sistem pencernaan

45
SISTEM PENCERNAAN PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI Disediakan oleh Mohd Izzan Amir Bin Mohd Johari Nerudin Bin Liton Pensyarah Pembimbing En. Mohamed Shah Abdul Manan

Upload: eiyrul

Post on 11-Jan-2016

15 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

anatomi

TRANSCRIPT

Page 1: Sistem Pencernaan

SISTEM PENCERNAAN

PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI

Disediakan olehMohd Izzan Amir Bin Mohd JohariNerudin Bin Liton

Pensyarah PembimbingEn. Mohamed Shah Abdul Manan

Page 2: Sistem Pencernaan

SISTEM PENCERNAAN

Sistem pencernaan (Rajah 3.8) mengandungi

organ-organ yang bertanggungjawab

menjalankan tugas penting iaitu

menyediakan bahan-bahan makanan untuk

diserap supaya boleh digunakan oleh sel-sel

tubuh. Makanan merupakan komponen

penting yang membekalkan tenaga

untuk tubuh badan. Namun, makanan yang

diambil berada di dalam bentuk yang sesuai

untuk digunakan sebagai tenaga oleh sel.

Oleh itu, makanan tersebut perlu dicernakan

agar ia sesuai digunakan oleh sel-sel.

Page 3: Sistem Pencernaan
Page 4: Sistem Pencernaan

Struktur dan Fungsi Sistem Pencernaan

Sistem pencernaan adalah terdiri

daripada satu saluran yang bermula

di mulut dan berakhir di dubur.

Bahagian-bahagian yang terlibat

untuk membina sistem pencernaan

terdiri daripada struktur-struktur

berikut:

Page 5: Sistem Pencernaan

Mulut

i. Dikenali juga sebagai kaviti oral.

ii. Ruang mulut kita boleh dikategorikan kepada dua bahagian iaitu:

◦Ruang umum iaitu ruang tengah yang mengandungi lidah.

◦Ruang vestibul iaitu ruang di antara gigi dan permukaan dalampipi.

Page 6: Sistem Pencernaan

iii. Ruang mulut (Rajah 3.9) terdiri daripada atap, lantai, dinding, lateraldan dua pembukaan, anterior dan posterior.

iv. Atap mulut adalah lelangit yang membahagikan mulut daripadakaviti hidung.

v. Lelangit keras yang terdiri daripada tulang memenuhi dua pertigadaripada anterior lelangit.

vi. Bahagian yang terdiri daripada otot adalah satu pertiga daripadaposteriornya. Bahagian ini lembut dan digelar sebagai lelangit lunak.

vii. Lantai mulut mulut pula dikenali sebagai diafragma mulut danterdiri daripada otot.

Page 7: Sistem Pencernaan

iii. Bagi dinding lateral mulut dan pipi, ianya adalah otot yang dilapisioleh membran mukus di bahagian dalam dan dilapisi kulit di bahagian luar.

iv. Vestibul mulut adalah ruang yang terdapat di antara pipi dan gigi.

v. Pembukaan anterior mulut mempunyai dua bibir iaitu bibir atas dan bibir bawah.

vi. Bahagian luar bibir dilitupi oleh kulit dan bahagian dalamnya dilitupioleh membran mukus.

vii. Kaviti mulut berhubung dengan bahagian tengah farinks membentukpembukaan posterior.

Page 8: Sistem Pencernaan
Page 9: Sistem Pencernaan

Lidah1. Merupakan organ penting di dalam mulut dalam

sistem pencernaan.

2. Lidah terdiri daripada otot rangka di mana bahagian anteriornya bebas dan bahagian posteriornya melekat pada lantai mulut.

3. Terdapat dua kumpulan otot lidah iaitu ekstrinsik dan intrinsik. Ototekstrinsik adalah untuk pergerakan lidah, manakala otot intrinsikterlibat dalam perubahan bentuk lidah.

Page 10: Sistem Pencernaan

4. Membran mukus melapisi lidah dan membentuk tonjolan-tonjolankecil yang dipanggil papila.

5. Papila terbahagi kepada tiga jenis iaitu filiform, fungiform dansirkumvalat.

6. Tunas rasa terletak pada fungiform dan sirkumvalat.

7. Lidah mempunyai beberapa tugas, seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.6.

Page 11: Sistem Pencernaan
Page 12: Sistem Pencernaan
Page 13: Sistem Pencernaan

Gigi

1. Merupakan struktur tambahan di dalam sistem pencernaan.

2. Jumlah gigi bagi orang dewasa adalah sebanyak 32 batang, terdiri daripada lapan gigi kacip, empat gigi taring, lapan gigi geraham kecil dan12 gigi geraham besar.

3. Gigi membantu memecahkan makanan pejal dan membantu menambahrasa lazat pada makanan tersebut.

4. Jadual 3.7 menunjukkan jenis gigi dan fungsinya.

Page 14: Sistem Pencernaan
Page 15: Sistem Pencernaan
Page 16: Sistem Pencernaan

Kelenjar air liur

1. Bertanggungjawab merembeskan air liur secara berterusan.

2. Kelenjar-kelenjar air liur terdapat di dalam mulut atau berhampiran mulut / (lihat Rajah 3.12).

3. Rembesan air liur akan bertambah banyak jika kita memakan sesuatu.Ini terjadi supaya proses pelinciran, pelarutan dan permulaanpemecahan secara kimia dapat dilakukan.

Page 17: Sistem Pencernaan

4. Terdapat banyak kelenjar air liur, tetapi terdapat tiga kelenjar air liuryang mengeluarkan air liur dengan banyak. Kelenjar-kelenjar tersebutadalah kelenjar parotid, submandibular dan sublingual (lihat Jadual3.8).

5. Sebanyak kira-kira 1.0 hingga 1.5 liter air liur terhasil dalam satu hari.

6. Kandungan air liur adalah 99.5% air dan 0.5% bahan-bahan tertentuseperti garam klorida, bikarbonat dan fosfat, gas terlarut, urea danasid urik, albumin, globulin, musin dan lisozim.

Page 18: Sistem Pencernaan
Page 19: Sistem Pencernaan
Page 20: Sistem Pencernaan

Farinks (tekak)(i)Terletak di belakang hidung, mulut dan larinks. Ia terdiri

daripadamembran berotot dan dilapisi oleh selaput mukus.

(ii)Ianya berukuran lebih kurang 12.5cm panjang. Terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:

Nasofarinks - terletak di belakang hidung dan terdapat lubangtiub eustachio pada dindingnya. Kelenjar yang terdapat padanasofarinks adalah adenoid.

Farinks oral - terletak di belakang mulut. Pada dinding lateralnyaterdapat tonsil.

Farinks larinks - bahagian terendah yang terletak di belakanglarinks.

Page 21: Sistem Pencernaan

Esofagus

I. Merupakan tiub berotot dan terletak di belakang trakea.

II. Mempunyai 23 hingga 25cm panjang. Satu per tiga daripada bahagianatas esofagus adalah otot rangka yang bersifat voluntari. Manakalasatu per tiga daripada bahagian bawahnya terdiri daripada otot licindan bersifat tidak voluntari.

III. Satu per tiga daripada bahagian tengahnya pula adalah gabungan antara otot licin dengan otot rangka.

IV. Berfungsi untuk menghantar makanan dan minuman dari farinks kegaster.

Page 22: Sistem Pencernaan

Gaster (perut)1. Adalah kawasan penyimpanan makanan

sementara sebelummakanan tersebut dicerna oleh usus.

2. Isi padu ruang gaster adalah 2.5 liter bagi orang dewasa. Gaster akanmengempis apabila kosong dan mengembang apabila berisi makanankerana ianya bersifat kenyal.

3. Rongga gaster terbahagi kepada empat bahagian iaitu kardia, fundus, badan dan pilorus.

4. Terdapat kira-kira 40 juta sel kelenjar gaster pada perut. Jus gastermempunyai enzim pepsin, renin, mukus dan asid hidroklorik.

Page 23: Sistem Pencernaan

5. Pepsin menguraikan protein kepada pepton dan polipeptida; manakala renin mengentalkan susu dengan menggumpalkan protein susu yang larut, kaseinogen kepada kasein yang tidak larut.

6. Mukus adalah bendalir yang likat berfungsi melindungi perut dari asid hidroklorik.

7. Fungsi asid hidroklorik pula adalah: Meneutralkan alkali pada air liur bagi menghentikan

tindakan enzim ptialin (amilase air liur);

Menyediakan medium berasid untuk membolehkan enzim pepsindan renin bertindak; dan

Mensterilkan makanan daripada bakteria.

Page 24: Sistem Pencernaan
Page 25: Sistem Pencernaan

Usus kecilI. Merupakan saluran makanan yang paling sempit.

II. Berfungsi untuk pencernaan dan penyerapan hasil pencernaan.

III. Tiga bahagian pada usus kecil adalah:

◦ Duodenum - menghubungkan gaster dengan jejunum;

◦ Mempunyai panjang kira-kira 25cm dan berbentuk C. Kedudukan duodenum adalah mengelilingi kepala pankreas; dan

◦ Jejunum dan ileum - jejunum mempunyai 2.4m panjang danileum pula 3.6m panjang.

IV. Tugas usus kecil adalah:

◦ Menyelesaikan semua proses penghadaman;

◦ Menyerap bahan-bahan makanan yang telah terhadam, asidamino dan glukosa ke dalam darah dan lemak hadam ke dalamsalur limfatika; dan

◦ Menghasilkan beberapa hormon yang mengawal penghasilan bendalir pankreas, hempedu dan bendalirnya sendiri.

Page 26: Sistem Pencernaan

Usus Besar

1. Usus besar bermula dari ileum hingga ke anus dan berukuran 1.5mpanjang.

2. Bentuknya adalah lebih besar daripada usus kecil dan bahagian padausus besar adalah:

◦ Sekum - mempunyai apendiks, namun apendiks tidak mengambil bahagian dalam proses pencernaan.

◦ Kolon - naik ke atas di sebelah kanan rongga abdomen, kolonmelintang dan kolon bawah. Bersambung dengan rektum.

◦ Rektum - saluran berotot yang pendek

Page 27: Sistem Pencernaan

Kanal anus adalah bahagian paling akhir pada usus besar berukuran4 cm.

Pembukaan kanal anus dikenali sebagai anus dan dikawal oleh ototlicin yang tebal dikenali sebagai sfinkter internal (tak voluntari) dandi luar oleh otot rangka yang disebut sfinkter eksternal (voluntari).

Fungsi usus besar adalah sebagai:◦ Penyerap air, garam dan glukosa;

◦ Merembeskan musin oleh kelenjar pada lapisan dalam;

◦ Menyediakan selulosa dalam bentuk karbohidrat dalamtumbuhan, buahan dan sayuran hijau; dan

◦ Menyediakan sisa protein yang belum dicerna oleh tindakan bakteria untuk kumuhan.

Page 28: Sistem Pencernaan
Page 29: Sistem Pencernaan

Secara kasarnya, proses kimia dalam pencernaan melibatkan mulut, perut, duodenum dan usus kecil.

(lihat Jadual 3.9)

Page 30: Sistem Pencernaan
Page 31: Sistem Pencernaan

Mekanisme dan kawalan pencernaan

Mekanisme PencernaanPencernaan berlaku terhadap

makanan dan minuman yang kita ambil. Empat peringkat perubahan berlaku kepada bahan makanan dan minuman yang masuk ke dalam tubuh kita.

Page 32: Sistem Pencernaan

Kunyahan dan TelananMakanan akan dihancurkan oleh mulut, gigi dan

lidah apabilamasuk ke dalam mulut.

Tindakan ini dikenali sebagai tindakan mengunyah.

Makanan yang dikunyah tadi akan bercampur dengan air liur dan menjadi lumat.

Kemudian makanan yang telah lumat ditelan melalui farinks danesofagus ke perut.

Otot pencerut pada dinding farinks bertanggungjawab kepadatindakan menelan ini.

Page 33: Sistem Pencernaan

PenghadamanPenghadaman bermula dari dalam mulut

hinggalah ke dalamperut dan usus kecil.

Usus kecil merupakan tempat di mana kebanyakan prosespenghadaman berlaku.

Dalam proses penghadaman bahan makanan diubah dari segifizikal dan kimianya agar lebih mudah diserap.

Page 34: Sistem Pencernaan

Penyerapan Selalunya bahan makanan akan

diserap di bahagian usus kecil.

Namun, penyerapan boleh juga berlaku di bahagian-bahagian laindalam sistem penghadaman.

Page 35: Sistem Pencernaan

Pembuangan Bahan Makanan yang Tidak Hadam

Bahan buangan iaitu najis adalah hasil bahan-bahan yang tidak hadam.

Pembuangan bahan makanan tidak hadam dilakukan oleh usus besar.

Page 36: Sistem Pencernaan

Kawalan pencernaanPencernaan dapat dilakukan dengan adanya

enzim-enzim di dalam sistempencernaan. Enzim adalah mangkin organik (protein) yang berkebolehanmempercepatkan kadar tindak balas biokimia dalan organisma hidup.

Enzim bertindak mengubah kimia bahan makanan yang kompleks menjadi bahan larut yang mudah diserap. Enzim tidak berubah hingga ke akhirproses penghadaman, walaupun ia sendiri mengubah kimia dalam bahanmakanan. Di dalam bendalir penghadaman, terdapat beberapa enzimpenting dan setiap satunya hanya bertindak untuk satu tindak balas sahaja. (rujuk Jadual 3.9 untuk nama dan tindakan enzim terbabit.)

Page 37: Sistem Pencernaan

Metabolisme, katabolisme dan anabolisme

Pembentang

Mohd Izzan Amir Bin Mohd Johari

Nerudin Bin Liton

Pensyarah PenasihatEncik Mohamed Shah Abdul Manan

seterusnya

Page 38: Sistem Pencernaan

Metabolisme

Metabolisme merupakan tindak balas kimia yang berlaku dalam sel hidup. Proses metabolisme merupakan asas hidup, membolehkan sel membesar dan membiak, mengekalkan struktur mereka dan membalas terhadap persekitaran mereka.

seterusnya

Page 39: Sistem Pencernaan

Cabang Metabolisme

Metabolisme dibahagikan kepada dua jenis :

Katabolisme• Katabolisme menghasilkan tenaga,

seperti pemecahan makanan dalam respirasi sel.

Anabolisme• anabolisme menggunakan tenaga

untuk membentuk komponen sel seperti protein dan asid nukleik.

tamat

Page 40: Sistem Pencernaan

KatabolismeKatabolisme adalah reaksi

pemecahan / pembongkaran senyawa kimia kompleks yang mengandung energi tinggi menjadi senyawa sederhana yang mengandung energi lebih rendah. Tujuan utama katabolisme adalah untuk membebaskan energi yang terkandung di dalam senyawa sumber.

semula

Page 41: Sistem Pencernaan

Respirasi SelRespirasi sel merupakan tindak balas 

metabolisme dan proses yang berlaku dalam sel atau merentas membran plasma untuk menghasilkan tenaga biokimia daripada molekul bahan api dan pelepasan sisa-sisa sel. Tenaga dilepaskan oleh pengoksidaan molekul bahan api dan disimpan sebagai pembawa "tinggi tenaga". Tindak balas yang terlibat dalam respirasi ialah tindak balaskatabolisme dalam metabolisme.

semula

Page 42: Sistem Pencernaan

Anabolisme Anabolisme adalah lintasan

metabolisme yang menyusun beberapa senyawa organik sederhana menjadi senyawa kimia atau molekul kompleks.Proses ini membutuhkan energi dari luar. Energi yang digunakan dalam reaksi ini dapat berupa energi cahaya ataupun energi kimia. Energi tersebut, selanjutnya digunakan untuk mengikat senyawa-senyawa sederhana tersebut menjadi senyawa yang lebih kompleks. semula

Page 44: Sistem Pencernaan

Asid NukleikAsid nukleik merupakan merupakan

sejenis makromolekul yang terdiri daripada rantaian nukleotida. Dalam biokimia molekul ini mampu membawa maklumat atau membentuk struktur dalam sel. Asid nukleik yang biasa termasuk asid deoksiribonukleik (DNA) dan asid ribonukleik (RNA). Asid nukleik terdapat dalam semua benda hidup, kerana mereka terkandung dalam segala sel. Asid nukleik juga terdapat di dalam virus. semula

Page 45: Sistem Pencernaan

tamat

SEKIAN

TERIMA KASIH

SEGALA KEKURANGAN HARAP DIMAAFKAN