sinopsis novel hikmah

4
Bab 1: Sakit Hati Amri seorang murid yang nakal. Amri mempunyai ramai kawan yang nakal seperti Siv Mereka menganggap Amri sebagai ketua atau ‘bos’ mereka. Amri telah dirotan oleh Cikgu Salman. Seorang pengawas sekolah, Sapura, telah campur tangan ketika Amri sedang meminta wang perlindungan daripada seorang murid junior, iaitu Saleh. Nas baik Cikgu Salman tidak mengetahui perkara sebenar. Amri dan beberapa orang rakannya sering mengugut murid-murid junior agar membaya wang perlindungan kepada mereka untuk mengelakkan diri daripada dibelasah dan dibuli. Amri berkira-kira sendiri. Dia cuba mencari helah untuk mengenakan Sapur mula membayangkan keadaan Sapura yang akan dikenakan olehnya nanti. Dia ingin membalas dendam tetapi Siva pula tidak mahu melibatkan diri. Siva tidak sanggup berhadapan dengan Sapura, seorang pengawas perempuan. Bab 2: Berwaspada Rozita merupakan kawan baik Sapura. Rozita mengingatkan Sapura agar sentiasa berjaga-jaga kerana Amri akan membalas dendam terhadap dirinya pada bila-bila ma Sebaliknya, Sapura tidak berasa takut kerana baginya, cabaran itu ialah suatu am yang perlu dipikul oleh pengawas. Banyak pengawas berasa takut apabila berhadapan dengan Amri kecuali Sapura. Sapura teringat akan hal pagi tadi, yakni semasa dia dalam perjalanan ke kantin, ternampak dengan Amri yang sedang membuli seorang murid junior. Murid junior itu berasa takut dan berbohong di depan Sapura. Sapura berkata kepada Amri bahawa di hendak memberitahukan hal tersebut kepada guru disiplin. Amri tidak berasa takut juga memberikan amaran kepada Sapura. Walaupun Cikgu Salman menyuruh murid itu bercakap benar tetapi tetap dinafikan olehnya. Apabila loceng berbunyi, Sapura berjalan menuju ke arah tempat letak basikal. Di berselisih dengan Amri. Sapura membelek-belek basikalnya kerana takut kalau-kala Amri telah bertindak merosakkan basikalnya. Akhirnya, Sapura tiba di rumahnya ta ada sebarang kejadian yang berlaku. sinopsis Novel Hikmah: Bab 3 Penulis: Mohd.Faris Ikmal Bab 3; Kesusahan Hidup Amri berubah sikap apabila berada di rumahnya. Dia menjadi anak yang baik dan sangat menyayangi ibunya. Kehidupan mereka miskin dan terpaksa bergantung harap kepada Pak Dollah kerana sikap bapa Amri yang tidak bertanggungjawab kepada kehidupan Amri dan ibunya. Jika tidak kerana ayah, mungkin kehidupan mereka tida jadi begini dan Amri juga tidak akan berperangai seperti samseng di sekolah. Amri berasa geram semasa mengingati kisah ayahnya. Bagi Amri, orang lain perlu merasai sama rasa sakit hati yang ditanggungnya selama ini. Amri tidak mahu memikirkan perkara itu lagi. Dia perlu memikirkan kehidupan keluarganya. Bagi ib

Upload: nur-aniza-hussine

Post on 21-Jul-2015

269 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Bab 1: Sakit Hati Amri seorang murid yang nakal. Amri mempunyai ramai kawan yang nakal seperti Siva. Mereka menganggap Amri sebagai ketua atau bos mereka. Amri telah dirotan oleh Cikgu Salman. Seorang pengawas sekolah, Sapura, telah campur tangan ketika Amri sedang meminta wang perlindungan daripada seorang murid junior, iaitu Saleh. Nasib baik Cikgu Salman tidak mengetahui perkara sebenar. Amri dan beberapa orang rakannya sering mengugut murid-murid junior agar membayar wang perlindungan kepada mereka untuk mengelakkan diri daripada dibelasah dan dibuli. Amri berkira-kira sendiri. Dia cuba mencari helah untuk mengenakan Sapura. Dia mula membayangkan keadaan Sapura yang akan dikenakan olehnya nanti. Dia ingin membalas dendam tetapi Siva pula tidak mahu melibatkan diri. Siva tidak sanggup berhadapan dengan Sapura, seorang pengawas perempuan. Bab 2: Berwaspada Rozita merupakan kawan baik Sapura. Rozita mengingatkan Sapura agar sentiasa berjaga-jaga kerana Amri akan membalas dendam terhadap dirinya pada bila-bila masa. Sebaliknya, Sapura tidak berasa takut kerana baginya, cabaran itu ialah suatu amanah yang perlu dipikul oleh pengawas. Banyak pengawas berasa takut apabila berhadapan dengan Amri kecuali Sapura. Sapura teringat akan hal pagi tadi, yakni semasa dia dalam perjalanan ke kantin, dia ternampak dengan Amri yang sedang membuli seorang murid junior. Murid junior itu berasa takut dan berbohong di depan Sapura. Sapura berkata kepada Amri bahawa dia hendak memberitahukan hal tersebut kepada guru disiplin. Amri tidak berasa takut. Dia juga memberikan amaran kepada Sapura. Walaupun Cikgu Salman menyuruh murid itu bercakap benar tetapi tetap dinafikan olehnya. Apabila loceng berbunyi, Sapura berjalan menuju ke arah tempat letak basikal. Dia telah berselisih dengan Amri. Sapura membelek-belek basikalnya kerana takut kalau-kalau Amri telah bertindak merosakkan basikalnya. Akhirnya, Sapura tiba di rumahnya tanpa ada sebarang kejadian yang berlaku.

sinopsis Novel Hikmah: Bab 3Penulis: Mohd.Faris Ikmal Bab 3; Kesusahan Hidup

Amri berubah sikap apabila berada di rumahnya. Dia menjadi anak yang baik dan sangat menyayangi ibunya. Kehidupan mereka miskin dan terpaksa bergantung harap kepada Pak Dollah kerana sikap bapa Amri yang tidak bertanggungjawab kepada kehidupan Amri dan ibunya. Jika tidak kerana ayah, mungkin kehidupan mereka tidak jadi begini dan Amri juga tidak akan berperangai seperti samseng di sekolah. Amri berasa geram semasa mengingati kisah ayahnya. Bagi Amri, orang lain perlu merasai sama rasa sakit hati yang ditanggungnya selama ini. Amri tidak mahu memikirkan perkara itu lagi. Dia perlu memikirkan kehidupan keluarganya. Bagi ibunya,

Amri seorang budak yang baik biarpun dia pernah terdengar akan kisah nakal Amri dahulu. Sebenarnya, Amri begitu menghormati dan mentaati ibunya. Bab 4: Kekalutan Ayah Amri seorang kaki judi. Malam itu ayah Amri pulang. Ayahnya meminta duit daripada emaknya. Apabila emak Amri enggan memberinya duit, dia telah bertindak menyelongkar gerobok pakaian lalu mengambil duit yang tersimpan untuk ongkos persekolahan Amri. Emak Amri cuba menghalang dan merampas wang dalam genggaman ayah Amri tetapi tidak berjaya. Apabila ternampak akan gelang emas pusaka nenek yang dipakai oleh emak Amri, ayah Amri merentap gelang emas itu. Emak Amri hendak mengambilnya kembali, namun dia tersungkur. apabila kakinya tersadung di bendul. Amri berasa geram lalu cuba menghalang ayahnya daripada keluar. Amri pula ditampar oleh ayahnya. Emak Amri memujuknya agar bersabar dengan kerenah ayahnya. Emak Amri berdoa agar ayah Amri cepat sedar daripada kesilapannya. Bab 5: Rintihan Hati Amri ke sekolah dengan kesan lebam pada pipi kanannya. Ramai yang melihat kesan lebam itu tetapi tidak berani bertanya melainkan guru-guru dan rakan-rakan rapat Amri. Siang-siang lagi Amri sudah keluar melalui pintu belakang kelas. Nasib Amri sungguh malang apabila dia terserempak dengan Sapura. Tanpa mnghiraukan sapaan Sapura. Amri meluru ke arah hujung padang. Hal ini tidak adil buat diri Amri. Dia mahu mereka itu turut merasakan penderitaannya. Amri mula mencari mangsa dan teringat akan Sapura. Dia mencari jalan untuk mengenakan Sapura. Amri bingkas bangun kerana sebentar lagi waktu rehat akan tamat. Di situ, dia dapat melihat barisan kereta dan basikal yang tersusun rapi. Serta merta Amri mendapat ilham untuk mengenakan Sapura. Dia tersenyum sendirian mengenangkan reaksi Sapura yang bakal menjadi mangsanya nanti. Bab 6 : Menggenakan Sapura Loceng telah berbunyi, Sapura ternampak akan Amri sedang berdiri berdekatan dengan basikalnya. Dia berpura-pura tidak melihat Amri lalu berfikir bahawa Amri hendak mengenakannya. Dia berjalan ke arah basikalnya lalu bertanyakan sebab dia berdiri di situ. Amri memberitahu bahawa basikalnya bersebelahan dengan basikal Sapura. Sebenarnya, Amri hendak meminta maaf kepada Sapura kerana berbohong. Akhirnya, Sapura memaafkan Amri. Amri turut mengayuh basikalnya beriringan dengan Sapura. Sapura memberikan peluang kepada Amri untuk menebus kesilapannya. Dalam perjalanan, dia bertanyakan beberapa soalan kepada Amri tetapi Amri masih membisu. Tiba-tiba Amri membrek menyebabkan Sapura gagal mengawal basikalnya. Dia tergolek ke dalam bendang yang berlumpur. Ketika itulah Amri memberikan jawapannya! Sapura begitu geram memikirkan kejadian yang sudah berlaku. Seterusnya, Sapura mengangkat basikalnya yang terbenam lalu membuang lumpur

yang melekat pada basikalnya. Sepanjang jalan balik ke rumahnya, Sapura membebel dan menarahi dirinya. Dia benar-benar geram.

Sinopsis Novel Hikmah Bab 7: Bersimpati-Amri terkejut apabila mendapati rumahnya berselerak dan dahi ibunya berdarah -Amri terlalu marah akan perbuatan ayah terhadap ibunya -Sapura bersimpati terhadap Amri apabila mengetahui perkara yang sebenar-rupa-rupanya Amri tidak senakal yang difikirkannya. -Sapura membatalkan niatnya untuk memberitahu ibu Amri tentang sikap Amri terhadapnya

Sinopsis Novel Hikmah Bab 8: Mendapat Ubat-Amri meminta izin daripada ibunya untuk pergi membeli ubat di pekan -Wang yang ada dengannya adalah wang simpanannya dan wang hasil peras ugut muridmurid lain -Amri tiada pilihan lain-terpaksa menggunakan duit tersebut kerana bimbang akan kesihatan ibunya -Sepanjang perjalanan ke pekan,fikiran Amri asyik melayang mengingatkan semua peristiwa yang lepas yang dilakukannya

Sinopsis Novel Hikmah Bab 9: Cedera Disamun-Amri membeli ubat demam dan ubat luka untuk ibunya di sebuah farmasi -ketika dalam perjalanan ke rumah,Amri ditahan oleh seorang pemuda: -memberitahu bahawa ada org pengsan di belakang lorong -hanyalah helah pemuda itu untuk menyamun Amri -memukul Amri apabila Amri tidak memberikan wang yang diminta -Amri tidak berdaya untuk membuat apa-apa lagi -cedera teruk apabila dipukul oleh dua orang penyamun itu

Sinopsis Novel Hikmah Bab 10: Keinsafan-Sapura bertemu dengan Amri yang tidak bermaya di lorong itu

-Sapura dan ayahnya membawa Amri ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan bertemu ibunya -Amri dan ibunya mengucapkan terima kasih kepada Sapura sekeluarga kerana membantu mereka -Amri menyesal kerana bersikap buruk kepada Sapura -Amri sudah insaf-tidak membuli murid-murid yang lemah lagi. Amri menjadi pembela kepada murid-murid yang dibulinya dulu [email protected] Noramira99(twitter)