bidang kepegawaian

24
BIDANG KEPEGAWAIAN Dalam aspek bidang kepegawaian, tugas seseorang guru adalah lebih tertumpu kepada perancangan dan pengurusan sesuatu aktiviti kejohanan, temasya atau perkhemahan. Contohnya dalam aktiviti kejohanan sukan atau temasya permainan setiap guru dalam konteks kepegawaian perlulah memahami serta menyusun atur penglibatan setiap guru dalam jawatankuasa yang dibentuk supaya segala aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dengan jayanya. Pada dasarnya setiap guru yang bertindak sebagai pegawai dalam sesuatu aktiviti perlulah membuat perancangan serta menguruskan aktiviti yang dirancang dengan baik dan tersusun. Pada kebiasaannya, terdapat dua bentuk jawatankuasa dalam mengendalikan sesuatu kejohanan atau pun aktiviti. Yang pertama ialah jawatankuasa induk dan kedua ialah jawatankuasa pengelola. Jawatankuasa induk ialah jawatankuasa utama dan penting untuk mengatur serta menentukan perbelanjaan kewangan serta kelicinan sesuatu kejohanan atau aktiviti. Manakala, jawatankuasa pengelola pula adalah jawatankuasa yang secara langsung terlibat dalam pelaksanaan setiap kejohanan atau pun aktiviti. Pada umumnya terdapat beberapa jawatankuasa yang diwujudkan dalam melaksanakan sesuatu kejonan ataupun aktiviti, iaitu: Pengarah projek; Timbalan pengarah projek; Pengelola projek (pengerusi jawatankuasa pengelola); Setiausaha; Penolong setiausaha; Bendahari; Urus setia; i. Jawatankuasa kewangan; ii. Jawatankuasa teknikal alatan; iii. Jawatankuasa teknik pertandingan; iv. Jawatankuasa teknik kepegawaian; v. Jawatankuasa buku program; vi. Jawatankuasa atur cara; vii. Jawatankuasa protokol;

Upload: fariesya20

Post on 12-Jul-2015

169 views

Category:

Art & Photos


1 download

TRANSCRIPT

BIDANG KEPEGAWAIAN

Dalam aspek bidang kepegawaian, tugas seseorang guru adalah lebih tertumpu

kepada perancangan dan pengurusan sesuatu aktiviti kejohanan, temasya atau

perkhemahan. Contohnya dalam aktiviti kejohanan sukan atau temasya permainan

setiap guru dalam konteks kepegawaian perlulah memahami serta menyusun atur

penglibatan setiap guru dalam jawatankuasa yang dibentuk supaya segala aktiviti yang

dirancang dapat dijalankan dengan jayanya. Pada dasarnya setiap guru yang bertindak

sebagai pegawai dalam sesuatu aktiviti perlulah membuat perancangan serta

menguruskan aktiviti yang dirancang dengan baik dan tersusun. Pada kebiasaannya,

terdapat dua bentuk jawatankuasa dalam mengendalikan sesuatu kejohanan atau pun

aktiviti. Yang pertama ialah jawatankuasa induk dan kedua ialah jawatankuasa

pengelola. Jawatankuasa induk ialah jawatankuasa utama dan penting untuk mengatur

serta menentukan perbelanjaan kewangan serta kelicinan sesuatu kejohanan atau

aktiviti. Manakala, jawatankuasa pengelola pula adalah jawatankuasa yang secara

langsung terlibat dalam pelaksanaan setiap kejohanan atau pun aktiviti. Pada

umumnya terdapat beberapa jawatankuasa yang diwujudkan dalam melaksanakan

sesuatu kejonan ataupun aktiviti, iaitu:

Pengarah projek;

Timbalan pengarah projek;

Pengelola projek (pengerusi jawatankuasa pengelola);

Setiausaha;

Penolong setiausaha;

Bendahari;

Urus setia;

i. Jawatankuasa kewangan;

ii. Jawatankuasa teknikal alatan;

iii. Jawatankuasa teknik pertandingan;

iv. Jawatankuasa teknik kepegawaian;

v. Jawatankuasa buku program;

vi. Jawatankuasa atur cara;

vii. Jawatankuasa protokol;

viii. Jawatankuasa jemputan;

ix. Jawatankuasa sambutan;

x. Jawatankuasa perbarisan;

xi. Jawatankuasa pengacaraan;

xii. Jawatankuasa promosi / publisiti;

xiii. Jawatankuasa hiasan;

xiv. Jawatankuasa khemah peserta;

xv. Jawatankuasa audio dan visual;

xvi. Jawatankuasa keceriaan / persiapan;

xvii. Jawatankuasa kebersihan;

xviii. Jawatankuasa disiplin dan keselamatan;

xix. Jawatankuasa pendaftaran peserta;

xx. Jawatankuasa bantu mula (first aids);

xxi. Jawatankuasa hadiah dan cenderamata;

xxii. Jawatankuasa jamuan/makanan;

xxiii. Jawatankuasa pengangkutan;

xxiv. Jawatankuasa fotografi;

xxv. Jawatankuasa alatan;

xxvi. Jawatankuasa persembahan;

xxvii. Jawatankuasa tugas-tugas khas;

xxviii. Jawatankuasa penginapan; dan

xxix. Lain-lain jawatankuasa yang sesuai mengikut keperluan.

DENDA / HUKUMAN PERMAINAN

(a) Amaran / Kad Kuning

-kerap melakukan kesalahan atau melanggar peraturan permainan

-perlakuan yang dilakukan tanpa semangat kesukanan

(b) Hukuman / Gantung Dua Minit

-tidak meletakkan bola ke lantai selepas sesuatu kesalahan

-penggantian pemain yang tidak sah

-perlanggaran peraturan permainan

-kurang sopan dan tidak mempunyai semangat kesukanan

(c) Pembatalan / Pemberhentian Pemain

-melakukan kesalahan secara sengaja terhadap pihak lawan

-telah melakukan kesalahan pergantungan dua minit untuk kali ketiga

-tingkah laku dan tindakan yang keterlaluan dan merbahaya

-mengugut pemain di luar gelanggang pemain

-kekasaran hingga mencederakan pihak lawan

-kesalahan yang dilakukan oleh pegawai pasukan dan pasukan itu boleh

-dibatalkan penyertaan

Rajah 1: Pemain dikenakan pergantungan dua minit oleh pengadil

Rajah 2: Pemain dilayangkan kad amaran oleh pengadil

Rajah 3: Penyingkiran daripada perlawanan (dalam kes keganasan)

ISYARAT TANGAN PENGADIL

Rajah 1: Menyentuh atau memasuki kawasan gol dan salah tangkap, salah lantun atau

salah kawal bola

Rajah 2: Berjalan lebih 3 langkah atau memegang bol dan membuang masa lebih tiga

saat

Rajah 3: Memukul pemain dan menangkap pemain

Rajah 4: Salah laku penyerang

menolak dan jaringan gol

merempuh ke arah lawan

Rajah 5: Balingan masuk dan balingan gol

Rajah 6: Balingan percuma kepada pihak lawan, balingan pengad dan jarakkan diri

sejauh tiga meter

Gambaran lebih jelas tetang isyarat tangan pengadil

Balingan ke Dalam Balingan Percuma Lihat Arah

Balingan Gol Balingan Pengadil Lebih 3 Langkah atau Memegang Bola Lebih daripada 3 Saat

Menolong, Berlari Buang Masa Gol! atau Melompat ke Dalam

Memasuki Kawasan Gol Memukul/ Tidak Tepat

Menepis/Tangkis Menangkap/Menahan Tidak Dibenarkan

Memegang Jarak 3 Meter Amaran (Kad Kuning)

Singkir (Kad Merah)

Berhentikan Permainan Gantung 2Minit Buang Padang/Batal

UNDANG-UNDANG PERMAINAN

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 10

BALINGAN PERMULAAN

10.1 Untuk memulakan permainan, balingan permulaan akan dilakukan:

1. Oleh pasukan yang memenangi lambungan syiling atau undian dan memilih

untuk memulakan permainan.

2. Pihak lawan berhak untuk memilih gelanggang

Melainkan jika pasukan yang menang lambungan syiling memilih gelanggang

(maka pihak lawan mengambil balingan permulaan)

Pasukan akan bertukar tempat pada separuh masa kedua. Balingan permulaan

dibuat oleh pasukan yang tidak mengambil balingan permulaan pada masa

pertama.

Lambungan syiling dilakukan pada setiap masa tambahan.

10.2 Selepas jaringan dilakukan: Balingan permulaan akan dilakukan oleh pasukan

yang kena gol.

10.3 Balingan permulaan diambil dari tengah gelanggang (1.5 meter dari tengah)

kawasan permainan dengan sebelah kaki di atas garisan tengah dan balingan

dilakukan ke mana-mana arah dikehendaki.

1. Balingan permulaan dilakukan dalam masa 3 saat selepas pengadil

membunyikan wisel.

2. Pemain yang mengambil balingan permulaan mesti memijak garisan tengah

dengan sebelah kaki sehingga bola dilepaskan.

Rakan pasukan pembaling tidak boleh melepasi garisan tengah sebelum wisel

berbunyi.

10.4 Untuk membuat balingan permulaan pada setiap separuh masa (termasuk masa

tambahan) semua pemain mesti berada di kawasan masing-masing.

Walau bagaimanapun, balingan permulaan selepas jaringan gol dilakukan,

pihak lawan (pihak yang menjaring) dibenarkan berada di kedua-dua belah

gelanggang. (Selepas satu jaringan, pasukan bertahan boleh berada di kedua-

dua kawasan).

Dalam kedua-dua keadaan, pihak lawan mesti berada sekurang-kurangnya 3

meter dari pemain yang membuat balingan permulaan.

Nota:

Balingan permulaan dilakukan apabila:

1. Memulakan permainan / perlawanan.

2. Selepas jaringan gol.

3. Selepas separuh masa ke dua bermula.

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 11

11. BALINGAN KE DALAM

(Apabila keseluruhan bola melepasi garisan tepi di atas tanah atau di udara atau

garisan gol setelah disentuhi oleh pemain yang bertahan kecuali penjaga gol)

11.1 Balingan ke dalam diberikan apabila keseluruhan bola melepasi garisan tepi atau

bila pemain gelanggang yang bertahan adalah orang terakhir menyentuh sehingga bola

melepasi garisan gol.

11.2 Balingan ke dalam diambil tanpa menunggu tiupan wisel referi atau

pengadil oleh pasukan lawan yang menyentuh bola sebelum bola melepasi garisan.

11.3 Balingan ke dalam hendaklah dibuat di tempat bola itu keluar dari garisan tepi.

Jika melepasi garisan gol, balingan ke dalam di sudut dibuat di sebelah

mana bola keluar.

11.4 Pembaling mesti memijak garisan tepi gelanggang sehingga bola dilepaskan.

Pembaling TIDAK DIBENARKAN meletakan bola di atas gelanggang dan

mengambilnya semula atau melantun atau menangkap semula.

11.5 Semasa balingan ke dalam, jarak pemain pasukan lawan mesti berada tidak

kurang 3 meter daripada pemain yang membuat balingan. tetapi pemain lawan

dibenarkan berada di luar kawasan garisan gol kurang 3 meter ketika balingan ke

dalam berada dalam kawasan 9 meter.

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 12

12. BALINGAN GOL

12.1 Balingan gol diberikan bila penjaga gol mengawal bola dalam kawasannya atau

bila keseluruhan bola melepasi garisan gol selepas disentuh kali terakhir oleh penjaga

gol atau pemain lawan.

Ini bermakna, dalam kedua-dua situasi ini, bola dianggap sebagai di luar

permainan. (Peraturan 13:3 boleh digunakan jika terdapat kesalahan di

pihak pasukan penjaga gol selepas balingan gol diberikan dan sebelum

ianya dilakukan)

12.2 Balingan gol diambil oleh penjaga gol, tanpa menunggu tiupan wisel referi atau

pengadil dari kawasannya selepas melepasi garisan kawasan gol sendiri.

Balingan gol dianggap telah diambil bila bola yang dibaling telah melepasi

garisan gol (garisan 6 meter).

Pemain dari pasukan lawan dibenarkan berada di luar garisan gol (garisan 6

meter) tetapi tidak boleh menyentuh bola sehingga bola melepasi garisan

penjaga gol.

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 13

13. BALINGAN PERCUMA

13.1 Referi atau pengadil akan memberhentikan permainan atas kesalahan yang

dilakukan oleh:

1. Pasukan yang memegang boal (Peraturan 4:23)

2. Pasukan bertahan.

13.2 Referi atau pengadil boleh meneruskan permainan tanpa memberikan balingan

percuma:

1. Peraturan 13:1(1) - Pasukan bertahan mengawal bola selepas berlaku

kesalahan.

2. Peraturan 13:1(2) - Referi atau pengadil tidak akan memberhentikan perlawanan

sehingga pasukan menyerang hilang kawalan bola atau seandainya tidak dapat

meneruskan serangan disebabkan kesalahan yang dilakukan oleh

pihakbertahan. (keuntungan / Advantange rule)

Hukuman Individu

Referi atau pengadil akan memberikan hukuman kepada pemain yang melakukan

kesalahan selepas satu kelebihan diberikan kepada pasukan menyerang. peraturan

13:2 tidak diguna pakai jika berlaku peraturan 4:2-3 atau 4:5-6 (Kesalahan pegawai dan

pertukaran pemain).

13.3 Kesalahan 13.1 (1-2) berlaku semasa bola diluar permainan, pemainan akan

dimulakan dengan keadaan yang sepatutnya.

13.4 Balingan percuma akan diberikan walaupun tanpa berlaku kesalahan undang-

undang:

1. Pasukan yang sedang mengawal bola akan membuat balingan percuma.

2. Jika kedua-dua tidak mengawal bola, pasukan akhir yang mengawal bola akan

memdapat balinga percuma.

3. Jika perlawanan di dalam dewan, bola terkena siling atau lain-lain, pasukan

lawan akan membuat balingan percuma.

4. Peraturan 13.2 tidak diguna pakai dalam situasi 13.4

13.5 Jika kesalahan berlaku pemain hendaklah meletakkan bola serta merta selepas

wisel referi dibunyikan.

13.6 Balingan percuma boleh diambil tanpa tiupan wisel referi kecuali peraturan 15.3

(Balingan 7 meter / permulaan)

1. Peraturan 13.4 (1, 2 dan 3) balingan percuma hendaklah dibuat selepas tiupan

wisel.

2. Jika terdapat gangguan dari pegawai teknikal atau penjaga masa disebabkan

kesalahan yang dilakukan oleh pegawai atau pemain pasukan bertahan,

balingan percuma akan diambil oleh pihak lawan di tempat di mana berlakuknya

kesalahan selepas tiupan wisel oleh referi. Kesalahan 4.2.3, 4.5.6 dan 7.10

boleh diguna pakai peraturan di atas.

3. Semua balingan percuma tidak boleh diambil di dalam kawasan gol atau

kawasan 9 meter pasukan lawan (mesti dibawa keluar garisan 9 meter).

Semasa balingan percuma diambil, pihak lawan hendaklah berada pada jarak

tidak kurang dari 3 meter.

13.7 Pemain yang akan membuat balingan percuma tidak boleh meletakkan dan

mengambil semula bola atau melantun bola.

13.8 Pemain penyerang tidak boleh menyentuh atau memasuki kawasan balingan

percuma (kawasan 9 meter) sebelum balingan percuma diambil atau dilakukan.

1. Referi atau pengadil hendaklah membetulkan kedudukan pemain yang berada di

kawasan balingan percuma (kawasan 9 meter).

2. Balingan ini hendaklah dimulakan selepas tiupan wisel. Jika kesalahan yang

sama dilakukan sebelum bola dilepaskan, balingan percuma akan diberikan

kepada pihak lawan.

13.9 Pemian bertahan mestilah berada pada jarak 3 meter semasa balingan percuma

dilakukan oleh pihak penyerang.

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 14

14. BALINGAN 7 METER

14.1 Balingan 7 meter akan diberi apabila:

1. Peluang menjaringkan gol dimusnahkan oleh pemain atau pegawai pihak lawan.

2. Gangguan wisel daripada luar semasa penyerang hendak menjaringkan gol.

3. Gangguan daripada luar (penonton masuk gelanggang)

14.2 Jika pemain penyerang dapat mengawal bola dengan badan walaupun berlaku

kesalahan, balingan 7 meter tidak perlu diberikan.

14.3 Semasa balingan 7 meter hendak dilakukan, permainan hendaklah diberhentikan

(isyarat 'Time Out' diberikan)

14.4 Balingan 7 meter hendaklah dibaling ke arah gol selepas 3 saat wisel

dibunyikan.

14.5 Pemain yang membuat balingan 7 meter tidak boleh memijak atau melintasi

garisan 1 meter (garisan had balingan 7 meter) sebelum balingan dilakukan.

14.6 Setelah bola dibaling, bola tersebut TIDAK DIBENARKAN disentuh oleh mana-

mana pemain sehingga ianya disentuh oleh penjaga gol atau terkena bahagian gol.

14.7 Semua pemain TIDAK DIBENARKAN berada di dalam kawasan balingan

percuma (kawasan 9 meter) semasa balingan 7 meter dilakukan kecuali pembaling 7

meter.

1. Jika pihak penyerang melintasi garisan balingan percuma (garisan 9 meter)

sebelum bola dilepaskan dari tangan pembaling 7 meter, balingan percuma akan

diberikan kepada pihak bertahan.

14.8 Jika pemain pertahanan memasuki kawasan balingan percuma (garisan 9 meter)

semasa balingan 7 meter dibuat, balingan akan diulang semula jika tidak gol dan jika

gol, jaringan akan terus disahkan sebagai gol.

14.9 Jika penjaga gol melintasi garisan sempadan 4 meter sebelum bola dilepaskan

pembaling 7 meter, balingan 7 meter akan diulang semula jika tidak gol dan dikirakan

jaringan jika masuk gol.

14.10 Pertukaran penjaga gol TIDAK DIBENARKAN setelah pembaling sedia

membuat balingan 7 meter. Sebarang percubaan untuk membuat pertukaran akan

diberikan hukuman 16.1(4) dan 16.3(3).

Situasi balingan 7 meter dilakukan

Aksi pembaling melakukan balingan 7 meter

Penjaga gol mengawal gawangnya ketika balingan 7 meter

Kedudukan pemain-pemain ketika balingan 7 meter dilakukan

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 15

15. BALINGAN-BALINGAN

15.1 Bola hendaklah berada pada tangan si pembaling sebelum balingan dilakukan.

15.2 Semasa melakukan balingan permulaan, balingan ke dalam, balingan percuma

atau balingan 7 meter, si pembaling hendaklah memastikan sebelah kaki hendaklah

memijak lantai atau gelanggang dan sebelah kaki lagi boleh diangkat dan

diletakkannya beriulang-ulang.

15.3 Referi dimestikan meniup wisel untuk memulakan:

1. Balingan permulaan dan balingan 7 meter.

2. Balingan ke dalam, balingan gol atau balingan percuma:

- selepas 'Time Out'

- memulakan balingan percuma peraturan 13.4

- selepas membetulkan kedudukan pemain.

- selepas amaran / hukuman diberi.

Nota:

Selepas tiupan wisel, balingan hendaklah dilakukan dalam masa 3 saat.

15.4 Balingan dikira selepas bola melepas tangan si pembaling.

1. TIDAK DIBENARKAN menyerah bola kepada pemain sepasukan semasa

balingan hendak dibuat (serahan darin tangan ke tangan)

15.5 Pembaling tidak boleh menyentuh bola sebelum disentuh oleh pemain lain atau

bahagian gol.

15.6 Jaringan gol boleh dibuat dari mana-mana arah kecuali (Peraturan 12.2)

jaringan sendiri oleh penjaga gol.

15.7 Kedudukan pemain pertahanan yang salah semasa balingan permulaan,

balingan ke dalam atau balingan percuma tidak perlu diperbetulkan oleh referi atau

pengadil. Jika pemain penyerang berada dalam kedudukan yang akan menguntungkan

maka kedudukan tersebut perlu diperbetulkan.

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 16

16. HUKUMAN-HUKUMAN

16.1 AMARAN

BOLEH diberikan kepada perkara-perkara yang melibatkan kekasaran terhadap pihak

lawan, tidak termasuk kepada kategori hukuman berturutan, perkara 8.3

MESTI diberikan apabila:

melakukan kekasaran yang agresif

kekasaran semasa melakukan halangan.

tidak mempunyai semangat kesukanan oleh pemain atau pegawai.

3. Seorang pemain TIDAK BOLEH diberikan lebih daripada 1 (satu) KAD KUNING.

4. Pemain yang telah diberikan 2 minit penggantungan TIDAK BOLEH diberikan

KAD KUNING berikutnya.

5. Seorang pegawai hanya diberi sekali sahaja KAD KUNING.

16.2 Referi atau pengadil akan menunjukkan KAD KUNING kepada pemain atau

pegawai dan penjaga masa atau pencatat untuk dibuat catatan. (Ukuran kad 9 cm x

12 cm)

16.3 PENGGANTUNGAN

Penggantungan MESTI diberikan:

Kesalahan pertukaran pemain (Peraturan 4.5 - 4.6)

Melakukan kesalahan yang berulang (Peraturan 8.3)

Melakukan sikap tidak bersemangat kesukanan oleh pemain di dalam atau di luar

gelanggang. (Peraturan 8.4)

Kesalahan kali kedua oleh pegawai (Peraturan 16.1.4 dan 8.4)

Tidak meletakkan bola dengan serta merta apabila berlaku kesalahan (Peraturan 13.5)

Mengganggu pihak lawan semasa balingan dilakukan (Peraturan 15.7).

Kesalahan oleh pemain atau pegawai yang tidak layak menyertai permainan -

Tambahan 2 minit lagi (Peraturan 16.3)

Tiada semangat kesukanan oleh pemain (Peraturan 16.12)

16.4 Menunjukkan tanda penggantungan selepas memberhentikan masa permainan

(Isyarat No. 14)

16.5 Masa penggantungan adalah 2 minit.

Penggantungan kali ketiga pada pemain yang sama, hukumannya disingkir (KAD

MERAH).

Sepanjang masa penggantungan, tiada pemain lain boleh menggantikannya.

Memulakan masa penggantungan dengan wisel.

Penggantungan 2 minit akan dibawa ke seperauh masa kedua. jika masa masa

penggantungan belum tamat.

Penggantungan 4 minit (2 minit, 2 minit). Keadaan ini boleh dikenakan kepada pemain

apabila seseorang pemain melakukan kesalahanberulang kali selepas dikenakan

gantungan 2 minit / melakukan keselahan selepas tamat masa gantungan 2 minit

seperti salah masuk, maka pemain ini digantung 2 minit lagi (Peraturan 16.12)

16.6 PENYINGKIRAN (KAD MERAH)

BOLEH diberikan kepada:

Pemain yang tidak didaftarkan dalam pemainan itu.

Kesalahan kali ketiga oleh pegawai yang melakukan kesalahan tiada semangat

kesukanan atau selepas pegawai lain telah menerima hukuman penggantungan 2

minit.

Membahayakan pihak lawan.

Menunjukkan tiada semangat kesukanan yang serius oleh pemain atau pegawai

pasukan sama ada di dalam atau diluar gelanggang.

Menyerang di luar masa bermain, sebelum bermain atau semasa pertukaran

gelanggang (Peraturan 8.7, 16.13.2 dan 16.13.4)

Kerana penggantungan kali ketiga (Peraturan 16.5.1)

Menyerang oleh pegawai pasukan (Peraturan 8.7)

Mengulangi sikap tiada semangat kesukanan oleh pemain atau pegawai pasukan

semasa pertukran gelanggang.

16.7 Referi atau pengadil menunjukkan KAD MERAH selepas memberhentikan

permainan. Dihalakan kepada penjaga masa dan pencatat.

16.8 Pemain atau pegawai pasukan yang telah disingkirkan, pasukannya MESTI

berkurangan seorang pemain (mengeluarkan seorang pemain) sehingga masa

penggantungan selama 2 minit tamat. Selepas tamat masa penggantungan, bolehlah

menambah kembali jumlah pemain. Masa penggantungan boleh ditambah 2 minit lagi

sekiranya pegawai atau pemain melakukan kesalahan tiad semangat kesukanan.

16.9 PEMBATALAN

BOLEH diberikan:

Pemain melakukan kesalahan yang berat semasa permainan.

16.10 Referi atau pengadil akan menunjukkan isyarat No. 15 selepas

memeberhentikan masa permainan.

16.11 Pemain yang dibatalkan hendaklah beredar dari kawasan gelanggang dan

tempat pemain gantian dan TIDAK DAFTARKAN terus bersama pasukannya untuk

keseluruhan kejohanan.

HANTARAN LOMPAT•Hantaran ini lebih merupakan ke arah gol•Pemain perlu

melompat untuk membuat jarigan dengan pergerakan segera.HANTARAN

LEPAS•Dilakukan apabila pemain bergerak ke garisan 9 meter bagi melakukan

jaringangol, tetapi berubah fikiran kerana mendapati rakannya berada di kedudukan

yanglebih baik untuk membuat jaringan•Pemain tersebut akan melepaskan bola ke

tanah jauh darinya untuk diambiloleh rakannya HANTARAN BELAKANG•Dibuat dari

belakang badan pemain•Menggunakan sebelah tangan sahaja•Banyak dilakukan

semasa membuat seranganHANTARAN HADAPAN•Salah satu hantarn yang kerap

digunakan•Pemain mempunyai pilihan yang banyak untuk mengahantar

bolaHANTARAN JAUH•Dilakukan oleh penjaga gol•Dilakukan dengan

pantasKESALAHAN UMUM SEMASA MENANGKAP BOLA•Pemain menggunakan

jejari untuk menangkap bola dan tidak tapak tangan•Pemain menghulurkan tangannya

ke hadapan yang terlalu rendah•Pemain tidak menggunakan pergelangan tangan untuk

mengawal bola•Rakan menghantar bola terlalu tinggi•Pemain tidak dapat mengawal

langkah dan pergerakan keseluruhan badannya

SENAMAN UNTUK KECERGASANTerdapat beberapa jenis aktiviti senaman untuk

memanaskan badan1)Senaman menggunakan otot leher dan kepala2)Senaman untuk

menguatkan kaki, lutut dan peha3)Senaman untuk menguatkan anggota tubuh badan

dan pinggang4)Senaman untuk menguatkan otot belakang5)Senaman untuk

menguatkan betis, kaki, pinggang dan pergelangan kaki6)Senaman untuk

mengimbangi badan, jari kaki, tangan dan bahagian lengan

7)senaman untuk menguatkan dada dan tulang belakang8)senaman untk menguatkan

anggota badan serta otot dibahagian siku danpergerakan bada

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 17

17. PENGADIL

17.1 Dua orang referi atau pengadil yang mempunyai kuasa yang sama harus

bertugas untuk setiap pertandingan. Mereka dibantu oleh penjaga masa dan

pencatat.

17.2 Referi atau pengadil mengawasi tingkah laku pemain dari mula masuk

gelanggang sehingga meninggalkan gelanggang.

17.3 Referi atau pengadil bertanggungjawab untuk memeriksa gelanggang permainan,

tiang gol dan bola sebelum permainan dimulakan. Keputusan penggunaan bola

bergantung kepada undang-undang 1 dan 3.1.

1. Referi atau pengadil juga memastikan kedua-dua pasukan memakai pakaian

seragam.

2. Memeriksa kertas pencatat dan peralatan pemain.

3. Mereka mempastikan jumlah pemain dan pegawai pada tempat bangku pemain

gantian.

4. Mereka hendaklah memaklumkan kehadiran pegawai pasukan.

5. Segala kesilapan mestilah diperbetulkan (Peraturan 4.1 - 4.2 dan 4.7 - 4.9)

17.4 Lambungan syiling dilakukan oleh salah seorang referi atau pengadil dengan

kehadiran seorang lagi referi dan kedua-dua ketua pasukan.

17.5 Semasa permulaan permainan seorang referi akan mengambil tempat sebagai

pengadil gelanggang di belakang pasukan yang membuat balingan permulaan.

1. Pengadil gelanggang akan memulakan permainan dengan isyarat wisel untuk

balingan permulaan. (Peraturan 10.3)

2. Bila berlaku serangan balas, referi gelanggang akan menjadi referi gol dan

berada di belakang garisan gol.

3. Referi yang seorang lagi, yang sebelumnya menjadi referi gol gol akan menjadi

referi gelanggang.

4. Referi atau pengadil mestilah menukar kedudukan dari semasa ke semasa di

dalam permainan.

17.6 Pada dasarnya keseluruhan permainan harus diadili oleh referi atau pengadil

yang sama.

1. Adalah menjadi tanggungjawab untuk mempastikan pertandingan berjalan

mengikut undang-undang. Hukuman harus diberi pada mana-mana kesalahan.

(Rujuk peraturan 13.2 dan 14.2)

2. Sekiranya seorang referi atau pengadil tidak dapat meneruskan pengadilan,

pasangannya akan meneruskan pengadilan seorang diri. (Untuk IHF dan

kejihanan tempatan, keadaan ini diuruskan bergantung peruntukan undang-

undang)

17.7 Sekiranya referi atau pengadil meniup wisel untuk sesuatu kesalahan

serentak tetapi mempunyai hukuman berbeza, maka hukuman yang lebih berat

harus digunakan daripada hukuman yang diberi.

17.8 Sekiranya pengadil meniup wisel pada waktu yang sama atau bola keluar

gelanggang, referi atau pengadil mempunyai pandangan berbeza pasukan mana yang

akan mengambil bola, maka perbincangan boleh dilakukan. Sekiranya perbincangan

tidak dapat keputusan muktamad, referi atau pengadil gelanggang akan

menentukan keputusan.

17.9 Kedua-dua referi atau pengadil bertanggungjawab menyimpan keputusan

jaringan. Mereka juga membuat catatan berkaitan amaran, penggantungan,

penyingkiran dan pembatalan.

17.10 Kedua-dua pengadil bertanggungjawab mengawal masa permainan. Sekiranya

ada pertikaian ketepatan masa oleh penjaga masa, referi atau pengadil akan membuat

perbincangan. (Peraturan 2.3)

17.11 Referi atau pengadil bertanggungjawab untuk memastikan pencatat mengisi

borang pencatat dengan betul.

1. Pembatalan (Peraturan 16.11) dan Penyingkiran seperti undang-undang 16.8

perenggan 4 mestilah dilaporkan dalam laporan pengadil.

17.12 Keputusan yang dibuat oleh referi atau pengadil berpandukan pemerhatian

kepada fakta atau keputusan referi atau pengadil adalah muktamad.

1. Rayuan boleh dikemukakan hanya kepada keputusan yang tidak termaktub

dalam undang-undang.

2. Semasa permainan hanya pegawai pasukan bertanggungjawab berhak untuk

memanggil pengadil.

17.13 Referi atau pengadil mempunyai hak untuk menggantung permainan sementara

atau tetap.

1. Referi atau pengadil harus berusaha untuk menyambung kembali perlawanan

sebelum memberhentikan permainan secara tetap.

17.14 Pakaian seragam hitam adalah keutamaan.

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 18

18. PENJAGA MASA DAN PENCATAT

18.1 Penjaga Masa bertanggungjawab terhadap masa permainan, masa hentian

'Time Out' dan penggantungan pemain.

1. Pencatat bertanggungjawab kepada senarai nama pendaftran pasukan, borang

keputusan markah, pertukaran pemain dan kemasukan pemain.

2. Sekiranya berlaku gangguan masa bermain, penjaga masa bertanggungjawab

memberitahu pegawai pasukan tentang lama masa berlangsung dari jumlah

masa yang tinggal.

3. Penjaga masa memberitahu pemain yang digantung tentang masa

penggantungan telah tamat.

4. Penjaga masa sahaja yang boleh memberhentikan permainan sekiranya perlu.

18.2 Sekiranya tiada jama dari 'scoreboard' secara automatik, penjaga masa

bertanggungjawab memberi isyarat menandakan tama separuh masa dan tamat

permainan.