88. menghayati tiga novel melayu tulisan penulis orang ... · kata kunci: novel-novel melayu ......

7
203 88. Menghayati Tiga Novel Melayu Tulisan Penulis Orang Kurang Upaya Penglihatan Dari Sudut Pengalaman Estetika Sastera 1 Zakaria Osman, 2 Adifarizal Mohd Ariffin 1 E-mel: [email protected] ABSTRAK Novel merupakan genre sastera yang menyajikan cerita panjang 1 yang lazimnya mengisahkan pergolakan masyarakat dari kaca mata penulisnya. Di dalamnya terpapar konflik yang dihadapi manusia, emosinya, tingkah-lakunya, suasana persekitarannya dan pemikiran masyarakat sezamannya. Dalam pembentangan kertas kerja kali ini, saya berhasrat untuk mengajak hadirin merenung beberapa novel yang dihasilkan oleh beberapa penulis kurang upaya penglihatan dan menghayati kupasan mereka tentang pergolakan manusia tanpa mampu melihatnya dari deria penglihatan mereka. Pengkaji merasakan amat menarik untuk dikupas bagaimana penulis-penulis ini menyajikan tafsiran mereka terhadap tingkah-laku, emosi, pelbagai ekspressi watak yang pada hakikatnya tidak dapat dilihat mereka. Pengkaji berminat untuk cuba menghayati beberapa karya penulis-penulis orang kurang upaya penglihatan dari sudut tanggapan estetika sastera dan berkongsi pandangan tentang keberkesanan pengalaman estetika yang mungkin dikecapi daripada penghayatan tersebut. Sebagai seorang yang juga kurang upaya penglihatan, pengkaji mahu mencuba untuk menghayati novel-novel berkenaan daripada persamaan pengalaman dengan penulis-penulis berkenaan. Untuk mencapai hasrat ini, pengkaji memilih tiga penulis orang kurang upaya yang boleh dianggap produktif iaitu Mohd Ghazali Toceh, Norhashimah Hashim dan Anjang Ali. Melalui tiga buah novel yang dihasilkan mereka, pengkaji berhasrat untuk cuba menghayati sejauh manakah keindahan estetika dari sudut isi dan ekspresi yang terdapat dalam novel-novel berkenaan. Diharap kajian ini sedikit sebanyak dapat mengajak hadirin untuk lebih memahami bagaimana sensitiviti orang kurang upaya penglihatan menghayati ragam manusia di sekelilingnya melalui novel-novel yang dihasilkan. Kata kunci: novel-novel Melayu, penulis orang kurang upaya penglihatan dan pengalaman estetika sastera. Pengenalan Mengikut E.M Foster, novel merupakan sebuah cerita yang panjang. 2 Bukan itu sahaja, beliau juga mengatakan bahawa yang menjadi tugas seorang novelis ialah memaparkan kehidupan yang tersembunyi itu dari akar umbinya. 3 Sedang H.B. Jasin pula, dalam bukunya Tifa Penyair dan Daerahnya menggariskan perkara-perkara berikut sebagai mencirikan sesebuah novel: (a) Novel menceritakan satu kejadian luarbiasa tentang kehidupan mengenai rakyat biasa. (b) Oleh kerana kejadian itulah terlahirlah satu konflik, yakni pergeseran atau satu kepincangan, satu pertikaian yang dapat mengalih tujuan nasib mereka, satu peralihan tujuan dalam masa seolah-olah seluruh kehidupan mereka jadi padu. (c) Keadaan mereka pada masa yang lampau dan masa akan datang dengan tiba-tiba terang benderang di hadapan mereka. (d) Isi novel tidak mendalam melainkan banyak melukiskan satu saat daripada kehidupan seseorang. Lebih mengenai sesuatu kejadian dalam cerita atau pertunjukan. 4 Ian Watt, dalam bukunya The Rise Of the Novel yang mengatakan bahawa "...Briefly, they have seen "realism" as the defining characteristic which diffrentiates the work of the early eighteen century novelist from previous fiction." 5 1 E.M Foster, Aspek-aspek Novel. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979, hal 1. 2 Ibid. 3 Ibid., hal. 3. 4 H.B. Jasin, Tifa Penyair dan Daerah-daerahnya, Jakarta: Gunung Agung, 1965, hal. 3. 5 Ian Watt, The Rise of The Novel, London: Pelican Book, 1976, hal. 9.

Upload: phamtram

Post on 02-Mar-2019

264 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 88. Menghayati Tiga Novel Melayu Tulisan Penulis Orang ... · Kata kunci: novel-novel Melayu ... satu peralihan tujuan dalam masa ... yang dibangkitkan dalam ketiga-tiga novel ini

203

88. Menghayati Tiga Novel Melayu Tulisan Penulis Orang Kurang Upaya Penglihatan Dari Sudut Pengalaman Estetika Sastera

1Zakaria Osman, 2Adifarizal Mohd Ariffin

1E-mel: [email protected]

ABSTRAK Novel merupakan genre sastera yang menyajikan cerita panjang1 yang lazimnya mengisahkan pergolakan masyarakat dari kaca mata penulisnya. Di dalamnya terpapar konflik yang dihadapi manusia, emosinya, tingkah-lakunya, suasana persekitarannya dan pemikiran masyarakat sezamannya. Dalam pembentangan kertas kerja kali ini, saya berhasrat untuk mengajak hadirin merenung beberapa novel yang dihasilkan oleh beberapa penulis kurang upaya penglihatan dan menghayati kupasan mereka tentang pergolakan manusia tanpa mampu melihatnya dari deria penglihatan mereka. Pengkaji merasakan amat menarik untuk dikupas bagaimana penulis-penulis ini menyajikan tafsiran mereka terhadap tingkah-laku, emosi, pelbagai ekspressi watak yang pada hakikatnya tidak dapat dilihat mereka. Pengkaji berminat untuk cuba menghayati beberapa karya penulis-penulis orang kurang upaya penglihatan dari sudut tanggapan estetika sastera dan berkongsi pandangan tentang keberkesanan pengalaman estetika yang mungkin dikecapi daripada penghayatan tersebut. Sebagai seorang yang juga kurang upaya penglihatan, pengkaji mahu mencuba untuk menghayati novel-novel berkenaan daripada persamaan pengalaman dengan penulis-penulis berkenaan. Untuk mencapai hasrat ini, pengkaji memilih tiga penulis orang kurang upaya yang boleh dianggap produktif iaitu Mohd Ghazali Toceh, Norhashimah Hashim dan Anjang Ali. Melalui tiga buah novel yang dihasilkan mereka, pengkaji berhasrat untuk cuba menghayati sejauh manakah keindahan estetika dari sudut isi dan ekspresi yang terdapat dalam novel-novel berkenaan. Diharap kajian ini sedikit sebanyak dapat mengajak hadirin untuk lebih memahami bagaimana sensitiviti orang kurang upaya penglihatan menghayati ragam manusia di sekelilingnya melalui novel-novel yang dihasilkan. Kata kunci: novel-novel Melayu, penulis orang kurang upaya penglihatan dan pengalaman estetika sastera.

Pengenalan

Mengikut E.M Foster, novel merupakan sebuah cerita yang panjang.2 Bukan itu sahaja, beliau juga mengatakan bahawa yang menjadi tugas seorang novelis ialah memaparkan kehidupan yang tersembunyi itu dari akar umbinya.3 Sedang H.B. Jasin pula, dalam bukunya Tifa Penyair dan Daerahnya menggariskan perkara-perkara berikut sebagai mencirikan sesebuah novel:

(a) Novel menceritakan satu kejadian luarbiasa tentang kehidupan mengenai rakyat biasa. (b) Oleh kerana kejadian itulah terlahirlah satu konflik, yakni pergeseran atau satu kepincangan,

satu pertikaian yang dapat mengalih tujuan nasib mereka, satu peralihan tujuan dalam masa seolah-olah seluruh kehidupan mereka jadi padu.

(c) Keadaan mereka pada masa yang lampau dan masa akan datang dengan tiba-tiba terang benderang di hadapan mereka.

(d) Isi novel tidak mendalam melainkan banyak melukiskan satu saat daripada kehidupan seseorang. Lebih mengenai sesuatu kejadian dalam cerita atau pertunjukan.4

Ian Watt, dalam bukunya The Rise Of the Novel yang mengatakan bahawa "...Briefly, they have seen "realism" as the defining characteristic which diffrentiates the work of the early eighteen century novelist from previous fiction."5

1 E.M Foster, Aspek-aspek Novel. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979, hal 1. 2 Ibid. 3 Ibid., hal. 3. 4 H.B. Jasin, Tifa Penyair dan Daerah-daerahnya, Jakarta: Gunung Agung, 1965, hal. 3. 5 Ian Watt, The Rise of The Novel, London: Pelican Book, 1976, hal. 9.

Page 2: 88. Menghayati Tiga Novel Melayu Tulisan Penulis Orang ... · Kata kunci: novel-novel Melayu ... satu peralihan tujuan dalam masa ... yang dibangkitkan dalam ketiga-tiga novel ini

204

Berdasarkan pentakrifan-pentakrifan tersebut, jelaslah novel merupakan genre prosa panjang yang menceritakan kehidupan manusia yang berdepan dengan pelbagai pergolakan kehidupan yang ditempuhi manusia, tentang jatuh bangunnya, tentang kesedihannya, tentang malapetaka yang menimpanya dan berbagai-bagai lagi. Lazimnya pergolakan-pergolakan ini disajikan atas pentas kehidupan yang berwarna-warni; ada gambaran persekitarannya, kecantikan alam semulajadinya, kekotorannya, kejelekannya, kegelisahan watak-wataknya, keriangan mereka dan pelbagai ekspresi yang tercatat dan terukir dalam genre yang disebut novel ini. Hal ini tidak luarbiasa jika penulisnya memiliki cukup pancainderanya untuk menggambarkan segala pergolakan yang berlaku di sekelilingnya. Punya fikiran yang sempurna dan tajam untuk mengolah dan mentafsir segala yang berlaku di hadapannya. Namun bagaimana jika penulisnya tiada penglihatan? Bagaimanakah dapat beliau menggambarkan apa yang berlaku di sekelilingnya? Bagaimanakah dapat beliau melukiskan ekspresi manusia-manusia yang beraksi dan bertindak dalam peristiwa-peristiwa yang diukirnya? Pada hakikatnya beliau hanya mampu mendengar sahaja, hanya mampu menghidu sahaja, hanya mampu menyentuh atau merasa pahit manisnya sesuatu itu sahaja. Mampukah emosi khalayak dikuasai dengan sajian-sajian yang hanya diukir daripada tanggapan empat pancaindera penulis-penulis ini?

Latarbelakang Kajian Oleh sebab itulah maka hari ini pengkaji berhasrat untuk mengajak hadirin menghayati tiga buah novel hasil nukilan tiga novelis orang kurang upaya penglihatan yang telah mendapat pengiktirafan masyarakat. Pengkaji mahu mengajak hadirin ikut serta menghayati pengalaman estetika daripada cetusan rasa yang terukir dalam novel-novel berkenaan. Ketiga-tiga novel yang dimaksudkan itu ialah Lambaian Kinabalu oleh Hashimah Hashim yang pernah memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan Melayu 2001, Ekspedisi nukilan Ghazali Tocheh yang pernah menjadi buku teks matapelajaran Komsas di sekolah menengah di antara tahun 2002 hingga 2012 dan novel kanak-kanak Di Mana Dahan Berpaut tulisan Anjang Ali atau nama penanya Amir Azam, seorang novelis cerita kanak-kanak yang karya-karyanya menjadi koleksi perpustakaan sekolah-sekolah di seluruh negara. Sebelum dilanjutkan perbincangan mengenai novel-novel ini, elok rasanya saya kongsikan sedikit mengenai latarbelakang ketiga-tiga penulis ini. Norhashimah Hashim kini menjadi guru khas di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Malik, Alor Star, Kedah. Beliau ialah lepasan Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya. Beliau mengalami masalah penglihatan sejak lahir tetapi telah hilang penglihatannya sama sekali ketika berusia 15 tahun. Saudara Mohd. Ghazali Tocheh pula tamat sekolah menengah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan telah berkhidmat dengan Jabatan Pertanian selama tiga tahun. Beliau kemudiannya hilang penglihatan ketika berusia 23 tahun. Anjang Ali pula kini bertugas sebagai seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong, Besut, Terengganu. Beliau juga lepasan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Penulisan Kreatif dan Deskriptif dari Universiti Malaya. Beliau hilang penglihatannya ketika berusia tiga tahun. Pada pandangan saya, maklumat ini penting diketahui kerana apakah sedikit sebanyak keadaan ini telah mempengaruhi kandungan dan corak tulisan mereka?

Kaedah kajian

Dalam kajian ini, saya berhasrat untuk mengupas dua aspek daripada tiap-tiap novel ini, iaitu kandungan “matter” dan penyataan “expression”. Kandungan atau lazimnya disebut isi bermaksud persoalan dan peristiwa-peristiwa atau kejadian yang ditempuhi dalam kehidupan manusia sebagaimana diukir dalam sesebuah novel. Ini bererti pengkaji mahu membicarakan tentang keindahan atau pengalaman keseronokan kita dalam menghayati segala macam persoalan dan peristiwa atau kejadian yang berlaku dalam kehidupan manusia yang dipaparkan di dalam novel-novel yang diteliti ini. Ekspresi pula ialah pancaran emosi yang terbit daripada apa yang berlaku dalam peristiwa-peristiwa yang dirakamkan. Sesuatu peristiwa itu bukan sekadar satu kejadian yang berlaku dalam lipatan sejarah kehidupan manusia, tetapi ia meninggalkan kesan yang berupa pancaran emosi, sama

Page 3: 88. Menghayati Tiga Novel Melayu Tulisan Penulis Orang ... · Kata kunci: novel-novel Melayu ... satu peralihan tujuan dalam masa ... yang dibangkitkan dalam ketiga-tiga novel ini

205

ada rasa simpati, rasa terhiris yang menyayatkan, rasa ghairah yang menyeronokkan, rasa dendam, rasa marah, rasa indah dan menyenangkan, malah segala rasa yang terpancar daripada emosi setiap mereka yang mengalami dan yang mengamatinya.6 Mengikut Jerome Stolnitz, "....The expression "arises out of" or is "suggested by" what is perceived, as though one heard the notes or looked at the colours and then, in addition, felt an emotion or thought of an idea.”7 Memandangkan penelitian ini berkisar pengalaman estetika, ada baiknya diketahui terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan estetika. "Estetika" atau "aesthetics" dalam Bahasa Inggeris merupakan perkataan yang berasal dari kata Yunani "Aesthesis" yang bererti perasaan atau sensitiviti.8 Ia merupakan satu bidang kajian falsafah yang membicara tentang falsafah seni. Jones Cosn mendefinisikan estetika sebagai "teori tentang keindahan dan seni."9 Max Dessoir dalam bukunya Aesthetics beranggapan bahawa "lapangan estetika jauh lebih luas dari bidang keindahan. Di dalam lapangan itu juga termasuklah yang sedih dan yang lucu, yang bergayut dan yang mulia, bahkan yang buruk pun masuk ke dalamnya."10 Oleh yang demikian, bagi tujuan penelitian ini pengkaji akan mengupas persoalan-persoalan yang dibangkitkan dalam ketiga-tiga novel ini dan bagaimana ia berhasil mempengaruhi emosi kita langsung menghasilkan pengalaman estetika yang dihasratkan. Namun, untuk mencapai keobjektifan kajian, pengkaji akan mendekati karya-karya ini menerusi tanggapan estetika ‘aesthetic perception’ dan bersikap estetika ‘aesthetic attitude’ Ini bermakna sebagaimana kata-kata Jerome Stolnitz, “....disinterested and sympathetic attention to and contemplation of any object for its own sake alone.”11

Lambaian Kinabalu oleh Norhashimah Hashim Novel setebal 144 halaman ini berkisar pengalaman Ina seorang gadis kurang upaya penglihatan yang terlibat dalam satu ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu bersama-sama ahli-ahli Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia sekitar tahun 1998. Dengan menggunakan sudut pandangan orang pertama, penulis berusaha memapar pengalaman watak dari mula ia dirancangkan hinggalah ekspedisi itu selesai dan berakhir dengan kejayaan. Apa yang menarik mengenai novel yang telah memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan Melayu 2001 ini ialah seluruh peristiwa dan suasana digambarkan hanya melalui empat pancaindera Ina yang menjadi watak utama dalam novel ini. Akan tetapi, meskipun tanpa gambaran visual, novel ini tetap menarik dan merangsang pengalaman estetika mereka yang menghayatinya. Peristiwa-peristiwa yang disajikan berkisar mengenai program ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu iaitu daripada perancangan ekspedisi ini, membawa kepada sessi-sessi latihan dan pendakian itu sendiri. Cuba kita perhatikan petikan berikut bagi menghayati salah satu peristiwa yang diukir meskipun ia seolah-olah semacam satu laporan sahaja.

“Pada lebih kurang pukul 3.00 petang, kami mula bergerak meninggalkan kawasan itu. Pak Tam tidak membawa kami pulang ikut jalan kami datang tadi. Kami turun ikut jalan lain. Laluan ini memang berbahaya. Kalau tersilap langkah, kami akan jatuh ke dalam gaung. Laluannya pula sempit dan dilitupi oleh daun-daun dan ranting-ranting kering. Di tempat-tempat tertentu yang curam dan licin, kami terpaksa berjalan itik kerana sukar untuk mengimbangkan diri. Sekali fikir, ada juga hikmahnya berlatih berjalan begitu di Tasik

6 Zakaria Osman, “Novel-novel A. Samad Said: Menghayatinya dari Sudut Estetika Sastera”, (Thesis PhD) (Kuala Lumpur: Akedemi Pengajian Melayu) hal. 288. 7 Jerome Stolnitz, Aesthetics and Philosophy of Art Criticism: A Critical Introduction, Boston: Houghton Mifflin Company, 1960, hal. 251. 8 Wadjiz Anwar, Filsafat Estetika Suatu Pengantar, Yogyakarta: C.V Nurcahaya, 1980, hal. 5. 9 Sidi Gazalba, Sistematika Filsafat, Jakarta: Pustaka Gunung Agung, 1977, hal. 436. 10 Ibid. 11 Jerome Stolnitz, op.cit., hal. 35.

Page 4: 88. Menghayati Tiga Novel Melayu Tulisan Penulis Orang ... · Kata kunci: novel-novel Melayu ... satu peralihan tujuan dalam masa ... yang dibangkitkan dalam ketiga-tiga novel ini

206

Perdana dulu. Setidak-tidaknya, otot dan urat saraf kami tidak menerima kejutan. Perjalanan turun ternyata lebih mencabar dan mendebarkan.”12

Ungkapan-ungkapan seperti “….Kalau tersilap langkah, kami akan jatuh ke dalam gaung” dan “Di tempat-tempat tertentu yang curam dan licin, kami terpaksa berjalan itik kerana sukar untuk mengimbangkan diri” mampu menguasai tanggapan estetika kita sehingga dapat merasai kesulitan yang ditempohi para peserta ekspedisi tersebut. Dalam peristiwa lain, kita merasakan ketegangan yang dialami Ina ketika hendak menuruni satu tebing curam menggunakan abseiling ketika menjalani latihan di Sungai Tekala.

“…Tangan kiriku masih mencengkam buluh. Tangan kananku masih terkaku pada tali. Rasa seram sejuk menerpa dan menguasaiku. "Lepaskan buluh tu." Tangan kiriku masih tidak lekang dari buluh itu. "Aina, lepaskan buluh tu. Longgarkan tali tu dengan tangan kanan supaya Aina boleh mula bergerak!" Nada suara Pak Tam sudah sampai ke nada mengarah, bukan lagi nada menyuruh. Rasa seram sejukku semakin menjadi-jadi. Aku dapat dengar jantungku berdegup kuat dan pantas bagaikan gong yang sedang rancak dipalu. Sendi-sendiku seakan lumpuh. "Lepaskan buluh tu. Jangan takut. Aina akan selamat." Pak Tam cuba meleraikan tanganku dari buluh itu. Sebaik sahaja usaha Pak Tam berjaya, aku jadi semakin panik. Aku rasa gayat terbuai-buai di udara begitu. Tidak! Aku mesti menghimpunkan segala kekuatan intrinsikku. Kalau dugaan sekecil ini pun tidak terdaya aku hadapi, bagaimana pula dengan dugaan yang jauh lebih besar yang terpaksa aku depani sewaktu menuruni tempat curam di Gunung Kinabalu nanti? "Tangan kanan mainkan peranan!" laung Pak Tam. Bodoh! Mengapalah aku cepat sangat tenggelam punca? Walhal, malam tadi aku sudah dapat menguasai teori dan praktik abseiling dengan baik. Setelah tanganku mula aktif, barulah aku mula bergerak turun. Sedikit demi sedikit, rasa takut dan rasa panikku mula hilang. Aku sudah mula merasai keseronokan abseiling.”13 Monolog yang berlaku dalam jiwa Ina berhasil menggambarkan emosi cemas dan ketegangan

yang sedang dialami watak. Meskipun penulis tidak menggambarkan visual ketinggian curam tersebut, kita tetap merasakan kecemasan dan ketegangan yang dialami watak dalam peristiwa ini. Sebenarnya banyak lagi episod-episod menarik yang terkandung dalam novel ini jika hendak diteliti dengan mendalam. Namun kerana keterbatasan ruang, pengkaji tidak mampu memaparnya dengan lebih mendalam. Mungkin petikan berikut dapat mengukuhkan kenyataan bagaimana penulis berhasil menggambar emosi watak melalui penyataan yang dilukiskan dalam fikiran watak utamanya, Ina.

“…Terima kasih, Gunung Kinabalu Kau mengajarku erti kemanusiaan yang kudus Yang kuat membantu yang lemah Yang sihat membantu yang sakit Yang sempurna anggota membantu yang kurang pancaindera. Terima kasih, Gunung Kinabalu Kau mengajarku erti kesabaran yang hakiki Mengatur tapak demi tapak

12 Norhashimah Hashim, Lambaian Kinabalu, Kuala Lumpur: Utusan Publication Sdn. Bhd., hal. 43-44. 13 Ibid., hal. 69-70

Page 5: 88. Menghayati Tiga Novel Melayu Tulisan Penulis Orang ... · Kata kunci: novel-novel Melayu ... satu peralihan tujuan dalam masa ... yang dibangkitkan dalam ketiga-tiga novel ini

207

Mendaki takah demi takah Menempuh rintangan demi rintangan. Terima kasih, Gunung Kinabalu Kau mengajarku erti perpaduan yang sebenar Perpaduan antara berbilang kaum Perpaduan antara Sabah dengan Semenanjung Bangsa Malaysia, inilah buktinya Integrasi nasional jelas dan nyata. Terima kasih, Gunung Kinabalu Kau membiarkan air mata kami mengalir di puncakmu Air mata kegembiraan Air mata kesyukuran Air mata keharuan Air mata kepuasan Air mata kebanggaan. Terima kasih, Gunung Kinabalu Kau mengajarku erti kasih sayang Kasih sayang hamba kepada Penciptanya Kasih sayang sesama manusia Kasih kepada keindahan alam ciptaan Tuhan. Terima kasih, Gunung Kinabalu Terima kasih atas segalanya.”14

Di Mana Dahan Berpaut oleh Anjang Ali

Novel kanak-kanak Di Mana Dahan Berpaut karangan Anjang Ali merupakan antara sejumlah novel kanak-kanak yang dihasilkan oleh penulis ini. Berlainan daripada novel Lambaian Kinabalu tulisan Norhashimah Hashim, novel kanak-kanak Di Mana Dahan Berpaut memaparkan kisah kanak-kanak normal dengan kanak-kanak cacat anggota. Azmi seorang kanak-kanak berusia sepuluh tahun telah kehilangan ibu bapa dan adik-beradiknya dalam satu kemalangan jalan raya. Dia sendiri kehilangan sebelah kakinya dan sebahagian tangannya. Pada awalnya, dia dijaga dan dipelihara pak ngahnya. Namun, pak ngahnya pula telah ditimpa kemalangan dan meninggal dunia. Mak ngahnya yang sememangnya tidak suka kepada Azmi telah membawanya dan anak-anaknya untuk tinggal bersama ibu dan bapa mak ngahnya. Azmi kemudiannya telah dijadikan kanak-kanak pengemis sehinggalah dia dan rakan-rakan senasib dengannya diselamatkan oleh pihak berkuasa. Novel kanak-kanak setebal 60 mukasurat ini telah di sajikan melalui sudut pandangan orang ketiga. Berbeza daripada novel Lambaian Kinabalu, novel kanak-kanak ini menyamai novel-novel kontemporari lain. Penulisnya turut memberi gambaran visual di samping gambaran-gambaran yang dikecapi pancaindera lain. Cuba perhatikan petikan berikut bagi menghayati situasi ini.

Izati dan Hashimah meneruskan perjalanan mereka ke perhentian bas yang berhampiran. Tempat itu memang sibuk dengan lalu lintas kenderaan dan orang ramai yang sentiasa berulang-alik. Lebih kurang tiga puluh meter dari perhentian bas, Izati terpandang lagi budak lelaki yang sering ditemuinya di tepi jejantas sedang duduk di kaki lima sebuah kedai. "Itu budak yang kau cari tadi, Iza!" kata Hashimah sambil menunjuk ke arah budak yang dimaksudkan itu. "Hmm! Patutlah dia tak ada di tangga jejantas tu. Rupanya di sini dia berpindah. Aku nak cakap sikit dengan dialah," kata Izati sambil berlari mendapatkan budak itu.15

Penulis memberi gambaran suasana lalu-lintas kenderaan dan orang ramai. Beliau juga memberi gambaran tentang sebuah perhentian bas yang berhampiran dan kedudukan budak pengemis yang

14 Ibid., hal. 143-144. 15 Anjang Ali, Di Mana Dahan Berpaut, Kuala Lumpur: FLO Enterprise, hal. 4.

Page 6: 88. Menghayati Tiga Novel Melayu Tulisan Penulis Orang ... · Kata kunci: novel-novel Melayu ... satu peralihan tujuan dalam masa ... yang dibangkitkan dalam ketiga-tiga novel ini

208

dicari. Meskipun gambaran visual tidaklah begitu jelas, namun dialog dan monolognya mampu menghidupkan suasana peristiwa-peristiwa yang dipaparkan. Cuba perhatikan satu lagi petikan dari novel ini dan ternyata kita dapat menikmati pengalaman estetika daripada penghayatannya.

Hampir dua bulan dia menghuni rumah sakit itu, sekilas wajah ayah dan ibunya tidak dipandang. Rasa rindu bagai membuak-buak melimpahi dalam hatinya. Puas dia merayu pada jururawat untuk bertemu dengan anggota keluarganya, tetapi segala pujuk rayunya tidak pernah tertunai. ….Azmi menantikan detik-detik itu dengan penuh harapan. Dia mula menyimpan harapan bahawa dia pasti akan dapat bertemu semula dengan ayah, ibu dan anggota keluarganya yang lain. Hampir setiap petang menjelang senja dia memandang ke luar jendela wad mengharapkan kedatangan ayah atau ibu datang mengunjunginya. Bila dia melihat rakan-rakan sebayanya dikelilingi oleh ahli keluarga masing-masing, hatinya menjadi sebak dan air mata mula meleleh kembali. Waktu manis bersama mereka seperti diputar kembali di ruang matanya. Hanya jururawat dan kakitangan hospital sahajalah yang datang menemankannya sambil berbual dan mengusiknya. Ada juga yang datang membawa buah tangan seperti barang mainan dan buah-buahan. Namun segala itu tidaklah sama dengan kasih ibu dan ayah sejati. Kerana itulah hampir setiap waktu air matanya mengalir.16

Ternyata gambaran yang dilukis penulis mengenai perasaan kanak-kanak ini berhasil memaparkan penyataan emosi yang bergolak dalam jiwanya. Kita dapatkan kesedihan yang dialami kanak-kanak ini kerana kaum keluarganya tidak mengunjunyinya di hospital sedang kita tahu keluarga kanak-kanak ini sudah kembali menyahut panggilan ilahi. Seperti dalam novel Lambaian Kinabalu, novel Di Mana Dahan Berpaut pun memiliki banyak lagi peristiwa dan gambaran emosi yang amat berkesan dinukil penulis. Namun kerana keterbatasan ruang, hal ini tidak mampu dikupas pengkaji.

Ekspedisi oleh Mohd. Ghazali Tocheh Novel yang mengandungi lapan bab ini pernah dijadikan buku teks Komsas untuk tingkatan tiga iaitu antara tahun 2002 hingga 2012. Ia mengisahkan satu ekspedisi yang dilakukan oleh Cikgu Morad dengan dibantu Pak Musa di sebuah hutan yang berhampiran dengan kampung Hadi salah seorang pelajar cikgu Morad yang menyertai ekspedisi tersebut. Seperti dalam novel kanak-kanak Di Mana Dahan Berpaut tulisan Anjang Ali, novel Ekspedisi juga menyamai novel-novel hasil nukilan penulis-penulis normal lainnya. Hal ini mungkin disebabbkan Mohd. Ghazali Tocheh hilang penglihatannya ketika berusia dua puluh tiga tahun. Dalam usia sedemikian tentunya dia sudah memiliki banyak pengalaman dan luas pandangannya. Meskipun ketika beliau menghasilkan novelnya ini beliau sudah tidak dapat melihat, namun ingatannya terhadap alam sekelilingnya dan tingkah-laku manusia pasti masih segar. Maka tidak hairanlah dalam ketiga-tiga novel yang diteliti ini, Novel beliaulah yang lebih segar gambaran-gambaran visualnya. Cuba perhatikan petikan berikut.

Pak Musa yang berjalan di hadapan sekali mengepalai peserta ekspedisi tiba-tiba memberi isyarat supaya berwaspada. Mereka diterpa curiga dan tanda tanya. Sedang kesangsian membelenggu perasaan, tiba-tiba Pak Musa menuding jari ke belukar yang ada di kanan haluan. Spontan mereka tangkas melompat ke dalamnya. Kubu persembunyian itu selamat daripada sebarang bahaya. Kaki belukar yang tebal menyukarkan pandangan musuh tembus ke dalamnya. Mereka yang di dalamnya pula boleh mengawasi gerak-geri musuh di luar menerusi liang-liang belukar yang ada. ….Gaya Pak Musa berjaga-jaga memaklumkan kepada semua bahawa ada musuh yang berkeliaran di luar sana. Kalau parang panjang yang sentiasa tergenggam di tangan Pak Musa sepanjang perjalanan, kini laras senapangnya pula yang dihunus. Mmuncung senapangnya sudah ditenang. Dalam mereka menanti penuh debaran, tiba-tiba muncul dua

16 Ibid., hal. 9-10.

Page 7: 88. Menghayati Tiga Novel Melayu Tulisan Penulis Orang ... · Kata kunci: novel-novel Melayu ... satu peralihan tujuan dalam masa ... yang dibangkitkan dalam ketiga-tiga novel ini

209

ekor harimau sebesar anak lembu. Berbelang-belang badannya. Haiwan-haiwan liar itu bergerak lurus sahaja ke belukar tempat mereka berkubu kini. Semua yang ada mengambil langkah berjaga-jaga. Segala bebanan yang terikat di badan segera mereka lekangkan dengan mengungkai tambatannya…”17

Perincian yang diberikan oleh penulis jelas tergambar dalam sanubari kita yang menunjukkan penulis berhasil memberi gambaran tepat mengenai peristiwa ini. Penulis juga telah berhasil menghidupkan emosi watak-wataknya. Cetusan emosi watak-watak ini mmerupakan penyataan emosi yang telah mampu mempengaruhi tanggapan estetika mereka yang menghayatinya. Petikan berikut merupakan salah satu daripada banyak episod yang terukir dalam novel ini.

“Hadi!” keseronokannya bersama ibu membelai sayur-sayuran di belakang rumah terenccat. Darahnya tersirap. Denyut nadi dan degup jantungnya terasa terhenti sesaat. Bukan sahaja jasadnya tegak terpacak tiba-tiba, Mak Jamilah turut juga bertindak serupa. Gema tempikan Pak Salleh menyeru namanya mencemaskan. Kebeningan dan kedamaian suasana petang yang menguasai alam sekitar dikocak oleh tempikan ayahnya. “Kenapa dengan ayah kau Di?” Ibu tidak segera menjawab soalan ibunya. ….Apa yang dikuatirnya, itulah yang berlaku. Demi jasad Pak Salleh dikuasai pandangannya, takut dan cemas pantas sekali mencengkam perasaannya. Seluruh jasadnya terasa lampong dan ringan melayang-layang. Ketangkasan Pak Salleh berlari dengan parang panjang terhunus di tangan membuatkannya benar-benar gementar dan terketar-ketar.18 Ternyata ketegangan yang dialami Hadi turut juga dirasai kita. Penulis berhasil memberi

gambaran emosi yang jelas sehinggakan ekspresi yang terkandung di dalam episod ini berhasil menguasai emosi kita yang menghayatinya.

Penutup Pengkaji akui penelitian ini amat cetek dan tidak menyeluruh. Namun, hasil daripada kupasan ini pengkaji berharap hadirin dapat menghayati keistimewaan-keistimewaan novel-novel yang dihasilkan oleh penulis-penulis kurang upaya penglihatan ini. Meskipun tanpa penglihatan untuk membantu mereka dalam menghayati persekitaran dan tingkah-laku manusia, hasil karya mereka tetap hidup dan bernyawa seperti kebanyakan karya sastera yang dihasilkan oleh penulis-penulis normal lainnya. Pengkaji berharap pendedahan ini akan membuka hati hadirin untuk meneliti novel-novel hasil tulisan penulis-penulis ini.

Bibliografi Ahmad Sabaruddin, Seluk-beluk Bahasa Indonesia. Tjet. ke 4, Medan: Saiful. Anwar, Wadjiz. 1980. Filsafat Estetika (Sebuah Pengantar). Yogyakarta: Nur Cahaya. Dessoir, Max. (Trans. by Stephen A. Emery). 1970. Aesthetics and Theory of Art. Detroit: Wayne

State University Press. Foster, E.M. 1979. Aspek-aspek Novel. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Gazalba, Sidi. 1977. Sistematika Filsafat. Jakarta: Pustaka Gunung Agung. Stolnitz, Jerome. 1960. Aesthetics and Philosophy of Art Criticism: A Critical Introduction. Boston:

Houghton Mifflin. Watt, Ian. 1976. The Rise of The Novel. London: Pelican Book.

17 Mohd. Ghazali Tocheh, Ekspedisi, Kuala Lumpur: Utusan Publication Sdn. Bhd., Bab 4 dari buku audio. 18 Ibid., Bab 3 dari buku audio.