soal selidik

5
UNIVERSITI PENDIDIDKAN SULTAN IDRIS PROJEK TAHUN AKHIR IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN KEUSAHAWANAN DAN PERDAGANGAN (DENGAN KEPUJIAN) KAJIAN FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEINGINAN PEMBELIAN ATAS TALIAN DALAM KALANGAN PELAJAR ISMP FAKULTI PENGURUSAN & EKONOMI, UPSI. Responden yang dihargai, Saya merupakan seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak sedang menjalankan satu kajian mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi keinginan membeli-belah secara atas talian dalam kalangan pelajar-pelajar ISMP Fakulti Pengurusan & Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kajian ini akan membantu saya dalam memenuhi keperluan pengajian saya dalam kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Keusahawanan dan Perdagangan di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Semua maklumat yang diberikan adalah sulit dan persendirian dan akan hanya digunakan untuk tujuan akademik sahaja. Terima kasih kerana meluangkan masa anda untuk melengkapkan soalan-soalan ini. Saya benar- benar hargai kesudian anda membantu saya dalam menjalankan kajian ini. No. Tel. : 0134191977 (Mohamad Azwari Bin Mohd Noor) TERIMA KASIH

Upload: sarrrsvathy

Post on 25-Sep-2015

119 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

fgfgfgf

TRANSCRIPT

UNIVERSITI PENDIDIDKAN SULTAN IDRIS

PROJEK TAHUN AKHIRIJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN KEUSAHAWANAN DAN PERDAGANGAN (DENGAN KEPUJIAN)KAJIAN FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEINGINAN PEMBELIAN ATAS TALIAN DALAM KALANGAN PELAJAR ISMP FAKULTI PENGURUSAN & EKONOMI, UPSI.Responden yang dihargai,Saya merupakan seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak sedang menjalankan satu kajian mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi keinginan membeli-belah secara atas talian dalam kalangan pelajar-pelajar ISMP Fakulti Pengurusan & Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kajian ini akan membantu saya dalam memenuhi keperluan pengajian saya dalam kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Keusahawanan dan Perdagangan di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Semua maklumat yang diberikan adalah sulit dan persendirian dan akan hanya digunakan untuk tujuan akademik sahaja. Terima kasih kerana meluangkan masa anda untuk melengkapkan soalan-soalan ini. Saya benar-benar hargai kesudian anda membantu saya dalam menjalankan kajian ini.No. Tel. : 0134191977 (Mohamad Azwari Bin Mohd Noor)

TERIMA KASIH

ARAHAN: SILA TANDAKAN ( ) BAGI JAWAPAN ANDA DALAM RUANGAN YANG DISEDIAKAN BERMULA BAHAGIAN A HINGGA FBAHAGIAN A : LATAR BELAKANG1. Jantina Lelaki Perempuan

2. Bangsa Melayu Cina India Lain-lain

3. Semester Pertama KeempatKetujuh Kedua Kelima Kelapan Ketiga Keenam

4. Kos AT45-ISMP Keusahawanan & Perdagangan AT21-ISMP Pengurusan Perniagaan AT08-ISMP Perakaunan

5. Pengalaman membeli-belah secara atas talian Ada Tiada

Untuk bahagian B,C,D,E dan F sila tanda ( ) di dalam kotak dengan tahap yang berikut:1 - SANGAT TIDAK BERSETUJU2 - TIDAK BERSETUJU3 - NEUTRAL4 - BERSETUJU5 - SANGAT BERSETUJU

Bahagian B : Keinginan membeli-belah secara atas talian dalam kalangan pelajar-pelajar universitiTAHAP12345

1Membeli-belah secara atas talian bersesuaian dengan gaya hidup dan keperluan berbelanja saya.

2Membeli-belah secara atas talian adalah lebih baik berbanding dengan cara membeli-belah yang lain.

3Saya akan syorkan membeli-belah secara atas talian kepada orang lain.

4Saya mempunyai pandangan positif terhadap membeli-belah secara atas talian.

5Saya bercadang untuk membeli-belah menerusi internet dalam jangka masa yang panjang.

6Membeli-belah menerusi internet membangkitkan rasa ingin tahu saya.

Bahagian C : Kemudahan sedia adaTAHAP12345

1Membeli-belah secara atas talian menjimatkan masa.

2Membeli-belah secara atas talian adalah fleksibel dari segi waktu operasi.

3Proses pembelian membeli-belah secara atas talian adalah lebih mudah.

4Pencarian maklumat dan pembelian membeli-belah secara atas talian adalah mudah.

5Akses kepada laman sesawang membeli-belah secara atas talian adalah mudah.

6Cara saya untuk menerima barangan adalah penting.

Bahagian D : Daya tarikan laman sesawangTAHAP12345

1Rupa bentuk laman sesawang yang menarik adalah penting.

2Terdapat pelbagai pilihan produk dalam kedai atas talian.

3Ia adalah mudah untuk memilih dan membuat perbandingan dengan produk lain semasa membeli-belah secara atas talian.

4Membeli-belah secara atas talian adalah menarik.

5Laman sesawang menunjukkan dengan jelas bagaimana saya boleh berinteraksi dengan perkhidmatan pelanggan secara atas talian.

6Membeli-belah secara atas talian menjimatkan wang.

Bahagian E : Risiko sedia adaTAHAP12345

1Membeli-belah secara atas talian akan meletakkan maklumat peribadi saya dalam keadaan berisiko.

2Pemberian maklumat kad kredit saya kepada syarikat atas talian adalah berisiko.

3Berbelanja di kedai atas talian akan meletakkan maklumat peribadi saya dalam senarai mel yang tidak diingini.

4Kualiti barangan yang dibeli menerusi internet adalah rendah.

5Prosedur pemulangan barangan memakan masa.

6Terdapat kemungkinan barangan yang diterima rosak.

Bahagian F : Kepercayaan Awal TAHAP12345

1Reputasi kedai atas talian adalah penting.

2Saya tidak yakin peniaga atas talian akan mengotakan janji mereka.

3Keselamatan kedai atas talian adalah penting.

4Membeli-belah menerusi internet tidak boleh dipercayai.

5Terdapat terlalu banyak ketidakpastian dalam membeli-belah secara atas talian.

Terima Kasih