skpm standard 4

8
SKPM Standard 4 : Pembelajaran dan Pengajaran Berkesan Selasa, Ogos 06, 2013 Hal Guru 9 comments Berdasarkan kepada Model Sekolah Berkesan dan Model Penaziran Kemenjadian Murid serta teori dan model yang lain, JNJK telah menggubal SKPM 2010 (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia) sebagai rujukan kepada penilaian kualiti sekolah di Malaysia, yang mengandungi 5 Standard yang perlu dicapai iaitu: Standard 1 : Kepimpinan dan Hala Tuju Standard 2 : Pengurusan Organisasi Standard 3 : Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan Sukan, dan Hal Ehwal Murid Standard 4 : Pembelajaran dan Pengajaran Standard 5 : Kemenjadian Murid DOWNLOAD SKPM 2010 - Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Bagi entri untuk kali ini, saya ingin memfokuskan kepada Standard 4 iaitu piawaian yang lebih menjurus kepada peranan guru dalam memberikan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti tinggi. Aspek-aspek yang diperincikan dalam Standard 4 ini ternyata boleh membawa kita ke arah menghasilkan guru-guru yang berkualiti tinggi yang kreatif dan berinovasi. Huraian Standard 4 : Pembelajaran dan Pengajaran (m/s 88 - 99)

Upload: 4773pjk

Post on 18-Nov-2015

17 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

SKPM4

TRANSCRIPT

SKPM Standard 4 : Pembelajaran dan Pengajaran BerkesanSelasa, Ogos 06, 2013Hal Guru9 commentsBerdasarkan kepada Model Sekolah Berkesan dan Model Penaziran Kemenjadian Murid serta teori dan model yang lain, JNJK telah menggubal SKPM 2010 (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia) sebagai rujukan kepada penilaian kualiti sekolah di Malaysia, yang mengandungi 5 Standard yang perlu dicapai iaitu:Standard 1 : Kepimpinan dan Hala TujuStandard 2 : Pengurusan OrganisasiStandard 3 : Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan Sukan, dan Hal Ehwal MuridStandard 4 : Pembelajaran dan PengajaranStandard 5 : Kemenjadian Murid

DOWNLOAD SKPM 2010 - Standard Kualiti Pendidikan Malaysia

Bagi entri untuk kali ini, saya ingin memfokuskan kepada Standard 4 iaitu piawaian yang lebih menjurus kepada peranan guru dalam memberikan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti tinggi. Aspek-aspek yang diperincikan dalam Standard 4 ini ternyata boleh membawa kita ke arah menghasilkan guru-guru yang berkualiti tinggi yang kreatif dan berinovasi.Huraian Standard 4 : Pembelajaran dan Pengajaran (m/s 88 - 99)Guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (p&p) yang berkualiti tinggi dan bersungguh-sungguh untuk memperkembangkan potensi dan pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan. Bagi mencapai hasrat tersebut, guru haruslah memastikan :1)penglibatan muriddalam aktiviti p&p bagi membolehkan pengajaran berkesan2) penguasaan pembelajaran murid dari segikognitif, afektif dan psikomotormeningkat3)hasil kerja muridyang berkualiti dapat mengukuhkan pembelajaran4) perancangan danpersediaan yang rapibagi bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran5)kaedah penyampaianyang berkesan bagi meningkatkan pencapaian objektif pelajaran6)komunikasiyang mudah dan berkesan bagi mempercepatkan pemahaman murid dan menggalakkan pembelajaran murid7) penggunaansumber pendidikanyang berkesan bagi mengukuhkan pembelajaran murid8)penilaian yang berterusanbagi meningkatkan keberkesanan p&p9) kepelbagaianteknik menyoalbagi meningkatkan pemahaman dan kejelasan pelajaran serta memperkembangkan pemikiran kreatif dan kritis murid10) penguasaanfakta dan konsepbagi membolehkan pelajaran disampaikan dengan yakin, jelas dan tepat11)pengurusan kelasyang cekap bagi mewujudkan suasana yang kondusif untuk keberkesanan p&p12) pematuhanetika kerjadan amalan nilai positif bagi mewujudkan keyakinan dan kepercayaan murid terhadap guru

Aspek 4.1 Penglibatan Murid- hampir keseluruhan murid terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran seperti perbincangan / memberi respons kepada guru / membuat catatan / membuat gerakan fizikal atau arahan guru- hampir keseluruhan murid berinteraksi secara aktif dalam pelbagai hala seperti murid dengan murid, murid dengan guru, atau murid dengan bahan- hampir keseluruhan murid memberi tumpuan kepada pelajaran pada sepanjang waktu pembelajaran

Aspek 4.2 Penguasaan Pembelajaran Murid- Murid dapat memberi respon dengan tepat kepada arahan / soalan guru- Murid memberi pandangan atau idea yang sesuai dan berkaitan dengan pelajaran- Murid berupaya melakukan tugasan secara akses kendiri, terarah kendiri atau kadar kendiri- Hampir keseluruhan murid mencapai objektif pembelajaran

Aspek 4.3 Hasil Kerja Murid- Hampir keseluruhan murid menghasilkan tugasan atau latihan dengan kemas serta mematuhi prosedur dan format- Hampir keseluruhan murid menyiapkan semua tugasan atau latihan yang diberikan- Hampir keseluruhan murid melakukan pembetulan bagi tugasan atau latihan secara berterusan- Jumlah dan kekerapan tugasan atau latihan yang dibuat sesuai dengan keupayaan murid

Aspek 4.4 Perancangan dan Persediaan Guru- Rancangan Pelajaran Tahunan yang disediakan meliputi sepanjang tahun pembelajaran berdasarkan sukatan dan huraian sukatan pelajaran terkini dan sesuai dengan takwim persekolahan- Rancangan Pelajaran Harian yang disediakan bersesuaian dengan Rancangan Pelajaran Tahunan. Objektif pelajaran dinyatakan dalam bentuk perlakuan, boleh diukur dan sesuai dengan keupayaan murid. Aktiviti yang dirancang terarah untuk mencapai objektif pelajaran.- Refleksi dicatatkan bagi setiap pelajaran dengan merujuk kepada objektif pelajaran- Refleksi p&p digunakan sebagai panduan untuk merancang Rancangan Pelajaran Harian yang seterusnya

Aspek 4.5 Kaedah Penyampaian- Guru mewujudkan kesediaan kepada pelajar untuk belajar- Kaedah pengajaran adalah sesuai dengan keperluan dan keupayaan murid- Aktiviti yang dilaksanakan berkait rapat dengan pengalaman atau pengetahuan murid- Guru mengamalkan prinsip-prinsip pengajaran asas (mudah kepada kompleks, konkrit kepada abstrak)- Aktiviti yang dijalankan menarik dan menjurus kepada pencapaian objektif pelajaran- Aktiviti pembelajaran merangsang pemikiran kreatif dan kritis serta memupuk nilai dalam kalangan murid- Aktiviti pemulihan dan pengayaan dilaksanakan dengan terancang- Guru menyampaikan pelajaran dengan fleksibel mengikut situasi- Masa pelajaran digunakan dengan optimum

Aspek 4.6 Kemahiran Komunikasi- Guru berkomunikasi dengan bahasa yang betul, mudah difahami, sebutan yang jelas, tepat dan nada suara yang sesuai- Guru berkemahiran mendengar dan memberi maklum balas yang relevan secara lisan dan bukan lisan dengan berkesan- Guru berjaya memotivasikan murid dengan memberi galakan dan pujian

Aspek 4.7 Penggunaan Sumber Pendidikan- Guru memilih / menyediakan sumber pendidikan yang sesuai, menarik dan merangsang pemikiran murid- Penggunaan sumber pendidikan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menarik dan meningkatkan minat murid untuk terlibat dalam pembelajaran- Guru memberi penekanan kepada cara penggunaan yang betul dan aspek keselamatan dalam penggunaan sumber pendidikan yang berkaitan

Aspek 4.8 Penilaian- Guru menggunakan pelbagai kaedah untuk membuat penilaian formatif semasa p&p untuk mengukur dan mengesan kemajuan murid serta memastikan objektif / hasil pembelajaran tercapai- Guru menggunakan maklum balas penilaian formatif untuk membentuk tindakan pembetulan / penambahbaikan segera dalam p&p- Hasil kerja murid disemak secara konstruktif dan konsisten

Aspek 4.9 Teknik Penyoalan- Guru mengemukakan soalan yang mudah difahami, bertumpu, bercapah, meliputi pelbagai aras kognitif dan disebarkan ke seluruh kelas- Guru memberi respons yang sesuai kepada soalan murid- Soalan yang dikemukakan berjaya meningkatkan minat hampir keseluruhan murid untuk terlibat dengan p&p- Soalan yang dikemukakan dapat mencetuskan pemikiran kreatif dan kritis murid

Aspek 4.10 Penguasaan Isi Kandungan- Guru berjaya menyampaikan isi pelajaran sesuai dengan objektif pelajaran- Guru dapat menjelaskan konsep / fakta atau memberi jawapan dengan jelas, yakin dan tepat- Guru menghuraikan isi pelajaran dengan mengaitkannya dengan isu semasa / pengalaman murid- Guru berkemahiran memeringkatkan isi pelajaran mengikut tahap potensi murid

Aspek 4.11 Pengurusan Kelas- Guru memastikan kelas berada dalam keadaan kondusif untuk proses p&p- Guru berjaya mengawal tingkahlaku murid dengan menegaskan pematuhan kepada peraturan serta memastikan murid memberi tumpuan terhadap pelajaran- Guru menegur salah laku murid (jika berlaku) dengan serta merta tanpa menjejaskan maruah mereka- Susun atur kedudukan murid sesuai dengan aktiviti yang dilaksanakan dan ruang kelas digunakan secara optimum untuk tujuan pembelajaran

Aspek 4.12 Amalan Profesionalisme Keguruan- Guru menunjukkan semangat dan kesungguhan dalam menyampaikan pelajaran- Guru prihatin terhadap pelajaran murid dan bersikap adil serta bertimbang rasa terhadap setiap murid dalam kelasnya- Guru menepati masa- Guru bersikap mesra, sabar dan mudah didekati- Guru memperlihatkan perwatakan positif dan mengamalkan nilai murni yang boleh dicontohi murid