bidang ekonomi

22
BIDANG – BIDANG EKONOMI HIDAYATUL NABILA ROSAIDI

Upload: m10ehebat

Post on 19-Jun-2015

3.081 views

Category:

Spiritual


10 download

DESCRIPTION

Bidang EkonomiOleh:Hidayatul Nabila Rosaidi

TRANSCRIPT

Page 1: bidang ekonomi

BIDANG – BIDANG

EKONOMIHIDAYATUL NABILA ROSAIDI

Page 2: bidang ekonomi

ASAS-ASAS EKONOMI ISLAM

Allah s.w.t

Manusia sebagai hamba dan khalifah

Kekayaan alam semula jadi

Page 3: bidang ekonomi

KONSEP TAUHID• Hubungan antara manusia dengan Tuhan,

sesama manusia dan hubungan manusia dengan alam sekeliling

• Konsep ini berkait rapat dengan sifat Allah s.w.t sebagai Pencipta dan Penguasa yang membuat hukum dan peraturan bagi memelihara kehidupan makhluk

• Dalam konteks ekonomi, ia merupakan peraturan Ilahi bagi meningkatkan kualiti hidup di dunia sebagai laluan ke akhirat.

Page 4: bidang ekonomi

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “ Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi”… (2:30)

• Manusia berperanan sebagai pemegang amanah dan bertanggungjawab memakmurkan bumi Allah s.w.t

•Allah telah mempersiapkan Adam untuk memakmurkan bumi dengan memberikannya ilmu pengetahuan

•Allah juga memberikan kemudahan kepada manusia dengan menyediakan segalanya di atas muka bumi ini.

Sesungguhnya Kami telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi itu (sumber) penghidupan. Amat sedikitlah kamu bersyukur. (7:10)

Page 5: bidang ekonomi

Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu yang mudah dijelajahi, maka jelajahilah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya. Dan hanya kepada-Nyalah kamu (kembali setelah) dibangkitkan. (67:15)

• Sumber-sumber alam merupakan anugerah Allah yang terdapat pada alam sekitar dan ia boleh diubah menjadi hasil kekayaan

• Sumber pertanian, sumber perhutanan, sumber lautan, sumber perlombongan

• Galakan untuk mencari dan mengeksploitasi sumber alam semula jadi yang telah disediakan Allah s.w.t

• Wajib bagi manusia untuk memanfaatkan segala yang diciptakan dengan baik dan terurus

Page 6: bidang ekonomi

Bidang Ekonomi

Islam

PERTANIAN

PERUSAHAAN

PERNIAGAAN

PERTANIAN

PERUSAHAANPERNIAGAAN

Page 7: bidang ekonomi

Pertanian • Bagi umat Islam, kegiatan pertanian ialah antara cara yang mudah bagi mendapat ganjaran pahala daripada Allah s.w.t di samping mendapat manfaat atau pendapatan yang halal daripada hasil jualan keluaran pertanian.

• Rasulullah bersabda bermaksud: "Tiada seorang Muslim pun yang bertani, lalu hasil pertaniannya dimakan oleh burung atau manusia atau binatang, melainkan dia akan menerima pahala di atas hal itu." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

•Kegiatan pertanian dari aspek akidah dapat mendekatkan diri seseorang kepada Allah. Hal ini kerana tanda kebesaran Allah dapat dilihat dengan jelas dalam proses kejadian tumbuh-tumbuhan atau tanaman.

•Melakukan usaha pertanian lebih membuatkan seseorang itu memahami hakikat sebenar tawakal kepada Allah dan beriman kepada kekuasaan-Nya. Petani walaupun perlu bekerja keras dan menggunakan segala kepakaran untuk menjayakan usaha pertaniannya, yang memberikan hasil adalah Allah

Page 8: bidang ekonomi

Pertanian adalah bidang yang paling afdhal

Menurut Imam An-Nawawi dalam Shahihnya, (Al-Majmuk: 9/54 & Shahih Muslim Syarh Imam An-Nawawi) pekerjaan yang baik dan afdhal ialah pertanian kerana bidang ini merupakan hasil tangan seseorang itu dan ia juga memberi manfaat kepada diri sendiri, umat Islam dan kepada binatang.

Kepentingannya sebagai bidang yang membekalkan makanan kepada umat. Sebagai contoh, Malaysia yang tanahnya subur untuk tanaman padi di sebelah utara terutamanya manakala makanan ruji rakyat Ireland ialah kentang.

Nabi Muhammad saw menjelaskan kepentingan pertanian dalam sabda Baginda, bermaksud:

"Andainya kiamat tiba dan pada tangan seseorang daripada kamu ada sebatang anak kurma, maka hendaklah dia tanpa berlengah-lengah lagi menanamkannya." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Page 9: bidang ekonomi

Menanam Tanaman Haram dan Membahayakan

Islam melarang aktiviti pertanian yang dijalankan bagi tujuan yang meragukan atau tidak sah menurut Islam:

menanam anggur bagi tujuan membuat minuman keras

penjualan dan pengeluaran bahan-bahan yang memudaratkan

manusia seperti penanaman ganja

Dalam kitab al-Majmuk ada membincangkan kedudukan sama ada boleh atau tidak seseorang menjual anggur yang ditanamnya kepada seseorang yang diketahui akan atau menggunakan anggur itu bagi membuat minuman keras, maka pendapat yang shahih adalah haram bagi orang berkenaan menjual anggurnya kepada pembeli tersebut. (Al-Majmuk: 9/334)

Page 10: bidang ekonomi

Perniagaan (Jual Beli)

Definisi: Al Qurtubi (Al Jami’ Li al Ahkam)- kegiatan jual beli antara dua pihak iaitu penjual dengan pembeli Sayid Sabiq (Fiqh al Sunnah)- pertukaran barang dengan barang, harta dengan harta dan harta dengan barangan berserta persetujuan kedua-dua belah pihak iaitu pembeli dan penjual yang diizinkan oleh syarak Al Syaibani (al Iqna’) – pertukaran wang dengan barang atau barang dengan barang untuk mendapatkan keuntungan

Konsep perniagaan dalam Islam meliputi habluminallah dan habluminannas

Menjadi media penyebaran dakwah Islamiah ke seluruh dunia. Islam telah dibawa ke Asia melalui perdagangan.

Sabda Rasulullah: Didorong atas kamu ialah perniagaan kerana di dalamnya ialah sembilan per sepuluh daripada rezeki (HR Bukhari)

Page 11: bidang ekonomi

ARAB SEBELUM ISLAM Sebelum Islam, bangsa Arab telah pun terkenal sebagai golongan

pedagang yang handal serta mampu menguasai jalan perdagangan dunia

KEDATANGAN ISLAM Mekah muncul sebagai salah satu pusat perdagangan yang penting Faktor-faktor Mekah muncul sebagai pusat perdagangan: sebagai pusat ibadat bagi orang yang mengerjakan haji- keamanan

dan keselamatan terjamin kedudukannya yang strategik yang berada di tengah-tengah dunia-

pengimport dan pengedar barangan dari seluruh dunia pusat perdagangan bebas cukai- keuntungan yang terjamin dan

berlipat kali ganda Walaupun tiada kerajaan yang menjaga keamanan Makkah, tetapi

kekuasaan kaum Quraisy berupaya menjamin keselamatan dari ancaman kabilah Arab yang lain

Sejarah Perniagaan

Page 12: bidang ekonomi

PERNIAGAAN

PERATURAN

AKAD BAHAGIAN-BAHAGIAN

Page 13: bidang ekonomi

Rukun:1. Penjual2. Pembeli 3. Barang yang dijual beli4. Harga 5. Sighah (ijab kabul)

Syarat Penjual dan pembeli

BalighSempurna akal fikiran

BarangBernilai dan bermanfaatJelas sifatnya dan dilihat oleh pembeli ketika akad atau sebelum

Harga Disebut ketika akadMata wang mesti dijelaskan

PERATURAN dalam PERNIAGAAN

Page 14: bidang ekonomi

Persetujuan antara dua belah pihak iaitu penjual dengan pembeli Asas akad/ kontrak jual beli: pertukaran (al mubadalah) dan saling

bertukar sebgai balasan (al I’wad) Contohnya, penjual menyerahkan barang dan menerima wang. Pembeli

menyerahkan wang dan menerima barang

Syarat akad:• Bertulis• Penulis yang adil• Jangka waktu yang tertentu• Jumlah yang tertentu• Ada saksi (dua lelaki atau lelaki dan perempuan)

AKAD PERNIAGAAN

Page 15: bidang ekonomi

BAHAGIAN-BAHAGIAN dalam PERNIAGAAN

Perniagaan berlangsung dalam 3 bentuk: barang dengan barang, barangdengan wang secara tunai dan pertukaran di dalam kedua bentuk ini tetapi secara hutangSecara lebih terperinci:1. Pertukaran barangIslam haruskan jual bentuk dalam bentuk ini dengan syarat ada dengan peniaga, kuantiti sama jika sama jenis dan kuantiti tidak mesti sama jika berlainan jenis2. TunaiIni cara terbaik dari berlakunya riba3. HutangSyarat-syaratnya:-tempoh yang jelas dan tidak meragukan-pencatat dilantik untuk mencatat semua urusan hutang-piutang-orang yang berhutang mesti melafazkan syarat dan ketentuannya-wakil boleh dilantik -dua orang saksi

Page 16: bidang ekonomi

Perusahaan

Islam tidak hanya membataskan umatnya agar bergiat dalam satu bidang sahaja

Ianya merupakan fardhu kifayah bagi umat Islam mendalami ilmu pengetahuan dalam sektor- sektor ekonomi yang lain seperti perusahaan

Ilmu-ilmu ini kalau sesuatu negara itu kekosongan orang-orang yang memahami urusan tersebut, maka seluruh penduduk negeri tersebut berdosa. Tetapi kalau ada seorang yang bekerja untuk persoalan ini, sudah dianggap cukup dan gugurlah kewajiban itu dari yang lain.

Al-Quran telah mengisyaratkan supaya memperbanyak bidang-bidang perindustrian dengan disebutnya sebagai nikmat kurnia Allah.

Page 17: bidang ekonomi

Kisah Dalam Al-Quran

Dan sungguh, telah Kami berikan kepada Daud karunia dari Kami. (Kami berfirman), “Wahai gunung-gunung dan burung-burung! Bertasbihlah berulang-ulang bersama Daud,” dan Kami telah melunakkan besi untuknya. (Surah Saba’: 10)

Masalah yang dihadapi oleh kaumnya adalah, banyaknya peperangan di zaman mereka. Karena itu, pembuatan baju besi sangat penting. Baju besi yang dibuat oleh para ahli sangat berat sehingga seorang yang berperang tidak mudah bergerak dengan bebas ketika memakai baju besi itu.

Musuh-musuh Daud mengetahui bahawa pedang mereka tidak akan mampu menembus baju besi ini. Baju besi yang dipakai oleh para musuh itu sangat berat dan dapat ditembus oleh pedang. Baju besi yang mereka pakai tidak membuat mereka bergerak dengan bebas dan tidak dapat melindungi mereka saat berperang,

Page 18: bidang ekonomi

AMAL USAHA•Amal usaha merupakan satu konsep yang dipegang oleh seluruh umat Islam dalam menjalankan sesuatu urusan dalam ekonomi

•Setiap manusia akan mendapat hasil di atas apa yang dia usahakan dan dijelaskan dalam surah an-Nisa, ayat 32:

…(Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Cara perlaksanaan amal usaha secara dasarnya boleh dibahagikan kepada dua:Secara langsung Tidak langsung

Page 19: bidang ekonomi

• Secara LangsungSebagai contoh, hak pemilikan tanah:

• Sesiapa sahaja yang mengusahakan tanah terbiar dengan jayanya akan mendapat hak milik kekal terhadap tanah berkenaan berdasarkan pendapat kebanyakan uPerkara ini disebutkan dalam riwayat Aisyah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesiapa yang memakmurkan (mengusahakan) tanah yang tidak dimiliki oleh sesiapa maka dia lebih berhak terhadapnya”

(Hadis riwayat Al-Bukhari)

• Walau bagaimanapun kita telah pun mempunyai peraturan atau undang-undang tanah, maka tidaklah boleh menggunakan tanah dengan sewenang-wenangnya melainkan terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa.

Page 20: bidang ekonomi

• Secara tidak langsung

AL MUDHARABAH•Akad perkongsian antara pemodal dan pengusaha •Modal- al qiradh•Rasulullah dan Siti Khadijah•Pengusaha mengendalkina sendiri urus niaga dan pemodal tidak boleh campur tangan•Pemodal tanggung rugi•Hanya wang tunai sahaja menjadi modal

AL MUSYARAKAH

•Perkongsian modal antara dua pihak atau lebih untuk urusan perniagaan atau perusahaan untuk dapatkan untung•Usaha boleh dijalankan oleh ahli dan berhak mendapatkan keuntungan lebih berdasarkan tenaga dan modal•Kerugian ditanggung mengikut kadar saham yang dipegang•Segala yang bernilai boleh dijadikan modal seperti wang atau barang berharga

Page 21: bidang ekonomi

RUJUKAN

1. Dr. Yusuf Al Qardawi, Peranan Nilai dan Akhlak dalam Ekonomi Islam. Blue-T Sdn Bhd, Kuala Lumpur, Cetakan pertama 1998.

2. Mahayudin Hj. Yahya, Tamadun Islam. Fajar Bakti Sdn. Bhd., Shah Alam Selangor, cetakan keempat 1998.

3. Mustafa Haji Daud, PERNIAGAAN MENURUT ISLAM. Utusan Publication & Distribution Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, terbitan pertama 1994.

4. http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2002/ic44_2002.htm

5. http://pasbukitbendera.com/index.php?option=com_content&task=vie

w&id=147&Itemid=45

6. http://tausyah.wordpress.com/2010/06/08/perusahaan-dan-mata-penc

arian/

7. http://quran.com/

8. http://www.slideshare.net/wanbk/bab-1-falsafah-perniagaan-islam

Page 22: bidang ekonomi

SEKIAN TERIMA KASIH