sinopsis novel melunas rindu

28
Sinopsis Novel Melunas Rindu Sinopsis Bab 1 Kelewatan Fuad yang baru pulang dari hutan mencari kayu api sehingga senja merisaukan Mak Salmah dan Pak Ismail. Kerisauan Pak Mail menyebabkan beliau hampir tidak pergi ke surau. Fuad telah bergegas bersiap untuk kesurau setelah sempat solat maghrib dirumah. Kehadiran Fuad di surau telah mengejutkan Pak Mail yang sedang khusyuk membaca surah Yasin. Sebelum menanti masuknya waktu isyak Fuad seperti biasa akan diajar membaca al-Quran oleh Pak Ismail. Setelah masukknya waktu isyak, fuad dengan segera menamatkan bacaan al-Quran dan bersedia ke mimbar untuk melaungkan azan. Setelah selesai solat fuad mendapati Borhan tidak ke masjid dan mendapati anaknya demam panas. Fuad menghantar Borhan, isteri serta anaknya yang demam panas ke klinik Ihsan.Sementara menunggu anak Borhan di periksa oleh dokter, fuad ke ATM terdekat untuk menyemak baki wang yang terdapat dalam akaunnya dan dia mendapati bahawa terdapat Ringgit Malaysia dua ratus ribu yang dimasukkan ke dalam akauanya. Dia yakin dan pasti bahawa yang memasukkan duit itu ke akauannya ialah apaknya. Sinopsis Bab 2 Pada waktu petang di bulan Disember, Fuad pergi ke persisiran Batu Buruk. Di tempat itu sahajalah dia akan berasa tenang dan tempat untuknya mengamati keindahan alam yang tidak ternilai. Fikirannya melayang jauh memikirkan takdir dirinya, semasa dia memeluk Islam setelah berpuluh tahun lama ditinggalkannya, dan juga semasa kedatangannya ke Danau Seberang yang kedengaran kata nista daripada penduduk kampung termasuk Mak Salmah kerana Sofia, adik angkatnya meninggal dunia ketika bersama dan di bawah jagaannya. Semasa di Danau Seberang, Pak Ismail selalu membawanya ke surau setiap Subuh, tengah hari, petang dan malam untuk menunaikan ibadat dan belajar mengaji al - Quran. Puasa Ramadhan juga telah dilaluinya dengan sempurna dan menyambut gembira kedatangan Aidilfitri. Ketika Aidilfitri, Fuad

Upload: angel-yong-jia-xin

Post on 04-Jul-2015

874 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sinopsis Novel Melunas Rindu

Sinopsis Novel Melunas Rindu Sinopsis Bab 1

Kelewatan Fuad yang baru pulang dari hutan mencari kayu api sehingga senja merisaukan Mak Salmah dan Pak Ismail. Kerisauan Pak Mail menyebabkan beliau hampir tidak pergi ke surau. Fuad telah bergegas bersiap untuk kesurau setelah sempat solat maghrib dirumah. Kehadiran Fuad di surau telah mengejutkan Pak Mail yang sedang khusyuk membaca surah Yasin. Sebelum menanti masuknya waktu isyak Fuad seperti biasa akan diajar membaca al-Quran oleh Pak Ismail. Setelah masukknya waktu isyak, fuad dengan segera menamatkan bacaan al-Quran dan bersedia ke mimbar untuk melaungkan azan. Setelah selesai solat fuad mendapati Borhan tidak ke masjid dan mendapati anaknya demam panas. Fuad menghantar Borhan, isteri serta anaknya yang demam panas ke klinik Ihsan.Sementara menunggu anak Borhan di periksa oleh dokter, fuad ke ATM terdekat untuk menyemak baki wang yang terdapat dalam akaunnya dan dia mendapati bahawa terdapat Ringgit Malaysia dua ratus ribu yang dimasukkan ke dalam akauanya. Dia yakin dan pasti bahawa yang memasukkan duit itu ke akauannya ialah apaknya.

Sinopsis Bab 2

Pada waktu petang di bulan Disember, Fuad pergi ke persisiran Batu Buruk. Di tempat itu sahajalah dia akan berasa tenang dan tempat untuknya mengamati keindahan alam yang tidak ternilai. Fikirannya melayang jauh memikirkan takdir dirinya, semasa dia memeluk Islam setelah berpuluh tahun lama ditinggalkannya, dan juga semasa kedatangannya ke Danau Seberang yang kedengaran kata nista daripada penduduk kampung termasuk Mak Salmah kerana Sofia, adik angkatnya meninggal dunia ketika bersama dan di bawah jagaannya. Semasa di Danau Seberang, Pak Ismail selalu membawanya ke surau setiap Subuh, tengah hari, petang dan malam untuk menunaikan ibadat dan belajar mengaji al - Quran. Puasa Ramadhan juga telah dilaluinya dengan sempurna dan menyambut gembira kedatangan Aidilfitri. Ketika Aidilfitri, Fuad menziarahi penduduk kampung dan lama - kelamaan kemarahan penduduk kampung surut sendiri. Tambahan pula, perkahwinan antara Borhan dan Masnah dilangsungkan dengan semua perbelanjaan ditanggung oleh Fuad. Melihat kesungguhan Fuad, akhirnya Mak Salmah memaafkannya. Mak Salmah dapat menerima pemergian Sofia. Lamunannya terhenti kerana hari sudah gelap. Fuad mengambil keputusan untuk meninggalkan pantai Batu Buruk dan pulang ke rumah untuk menunaikan solat Maghrib. Setelah sampai ke rumah, Pak Mail menunggunya untuk bersiap - siap pergi ke surau. Oleh kerana waktu Maghrib hampir tiba, Fuad hanya mandi kambing sahaja. Setelah balik dari surau bersama Pak Mail, Mak Salmah memberitahu bahawa ada orang mencarinya. Tetapi tidak diketahui namanya. Setelah beberapa jam, Fuad bertanya mengenai tanah tepi jalan sebelah kebun emak Borhan. Pak Ismail menjawab, tuan tanah itu bernama Awang Sajar, bapa Bidin. Dia memberitahu hasratnya untuk membeli tanah itu untuk bercucuk tanam . Hasratnya itu dipersetujui oleh Pak Mail.

Page 2: Sinopsis Novel Melunas Rindu

LATAR MASA BAB 21 . Waktu petang musim tengkujuh bulan Disember- Fuad bersiar - siar di pantai Batu Buruk.2. Waktu menjelangnya Maghrib- Fuad balik dari pantai Batu Buruk dan sampai ke rumah untuk bersiap - siap ke surau menunaikan solat Maghrib.

3.Waktu selepas Maghrib dan Isyak (sekitar jam 9)- Fuad dan Pak Ismail pulang dari surau- Makan malam.

LATAR TEMPAT BAB 21. Persisiran pantai Batu Buruk - Fuad bersiar - siar.

2. Rumah - Fuad bersiap - siap pergi ke surau.- Fuad makan malam bersama Pak Mail dan Mak Salmah.- Fuad bertanya tentang tanah tepi jalan sebelah kebun emak Borhan.

WATAK DAN PERWATAKAN BAB 2

1. Fuad : - berdedikasi, penyabar, rajin menunaikan solat dan rajin bekerja.2. Pak Ismail : - pemaaf, redha dengan ketentuan Allah.3. Mak Salmah : - Penyayang, mudah bersedih.

PENGAJARAN BAB 21. Kita mestilah memohon maaf jika melakukan kesalahan.2. Kita mestilah menunaikan solat lima waktu.3. Kita mestilah bertanggungjawab atas apa yang kita lakukan.

MOHD ROFEEQ B. ADINATA (4 AMANAH )MOHD ZULHILMI ZULFADHLI B. AZLAN (4 AMANAH)SMK Tawau. Sabah

Sinopsis Bab 3

Mak Mah, Pak Ismail dan Fuad sedang sibuk membersihkan tanah seluas setengah hektar yang baru dibeli oleh Fuad daripada Awang Sojar dengan harga RM 10 000 dan dia meletakkan tanah itu di atas nama Pak Ismail dan dirinya sendiri. Sedang Mak Mah letih mencabut akar-akar kayu, jauh di sudut hatinya dia teringat telah memaafkan Fuad kerana tindakannya membawa lari Sofia, anak anak angkatnya yang tersayang ke Kuala Lumpur untuk dipulangkan kepada orang tua kandungnya. Khabar kematian Sofia juga hanya dapat menyedihkan hati Mak Mah. Tiba-tiba timbul khairanan dalam hati Mak Mah apabila melihat sebuah kereta berhenti di sebelah kereta Fuad semasa mereka sedang berjalan untuk mencari

Page 3: Sinopsis Novel Melunas Rindu

teduhan.Rupa-rupanya Cikgu Abas lah tuan empunya kereta tersebut.Cikgu Abas merupakan seorang guru dar Sekolah Menengah Seri Setia yang pernah berkunjung ke rumah Mak Mah untuk mencari Fuad. Sebenarnya dia ingin menawarkan Fuad untuk menjadi seorang guru Bahasa Inggeris di sekolahnya. Fuad cuba untuk berbincang dengan Mak Mah dan Pak Ismail.

Watak dan Perwatakano Fuad-Rajin, teguh pendirian, berfikiran panjang dan berilmuo Mak Mah- Pemaaf, kuat berusaha,tidak dapat menerima takdiro Pak Ismail- Rendah diri, mempunyai kebun seluas setengah herktaro Abas- Berbudi bahasa, peramah, seorang guru, berpengetahuan luaso Sofia- Telah meninggal dunia, anak angkat Mak Mah dan Pak IsmailLataro Latar Masa- Pagi, Subuh, Siang hario Latar Tempat- Kebun seluas setenah hektar, Sekolah Menengah Seri Setia

Nilaio Pemaafo Rajin Berusahao Berbudi bahasao Berfikiran luas

Pengajarano Kita mestilah mempunyai sifat pemaaf kepada orang laino Kita seharusnya berfikir semasaknya sebelum membuat keputusano Kita sewajarnya mempunyai budi bahasa yang tinggi dan percakapan yang sopan o Kita sepatutnya memiliki sifat gigih berusaha untuk menampung keperluan hidup

Azlan dan AsyraafTingkatan 4 AmanahSMK Tawau. Sabah

Sinopsis Bab 4

Fuad pergi ke FELDA Lembah Klau untuk mencari Pak Ngah Lias, yang merupakan 'tuk ngah' kepada Fuad. Melalui perbualan Fuad dengan Pak Ngah Lias, dia akhirnya mengetahui bahawa namanya sebenarnya ialah Abduk Halim setelah 27 tahun usianya. Nama itu diberikan oleh datuknya, Seman. Fuad juga mendapat informasi bahawa emaknya tidak meninggal di situ, tetapi di Kuala Lipis. Selepas Asar, Fuad, Pak Said dan Pak Ngah Lias bertolak ke Kampung Sedili di Kuala Lipis. Malangnya, mereka mendapat tahu bahawa Mariah yang merupakan kakak angkat kepada ibu Fuad telah lama berpindah. Pak Ngah Lias akhirnya mengambil keputusan untuk pergi ke rumah jiran Mariah, iaitu Pak Samsudin. Pak Samsudin mengatakan keyakinannya bahawa ibu Fuad sebenarnya tidak meninggal dunia, cuma ibu Fuad gila meroyan selepas bersalin. Suaminya juga telah lari pada waktu itu. Fuad semakin yakin bahawa ibunya masih hidup, dan khabar itu diberitahu kepada Peter Lim dan Swee Lan. Peter Lim

Page 4: Sinopsis Novel Melunas Rindu

memberitahu ayah atau 'apaknya' Fuad, iaitu Robert Lim tentang berita itu dan Robert Lim mengarahkan Fuad ke Kuala Lumpur untuk mengambil barang ibunya seperti cincin dan gambar untuk memudahkan pencarian Fuad. Tidur Fuad di rumah Peter Lim terganggu dengan mimpinya, dimana ibunya membelai lembut rambutnya. Fuad semakin gelisah, merindui ibunya.

WATAK :

1 ) Fuad / Abdul Halim ( watak utama )

2 ) Pak Said

3 ) Pak Ngah Lias, yang merupakan 'tuk ngah' Fuad

4 ) Farhana, rakan Fuad yang dihubungi olehnya sebelum ke FELDA Lembah Klau.

5 ) Pak Samsudin, jiran terdekat Mariah, iaitu kakak angkat kepada Mariana, ibu kandung Fuad.

6 ) Mariah, kakak angkat angkat Mariana.

7 ) Mariana, ibu kandung Fuad.

8 ) Peter Lim, ayah saudara Fuad.

9 ) Swee Lan, ibu saudara Fuad.

10 ) Robert Lim atau nama Islamnya, Roslan, bapa kandung Fuad.

11 ) Sofia, adik Fuad yang telah meninggal dunia.

LATAR MASA :

*Sebelum pukul 10 pagiFuad dan Pak Said bertolak ke FELDA Lembah Klau.

*Awal pagi, sebelum 9 pagiFuad telah menelefon Farhana.

*Petang sebelum AsarFuad, Pak Said dan Pak Ngah Lias bertolak ke Kampung Sedili, Kuala Lipis.

*Peristiwa 13 Mei ( imbas kembali )

Page 5: Sinopsis Novel Melunas Rindu

Peristiwa 13 Mei yang menyebabkan bangsa Melayu dan Cina saling mencurigai, menyukarkan Pak Ngah Lias untuk menjejak Fuad atau Abdul Halim.

*Waktu IsyakFuad ingin solat Isyak, namun niatnya itu terpaksa ditangguhkan dahulu kerana Peter Lim ingin memberitahu pesanan ayah Fuad, iaitu Robert Lim yang bercakap di telefon bersama Peter Lim.

*MalamSebelum tidur, Fuad membanding-bandingkan Sofia dengan Farhana. Fuad sedar bahawa dia perlukan sedikit masa untuk mengasihi Farhana, tidak seperti Sofia dahulu. Fuad tertidur, dan termimpi-mimpikan ibunya membelai lembut rambutnya. Semalaman Fuad berkeluh-kesah, merindui ibunya.

LATAR TEMPAT :

FELDA Lembah KlauFuad dan Pak Said telah pergi ke sini untuk mencari 'tuk ngah' Fuad, Pak Ngah Lias. Di sini, Fuad mendapat banyak informasi baru, seperti nama asalnya ialah Abdul Halim.

Kampung Sedili, Kuala Lipis Kampung ini merupakan kampung ibu Fuad, Mariana. Pak Samsudin, jiran terdekat Mariah memberitahu bahawa kubur ibunya tiada di sini.

PLOT…

PERMULAANFuad berada di FELDA Lembah Klau mencari Pak Ngah Lias untuk mencari pusara ibunya.

PERKEMBANGANFuad mengetahui nama sebenarnya selepas 27 tahun usianya iaitu Abdul Halim.

KLIMAKSFuad, Pak Said dan Pak Ngah Lias ke Kampung Sedili, Kuala Lipis. Pak Samsudin, jiran Mariah iaitu kakak angkat Mariana menyatakan keyakinannya bahawa Mariana masih hidup. Pak Samsudin turut mengesahkan bahawa kubur ibu Fuad tiada di Kampung Sedili.

PELERAIAN Robert Lim, ayah kandung Fuad mengarahkan Fuad Ke Kuala Lumpur untuk mengambil barang-barang emaknya seperti gambar dan cincin untuk dijadikan petunjuk kepada Fuad. Tidur Fuad pada malam itu terganggu dengan kehadiran ibunya dalam mimpi.Nilai…

Page 6: Sinopsis Novel Melunas Rindu

Berusaha bersungguh-sungguh Fuad mengorbankan banyak masa dan tenaga dengan sungguh-sungguh ingin mencari pusara ibunya.

Kasih SayangKasih sayang Fuad kepada ibunya tidak pernah luntur walaupun tidak pernah melihat wajah ibunya.

Kesabaran Fuad sabar menempuh banyak dugaan semata-mata untuk sekurang-kurangnya menemukan pusara ibunya.

PENGAJARAN

*Kita sewajarnya berusaha mencari susur-galur keturunan kita, terutamanya ibu bapa kita.

*Kita seharusnya mementingkan agama dan kewajipan- Walaupun Fuad seorang mualaf, namun dia amat menjaga solat 5 waktunya.

Nur Arniea Arman SyahSyahmin Syahfinie SaparudinTingkatan 4 AmanahSMK Tawau. Sabah

Sinopsis Bab 5

Sewaktu rehat,Farhana bergerak ke bilik guru.Farhana terlihat kelibat Fuad yang sedang menapak ke bilik guru.Fuad menyedari yang Fuad lebih tinggi daripada pelajar-pelajar lelaki yang lain.Sejurus selepas kelibat Fuad hilang dari pandangannya,dia pun menumpukan perhatiannya semula kepada senarai program dan memikirkan apa aktiviti yang boleh dibuat oleh panitia di bawah pimpinannya.Semasa mengerling jam di tangannya Farhana terasa seperti ada orang yang sedang menghampirinya.Dilihatnya Fuad sedang menghampirinya sambil mengepit sebuah buku.Fuad ingin memulangkan buku yang dipinjamnya dari Farhana untuk mengambil nama penulis.Farhana meminta pertolongan Fuad untuk menyenaraikan beberapa program.Fuad member cadangan untuk membuat program seperti mentor-mentee.Fuad memberi nama English Personal Guildance kepada program yang dicadangkan.Selepas Farhana selesai menyalin program tersebut ke kertas baru,Fuad memberitahu Farhana yang dia ada membawa jagung di bonet keretanya dia juga memberitahu Farhana dia ada menanam jagung.Pada awalnya Farhana tidak percaya.Tapi Farhana terpaksa percaya kepada Fuad selepas diyakinkan.Fuad akan memberi sedikit jagung kepada Farhana sekiranya dia mahu.Selepas diasak oleh pelbagai komen semasa bermesyuarat Farhana ingin pulang dan dia hamper-hampir terlupa tentang jagung yang dijanjikan oleh Fuad sehinggalah dia terlihat kereta Fuad dikelilingi oleh orang.Cikgu Wan Hasni memberitahu Farhana,Fuad menyimpan jagung untuknya di tempat duduk belakang kereta.Selepas menyedari

Page 7: Sinopsis Novel Melunas Rindu

kedatangan Farhana,Fuad cepat-cepat menghulurkan tiga ikat jagung dengan setiap ikatan berjumlah kira-kira sepuluh tongkol.Percakapan Fuad terhenti apabila azan zuhur berkumandang.Farhana terkesan bahawa Fuad sebenarnya masih ingin menyambung kata,tetapi dibatalkan sebaik-baik sahaja mendengar laungan azan.Fuad membekukan mulutnya sehinggalah selesai azan,dia juga sempat menadah tangan untuk membaca doa.Sekurang-kurangnya,ada seperkara lagi yang dapat Farhana pelajari tentang anak muda itu hari ini.Kekagumannya menimbun,perasaannya ikut tersentuh.

WATAK DAN PERWATAKAN

FARHANAa) Penuh dengan keyakinanb) Periang c) Cergasd) Bersemangat

FUADa) Bersikap sederhanab) Bersopan santunc) Suka membuat jenaka

LATAR

LATAR TEMPAT

a) Dibilik gurub) Di tempat letak kereta

LATAR MASA

a) Waktu rehatb) Selepas mesyuarat

LATAR MASYARAKAT

a) Gurub) Pelajar

NILAI

a) Saling tolong-menolongb) Pendidikan dapat mempengaruhi corak pergaulan

Page 8: Sinopsis Novel Melunas Rindu

PENGAJARAN

a) Kita haruslah melakukan sesuatu pekerjaan dengan sepenuh hati.b) Kita tidak akan berjaya tanpa nasihat dan teguran daripada orang lain.

MOHD.FAEIZMAN.BIN.HAJI GURAHMANMUHD.SHAFIQ.BIN.RAMLIETingkatan 4 CemerlangSMK Tawau. Sabah

Sinopsis Bab 6

Hari rabu merupakan antara hari persekolahan yang padat dengan sesi Pengajaran dan pembelajaran.Fuad bergegas untuk ke kantin setelah berasa Dahaga mengajar para pelajarnya tanpa henti.Setelah ditegur oleh Cikgu Zamani, Fuad bercadang untuk berbual panjang dengan lelaki itu walaupun Kadang kala timbul juga rasa segan disebabkan Cikgu Zamani yang serba arif Dalam bidang keagamaan, sedangkan dia masih tercari-cari sinar Islam yang Sebenar.Setelah ligat bercerita tentang persekolahan, Fuad mengambil keputusan untuk pulang ke bilik guru.

Setelah menyedari bahawa ada sekeping kertas kuning yang memberi maklumat bahawa ada seseorang yang sedang menantinya,dia terus menuju ke pagar sekolah untuk bertemu dangan orang tersebut yang merupakan rakan lamanya,Chin.Chin menyampaikan pesanan ayahnya,Robert Lim.Perniagaan saham ayah Fuad mengalami kegawatan dan dia memerlukan Fuad untuk menstabilkannya semula.Namun,Chin sedar bahawa Fuad amat bahagia tinggal bersama keluarga angkatnya di Danau Seberang.Chin meminta Fuad memikirkan undangan menjenguk ayahnya di Kuala Lumpur.Setelah itu,Fuad memeluk Chin seerat-eratnya sebelum melepaskannya.Kemudian,Fuad kembali semula ke bilik guru.Dia sedar bahawa pertemuannya dengan Chin menjadi tumpuan seisi ruangan itu.Sebaik sahaja menyedarinya,Fuad hanya bersikap acuh tidak acuh.Pada saat itulah timbul perasaan rindu terhadap ibu kandungnya yang telah tiada.

Tiba waktu pulang,dia yakin melalui pertanyaan Pak Mail menunjukkan Chin telah ke rumah keluarga angkatnya.Dia meminta pendapat Pak Mail mengenai ajakan Chin bertemu ayahnya.Akhirnya dia berhasrat untuk mencari kubur ibu kandungnya di Sungai Ruan.

Watak UtamaFuad

Penyayang/Taat masih menyayangi ibu kandungnya walaupun telah lama tidak bertemu dan masih ingin mencari kubur ibu kandungnya.

Page 9: Sinopsis Novel Melunas Rindu

Pelawak dan Peramahsenantiasa menceriakan suasana dan menemani Farhana dengan gelak ketawa.

Warak/Tanggungjawab senantiasa melakukan kewajiban sebagai seorang muslim.

Watak SampinganFarhana

Bertanggungjawab~melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua Panitia Bahasa Inggeris dengan dibantu oleh Fuad.

Tabah~sabar dan tidak peduli dengan perlian dan kutukan orang lain mengenai dirinya kerana baginya mereka adalah pendengki

Periang~selalu senyum dan bergurau senda bersama guru-guru disekeliling

LATAR

Latar Tempat

1~>Pintu pagar sekolah - latar tempat di mana Chin telah menunggu Fuad sambil berdiri.

2~>Kantin Sekolah - Chin dan Fuad membincangkan hal peribadi.Chin menyampaikan pesanan ayah Fuad, Robert Lim.

3~>Di dalam Rumah Keluarga Angkat - Fuad dan Pak Mail berbincang mengenai tawaran Chin untuk menjenguk ayahnya di Kuala Lumpur.

Latar Masa

1~>Waktu pagi,pukul 10.55 - Fuad melihat sebuah nota yang tertulis di atas sekeping kertas yang menyatakan bahawa seseorang telah menunggunya di pintu pagar sekolah

Latar Masyarakat

1~>Masyarakat yang melaksanakan tanggungjawab -Fuad dan Farhana melaksanakan tugas sebagai guru subjek Bahasa Inggeris

2~>Masyarakat yang berbincang dan meminta pendapat orang lain sebelum membuat sesuatu keputusan muktamad-Fuad meminta pandangan Pak Mail mengenai cadangan Chin untuk menjenguk ayahnya

Page 10: Sinopsis Novel Melunas Rindu

3~>Masyarakat golongan pelajar-Para pelajar yang diajar oleh Fuad kerap mengajukan pertanyaan tentang subjek Bahasa Inggeris.Hal ini menunjukkan kesungguhan pelajarnya untuk belajar bahasa antarabangsa ini.

NILAI

1~>Bertanggungjawab2~>Rajin dan tekun3~>Mengenang sahabat4~>Baik hati5~>Bantu-membantu

PENGAJARAN1~>Sebagai seorang guru yang berdedikasi hendaklah tekun dan bersungguh-sungguh memberi tunjuk ajar kepada pelajar agar mereka faham dengan setiap topik pengajaran yang disampaikan.

2~>Walaupun telah lama terpisah dengan rakan lama tidak sewajarnya kita bersikap "seperti kacang melupakan kulit" ketika bertemu mereka.

3~>Kita perlu bijak dalam mengambil sesuatu keputusan kerana kerana itulah yang bakal mengubah hidup kita pada masa hadapan.

Sinopsis Bab 7

Fuad dalam perjalanan ke Raub untuk pulang ke rumah nya . Fuad telah terjumpa dengan FArhana di stesen bas . Dia telah mempelawa Farhana untuk mengikut keretanya yang kosong . Semasa dalam perjalanan ke Kuantan , mereka saling bertukar cerita mengenai latar belakang masing-masing untuk mengelakkan keadaan kekok . Farhana terkejut kerana dapat mengetahui latar beakang Fuad yang selama ini menjadi rahsiah . Farhana mempelawa Fuad untuk singgah di rumahnya untuk menunggu waktu asar tiba sebelum kembali menyambung perjalanannya . Setelah selesai menunaikan solat asar , Fuad meneruskan perjalanannya ke destinasi yang ingin di tuju.

Watak dan perwatakan.Fuad- watak utama- mualaf- taat pada agama- baik hati dan suka menolong orang lain - jujur

Farhana- menghormati orag tua- mempunyai kesedaran yang tinggi- peramah

Page 11: Sinopsis Novel Melunas Rindu

ibu Farhana- uzur ( tua )- mesra- rajin

Mohd.Fikri- peramah- menghormati orang lain

Latar masa- tengah hari- petang

Latar tempat- stesen bas- restoran- masjid- rumah Farhana

Sinopsis Bab 8

Swee Lan putus asa memujuk suaminya yang sedang sakit, Peter Lim untuk makan. Dia berasa risau dengan keadaan keluarga mereka yang daif sejak suaminya sakit setelah Joshua pergi. Kepulangan Joshua atau Fuad memeranjatkan mereka sekeluarga. Joshua berjanji untuk membiayai pendidikan Mei Lin, Ah Soh, dan Guan. Swee Lan telah bercerita serba sedikit tentang kisah silam Joshua dan ibunya Mariana. Tapi malangnya, dia serta suaminya Peter Lim tidak tahu keberadaan kubur Mariana. Lalu Joshua bertekad untuk mencari kubur emaknya dan dia telah berjumpa Pak Said yang telah menawarkan diri untuk menemani Joshua pergi ke Lembah Klau tempat adik arwah ibu Joshua, iaitu Maria.

LATAR TEMPAT, MASYARAKAT & MASA :

# Masyarakat kampung # Rumah Swee Lan #Waktu malam

WATAK & PERWATAKAN:

Swee Lan: Seorang isteri yang penyabar. : Tidak mudah berubah hati : Seorang ibu dan isteri yang amat menyayangi keluarganya. : Seorang yang sangat suka berahsia

Peter Lim: Tidak dapat berjalan.

Page 12: Sinopsis Novel Melunas Rindu

: Amat menyayangi anak saudaranya.

Joshua / Fuad: Anak saudara kepada Swee Lan dan Peter Lim. : Cikgu yang mengajar di tingkatan 5. : Mengambil berat akan keluarganya. : Seorang yang berbangsa Cina tetapi telah memeluk agama Islam.

Sinopsis Bab 9

Pada waktu petang, Farhana dudk di ruang tamu sambil memikirkan Fuad yang hari tadi tidak menelefon seperti yang dijanjinya. Tiba-tiba ibunya datang menyapanya dengan membawa sepinggan karipap. Kemudian, adiknya mengejek Farhana yang merugut kerana sudah bosan makan karipap dan berkata bahawa dia tidak pandai memasak. Seterusnya, Farhana terfikir tentang kehidupannya di kota London. Dia terpaksa memasak untuk menyara hidupnya yang mengalami krisis kewangan pada waktu itu. Fikirannya teralih kepada Fuad kembali apabila Fuad mula-mula sekali datang ke sekolah di mana mengajar. Kedatangan Fuad telah membangkitkan semangat Farhana untuk mengajar Bahasa Inggeris kepada muridnya yang semangatnya yang telah luntur selama ini. Setelah ibunya datang menegurnya kembali, lantus dai tersedar dari lamunannya dan ibunya memberi pendapat tentang diri Fuad dan sekali gus ibunya teringat tentang arwah suaminya. Sewaktu suaminya nazak, mata suaminya melicir mencari Farhana yang kini berada di perantauan. Apabila Farhana pulang dari kota London, ketika berada di lapangan terbang ibunya mengkhabarkan bahawa ayanya telah meningal dunia. Setelah tersedar daripada lamunan dia terus menegur Farhana untuk pergi solat. Pada sebelah malam, Farhana ingin berkunjung ke rumah Yati dan Farhana telah mendapat tahu bahawa Yati akan bertunang dengan seorang pemain bola sepak Pahang yang terkenal.

Latar Tempat-Ruang TamuFarhana termenung dan melayan perasaannya yang bingung mengapa Fuad tidak menelefonnya sebagaimana janji Fuad pagi tadi. [m/s95]-SekolahFarhana terkenag bahawa dia tidak pernah memberi nombor telefon rumahnya kepada sesiapa cikgu kecuali Fuad. [m/s96]-Kota LondonFarhana teringat waktu dia belajar di sana dengan biasiswa yang tidak cukup dan kehidupan yang amat susah. [m/s97]Latar Masa -PetangFarhana telah menungu telefon Fuad yang selama sepetang di ruang tamunya. [m/s95]-MalamMak Farhana menegur Farhana yang bertudung dan hendakkeluar pada waktu yang semalam ini. [m/s 101]

1. Lau Kang Ning

Page 13: Sinopsis Novel Melunas Rindu

2. Ruslan Bin Tupo3. Ricky Sieyung4 AmanahSMK Tawau Sabah

Sinopsis Bab 10

Fuad dan Pak Said pergi ke lembah klau untuk bertemu dengan Pak Ngah

Lias seorang lelaki yang sudah uzur.Mereka ke sana untuk mencari makam dan

maklumat mengenai ibukandung Fuad yang telah lama terpisah dengannya sejak

dari bayi lagi.Setelah mendengar cerita dari Pak Said,bahawa Fuad adalah anak

kepada Roslan dan Mariana.Ketika berada di rumah Pak Ngah Lias,beliau

menceritakan kepada Fuad tentang sejarah kehidupan ibu bapanya dan dia

terkejut apabila mendapati nama islamnya ialah Abdul Halim.Selapas sahaja

menunaikna solat asar,Pak Ngah Lias membawa Fuad dan Pak Said pergi ke Kg

Sedili,di kuala Lipis untuk mencari makam ibu Fuad.Mereka telah bertemu dengan

jiran Mariah iaitu Pak Samsudin.Mariah adalah kakak angkat Mariana ibu kepada

Fuad.Pak Samsudin memberitahu kepada mereka bahawa Mariah sudah lama

berpindah dan kubur Mariana tidak ada di kampung ini dan dia memberi

kepercayaan kepada Fuad bahawa Mariana belum meninggal lagi.Fuad bergerak

ke Kuala Lumpur untuk mengambil gambar dan cincin Mariana dari apaknya iaitu

Peter Lim.

Watak dan Perwatakan

Watak Utama

(1)-Fuad / Abdul Halim Tinggi.segak dan berwajah melayu Anak kepada Roslan/Robert Lim dan Mariana

Page 14: Sinopsis Novel Melunas Rindu

Taat kepada perintah agama Gigih Gemar menjaga hati orang lain Tabah

Watak Sampingan

(2)-Pak Said Seorang lelaki yang berumur Membantu Fuad mencari kubur ibu kandungnya

(3)-Pak Ngah Lias Warga emas yang sudah agak bongkok tiga Tidak suka menerima tetamu asing Membantu Fuad mencari kubur ibunya

(4)-Pak Samsudin Jiran Mariah memberi maklumat kepada Fuad Suka memberi harapan kepada Fuad

Latar

Latar masa

Pagi.petang(selepas asar),malam

Latar tempat

Lembah Klau,beranda rumah Pak ngah,kampung

Latar masyarakat

Masyarakat kampung

Nilai dan Pengajaran

Pengajaran

Sentiasa mengerjakan suruhan Tuhan

Kita hendaklah bersedia memberi bantuan

Nilai

Tolong menolong.gigih.tabah.dan bersyukur

Page 15: Sinopsis Novel Melunas Rindu

Sinopsis Bab 11

Kemarahan Cikgu Abas membuak-buak apabila ternampak pelajar-pelajarnya membuat bising kerana ketiadaan Cikgu Zamani.Cikgu Abas amat kesal terhadap sikap Cikgu Zamani yang seperti menconteng arang keatas nama baik sekolah. Perasaan marah Cikgu Abas memuncak apabila ternampak Cikgu Zamani keluar dari bilik Gikgu Nur Alia. Kemarahannya surut apabila beliau melihat Fuad yang tekun mengajar anak-anak muridnya. Tengahari esoknya, Cikgu Abas memuntahkan kemarahan di bilik mesyuarat, tetapi beliau tidak menyebut nama-nama guru yang selalu membuat hal kerana ingin menjaga reputasi guru tersebut. Fuad kebingungan melihat Cikgu Abas yang begitu garang semasa di bilik mesyuarat sehingga terbawa-bawa ke rumah.

Watak dan Perwatakan

Cikgu Abas

- Sangat tegas- Mementingkan sahsiah diri pelajarnya- Guru hal ehwal kurikulum- Bertolak ansur- Tidak suka mengaibkan orang lain

Cikgu Zamani

- Selalu ponteng mengajar- Pemalas- Suka bersembang di kantin- Arif tentang ilmu islam- Suka bertemu dengan isterinya di bilik guru

Fuad

- Rajin, tekun, jujur, terlalu polos, bersungguh-sungguh- Guru sementara- Akrab dengan Cikgu Farhana- Sanggup pulang lewat demi mengajar anak-anak muridnya- Amanah dengan kerjanya

Tuan Haji Samad

- Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Setia- Bersifat kebapaan- Dihormat oleh seluruh warga Seri Setia- Berpendirian teguh- Berbudi bahasa

Page 16: Sinopsis Novel Melunas Rindu

Latar

Masa - Tengahari

Tempat - Bilik guru- Blok ( Bangunan SMK Seri Setia )- Kantin- Bilik mesyuarat guru- Koredor hadapan pejabat

Masyarakat

- Masyarakat guru- Masyarakat murid

Nilai

- Rajin- Berbudi bahasa- Bertanggungjawab

Pengajaran

- Sebagai guru kita haruslah berkomitmen dalam menajar murid-murid- Jangan selalu ponteng mengajar murid-murid kerana itu akan merugikan murid-murid- Kita haruslah menutup keaiban seseorang seperti yangdituntut oleh islam- Kita haruslah berbicara dengan orang-orang yang ada disekeliling kita dengan budi bicara yang sopan dan bertatatertib.

Nur AmirahFazilah4 CemerlangSMK Tawau. Sabah

Sinopsis Bab 12

Sempena hari ulang tahun Farhana yang ke dua puluh empat, Fuad telah memberikan kad berwarna merah jambu bersertakan bersertakan ucapan di dalamnya. Lantaran itu, Fuad telah mencadangkan untuk mengajak Farhana berjalan - jalan pada petang itu sempena meraikan ulang tahun-nya. Mereka singgah di sebuah restoran yang di beri nama Restoran Terapung. Mereka berdua kelihatan begitu akrab di samping berbual mesra dan

Page 17: Sinopsis Novel Melunas Rindu

berjenaka. Tiba - tiba fuad berasa terkilan pabila Farhana mengusiknya dengan menanyakan tentang sofia. Selepas mereka makan, Fuad telah membawanya pergi ke rumah ayah dan ibu angkatnya untuk di perkenalkan kepada mereka berdua. Pak ismail dan Mak Salmah menerima kedatangan Farhana dengan baik. Mak Salmah sedikit kecewa dengan sikap Fuad yang tidak memberitahunya bahawa ada tetamu yang akan datang ke rumah. Hari pun hampir larut, Fuad pun terus menghantar Farhana dengan sedikit perasaan yang terkilan kerana dengan tetiba dia terkenangkan akan ibundanya. Sebelum Fuad berlalu ke rumah Cikgu Zamani, Farhana sempat mengusiknya dan di hatinya, dia tertanya - tanya akan perasaan fuad terhadap dirinya.

Watak & Perwatakan

Fuad

o Seorang yang kelakaro Merupakan anak yang patuho Sentiasa mengingati hari - hari yag istimewa

Farhana

o Merupakan guru bahasa Inggeriso Seorang yang baik hati, cantik & ramah

Pak Ismail & Mak Salmah

o Baik hati & sikap yang terbuka dengan orang laino Merupakan ibubapa angkat Fuad

Nilai & Pengajaran

o Persahabatan perlu ada di dalam diri setiap individu bagi menjaga hati dan perasaan orang lain.o Kita hendaklah menghormati antara satu sama lain, tidak kira muda ataupun tua

Latar tenpat, Masyarakat & Masa

o Tempat - Restoran Terapung - Sekolah - Rumah ibubapa angkat Fuad - Dalam kereta

o Masyarakat - masyarakat yang tinggal di sekitar kawasan kampong - berkerjaya sebagai seorang petani, guru & lain-lain - saling menghormati antara satu sama lain

Page 18: Sinopsis Novel Melunas Rindu

o Masa - pagi, petang & malam(isyak)

NUR HAJMA BTE. ISMAILNURUL EZZAH BTE. MOHD. ROZI4 CemerlangSMK Tawau. Sabah

Sinopsis Bab 13

Fuad menjadi agak segan apabila mendengar bunyi hingar di rumah Cikgu Zamani kerana dia tiba agak lewat selepas mengantar Farhana pulang ke rumahnya. Dia juga segan sekiranya majlis telahpun bermula dan ketika itu dia juga mendengar orang tengah membaca tahlil. Dia turut berkira-kira untuk masuk sekiranya majlis telah tamat dan orang mula menghidangkan hidangan. Dia terkejut apabila mendapati majlis tersebut hanya dihadiri oleh guru-guru bujang Sekolah Menengah Seri Setia iaitu Cikgu Armin, Cikgu Azli dan Cikgu Rosli. Pada majlis itu juga Cikgu zamani menasihati Fuad agar memilih perempuan yang baik untuk dijadikan isteri. Fuad akhirnya dapat mengagak tujuan utama Cikgu Zamani menjemputnya ke rumah, iaitu menertai parti politik. Dalam perjalanan pulang, Fuad terkenang akan Farhana. Dia berjanji akan membawa Farhana lebih kerap ke rumahnya agar Farhana dapat membahagiakan Mak Salmah.

Sinopsis Bab 14

Perwatakan Robert Lim berubah daripada seorang yang berwibawa kepada seorang yang perengus. Perwatakannya berubah kerana masalah perniagaannya yang menemui jalan buntu dan menjadi kesepian sejak ditinggalkan oleh Susan. Persoalan ditimbulkan oleh Peter Lim tentang Mariah yang ditinggalkan selepas tiga bulan mereka berkahwin atas desakan ibunya. Robert Lim dan Chin ke Terengganu untuk memberikan cincin dan Mariah kepada Fuad. Fuad tidak berada di rumah ketika Robert Lim tiba kerana menziarahi ibu Farhana yang sakit secara tiba-tiba. Robert Lim menyatakan kedatangannya kepada Pak Ismail. Dia ingin memberikan cincin bagi memudahkan Fuad mencari ibunya. Robert Lim, Chin dan Pak Ismail bertolak ke Kuantan untuk bertemu dengan Fuad.

Sinopsis Bab 15

Fuad resah kerana Farhana kerap kali bertengakar dengan Cikgu Zamani yang berpunca daripada sikap Zamani yang sering lupa atau lewat masuk ke kelas. Fuad menelefon Farhana untuk memberikan sokongan kepadanya. Sebaliknya, rakan serumah Farhana memaklumkan bahawa Farhana pulang ke Kuantan kerana ibunya sakit dan dirawat di hospital. Fuad telah mengambil keputusan drastik untuk ke Kuantan, menuruti Farhana.

Sinopsis Bab 16

Page 19: Sinopsis Novel Melunas Rindu

Fuad tiba di Hospital Tengku Ampuan Afzan. Farhana membawa Fuad melawat ibunya yang dirawat di tingkat empat. Fuaf terkejut apabila melihat nama yang tertera pada kad rawatan ibu Farhana. Farhana juga amat terkejut apabila mendapati nama ibu mereka sama, iaitu Mariana binti Osman. Ketibaan Robert Lim dan Pak Ismail ke hospital itu akhirnya menjawab segala persoalan yang bermain di fikiran Fuad dan Farhana, iaitu mereka berdua adalah adik beradik. Sinopsis Bab 17

Fuad dan Farhana bersepakat untuk menyimpan dulu rahsia daripada ibu mereka yang masih uzur. Fuad bercadang untuk membuat kenduri kesyukuran di Danau Seberang. Fuad dan Farhana telah mendapat perkhabaran yang menggembirakan iaitu Cikgu Zamani akan ditukarkan di sekolah lain.

Sinopsis Bab 18

Menceritakan bagaimana Mariana terpisah dengan anaknya iaitu Abdul Halim setelah setelah sepuluh hari melahirkannya akibat dilarikan orang. Mariana yang sebelum ini terkena sakit gila meroyan dipisahkan dengan anaknya kerana mahu membunuh anaknya disebabkan marah kepada Roslan. Mariah kakak angkat Mariana mengambil keputusan berpindah dan membawa Mariah ke Bentong. Di situlah akhirnya Mariana bertemu dengan Fakhrudin yang bertugas sebagai Polis dan membuat keputusan untuk berkahwin beberapa bulan kemudian. Setelah berkahwin mereka berpindah ke pekan kerana tugas Fakhrudin. Fakhrudin juga memohon untuk berpindah ke Temerloh tetapi ditempatkan di Kuantan. Walaupun setelah itu mereka sering berpindah randah namun akhirnya rezeki mereka tetap di Kuantan sehingga Fakhrudin sempat membelikan Mariana dan anak-anaknya sebuah rumah kos rendah sebelum meninggal dunia.

Sinopsis Bab 19

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dipenuhi oleh orang ramai untuk menghantar keluarga dan sahabat handai yang ingin bertolak untuk menunaikan umrah di tanah suci Makkah.

Farhana lelah akan sikap adik-adiknya, iaitu Muhammad Fikri dan Muhammad Syukri yang tidak betah duduk diam. Fuad telah menyewa sebuah van milik Pak Cik Omar untuk pergi balik ke Terengganu.

Fuad membawa ibunya, Mak Salmah dan Pak Ismail menunaikan umrah pada cuti panjang persekolahannya, walaupun ibunya pada masa itu sedang sakit.

Sepulangnya Fuad dari Makkah nanti, dia hanya mempunyai 5 hari untuk bersiap-siap mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah di Maktab Perguruan Ilmu Khas di Kuala Lumpur selama setahun.

Page 20: Sinopsis Novel Melunas Rindu

Mariana, ibu kepada Farhana terus mengingatkan Farhana untuk menjaga kedua orang adiknya dengan baik. Sementara menunggu pengumuman jadual penerbangan Fuad dan Farhana sempat berbual-bual dan bergurau.

Sebelum berangkat, Robet Lim tiba untuk mengucapkan selamat jalan kepada mereka. Pada sangkaan Fuad, ayahnya itu datang untuk menemui Mariana, tetapi rupa-rupanya Robert ingin menemuinya. Robert memeluk Fuad sambil menahan sebak didada.

LATAR TEMPAT: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)

NOVEL : Melunas RinduKUMPULAN : Nurul Shahirah. Shuhaidi & Rahimah. Mok (4A)

WATAK - PERWATAKAN

Farhana Seorang yang ceria, riang dan suka bergurau Seorang guru Panitia Bahasa Inggeris

Fuad Seorang yang tinggi, segak dan berwajah Melayu Nama lain ialah Abdul Halim dan Joshua Guru sandaran Bahasa Inggeris Seorang yang prihatin dan baik-hati

Pak Ismail Bapa angkat kepada Fuad

Mak Salmah Ibu angkat kepada Fuad Rajin beribadah dan prihatin

Mariana Ibu kandung Fuad dan Farhana Sering menasihati anak-anaknya

Robert Lim Bapa kandung Fuad yang berbangsa Cina