bidang kerjaya

25
KEJURUTERAAN AWAM a. JURUTERA AWAM Jurutera awam merancang, mengurus, mereka bentuk, menyelia pembinaan dan penyelenggaraan pelbagai perkhidmatan umum, komersil, binaan serta kemudahan perusahaan. Berkemahiran menyelesaikan masalah seperti pengetahuan tentang kerja-kerja pembinaan. Melibatkan lawatan ke tapak binaan menjalankan tinjauan, memperolehi contoh batu-batan dan tanih untuk dianalisa bagi memastikan sesuatu projek selamat serta mengambil kira penganggaran kos dan menolong menentukan supaya projek tersebut selesai dalam jangkamasa yang ditetapkan. Pekerjaan Yang Dikelas Di Bidang Ini Di Antaranya: Jurutera awam, jurutera awam pembinaan bangunan, jurutera awam lebuh raya dan jalan raya, jurutera awam geoteknik, jurutera awam pembinaan jambatan, jurutera awam pengairan, jurutera awam hidraulik, jurutera awam kumbahan. Prospek Kerjaya Disektor awam mereka boleh meningkat ke gred tingkatan tertinggi dan ke Jawatan Utama Sektor Awam. Disektor swasta pula mereka boleh jadi Ketua Bahagian, Pakar Perunding dan membuka Firma perundingan kejuruteraan. Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut Diantaranya :-

Upload: alya-husna-bahrin

Post on 09-Jul-2016

326 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

kerjaya

TRANSCRIPT

Page 1: BIDANG KERJAYA

KEJURUTERAAN AWAM

a.      JURUTERA AWAMJurutera awam merancang, mengurus, mereka bentuk, menyelia pembinaan dan penyelenggaraan pelbagai perkhidmatan umum, komersil, binaan serta kemudahan perusahaan. Berkemahiran menyelesaikan masalah seperti pengetahuan tentang kerja-kerja pembinaan. Melibatkan lawatan ke tapak binaan menjalankan tinjauan, memperolehi contoh batu-batan dan tanih untuk dianalisa bagi memastikan sesuatu projek selamat serta mengambil kira penganggaran kos dan menolong menentukan supaya projek tersebut selesai dalam jangkamasa yang ditetapkan. 

Pekerjaan Yang Dikelas Di Bidang Ini Di Antaranya:

Jurutera awam, jurutera awam pembinaan bangunan, jurutera awam lebuh raya dan jalan raya,  jurutera awam geoteknik, jurutera awam pembinaan jambatan, jurutera awam pengairan, jurutera awam hidraulik, jurutera awam kumbahan.

Prospek KerjayaDisektor awam mereka boleh meningkat ke gred tingkatan tertinggi dan ke Jawatan Utama Sektor Awam. Disektor swasta pula mereka boleh jadi Ketua Bahagian, Pakar Perunding dan membuka Firma perundingan kejuruteraan. Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut Diantaranya :-

Page 2: BIDANG KERJAYA

b.      PEMBANTU JURUTERA AWAMMenjalankan tugas-tugas teknik dibawah arahan am, penyeliaan atau panduan Jurutera Awam, arkitek atau juruukur atau mengikut teknik kejuruteraan awam yang sudah ditetapkan dalam perancangan dan penyeliaan kerja pembinaan berkaitan dengan struktur kejuruteraan awam.dengan menyumbangkan terhadap perancangan dan perlaksanaan projek-projek kejuruteraan awam.

Prospek KerjayaDisektor awam peluang pekerjaan adalah baik. Mempunyai peluang kenaikan pangkat ke tingkatan kanan, tinggi dan sekiranya berminat untuk melanjutkan pelajaran keperingkat ijazah mereka layak ke jawatan jurutera dan seterusnya kejawatan yang lebih tinggi. Mereka boleh bekerja di Jabatan Kerja Raya, Jabatan Parit dan Saliran, Jabatan Penerbangan Awam, Lembaga Pelabuhan dan agensi-agensi lain. 

Disektor swasta pekerjaan ini terdapat di firma-firma juruperunding dan syarikat-syarikat yang berasaskan kerja-kerja kejuruteraan awam seperti pembinaan bangunan, jalanraya, empangan, pelabuhan, projek-projek perumahan dan lain-lain.

c. JURUTEKNIK AWAMJuruteknik awam, biasanya dibawah arahan dan penyeliaan jurutera awam, arkitek atau juruukur, menjalankan tugas teknik yang menyumbangkan kepada perancangan dan perlaksanaan projek pembinaan dan kejuruteran awam, termasuk reka bentuk, pembinaan, operasi, penyelenggaraan dan pembaikan bangunan serta struktur lain seperti sistem bekalan air dan kumbahan, jambatan, jalan raya, empangan dan lapangan terbang.

Prospek KerjayaProspek kerjaya untuk juruteknik awam amat cerah di Malaysia yang menuju matlamat Wawasan 2020 berikutan peningkatan keperluan jawatan tersebut akibat daripada perkembangan sektor pembinaan, pembuatan, pembangunan dan pelaburan yang lebih tinggi. Seiring dengan kemajuan teknologi.Disektor awam mereka boleh meningkat ke tingkatan kanan, tertinggi. Boleh meningkat kejawatan yang lebih tinggi seperti Pembantu Jurutera dan Jurutera dengan meningkatkan pengetahuan iaitu melanjutkan pelajaran ke IPTA samaada sepenuh masa, luar kampus atau melalui pengajian jarak jauh. Di Sektor Awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan Kerja Raya dan lain jabatan yang berkaitan dengan pembinaan dan bangunan. Disektor Swasta pekerjaan ini kebanyakan terdapat di syarikat-syarikat pembinaan yang terlibat dengan pembinaan projek perumahan, jalaraya,jabatan dan infrastruktur dan lain-lain.

Page 3: BIDANG KERJAYA

KEJURUTERAAN MEKANIKAL

a.      JURUTERA MEKANIKALJurutera mekanikal menjalankan tugas penyelidikan, memberi nasihat dan mereka bentuk mesin-mesin pengeluaran, jentera, loji, peralatan perindustrian. Membangunkan sistem perindustrian serta memberi nasihat serta mempastikan sistem tersebut berfungsi. Membuat kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan jika perlu. Mengkaji dan memberi nasihat berhubung dengan aspek teknologi bahan, produk, proses serta prosedur penyelenggaraaan yang tertentu. 

Prospek KerjayaDi sektor awam pekerjaan ini terdapat di Lembaga Letrik Negara, Jabatan Kerja Raya, Syarikat Telekom Malaysia dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta jabatan -jabatan lain yang terlibat dengan pembinaan dan bangunan. Di sektor awam mereka juga boleh meningkat ke gred tingkatan tertinggi hingga ke jawatan Pengarah, Pengurus dan Pengurus Besar. Bagi yang berminat untuk menjadi Pensyarah di Universiti-Universiti atau lain-lain institusi pengajian tinggi mereka perlu mendapat kelulusan tambahan seperti Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran dalam bidang berkaitan. 

Di sektor swasta peluang pekerjaan dan prospek kerjaya untuk jawatan ini adalah baik. Mereka boleh meningkat kejawatan yang lebih tinggi seperti Pengurus Bahagian Kejuruteraan, Ketua Bahagian Kejuruteraan dan juga Pengurus Besar. Mereka juga boleh mendirikan perniagaan sendiri atau menjadi juruperunding kepada agensi atau lain-lain badan berkanun.

b.      JURUTEKNIK MEKANIKALJuruteknik mekanikal menjalankan tugas teknik biasanya dibawah arahan dan penyeliaan jurutera mekanikal yang meyumbang kepada reka bentuk, pembangunan, pembuatan, pembinaan, pemasangan, penyelenggaraan dan pembaikan loji dan peralatan yang berfungsi secara mekanik.

Prospek KerjayaDisektor awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan Kerja Raya, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Kementerian Kesihatan dan jabatan-jabatan lain yang terlibat dengan pembinaan dan bangunan. Disektor awam mereka juga boleh meningkat ke tingkatan kanan, tinggi dan kejawatan yang lebih tinggi. Sesaorang juruteknik boleh melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS peringkat diploma atau ijazah bagi melayakkannya memohon ke jawatann yang lebih tinggi. 

c.       MEKANIK JURUTERA AMMembuat kerja-kerja membaiki, servis berbagai jenis mesin, jentera, enjin dan lain-lain alat mekanikal (kecuali kereta motor, enjin kapal terbang, peralatan kapalterbang, peralatan elektrik dan alatan-alatan lain) didalam bengkel atau ditempat-tempat dimana ia digunakan. Memeriksa mesin yang rosak. Membuka sebahagian, menukar sebahagian yang rosak. Memasang semula dan memastikan pemasangan itu betul, menguji dan mempastikan ianya berfungsi dengan baik.

Page 4: BIDANG KERJAYA

KEJURUTERAAN ELEKTRIK

a.      JURUTERA ELEKTRIKJurutera elektrik menjalankan penyelidikan dan memberi nasihat, mereka bentuk, membangunkan dan menyelia pembuatan, pemasangan, operasi dan penyelenggaraan, baik pulih peralatan, mesin dan sistem untuk penjanaan, pengagihan, penggunaan dan pengawalan kuasa elektrik. Mereka juga terlibat dalam perkembangan dan pembuatan berbagai jenis alat elektrik. Menguji dan menyelesaikan masalah operasi dan menganggar masa dan perbelanjaan sesuatu projek kejuruteraan yang akan dilaksanakan.

Pekerjaan Yang Dikelas Dibidang Ini Diantaranya: 

Jurutera Penjanaan Kuasa, Jurutera Pengagihan Dan Penghantaran Kuasa, Jurutera Pencahayaan Elektrik, Jurutera Peralatan Elektromekanik..

Prospek KerjayaDisektor awam mereka boleh meningkat ke gred tingkatan tertinggi sehingga ke Pengarah,

Pengurus atau Pengurus Besar. Bagi yang berminat menjadi Pensyarah di IPTA mereka perlu mendapat kelulusan tambahan seperti Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran dalam bidang kejuruteraan elektrik.

Di Sektor Awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan Kerja Raya dan lain jabatan yang berkaitan dengan pembinaan dan bangunan. Disektor swasta pula jawatan ini terdapat di Tenaga Nasional Bhd, Syarikat Telekom (M) Bhd., di kilang-kilang terutama sekali disektor pembuatan, telekomunikasi, kilang, loji.

b.      JURUTEKNIK ELEKTRIKJuruteknik elektrik menjalankan tugas teknik di bawah arahan dan penyeliaan jurutera elektrik yang menyumbang kepada rekabentuk, pembinaan, pemasangan, penyelenggaraan dan pembaikan sistem dan peralatan elektrik.

Prospek Kerjaya.

Prospek kerjaya untuk juruteknik elektrik amat cerah di Malaysia berikutan peningkatan keperluan jawatan tersebut akibat daripada perkembangan sektor pembuatan, kepesatan pembangunan dan pelaburan yang lebih tinggi. Seiring dengan kemajuan teknologi. Disektor awam mereka boleh meningkat ke tingkatan kanan dan tertinggi.  Di Sektor Awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan Kerja Raya dan lain jabatan yang berkaitan dengan pembinaan dan bangunan. Disektor Swasta pula jawatan ini terdapat di Tenaga Nasional Bhd, Syarikat Telekom (M) Bhd., di industri pembuatan, telekomunikasi, pembinaan, loji.

Page 5: BIDANG KERJAYA

KEJURUTERAAN KIMIA

a.      JURUTERA KIMIAJurutera Kimia menjalankan penyelidikan dan penyeliaan operasi loji-loji kimia dan kelengkapan untuk perlarutan, penurasan, kesejatan, kekontangan, penurunan, kepekatan, kombinasi, penghabluran dan lain-lain operasi untuk membuat kimia berat atau kimia halus mengikut spesifikasi. 

Prospek KerjayaDi sektor awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan Kimia, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan , Jabatan Alam Sekitar serta jabatan -jabatan lain yang berkaitan. Di sektor awam mereka juga boleh meningkat ke gred tingkatan tertinggi hingga ke Jawatan Pengarah, Pengurus dan Pengurus Besar. Bagi yang berminat untuk menjadi Pensyarah di Universiti-Universiti atau lain-lain institusi pengajian tinggi mereka perlu mendapat kelulusan tambahan seperti Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran dalam bidang berkaitan.  Di sektor swasta peluang pekerjaan dan prospek kerjaya untuk jawatan ini adalah baik. Terdapat di syarikat minyak, kimia, perlombongan, seramik, elektronik dan gentian. Mereka boleh meningkat kejawatan yang lebih tinggi seperti Pengurus Bahagian Kejuruteraan Kimia dan Pengeluaran, Ketua Bahagian Kejuruteraan dan juga Pengurus Besar. Mereka juga boleh mendirikan perniagaan sendiri atau menjadi juruperunding kepada agensi atau lain-lain badan berkanun. 

b.      PEMBANTU JURUTERA KIMIAPembantu Kejuruteraan Kimia menjalankan tugas-tugas teknik, biasanya dibawah arahan dan penyeliaan Jurutera Kimia yang menyumbang kepada pembangunan proses dan rekabentuk perindustrian kimia, pembinaan, operasi, penyelenggaraan dan pembaikan loji kimia. Prospek KerjayaDisektor awam peluang adalah baik. Mempunyai peluang untuk dinaikkan pangkat ke jawatan penyelia pengeluaran atau penyelengaraan. Berpeluang dinaikkan pangkat ke jawatan tingkatan kanan, khas dan seterusnya ke jawatan tertinggi mengikut skim perkhidmatan. Bagi yang berminat untuk melanjutkan pelajaran boleh menyambung pelajaran ke IPTA/IPTS tempatan ke peringkat ijazah secara sepenuh masa, sambilan, pengajian luar kampus dan pengajian jarak jauh. Jawatan ini terdapat di Jabatan Kimia, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.Disektor swasta pekerjaan ini terdapat di kilang-kilang memproses bahan-bahan mentah kepada barang-barang seperti baja, barang-barang farmasi, cat, plastik, petroleum, serbuk pencuci, bahan kimia industri dan lain-lain. 

c.       JURUTEKNIK KEJURUTERAAN KIMIAJuruteknik kejuruteraan kimia menjalankan tugas teknik, biasanya dibawah arahan dan penyeliaan jurutera kimia yang menyumbang kepada proses, pembinaan, operasi, penyelenggaraan dan pembaikan loji kimia.Prospek KerjayaDi sektor awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan Kimia, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Jabatan Alam Sekitar serta jabatan - jabatan lain yang berkaitan. Di sektor awam mereka juga boleh meningkat ke tingkatan kanan, tinggi. Bagi yang berminat untuk menyambung pelajaran mereka boleh berbuat demikian samada belajar sepenuh masa, atau sambilan dan pengajian jarak jauh di IPTA/IPTS tempatan. Setelah memiliki kelulusan tersebut mereka boleh meningkat kejawatan yang lebih tinggi. Di sektor swasta jawatan ini boleh diperolehi diindustri petroleum, carigali

Page 6: BIDANG KERJAYA

minyak serta syarikat-syarikat pembuatan yang berasaskan bahan mentah seperti minyak kelapa sawit dan lain-lain yang melibatkan kerja-kerja penyelidikan dimakmal.KEJURUTERAAN ELEKTRONIK

a.      JURUTERA ELEKTRONIKJurutera elektronik menjalankan penyelidikkan dan memberi nasihat dengan menggunakan pengetahuan dan kaedah saintifik dan kejuruteraan untuk mewujud, membangun dan menyelenggarakan barangan, sistem dan komponen elektronik. Merekabentuk, membangun dan menguji barangan dan peralatan elektronik yang digunakan dalam bidang instrumentasi, kenderaan, telekomunikasi, pengemudian, komputer, perubatan dan hiburan,dll. Pekerjaan dalam bidang ini antaranya ialah:

Jurutera Jentera Dan Perkakas Perindustrian, Jurutera Kuasa Nukleur, Jurutera Pemanasan, Pengalihanudara, Penyamanan Udara Dan Penyejukan, Jurutera Kenderaan /Otomotif, Jurutera Mekanik/Aeronautik, Jurutera Marin.

Prospek KerjayaDisektor awam pekerjaan ini terdapat di Lembaga Letrik Negara, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Telekom dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta jabatan -jabatan lain yang terlibat dengan pembinaan dan bangunan. Disektor awam mereka juga boleh meningkat ke gred tingkatan tertinggi hingga ke Jawatan Pengarah, Pengurus dan Pengurus Besar. Bagi yang berminat untuk menjadi Pensyarah di Universiti-Universiti atau lain-lain institusi pengajian tinggi mereka perlu mendapat kelulusan tambahan seperti Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran dalam bidang berkaitan. 

Disektor swasta peluang pekerjaan dan prospek kerjaya untuk jawatan ini adalah baik. Mereka boleh meningkat kejawatan yang lebih tinggi seperti Pengurus Bahagian Kejuruteraan, Ketua Bahagian Kejuruteraan dan juga Pengurus Besar. Mereka juga boleh mendirikan perniagaan sendiri atau menjadi juruperunding kepada agensi lain atau lain-lain badan berkanun.

 

Page 7: BIDANG KERJAYA

KERJAYA BIDANG JURU UKUR Kerjaya dibidang Juru Ukur

Pekerjaan Juru Ukur merangkumi pelbagai kemahiran dan teknik yang kadangkalanya bertindih dengan menggunakan sumber tanah dan laut yang semula jadi atau yang di bina oleh manusia serta menyediakan atau menyemak peta dan carta atau pelan dalam bentuk digital ,grafik dan bergambar. Oleh itu mereka menggabung pelbagai kemahiran dengan cara yang berbeza untuk berkhidmat dalam pengkhususan tersebut yang dibantu oleh juru teknik ukur dan pembantu lain dalam kumpulan ukur.

Pekerjaan Yang Tergolong Atau Dikelaskan Dalam Bidang Ukur Adalah Seperti Berikut :

Juru Ukur Am , Ahli Kartografi , Juru Ukur Tanah , Juru Ukur Lombong, Juru Ukur Hidrografi , Juru Ukur Udara , Ahli Fotogrametrik , Juru Ukur Binaan, Juru Ukur Tani, Juru Ukur Bahan 

Keterangan Tugasa.       Mengkaji ukur, mengukur dan mengambarkan permukaan bumi untuk berbagai tujuan termasuk

pemetaan, kerja pembinaan atau kewujudan sempadan harta tanah.b.       Mengkaji ukur lombong, melukis permukaan bawah tanah, mencatat kedudukan yang tepat mengenai

pelbagai ciri serta membuat carta dan peta untuk tujuan mengawal arah dan takat perlombongan.c.       Mengkaji ukur dasar lautan, sungai dan tasik, melukis permukaan bawah tanah, mencatat kedudukan

yang tepat mengenai pelbagai ciri serta membuat carta dan peta untuk digunakan khususnya dalam menentukan pengemudian air dan saluran serta merancang pembinaan struktur marin.

d.       Merancang dan menjalankan kaji ukur fotografi dari udara.e.       Menganalisis gambar foto yang diambil dari udara dan gambar foto lain, imejan satelit dan data kaji ukur

bagi menyediakan dan menyemak peta dan carta topografi, peta utiliti dan peta tematik yang lain.f.         Mengkaji dan memberi nasihat berhubung dengan aspek teknik , estetik dan ekonomi bagi pengeluaran

peta.g.       Menyelia penyediaan pelan, peta , carta dan lukisan untuk dijadikan persembahan bergambar serta

menguruskan sistem maklumat berautomatik.h.       Menjalankan penyelidikan dan pembangunan terhadap sistem kaji ukur dan pengukuran fotogrametrik,

system kadaster(pemegang tanah) dan tanah serta merundingkan perician dengan kerajaan tempatan dan pihak berkuasa lain.

i.         Menyelia dan menyelaras kerja juruukur bersekutu.j.         Mengekal hubungan teknik dan perudingan dengan pakar lain yang berkaitan, 

Prospek KerjayaDi sektor awam mereka berpeluang meningkat ke gred tingkatan tertinggi dan kejawatan utama yang terdapat disektor awam.  Sementara itu di sektor swasta pula mereka berpeluang menjadi Ketua Bahagian, Pakar Perunding dan membuka firma perundingan di bidang yang berkenaan. 

Page 8: BIDANG KERJAYA

KERJAYA BIDANG INSURANSIndustri ini memerlukan kepakaran, khidmat kakitangan yang terlatih di pelbagai bidang. Bidang insurans termasuk prinsip dan amalan insurans, insurans nyawa dan kesihatan, insurans sosial, perancangan pencen, pengurusan risiko, insurans hayat dan liabiliti, pengangkutan, marin, penerbangan dll. Pengendalian operasi syarikat insurans dan pengendalian tuntutan insurans.

PENGURUS INSURANS

Pengurus insurans hendaklah berkecenderungan kepada pengiraan iaitu berminat kepada perangkaan. Berkebolehan menilai dan merancang risiko insurans dengan pendekatan yang sistematik. Sifat rajin, jujur dan bertanggungjawab adalah penting. Perhubungan awam yang baik akan membantu mereka menjalankan kerja dengan lebih berkesan. Mentadbir program insurans dalam sesuatu syarikat. Termasuk membuat tinjauan atas harta benda syarikat dan kajian bagi mengkelaskan bencana dan menilai risiko insurans; merancang risiko insurans dengan mendapat nasihat dari jabatan kejuruteraan, personel dan kewangan serta membincangkan dengan broker insurans bagi membeli insurans yang patut dan munasabah. Mempastikan pengurusan syarikat/ perniagaan berjalan dengan lancar dan menguntungkan. Mampu berdaya saing dengan syarikat-syarikat insurans yang lain. Berusaha memperkenalkan polisi-polisi perlindungan baru demi kebaikan pengguna. Antara bidang tugas pengurus insurans ialah :

a.       Mengurus hal-hal syarikat demi kemajuan industri insurans.b.       Menghubungi broker dan persatuan pembeli bagi mendapatkan maklumat kemajuan industri insurans.c.       Mengkaji pembentukan undang-undang insurans semasa mengubah risiko insurans.d.       Mengarah dan menyelaras program bagi mengelakkan kerugian melalui kajian dan pemeriksaan

keselamatan dan mencadangkan cara-cara mengatasinya kepada pihak pengurusan atasan.e.       Penyediaan rekod dan laporan bagi analisis kos pengalaman, keselamatan dan ringkasan laporan

pencegahan kerugian dengan pihak pengurusan.f.         Membuat kerja perundingan, penyelesaian tuntutan kerugian dengan pihak insurans.g.       Bekerjasama dengan bahagian undang-undang untuk mendapatkan maklumat tentang risiko yang

diinsuranskan.h.       Mengodit perjanjian insurans bagi menentukan perubahan dalam keperluan insurans.i.         Merancang dan mengarah program pendidikan bagi menggalak penyertaan pekerja dalam rancangan

insurans berkumpulan.

Pekerjaan Yang Dikelaskan Dibidang ini Diantaranya:

a.       Broker Insuransb.       Eksekutif Insuransc.       Penaja Jamind.       Agen Insuranse.       Eksekutif Tuntutanf.         Adjuster Kerugiang.       Aktuarish.       Penyelia Insurans

Prospek Kerjaya

Insurans menawarkan banyak peluang bagi pemohon yang sesuai dan peluang untuk maju amat cerah kerana orangramai telah menyedari keperluan memiliki insurans. Peningkatan taraf hidup dan kemewahan dan perhatian terhadap jaminan kewangan telah turut meransang jualan insurans. Jumlah jualan insurans nyawa dan kesihatan juga akan meningkat dengan bertambahnya bilangan pekerja yang memasuki lingkungan umur 21- 54 dimana mereka yang didalam lingkungan umur ini mempunyai

Page 9: BIDANG KERJAYA

keperluan yang lebih tinggi untuk insurans nyawa dan kesihatan serta perlindungan untuk kediaman, kenderaan dan lain-lain barang berharga.

KERJAYA BIDANG ITKerjaya Di Bidang I.T. (Information Technology)

PAKAR GRAFIK KOMPUTER

Pakar Grafik Komputer berperanan mereka bentuk spesifikasi untuk pembangunan dan penukaran kelengkapan grafik samada dari segi perisian atau perkakasan mengikut kehendak pengguna. Selain itu, berikut adalah antara bidang tugas pakar grafik :

a.       Mengkod, menguji dan menilai perisian grafik.b.       Menyediakan buku panduan teknikal.c.       Memeriksa perkakasan grafik dipasang dengan betul dan menjalankan pelbagai ujian.d.       Mengadakan demonstrasi kepada pengguna serta memberi nasihat berkaitan masalah teknikal.e.       Menganalisa dan menyelesai masalah pengendalian perisian dan perkakasan grafik.f.         Menyediakan anggaran kos bagi kerja-kerja yang telah dilaksanakan.

Pekerjaan Yang Dikelaskan Di bidang Ini Di antara:

a.       Pengatur Program, Multimediab.       Pengatur Program, Analisisc.       Pereka Bentuk, WEBd.       Pemaju Perisian

Prospek Kerjaya

Terdapat peluang dalam sektor kerajaan, komersil, perusahaan dan perniagaan, jualan, bekerja sendiri dan lapangan pakar runding.

 

Page 10: BIDANG KERJAYA

JURUANALISIS SISTEM KOMPUTER

Juruanalisis sistem computer berperana mengumpul dan menganalisa fakta tentang operasi, prosedur dan sistem untuk memindahnya kepada bentuk program yang sesuai bagi peralatan prosesan data. Antara tugas lain kerjaya ini ialah :

a.       Mengkaji melalui pemerhatian dan membincang dengan semua pihak pekerja untuk menentukan keperluannya mengikut objektif organisasi.

b.      Mencadangkan penggunaan komputer untuk meningkatkan kecekapan produktiviti dan keuntungan organisasi.

c. Menyediakan spesifikasi program untuk tindakan Pengatur Cara Komputer.Pekerjaan Yang Dikelaskan Dibidang Ini:

a.       Juruanalisis, Sistem Komputer.b.       Juruanalisis MISc.       Pereka Bentuk, WEBd.       Juruanalisis, Komunikasi/Komputere.       Juruanalisis, Pangkalan Data/Komputerf.         Pemaju Perisiang.       Juruanalisis, PDE

Prospek Kerjaya

Terdapat peluang pekerjaan dalam sektor pembuatan, termasuk kejuruteraan diikuti dengan organisasi komersil seperti syarikat perisian, syarikat insurans, bank, institusi kewangan, syarikat minyak, pentadbiran awam. Juga berpeluang dalam jualan, bekerja sendiri dan lapangan pakar runding.

Page 11: BIDANG KERJAYA

PENGATURCARA KOMPUTER

Pengaturcara Komputer berperanan Mengkaji tujuan sesuatu rancangan, pengeluaran yang diperlukan, sumber dan jenis data kemasukan, membuat semakan dalaman dan kawalan yang diperlukan. Selain itu, berikut adalah bidang tugasnya :

a.       Menyediakan carta dan rajah pengaliran kerja serta menyusun langkah untuk penyediaan data dalam operasi pemprosesan komputer.

b.       Menukar carta dan rajah pengaliran kerja menjadi program komputer .c.       Mengadakan percubaan dengan data sampel untuk menguji program computer.

Pekerjaan Yang Dikelaskan Dibidang Ini Diantaranya: 

a.     Pengatur Program, Komputerb.     Pengatur Program, Komunikasic.     Pengatur Progran, Pangkalan Datad.     Pengatur Program, Sisteme.     Pengatur Progran, Analisisf.       Pengatur Program, Multimedia

Prospek Kerjaya

Meningkatkan diri ke jawatan Perancang Sistem/Juruanalisa Sistem dan Pengurus Bahagian Komputer. Terdapat peluang pekerjaan di syarikat perisian, syarikat insurans, bank, institusi kewangan, syarikat minyak, pentadbiran awam.

Page 12: BIDANG KERJAYA

KERJAYA BIDANG PERAKAUNANKERJAYA DI BIDANG PERAKAUNAN

1.       AKAUNTAN

Bidang Perakaunan dipercayai profession kedua tertua di dunia. Semua organisasi daripada perniagaan keluarga yang kecil hingga Syarikat Multinational memerlukan Akauntan bertauliah untuk menyediakan Akaun Syarikat. Akauntan dan Juruaudit merancang dan memberikan perkhidmatan perakaunan, memberi nasihat mengenai hal ehwal perakaunan serta merancang dan melaksanakan audit kewangan ke atas akaun Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pertubuhan Perniagaan dan Perindustrian. Keterangan Tugas

       Memberi nasihat, merancang dan melaksanakan dasar dan system belanjawan, kawalan akaun dan perakaunan lain;

       Menyediakan dan mengesahkan penyata kewangan untuk dibentangkan kepada pihak pengurusan, pemegang saham, badan berkanun dan badan-badan lain;

       Menyediakan penyata cukai, memberi nasihat mengenai masalah percukaian dan mempertahankan tuntutan yang dipertikaikan di hadapan pegawai cukai;

       Menyediakan atau melaporkan ramalan keuntungan dan belanjawan;       Menyediakan kos projek dan analisis risiko;       Mengenal pasti bahagian pengurangan kos dan mencadangkan langkah-langkah penjimatan kawalan

kos;       Menjalankan penyiasatan kewangan, melaksanakan audit, menyediakan laporan dan memberi nasihat

mengenai perkara seperti penipuan yang disyaki, ketidakmampuan, kebankrapan, penyatuan, pembiayaan modal serta pembelian dan penjualan perniagaan;

       Bertindak sebagai ejen pembubaran dalam perkara berhubung dengan kebankrapan dan percukaian;

Pekerjaan di bidang ini ;

Akauntan ( Juruaudit, kos dan cukai ), Bendahari, Setiausaha Syarikat, Juru PerundingPenolong Akauntan, Kerani Akaun

Kelulusan 

   -     Ijazah Sarjana Muda Perakaunan-          Malaysian Association of Certified Public Accountants (MACPA)-          Association of Certified Accountants (U.K)-          Institute of Cost and Management Accountants (U.K)-          The Chartered Associations of Certified Accountants (CACA)-          The Institute of Chartered Secretaries and Administration (ICSA)-          The Institute of Cost and Management Accountants (ICMA)-          Ahli Penuh Malaysia Institut of Accountans (MIA)

Prospek Kerjaya

Page 13: BIDANG KERJAYA

Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan-jabatan Kerajaan, badan-badan berkanun dan penguasa-penguasa tempatan. Di sektor swasta pekerjaan ini terdapat di badan-badan perdagangan dan perindustrian, bank, syarikat insuran dan firma perakaunan. 

DOKTOR PERUBATAN

Doktor Perubatan menentukan jenis penyakit dan merawat pesakit dengan menggunakan perubatan sistem saintifik. Mereka memeriksa pesakit dengan menggunakan stethoskop, alat pengukur tekanan darah dan lain-lain alat perkakas perubatan bergantung kepada tanda-tanda yang ditunjukkan oleh pesakit dan mengadakan ujian klinikal x-ray dan ujian histo-pathologikal untuk menentukan jenis penyakit dengan betul. Mereka mengesyorkan penggunaan ubat berdasarkan keputusan pemeriksaan serta meminta nasihat doktor-doktor atau pakar lain jika perlu. Mereka menjalankan rawatan dan pembedahan kecil dan menasihatkan pesakit tentang cara-cara rawatan serta memberikan dadah dan ubat bius jika perlu. Mereka menyimpan rekod pesakit-pesakit yang dirawatnya, jenis penyakit dan rawatan yang diberikan kepada pesakit. 

Pekerjaan Yang Dikelaskan Dibidang Ini Diantaranya:

Doktor Perubatan, Pakar Bedah, Pakar Questetik, Pakar Psikiatri, Pakar Oftamologi, Pakar Kardiologi, Obstetrision Dan Pakar Ginakologi, Pakar Neurologi, Ahli Farmasi, Doktor Haiwan, Doktor Pergigian.

Prospek Kerjaya

Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di hospital-hospital dan klinik di seluruh negara. Di sektor swasta pekerjaan ini terdapat di hospital-hospital swasta dan klinik-klinik dan bagi mereka yang telah disahkan oleh panel perubatan bolehlah membuka kliniknya sendiri. Seorang Doktor Perubatan juga boleh melanjutkan pelajarannya dengan pengkhususan dalam bidang-bidang tertentu seperti pakar bedah, pakar saraf, pakar telinga, hidung, kerongkong dan lain-lain. Selepas lulus MBBS mereka perlu menamatkan setahun Kursus Klinikal sebelum berdaftar sepenuhnya dengan Majlis Perubatan.

Page 14: BIDANG KERJAYA

DOKTOR PERGIGIAN

Doktor Pergigian menggunakan pengetahuan sains perubatan untuk mengesan, mencegah dan merawat penyakit-penyakit pergigian, kecederaan dan kecacatan bentuk pada gigi, gusi dan struktur mulut yang berkaitan serta memprekripsikan ubat dan melakukan tindakan pencegahan. 

Pekerjaan Yang Dikelas Di Bidang Ini Di Antaranya:

Doktor Pergigian, Pakar Pedodontik, Pakar Prostodontik, Pakar Periodontik, Pakar Ortodontik, Doktor Pergigian, Pembedahan Mulut.

Prospek Kerjaya

Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di hospital-hospital dan pusat-pusat kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan dan kor perubatan dan pergigian Angkatan Tentera dan universiti-universiti. Di sektor swasta pekerjaan ini terdapat di hospital-hospital dan klinik-klinik swasta. Doktor Pergigian juga boleh membuka klinik pergigian persendirian.

DOKTOR HAIWAN

Doktor Haiwan terlatih dan berkelayakan secara perubatan. Mereka akan membuat diagnosis dan mempreskripsikan rawatan perubatan atau pembedahan bagi penyakit dan kecederaan haiwan. Mereka memberi nasihat kepada tuan punya haiwan, menghapuskan haiwan yang sakit atau tidak diperlukan, memberi imunisasi melawan virus am dan penyakit bakteria serta menjalankan pemeriksaan bedah siasat.

Pekerjaan Yang Dikelas Di Bidang Ini Di Antaranya:

Pakar Veterinar, Pakar Bedah, Veterinar, Pakar Veterinar, Kesihatan Awam.

Prospek Kerjaya

Di sektor awam pemegang ijazah Doktor Perubatan Veterinar boleh memasuki perkhidmatan veterinary yang terlibat dalam kesihatan umum veterinary dan pengeluaran ternakan. Peluang pekerjaan sebagai pegawai penyelidik terdapat di pertubuhan-pertubuhan penyelidikan perubatan, universiti, MARDI dan beberapa projek usahasama di bidang ternakan antara perbadanan kemajuan negeri dengan pertubuhan-pertubuhan swasta seperti Johor Tenggara, DARA Beef, Pahang Beef.

Di sektor swasta pula terdapat peluang pekerjaan sebagai pegawai haiwan, pegawai analisa projek, pengurus, pegawai penyelidik dan yang berkelayakan boleh menjalankan perusahaan atau perniagaan veterinar sendiri.

Page 15: BIDANG KERJAYA

AHLI FARMASI

Ahli Farmasi terlibat dalam pembancuhan dan pembekalan ubat-ubatan mengikut priskripsi doktor atau formula yang tertentu. Mereka menggunakan konsep dan teori farmaseutikal dalam penyediaan serta pendispensan ubat-ubatan dan dadah serta menjalankan penyelidikan mengenai pengeluaran, penyimpanan, kawalan kualiti dan pengedaran dadah dan bekalan yang berkaitan.

Pekerjaan Yang Dikelaskan Dibidang Ini Diantaranya:

Ahli Farmasi, Ahli Farmasi, Perindustrian, Ahli Farmasi, Runcit, Ahli Farmasi, Hospital.

Prospek Kerjaya

Di sektor awam ahli farmasi terdapat di jabatan-jabatan kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan seperti di hospital-hospital dan dispensari. Pekerjaan ini juga terdapat di institut pengajian tinggi seperti universiti-universiti dan hospital pengajian. Mereka yang tekun dan mempunyai pengalaman berpeluang dinaikkan ke pangkat yang lebih tinggi.  Di sektor swasta pekerjaan ini terdapat di industri-industri farmasi yang terlibat dalam pengeluaran dan pengedaran atau penjualan ubat-ubatan di hospital swasta.

Page 16: BIDANG KERJAYA

KEJURURAWATAN

Bidang kejururawatan tergolong di dalam bidang perubatan. Bidang ini menyediakan penjagaan kejururawatan kepada pesakit, cedera dan orang lain yang memerlukan penjagaan yang seumpamanya dan menangani kes kecemasan sewaktu ketiadaan doktor. Pekerjaan yang tergolong di bidang kejururawatan seperti berikut:

a.       Jururawatb.       Jururawat khususc.       Jururawat perindustrian

Prospek Kerjaya

Peluang pekerjaan bidang ini terdapat di hospital, klinik dan pusat-pusat kesihatan sama ada di sektor awam dan swasta. Mereka boleh dipertimbangkan ke jawatan Ketua Jururawat, Penyelia jururawat dan matron.AHLI PSIKOLOGI

Ahli psikologi menyelidik dan membuat kajian dalam pengurusan saintifik berkenaan dengan kelakuan manusia. Ia merupakan suatu sains dan menggunakan pengetahuan berkenaan untuk mempertingkatkan penyesuaian dan perkembangan peribadi, sosial, pendidikan atau pekerjaan.

Pekerjaan Yang Dikelaskan Dibidang Ini Diantaranya:

a.       Ahli Psikologi, Klinikalb.       Ahli Psikologi, Pendidikanc.       Ahli Psikologi, Pekerjaan

Prospek Kerjaya

Di Sektor Awam ahli psikoligi boleh berkhidmat di Jabatan Penjara Malaysia, Pensyarah-pensyarah di universiti-universiti sebagai pakar pemulihan, Penyelidik, Kaunselor di Jabatan Perkhidmatan Awam. Di Sektor Swasta ahli psikologi boleh bekerja di bidang pentadbiran dan pengurusan, perniagan dan perusahaan, pemasaran dan perhubungan awam, perjawatan, perkhidmatan kesihatan. Peluang dalam bidang psikologi di peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah akan menjanjikan masa depan yang cerah, mereka boleh menubuhkan pusat penjagaan kesihatan mental, perunding pembangunan sumber manusia dan peluang mungkin bertambah apabila ahli psikologi mempertingkatkan kajian tentang kesan kemajuan teknologi di masa akan datang terhadap manusia.

Page 17: BIDANG KERJAYA

Sains komputer (computer science) secara umumnya adalah pengkajian perhitungan (computation) dan pemprosesan maklumat, sama ada dari segi perkakasan mahupun perisian.Seseorang yang pakar dalam bidang perkomputeran dipanggil Saintis Komputer. Ini adalah kerana sains komputer merupakan salah satu cabang daripada aliran sains. Skop sains komputer masih tidak dapat dipisahkan dengan jelas memandangkan bidang ini meliputi aspek yang amat luas dalam kehidupan manusia dan skopnya akan terus berkembang selari dengan perkembangan kemajuan teknologi. Sebagai contoh, pada suatu masa dahulu telefon bimbit lebih dikaitkan dengan bidang kejuruteraan, akan tetapi apabila teknologi telefon bimbit semakin berkembang, terdapat banyak teknologi daripada aliran sains komputer diserapkan ke dalam alatan ini. Kemajuan robotik semakin menyerapkan elemen-elemen sains komputer seperti kepintaran buatan untuk menjadikan sesebuah robot lebih bijak.Bidang ini mendapat penawaran meluas di dalam universiti dalam dan luar negara memandangkan ia merupakan bidang yang menarik perhatian serta tempat yang meluas dalam industri. Antara perkara penting dalam sains komputer adalah Bahasa Pengaturcaraan. Bahasa pengaturcaraan adalah bahasa yang boleh digunakan untuk menulis perisian komputer. Antara bahasa pengaturcaraan yang popular ialah C, C++ dan Java.

Rangkaian Komputer adalah sekumpulan peranti, dikenali juga sebagai nod, yang berhubungan dengan media penghubung. Nod boleh terdiri dari komputer, pencetak atau lain-lain peranti yang menghantar dan menerima data yang dihasilkan oleh nod-nod lain dalam rangkaian. Media penghubung juga dikenali sebagai media komunikasi.

Rangkaian yang pertama ialah pada sekitar akhir 1960-an dan awal 1970-an, iaitu ARPANET yang dibina oleh ARPA untuk Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Pada hari ini, terdapat pelbagai jenis rangkaian, antaranya rangkaian kawasan setempat (LAN) dan rangkaian kawasan luas (WAN). Rangkaian yang paling besar di dunia ialahInternet.

Kejuruteraan perisian merupakan bidang mereka, melaksanakan dan mengubah perisian dengan mengaplikasikan konsep pembangunan dan amalan dari sains komputer, pengurusan projek dan kejuruteraan supaya ia lebih berkualiti, murah, disenggara dan mudah dibina.

Istilah "kejuruteraan perisian" mula diperkenalkan pada akhir tahun 1960-an setelah para saintis komputer menyedari betapa perlunya satu disiplin dalam pembangunan sistemperisian.[1] Kebanyakan projek perisian yang dipelopori pada masa itu tidak menunjukkan tanda-tanda yang perisian tersebut dapat membantu menyelesaikan masalah pengguna. Permasalahan ini telah dibentang dan dibincangkan dalam seminar mengenai krisis perisian di Rom pada tahun 1969. Lanjutan daripada isu tersebut, banyak cara penyelesaian terhadap pembangunan dan pengurusan perisian telah dicadang dan diuji. Ada yang berpendapat bahawa penyelesaian sepatutnya terletak pada teknik pengurusan. Setengahnya mencadangkan supaya penggunaan bahasa dan alatan

Page 18: BIDANG KERJAYA

perisian yang lebih canggih patut diutamakan. Yang lain pula mencadangkan supaya dikenakan suatu kepiawaian bagi keseluruhan organisasi komputer, contohnya kaedah pengekodan yang seragam.

IEEE mentakrifkan kejuruteraan sebagai pendekatan yang sistematik dalam pembangunan, operasi, penyenggaraan dan penggunaan perisian.

Bioinformasi merupakan bidang yang mengaplikasikan teknologi komputer dalam pengurusan maklumat-maklumat biologi. Komputer digunakan untuk memperolehi, menyimpan, menganalisis dan mengintegrasikan maklumat biologi dan genetik yang dapat digunakan dalam pengumpulan maklumant berkenaan penghasilan ubat-ubatan berasaskan-gen dan pembangunan perisian.

Bioinformasi menggunakan algoritma, data, informasi sistem, teknologi web, kecerdasan buatan, statistik, penggunaan model dan stimulasi.

ANIMATION

Are you great at drawing and have a talent in storytelling? Do you possess a great deal of imagination and creativity?  If it’s a yes, then Animation is the right career option for you.

The best way to pursue a career in animation is by getting a degree or diploma in animation or a degree in fine arts. Aptitude in sketching, drawing and deep interest in computers is always considered essential to gain entry into the animation industry.

CAREERS IN ANIMATION IN MALAYSIAThe global growth of the animation industry is projected to grow USD35 billion in 2013 from USD25 billion in 2010, according to the National Association of Software and Services Companies. The Malaysian animation industry itself is estimated to be worth RM16 billion based on advertising, animation, digital content, film & TV, games, music and video.

DESIGNDo you like wandering through art galleries? Look for graphics on the Internet? Or appreciate the visuals in magazines or in music videos? Then you might want to consider taking up Design.Usually this course provides you a practical hands-on experience across a wealth of arts design subjects including but not limited to photography, art and art history, animation, illustration, computer animation, ceramics, fabrics, furniture, glass, interior design, web design, and more. Taking up Design courses will enable you to communicate ideas or messages through art.

In Malaysia, the creative industry is still considered a nascent sector yet an important income-generating arm. Lately, the government has extended its help to provide funding to local businesses in the design, arts, content creation and so forth. Trends in tourism such as theme park

Page 19: BIDANG KERJAYA

Legoland and sustainable design in the automotive and construction industry will require more designers.DESIGN CAREERS IN MALAYSIAThere are opportunities for careers in graphic design and interior design. Many of them require one to three years of experience in the field and the ability to work with specific software. There are fewer vacancies for industrial design, but the future looks promising. As someone with qualifications in design, you could also become an account manager for a design agency and work for the benefit of the client.

Program Diploma Analisis Pelaburan merupakan salah satu program di bawah Fakulti Perniagaan dan Pengurusan yang ditawarkan di UiTM Johor, untuk melatih bumiputera dalam bidang kewangan dan pelaburan. Pada tahun pertama dan kedua, pelajar didedahkan kepada konsep-konsep asas pengurusan dan perniagaan. Tahun ketiga pula, penekanan diberikan kepada prinsip-prinsip dan perkembangan semasa yang menjadi amalan pelaburan institusi kewangan di Malaysia.

Program ini direka khas untuk melatih dan memberikan pendedahan yang sewajarnya kepada para graduan mengenai konsep pelaburan yang semakin kritikal. Program ini juga akan memberikan pemdedahan yang luas mengenai dunia pelaburan yang sebenar melalui pembelajaran dan kerja kursus. Program ini membuka peluang kepada Bumiputera lulusan Diploma dari UiTM atau mana-mana institusi yang setaraf dengannya bagi meningkatkan kemahiran dalam bidang pelaburan di peringkat profesional.

Objektif

Objektif program ini telah dirangka untuk melahirkan graduan yang terlatih dan berdisiplin serta membentuk kebolehan, kemahiran dan membuat keputusan khususnya dalam bidang pelaburan dan kewangan. Struktur program ini mengambil masa tiga (3) tahun sepenuh masa dan memerlukan 96 hingga 98 jam kredit untuk dikurniakan diploma. Kursus-kursus dalam program ini dijalankan secara kuliah dan tutorial yang memerlukan penglibatan secara langsung oleh pelajar untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran.

Antara objektif program ini diadakan adalah untuk melahirkan graduan yang profesional di dalam bidang ukur bahan dan pembinaan (dikenali sebagai Juruukur Bahan (Quantity Surveyor)) samada disektor awam mahupun swasta.

Program ukur bahan ini merupakan antara kursus yang melibatkan projek dan pembinaan. Juruukur Bahan merupakan perunding yang bertanggungjawab di dalam menentukan kos binaan bagi sesebuah bangunan/pembangunan.

Didalam sesi pengajaran dan pembelajaran, pendekatan yang digunakan adalah lebih tertumpu kepada amali/praktikal dan juga teori. Ini bagi melengkapkan graduan dengan situasi sebenar kerjaya di dalam bidang ukur bahan.

DIPLOMA PENGIMEJAN PERUBATAN

Page 20: BIDANG KERJAYA

Pengimejan perubatan ini merupakan salah satu bidang yang terletak di bawah fakulti sains kesihatan. Bidang pengimejan perubatan ini lebih dikenali sebagai medical imaging dengan nama saintifiknya. Dengan kata ringkas lain, bidang ini adalah bidang yang menuntut anda bergelumang dengan proses xx-ray danradiotion. Bidang ini merupakan antara bidang separa profesional yang terdapat di negara. Program ini menggabungkan pengetahuan ilmiah dan kemahiran praktikal sebenar di dalam makmal-makmal moden dan lengkap. Hal ini betujuan untuk melengkapkan ssserta meeeningkatkan pengalaman pengetahuan dan kemahiran bagi melahirkan ahli medical imaging yang berfikiran kritis. antara manfaat terbesar bidang ini ialah membolehkan diognisis dilakukan tanpa sebarang prosedur melalui pembedahan dan secara tidak langsung membolehkan penyakit kritikal seperti kanser dapat dikenal pasti dengan lebih cepat.

Peluang Kerjaya

            Hasil gabungan pembelajaran yang komprehensif dan juga aspek praktikal di dalam Diploma Pengimejan Perubatan ini dapat membuka peluang pekerjaan kepada para graduan dalam industri ini. Oleh hal yang demikian, graduan program ini tidak perlu risau kerana bidang ini mempunyai masa depan yang cerah sama ada di dalam negara mahupun luar negara. Selain daripada melanjutkan pelajaran dalam peringkat Ijazah, Master mahupun PhD dalam bidang Pengimejan mahupun Fizik Perubatan para graduan boleh memohon pekerjaan sebagai :

Juru Xx-Ray di Hospital awam mahupun swasta Application Speacialist Jurutera pemasaran Pembantu Juru Xx-Ray Tenaga Pengajar ( Master mahupun PhD)

Program ini berkisar kepada pelbagai subjek dan proses tekstil yang termasuk penghasilan serat sintetik, yarn, fabrik tenunan dan kaitan, pewarnaan, pengujian dan pengawalan kualiti produk tekstil. Pelajar juga akan menjalani Latihan Industri sebagai pendedahan kepada persekitaran pekerjaan. PROGRAM INI TELAH DIIKTIRAF OLEH INSTITUT TEKSTIL UNITED KINGDOM DAN GRADUAN PROGRAM INI AKAN DIANUGERAHKAN THE LICENTIATESHIP OF TEXTILE INSTITUTE (LTI). Graduan juga boleh melanjutkan pengajian mereka pada peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja semasa.PROSPEK KERJAYAGraduan bagi program ini mempunyai skop kerjaya di dalam dalam industri tekstil atau lain-lain yang berkaitan, di antaranya:-Penolong Pegawai Penyelidik-Penolong Pegawai Sains-Penolong Pegawai Kawalan Mutu-Penolong Pengurus Makmal -Pentadbir

Page 21: BIDANG KERJAYA

-Pekerja Teknikal-Pembantu Jurutera-Usahawan