novel hikmah

13
NOVEL HIKMAH karya Mohd Faris Ikmal

Upload: aefiel

Post on 18-Jun-2015

11.677 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Novel Hikmah

NOVELHIKMAH

karya

Mohd Faris Ikmal

Page 2: Novel Hikmah

TEMAMaksud : persoalan pokok atau persoalan utama yang diketengahkan oleh pengarang dalam karya

Page 3: Novel Hikmah

TEMA NOVEL “HIKMAH”

Kepincangan dalam keluarga yang menyebabkan anak memberontak dan berubah tingkah laku.

-Amri merupakan anak yang naik dan bertanggungjawab, namun sikap ayahnya yang tidak bertanggungjawab dan kejam menyebabkan dia berubah tingkah laku dan memberontak dengan membuli dan memeras ugut murid sekolah yang lain. Amri melepaskan tekanan akibat sikap ayahnya dengan memeras ugut murid lain.

Page 4: Novel Hikmah

PERSOALAN Perkara-perkara kecil yang terdapat dalam karya yang berhubungan dengan tema karya.

(a)Kasih sayang ibu terhadap anaknya.Emak Amri sangat sayang akan Amri dan

sentiasa mengambil berat terhadapnya. Segala keperluan Amri, sedaya upaya dipenuhinya walaupun dia sendiri berada dalam keadaan yang lemah.

(b)Tanggungjawab anak terhadap kedua ibu bapanya

Amri sangat sayang dan bertanggungjawab terhadap emaknya. Dia sanggup mengayuh basikal sejauh sepuluh kilometer untuk membeli ubat emaknya di pekan.

Page 5: Novel Hikmah

(c)Tanggungjawab bapa terhadap keluargaSebagai ketua keluarga, bapa bertanggungjawab untuk menyediakan keperluan dan melaksanakan tenggungjawab terhadap keluarga. Novel Hikmah memaparkan sikap ayah Amri yang tidak bertanggungjwab menyebabkan Amri berubah tingkah laku dan memberontak serta keluarganya menjadi porak-peranda

(d)Prihatin dan simpati terhadap insan yang memerlukanSapura dan ayahnya bersimpati dan prihatin terhadap nasib keluarga Amri. Mereka sekeluarga menghantar emak Amri ke hospital . Selain itu, Sapura menolong Amri ketika dipukul oleh dua orang pemuda dan menghantarnya ke hospital kerana cedera di dahi.

Page 6: Novel Hikmah

WATAK & PERWATAKANi.Watak – pelaku ii.Perwatakan – sifat-sifat yang ada pada watak seperti ciri fizikal, tingkah laku atau sikap.

Di antara watak yang terdapat dalam novel “Hikmah”:

a) Amrib) Sapurac) Emak Amrid) Ayah Amri

Page 7: Novel Hikmah

AmriPerwatakan

Taat dan bertanggungjawabAmri taat dengan perintah ibunya. Misalnya, emak Amri menasihati Amri agar bersabar dengan sikap ayahnya. Dia menuruti nasihat emaknya. Amri juga bertanggungjawab membeli ubat untuk emaknya walaupun terpaksa mengayuh basikal sejauh 10 kilometer untuk ke pekan.

BerdendamAmri berdendam dengan ayahnya kerana sikap ayahnya yang tidak bertanggungjawab dan selalu memukul emaknya. Amri akan berdendam dan melepaskan tekanan dengan membuli dan memeras ugut murid lain.

Page 8: Novel Hikmah

Sedar dan insaf atas kesalahan diri Akhirnya, Amri sedar dan insaf atas kesilapannya yang selama ini selalu memeras ugut dan membuli murid lain. Kesedaran ini muncul apabila dia telah diperas ugut oleh dua orang pemuda setelah membeli ubat untuk ibunya.

Nakal Amri membuli murid lain dengan memeras ugut mereka. Dia melakukan perbuatan ini kerana ingin melepaskan tekanan ekoran sikap ayahnya yang tidak bertanggungjawab.

Page 9: Novel Hikmah

Sapura Berani Sapura berani mengadukan tentang tingkah laku Amri yang memeras ugut murid lain. Semua murid di sekolah itu tidak berani mengadukan perbuatan Amri kepada guru.

Baik hati Sapura sangat baik hati. Buktinya dia telah menolong Amri dan emak Amri dengan menghantar mereka ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Tidak berdendam Sapura tidak berdendam dengan Amri walaupun Amri telah mengenakannya sehingga terjatuh dalam sawah dan menyebabkan baju Sapura kotor.

Pemaaf Sapura memaafkan Amri yang telah mengenakannya dan menolong Amri dan ibunya.

Page 10: Novel Hikmah

Emak Amri Penyayang Emak Amri sangat sayang akan Amri. Buktinya, dia sedaya upaya menyediakan keperluan kepada Amri walaupun dia tidak mampu.

Tabah Emak Amri tabah menghadapi ujian hidup apabila dia dipukul oleh suaminya. Selain itu tabah dengan sikap suaminya yang tidak melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

Sabar Emak Amri sabar dengan sikap suaminya yang tidak bertanggungjawab dan selalu memukulnya.

Pemaaf Emak Amri memaafkan ayah Amri walaupun selama ini suaminya tidak melaksanakan tanggungjawab dan selalu memukulnya.

Page 11: Novel Hikmah

Bapa Amri

Tidak bertanggungjawab

- Dia tidak melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa dan suami

Kejam- Dia selalu mencederakan

isterinya tanpa belas kasihan dan meminta wang untuk berjudi dan membeli

dadah.

Page 12: Novel Hikmah

LATAR

Latar tempatTempat berlakunya sesuatu peristiwa di dalam karya.Contohnya: sungai, sekolah, rumah, dan lain-lain.

Latar masyarakatKeadaan atau citra ditempat sesuatu peristiwa berlaku.

Latar masaWaktu atau

tempoh masa

peristiwa yang

berlaku dalam karya.

Page 13: Novel Hikmah

LATAR TEMPAT

Kelas AmriAmri berbual-bual dengan Siva tentang hukuman yang diterima oleh Amri kerana memeras ugut murid lain.

Rumah AmriBapa Amri meminta wang daripada emak Amri. Apabila tidak diberikan wang, ayah Amri telah menyelongkar gerobok pakaian sehingga menemukan wang.

Lorong di pekanTempat Amri diperas ugut dan dipukul oleh dua orang pemuda.