novel bicara hati

Upload: apabila-hati-gundah-gulana

Post on 13-Jul-2015

825 views

Category:

Documents


158 download

TRANSCRIPT

Tuesday, December 7, 2010novel bicara hati part 1"Awak dah gila ke? awak ingat saya ni perempuan murahan?" marah Zahlia sambil membeliakkan mata. Tengku syahran berasa gerun melihat wajah bengis gadis yang bertudung di hadapannya itu. Nampak lembut tapi garang. Tengku syahran masih ingat lagi peristiwa seminggu yang lalu. Kereta Honda Preludenya telah dilangar oleh kereta gadis itu. Tengku syahran sungguh geram. Ingin sahaja ditengking gadis itu yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai Alia. Dahlah hatiku tengah panas dengan kerenah mak yang suka-suka nak kawinkan kaku dengan Linda. Ini pulak, kereta kesayanganku kena balun,bisiknya. :Tolonglah Cik Alia! Cik Alia ajelah yang dapat tolong saya sekarang ni!" rayu Tengku syahran. "Tapi... " Zahlia jadi serba salah. Memang Zahlia terhutang budi dengan Tengku syahran kerana tidak meminta wang ketika keretanya dilanggar. Tapi takkanlah kerana ingin membalas budi,dia perlu mengorbankan hidupnya? Menjadi isteri buat lelaki yang baru dikenalinya seminggu yang lalu. "Tolonglah Cik Alia, jadi isteri saya. Itu ajr permintaan saya!" Ayat itu masih tergiang-giang di telinganya. "Arghh!!!!" Zahlia menjerit sambil menumbuk-numbuk meja yang berada di hadapannya. Biar satu dunia tahu dan dengar kebuntuannya ketika itu. "Bagaimana? setuju? Kita kawin, bukan buat apa. Saya cuma nak minta tolong Cik Alia berlakon depn mak saya aje. Saya janji takkan ganggu Cik Alia selepas segala-galanya selesai." "Amboi-amboi senangnya awak cakap! Awak tu lelaki, bolehlah cakap macam tu. I'm a woman.Kalau apa-apa berlaku, lelaki mana yang nakkan saya lagi?" petah Zahlia menghuraikan hujah. Tengku syahran terdiam seketika. Dia terlupa untuk memikirkan hal itu. Selama ini fikirannya kacau memikirkan paksaan emaknya yang mahu dia berkahwin dengan Linda. Tengku syahran tidakmahu menurut kerana Linda tidak dicintai. "Mak mahu kamu berkahwin dengan Linda! Mak dah bincang dengan Dati Rohana dan dia setuju!" Permintaan emaknya kedengaran lagi. Tengku syahran memicit-micitkan kpalanya. Tiba-tiba sahaja dia terasa pening. Otaknya berserabut lagi dan dia perlukan seseorang untuk meringankan beban itu. "Encik syah! kalau awak nak buat keputusan, fikir dulu masalah yang akan timbul. Ini tak, main rempuh aje. Sorrylah... I can't accept your offer." Zahlia Bingkas berdiri Dia berkira-kira untuk meninggalkan tempat itu. Suka-suka hati dia nak ajak aku kahwin guna cara tu! Gila... dia ingat aku ni perempuan yang senang ditolak dan ditarik sesuka hati. Boleh blahlah!!!

"Cik Alia! saya betul-betul perlukan bantuan Cik Alia. Cik Alia mintalah berapa banyak wang yang Cik Alia mahu, saya sanggup bayar dengan syarat Cik Alia terima tawaran jadi isteri saya." Zahlia terlopong mendengarnya. Ini dah kes berat. Nahas kalau mak aku tahu! Hatinya berdetik. "Boleh?" "Encik syah, please! Jangan paksa saya. Lelaki jenis apa awak ni? Awak ingat kahwin tu perkara main-main ke? Kalau ini caranya nak mencipta ikatan, baik tak usah. Saya tak mahu jadi seorang hamba yang dibenci Allah. Menganggap perkahwinan sesuatu yang boleh ditolak tepi" Panjang lebar Zahlia berkata seterusnya membuatkan Tengku syahran terdiam. "Saya tahu tapi saya bingung. Saya tak mahu berkahwin dengan gadis pilihan mak saya. Saya dah masak dengan perangai dia!" Tengku syahran bersuara lemah. "Tolonglah Cik Alia. Kita bernikah seperti biasa. Saya takkan ganggu hak privasi cik Alia. Perjanjian kita lakukan secara peribadi." "Dan saya terjebak dalam keluarga awak?" "Tak ada pilihan lain. Itu aje yang mampu saya minta dari awak,please!"Tengku syahran masih merayu. Zahlia mengalihkan pandangannya ke luar restoran. Berharap ada seseorang yang lalu dan dapat membantunya ketika itu. Terbayang wajah puan Azizah di ruang mata. Teringat Razif yang masih terlantar sakit di hospital dan wajah lembut Fatimah bagaikan menggamit dirinya dengan persaaan berdebar. "Cik Alia, tolonglah... ." "Saya takut nak ambil risiko ni. Bagaimana saya nak tahu yang awak ni jujur? Sedangkan kita baru kenal seminggu. Lagipun saya tak pernah terfikir untuk berkahwin dalam waktu terdekat ni." "Tapi Cik Alia... ." "Tolong Encik Syah, jangan ganggu saya lagi. Saya nak ucapkan terima kasih sebab awak tak mahu terima wang saya. Tapi saya tk mampu nak tolong... maafkan saya," ujar Zahlia sambil mula hendak melangkah pergi. "Kalau saya tawarkan Cik Alia wang, Cik Ali sidu terima tak?" Tengku syahran masih tidak berputus asa. "Jangan ingat deng tawaran awak tu, saya akan terima! Perkahwinan apa kalau berdasarkan wang tapi kasih sayang tak ada? Baik awak cari perempuan lain. Saya bukan perempuan jenis itu. Saya taku hari akhirat," ujar Zahlia tenang. Tengku syahran mengetap bibir. Dia tahu tentang itu. Bukan dia tidak belajar agama.Malah sejak kecil lagi dia telah diajar tentang hkum-hakam Allah. Sehingga guru agama dipanggil datan ke rumah untuk mengajarnya. Tapi hari ini, Tengku syahran buntu. Dia terpaksa memikirkan sesuatu untuk menjaga perasaannya. Dia tidak mahu Linda bertamu dihatinya. Dia rela tidak berkahwin dari menjadi suami kepada perempuan yang gemar bertukar pasangan ketika di England dulu. Masih jelas di ingatan,Linda bermesra dengan seorang lelaki inggeris di hadapan sebuah hotel sebelum kedua-duanya melangkah masuk ke dalam hotel itu. Malam esoknya, Linda kelihatan bersama lelaki lain pulan. Apabila perkara itu disuarakan kepada Tengku Badariah,sedaya upaya emaknya mahu menyangkal. Tengku Badariah tidak percaya anak sahabatnya, Dati Rohana sanngup berbuat begitu. Malah yang paling mengejutka Tengku syahran dipaksa berkahwin dengan Linda.Inilah yang merunsingkan fikiran Tengku syahran sehinggakan dia terpaksa membuat keputusan yang drastik dengan mencari perempuan yang sudi menjadi isterinya. Kebetulan ketika dia sedang melarikan iri dri kekalutan itu, kemalangan kecil berlaku dan Tengku syahran telahdiketemukan dengan Zahlia.Gadis yang dirasakan sesuai untuk membantunya. Namun, Tengku syahran kecewa apabila Zahlia menolak tawarannya. Serta-

merta Tengku syahran terjelepok di atas lantai restoran itu. Zahlia terkejut dengan tindakannya itu. Beberapa pelanggan yang berada di situ juga turut memandang. "Encik syah! apa awak buat ni? Hei, Bangunlah!" Serentak itu Zahlia terus menarik tangan Tengku syahran dan menuju ke meja yang ditinggalkan tadi. Zahlia melabuhkan punggungnya di hadapan lelaki itu semula. Wajahnya sudah mula nampak resah. Raut wajah itu telah membuatkan hati wanitanya sedikit terusik. "Saya pernah nampak Linda masuk ke dalam hotel. Setiap malam dia bertukar pasangan.Saya tak mahu terikat dengan Linda.Dia perempuan yang tak pernah puas dengan hidup!" Hambar sungguh suara Tengku syahran ketika itu. Zahlia memasang telinga. Berkerut dahinya mendngar cerita yang baru diucap oleh Tengku syahran. "Kalau saya tak tunjukkan perempuan lain kepada emak saya dalam waktu terdekat ini, saya tak ada pilihan lagi selain terpaksa bernikah dengan Linda. Mak saya tak pernah percaya dengan apa yang saya beritahu. Dia hanya pentingkan persahabatan!" Zahlia mengetap bibir.Suara Tengku syahran yang mendatar membuatkan dia terharu. "Bantulah saya... .saya sanggup menawarkan wang jika itu yang Cik Alia pinta sebagai balasan,"ujar Tengku syahran berharap pujukannya kali ini diterima. Zahlia menelan air liur.Fikirannya bercelaru sama ada mahu menerima atau tidak! ingatannya terus kepada Razif dihospital. Tiba-tiba Zahlia mengeluh.Lamunannya terhenti.Mula mengingati situasinya ketika itu. Zahlia memerlukan wang untuk rawatan Razif. "Baiklah encik syah! Saya terima tawaran awak itu.Tapi saya ada syarat yang perlu awak turuti." Akhirnya Zahlia memberikan persetujuan. Tengku syahran mengangkat wajah dan terus merenung gadis bertudung putih itu. Anak mata gadis itu yang berwarna hazel ditatapnya lama. Cuba mencari cahaya keikhlasan dan akhirnya bibir Tengku syahran menguntum senyuman lega. "Syarat pertama; saya tak mahu tinggal dengan famili awak selepas berkawin.Kita pindah dan cari rumah lain. Saya tak mahu pergerakan saya terbatas. Syarat kedua; saya nak terus bekerja tanpa ada sekatan memandangkan kita hidup dengan duit masing-masing. Syarat ketiga; tidur di bilik masing-masing demi menjaga kelakuan dan tindakan kita daripada hilang pertimbangan dan menjadi rapat. Awak tidak dibenarkan menyentuh tubuh saya,walaupun perkahwinan kita sah.Setuju?"Begitu panjang lebar Zahlia menyuarakan syaratnya. Tengku syahran termenung seketika.Sekejap duduk.sekejap berdiri.Memikirkan syarat-syarat yang dikenakan oleh Zahlia.Akhirnya dia bersuara. "Kenapa banyak sangat syarat?" "Awak nak terima atau saya batalkan hasrat saya? Saya dah terima tawaran awak ni dah kira bagus.Atau... .." "Okey..okey... saya setuju!" "Kan senang.Hah! Satu lagi." "Ada lagi?" "Tentang duit yang awak tawarkan tadi. Saya rasa elok awak tentukan sendiri jumlahnya.Pasti awak dah dapat agak berapa jumlah nilai pengorbanan saya ni kan?Saya tak suka cakap banyak.Kalau boleh saya nak depositnya secepat mungkin" Tengku syahran masih memikirkan syarat-syarat yang perlu dipatuhi.Syarat kedua tu,tak kisahlah.Tapi syarat yang lain tu,macam mana aku nak ikut.Senang-senang nak suruh pindah.Ingat mak aku setuju?Dahlah kawin pun atas pilihan sendiri,mengamuk pulak orang tua tu nanti! Hatinya berkata-kata. "Bagaimana Encik syah? Setuju atau tak?" soal Zahlia lagi. tengku syahran mengetap bibir dan perlahan-lahan mengangguk lemah.

"Saya setuju.Tapi,saya pun ada syarat yang perlu cik Alia ikut.: kini giliran Tengku syahran pula mengenakan syarat. "Awak pun ada syarat?' soal Zahlia separuh menjerit. "Mestilah.Cik Alia kenakan saya tiga syarat dan saya hanya kenakan Cik Alia satu syarat aje." "Apa dia?" "Saya nak Cik Alia panggil saya dengan panggilan yang sesuai.Saya mahu watak yang bakal Cik Alia lakonkan berkesan.Okey?" "Panggilan awak dengan pangilan yang sesuai? Nak panggil apa?" "Panggilan isteri untuk seorang suami,"ujar tengku syahran. "Apa?" "Abang" Zahlia tertelan air liur.Dia nak suruh aku panggil dia dengan panggilan tu? Hisy... .bagaimana aku nak sebut perkataan tu?Tak pernah terfikir nak sebut sampai macam tu sekali.Jiwanya meronta. "Cik Alia setuju?" Lama Zahlia terdiam tetapi akhirnya Zahlia mengangguk "Kalau begitu,esok saya akan siapkan dokumen tentang syarat tu,"tambah Tengku syahran. Zahlia mengangguk dan terus bangun.Kemudian dia melangkah dan pergi meninggalkan Tengku syahran setelah masing-masing mencapai kata sepakat. Aduh! bagaimana ni?Apa aku nak cakap dengan mak kalau dia tanya kenapa nak pindah?Takkan nak bagi alasan nak hidup berdikari.Mak mesti tak abgi punya! Takut jadi macam alonglah... duduk jauh cepat bercerai.Itulah,inilah.Tengku syahran seolah-olah mengajum percakapan emaknya. Tengku syahran menggeleng.Membisu sambiljari-jemarinya mengetuk-ngetuk permukaan meja.Lama dia terdiam dan akhirnya tersenyum.Ah,pandai-pandailah elakkan diri dari syarat tu.Gunakan ayah sebagai orang tengah.Mesti perempuan tu akan kalah kalau ayah pujuk. Aku takkan pindah! Muktamad katakata Tengku syahran. "Yes!:Tengku syahran tersenyum kecil.

Tuesday, December 7, 2010novel bicara hati part 2itle : Bicara Hati (part 2) Majlis perkahwinan Tengku syahran dan Zahlia telah diadakan secara besar-besaran bagi meraikan kedatangan orang baru di Vila Sakura. Walaupun Tengku Badariah sedikit terkilan dengan keputusan anaknya mengahwini orang kebanyakan, namu dia terpaksa juga menerima hakikat tentang jodoh pertemuan di tangan yang Maha Esa.Kini dia redha dengan kehendak anak keduanya yang beria-ia minta dikahwinkan segera dengan pilihan hatinya. Nak buat macam mana kalau dia dah suka? Ikutkan ajelah.Lagipun perempuan tu nampak dari golongan yang baik-baik.Emmm.ada chancelah aku dapat cucu dalam setahun dua ni! Bisiknya di dalam hati.

Di kejauhan,kelihatan Tengku syahran sedang leka memerhati Zahlia yang berada di taman mini itu.Dia sedang rancak berbual dengan saudara mara yang rajin mengusik. Tengku syahran tersenyum.Pandai betul dia berlakon.Mujurlah dia pandai membawa diri. Bukan senang nak bergaul mesra dengan orang-orang kenamaan yang banyak kerenah,bisiknya. Syah!!!! Tengku syahran tersentak apabila namanya dipanggil. Dia berpaling apabila bahunya dicuit.Abangnya, Tengku Hakimi sedang tersengih memandangnya. Apahal kau tenung isteri kau tu lama-lama? Kalau ye pun sabar-sabarlah sikit, usik abangnya. Along ni merepek ajelah! Apa yang merepeknya.Hei,Along dah ada pengalaman tau! Kau ingat along tak nampak apa yang kau buat tadi? Perhatikan Alia macam nak telan. Along pun pernah rasa perasaan tu syah, tambah Tengku Hakimi lagi.Tengku syahran bersikap selamba. Along ni suka-suka nak mengata orang. Along cakap ikut pengalaman.Kan Along lebih dulu makan garam,lebih dulu rasa nikmat rumah tangga, ujar Tengku Hakimi sambil membelai rambut Tengku Murni. Tengku syahran memandang wajah Tengku Murni.Cantik,macam mamanya Raja Jasmin. Namun dia berasa kasihan dengan Tengku Murni. Kecil-kecil lagi sudah kehilangan kasih saying mama. Pada Tengku syahran,Raja Jasminlah yang bertanggungjawab di atas penderitaan abangnya dan anak buahnya itu. TENGKU SYAHRAN duduk di birai katil yang dibaluti cadar baldu yang berwarna hijau lumut. Dia termangu seketika.Matanya terus merenung tubuh Zahlia yang sedang berdiri membelakanginya.Apakah jawapan yang harus kuberikan?Tengku syahran mati akal. Syah, cakaplah cepat! Apa yang harus saya buat lagi? Hari tu awak kata caranya senang! Sekarang? Ehjanganlah jerit! Nanti orang dengar, marah Tengku syahran. Ah,saya tak peduli! Awak memang nak perangkap saya. Ada niat lain awak mengahwini saya. Awak hanya mahu mengambil kesempatan ke atas diri saya, jerit Zahlia lagi. Kali ini lebih kuat.Tengku syahran terkejut. Segera dia menerpa ke arah Zahlia.Mulut Zahlia ditekupnya dengan tapak tangan. Tubuh Zahlia ditolaknya tepat ke dinding. Diam! Jangan jerit. Aku tak suka dengar.Aku benci dengar perempuan yang suka menjerit! Zahlia terkesima dengan tindakan Tengku syahran.Bahasa lelaki itu bertukar kasar tiba-tiba. Wajahnya direnung begitu tajam sekali.Rasa ingin menangis kerana diperlakukan sedemikian rupa. Bila mereka Tanya,kau buka mulut.Bukannya susah!Aku dah bagi kau upah.Ingat surat perjanjian tu ada pada aku.Sekali kau buat silap,kau tahulah akibatnya.Aku akan tuduh kau perempuan bukan-bukan,ujar Tengku syahran berbaur ugutan. Berlinang air mata Zahlia jatuh ke pipi.Dia cuba melepaskan diri.Tangan Tengku syahran ditepis kuat. Dont you dare to touch me! Tolong hormati syarat-syarat yang patut awak patuhi. Zahlia sudah menangis teresak-esak.Segera dia mencapai tuala tang tergantung di penyidai dan terus melangkah ke bilik air. Tengku syahran bergerak ke katil.merebahkan tubuhnya di situ.Dia cuba mententeramkan dirinya.Perlahan-lahan dia memejamkan mata.

Beberapa minit kemudian, Zahlia keluar dari bilik air setelah lengkap berpakaian. Baju kurung pesak yang baru dipakainya menyerlahkan lagi kulit kuning langsat miliknya.Cuma, kepalanya tidak dilitupi tudung seperti tadi kerana rambutnya basah. Tengku syahran dilihatnya sedang baring di atas katil sambil lengannya diletakkan di atas dahi.Mata Tengku syahran yang terpejam terus terbuka apabila terdengar derap langkah yang berbunyi.Tengku syahran terpandang Zahlia.Terkesima sebentar dia melihat diri sebenar Zahlia. Selama ini, dia hanya melihat keadaan Zahlia yang bertudung. Kini nafsu lelakinya tiba-tiba bergelora. Pandangannya masih tajam menjamah tubuh wanita yang sedang menghadap cermin.Rambut lurus Zahlia yang basah direnungnya lama. Kenapa pandang saya macam tu? soal Zahlia keras. Gementar hati Zahlia melihat panahan mata nakal Tengku syahran menjamah tubuhnya. Namun, Zahlia pura-pura bersikap berani. Terus menyapu losyen di lehernya yang putih. Tengku syahran menelan air liur. Zahlia tidak peduli dengan renungan itu. Kemudian Zahlia mencapai sejadah dan membentangkannya. Dia hendak menunaikan solat Asar.Tengku syahran masih lagi memerhatikan perbuatan Zahlia.Zahlia tidak ambil pusing dengan renungan itu.Dengan pantas dia mencapai tudung dan bersiap-siap untuk turun ke bawah. Zahlia terus melangkah ke arah pintu.Tengku syahran masih lagi terbaring di atas katil.Rimas dia melihat renungan lelaki itu.Lantas tombol pintu dipulasnya dan sebelum dia melangkah keluar,sempat dia berpesan. Solat asar jangan terlepas

Tuesday, December 7, 2010novel bicara hati part 3Title : Bicara Hati (part 3)

Lega hati mak,kamu dah kahwin Syah. Ttercapai impian mak nak tgk kamu naik pelamin, ujar Tengku Badariah tiba-tiba. Matanya tepat memandang anak lelaki keduanya. Zahlia terharu mendengar ucapan yang baru lahir dari mulut emak mertuanya. Bagaimana agaknya hati wanita ini bila mengetahui cerita sebenar? Sekarang mak dah ada cucu perempuan. Alia, lahirkan mak cucu lelaki pulak, pinta Tengku Badariah membuatkan Zahlia tergamam. Segera matanya melirik ke arah Tengku syahran yang sedang tersenyum-senyum itu. Matanya dialih ke arah Tengku Ismail yang juga sedang tersengih penuh makna. Kenapa dengan syah ni? Selamba aje. Mak dia tengah mintak yang

bukan-bukan, dia boleh tersengih macam kerang busuk. Baik!! Aku guna cara aku! Hatinya memberontak. Bolehkan Alia? Soal Tengku Badariah lagi. Zahlia mengetap bibir. Wajahnya tunduk dan sesekali jari telunjuknya menggaru-garu dahinya yang tidak gatal. Alia? sapa Tengku Badariah lagi. Zahlia menarik nafasnya dalam-dalam. Mak tanyalah pada abang. Kalau abang mahu anak dalam setahun ni,Alia tak kisah tibatiba Zahlia menjawab. Tengku Ismail dan Tengku Badariah berpandangan manakala Tengku syahran bagaikan tidak percaya dengan jawapan yang baru didengarnya. Kalai itu jawapan Alia, mak gerenti Syah takkan membantah. Dia mesti ikut cakap mak, jawab Tengku Badariah dalam nada gembira. Tapi sebelum kahwin, abang dah pesan yang dia tak mahu anak dalam setahun ni. Susah katanya! Kalau ikut Alia, memang Alia nak,mak, ujar Zahlia lagi. Tengku syahran terkejut mendengar kata-kata itu. Beraninya dia! Eh, apa pulak begitu? Anak kan pembawa rezeki. Tengku Badariah berkata seolah-olah marah. Zahlia mengerling ke arah Tengku syahran dengan senyuman yang terukir sedikit di riak wajahnya. Lelaki itu sedang mengerutkan dahi. Tengku Syahran masih tidak lepas merenung wajah isterinya. Wah, pandainya dia mengenakan aku. Jaga dia! Laa.abang ingatkan Alia yang tak mahu beranak awal. Abang cakaplah macam tu. Alia pun bukannya nak beritahu abang yang Alia nak anak cepat. Tanpa diduga Tengkku syahran berkata. Maknanya abang tak kisah ada anak dalam masa setahun ni? soal Zahlia kepada Tengku syahran. Biar benar perempuan ni! Suka-suka berjanji dengan mak aku. Kalau mak aku tuntut macam mana? Dahlah kahwin pun tak tentu hala,bisi hati Tengku syahran Abang? suara gemersik itu berbunyi. Tengku syahran tersentak. Entah mengapa tiba-tiba Tengku syahran mengangguk. Tengku Badariah dan Tengku Ismail tersengih. Mak bersyukur dapat menantu seperti Alia ni. Pandai Syah cari, puji Tengku Badariah. Zahlia tertawa kecil.

Janganlah puji sampai macam tu mak. Malu Alia, jawab Zahlia malu-malu. Tengku Ismail tersenyum melihat keramahan menantunya itu. Sedangkan Tengku syahran masih membisu mencari jawapan sebenar tentang permintaan Tengku Badariah tadi. Okeylah mak, ayah. Alia naik dulu. Nak rehat. Lagi lama Alia kat sini, lagi kembang hati Alia dibuat mak, tambahnya. Tengku Ismail dan Tengku Badariah ketawa.

Tuesday, December 7, 2010novel bicara hati part 4Title : Bicara Hati (part 4) Zahlia sedang membaca novel Hati Seorang Wanita sambil berbaring ketika Tengku syahran masuk ke biliknya lewat malam itu. Segera Zahlia bingkas bangun apabila terlihat wajah lelaki itu di muka pintu. Hati Zahlia berdebar tiba-tiba. Tengku syahran hanya melirik sekilas ke arah Zahlia sebelum dia melabuhkan punggung di sofa panjang yang terdapat di hujung katil. Heningnya suasana yang menemani mereka saat itu. Zahlia kaku. Tengku syahran membisu. Yang kedengaran hanyalah bunyi angin yang berdesir masuk melalui lubang tingkap yang terbuka luas. ?Kau betul-betul maksudkan kata-kata kau pada mak tadi?? soal Tengku syahran memecah kesunyian antara mereka. Bahasanya tetap kasar sejak petang tadi. Zahlia menutup novel yang dibacanya itu dan memandang Tengku syahran dengan pandangan yang agak pelik. Zahlia takut sebenarnya. Mana perginya sifat dan bahasanya yang lemah lembut? Dulu bukan main lagi pujuk aku suruh tolong dia, ber?saya? dan ber ?awak? konon. Penipu! ?Kenapa? Awak percaya ke?? tanpa menjawab soalan Tengku syahran, Zahlia menanyakan soalan lain pula. ?Entahla. Tapi tengok gaya kau cakap tadi macam percaya. Kau betul-betul nak? Aku tak kisah! Sekarang jugak kau boleh dapat,? ucap Tengku syahran bersahaja. Tengku syahran lantas bangun dan mengunci pintu. Zahlia terkesima. Lebih laju jantungnya berdegup. Tengku syahran berpaling dan tersenyum. Makin melemahkan urat-urat sendi Zahlia. Zahlia tidak senang duduk. ?Gila. Awak dah lupa tentang syarat ketiga? Awak tak dibenarkan menyentuh saya walaupun kita halal untuk berbuat demikian.? Zahlia mengingatkan syarat perjanjian.

?Itu kita tolak tepi. Yang penting malam ni kita seronok!? ucap Tengku syahran yang semakin mendekati Zahlia. ?Syah! Saya dah tolong awak. Ingat! Awak pernah kata awak takkan usik hak privasi saya,? Zahlia mengingatkan lagi. Sebenarnya Tengku syahran masih ingat tetapi dia sengaja mahu mengusik. Kekagetan wanita itu mencuit hatinya. Langkah Tengku syahran terhenti kemudian dia kembali ke sofa. ?Habis, siapa suruh kau bagi mereka harapan? Kalau mereka menanti, bagaimana?. Kau tau tak,, selepas kau masuk tadi, mereka sibuk mencari nama untuk cucu lelaki yang kau janjikan tu,? beritahu Tengku syahran. ?Biarkanlah.Kalau awak tak buat apa-apa pada saya, tak adanya keluar budak tu pun,? jawab Zahlia. ?Dahlah syah! Tadi awak sendiri yang cakap,pandai-pandailah guna cara sendiri untuk buat orang percayakan kita.I?m doing my job,? Zahlia membalas kata-kata Tengku syahran. ?Tadi awak yang cakap tokok tambah apa yang paut. Saya dah ikut. Mak awak yang timbulkan soal anak. Awak nak suruh saya jawab apa? Beritahu mereka yang kita tak mungkin ada anak?? Zahlia berkata sambil melangkah ke tingkap. ?Okay,okay. It?s all my fault. Tapi kau kena janji dengan aku yang kau takkan buat macam tu lagi,? pujuk Tengku syahran setelah mendapati wajah Zahlia sudah mula keruh. Zahlia mengetap bibir. Masih merenung gelap malam yang memenuhi ruang seisi alam. Perlahan-lahan dia mengeluh. Betapa kerdilnya dia ketika itu. Terasa menyesal pula kerana setuju dengan tawaran lelaki itu. Zahlia tunduk. Kalau dikesali sekalipun, tidak guna lagi. Tengku syahran sudah menjadi suaminya pagi tadi. Zahlia berpusing. Dia tersentak apabila mendapati Tengku syahran berada betul-betul dibelakangnya. Lelaki itu sedang memandangnya dengan satu pandangan yang agak luar biasa. Zahlia berdebar-debar. ?Syah, apa awak buat ni?? Tengku syahran tersenyum nakal. Kakinya melangkah sedikit ke hadapan untuk menghampiri Zahlia. ?Takkan kau nak Tanya lagi? Tadi kau sendiri yang cakap kau tak kisah ada anak dalam tempoh setahun dua ni. Aku nak tuntut apa yang kau cakap,? ujar Tengku syahran membuatkan Zahlia tersa bagaikan jantungnya direntap. ?Syah, please.Jangan datang dekat saya!? Terketar-ketar Zahlia berkata. Zahlia cuba bergerak ke tempat lain tetapi tidak berjaya. Tubuh Tengku syahran telah pun berada di hadapannya. Ingin ditolak tubuh tu, namun dia tewas. Malah kedua-dua belah tangannya digenggam kemas. Dia tidak mampu menolak lagi. Tengku syahran mula mendekatkan wajahnya ke wajah Zahlia.

Dada Zahlia berombak kencang. Wajah Tengku syahran semakin hampir. Makin terasa hangat hembusan nafas lelaki itu. Perlahan-lahan Zahlia memejamkan mata. Dia takut menghadapi kenyataan yang bakal terjadi. Ddia benar-benar tidak menyangka sampai begitu sekali tindakan Tengku syahran terhadapnya. Dia berserah pada keadaan. Tiba-tiba kedengaran ketawa yang agak kuat. Lantas Zahlia membuka mata. Genggaman yang kuat mencengkamnya tadi akhirnya terlerai. Tengku syahran menjauhkan diri dengan tawa yang masih bersisa. Zahlia mengerutkan dahi. ?Kau ingat aku manusia jenis apa? Suka mungkir janji? Mesti kau fikir aku dah hilang akal kan?? soal Tengku syahran sambil melangkah ke katil dengan ketawa yang masih kedengaran. Kemudian dia merebahkan tubuhnya sambil kedua-dua belah tangan dijadikan bantal. ?Kau ni kelakarlah Alia. Aku tak seburuk yang kau sangkakan tau,? ucapnya lagi. Zahlia memandang dengan perasaan geram. Dia main-mainkan aku? Kurang ajar betul

novel bicara hati part 5Title : Bicara Hati (part 5)

Zahlia berasa semakin pelik. Semenjak sampai ke bandaraya Tokyo, sikap Tengku syahran berlainan sekali. Layanan Tengku syahran begitu romantis membuatkan Zahlia tertanya-tanya di dalam hati. Sudah dua minggu Zahlia dan Tengku syahran meninggalkan Vila Sakura. Setelah tamat mengerjakan umrah, Zahlia dan Tengku syahran bertolak ke Tokyo.Mereka sampai di lapangan terbang Narita lebih kurang pukul 12.00 tengah hari. Terus Tengku syharan mencari teksi untuk membawa mereka ke Tokyo Station Hotel. Seharian masanya dihabiskan di dalam bilik dengan berehat. Zahlia tidak sedar bila dia tertidur. Dia Cuma tersedar apabila jam tangannya berbunyi menunjukkan pukul 3.00 petang waktu Malaysia. Daia bingkas bangun dan mendapati Tengku syahran sudah tidur di kerusi panjang. Terus Zahlia melangkah ke bililk air untuk mengambil wudhuk dan menunaikan solat Zohor. Selesai bersolat, Zahlia menuju ke arah Tengku syahran dan tubuh lelaki itu digoyangnya perlahan-lahan. Nafasnya kedengaran terlalu letih. Syah Zahlia memanggil. Beberapa ketika kemudian barulah Tengku syahran tersedar. Emnak apa? Sejak menunaikan umrah bersama-sama, hubungan mereka semakin baik. Mereka sudah boleh berbual dan kadang kala bergelak ketawa bersama. Zahlia berpuas hati kerana Tengku

syahran tidak lagi menggunakan bahasa kasar bila berbicara dengannya. Itulah doanya! Selepas menunaikan solat Zohor, Tengku syahran duduk di birai katil. Ketika itu, Zahlia sedang duduk membelek peta Tokyo di kerusi panjang yang mengadapnya. Gerak geri wanita itu diperhatikan tidak jauh dari tempatnya. Lama matanya jatuh ke pipi wanita itu. Kemudian jatuh ke bibirnya pula. Tengku syahran menelan air liur. Hati Tengku syahran bergelodak lagi. Mahu sahaja dia menarik Zahlia ke dalam pelukannya saat itu. Perlahan-lahan Tengku syahran bangun dan menuju ke arah Zahlia. Punggungnya dilabuhkan di sisi wanita itu. Alia tengok apa? soalnya lembut. Zahlia menoleh sekilas ke arah Tengku syahran yang sedang merenungnya. Bibir Zahlia mengukir senyuman. Tengku syahran tidak membalas. Tetapi matanya tepat memandang bibir wanita itu yang merekah. Tengok peta ni. Ringkas Zahlia menjawab. Kertas di tangan ditunjukkan kepada Tengku syahran.Tengku syahran tidak berminat dengan peta itu. Yang sedang berlegar-legar difikirannya ialah Zahlia. Perlahan-lahan tengku syahran menghampirkan wajanya ke arah wanita itu. Zahlia tersentak. Dia cuba menolak wajah itu tetapi tidak berjaya. Hidungnya sudah bertemu dengan bibir lelaki itu. Zahlia terasa wajahnya sudah bertukar warna. Apabila lelaki itu menjarakkan wajahnya, Zahlia cepat-cepat bingkas dan berlalu ke katil. Zahlia duduk di birai katil.Tengku syahran melangkah ke arahnya. Zahlia ingin melarikan diri tetapi tubuh Tengku syahran telahpun berada di hadapannya. Zahlia terkedu. Dia menelan air liurnya yang dirasakan tersekat dikerongkong. Mmata Tengku syahran masih merenung wajahnya. Tengku syahran menolak tubuh Zahlia ke katil. Zahlia terpempan. Apa ni syah? marah Zahlia dengan perasaan berdebar. Tengku syahran membisu. Rambut wanita itu dibelai halus. Bibirnya mengukir senyuman. Aku cintakan kau. Zahlia terdengar ucapan lelaki itu. Zahlia rasa ingin pengsan. Jangan. Zahlia hampir menjerit. Aku cintakan kau Alia. Tengku syahran mendekatkan wajah. Tetapi Zahlia bertindak pantas. Dia bangun setelah menolak tubuh Tengku syahran. Zahlia berlari menuju ke bilik air membiarkan Tengku syahran dilanda perasaan kecewa.

Title : Bicara Hati (part 6) Zahla keluar dari bilik air sejam kemudian. Terintai-intai mencari Tengku syahran dan bibirnya tersenyum puas apabila mendapati Tengku syahran tiada di bilik ketika itu. Yes! Dia dah tak ada! Zahlia ingin duduk di kerusi panjang. Namun belum sempat dia melabuhkan punggung di kerusi itu, Tengku syahran tiba-tiba terpacul di muka pintu. Zahlia tersentak. Wajah Tengku syahran kelihatan begitu kecewa. Zahlia ingin bangun dan berniat melarikan diri ke bilik air semula. Namun, tangannya segera disambar oleh Tengku syahran.Zahlia terperangkap. Syah! Lepaskan saya, ucaapnya. Tengku syahran menggeleng dan semakin kuat mencengkam pergelangan tangannya. Syah,please. Kenapa dengan Alia ni? Kenapa Alia nak lari dari abang? soalnya lembut. Abang? Zahlia pelik dengan bahasa yang digunakan. Mana perkataan aku,kau yang biasa terkeluar dari bibir Tengku syahran. Zahlia semakin gerun. Syah! Panggil abang sayang. Syah, apa dah jadi pada awak ni? Awak dah lupa syarat-syarat yang patut awak patuhi. Mengucap Syah.Kita berkahwin atas dasar apa? Ingat sikit. Tapi abang dah sayangkan Alia. Hari-hari abang mengadap Alia. Abang dah tak tahan. Abang dah tak boleh nafikan yang abang sayangkan Alia. Abang tak mahu kita berlakon aje,abang nak lebih dari tu, ujar Tengku syahran. Tolonglah Alia.Abang terpaksa berterus terang,abang dah sayangkan Alia. I love you so much. Abang tak boleh kehilangan Alia. Kita jangan berpisah,Alia! kata-kata itu membuatkan Zahlia tersentak. Zahlia ingin menjerit mengatakan tidak tetapi apa kuasanya? Sedangkan dia tahu lelaki itu berhak ke atasnya? Arghh ..kenapa ini yang terjadi? Syah,apa sebenarnya ni? Mana pergi janji awak?. Jangan jadi bodoh syah. Buang perasaan sayang awak tu cepat-cepat. Walau apapun terjadi, saya tetap mahukan perpisahan. Saya tak cintakan awak, keras Zahlia berkata. please Alia. Kita mulakan dari awal.Kita bercinta. Abang sayangkan Alia, kata-kata yang diluahkan membuatkan Zahlia semakin terkejut. Walau apapun terjadi,abang tetap nakkan Alia. Biarlah apa nak jadi pun, ucap Tengku syahran lagi sambil jari telunjuknya mengusap pipi Zahlia. Zahlia ingin mengelak tetapi tangan lelaki itu semakin galak menyentuh pipinya. Kini, bibirnya pula dijadikan mangsa. Lama bibirnya bertaut dengan bibir lelaki itu. Zahlia sudah tidak mampu mengelak lagi. Alia,bagi abang peluang? Kita jalankan hidup kita sebagai suami isteri yang sah seperti pasangan yang lain ya? ujar Tengku syahran. Tak .saya tak cintakan awak. Tolong jangan begini syah! Beristighfar banyak-banyak. Tolonglah lepaskan saya dulu, rayu Zahlia sambil menangis teresak-esak. Abang dah jatuh cinta. Alia kena faham ..ini bukan main-main. Abang dah jatuh cinta sebelum

kita bercuti lagi, beritahu Tengku syahran sambil melepaskan tangan Zahlia. Kenapa awak biarkan? Ia datang sendiri. Abang tak sedar, Patut awak elakkan. Benda ni tak mungkin berlaku. Kita takkan bercinta, ujar Zahlia bersungguh-sungguh. Abang dah tak boleh lari, abang cintakan Alia, ujar Tengku syahran lemah. Zahlia menggeleng. Dia tidak dapat menerima hakikat itu lantas Zahlia melangkah keluar dari bilik hotel dan meninggalkan Tengku syahran bersama satu perasaan yang sukar dimengertikan. Syah sudah jatuh cinta pada aku. Dan aku, adakah aku juga telah jatuh cinta padanya? Soalan itu bermain-main di benak Zahlia. Zahlia menelan air liur. Setitis air mata menitik ke pipi. Zahlia hanya membiarkannya. Dia terasa langkahnya longlai dan lemah. Aku nak ke mana? Tanya Zahlia sendiri tetapi kakinya masih bergerak dan Zahlia tidak mahu menjawab persoalan itu. Dia mendiamkan diri bersama langkah kaki yang dihayun tanpa arah

Tuesday, December 7, 2010novel bicara hati part 7Title : Bicara Hati (part 7) Zahlia baru sahaja menunaikan solat Isyak. Setelah habis berdoa, terus dia menyidai telekungnya di balik pintu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang berdiri di tepi tingkap. Sengaja dibuka tingkap itu seluas-luasnya. Ingin membiarkan angin malam menyusup masuk. Hati Tengku Syahran begitu geram melihat perangai Zahlia. Baru seminggu ini dia pulang ke rumah. Tengku Syahran masih lagi berdiri di situ. Hatinya benar-benar tertekan dengan tindak tanduk Zahlia beberapa hari kebelakangan ini. Zahlia lebih suka berdiam diri. Setiap hari dia akan pulang lebih dari jam 10.00 malam. Tengku Syahran betul-betul geram dengan perangai Zahlia. Kenapa balik lambat? nada suara Tengku Syahran yang meninggi memeranjatkan Zahlia. Banyak kerja. Dengan pantas Zahlia menjawab. Jangan tipu abang, Alia! Abang tau Alia keluar dari Sinar Iram pukul berapa! tempelak Tengku Syahran menyanggah jawapan Zahlia. Zahlia terlopong seketika. Bagaimana dia tahu? Betul kan apa yang abang cakap? Alia dah keluar dari Sinar Iram pukul 5.00? Tengku Syahran masih bertempek. Dada Zahlia bergetar. Tempikan yang nyaring dan kuat itu amat menakutkan dia. Apa Alia buat lepas pukul 5.00?? Waktu sekarang baru ingat nak balik. Zahlia diam membatu. Hilang kekuatan untuk menuturkan kata-kata.

Alia ingat abang ni apa? Tunggul? Sejak bila timbul hokum suami yang kena tunggu isteri balik kerja? Tengku Syahran melepaskan kemarahan yang kian meledak. Zahlia tunduk. Saya tidak terkeluar kata-kata itu dari mulut Zahlia. Lepas Alia keluar dari Sinar Iram, Alia pergi shopping kan? Mana barang-barangnya? Bagi pada lelaki yang kat hospital tu kan? berkerut-kerut dahi Tengku Syahran melafazkannya. Zahlia mula mengangkat wajah. Memandang raut Tengku Syahran lama. Hairan dengan katakata lelaki yang tahu setiap aktivitinya hari itu. Awak intip gerak geri saya ya? Tanya Zahlia tiba-tiba. Kalau abng intip Alia kenapa? Alia takut rahsia terbongkar? Apa awak repekkan ni Syah? Rahsia apa ni? Zahlia mula membentak. Geram dituduh bukan-bukan. Jangan nak tipu abang! Hari hari Alia ke Hotel Istana, apa yang Alia lakukan? Alia jumpa lelaki lain kan? Syah,tolong jangan berperangai macam budak-budak boleh tak? Otak saya tengah berserabut ni! Berserabut? Memikirkan masalah Razif? Razif? Kenapa pula nama lelaki itu yang disebut-sebut? Syah! Baik Alia cakap betul-betul! Alia ada simpan jantan lain kat hotel tu ya? Ppang! Satu tamparan hebat mengena pipi Tengku Syahran. Zahlia tersentak. Tidak menyangka tindakan yang dating secara spontan itu terlalu melampaui batasan. Berombak-ombak dadanya menahan kesabaran yang telah hilang. Jadi semuanya betullah? bentak Tengku Syahran sambil melangkah keluar. Hempasan pintu yang kuat seolah-olah menyedarkan Zahlia dari mimpi ngeri. Setitis mutiara jernih menitik di pipi. Menangisi hatinya yang makin dilanda pilu. Tengku Syahran memulas tombol pintu perlahan-lahan. Hatinya berdoa moga-moga wanita yang diyakini telah terlena itu tidak akan tersedar dengan kepulangannya. Esok pagi-pagi dia akan keluar. Itu rancangannya sebelum masuk ke bilik itu. Namun rancangannya terbantut. Ketika daun pintu ditolak, raut yang sejuk mengetuk pintu hati yang sedang kepanasan segera menerpa ke anak mata. Dia tewas lagi! Riak yang tenang menyambut kepulangannya gagal memberi peluang untuknya terus melayani rasa kecewa. Zahlia sedang menggosok baju apabila ternampak kelibat Tengku Syahran masuk ke bilik.

Sengaja dia menanti lelaki itu,. Pada awalnya dia ingin terus tidur tanpa memikirkan hal yang baru berlaku. Tidak berjaya kerana rasa bersalah terus-terusan mengacau fikirannya. Tengku Syahran mengerling sekilas ke arah wanita yang sedang leka memancutkan air ke arah baju kemeja berlengan panjang yang terbentang di papan gosok. Pandangannya beralih ke arah longgokan baju berhampiran isterinya itu. Kesemuanya milik Tengku Syahran. Hanya beberapa helai pakaian yang dikenali bukan miliknya. Tengku Syahran melangkah ke arah tingkap. Berdiri di situ melayani perasaan yang kian bercampur aduk di dalam jiwa. Marah, saying, cemburu, terharu dan resah menjadi satu. Semuanya kerana Zahlia! Gunakan kuasa kau sebagai suami untuk mengikat dia dalam hidup kau! Takkan itu pun aku nak ajar. Ungkapan Adli terkeluar dari ingatan diosertai sengihan nakal lelaki itu. Tengku Syahran memejamkan mata. Tidak dapat membayangkan betapa kecewanya Zahlia jika dia melakukan sesuatu yang wanita itu tidak rela. Astahfirullah-al-azim! Kalimat suci itu terkumat-kamit di bibirnya bersama raupan di muka yang berulangkali. Tengku Syahran berpaling. Terperanjat apabila melihat Zahlia berada dibelakangnya. Sedang duduk tertunduk di permaidani..

Tuesday, December 7, 2010novel bicara hati part 8itle : Bicara Hati (part 8) Maafkan saya. Ringkas zahlia berkata dengan suara yang tersekat-sekat. Ada air jernih mengalir dari matanya. Perkataan maaf yang halus tersemat di tangkai hati Tengku Syahran hampir-hampir membuatkan lelaki itu menyerahkan keegoaan. Siapa perempuan ini sebenarnya? Kenapa aku boleh jadi selemah ini bila berhadapan dengannya? Saya tau saya tak menjalankan tanggungjawab saya sebagai isteri yang sempurna. Walaupun perkahwinan kita adalah sesuatu yang drastic, saya patut melayani awak dengan baik. Tapi saya terpaksa Syah! Saya tak mahu wujudkan perasaan saying dalam diri saya mahupun awak dengan perhubungan ini. Saya takut kita sama-sama kecewa. Panjang lebar Zahlia meluahkan apa yang terbuku di hati. Alia gagal! Perasaan sayang dah pun wujud dalam diri abang. Suara Tengku Syahran terkeluar juga. Zahlia menelan air liur. Dahlah..abang bagi Alia masa untuk fikirkan tentang hal kita. Jangan terburu-buru. Tapi Zahlia cuba membantah.

Aliafikirkanlah..Kita tak ada apa-apa yang mengikat ke arah tanggungjawab lain, ucap Tengku Syahran lembut. Atau Alia dah ada orang lain dalam hati? Awak syak saya ada hubungan dengan Razif? Tanya Zahlia. Habis tu, ada lelaki lain? Stop it Syah! Zahlia mula menjeling membuatkan Tengku Syahran mengangkat kening. Tak kena pada tempat. Apa yang tak kenanya? Alia isteri abang kan? Stop saying that word boleh tak? Jangan lupa yang perkahwinan kita ni atas dasar apa? I dont care! Lantaklah dengan perjanjian tu. Yang penting sekarang, Alia dah pun jadi isteri abang. Abang takkan lepaskan Alia. Tengku Syahran tersenyum nakal. Zahlia megetap bibir. Geramnya dia dengan kata-kata suaminya itu. Penipu besarlah dia ni! Mungkir janji. Harap muka je handsome, perangai macam budak-budak. Sekarang abang perintahkan Alia urut badan abang. Abang penat ni, katanya dengan muka selamba. Ditumbuk-tumbuk bahunya dengan riak yang menyakitkan hati. Zahlia membeliakkan mata. Jangan nak mengada-ngada, ujar Zahlia. Ehehsepatutnya awak bersyukur sebab abang hanya suruh Alia urutkan badan abang. Kalau abang minta hak abang sebagai suami, Alia rela mengabdikan diri untuk abang? Alia sanggup jalankan kewajipan Alia sebagai isteri yang sempurna? Zahlia terdiam seketika. Okeylah. Kalau macam tu, tidur dengan abang malam ni. Zahlia ternganga. Syah! Kenapa? Takut? Ingat Alia! Abang ada hak ke atas diri Alia. Abang boleh paksa kalau Alia tak rela. So..Alia nak buat apa? Jerit? Jeritlah kuat-kuat biar semua orang tahu. Bila orang Tanya, abang boleh cakap Alia tak nak ikut permintaan abang, potong Tengku Syahran lagi sambil ketawa. Zahlia menjeling Tengku Syahran yang masih ketawa. Sakitnya hati! Sabar..sabar Berdosa ingkar perintah suami tau pintas Tengku Syahran lagi dengan mata yang sengaja

dibuntangkan. Zahlia mengeluh. Lambat-lambat dia bangun dan melangkah ke belakang Tengku Syahran. Sebaik sahaja tangannya melekat di bahu suaminya itu, Tengku Syahran membuka mulut untuk bersuara. Nanti kejap. Abang nak baring dulu. Alia urut abang masa abang tengah baring okey saying? Tengku Syahran bingkas bangun. Tengku Syahran melangkah ke sofa panjang yang telah menjadi tempat lenanya kini. Namun, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah ketika melintasi katil yang diselimuti cadar tebal. Tengku Syahran mengangkat kening. Aha! Katil ni nampak best. Malam ni abang nak tidur kat sinilah! Zahlia terlopong mendengarnya. Kalau awak tidur sini, mana saya nak tidur malam ni? bantah Zahlia. Tengku Syahran mengungkit bahu. Syah! Opss! Abang dah tak sabar nak rasa urutan Alia ni. Alia urut sampai abang tertidur tau. Jangan curi tulang. Cepatlah! Tengku Syahran menarik t-shirt yang tersarung di badan. Lantas merebahkan diri ke atas katil. Em, nikmatnya! Cepatlah sayang! Zahlia tersedar. Tengku Syahran sudahpun berbaring di hadapannya. Dengan lemah, Zahlia memanjat katil dan duduk di sisi Tengku Syahran. Tangannya menggigil-gigil mendekati tubuh lelaki yang tidak berbaju dan menampakkan separuh tubuhnya itu. Semakin hampirhampirdan terus melekat. Bahu suaminya itu dicengkam lembut dan dirurt perlahan-lahan. Seumur hidupnya,inilah pertama kali Zahlia berbuat demikian dengan lelaki. Berdegup kencang jantungnya. Rasa hendak tercabut lutut. Tengku Syahran hanya senyap dan kadangkala kepalanya sahaja yang bertukar ke kiri dan ke kanan. Posisi tubuhnya tetap seperti tadi. Mungkin sedang merasai kenikmatan urutan isterinya itu. Zahlia terus mengurut. Semakin lama urutan Zahlia semakin perlahan. Dirinya sudah terlalu letih. Berkali-kali tangannya menutup mulut yang tidak henti-henti menguap. Adakalanya kepala Zahlia tersenggok-senggok menahan rasa mengantuk. Apabila tangannya berhenti bergerak, suara Tengku Syahran akan kedengaran. Dia akan mengurut semula dengan mata yang terpejam. Kali ini, dia sudah terlalu mengantuk. Matanya tertutup rapat.

Zahlia terlopong mendengarnya. Kalau awak tidur sini, mana saya nak tidur malam ni? bantah Zahlia. Tengku Syahran mengungkit bahu. Syah! Opss! Abang dah tak sabar nak rasa urutan Alia ni. Alia urut sampai abang tertidur tau. Jangan curi tulang. Cepatlah! Tengku Syahran menarik t-shirt yang tersarung di badan. Lantas merebahkan diri ke atas katil. Em, nikmatnya! Cepatlah sayang! Zahlia tersedar. Tengku Syahran sudahpun berbaring di hadapannya. Dengan lemah, Zahlia memanjat katil dan duduk di sisi Tengku Syahran. Tangannya menggigil-gigil mendekati tubuh lelaki yang tidak berbaju dan menampakkan separuh tubuhnya itu. Semakin hampirhampirdan terus melekat. Bahu suaminya itu dicengkam lembut dan dirurt perlahan-lahan. Seumur hidupnya,inilah pertama kali Zahlia berbuat demikian dengan lelaki. Berdegup kencang jantungnya. Rasa hendak tercabut lutut. Tengku Syahran hanya senyap dan kadangkala kepalanya sahaja yang bertukar ke kiri dan ke kanan. Posisi tubuhnya tetap seperti tadi. Mungkin sedang merasai kenikmatan urutan isterinya itu. Zahlia terus mengurut. Semakin lama urutan Zahlia semakin perlahan. Dirinya sudah terlalu letih. Berkali-kali tangannya menutup mulut yang tidak henti-henti menguap. Adakalanya kepala Zahlia tersenggok-senggok menahan rasa mengantuk. Apabila tangannya berhenti bergerak, suara Tengku Syahran akan kedengaran. Dia akan mengurut semula dengan mata yang terpejam. Kali ini, dia sudah terlalu mengantuk. Matanya tertutup rapat. Segalanya menjadi sunyi dans enyap tiba-tiba. Lampu yang terpasang sudah tidak kelihatan cahayanya lagi. Jari jemari Zahlia semakin longgar mencengkam tubuh lelaki itu. Tanpa disedari tanga halusnya terkulai layu di situ bersama-sama tubuhnya yang tiba-tiba rebah di sisi suaminTitle : Bicara Hati (part 9) Zahlia menggosok matanya berkali-kali. Rasa malasnya hendak membuka kelopak mata. Lalu dibiarkan matanya terpejam. Sesekali tangannya menggaru-garu kepala dan membetulkan rambut yang menutup muka. Kemudian tangannya dijatuhkan semula ke tilam. Tilam? Kerasnya tilam ni? Zahlia teraba-raba. Matanya masih pejam. Lama tangannya memegang benda yang disangka tilam. Cahaya yang terasa merecik-recik ke wajah memaksa dirinya untuk bertindak. Perlahan-lahan dia membuka matanya. Berderau darahnya apabila mendapati dirinya berada disisi Tengku Syahran. Sedang berbaring memeluk tubuh suaminya itu. Segera dia bangun. Terkejut dengan situasi yang terjadi. Nafasnya berombak kencang. Wajah Tengku Syahran yang masih terlentang diamatinya lama. Tengku Syahran terjaga dan Title :

Bicara Hati (part 9) Zahlia menggosok matanya berkali-kali. Rasa malasnya hendak membuka kelopak mata. Lalu dibiarkan matanya terpejam. Sesekali tangannya menggaru-garu kepala dan membetulkan rambut yang menutup muka. Kemudian tangannya dijatuhkan semula ke tilam. Tilam? Kerasnya tilam ni? Zahlia teraba-raba. Matanya masih pejam. Lama tangannya memegang benda yang disangka tilam. Cahaya yang terasa merecik-recik ke wajah memaksa dirinya untuk bertindak. Perlahan-lahan dia membuka matanya. Berderau darahnya apabila mendapati dirinya berada disisi Tengku Syahran. Sedang berbaring memeluk tubuh suaminya itu. Segera dia bangun. Terkejut dengan situasi yang terjadi. Nafasnya berombak kencang. melemparkan senyuman nakal. Dengan pantas Zahlia menarik selimut menutupi tubuhnya. Mujurlah baju tidur berlengan panjang yang dipakainya tidak terdedah sedikitpun anggota tubuhnya. Dah puas hati dapat tidur dengan abang? Tengku Syahran bersuara tenang. Zahlia mengerutkan dahi. Nafasnya terasa sesak. Apa maksud lelaki ini? Kenapa awak tidur kat sini? Nak ambil kesempatan ya? marah Zahlia keras. Dia sudah terlupa apa yang berlaku. Tengku Syahran bangkit. Duduk mengadap Zahlia dengan wajah selambanya. Siapa yang ambil kesempatan? Abang atau Alia? Tengku Syahran bertanya. Zahlia mendengus. Syah, kan awak biasa tidur kat kerusi. Kenapa awak tidur di sini? marah Zahlia lagi. Suaranya sedikit meninggi. So abanglah yang ambil kesempatan? Alia tak ingat ke apa yang berlaku semalam? Tanya Tengku Syahran sambil menjungkitkan keningnya. Semalam? Zahlia terkedu. Terus menelan air liur. Pahit. Fikirannya mula teringat peristiwa semalam. Suaminya itu ada memberitahu untuk tidur di katil itu. Zahlia sudah mendengar terang-terang. Jadi siapa yang ambil kesempatan sebenarnya? Akuakah? Alamak! Kenapa senyap? Cakaplah! Setahu abang, semalam abang dah beritahu Alia kan yang abang nak tidur atas katil ni. Jadi, sekarang ni salah siapa?,hmm? Zahlia kehilangan kata-kata. Segera tunduk. Malu dengan setiap kata-kata Tengku Syahran. Pandang mata abang waktu abang tengah bercakap. Kenapa tunduk? Malu? Atau Alia takut jatuh cinta dengan abang? Kenapa dengan Alia ni? Kita dah jadi suami isteri hampir dua bulan. Apa salah abang kalau abang tidur atas katil ni? Sampai hati Alia nak biarkan abang tidur atas kerusi? Alia memang tak pernah nak faham perasaan abang. Tengku Syahran melepaskan lagi kemarahan. Syah! Ini semua kehendak awak. Kita takkan jatuh cinta. Awak sepatutnya takkan jatuh cinta. Itu kata-kata awak sewaktu kita baru bernikah. Saya takkan lupa. Tapi, awak tengok sendiri. Siapa yang mungkir janji? Awak berkeras tak mahu jatuh cinta pada saya dan sejak saya terdengar perbualan awak dengan Adli di rumahnya dahulu, saya jugak dah tanamkan dalam diri takkan jatuh cinta dengan awak ! Tengku Syahran hampir ternganga. Maknanya dia sudah mendengarnya? Ingat Syah! Kita tetap akan berpisah. Saya tak mahu jadi isteri awak lagi ego awak tinggi. Mendengarkan kata-kata Zahlia, Tengku Syahran tersenyum. Dahulu egonya memang tinggi tetapi disebabkan Zahlia, Tengku Syahran sanggup merendahkan egonya. Dia sudah jatuh saying dan dia akan pastikan Zahlia menjadi miliknya. Abang akan berusaha mendapatkan Alia. Kalau Alia berkeras lagi tunggulah harinya. Macammacam cara abang boleh buat. Keras atau halus, nantikan. Alia tetap akan jadi isteri abang sampai bila-bila, balas Tengku Syahran. Dahlah. Abang nak pergi mandi! You want to join me? Tengku Syahran turun dari katil. Soalan yang sengaja diajukan kepada Zahlia sekadar usikan baginya. Hatinya bagai digeletek melihat wajah Zahlia yang merah padam. Baru tahu aku siapa! Aaaa satu lagi abang nak pesan. Next time kalau nak tidur off lampu dulu. Mmembazir. Mata

dah tertutup, bukan nampak apa-apa kalau pasang lampu. Tak taulah pulak abang kalau Alia ambil kesempatan yang ada nak menatap muka abang yang handsome ni puas-puas! ujar Tengku Syahran sambil melangkah bersama ketawanya. Arghhhhhhh Zahlia terasa ingin menjerit sekuat hatinya. Melepaskan segala tekanan yang terbuku di hati ketika lelaki itu melangkah ke bilik air.

Tuesday, December 7, 2010novel bicara hati part 10Part10 Zahlia sudah lama terlelap di atas katil. Ttengku Syahran juga masih terlena di kerusi panjang. Masing-masing tidur dengan nyenyak tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Lenanya tidur kedua-dua insan itu tanpa diganggu dengan apa-apa bunyi biarpun kedinginan malam yang meniup sesekali mengacau tubuh yang tidak berselimut. Zahlia terus melayani tidurnya. Sesekali kelopak mata yang terpejam rapat itu bergerak-gerak apabila terasa sesuatu berjalan-jalan di sekitar lehernya. Kuat mencengkam dan kemudian merayap di tangannya. Zahlia masih memejam mata tanpa menghiraukan benda yang masih berjalan-jalan di meratarata tubuhnya. Cengkaman yang tajam menyucuk kulitnya terasa menjalar diseluruh tapak kakinya. Sikit-sikit beralih ke betisnya dan kemudian bergerak perlahan-lahan ke pahanya. Zahlia mula tidak sedap hati. Pantas membuka mata. Kemudian bangun dan duduk di katil bagaikan terpinga-pinga. Zahlia menggaru-garu kepala. Dalam kesamaran cahaya yang terbias dari luar rumah, Zahlia ternampak seperti ada sesuatu yanh sedang melekat di baju tidurnya. Zahlia membesarkan mata yang masih mengantuk. Benda kecil yang berwarna hitam itu bagaikan jelas dipenglihatan. Tiba-tiba Zahlia panik! Laju jantungnya bergetar. Lipas!! Dengan sendiri bulu romanya meremang tegak. Serangga yang paling ditakuti sedang melekat dibaju yang sedang dipakainya. Zahlia makin cemas. Matanya terpejam rapat. Tiba-tiba dia teringatkan Tengku Syahran. Abang.Zahlia memanggil. Mendayu-dayu suaranya menahan gementar. Tiada respon yang lahir dari Tengku Syahran. Zahlia semakin gentar. Peluh dingin hadir dengan sendiri membasahi seluruh tapak tangannya. AbangZahlia masih mencuba.Kali ini semakin kuat suaranya. Berharap suaminya terjaga.

Tengku Syahran dilihatnya tetap kaku. Nafas Zahlia makin sesak. Abang! jeritnya kuat. Kali ini Tengku Syahran terjaga. Suara Zahlia yang nyaring masuk ke lubang telinga amat memeranjatkan. Apa hal menjerit tengah-tengah malam ni? Abang mengantuklah, jawab Tengku Syahran sedikit marah. Zahlia mengetap bibir. Rasa ingin menangia pun ada dengan sikap acuh tak acuh Tengku Syahran. Kenapa? Soal Tengku Syahran sedikit meninggi. AliaAlia takut, jawab Zahlia pendek. Tengku Syahran bingkas bangun dari kerusi tempat tidurnya dan menuju ke arah Zahlia. Alia takut apa? Tanya Tengku Syahran. Tu Zahlia memuncungkan bibirnya ke arah serangga berwarna hitam di bajunya. Tengku Syahran menoleh. Selamba wajahnya. Lipas? Laa. Abang ingatkan apa benda! Buang ajelah kat tingkap tu, Dahi Tengku Syahran berkerut. Kakinya mula bergerak menuju ke kerusi panjang semula tanpa apa-apa tindak balas. Namun, langkahnya terhenti sendiri.Telinga Tengku Syahran tiba-tiba menangkap bunyi tangisan kecil dibelakangnya. Segera Tengku Syahran memusing. Wajah pilu Zahlia mengundang rasa simpati dalam dirinya. Berkaca-kaca mata yang kuyu itu membendung air jernih yang ingin melelh ke luar dari kelopak mata. Ya ALLAH! Apa yang telah aku lakukan ini? Boleh buat tak endah waktu Alia sedang dalam situsi begini! Tengku Syahran terus melangkah ke arah Zahlia dan pantas tangannya mencekup lipas yang melekat di baju isterinya lalu dibuang ke luar tingkap. Tengku Syahran berpaling ke arah Zahlia semula. Wanita itu masih kaku. Tengku Syahran terus melangkah semula ke arah Zahlia.Matanya menjilat segenap wajah yang kelihatan benar-benar ketakutan. Dengan lemah Tengku Syahran duduk disisi isterinya. Pandangannya masih belum lari dari memerhati seluruh wajah yang sudahpun basah dengan air mata. Matanya menumpu pada bibir Zahlia yang merekah. Nampak menggigil. Timbul rasa bersalah kerana membiarkan perasaan takut menjalar dalam diri isterinya tadi. Maafkan abang Alia. Abang tak tau Alia takutkan lipas, pujuk Tengku Syahran. Air mata

isterinya diseka dengan jari kasarnya. Zahlia membeku dalam duduknya. Tengku Syahran runsing melihat kesepian Zahlia. Lantas diraihnya tubuh wanita itu ke dalam pelukan. Berharap ketakutan Zahlia dapat diredakan. Zahlia rebah dalam pelukan Tengku Syahran. Dia menangi tersedu-sedu di dada lelaki yang erat merangkul tubuhnya. Sedikit hilang perasaan gementar yang menguasai diri. Tengku Syahran terasa tangan isterinya kuat memeluk pinggangnya. Simpatinya tumpah di situ. Perlahan-lahan dicium lembut bahu Zahlia. Sudahlah saying. Abang ada dekat sini Tengku Syahran berbisik dan sempat mengucup telinga isterinya. Ciuman itu terus menjalar ke sekitar wajah Zahlia. Zahlia tidak membantah. Malah belaian suaminya bagaikan menghalau ketakutan yang terasa. Buat pertama kali Zahlia hanya membiarkan kelakuan lelaki itu. Tangannya semakin erat memeluk Tengku Syahran sehingga Tengku Syahran lupa segalagalanya. Tangan Zahlia yang kuat memeluk pinggangnya terasa kemas. Tengku Syahran dan Zahlia KALAH! Akhirnya malam pun merangkak pergi membawa bersama rahsia yang tersendiri