah peninggalan ibunya kepada Harun. Bujei sengaja merosakkan cap jari tersebut menyebabkan Harun marah. Harun mengejra dan membelasah Bujei sehingga pengsan.Melalui imbas kembali tentang sejarah hidup Bujei, pembaca akan mendapati satu peristiwa penting yang berlaku dalam hidup Bujei di rumah ibunya Fatimah. Rumah itu juga terletak di kampung berkenaan. Bapa tiri Bujei iaitu Harun telah memaksa ibunya menyerahkan wang dan barang kemas yang ada. Ibu Bujei enggap menyebabkan Harun menerajang ibu Bujei hingga pengsan. Perbuatan ibu membuatkan Bujei marah dan menerkam Harun. Namun Bujei dilibas oleh Harun. Harun menyepak pelita minyak tanah menyebabkan rumah mereka terbakar. Harun tidak cuba menyelamatkan ibu Bujei yang terlantar pengsan. Bujei diselamatkan oleh penduduk kampung. Dia cuba menyelamatkan ibunya tetapi dihalang oleh penduduk kampung. Bujei amat sedih apabila Harun telah memfitnah ibunya dengan memberitahu orang kampung bahawa ibunya bermain pelita minyak tanah. Peristiwa itulah yang selalu bermain dalam ingatan Bujei hingga meninggalkan kesan kepada fikiran dan perasaannya.Latar tempat seterusnya ialah rumah Bujei yang merupakan rumah peninggalan neneknya. Di situ Bujei tinggal seorang diri setelah neneknya meninggal. Rumah Bujei digambarkan tidak terurus. Di dalam rumah itu tidak berkemas dan terdapat kelambu usang yang menjadi tempat Bujei tidur. Manakala di keliling rumah itu terdapat semak-samun. Peristiwa penting yang berlaku di rumah itu ialah Bujei sakit dan terlantar selama tiga hari akibat dibelasah oleh Harun. Bujei pulang pada wakti tengah malan setelah tersedar daripada pengsan di sungai. Setelah pulang dan terlantar, Bujei tidak berdaya lagi untuk bangun seginggalam Sidang Saman datang mencari dan membawa Bujei pulang ke rumahnya. Peristiwa yang lebih penting daripada itu ialah peristiwa Bujei melawan Alias dan menyerang Alias dengan parang. Peristiwa itu berpunca daripada Alias yang datang untuk membuli Bujei. Alias telah mengambil radio Bujei dan menghempaskannya ke lantai. Bujei amat marah lalu menumbuh dada Alias. Kemudian dia mencapai parang lalu menyerang Alias sambil meminta ganti rugi terhadap radionya yang rosak. Dengan bantuan daripada Sidang Saman yang datang kemudian daripada itu, Bujei mendapat bayaran ganti rugi tersebut.Peristiwa penting juga banyak berlaku di rumah Sidang Saman. Peristiwa yang berlaku di rumah inilah yang menjadi pusat konflik dalam novel. Di rumah Sidang Saman ini BUjei telah berkenalan dengan Adila setelah Adila tertarik dengan sejarah hidup dan penderitaan Bujei. Bermula daripada pertemuan pertama di bawah pokok belimbing, mereka sering berjumpa dalam sesi bimbingan oleh Adila. Di rumah itu juga Alias berkenalan dengan Adila setelah cemburu dengan layanan Adila kepada Bujei. Namun tidak dilayan oleh Adila dengan baik. Di rumah dikunjungi oleh tuning Adila iatu Faizal. Faizal datang untuk mertemu dan berbincang dengan Adila tentang masa depan mereka. Kemuncak kepada konflik Adila, sepucuk surat laying daripada Alias telah diterima oleh Adila di rumah Sidang Saman. Fitnah dalam surat layang itu m enyebabkan Adila terlalu sedih dan pulang ke Kuala Lumpur. Seterusnya, di rumah itulah juga Adila telah menyetakan hasratnya kepada Sidang Saman dan Mak Lamah bahawa dia telah memilih Bujei sebagai bakal suaminya.

B) LATAR MASALatar masa dalam novel ini dinyatakan secara jelas oleh pengarang. Antaranya ialah pada waktu Subuh. Gambaran waktu ini terdapat pada awal cerita ketika pengarang memperkenalkan watak Bujei. Pada waktu itu Bujei akan terjaga dari tidurnya. Dia segera mandi dan mengenakan pakaian. Dia akan sembahyang berjemaah atau terus ke simpanmg berhampiran jambatan. Di situ dia menunggu kalau-kalau ada sesiapa di antara penoreh getah yang mempelawanya melakukan apa sahaja kerja di kebun getah. Dia akan mendapat upah daripada kerja yang dilakukan. Namun pada hari itu dia tertidur di pangkal pokok di situ.Menjelang waktu pagi, dia telah dikejutkan oleh Hisham, Kasim dan Husin. Bujei membawa beg sekolah mereka ke sekolah dengan sedikit upah daripada bekal yang mereka bawa ke sekolah. Selepas itu pula Bujei berlegar-legar di depan kedai Pak Sulong. Dia menanti-nanti kalau-kalau ada orang yang akan mempelawanya makan kerana dia kelaparan. Namu dia hampa dan menangis. Dia melayan perasaan sambil duduk dan bersandar pada tiang hingga tertidur. Peristiwa penting yang berlaku pada waktu pagi ialah peristiwa Alias datang ke rumah Bujei untuk membuli. Alias telah menjatuhkan radio Bujei menyebabkan radio itu rosak. Bujei amat marah lalu menumbuk dada dan menyerang Alias dengan sebilah parang sambil menuntut ganti rugi. Dengan bantuan Sidang Saman yang datang selepas itu, Bujei mendapat ganti rugi yang dituntut dariapda Alias.Peristiwa pertemuan dan perkenalan antara Bujei dengan Adila secara rasmi telah berlaku pada waktu tengahari. Adila meminta Hisham mencari Bujei dan menyampaikan pesannya supaya datang ke rumah Sidang Saman. Bujei dengan perasaan malu telah datang menemui Adila.Beberapa peristiwa lain telah berlaku pada waktu petang. Antaranya ialah peristiwa penting ialah peristiwa Bujei dihalau oleh Alias dari rumah Sidang Saman. Alias datang untuk berkenalan dengan Adila. Alias juga telah memfitnah Bujei dengan memberitahu Adila bahawa Bujei mempunyai penyakit kulit yang berjangkit dan Bujei seorang maniac. Pada petang itu juga Bujei ditangkap oleh Harun di tepi sungai semasa Bujei terlelap. Harun meminta Bujei menurunkan cap jari ke atas surat penurunan kuasa terhadap tanak peninggalan ibunya kepada Harun. Bujei merosakkan cap jari tersebut menyebabkan Harun terlalu marah. Harun telah mengejar Bujei dan membelasah Bujei hingga pengsan di tebing sungai. Pada waktu petang juga Faizal ke rumah Sidang Saman untuk menemui Adila. Faizal mahu berbincang tantang masalah mereka. Namun Adila enggan dan Faizal pulang dengan hampa.Pengarang novel juga menggambarkan kehidupan seharian Bujei termasuklah pada waktu malam. Bujei makan pisang setelah membersihkan diri selepas pulang dari sungai. Kemudian dia menonton televisyen tanpa gambar dan suara. Semuanya hanyalah dalam imaginasinya sahaja. Pada waktu malam yang lain, Bujei pulang dalam keadaan lemah setelah terjaga daripada pengsang di tebing sungai akibat dibelasah oleh Harun. Akibat daripada kesakitan, Bujei terus terlantar di tempat tidurnya hingga pagi. Pada waktu malam berikutnya Sidang Saman telah mencari dan membawa Bujei ke rumahnya setelah Bujei tidak datang ke rumahnya seperti biasa. Keadaan Bujei yang lemah memeranjatkan keluarga Sidang Saman. Bujei mandi di rumah Sidang Saman dan menukar pakaian. Pada malam itu juga Bujei tidur di bangsal berhampiran rumah Sidang Saman. Pada waktu malam juga Wak Senen datang ke rumah Bujei dan menjelaskan kepada Bujei tentang tanah peninggalan ibu Bujei yang dijual oleh Harun kepadanya. Wak Senen sanggup menyerahkan tanah itu kembali kepada Bujei.C) LATAR MASYARAKAT Masyarakat yang digambarkan dalam novel ini ialah masyarakat Melayu yang hidup di luar bandar. Dari segi usia, masyarakat dalam novel ini terbahagi kepada tiga golongan utama. Golongan yang pertama ialah golongan belia yang terdiri daripada Bujei sendiri, Alias, Adila, Faizal, Sameah, Sahak, dan Sani. Mereka melakukan kegiatan sendiri mengikut tahap pemikiran masing-masing. Sebahagian besar daripada mereka mempunyai perasaan cinta dan kasih sayang.Sidang Saman, Mak Lamah, Opah Arah, Mak Som dan Pak Lang Dahlan mewakili golongan tua di dalam novel ini. Mereka memainkan peranan untuk membimbing golongan muda dalam menyelesaikan masalah yang timbul dengan cara mereka sendiri. Sidang Saman dan Mak Lamah menasihati Bujei dan juga Adila dalam menyelesaikan konflik yang timbul daripada mereka berdua. Opah Arah pula mempertahankan Alias, cucu kesayangannga walaupun apa yang dilakukan oleh Alias salah.Terdapat juga gambaran golongan kanak-kanak yang terdiri daripada Samsul, Husin dan Kasim. Mereka merupakan kawan kepada Bujei. Sesuai dengan usia, mereka semua masih bersekolah di sekolah rendah di kampung tersebut. Mereka membawa bekal nasi dan mee ke sekolah di samping minuman. Sebahagian daripada mereka merupakan masyarakat petani dan pekebun getah. Mereka termasuklah Sidang Saman sendiri. Mereka pergi ke kebun getah pada waktu Subuh. Ada di antara mereka mengupah Bujei untuk melakukan apa-apa kerja di kebun getah dengan upah yang tidak ditetapkan oleh Bujei.Watak utama iaitu Bujei menggambarkan masyarakat yang kurang daya pemikiran. Keadaan Bujei membuatkan masyarakat sekeliling menganggapnya sebagai tidak siuman menyebabkan masyarakat tidak begitu mengambil berat tentangnya. Mereka hanya bertanya khabar dan memberi Bujei makan termasuklah Sidang Saman sekeluarga dan Mak Som. Bujei membiarkan Alias membulinya. Dia juga menonton televisyen tanpa gambar dan suara membuatkan pembaca menggambarkan bahawa Bujei seorang yang tidak normal.Pengarang juga menggambarkan masyarakat belia yang suka berfoya-foya dan samseng. Ia diwakili oleh watak Alias dengan dibantu oleh kawannya iaitu Sahak dan Sani. Alias suka membuli terutamanya Bujei. Dia akan mengarahkan Bujei melumurkan lumpur pada muka dan badan. Jika enggan, Bujei akan dipukul. Alias juga berlagak samseng di kampung hulu. Dia telah memikat perempuan dan pemuda di kampung itu tidak berani berdepan dengannya. Dia juga terlibat dengan aktiviti lumba haram.Watak Adila pula menggambarkan masyarakat bandar yang terpelajar. Adila merupakan seorang graduan lulusan luar negara. Setelah menamatkan pengajian, dia pulang dan mendapati tunangnya Faizal telah berkahwin. Dia kecewa dan membawa diri ke kampung. Dengan ilmu yang ada padanya, dia yakin dapat memulihkan Bujei. Dengan kelulusan yang ada padanya juga dia telah menerima tawaran untuk bekerja sebagai pensyarah pada akhir cerita novel ini.Terdapat juga beberapa orang watak yang menggambarkan masyarakat yang prihatin dan membantu Bujei menjalani kehidupan seharian. Mereka termasuklah Sidang Saman serta Mak Lamah yang sentiasa bertanya khabar dan memberi makan kepada Bujei. Mak Som juga membantu Bujei apabila Bujei dibuli oleh anaknya Alias. Dia memberikan satu ringgit dan sarapan kepada Bujei seperti yang dijanjikan oleh Alias selepas mencuci motosikal. Adila pula membantu Bujei memulihkan keyakinan diri sehinga Bujei dapat berdikari.

Gambaran masyarakat yang tidak bertanggungjawab pula dapat dilihat melalui watak Harun. Dari awal pertemuannya dengan Fatimah lagi penduduk kampung telah menasihati Fatimah agar tidak memilih Harun sebagai suami. Penduduk kampung telah tahu bahawa Harun tidak bertanggungjawab. Setelah berkahwin, semua wang simpanan Fatimah telah dikikis oleh Harun. Harun juga telah memfitnah Fatimah yang menyebabkan kebakaran rumah mereka untuk menyelamatkan diri daripada bertanggungjawab. Manakala tanah peninggalan Fatimah mahu dijualnya.Watak sampingan yang lain iaitu Wak Senen. Dia merupakan gambaran masyarakat yang jujur dan baik hati. Dia sendiri telah mengakui dan menjelaskan kepada Bujei bahawa Harun telah menjual tanah peninggalan Fatimah kepadanya dengan harga yang tidak munasabah. Walau bagaimanapun Wak Senen berjanji akan menyerahkan kembali tanah itu pada bila-bila masa Bujei mahu. Dia juga selalu memberikan wang kepada Bujei. Wang itu terkumpul sehingga Bujei dapat membeli pakaian dan radio ketika keluar ke Bandar bersama Adila, Sameah dan Samsul.

PENGAJARANTerdapat banyak pengajaran yang dapat dijadikan panduan dalam kehidupan seharian pembaca. Antara pengajaran yang awal yang dapat dikesan dalam novel ialah seseorang perempuan hendaklah berhati-hati dalam memilih pasangan hidup. Pasangan yang ikhlas dan penyayang akan membuatkan rumahtangga bahagia. Sebaliknya pasangan yang tidak jujur dan suka mengambil kesempatan akan membuatkan seseorang isteri menderita. Ibu Bujei iaitu Fatimah tersilap memilih Harun sebagai suami menyebabkan dia menderita dan kehilangan wang akibat dikikis oleh Harun. Malah dia meniinggal semasa kebakaran akibat daripada sikap Harun yang tidak ada perasaan kasih dan sayang.Seorang suami janganlah mendera isteri dan anak-anak kerana mereka adalah amanah yang perlu dilindungi. Harun tidak sepatutnya mendera Fatimah dan Bujei kerana keselamatan dan kehidupan harian mereka adalah tanggungjawab suami. Akibat daripada penderaan menyebabkan kebahagiaan rumahtangga tidak dapat dinikmati. Ia juga akan membawa kesan mental dan emosi kepada anak iaitu Bujei. Kesan daripada tindakan Harun hingga menyebabkankan ibunya maninggal dunia telah menimbulkan perasaan benci Bujei terhadap Harun selain daripada fikiran dan perasaannya tertanggu.Kita haruslah berani mempertahankan hak daripada dirampas oleh orang lain. Contoh yang jelas dalam novel ini ialah Bujei yang berani pepertahankan tanah peninggalan ibunya daripada dirampas oleh bapa tirinya Harun. Walaupun dia tahu risiko yang terpaksa dihadapi apabila dia mengkhianati Harun, tetapi dengan kesedaran tentang haknya ke atas tanah itu, dia jadi berani untuk merosakkan cap jari pada surat yang disediakan oleh Harun. Akibatnya Harun terlalu marah dan mengejar serta membelasan Bujei hingga pengsan di tebing sungai itu.Seseorang pemimpin masyarakat perlulah melaksanakan tugas dengan baik dan adil. Ciri-ciri pemimpin ini dalam diperhatikan melalui watak Sidang Saman. Dia seorang yang bertanggungjawab terhadap penduduk kampung. Dia menjaga hak Bujei daripada diambil oleh Harun semasa Harun menemuinya dan meminta Sidang Saman memujuk Bujei agar menyerahkan tanah tersebut. Dalam konflik Bujei dengan Alias, Sidang Saman bertindak adil dengan mengarahkan Alias mendapatkan wang ganti rugi atas kerosakan radio Bujei setelah mengetahui perkara sebenar.

Kita juga hendaklah menjaga maruah dan harga diri. Pengajaran ini digambarkan oleh watak Bujei. Walaupun dia seorang yang miskin dan hidup sebatang kara, namun dia tidak meminta-minta daripada orang lain. Dia tetap mempertahankan harga dirinya dengan kesedaran dia sendiri. Dia mengharapkan ada orang yang memberikannya makan, tetapi jika tiada dia tidak akan meminta-minta seperti yang berlaku di kedai Pak Sulong. Malah dia berusaha mendapatkan upah daripada sesiapa yang memerlukan khidmatnya di kebun getah.

Kita hendaklah ikhlas dan jujur dalam memberikan pertolongan kepada seseorang yang memerlukannya. Sejak dari awal lagi Adila berasa kasihan dan simpati kepada Bujei. Selepas mengetahui sejarah hidup Bujei, dia berhasrat untuk menolong Bujei memulihkan kepercayaan dan keyakinan pada diri. Dalam hal ini Adila tidak mempunyai apa-apa kepentingan. Dia mahu menolong Bujei atas rasa keperimanusiaan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Walaupun Sameah dan Mak Lamah tidak begitu setuju, Adila tetap meneruskan usahanya.Dalam mengharungi hidup ini, kita hendaklah tabah menghadapi apa sahaja cabaran dan dugaan. Walaupun Bujei agak tertekan dengan kematian ibunya tetapi dia tetap tabah meneruskan hidupnya. Malah kematian neneknya tidak memberikan kesan lagi kepadanya. Dia tinggal seorang diri di rumah peninggalan neneknya serta mendapatkan makan dan minum sendirian dengan cara menolong penoreh getah dan mendapatkan upah. Demikian juga Adila yang tetap kembali ke kampung itu walaupun sebelumnya dia pernah menangis akibat daripada fitnah Alias.Kita jangan mungkir apabila berjanji. Pengajaran ini ditunjukkan oleh Bujei yang menuntut upah daripada Aliassetelah selesai mencuci motosikal. Bujei dijanjikan satu ringgit oleh Alias untuk mencuci motosikalnya yang kotor. Bujei tetap menuntut upah itu walaupun dia dihalau oleh Alias. Malah dia hamper ditampar oleh Alias. Adila pula telah berjanji pada dirinya bahawa dia akan menyelesaikan usahanya mendidik dan memulihkan kepercayaan diri Bujei. Dia hanya balik ke Kuala Lumpur beberapa minggu sahaja setelah difitnah oleh Alias. Kemudian dia datang kembali meneruskan usahanya.Kita janganlah mengambil hak orang lain kerana perbuatan itu tidak bermoral dan menyalahi hokum agama. Sikap ini ditunjukkan oleh Wak Senen yang sedar tentang tanah yang dibeli daripada Harun adalah hak Bujei. Dengan kesedaran itu dia telah pergi ke rumah Bujei dan menjelaskan kedudukan yang sebenar. Dia telah berjanji kepada Bujei bahawa dia akan menyerahkan kembali tanah itu kepada Bujei pada bila-bila masa sahaja Bujei mahu. Dalam pada itu dia sentiasa memberikan wang kepada Bujei hingga Bujei dapat membeli pakaian dan radio.Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang lain apabila mereka meminta maaf. Perbuatan ini dituntut oleh agama. Ia digambarkan melalui watak Bujei yang memaafkan Alias setalah Alias meminta maaf daripadanya. Walaupun Alias tidak jujur dalam perbuatannya memohon maaf, tetapi Bujei tidak pernah berfikiran dan berprasangka buruk. Dia menerima sahaja permohonan maaf daripada Alias walaupun selepas itu Alias mengambil kesempatan untuk menabur fitnah tentang Adila. Adila juga memaafkan Alias setelah Alias menjadi tidak siuman.Seseorang remaja janganlah terlibat dengan kegiatan lumba haram kerana perbuatan itu tidak berfaedah. Selain daripada itu kegiatan tersebut juga boleh mengancam keselamatan diri dan nyawa. Akibat berlumba dengan Alias, Sahak telah terlibat dalam satu kemalangan dan cedera parah. Dia kehilangan banyak darah namun tidak dipedulikan oleh Alias. Malah Adila yang sanggup mendermakan darahnya untuk menyelamatkan Sahak.Selain daripada itu, kita juga janganlah mudah percaya kepada kata-kata orang atau khabar angin yang diterima. Perbuatan ini akan membawa kepada salah faham dan menambahkan lagi konflik. Dalam hal ini Bujei telah mempercayai kata-kata Alias bahawa Adila seorang penghidap AIDS. Akibat daripada itu Bujei tidak menemui Adila lagi sedangkan hatinya rasa tidak tenteram. Secara tidak langsung hubunganya dengan Adila menjadi renggang.Kita janganlah menyangka orang yang bodoh itu lemah. Peristiwa yang memberikan pengajaran ini kepada pembaca ialah peristiwa Bujei menumbuk dan menyerang Alias dengan parang. Merasakan Bujei masih takut kepadanya, Alias datang ke rumah Bujei untuk membuli. Namun sangkaan Alias mereset apabila Bujei marah setelah Alias menjatuhkan radionya. Bujei menumbuk dan menyerang Alias dengan parang sambil meminta ganti rugi atas kerosakan radio tersebut. Sejak hari itu Alias tidak berani lagi membuli Bujei.Kita jangan menggunakan cara yang tidak bermoral untuk mencapai apa sahaja tujuan hidup. Dalam usaha untuk bersaing dengan Bujei, Alias menggunakan cara yang tidak bermoral untuk mendapatkan Adila. Sejak dari awal lagi Alias telah menabur fitnah kepada Adila dengan mengatakan Bujei menghidap penyakit kulit dan maniac. Setelah gagal, Alias telah menabur fitnah terhadap Adila pula. Alias memberitahu Bujei bahawa Alias menghidap AIDS. Namun usaha itu juga gagal. Usaha seterusnya ialah dengan menggunakan ilmu pengasih sehingga dia sendiri menjadi tidak siuman.NILAITerdapat banyak nilai yang dapat dipetik oleh pembaca dalam novel ini. Antaranya ialah nilai kasih sayang iaitu kasih sayang kepada ibu bapa dan juga kasih sayang kepada insan lain. Bujei sangat menyayangi ibunya Fatimah sehinggakan dia mengalami tekanan perasaan setelah ibunya meninggal dalam tragedi kebakaran rumah mereka. Perasaan kasih sayang juga timbul dalam diri Adila terhadap Bujei setelah Bujei pulih dan dapat berdikari. Ekoran daripada itu Adila berhasrat untuk memilih Bujei sebagai suaminya.Pada diri sebahagian daripada watak sampingan dalam novel ini terdapat nilai prihatin terhadap golongan yang lemah atau tidak bernasib baik. Sidang Saman sebagai pemimpin, Mak Lamah dan juga Samsul prihatin terhadap Bujei. Mereka selalu bertanya Bujei sama ada sudah makan atau belum. Sidang Saman mencari dan membawa Bujei ke rumah mereka ketika Bujei sakit akibat dibelasah oleh Harun. Adila juga prihatin terhadap Bujei sehingga dia sanggup menolong Bujei memulihkan kepercayaan pada diri dan berdikari.Pada diri watak Adila juga terdapat nilai kejujuran dan keikhlasan dalam membantu dan menolong orang lain. Dia membantu Bujei untuk memulihkan keyakinan dan kepercayaan kepada diri dengan niat yang ikhlas. Atas keikhlasan dan kejujuran itulah membuatkan Adila mendidik Bujei tanpa rasa jemu walaupun Bujei diajar bermula dari tahap yang rendah seperti belajar mengenal huruf dan mengeja. Adila juga dengan rasa jujur dan ikhlas meluahkan perasaan untuk menjadikan Bujei sebagai bakal suaminya.Selain daripada Adila, terdapat beberapa watak lain yang menunjukkan nilai baik hati dalam novel ini. Mak Som iaitu ibu Alias baik hati terhadap Bujei. Dia tidak menyebelahi Alias dalam konflik dengan Bujei. Sebaliknya dia menolong Bujei dengan memberikan Bujei makan dan wang satu ringgit apabila Alias enggan memberikan wang tersebut sebagaimana yang dijanjikan. Demikian juga dengan Sidang Saman dan Mak Lamah yang selalu bertanya khabar dan memberikan Bujei makan di rumahnya.Nilai kecekalan pula dapat diperhatikan pada watak utama iaitu Bujei. Nilai ini jelas digambarkan setelah ibu dan neneknya meninggal. Dia tinggal seorang diri di rumah peninggalan neneknya. Dia tidak meratapi nasibnya yang terpaksa bersusah payah seorang diri. Cuma jauh di sudut hati dia rasa kecewa dengan layanan orang ramai terhadapnya yang menganggap dia bodoh dan tidak siuman. Bujei tidak pernah meminta-minta malah dia berusaha sendiri dengan cara mengambil upah di kebun getah.Dalam diri Bujei juga terdapat nilai berani dalam mempertahankan maruah diri dan haknya. Peristiwa yang jelas menggambarkan nilai ini ialah peristiwa yang berlaku di rumahnya apabila Alias datang untuk membuli. Alias telah menjatuhkan radio Bujei ke lantai menyebabkan radio itu rosak. Bujei marah lalu menumbuk dan menyerang Alias dengan parang. Malah Bujei memaksa Alias membayar ganti rugi atas kerosakan radio tersebut. Sejak peristiwa itu Alias sudah tidak berani untuk membuli Bujei.Selain daripada itu nilai keyakinan pada kebolehan dan pontensi diri juga terdapat pada watak Bujei terutamanya pada bahagian akhir cerita. Setelah dia mendapat bimbingan daripada Adila, dia menjadi semakin matang dan semakin yakin pada dirinya. Apabila hubungannya dengan Adila renggang akibat daripada fitnah Alias, Bujei merasakan bahawa dia tidak boleh berterusan mengharapkan orang lain sebaliknya harus berusaha sendiri untuk memajukan dirinya.Pembaca juga mendapat gambaran nilai rasional dalam membuat sebarang keputusan. Nilai ini terdapat pada watak Sidang Saman. Semasa Harun datang ke rumahnya untuk meminta dia memujuk Bujei supaya menyerahkan tanah pusaka peninggalan isterinya, Sidang Saman telah menolak permintaan tersebut. Semasa konflik Alias dengan Bujei, Sidang Saman bertindak rasional setelah mengetahui hal yang sebenar. Sidang Saman telah mengarahkan Alias membayar gantu rugi atas kerosakan radio Bujei.

HAFIZ/BUJEIWATAKPERNYATAAN

Hafiz Penduduk kampung melihat Hafizsebagai pemuda yang tidak berakal, bodoh, dungu Bapanya seorang tentera Bercita-cita untuk menjadi seperti bapanya Bapanya meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Kayak Ibunya berkahwin lain dengan Harun Seorang murid yang cemerlang Sering dibuli oleh Alias Tinggal di rumah neneknya Boleh menyanyi dengan baik Suka mendengar radio Tidak memilih pekerjaan

PERWATAKAN DALAMAN

PERNYATAANHURAIAN

Bangga dengan ayahnyaDia sering kali bercerita tentang bapanya kepada kawan-kawan di sekolah. Dia bercita-cita ingin menjadi seperti bapanya

BeraniHafiz menerkam ke arah bapa tirinya, Harun setelah melihat ibunya diterajang sehingga pengsan. Hafiz meredah asap tebal untuk menyelamatkan ibunya dalam kebakaran

Hafiz menyerang Alias dan menumbuk perut Alias apabila Alias enggan menyerahkan radio sebaliknya menjatuhkan radio itu ke lantai

Hafiz memberanikan dirinya berdebat dengan Alias. Hafiz mencabar Alias jika Adila berpenyakit, Alias perlu menghalau Adila daripada kampung itu. Alias tidak menduga bahawa Hafiz bertindak balas demikian rupa.

PenyayangDengan kudrat yang ada, Hafiz bangun menuju ke bilik untuk menyelamatkan ibunya tetapi tidak dapat menembusi asap yang tebal. Dia hanya sempat mendengar batukan ibunya beberapa kali

Hafiz menahan kesediahan apabila bercerita tentang peristiwa yang menimpa emaknya dan berkali-kali dia menafikan bahawa dia menjadi penyebab kepada kebakaran rumahnya

Hafiz berat hati meninggalkan Adila bersama dengan Alias.Dia mengintai di celah-celah pokok pisang. Dia bimbang jika Alias dapat mempengaruhi Adila dan Adila akan tertarik kepada Alias

PatuhHafiz sering mematuhi arahan Alias seperti terjun ke dalam sungai dengan membenam-benamkan dirinya di dalam air

Hafiz akan mandi, menggosok giri dan membersihkan badan seperti yang dianjurkan oleh Sameah. Apa-apa suruhan Sameah tidak pernah diingkarinya.

BertanggungjawabHafiz tinggal di rumah neneknya. Walaupun rumah tersebut kurang sempurna, tetapi dia membaiki sendiri rumah itu dan menjaganya dengan baik. Dia menyusun peralatan di dalam rumah itu dengan kemas.

Suka beranganSambil berbaring, Hafiz berangan-angan.Dia kerap kali mengingati keadaan dirinya yang akan berubah suatu hari nanti. Dia bercita-cita untuk mendapat kesenangan, bekerja dan bergaji besar. Dia ingin memandu sebuah kereta mewah yang akan menjadi pandangan dan sebutan seluruh penduduk kampung. Ketika itulah dia akan berkahwin dengan Sameah.

Rajin/ tidak memilih pekerjaanHafiz bersedia melakukan apa-apa pekerjaan asalkan perutnya terisi. Dia menunggu-nunggu orang yang ingin meminta pertolongannya di simpang jalan berhampiran jambatan. Buktinya Hafiz membawa beg sekolah Kasim dan Sulaiman dan sebagai upah dia diberi minuman dan kuih.

Sebahagian kawasan tanah di hadapan rumah nenek Hafiz sudah diterangkan.Belukar dan semak samun sudah ditebas dan tanahnya sudah digemburkan. Hafiz pernah menyatakan hasratnya kepada Adila untuk menanam sayur-sayuran. Galakan Adila merupakan dorongan utama kepadanya.

Suka menasihatiHafiz sempat menasihati rakan-rakannya seperti Kasim, Sulaiman dan Husin semasa dia membawa beg rakan-rakannya itu supaya belajar bersungguh-sungguh

Mempunyai harga diriKetika Hafiz singgah di kedai Pak Sulong, dia bertekad tidak akan meminta-minta daripada orang yang berada di kedai itu kerana dia mempunyai harga diri, tetapi jika ada antara mereka mempelawanya dia tidak akan menolak

Tabah/ cekalWalaupun diperlakukan macam-macam oleh Alias, dia tidak pernah serik. Ramai yang menasihatinya supaya menjauhi Alias, tetapi semua itu tidak diendahkannya

Suka menuntut janjiHafiz mendapatkan Alias setelah sudah membasuh motosikalnya. Alias mengarahkan Hafiz supaya pergi tanpa memberi satu senpun. Hafiz tidak berganjak dan akan menuntut janji yang diberikan kepadanya. Andai sesiapa menjanjikan sesuatu kepadanya, dia dengan tegas mendakwa supaya janji itu ditunaikan.

JujurMak Usu Bakyah menyatakan bahawa lelaki yang jujur ialah Hafiz. Mak Usu Bakyah membantah apabila Sameah menyatakan bahawa kejujuran yang ada pada Hafiz tidak bermakna kerana tiada siapa yang mahukannya.

Berjimat-cermatSetiap kali bertemu dengan Wak Senen, Hafiz diberikan duit. Duit-duit itu tidak pernah dibelanjakan sebaliknya dia menyimpan duit-duit tersebut di dalam kendi tembaga dan menyorok di bawah rumah

Sedar akan kekurangan diriSebaik sahaja Samsul memberitahu Hafiz bahawa Adila ingin berjumpa dengannya, dia berasa malu kerana merasakan dirinya tidak padan dengan Adila.Dia bimbang akan pendapat Adila tentang dirinya yang tentu tidak sesuai dengan orang pekan itu.

Beradab ketika makanHafiz menjaga tertib ketika makan di hadapan Mak Lamah dan keluarganya

Yakin diriHafiz melihat jiwa dan perasaannya sudah kembali terbentuk setelah dia bersama-sama Adila. Dia melihat suatu kesempurnaan. Hafiz menjadi lebih yakin untuk berhadapan dengan kebenaran. Adila telah memberi satu pengharapan kepadanya supaya berubah.

Hafiz melangkah tenang ke pentas dan menyampaikan sebuah lagu Bahtera Merdeka. Hafiz mengumandangkan suaranya dengan iringan muzik yang sempurna sehinggalah ke akhirnya. Orang ramai yang pada mulanya bersorak menjadi diam. Mereka tidak menduga Hafiz boleh menyanyi.

Berani menegakkan hakHafiz sudah berani untuk menegakkan haknya. Dia sudah tidak takut ketika berhadapan dengan Harun yang datang berjumpa dengannya di tebing sungai untuk mendapatkan tandatangannya.

Hafiz menumbuk perut Alias. Hafiz mencapai parang panjang. Sambil menghayun-hayun parang panjang itu, Hafiz meminta Alias menggantikan radio yang dirosakkannya itu. Hafiz ingin membakar motor Alias.

BijaksanaHafiz menyedari kebaikan Harun tentunya mempunyai sebab. Dia meletakkan ibu jarinya pada pad dakwat hitam dan mengenakan kesan jarinya pada tempat yang diminta Harun dengan kuat sehingga menampakkan tumpahan dakwat yang tidak memberikan apa-apa makna.

Sameah menceritakan kisah dia diganggu oleh Alias dan rakan-rakannya kepada Adila. Hafiz yang menyedari perbuatan Alias itu, mencapai sebutir bom lalu mengacah untuk melempar kepada Alias dan rakan-rakannya. Keadaan menjadi kelam-kabut dan semua lari lintang-pukang. Hafiz memasukkan bom itu ke dalam poket seluarnya dan berjalan keliling kampung. Setibanya di kedai Pak Sulong, Hafiz menyerahkan bom itu kepada Pak Sulong apabila Pak Sulong memujuknya. Benda yang dikatakan bom itu sebenarnya putik nanas. Sameah berasa geli hati kerana Hafiz dapat membodohkan orang kampung.

Hafiz memberanikan dirinya berdebat dengan Alias. Hafiz mencabar Alias dengan memberitahu bahawa jika Adila berpenyakit, Alias perlu menghalau Adila keluar daripada kampung itu. Alias tidak menduga bahawa Hafiz bertindak balas demikian rupa.

Tidak berdendamWalaupun Harun telah menamparnya kerana dia telah merosakkan borang yang dibawanya, tetapi Hafiz tetap membantu Harun keluar daripada lumpur akibat tersadung akar pokok ketika mengejar Hafiz.

Mengenang jasaHafiz memberitahu Samsul bahawa keluarga Sidang Saman baik terhadapnya. Orang lain hanya mahu membodoh-bodohkannya sahaja

PenyabarHafiz memberitahu Samsul bahawa selama ini dia banyak bersabar dengan dugaan yang ditanggungnya. Samsul merasakan Hafiz telah benar-benar berubah.

Suka mengemas rumahHafiz mula mengemas rumah kerana perubahan perlu dilakukannya.Televisyen dan radio lama telah dibuang. Kawasan rumah juga telah dibersihkan. Setelah selesai, dia duduk bersandar pada tiang sambil mendengar radio.

Yakin diriHafiz dengan penuh yakin memberitahu Sidang Saman bahawa Alias merosakkan radio yang baru dibeli dengan harga RM80.

SensitifOrang kampung sudah mengetahui Alias meminang Adila.Hafiz juga mengetahui berita tersebut. Hafiz agak kecewa dan dia melihat Adila sebagai seorang penipu dan telah memperdayakan dirinya. Keesokan hari dia tidak lagi pergi ke rumah Sidang Saman

Teguh pendirianHafiz menyedari bahawa kehidupan mesti diteruskan walaupun dia tidak bersama Adila. Dia menyambung semula kerjanya membersihkan kawasan untuk berkebun.

Ringan tulangHafiz pergi ke rumah Sidang Saman untuk membantu menyiapkan pelamin Sameah. Pengalaman Hafiz melihat orang membuat astaka pelamin membantunya menyiapkan pelamin tersebut. Keesokan hari, pagi-pagi lagi Hafiz sudah datang ke rumah Sidang Saman untuk membantu apa-apa kerja.

Baik hatiHafiz meminta Wak Senen menjaga tanahnya itu sementara dia tinggal di rumah neneknya. Hafiz menyedari bahawa tanah tempat dia tinggal itu bila-bila masa akan dituntut oleh orang lain.

Mudah percaya kepada kata-kata orang lainHafiz mempercayai kata-kata Alias bahawa Adila mempunyai penyakit AIDS. Baginya Alias telah menyelamatkannya. Dia tidak sangka bahawa Alias yang dahulu membencinya kini dengan rela hati memberitahu akan bahaya yang mungkin akan dihadapi jika dia rapat dengan Adila.

Berterus terangHafiz memberitahu bahawa dia tidak pernah menyentuh Adila sepanjang dia berkenalan dengan Adila. Hafiz juga memberitahu bahawa dia suka kepada Adila kerana Adila baik dan mengajarnya macam-macam. Dia tidak tahu bagaimana hendak membalas jasa Adila.

Mengenang jasaHafiz memberitahu bahawa Adila banyak membantunya dengan mengajar pelbagai perkara. Dia mengenang jasa baik yang telah ditaburkan oleh Adila. Hafiz tidak tahu cara hendak membalas budi baik Adila.

ADILAWATAKPERNYATAAN

Sepupu Sameah Bercinta dengan Faizal sebelum melanjutkan pelajaran Belajar di England Telah bertunang dengan Faizal tetapi putus Menjadi mangsa fitnah Alias Jatuh cinta kepada Hafiz

PERWATAKAN DALAMAN

PERNYATAANHURAIAN

SimpatiAdila memberitahu Sameah bahawa Hafiz tidak boleh dibiarkan sebegitu. Adila memberitahu Hafiz menjadi mangsa alam dan manusia di sekelilingnya

PenakutAdila memberitahu Sameah bahawa dia betul-betul cemas pada hari dia mula-mula berjumpa dengan Hafiz yang dalam keadaan basah kuyup dan badannya berlumpur. Keadaan Hafiz pada masa itu betul-betul menakutkannya

PerahsiaSepanjang dua bulan lebih Adila berada di kampung, dia tidak menceritakan sebab dia datang ke situ. Persoalan ini menjadi tanda tanya Sameah kerana sebagai graduan biasanya mereka akan mencari pekerjaan tetapi tidak berlaku kepada Adila

Teguh pendirianAdila mengenali Faizal sebelum dia menuntut di England lagi. Mereka berjanji untuk setia. Apabila pulang, Adila diberitahu bahawa Faizal sudah beristeri. Faizal datang kepadanya dan memujuk Adila kembali kepadanya. Adila tegas dengan keputusannya tidak akan menerima kembali Faizal.

Adila menyambut baik saranan ayahnya supaya bekerja untuk menghilangkan beban yang ditanggungnya. Adila bertekad untuk menyelesaikan tugasnya terlebih dahulu yang masih belum selesai. Dia ingin menyelesaikan beberapa perkara dengan Hafiz.

Berterus terangAdila mula menceritakan rahsia sehingga dia datang ke kampung dan tinggal bersama keluarga Sameah. Sebenarnya dia ingin menenangkan fikiran akibat dipermainkan oleh Faizal yang tidak setia dalam perhubungan mereka. Faizal telah beristeri apabila Adila pulang ke tanah air.

Adila memberi jawapan kepada Mak Lamah bahawa dia belum bersedia berumah tangga lagi

Lemah-lembutHafiz berdebar-debar apabila berhadapan dengan Adila apatah lagi apabila mendengar suara serta ucapan yang lemah lembut dan hormat Adila terhadapnya

Bijak mempengaruhiHafiz mampu bercerita tentang ibu bapanya yang telah meninggal dunia dan neneknya. Hafiz dapat dipengaruhi untuk menceritakannya. Dia menahan kesediahan ketika menceritakan peristiwa yang menimpa ibunya dan berkali-kali dia menafikan bahawa dialah yang menyebabkan rumanya terbakar

Mudah mempercayai kata-kata orangAdila mempercayai kata-kata Alias bahawa Hafiz mempunyai penyakit kulit yang boleh berjangkit dan mempunyai penyakit maniac

Sukar untuk dipujukAdila memberitahu bahawa keputusan Faizal menceraikan isterinya tidak dapat mengubah keputusannya untuk tidak menerima kembali Faizal

Yakin diriAdila begitu yakin bahawa Hafiz berada di pihak yang benar apabila penduduk kampung bercakap tentang peristiwa perbalahan antara Hafiz dengan Alias. Adila yakin dengan panduan dan didikan yang diberikannya akan menyebabkan Hafiz akan kembali sebagai manusia biasa yang memiliki kesempurnaan

Tidak mementingkan diriAdila kesepian apabila Sameah mengikut suaminya. Timbul rasa ingin pulang ke kota. Adila memikirkan Hafiz jika dia meninggalkan kampung itu. Mungkin Hafiz menganggap Adila ingin meninggalkannya. Hafiz sudah berubah tetapi tidak boleh dibiarkan sendirian.

TabahAdila menangis apabila difitnah orang kampung. Dia menerima surat layang yang menulis kata-kata fitnah sehingga begitu mengecewakannya. Tulisan itu mengatakan bahawa dia menolak pinangan Alias kerana dirinya telah rosak. Hafiz dikatakan sebagai perosak kepada Adila dan akibatnya dia akan berkahwin dengan Hafiz nanti.

Sedia berkorban/ ikhlasSidang Saman memberitahu bahawa Sahak kekurangan darah dan Adila bersedia menderma darahnya kerana kebetulan dia juga mempunyai darah jenis AB. Adila menganggap darah yang disumbangkan untuk Sahak itu sekadar kebajikan dan dia tidak angkuh dengan sumbangannya itu.

Teguh pendirianAdila telah membuat keputusannya dan dia tidak akan menarik balik keputusannya walau apapun yang diperkatakan oleh Sidang Saman.Akhirnya Sidang Saman sekeluarga menerima pilihan Adila.

ALIAS

WATAKPERNYATAAN

Cucu kepada Opah Arah Berkawan dengan Sahak dan Sani Meminang Adila Pembuli Suka kepada Adila Terlibat dalam perlumbaan motor Cuba menculik Adila Cuba mengenakan ubat pengasih kepada Adila

PERWATAKAN DALAMAN

PERNYATAANHURAIAN

Suka membuliAlias sering membuli Hafiz seperti menyuruh Hafiz terjun ke dalam sungai kecil dan membenam-benamkan dirinya di dalam air dan dia ketawa melihat perbuatan Hafiz itu

Alias datang ke rumah Hafiz lalu mengambil radio yang baharu dibeli oleh Hafiz. Alias melambung-lambungkan radio itu dan akhirnya Alias menjatuhkan radio itu ke lantai. Hafiz sedih dan Alias ketawa sepuas-puasnya.

Kejam/tidak berperikemanusiaanAlias sering mengarahkan Hafiz supaya melakukan perkara-perkara mengikut kesukaannya seperti turun ke dalam sungai dan mengarahkan Hafiz membasahkan dan mengotorkan badannya. Jika Hafiz enggan, Alias akan memukul, menyepak dan menerajangnya

Mungkir janjiHafiz mendapatkan Alias selepas membasuh motosikalnya. Alias mengarahkan supaya Hafiz pergi tanpa memberi satu senpun. Alias tidak menunaikan janjinya kepada Hafiz setelah Hafiz selesai membasuh motosikalnya.

Suka menakut-nakutkan orangHafiz ketakutan apabila mendengar Adila menyebut perkataan borang dan repot kerana dia pernah dipermainkan oleh Alias yang ingin membawanya kepada polis untuk mengisi borang dan repot

PendendamAlias menyimpan perasaan dendam apabila melihat Adila dan Hafiz di bawah pokok belimbing di halaman rumah Sidang Saman. Alias tidak senang melihat Hafiz rapat dengan Adila

Suka membuat fitnahAlias memberitahu Adila bahawa Hafiz mempunyai penyakit kulit yang boleh berjangkit. Alias juga memberitahu bahawa Hafiz juga mempunyai penyakit yang lebih teruk iaitu penyakit maniac sehingga Adila menjadi cemas apabila mendengarnya

Berterus-terangAlias memberitahu Adila bahawa tiada guna dia bercakap dengan Hafiz kerana dia mempunyai IQ yang rendah. Alias memberitahu bahawa dia sebenarnya sudah lama berhajat untuk berkenalan dengan Adila

Alias datang ke rumah Hafiz untuk memberitahu bahawa dialah yang meminta Hafiz menyanyi pada malam itu. Tujuannya berbuat demikian adalah kerana ingin memalukan Hafiz tetapi dia tidak menyangka bahawa Hafiz pandai menyanyi.

Mudah perasanSameah memarahi Adila kerana melayan Alias. Pada Sameah, Alias pantang kalau perempuan suka berbual dengannya kerana mudah timbul perasaan bahawa orang perempuan hendakkannya

Suka merendahkan keupayaan orangAlias memberitahu rakan-rakannya bahawa dia tidak percaya Adila belajar di seberang laut. Alias mengatakan Adila menipu belajar di sana. Dia menganggap fail yang tertulis perkataan England itu telah dibeli di kedai.

PenipuAlias memberitahu orang kampung bahawa memiliki bom sehingga orang kampung gempar dan lari bertempiaran

Alias memberitahu orang kampung bahawa Hafiz mengamuk dan ingin mencederakan dirinya jika dia tidak menyerahkan wang kepada Hafiz.

Alias memberitahu Hafiz bahawa dia tidak jadi meminang Adila kerana Adila ada penyakit AIDS. Tunang Adila di Kuala Lumpur juga memutuskan pertunangannya kerana penyakit tersebut. Alias memberitahu Hafiz bahawa Adila meminta dia meminangnya tetapi oleh sebab dia mengetahui keadaan sebenar, dia meminta Tuk Ngah Imam membatalkan sahaja peminangan tersebut.

Suka diampuDengan pujian kawan-kawannya, Alias sudah berani mengaku bahawa Adila bakal menjadi isterinya nanti. Alias membayangkan bahawa dia akan bahagia bersama-sama Adila. Sani dan Sahak sudah dapat mengagak bahawa pinangan Alias akan ditolak, tetapi kerana kawan mereka terus mengampunya sekadar untuk menyenangkan hati Alias sahaja.

Suka membuat fitnahAlias memberitahu Hafiz bahawa Adila terkena penyakit AIDS akibat perbuatan terkutuknya semasa berada di London. Oleh sebab orang Kuala Lumpur sudah tahu Adila mempunyai penyakit AIDS, maka dia membawa diri ke kampung itu.

AngkuhDi sebalik bakti Adila dan kecelakaan Sahak itu, tidak sedikitpun menyedarkan Alias. Dia memperkecilkan Sahak dan menganggap kecelakaan yang menimpa Sahak adalah kerana keangkuhannya yang ingin berlawan dengannya.

Memiliki sifat kebencian yang tebalPerubahan Hafiz telah mencabar ego Alias.Orang suruhan yang dapat dijadikan hamba dan alat penghiburnya sudah tidak dapat diperalatkan lagi. Penolakan pinangannya meletakkan dirinya hina. Keintiman Hafiz dengan Adila menjadikan kebenciannya mutlak

JahatAlias mengarahkan kawan-kawannya menculik Adila kerana Adila adalah haknya. Kawan-kawannya menyedari perkara jahat yang akan dilakukan oleh Alias. Dia juga menggunakan khidmat neneknya untuk mendapatkan ilmu pengasih supaya Adila tunduk kepadanya.

FATIMAH

PERWATAKAN LUARAN

WATAKPERNYATAAN

Ibu Hafiz Janda beranak satu Berkahwin semula dengan Harun Menjadi mangsa penderaan Harun Berperwatakan sederhana dan tidak tahu melawan Menjadi mangsa kekejaman suami

PERWATAKAN DALAMAN

PERNYATAANHURAIAN

Yakin diriFatimah tidak mempedulikan nasihat keluarganya supaya tidak mengahwini Harun tetapi dia tetap meneruskan hajatnya kerana terpengaruh dengan kebaikan Harun

TabahFatimah tabah menjalani kehidupan bersama Harun walaupun dia diperlakukan secara kasar seperti disepak, diterajang, dipukul oleh Harun

PerahsiaFatimah berlagak biasa seolah-olah dia terus bahagia dalam rumah tangganya bersama Harun tetapi orang kampung sudah dapat meneka apa yang berlaku

BertanggungjawabMenyimpan wang peninggalan arwah suami kerana ingin mengerjakan haji dan menampung pelajaran anak

HARUN

PERWATAKAN LUARAN

WATAKPERNYATAAN

Harun Mengahwini Fatimah, ibu Hafiz Seorang duda Menjadi mandur di ladang kelapa sawit berhampiran kampungnya

PERWATAKAN DALAMAN

PERNYATAANHURAIAN

Pandai memujukHarun memujuk Fatimah supaya menyerahkan RM15 ribu untuk membeli kereta

Harun memujuk supaya Hafiz tidak takut kepadanya kerana kedatangannya adalah semata-mata untuk mendapatkan tandatangan Hafiz sahaja. Hafiz merasakan bahawa bapa tirinya itu sudah berubah.

Tidak ikhlasHarun mengahwini Fatimah kerana Fatimah memiliki rupa yang menarik dan memiliki wang yang banyak hasil sumbangan daripada angkatan tentera dan pihak lain serta memiliki sebidang tanah yang ditinggalkan oleh arwah suaminya

Kejam/ganasHarun sering memukul, menyepak dan menendang Fatimah sehingga pengsan apabila Fatimah enggan menyerahkan wang dan seutas rantai

Harun sangat marah kepada Hafiz kerana telah merosakkan borang yang dibawanya. Harun menampar muka Hafiz. Apabila Hafiz membantu Harun keluar daripada lumpur, Harun mengambil kesempatan menumbuk perut Hafiz dan menerpa serta menyepak rusuk Hafiz. Beberapa sepakan singgap di belakang badan Hafiz sehingga dia tidak sedarkan diri.

Tidak bertanggungjawabHarun tidak bertanggungjawab terhadap keluarga kerana banyak menghabiskan masa dengan berjudi

Pandai membuat helahHarun memberitahu orang kampung bahawa Hafizlah yang bermain dengan pelita sehingga bilik terbakar dan orang kampung seolah-olah percaya dengan kata-kata Harun

Suka menyogokHarun ingin menyogok Sidang Saman supaya mambantunya mendapatkan semula haknya yang ingin dituntut daripada bekas isterinya, Fatimah

Tidak jujurHarun menjual tanah tapak rumah kepada Wak Senen dnegan harga RM4 ribu tanpa sebarang surat dan resit. Jika dia berkuasa ke atas tanah itu dia akan membayar balik RM4 ribu dan ditambah RM2 ribu lagi kepada Wak Senen

SAMEAH

PERWATAKAN LUARAN

WATAKPERNYATAAN

Sameah Anak Sidang Saman Sudah bertunang Sepupu Adila Berkahwin dengan pemuda dari kota

PERWATAKAN DALAMAN

PERNYATAANHURAIAN

PenyayangHafiz merasakan Sameah melayannya dengan kasih sayang dan tidak pernah menganggapnya sama seperti orang anggap kepadanya

Mengambil beratSameah sering menasihati Hafiz supaya menjaga kebersihan diri

Baik hatiSering mengambil berat akan diri Hafiz

SIDANG SAMAN

PERWATAKAN LUARAN

WATAKPERNYATAAN

Penghulu Mempunyai 3 orang anak Sering menjadi tempat rujukan anak buah

PERWATAKAN DALAMAN

PERNYATAANHURAIAN

BeraniSidang Saman meminta Harun berjumpa dengan kadi dan pegawai agama untuk mengemukakan haknya menyebabkan muka Harun merah padam

Sidang Saman mempersoalkan hak yang mana lagi ingin dituntut oleh Harun kerana tanah dusun yang masih ada itu masih nama arwah ayah Hafiz dan tapak rumah pula telah dijual oleh Harun.

BijaksanaSidang Saman menyedari perkara salah yang akan dilakukan oleh Harun. Harun meminta tandatangan Sidang Saman untuk dia berkuasa di atas tanah sawah dan tapak rumah yang telah dijualnya itu.

Sidang Saman sengaja menanyakan Harun tentang harga semasa tapak rumah jika ingin menjualnya.Sidang Saman menyarankan supaya Harun memujuk Hafiz dan mendapatkan tandatangannya. Sidang Saman mempunyai muslihat lain apabila membuat cadangan itu.

Berpandangan jauhSidang Saman memberitahu Mak Lamah supaya tidak membuat sangkaan buruk terhadapnya kerana dia tahu cara hendak menguruskan hal Harun. Sidang Saman menyedari bahawa tindakan Harun tidak akan berjaya.

Mengambil beratSidang Saman pergi ke rumah Hafiz untuk mencarinya. Sidang Saman mengambil berat terhadap Hafiz setelah Adila menunjukkan perhatiannya kepada Hafiz. Setengah jam kemudian, Sidang Saman membawa pulang Hafiz bersama-samanya

Prihatin/simpatiMak Lamah menyedari beban yang terpaksa dihadapi oleh Adila akibat fitnah yang dilemparkan melalui surat layang.Mak Lamah meminta Adila supaya bersabar dan bertawakkal atas apa yang berlaku. Mak Lamah tetap akan menyokong Adila.

MAK LAMAH

PERWATAKAN LUARAN

WATAKPERNYATAAN

Isteri Sidang Saman Emak saudara Adila

PERWATAKAN DALAMAN

PERNYATAANHURAIAN

Memahami perasaan orang lainMak Lamah menyokong apa-apa perkara yang dilakukan oleh Adila asalkan Adila boleh melupakan kisah pahitnya.

Mak Lamah memujuk supaya Adila berjumpa dengan Faizal yang datang ke kampung untuk bertemu dengan Adila.

Berprasangka burukMak Lamah tidak dapat tidur kerana memikirkan hal perbuatan suaminya dengan Harun. Dia memikirkan suaminya akan menjadi fasik seperti Harun yang cuba membelakangkan hukum syarak dalam mengendalikan harta anak yatim

Baik hatiMak Lamah mempelawa Hafiz makan sebelum Hafiz berjumpa dengan Adila

Suka menasihatiMak Lamah mengingatkan Adila supaya berhati-hati apabila berkawan dengan Hafiz kerana Hafiz seorang lelaki. Mak Lamah bimbang sesuatu yang buruk berlaku kepada Adila.

Mak Lamah menasihati Adila supaya pulang ke kota kerana tidak mahu Alias melakukan perkara buruk kepada Adila

Memahami perasaan orang lainMak Lamah menyedari kegelisahan yang dihadapi oleh Adila. Mak Lamah menasihati Adila supaya tidak memikirkan Hafiz sebaliknya memikirkan diri sendiri dan masa depan Adila. Mak Lamah menasihati Adila supaya pulang ke kota kerana tidak mahu Adila merosakkan masa depannya.

SAMSUL

PERWATAKAN LUARAN

WATAKPERNYATAAN

Adik Sameah Masih bersekolah 10 tahun lebih muda daripada Hafiz

PERWATAKAN DALAMAN

PERNYATAANHURAIAN

Suka mempermain-mainkan orangSamsul pernah mempermain-mainkan Hafiz dengan menyuruhnya naik pokok betik tetapi apabila Hafiz sampai di pertengahan, dia meminta Hafiz turun kerana menuduhnya ingin mencuri

BertanggungjawabSamsul membawa Hafiz ke bangsal tempat menyimpan barang-barang. Samsul meminta Hafiz memberishkan dirinya kerana dia tidak dapat menahan loya apabila melihat parut yang berair dan lendir yang berbau.

Samsul sempat berpesan kepada Hafiz supaya sentiasa mengikutnya semasa mereka berjalan-jalan di bandar kerana Hafiz tidak pernah pergi ke bandar sebelum ini

Baik hatiSamsul membantu Hafiz yang kelemahan apabila Sidang Saman membawa pulang ke rumah. Selepas meletakkan Hafiz di bangsal, dia datang semula membawa makanan kepada Hafiz

PenakutSamsul tidak masuk ke rumah Hafiz ketika mencari Hafiz kerana takut

AmanahSamsul memberitahu Adila bahawa Alias akan menunggunya di hilir jambatan pada pukul 9 pagi esok kerana ingin mengajak Adila ke pekan

Mudah bersimpatiSamsul serba salah melihat Hafiz menangis di hadapannya. Belum pernah dia melihat Hafiz menangis sebelum ini. Samsul meminta maaf dan terharu melihat Hafiz.

InsafSelepas berbual dengan Hafiz di bangsal, perasaan Samsul terganggu kerana dia menyedari bahawa dia juga merupakan salah seorang yang pernah mempermainkan dan mengabaikan Hafiz

PatuhSetelah menyedari Hafiz tiada di bangsal Samsul pergi ke rumah Hafiz apabila diarahkan oleh emaknya.

PenyayangSamsul tidak menyedari bahawa Hafiz tiada bersamanya. Samsul tersedar ketiadaan Hafiz dan berpatah balik untuk mencari Hafiz tetapi tidak menjumpainya. Apabila berjumpa mereka berpelukan sehingga menjadi perhatian orang ramai

Pandai mencungkil rahsiaSamsul mencari jalan untuk mengetahui rahsia bagaimana berita fitnah terhadap Adila daripada Hafiz. Samsul ingin mengetahui sama ada Hafiz pernah menyentuh Adila walaupun dia menyedari bahawa Hafiz tidak akan berbuat perkara sedemikian.

FAIZALPERWATAKAN LUARAN

WATAKPERNYATAAN

Tampan Bahasa yang digunakan mudah terpikat Bekas tunang Adila Telah beristeri

PERWATAKAN DALAMAN

PERNYATAANHURAIAN

Berani berterus-terang

Faizal datang ke rumah Sidang Saman untuk berjumpa dengan Adila dan memujuk Adila supaya kembali kepadanya semula.

PenyayangFaizal memberitahu bahawa dirinya masih menyintai Adila dan sudah menceraikan isterinya semata-mata ingin kembali kepada Adila.

Tidak mudah putus asaFaizal memberitahu bahawa dia akan datang lagi memujuk Adila dan dia tidak akan menyesal jika dia datang kembali Adila sudahpun bersuami.

PERNYATAANHURAIAN

Persoalan kasih sayang sesama manusiaAdila tidak dapat menyembunyikan perasaannya terhadap Hafiz apabila Hafiz tidak datang berjumpa dengannya pada pagi itu. Sebenarnya Adila tidak mengetahui bahawa Hafiz demam pada masa itu.Faizal sanggup menceraikan isterinya kerana masih menyayangi Adila dan cuba memujuk Adila berkali-kali supaya kembali kepadanya

Fatimah tidak mengendahkan nasihat keluarganya supaya tidak mengahwini Harun kerana sayang kepada Harun dan terpengaruh dengan janji-janji Harun untuk menyayangi anaknya.

Sudah 2 hari Hafiz tidak meneruskan kerjanya. Berita Alias meminang Adila banyak mengganggu jiwanya. Dia seolah-olah hilang semangat, tenaga dan harapan. Dia berbisik sendirian dan bertanyakan dirinya sebab semuanya menjadi tidak kena pada dirinya. Makan, minum dan tidur semuanya terganggu. Mungkin dia menaruh hati kepada Adila

Sebagai seorang insan, Hafiz merasakan dirinya seperti orang lain juga iaitu mahu perempuan mendekatinya. Pernah dia mendekati Sameah dan hidupnya menjadi bahagia tetapi sejak Sameah bertunang dia menjauhkan diri.Dia menjadi kecewa. Perasaan itu kembali semula setelah Alias meminang Adila.Dua minggu berlalu, jiwa dan perasaan Hafiz tidak tenteram lagi. Walaupun semangatnya untuk meneruskan kebunnya terus tinggi, fikirannya tidak terlepas daripada memikirkan hal Adila

Persoalan ketabahan menghadapi cabaran hidupHafiz tabah menghadapi kekejaman Alias terhadapnya. Alias sering mempermain-mainkannya dan jika Hafiz enggan menurut perintahnya, Alias akan memukul, menyepak dan menerajangnya tanpa belas kasihan.

Hafiz tabah menghadapi bapa tirinya yang bertindak kasar terhadapnya. Pernah Hafiz ditumbuk, disepak dan diterajang oleh bapa tirinya itu sehingga dia pengsan kerana perbuatannya merosakkan borang yang dibawa untuk mendapatkan tandatangannya

Adila tabah apabila difitnah orang kampung. Dia menerima surat layang yang menulis kata-kata fitnah sehingga begitu mengecewakannya. Tulisan itu mengatakan bahawa dia menolak pinangan Alias kerana dirinya telah rosak. Hafiz dikatakan sebagai perosak kepada Adila dan akibatnya dia akan berkahwin dengan Hafiz nanti.

Persoalan kejujuran/keikhlasan dalam persahabatanAdila mempersoalkan Faizal yang tidak jujur dalam perhubungan apabila Faizal memungkiri sumpah setia mereka sebelum Adila menuntut di England. Apabila pulang ke tanah air, Adila diberitahu bahawa Faizal telah berkahwin dengan orang lain.

Persoalan tanggungjawab membantu anak yatimMak Som mengajak Hafiz bersarapan di rumahnya setelah Hafiz selesai membasuh motosikal Alias. Mak Som menyerahkan seringgit kepada Hafiz apabila Alias enggan memberi upah kepada Hafiz. Mak Som menasihati Hafiz supaya tidak menurut arahan Alias.

Persoalan teguh pendirian ketika membuat keputusanAdila enggan menerima kembali Faizal apabila Faizal memujuknya supaya kembali kepadanya kerana serik dengan perbuatan Faizal yang mengkhianati cintanya. Mereka bersumpah untuk setia sebelum Adila menuntut di England. Apabila pulang, Faizal diberitahu telah beristeri. Adila membawa diri ke kampung.

Persoalan pengabaian tanggungjawab terhadap keluargaHarun mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga sebaliknya memaksa Fatimah menyerahkan wang kepadanya untuk berjudi

Persoalan kasih sayang terhadap ibu bapaHafiz meredah asap tebal untuk menyelamatkan ibunya dalam kebakaran walaupun badannya lemah setelah diterajang oleh Harun

Persoalan keberanian menegakkan hakSidang Saman mempersoalkan hak mana lagi yang ingin dituntut oleh Harun kerana tanah dusun masih lagi nama arwah ayah Hafiz dan tapak rumah telah dijual oleh Harun. Sidang Saman meminta Harun berjumpa dengan kadi dan pegawai agama untuk mengemukakan haknya menyebabkan muka Harun merah padam

Hafiz dengan tegas dan berani meminta radio yang telah diambil oleh Alias. Hafiz amat menyayangi radio tersebut kerana ia baharu dibeli.

Persoalan kekejaman bapa tiriKetika Hafiz membantu Harun keluar daripada lumpur itu dan membuang lumpur pada baju Harun, tiba-tiba penumbuk Harun singgah di perutnya sehingga Hafiz terjatuh. Harun menerpa dan menyepak rusuk Hafiz. Beberapa sepakan singgah di belakang badan Hafiz sehingga dia tidak sedarkan diri.

Persoalan dengki dan dendam dalam masyarakatOpah Arah datang ke rumah Hafiz dan memaki hamun Hafiz dan Sidang Saman yang menyebelahi Hafiz. Opah Arah ingin menerkam ke arah Hafiz tetapi dihalang oleh Sidang Saman. Alias menyerahkan baki RM30 kepada Hafiz. Alias sempat menyepak Hafiz ketika Hafiz mengutip wang di atas tanah dan Hafiz sempat menerkam ke arah Alias yang sedang menghidupkan enjin motor. Alias terjatuh dan motor menghempapnya. Opah Arah terus memaki Hafiz.

Persoalan keperluan berubah ke arah positifHafiz akhirnya mampu membaca dan berdialog tentang bahan bacaannya. Sungguhpun pendapat dan fikirannya masih lagi dangkal, namun Adila kagum dengan daya bahas yang timbul hasil daripada setiap perbincangan. Hafiz sudah bersih dan tiada lagi bau hamis. Rambutnya disikat kemas dan pakaiannya sudah kemas. Perlakuannya sudah teratur.

Persoalan kejujuran menguruskan harta anak yatimMalam itu, ketika Hafiz memikirkan hal kehidupannya, Wak Senen datang ke rumahnya. Wak Senen memberitahu bahawa dia menduduki tanah Hafiz sudah sepuluh tahun.Dia menyedari bahawa urusan jual beli tanah tersebut dengan Harun tidak sah. Wak Senen memberitahu bahawa sepanjang dia duduk di tanah itu, dia sudah mendapat semula modalnya melalui aktiviti bercucuk tanam. Wak Senen ingin menyerahkan tanah itu kepada Hafiz jika Hafiz inginkan semula sambil berpesan supaya tidak menjual tanah itu kerana itulah satu-satunya pusaka arwah ibunya.

Persoalan jodoh pertemuan di tangan tuhanWalaupun Adila pada mulanya takut melihat kelibat Hafiz, tetapi akhirnya telah memilih Hafiz menjadi pasangan hidupnya.

Walaupun telah bertunang dan berjanji untuk bersama sebelum Adila melanjutkan pelajaran ke luar negara, tetapi Faizal akhirnya berkahwin dengan orang lain

Persoalan keluhuran hati mampu mengubah keperibadian seseorangAdila merasakan bahawa dia mampu mengubah keperibadian Hafiz. Adila ikhlas membantu mengubah keperibadian Hafiz dan akhirnya Hafiz berubah menjadi seperti manusia normal

Persoalan kejahatan akan dibalas dengan kejahatanPerbuatan Alias ingin menggunakan ubat pengasih bagi memikat Adila telah menyebabkan dia mendapat pembalasan akibat perbuatannya itu, iaitu Alias menjadi tidak siuman

Persoalan hormat-menghormati sesama manusiaAdila melihat Hafiz seperti manusia biasa yang perlu dihormati seperti orang lain. Oleh sebab itu, Adila tidak memanggil Hafiz dengan nama Bujei tetapi memanggil Hafiz dengan nama sebenar.

Persoalan membantu seseorang tanpa melihat sifat individuAdila merasakan bahawa dia mampu mengubah keperibadian Hafiz. Pada Adila, Hafiz menjadi sedemikian kerana pengaruh persekitaran. Adila melihat Hafiz mempunyai sifat-sifat kemanusiaan yang tinggi.

NILAIPERNYATAANHURAIAN

Kasih sayangAdila tidak dapat menyembunyikan