kajian novel srengenge

22
Penerapan Teori Personaliti Wajadiri Pada Watak Dalam Karya Shahnon Ahmad 2012 1 NO.2 KKD2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH (KOHORT 3) PENERAPAN TEORI PERSONALITI WAJADIRI PADA WATAK DALAM NOVEL SRENGENGE KARYA SHAHNON AHMAD TAJUK : MENCARI SINAR HARAPAN ABULANA BIN BOLHI 690319-13-5021 PPG/32062/12/USM/BI PENSYARAH: DR SHAHABUDDIN BIN HASHIM

Upload: abulana-bolhi-abulana

Post on 25-Jun-2015

2.041 views

Category:

Education


48 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian novel srengenge

Penerapan Teori Personaliti Wajadiri Pada Watak Dalam Karya Shahnon Ahmad 2012

1

NO.2

KKD2063

PEMBANGUNAN SAHSIAH

(KOHORT 3)

PENERAPAN TEORI PERSONALITI WAJADIRI PADA WATAK

DALAM NOVEL SRENGENGE

KARYA

SHAHNON AHMAD

TAJUK :

MENCARI SINAR HARAPAN

ABULANA BIN BOLHI

690319-13-5021

PPG/32062/12/USM/BI

PENSYARAH:

DR SHAHABUDDIN BIN HASHIM

Page 2: Kajian novel srengenge

Penerapan Teori Personaliti Wajadiri Pada Watak Dalam Karya Shahnon Ahmad 2012

2

NO.2

PENERAPAN TEORI PERSONALITI WAJADIRI PADA WATAK

DALAM NOVEL SRENGENGE

KARYA

SHAHNON AHMAD

TAJUK :

MENCARI SINAR HARAPAN

Page 3: Kajian novel srengenge

Penerapan Teori Personaliti Wajadiri Pada Watak Dalam Karya Shahnon Ahmad 2012

3

ISI KANDUNGAN

Perkara Muka Surat

Latar Belakang Kajian 1

Definisi Personaliti 2

Personaliti Wajadiri 2

Perihal Srengenge 3

Watak dan Perwatakan 4

Awang Cik Teh 4

Seorang yang Optimis 4

Seorang yang Berjiwa Kental 5

Seorang yang Sangat Teliti dalam Membuat Sesuatu Keputusan

Mahupun Tindakan 6

Seorang yang Taat pada Agama dan Tidak Berserah kepada Qada dan

Qadar 7

Seorang yang Berperibadi Tinggi dan Berbudi Bahasa 7

Determined 8

Mempunyai Naluri yang Kuat dan Azam yang Tinggi serta Berpandangan

Jauh 9

Kekuatan dan kelemahan watak Awang Cik Teh 10

Kekuatan watak Awang Cik Teh 11

Kelemahan watak Awang Cik Teh 12

Kesimpulan 16

BIBLIOGRAFI 19

Page 4: Kajian novel srengenge

Penerapan Teori Personaliti Wajadiri Pada Watak Dalam Karya Shahnon Ahmad 2012

4

PENERAPAN TEORI PERSONALITI WAJADIRI PADA WATAK

DALAM KARYA SHAHNON AHMAD

Oleh :

Abulana Bolhi

(PPG/32062/12/USM/BI) KOHORT 3

Tajuk : Mencari Sinar Harapan

Pengenalan/Latar Belakang Kajian

Kertas kerja ini akan cuba membincangkan tentang kehadiran elemen-elemen wajadiri

dengan mengaitkannya dengan watak-watak yang terdapat dalam karya terpilih Shahnon

Ahmad iaitu novel Srengenge(1981). Kajian ini akan menganalisis bagaimana pengarang

cuba menerapkan elemen-elemen Personalti Wajadiri dalam karyanya dan membawa

peranan penting ataupun pengaruh kepada watak-watak yang terdapat dalam karyanya dari

awal sehinggalah ke penghujung cerita.

Dalam novel Srengenge, kehadiran watak Awang Cik Teh mendominasikan watak-watak lain

seperti watak Keghesum, Imam Hamad, Useng (bomoh memiliki jin Islam) dan juga Siddik.

Watak Siddik merupakan pendorong kepada segala perancangan yang bakal diteruskan oleh

Awang Cik Teh untuk memugar Srengenge. Ini bersesuaian dengan plot novel ini di mana

watak Awang Cik Teh cuba mengajak masyarakat Srengenge kepada perubahan kehidupan

serta mengikis kepercayaan pada unsur-unsur animisme. Ini jelas sekali digambarkan oleh

Shahnon Ahamd dalam petikan di bawah:

“Terkena agaknya?”

“Entah. Baik tak baik ditegur datuk.”

“Baik tak baik. Merepek?”

“Entah. Tadi tidak. Sekarang Jantan jaga.”

“Srengenge itu banyak anak buahnya. Silap-silap langkah sasau dibuatnya. Silap-silap

tertegur, makan tak lalu, tidur tak boleh.”

(Srengenge: ms.110-111)

Srengenge berjaya mengheret pembaca hingga ke akhir bagi mengetahui sama ada Awang

Cik Teh, watak yang opotimis berjaya dalam usahanya mengajak penduduk kampung

menutuh Bukit Srengenge menjadi huma. Shahnon Ahmad cuba menerapkan nilai personaliti

wajadiri dengan jelas pada watak Awang Che Teh, iaitu seorang yang optimis pada bab akhir

novel ini.

“ ..Pembunuh!” jerit Awang Cik Teh dalam hatinya. Kalbunya kusut. Dia mengisar

punggung, sentap golok entah siapa punya dari dinding dan turun tangga mencari batang

pisang. Pembunuh walau Srengenge sekalipun mesti dibunuh. Lain tidak ada. Dan dia

sanggup membunuhnya walau dalam khayalan sepanjang hayat hidupnya sekalipun.”

(Srengenge: ms 219)

Page 5: Kajian novel srengenge

Penerapan Teori Personaliti Wajadiri Pada Watak Dalam Karya Shahnon Ahmad 2012

5

Definisi Personaliti

Personaliti merupakan sekumpulan respon atau gerak balas yang biasa dilakukan oleh

manusia apabila berhadapan dengan sesuatu peristiwa.

(Friedman & Schustack, 2009)

Setiap respon ini dipelajari oleh manusia untuk membolehkannya bertindak balas dalam

situasi persekitaran yang sama atau hampir sama.

Personaliti manusia terhasil daripada kesan tingkah laku yang ditunjukkan.Sekiranya tingkah

laku tersebut mendapat peneguhan, maka ia akan diulang lagi. Jika tingkah laku tersebut

diikuti oleh kesan yang negatif, maka ia akan dihentikan.

(Burger, 2000; Miltenberger, 2008)

Sahsiah adalah perkataan Bahasa Arab yang membawa maksud keperibadian atau peribadi

(Kamus Dewan, 2011). Maksud peribadi pula ialah manusia sebagai diri sendiri, sifat-sifat

(kelakuan, sikap) seseorang yang sudah sebati dengan diri sendiri untuk membentuk watak

dirinya. Ia juga menggambarkan sifat personaliti unik individu yang membezakan dirinya

dengan individu yang lain.

(Cloninger, 2008).

Personaliti Wajadiri

Salah satu definisi yang telah diterima pakai mengenai Personaliti Wajadiri ialah the

heightened likelihood of success in the school and other life accomplishment despite

environmental adversities brought about by early traits, conditions, and experiences.

(Wang, Hartel, & Walberg, 1994)

Personaliti Wajadiri boleh dianggap “pemantul” kepada sebarang risiko persekitaran yang

negatif.

Waja diri atau daya tahan merujuk kepada keupayaan individu untuk menghadapi tekanan

dan tidak difungsikan kepada psikologi yang nyata, seperti penyakit mental atau mood

negatif yang berterusan. Ini adalah pandangan arus perdana psikologi wajadiri, wajadiri atau

daya tahan ditakrifkan dari segi kapasiti seseorang untuk mengelakkan Psikopatologi

walaupun keadaan sukar.

Dalam psikologi humanistik, wajadiri merujuk kepada keupayaan individu untuk berkembang

dan memenuhi potensi walaupun atau mungkin juga kerana tekanan itu. Individu dan

masyarakat yang berdaya tahan lebih cenderung untuk melihat masalah sebagai peluang

untuk pertumbuhan. Dalam erti kata lain, individu berdaya tahan seolah-olah bukan sahaja

untuk menangani dengan baik dengan strainn tekanan dan luar biasa tetapi sebenarnya untuk

mengalami cabaran seperti peluang pembelajaran dan pembangunan. Sebagai contoh,

Shahnon Ahmad menggambarkan kematian Imam Hamad merupakan peluang baik bagi

dirinya untuk mencapai hasrat untuk memugar Srengenge. Penduduk Srengenge beranggapan

Page 6: Kajian novel srengenge

Penerapan Teori Personaliti Wajadiri Pada Watak Dalam Karya Shahnon Ahmad 2012

6

bahawa Srengenge adalah puncak Kematian Imam Hamad. Misalnya Shahnon Ahmad

menggambarkannya seperti di bawah:

“..Soal mustahil atau tak mustahil adalah soal Tuhan.soal mati Imam hidup Imam juga di

tangan Tuhan. Jawapan Useng hanya keluar dari diri orang yang bongkak. Awang Cik Teh

tahu itu. Dia teringat pada fikiran yang datang mendadak tadi. Dalam hati kecilnya dia ingin

kalau Imam Hamad mati. Dia kurang ambil tahu sama ada ingatan itu merupakan satu doa

atau satu harapan. Dia tidak tahu. Tapi itulah hasratnya dalam hati.Srengenge hanya sebuah

bukit. Tidak lebih dari itu. Dan sebuah bukit yang sedemikian subur, wajib ditutuh semuanya.

(Srengenge: ms. 139)

Walaupun sesetengah individu mungkin kelihatan untuk membuktikan diri mereka untuk

menjadi lebih berdaya tahan daripada yang lain, ia perlu diiktiraf bahawa daya tahan kualiti

dinamik, bukan kapasiti tetap. Dalam erti kata lain, individu yang mempunyai sahsiah

wajadiri menunjukkan dinamik diri-pembaharuan, manakala mereka yang kurang berdaya

tahan mendapati diri mereka dipakai dan impak negatif oleh tekanan hidup.

Sifat wajadiri ini cuba ditonjolkan oleh Shahnon Ahmad pada watak Awang Cik Teh dalam

novel Srengenge.

John Dewey (1859-1952), Amerika abad ke 20 yang terkenal sebagai seorang ahli falsafah

pendidikan, menerangkan rasa ini berterusan melalui pembaharuan diri yang dinamik:

“ Sebuah batu yang apabila dipukul menentang. Jika rintangan adalah lebih besar daripada

kuasa tamparan melanda, ia tetap zahirnya tidak berubah. Jika tidak, ia akan berkecai.

Manakala benda yang hidup dengan mudah boleh dihancurkan oleh tenaga yang lebih tinggi,

ia tidak ada yang kurang cuba untuk menghidupkan tenaga yang bertindak ke atasnya kepada

cara kewujudan sendiri lagi ... Ia adalah sifat hidup untuk berusaha untuk terus wujud. Sejak

berterusan ini boleh dicagar hanya oleh pembaharuan yang berterusan, hidup adalah salah

satu proses di mana diri sendiri perlu memperbaharuinya.”

Perihal Srengenge

Srengenge menurut Shahnon Ahmad berasal dari perkataan Jawa Kuno yang bermaksud

matahari. Tapi dalam novel ini Srengenge adalah nama bagi sebuah bukit di sebuah

kampung. Bukit Srengenge.Kewujudan sebenar Bukit Srengenge dalam novel ini dapat

dilihat di Sik, Kedah, tempat kelahiran penulis, Shahnon Ahmad. Penduduk kampung di Sik

itu memanggilnya dengan nama Bukit Enggang. Dari nama Enggang itu Shahnon Ahmad

menukarkannya kepada nama Srengenge.

Shahnon Ahmad memulakan novel Srengenge ini dengan kata,

“SRENGENGE tersergam hodoh macam setan.”

(Srengenge: ms. 1)

Page 7: Kajian novel srengenge

Penerapan Teori Personaliti Wajadiri Pada Watak Dalam Karya Shahnon Ahmad 2012

7

Permulaan novel ini seakan menceritakan segalanya yang tersirat. Srengenge dan setan.

Bagaimana Bukit Srengenge telah dijadikan oleh setan sebagai bahan untuk menyesatkan

penduduk Kampung Kaki Srengenge. Srengenge membawa konflik antara manusia dengan

unsur-unsur animisme.

(Shahnon Ahmad Dalam Esei dan Kritikan : ms.114)

“Novel Srengenge cuba mendedahkan satu aspek institusi kedesaan yang kompleks yang

berhubungan dengan kuasa ghaib meliputi cara hidup, kepercayaan, pantang-larang (taboos),

adat istiadat dan sebagainya.”

(Mohd. Yusof Hassan, Dewan Bahasa, Jun 1974)

Konfliknya timbul apabila watak utamanya, Awang Cik Teh melahirkan hasrat untuk

menutuh, menebas, memugar, membersihkan Bukit Srengenge itu. Bukit Srengenge yang

menjadi tempat kebanyakkan penduduknya menghabiskan masa lapang menepuk,

menggetah, meracik, dan menjebak. Hasrat Awang Cik Teh itu sudah pasti mendapat

tentangan yang maha besar dari sekalian warga kampung.Sebagai seorang penulis yang

hebat, Shahnon berjaya mengembangkan cerita menjadi sangat menarik dengan hanya

menjadikan Bukit Srengenge itu sebagai bahannya.

Setelah membaca novel ini secara mendalam, didapati bahawa Srengenge bukan hanya

sekadar sebuah bukit, ianya melambangkan kepada kemiskinan yang harus dilenyapkan dari

hidup penduduk kampung di kaki bukit tersebut. Hanya seseorang yang berfikiran ke arah

perubahan dapat melaksanakan tugas tersebut iaitu Awang Cik Teh.

Watak dan Perwatakan

Dalam kajian ini,watak Awang Cik Teh dipilih sebagai isu utama dalam menjelaskan faktor-

faktor yang bakal menyokong teori waja diri untuk di terapkan ke dalam watak tersebut. Di

samping itu juga, terdapat juga watak-watak lain yang akan diketengahkan untuk

mengukuhkan lagi tujuan utama kajian ini dalam membincangkan unsur-unsur persoanliti

wajadiri.

Golongan manusia yang mementingkan kebendaan dan pengaruh agama dalam kehidupan

lebih-lebih lagi yang berpegang kepada agama sebagai cara hidup akan meletakkan elemen

kerohanian sebagai atribut personaliti waja diri yang tertinggi. Pandangan Dr. Shahabudin ini

mungkin boleh dikaitkan dengan watak Awang Cik Teh dalam Srengenge.

Dr.Shahabudin Hashim (2002)

Awang Cik Teh

a. Seorang yang Optimis

Nilai wajadiri yang terdapat pada watak Awang Cik Teh adalah seorang yang optimis. Walau

menyedari bahawa usaha untuk memugar Srengenge adalah satu kerja yang sangat susah

namun dia masih percaya bahawa ia adalah bukan sesuatu yang mustahil. Dia percaya

bahawa Tuhan akan sentiasa membantunya. Sebagai satu ujian, kemiskinan harus ditentang

Page 8: Kajian novel srengenge

Penerapan Teori Personaliti Wajadiri Pada Watak Dalam Karya Shahnon Ahmad 2012

8

habis-habisan. Awang Cik Teh sebagai agent of change mesti tabah memulakan langkah

beraninya. Dia tidak harus gentar dengan hasutan dan umpat keji orang terhadap usaha

gigihnya.

“..Tapi ingatan-ingatan itu bukan boleh jadi halangan untuk menutuh Srengenge. Kalau

Siddik menbantah, tinggalkan saja dia. Kalau Diah membantah, tinggalkan saja Diah. Kalau

Kasseng membantah, tinggalkan saja Kasseng. Kalau semua anak buah Kaki Srengenge

membantah, dia sendiri akan menutuhnya. Dan dia cukup percaya, segarang Keghesum pun,

dia akan bersama menebang pokok-pokok merbau yang menjulang langit itu.”

(Srengenge: ms 5)

Awang Cik Teh tidak mudah mengalah walau apa pun yang menghalangnya daripada

menutuh Srengenge. Misalnya Shahnon Ahmad menggambarkannya seperti di bawah:

“..Awang Cik Teh sudah terlajak. Tapi biarkan. Memang dia hendak pugar Srengenge. Tak

boleh muafakat seluruh kampung, dia boleh pugar seorang diri. Tak boleh pugar serelung

dua, seluas tapak tangan pun dia akan pugar juga.”

(Srengenge: ms.211)

Desakan yang paling utama adalah untuk mendapatkan kepuasan nafsu swadiri (self

gratification).Sebagai contoh, Shahnon Ahmad menggambarkan dengan jelas teori ini di

dalam diri watak Awang Cik Teh, misalnya,

“..Dan bila semuanya sudah sedia, Srengenge akan diserang. Mengkudu, cenerai, semak

samun, akar rotan yang menjalar, semuanya akan ditebas. Biar segala binatang merayap habis

mati dipijak-pijak dan dipukul-pukul…"

(Srengenge: ms.83)

Kemunduran dalam aspek pembangunan jelas digambarkan oleh Shahnon Ahmad dalam

novel ini bagi menguatkan keazaman Awang Cik Teh dalam memperjuangkan hasratnya

untuk menutuh Srengenge. Penduduk kaki Srengenge sudah berazam mepunyai kepercayaan

penuh dan kudus kepada Srengenge. Hidup mereka amat sederhana dengan kemiskinannya.

Mereka tidak perlu mendengar cadangan Awang Cik Teh yang dianggap orang luar yang

merepek. Srengenge sumber rezeki mereka hendak dipugar dan diruntuhkan. Mereka lalu

menganggap Awang Cik Teh adalah duri dalam daging di kampung itu. Sebab, segala-

galanya mereka boleh dapat dari bukit tersebut. Ini jelas digambarkan oleh Shahnon Ahmad,

“..Bukan saja tekukur, tapi juga napuh, puling, punai, serindit, pelanduk, kayu api, rotan,

bertam, akar, buah-buah, pucuk kayu, daun ketupat, buluh lemang, gondang di paaya,

merbuk, entahlah, semuanya dari Srengenge. Orang kaki Srengenge cuma ambil saja.”

(Srengenge: ms. 134)

Page 9: Kajian novel srengenge

Penerapan Teori Personaliti Wajadiri Pada Watak Dalam Karya Shahnon Ahmad 2012

9

b. Seorang yang Berjiwa Kental

Kekentalan dalam mencapai sesuatu yang dikehendaki. Misalnya, Awang Cik Teh berazam

untuk memugar Srengenge dan demi mencapai azamnya itu, dia sanggup untuk menempuh

apa jua halangan sama ada dari kerajaan mahupun penduduk kampung itu sendiri.

Sebagai usaha untuk mengatasi kemiskinan ialah berjuang. Untuk itu perjuangan memerlukan

satu macam nekad yang padu serta semangat yang kuat dan gigih. Nekad Awang Cik Teh

untuk menumbangkan Srengenge jelas membayangkan kegigihan dan azam kuatnya.

Sehingga berpuluh-puluh kali azam itu diucapkannya. Malah segala sidiran isterinya

Keghsum diterimanya sebagai cabaran. Misalnya Shahnon Ahmad menggambarkan,

“.. Keghsum hanya merungut kepada Awang Cik Teh. Dan Awang Cik Teh hanya sasaran

bagi rungutan Keghsum. Dan itu adalah cabaran, sama seperti cabaran Srengenge yang

tersergam macam setan bertahun-tahun ini.”

(Srengenge: ms.13)

Tindakan Awang Cik Teh yang berhasrat meruntuhkan Srengenge yang tersergam macam

setan tua di depan matanya, merupakan satu tindakan yang mempunyai azam yang kuat dan

semangat yang gigih. Seperti mana yang dilukiskan oleh Shahnon Ahmad lagi,

“ Awang Cik Teh menentang bukit itu bagaikan menang lawan waktu muda-muda dulu.

Semuanya itu adalah setan yang hodoh. Dan setan hodoh itu sedang menggamit-gamitnya.”

(Srengenge: ms.15)

Bagi Awang Cik Teh, Srengenge adalah penghalang kemajuan, penyekat ekonomi dan

penyebab kemiskinan kampungnya. Oleh kerana itu Awang Cik Teh terus membulatkan

tekadnya bagi membasmi kemiskinan itu, sebagaimana kata Shahnon Ahmad lagi,

“Srengenge akan ditebas dan ditebang dan dibakar dan ditajak. Srengenge tidak akan tinggal

bukit lagi. Ia akan menjadi huma. Dan Awang Cik Teh yang berusia lima puluh lima tahun

itu akan menghumakan bukit Srengenge itu.”

(Srengenge: ms.15& 16 )

c. Seorang yang Sangat Teliti dalam Membuat Sesuatu Keputusan mahupun Tindakan

Sebelum mengambil sesuatu tindakan, beliau sering memikirkannya terlebih dahulu perkara

yang bakal ditempuhinya nanti. Seperti sebelum ini, beliau pernah diburuk-burukkan

dikhalayak ramai oleh Siddik dalam mesyuarat di madrasah, iaitu peristiwa yang tidak akan

dilupainya. Disebabkan banyak peristiwa yang begitu mencabar bagi dirinya, maka beliau

begitu teliti dalam membuat perancangan. Pada malam itu, dia mengira-ngira segala halangan

yang bakal ditempuh seterusnya merancang jalan keluar bagi mengatasi masalah itu.

Page 10: Kajian novel srengenge

Penerapan Teori Personaliti Wajadiri Pada Watak Dalam Karya Shahnon Ahmad 2012

10

Misalnya Shahnon Ahmad menggambarkan,

“Imam fikir-fikirlah dahulu.minggu depan saya datang lagi.”

(Srengenge: ms.41)

“..Kalau kapak yang lama tidak tajam lagi, beli kpak baru. Dan hulunya biar kayu yang

berteras teguh.”

(Srengenge: ms.83)

Akhirnya jalan keluar sebagai penyelesaian ialah Awang Cik Teh terpaksa berhadapan

dengan masyarakat kaki Bukit Srengenge untuk menyelesaikan konflik dalam dirinya.

Keputusan ini diambil dengan menjadikan Imam Hamad sebagai perantaraannya dengan

masyarakat Srengenge.

d. Seorang yang Taat pada Agama dan Tidak Berserah kepada Qada dan Qadar

Dalam usia 55 tahun dengan kehidupan yang tidak pernah berubah semenjak beliau berhijrah

ke kampung di kaki Bukit Srengenge, beliau tidak pernah mengeluh mahupun berserah

kepada qada dan qadar sahaja. Dia tetap menunaikan solat subuh walau badannya terasa

sakit-sakit. Kebergantungannya kepada pertolongan Tuhan juga sangat tinggi sepanjang dia

merancang untuk memugar Srengenge. Misalnya Shahnon Ahmad menggambarkan,

“..Malam yang sudah pun larut itu bertambah larut lagi. Terus dia melangkah masuk ke dapur

perlahan-perlahan mengambil air wuduk. Tikar sembahyang yang tersangkut pada tali tegang

tengah rumah diambil. Dia ingin sembahyang sunat ditengah-tengah malam buta itu.”

(Srengenge: ms.79)

e. Seorang yang Berperibadi Tinggi dan Berbudi Bahasa

Watak Awang Cik Teh digambarkan sebagai seorang yang berperibadi tinggi dan berbudi

bahasa. Beliau berasal dari Rantau Laban, Tebing Tinggi, Sumatera, Indonesia. Sungguhpun

dia bukan anak jati Srengenge, dia tidak pernah beranggapan bahawa ianya asing baginya

malah dia cuba untuk membawa perubahan mahupun pembangunan untuk dikecapi bersama

penduduk di kaki bukit Srengenge dengan memugar Srengenge. Dia sangat menghormati

penduduk di situ dan kalau boleh tidak mahu menyakiti hati mereka. Ini cuba dijelaskan oleh

Shahnon Ahmad, di mana Awang Cik Teh melayan Imam Hamad dan Hajah Munah dengan

baik. Misalnya, ketika Hajah Munah dan Imam Hamad hendak pulang, dia menghantar

mereka hingga ke depan pintu dan tunggu sehingga mereka hilang dari pandangan. Seperti

mana yang digambarkan oleh Shahnon Ahmad lagi,

“..Tapi Awang Cik Teh masih berdiri tegak mengikuti lenggok sinar lampu picit Haji Munah.

Sinar itu sekejap terhayun ke kiri sekejap terhayun ke kanan dan sekali-sekala terhala pula ke

belkang kea rah Imam Hamad. Sedikit demi sedikit sinar itu jadi malap dan kemudian luput

dari pandangan.”

(Srengenge: ms.77)

Page 11: Kajian novel srengenge

Penerapan Teori Personaliti Wajadiri Pada Watak Dalam Karya Shahnon Ahmad 2012

11

f. Determined

Awang Cik Teh merupakan seorang yang mempunyai visi dan misi yang unggul. Dengan

azam yang kuat dia tidak mahu sesiapapun cuba menghalangnya untuk memugar Srengenge.

Dia sentiasa memikirkan cara dan mencari jalan untuk memugar Srengenge sehingga

menyebabkannya mengharapkan Imam Hamad mati agar Srengenge akan dibenci penduduk.

Ini jelas digambarkan oleh Shahnon Ahmad, misalnya:

“..Dalam hati kecilnya dia ingin kalau Imam Hamad mati. Dia kurang ambil tahu sama ada

ingatan itu merupakan satu doa atau satu harapan. Dia tidak tahu. Tapi itulah hasratnya

dalam hati.Srengenge hanya sebuah bukit. Tidak lebih dari itu. Dan sebuah bukit yang

sedemikian subur, wajib ditutuh semuanya.

(Srengenge: ms. 139)

Dalam novel Srengenge, kematian Imam Hamad merupakan klimeks ataupun kemuncak

kepada cerita novel ini. Ianya merupakan penyelesaian kepada persoalan dalam diri Awang

Cik Teh. Kematian Imam Hamad dipercayai sebagai 'balasan' alam (Srengenge) ke atasnya

setelah bertindak membunuh 'Jebat', tekukur peliharaannya secara kejam sewaktu dinihari di

Bukit Srengenge. Penduduk kampung percaya bahawa tindakannya menimbulkan kemarahan

Bukit Srengenge.

“Ngapa naik koro?” bisiknya.

Mata Jebat pucat.Sekali gus Jebat disentap dari tumang. Paha kakan Jebat tercabut. Darah

keluar. Dia eratkan ckaknya hingga berkiak-kiak bunyi tulang Jebat berlaga dia mencabut

bulu kepak sehelai demi sehelai. Dia mencabut bulu tengkuk sehelai demi sehelai. Kemudian

bulu ekor, bulu belakang, bulu perut hingga gundul.”

(Srengenge: ms. 55 )

Imam Hamad ditakdirkan meninggal dunia walaupun selepas Bukit Srengenge dijamu. Tapi

penduduk Kampung Kaki Srengenge tetap mempercayai kuasa datuk-datuk yang menjaga

Bukit Srengenge. Tetap memuliakan Bukit Srengenge. Sehingga sesiapa yang cuba memugar

Srengenge diibaratkan seperti meruntuhkan madrasah, mencabut batu nisan, mengoyakkan

al-Quran. Sampai begitu sekali kepercayaan mereka. Dan pasti Imam Hamad telah

melakukan salah besar kepada Bukit Srengenge sehingga begitu sekali balasannya.

Jangankan kata mahu memugar, berniat sahaja pun sudah seperti ibarat membunuh diri.

“..Berniat saja pun sudah cukup. Apalagi kalau niat itu hendak tutuh setiap merbau setiap

meranti yang ada. Itu sama saja seperti menelanjangi Srengenge. Sama seperti meruntuh

madrasah. Sama seperti cabut batu nisan. Atau berniat hendak koyak Quran. Orang itu akan

jadi sasau. Niat itu sendiri akan menjelma dalam berbagai rupa dan akan mengikut ke mana

saja walau dalam tidur sekalipun.”

(Srengenge: ms.211-212)

Page 12: Kajian novel srengenge

Penerapan Teori Personaliti Wajadiri Pada Watak Dalam Karya Shahnon Ahmad 2012

12

Disebabkan oleh harapan yang begitu tinggi untuk terus memugar Srengenge, Awang Cik

Teh dalam tidak sedar menggangapkan bahawa kematian Imam Hamad merupakan jalan

yang terbentang luas untuk meneruskan hasratnya. Dan dengan kematian Imam Hamad,

penduduk Srengenge akan menyalahkan Srengenge yang mengakibatkan Imam Hamad

meninggal dunia. Shahnon Ahmad cuba menggambarkan niat Awang Cik Teh yang selama

ini terpendam akhirnya terlerai juga,

“..Dalam hati kecilnya dia ingin kalau Imam Hamad mati. Dia kurang ambil tahu sama ada

ingatan itu merupakan satu doa atau satu harapan. Dia tidak tahu. Tapi itulah hasratnya

dalam hati.Srengenge hanya sebuah bukit. Tidak lebih dari itu. Dan sebuah bukit yang

sedemikian subur, wajib ditutuh semuanya.

(Srengenge: ms. 139)

g. Mempunyai Naluri yang kuat dan Azam yang Tinggi serta Berpandangan Jauh

Dalam Kajian ini, didapati Shahnon Ahmad bijak mengadun watak dan juga latar di kaki

Bukit Srengenge untuk menghidupkan elemen asas yang ada pada manusia iaitu Naluri.

Naluri hidup ‘eros’.Sepertimana yang kita ketahui bahawa tenaga psike dimanifestasikan

oleh naluri kehidupan dikenali sebagai libido. Naluri kehidupan paling penting kepada

personaliti adalah seks (ditakrifkan dalam erti yang lebih luas dari kebiasaan).

Naluri merupakan elemen asas dalam personaliti yang mendorong tingkah laku manusia.

Terdiri dari 2 kategori naluri iaitu naluri hidup (eros-life instincts) dan juga naluri mati

(thanatos-death instincts). Seks sebagai motivasi utama dalam kehidupan. Ianya bukan sahaja

merujuk pada perasaan erotik tetapi termasuk semua tingkah laku dan pemikiran yang

memberi keseronokkan dan kenikmatan (pleasureable). Keseronokkan dan kenikmatan

bercucuk tanam jelas digambarkan oleh Shahnon Ahmad pada niat Awang Cik Teh misalnya,

“..Biar kayu-kayan diganti dengan kulat, jambak, pisang jari buaya, pisang awak raja, labu

kerambil, timun dendang lonjong, peria, ubi kling dan terung.”

(Srengenge: ms.1).

“ Yang aku nak buat, semuanya jadi. Nak buat Syarikat Mati, Syarikat Mati jadi. Nak buat

Syarikat Baja, Syarikat Baja jadi. Dan bila aku nak buat huma menutuh Srengenge,

Srengenge akan ku tutuh.”

(Srengenge: ms. 13)

“Srengenge akan ditebas dan ditebang dan dibakar dan ditajak. Srengenge tidak akan tinggal

bukit lagi. Ia akan menjadi huma. Dan Awang Cik Teh yang berusia lima puluh lima tahun

itu akan menghumakan bukit Srengenge itu.”

(Srengenge: ms.15& 16 )

Naluri mati ‘thanatos’ merupakan naluri yang merosakkan dan bertentangan dengan naluri

kehidupan. Sepertimana yang kita ketahui, manusia mempunyai keinginan tidak sedar

(unconscious wish) untuk mati. Adakalanya, dorongan agresif (aggressive drive) memaksa

manusia untuk menghancurkan, menakluk, dan membunuh. Unsur- unsur ‘thantos’ ini cuba

Page 13: Kajian novel srengenge

Penerapan Teori Personaliti Wajadiri Pada Watak Dalam Karya Shahnon Ahmad 2012

13

digambarkan oleh Shahnon Ahmad pada watak Awang Cik Teh, walaupun hanya

bermonolog sendirian ianya member kesan yang cukup mendalam kepada perkembangan plot

novel Srengenge, misalnya,

“..Bukit yang sekian lama menyemakkan kawasan.Yang selama ini jadi musuhnya.”

(Srengenge: ms.1)

“ Pembunuh!” jerit Awang Cik Teh dalam hatinya. Kalbunya kusut. Dia mengisar punggung,

sentap golok entah siapa punya dari dinding dan turun tangga mencari batang pisang.

Pembunuh walau Srengenge sekalipun mesti dibunuh. Lain tidak ada. Dan dia sanggup

membunuhnya walau dalam khayalan sepanjang hayat hidupnya sekalipun.”

(Srengenge: ms .219)

Teori Frued ini berasas kepada tiga bahagian dalam diri manusia iaitu id (nafsu), ego (akal)

dan superego (iman). Id merupakan bahagian sahsiah tidak sedar yang menekankan kepuasan

serta merta dan hendakkan keseronokan maksimum. Ia didorong oleh tenaga libido yang

merupakan tempat menyimpan desakan asas dan merupakan stesen menyimpan segala

keinginan manusia. Id akan merangsang kita untuk mempunyai seks, makan, minum dan apa-

apa yang memenuhi keperluan manusia.Sama juga dengan persoalan kehidupan yang belum

dapat dipenuhi oleh Awang Cik Teh dalam novel Srengenge.Dengan harapan setelah

memugar Srengenge dapat mengubah corak kehidupan yang diinginkannya selama ini. Di

samping itu juga, ianya dapat dikecapi oleh penduduk Srengenge. Unsur ini cuba

digambarkan oleh shahnon Ahmad seperti di bawah:

“..Srengenge wajib ditutuh satu hari. Merbaunya, merantinya, pinang baiknya wajib ditutuh.

Rotansega badaknya, rotan manau telurnya, akar cirit murianya wajib disentk satu hari; baik

songsang ataupun tidak songsang. Dan banir-banir yang sepemeluk dua tiga pemeluk itu

wajuib ditumbang dan dibakar sampai benar-benar menyembah bumi. Biar kayu kayan

diganti dengan kulat, jambak, pisang jari buaya, pisang awak raja, labu kerambil, timun

dendang lonjong, peria, ubi keeling dan terung.”

(Srengenge: ms.1)

“Srengenge akan ditebas dan ditebang dan dibakar dan ditajak. Srengenge tidak akan tinggal

bukit lagi. Ia akan menjadi huma. Dan Awang Cik Teh yang berusia lima puluh lima tahun

itu akan menghumakan bukit Srengenge itu.”

(Srengenge: ms.15& 16 )

Kekuatan dan kelemahan watak Awang Cik Teh

Melalui watak Awang Cik Teh, Shahnon Ahmad telah berjaya menggambarkan keseluruhan

cerita ini. Sebagai memenuhi norma manusia biasa, pengarang mewujudkan berbagai-bagai

situasi bagi menggambarkan kelebihan dan kelemahan Awang Cik Teh sebagai seorang lelaki

berusia 55 tahun, berasal dari Rantau Laban, Tebing Tinggi, Sumatera, Indonesia dalam

menghadapi kemerlut kehidupan penduduk di kaki Bukit Srengenge.Tentangan hebat ini jelas

digambarkan oleh Shahnon Ahmad, misalnya,

Page 14: Kajian novel srengenge

Penerapan Teori Personaliti Wajadiri Pada Watak Dalam Karya Shahnon Ahmad 2012

14

“..Pak Su Teh ambil baja untuk rambutannya.Pak Su Teh bukan anak Kaki Srengenge jati.

Dia anak bangsat. Anak bangsat Rantau Laban.”

(Srengenge: ms.4)

Di sinilah Awang Cik Teh telah melalui proses sublimasi (Nye,1992) iaitu naluri-naliuri yang

sentiasa mendesak individu dan berupaya menimbulkan kegelisahan di dalam diri tetapi

dilepaskan dalam bentuk positif yang boleh diterima masyarakat umum. Awang Cik Teh

menengelamkan rasa gelisah dalam dirinya dengan mengambil satu langkah positif iaitu

berhasrat untuk memugar Srengenge. Selain sebagai usaha untuk membuktikan

keupayaannya, langkah ini juga sebagai satu cara untuk memajukan kampung tersebut dan

meningkatkan ekonomi penduduknya. Ini sebagai satu cara mencari identiti baru dan

meningkatkan keyakinan diri untuk menghadapi masa akan datang. Pergolakan diri Awang

Cik Teh ini jelas terpapar di awal novel ini.

“..Setip kali Awang Cik Teh habis makan dan keluar sidai perut di jemburan buluh gelegar

membiar nasi turun, bukit itu jadi sasarannya.”

(Srengenge: ms.1)

Sahnon Ahamad dengan jelas sekali menggambarkan watak Awang Cik Teh yang begitu

tabah dan cekal untuk memugar Srengenge.

Kekuatan watak Awang Cik Teh

Kekuatan watak Awang Cik Teh ialah dia berusaha untuk menenteramkan pergolakan dalam

jiwanya dengan berhasrat untuk memugar Bukit Srengenge, sesuatu yang lebih positif iaitu

menyumbang idea dan tenaganya untuk mencapai hasrat hidup dirinya serta kepentingan

penduduk di kaki Bukit Srengenge. Hasrat ini cuba di sampaikannya kepada Imam Hamad,

sebagai ketua masyarakat di kaki Bukit Srengenge. Awang Cik Teh cuba meyakinkan Imam

Hamad terlebih dahulu, selepas itu kepada penduduk setempat dengan harsatnya untuk

memugar Srengenge. Dengan satu semangat baru, Awang Cik Teh cuba mengajak penduduk

Srengenge keluar dari kepompong masyarakat yang pasrah kepada kehidupan. Shahnon

Ahmad dengan jelas meggambarkan kegigihan Awang Cik Teh dalam mempertahankan

hasratnya, misalnya,

“..Aku. Apa awak fikir tua macam aku ini tak boleh jaga padi huma? Sapa buat bendang

baruh empat relung ini? Aku. Menajak, menggala, menyisir. Sapa buat rumah ini? Aku.

Menarah, menggaji, cukup atap?”

(Srengenge: ms.9)

Menurut Robiah (1995), penghargaan kendiri yang tinggi dan padat dapat dilihat melalui

cirri-ciri positif seperti berdikari, sanggup menerima tanggungjawab, bersedia menghadapi

cabaran baru dengan penuh azam, Berjaya menghadapi kekecewaan dan berkeupayaan

mempengaruhi orang lain. Penghargaan kendiri ini sebenarnya mempengaruhi tahap

keyakinan seseorang terhadap dirinya sama ada ia bersikap otimis atau sebaliknya.

(Robiah K.Hamzah,1995)

Page 15: Kajian novel srengenge

Penerapan Teori Personaliti Wajadiri Pada Watak Dalam Karya Shahnon Ahmad 2012

15

Dari satu sudut, Awang Cik Teh dilihat sebagai seorang watak yang mengandungi unsur

dendam. Iaitu dendam dari sudut pandangan positif. Dendam dengan Bukit Srengenge dan

juga orang-orang yang telah memburuk-burukkannya. Keadaan ini ditunjukkan apabila

Awang Cik Teh sering bermonolog dengan dirinya sendiri.Ini jelas sekali digambarkan oleh

Shahnon Ahmad, misalnya;

“..Sampai matipun Awang Cik Teh tidak boleh lupa. Sesungguhnya dia tak pernah berusaha.

Sengaja dia tidak berusaha untuk melupakannya. Soal gagal bukan soal tamat. Sesungguhnya

tidak ada tamat dalam perjuangan hidup.”

(Srengenge: ms.5)

Atas keyakinan itulah Awang Cik Teh tidak berhenti-henti berdoa dan menaruh harapan agar

dapat memugar Srengenge serta menolak kepercayaan-kepercayaan karut yang tersimpan di

Bukit Srengenge.

Ainon Mohd.(1997), pula berpendapat bahawa estim adalah bagaimana kita menilai diri kita.

Konsep estim ini member penekanan bagaimana kita melihat diri sendiri meliputi aspek

emosi, rohani, intelek dan sosial kita.

(Ainon Mohd. & Abdullah Hasan,2002)

Dalam membina estim yang positif ataupun personaliti wajadiri, Awang Cik Teh telah

menanamkan rasa yakin bahawa dia mampu menentukan kedudukan dirinya. Awang Cik Teh

tahu bahawa dia bukan anak bangsat seperti yang dituduh oeh Siddek dalam mesyuarat di

madrasah Kampung Srengenge.

“..Pak Su Teh ambil baja rambutannya., Pak Su Teh bukan anak Kaki Srenngenge jati. Dia

anak bangsat. Anak bangsat Rantau Laban.”

(Srengenge: ms.4)

Kelemahan watak Awang Cik Teh

Ditinjau dari sudut kelemahan. watak Awang Cik Teh tidak banyak menampakkan

kelamahan. Di sebaliknya Shahnon Ahmad cuba menggambarkannya melalui monolog

bersendirian sahaja. Awang Cik Teh sentiasa cuba menyembunyikan kelemahannya daripada

semua termasuk isterinya sendiri. Cuma dia banyak menerima tekanan daripada isterinya,

Keghesum. Keadaan ini sering digambarkan oleh Shahnon Ahamd, misalnya,

“..Siapa sasau? Srengenge? Atau sapa? Awang Cik Teh dengar soalan itu. Juga tahu

jawapannya. Yang sasau sudah tentu dia. Bukan Srengenge.”Tapi soal siapa sasau siapa tidak

sasau bukan boleh dituduh buta tuli. Bukit itu perlu ditebas, ditebang,dibakar, ditajuk,. Mesti

djadikan huma.Dan siapa yang hendak menjadikannya huma bukan soal.”

(Srengenge: ms.2)

Page 16: Kajian novel srengenge

Penerapan Teori Personaliti Wajadiri Pada Watak Dalam Karya Shahnon Ahmad 2012

16

Menurut teori keperluan manusia Maslow (1962), manusia perlu melalui beberapa peringkat,

iaitu peringkat kesempurnaan diri, kesempurnaan keselamatan, kesempurnaan sosial,

keperluan harga diri dan kesempurnaan kendiri. Keperluan-keperluan inilah yang gagal

dipenuhi semenjak dari mula Awang Cik Teh menjejak kaki di kaki Bukit Srengenge

sehinggalah sekarang kehidupannya tidak juga berubah. Keadaan ini jelas digambarkan oleh

Shahnon Ahmad seperti petikan di bawah,

“ Sesungguhnya Awang Cik Teh tidak pernah serik dalam apa-apa pun. Serik hanya

mendedahkan kelemahan; bukan kekalahan pada lawan seperti Diah atau Siddik. Tapi

kekalahan terhadap hidup sendiri. Dia sudah tua. Sudah ada anak. Sudah ada cucu. Dan kalau

boleh hidup lagi enam tujuh tahun, cicit pula akan datang. Caci-maki Diah dan caci-maki

Siddik hanya serpiah tulang rusuk saja. Itu benda kecil. Dia meraduk Selat Melaka dulu pun

bukan mencari gaduh dengan sesiapa. Bukan. Dia hanya hendak hidup. Dan sekarang hidup

masih tak mahu tamat. Dan itu bererti kerja. Itu saja.”

(Srengenge: ms.6)

Dari petikan tersebut, jelas bahawa segala keperluan hidup Awang Cik Teh tidak dapat

dipenuhi. Disebabkan dorongan ini maka dia berhasrat untuk membuktikan kebolehannya

untuk memungar Srengenge dengan harapan dapat mengubah kehidupannya pada masa akan

datang.Ini dapat dilihat dari petikan yang cuba digambarkan oleh Shahnon Ahmad di bawah,

“..Kalau setakat hendak makan , dua relung padi di baruh pun sudah lebih. Bukan. Bukan

pasal hendak makan. Awang Cik Teh mengingati kembali hasratnya. Dia cuma hendak

meneruskan hidupnya yang bererti.”

(Srengenge: ms.9-10)

Mengikut Glasser (1998, 2000) dan Ahmad Jazimin et al. (2010):Choice Theory (Teori

Pilihan) menekankan bahawa tingkah laku individu berasal sepenuhnya daripada dunia

dalaman (quality world) individu itu sendiri. Perasan ini sering digambarkan oleh Shahnon

Ahmad dalam watak Awang Cik Teh,seperti petikan di bawah,

“..Setiap kali Awang Cik Teh habis makan dan keluar sidai perut di jemburan buluh gelegar

membiar nasi turun, bukit itu jadi sasarannya.”

(Srengenge: ms.1)

Dunia luaran (real world) memberi kesan kepada diri individu setelah individu itu memilih

apa yang baik untuk dirinya. Dunia dalaman (quality world) terdiri daripada lima keperluan

asas (basic needs) iaitu keperluan untuk menyayangi dan di sayangi (love & belonging),

keinginan rasa dihargai (power), inginkan kebebasan (freedom), kegembiraan (fun) dan ingin

terus hidup (survival). Ini dapat dilihat dari petikan yang cuba digambarkan oleh Shahnon

Ahmad di bawah,

“..Kalau setakat hendak makan , dua relung padi di baruh pun sudah lebih. Bukan. Bukan

pasal hendak makan. Awang Cik Teh mengingati kembali hasratnya. Dia cuma hendak

meneruskan hidupnya yang bererti.”

(Srengenge: ms.9-10)

Page 17: Kajian novel srengenge

Penerapan Teori Personaliti Wajadiri Pada Watak Dalam Karya Shahnon Ahmad 2012

17

Seseorang itu bermasalah apabila keinginan mereka tidak dapat dipenuhi. Keinginan

seseorang dipengaruhi oleh keperluan psikologi dan fisiologi

Konflik juga timbul apabila apabila seseorang itu tidak mendapat apa yang mereka

kehendaki.Keadaan ini boleh mewujudkan keseronokan atau kesakitan kepada seseorang itu.

Konflik ini juga akan mempengaruhi tingkah laku, pemikiran, perasaan dan fisiologi

seseorang. Keseluruhan tingkah laku seseorang itu akan menyumbang kepada identiti dirinya

sama ada identiti berjaya atau identiti gagal.

(Ahmad Jazimin, 2008)

Konflik antara Awang Cik Teh dengan kemiskinan masyarakat yang diwarisi turun temurun

di Kaki Bukit Srengenge, sebenarnya lebih kepada keinginannya untuk meneroka tanah di

bukit itu. Penerokaan yang sebenarnya untuk lari dari kepompong kemiskinan tetapi tidak

disedari segelintir individu yang pentingkan kemahuan sendiri. Misalnya Shahnon Ahmad

menggambarkan,

“..Besok dia akan naik Srengenge lagi bersama Imam Hamad meracik tekukur. Kadang-

kadang apabila terjerembab Siddek menepuk pelanduk di bukit Srengenge yang sama, Diah

naik berang sekali. Tepukan ke atas daun medang itu membaculkan denaknya. Si Didik culas

berkukuk lagi. Sekali-sekala mahu rasanya dia berkata terus terang pada Siddik supaya

jangan menepuk pelanduk; lebih-lebih lagi menepuk dekat gelanggang meracik tekukur.

Srengenge bukannya sempit. Siddik boleh menepuk di sebelah matahari jatuh. Ataupun di

lembah saja.”

(Srengenge: ms.18-19)

Kesedaran tentang kemiskinan serta cara hidup yang masih mundur ini menunjukkan betapa

perlunya perubahan untuk sesebuah masyarakat. Awang Cik Teh begitu bertekad untuk

membawa perubahan serta pembangunan ke dalam masyarakatnya.

Sebagai seorang penulis yang berpengalaman, Shahnon Ahmad bijak menggambarkan watak

Awang Cik Teh dengan bahasa yang cukup mendalam , misalnya seperti di bawah,

“ Pembunuh!” jerit Awang Cik Teh dalam hatinya. Kalbunya kusut. Dia mengisar punggung,

sentap golok entah siapa punya dari dinding dan turun tangga mencari batang pisang.

Pembunuh walau Srengenge sekalipun mesti dibunuh. Lain tidak ada. Dan dia sanggup

membunuhnya walau dalam khayalan sepanjang hayat hidupnya sekalipun.”

(Srengenge: ms. 219)

Walaupun Imam Hamad sudah meniggal, namun Shahnon Ahmad masih lagi cuba

menyelitkan unsur-unsur wajadiri dalam diri watak Awang Cik Teh dengan begitu

bersemangat sekali untuk meneruskan perjuangan hidupnya dan kematian itu bukannya

penghalang bagi Awang Cik Teh, iannya merupakan titik permulaan untuknya terus

memperjuangkan hasratnya untuk tetap memugar Srengenge.

Page 18: Kajian novel srengenge

Penerapan Teori Personaliti Wajadiri Pada Watak Dalam Karya Shahnon Ahmad 2012

18

Beberapa gambaran tentang konflik dalam diri yang dialami oleh Awang Cik Teh cuba

dijelaskan oleh Shahnon Ahmad dalam novel Srengenge ini . Di antaranya seperti di bawah,

“..Soalnya dia ingin membuat sesuatu yang difikir baik dan bermanfaat. Itu sudah cukup dlam

pengertian hidupnya. Dia ingin hidup dalam keadaan demikian. Dia ingin mati dalam

keadaan demikian.”

(Srengenge: ms. 5)

“ Sesungguhnya Awang Cik Teh tidak pernah serik dalam apa-apa pun. Serik hanya

mendedahkan kelemahan; bukan kekalahan pada lawan seperti Diah atau Siddik. Tapi

kekalahan terhadap hidup sendiri. Dia sudah tua. Sudah ada anak. Sudah ada cucu. Dan kalau

boleh hidup lagi enam tujuh tahun, cicit pula akan datang. Caci-maki Diah dan caci-maki

Siddik hanya serpiah tulang rusuk saja. Itu benda kecil. Dia meraduk Selat Melaka dulu pun

bukan mencari gaduh dengan sesiapa. Bukan. Dia hanya hendak hidup. Dan sekarang hidup

masih tak mahu tamat. Dan itu bererti kerja. Itu saja.”

(Srengenge: ms.6)

“..Kalau setakat hendak makan , dua relung padi di baruh pun sudah lebih. Bukan. Bukan

pasal hendak makan. Awang Cik Teh mengingati kembali hasratnya. Dia cuma hendak

meneruskan hidupnya yang bererti.”

(Srengenge: ms.9-10)

Dari petikan tersebut, jelas bahawa segala keperluan hidup Awang Cik Teh tidak dapat

dipenuhi. Disebabkan dorongan ini maka dia berhasrat untuk membuktikan kebolehnya untuk

memungar Srengenge dengan harapan dapat mengubah kehidupannya di masa akan datang.

“..Dan kerja kini bukan untuk makan lagi. Dia sudah cukup tentang itu. Anak-anaknya yang

dua orang itu sudah bekerja besar. Dan kalau dia pergi tinggal bersama anak-anaknya pun,

hidup senang. Tapi, itu bukan hidup lagi. Hidup dedalu bukan hidup namanya meskipun

dahan tempat tenggek itu anak-anaknya sendiri.”

(Srengenge: ms.6)

Menurut Malsow (1954) keperluan kepada keselamatan sangat penting pada peringkat kanak-

kanak dan orang dewasa yang mengalami kejiwaan.pada masa kanak-kanak, mereka

menunjukkan ketkutan pada orang yang tidak dikenali dan menunjukkan rasa kegelisahan

jika ketiadaak ibunya. Pada tahun permulaannya, kanak-kakan memerlukan rutin, kestabilan

dan persekitaran yang aman.

Bagi orang dewasa pula keperluan ini dapat dipenuhi dengan mewujudkan undang-undang

dalam masyarakat. Ini akan menolong memenuhi keperluan mendapat ketenteraman,

kedamaian, bebas dari perasaan resah dan gelisah dan sebaginya yang boleh mengancam

nyawa dan fizikal serta emosi. Kegagalan memenuhi keperluan ini akan menimbulkan

keadaan yang membahayakan manusia. Keadaan ini jelas digambarkan oleh Shahnon Ahmad

pada watak Awang Cik Teh dalam bab akhir novel Srengenge, seperti di bawah:

Page 19: Kajian novel srengenge

Penerapan Teori Personaliti Wajadiri Pada Watak Dalam Karya Shahnon Ahmad 2012

19

“ Pembunuh!” jerit Awang Cik Teh dalam hatinya. Kalbunya kusut. Dia mengisar punggung,

sentap golok entah siapa punya dari dinding dan turun tangga mencari batang pisang.

Pembunuh walau Srengenge sekalipun mesti dibunuh. Lain tidak ada. Dan dia sanggup

membunuhnya walau dalam khayalan sepanjang hayat hidupnya sekalipun.”

(Srengenge: ms. 219)

Dalam konteks sekolah, jelaslah bahawa para pelajar mempunyai pelbagai keperluan dan

akan cuba memenuhi keperluan-keperluan tersebut. Apabila keperluan-keperluan ini

disempurnakan maka para pelajar sedia mematuhi peraturan dan disiplin yang di tetapkan.

Sebaliknya jika keperluan tersebut gagal dipenuhi, akan berlakulah gangguan emosi.

Gangguan emosi inilah yang menyebabkan pelajar melakukan perbuatan salah laku dan

melanggar peraturan sekolah.

Maka, di sinilah besarnya peranan guru dalam menentukan keperluan-keperluan yang

dikehendaki oleh pelajar.

Sekolah adalah agen sosialisasi yang beroperasi secara formal. Ianya mengandungi struktur

pentadbiran dalam mengurus program pengajian. Kuasa di sekolah terletak kepada orang

tertentu seperti pengetua, guru penolong kanan, guru disiplin dan lain-lain lagi. Oleh itu jenis

kepimpinan dan suasana sekolah amat mempengaruhi perkembangan sahsiah pelajar.

Pengurus sekolah yang tegas akan melahirkan pelajar yang berdisiplin bagi melaksanakan

sesuatu tugas.

Persekitaran sekolah merupakan situasi yang menggalakkan perkembangan sahsiah positif

terhadap rakan dan sekolah, kerana pelajar adalah produk sekitarannya. Perekitaran sekolah

yang baik dapat membantu pembentukan sahsiah yang sempurna. Melalui bimbingan guru

dan persekitaran yang menyenangkan, maka harapan untuk mempengaruhi pelajar-pelajar

yang mengalami hubungan sosial adalah lebih cerah.

Kesimpulan

Setelah kita melihat bagaimana Shahnon Ahmad menggunakan watak otimis iaitu nilai

wajadiri melalui watak Awang Cik Teh (Srengenge), kita dapati beliau memandang positif

terhadap konsep dan nilai asas pembangunan sahsiah berlandaskan nilai-nilai moral dan

akhlak. Watak ini dibendung dan diselimuti dengan pelbagai rintangan dalam mengharungi

hudupnya di samping kemerlut dalam dirinya sendiri.

Shahnon Ahmad terlalu berhati-hati dan penuh tanggungjawab dalam menggambarkan nilai

wajar diri melalui watak-watak yang ditampilkan terutamanya watak Awang Cik Teh

(Srengenge). Dia mengadun konsep kemiskinan serta latar belakang penduduk Srengenge

untuk mengukuhkan lagi watak optimis yang ada pada Awang Cik Teh. Watak Awang Cik

Teh, mengalami dan menerima tentangan hebat dari Srengenge sendiri serta segelintir

penduduk Srengenge yang tidak mahu menerima perubahan serta pembangunan hidup.Ini

jelas digambarkan oleh Shahnon Ahmad misalnya,

Page 20: Kajian novel srengenge

Penerapan Teori Personaliti Wajadiri Pada Watak Dalam Karya Shahnon Ahmad 2012

20

“..Tapi ingatan-ingatan itu bukan boleh jadi halangan untuk menutuh Srengenge. Kalau

Siddik menbantah, tinggalkan saja dia. Kalau Diah membantah, tinggalkan saja Diah. Kalau

Kasseng membantah, tinggalkan saja Kasseng. Kalau semua anak buah Kaki Srengenge

membantah, dia sendiri akan menutuhnya. Dan dia cukup percaya, segarang Keghesum pun,

dia akan bersama menebang pokok-pokok merbau yang menjulang langit itu.”

(Srengenge: ms. 5)

“..Pembunuh!” jerit Awang Che Teh dalam hatinya. Kalbunya kusut.Dia mengisar punggung,

sentap golok entah siapa punya dari dinding dan turun tangga mencari batang pisang.”

(Srengenge: ms. 219)

Shahnon Ahmad memperlihatkan bagaimana watak Awang Cik Teh menerima segala

tentangan dan cabaran secara positif dan yang pastinya harapan Awang Cik Teh tidak

bekubur begitu saja walaupun selepas kematian Imam Hamad. Malah kejadian ini

dijadikannya satu cabaran dan juga motivasi untuk bertindak lebih efision lagi dalam

hudupnya akan datang.

Setiap kajian dan peristiwa yang diaturkan akan menampakkan kegigihan watak itu

menerima, menghadapi dan mengatasi cabaran dari setiap aspek persekitaran. Shahnon

Ahmad juga menggambarkan sikap berani, sabar, tabah tawakkal, taat, akur rela, terbuka,

tidak pentingkan diri, merendah diri, bersyukur, berazam, bercita-cita serta bertanggungjawab

pada watak Awang Cik Teh dalam novel Srengenge yang menghadapi kemiskinan, kemerlut

dalam diri dan kemerlut penduduk Srengenge yang masih terikat dengan fahaman animisme.

Perwatakan yang dibawa oleh Awang Cik Teh mempunyai sahsiah wajadiri yang tinggi.

Personaliti wajadiri sebegini akan mengasuh pelajar kita itu lebih gigih berusaha, sanggup

berkorban dan berjuang, tidak lokek dan mementingkan diri semata-mata, selain daripada

tidak angkuh dan sombong.

Pendeknya konsep kemiskinan dan amalan animisme yang diutarakan oleh Shahnon Ahmad

dalam Srengenge membibitkan percambahan pembentukan sahsiah wajadiri yang positif serta

bermoral tinggi pada watak utamanya iaitu Awang Cik Teh. Shahnon Ahmand boleh dilihat

sebagai seorang pemikir bangsa, dan beliau semacam ingin menyarankan kepada para

pembaca budiman, bahawa manusia yang mengaku Islam, cirri-ciri yang disebutkan tadi

harus dipupuk dalam jiwa kita. Masyarakat yang akan datang akan menjadi masyarakat baru

yang bertanggungjawab, bersifat mulia, berjiwa luhur serta beradab sopan di samping

penyabar dan penyayang kepada dirinya, bangsanya, agamanya serta negaranya.

Elemen Personaliti wajadiri dalam tulisan kreatif memang tidak dapat dinafikan

kehadirannya. Ini bagi memantapkan watak, memaparkan unsur-unsur perlambangan di

samping mewarnai budaya tempatan. Shahnon Ahmad berjaya mengharmonikan kesemua

elemen personaliti wajadiri pada watak-watak dalam karyanya yang berfungsi sebagai

pelengkap dan bukannya sekadar tempelan untuk menyedapkan cerita.

Page 21: Kajian novel srengenge

Penerapan Teori Personaliti Wajadiri Pada Watak Dalam Karya Shahnon Ahmad 2012

21

Srengenge sememangnya banyak menonjolkan elemen-elemen personaliti wajadiri pada

watak-watak yang ditampilkan sesuai dengan latar belakang tajuknya yang diambil dari nama

bukit iaitu Bukit Srengenge. Selain itu, Watak Imam Hamad dan Haji Munah menampakkan

elemen wujudnya pemahaman Islam yang kukuh dalam masyarakat di Kaki Bukit Srengenge.

Begitu juga habitat diulang-ulang supaya gambaran tentang bukit tersebut terpahat di ingatan

pembaca. Pembaca seolah-olah merestui kematian misteri Imam Hamad setelah tindakannya

membunuh Jebat, tekukur peliharaannya secara kejam yang juga turut disaksikan penghuni

yang mendiami Bukit Srengenge. Ini lantas membawa kepada 'penyembahan' kepada Bukit

Srengenge dan unsur-unsur ghaib yang mendiaminya yang mungkin mampu menolong

menyembuh penyakit Imam Hamad. Namun, Sahnon Ahmad bijak menerapkan elemen

wajadiri pada watak Awang Cik Teh. Walaupun selepas kematian Imam Hamad, Awang Cik

Teh masih lagi bertekad untuk meneruskan cita-citanya untuk memugar Srengenge dengan

harapan dia dapat mengecapi kesenangan yang diimpi-impikan sepanjang hidupnya.Ini jelas

digambarkan oleh Shahnon Ahmad seperti di bawah,

“ Pembunuh!” jerit Awang Cik Teh dalam hatinya. Kalbunya kusut. Dia mengisar punggung,

sentap golok entah siapa punya dari dinding dan turun tangga mencari batang pisang.

Pembunuh walau Srengenge sekalipun mesti dibunuh. Lain tidak ada. Dan dia sanggup

membunuhnya walau dalam khayalan sepanjang hayat hidupnya sekalipun.”

(Srengenge: ms 219)

Bukan semua orang rela hidup dalam serba kekurangan. Tetapi ramai pula menjadikan

kemiskinan dan kemelaratan hidup sebagai satu cabaran. Kemiskinan dijadikan sebagai

dorongan dan motivasi untuk Awang Cik Teh terus berjuang. Dia rela berusaha, bekerja keras

dan bertungkus lumus bagi mengatasi kemiskinan hidupnya. Sekurang-kurangnya dia mahu

melepaskan dirinya daripada cengkaman kemiskinan itu sendiri. Keinginan dan kemahuan

dalaman begini membawa satu nilai murni. Nilai perjuangan dalam hidup. Iaitu nilai yang

tidak mahu menyerah kalah atau hanya menyerah kepada takdir semata-mata. Shahnon

Ahmad dalam novelnya banyak kali memperlihatkan sikap begini. Melalui watak Awang Cik

Teh dalam Srengenge jelas digambarkan sikap mahu merobah nasib dan kemiskinan itu

sendiri. Bukit Srengenge itu sendiri adalah lambang kemiskinan dan penghalang kemajuan di

itu.

***********

Page 22: Kajian novel srengenge

Penerapan Teori Personaliti Wajadiri Pada Watak Dalam Karya Shahnon Ahmad 2012

22

BIBLIOGRAFI

Ainon Mohd. & Abdullah Hasan.2002. Mendorong Diri Sendiri. Kuala Lumpur : PTS

Publications & Distributors.

Davidson, 1,1977, Values, Ends & Sociaty, Australia, Queensland: Univeristy of Queensland

Press.

Mohd Yusof Hasan. (1990). Sasterawan Negara: Shahnon Ahmad. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Mohd Yusof Hasan. (1995). Koleksi Terpilih Sasterawan Negara: Shahnon Ahmad. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Maslow, Abraham. (1953). A theory of Human Motivation.Vol 50. Psychilogical Review.

Nye, Robert D.(1992). Tiga Pemikiran Psikologi. Terjemahan Mahmood Nazar Ohamed.

Kuala Lumpur : dewan Bahasa dan Pustaka.

Robiah K.Hamzah. (1995). Panduan Membimbing Remaja, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Sears, D.O., Peplau, L.A. & Freedman, J.L.(1988. Social Psichology. New Jersey: Prentice

Hall, Inc.

Shahabuddin Hashim & Rohizani Yaakub.(2002) Psikologi Pembelajaran dan Personaliti.

PTS Publication : Janda Baik, Pahang.

Shahnon Ahmad. (1981). Srengenge.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shahnon Ahmad. (1989). Gubahan Novel.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wang, M. C., Haertel, G. D., & Wahlberg, H. J. (1993/94). What helps students learn?

Educational Leadership, 51(4), 74-79