kajian novel renyah

26
KAJIAN NOVEL : RENYAH TEMA Novel ini bertemakan konflik keluarga. Kehidupan sebuah keluarga yang menjadi pincang akibat sikap anak-anak. Datuk Dolhi yang mengusahakan perniagaan bersama Albert Lee berasa bimbang terhadap anak-anaknya yang tidak berminat untuk menguruskan perniagaannya sehingga merisaukan beliau sekiranya tiada anak-anak yang menggantikan tempatnya kelak. Kebimbangannya bertukar menjadi kecewa apabila anak-anaknya terlibat dalam pelbagai salah laku. PERSOALAN 1. Dunia korporat dan urusan perniagaan. 2. Kegiatan pendakwah yang menyimpang daripada ajaran Islam sebenar. 3. Rasuah dalam kalangan kakitangan kerajaan. 4. Kecenderungan golongan artis (penyanyi ‘rock’) terlibat dengan dadah. 5. Aktivis alam sekitar. 6. Dasar Pandang ke Timur 7. Aktiviti para datin. 8. Mendidik anak-anak. 9. Sikap orang Melayu terhadap perniagaan. 10. Budaya kerja dan pembangunan ekonomi Jepun. 11. Minat dan kecenderungan anak yang tidak dapat diubah atau dipaksa oleh ibu bapa. 12. Perpaduan kaum / persahabatan yang tidak terbatas kepada bangsa dan agama. 13. Kepentingan ilmu pengetahuan melalui pembacaan dan pengalaman. 14. Jodoh dan perkahwinan. 15. Sikap menghargai barangan dan jenama tempatan.

Upload: anis-nabilah

Post on 04-Jul-2015

868 views

Category:

Documents


23 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Novel Renyah

KAJIAN NOVEL : RENYAH

TEMA

Novel ini bertemakan konflik keluarga. Kehidupan sebuah keluarga yang menjadi pincang akibat sikap anak-anak.Datuk Dolhi yang mengusahakan perniagaan bersama Albert Lee berasa bimbang terhadap anak-anaknya yang tidak berminat untuk menguruskan perniagaannya sehingga merisaukan beliau sekiranya tiada anak-anak yang menggantikan tempatnya kelak. Kebimbangannya bertukar menjadi kecewa apabila anak-anaknya terlibat dalam pelbagai salah laku.

PERSOALAN

1. Dunia korporat dan urusan perniagaan.2. Kegiatan pendakwah yang menyimpang daripada ajaran Islam sebenar.3. Rasuah dalam kalangan kakitangan kerajaan.4. Kecenderungan golongan artis (penyanyi ‘rock’) terlibat dengan dadah.5. Aktivis alam sekitar.6. Dasar Pandang ke Timur7. Aktiviti para datin.8. Mendidik anak-anak.9. Sikap orang Melayu terhadap perniagaan.10. Budaya kerja dan pembangunan ekonomi Jepun.11. Minat dan kecenderungan anak yang tidak dapat diubah atau dipaksa oleh ibu bapa.12. Perpaduan kaum / persahabatan yang tidak terbatas kepada bangsa dan agama.13. Kepentingan ilmu pengetahuan melalui pembacaan dan pengalaman.14. Jodoh dan perkahwinan.15. Sikap menghargai barangan dan jenama tempatan.

BINAAN PLOT

Cerita disampaikan secara kronologi iaitu mengikut urutan masa. Kisah zaman silam Datuk Dolhi disampaikan secara imbas kembali melalui lamunannya.

Page 2: Kajian Novel Renyah

Peringkat Pengenalan

1. Datuk Dolhi resah apabila mengenangkan lima orang anaknya tidak berminat untuk melibatkan diri dalam perniagaan bagi menggantikan tempatnya dalam syarikat Dolhi - Albert Holding.2. Hasnol memegang jawatan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik amat mementingkan kedudukannya sebagai pegawai tinggi dan kuasa yang ada padanya. Amera amat mencintai bidang perguruan. Ilham pula merupakan penyair, penulis dan aktivitis alam sekitar. Mukhlis terlibat dengan sebuah pertubuhan dakwah Islamiah songsang dan tidak mahu bekerja. Dani berminat dalam bidang muzik, menjadi penyanyi sebuah kumpulan muzik ‘rock’ dan akan merakam lagu.3. Datuk Dolhi dan Albert Lee menjalankan pelbagai jenis perniagaan melalui syarikat Dolhi - Albert Holding. Anak Albert Lee iaitu Robert Lee turut terlibat dalam perniagaan itu. Albert Lee ingin memperkukuh kedudukan keluarganya dalam Dolhi – Albert Holding dengan berhasrat untuk menjodohkan Robert Lee dengan Amera.4. Datuk Dolhi mempunyai seorang anak lelaki bersama isteri keduanya yang telah meninggal dunia.5. Kesibukan Datuk Dolhi sebagai usahawan. Dia memeriksa projek, menghadiri seminar, ke luar negara untuk mencari rakan kongsi, mencari peluang perniagaan di luar negara dan memberikan ceramah kepada usahawan muda.6. Gambaran kehidupan para datin. Datin Tominah dengan beberapa orang datin yang lain mengadakan pertemuan untuk membincangkan penubuhan kelab baharu yang berfungsi menjaga kepentingan datin dan memulakan perniagaan butik busana Islam.

Peringkat Perkembangan

1. Wahi mencadangkan budaya kerja Jepun yang dikenali sebagai Sistem Gugus Kawalan Mutu (QCC) diaplikasikan dalam syarikat Dolhi – Albert Holding.2. Datin Tominah ingin memulakan perniagaan butik busana Islam dan memujuk Datuk Dolhi supaya mengeluarkan modal.3. Hasnol kerap meminjam wang untuk membayar kad kredit. Linda cenderung kepada gaya hidup mewah sehingga Hasnol terpaksa berhutang. 4. Ilham menceroboh masuk ke bilik Inem, pembantu rumah menyebabkan Inem berhenti kerja serta-merta. Ilham lari ke Sarawak untuk menentang aktiviti pembalakan yang diusahakan oleh syarikat Dolhi – Albert Holding.5. Mukhlis menjalani kehidupan yang daif di perkampungan Islam Sungai Bakau. Dia berkahwin dengan Hanisah, janda tuk guru yang sudah beranak tiga.

Page 3: Kajian Novel Renyah

6. Dani leka dengan kumpulan muzik ‘rock’ dan akan merakamkan lagu.7. Amera terpilih sebagai pendidik terbaik seluruh negeri. Dia dilamar oleh Timbalan Menteri Tugas-tugas Khas iaitu YB Wahab Yassin dan berkahwin.8. Hasnol didesak dan diugut oleh Tengku Munir supaya meluluskan dua belas tender yang disertai syarikatnya. Dia mendesak supaya Hasnol memberikan semua projek kerajaan kepada syarikatnya. Sebagai ganjaran, Hasnol diberikan tiga ratus ribu ringgit.9. Tengku Munir memarahi Hasnol kerana syarikatnya hanya menang empat tender daripada dua belas yang disertai syarikatnya. Dia mendesak Hasnol supaya membatalkan tender yang telah diberikan kepada syarikat lain.10. Datuk Dolhi bercuti ke Jepun selama dua minggu. Dia memberitahu Wahi bahawa Wahi ialah anaknya bersama Mastura. Wahi pula menyampaikan berita bahawa dia akan berkahwin dengan gadis Jepun iaitu Yuka.

Klimaks / Puncak

1. Ilham lari ke negara Barat bersama Bruno Manser. Dia dianggap pengkhianat negara kerana memburuk-burukkan negara berkaitan isu pembalakan.2. Datuk Dolhi mengumumkan kepada isteri dan anak-anaknya bahawa Wahi ialah anak kandungnya dengan isteri keduanya yang telah meninggal dunia.3. Dani ditangkap polis kerana memiliki dadah ketika mengadakan persembahan kumpulan Young Rock Band di sebuah pekan kecil.4. Mukhlis dilanggar motosikal ketika merayau-rayau di sebuah pekan.5. Tengku Munir membuat aduan bahawa Hasnol meminta wang setengah juta ringgit sebagai ganjaran meluluskan dua belas tender yang disertai syarikatnya.

Peringkat Peleraian dan Penyelesaian

1. Wahi kembali ke tanah air bersam isterinya, Yuka dan menerajui perniagaan Dolhi – Albert Holding. Yuka pula bertugas di bahagian personel dalam syarikat yang sama.2. Albert Lee keluar dari Syarikat Dolhi – Albert Holding. Persahabatan antara Datuk Dolhi dengan Albert terlerai.3. Hasnol ditahan oleh pihak berkuasa atas tuduhan rasuah.4. Dani akan dibicarakan berkaiatan kes dadah dan akan dimasukkan ke pusat pemulihan dadah.

Page 4: Kajian Novel Renyah

5. Mukhlis dirawat di hospital mental.6. Ilham masih menjadi buruan pihak berkuasa Malaysia.

TEKNIK PLOT

Teknik plot ialah cara pengarang menyampaikan cerita dalam karyanya. Kepelbagaian teknik plot dapat menarik minat pembaca untuk meneruskan pembacaan novel berkenaan. Berikut adalah perbincangan tentang teknik plot atau teknik penceritaan yang terdapat dalam novel Renyah:

1. Teknik PemerianPengarang menggunakan teknik pemerian untuk menggambarkan suasana, keadaan, gambaran atau pendirian watak, latar, dan sebagainya. Teknik ini tidak memerlukan dialog kerana pengarang bertindak sebagai pencerita.

Sebagai contoh, pada halaman 53, pengarang menulis tentang perbuatan Amera menghempas buku di atas meja dan dia meluat melihat muka Ilham. Manakala, Dani terus memetik gitar sambil terkumat-kamit melagukan puisi yang diberikan oleh Ilham.

Selain itu pengarang memerihalkan suasana di rumah Datuk Dolhi setelah kepulangan wahi dan isterinya, Yuka dari Jepun.

Malam itu mereka sekeluarga berhimpun walaupun tidak lengkap semuanya. Suasana terasa meriah dengan kedatangan ahli baharu. Malam itu juga Datuk Dolhi mencerita segala-galanya. Suasana tiba-tiba berubah pilu apabila kisah Mastura yang hidup dalam keterasingan diceritakan. Bagaimanapun, Datuk Dolhi tidak mahu kesedihan itu berterusan. (Halaman 210)

2. Teknik DialogDialog ialah pertuturan antara watak. Teknik ini digunakan untuk melahirkan pendapat watak tentang sesuatu perkara. Penggunaan teknik dialog dalam sesebuah cerita menjadikan jalan cerita lebih realistik. Sebagai contoh pada halaman 103 – 104, Datin Tominah bertanya kepada suaminya mengenai tempat tinggal anak mereka, Mukhlis. Datuk Dolhi menjelaskan bahawa Mukhlis berada di Sungai Bakau, di perkampungan jemaah anaknya. Datin Tominah ingin tahu lebih lanjut, tetapi Datuk Dolhi tidak tahu tentang perkara yang dilakukan oleh Mukhlis pada waktu itu.

Page 5: Kajian Novel Renyah

3. Teknik Imbas KembaliImbas kembali bermaksud ingatan watak terhadap peristiwa yang telah berlaku atau yang telah dialaminya. Teknik ini juga digambarkan sebagai penceritaan semula peristiwa yang telah berlaku melalui mimpi, kenangan, lamunan, ingatan atau watak bercerita kepada watak lain.Dalam novel ini, teknik imbas kembali disampaikan melalui lamunan watak Datuk Dolhi:

‘Datuk Dolhi terkenangkan pertama kali dia pergi ke Jepun mengikut program JICA. Terkulat-kulat dia dan rakan-rakan mencuba resepi Jepun. Rasa was-was tidak dapat dielakkan. (Halaman 3)

4. Teknik Saspens atau KeteganganSaspens bermaksud peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu dalam kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berkalu selanjutnya. Dengan wujudnya perasaan ingin tahu, pembaca akan terus membaca karya tersebut.

Antara contoh saspens yang terdapat dalam novel ini adalah ketika Amera mendapat jambangan bunga daripada peminat misterinya. (Halaman 91 – 92)

Contoh seterusnya adalah tentang pendirian Hasnol dan tender yang disertai oleh Tengku Munir. Hasnol menerima ugutan daripada Tengku Munir supaya meluluskan permohonan tendernya dengan balasan akan diberi wang sebanyak tiga ratus ribu ringgit. (Halaman 146)

Terdapat juga unsur saspens apabila Datuk Dolhi teringat akan Wahi yang berada di Jepun. Pembaca tertanya-tanya dan ingin mengetahui siapakah sebenarnya Wahi.

Begitu juga rahsia Wahi yang disimpan oleh Datuk Dolhi, menimbulkan kebimbangan sekiranya Wahi enggan menerima hakikat itu. (Halaman 108)

5. Teknik Kejutan (surprise)Kejutan bermaksud perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tanpa diduga. Pembaca terkejut akan peristiwa yang di luar jangkaan mereka. Kesan yang timbul daripada perubahan itu tidak sama dengan yang diduga oleh pembaca.

Page 6: Kajian Novel Renyah

Antara contoh kejutan dalam novel ini adalah peristiwa Datuk Dolhi memberitahu bahawa Wahi adalah anaknya bersama isteri kedua kepada seisi rumah.

Malam itu seisi rumah Datuk Dolhi gempar apabila dia mengisytiharkan bahawa Wahi ialah anaknya daripada isteri kedua. Datin Tominah menangis teresak-esak. Dia menelefon saudar-maranya. Amera termenung panjang. Dani menggeleng-geleng. Hasnol tidak menjawap apa-apa apabila Datin Tominah memberitahu. Masing-masing menyimpan perasaan. (Halaman 176 – 177)

Pembaca juga terkejut dengan peristiwa Albert Lee, rakan kongsi dan sahabat Datuk Dolhi mengambil keputusan untuk keluar dari syarikat Dolhi – Albert Lee Holding.

Albert Lee yang tidak berpuas hati telah menuduh anak-anak Datuk Dolhi yang menyebabkan syarikat mereka merosot. Tindakan Ilham menyebabkan kontrak mereka dibatalkan. Penglibatan Hasnol dalam skandal rasuah menyebabkan pegawai-pegawai BPR menyiasat bagaimana Dolhi – Albert Holding mendapatkan tender-tender mereka. Kedatangan YB timbalan menteri ke dalam keluarga Datuk Dolhi tidak banyak membantu, malah mendatangkan kecurigaan pula.

Persahabatan Albert Lee dengan Datuk Dolhi terlerai begitu sahaja. Keputusan meletakkan Wahi di tempat Datuk Dolhi membuatkan Albert Lee tidak gembira, bahkan berasa terancam.“Kita akan tarik diri, Robert,” kata Albert kepada anaknya.(Halaman 212 – 213)

6. Teknik Monolog

Monolog bermaksud tutur atau pengucapan sesuatu watak, sama ada ditujukan kepada dirinya sendiri atau kepada orang lain.

Contoh monolog dalam novel ini adalah ketika Datuk Dolhi menatap kertas cadangan Wahi tentang Kawalan Mutu Menyeluruh (KMM);

“Macam-macam idea si Wahi ni,” bisik Datuk Dolhi.(Halaman 65)

Datuk Dolhi juga bermonolog:

Kalaulah dia dapat menulis sebegitu, akan ditulisnya surat penjang lebar kepada anak-anaknya. Kepada Hasnol, dipintanya supaya

Page 7: Kajian Novel Renyah

meninggalkan perkhidmatan awam dan terjun segera ke dunia korporat. Kepada Ilham dipintanya supaya meninggalkan kerja yang sia-sia. Kepada Amera, dipintanya supaya memikirkan hari depan yang lebih cemerlang. Kepada Mukhlis, dipintanya supaya meninggalkan kesongsangan hidup. Kepada Dani, dipintanya supaya memikirkan muzik sebagai karier. Tiba-tiba Datuk Dolhi teringatkan Wahi di Tokyo. Apa khabar gerangan orang muda itu? Tekun sungguh dia… (Halaman 107 108)

Selain itu terdapat monolog dalaman Datuk Dolhi mengenangkan nasib orang Melayu dan anak-anaknya yang tidak gemar berniaga:

“Melayu … Melayu. Ya, allah, selamatkanlah Melayu di muka bumi ini.” Itulah ucapan Datuk Dolhi setiap kali dia mendengar kedangkalan orang Melayu.

Tidak boleh disalahkan orang lain juga, bisik hatinya. Lima orang anaknya juga buta niaga, buta usaha. Istilah bisnes tidak bercambah dalam otak mereka. Apakah dia mahu salahkan system pelajaran atau system masyarakat? Jangan! Orang berfikiran positif tidak akan menyalahkan orang lain. (Halaman 32)

7. Teknik Menamatkan CeritaDalam novel Renyah, pengarang menggunakan teknik penamat terbuka. Pengarang memberikan peluang kepada pembaca untuk menentukan kesudahan cerita dan cerita seolah-olah tergantung. Pengarang mengakhiri cerita dengan:

Petang itu Datuk Dolhi mencari ketenangan sambil membilang satu per satu nama anaknya. Dia membayangkan masa depan Hasnol, Ilham, Amera, Mukhlis, dan Dani. Kemudian dia memikirkan hal Wahi. Kesemua mereka warisnya yang berpotensi, diberikan ppendidikan hingga ke institute pengajian tinggi. Berbanding dengan Wahi, anak-anaknya yang lain telah dibesarkan dengan limpahan kemewahan. Barangkali, itulah sebabnya mereka terbiasa dalam zon selesa. Wahi yang dibesarkan dalam zon yang penuh cabaran, akhirnya muncul sebagai pemuda yang berjiwa kental.

Datuk Dolhi memujuk hati, langit mana yang sentiasa cerah, bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Dia berharap anak-anaknya akan bangkit membersihkan kesilapan lalu dan memantapkan peribadi demi meneruskan perjuangan hidup. Kepada Wahi, dia menaruh harapan yang tinggi agar anaknya itu dapat memperluaskan empayar perniagaannya. Moga dengan perluasan itu kelak, anak-anaknya yang lain akan tertarik untuk menerjuni bidang korporat sebagaimana yang

Page 8: Kajian Novel Renyah

diimpi-impikannya. Dia bermunajat kepada Allah Subhanahuwataala agar mereka sekeluarga diberikan hidayah untuk meneguhkan iman, sekali gus menempa kejayaan.

Home About Posts RSS Contact Log In

JALUR LEBAR MERUBAH HIDUP SAYA

KEPENTINGAN KOMPUTER DALAM KEHIDUPAN SAYA DAN ORANG LAIN

Teknologi maklumat adalah inovasi zaman siber yang membentuk ledakan maklumat tanpa sepadan. Kini, teknologi maklumat telah

memasuki gelombang revolusi dalam perang maklumat yang cukup sengit. Dengan memiliki kepakaran luar biasa dalam inovasi teknologi maklumat ,nama-nama hebat seperti Bill Gates telah menguasai dunia

melalui sentuhan hujung jari keramatnya. Di Malaysia,tahap celik komputer dalam kalangan rakyat telah

meningkat dari hari ke hari. Pengenalan subjek teknologi maklumat dalam kalangan pelajar yang bermula dari sekolah rendah hingga pusat-pusat pengajian tinggi telah menjadikan komputer sebagai instrumen penting dalam kehidupan rakyat Malaysia. Keupayaan

mengakses komputer dan menjalankan pengaturcaraannya kini telah menjadi suatu kemestian bagi melancarkan semua urusan seperti

penyimpanan data dan penghantaran maklumat.Dalam kehidupan sehari-hari juga, komputer telah menjadi “sahabat”

yang paling akrab. Keperluan terhadapnya mencakumi kegunaan anak-anak di sekolah sampailah ke peringkat membuat dasar di Jabatan Perdana Menteri. Komputer digunakan sebagai bahan

Page 9: Kajian Novel Renyah

pengajaran audio visual di sekolah, komputer sebagai pengurus peribadi menyimpan maklumat ,dan komputer sebagai penggerak

inovasi dan kreativiti golongan professional.Kini , revolusi teknologi maklumat sudah mula menguasai setiap

bidang kehidupan. Mungkin pada 10 tahun yang lalu, orang tidak dapat hidup tanpa sebuah peti televisyen di dalam rumah, tetapi kini ada

orang menjadi serba tidak kena tanpa sebuah komputer riba. Dengan pertubuhan yang drastik itu, turut bergerak selanjar dengannya ialah

industri penerbitan, pemasaran komputer,dan aksesorinya.Sesungguhnya, kemajuan Negara dalam teknologi canggih ini telah berjaya mengajak paradigma rakyatnya daripada terperap dalam kejumudan budaya lama kepada masyarakat yang bermaklumat.

Sunday, 18 Apri l 2010

KOMSAS RENYAH

TEMA DAN PERSOALAN

Tema ialah persoalan utama yang diungkapkan dalam sesuatu karya secara langsung atau tidak langsung. Tema dapat dikesan selepas sesuatu karya itu

selesai dibaca. Manakala, persoalan pula bermakana perkara-perkara yang lebih kecil yang ada hubungan denagan tema yang turut dimasukkan oleh pengarang

dalam karyanya.

TEMA

Penulis novel Renyah telah mengetengahkan tema tentang kekeluargaan Datuk Dolhi. Keseluruhan novel ini menceritakan tentang kehidupan Datuk Dolhi dan ahli keluarganya. Datuk dolhi telah banyak ditimpa masalah, akibat daripada

kerenah-kerenah anak-anaknya. Contohnya, Hasnol dengan masalah rasuahnya, Ilham dengan masalah perjuangan radikalnya,dan Mukhlis dengan kegiatan ajaran sesat yang disertainya. Kesibukan beliau dan Datin Tominah

telah menyebabkan anak-anak mereka bertindak di luar kawalan mereka berdua.

Page 10: Kajian Novel Renyah

Hanya Wahi,anak beliau hasil perkahwinannya dengan Mastura yang berjaya dan ingin bergiat dengan bidang perniagaan.

PERSOALAN

Novel Renyah telah memaparkan persoalan tentang perpaduan antara kaum. Contohnya, Datuk Dolhi telah menubuhkan sebuah syarikat iaitu Dolhi-Albert Holding sebagai satu kerjasama untuk memajukan syarikatnya itu. Selain itu,

Albert juga berhasrat untuk mewujudkan satu hubungan kekeluargaan dengan beliau dengan cara cuba menjodohkan anak-anaknya dengan anak-anak Datuk

Dolhi walaupun hasratnya akhirnya tidak juga tercapai. Selain itu, persoalan tentang strategi-strategi perniagaan juga turut dipaparkan. Misalnya, Dasar Pandang ke Timur yang diperkenalkan oleh mantan Perdana Menteri dan

budaya kerja Jepun iaitu Kawalan Mutu Menyeluruh(TQC) telah diterapkan dalam perniagaan Datuk Dolhi.

GAYA BAHASA DAN TEKNIK PLOT

Gaya bahasa merupakan cara seseorang menggunakan bahasa sebagai wahana uantuk meyampaikan pandangan terhadap sesuatu tema dan persoalan

melalui karya mereka.

1. Dialog- Jalan-jalan cerita disampaikan melalui dialog. Ia terdapat di sepanjang cerita.

2. Suspens- Contohnya, pada baris ke-14 pada muka surat 146,bab 14 (Memang…

……………akan berlaga).

3. Kejutan- Contohnya, pada babak di mana keluarga Albert berbual tentang muslihat

muslihat di sebalik hubungan baik mereka dengan keluarga Datuk Dolhi.muslihat tersebutang mana, pembaca tidak terfikir pun tentang muslihat

tersebut di awal ceritanya.

4. Imbas kembali- Contohnya, Datuk Dolhi terkenang tentang kali pertama dia ke negara

Jepun.

5. Metafora- Filem kenangan. (halaman 3)

6. Personafikasi- Cahaya matahari petang menggigit kulit. (halaman 20)

7. Peribahasa

Page 11: Kajian Novel Renyah

- Seperti bulan jatuh ke riba. (halaman 181)

8. Sinkof- Dah & ni. (halaman 196)

9. Bahasa Asing- Genki desu. (halaman 118)

- Confirm. (halaman 154)

PLOT

Plot merupakan susunan peristiwa dalam sesuatu karya berdasarkan sebab dan akibatnya. Plot mungkin disusun secara kronologi atau sebaliknya.

Peristiwa dalam novel ini disusun secara tidak kronologi. Pada permulaan pembaca diperkenalkan dengan keluarga Datuk Dolhi dan perihal kelakuan

anak-anaknya yang tidak berminat untuk menceburi bidang perniagaan syarikat ayah mereka. Dalam perkembangan cerita pula , penulis menggambarkan

gelagat anak-anak Datuk Dolhi contohnya Hasnol yang kesempitan duit yang sering kali datang meminjam duit dengan Datuk Dolhi yang akhirnya terpaksa menerima rasuah daripada Teengku Munir. Dani pula, sibuk dengan kumpulan

muziknya semasa Ilham sibuk menghasut masyarakat Penan untuk menghalang pembalakan di kawasan mereka. Mukhlis pula terpedaya dengan kumpulan yang

dianggap sebagai kumpulan da’wah padahal kumpulan tersebut merupakan kumpulan ajaran sesat. Walau bagaimanapun, Amera pula telah mencapai

sedikit kemajuan di mana dia telah dianugerahkan sebagai Pendidik Terbaik pada peringkat negeri. Pada bahagian perumitan pula, Datuk Dolhi telah pergi ke

jepun kerana malu dan tertekan dengan tindakan anak-anaknya. Sebagai contoh, Ilahm yang telah mengetuai demonstrasi bagi menghalang pembalakan di Sarawak. Pada klimaks pula, Ilham telah diburu polis lantas melarikan dirinya

ke Perancis. Pihak BPR pula bertungkus-lumus memburu Hasnol yang yang didakwa menerima rasuah yang akhirnya tertangkap di lapangan terbang

sekembalinya dari London.Dani pula, ditahan kerana terlibat dengan penyalah gunaan najis dadah sementara abangnya Mukhlis hidup melarat dan menjadi

kurang siuman. Ketika peleraiaan pula, Datuk Dolhi telah mengikat jamin hasnol dan Dani lalu menghantarnya ke pusat pemulihan. Amera telah bernikah dengan YB Wahab manakala Mukhlis berjaya ditemui dan terlantar di hospital. Wahi pula

telah pulang ke Malysia bersama dengan isterinya,Yuka . Datuk Dolhi telah mengisytiharkan Wahi sebagai penggantinya dalam Dolhi-Albert Holding. Datuk

Dolhi juga bercadang untuk menunuaikan umrah bersama Datin Tominah.

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak ialah pelaku dalam sesuatu karya yang menggerakkan cerita dengan berdasarkan hukum sebab dan akibat. Perwatakan pula ialah pelukisan tentang

dari aspek luaran dan dalaman .

Page 12: Kajian Novel Renyah

1. Datuk Dolhi - Ahli korporat berjaya.

- Pemilik Dolhi-Albert Holding.- Mempunyai 2 orang isteri iaitu, Datin Tominah dan Mastura.

- Bijak menyelesaikan masalah.- Penyayang.

- Rajin.- Kurang tegas mendidik anak.

2. Hasnol- Pegawai Tadbir dan Diplomatik(PTD).

- Isterinya bernama Linda.- Tidak tegas.

- Boros.- Pentingkan imej.

3. Ilham- Penulis dan Penyair.

- Tidak mempunyai pekerjaan tetap.- Biadap.

- Pengkhianat Negara.

4. Mukhlis- Berkelulusan Ijazah Pentadbiran dari Amerika Syarikat.

- Sedar akan kesilapan diri.- Terjabak dengan kumpulan ajaran sesat.

5. Dani- Penyanyi rock.

- Menyalahgunakan dadah.

6. Datin Tominah- Isteri Datuk Dolhi.

- Pentingkan kecantikan.- Kurang mendidik anak.

- Kuat cemburu.

7. Albert Lee- Rakan kongsi Datuk Dolhi.- Mempunyai 2 orang anak.

- Tidak jujur.- Penyayang.

- Suka membaca.

8. Wahi

Page 13: Kajian Novel Renyah

- Berusia 20-an.- Bijak.

- Amanah .- Bertanggungjawab.

9. Amera- Guru.

- Cantik.- Isteri YB Wahab.

- Komited kepada tugas.

10. Emzita11. Rozie

12. Raj Hussein13. Saiful Bahri

14. Hanisah15. YB Wahab16. Robert Lee

17. Ustaz Hashim

Nota:10-17 watak-watak sampingan.

LATAR

Latar ialah keterangan yang berkaitan dengan watak, ruang, masa, tempat,dan suasana terjadinya cerita dalam sesuatu karya.

Latar tempat- Pejabat Datuk Dolhi- Rumah Datuk Dolhi

- Perkampungan jemaah Kampung Sungai Bakau- Kelab Mawar

- Teratai inn- Sarawak

- Tokyo

Latar masa- Siang- Malam- Pagi

- Petang- Tengah hari

Latar masyarakat- Masyarakat yang merupakan golongan usahawan

- Masyrakat berilmu dan berpengetahuan

Page 14: Kajian Novel Renyah

- Masyarakat yang boros dan tamak- Masyarakat majmuk

- Masyarakat yang berani menegur kesilapan

NILAI MURNI

1. Nilai kasih-sayang. Datuk Dolhi dan datin Tominah sangat menyayangi anak-anak mereka kerana mereka berusaha untuk menyelesaikan masalah-masalah anak-anak mereka.

2. Nilai sabar. Datuk Dolhi sentiasa bersabar dengan kerenah anak-anaknya yang telah

mencoteng arang di mukanya.

3. Nilai tanggungjawab. Datuk Dolhi menjalankan tanggungjawabnya sebagai bapa dengan memberi pendidikan dan saraan yang cukup kepada anak-anaknya termasuk Wahi yang

tingggal bersama neneknya.

4. Nilai patriotik. Datuk Dolhi menggunakan Limosin Saga untuk ke majlis-majlis rasmi.

5. Nilai rajin. Albert rajin membaca buku ilmiah untuk menambahkan pengetahuannya.

Pengajaran yang dikenal juga sebagai amanat atau mesej bermaksud perutusan yang ingin disampaikan oleh pengarang kepada pembaca.

1. Ibu bapa dan anak-anak hendaklah saling menyayangi antara satu dengan yang lain. Hal ini dapat dilihat pada watak Datuk Dolhi dan anak-anaknya yang

saling menyayangi walaupun mereka sering menimbulkan masalah kepada bapa mereka itu.

2. Kita mestilah bersabar dalam menghadapi cabaran dalam kehidupan. Datuk Dolhi bersabar menerima berita bahawa Dani telah ditangkap polis kerana

terlibat dengan penyalah gunaan dadah.

3. Kita hendaklah mengutamakan barangan buatan tempatan bagi menyokong ekonomi Negara. Sikap ini yang dipaparkan oleh Datuk Dolhi yang

menggunakan Limosin Saga untuk menghadiri majlis-majlis rasmi wajar dicontohi masyarakat.

4. Kita hendaklah rajin membaca dan menuntut ilmu bagi memajukan dir dan negara. Datuk Dolhi dan Wahi rajin membaca buku-buku ilmiah bagi

menambahkan pengetahuan mereka dalam bidang perniagaan.

Page 15: Kajian Novel Renyah

Sunday, August 29, 2010

KONFLIK WATAK UTAMA DALAM RENYAH

1.

Datuk Dolhi mengalami konflik dengan kelima-lima orang anaknya. Contohnya kelima-lima anaknya menolak pelawaan/ ajakan/ pelawaannya untuk mengurus perniagaannya. Masing-masing seronok dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Hasnol dengan kerjayanya sebagai pegawai tadbir dan diplomatik. Amera sebagai pendidik, Ilham sibuk sebagai aktivis alam sekitar, Mukhlis aktif dalam gerakan dakwah dan Dani pula seronok dengan bidang seni muzik yang dicwburinya

2. Datuk Dolhi berselisih pendapat dengan rakan-rakan Mukhlis tentang perjuangan dakwah dan bidang perniagaan. Bagi mereka perniagaan Datuk Dolhi berbaur riba dan maksiat. Manakala Datuk Dolhi pula beranggapan kegiataan dakwah yang diusahakan itu benar-benar merosakkan nama baik Islam kerana tiada pekerjaan dan mundar-mandir tanpa hala tuju.

3. Datuk Dolhi mengalami tekanan perasaan yang teruk akibat laporan tentang berita tentang anaknya Hasnol. Laporan akhbar memuatkan kisah Hasnol lari ke luar negara kerana terlibat dengan rasuah benar-benar membuatkan Datuk Dolhi malu kerana menjejaskan imejnya. Rumah Datuk Dolhi diserbu oleh pegawai Badan Pencegah Rasuah. Datuk Dolhi turut disiasat.

4. Datuk Dolhi benar-benar kecewa dan terkedu dengan peristiwa penangkapan Dani. Rumah Datuk Dolhi sekali lagi menjadi sasaran wartawan untuk mendapatkan berita apabila Dani ditangkap oleh polis kerana memiliki najis dadah dan ditahan dilokap.

5. Datuk Dolhi berhadapan dengan situasi muram perniagaannya. Oleh sebab perstasi syarikat Dolhi-Albert Holding makin menurun kerana masalah dalaman keluargan Datuk Dolhi. Datuk Dolhi mengumumkan Wahi sebagai penggantinya. Tindakan Datuk Dolhi ini menyakitkan hati Albert lalu bertindak menarik diri sebagai rakan kongsi perniagaan.

Tuesday, August 3, 2010

NOVEL RENYAH - KARYA GUNAWAN MAHMOOD

RENYAH

1. Leceh2. Tidak senang, gelisah, risau, was-was3. Keras tetapi senang menghancurkan, rapuh

SINOPSIS NOVEL RENYAH

BAB 1

Datuk Dohli bingung, sedih dan menyesal apabila mengenangkan 5 orang anaknya yang tidak berminat untuk menyambung tugasnya dalam bidang perniagaan. Datuk Dolhi mempunyai seorang isteri iaitu Datin Tominah dan 5 orang anak, 4 lelaki dan seorang anak perempuan. Anak sulungnya Hasnol seorang Pegawai Tadbir Diplomatik yang telah berkahwin dan mempunyai anak. Amira satu-satunya anak gadis Datuk Dolhi merupakan seorang guru. Tiga anak lelaki yang lain ialah Ilham, Mukhlis dan Dani. Ilham merupakan peminat seni, bergiat dalam bidang sastera dan pencinta alam. Mukhlis pula seorang pendakwah yang tidak bekerja dan Dani merupakan seorang artis. Datuk Dolhi pernah berkahwin dengan wanita berketurunan arab dan mempunyai seorang anak lelaki tetapi dirahsiakan daripada keluarga.

BAB 2

Page 16: Kajian Novel Renyah

Albert Lee menelefon Datuk Dolhi dan berbincang tentang agenda pada petang itu. Mereka bercakap tentang Tuan Syed yang telah ke Kanada kerana projek Hidroelektrik di Kemunting. Prinsip hidip Datuk Dolhi ialah kerja keras. Baginya kerja keras akan membuatnya segar dan muda. Orang yang banyak berfikir tidak akan menjadi pelupa dan nyanyuk. Petang itu Datuk Dolhi berjoging dengan Albert. Sementara itu Datin Tominah berborak melalui telefon dengan rakan-rakannya yang terdiri daripada datin-datin. Semasa berjoging Datuk Dolhi dan Albert berbincang tentang keistimewaan kelab-kelab. Mereka juga bercakap tentang hasrat untuk menjodohkan Amera dan Robert dan tentang anak-anak yang tidak ingin terlibat dengan perniagaan. Datuk Dolhi sesak dada ketika berlari dan berhenti rehat.

BAB 3

Suasana agak sibuk di Wisma Datuk Dolhi. Datuk Dolhi mendapat panggilan telefon daripada Wahi yang berada di Hiroshima. Wahi memberitahu dia tertarik akan cara orang Jepun melayan pelanggan dan cara pembungkusan. Rozie (setiausaha Datuk Dolhi) memberitahu agenda pada hari itu, temujanji dengan Raj Hussein wakil Romaco Consultan. Pada waktu petang pula ada ceramah membangunkan usahawan. Sejak akhir-akhir ini Datuk Dolhi sering memberikan ceramah kepada usahawan muda dan pelajar. Datuk Dolhi imbas kembali tannggapan peserta seminar tentang modul dan perniagaan. Lamunannya terhenti apabila setiausahanya memberitahu Puan Raj Hussein dan Cik Emrita menunggu diruang tamu. Rozie juga memberitahu Datin Tominah menelefon untuk mengajak Datuk Dolhi ke pertunjukkan Busana Islam. Pada waktu tengah hari Datuk Dolhi pulang ke rumah. Sambil menunggu makanan dihidangkan dia meneruskan pembacaan.

BAB 4

Datuk Dolhi memberi ceramah kepada para pelajar usahawan muda di Institut Perdagangan Usahawan. Datin Tominah mengajak Datuk Dolhi ke pertunjukkan Busana Islam. Datuk Dolhi mengeluh kerana anak-anaknya tidak berminat dalam bidang perniagaan. Datuk Dolhi mengutamakan barangan tempatan. Datuk Dolhi tidak berminat akan pertunjukkan fesyen. Masa dua jam di pertunjukkan itu dirasa lama oleh beliau. Datin Tominah berbincang dengan suaminya tentang hasratnya untuk membuka butik busana Islam. Namun begitu Datuk Dolhi seakan tidak berminat dan tidak yakin akan keupayaan isterinya dan rakan-rakannya. Manakala di luar rumah Dani sedang memetik gitar. Ilham mencatat sesuatu di meja batu di bawah pohon matsui. Amera berada di ruang tamu sedang menyemak buku anak-anak muridnya. Mukhlis pula sedang beratib di dalam bilik. Datuk Dolhi dan Datin Tominah masuk ke dalam rumah.BAB 5

Dani dan Ihlam berbincang tentang lagu baru yang akan dinyanyikan oleh Dani. Ilham menegur lirik lagu Dani yang dianggap tidak intelektual. Ilham mencadangkan agar Dani mengambil puisi-puisinya supaya dilagukan tetapi Dani menganggap lagu puisi tidak akan maju. Ilham mendeklamasikan sajak Nyanyian Rimba dan sajak ciptaannya sendiri iaitu Tembang Burung-burung. Tiba-tiba Amera datang. Bagi Amera orang seni hanya kenyang dengan kata-kata tetapi perut lapar. Baginya orang yang membangunkan dunia bukan orang seni tetapi orang sains, ekonomi dan lain-lain. Amera bertengkar dengan Ilham sedangkan Dani buat tidak endah dan terus memetik gitarnya. Amera tidak suka akan sikap Ilham yang tidak bekerja dan mengharapkan orang tua. Bagi Ilham dia mempunyai perjuangannya sendiri untuk membela alam sekitar demi kesinambungan generasi akan datang. Amera mahu adiknya itu bekerja di syarikat ayahnya. Apabila Amera beredar Ilham bercakap pula dengan Dani. Dani tidak mahu campur tangan hal Ilham dan kakaknya. Dia bahagia dengan dunianya sendiri. Ilham berpendapat rockers meruntuhkan budaya Melayu. Amera memandang Ilham di taman keseorangan dari jendela.BAB 6

Pagi minggu Hasnol datang ke rumah Datuk Dolhi tanpa isteri dan anak-anaknya. Datuk Dolhi mengagak ada sesuatu yang tidak kena dengan Hasnol. Datuk Dolhi bertanya Hasnol tentang hasratnya iaitu agar Hasnol mengambil alih syarikat tetapi Hasnol menolak dengan alasan sayang akan pencen dan isterinya juga suka jika dia kerja kerajaan. Datuk Dolhi memaklumkan mungkin perniagaannya akan jatuh ke tangan orang lain jika anak-anaknya tidak berminat. Hasnol memberitahu hasratnya untuk meminjam duit sebanyak sepuluh ribu daripada Datuk Dolhi. Datuk Dolhi bertegas menyatakan bidang perniagaan akan memperoleh pendapatan yang tidak terhad berbanding kerja kerajaan. Cara hidup Hasnol macam jutawan tidak disenangi Datuk Dolhi. Albert pernah ingin menjodohkan Hasnol dengan anaknya Elain. Datin Tominah menghentikan lamunan Datuk Dolhi. Mereka bercakap tentang hasrat Albert yang ingin sangat berbesan dengan mereka. Mungkin ada niat di sebaliknya. Mereka berharap agar Amera mendapat jodoh yang sesuai. Tiba-tiba Datin Tominah menyebut nama Wahi. Baginya Wahi seorang yang agak baik dan menjadi harapan Datuk Dolhi. Namun sepintas kilat Datuk Dolhi melenting. Datin Tominah tidak faham tetapi hanya diam.

Page 17: Kajian Novel Renyah

BAB 7

Datuk Dolhi menerima faks yang dihantar oleh Wahi. Wahi mencadangkan agar Dolhi-Albert melaksanakan kawalan mutu menyeluruh seperti yang dilakukan di Jepun. Rozie berpendapat rancangan Wahi adalah bijak. Datuk Dolhi mengarahkan Rozie mengemukakan cadangan kepada pihak pengurusan dan pegawai kanan. Datuk Dolhi teringatkan anak-anaknya yang tidak seperti Wahi. Dia teringat Mukhlis. Keadaan Mukhlis yang tidak terurus bersandar di tiang masjid dengan berserban dan berjubah. Beliau teringat pula kepada Wahi. Datuk Dolhi ada rahsia dengan Wahi. Datuk Dolhi menyuruh Wahi meningkatkan pengalaman di Jepun. Datuk Dolhi terbayang sejarah negara Jepun dan berpendapat Jepun menang perang ekonomi berbanding negara-negara seperti Perancis, Inggeris dan Soviet. Datuk Dolhi berpendapat orang Islam menganggap Islam cukup sempurna tetapi tidak berbuat apa-apa untuk menerapkan Islam dalam kehidupan. Rozie memberitahu kehadiran Mukhlis. Datuk Dolhi megharapkan Mukhlis menjadi eksekutif niaga tetapi Mukhlis menjadi pendakwah. Mukhlis memberitahu hasratnya untuk meminjam wang kerana ingin berdakwah di India.BAB 8

Kepulangan Datuk Dolhi disambut dengan senyuman oleh Amera. Amera memberitahu dia telah terpilih sebagai pendidik terbaik di seluruh negeri. Datuk Dolhi mengucapkan tahniah dan tidak teruja dengan berita itu. Dia juga ingin Amera bekerja di syarikatnya. Amera tidak berminat untuk menjadi jutawan dan hanya ingin hidup sederhana sahaja. Dia juga menolak Robert. Datuk Dolhi menganggap dirinya gagal kerana tidak berjaya melahirkan ahli perniagaan dan usahawan dalam kalangan ahli keluarga. Mukhlis pulang bersama-sama dengan tiga lagi rakan dakwahnya dengan sebuah kereta Mercedes. Mereka memberitahu Datuk Dolhi bahawa mereka ingin berdakwah ke seluruh dunia bulan depan. Mereka meminta agar Datuk Dolhi mengeluarkan biaya. Mereka berpendapat Datuk Dolhi antidakwah. Datuk Dolhi memberi kebenaran kepada Mukhlis untuk berdakwah bersama-sama kawan-kawannya. Salah seorang rakan Mukhlis iaitu Saiful Bahari ( yang membawa kereta ) ialah anak Tan Sri Mokhtar Latif. Ayahnya memberi sokongan akan perjuangan dakwahnya. Bagi mereka kerja sekarang penuh riba dan maksiat. Datuk Dolhi menempelak mereka. Kalau bapa mereka tidak bekerja keras bagaimana mereka boleh membawa kereta Mercedes itu. Datuk Dolhi dan Tan Sri Mokhtar Latif merupakan contoh usahawan Islam yang berjaya. Mereka terpaksa bersaing dengan orang bukan Islam untuk menegakkan kuasa ekonomi. Jika hidup tidak tentu hala bermakna Islam hanya tinggal nama. Pemuda-pemuda itu meninggalkan rumah Datuk Dolhi dengan perasaan sebal. Mereka gagal memujuk Datuk Dolhi untuk mendapat biaya. Mereka bercerita tentang ustaz mereka yang berkahwin lagi dan menceraikan isterinya yang bernama Hanisah. Tuk gurunya yang sebaya dengan bapanya sibuk berdakwah manakala bapanya sibuk berniaga. Tuk gurunya berkahwin empat manakala ayahnya masih setia dengan ibunya. Mukhlis terasa tersepit di tengah-tengah. Datuk Dolhi menghadiri majlis anugerah kecemerlangan Amera yang juga dihadiri oleh Timbalan Menteri Tugas-tugas Khas. Dalam ucapannya Amera mengucapkan terima kasi kepada kedua-dua ibu bapanya.BAB 9

Amera mendapat panggilan telefon mengucapkan tahniah daripada seseorang yang tidak dikenali. Dia juga mendapatkan ucapan tahniah daripada Dani dan mendapat sejambak bunga daripada seseorang yang tidak dikenali melalui florist. Amera menghubungi Mekar Florist yang menghantar bunga itu. Mary memberitahu dia tidak mengenali siapa yang menghantar. Dani mengusik Amera agar Amera tidak memilih kerana nanti jadi andartu. Dani mengajak Datin Tominah menghadiri pelancaran albumnya. Inem pembantu rumah Indonesia memohon untuk berhenti kerja daripada Datin Tominah. Datin Tominah ingin mengetahui sebabnya tetapi tidak diberitahu oleh Inem. Seminggu kemudian Datin Tominah menerima surat daripada Inem memberitahu bahawa Ilham pernah masuk ke biliknya. Inem tidak mahu kemungkaran berlaku, sebab itulah dia berhenti. Datin Tominah runsing kerana sukar mencari pembantu rumah sekarang. Kalau tiada pembantu rumah dia akan penat dengan kerja dapur. Hasnol telefon untuk meminjam wang. Datin kecewa apabila Hasnol melepaskan gagang telefon selepas dia tidak bersetuju memberikan wang kepada Hasnol.

BAB 10

Berita pernikahan Mukhlis melalui kawannya mengejutkan Datuk Dolhi. Mukhlis yang tidak bekerja tiba-tiba berkahwin merisaukan Datuk Dolhi. Dulu Hasnol mengambil keputusan untuk berkahwin dengan isterinya Linda juga agak tergesa-gesa. Datin Tominah mengucap berkali-kali apabila mendengar berita itu. Mereka suami isteri inginkan satu majlis perkahwinan yang penuh adat istiadat. Mukhlis berada di Sungai Bakau perkampungan jemaahnya. Datuk Dolhi bertambah berang apabila membaca surat daripada Inem. Ilham berada di Sarawak membentangkan kertas kerja tentang masalah hutan dan isu pembalakan. Dengar

Page 18: Kajian Novel Renyah

ceritanya mereka akan menganjurkan tunjuk perasaan dan akan tinggal bersama-sama orang asli. Datuk Dolhi ada saham dalam syarikat pembalakan itu. Albert menelefon dari Kuching memberitahu dia ternampak Ilham bersama-sama orang asli menghalang penebangan hutan. Albert sebak memikirkan anak-anaknya. Datuk Dolhi teringatkan Wahi yang begitu tekun. Anak muda itu tinggal bersama-sama neneknya setelah ibunya meninggal ketika melahirkannya. Datuk Dolhi memberikan bantuan kepadanya. Dia rindu ingin bercakap-cakap dengan Wahi.

BAB 11

Memandangkan masalah yang timbul disebabkan oleh Ilham. Datuk Dolhi ingin ke Ikebukuro, Jepun tempat Wahi berada. Dia ingin berehat. Dia ingin Albert yang mengambil tindakan terhadap masalah yang ada. Datin Tominah terkejut dengan keputusan Datuk Dolhi yang ingin bercuti tiba-tiba. Datuk Dolhi berlepas ke Tokyo malam itu. Dia mengosongkan fikirannya dan melupakan semua masalah buat sementara waktu. Ketika dalam penerbangan fikiran Datuk Dolhi mererawang ke zaman silamnya. Sebelum berkahwin dengan Datin Tominah dia pernah bercinta dengan Mastura sejak di kampus. Tetapi Malangnya apabila tamat pengajian dia dikahwinkan dengan Datin Tominah oleh kedua-dua ibu bapanya. Setelah setahun berkahwin dengan Datin Tominah, Datuk Dolhi berkahwin dengan Mastura secara diam-diam. Dia memperoleh anak lelaki sulung, namun Mastura meninggal dunia. Anaknya tinggal dengan neneknya. Mukhlis sugul kerana tidak disangka Hasniah ingin Mukhlis bekerja untuk membiayai anak-anak. Mukhlis bekerja di kilang dengan gaji lima ringgit sehari. Mukhlis pulang ke rumah dan memohon maaf daripada ibunya. Ibunya menasihati agar Mukhlis menjaga isteri dan anak-anak tirinya dengan baik. Hasnol pula ingin Linda meminta duit daripada bapanya bagi menyelesaikan masalah kewangannya. Hasnol memberi cadangan agar dia berhenti kerja dan bekerja di syarikat ayahnya tetapi tidak disetujui oleh Linda.BAB 12

Amera ke Kelab Mawar untuk bertemu dengan peminat misteri selama ini. Alangkah terperanjat apabila melihat orang itu ialah YB Timbalan Menteri Wahab. Mereka berbual pelbagai tajuk pada malam itu. YB Wahab mempunyai seorang anak berusia dua tahun, manakala isterinya meninggal dunia. Apabila pulang Datin Tominah bertanyakan Amera. Amera menceritakan kepada Datin Tominah. Amera gelisah campur gembira. Kumpulan pemuzik Yong Rock Band yang dianggotai oleh Dani akhirnya masuk studio. Album mereka berjudul Rimba Fikiran. Dani meminta ibu dan kakaknya hadir ketika majlis pelancaran nanti. Amera menasihati Dani agar menjaga disiplin dan sentiasa kemas. Bagi Dani penyanyi rok tidak perlu kemas. Amera diberitahu oleh Dani ada cerita dalam akhbar tentang YB Wahab yang digosipkan dengan seorang guru. Amera rasa cemas dan berdebar menyebabkan Dani hairan. Amera mula berfikir-fikir tentang kesannya jika berhubungan dengan orang politik yang sentiasa sibuk.

BAB 13

Datuk Dohli agak penat apabila tiba di Lapangan Terbang Narita Jepun selepas penerbangan selama 7 jam. Ketibaannya disambut oleh Wahi dan sahabat Jepunnya. Semasa dalam perjalanan ke tempat penginapan mereka berborak-borak tentang lagu. Datuk Dolhi menyanyikan beberapa buah lagu Jepun yang digemarinya. Datuk Dolhi menginap di Hotel Tokyo Metropolitan. Hotel itulah tempat Datuk Dolhi menginap apabila dia pertama kali ke negara itu. Ketika Datuk Dolhi merenung ke luar bilik hotel fikirannya bercelaru memikirkan akan cara memberitahu Wahi bahawa Wahi ialah anaknya. Dia tertanya-tanya apakah Wahi sudah tahu hal yang sebenarnya? Malam itu ketika mereka sedang minum di restoran cina, Datuk Dolhi memberitahu Wahi bahawa Wahi ialah ananya. Namun Wahi tidak terkejut kerana dia telah mengetahui kerana dia telah mengetahui melalui neneknya. Datuk Dolhi terasa amat lega. Pagi esoknya mereka berdua bersiar-siar di kota dengan menaiki kenderaan awam. Datuk Dolhi meminta Wahi memanggilnya bapa bukannya Datuk. Datuk Dolhi meluahkan rasa kecewa terhadap anak-anaknya kepada Wahi. Dia memberitahu Wahi sudah sampai masanya rahsia itu didedahkan. Wahi sanggup menerima apa-apa sahaja tindak balas daripada ibu tirinya nanti.

BAB 14

Hasnol mengadakan pertemuan sulit dengan Tengku Munir di Teratai Inn. Semasa pertemuan itu Tengku Munir mengugut akan memusnahkan Hasnol dan Datuk Dolhi sekiranya tender yang dipohonnya tidak dilulus. Malahan Tengku Munir akan memberikan tiga ratus ribu sekiranya Hasnol bersetuju. Hasnol pulang ke rumah dengan gembira dan menyuruh isterinya merancang percutian mereka memandangkan sudah lama mereka tidak bercuti. Manakala di Sarawak pula pihak berkuasa mencari aktivis barat yang mempengaruhi orang tempatan agar membina benteng manusia untuk menghalang pembalakan,

Page 19: Kajian Novel Renyah

Ilhamterus memberi ucapan berapi-api membakar semangat penduduk tempatan. Apabila pihak berkuasa datang Ilham dan konco-konconya menghilangkan diri. Di rumah Datuk Dolhi pula Hasnol datang membayar segala hutangnya kepada Datin Tominah yang sebanyak sepuluh ribu. Datin To,inah terkejut.

BAB 15

Albert berbincang bersama-sama ahli keluarga dan bertanyakan Robert tentang hubungan dengan Amera. Bagi Albert perkahwinan anaknya dengan orang Melayu banyak kelebihannya. Antaranya dapat membesarkan empayar niaganya dan anaknya nanti akan jadi Melayu. Albert menyatakan kemusnahan Datuk Dolhi nanti adalah disebabkan oleh anak-anaknya. Bagi Albert jika Robert berkahwin dengan Amera mereka berpeluang mengambil alih syarikat memandangkan anak-anak Datuk Dolhi tidak berminat. Albert juga menyatakan minatnya dalam politik. Malam itu Robert menelefon Amera untuk mengajaknya keluar. Amera menolak dengan alasan ada latihan di sekolah. Robert kecewa.BAB 16

Datuk Dolhi menyatakan hasratnya untuk bersara kepada Wahi. Dia ingin Wahi mengambil alih pengurusan syarikat memandangkan anak-anaknya tidak berminat. Wahi mula rasa terbeban akan tindakan anak-anak Datuk Dolhi dan kemarahan Datin Tominah. Wahi memberitahu Datuk Dolhi bahawa dia telah mempunyai pilihan hati, gadis Jepun bernama Yuka. Yuka telah memeluk Islam dan mempelajari Islam di Kobe. Ayah Yuka pernah terlibat semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Oleh sebab rasa bersalah kerana kekejaman Jepun di Tanah Melayu Sakate ( bapa yuka ) merestui Yuka dan Wahi. Semasa penerbangan pulang Datuk Dolhi mengenangkan kisahnya dengan Mastura ( ibu Wahi ). Datuk Dolhi tahu di pejabatnya nanti bertimbun tugasan yang perlu dibereskan.

BAB 17

Ilham gagal ditangkap oleh pihak berkuasa. Datin Tominah menerima surat daripada Ilham bercop negara Perancis tetapi tiada alamat. Datin Tominah menyatakan isi surat itu kepada Datuk Dolhi dan meminta Datuk Dolhi mencari Ilham, namun tidak diendahkan oleh Datuk Dolhi. Datin Tominah memberitahu Datuk Dolhi bahawa Hasnol telah memulangkan duit sebanyak sepuluh ribu, telah bertukar kereta dan akan bercuti ke Eropah. Datuk Dolhi terkejut. Kisah Mukhlis juga diceritakan kepada Datuk Dolhi. Datuk Dolhi hanya menempelak dan tidak berhajat untuk membantu. Dani muncul dengan gaya rockernya. Datuk Dolhi menasihati agar Dani tidak terlibat dengan dadah. Datuk Dolhi kesal akan masalah dadah yang tidak pernah selesai. Datuk Dolhi memberitahu Datin Tominah bahawa Wahi akan berkahwin dengan gadis Jepun. Khabar daripada Datuk Dolhi bahawa Wahi adalah anaknya mengejutkan semua orang. Selepas Datuk Dolhi menjelaskan semua perkara kepada keluargannya, baru lapang dadanya. Datin Tominah menyuruh Hasnol meletak jawatan dan masuk ke syarikat tetapi Hasnol tidak berminat. Hubungan Datuk Dolhi dan Datin Tominah menjadi renggang. Datin Tominah bersikap konfrontasi dengan Datuk Dolhi. Dia tidak lagi menjaga makan dan pakai datuk Dolhi. Datuk Dolhi tidak menghiraukan sikap Datin Tominah. Amera tidak bersetuju akan sikap emaknya. Dia meminta emaknya berbaik semula dengan ayahnya.

BAB 18

Kehadiran rombongan daripada Timbalan Menteri mengembiranya Datuk Dolhi. Perkahwinan Amera dan Timbalan Menteri berjalan lancar. Semasa majlis perkahwinan tersebut Datuk Dolhi berpeluang bertemu semula dengan rakan lamanya iaitu Ustaz Hashim yang pernah tinggal serumah semasa belajar dulu. Ustaz Hashim memberi khabar keadaan Mukhlis yang tidak terurus dan telah ditinggalkan isterinya setelah kembali ke pangkuan bekas suaminya. Kumpulan mereka dalam siasatan pihak berkuasa. Ustaz Hashim dan Datuk Dolhi pergi ke tempat perkumpulan Mukhlis. Tergambar kedaifan tempat tersebut dan tidak terurus. Mereka ke rumah Mukhlis tetapi tidak berpenghuni. Seorang pemuda memberitahu, Mukhlis telah meninggalkan tempat itu dan menjadi tidak siuman kerana menyerang tuk guru. Penduduk kampung berhampiran juga pernah ternampak Mukhlis menghayung pedang. Datin Tominah hanya mampu menitiskan air mata.BAB 19

Hasnol memaklumkan kepada Datin Tominah, dia akan bercuti sebulan dan akan ke luar negara. Tengku Munir menelefon Hasnol dengan nada marah. Dia mahu Hasnol meluluskan semua tender yang diserahkan sebanyak 12. Hasnol menjadi serba salah. Memandangkan desakan Linda yang mahu Hasnol ikut sama bercuti. Hasnol mengambil keputusan tidak akan menghiraukan permintaan Tengku Munir. Tengku Munir berkunjung ke pejabat Menteri Besar melaporkan rasuah yang telah dilakukan oleh Hasnol. Rumah Datuk Dolhi diserbu oleh pihak BPR. Wisma Dolhi diserbu wartawan. Telefon pejabat pun ditutup. Amera

Page 20: Kajian Novel Renyah

menelefon. Datin Tominah meminta suami Amera menolong tetapi dia tidak dapat menolong. Amera meminta ibunya mencari peguam yang bagus. Hasnol menelefon. Datin Tominah memujuk Hasnol pulang. Hasnol memberitahu dia tersermpak dengan Ilham di London.BAB 20

Dani yang akan membuat persembahan pentas pada malam itu agak tidak bermaya. Rakannya memaklumkan kepada penganjur bahawa Dani mengambil dadah. Semasa Dani keluar mencari bekalan dia diekori dan tidak pulang semula untuk membuat persembahan. Penganjur memberitahu penyanyi demam dan mendapat rawatan di klinik. Penonton mengamuk. Polis tiba memaklumkan Dani ditangkap. Sekali lagi berita tersiar di akhbar. Datin Tominah hanya menangis. Dia berasa ingin lari sahaja dari tempat itu. Jualan album kumpulan Dani terjejas ekoran peristiwa itu. Kumpulan mereka juga digam oleh RTM. Kumpulan Young Rock Band menendang Dani daripada kumpulan mereka. Hasnol pulang untuk membersihkan namanya. Dia ditangkap di lapangan terbang.

BAB 21

Ilham mendalangi tunjuk perasaan di London anjuran Pertubuhan Alam Sekitar Sedunia. Dia tidak takut tindakan kerajaan Malaysia terhadapnya dan tetap menentang walaupun ayahnya sendiri seorang pembalak. Albert Lee sangat marah dan akan mengambil tindakan. Apabila diberitahu Wahi adalah anak Datuk Dolhi, Albert Lee rasa tergugat kerana dia maklum akan kehebatan Wahi.

BAB 22

Wahi akan pulang bersama-sama isterinya. Hasnol dibebaskan dengan jaminan dan diarahkan bercuti sehingga siasatan selesai. Datuk Dolhi menjamin Dani dan akan memasukkannya ke pusat serenti. Wahi pulang ke Malaysia dan disambut Datuk Dolhi, Datin Tominah, Hasnol, Amera dan Dani. Ketika mereka makan malam sekeluarga Datuk Dolhi menerima panggilan telefon menyatakan Mukhlis kemalangan.BAB 23

Selepas sembuh Mukhlis dimasukkan ke wad sakit jiwa. Dani pula akan dimasukkan ke pusat pemulihan apabila kesnya selesai di mahkamah. Kumpulan rocknya digantung persembahan di tv. Dalam mesyuarat lembaga pengarah syarikat, Datuk Dolhi mengumumkan bahawa Wahi akan menggantikan tempatnya. Albert keluar dari bilik mesyuarat. Albert Lee yang tidak berpuas hati menuduh anak-anak Datuk Dolhi yang menyebabkan syarikat mereka merosot. Hubungan persahabatan Albert dan Datuk Dolhi renggang.

BAB 24

Datuk Dolhi lega. Yuka ditugaskan di bahagian sumber manusia. Datuk Dolhi mencadangkan kepada Datin Tominah untuk mengerjakan umrah dan ziarah. Datuk Dolhi mencari ketenangan dengan mengenang anaknya satu persatu. Anak-anak yang tinggal dengannya diberi pendidikan sempurna dan dilimpahi kemewahan. Berbanding Wahi yang hidup serba sederhana tetapi menjadi pemuda yang berjiwa kental. Dia berharapagar segala kesilapan akan memantapkan peribadi bagi meneruskan perjuangan hidup.