projek novel papa

43
Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Utama Projek Bahasa Melayu Novel Papa… (Akhirnya kau Nama Guru: Encik Ismail bin Rahman Kelas: 4 Belian Nama Ahli Kumpulan: 1. Ng Wang Qi, Amy 2. Amira Syafiqah 3. Chua Jie Yen 4. Loh Suek Yee 5. Aina Imanina 6. Shafiqah Fakhriah

Upload: wang-qi-amy

Post on 04-Jul-2015

2.219 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Projek Novel PAPA

Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Utama

Sekolah Kluster Kecemerlangan

Projek Bahasa Melayu

Novel Papa… (Akhirnya kau tewas jua!)

Nama Guru: Encik Ismail bin Rahman

Kelas: 4 Belian

Nama Ahli Kumpulan:

1. Ng Wang Qi, Amy

2. Amira Syafiqah

3. Chua Jie Yen

4. Loh Suek Yee

5. Aina Imanina

6. Shafiqah Fakhriah

Page 2: Projek Novel PAPA

No Isi Kandungan Muka surat

1 Pendahuluan 1

2 Sinopsis Keseluruhan 2

3 Sinopsis Setiap Bab 3

4 Plot- Binaan Plot- Teknik Plot

161718

5 Tema 19

6 Persoalan 20

7 Watak dan Perwatakan 21

8 Latar- Masyarakat- Tempat- Masa

22232425

9 Sudut Pandangan 26

10 Gaya Bahasa 27

11 Nilai 28

12 Pengajaran 30

13 Biodata Pengarang 32

14 Penutup 33

Isi Kandungan

Page 3: Projek Novel PAPA

Novel yang telah kami kaji ialah Papa. Papa mengisahkan tentang sebuah keluarga yang penyayang dan bahagia dalam kehidupan seharian. Novel ini turut memaparkan pelbagai ragam tentang kemesraan ibu bapa yang yang ditunjukkan kepada anak-anak mereka.Malahan, novel ini turut mempunyai pelbagai nilai dan pengajaran yang harus kita contohi pada masa kini. Novel ini sesuai dibaca untuk semua generasi sama ada muda atau tua.Sekian….

Pendahuluan

Page 4: Projek Novel PAPA

Novel PAPA… (akhirnya kau tewas jua!) mengisahkan perasaan kasih sayang dalam keluarga sehingga melahirkan ikatan kekeluargaan yang kukuh dan suasana hidup yang bahagiaantara ibu, bapa dengan anak. Intan Julia (Ju) ialah anak perempuan tinggal Cikgu Jeffri (papa) dan Cikgu Intan Maliana (mama). Mereka saling menyayangi antara satu dengan yang lain termasuk pembantu rumah mereka, iaitu Mak Cik Noraini. Papa mahu mama melahirkan anak yang kedua. Mama bersetuju dan sanggup berkorban demi kasih sayangnya terhadap suami meskipun dia sedar bahawa dia akan berhadapan dengan risiko yang tinggi jika dia melahirkan anak lagi. Dia pernah pengsan kerana kehilangan darah yang banyak semasa melahirkan Julia dahulu. Papa dan Julia berasa gembira kerana mama telah mengandung anak kembar lelaki dan tidak lama lagi akan muncul orang baharu dalam keluarga mereka. Setelah tiba masanya, mama dibawa oleh papa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia di Cheras setelah mama mengadu kesakitan. Mama dimasukkan ke wad pembedahan kerana mengalami komplikasi dalam kandungan. Julia, papa dan Mak Cik Noraini terkejut apabila bayi yang dilahirkan itu ialah bayi kembar siam yang bercantum di bahagian belakang dari kepala hingga ke bahagian punggung. Bayi itu telah pun meninggal dunia ketika di dalam kandungan lagi. Mama pula koma kerana kehilangan darah yang banyak. Setelah sekian lama mama koma, papa mulai kesunyian dan Julia pula semakin merindui kasih sayang mama. Kasih sayang dan kesetiaan papa terhadap mama tidak pernah berubah walaupun papa telah berkahwin lain dengan seorang gadis, iaitu Aisyah. Peringkat awal papa tidak mahu menduakan kasih sayang terhadap mama dan Julia pula tidak merelakan perkahwinan itu tetapi akhirnya Julia terpaksa membenarkannya juga demi kasih sayang terhadap papa. Papa membawa mama pulang ke rumah walaupun keadaan mamamasih tidak berubah. Akhirnya, mama membuka mata dan papa memberitahu mama dengan jujur tentang perkahwinannya dengan Aisyah. Mama kelihatan sedih dan Akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam keadaan yang penuh kemarahan. Papa yang tidak pernah menangis, akhirnya tewas juga apabila dia menangis pada hari kematian mama.

Sinopsis Keseluruhan

Page 5: Projek Novel PAPA

Bab 1

Petang itu Mak Cik Noraini, iaitu pembantu rumah mereka sedang sibuk membancuh kopi dan menggoreng karipap. Julia makan karipap sambil melihat papa yang sedang sibuk memetik kacang panjang di kebun kecilnya. Mama pula duduk di sebuah kerusi plastic sambil memerhatikan papa. Mereka berdua begitu mesra dan saling menyayangi.

Sebagai anak, kadang-kadang Julia berasa bosan melihat telatah papa dan mamanya yang macam belangkas. Julia pernah menyuarakan isi hatinya kepada Mak Cik Noraini tetapi Mak Cik Noraini menasihati Julia agar tidak membangkitkan perkara itu kerana suatu masa nanti Julia pun akan merasai apa-apa yang dirasai oleh papa dan mamanya.

Bab 2

Pada hari itu, Julia pulang sendiri kerana mamanya yang juga guru di sekolah itu telah dijemput oleh papanya kerana kurang sihat dan dibawa ke klinik. Petang itu, Mak Cik Noraini menghidangkan semangkuk bubur jagung untuk Julia, iaitu makanan kegemaran papa. Mak Cik Noraini memberitahu Julia bahawa bubur jagung itu boleh mengembalikan nostalgia pertemuan papa dengan mama di Sekolah Seri Gading dulu. Kerana ketika itu papa masih mengajar di sekolah yang sama dengan mama.

Keadaan rumah tangga papa dan mama sungguh bahagia. Julia mengimbas kembali peristiwa kemesraan papa dan mama ketika tangan mama terluka dan mama menjadi pening kerana mabuk darah. Papa bersusah payah membalut luka di tangan mama.

Mak Cik Noraini menceritakan kegagalan papa dalam percintaan ketika menuntut di university. Bekas kekasihnya itu seorang pelajar kedoktoran tetapi empat tahun lebih tua daripadanya. Pelajar itu berkahwin dengan lelaki berbangsa Itali dan meninggalkan papa. Kemudian, papa jatuh hati pula dengan doctor yang sedang berkhidmat di Hospital Desa, Bidor yang menyewa di rumah Tok Long Julia itu. Tetapi jodoh papa tidak kesampaian kerana gadis itu sudah pun bertunang.

Mama dan papanya pulang dari klinik dengan gembira. Julia melonjak kegembiraan apabila diberitahu mamanya mengandung. Namun begiru, Mak Cik Noraini berasa cemas kerana dia tahu mama pernah mengalami komplikasi yang teruk semasa melahirkan Julia dahulu.

Sinopsis Setiap Bab

Page 6: Projek Novel PAPA

Bab 3

Julia yang baru pulang dari sekolah terdengar Mak Cik Noraini menyarankan mamanya supaya menggugurkan kandungannya kerana semasa mama melahirkan Julia 16 tahun dahulu, dia telah mengalami komplikasi dan tidak sedarkan diri dalam tempoh yang lama. Walau bagaimanapun mama tetap bertegas dengan pendiriannya tambahan pula papa sangat menginginkan anak lagi. Mama sanggup berkorban untuk melahirkan anak yang kedua walaupun dia sedar akan risikonya.

Setelah papanya pulang, Julia mengajak papanya bermain tenis pada petang itu di Kelana Jaya. Papanya menuruti juga permintaan Julia walaupun keletihan. Papanya sangat handal dalam permainan tenis. Semasa menuntut di university dan mengajar di Sekolah Seri Gading, papa sudah menunjukkan minatnya dalam permainian tenis. Papa sering berpasangan dengan mama semasa bermain tenis.

Di gelanggang tenis, seorang gadis menegur papa. Aisyah telah diperkenalkan oleh papa kepada Julia. Aisyah ialah pelajar papa. Aisyah ialah gadis yang cantik dan menarik perwatakannya serta mempunyai senyumannya yang menawan. Julia berharap agar papanya tidak terpikat oleh kecantikan Aisyah. Kemudian, Julia mengajak papanya minum di kantin dengan tujuan untuk mengelakkan Aisyah dengan mencuri perhatian papanya. Namun begitu, tindakannya tidak menjadi kerana papanya telah mengajak Aisyah untuk minum bersama.

Aisyah kelihatan begitu mesra dengan papa Julia. Julia berasa cemburu. Kemudian, Julia mengajak papanya pulang. Dia sudah berasa bosan dan tidak mahu melihat papanya menaruh hati tehadap gadis yang manis dan manja itu.

Page 7: Projek Novel PAPA

Bab 4

Semasa pulang dari sekolah pada hari itu, Julia dimarahi oleh mamanya kerana lewat turun ke kereta. Semasa hendak pulang, Cikgu Suzie menumpang kereta mama untuk dihantar ke bengkel kereta di Seksyen 14 kerana keretanya rosak.

Dalam perjalanan menuju ke Seksyen 14. Cikgu Suzie berbual-bual dengan mama. Dia berasa terkejut dengan keputusan mama untuk melahirkan anak yang kedua setelah 16 tahun tidak melahirkan anak. Mama menyatakan bahawa papa telah menginginkan anak lagi. Cikgu Suzie mengigatkan mama tentang risikonya ketika melahirkan Julia kira-kira 16 tahun lalu.

Bagi Cikgu Suzie, mama sudah boleh bersyukur kerana sudah memiliki seorang anak, iaitu Julia. Mama tidak perlu mendapatkan anak lagi jika perkara itu boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri dan bakal anaknya. Mama mengatakan bahawa dia telah mengandung kali kedua semata-mata hendak memenuhi hajat papa. Bagi mama, dengan cara itulah sahaja pengorbanan yang dapat dicurahkan kepada suaminya.

Bab 5

Kira-kira empat bulan lagi mama dijangka akan melahirkan anak yang kedua dan berkemungkinan kembar. Julia melihat wajah papa semakin berseri-seri kerana tidak lama lagi akan menerima orang baharu dalam keluarga mereka.

Mama cuba membangkitkan masalah yang telah berlaku terhadap dirinya sewaktu melahirkan Julia dahulu. Mama pengsan dalam masa yang agak lama kerana mengalami kehilangan darah yang banyak. Mama cuba mendapat pandangan daripada papa sekiranya terjadi sesuatu perkara yang tidak diingini ketika melahirkan anak yang kedua nanti. Papa menenangkan mama.

Julia mendapatkan penjelasan daripada Mak Cik Noraini tentang masalah yang dihadapi oleh mama ketika melahirkannya dahulu. Mak Cik Noraini memberitahu Julia bahawa Julia dilahirkan dalam keadaan tidak cukup bulan dan badan Julia sangat kecil dan sering menangis kelaparan kerana Mama koma dan tidak boleh memberikan susu badan kepada Julia. Julia pun tidak mahu minum susu tepung. Keadaan ini menyebabkan Mak Cik Noraini terpaksa meminta pertolongan daripada seorang doctor perempuan untuk memerah susu mama untuk diberikan kepada Julia.

Page 8: Projek Novel PAPA

Bab 6

Di kolej, Aisyah sering berjumpa dengan papa. Dia juga sering menumpang kereta papa untuk pulang ke rumahnya di Seksyen 7, Kelana Jaya. Julia cuba mengusik papanya supaya papanya memikat gadis itu. Sebenarnya Julia mahu menguji kesetiaan papa terhadap mamanya. Papa merenung jauh dan memikirkan kata-kata yang diluahkan oleh Julia. Papanya bertanya sama ada kata-kata yang diluahkan oleh Julia itu sebagai satu cabaran. Bagi Julia, ibu tiri tidak menjadi apa-apa kesalahan jika dia seorang yang baik hati. Tambahan pula, lelaki Islam boleh beristeri lebih daripada satu sekiranya kemampuan.

Perkahwinan dengan gadis itu tidak boleh melakukan dan papa tidak sanggup hendak menduakan kasih sayang terhadap mama. Bahkan mama sendiri tidak asan mengizinkannya. Julia berasa terkejui apabila mendengar kata-kata papa. Dia berasakan bahawa papanya ada hati hendak berkahwin lagi.

Bab 7

Julia sudah naik ke Tingkatan 5 Akar di Sekolah Seri Gading. Doctor memaklumkan bahawa mama mengandung anak kembar. Papa sangat gembira. Papa telah membeli dua buah katil bayi dan membeli segala peralatan bayi serba-serbi dua sejak usia kandungan mama lima bulan lagi. Mak Cik Noraini menegur perbuatan papa. Papa hanya tersenyum apabila mendengar teguran Mak Cik Noraini. Bagi papa, biarlah Allah yang akan membuat segala keputusan kerana setiap takdirNya itu pasti ada kebaikan yang tersembunyi.

Pada pukul 4.00 pagi, papa memanggil Julia dan Mak Cik Noraini kerana mama sudah sampai masanya untuk bersalin. Pada masa itu, mama kelihatan sangat lemah dan tidak dapat bercakap lagi. Julia, Mak Cik Noraini, dan papa membawa mama ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia di Cheras. Semasa disorong ke bilik bersalin mama teah memohon maaf kepada papa.

Bab 8

Setelah agak lama Julia, papa dan Mak Cik Noraini menunggu di luar bilik bersalin, seorang doctor yang keluar dari bilik bersalin itu memberitahu mereka bahawa mama terpaksa dibedah kerana mengalami komplikasi.

Setelah tiga jam berlaku, seorang doctor keluar dari bilik bedah dan memberitahu kami bahawa mama telah selamat melahirkan anak kembar siam tetapi kedua-duanya telah meninggal dunia. Papa juga diberitahu oleh doctor bahawa mama koma kerana kehilangan darah yang banyak. Adik-adik Julia diberi nama Ahmad dan Muhammad dikebumikan di tanah perkuburan Islam yang berhampiran dengan rumah mereka. Julia berasa hiba atas kejadian yang menimpa keluarganya. Papa menghubungi pihak university, sekolah, kenalan, dan keluarga untuk memaklumkan musibah yang berlaku itu.

Page 9: Projek Novel PAPA

Bab 9Selepas kejadian itu, mama koma dan dirawat di hospital. Sejak itu, Julia telah

dihantar oleh papanya ke sekolah. Papanya tidak mahu melihat Julia pergi ke sekolah dengan bas.

Di sekolah, Julia mula berkenalan dengan seorang pelajar lelaki yang baharu sahaja belajar di Sekolah Seri Gading. Namanya ialah Rasylan. Rasylan memuji Julia kerana memiliki seorang bapa yang prihatin dan sangat sayang akan anaknya. Rasylan mahu mengenali emak dan ayah Julia dengan lebih dekat lagi. Rasylan mengajak Julia untuk berjumpa dengannya selepas waktu persekolahan. Rasylan menyatakan bahawa dia ingin pergi ke perpustakaan bersama Julia selepas habis kelas. Julia menolak pelawaan Rasylan kerana dia terpaksa mengikut papanya ke hospital untuk menjenguk mamanya yang koma di hospital.

Bab 10Julia dan papanya melawat mama di hospital. Cikgu Suzie turut serta. Papa

membisikkan sesuatu kepada mama dan mengharapkan mama cepat sembuh. Papa juga memberitahu kedatangan Cikgu Suzie, iaitu kawan baik mama. Namun, bisikan itu tidak dapat dipastikan sama ada didengar oleh mama atau tidak.

Papa tidak ada di rumah kerana member kaunseling kepada beberapa orang pelajar yang bermasalah dalam pelajaran di kolejnya. Julia yang sedang mengulang kaji pelajaran di dalam bilik bacaan sempat membelek sebuah album lama yang mengandungi gambar-gambar perkahwinan papa dan mama. Dalam album itu juga terselit sepucuk surat yang ditulis tangan oleh papa kepada mama yang menyatakan kasih saying papa terhadap mama.

Mak Cik Noraini mengajak Julia makan bersama-sama tetapi Julia enggan. Mak Cik Noraini ialah sepupu papa. Dia telah kehilangan suami dan dua orang anaknya yang masih kecil kerana terlibat dalam kemalangan di jalan raya. Papa telah mempelawa Mak Cik Noraini tinggal bersama-samanya. Aabila Julia dilahirkan baharulah perasaan sedihnya beransur-ansur hilang. Oleh sebab itu, Mak Cik Noraini sangat sayang akan Julia.

Bab 11 Mama Julia masih tidak berubah lagi. Dia masih terbaring kaku macam dahulu juga.

Mak Cik Noraini mencadangkan papa berkahwin lain. Papa hanya mengeluh panjang dan tetap mahu menunggu mama walaupun dia terpaksa menunggu terlalu lama. Tambahan pula, papa terpaksa menjaga hati Julia kerana dia seoarng gadis yang sangat sensitif seperti ibunya. Julia yang mendengar perbualan papa dengan Mak Cik Noraini di sebalik pintu berlalu dari situ dengan segear kerana dia tidak mahu mendengar cerita sebegini kerana bimbang hatinya akan terguris.

Papa bertanyakan Julia tentang peperiksaan bagi mata pelajaran Matematik, Sijik Pelajaran Malaysia pada hari itu. Julia menjelaskan bahawa banyak soalan yang diberi perhatian telah keluar. Papanya tersenyum gembira kerana dia mengetahui kebolehan Julia. Julia meminta keizinan daripada papanya untuk pergi ke rumah Rasylan selepas selesai menjawab kertas peperiksaan Geografi pada keesokannya. Dia mahu mengikut Rasylan pulang ke rumahnya di Taman Seri Andalas, Klang. Papanya agak keberatan untuk mengizinkan Julia pergi ke rumah Rayslan kerana baginya Julia masih muda dan tidak mampu untuk berfikir dengan matang. Tambahan pula, tidak manis bagi seorang gadis seperti Julia ke rumah rakan lelaki. Julia memohon maaf kepada papanya.

Page 10: Projek Novel PAPA

Bab 12

Julia menunggu papanya untuk makan malam. Kemudian, Julioa mendapat panggilan melalui telefon daripada Kak Aisyah yang mengajak Julia bermain tenis pada petang esoknya. Pada mulanya Julia menolak ajakan Aisyah tetapi papanya mendesak agar Julia pergi.

Sekembali Julia dari sekolah, setelah menduduki kertas terakhir peperiksaan SPM, Julia melihat sebuan ambulans di pekarangan rumahnya. Mama telah dibawa oleh papa pulang ke rumah setelah meminta kebenaran daripada doctor.

Petang itu, Julia dijemput oleh Aisyah ke gelanggang tenis di Kelana Jaya. Selepas bermain tenis, Aisyah membawa Julia ke rumahnya. Kemudian, Julia dihantar oleh Kak Aisyah pulang ke rumah papanya. Kak Aisyah memohon maaf kepada papa kerana lewat menghantar Julia oulang. Setelah selesai mandi dan bersolat, Julia melihat papa berada di sisi mama sedang membaca surah Yasin. Kemudian, papa berbual-bual dengan mama seolah-olah mama sudah tersedar.

Bab 13

Kini sudah lapan bulan mama berada dalam keadaan koma, tetapi masih belum ada tanda-tanda mama akan pulih. Selepas makan malam, papa ke bilik mama dan cuba bercakap-cakap dengan mama. Julia berasakan bahawa kasih sayang papa terhadap mama sangat kukuh dan tebal. Julia mengharapkan jodohnya nanti biarlah seorang lelaki yang mempunyai cirri-ciri yang sama dengan papa.

Setekah beberapa minggu peperiksaan tamat, Rayslan ke rumah Julia. Dia berbual-bual dengan papa berkenaan dengan kesihatan mama. Kemudian, papa bertanya tentang ibu bapa Rayslan. Rayslan memberitahu papa bahawa dia ialah anak angkat Datuk Mustakim bin Bahadar.

Papa mengimbas kembali kisah lamanya dengan Datuk Mustakim. Ketika Julia berusia empat tahun, Datuk Mustakim telah melanggar emak dan ayah papa ketika mereka pulang dari surau selepas menunaikan solat terawih. Ayah papa meninggal dunia manakala emak papa pula patah tulang belakang dan menjadi lumpuh. Datuk Mustakim telah menanggung semua kos di hospital, membeli kerusi roda kepada emak papa, dan menghulurkan derma sebanyak RM500 sebulan melalui doctor yang merawatnya sehinggalah emak papa meninggal dunia. Namun begitu, papa tidak mengharapkan semua bantuan itu. Papa menganggap Datuk Mustakim sebagai seorang yang baik hati tetapi pengecut.

Rasylan menawarkan diri untuk menemukan papa dengan Datuk Mustakim tetapi papa menolak. Pertemuah itu tidak penting lagi bagi papa kerana segala-galanya sudah selesai.

Page 11: Projek Novel PAPA

Bab 14

Ketika berjumpa dengan Julia di kedai buku di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Rayslan memberitahu Julia bahawa papanya seorang yang sombong tanpa member alasan yang kukuh menyebabkan hati Julia bertanya-tanya. Julia menyukai Rayslan bukan hanya sebagai teman sekelas tetapi lebih daripada itu. Rayslan merupakan seorang anak muda yang berkaliber sebagai pemimpin. Dia seorang pelajar yang cerdik, bijak membuat perhitungan, serta bersikap merandah diri.

Julia ditegur oleh papanya kerana lewat pulang. Teguran papa itu telah menyebabkan hati Julia tersentak dan dia mengaku bahawa dia keluar bersama Rasylan. Papa beritahu Julia bahawa dia tidak suka Julia berkawan dengan Rasylan. Hal ini demikian kerana Rasylan bukan daripada keturunan Melayu dan dia dipelihara oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Mereka juga tidak mengetahui latar belakang Rasylan dengan jelas. Julia cuba mempertahankan kedudukan Rasylan, namun papanya tetap berkeras dengan keputusannya. Akhirnya, Julia memberitahu papa bahawa dia cuba untuk merenggangkan hubungannya dengan Rasylan. Jawapan yang diberi itu hanya sebagai helah supaya pertengkarannya dengan papa tidak berpanjangan.

Bab 15

Julia dan Rasylan telah memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. Julia masih meneruskan hubungan baiknya dengan Rasylan secara sembunyi-sembunyi tanpa diketahui oleh papanya.

Semasa meraikan kejayaan mereka di Starbucks Coffee di Seksyen 14, Julia ternampak papanya dengan seorang gadis di sebuah restoran berhampiran sedang menikmati pizza. Julia melihat papanya begitu mesra dengan gadis itu dan dia mula berasa cemburu. Julia menjadi serba salah dan berharap Rayslan tidak menyedari kehadiran papanya di situ.

Julia pulang ke rumah dengan perasaan yang bercampur-campur. Papa mengucapkan tahniah kepada Julia atas kejayaannya yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. Julia memberitahu papanya bahawa dia mahu melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi UIA. Julia mahu mengambil jurusan Ekonomi di UIA. Dia mahu menjadi pakar ekonomi yang disegani pada suatu masa nanti.

Page 12: Projek Novel PAPA

Bab 16

Pemohonan Julia untuk memasuki Kolej Matrikulasi UIA telah Berjaya. Papa menghantar Julia ke kolej untuk proses pendaftaran. Julia ditempatkan di Asrama Siti Khadijah. Julia ditempatkan di Asrama Siti Khadijah. Julia mencari kawannya, Rasylan yang juga mendaftar masuk ke kolej yang sama. Rayslan sudah lama memerhatikan Julia bersama papanya, Cuma dia tidak mahu mengganggu apabila melihat papa Julia agak keberatan untuk meninggalkan Julia.

Rasylan memuji Julia kerana dia mempunyai papa yang amat prihatin terhadap anak. Rasylan terpaksa menguruskan segala-galanya sendiri. Rayslan ditempatkan di Asrarma Usman bin Affan.

Julia menyedari Rasylan memerlukan seseorang sebagai tempat untuk mengadu dan bermanja. Dia memerlukan belaian kasih saying daripada seorang ibu dan ayah. Julia memberanikan dirinya untuk melahirkan perasaannya terhadap Rayslan. Julia sanggup menjadikan dirinya sebagai tempat untuk Rasylan mencurahkan segala masalah dan menyelesaikan kerumitan dalam hidupnya. Julia telah menawarkan dirinya untuk dijadikan teman bagi menguatkan hati Rayslan. Kata-kata Julia itu menyebabkan Rayslan tersenyum gembira.

Julia mengajak Rayslan untuk menemaninya ke kedai buku MPH di Mid Valley. Julia ingin membeli buku-buku cerita bagi mengelakkan perasaan bosan kerana asyik membaca buku ilmiah sahaja. Selesai membeli buku, Julia dan Rayslan beritingan menuju ke Starbucks Coffee. Sekali lagi Julia ternampak papanya sedang berbual dengan begitu mesra dengan Kak Aisyah sambil menikmati minuman di meja bulat yang kecil.

Page 13: Projek Novel PAPA

Bab 17

Pada cuti hujung minggu, Julia pulang ke rumah. Julia bermanja dengan papanya tetapi ditegur oleh Mak Cik Noraini memandangkan dia sudah dewasa. Hati Julia menjadi runsing apabila memikirkan papa. Sebagai seorang lelaki, mungkin papa memerlukan seseorang untuk berbicara. Julia mula memikirkan nasihat yang diberikan oleh Mak Cik Noraini.

Julia berasa sedih kerana kepulangannya dari asrama tidak pernah disambut oleh mama. Julia hanya mampu berdoa agar Allah memanjangkan usia mama dan mengembalikan kesihatan maam kepada keadaan asalnya.

Esoknya kira-kira pukul 4.00 petang, papa menghantar Julia pulang ke asrama. Hari minggu nanti Julia tidak ke mana-mana kerana mahu menyiapkan esei yang diberikan oleh pensyarah. Papa menelefon Julia untuk bertanyakan khabar tentang pelajaran Julia.

Selepas bercakap dengan papa, Rayslan pula yang menelefon Julia. Rayslan mengajak Julia makan burger di Restoran A & W di Seksyen 16. Rayslan memberitahu Julia bahawa Encik Muaz al-Khalibi menyuruhnya melakukan ujian DNA.

Rayslan juga berasa hairan apabila memikirkan tujuan Encik Muaz al-Khalibi menyuruhnya membuat ujian DNA. Encik Muaz al-Khalibi berasal dari Jordan dan wajah Rayslan mirip dengan wajahnya. Sejak dia mengajar di kolej itu, Encik Muaz al-Khalibi asyik memerhatikan Rayslan.

Julia memimikirkan sesuatu tentang perhubungannya dengan Rayslan. Julia tidak mahu melukakan hati papa. Setibanya di Restoran A & W, Julia terkejut kerana ternampak papa dan Kak Aisyah di restoran tersebut. Julia berasa amat kecewa lalu mengajak Rayslan beredar dari situ.

Bab 18

Minggu berikutnya, Julia pulang ke rumah. Dia melangkah masuk ke rumah dengan senyap untuk mengejutkan Mak Cik Noraini. Julia terdengar perbualan Mak Cik Noraini dengan papa yang berkisar tentang hasrat papa untuk berkahwin lain. Mak Cik Noraini bersetuju dengan cadangan papa. Papa hanya berasa risau jika Julia tidak bersetuju. Mak Cik Noraini berharap papa tidak berasa risau akan Julia. Jika pada hari ini Julia tidak boleh menerimanya tetapi lambat-laun Julia akan dapat menerimanya juga.

Julia menemui papanya yang sedang membaca artikel tentang poligami. Julia ingin mendapatkan butiran lanjut daripada papanya tentang perkara itu. Julia memberitahu bahawa dia pernah terserempak dengan papa yang keluar bersama-sama dengan Kak Aisyah. Julia membantah papanya untuk berpoligami kerana mama masih hidup dan dia kecewa kerana papa bersikap curang terhadap mama.

Kata-kata Julia itu telah menyebabkan papa naik marah lalu papa menampar pipinya. Julia berasa amat terkejut dan sedih atas tindakan papanya secara drastic itu. Keesokannya, Julia bersiap-siap dengan beg galasnya untuk pulang ke asrama pada awal-awal pagi kerana merajuk dan hatinya luka atas perlakuan papanya itu.

Page 14: Projek Novel PAPA

Bab 19

Julia memberitahu Rayslan tentang hajat papanya hendak berkahwin lain. Rayslan melarang Julia agar tidak menjadi tamak. Julia tetap akan menjadi anaknya jika papa berkahwin lain.

Fikiran Julia telah terganggu. Dia tidak boleh menumpukan perhatian terhadap pelajaran. Rayslan prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh Julia. Rayslan menasihatkan Julia agar memberi tumpuan terhadap pelajaran. Julia tidak perlu memikirkan masalah orang lain.

Julia bertanyakan Rayslan tentang ujian DNA. Rayslan memeberitahu Julia bahawa dia sudah melakukan ujian DNA itu dan keputusannya positif. Ini bermakna Rayslan ialah anak kepada Encik Muaz. Namun, Rayslan tidak boleh menerima kenyataan Encik Muaz sebagai ayahnya.

Setelah dua minggu Julia tidak pulang ke rumah, Rasylan memberitahu Julia tentang kehadiran papanya ke kolej kerana mahu berjumpa dengan Julia. Di Coffee House Hotel Paya Serai, Julia tidak mahu makan kerana tidak berselera. Dia masih marah akan papa kerana tela menamparnya tempoh hari.

Papa menjelaskan tujuannya untuk berkahwin lain kepada Julia. Papa mahu mencari teman. Sejak mama koma, papa tidak pernah cuai untuk menjaganya. Papa memerlukan seseorang sebagai pengganti mama. Julia tidak bersetuju dan tidak mahu beribu tiri. Air matanya mula mengalir apabila berbincang tentang isu perkahwinan papanya. Oleh sebab Julia tidak bersetuju, maka papa mahu menghabiskan hari-hari terakhirnya di dunia ini sendiri sahaja. Kata-kata papa itu telah menyentuh hati Julia. Julia menangis teresak-esak. Akhirnya, Julia menyedari keperluan papanya. Dia menyuruh papanya berkahwin lain dengan harapan papa tidak akan meninggalkan.

Page 15: Projek Novel PAPA

Bab 20

Rasylan memberitahu Julia tentang sejarah hitam kehidupannya. Encik Muaz al-Khalibi tidak dapat mengawal nafsunya. Ibu Rasylan seorang warganegara Indonesia bekerja sebagai pengemas di biliknya. Encik Muaz al-Khalibi meninggalkan ibunya keseorangan sewaktu dia telah mengandung. Rasylan ditinggalkan oleh ibunya berhampiran dengan longkang besar yang menghala ke sebuah masjid di Bangsar Klang setelah dilahirkan. Ibu Rasylan kembali ke Indonesia dan Rasylan pula tidak berhajat untuk mencari ibunya. Dia begitu marah kerana kelahirannya daripada sikap kerakusan nafsu yang tidak pernah mengenal halal dan haram

Julia masih memikirkan hasrat papanya yang hendak berkahwin lain. Papa menelefon Julia dan mengajaknya untuk keluar minum bersama di samping mahu memperkenalkan bakal isterinya ang baharu kepada Julia. Julia tidak mahu mengikutnya tetapi setelah memikirkan kepentingan papa, akhirnya Julia menurut segala kehendaknya. Papa memperkenalkan Kak SAisyah kepada Julia. Kak Aisyah tersenyum riang. Sebenarnya calon isteri papa ini telah dikenali oleh Julia sebelum ini.

Papa emminta Julia pulang ke rumah pada hujung minggu. Papa mahu Julia menemaninya sewaktu majlis akad nikah pada malam itu. Julia agak keberatan untuk pergi ke majlistersebut dengan alasan mahu menjaga mama. Papa menyatakan kepada Julia bahawa dia akan membatalkan majlis pernikahan itu jika Julia tidak mengizinkan dia berkahwin. Namun, Julia tidak bersetuju dan dia mengiringi pemergian papa ke majlis pernikahan pada malam itu dengan senyuman dan fikiran yang kacau-bilau.

Bab 21

Julia mengalami deman panas dan papa telah membawanya ke hospital. Dia bermimpi bertemu dengan seorang pemuda dan wajahnya mirip dengan papanya. Suaranya juga sama dengan papanya. Julia tidak pernah melihat wajah pemuda itu. Pemuda itu memperkenalkan dirinya sebagai Jeffri dan mengatakan bahawa Julia telah merajuk. Jeffri bertanyakan sebab Julia merajuk. Akhirnya, Julia memberitahu Jeffri bahawa papanya ingin berkahwin lain.

Jeffri memberitahu Julia bahawa papa Julia amat menderita sejak mamanya koma. Walaupun mama masih hidup dan bernyawa tetapi dia tidak dapat berkongsi ceriat dengan papa. Papa memerlukan seseorang untuk berkongsi hidup.

Julia menyatakan bahawa dia berasa takut akan kehilangan kasih sayang daripada papanya. Jeffri menyuruh Julia merestui perkahwinan papanya demi kebahagiaan keluarga mereka. Setelah membuka mata, Julia melihat papanya berada di sisinya. Mak Cik Aisyah juga ada bersama berada di sisinya. Mak Cik Aisyah juga ada bersama dengan papa di hospital.

Seorang doctor telah mendekati katil Julia. Doctor itu menasihati Julia agar tidak terlalu menurut kata hati. Sebagai seorang pelajar, Julia perlu bertenang dan menerima sefala takdir yang telah ditentukan oleh Allah dengan hati yang reda. Julia memandang wajah papa dan isterinya, Mak Cik Aisyah. Mereka hanya bersenyum. Kemudian, doctor itu memberikan satu suntikan ubat untuk mengawal suhu badan Julia yang menyebabkan Julia tidak sedarkan diri.

Page 16: Projek Novel PAPA

Bab 22

Julia terlantar di hospital selama tiga hari. Doctor Razif yang merawat Julia memberitahu Julia bahawa dia mengalami kejutan yang sama dahsyat dengan trauma orang yang mengalami kemalangan. Julia juga mengalami tekanan kerana memikirkan masalah orang lain. Papa dan Mak Cik Aisyah tiba di hospital untuk menjemputnya kerana Julia sudah boleh pulang pada hari itu.

Setelah cuti rehat pertengahan semester tamat, Julia dihantar pulang ke kampus oleh papa dan Mak Cik Aisyah. Julia memberitahu papa bahawa dia tidak dapat pulang ke rumah selepas ini kerana mahu bersiap sedia untuk menghadai ujian semester pertama.

Rasylan mengajak Julia pergi ke Mid Valley. Julia menolak kerana takut bertembug dengan papanya. Namun, setelah dipujuk dan diberi alasan oleh Rayslan, akhirnya Julia menerima pelawaan Rasylan. Julia pulang ke rumah sesudah peperiksaan semester kedua berakhir. Dua minggu sebelum akhir tahun, keputusan peperiksaan matrik akan dikeluarkan. Julia berasa yakin keputusan peperiksaan itu akan berpihak kepadanya.

Papa melarang Mak Cik Aisyah memasuki bilik mama seorang diri. Papa bertengkar dengan Mak Cik Aisyah dan pertengkaran itu telah didengari oleh Julia. Mak Cik Noraini pula menegur Julia kerana asyik mendengar perbualan orang tua.

Julia meminta maaf daripada Mak Cik Aisyah sekiranya dia bersalah. Julia memberitahu Mak Cik Aisyah bahawa dua tidak menuduh Mak Cik Aisyah akan melakukan perkara-perkara yang buruk. Julia memahami niat suci Mak Cik Aisyah berkahwin dengan papa adalah untuk mengembalikan kebahagiaan hidup papa dan bukannya untuk merampas kasih sayang papa daripada mama dan Julia.

Mak Cik Aisyah mengucapkan terima kasih kepada Julia kerana dapat menerimanya dan berjanji akan menjaga papa, Julia dan mama dengan sebaik-baiknya.

Bab 23

Julia terpaksa melipatgandakan usahanya dalam pembelajaran pada semester ketiga. Julia berasa tidak senang terhadap sikap Rasylan yang terlalu cemburu. Perasaan cemburu Rasylan terbongkar apabila Rasylan mendedahkan bahawa dia terlihat Julia pernah ditegur oleh pelajar senior. Julia terkejut dan tidak menyangka bahawa perkara seperti itu telah menyebabkan Rasylan cemburu terhadapnya. Julia pulang ke rumah papa semasa cuti pertengahan semester bersama-sama Rasylan hingga ke Kuala Lumpur.

Di atas bas Intrakota, Rasylan sengaja duduk di sebelah Julia dan mereka berbual-bual semasa perjalanan pulang. Rasylan memberitahu Julia bahawa dia tetap dengan pendiriannya tidak mahu menerima tawaran daripada Encik Muaz. Dia tidak dapat menerima tawaran daripada Encik Muaz sebagai ayahnya. Rasylan juga tidak dapat menerima Encik Muaz sebagai seorang yang terpelajar dan berpendidikan agama yang tinggi melakukan perbuatan yang terkutuk itu.

Julia berjanji dengan Rasylan bahawa dia akan tetap bersama denga Rasylan walaupun apa-apa yang terjadi terhadapnya. Julia berasakan dirinya ada hak untuk membuat sesuatu keputusan. Rasylan menyatakan pendirian cintanya terhadap Julia. Dia tidak akan menyesal jika Julia berubah hati tetapi dia tetap dengan janjinya.

Page 17: Projek Novel PAPA

Bab 24

Semasa Julia pulang ke rumah papanya, rumah itu kelihatan lengang dan hanya Mak Cik Noraini yang ada di rumah. Papa pergi ke rumah Mak Cik Aisyah di Kelana Jaya. Mak Cik Aisyah sudah pun berbadan dua.

Papa dan Mak Cik Aisyah pulang dan mereka membawa kuih untuk dimakan bersama dengan Julia. Mak Cik Aisyah bertanyakan masalah yang dihadapi oleh Julia. Mak Cik Aisyah menasihati Julia agar bijak menjaga perasaan dan pandai membahagikan masa dan kerja. Julia mendengar segala nasihat yang berguna daripada ibu tirinya itu.

Rasylan ingin berjumpa dengan Julia. Namun, Julia menolak dengan alasan bahawa dia mahu menjaga mamanya. Selesai sembahyang Maghrib secara berjemaah, Julia dan papa terus ke bilik tempat mama tidur. Papa menegur mama seperti biasa. Tiba-tiba, mereka terkejut apabila mama membuka mata dan menggerak-gerakkan mulut meminta piza. Julia tercengana manakala papa bersikap tenang. Kemudian, Mak Cik Aisyah masuk ke bilik mama diikuti oleh Mak Cik Noraini. Papa kelihatan serba salah. Mama memerhatikan Mak Cik Aisyah yang sedang mengandung dan memegang bahu papa. Papa memberitahu mama bahawa Mak Cik Aisyah ialah isteri baharunya dan dia terpaksa berkahwin lain kerana terlalu kesunyian.

Mendengar penjelasan papa itu, air mata mama mengalir dan dia berasa sedih serta marah. Mama mendengus dengan kuat dan melepaskan tangannya yang berada dalam genggaman papa. Dada mama bergoncang dengan kuat dan matanya semakin layu. Akhirnya, mama menghembuskan nafasnya yang terakhir. Pemergian mama menyebabkan Julia, Mak Cik Aisyah, dan Mak Cik Noraini menangis kesedihan. Papa yang sebelum ini seorang yang sukar menangis akhirnya tewas juga apabila turut menangisi pemergian mama.

Page 18: Projek Novel PAPA

Plot

Plot

Binaan Plot Teknik Plot

Page 19: Projek Novel PAPA

Permulaan

Klimaks

Perkembangan

Peleraian

Binaan

Keadaan keluarga Julia, Papa, dan Mama digambarkan amat bahagia. Kasih sayang antara papa dengan mama menjadi asas keharmonian dan kesejahteraan hidup mereka. Sebagai anak, Julia berasa kagum terhadap kasih sayang antara papa dengan mama.

Papa memaklumkan Julia bahawa mama mengandung sekali lagi. Mak Cik Noraini bimbang mama akan menghadapi komplikasi seperti dahulu. Namun, dia sanggup menghadapi risiko demi membahagiakan papa. Akhirnya, setelah cukup bulan mama melahirkan anak kembar siam. Kedua-duanya meninggal dunia sejak dalam kandungan lagi. Mama pula koma kerana kehilangan darah yang banyak.

Setelah mama koma begitu lama, papa Akhirnya barasa kesunyian. Mak Cik Noraini Mencadangkan supaya papa berkahwin lain. Julia tidak bersetuju dan memberitahu bahawa dia pernah terserempak papa dengan Aisyah. Papa marah dan menampar pipi Julia. Julia merajuk dan pulang ke asrama seorang diri. Rasylan pula menyatakan ujian DNA yang dibuatnya menunjukkan dia anak Encik Muaz. Papa pergi ke asrama untuk cari Julia dan menjelaskan sebab dia ingin berkahwin lain. Julia akur dan papa mengambil keputusan berkahwin dengan Aisyah.

Selepas solat maghrib suatu hari, papa pergi ke bilik mama bersama Julia. Papa dan Julia berasa pelik apabila mama membuka mata dan menggerakkan mulut meminta pizza secara tiba-tiba. Mak Cik Aisyah masuk ketika papa berbual-bual dengan mama. Mama memerhatikan keadaan Mak Cik Aisyah mengandung dan memegang bahu papa. Papa memberitahu mama bahawa Aisyah ialah isteri baharunya. Dada mama bergoncang dengan kuat. Akhirnya, mama menghembuskan nafas yang terakhir. Permergian mama menyebabkan Julia, Mak Cik Aisyah, dan Mak Cik Noraini menangis kesedihan. Papa seorang yang tidak pernah menangis turut tewas apabila dia menangis pada hari kematian mama.

Page 20: Projek Novel PAPA

Teknik Plot

1. Teknik Dialog

Perbualan Julia dengan ibu Kak Aisyah “Bila?” tanyaku lagi. “Tadi,” jawabku. “Kalau di rumah, siapa nak jaga?” “Papa dan Ju.” “Ju tak sekolah?”

4. Teknik konflik3. Teknik imbas muka

Imbas muka mama sekiranya berlaku sesuatu yang buruk terhadap dirinya sewaktu dia bersalin kelak. “Andainya terjadi sesuatu yang tak baik pada Lia, macam mana bang?”Tanya mama sambil matanya tepat memandang papa yang sedang mencecahkan cawan teh o limau yang agak panas ke bibirnya.

2. Teknik imbas kembali

Imbas kembali Julia terhadap peristiwa jari mamanya luka kerana terkena pisau sewaktu menghiris timun. “Macam mana balah jadi macam ini?” Lembut saja suara Cikgu Jeffri sambil memegang jari isterinya yang masih menitiskan darahnya akibat luka terhiris pisau. Mukanya berkerut akibat kehairannan. “Lia tak perasan tadi… Lia sangka Lia sedang menghiris timun tapi..”

Intan Julia sebagai watak utamaKonfik memikirkan:- Peperiksaan SPM yang semakin hampir- Keadaan mama yang koma- Sikap negatif papa terhadap Rasylan- Kematian mama

Watak sampingan Cikgu JeffriKonflik hidup:- Isteri mengalami komplikasi semasa bersalin.- Anak dilahirkan dalam keadaan kembar siam- Isteri koma- Berkahwin lain

Page 21: Projek Novel PAPA

Tema

Kasih sayang yang mendalam dalam ikatan kekeluargaan yang lahir dari hati. yang suci

Buktinya mama sanggup mempertaruhkan nyawanya

untuk mengandung kali kedua sebagai tanda kasih

sayang yang mendalam terhadap papa yang

inginkan anak meskipun tahu risiko yang bakal

dihadapi sekiranya mama meneruskan kandungannya

Papa juga membuktikan

kasih sayang yang mendalam

terhadap mama sepanjang masa

mama koma dengan harapan

mama akan pulih

Intan Julia turut membuktikan kasih sayangnya dengan mengizinkan papa

mengahwini Aisyah meskipun pada

peringkat awalnya dia menentang

hasrat papa.

Contoh

Tema

Page 22: Projek Novel PAPA

Persoalan

Persoalan

4. Keprihatinan terhadap masalah orang lain.

Mak Cik Noraini dan Cikgu Suzie amat prihatin terhadap masalah kesihatan mama. Mereka mengingatkan mama

keadaannya yang mengalami komplikasi semasa melahirkan Julia. Walau

bagaimanapun, mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana mama tetap

dengan keputusannya untuk meneruskan kandungannya.

2. Kegigihan menimba ilmu pengetahuan.

1. Ketabahan dalam mengharungi cabaran dan

dugaan hidup. Papa tabah menerima

kenyataan anak kembar yang dinanti-nantikan meninggal

dunia dan isterinya yang koma. Papa bersikap optimis

dan berharap mama akan pulih pada suatu hari nanti.

3. Poligami dalam sesebuah keluarga.

Sebagai manusia biasa, papa juga mempunyai naluri dan berasa sunyi

apabila insan yang dicintainya telah koma.

Papa membuat keputusan untuk berkahwin lagi

walaupun Julia tidak bersetuju. Setelah

mendengar alasan papa, Julia membenarkan papa

berkahwin dengan Aisyah.

5. Cinta pada zaman remaja

Julia berkenalan dengan Rasylan sejak tingkatan lima. Hubungan mereka

bertambah intim selepas mereka belajar di Kolej Matrikulasi yang sama.

Rasylan dan Julia sering bertukar-tukar pendapat sekiranya salah seorang

daripada mereka mempunyai masalah.

Julia gigih untuk menghadapi SPM. Dia mendapat

keputusan yang cemerlang dalam SPM dan meneruskan

pelajarannya di Kolej Matrikulasi UIA.

Page 23: Projek Novel PAPA

Intan Juliana(Ju)

Anak tunggal kepada Cikgu Jeffri dan Cikgu Intan Maliana. Belajar di Sekolah Sri Gading. Dilahirkan dalam keadaan tidak cukup bulan. Namun kini, ketinggiannya

mencecah 160 cm. Mempunyai seorang kawan yang baik hati, Rasylan. Berjaya memperoleh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia yang cemerlang. Dapat menyambungkan pelajarannya di Kolej Matrikulasi UIA. Penyayang terhadap ibu bapa dan pembantu rumah. Baik hati terhadap Rasylan dan Mak Cik Aisyah.

Papa(Cikgu Jeffri)

Bapa Intan Julia dan suami Intan Maliana dan Aisyah.

Seorang guru di Sekolah Sri Gading.

Pensyarah Sejarah di Kolej Iktisas.

Dilanda kesunyian setelah Intan Maliana koma di hospital selepas melahirkan anak yang kedua.

Berkahwin dengan Aisyah, iaitu bekas pelajarnya.

Pernah jatuh hati dengan seorang doktor yang bertugas di Hospital Desa, Bidor tetapi doktor itu telah pun bertunang.

Walaupun telah berkahwin dengan Aisyah, namun kasih sayang terhadap Intan Maliana tidak berubah sehingga dia meninggal dunia.

Penyayang terhadap Intan Maliana, Julia, dan Aisyah.

Watak dan Perwatakan

Cikgu Intan Maliana

Isteri Cikgu Jeffri ibu Intan Julia.Seorang guru di Sekolah Sri Gading.Bertanggungjawab dan berdedikasi sewaktu mengajar murid-muridnya.Koma setelah melahirkan anak kembar siam di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.Menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah lama koma di hospital dan di rumah.Penyayang terhadap keluarga. Memberi nasihat terhadap Julia supaya belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dalam kehidupannya.Mengajar para pelajarnya sehingga mereka betul-betul faham. Jika ada pelajar yang tidak faham, maka dia akan mengulanginya beberapa kali.

Aisyah Berkelulusan Sains Sosial dan

Kemasyarakatan di universiti. Seorang pelajar di Kolej

Iktisas tempat Cikgu Jeffri mengajar.

Anak seorang hartawan terkenal, iaitu Datuk Sheikh Mahazar.

Perkahwinan Aisyah dengan Cikgu Jeffri dilangsungkan ketika Intan Maliana masih koma.

Gemar bermain tenis. Mengandung anak

pertamanya dengan Cikgu Jeffri.

Ibu tiri yang penyayang.

Page 24: Projek Novel PAPA

Latar

Masyarakat

Tempat

Masa

Latar Masyarakat Latar Tempat Latar Masa

Sekolah Seri Gading

Kolej Matrikulasi UIA

Coffee House Paya Serai

Bilik bedah

Gelanggang tenis di Kelana Jaya

Bilik ICU

Tingkatan 5 Akar

Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia

Starbucks Coffee

Pada pukul 2.30 petang

Pada suatu senja

Pada pukul 4.30 petang

Selepas solat Asar

golongan remaja atau pelajar sekolah

masyarakat dalam kalangan guru

yang mengajar di

masyarakat yang terdiri daripada golongan kaya

masyarakat yang bersikap baik hati

masyarakat yang bersikap iri hati

masyarakat pelajar di universiti

masyarakat Melayu yang beragama Islam

Pada pukul 2.00 petang

Latar

Page 25: Projek Novel PAPA

Latar Masyarakat

Golongan remaja atau pelajar sekolahMasyarakat dalam kalangan pelajar di Sekolah Seri Gading terutama pelajar dari Tingkatan 5 Akar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia pada hujung tahun itu. mereka terdiri daripada Intan Julia, Rasylan, Murni, dan Linda.

Masyarakat pelajar di universitiMasyarakat ini terdiri daripada pelajar Universiti Islam Antarabangsa, iaitu pelajar junior dan pelajar senior. Julia dan Rasylan adalah antara pelajar yang belajar di situ. Terdapat juga segelintir pelajar wanita yang belajar di sini memakai purdah.

Masyarakat dalam kalangan guru yang mengajar di sekolah Masyarakat dalam kalangan guru yang mengajar di Sekolah Seri Gading. Antaranya ialah Cikgu Intan Maliana, Cikgu Jeffri, Cikgu Suzie, dan Cikgu Raymond Brian. Cikgu Suzie mengajar mata pelajaran Matematik, Cikgu Raymond mengajar mata pelajaran Sejarah, dan Cikgu Intan Maliana pula seorang guru yang berdedikasi dan

Masyarakat Melayu yang beragama IslamMasyarakat ini terdiri daripada Cikgu Jeffri, Intan Maliana, Julia, Mak Cik Noraini, dan Aisyah yang menunaikan solat secara bersendirian atau berjemaah. Mereka sentiasa berdoa dan berserah kepada Allah serta menerima segala ketentuan-Nya dengan reda.

Masyarakat yang terdiri daripada golongan kayaMasyarakat ini terdiri daripada keluarga Aisyah dan Datuk Mustakim bin Bahadar, iaitu ayah angkat Rasylan. Aisyah ialah anak seorang hartawan terkenal, iaitu Datuk Sheikh Mahazar yang tinggal di rumah Mewah di Seksyen 7, Kelana Jaya. Walaupun kaya, gaya hidupnya agak sederhana dan tidak menunjukkan sikap

Masyarakat yang bersikap baik hatiMasyarakat ini terdiri daripada Mak Cik Noraini, Aisyah, dan Cikgu Suzie. Mak Cik Noraini sangat baik hati terhadap papa dan Julia. Dia membawa Julia ke rumahnya untuk diperkenalkan kepada ibu dan ayahnya serta banyak memberikan nasihat kepada

Masyarakat yang bersikap iri hatiMasyarakat yang mempunyai perasaan iri hati terhadap seseorang terdiri daripada pelajar Tingkatan 5 Akar di Sekolah Seri Gading. Salah seorang daripadanya ialah Murni. Dia selalu berasa iri hati terhadap Julia. Dia cuba menghasut pelajar-pelajar lain supaya membenci Julia.

Page 26: Projek Novel PAPA

Latar Tempat

Coffee House Paya SeraiTempat yang menjadi perjumpaan antara papa dengan Julia setelah dua Minggu Julia tidak pulang ke rumah kerana merajuk dengan papa yang telah menamparnya. Papa memberitahu Julia bahawa dia memerlukan seseorang untuk melaksanakan tugas-tugas mama.

Kolej Matrikulasi UIAJulia dan Rasylan berjaya memasuki Kolej Matrikulasi UIA setelah memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM

Starbucks CoffeeJulia mengajak Rasylan pergi ke Starbucks Coffee yang terletak di tingkat bawah bangunan pasar raya Cold Storage di Seksyen 14 untuk menikmati jamuan bagi meraikan kejayaan mereka dalam peperiksaan SPM.

Bilik ICUWad ICU ini terletak di tingkat tujuh di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia di Cheras. Di bilik ICU ini, mama terbaring kaku di atas katil kerana koma. Bahagian mulut, hidung, dan tangan mama dipenuhi dengan wayar. Pelawat yang ingin memasuki bilik ini dihendaki memakai pakaian dan kasut khas yang disediakan oleh pihak hospital.

Sekolah Seri GadingSekolah Seri Gading ialah tempat Julia belajar dan dia menduduki peperiksaan SPM. Papa dan mamanya juga pernah sama-sama mengajar di sekolah ini pada suatu masa dahulu. Cinta mereka berdua juga dikatakan bermula di sekolah ini.

Bilik bedahBilik bedah ialah salah satu kawasan unit rawatan dan perubatan yang terdapat di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia di Cheras. Mama telah dinasihatkan oleh doktor supaya dibedah kerana dia telah mengalami komplikasi dalam kandungannya. Apabila mama dibedah, adik-adik Julia yang kembar siam itu telah berjaya dilahirkan tetapi mereka telah meninggal dunia semasa dalam kandungan lagi. Gelanggang tenis di Kelana Jaya

Gelanggang tenis ini terletak di Kelana Jaya. Cikgu Jeffri bermain tenis dengan anak perempuannya, Julia. Cikgu Jeffri juga bermain tenis dengan isterinya, Intan Maliana. Di gelanggang tenis ini juga, Aisyah seorang pelajar kolej tempat papa mengajar telah muncul dan berbual-bual dengannya.

Tingkatan 5 AkarKelas ini ialah salah satu tingkatan lima yang terdapat di Sekolah Seri Gading. Antara pelajar yang belajar di kelas ini ialah Intan Julia, Rasylan, Murni dan Linda. Pada waktu pagi sebelum loceng berbunyi, pelajar-pelajar akan beratur di luar kelas sebelum memasuki kelas.

Hospital Universiti Kebangsaan MalaysiaHospital Universiti Kebangsaan Malaysia terletak di Cheras. Mama telah dikejarkan ke hospital ini kira-kira pukul 4.00 pagi kerana dia mengadu kesakitan untuk bersalin. Mama telah begitu lama berada di hospital ini kerana koma akibat kehilangan darah yang banyak semasa melahirkan anak yang kedua selepas Julia. Papa memilih hospital ini kerana tempat ini mempunyai kemudahan lengkap berbanding

Page 27: Projek Novel PAPA

Latar Masa

Pada pukul 2.00 petangJulia pulang dari sekolah pada hari itu, dia pulang agak lewat, iaitu pada pukul 2.00 petang sedangkan mamanya sudah lama menunggu di tengah sinaran matahari yang panas terik. Pada masa itu juga, Cikgu Suzie menumpang kereta mama untuk pergi ke bengkel kereta di Seksyen 14.

Pada suatu senja Julia mengintai papa di biliknya. Dia melihat papanya sedang menadah tangan memohon sesuatu daripada Allah. Julia yakin bahawa papanya sedang berdoa agar Allah menyembuhkan penyakit yang dialami oleh mamanya itu dengan segera.

Pada pukul 4.30 petangAisyah datang sendiri dengan sebuah Suzuki ke rumah Julia untuk menjemputnya. Kedatangannya tepat mengikut masa yang dijanjikan. Dia mahu menjemput Julia untuk pergi bermain tenis di Kelana Jaya. Julia enggan pergi kerana ingin menjaga mamanya yang baru sahaja dibawa pulang oleh papa. Namun, papa menyuruhi Julia pergi kerana tidak baik memungkir janji.

Selepas solat AsarPapa telah membawa pulang jenazah kembar siam itu. Mereka dikebumikan di perkuburan Islam yang berhampiran di rumah papa selepas solat Asar. Adik-adik diberi nama Ahmad dan Muhammad.

Pada pukul 2.30 petangSatu rombongan dari universiti tempat papa mengajar telah datang menziarahi jenazah adik-adik Julia di rumah papa pada pukul 2.30 petang. Rombongan itu seramai 15 orang. Mereka bersalam-salam dengan papa sambil mengucapkan takziah kepada papa atas kematian anak kembarnya.

Page 28: Projek Novel PAPA

Sudut Pandangan

Sudut PandanganSudut pandangan orang

ketiga untuk menceritakan segala

peristiwa yang berlaku dalam novel

Segala peristiwa, tempat, pemikiran, perasaan dan lain-lain diceriakan berdasarkan apa-apa

yang disaksikan, pengalaman, khayalan menggunakan watak yang lain bukannya

watak pengarang.

Pengarang orang yang serta tahu dalam semua cerita yang disampaikannya.

Pengarang tidak terlibat secara langsung dalam cerita ini

Menggunakan watak lain dan mempunyai kebebasan untuk menceritakan segala peristiwa yang berlaku. Di sini, watak pengarang tidak

disentuh dalam cerita.

Page 29: Projek Novel PAPA

Gaya Bahasa

Gaya Bahasa

Metafora-mataku liar mencari (hal. 1)-hingga masam mencuka (hal. 5)-memujuk hati yang menggerutu (hal. 7)-mengulum senyum (hal. 9)-membelah cuaca panas (hal. 37)-melemparkan senyuman (hal. 71)-menggegarkan jantungku (hal. 72)-digigit perasaan cemburu (hal. 126)

Personifikasi-angin bertiup neralun lembut. (hal. 1)-bibirnya melukiskan sebuah senyuman yang mesra. (hal. 2)-matahari suda mula menunjukkan wajahnya yang garang. (hal. 34)-kata Mak Cik Noraini membunuh segala teka-teki yang bermain di kepala papa dan kepalaku. (hal. 85)-sekali lagi, hati kecilku mengangis dan menjerit. (hal.

Diksi yang Menarik-dengan muka empat belas (hal. 72)-ketampanan wajahnya terserlah (hal. 76)-lirikan mata mama yang nakal (hal. 84)-membunuh segala teka-teki (hal. 85)-mengeluh berat (hal. 7)-sudah berlari sebelum bertatih (hal.92) -menyediakan tangannya ke atas bahuku (hal. 97)

Hiperbola-di bawah panahan cahaya matahari (hal. 7)-disimbah cahaya matahari yang terik (hal. 36)-renungan mata papa amat tajam setajam tombok hulubalang yang mengawal istana (hal. 44)-renungannya itu terlalu jauh hingga membelah bukit-bukau (hal. 87)-sampai terkeluar biji matanya (hal. 68)

Simile-seperti dapat membaca hatiku (hal. 1)-macam belangkas (hal. 5)-seperti udang yang digoreng (hal. 9)-seperti wajah papa ketika mudanya dahulu (hal. 18)

Page 30: Projek Novel PAPA

Nilai

Nilai Kesyukuran

Nilai Kerajinan

Nilai Bekerjasama

Nilai Kasih Sayang

Nilai Kegigihan

Nilai Berdikari

Nilai Prihatin

Nilai

Page 31: Projek Novel PAPA

2) Nilai kegigihanJulia berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang akan didudukinya pada hujung tahun itu. Dia mengulang kaji semua mata pelajaran dan bersiap sedia lebih awal supaya tidak menimbulkan masalah pada kemudian hari. Hasil daripada kegigihan itu,dia telah berjaya memperoleh kejayaan cemerlang dan berjaya memasuki Kolej Matrikulasi UIA.

7) Nilai prihatinCikgu Suzie seorang guru yang selalu prihatin terhadap rakannnya, iaitu Cikgu Maliana. Dia memberikan nasihat kepada Intan Maliana agar mengambil langkah berhati-hati untuk melahirkan anak yang kedua kerana Intan Maliana pernah mengalami komplikasi yang teruk semasa melahirkan Julia.

6) Nilai bekerjasamaRasylan sentiasa memberikan kerjasama terhadap rakannya, Julia semasa menuntut di universiti islam antarabangsa. Mereka bekerjasama dalam mencari bahan dan berbincang untuk menyiapkan tugasan yang diarahkan oleh pensyarah. Nilai kerjasama seperti ini amat penting dalam kalangan pelajar untuk meningkatkan kecemerlangan dalam pelajaran.

3) Nilai kasih sayang Cikgu Jeffri dan Cikgu Maliana merupakan sepasang suami isteri yang hidup dalam keadaan penuh kasih sayang, kemesraan dan kebahagiaan. Mereka selalu bersama dan hubungan mereka sangat akrab sehingga menimbulkan perasaan bosan di hati Julia. ulia berasa bosan kerana hubungan kasih sayang papa dan mamanya yang seperti belangkas.

5) Nilai berdikari

Nilai berdikari dalam kehidupan telah ditunjukkan oleh julia.dia tidak mahu menyusahkan papa.dia mahu berdikari untuk datang dan pulang dengan bas.julia mula belajar berdikari setelah dia berada di Kolej Matrikulasi UIA. Dia menguruskan diri dan pelajarannya sendiri tanpa bantuan daripada papanya.

1) Nilai KesyukuranCikgu Suzie dan Mak Cik Noraini menyuruh Intan Maliana supaya bersyukur kepada Allah atas kurniaan seorang anak, iaitu Julia. Julia ialah anak tunggal keluarga Encik Jeffri dan dia dilahirkan dalam keadaan komplikasi kerana tidak cukup bulan.

4) Nilai kerajinan Pembantu rumah Cikgu Jeffri, iaitu Mak Cik Noraini seorang yang sangat rajin bekerja. Dia tidak berasa jemu menjalankan tugas hariannya sebagai pembantu rumah untuk menguruskan rumah tangga Cikgu Jeffri. Selain mengurus rumah, dia juga memasak untuk keluaraga Cikgu Jeffri. Semasa Intan Maliana pengsan, dialah yang menjadi ibu kepada Julia.

Nilai

Page 32: Projek Novel PAPA

Pengajaran

Kita hendaklah sentiasa menghormati ibu bapa.

Kita hendaklah tabah dalam menghadapi ujian hidup.

Kita hendaklah sentiasa berusaha dengan gigih jika mahu berjaya

dalam sesuatu perkara.

Kita hendaklah sentiasa bersyukur kepada Allah.

Kita hendaklah sentiasa reda atas takdir yang ditentukan oleh Allah.

Kita hendaklah pasrah dan menyerahkan segala takdir itu

kepada Allah.

Kita hendaklah mempunyai perasaan kasih sayang dalam

keluarga.

Kita hendaklah hati-hati dalam mengawal perasaan supaya tidak

keterlanjuran kata.

Kita hendaklah sentiasa menjaga maruah diri.

Kita hendaklah sentiasa mengelakkan diri daripada melukakan hati ibu bapa.

Pengajaran

Page 33: Projek Novel PAPA

Pengajaran

1) Kita hendaklah sentiasa menghormati ibu bapa.Julia seorang anak yang amat menghormati mama dan papanya. Dia selalu mendengar nasihat dan tidak membantah teguran mereka. Papa menasihatinya agar membuat persiapan awal untuk menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang akan didudukinya pada hujung tahun. Dia patuh nasihat itu dan akhirnya memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.

2) Kita hendaklah tabah dalam menghadapi ujian hidup.Contohnya , mama mengalami komplikasi semasa melahirkan anak yang kedua, anak yang dilahirkan berkeadaan kembar siam telah meninggal dunia semasa dalam kandungan lagi, dan mama yang koma bertahun-tahun lamanya dan menyebabkan papa kesunyian.

3) Kita hendaklah pasrah dan menyerahkan segala takdir itu kepada Allah. Kita hendaklah berusaha untuk melakukan sesuatu perkara. Setelah berusaha maka kita hendaklah berserah kepada Allah. Oleh itu, papa tidak mengendahkan segala kata-kata dan pesanan Mak Cik Noraini yang tidak bersetuju dengan tindakan papa yang membeli peralatan bayi terlalu awal kerana boleh mendatangkan kempunan. Papa lebih suka untuk menyerahkan segala ketentuan dan takdir itu kepada Allah.

4) Kita hendaklah sentiasa berusaha dengan gigih jika mahu berjaya dalam sesuatu perkara. Seseorang pelajar yang mahu mencapai kejayaan dalam pelajarannya mestilah berusaha dengan gigih sejak awal lagi. Keadaan ini boleh dilihat melalui kegigihan Julia yang telah membuat persiapan awal untuk menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Akhirnya, dia berjaya memasuki Kolej Matrilukasi UIA.

10) Kita hendaklah mempunyai perasaan kasih sayang dalam keluarga.Perasaan kasih sayang perlu dipupuk dalam keluarga kerana amalan tersebut dapat mewujudkan keharmonian rumah tangga. Rumah tangga Cikgu Jeffri sentiasa harmoni dan bahagia kerana mereka sentiasa menyayangi antara satu dengan yang lain. Cikgu Jeffri sangat sayang akan Intan Maliana, Aisyah dan Julia.

9) Kita hendaklah sentiasa menjaga maruah diri.Julia sentiasa menjaga maruah dirinya sebagai seorang pelajar supaya tidak terjerumus dalam perkara yang tidak elok semasa berkawan dengan Rasylan. Dia tidak membenarkan Rasylan menciumnya kerana perbuatan itu tidak elok dipandang orang selain haram di sisi agama.

8) Kita hendaklah sentiasa mengelakkan diri daripada melukakan hati ibu bapa.Julia tidak mahu papa berkahwin lain walaupun dia sedar bahawa papanya perlu berkahwin lain. Julia memberitahu papanya bahawa mama masih hidup lagi. Julia menyatakan bahawa mama masih memerlukan papa dan dia tidak menyangka papa hendak berlaku curang terhadap mamanya. Kata-kata Julia itu telah menyebabkan

7) Kita hendaklah hati-hati dalam mengawal perasaan supaya tidak keterlanjuran kata. Papa tidak dapat mengawal perasaan marahnya terhadap Julia. Kata-kata Julia yang tidak suka papanya berkahwin lain dan mendedahkan tindakan papanya yang sering keluar makan bersama Aisyah telah menyebabkan papanya naik marah. Papa menampar pipi Julia sehingga Julia merajuk dan pulang ke asrama pada awal-awal pagi seorang diri.

6) Kita hendaklah reda atas takdir yang ditentukan Allah. Papa dan Julia reda atas apa-apa yang telah ditakdirkan oleh Allah kerana Dialah yang menentukan segala-galanya. Meraka reda dengan keadaan mama yang koma. Julia reda atas kematian adik-adiknya yang kembar siam itu. Dia juga reda atas kematian orang yang disayangi, iaitu Intan Maliana.

5) Kita hendaklah bersyukur kepada Allah. Rasylan sepatutnya bersyukur kerana Allah telah menyelamatkan nyawanya. Semasa dilahirkan, ibunya telah meletakkannya di tepi longkang besar. Kemudian, dia telah dipelihara oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat lalu diambil olah Datuk Mustakim sebagai anak angkat.

Page 34: Projek Novel PAPA

Pengarang: Deana Yusof

         Nama sebenar beliau ialah Norhaiza binti Yusof.

         Beliau dilahirkan pada 3 Mac 1957 di Kepong, Selangor.

         Beliau mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Kampung Bharu,

Kuala Lumpur.

         Setelah tamat pengajian, beliau melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi

MARA Malaysia, Shah Alam, Selangor.

         Beliau telah berkahwin dan menjadi suri rumah sepenuh masa serta menjadi

penulis di Pekan Ilmu Publications Sdn Bhd.

         Beliau juga bercadang untuk menerbitkan sebuah novel hanya setahun kerana

percaya kualiti bukan kuantiti

         Cogan kata beliau ‘’ Kita hendaklah fokus dalam melakukan sesuatu’’

Biodata Pengarang

Page 35: Projek Novel PAPA

Semasa menyiapkan kerja kursus ini, semua ahli kumpulan telah memberi kerjasama dan berjaya melakukannya kerja masing-masing dengan sempurna dalam tempoh yang telah diberikan.

Semasa menyiapkan kerja kursus ini, semangat kerjasama antara ahli-ahli kumpulan dapat dipupuk. Bukan itu sahaja, kami dapat berasa tanggungjawab terhadap kerja-kerja yang telah diberikan.

Penyiapan kerja kursus ini amat penting kerana kami telah mengetahui novel Papa ini dengan lebih mendalam. Dengan ini, kami bukan sahaja dapat menambah ilmu pengetahuan, malahan dapat menjawab soalan-soalan novel dengan cemerlang sekali.

Penutup