skrip teater _azfa hanani

Upload: azri-abd-rahman

Post on 14-Apr-2018

475 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Skrip Teater _Azfa Hanani

    1/60

    1

    SKRIP TEATER AZFA HANANIDIADAPTASI DARIPADA NOVEL

    AZFA HANANIKARYA

    HALIS AZHAN MOHD HANAFIAHOLEH

    SHAMSUDIN BIN ABU BAKAR

  • 7/30/2019 Skrip Teater _Azfa Hanani

    2/60

    2

    SENARAI WATAK

    AZFA HANANI BINTI ZAINAL ARIFF/TENGKU MURNI/NINI/NANI Gadis kampung berumur 17

    tahun tingkatan lima

    MUHAMMAD EKRAN BIN MUHAMMAD/EKRAN-Pemimpin pelajar tingkatan lima

    FALINA Rakan Azfa Hanani di SM Sri Dian

    KAMILAH Rakan Azfa Hanani di SM Sri Dian

    AINI Rakan Azfa Hanani di SM Sri Dian

    NORDIN Pengawas di SM Sri Dian

    ROZLAN Pengawas di SM Sri Dian

    HISHAM dan Rakan-rakan Pelajar sekelas dengan Azfa Hanani di SM Sri Dian

    KIM SENG Rakan sekelas Azfa Hanani di SM Sri Dian

    KAWAN HISHAM I Rakan sekelas Azfa Hanani di SM Sri Dian

    PENGETUA Pengetua sekolah di SM Sri Dian

    SYARIFAH ROZAN/KAK ROZAN Kakak ipar Nordin

    TENGKU MAZRAN/ENCIK MAZRAN/ABANG RAN- Abang Tengku Murni

    PUAN SYAFINAZ/ KAK FINAZ Isteri Tengku Mazran

    PAK MADI/PAK LONG Bapa saudara Azafa Hanani

    MAK DIAH/MAK LONG-Isteri Pak Madi

    ZAHIDIN Berumur lima tahun anak Pak Madi

    ZAHIR Berumur 11 tahun anak Pak Madi

    ZURINA Berumur 12 tahun anak Pak Madi

    ZURAINI Anak Pak Madi yang lumpuh

    PAK HAJI ARSHAD Rakan Pak Madi

    TENGKU MUZAFFAR Abang Tengku Murni

  • 7/30/2019 Skrip Teater _Azfa Hanani

    3/60

    3

    DATIN MAZIAH/MAMA- Ibu Tengku Murni

    DATUK TENGKU MAKMUR/PAPA Bapa Tengku Murni

    MAK CIK LEHA Pembantu rumah Datin Maziah

    ELLINARakan Azfa Hanani di SM Taman Sari

    CIKGU RAMZAN Guru Bahasa Inggeris

    ADRIANI Rakan Azfa Hanani di SM Taman Sari

    YUSNIZAN, LAILI, SYAFIKAH, FUZIANA, SYAMSUL, FAIZAN Rakan Azfa Hanani di SM Taman

    Sari dan fasih Bahasa Inggeris

    ISKANDAR- Pelajar nakal yang menganggu Azfa Hanani

    GADIS TIONGHUA dan RAKAN Teman tuisyen Azfa Hanani

    ABANG NORMANIsteri Kak Rozan

  • 7/30/2019 Skrip Teater _Azfa Hanani

    4/60

    4

    BABAK 1

    Pentas menunjukkan situasi kelas makmal kimia dengan ada kumpulan pelajar lelaki yang

    sedang melakukan uji kaji manakala CIKGU SOFEA sibuk memberi penerangan sesudah itu

    sibuk pula menulis sesuatu pada bukunya. HASHIM dan rakan-rakan sedang menggunakan

    tabung didih untuk memanaskan bahan kimia.

    Waktu pentas dibuka lampu disorotkan ke arah AZFA HANANI yang sedang mengelamun

    sambil membaca buku rujukan kimia. Di sebelah AZFA HANANI, FALINA, KAMILAH dan AINI

    sibuk menyusun radas dan bahan-bahan kimia. Suasana tempat lain dalam cahaya suram.

    Terdengar suara monolong AZFA HANANI.

    AZFA HANANI: (Mukanya masih tersembunyi disebalik buku rujukan Kimia dan hanya terdengar

    suara hati) Hm ... Adakah aku terlalu melayan gusar? Atau, persoalan inikah yang terlalu

    hebat berombak dalam dada? Aku bersalah tetapi sesungguhnya tindakan itu bersebab.

    Aku cuma mahu belajar, ingin meraih ilmu sebanyak mungkin dan semoga pada suatu hari

    nanti, berupaya menggenggam segulung ijazah idaman setiap pelajar.

    FALINA: Kau ni, Nani ... nak buat uji kaji ke tak nak?

    AINI: (Sambil mengelap-lap tangan dengan tuala) Entahlah dia ni. Orang lain masuk makmal

    nak belajar, dia nak mengelamun. Sejak tadi aku tengok, macam ada masalah saja. Tapi

    aku saja ... malas nak tegur. (AZFA HANANI tersenyum memandang wajah AINI)

    KAMILAH: Kalau ada masalah, jangan masuk makmal. Pergilah ke bilik kaunseling. (Wajah AZFA

    HANANI berubah dan dia menundukkan mukanya menatap buku kimia)

    AINI: Boleh jumpa Cikgu Zamin lama-lama. Ya tak?

    (Rakan-rakan AZFA HANANI kembali melakukan tugas masing-masing. AZFA HANANI

    mengelamun kembali memikirkan peristiwa kecurian buku di perpustakaan dan dia

    bimbang rahsia itu akan terbongkar)

    AZFA HANANI: (AZFA HANANI kembali bermonolong dan lampu kawasan lain suram dan hanya

    fokus kepada AZFA HANANI) Hm ... bangkai gajah tidak akan tertutup dek sehelai daun.

    Aku pasti lambat-laun Falina, Kamilah dan Aini akan tahu perkara sebenar. Aku yakindengan kenyataan Kamilah dalam kelas pagi tadi bahawa identiti murid yang mencuri

    buku-buku rujukan SPM telah dikenal pasti tetapi identitinya masih dirahsiakan.

    Jantungku berdegup kencang mendengar penerangan Kamilah. Ah, akulah pencuri itu!

    Azfa Hanani, murid marhaen Tingkatan Lima Kenanga. Hidupku daif. Tentu anggapan

    semua orang, itulah penyebabnya dan aku sendiri tidak akan cuba menafikannya. Benar,

    terlanjur bersalah, aku pasti dihukum. Sama ada digantung atau dibuang sekolah,

  • 7/30/2019 Skrip Teater _Azfa Hanani

    5/60

    5

    kesannya sama sahaja. Nama baikku akan tergadai dan selepas ini, aku akan sentiasa

    dipandang serong. Lanjutannya, pak long, mak long dan seluruh keluarga kami akan turut

    menanggung aib. Dosaku akan bertimpa-timpa.

    FALINA: (Lampu kembali difokus kepada rakan-rakan Azfa Hanani) Oi, nak belajar ke tak nak ni?

    AZFA HANANI: (AZFA HANANI terkejut dan mengangkat kepala seraya memandang FALINA)

    Nak ...

    FALINA: Habis tu, kenapa mengelamun lagi?

    AZFA HANANI: (Secara tergagap-gagap) Aku ... aku sedang berfikir. Buku rujukan Inggeris apa

    yang elok aku nak beli. (supaya tidak timbul kecurigaan AZFA HANANI mencapai sebiji

    tabung didih dan sebotol asid)

    FALINA: Memanglah kau lemah dalam Bahasa Inggeris tetapi sekarang kau kena beri tumpuan

    pada uji kaji kimia ni.

    AZFA HANANI: Kau tidak boleh salahkan aku kerana lemah dalam Bahasa Inggeris kerana

    sebelum aku bersekolah di Sekolah Menengah Sri Dian aku bersekolah di sekolah

    kampung ... di sekolah ini penggunaan bahasa Inggeris sangat terhad dan hanya

    digunakan dalam kelas sahaja ... selain buku teks ... aku tiada bahan lain yang dapat

    kujadikan panduan belajar. Cuba engkau tengok keputusan SRP aku cemerlang kecuali

    kertas Bahasa Inggeris aku memperoleh P7

    FALINA: Buku rujukan Bahasa Inggeris ada banyak di perpustakaan. Kalau kau nak beli buatanalisis dulu. Pilih buku mana yang kau rasa elok. Baru tak rugi. (Ulas FALINA sambil

    memberi tumpuan pada buku kerja Kimianya)

    AINI: (AINI bercakap sambil menanti menuang air ke dalam silinder penyukat)Tapi Nani ... kau

    kena berhati-hati sikit. Analisis tu mungkin tak lengkap. Banyak buku dah hilang.

    AZFA HANANI: Sebenarnya, siapa pencuri tu?

    KAMILAH: Aku rasa, aku tahu. Cuma, aku tak boleh beritahu.(Muka AZFA HANANI berubah)

    FALINA: (Seraya menyindir) Kenapa pula? Pagi tadi, kau juga yang bising-bising bercerita.Mengomel.

    KAMILAH: Serkap jarang tak elok. Kalau tak mengena, aku yang malu.

    AINI: Tahu pun. (AZFA HANANI agak kelam-kabut dan tiba-tiba dia menarik buku rujukan Kimia

    milik Falina)

  • 7/30/2019 Skrip Teater _Azfa Hanani

    6/60

    6

    KAMILAH: Sekurang-kurangnya Cikgu Yazid dah senang hati dan semua pustakawan pun tak

    kena marah lagi.

    (Lampu disorotkan kepada AZFA HANANI sahaja dan suasana tempat lain digelapkan)

    AZFA HANANI: (Merungut dalam hati) Memanglah dia setiausaha badan pustakawan ... itulahdia menghambur kemarahan hatinya.

    FALINA: Milah kalau kau jadi pengetua, kau nak gantung ke atau kau nak buang si pencuri tu?

    (AZFA HANANI menundukkan kepalanya)

    KAMILAH: Kedua-duanya sekali. Tapi orang yang panjang tangan, kita kenalah kerat sikit. Biar

    sama macam orang lain. (AINI ketawa terkekeh-kekeh)

    (Pranggg! bunyi tabung didih jatuh berderai di lantai. Semua mata tertumpu ke arah

    kumpulan kumpulan HISHAM. Lampu disorotkan tempat kumpulan HISHAM. Mereka

    saling menyalahkan)

    HISHAM: Itulah ... tadi suruh pilih tabung didih yang baik kau tak ambil. Hah ... sekarang dah

    pecah.

    KIM SENG: Hei ... kau yang tak cermat ... sekarang nak tuduh pulak kita pulak!

    KAWAN HISHAM I: Sudahlah ... mari kita bersihkan kaca yang bersepah ni.

    (Mereka bertiga mengambil penyapu dan membersihkan kaca yang bersepah atas lantai.

    Lampu kembali disorot kepada kumpulan AZFA HANANI)

    FALINA: Nani, elok kita tukar tabung didih kita. Aku rasa, kita punya pun dah retak sikit tu.

    (AZFA HANANI membelek-belek tabung didih di tangannya)

    ANI: Dah retak tu, Nani. Elok sangat kalau ditukar. Nanti bila diuji dengan kayu uji menyala, gas

    tu tak berbunyi pop tapi bunyinya ... bomm. (AZFA HANANI beredar untuk

    mendapatkan tabung didih yang baru di rak)

    (Tiba-tiba masuk dua orang pengawas lelaki memberi salam kepada CIKGU SOFEA)

    NORDIN: Assalamualaikum ... cikgu.

    CIKGU SOFEA: Waalaikumussalam ... ya ada apa.

    ROZLAN: Cikgu ... Tuan Pengetua nak berjumpa dengan Azfa Hanani.

    CIKGU SOFEA: (Matanya memandang sekeliling kelas akhirnya tertumpu ke arah AZFA HANANI)

    Hanani, pengetua nak jumpa awak.

  • 7/30/2019 Skrip Teater _Azfa Hanani

    7/60

    7

    AZFA HANANI: (Dengan langkah berat lantas bangun dan menatap wajah FALINA) Lina, kalau

    aku tak masuk makmal semula, kau tolong bawakan buku kerja aku ke kelas, ya.

    (Tirai ditutup)

  • 7/30/2019 Skrip Teater _Azfa Hanani

    8/60

    8

    BABAK 2

    Suasana depan pentas digunakan dengan tirai tertutup. Ada set sofa dengan tetamu

    yang duduk menghadap pengetua. Di ruangan tengah ada meja dan kerusi kerani. Lampu di

    kawasan itu digelapkan. Lampu disorot kepada Azfa Hanani yang berjalan diiringi oleh Nordin

    dan Roslan yang sedang berjalan seolah-olah mengiringi pesalah ke mahkamah. Sambil

    berjalan Azfa Hanani bertanyakan sesuatu kepada Nordin.

    AZFA HANANI: (Dengan suara cemas) Din, kenapa pengetua nak jumpa aku.

    NORDIN: (Mengangkat bahu) Manalah aku tahu, Nani. Elok-elok tadi aku berjalan di depan

    pejabat sekolah dengan Lan, CC panggil. Dia suruh cari kau. Segera, katanya, pengetua nak

    jumpa.

    AZFA HANANI: (Sambil mengerling ke arah Nordin) Betul ke ni?

    NORDIN: Betullah.Buat apa aku nak berbohong? Aku tak biasa berbohong. Kau kenal aku pun

    bukannya sehari dua hari. Lagipun aku sekampung dengan kau. (Azfa Hanani hanya

    mengangguk)

    ROZLAN: Kau ni macam taku saja, Nani. Kenapa?

    AZFA HANANI: (Tergamam dan terdiam sejenak seolah-olah kehilangan kata-kata) Err ...

    gerunlah sikit. Aku tak pernah dipanggil ke bilik pengetua macam ni.

    ROZLAN: Kau ada buat salah ke?

    AZFA HANANI: Tak. Tak ada. Aku pun tak dapat mengagak kenapa dia nak jumpa aku.

    ROZLAN: Kalau tak buat salah, baik kau berjalan di tepi. Kami ni ... polis bukan, warder penjara

    pun bukan. (ROZLAN melambatkan langkahnya sambil mengemaskan ikatan tali lehernya)

    NORDIN: (Tersenyum meleret) Betul kata kau tu, Lan. Aku ingatlah ... kita ni macam nak pergi

    mahkamahlah pula. (Mereka semakin hampir ke bilik pejabat pengetua)Nani, aku dengan

    Lan nak ke bilik pengawas. Kau pergilah naik ke pejabat sendiri, ya.

    AZFA HANANI: (Mengangguk) Ada apa di sana?

    NORDIN: Aku tak pasti, tapi semua pengawas lelaki kena panggil.(NORDIN dan ROZLAN beredar

    meninggalkan AZFA HANANI yang meneruskan perjalanan ke pejabat. Bila hampir dengan

    kerani , AZFA HANANI ditegur oleh pembantu am pejabat)

    PEMBANTU AM PEJABAT: Adik ni ... Azfa Hanani?

  • 7/30/2019 Skrip Teater _Azfa Hanani

    9/60

    9

    AZFA HANANI: Ya, saya Azfa Hanani.

    PEMBANTU AM PEJABAT: CC pesan ... bila adik sampai, terus masuk ke bilik pengetua. Ada

    tetamu nak berjumpa (Pembantu Am Pejabat tersenyum ke arah AZFA HANANI)

    AZFA HANANI: Terima kasih.

    PEMBANTU AM PEJABAT: Adik ni nampak pucat dan berpeluh. Kesatlah dulu. (Sambil

    menghulurkan sehelai tisu kepada AZFA HANANI. Setelah mengelap peluh AZFA HANANI

    mengetuk pintu.)

    PENGETUA: (Suara garau) Masuk.

    AZFA HANANI: (Terus masuk) Assalamualaikum ... selamat pagi, cikgu.

    PENGETUA: Waalaikumussalam ... selamat tengah hari, Azfa Hanani. Jemput duduk. (AZFA

    HANANI termangu-mangu dan duduk di sebelah KAK ROZAN. Bertentangan duduk dengan

    TENGKU MAZRAN dan TENGKU MAZRAN tergaman serta tidak berkedip memandang

    AZFA HANANI manakala AZFA HANANI malu-malu dan serta serba salah)

    TENGKU MAZRAN: (Sambil memandang wajah pengetua) Seiras, cikgu. Mereka bagaikan

    kembar.

    PUAN SYAFINAZ: Saya pun sukar nak percaya. (AZFA HANANI mengenggam erat tangan KAK

    ROZAN)

    PENGETUA: Saya serahkan kepada Encik Mazran dan Puan Syafinaz untuk berbincang denganAzfa Hanani. Kalau saya yang terangkan, tentulah ada yang tersangkut-sangkut nanti.

    KAK ROZAN: Sebenarnya begini Nani ... semalam petang Abang Mazran dan Kak Finaz datang ke

    rumah. Kebetulan semasa mereka membelek album gambar ... mereka terlihat gambar

    Nani sedang memangku anak sulung kak. Masa itulah Abang Mazran mengatakan wajah

    Nani seiras dengan wajah Murni, adik bongsu Abang Mazran. Itulah Abang Mazran

    mengajak kak untuk bertemu muka dengan Nani.

    TENGKU MAZRAN: Untuk pengetahuan Nani, Tengku Murni telah meninggal dunia. Malangnya

    Mama yang terbabit dalam tragedi itu tidak dapat menerima hakikat pemergian Nani.Mama pula asyik bertanya bila Nini akan pulang. Malahan sehingga Mama menuduh anak-

    anak lelaki Mama sengaja melarikan Nini.

    KAK FINAZ: Kak sangat mengharapkan persetujuan Nani. Kami semua dalam dilema hendak

    merungkaikan kemelut Mama.

  • 7/30/2019 Skrip Teater _Azfa Hanani

    10/60

    10

    TENGKU MAZRAN: Kami akan berikan apa saja yang Nani mahu. Peluang belajar, wang belanja,

    hiburan ... Nani sebut saja. Kami akan sediakan.

    KAK ROZAN: Kak Rozan tengok Nani macam takut saja. Kenapa? (AZFA HANANI tiada beri

    respons hanya memandang KAK ROZAN dan tersenyum nipis serta mengangguk)

    AZFA HANANI: Ya, kak. Nani memang takut.

    KAK FINAZ: Kenapa takut?

    AZFA HANANI: (AZFA HANANI menjawab dengan perlahan-lahan) Nani tak kenal Murni, kak.

    Dan lagi, Nani anak orang miskin, tak pandai menyamar jadi anak orang kaya. Nanti datin

    tu perasan, teruklah Nani.

    KAK FINAS: Kak Finaz akan beritahu apa yang patut dan apa yang tak patut Nani buat. Satu lagi,

    Nani kena panggil dia ... mama, bukan datin. Ingat tu.

    AZFA HANANI: Kalau pak long dan mak long izinkan Nani pergi, Nani akan cuba. Cuma,

    kesalahan dan kepincangan itu tetap akan ada.

    KAK ROZAN: Kak Rozan akan jelaskan perkara ini kepada Pak Madi dan Mak Diah. Kalau Abang

    Norman dapat cuti, dia pun akan balik ke Kampung Merpati petang ini. Nani bertenanglah.

    Kami akan uruskan segala-galanya.

    TENGKU MAZRAN: Abang Ran harap, Nani akan dapat ikut kami balik.

    KAK FINAZ: Kak Finaz rasa, mereka akan izinkan.

    TENGKU MAZRAN: Ini untuk kebaikan Nani juga.

    KAK FINAZ: Kak Finaz dan Abang Ran bukan sengaja mahu merampas kebahagiaan Nani.

    Keadaan yang memaksa.

    KAK ROZAN: Sekurang-kurangnya, Nani akan dapat peluang belajar yang lebih baik. Nani pandai

    dan tak patut keciciran. (AZFA HANANI hanya menundukkan kepala dan mengangguk

    kepala seolah-olah bersetuju.)

    PENGETUA: Azfa Hanani, saya benarkan kamu pulang. Fikirlah masak-masak dan buat

    keputusan. Encik Mazran dan Puan Shafinaz kalau semuanya berjalan lancar ... bolehlah

    uruskan pertukaran sekolah Azfa Hanani. (TENGKU MAZRAN setelah bersalam-salaman ...

    mereka semua beredar dari bilik pejabat TUAN PENGETUA)

  • 7/30/2019 Skrip Teater _Azfa Hanani

    11/60

    11

    BABAK 3

    Pentas menunjukkan situasi rumah Pak Long Azfa Hanani yang agak daif. Tiada perabot

    mewah. Hanya sekadar sebidang tikar mengkuang yang digunakan untuk duduk apabila

    menghadap makanan. Lampu disorot kepada Azfa Hanani yang mencangkung di suatu sudut

    dengan berselubungkan selimut. Azfa Hanani banyak bermonolog memikirkan peristiwa lalu

    tentang pertemuannya dengan Tengku Mazran dan Kak Finaz serta Kak Rozan .

    AZFA HANANI: Hah ... (Sambil menguap panjang AZFA HANANI bermonolog panjang) Hmm ...

    bagaimana janjiku dengan Abang Mazran dan Kak Finaz. Tentu mereka akan datang hari

    ini untuk bertemu dengan Pak Long dan Mak Long. Tengah hari semalam mereka tak

    dapat bertemu kerana Zuraini demam dan dibawa ke hospital dengan kereta Pak Haji

    Arshad akibat disengat tebuan. Abang Mazran dan Kak Finaz tentu menginap di hotel

    Johor Baharu. Nak tanya Pak Long dan Mak Long semalam ... dah lewat malam pula.

    Mungkinkah Pak Long dan Mak Long telah memutuskan sesuatu. (Tiba-tiba terdengarsuara Mak Long)

    MAK LONG: Azfa ... cepatlah pergi mandi .... Hah ... jangan lupa pula lepas mandi nanti ambil

    daun pandan sekali. Mak Long nak masak nasi lemak pagi ni. (AZFA HANANI hanya

    mengangguk sahaja.)

    (Kemudian selepas bersiap AZFA HANANI sibuk menghidang untuk sarapan pagi.Tengah

    sibuk menghidang dan Zahir, Zurina dan Zahidin duduk menunggu hidangan. Zahidin yang

    petah bercakap menegur)

    ZAHIDIN: Kak Nani tak pergi sekolah ke hari ini?

    AZFA HANANI: Tak. Kak Nani tak sihat. (AZFA HANANI memberi alasan mudah)

    ZAHIDIN: Eh, tak adalah! Adik tengok Kak Nani sihat saja. Kak Nani malas, ya? (AZFA HANANI

    memandang wajak MAK LONG seolah-olah meminta usulan untuk menjawab)

    MAK LONG: Kak Nani nak pergi jauh, dik. Dia nak belajar di sekolah yang lebih bagus. Kalau adik

    rajin-rajin macam Kak Nani, tentu adik pun dapat belajar di KL.

    ZAHIR: Kak Nani dapat belajar di KL, seronoknya. (Dia tersedak dan beberapa butir nasiterkeluar dari mulutnya)

    AZFA HANANI: (Mengurut-urut belakang ZAHIR) Kan Kak Nani selalu pesan, jangan bercakap

    masa makan.

    ZURINA: Kak Nani nak jadi doktor, ya mak?

  • 7/30/2019 Skrip Teater _Azfa Hanani

    12/60

    12

    MAK LONG: Ya. Kalau Rina pun sakit macam Kak Zura, bolehlah Kak Nani sendiri yang ubatkan.

    (ZURINA mengangguk seolah-olah tanda setuju. Tiba-tiba Pak Long Menjengah)

    PAK LONG: Hah ... Rina dan Zahir dah lewat ni ... cepat bergerak ke sekolah. (Selepas

    bersalaman dengan AZFA HANANI mereka beredar)

    MAK LONG: Bila mereka nak sampai ni?

    PAK LONG: Kejap lagi mereka sampailah ... awak tambahlah hidangan tu ... saya nak ke depan ni

    ... takut mereka datang tak dengar pula saya.

    AZFA HANANI: Mak Long ... adakah Azfa ni mempunyai kembar?

    MAK LONG: Tak delah... Mak Long yang menjadi bidan menyambut kelahiran kau. Dan Azfa

    sememangnya anak tunggal. Yalah ... serupa itu mungkin secara kebetulan.Sebenarnya

    ibu dan ayah Azfa telah berkahwin di sebuah universiti tempatan 19 tahun yang lalu dan

    beroleh kejayaan cemerlang dalam kursus masing-masing. Namun, sebelum mereka

    sempat menyahut tawaran lumayan kerajaan takdir Allah telah mengatasi segala-galanya.

    (Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam. Pak Long mempersilakan masuk Abang

    Mazran, Kak Finaz, Abang Norman dan Pak Haji Arshad. Mereka semua dijemput sarapan.

    Abang Mazran dan Kak Finaz nampak kekok duduk bersila dan bersimpuh)

    PAK HAJI ARSHAD: Nampaknya ... seperti yang saya khabarkan kepada Madi tentang hajat Encik

    Mazran yang ingin bergalang ganti akan Azfa Hanani ni dengan Tengku Murni yang

    kemalangan tu ...

    PAK LONG: Kalau Azfa dah bersetuju ... saya tiada halangan ... kerana ini untuk kebaikan

    pelajaran Azfa juga. Ehm ... macam mana adiknya kemalangan tu ...

    TENGKU MAZRAN: Entahlah ... Murni ni seperti sengaja menempa nahas apabila mahu

    mencuba memandu jip hadiah Mama sempena hari jadinya yang ke-16. Dia ni belum

    cukup umur untuk memiliki lesen memandu dan terpaksalah ditemani oleh pemandu

    keluarga. Entahlah ... apa malangnya juga, Mama tergerak hati untuk turut serta.

    Kebetulan hari itu hujan lebat ... jip remuk dirempuh bas mini. Pemandu meninggal di

    tempat kejadian. Manakala Murni yang cuba diselamatkan menghembuskan nafas yangterakhir dalam perjalanan ke hospital. Mama terselamat tetapi koma selama beberapa

    hari. Bila Mama sedar, nama Nini yang pertama disebut. Kami sekeluarga sudah sepakat

    untuk merahsiakan dulu hal yang sebenar. Kami tahu, dia tentu tak akan percaya dan

    menuduh kami berbohong. (ABANG MAZRAN menarik nafas dalam-dalam seperti cuba

    melepaskan sesuatu yang tersekat di dadanya)

  • 7/30/2019 Skrip Teater _Azfa Hanani

    13/60

    13

    PAK LONG: Jadi, selama ini dia memang tak percaya adik encik tu dah meninggal dunia.

    TENGKU MAZRAN: Entahlah. Saya tak pasti. Selama ini pun kami memang berbohong. Semasa

    Mama baru sedar, kami beritahu dia Nini terselamat. Bila Nini tak pernah pergi jenguk dia

    di hospital, kami kata Nini ikut program pertukaran murid ke Jepun. Cukup masa, baliklah

    dia.

    KAK FINAZ: Sejak sebulan yang lalu, Mama nampaknya dah mula ragu-ragu. Dia tahu ada

    sesuatu yang tak kena berlaku dalam keluarga. Bila dia betul-betul sihat nanti, katanya dia

    mahu dibawa melawat Nini di Jepun. Kadang-kadang kami pun mati akal.

    MAK LONG: Nini tu sebaya dengan Nani ke?

    TENGKU MAZRAN: Kalau umur Nani 17 tahun sekarang, memang sebayalah. Memang mujurlah

    di pihak saya, mak cik.

    PAK HAJI ARSHAD: (Sambil mengurut-urut janggut) Ini semua kuasa Allah, Madi, Diah. Dia yang

    Maha Agung. Budak berdua ni seiras walaupun bukan kembar, pun atas kehendak-Nya.

    (PAK LONG mengangguk-angguk kepala manakala MAK LONG memandang ke lain)

    TENGKU MAZRAN: Kadang-kadang, kami rasa dah tak sanggup berdalih lagi. Sebab itulah kami

    berharap sangat pak cik dan mak cik dapat izinkan Nani ikut kami balik ke KL. ( PAK LONG

    semacam hendak berkata tetapi KAK FINAS bersuara dahulu)

    KAK FINAZ: Kami akan kotakan janji kami. Kos perubatan Zuraini di mana saja, kami akan

    tanggung segala-galanya.

    PAK LONG: Demi masa depan Nani, pak cik izinkan. Tapi, kami harap dia dijaga dengan baik.

    Nani tu anak yatim piatu. Janganlah abaikan dia.

    MAK LONG: Kalau ada peluang, izinkanlah dia balik sesekali ke sini, encik. Kami ni ... faham-

    faham sajalah. Susah nak ke KL tu. (ABANG MAZRAN dan KAK FINAZ mengangguk)

    AZFA HANANI: Boleh tak Abang Ran terangkan, kenapa datin tu kata Murni ... err ... Nini

    dilarikan oleh abang-abangnya?

    TENGKU MAZRAN: Nini tu manja sangat. Keras kepala dan tak suka mengalah pula tu. Bilabergaduh dengan abang-abang, mama akan berpihak kepada dia. Bila keadaan dah jadi

    macam ni, mulalah mama menaruh syak yang bukan-bukan.

    MAK LONG: Dahlah tu Nani ... pergilah berkemas.

  • 7/30/2019 Skrip Teater _Azfa Hanani

    14/60

    14

    KAK FINAZ: Tak payahlah Nani bawa pakaian ... kerana semuanya pakaian telah kami siapkan ...

    agar sesuai dengan cara berpakaian Nini tu ...

    AZFA HANANI: Taklah kak ... Nani Cuma nak bawa sehelai dua pakaian dan buku-buku rujukan.

    (Setelah bersiap dengan sebuah beg AZFA HANANI bersalam-salaman)

    MAK LONG: (MAK LONG berkata dalam tangis pilunya) Pergilah, Nani. Mak Long doakan

    kesejahteraan kau, nak.

    (Semasa AZFA HANANI bergerak dengan ABANG MAZRAN dan KAK FINAS ... NORDIN

    memandang dengan sayu. AZFA HANANI juga memandang NORDIN)

    Tirai ditutup.

  • 7/30/2019 Skrip Teater _Azfa Hanani

    15/60

    15

    BABAK 4

    Pentas di hadapan tirai dan diletakkan sebuah meja dan kerusi yang mengandungi

    piring makan, sudu garpu dan gelas berkaki. Kak Finas dan Abang Mazran ada berhampiran

    meja tersebut. Azfa Hanani sedang berjalan dengan kasut baru yang bertumit dan pakaian

    baharu. Dia kelihatan agak kekok untuk mengayakan kasut dan pakaian tersebut. Lampu

    disorot kepada Azfa Hanani yang sedang berjalan ke arah Kak Finaz dan Abang Mazran .

    AZFA HANANI: (Sambil berjalan berjengket) Hah ... susahlah kak dengan kasut ni.

    KAK FINAZ: Sabarlah Nani ... Opss ... selepas ni kak akan panggil Nani dengan Nini dan Nani juga

    kena biasakan dengan panggilan Nini.

    TENGKU MAZRAN: Sebab tulah Abang Ran dan Kak mengajak untuk Nini menginap di hotel

    beberapa hari. Apabila Nini dapat mempelajari semuanya barulah kita akan ke rumah

    Abang Ran.

    KAK FINAZ: Cuba Nini tunjukkan semula cara makan dengan sudu garpu yang kak ajar tu. (AZFA

    HANANI cuba makan dengan peralatan tersebut)

    TENGKU MAZRAN: Bagus tu ...

    KAK FINAS: Baik sekarang Kak tunjukkan bagaimana hendak mencium mama seperti yang

    dilakukan Murni (KAK FINAZ gayakan dengan NINI) Sekarang cara menonton televisyen

    dengan mama.

    TENGKU MAZRAN: Nampaknya Nini cepat belajar ... esok kita boleh balik ke rumah.

    KAK FINAZ: Ini ada beberapa dialog yang Nini perlu hafal.

    (AZFA HANANI bergerak meninggalkan ABANG MAZRAN dan KAK FINAZ)

  • 7/30/2019 Skrip Teater _Azfa Hanani

    16/60

    16

    BABAK 5

    Pentas menunjukkan rumah banglo milik Datin Maziah dan Datuk Tengku Makmur. Ada

    set sofa di ruangan utama. Kemudian ada ruangan seolah-olah bilik ada meja komputer dan

    dipenuhi dengan patung watak-watak kartun. Mak Cik Leha sedang tekun mengemaskan

    kawasan ruangan tamu. Lampu disorot pada Mak Cik Leha. Azfa Hanani, Kak Finaz dan Abang

    Mazran sedang berjalan masuk. Kak Finaz berbisik sesuatu pada Azfa Hanani.

    KAK FINAS: (Seolah-olah berbisik) Jangan jadi macam rusa masuk kampung, Nani. Buat biasa

    saja, macam yang Kak Finas ajar. Ingat ya, nama timangan Nani sekarang ialah Nini.

    AZFA HANANI: (AZFA HANANI mengangguk) Insya-Allah, kak. Nani akan cuba.

    KAK FINAZ: Nini ... bukan Nani. (Di ruangan tamu pembantu rumah amat terkejut melihatku)

    TENGKU MAZRAN: Mama tidur ... Nini bolehlah naik ke bilik. Ingat tau ... sekarang Nini bukan

    lagi Nani.

    AZFA HANANI: Alhmadulillah ...

    KAK FINAS: Mak Cik Leha inilah Azfa Hanani kembar Nini yang saya beritahu tempoh hari. (AZFA

    HANANI bersalam dan mencium tangan MAK CIK LEHA)

    MAK CIK LEHA: Mak cik ... mak cik macam tak percayalah. Mak cik betul-betul ingatkan Nini

    yang sebenar tadi . (Dia mengesat-gesat kelopak matanya yang basah)

    TENGKU MAZRAN: Nini nak berehat, mak cik. Kita pergi ambil barang-barang dia dulu,kemudian mak cik bolehlah masak makanan kegemaran Nini. Tengah hari ni kita boleh

    makan sama-sama. Hah ... Nini naiklah ke bilik dulu. (KAK FINAZ dan AZFA HANANI

    bergerak ke bilik)

    KAK FINAZ: Inilah bilik Nini. (AZFA HANANI tergamam melihat suasana bilik tersebut)

    AZFA HANANI: Kak, bilik ini tak sesuai dengan Nani, eh, Nini. (Sambil melabuhkan punggungnya

    di kerusi di bilik tersebut)

    KAK FINAZ: Isy, jangan cakap macam tu! Nini kan akan tinggal lama di sini. Nini ni humble

    sangatlah.

    AZFA HANANI: H-a-m-b-e-l ? Oh ... Merendah diri. Kak nanti biarlah Nini belajar tambahan

    untuk subjek bahasa Inggeris secara intensif.

  • 7/30/2019 Skrip Teater _Azfa Hanani

    17/60

    17

    KAK FINAZ: Hah ... tentang tu Nini jangan risau ... Kan Abang Mazran dan berjanji akan

    menghantar Nini belajar di sebuat pusat tuisyen. (Manakala Nini sibuk membelek-belek

    hiasan-hiasan karektor kartun)

    AZFA HANANI: Banyak sangatlah hiasan kartun.

    KAK FINAZ: Adik ipar kakak tu suka sangar dengan kartun. Sebab itulah bilik ini banyak sangat

    hiasan macam tu. (AZFA HANANI mengangguk kepala)

    AZFA HANANI: (Terlaku sukar untuk menggunakan kata panggila Nini lantas menggunakan kata

    panggilan saya) Saya tak berapa minat dengan patung bentuk kartunlah kak.

    KAK FINAZ: Boleh diubah kalau mahu. (ABANG MAZRAN dan MAK CIK LEHA masuk dengan

    membawa dua buah beg. Setelah meletakkan beg ... mereka macam nak beredar)

    TENGKU MAZRAN: Kalau mama tanya Nini menghilang diri ke mana?

    AZFA HANANI: Ke Tokyo untuk program pertukaran murid Malaysia dan Jepun selama empat

    bulan.

    KAK FINAZ: Kenapa tak hubungi mama?

    AZFA HANANI: Nini terlampau sibuk. Banyak sangat atur cara dan tak sempat cari masa yang

    sesuai.

    TENGKU MAZRAN: Walaupun untuk sekali?

    AZFA HANANI: Mama sakit, dan Nini tak nak ganggu mama berehat.

    TENGKU MAZRAN: Nini tak rindu pada mama?

    AZFA HANANI: Terlalu rindu. Empat bulan tu Nini rasa macam empat tahun.

    KAK FINAZ: Nini boleh ajar mama cakap bahasa Jepun?

    AZFA HANANI:(Terpinga-pinga kerana soalan ini tidak termasuk dalam latihan) Lain kali bila kita

    sama-sama pergi melawat Jepun. Nini akan ajar mama. Nini janji. Sekarang ... tak boleh.

    (Jawab AZFA HANANI dengan lancar tanpa dirancang)

    TENGKU MAZRAN: Bagus. Nini boleh jadi pelakon yang baik. (Di muka pintu bilik TENGKU

    MUZAFFAR bersandar sambil memerhati)

    TENGKU MUZAFFAR: Mula-mula tu memanglah berlakon jadi anak orang kaya. Lepas tu betul-

    betul jadi anak orang kaya, kan? (Muka AZFA HANANI berubah dan dia menundukan

    wajah ke lantai)

  • 7/30/2019 Skrip Teater _Azfa Hanani

    18/60

    18

    TENGKU MAZRAN: Jaga mulut kau sikit, Muz. Abang bawa dia ke mari untuk tolong kita. Kau tak

    kasihan pada mama?

    TENGKU MUZAFFAR: Muz tak kisah, bang. Muz Cuma ingatkan saja. Manalah tahu ... takut

    kalau-kalau dia akan beraja di mata bersultan di hati nanti.

    KAK FINAZ: Muz dah selalu sangat berperang dengan Murni dulu. Cukuplah. Janganlah cari fasal

    dengan Hanani pula.

    TENGKU MUZAFFAR: Okey, okey, okey! Muz janji. (ABANG MUZ berlalu meninggalkan mereka)

    KAK FINAZ: Sabarlah, Nini. Muz memang macam tu. Tapi, hatinya ... percayalah cakap Kak Finaz,

    baik. Sabarlah, ya. (AZFA HANANI memang tersinggung tetapi dia cuba mententeramkan

    hatinya)

    AZFA HANANI: Sikap ayah abang Macam Abang Muz juga ke?

    TENGKU MAZRAN: Abang akan jumpa papa dan beritahu dia perkara sebenar. Nini jangan

    bimbang dan berehatlah dulu

    KAK FINAZ: Jangan bimbang papa jarang ada di rumah. Ini pun sudah dua minggu dia berada di

    rumah isteri mudanya. (Sebelum meninggalkan AZFA HANANI, KAK FINAZ memetik suis

    penyaman udara)

    (Hanya tinggal AZFA HANANI seorang dalam bilik. Dia duduk seorang diri sambil

    bermonolog)

    AZFA HANANI: (Suara monolog) Ah ... alangkah seronoknya kalau Zahidin berada di sini. Tentu

    dia akan melompat riang atas tilam yang besar dan anjal ini. Hmm ... tentu Zuraini akan

    dirawat dengan kaedah perubatan yang terbagus. Tetapi ... keadaan akan berubah ... ah ...

    mereka tetap akan kuhubungi ... insya-Allah...harap-harap Abang Mazran dan Abang

    Norman akan membantu sebagai orang perantaraan. Aku juga mesti berhati-hati agar

    kesahihanku sebagai Murni di mata Datin Maziah akan terselindung. Malahan Kak Finaz

    dan Abang Mazran telah berpesan agar setiap surat mencatat namaku mesti melalui

    alamat pejabat Abang Mazran. Tetapi ... masalah buku rujukan yang kucuri ... pinjam ... di

    Sekolah Menengah Sri Dian perlu dipulangkan ... tetapi siapa penerimanya ... pengetua ...tak boleh ... sebab nama baik aku akan tercemar ... ah ... Cikgu Zaminlah yang pasti ...

    kerana selama ini Cikgu Zamin sering cuba memahami masalahku. (Tiba-tiba pintu bilik

    diketuk. Apabila dibuka kepala KAK FINAZ terjongol)

    KAK FINAZ: Mama sudah sedar. Cepat Nini, kita turun ke bawah. (Setelah bersiap ala kadar aku

    menuju ke arah Mama dan dia dari jauh telah tersenyum meleret.)

  • 7/30/2019 Skrip Teater _Azfa Hanani

    19/60

    19

    DATIN MAZIAH: Mari dekat mama, sayang. (DATIN MAZIAH mengangkat tangan kanannya dan

    AZFA HANANI menyambut dengan ciuman dan dengan merendahkan diri untuk memberi

    peluang DATIN MAZIAH mencium dahi. KAK FINAZ menarik nafas lega)

    DATIN MAZIAH: Nini tahu, mama selalu runsing bila teringatkan Nini. Mama rindukan Nini, tau?

    (DATIN MAZIAH bercakap sambil mengusap-usap kepala AZFA HANANI)

    AZFA HANANI: Nini tahu, mama. Nini pun dah lama nak balik.

    TENGKU MAZRAN: Masa Nini di Tokyo dulu, dia selalu telefon Ran tanya fasal mama. Katanya,

    dia nak balik tapi Ran tak bagi sebab mama perlu berehat. (AZFA HANANI terpinga-pinga

    bila disebut nama Tokyo)

    DATIN MAZIAH: Suara Nini pun kedengaran lain sikit sekarang. (AZFA HANANI terkedu dan cuba

    memikirkan jawapan yang sesuai)

    AZFA HANANI: Tokyo tu tempat baru pada Nini. Iklimnya kan berbeza. Lagipun, Nini dah besar.

    Suara pun ikut berubahlah.

    DATIN MAZIAH: (Sambil memeluk erat tubuh AZFA HANANI) Mama pun berharap Nini akan

    cepat dewasa. Cukup umur nanti, ambil lesen memandu dan tengoklah ... dalam beberapa

    hari lagi mama akan belikan jip baru untuk Nini. Sama macam yang dulu. (AZFA HANANI

    hanya tergamam mendengar janji DATIN MAZIAH)

    Tirai ditutup.

  • 7/30/2019 Skrip Teater _Azfa Hanani

    20/60

    20

    BABAK 6

    Pentas di hadapan tirai menunjukkan Ellina sedang berjalan dengan pakaian lengkap

    sekolah dan beg sekolah tersandang di bahu. Kemudian tiba-tiba masuk Azfa Hanani yang baru

    dihantar oleh Abang Mazran ke Sekolah Menengah Taman Sari. Ada papan tanda nama

    sekolah. Apabila Azfa Hanani terserempak dengan Ellina dia ditegur oleh Ellina.

    ELLINA: Ini Hanani, ya?

    AZFA HANANI: (Sambil berjabat tangan) Ya, Azfa Hanani.

    ELLINA: Saya Nina. Nama sebenar, Tengku Ellina.

    AZFA HANANI: Oh ... ada Kak Finaz menyatakan yang Nina ni saudara dua pupu Murni. Nini

    semalam dah lapor diri ... tapi tak nampak pula Nina dalam kelas.

    ELLINA: Abang Ran ada beritahu keluarga saya fasal Hanani. Saya minta maaf. Saya sibuk sangat

    sehari dua ni kerana mewakili sekolah dalam pertandingan Forum Remaja. Malam

    semalam pun terlalu letih ... langsung tertidur awal. Tak sempat nak telefon Ni ...

    AZFA HANANI: Panggilah Nani atau Nini, mana-mana pun boleh. Tapi, saya rasa elok Nina

    panggil saya Nini sebab Abang Mazran dan Kak Finaz mahu semua orang mengenali saya

    dengan nama itu. (ELLINA tersenyum)

    AZFA HANANI: Nani dan Nini, dan sekarang Nina pula. Ah, bunyinya seakan-akan pula, begitu

    harmoni!

    ELLINA: Betul. Hanani pun ... seiras betul dengan Murni. (ELLINA menggulum senyum manakala

    Azfa Hanani termenung memikirkan sesuatu)

    AZFA HANANI: Entahlah ... ini pun Abang Mazran yang menyuruh memakai tanda nama Tengku

    Murni ... cikgu pula hendak menempah nama Azfa Hanani untuk dibuat tanda nama baru.

    ELLINA: Dah kenal kawan-kawan sekelas. (AZFA HANANI menggeleng)

    AZFA HANANI: Belum. Semalam saya lewat masuk ke kelas. Banyak sangat urusan di pejabat.

    ELLINA: Tak apalah, nanti akan kenal juga. Ramai orang pun masih susah nak percaya jelmaan

    Murni ada di sini sekarang.

    AZFA HANANI: Betul, Nina. Tapi saya dah terpaksa berlakon sebagai Murni di rumah dan saya

    harap saya akan diterima sebagai diri saya yang sebenar di sekolah.

    ELLINA: Jomlah ke kelas. (AZFA HANANI dan ELLINA meninggalkan pentas)

  • 7/30/2019 Skrip Teater _Azfa Hanani

    21/60

    21

    BABAK 7

    Pentas dibuka dengan suasana dalam bilik darjah. Azfa Hanani duduk di kerusinya.

    Manakala Ellina menarik kerusi tempat duduk Adriani untuk mengambil tempat duduk.

    Beberapa kerusi lagi telah dipenuhi oleh pelajar.

    ELLINA: Nini yang sebenar amat peramah orangnya.

    AZFA HANANI: Dia baik dengan semua orang?

    ELLINA: Hampir semua orang.(AZFA HANANI menarik nafas lega)

    AZFA HANANI: Err ... Murni ada kawan istimewa ke, Nina. (ELLINA mengangkat bahu tetapi

    bibirnya mengukir senyuman sinis)

    ELLINA: Nini Azfa Hanani tentu ramai peminat di sekolah lama. Nini Tengku Murni pun macam

    itulah.

    AZFA HANANI: Sebenarnya?

    ELLINA: Murni tak pernah beritahu saya. Tapi dia pernah menyebut, dia berkenan dengan

    seorang murid lelaki. Siapa dia, saya masih meneka sampai sekarang. (Loceng berbunyi

    panjang. Semua murid duduk di tempat masing. ELLINA kembali ke tempat duduknya.

    ADRIANI kembali duduk di sebelahku. ADRIANI berbisik ke telingku)

    ADRIANI: Sekejap lagi subjek Bahasa Inggeris. Cikgu Ramzan tu garang sikit. (Tiba-tiba Cikgu

    Ramzan masuk selepas ucapan salam dia memandang ke arahku)

    CIKGU RAMZAN: Are you the new student ... introduce yourself.

    AZFA HANANI: (Dengan tersekat-sekat) Hmm ... My name a.. is Azfa Hanani ... I ... Im from

    Johor and studied at Sekolah Menengah Sri Dian.

    CIKGU RAMZAN: Youre seem pair twin of Murni ... but shes good in English . (AZFA HANANI

    hanya mengangguk kepala)

    CIKGU RAMZAN: Ok ... our class will desqust the issues of natures pollution ... is there anyone

    have any opinion ... yes Laili your opinion

    LAILI: When we say about pollution it involve the pollution of air, water, sound and etc.

    CIKGU RAMZAN: Good ... anyone care to add move ... ok Syafikah ...

    SYAFIKAH: Pollution relates to human and development. Sastisfying need without awareness

    causes, environmental pollution.

  • 7/30/2019 Skrip Teater _Azfa Hanani

    22/60

    22

    CIKGU RAMZAN: Oh ... good ... what are the effect ... yes Fuziana ...

    FUZIANA: The effect of this ozone layer became thick and it can cause cancer and the extinction

    of flora and fauna

    CIKGU RAMZAN: Thats good ... Yes, How would we avoid it? Oh Syamsul whats your opinion

    SYAMSUL: Actually every person should play their part such as enforcement, awareness

    campaign and conservation concept.

    CIKGU RAMZAN: Good. (AZFA HANANI hanya menundukkan kepala dan mengelamun jauh. Dia

    tidak dapat mengikut perbincangan tersebut. Loceng berbunyi dan CIKGU RAMZAN

    beredar. Semua pelajar mengambil buku Fizik untuk bergerak ke makmal Fizik. ELLINA

    sambil memegang buku Fizik datang menghampiri AZFA HANANI)

    ELLINA: Jauh mengelamun tadi. Teringatkan siapa? Seseorang?(AZFA HANANI hanya tersenyum)

    AZFA HANANI: Tak adalah. Err ... idea ada untuk mencelah semasa perbincangan tadi, tapi yalah

    ... kalau dibuat dalam bahasa Melayu kan mudah. (AZFA HANANI mencari buku Fizik

    dalam begnya)

    ELLINA: Kenapa kata macam tu?(ADRIANA hanya mengikuti perbualan antara AZFA HANANI

    dengan ELLINA)

    AZFA HANANI: Saya budak kampung, tak pernah guna bahasa Inggeris di rumah. Nak bercakap

    banyak-banyak, saya tak pandai, Nina. (ADRIANI memandang wajah AZFA HANANI)

    ADRIANI: Nini tak fahama lansgung apa yang Cikgu Ramzan ajar tadi?

    AZFA HANANI: Sikit-sikit tu, fahamlah. Cuma nak menjawab tu yang susah.

    ELLINA: Tak apalah, Nini. Saya akan tolong. Didi pun boleh. (ELLINA mengangguk sedikit kepada

    ADRIANI)

    ADRIANI: Tentu, Insya-Allah.

    AZFA HANANI: Terima kasih atas niat ikhlas tu.

    ELLINA: Jom kita ke kelas Fizik (Tirai ditutup. Mereka bertiga bergerak dan muncul di hadapan

    pentas sambil berjalan dengan mengkepit buku Fizik. Tiba-tiba seorang pelajar lelaki

    berpakaian kemas selaku pemimpin pelajar menegur.)

    EKRAN: Saudari yang macam Tengku Murni tu, tunggu dulu. (Mereka bertiga berhenti dan

    menoleh kepada pelajar lelaki tersebut.)

  • 7/30/2019 Skrip Teater _Azfa Hanani

    23/60

    23

    EKRAN: (Setelah hampir ... EKRAN mencabut pen dan buku catatan seolah-olah ingin mencatat)

    Boleh saya tahu nama saudari?

    AZFA HANANI: Azfa Hanani binti Zainal Ariff

    EKRAN: Terima kasih. Masa rehat nanti, jangan lupa pergi ke bilik persatuan untuk ambil borangkeahlian. (AZFA HANANI mengangguk)

    EKRAN: Selamat datang ke SMTS (Sambil menghulurkan tangan)

    AZFA HANANI: (AZFA HANANI tidak menyambut tangan tersebut) Maafkan saya.

    EKRAN: Oh ... tak apa ... (EKRAN menundukkan kepala dan beredar)

    AZFA HANANI: (Sambil memandang ELLINA) Siapa dia tu?

    ELLINA: Muhammad Ekran bin Muhammad, Pengerusi Persatuan Pelajar Tingkatan Lima SMTS.Dia pernah belajar sekelas dengan saya dan MURNI. Lepas SRP, masuk kelas sains sosial

    sebab katanya nak jadi akauntan.

    AZFA HANANI: Dia baik dengan Murni.

    ELLINA: Bolehlah dikatakan baik.

    (Mereka bertiga bergerak masuk ke dalam pentas. Tirai dibuka dan kelas dipenuhi pelajar

    kelas yang sama. Kelihatan ELLINA, ADRIANI dan AZFA HANANI turut berada dalam kelas

    tu. Kemudian nampak CIKGU SANI masuk ke dalam kelas FIZIK.)

    CIKGU SANI: Hmm ... boleh pelajar baru kita Azfa Hanani menjelaskan sedikit tentang

    keputusan uji kaji berkaitan rumus jisim separa empirik.

    AZFA HANANI: Dalam fizik nuklear, rumus jisim separa empirik, kadang kala dikenali sebagai

    rumus Weizsacker, iaitu rumus untuk menganggarkan jisim dan ciri lain bagi nuklues

    atom. Seperti juga namanya, ia sebahagiannya diasaskan daripada teori dan sebahagian

    lagi pengukuran empirik. Teori berdasarkan model titisan cecair dan boleh digunakan

    bagi kebanyakan sebutan dalam rumus, dan memberikan anggaran secara kasar bagi nilai

    pekali.

    LAILI: (Apabila AZFA HANANI duduk) Eleh, berlagak! Depan Cikgu Ramzan tadi, tergagap-gagap.

    (AZFA HANANI berubah air mukanya)

    ELLINA: Jangan ambil hati, Nini. Laili tu memang sejak dulu tak sebulu dengan Murni.

  • 7/30/2019 Skrip Teater _Azfa Hanani

    24/60

    24

    (Loceng berbunyi. Tirai sekali ditutup. AZFA HANANI dengan memegang borang sedang

    berjalan dengan ELLINA di hadapan pentas.)

    ELLINA: Lili, Ika dan Fuzi memang begitu. Budak-budak sekolah ni panggil mereka tu Budak

    Glamur.(AZFA HANANI hanya mendengar dan tidak memberi respons)

    ELLINA: Sebenarnya, Laili masih sangsi, Nini.

    AZFA HANANI: Kenapa?

    ELLINA: Dia tak pasti, apakah Murni benar-benar dah tak ada.(AZFA HANANI terkejut dan

    keningnya bertaut)

    AZFA HANANI: Saya tak faham, Nina.

    ELLINA: Abang Ran tak beritahu misteri ini?

    AZFA HANANI: (Semakin terkejut) Misteri?

    ELLINA: Kad pengenalan dan kad ATM Murni dengan beg duitnya sekali sampai sekarang tak

    ditemui. Hilang tak tahulah di mana. (AZFA HANANI terkedu. Mereka berdua berjalan dan

    masuk ke dalam pentas.)

  • 7/30/2019 Skrip Teater _Azfa Hanani

    25/60

    25

    BABAK 8

    Pentas masih menggambarkan suasana banglo milik Datin Maziah. Lampu disorot

    kepada Datin Maziah yang sedang menunggu Azfa Hanani pulang dari sekolah. Dari jauh Azfa

    Hanani menguntum senyuman kepada Datin Maziah.

    DATIN MAZIAH: Hari ini macama mana? Ada apa-apa yang Nini nak ceritakan pada mama?

    (DATIN MAZIAH memeluk mesra sambil mencium dahi AZFA HANANI )

    AZFA HANANI: Baik saja, mama. Macam semalam, Nini seronok dapat belajar semula bersama

    kawan-kawan. (KAK FINAZ yang mengambil aku setelah membayar duit teksi terus masuk

    ke dalam rumah)

    DATIN MAZIAH: Nini tak rasa ketinggalan dalam pelajaran? (AZFA HANANI menggeleng)

    AZFA HANANI: Tak adalah. Semasa di Jepun, Nini ada juga buka-buka buku. Kalau ada mana-

    mana bahagian yang Nini tak faham, Nini akan tanya cikgu. Nina dan kawan-kawan lain

    pun ada yang tolong. (AZFA HANANI melebarkan senyuman kepada DATIN MAZIAH sambil

    memandang KAK FINAZ dan KAK FINAZ mengangguk-angguk)

    DATIN MAZIAH: Marilah Nini ... makan ... kalau Nini nak tahu, mama sendiri yang masakkan

    ayam masak merah tu, Nini tentu suka.

    AZFA HANANI: Masakan mama memang sedap.

    DATIN MAZIAH: Tentulah.

    AZFA HANANI: Terima kasih, mama. Nanti bila Nini ada masa lapang, Nini nak belajar daripada

    mama.

    DATIN MAZIAH: Eh, Nini kan dah pernah belajar dulu?(AZFA HANANI tergamam)

    AZFA HANANI: Nini dah lupa. Tapi, apa salahnya kalau mama ajar sekali lagi, kan

    DATIN MAZIAH: (Datin Maziah tersenyum) Ini tentu fasal suka sangat makan masakan orang

    Jepun. Tak apalah, nanti mama ajar.

    KAK FINAZ: Mama jangan pula minta dia masakkan apa-apa yang dia makan di sana tu. Finaz

    dah suruh semalam. Tapi, Nini kata ... dia pergi nak seronok-seronok, bukannya nak

    belajar memasak. (KAK FINAZ melawak dan cuba menyelamatkan keadaan)

    DATIN MAZIAH: Peliknya pula, walaupun lama di sana, dia makan sikit sangat sekarang. Entah-

    entah Nini ni teringatkan seseorang di sana tak? (AZFA HANANI terkejut dan menggeleng

    kepala dan beberapa biji nasi terkeluar dari mulut)

  • 7/30/2019 Skrip Teater _Azfa Hanani

    26/60

    26

    KAK FINAZ: (Berkata dengan lembut) Nini, berhati-hati bila makan. (AZFA HANANI mengangguk)

    AZFA HANANI: Tak adalah, mama. Nini sedang diet, jaga badan sebab tak mahu gemuk. (AZFA

    HANANI tersedak dan mama datang mengurut belakang.

    AZFA HANANI: (Dengan manja) Mama, Nini nak minum air sejuk.

    DATIN MAZIAH: (Nyaring) Leha!

    AZFA HANANI: (Seolah-olah merengek) Nini tak nak Mak Cik Leha yang bawakan.Mama sajalah

    yang bawakan. (DATIN MAZIAH bergegas ke dapur)

    AZFA HANANI: (Dengan suara perlahan) Kak Finaz.

    KAK FINAZ: Kenapa Nini?

    AZFA HANANI: Nina beritahu Nini di sekolah tadi, kad pengenalan dan beg duit Murni belumlagi ditemukan sejak kemalangan tu. Betul ke? (Wajah KAK FINAZ berubah)

    KAK FINAZ: Abang Ran dan Kak Finaz agak, ada orang yang ambil di tempat kemalangan. Tapi,

    akuan dia selamat. Agaknya, orang tu tak dapat cari nombor PIN. (DATIN MAZIAH muncul

    dengan menatang sgelas air suam di atas dulang)

    AZFA HANANI: Terima kasih, mama. (Sesudah makan AZFA HANANI meminta izin untuk ke

    bilik.) Nini ... ke bilik dulu ya mama.

    (Cahaya disorot ke bilik yang sudah berubah. Hiasan anak-anak patung telah dilonggokkan

    di tempat lain. Ada dua buah kotak besar. Ada buku-buku rujukan baru di atas meja. Ada

    sebuah album di atas katil. Kak Finaz sudah berada di katil sambil membelek-belek album

    gambar)

    AZFA HANANI: Kenapa Kak Finaz tak beritahu Nini awal-awal lagi fasal kehilangan tu?

    KAK FINAZ: Sebab kami rasa Nini tak perlu tahu. Tak penting sebab jenazah Murni pun dah

    selamat disemadikan.

    AZFA HANANI: Betuk ke dia tu Murni kak?

    KAK FINAZ: Betullah. Papa, Abang Ran dan Abang Muz yang sahkan. Nini janganlah bimbang

    sangat. Tanda-tanda pengenalan Murni ada di tempat terlindung. Mama tak akan dapat

    tengok. Hmm ... Kak Finaz dah belikan apa yang Nini mahu. Dalam dua buah kotak tu,

    semua hiasan dan kusyen baharu. Bolehlah kita kemaskan sekarang.

    AZFA HANANI: Terima kasih, kak. Tapi Nini nak berehat dulu. Malam nantilah kita kemaskan.

  • 7/30/2019 Skrip Teater _Azfa Hanani

    27/60

    27

    KAK FINAZ: Ini pula ... mama dah pulangkan album-album dan diari-diari Murni. Nini nak

    tengok, tengoklah. Kak Finaz pun nak pergi mandi. (KAK FINAZ beredar dari pentas dan

    AZFA HANANI sambil duduk di kerusi membelek-belek diari dan bermonolong.

    AZFA HANANI: (Bermonolog) Sebenarnya tak elok baca diari orang lain ... tetapi untuk

    menyelami prinsip dan perwatakan Murni aku perlu membacanya ... Ah ... rasanya ada

    sesuatu yang dirahsiakan oleh Murni ... Kenapa ada catatan yang dipadamkan... (Lampu

    digelapkan. Sebentar kemudian masuk Datuk Tengku Makmur dan mengjenguk ke bilik

    Azfa Hanani. Lampu diterangkan. Azfa Hanani terkejut)

    AZFA HANANI: Apa khabar, papa?

    DATUK TENGKU MAKMUR: Baik, tapi saya bukan ayah awak. Depan datin, bolehlah awak

    panggil saya macam tu. (AZFA HANANI terpempan)

    AZFA HANANI: Saya minta maaf, datuk.

    DATUK TENGKU MAKMUR: Berapa Mazran janji nak bayar upah?

    AZFA HANANI: Upah? (Terkejut)

    DATUK TENGKU MAKMUR: Ya, upah menyamar sebagai Murni. (AZFA HANANI terkejut, keliru

    dan menggeleng kepala)

    AZFA HANANI: Dia tak berjanji macam tu.

    DATUK TENGKU MAKMUR: Mazran tak berjanji apa-apa? (AZFA HANANI tunduk dan berasahiba. Suasana senyap seketika)

    DATUK TENGKU MAKMUR: Saya bagi RM500 sebulan, cukup?

    AZFA HANANI: Err ...

    DATUK TENGKU MAKMUR: Cukup tak?

    AZFA HANANI: Cukup. Tapi ...

    DATUK TENGKU MAKMUR: Bagus. Mint alamat keluarga awak di kampung. Saya akan kirim duititu setiap awal bulan. (AZFA HANANI serba salah)

    AZFA HANANI: Saya akan kirim sendiri. (DATUK TENGKU MAKMUR mengeluarkan dompet dan

    mengambil jumlah wang tersebut dan dilempar di atas katil dan beredar dari situ. AZFA

    HANANI memandang sayu wang tersebut. Lampu digelapkan.)

    Tirai ditutup.

  • 7/30/2019 Skrip Teater _Azfa Hanani

    28/60

    28

    BABAK 9

    Di hadapan pentas Azfa Hanani memakai baju T berkolar, seluar jeans putih,

    berstoking putih dan berkasut kanvas. Dia seolah-olah hendak keluar berjalan. Kebetulan Abang

    Mazran juga berada di situ.

    TENGKU MAZRAN: Bersiap-siap ni ... Nini hendak ke mana?

    AZFA HANANI: Sebenarnya di sekolah ada perjumpaan untuk membincangkan tentang Hari

    Sumbangsih.

    TENGKU MAZRAN: Selepas perjumpaan tu, Nini nak pergi ke mana lagi?

    AZFA HANANI: Tak tahu lagi, bang. Tapi kalau boleh, Nini nak keluar berjalan-jalan.

    TENGKU MAZRAN: (Sambil menoleh ke belakang) Ke mana?

    AZFA HANANI: Entahlah ... Mungkin Nini nak pergi ke Plaza Cahaya, nak tengok lokasi Institut

    Lingua Franca itu sekali.

    TENGKU MAZRAN: Nini dah beritahu Kak Finaz? (AZFA HANANI tidak menjawab dan dia hanya

    memandang jauh seolah-olah mencari kelibat KAK FINAZ)

    TENGKU MAZRAN: Nini dan beritahu Kak Finaz, Nini nak keluar jalan-jalan? (Abang Mazran

    mengulangi soalannya)

    AZFA HANANI: Err ... dah, bang. Nini beritahu sebelum bersarapan tadi. (TENGKU MAZRAN

    mengeluarkan dompet dan menarik keluar dua keping wang kertas RM50 dan

    menghulurkan kepada AZFA HANANI dan AZFA HANANI teragak-agak untuk menerima

    wang tersebut)

    TENGKU MAZRAN: Ambil ni, buat belanja ... kalau-kalau Nini nak beli apa-apa di sana.

    AZFA HANANI: Tak apalah, Abang Ran. Nini bukannya nak pergi berbelanja. Duit yang abang

    bagi hari tu pun banyak lagi.

    TENGKU MAZRAN: Ambilah. Manalah tahu, Nini nak beli sesuatu nanti. (DATIN MAZIAH sedang

    masuk ke hadapan pentas. Nini ambil wang yang dihulurkan oleh ABANG MAZRAN)

    DATIN MAZIAH: Nini. (Selepas hampir AZFA HANANI mendakap DATIN MAZIAH)

    AZFA HANANI: Nini pergi dulu ya, mama.

    DATIN MAZIAH: Pergilah sayang. Jaga diri baik-baik. (Terdengar deruman kenderaan)

  • 7/30/2019 Skrip Teater _Azfa Hanani

    29/60

    29

    AZFA HANANI: Apa yang kakak tahu fasal hari sumbangsih tu?

    KAK FINAZ: Projek cari duit untuk memperindahkan lagi kawasan sekolah. Apa-apa terbina

    daripada hasil kutipan sumbangsih akan dinamakan sempena kumpulan murid tingkatan

    lima tahun itu.

    AZFA HANANI: Murni ada beritahu kakak apa-apa?

    KAK FINAZ: Sikit-sikit, adalah. Dulu, dia nak bertanding pegang jawatan dalam persatuan tu.

    Tapi, apa nak dikata ... umurnya tak panjang. (Mereka berjalan dan hilang daripada

    pentas. Masuk semula Azfa Hanani dan Ellina ke hadapan pentas.)

    AZFA HANANI: Hebat sungguh cara Ekran berucap serta kelancarannya memberi penjelasan.

    ELLINA: Itulah ... yang tak setuju geng-geng Laili saja.

    AZFA HANANI: Dia ni memang ada tokoh jadi ahli pembangkang.

    ELLINA: Memang pun. Tak layak jadi pemimpin tapi nak bertanding juga dulu. Mujur tak

    menang.

    AZFA HANANI: Ah ... kau tak pernah beritahu aku fasal Hari Sumbangsih ni, Nina.

    ELLINA: Lupa. Kenapa tak tanya orang lain?

    AZFA HANANI: Orang lain pun tak sebut apa-apa. Err ... maksud aku tak beritahu. ( Wajah

    ELLINA menunjukkan rasa tidak puas hati)

    AZFA HANANI: Kau ... kau sakit ke, Nina?

    ELLINA: Ya, sakit hati.

    AZFA HANANI: Sakit hati? Sakit hati pada siapa?

    ELLINA: Laili. Dia tu ... tak ada kerja lain. Asyik memprotes saja. Buat kerja bukannya tahu.

    (ELLINA geram)

    AZFA HANANI: Sebenarnya slot apa yang Budak Glamor mahu.

    ELLINA: Malam Bakat Sumbangsih.

    AZFA HANANI: Aku bergerak dululah. (AZFA HANANI berpisah dengan ELLINA. Dia meneruskan

    perjalanan dan bertemu dengan ADRIANI)

    ADRIANI: Hei ... Nini kau dapat tugas apa untuk Hari Sumbangsih nanti ...

  • 7/30/2019 Skrip Teater _Azfa Hanani

    30/60

    30

    AZFA HANANI: Namaku tergolong dalam senarai penjual burger.

    ADRIANI: Kau nampak kalut saja ... nak ke mana...

    AZFA HANANI: Ke Plaza Cahaya ... kau nak ikut ... aku bukan pernah ke sana.

    ADRIANI: Maaflah ... aku ada kerja ... hah ... kau naik bas mini nombor 19, lebih kurang 10 minit

    perjalanan, sampailah ke Plaza Cahaya. (Mereka berpisah dan AZFA HANANI meneruskan

    perjalanan ke Plaza Cahaya. Setelah berjalan AZFA HANANI ternampak seorang pemuda

    menjual burger. Dia ingin bertanyakan penjual burger yang baru memulakan perniagaan)

    AZFA HANANI: Bang...

    EKRAN: Ya, nak beli ... (Mereka terkejut. EKRAN dan AZFA HANANI saling bertentangan mata)

    AZFA HANANI: Di ... di mana sa... saya boleh cari teksi. (EKRAN menjuihkan mulut dan isyarat

    tangan. AZFA HANANI pun berlalu)

    Pentas kosong.

  • 7/30/2019 Skrip Teater _Azfa Hanani

    31/60

    31

    BABAK 10

    Pentas dibuka dan suasana seolah-olah di perpustakaan sekolah. Azfa Hanani tengah

    sibuk membuat rujukan untuk mencari bahan.Mengambil akhbar dan duduk di kerusi. Sambil

    itu dia membelek-belek akhbar tu. Sambil itu dia bermonolog.

    AZFA HANANI: (Bermonolog) Ah ... baru-baru ni Cikgu Zamri kata bahasaku amat baik. Aku

    mesti memastikan karangan yang aku tulis mesti mantap. Tetapi ... aku perlu mencari

    fakta berkaitan kereta nasional ... (Tiba-tiba nama Hanani dipanggil)

    SYAFIKAH: Hanani. (AZFA HANANI menoleh)

    FUZIANA: Boleh kita bercakap sebentar? (AZFA HANANI terkedua dan SYAFIKAH dan FUZIANA

    duduk di hadapan AZFA HANANI.)

    AZFA HANANI: Fasal karangan tu?(Suaranya rendah dan perlahan) Saya pilih tajuk kejayaan

    sektor perindustrian di negara kita.(SYAFIKAH menggeleng pantas)

    SYAFIKAH: Bukanlah. Saya dan Fuzi tak mahu bercakap fasal tu. Karangan ni tak semestinya kita

    siapkan sekarang. Di rumah pun boleh tulis. (AZFA HANANI mengerutkan kening lalu

    memandang sekeliling.)

    AZFA HANANI: Fasal apa tu?

    FUZIANA: Ini rancangan Laili sebenarnya. Sebab dia kena pergi mesyuarat, saya dan Ikah yang

    kena beritahu.

    AZFA HANANI: Fasal apa?

    FUZIANA: Okey, kita terus terang sajalah. Kami nak ajak awak jayakan Malam Bakat

    Sumbangsih. Laili kata, suara awak bagus untuk jadi pengacara pada malam itu.

    AZFA HANANI: (Terkejut) Jadi pe ... pengacara majlis?

    SYAFIKAH: Ya, pengacara yang glamor! (AZFA HANANI serba salah)

    FUZIANA: Awak kan murid baru? Inilah peluang paling baik untuk memperkenalkan diri ... awak

    tu Azfa Hanani bukannya Tengku Murni. (FUZIANA tersenyum sinis)

    SYAFIKAH: Sebenarnya Laili dan berunding dengan Asmat dan beberapa orang murid kelas itu.

    kalau dibiarkan kelas tu jadi pengelola, alamatnya banyaklah yang tak menjadi, Hanani.

    Sebab itulah kami nak tolong mereka. Saya rasa, budak-budak tu nak kendalikan amplifier,

    mikrofon dan entah apa-apa lagi pun tak tahu. Backdrop tak payah cakaplah ... mesti

    ketinggalan zaman punya. (SYAFIKAH berkata-kata sambil jari jemarinya mengetuk meja)

  • 7/30/2019 Skrip Teater _Azfa Hanani

    32/60

    32

    FUZIANA: Kelas tu pun memang khusus untuk budak-budak lembap. Kolot. Kalau kita tak ikut

    campur, entah-entah kutipan tiket pun tak balik modal. (AZFA HANANI mengetap bibir)

    SYAFIKAH: Setuju? (AZFA HANANI menggeleng tetapi bukan bermaksud menolak)

    AZFA HANANI: Entahlah, Saya perlu fikir dulu.

    SYAFIKAH: Apa yang nak difikirkan lagi, Hanani? Laili dan tawarkan peluang yang amat bagus.

    Tak kan awak nak tolak? Lambat, jangan menyesal kalau-kalu dia berubah fikiran.

    AZFA HANANI: Saya tak pernah jadi pengacara. (AZFA HANANI menoleh ke sisi dan dapati

    ADRIANI sedang memerhatikan mereka)

    FUZIANA: Kami boleh ajar.

    SYAFIKAH: Kalau kita ada matlamat, segalanya boleh.

    FUZIANA: Apa yang penting, kita kena tolong budak-budak tu. (AZFA HANANI mengetap bibir)

    AZFA HANANI: Err ... Ellina dah tahu, kita nak tolong murid-murid kelas tu?

    SYAFIKAH: Ah, Ellina tu tahu cakap saja! Buat kerja macam budak sekolah rendah. Kadang-

    kadang, macamlah sia seorang saja yang pandai dalam dunia ni. (AZFA HANANI tergamam

    apabila mendengar Ellina dikutuk)

    FUZIANA: Awak patut ikut cakap Lalili, Hanani. (Kedengaran bunyi loceng berdering)

    AZFA HANANI: Ika, Fuzi, saya minta maaf. Saya tak dapat terima tawaran ini. Saya bukanlahorang yang sesuai untuk jadi pengacara yang glamor. Carilah orang lain.

    SYAFIKAH: Eh, jangan kata begitu! Kalau Murni ada, dia pun tak akan tolak. Jadi pengacara

    malam Bakat Sumbangsih ni glamor tau. (AZFA HANANI menggeleng kepala tetap dengan

    keputusannya)

    AZFA HANANI: Tak apalah, Ika. Murni lain, saya lain. (FUZIANA mencemik dan SYAFIKAH

    mendengus seraya genggaman tangan kanannya menumbuk meja)

    FUZIANA: Aku dah kata, Ika ... budak kampung ni bukannya dapat diajak berunding. Perangaidia pun sama macam Murni. Keras kepala. (FUZIANA mengangkat punggung dan

    SYAFIKAH bingkas dan merenung wajah AZFA HANANI)

    SYAFIKAH: Youre a very clumsy kampung girl!

    Tirai ditutup.

  • 7/30/2019 Skrip Teater _Azfa Hanani

    33/60

    33

    BABAK 11

    Di hadapan pentas. Terdengar suara bacaan yasin. Azfa Hanani baharu sahaja melipat

    telekung sembahyang. Kemudian dia duduk sambil melihat-lihat komputer di atas meja.

    Kemudian kelihatan Abang Muzaffar menghampiri.

    TENGKU MUZAFFAR: Nani buat apa tu?

    AZFA HANANI: Tengok-tengok komputer ni. (Sambil menguntum senyuman)

    TENGKU MUZAFFAR: Kalau Nani nak belajar, abang boleh ajarkan. Cuma, tunggulah masanya.

    Tesis abang pun dah hampir siap sekarang. (Sambil cuba tersenyum balas kepada AZFA

    HANANI)

    AZFA HANANI: Terima kasih, bang. Ni ... Nani akan tunggu. (TENGKU MUZAFFAR mengangguk-

    angguk)

    TENGKU MUZAFFAR: Abang suka dengar Nani baca surah Yasin tadi. Suara Nani lunak sungguh.

    AZFA HANANI: Err ... malam ini kan malam Jumaat. Nini ... eh, Nani selalu sedekahkan bacaan

    Quran kepada ayah dan ibu kandung Nani.

    TENGKU MUZAFFAR: Kalau Nani bacakan untuk Nini sekali, boleh kan? (Tiada jawapan daripada

    AZFA HANANI hanya memandang TENGKU MUZAFFAR dan TENGKU MUZAFFAR masuk ke

    dalam pentas meninggalkan AZFA HANANI kemudian AZFA HANANI juga meninggalkan

    pentas)

  • 7/30/2019 Skrip Teater _Azfa Hanani

    34/60

    34

    BABAK 12

    Tirai dibuka. Pentas menunjukkan ada gerai burger agak ke dalam. Azfa Hanani sedang

    menghadap penonton dengan di tangannya beberapa buku tentang bahasa Jepun. Kemudian

    seorang pemuda berpakaian jaket memandu dan topi keledar menghampiri Azfa Hanani. Tidak

    jauh daripada Hanani ada seorang gadis tionghua dan gadis melayu yang memerhati.

    ISKANDAR: Kakak tak datang ambil hari ini, Hanani? (AZFA HANANI terkejut dan memandang ke

    wajah pemuda itu)

    AZFA HANANI: Tak. Saya ada janji nak jumpa kawan.

    ISKANDAR: Kawan lelaki atau perempuan?

    AZFA HANANI: Lelaki. (Pemuda itu melangkah lebih hampir kepada AZFA HANANI)

    ISKANDAR: Teman istimewa. (AZFA HANANI menggeleng kepala)

    AZFA HANANI: Tak. Kawan saja. (AZFA HANANI semakin mengepit fail dan buku-buku ke dada)

    ISKANDAR: Betul ke ni?

    AZFA HANANI: Err ... betul. Kenapa?

    ISKANDAR: Kalau betul bukan teman istimewa, bolehlah saya tunggu dan hantarkan Hanani

    balik. (AZFA HANANI tersentak)

    AZFA HANANI: Eh, jangan!

    ISKANDAR: Kenapa?

    AZFA HANANI: Nanti keluarga saya marah dan saya juga tak kenal siapa abang ni.

    ISKANDAR: Kalau tak boleh hantar sampai ke tangga rumah, dekat-dekat rumah pun tak apalah.

    AZFA HANANI: Saya tak kenal abang.

    ISKANDAR: Sebab tak kenallah, kita perlu berkenalan. Hanani tak mahu cuba naik motosikal tu?

    AZFA HANANI: Tak apalah. Terima kasih sajalah. Saya ada cukup duit untuk bayar tambang teksi

    dan saya juga tak suka berpanas. Abang ajaklah orang lain.

    ISKANDAR: Hai, sombongnya awak!

    AZFA HANANI: Saya tak sombong, tapi ini prinsip saya.

  • 7/30/2019 Skrip Teater _Azfa Hanani

    35/60

    35

    ISKANDAR: Prinsip boleh diubah, sesuai dengan keadaan.

    AZFA HANANI: Prinsip saya tak perlu diubah sebab keadaan macam ini pun ... kurang saya

    gemari. (Wajah ISKANDAR berubah)

    ISKANDAR: (Nada suara agak tinggi) Awak jual mahal, saya tak kisah. Saya boleh cari sepuluhorang gadis lain yang lebih cantik daripada awak. Tau tak?

    AZFA HANANI: Pergilah cari.

    ISKANDAR: Ah, berlagak! (AZFA HANANI mula melangkah kaki untuk meninggalkan ISKANDAR)

    Jangan menyesal, Hanani.

    (Ketika AZFA HANANI sedang bergerak ke arah lain. GADIS TIONGHUA menegurnya)

    GADIS TIONGHUA: Awak buat keputusan yang tepat. Iskandar bukannya budak baik, mata

    keranjang.

    GADIS MELAYU: Bagus adik buat begitu. Ajar sikit si Iskandar tu.

    AZFA HANANI: Saya tak tahu perangai abang tu macam tu. Terima kasihlah kerana tolong

    beritahu. Alhamdulillah. (Mereka berpisah dan AZFA HANANI berjalan untuk menghampiri

    gerai burger EKRAN dan EKRAN tidak sedar kehadiran AZFA HANANI)

    AZFA HANANI: Bang, burger 10. (EKRAN tunduk terkial-kial mencari duit)

    EKRAN: 10 tak cukup. Kalau dua, bolehlah. (EKRAN menjawab tanpa mengangkat kepala)

    AZFA HANANI: (sambil tersenyum) 100 ketul.

    EKRAN: (Terkejut dan mengerling) Gi ...

    AZFA HANANI: 1000 ketul, agak-agak boleh tak?

    EKRAN: Eh, Ha ... Hanani! (EKRAN tergelak dan ada seorang pemuda belajar bahasa asing

    membeli burger dan EKRAN kembali wang bakinya)

    EKRAN: Merci beau coup. Datang lagi ya, bang.

    PEMUDA KERINTING: Insya-Allah (Pemuda itu meninggalkan mereka)

    AZFA HANANI: Pandai Ekran bercakap bahasa Perancis

    EKRAN: Sikit-sikit, dengar budak-budak ILF bercakap. Hanani pun saya rasa, tentu tahu banyak

    lagi. (Sambil menghulurkan bangku plastik kepada AZFA HANANI)

  • 7/30/2019 Skrip Teater _Azfa Hanani

    36/60

    36

    AZFA HANANI: Terima kasih. Saya tak belajar bahasa Perancis. Saya belajar bahasa Inggeris dan

    bahasa Jepun.

    EKRAN: Sebenarnya, berapa ketul burger Hanani nak?

    AZFA HANANI: Saya tak mahu apa-apa. Cuma, nak tengok Ekran bekerja saja.

    EKRAN: Betul ke ni?

    AZFA HANANI: Betul. Tak salah, kan? Pada Hari Sumbangsih nanti, saya kena jual burger. Kalau

    saya nak belajar daripada Ekran, boleh?

    EKRAN: Boleh, tapi bukan sekarang sebab saya dah nak tutup gerai. Letih. (EKRAN

    mengeluarkan sehelai sapu tangan dan dikesat keringatnya)

    AZFA HANANI: Boleh saya tolong?

    EKRAN: Tak malu ke berkawan dengan penjual burger?

    AZFA HANANI: Tak. Saya lebih bangga kerana dapat berkawan dengan pemimpin persatuan

    yang bagus. Saya ni Azfa Hanani, bukannya Tengku Murni. Tolong jangan anggap saya

    anak orang kaya.

    EKRAN: Tak apalah. Hanani tunggu nanti kita sama-sama ke gerai nasi ayam yang berdekatan.

    (Selesai kerja mereka berdua bergerak dan duduk di gerai nasi ayam. Pelayan ambil

    pesanan)

    AZFA HANANI: Ekran berniaga setiap hari? (EKRAN mengangguk)

    EKRAN: Setiap hari, kecuali kalau dekat musim periksa atau sakit.

    AZFA HANANI: Keluarga tak marah?

    EKRAN: Kalau saya buang masa dengan melepak tak tentu hala, tentulah keluarga saya marah.

    AZFA HANANI: Kalau sibuk berniaga, bila masanya Ekran belajar.

    EKRAN: Malam ... tapi, berniaga pun sebenarnya masa saya belajar juga. (AZFA HANANI

    kehairanan)

    EKRAN: Saya nak jadi akauntan, Hanani. Dengan berniaga, saya belajar secara tak lansgung

    mengenai akuan, wang keluar, wang masuk dan sebagainya. Di sekolah saya belajar teori,

    di sini pula pratikal. (AZFA HANANI mengangguk-angguk)

  • 7/30/2019 Skrip Teater _Azfa Hanani

    37/60

    37

    EKRAN: Dengan berniaga kecil-kecilan macam ini, saya dapat simpan duit. Sikit-sikit, untuk

    belanja sekolah.

    AZFA HANANI: Keluarga Ekran?

    EKRAN: Keluarga saya tak sekaya keluarga Murni, keluarga Hanani sekarang. Tapi taklah sampaike tahap kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Ayah dan ibu masih mampu

    menanggung persekolahan saya. Apa yang saya buat ni atas kerelaan sendiri. (Hidangan

    sampai dan EKRAN basuh tangan dan AZFA HANAI juga berbuat demikian)

    EKRAN: Hanani, Murni tak pandai makan nasi dengan tangan

    AZFA HANANI: Kita hidup mesti berpijak di bumi nyata, Ekran. Saya dan Murni tak boleh

    disamakan.

    EKRAN: Betul (Ekran mengangguk) Hanani dan Murni memang ada perbezaannya.

    Lampu digelapkan. Tirai ditutup.

  • 7/30/2019 Skrip Teater _Azfa Hanani

    38/60

    38

    BABAK 13

    Dihadapan pentas. Ekran sedang duduk disebuah bangku panjang. Dia sedang menanti

    kedatangan Azfa Hanani. Tiba-tiba kelihatan kelibat Azfa Hanani yang mengepit fail merah dan

    buku-buku bahasa Jepun.

    EKRAN: Boleh pergi?

    AZFA HANANI: Boleh, Kak Finaz yang benarkan. Kalau datin sendiri, belum tahu lagi. (AZFA

    HANANI melabuhkan punggung dan duduk di situ)

    EKRAN: Kakak ipar Murni tu tak tanya Hanani nak pergi ke sana dengan siapa? (AZFA HANANI

    macam serba salah hendak menjawab)

    AZFA HANANI: Apa pula taknya?

    EKRAN: Apa yang Hanani beritahu dia?

    AZFA HANANI: (Mengajuk ujaran di hadapan KAKAK FINAZ) Pergi dengan kawan, kak. Tak lama.

    Kejap saja. Lepas tengok, kalau ada buku-buku yang sesuai untuk dibeli. Nini baliklah.

    Boleh ya, kak?

    EKRAN: Dia tak tanya ke, kawan lelaki atau kawan perempuan?

    AZFA HANANI: Ekran tentu boleh agak (EKRAN tersenyum dan ketawa)

    EKRAN: Apa lagi pesan Kak Finaz.

    AZFA HANANI: (Mengajuk kata-kata Kak Finaz) Jangan balik lambat. Susahlah kakak kalau

    mama marah. (EKRAN meleret senyum)

    AZFA HANANI: Kenapa senyum-senyum ni?

    EKRAN: Tak ada apa-apa. Cuma ... susah juga ya, jadi anak manja orang kaya ni. Nak keluar ke

    mana-mana, kena beritahu dulu. Kawan mesti ada ... perempuan. Kalau balik lambat pula,

    datin tentu tak akan senang hati, kan?

    AZFA HANANI: Ran.

    EKRAN: Kenapa?

    AZFA HANANI: Err ...

    EKRAN: Kenapa ni, Hanani?

  • 7/30/2019 Skrip Teater _Azfa Hanani

    39/60

    39

    AZFA HANANI: Saya nak ... saya nak ingatkan Ekran suatu perkara.

    EKRAN: Perkara apa tu? (AZFA HANANI menarik nafas panjang)

    AZFA HANANI: Saya cuma seorang budak kampung. Kalaupun tak merempat, hidup saya

    sebelum ini amat daif. Keserupaan saya dengan Murni itu hanya kebetulan. Tolonglah ...Jangan samakan kami lagi.

    EKRAN: Sebenarnya ... apa yang Hanani nak katakan?

    AZFA HANANI: Saya bukan anak manja Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah. Saya anak

    orang miskin dan yatim piatu. Tak ada ayah, tak ada ibu dan sekarang sedang merasa tuah

    diuntung.

    EKRAN: Salahkah kata-kata saya tadi.

    AZFA HANANI: Tak. Tak salah kerana semua orang dah anggap macam tu. (Suasana sunyi

    sebentar)

    EKRAN: Sebenarnya saya tak pernah anggap Hanani dan Murni sebagai orang yang sama.

    (Suasana masih sunyi. Tiada respons daripada AZFA HANANI)

    EKRAN: Pada saya, Hanani tetap Hanani. Murni sudah tiada lagi. (AZFA HANANI mengangkat

    kepala tetapi tiada bersuara)

    EKRAN: Hanani sebenarnya tak suka dipanggil Nini, kan? Kalau diizinkan saya nak panggil

    Hanani dengan nama yang saya rasa lebih sesuai. (AZFA HANANI terkejut)

    AZFA HANANI: Nama apa itu?

    EKRAN: Nani. Nama itu lebih sesuai untuk Azfa Hanani.

    (EKRAN dan AZFA HANANI sedang berjalan-jalan. AZFA HANANI terpandang kelibat

    TENGKU MUZAFFAR. Mereka terus hilang ke dalam pentas)

  • 7/30/2019 Skrip Teater _Azfa Hanani

    40/60

    40

    BABAK 14

    Pentas dibuka dan suasana di rumah banglo Datin Maziah. Azfa Hanani baharu

    menjawab panggilan telefon. Kemudian dia kembali ke meja makan.

    DATIN MAZIAH: Siapa yang telefon tu, Nini?

    AZFA HANANI: Nina, mama. (AZFA HANANI serba salah dan macam tak keruan)

    TENGKU MUZAFFAR: Macam ada yang tak kena saja ni. Kenapa Nini?

    AZFA HANANI: Err ... periksa dah dekat. Dia ... dia nak Nini pergi ke rumahnya. Petang ini, kami

    nak buat study group. Di sekolah tadi, ramai yang tak faham formula Matematik

    Tambahan yang Cikgu Fitri ajar. Nini rasa, seelok-eloknya Nini, Nina dan kawan-kawan

    bincang dulu, kemudian kalau semua masih tak faham, bolehlah kami sama-sama tanya

    cikgu esok.

    DATIN MAZIAH: Nini kan ada kelas tuisyen petang ni?

    AZFA HANANI: Ada tu memang ada, tapi Nini rasa ... macam tak nak pergilah. Rasa rugi pula

    kalau tak dapat ikut serta dengan Nina dan kawan-kawan lain tu.

    DATIN MAZIAH: Ponteng kelas tuisyen pun rugi juga. (AZFA HANANI cuba menyuap nasi)

    TENGKU MUZAFFAR: Kalau abang tak silap, ikut jadual ... petang ni Nini ada kelas Bahasa

    Inggeris, kan? Satu subjek lagi, Biologi. Betul tak?

    AZFA HANANI: Ah ... ah! Bahasa Inggeris dan Biologi. (AZFA HANANI mengangguk-angguk)

    TENGKU MUZAFFAR: Kalau dua subjek tu, biarlah Nini tinggalkan kelas tuisyen dia, mama.

    Sesekali apa salahnya. Nini memang pandai dalam subjek Bahasa Inggeris dan Muz

    ingatlah, keputusan subjek Biologi dia pun memang bagus. (AZFA HANANI menarik nafas

    lega)

    AZFA HANANI: Lagipun, Nini nak pergi ke rumah Nina sebab nak belajar. Bukannya nak

    berborak-borak.

    TENGKU MUZAFFAR: Kalau Nini tak pergi, nanti apa pula kata kawan-kawannya. Nina pun

    bukan orang lain. Dia berkawan dengan Nini sejak kecil lagi. (DATIN MAZIAH terdiam. Dia

    sedang mengerat sepotong daging)

    DATIN MAZIAH: Nini pergilah ke rumah Nina ... Mama cuma teringat SPM dah tak lama lagi.

    Mama tak mahu anak kesayangan mama gagal. Kalau boleh, mama mahu Nini jadi pelajar

    terbaik macam Abang Dad. (AZFA HANANI hanya mengangguk)

  • 7/30/2019 Skrip Teater _Azfa Hanani

    41/60

    41

    TENGKU MUZAFFAR: Ala ... Nini kan dah besar, mama? Pandailah dia bahagikan masa dengan

    betul. (AZFA HANANI selesai makan lantas bergerak ke arah biliknya.ABANG MUZAFFAR

    juga mengikuti AZFA HANANI ke biliknya)

    TENGKU MUZAFFAR: Kak Finaz minta abang berikan surat ini pada Nani. (Sambil menyerahkan

    sepucuk surat)

    AZFA HANANI: Terima kasih ... (AZFA HANANI memandang ke wajah TENGKU MUZAFFAR)

    Terima kasih juga kerana tolong Nani tadi. (TENGKU MUZAFFAR hanya tersenyum)

    TENGKU MUZAFFAR: Nani bersiaplah macam biasa. Abang akan hantar Nani ke rumah Nina.

    (AZFA HANANI hanya menggeleng kepala)

    AZFA HANANI: Tak payahlah bang. Nani boleh pergi dengan teksi.

    TENGKU MUZAFFAR: Kak Finaz ada urusan dengan bekas majikannya. Dia bercadang hendak

    menyandang semula jawatannya yang telah dilepaskannya. Abang dan berjanji dengan

    Kak Finaz. Nani bersiaplah. Pukul 3.30 petang, abang tunggu Nani di ruang rehat. (TENGKU

    MUZAFFAR beredar dari bilik AZFA HANANI)

    Lampu digelapkan. Tirai ditutup.

  • 7/30/2019 Skrip Teater _Azfa Hanani

    42/60

    42

    BABAK 15

    Di hadapan Pentas. Ellina dan beberapa orang rakan sekolah lelaki dan perempuan

    berada di hadapan pentas. Ada beberapa buah kerusi untuk mereka duduk. Tiba-tiba Tengku

    Muzaffar dan Ellina masuk. Tengku Muzaffar memakai jaket, topi keledar serta membimbit

    sebuah lagi topi keledar.

    ELLINA: Abang Muz tak nak masuk ke rumah dulu. (TENGKU MUZAFFAR mengangkat sedikit

    visor topi keledarnya)

    TENGKU MUZAFFAR: Tak apalah, Nina. Lain kali saja. Abang nak ke kampus kejap. Err ... pukul

    berapa agaknya perbincangan selesai?

    ELLINA: Tak tahu lagi. Tengok keadaan.

    AZFA HANANI: Tak apalah ... abang jemput sahaja Nani selepas selesai urusan abang di kampus.

    (TENGKU MUZAFFAR meninggalkan mereka. Terdengar deruman motosikal)

    AZFA HANANI: Bingitnya.

    ELLINA: Biasalah. Abang Muz memang begitu.

    AZFA HANANI: Berapa ramai kawan kita yang ada di sini, Nina?

    ELLINA: Ramai. Tak sempat nak kira. Sebenarnya, aku ada dua kerja petang ni. Pertama, kena

    berlatih dan berbincang untuk pertandingan Forum Remaja. Kedua, kena kendalikan

    mesyuarat sekretariat pameran luar untuk Hari Sumbangsih. Nasib baik kau sanggupdatang.

    AZFA HANANI: Apa tugasan aku sebenarnya

    ELLINA: Semasa aku bermesyuarat, kau tolong ambil alih peranan aku sebagai pengerusi forum.

    Semasa aku berbincang dan berlatih, kau tolong dengar dan komen. Marilah aku kenalkan

    dengan rakan-rakan kita. (AZFA HANANI bersalam-salaman dengan rakan wanita)

    AZFA HANANI: Ramai betul ... Nina ...

    ELLINA: Aku tak ada pilihan, Nini. Terpaksa ajak budak-budak ni datang ke sini. Ahli simpanan

    forum pun satu hal, dekat-dekat hari pertandingan, terkena sakit mata pula. Cikgu Zamri

    pula beritahu, tarikh pertandingan Forum Remaja pusingan pertama dipercepatkan.

    (ELLINA dan sebahagian rakan berlalu ke suatu bahagian di pentas dan AZFA HANANI

    bergerak ke kumpulan Forum Remaja)

  • 7/30/2019 Skrip Teater _Azfa Hanani

    43/60

    43

    FUAD: Tak susah sangat, Nini. Awak cuma perlu baca skrip. Intonasi salah pun tak apa. Tak ada

    hakim yang akan potong markah

    ADLAN: Hari ini saja, Nini. Esok, Nina akan sertai kami semula. (Mereka pun berlatih)

    FAZLINA: Nampaknya kalau macam ni, Nina pun tak perlu susah hati lagi. Nini memang bagus.(Sambil mengerling ke arah kumpulan ELLINA)

    FUAD: Betul. Dia pun nampak macam tak cukup masa saja.

    FAZLINA: Cikgu Zamri selalu beritahu kami, suara Nini amat bagus untuk jadi pengerusi forum.

    Kalau bukan dia yang kata begitu, kami tak akan ajak Nini.

    ADLAN: Nini sebenarnya sesuai sangat jadi personaliti TV ... untuk rancangan bicarawan atau

    sembang pagi. (Tiba-tiba ELLINA menghampiri kumpulan forum)

    ELLINA: Marilah kawan-kawan ... ibu pun dah ajak minum petang. (Semua masuk ke dalam

    pentas kecuali AZFA HANANI yang memandang ke hadapan risau dan bermonolog.)

    AZFA HANANI:(Bermonolog) Oh, benarkah aku akan mempengerusikan forum bertajuk

    Peranan Belia dalam Merealisasikan Wawasan Negara pada pagi lusa? (Kemudian AZFA

    HANANI juga masuk ke dalam pentas)

  • 7/30/2019 Skrip Teater _Azfa Hanani

    44/60

    44

    BABAK 17

    Beberapa orang kawan yang terlibat dengan forum remaja seperti Fuad, Fazlina dan

    Adlan telah berada di hadapan pentas dengan pakaian kemas pengawas dan blazzer. Di tangan

    masing-masing ada skrip forum remaja. Ellina turut berada di situ. Azfa Hanani yang juga

    berpakaian pengawas sedang sibuk mengikat-ikat tali lehernya dan masuk ke hadapan pentas.

    ELLINA : Kau ni ... ikat tali leher ke, Nani? (ELLINA menegur AZFA HANANI yang sedang

    mengukur-ukur kepanjangan tali lehernya)

    AZFA HANANI: Ikat tali leherlah, kenapa?(ELLINA tersenyum sambil menggeleng-geleng)

    ELLINA: Heh, nampaknya macam ikat tali timba, serebeh! (AZFA HANANI tersindir manakala

    FAZLINA tersenyum)

    AZFA HANANI: Aku memang tak pandai ikat tali leher. (AZFA HANANI merungkai ikatan tali

    leher warna biru tersebut)

    ELLINA: Tak tahu langsung? (AZFA HANANI memandang blazzer kelabu yang disangkut di atas

    kerusi)

    AZFA HANANI: Tak. Ikat tali timba ... agaknya tahulah.(EELINA mengambil tali leher daripada

    tangan AZFA HANANI)

    ELLINA: Budak-budak tu tak ajar kau ke?

    AZFA HANANI: (Sambil mengerling kepada rakan-rakan forum) Ajar. Sekali saja, lepas tu aku nakcuba sendiri. (ELLINA cuba memberi tunjuk ajar)

    ELLINA: Kau nak pakai yang ini ke ... atau nak cuba ikat sendiri?

    AZFA HANANI: Err ... pakai yang itu. (AZFA HANANI mengenakan tali leher dan memakai blazeer

    yang disangkutkan di kerusi.) Nina, aku nak tengok skrip sekejap.

    ELLINA: Tengoklah. Janganlah nanti ada yang terlupa atau tersalah sebut pula. (AZFA HANANI

    mengambil skrip tetapi dia lebih banyak mengelamun)

    ELLINA: Kau ni sedang menghafal skrip ke berkhayal, Nini? (AZFA HANANI tersentak dan

    mengerling memandang ELLINA)

    AZFA HANANI: Berkhayal. Teringat.

    ELLINA: Teringat? Teringatkan siapa? Teman istimewa?

  • 7/30/2019 Skrip Teater _Azfa Hanani

    45/60

    45

    AZFA HANANI: Teringatkan kisah-kisah lalu dan kisah-kisah sekarang. (AZFA HANANI mula

    membelek skrip)

    ELLINA: Hah, apa kisah terbaru? Jadi ke Datin Maziah nak buat majlis hari jadi tu hujung minggu

    ini?

    AZFA HANANI: Jadilah. Pagi tadi pun, dia bercerita lagi fasal parti Murni yang sudah-sudah. Apa-

    apa yang dia cakap, aku kena angguk. Nasib baiklah Kak Finaz ada. Aku dah tak tahu nak

    cakap bohong bila dia tanya kenapa aku tak ajak kawan yang datang dengan kereta sport

    masa parti tahun lalu.

    ELLINA: Iskandar? (AZFA HANANI terkejut)

    AZFA HANANI: Iskandar? (ELLINA mengangguk)

    ELLINA: Ya, Iskandar. Kalau kau dah kenal dia, janganlah berbaik-baik. Dia tu buaya darat. Err ...

    apa Kak Finaz cakap?

    AZFA HANANI: Err ... kawan Murni tu ada hal lain.

    ELLINA: Aku, Murni, Adriani dan ramai lagi pelajar sekolah ini tak berkenan dengan budak tu.

    Kalau kepala aku tak berserabut sekarang, aku boleh beritahu kau segala cerita fasal dia.

    AZFA HANANI: Dah tahu kau ada mesyuarat, pergilah rehat dulu. Jangan bimbang sangat fasal

    Forum Remaja. Insya-Allah ... kita boleh menang. (Wajah ELLINA masih menunjukkan

    tidak ceria)

    ELLINA: Aku tak bimbang fasal tu. Aku cuma kasihan pada Ekran. (Sambil menarik nafas dalam-

    dalam)

    AZFA HANANI: Kenapa dengan Ekran, Nina? Apa dah jadi?

    ELLINA: (ELLINA memeluk tubuh dan membawa lengan ke dada) Gerai burger Ekran kena bakar

    malam tadi. Hangus semua sekali, tinggal arang. Aku pun tak tahu Nini ... siapa yang

    dengki sangat tu. Kalau tak suka tengok orang maju, janganlah buat sampai macam tu.

    (AZFA HANANI terkejut)

    AZFA HANANI: Siapa yang beritahu kau?

    ELLINA: Semua orang bercakap fasal tu di bilik persatuan tadi. Aku dengarlah.

    AZFA HANANI: Ekran ada di situ?

    ELLINA: Ada, tapi dia macam orang bingung, tak tahu nak kata apa-apa. Kasihan.

  • 7/30/2019 Skrip Teater _Azfa Hanani

    46/60

    46

    AZFA HANANI: Aku nak pergi ke bilik persatuan sekejap.

    ELLINA: Kau nak buat apa di situ.

    AZFA HANANI: Ekran juga kawan aku, Nina. Apa salahnya kalau aku nak dengar cerita sebenar

    daripada mulutnya. (ELLINA terdiam kemudian mengangguk-angguk)

    ELLINA: Pergilah. Tapi, jangan lama-lama sangat. Nanti mengamuk pula Cikgu Zamri. (AZFA

    HANANI bergerak masuk ke dalam pentas. Kemudian rakan-rakannya masuk ke dalam

    pentas. AZFA HANANI yang keluar semula ke hadapan pentas tidak menemui EKRAN. Dia

    ternampak cermin dan cuba mengayakan dirinya. Laili yang ada di samping memerhati

    dan menyindir Azfa Hanani)

    LAILI: Seronok juga ya, dapat jadi pengawas sekejap.

    AZFA HANANI: Saya ganti Ellina sebagai pengerusi forum pagi ini. Dia ada mesyuarat. ( Laili

    tersenyum sinis sambil menghampiri kepada AZFA HANANI)

    LAILI: Jadi pengerusi forum boleh, jadi pengacara majlis tak boleh. Macam itu, ya?

    AZFA HANANI: Jangan salah faham, Laili. Err ... jadi pengacara glamor sangat. Saya rasa, saya

    bukanlah pilihan awak yang terbaik. Saya tak pandai, sebenarnya... (AZFA HANANI cuba-

    cuba tersenyum)

    LAILI: Aku tak kisah, Hanani. Kau memang tak pandai, tapi memandai-mandai. Aku Cuma nak

    tolong kau sebab kau ni ... macam rusa masuk kampung. Serba-serbi nampak kolot. Kau

    tak sedar ke?

    AZFA HANANI: Saya tak mahu cari gaduh, Laili. Kalau boleh, saya memang nak berkawan

    dengan awak, Ika dan Fuzi. Cuma saya terpaksa tolak tawaran awak atas dasar prinsip.

    LAILI: Apa prinsip kau?

    AZFA HANANI: Slot Malam Bakat Sumbangsih milik budak-budak kelas tu. Itu hak mereka dan

    kita tak boleh kacau. Kalau slot itu milik kita, mungkin saya akan terima.

    LAILI: (Mencemik) Bagus. Memang inilah perkara yang aku nak cakap pada kau.

    AZFA HANANI: Perkara apa tu?

    LAILI: Kau jangan campur tangan dalam urusan aku. Kalau kau tak bising, Ekran, Ellina, exco

    persatuan tak akan tahu bahawa aku, Ika dan Fuzi nak tolong budak-budak Tingkatan Lima

    Sastera II tu. Kau tak tahu apa-apa, lebih baik diam sahaja. (LAILI menunding telunjuk

    kanannya ke arah AZFA HANANI dan AZFA HANANI tergamam)

  • 7/30/2019 Skrip Teater _Azfa Hanani

    47/60

    47

    AZFA HANANI: Laili ...

    LAILI: Kau murid baru di sini, Hanani. Sedarlah diri sikit. (LAILI berlalu dan kemudian AZFA

    HANANI juga masuk ke dalam pentas)

  • 7/30/2019 Skrip Teater _Azfa Hanani

    48/60

  • 7/30/2019 Skrip Teater _Azfa Hanani

    49/60

    49

    AZFA HANANI: Entahlah. Tak tahu. Tak pasti lagi, sebenarnya.

    SUZANA: Nini, aku cadangkan kau ambil kursus komunikasi di universiti. Aku pun boleh

    tumpang seronok beritahu sesiapa saja, pengacara atau pembaca berita di televisyen tu ...

    kawan aku.

    ELLINA: Dah ramai orang beritahu dia, Su. (ELLINA mencuit bahu AZFA HANANI menunjukkan ke

    arah KAK FINAS yang sedang melambai-lambai)

    AZFA HANANI: Kak Finaz panggil aku tu. (AZFA HANANI menuju ke arah KAK FINAZ)

    KAK FINAZ: Dia tu kawan Nini juga ke? (KAK FINAZ menunjukkan EKRAN yang ada di luar)

    AZFA HANANI: Ya, kak. Dialah pengerusi persatuan murid tingkatan lima sekolah Nini. (AZFA

    HANANI bergerak menghampiri ke arah EKRAN)

    AZFA HANANI: Kenapa tak terus masuk? (EKRAN menggeleng)

    EKRAN: Tak apalah. Saya datang sekejap saja. Nak beri hadiah ni pada Nani. (AZFA HANANI

    tersenyum tetapi EKRAN tidak membalas)

    AZFA HANANI: Eh, tak bolehlah macam tu! Hari ini hari jadi tertunda Murni. Ran pun kawan dia.

    Apa salahnya Ran raikan sama. Kawan-kawan kita hampir semuanya ada. (EKRAN

    menghulur bungkusan berbalut. AZFA HANANI tidak menyambut hadiah tersebut.)

    EKRAN: Saya ada hal.

    AZFA HANANI: Sekejap saja. Makan minum sikit ... apa-apa saja yang ada, lepas tu Ran baliklah.

    EKRAN: Tak boleh. Nani. Majlis macam ini bukan untuk saya. Lain kali sajalah. (AZFA HANANI

    macam merengus)

    EKRAN: Ambilah hadiah ini. Saya terpaksa pergi sekarang. (AZFA HANANI menyambut hadiah

    yang dihulur)

    (Semua tetamu beransur pulang. Lampu digelapkan)

    Tirai ditutup.

  • 7/30/2019 Skrip Teater _Azfa Hanani

    50/60

  • 7/30/2019 Skrip Teater _Azfa Hanani

    51/60

    51

    TENGKU MAZRAN: Ayah saudara dan sepupu Nini ada di rumah sekarang.

    AZFA HANANI: Mama ...

    TENGKU MAZRAN: Mama mengikut Kak Finaz membeli-belah. Ah ... marilah kita cepat pulang.

    (Mereka masuk ke dalam pentas. Tabir dibuka. Kelihatan Ayah saudara dan Zura berada

    di rumah. AZFA HANANI yang sampai menegur Pak Saudaranya.)

    AZFA HANANI: Apa khabar, pak long?

    PAK LONG: Pak long sihat, alhamdulillah. Nani pula bagaimana?

    AZFA HANANI: Nani pun sihat, pak long. (AZFA HANANI memandang ke arah ZURAINI di atas

    kerusi roda dan dia tersenyum dan AZFA HANANI membalas senyuman)

    AZFA HANANI: Kak Nani gembira apabila dapat tahu Zura dapat berjalan semula. Kita patutsama-sama bersyukur kepada Allah, alhamdulillah.

    ZURAINI: Ya, kak. Zura pun patut terima kasih kepada keluarga angkat kakak. (AZFA HANANI

    leraikan pelukan dan terpandang DATUK TENGKU MAKMUR yang selesa bersabdar di sofa

    sambil menghisap paip dan memerhatikan mereka)

    TENGKU MAZRAN: Kak Finaz beritahu abang tadi. Nani nak jumpa Pak Madi dan Zura. (Suasana

    sunyi seketika)

    ABANG NORMAN: Abang rasa, elok juga kalau mereka dibawa ke sini. Bolehlah juga, selain

    berjumpa dengan Nani, berkenalan dengan keluarga Abnag Ran. (AZFA HANANI

    mengangguk sahaja)

    AZFA HANANI: Nani memang dah lama nak jumpa keluarga.

    PAK LONG: Keluarga kita pun begitu, Nani ... lebih-lebih lagi si Zahir tu. Dia selalu tanya mak

    long, bila Kak Nani nak balik. Dalam sehari tu, ada sepuluh kali dia bertanya. Mengigau

    pun acap kali juga. (AZFA HANANI mengangguk)

    AZFA HANANI: Pak long beritahulah Zahir, Kak Nani dia akan balik tak lama lagi. (PAK LONG

    cuma mengangguk)

    DATUK TENGKU MAKMUR: Nani bawalah sepupu tu ke ruang rehat. Ambilkan sekali coklat dari

    peti sejuk. Sambil berbual-bual atau tengok video, bolehlah makan sekali. Papa nak

    bercakap dengan ayah saudara Nani. (AZFA HANANI terkejut dan tergamam memandang

    DATUK TENGKU MAKMUR)

  • 7/30/2019 Skrip Teater _Azfa Hanani

    52/60

    52

    PAK LONG: Pergilah, Nani. Pak long ada hal sikit nak bercakap dengan Datuk ni. (AZFA HANANI

    menolak kereta roda ZURAINI dan tirai ditutup. AZFA HANANI kembali menolak dan

    berada di hadapan pentas)

    ZURAINI: Datuk tu macam kenal keluarga kita saja. Dia pun tahu, ayah dan ibu Kak Nani

    meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya. Tak sempat mereka bercakap lebih

    panjang, kakak dah balik.

    AZFA HANANI: Apa lagi yang Datuk tu cakap?

    ZURAINI: Tak banyak, cuma ... dia kata Kak Nani ni budak baik, berbudi bahasa dan mudah

    dengar nasihat orang. (AZFA HANANI macam tidak percaya dan terus menolak kereta roda

    ZURAINI masuk ke dalam)

    ZURAINI: Kak Nani suka tinggal di sini? (AZFA HANANI hanya memandang muka ZURAINI dan

    terus menolak kereta roda itu.)

  • 7/30/2019 Skrip Teater _Azfa Hanani

    53/60

    53

    BABAK 20

    Azfa Hanani bergerak ke hadapan pentas dengan berpakaian seragam sekolah sambil

    memegang buku cenderamata. Azfa Hanani agak ralit membelek-belek buku cenderamata

    tersebut. Sehingga Adlan masuk dan menghampirinya, Azfa Hanani tidak tersedar.

    ADLAN: Dah berapa kali khatam baca buku cenderamata tu?

    AZFA HANANI: Ini baru kali kedua. Sekejap tadi, tengok-tengok macam tu saja. (AZFA HANANI

    mengangkat muka dan memandang ADLAN)

    FUAD: Apa yang Nini cari?

    AZFA HANANI: Tak cari apa-apa. Cuma ... kalau orang suruh bagi markah, saya rasa macam nak

    bagi A. Baguslah, buku cenderamata ni memang cantik.

    FUAD: Hari Sumbangsih tahun ini memang lebih meriah. Tengok sajalah tempat perasmiannya

    tadi. Saya rasa macam PM yang nak datang rasmi. Sasaran kutipan sumbangsih tu ... besar

    kemungkinan akan tercapai. Kalau kita bernasib baik, tak mustahil dapat lebih banyak lagi.

    AZFA HANANI: Selalunya, projek ni dapat untung besar ke?

    ADLAN: Selalunya begitulah. Kumpulan pelajar SPM dua tahun lepas dapat kutipan terbanyak

    setakat ini, RM14,245.00. Kalau kumpulan kita tahun ini dapat kutip paling kurang RM15,

    000.00 ... dah cukup banyak tu. (Mata ADLAN liar mencari FAZLINA)

    FUAD: Tengoklah siapa pula pengerusinya. Ekran memang bagus. Kalau ada sesiapa yang cabardia dulu, memang tak patutlah.

    AZFA HANANI: Di mana Ekran, ya? Saya tak nampak pun dia sejak tadi.

    FUAD: Jangan tanya soalan itu, Nini. Kita kan sama-sama sampai tadi. Kalau Nini tak tahu, kami

    pun samalah. (Tiba-tiba AZFA HANANI terpandang kelibat FAZLINA)

    ADLAN: Hah, ke mana kau pergi, Lina? Tak tahu ke, kami ni macam tunggul kayu menunggu di

    sini.

    FAZLINA: Minta maaflah, cik abang ... dari hujung kuku sampai ke hujung rambut. Adik pergi ke

    tandas sekolah. Ada panggilan kecemasan, tak dapat dielakkan. tandas dewan besar dah

    penuh. (Kata FAZLINA dengan suara mengada-ada)

    ADLAN: O ... macam tu, ya? Baiklah. Permohonan maaf cik adik diterima. ( Mereka sama-sama

    tersenyum)

  • 7/30/2019 Skrip Teater _Azfa Hanani

    54/60

    54

    AZFA HANANI: Lina, ada nampak Ekran? (FAZLINA menggeleng kepala)

    FAZLINA: Tak. Saya tak nampak Ekran. Tapi kalau nak tanya fasal Laili ... bolehlah saya beritahu.

    FUAD: Kenapa, dia buat hal lagi?

    FAZLINA: Dia berjalan dengan budak lelaki, berpegang-pegang tangan. Huh, meluat aku tengok!

    Tak malu langsung, dalam kawasan sekolah pula tu!

    AZFA HANANI: Siapa budak lelaki tu? Kita kenal ke dia?

    FAZLINA: Iskandar. Nini tak kenal dia sebab dia bukan murid sekolah ini lagi.(AZFA HANANI

    terkesima)

    FUAD: Iskandar tu budak jahat dan pernah kena buang sekolah. Belajar pun bukannya bagus

    sangat. Elok juga dia tak ada. Kalau tak, dah tentu sekolah kita tak akan dapat kekalkan

    rekod 100 peratus kelulusan SPM tahun tu.

    ADLAN: Dengar-dengar cerita, dia se