sinopsis bagi novel sejambak bakti

36
Sinopsis bagi Novel Sejambak Bakti Bab 1 Kisah di Kedai Koperasi Kedai Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan telah ditubuhkan kira-kira lima tahun yang lalu. Pada pagi itu, terdapat seorang pembantu kedai dan tiga orang ahli lembaga pengarah sedang sibuk melayani pembeli-pembeli dengan sabar dan baik. Sebagai ahli lembaga pengarah yang bertugas sebagai jurujual telah menegur seorang pelajar lelaki yang cuba mencuri sebatang pen. Cikgu Zulkifli masuk ke kedai itu dan memberitahu ahli lembaga pengarah bahawa pada petang, mesyuarat lembaga pengarah kali pertama tahun itu akan diadakan. Norlela sebagai pembantu kedai juga dijemput hadir dalam mesyuarat itu. Bab 2 Mesyuarat Melaksanakan Harapan Di bilik mesyuarat Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan, mesyuarat Lembaga Pengarah telah diadakan. Sebanyak 11 orang murid dan empat orang guru yang dilantik sebagai ahli Lembaga pengarah dengan empat orang guru manakala pengetua sekolah, Cikgu Syamsudin telah menjadi Pengerusi Koperasi sekolah itu. Encik Sulaiman selaku Pegawai Pembangunan Koperasi turut hadir dalam mesyuarat itu. Pengetua mengucap tahniah kepada Razali kerana dipilih sebagai penolong setiausaha. Menurut pengetua, penubuhan koperasi sekolah bertujuan untuk menggalakkan sikap berjimat cermat dan menolong diri sendiri dan antara ahli. Beliau menyeru supaya semua ahli lembaga pengarah dapat menjalankan tugas dengan penuh amanah. Seterusnya Cikgu Zulkifli membentangkan usul mesyuarat yang lalu, iaitu pertama, koperasi hendak berusaha menternak ayam telur. Kedua, koperasi akan menjual barang-barang makanan dan keperluan lain selain alat tulis, pakaian sukan dan buku-buku. Ketiga, koperasi hendak menubuhkan sebuah bilik bacaan. Ketiga-tiga usul itu diterima oleh ahli lembaga pengarah dengan sebulat suara. Bab 3 Perjanjian Membalas Dendam Munir berasa kesal kerana tidak dipilih sebagai penolong setiausaha lembaga pengarah koperasi sekolah. Dia merungut kepada kawannya Leong dan Silvam. Sebagai ahli lembaga pengarah, mereka berasa tidak puas hati atas kemenangan Razali dipilih sebagai penolong setiausaha. Apabila ternampak Ramlah sedang membantu Razali untuk menyiapkan minit

Upload: suhailie-samik

Post on 25-Dec-2015

876 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

novel sejambak bakti

TRANSCRIPT

Sinopsis bagi Novel Sejambak Bakti

Bab 1 Kisah di Kedai Koperasi

Kedai Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan telah ditubuhkan kira-kira lima tahun yang lalu. Pada pagi itu, terdapat seorang pembantu kedai dan tiga orang ahli lembaga pengarah sedang sibuk melayani pembeli-pembeli dengan sabar dan baik. Sebagai ahli lembaga pengarah yang bertugas sebagai jurujual telah menegur seorang pelajar lelaki yang cuba mencuri sebatang pen. Cikgu Zulkifli masuk ke kedai itu dan memberitahu ahli lembaga pengarah bahawa pada petang, mesyuarat lembaga pengarah kali pertama tahun itu akan diadakan. Norlela sebagai pembantu kedai juga dijemput hadir dalam mesyuarat itu.

Bab 2 Mesyuarat Melaksanakan Harapan

Di bilik mesyuarat Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan, mesyuarat Lembaga Pengarah telah diadakan. Sebanyak 11 orang murid dan empat orang guru yang dilantik sebagai ahli Lembaga pengarah dengan empat orang guru manakala pengetua sekolah, Cikgu Syamsudin telah menjadi Pengerusi Koperasi sekolah itu. Encik Sulaiman selaku Pegawai Pembangunan Koperasi turut hadir dalam mesyuarat itu. Pengetua mengucap tahniah kepada Razali kerana dipilih sebagai penolong setiausaha. Menurut pengetua, penubuhan koperasi sekolah bertujuan untuk menggalakkan sikap berjimat cermat dan menolong diri sendiri dan antara ahli. Beliau menyeru supaya semua ahli lembaga pengarah dapat menjalankan tugas dengan penuh amanah.

Seterusnya Cikgu Zulkifli membentangkan usul mesyuarat yang lalu, iaitu pertama, koperasi hendak berusaha menternak ayam telur. Kedua, koperasi akan menjual barang-barang makanan dan keperluan lain selain alat tulis, pakaian sukan dan buku-buku. Ketiga, koperasi hendak menubuhkan sebuah bilik bacaan. Ketiga-tiga usul itu diterima oleh ahli lembaga pengarah dengan sebulat suara.

Bab 3 Perjanjian Membalas Dendam

Munir berasa kesal kerana tidak dipilih sebagai penolong setiausaha lembaga pengarah koperasi sekolah. Dia merungut kepada kawannya Leong dan Silvam. Sebagai ahli lembaga pengarah, mereka berasa tidak puas hati atas kemenangan Razali dipilih sebagai penolong setiausaha. Apabila ternampak Ramlah sedang membantu Razali untuk menyiapkan minit mesyuarat, Munir cemburu dan menyindir Razali sengaja mendekati Ramlah.

Bab 4 Persiapan Kedai Operasi

Pada pagi itu, Norlela dan beberapa orang ahli lembaga pengarah sibuk melayani pelajar di kedai koperasi. Razali mendapati bahawa Munir, Silvam dan Leong tidak datang untuk bertugas di kedai koperasi itu. Swee Lan, Ramlah, Harun, Saridevi dan Razali terpaksa menggantikan tugas mereka. Cikgu Zulkifli berasa kesal atas sikap Munir dan kawannya. Razali menyenaraikan barangan yang hendak dijual di kedai koperasi. Mereka juga hendak menyediakan bilik bacaan dan akhbar dan majalah. Ayah Swee Lan, Encik Aik Hong telah memberikan potongan harga untuk kedai koperasi atas barangan yang akan dijual di koperasi itu. Mereka juga mendapat bantuan daripada Encik Aziz selaku tauke kedai buku dengan potongan harga buku sebagai 20% kepada koperasi sekolah itu.

Bab 5 Cita-cita dan Harapan

Sebelum pulang, Munir, Leong dan Silvam sedang menunggu Ramlah, Swee Lan dan Saridevi untuk mengajak mereka menonton tayangan gambar. Bagaimanapun Ramlah dan kawan-kawannya menolak ajakan itu. Munir berasa marah dan menganggap bahawa Razalilah yang menyebabkan Ramlah tidak suka akannya. Dia ingin mengajar Razali.

Keesokan hari, Munir cuba mendekati Ramlah yang sdang menyusun rak buku di kedai koperasi, lalu memberi Ramlah sepucuk surat kepadanya. Ramlah menolak dan meminta bantuan daripada Razali. Razali menegur Munir. Munir, Leong dan Silvam meninggalkan kedai koperasi itu. Ramlah juga memberitahukan hal itu kepada Cikgu Zulkifli.

Bab 6 Persiapan

Razali, Cikgu Zulkifli, Cikgu Hassan, Swee Lan, Saridevi dan beberapa orang ahli lembaga pengarah sibuk membersihkan reban-reban ayam . Sebaliknya Ramlah, Cikgu Robeah, Rozita, Harun, Sivam dan Leong sibuk mengemaskan bilik bacaan kerana minggu depan Penolong Pengarah Pembangunan Koperasi Bahagain Sekolah akan melawat ke koperasi mereka. Koperasi sekolah telah memperuntukkan RMm 30 untuk membeli akhbar dan majalah dalam bilik baca itu. Ketika mereka sibuk menjalankan tugas pembersihan, Munir bermain bola di padang. Cikgu Zulkifli pergi ke padang dan mendapati Munir telah dihalau keluar dari padang kerana bermain bola dengan kasar. Cikgu Zulkifli menasihati Munir agar melaksanakan tugasnya sebagai ahli lembaga pengarah koperasi sekolah. Munir berjanji bahawa dia tidak ponteng tugas lagi. Cikgu Zulkifli juga memberikan amaran kepada Munir supaya tidak tulis surat kepada Ramlah lagi. Munir berjanji bahawa dia tidak melakukan hal itu lagi.

Bab 7 Semangat

Encik Mansur selaku Penolong Pengarah Pembangunan Koperasi , Bahagian Fungsi Sekolah-sekolah telah melawat ke Kedai Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri, reban ayam telur dan bilik baca. Beliau memberikan pujian atas usaha dan kerjasama semua ahli lembaga pengarah koperasi sekolah itu. Dalam ucapan, beliau berharap agar koperasi sekolah dapat menyemaikan minat berniaga, semangat bekerjasama, bersatu padu dalam kalangan generasi muda.

Bab 8. Mempelajari Ilmu Perdagangan

Di Tingkatan 5C1, Cikgu Saiful, guru mata pelajaran Perdagangan telah membincangkan kepentingan prinsip akaun kepada ahli perniagaan, tetapi Munir asyik mengganggu pelajar lain. Akhirnya Cikgu Saiful menahan Munir di dalam kelas untuk menyalin semua catat sebelum pulang. Ramlah, Swee Lan, Saridevi, dan Rozita hendak pergi ke rumah Razali untuk mengulang kaji tentang prinsip akaun. Ketika Munir turut dari tangga, dia ternampak Ramlah dan kawan-kawannya bersama dengan Razali dengan muka yang masam.

Bab 9 Kerja Rumah

Rumah Razali di pinggir sawah. Kedatangan Ramlah dan kawan-kawannya disambut oleh ibu Razali , Mak Sopiah dengan mesra. Mak Sopiah menjemput mereka masuk ke dalam rumah. Bagaimanapun Razali mengajak mereka mengulang kaji di pondok yang terletak di tengah sawah. Ternyata di situ sungguh nyaman dan sunyi. Mak Sopiah turut menghidangkan minuman dan pisang goreng untuk mereka di pondok itu.

Bab 10 Pengakuan

Munir dipanggil ke bilik kerjaya. Cikgu Zulkifli dan Cikgu Muniam selaku guru kaunseling dan guru kerjaya sekolah telah meminta Munir memberikan penjelasan tentang sikapnya yang suka mengganggu pelajar lain di dalam kelas dan selalu ponteng ketika menjalankan tugas di kedai koperasi. Munir tidak mengakui tuduhan itu. Setelah diberi nasihat, Munir mengaku tidak akan berbuat demikian lagi. Cikgu Zulkifli berharap agar Munir akan sedar akan kesalahannya.

11. Melepaskan Dendam

Pada petang itu, Munir, Leong dan Silvam menunggang motosikal lalu singgah di tepi jalan yang menuju ke arah rumah Razali. Mereka menunggu kedatangan Razali. Ketika ternampak Razali, mereka terus memukul Razali sehingga Razali tersungkur dan mukanya berdarah. Setelah mereka meninggalkan tempat itu, Ramlah, Swee Lan dan Saridevi menunggang basikal ke situ. Setelah mengetahui perlakuan Munir, mereka ingin melaporkan perkara itu kepada Cikgu Zulkifli, tetapi Razali enggan berbuat demikian kerana takut kalau berita itu sampai pada ayah tirinya.

12. Kasih Seorang Ibu

Ketika Razali sampai di rumah, Mak Sopiah amat terkejut melihat keadaan anaknya. Razali pun menyatakan perlakuan Munir terhadapnya. Kebetulan ayah tiri Razali, Pak Zakaria telah pulang. Apabila ternampak keadaan Razali, Pak Zakaria terus menyalahkan Razali sebagai anak yang sombong dan angkuh sehingga bergaduh dengan orang lain. Mak Sopiah terus mempertahankan anaknya. Pada petang itu, setelah makan, Razali membaca di pondok yang terletak di sawah itu. Dia kecewa atas layanan ayah tirinya. Razali terus bertanya kepada ibunya siapa ayahnya yang sebenarnya. Bagaimanapun, Mak Sopiah enggan memberitahu Razali tentang ayahnya kerana tidak mahu mengingat kembali kenangan pahit itu.

13. Dendam Membawa Padah

Keesokan hari, Munir, Leong dan Silvam disuruh ke bilik pengetua kerana terdapat aduan bahawa mereka dituduh memikul Razali. Setelah disoal siasat, Cikgu Syamsudin mengambil keputusan untuk merotan Munir, Leong dan Silvam di dalam bilik pengetua.

14. Berita Gembira

Cikgu Zulkifli mengumumkan bahawa Razali telah dipilih untuk menyertai kursus koperasi di Petaling Jaya. Ahli lembaga pengarah koperasi sekolah yang lain telah memberikan ucapan tahniah kepada Razali. Pada suatu petang, Cikgu Zulkifli, Mak Sopiah, Harun, Swee Lan dan Ramlah telah tiba di stesen bas untuk menghantar Razali yang akan menaiki bas ke Petaling Jaya.

15 . Budi Baik Dikenang juga.

Razali bersama-sama dengan peserta kursus seluruh koperasi sekolah Malaysia telah menghadiri kursus di Maktab Kerjasama, Petaling Jaya selama satu minggu. Penceramah itu telah menyatakan bahawa generasi muda harus menyedari peranan koperasi dan dapat menjadi pemimpin koperasi yang berjaya di negara kiga. Selepas kursus, para peserta dibawa melawat ke Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia di Kuala Lumpur dan tempat-tempat di sekitar Kuala Lumpur. Razali berasa amat terhutang

budi kepada Jabatan pembangunan Koperasi Malaysia kerana memilih mereka untuk menghadiri kursus tersebut.

16. Kesan Kunjungan

Setelah seminggu kemudian, Razali balik ke sekolah semula. Dalam mesyuarat koperasi sekolah, Razali telah memberikan laporan ringkas tentang pengetahuan yang diperoleh daripada kursus itu. Cikgu Syamsudin juga mengemukakan usul, iaitu sama ada mereka akan menyertai pertandingan untuk memilih koperasi yang maju, berjaya dan baik pentadbirannya yang dianjurkan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA). Swee Lan memberikan cadangan supaya mereka masuk pertandingan itu. Akhirnya semua ahli lembaga pengarah bersetuju atas cadangan itu. Cikgu Hassan mengharapkan semua ahli lembaga pengarah berusaha dan menunjukkan semangat untuk memajukan koperasi mereka pada tahun itu.

17. Semakin Jauh Terbang Burung

Untuk membuat persediaan tentang pertandingan itu, semua ahli lembaga pengarah bergilir-gilir mengurus projek mereka. Bangsal ternakan ayam dan bilik bacaan mereka sentiasa dijaga rapi. Baik guru penasihat mahupun pelajar sebagai ahli lembaga pengarah telah sibuk mengemaskan kedai koperasi mereka. Sebaliknya Munir, Leong dan Silvam ada di padang untuk bermain bola tanpa menjalankan tugas mereka. Atas arahan pengetua, Munir, Leong dan Silvam balik ke kedai koperasi. Ketika Munir berada di meja setiausaha, dia terlihat anak kunci terletak di situ lalu diambil dan ditelitinya anak kunci itu. Setelah itu, mereka bertiga tidak berpuas hati terhadap Razali kerana Razali menjadi tumpuan pelajar perempuan, terutama Ramlah. Munir ingin membuat sesuatu terhadap Razali lagi.

18. Malang Tidak Diduga

Pada malam itu , ada lembaga hitam membuka pintu dan menceroboh kedai koperasi itu. Keesokan hari, apabila Razali membuka pintu kedai koperasi itu dengan kuncinya, dia dan kawan-kawannya terkejut kerana semua barangan jualan mereka bertaburan di lantai dan wang sebanyak RM200 juga dicuri orang. Mereka segera melaporkan hal itu kepada Cikgu Zulkifli . Cikgu Zulkifli mengambil keputusan untuk melaporkan kejadian itu kepada pengetua dan pihak polis.

19. Misteri Kedai Koperasi

Dua orang anggota polis telah datang ke kedai koperasi sekolah untuk membuat siasatan. Mereka mendapati pintu kedai itu tidak ada kesan dikopak orang. Mereka mendapati bahawa hanya Razali dan pengetua memiliki kunci koperasi itu. Oleh itu Razali dan Cikgu Zulkifli telah dibawa ke balai polis untuk membuat siasatan lanjut. Semua guru dan ahli lembaga pengarah tidak percaya bahawa Razali terlibat dalam kes itu. Munir, Leong dan Silvam telah membuat sindiran bahawa Razali yang terlibat dalam kes itu. Cikgu Zulkifli, Cikgu Robeah, dan Cikgu Hassan telah berbincang dengan pengetua tentang kes itu. Cikgu Hassan bercadang supaya mereka cuba merangkap pencuri itu. Mereka bimbang bahawa kes itu akan mengganggu persiapan mereka untuk masuk pertandingan.

20 Tindakan Ayah Tiri

Ketika Pak Zakaria hendak pulang ke rumah, Munir dan dan Leong menunggung motosikal ke arahnya. Mereka memberitahu Pak Zakaria bahawa Razali terlibat dalam kes kecurian kedai koperasi sekolah sehingga disiasat oleh pihak polis. Pak Zakaria amat marah akan peristiwa . Apabila ternampak kepulangan Razali, Pak Zakaria yang berada di beranda terus memarahi Razali sebagai pencuri yang memalukannya. Dia hendak menghalau Razali keluar dari rumahnya. Mak Sopiah segera keluar dan membela Razali. Dia percaya kata-kata Razali lalu mengatakan bahawa jika Razali dihalau, dia akan mengikut Razali keluar dari rumah itu juga. Dengan geram, pak Zakaria mencapai basikalnya lalu menunggangnya dengan tergesa-gesa.

21. hidup yang Dirundung Malang

Razali berlegar-legar di tengah sawah. Dia cuba mencari ketenangan di pondok sawah itu. Dia berasa sedih atas nasib yang malang. Dia tidak tahu di mana ayahnya. Dia asyik termenung tenang fitnah yang dilemparkan terhadapnya. Mak Sopiah cuba menenangkan jiwa Razali. Sekali lagi, Razali meminta ibunya supaya memberitahu keadaan ayahnya. Mak Sopiah menangis dan merayu Razali supaya tidak meninggalkannya. Mak Sopiah tetap enggan memberitahu Razali siapa ayahnya kerana tidak mahu membangkit peristiwa pahit pada masa dahulu. Razali memeluk ibunya dan berjanji bahawa dia tiak akan menyakiti hati ibunya lagi.

22. Misteri Berakhir

Cikgu Zulkifli bergegas ke kedai koperasi kerana diberitahu oleh SweeLan danMarzuki bahawa kedai koperasi dicerobohi lagi. Pengetua , Cikgu Syamsudin sangat marah atas kejadian itu dan mengambil keputusan untuk memeriksa beg dan pakaian murid satu demi satu. Akhirnya Cikgu Hassan berjaya mengesan murid yang menceroboh kedai koperasi itu, iaitu Munir. Dari beg sekolah Munir, Hassan telah mendapat kunci yang sama dengan nombor kunci kedai koperasi mereka dan sehelai wang kertas RM10.00 yang terdapat huruf ‘K’ seperti yang ditulis oleh Cikgu Hassan. Cikgu Zulkifli sangat kesal atas perlakuan Munir. Ketika ditanya oleh Cikgu Syamsudin, Munir mengakui bahawa dialah menceroboh kedai koperasi untuk memfitnah Razali kerana tidak suka Ramlah yang sering mendekati Razali. Cikgu Syamsudin mengambil keputusan untuk menghukum Munir. Beliau akan mengadakan mesyuarat dengan guru-guru disiplin untuk menentukan hukuman yang sepatutnya.

23. Hukuman

Mengikut keputusan mesyuarat guru disiplin sekolah itu, Munir akan dirotan di hadapan perhimpunan sebanyak 3 kali. Kedua-dua ibu bapa Munir juga diberitahu dahulu dan mendapat kebenaran dengan harapan disiplin Munir akan berubah. Cikgu Muniam telah mengumumkan kesalahan yang dilakukan oleh Munir. Munir akan dirotan oleh Pengetua sendiri dan digantung persekolahannya selama seminggu. Ketika tampil ke depan, tiba-tiba Munir menghulurkan tangan dan meminta maaf kepada Razali. Razali mengangguk-angguk lalu memeluk tubuh Munir. Mereka berpelukan. Air mata Razali berderaian. Semua warga sekolah terharu. Cikgu Syamsudin mengingatkan semua pelajar supaya peristiwa itu sebagai pengajaran.

24. Memasuki Dunia Baharu

Ketika selesai menunaikan solat, Munir tiba di halaman rumah Razali. Munir datang untuk meminta maaf kepada Pak Zakaria dan Mak Sopiah. Dia mengakui kesalahannya dan membuat fitnah sehingga menjejaskan nama baik keluarga Razali. Pak Zakaria memaafkan Munir yang telah insaf akan kesalahannya. Selain itu, Munir juga datang untuk meminta Razali supaya boleh mengajarnya memandangkan peperiksaan SPM semakin menjelang. Razali tidak keberatan untuk membantu Munir dalam pelajaran. Munir terharu atas budi Razali dan merasai dirinya menjadi orang baharu dalam hidupnya. Dia telah mendapat seorang sahabat baharu.

25. Harapan Berbunga Indah

Pada suatu hari, tiga orang hakim Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah dari ANGSAKA datang untuk menghakimi Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan. Mereka meneliti barang jualan, buku-buku akaun dan sebagainya di kedai koperasi. Kemudian mereka juga meninjau projek ternakan ayam telur dan bilik bacaan yang disediakan oleh koperasi sekolah itu.

Pada pagi itu, mua murid Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan berbaris dalam perhimpunan. Pengarah Jabatan Pembangunan Koperasi Negeri hadir bersama, termasuk beberapa orang ibu bapa yang dijemput khas. Jabatan Pembangunan Koperasi Negeri Perlis dijemput untuk berucap dan seterusnya menyampaikan hadiah. Beliau mengumumkan bahawa Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan berjaya menjadi johan dalam Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah pada tahun itu. Razali dipilih untuk menerima piala daripada pengarah itu. Semua guru dan pelajar bertepuk tangan dengan gembira. Razali juga dijulang oleh empat orang ahli lembaga pengarah dan diarak mengelilingi perhimpunan itu.

Setelah perhimpunan tamat, Mak Sopiah dan Pak Zakaria ternampak seorang lelaki tua dan dapat mengesan lelaki itu ialah Ramli. Mereka bersalaman. Cikgu Syamsudin berasa ada sesuatu rahsia dalam pertemuan itu. Beliau segera menjemput mereka ke bilik pejabatnya, termasuk pengarah.

26. Terbuka Rahsia

Encik Ramli mula membuka rahsia antara mereka. Menurut Ramli , dia tinggal di Melaka, anaknya Ramlah tinggal bersama dengan abangnya seorang polis di kampung. Ramli mengatakan bahawa Mak Sopiah ialah bekas isterinya. Kira-kira 16 tahun yang lalu, dia telah bercerai dengan Mak Sopiah dan meninggalkan anak lelaki . Ketika itu, dia sebagai tentera di Seremban. Selepas itu, Pak Zakaria telah mengambil Mak Sopiah sebagai isteri. Setelah tamat tempoh perkhidmatan sebagai tentera, Pak Zakaria telah membawa Mak Sopiah dan Razali tinggal di situ. Sebaliknya Ramli balik ke Melaka dan berkahwin dengan seorang janda beranak tiga di Melaka. Selama ini, Pak Ramli tidak tahu tempat Razali dan ibunya berada. Mak Sopiah mengatakan bahawa dia tidak mahu memberitahu Razali tempat ayahnya berada kerana takut Razali akan meninggalkannya.

Razali dan Ramlah dipanggil ke pejabat Pengetua, Razali diberitahu bahawa ayah yang dicarinya selama ini ialah ayah kepada Ramlah yang berada di bilik itu. Setelah mendengar penjelasan ayah tirinya, Razali segera menerpa dan mencium tangan Pak Ramli. Ramlah terkejut kerana Razali ialah saudaranya. Mereka tersenyum riang melihat pertemuan itu. Encik Ali, Pengarah Jabatan Pembangunan Koperasi Negeri mengatakan bahawa sungguh besar jasa koperasi sekolah kerana dapat mempertemukan anak dengan ayahnya. Rupa-rupanya bersempena dengan kejayaan koperasi, Razali dapat bertemu dengan ayahnya yang dicari-carinya selama ini. Mereka bersama-sama ketawa dengan riang.

Perwatakan bagi watak-watak dalam novel Sejambak Bakti

Razali

Razali merupakan watak utama dalam novel Sejambak Bakti. Razali ialah anak kepada Mak Sopiah dan anak tiri kepada Pak Zakaria. Sebagai penolong setiausaha lembaga pengarah Koperasi sekolah, Razali sentiasa menjalankan tugasnya dengan amanah. Sebagai pelajar, Razali sangat rajin dan belajar bersungguh-sungguh. Dia sering mengulang di pondok yang terletak di tengah sawah.

Dia juga bersikap suka membantu. Contohnya dia telah membantu Ramlah, Swee Lan, dan Saridevi dalam pelajaran. Selain itu, Razali juga sayang dan hormat kepada ibunya. Contohnya walaupun sangat ingin mengetahui keadaan ayah kandungnya, Razali tidak sanggup menyakiti hati ibunya semasa ibunya enggan memberitahukan ayahnya.

Razali juga bersikap sedia memaafkan. Misalnya ketika Munir meminta maaf kepadanya, Razali segera bersalam dengannya dan memeluk badan Munir sebagai tanda memaafkan segala kesalahan Munir terhadapnya. Razali juga bersikap ikhlas. Dia sanggup menerima Munir sebagai sahabat walaupun Munir pernah memukulnya dan membuat fitnah terhadapnya, malahan sanggup membantu Munir dalam pelajaran setelah Munir insaf akan kesalahannya.

Munir

Munir berasal daripada keluarga yang berada. Dia juga merupakan salah seorang ahli lembaga pengarah koperasi sekolah. Munir bersikap sombong dan angkuh. Dia suka memacu motosikal di jalan raya. Munir merupakan ahli lembaga pengarah yang tidak bertanggungjawab. Contohnya dia sanggup ponteng dalam tugas di kedai koperasi sekolah dan bermain bola di padang. Munir juga bersikap pendendam dan iri hati. Contohnya dia cemburu apabila melihat Ramlah sering bersama dengan Razali. Dia sanggup memukul Razali di tengah jalan ke rumah. Dia juga membuat fitnah bahawa Razali telah mencerobohi kedai koperasi. Bagaimanapun Munir telah insaf akan kesalahan dirinya setelah dirotan di depan perhimpunan. Dia telah meminta maaf kepada Razali dan keluarga Razali.

Mak Sopiah

Ibu kepada Razali dan isteri kepada Pak Zakaria. Dia juga bekas isteri kepada Pak Ramli. Dia telah bercerai dengan Pak Ramli 16 tahun yang lalu, iaitu Razali baru berumur satu tahun. Mak Sopiah bersikap penyayang. Dia sangat sayang akan anaknya Razali. Sebagai contoh, dia sangat membela Razali malah mengikut Razali keluar dari rumah jika suaminya hendak menghalau Razali keluar dari rumah itu. Dia tidak mahu memberitahu keadaan ayah kandung Razali kepada Razali kerana tidak mahu Razali meninggalkannya. Mak Sopiah juga seorang yang mesra. Contohnya dia melayani kawan-kawan Razali dengan ramah-tamah dan menghilangkan minuman dan pisang goreng untuk mereka.

Cikgu Zulkifli

Cikgu Zulkifli ialah guru yang bertanggungjawab terhadap Koperasi Sekolah. Sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah, Cikgu Zulkifli sentiasa memberikan perhatian dan bantuan untuk memajukan kegiatan koperasi sekolah. Beliau seorang guru yang dedikasi dan bertanggungjawab. Beliau sanggup mengorbankan masa dan tenaga untuk menguruskan perniagaan kedai koperasi dan projek ternakan

ayam telur di sekolah itu. Cikgu Zulkifli juga seorang guru yang mengambil berat terhadap pelajaran dan tingkah laku pelajar. Contohnya dia sentiasa memberikan nasihat kepada Munir supaya bersikap positif terhadap pelajar dan tugas dalam koperasi sekolah.

Cikgu Syamsudin

Cikgu Syamsudin merupakan pengetua Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan. Cikgu Syamsudin bersikap tegas dan sentiasa mengambil berat akan disiplin pelajar. Oleh itu beliau sanggup mengambil keputusan untuk merotan dan merotan di hadapan perhimpunan pelajar terhadap Munir yang sering melanggar peraturan sekolah. Beliau berbuat demikian demi meningkatkan disiplin pelajar. Beliau sentiasa prihatin terhadap kokurikulum pelajar. Contohnya, beliau memberikan sokongan yang sepenuh terhadap kegiatan koperasi sekolah dan penyertaan Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah.

Pak Zakaria

Pak Zakaria ialah bapa tiri kepada Razali dan suami kepada Mak Sopiah. Dia bersikap prejudis. Contohnya, dia sering menganggap bahawa anak tirinya bersikap sombong dan angkuh. Semasa melihat keadaan Razali yang telah dipukul, dia terus mendakwa bahawa Razali suka bergaduh dengan orang lain. Apabila diberitahu oleh Munir dan Leong, Pak Zakaria terus mempercayai kata-kata mereka, iaitu Razali telah mencerobohi kedai koperasi dan mencuri wang di dalam kedai koperasi itu. Tanpa usul periksa, Pak Zakaria hendak menghalau Razali keluar dari rumah. Bagaimanapun dia juga bersikap sedia memaafkan, iaitu dia terus memaafkan Munir apabila Munir meminta maaf atas kesalahannya yang memfitnah Razali sehingga nama keluarga merekaterjejas.

Ramlah

Ramlah seorang gadis yang bersikap sopan dan lemah lembut. Keayuannya telah memikat hati Munir. Sebagai ahli lembaga pengarah koperasi sekolah, Ramlah aktif menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab. Dia seorang pelajar yang suka membantu orang. Contohnya dia telah membantu Razali untuk membuat minit mesyuarat lembaga pengarah koperasi sekolah. Selain itu, Ramlah seorang pelajar yang tekun dalam pelajaran. Oleh itu, dia dan Swee Lan serta Saridevi meminta Razali supaya dapat berulang kaji tentang pelajaran yang tidak difahami. Dia juga bersikap setia kawan. Contohnya dia percaya sepenuhnya terhadap Razali bahawa Razali tidak terlibat dalam kes kecurian dalam kedai koperasi sekolah.

Selain itu terdapat watak-watak samping yang lain seperti

Swee Lan , Saridevi, Harun, Norlela, Cikgu Robeah, Cikgu Hassan, Leong, Silvam, Cikgu Saiful, Pak Ramli, Encik Ali dan sebagainya.

Latar Tempat Novel Sejambak Bakti karyag Rejab F.I Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan, Perlis Sebuah sekolah yang terdapat empat buah bangunan yang bercat kuning tersergam indah. Pengetua sekolah ialah Cikgu Syamsudin. Sekolah itu mementingkan disiplin dan semangat kerjasama dalam kalangan pelajar. Sekolah itu terdapat kedai koperasi, bangsal ternakan ayam telur dan sebagainya. Kebanyakan pelajar daripada keluarga petani. Salah satu peristiwa yang penting yang

berlaku di sekolah itu ialah Munir dirotan oleh pengetua di hadapan perhimpunan kerana melanggar pelbagai masalah disiplin. Selain itu, Koperasi Sekolah itu telah berjaya memenangi johan dalam Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah pada tahun itu. Razali telah mewakili sekolah untuk menerima piala itu. Tambahan lagi, terdapat peristiwa tenang pertemuan antara Razali dengan bapa kandungnya, iaitu Pak Ramli. Kedai koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayang Kedai koperasi itu diuruskan oleh seorang pembantu kedai, 12 orang pelajar dan empat orang guru yang dilantik sebagai ahli lembaga pengarah koperasi. Kedai koperasi itu menjual pelbagai bahan keperluan pelajar, seperti alat-alat tulis, baju sukan, buku dan sebagainya. Salah satu peristiwa yang berlaku di kedai koperasi itu ialah Munir telah mencerobahi kedai itu dan mencuri wang sebanyak RM200 serta sengaja menjadikan semua barangan jualan bertaburan di lantai. Bukan itu sahaja, dua orang polis telah datang ke kedai koperasi itu untuk membuat siasatan. Mereka mendapati bahawa pintu kedai tidak dikopak orang. Oleh itu, mereka mengesyaki penceroboh itu ialah pemilik kunci kedai koperasi. Akibatnya Razali telah dibawa ke balai polis untuk mendapat siasatan lanjut. Selain itu, terdapat peristiwa tentang semua ahli lembaga pengarah bekerjasama untuk mengemaskan bilik kedai koperasi itu sebagai persediaan untuk menghadapi Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah tetapi Munir tidak hadir dan bermain bola di padang. Rumah Razali Ramah Razali terdapat di kawasan sawah. Razali tinggal bersama dengan ibunya Mak Sopiah dan ayah tirinya, Pak Zakaria . Salah satu peristiwa yang berlaku di rumah itu ialah Pak Zakaria hendak menghalau Razali keluar dari rumah itu setelah mendengar fitnah daripada Munir bahawa Razali telah mencerobohi kedai koperasi dan mencuri wang. Peristiwa lain yang menarik ialah Munir datang ke rumah Razali dan meminta maaf kepada Mak Sopiah dan Pak Zakaria atas fitnahnya terhadap Razali sehingga nama keluarga mereka terjejas. Selain itu terdapat peristiwa ialah Razali meminta ibunya supaya memberitahu nama bapanya dan kedudukan bapanya ketika itu tetapi Mak Sopiah enggan memberitahu keadaan bapanya kepada Razali Pondok di tengah Sawah Pondok itu tidak jauh dari rumah Razali. Tempat itu sunyi dan lapang. Oleh itu saban hari, Razali akan mengulang kaji pelajar di pondok itu. Selain itu, dia juga mengajak Ramlah, Swee Lan dan Saridevi untuk mengulang kaji di situ. Ketika menghadapi fitnah dan dimarahi oleh bapa tirinya, Razali akan berada di pondok itu untuk menenangkan jiwanya. Di samping itu, Razali juga membantu Munir dalam pelajaran di pondok itu setelah Munir insaf akan kesalahan. Maktab Kerjasama, Petaling Jaya Razali dan wakil-wakil sekolah lain telah dipilih untuk menyertai kursus seluruah koperasi sekolah Malaysia di Maktab Kerjasama, Petaling Jaya. Razali telah mendapat banyak ilmu pengetahuan tenang koperasi dalam kursus itu. Latar Masa Latar masa bagi novel ini ialah pada zaman sekarang. Terdapat latar masa pagi, petang dan malam. Latar masa pagi Peristiwa yang berlaku pada waktu pagi ialah ketika Razali dan beberapa orang kawan membuka pintu kedai koperasi, mereka terkejut kerana kedai koperasi mereka telah dicerobohi orang. Semua barangan jual bertaburan di lantai. RM200 yang disimpan di dalam laci meja juga dicuri orang. Mereka segera melaporkan peristiwa itu kepada Cikgu Zulkifli. Peristiwa yang menarik yang lain ialah Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan telah menenangi johan dalam Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah pada tahun itu. Razali telah mewakili sekolah untuk menerima piala itu. Selain itu, peristiwa yang menarik ialah Razali dapat bertemu dengan bapa kandungnya, Pak Ramli pada waktu pagi juga. Latar masa petang Peristiwa yang berlaku pada waktu petang ialah Razali telah dipukul oleh Munir, Leong dan Silvam di tengah jalan setelah pulang dari sekolah. Razali tersungkur dan mukanya berdarah. Peristiwa lain yang berlaku pada waktu petang ialah Pak Zakaria hendak menghalau Razali keluar dari rumah setelah mendengar fitnah daripada Munir dan Leong. Latar masa malam Peristiwa menarik yang berlaku pada waktu malam ialah satu lembaga hitam telah membuka pintu Kedai Koperasi

Sekolah lalu masuk ke dalam kedai itu. Lembaga hitam sanggup memunggah kedai itu sehingga barang-barang di kedai itu besepah dan tunggang-langgang

Nilai-Nilai dalam Novel Sejambak Bakti

Nilai amanah

Ahli-ahli lembaga pengarah Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan dapat menjalankan tugas masing-masing dengan penuh bertanggungjawab. Mereka sanggup mengorbankan masa dan tenaga untuk meningkatkan pendapatan kedai koperasi dan berusaha untuk memberikan sumbangan kepada pembangunan sekolah, seperti membina bilik bacaan.

Nilai tolong-menolong

Razali mempunyai nilai tolong-menolong. Ketika kawan-kawan menghadapi masalah dalam pelajaran, dia tidak keberatan untuk memberikan bantuan. Contohnya dia membantu Ramlah, Swee Lan, Saridevi dan Munir yang menghadapi masalah dalam pelajaran. Ramlah juga mengamalkan nilai tolong-menolong. Contohnya dia membantu Razali untuk melengkapkan minit mesyuarat.

Nilai kerjasama

Ahli lembaga pengarah koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan sentiasa mengamalkan nilai kerjasama. Contohnya, mereka bekerjasama dan bergotong-royong untuk membersihkan reban ayam, bilik bacaan dan kedai koperasi mereka sebagai persediaan untuk menyertai Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah.

Nilai kasih sayang

Mak Sopiah mengamalkan nilai kasih sayang. Dia bersikap penyayang. Dia sayang akan anak tunggalnya dan mengambil berat akan pelajaran dan perasaanya. Dia sanggup keluar dari rumah ketika suaminya hendak menghalau Razali dari rumah. Dia juga enggan memberitahu Razali tentang bapa kandungnya kerana tidak sanggup berpisah dengan Razali . Selain itu, Razali juga berpegang teguh terhadap nilai kasih sayang. Dia sayang akan emak dan tidak mahu menyakiti hati ibunya. Walaupun sangat ingin mengetahui bapa kandungnya, tetapi dia tidak mahu memaksa ibunya untuk memberitahu keadaan bapa kandungnya.

Nilai jujur dan ikhlas

Razali mengamalkan nilai jujur dan ikhlas. Dia ikhlas menerima Munir sebagai kawan setelah Munir insaf akan kesalahannya walaupun Munir pernah membulinya malah membuat fitnah terhadapnya. Dia juga bersikap jujur dan ikhlas untuk membantu pelajar lain yang menghadapi masalah dalam pelajaran.

Tabah

Sebagai anak tiri, Razali tabah menghadapi layanan Pak Zakaria yang agak teruk. Dia sentiasa sabar walaupun ditegur oleh Pak Zakaria sebagai pencuri, sombong dan suka berlagak. Dia sentiasa tabah walaupun rindu akan bapa kandungnya. Setelah balik dari balai polis, Razali tetap tabah untuk berhadapan dengan khabar angin yang mendakwa dia sebagai pencerobah kedai koperasi dan pencuri.

Selain itu, Mak Sopiah juga mengamalkan nilai tabah. Dia tabah menghadapi pengalaman yang pahit, iatu dia diceraikan oleh bekas suaminya Ramli pada 16 tahun yang lalu.

Nilai tanggungjawab

Sebagai pengetua, Cikgu Syamsudin mengamalkan nilai tanggungjawab. Beliau menjalankan tugasnya sebagai pengetua dengan penuh tanggungjawab. Beliau sentiasa menjaga disiplin sekolah itu dan menggalakkan pelajar menyertai pertandingan untuk mengharumkan nama sekolah. Selain itu, ahli-ahli lembaga pengarah juga menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab, seperti Razali, Cikgu Zulkifli, Ramlah, Swee Lan dan Saridevi.

SINOPSISNovel Sejambak Bakti ini mengisahkan usaha sekumpulan murid dan guru Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan membangunkan koperasi sekolah. Dalam usaha mereka membangunkankoperasi sekolah, terselit pelbagai kisah suka dan duka dan konflik sesama sendiri. Nilai-nilai murni dalam novel ini dipaparkan dengan jelas oleh penulis, antaranya sikap amanah, bertanggungjawab dan jujur dalam sesuatu pekerjaan, terutama sekali apabila murid menguruskan koperasi sekolah. Peranan guru sebagai pendorong dan pemberi nasihat kepada murid dalam novel Sejambak Bakti dipaparkan sebagai panduan kepada murid supaya dapat memilih nilai positif dalam kehidupan seharian.

Kisah bermula dengan situasi yang digambarkan di koperasi sekolah sewaktu Harun, Swee Lan dan Saridevi bertugas sebagai Ahli Lembaga Pengarah koperasi. Kedai koperasi itu dikendalikan oleh Lembaga Pengarah dan ditubuhkan kira-kira lima tahun yang lalu. Seorang pembantu kedai tersebut bersama-sama tiga orang ahli lembaga pengarah begitu sibuk melayani pembeli-pembeli yang berkehendakkan layanan segera. Mereka melayani pembeli-pembeli dengan sabar dan baik. Meskipun didesak dan disindir, senyuman masih juga terukir di bibir. Semasa pembeli sedang sibuk membeli barang keperluan sekolah, seorang daripada murid yang berasak-asak di situ cuba mengambil sebatang pen dan terus memasukkan pen tersebut ke dalam saku seluarnya.  Harun menegur perbuatan tersebut dan murid itu tersengih selamba dan segera mengeluarkan wang untuk membayar harga pen yang diambilnya. Saridevi mengingatkan rakan-rakan yang bertugas agar betul-betul mengawasi tindak tanduk pembeli.

Tidak lama kemudian, Mesyuarat Lembaga Pengarah diadakan untuk memilih jawatankuasa. Dalam mesyuarat ini Razali terpilih sebagai Naib Setiausaha. Pemilihan

Razali sebagai Naib Setiausaha ini telah menimbulkan perasaan cemburu dan dendam dalam hati Munir. Dia turut disokong oleh dua orang kawannya iaitu Leong dan Silvam. Mereka merancang untuk membalas dendam terhadap Razali. Mereka jengkel melihat Razali yang mesra dengan Ramlah, Swee Lan dan Saridevi. Cita-cita dan harapan seseorang itu terpendam di lubuk hati. Dia akan berusaha dengan pelbagai cara untuk mencapai cita-citanya itu. Demikian juga Munir, Silvam, dan Leong. Sebenarnya mereka mempunyai cita-cita dan harapan yang sama. Disebabkan itulah tiga serangkai itu begitu baik perhubungannya seperti isi dengan kuku. Jika sungai, seperti aur dengan tebingnya. Sewaktu pulang dari sekolah hari itu, tiga serangkai tadi menunggu Ramlah, Swee Lan, dan Saridevi keluar dari kedai koperasi. Ketika gadis-gadis itu sampai di tempat mereka menunggu, Munir memberanikan diri menegur Ramlah dan mengajaknya menonton filem. Ramlah menolak dengan baik. Tetapi Munir sakit hati dengan sikap Ramlah yang tidak menerima ajakannya.Kedai Koperasi ini membuat perancangan untuk memajukan perniagaan tidak terhad kepada jualan sahaja . Dengan kerjasama PIBG sekolah, mereka membina bangsal ternakan ayam telur itu terletak di hujung kawasan Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan. Bangsal itu diperbuat daripada kayu, beratapkan daun nipah. Panjangnya kira-kira 50 meter dan lebar 20 meter. Bangsal itu dibina oleh PIBG sekolah tersebut secara gotong-royong. Ahli Lembaga Pengarah Koperasi sekolah itu amat berbangga dan berterima kasih terhadap sokongan tersebut. Ibu bapa pula menyedari sokongan itu patut diberikan untuk menanam semangat berkoperasi dan berniaga kepada anak-anak mereka. Zaman sekarang, berniaga dan berkoperasi merupakan sumber kehidupan yang lumayan, tidaklah mengharapkan jawatan-jawatan kerajaan semata-mata. Razali, Cikgu Zulkifli, Cikgu Hassan, Swee Lan, Saridevi, dan beberapa orang ahli lembaga pengarah yang lain, begitu sibuk menjalankan tugas masing-masing.Pada waktu yang sama, di suatu tempat lain pula, Ramlah, Cikgu Robeah, Rozita, Harun, Silvam, dan Leong serta beberapa orang Ahli Lembaga Pengarah Koperasi sekolah itu sedang mengemaskan bahan bacaan di dalam sebuah bilik. Bilik itu telah dikhaskan oleh pengetua sebagai tempat membaca bahan-bahan bacaan ringan seperti akhbar, majalah, dan risalah. Bilik itu dinamakan bilik bacaan. Murid-murid sekolah itu sama ada pada waktu rehat atau pada waktu petang dapat membaca bahan-bahan tersebut untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Bilik tersebut dikelolakan oleh ahli koperasi sekolah. Cikgu Zulkifli bertanyakan tentang Munir yang tiada di situ. Silvam memberitahu cikgu, Munir berada di padang bermain bola. Cikgu Zulkifli menggelengkan kepala.

Cikgu Zulkifli ke padang mencari Munir. Munir berjalan longlai keluar dari padang. Dia berhenti berteduh di bawah pokok ru sambil mengelap peluhnya. Dari arah bangunan sekolah kelihatan Cikgu Zulkifli berjalan menuju ke tempat Munir berehat. Cikgu Zulkifli memberikan nasihat kepada Munir. Sepatutnya dia menolong menjalankan kegiatan koperasi sekolah kita. Munir telah dilantik sebagai ahli lembaga pengarah. Munir berjanji tak ponteng lagi.

Munir bukan sahaja tidak menjalankan tugas di koperasi, malahan dia juga selalu mengacau rakannya di dalam kelas sewaktu cikgu sedang mengajar. Kisah kelemahan disiplin Munir bukan sahaja diketahui oleh Cikgu Zulkifli dan ahli lembaga pengarah koperasi sekolah itu, malah guru-guru yang lain termasuk juga Cikgu Saiful. Akan tetapi Cikgu Zulkiflilah yang begitu kecewa kerana Munir merupakan ahli lembaga pengarah koperasi. Cikgu Zulkifli khuatir sekiranya disiplin Munir tidak dibaiki mungkin banyak ahli koperasi dan murid yang lain akan bersungut. Disebabkan itulah Cikgu Zulkifli berunding dengan guru kaunseling atau guru kerjaya sekolah itu, Cikgu Muniam supaya menyiasat dan membimbing Munir. Hari itu Munir dipanggil oleh Cikgu Muniam ke bilik kerjaya. Dia bersama-sama Cikgu Zulkifli menunggu Munir di situ.

Munir tidak puas hati kerana dia telah dipanggil untuk sesi kaunseling. Dia beranggapan Razali yang telah membuat aduan kepada cikgu kaunseling. Petang itu mereka bertigamembuat rancangan untuk memukul Razali. Mereka melihat Razali sedang mengayuh basikal melalui jalan itu menuju ke arah mereka. Jalan itu ialah jalan menuju ke rumah Razali. Razali menggunakan basikal untuk berulang-alik ke sekolah. Mereka menunggu kedatangan Razali dengan reaksi yang penuh dendam untuk bersemuka dengannya. Sesaat mereka rasakan sehari kerana Razali mengayuh basikalnya dengan perlahan. Dia mengayuh dengan tenang seperti hari-hari biasa. Akhirnya sampailah Razali di tempat yang ditunggu oleh Munir dan rakan-rakannya. Razali kehairanan melihat anak-anak muda itu menahannya. Dia turun dari basikalnya. Dia melihat wajah- wajah itu seperti hendak memukulnya. Petang itu Razali telah dipukul dengan teruk . Kejadian itu menimbulkan kemarahan kepada Pak Zakarian, ayah tiri Razali yang memang tidak suka akan Razali. Dia mengatakan Razali memang suka bergaduh. Mak Sopiah, ibu Razali memenangkan anaknya.

Di sekolah, Pengetua telah mendapat aduan tentang perbuatan Munir yang memukul Razali. Cikgu Syamsudin ( Pengetua ) telah memanggil mereka bertiga ke Bilik Pengetua. Cikgu Syamsudin merotan punggung Muniir sebanyak dua kali. Pukulannya agak kuat

menyebabkan muka Munir berkerut menahan kesakitan. Kemudian, rotan itu singgah di punggung Leong dan Silvam pula. Masing-masing dikenakan rotan sekali. Cikgu Syamsudin memberikan amaran, jika mereka bersalah lagi, jawatan sebagai ahli lembaga pengarah koperasi sekolah ini akan dilucutkan.

Pada masa yang sama Cikgu Zulkifli membawa berita gembira buat Razali. Cikgu membaca surat yang ditujukan kepada Razali. Razali telah terpilih mengikuti kursus koperasi bersama-sama dengan wakil koperasi-koperasi sekolah seluruh Malaysia. Kursus ini akan diadakan pada 24 Julai yang akan datang, bertempat di bangunan Maktab Kerjasama Malaysia, Petaling Jaya, Selangor. Semua ahli lembaga koperasi mengucapkan tahniah kepada Razali.

Sekembalinya dari kursus, Razali telah diminta untuk melaporkan hasil kursus di dalam mesyuarat koperasi. Razali bangun dan terus berucap, menyampaikan pengetahuan yang diperoleh tentang koperasi ketika menghadiri kursus itu. Koperasi merupakan suatu badan yang boleh menggembleng penyatuan ahli dalam sesuatu institusi atau golongan tertentu untuk meningkatkan daya usaha dan pendapatan. Sesebuah koperasi merupakan tunjang bagi sesuatu kelompok masyarakat yang ingin membangunkan institusinya.

Pengetua mengumumkan koperasi sekolah akan bertanding dalam Pertandingan Koperasi Terbaik anjuran ANGKASA. Persetujuan untuk turut bersama-sama dalam pertandingan koperasi sekolah-sekolah itu amat menggembirakan mereka. Setiap pertandingan mesti ada persediaannya. Kalah atau menang bukanlah sesuatu yang menjadi matlamat sehingga menimbulkan kekecohan. Yang penting usaha bersungguh-sungguh untuk memajukan koperasi itu, seperti pendapat Swee Lan dalam mesyuarat yang lalu. Di samping membuat persediaan pertandingan tersebut secara tidak langsung koperasi mereka juga akan lebih teratur dan kemas. Demikianlah juga matlamat pertandingan yang diadakan oleh pihak ANGKASA terhadap koperasi-koperasi sekolah itu. Setiap petang, ahli lembaga pengarah bergilir-gilir mengurus projek yang telah dilaksanakan oleh mereka. Bangsal ternakan ayam mereka sentiasa dijaga rapi. Begitu juga dengan bilik bacaan.

Dalam diam Munir merancang untuk membuat kacau. Dia mencuri kunci bilik koperasi ketika semua orang sibuk bergotong royong. Pada malamnya dia menceroboh masuk ke

dalam koperasi dan menyepah-nyepahkan barang. Pada esoknya, semua ahli lembaga koperasi yang bertugas terkejut. Alat tulis seperti pensel, pen, pembaris, dan getah pemadam berselerak memenuhi lantai. Pakaian sukan pula seperti baju dan seluar berlonggok dan terperonyok di atas meja dan di atas lantai. Mereka hanya mampu menggelengkan kepala. Perasaan kesal dan kecewa menyelubungi diri mereka. Mengapa tidak? Dua minggu lagi koperasi mereka akan diadili. Para hakim akan datang untuk melihat pengurusan koperasi itu.

Dua orang anggota polis yang berpakaian kemas masuk ke kedai koperasi. Mereka mengambil tindakan segera setelah dilaporkan oleh Cikgu Zulkifli mengenai perkara tersebut. Kedua-dua orang anggota polis itu terus memeriksa bangunan kedai koperasi seperti pintu, dinding, tingkap, atap, dan sebagainya. Ternyata tidak terdapat tempat yang rosak atau lubang yang boleh dimasuki. Setelah mereka puas hati memeriksa bangunan itu, lantas mereka keluar menemui Cikgu Zulkifli dan Razali yang menunggu di luar bangunan.

Munir membuat fitnah dengan mengatakan Razali yang menceroboh koperasi. Munir juga memberitahu Pak Zakaria. Razali dimarah dengan teruk dan dihalau dari rumah. Mak Sopiah membela Razali. Berlaku ketegangan dalam keluarga Razali. Razali sangat berdukacita dengan nasibnya yang malang. Dia mengenang nasibnya yang tidak mengenalinya bapa kandungnya.

Cikgu Zulkifli dan Cikgu Syamsudin menyusun strategi untuk menangkap penceroboh koperasi. Selepas itu, Cikgu Zulkifli bergegas ke pejabat untuk membuat pengumuman. Cikgu Zulkifli memegang pembesar suara itu. Suaranya bergema ke seluruh bangunan. Semua guru diminta memeriksa beg dan pakaian murid seorang demi seorang. Guru lelaki memeriksa murid lelaki. Guru perempuan pula memeriksa murid perempuan.

Akhirnya penceroboh sebenar dapat ditangkap. Munir didapati bersalah dan dikenakan hukuman rotan di perhimpunan sekolah. Mengikut keputusan mesyuarat guru disiplin sekolah itu, Munir akan dirotan di hadapan perhimpunan sebanyak tiga kali. Hukuman itu terpaksa dilakukan demi menjaga disiplin sekolah itu. Diharapkan dengan hukuman itu akan menginsafkan Munir daripada melakukan lagi perkara-perkara yang tidak baik. Diharapkan tindakan itu menjadi peringatan kepada murid yang lain. Sebelum hukuman itu dijalankan, kedua-dua ibu bapa Munir diberitahu terlebih dahulu. Mereka memberikan keizinan dengan harapan disiplin Munir akan berubah kerana ternyata di

rumah juga kelakuannya tidak terkawal, meskipun ayahnya cuba membentuk perangainya.

Selepas itu Munir berubah sikap. Tiba-tiba dalam suasana yang amat memilukan itu, Munir menghampiri Razali dan menghulurkan tangannya. Razali menyambut tangan itu. Mereka bersalaman. Munir memohon maaf kepada Razali. Razali mengangguk-angguk. Ketika itu juga tidak tertahan rasa pilu di hatinya, segera pula dia memeluk tubuh Munir. Mereka berpelukan. Air mata Razali juga berderaian di pipinya. Semua murid dan guru yang menyaksikan peristiwa itu turut terharu. Setelah sekian lama mereka berpelukan, lalu kedua-duanya berjalan masuk ke dalam barisan semula.

Dia menyesal akan kenakalan sikapnya terhadap Razali. Dia telah dikenakan hukuman gantung persekolahan. Peperiksaan sudah hampir menjelang tetapi dia digantung persekolahan. Razali menawarkan diri untuk membantu mengajar Munir pada sebelah petang.

Munir telah kembali ke sekolah setelah menjalani hukuman. Selama itu pula dia dapat mengikuti pelajaran di sekolah melalui Razali, anak muda yang kehilangan ayah itu. Budi dan bakti Razali tidak akan dilupakan oleh Munir buat selama-lamanya. Pada hari itu juga tiga orang hakim Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah dari ANGKASA datang menghakimi Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan. Mereka disambut oleh pengetua, Cikgu Zulkifli, dan Razali. Ketiga-tiga orang hakim itu masuk ke kedai koperasi. Mereka meneliti barang jualan, buku-buku akaun, baucar, resit, dan sebagainya. Pada hari itu, saat yang sungguh bermakna apabila Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Koperasi Terbaik. Ibu bapa turut hadir pada hari itu untuk menyaksikan penyampaian hadiah.

Tidak disangka-sangka, pada hari itu juga Razali akan dapat bertemu ayah kandungnya yang telah lama dicari-carinya. Ayah kandungnya juga merupakan ayah Ramlah. Suasana yang cukup mengharukan itu disebut oleh Cikgu Syamsudin sebagai jasa koperasi yang sangat besar dalam mempertemukan dua orang insan yang terpisah selama 16 tahun.

SINOPSIS MENGIKUT BAB

 BAB 1 : KISAH DI KEDAI KOPERASIMurid berduyun-duyun menuju ke sekolah. Mereka masing-masing dengan azam dan cita-cita untuk mengaut ilmu dan pengetahuan sebagai bekalan hidup dalam zaman yang serba mencabar ini. Beberapa orang penuntut sedang melangkah masuk ke dalam sebuah bangunan satu tingkat yang terletak berhampiran dengan padang. Pada bahagian hadapan dinding bangunan tersebut terdapat papan tanda yang bertulis KEDAI KOPERASI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK PERTANIAN SERI KAYANGAN. Seorang pembantu kedai tersebut bersama-sama tiga orang ahli lembaga pengarah begitu sibuk melayani pembeli-pembeli yang berkehendakkan layanan segera. Mereka melayani pembeli-pembeli dengan sabar dan baik. Meskipun didesak dan disindir, senyuman masih juga terukir di bibir. Semasa pembeli sedang sibuk membeli barang keperluan sekolah, seorang daripada murid yang berasak-asak di situ cuba mengambil sebatang pen dan terus memasukkan pen tersebut ke dalam saku seluarnya. Harun selaku salah seorang ahli lembaga pengarah yang bertugas sebagai jurujual pada hari itu bersama-sama denganSwee Lan dan Saridevi menegur budak itu.

BAB 2 : MESYUARAT MELAKSANAKAN IMPIANBilik Mesyuarat Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan telah dipenuhi oleh Ahli Lembaga Pengarah Koperasi sekolah tersebut. Petang itu, seperti yang telah ditetapkan, mereka mengadakan Mesyuarat Lembaga Pengarah kali pertama setelah diadakan mesyuarat agung seminggu yang lalu. Sebelas orang murid telah dilantik menjadi ahli lembaga pengarah bersama-sama dengan empat orang guru. Tuan Pengetua sekolah, Cikgu Syamsudin dengan sendirinya menjadi Pengerusi Koperasi sekolahnya. Mereka sedang menunggu pegawai daripada Jabatan Pembangunan Koperasi Negeri yang diundang hadir bersama dalam mesyuarat tersebut. Cikgu Syamsudin bimbang sekiranya pegawai daripada Jabatan Pembangunan Koperasi itu tidak dapat hadir.

BAB 3 : PERJANJIAN MEMBALAS DENDAM

Hari itu, di bawah pokok ru yang rendang dalam kawasan Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan, kelihatan tiga orang murid sedang berehat di situ. Pihak sekolah memang menyediakan bangku-bangku simen di bawah pokok-pokok yang rendang dan merimbun daunnya untuk dijadikan tempat membaca buku atau tempat berehat kepada murid-murid yang ingin menenteramkan fikiran. Angin dari sawah yang

terdapat di sekitar kawasan sekolah itu bertiup sepoi-sepoi bahasa. Tiupan angin ini menyegarkan tubuh mereka. Namun, hati dan perasaan ialah seorang daripada tiga orang murid itu tidaklah sesegar tiupan angin. Perasaannya membungkam dan kecewa. Munir, Silvam dan Leong sedang membincangkan kekecewaan mereka kerana Razali dilantik sebagai Naib Setiausaha Koperasi. Mereka berjanji untuk mengenakan Razali.

BAB 4 : PERSIAPAN KEDAI OPERASI

Pagi itu, banyak sekali murid yang keluar masuk di Kedai koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan. Pembantu kedai tersebut, Norlela dengan beberapa orang ahli lembaga pengarah sibuk melayani mereka. Munir, Silvam, dan Leong tidak datang. Sepatutnya, pada pagi itu giliran mereka bertugas di kedai koperasi. Razali telah menyiapkan senarai barang yang perlu dibeli. Dia menghulurkan sehelai kertas yang tertulis senarai nama barang yang perlu dibeli kepada Cikgu Zulkifli. Swee Lan memberitahu yang koperasi boleh membeli barangan tersebut di kedai bapanya dengan harga yang istimewa. Petang itu mereka membeli barang dengan menaiki van sekolah. Mereka turut membeli majalah dan buku rujukan untuk diletakkan di Bilik Bacaan.

BAB 5 : CITA-CITA DAN HARAPANMunir, Silvam dan Leong mempunyai cita-cita dan harapan yang sama. Disebabkan itulah tiga serangkai itu begitu baik perhubungannya seperti isi dengan kuku. Jika sungai, seperti aur dengan tebingnya. Sewaktu pulang dari sekolah hari itu, tiga serangkai itu menunggu Ramlah, Swee Lan, dan Saridevi keluar dari kedai koperasi. Ketika gadis-gadis itu sampai di tempat mereka menunggu, Munir memberanikan diri menegur Ramlah.dan mengajaknya menonton. Tetapi Ramlah menolak. Begitu juga Swee Lan dan Saridevi. Tiga serangkai menjadi marah dan semakin kuat cita-cita untuk ‘mengajar’ Razali.

BAB 6 : PERSIAPAN

Bangsal ternakan ayam telur itu yang diperbuat daripada kayu, beratapkan daun nipah itu dibina oleh PIBG sekolah tersebut secara gotong-royong. Ahli Lembaga Pengarah Koperasi sekolah itu amat berbangga dan berterima kasih terhadap sokongan tersebut.

Ibu bapa pula menyedari sokongan itu patut diberikan untuk menanam semangat berkoperasi dan berniaga kepada anak-anak mereka. Pada waktu yang sama, Ramlah, Cikgu Robeah, Rozita, Harun, Silvam, dan Leong serta beberapa orang Ahli Lembaga Pengarah Koperasi sekolah itu sedang mengemaskan bahan bacaan di dalam sebuah bilik. Bilik itu dinamakan bilik bacaan. Murid-murid sekolah itu sama ada pada waktu rehat atau pada waktu petang dapat membaca bahan-bahan tersebut untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Akhbar dan majalah disusun dan diletakkan di rak yang disediakan. Habuk-habuk yang melekat di tingkap dan di dinding dibersihkan.

BAB 7 : SEMANGAT

Hari yang ditunggu-tunggu telahpun tiba. Sebuah kereta berwarna biru, sederhana besarnya, masuk ke pekarangan Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan. Cikgu Syamsudin mempelawa Penolong Pengarah Pembangunan Koperasi, Bahagian Fungsi Sekolah-sekolah melawat ke kedai koperasi. Mereka menuju ke kedai koperasi diikuti oleh semua ahli lembaga pengarah. Beliau memuji koperasi yang maju dan berjaya. Barang banyak, tersusun kemas pula. En Mansur turut dibawa ke Bilik Bacaan dan tempat ternakan ayam telur. Cikgu Zulkifli memberikan penerangan tentang jumlah ternakan dan hasilnya. En Mansur melahirkan kekaguman atas kesungguhan para pelajar dan guru mengusahakan koperasi sekolah yang telah banyak memberi faedah kepada warga sekolah. Walau bagaimanapun beliau menyeru agar ahli lembaga pengarah koperasi tidak mengabaikan pelajaran mereka.

BAB 8 : MEMPELAJARI ILMU PERDAGANGAN

Pagi itu Cikgu Saiful, guru mata pelajaran Perdagangan, sedang menghabiskan pengajarannya tentang Prinsip Akaun. Pada papan tulis terdapat catatan tentang kaedah Prinsip Akaun yang telah diajarkannya. Murid-murid tingkatan 5C1 itu merupakan murid-murid yang mengikuti pelajaran Perdagangan termasuklah Razali, Ramlah, Saridevi, dan Munir yang menjadi ahli lembaga pengarah koperasi sekolah. Semua murid dalam kelas menyalin nota tetapi Munir tidak habis-habis mengganggu kawannya. Akhirnya dia didenda tidak boleh pulang awal selagi tidak menyiapkan notanya.

BAB 9 : KERJA RUMAH

Ramlah, Saridevi dan Rozita mengunjungi rumah Razali yang berada di pinggir sawah. Suasana amat tenang dan menenteramkan perasaan. Kunjungan mereka bertujuan untuk belajar bersama-sama Razali. Razali mengajak mereka belajar di pondok di tengah sawah kerana di situ lebih lapang dan sunyi. Sesuai untuk belajar. Mak Sopiah menghidangkan minuman dan kuih. Begitulah rutin Mak Sopiah setiap kali Razali mengulang kaji di pondok tengah sawah itu. Sesi perbincangan 4 orang sahabat itu berjaya merungkai kekusutan tajuk Penyata Wang Tunai yang baru sahaja diajar oleh Cikgu Saiful di kelas tadi.

BAB 10 : PENGAKUAN

Kisah kelemahan disiplin Munir bukan sahaja diketahui oIeh Cikgu Zulkifli dan ahli lembaga pengarah koperasi sekolah itu, malah guru-guru yang lain termasuk juga Cikgu Saiful. Akan tetapi Cikgu Zulkiflilah yang begitu kecewa kerana Munir merupakan ahli lembaga pengarah koperasi. Disebabkan itulah Cikgu Zulkifli berunding dengan guru kaunseling atau guru kerjaya sekolah itu, Cikgu Muniam supaya menyiasat dan membimbing Munir. Hari itu Munir dipanggil oleh Cikgu Muniam ke bilik kerjaya. Munir berjanji dengan Cikgu Zulkifli dan Cikgu Muniam untuk berubah dan tidak mengulangi kesalahan disiplin lagi.

BAB 11 : MELEPASKAN DENDAM

Bab ini menceritakan perancangan Munir, Silvam dan Leong untuk membalas dendam kepada Razali. Munir menyangka Razali telah membuat aduan kepada Cikgu Muniam sehingga dia dipanggil untuk sesi kaunseling. Munir berasa marah dan kecewa. Mereka menunggu Razali di laluan yang biasa digunakan oleh Razali untuk pulang ke rumah. Mereka menahan Razali dan menyerang Razali sehingga tersungkur ke tanah. Kebetulan pula Ramlah dan rakan-rakannya lalu di situ, mereka membantu mengumpulkan buku-buku yang bertaburan. Mereka menasihatkan Razali untuk melaporkan kepada Cikgu Zulkifli tetapi Razali menolak.BAB 12 : KASIH SEORANG IBU

Mak Sopiah berasa sangat terkejut melihat kepulangan Razali dengan pakaian yang kotor dan mulut berdarah. Razali menerangkan yang dia telah dipukul oleh kawan-kawannya. Ketika itu Pak zakaria, ayah tiri Razali baru pulang dari sawah. Dia terus menyalahkan Razali dengan mengatakannya bahawa Razali suka bergaduh, sombong

dan angkuh. Pak Zakaria sangat membenci Razali tanpa diketahui puncanya. Razali berasa sangat sedih dengan apa yang baru sahaja berlaku antara ibu dan ayah tirinya. Dia membawa diri duduk di pondok di tengah sawah. Mak Sopiah membawakan minuman seperti biasa. Kasih seorang ibu sangat jelas dalam diri Mak Sopiah. Razali bertanya tentang ayah kandungnya tetapi Mak Sopiah tak mahu perkara itu dibangkitkan kerana tidak mahu mengenang kisah pahit itu.

BAB 13 : DENDAM MEMBAWA PADAH

Pagi esoknya, Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan mengikut jadual persekolahannya seperti biasa. Loceng pertama telah dibunyikan. Semua murid dan guru telah masuk ke kelas masing-masing. Terdapat juga murid dan guru-guru menuju ke padang melakukan kegiatan Pendidikan Jasmani. "Rakyat Sihat, Negara Maju". Akan tetapi seorang guru bersama-sama beberapa orang murid sekolah tersebut tidak pula masuk ke kelas dan tidak juga menuju ke padang. Mereka menuju ke bilik pengetua. Guru dan murid-murid itu ialah Cikgu Zulkifli, Razali, Munir, Leong, dan Silvam. Cikgu Zulkifli mendapat aduan mereka telah bergaduh dan memukul Razali. Pengetua berasa marah dan kesal atas apa yang berlaku. Sebagai akibatnya, masing-masing telah menerima sebatan di punggung oleh Pengetua.

BAB 14 : BERITA GEMBIRA

Sebuah van berhenti di halaman kedai koperasi sekolah itu. Pada van tersebut tertulis KOPERASI NASIONAL SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA. Pekerjanya menurunkan buku-buku rampaian lalu membawanya ke dalam kedai koperasi. Razali, Ramlah, dan Swee Lan menerima buku-buku tersebut. Mereka meletakkannya di atas meja dan menyusun buku itu sebaik-baiknya. Pekerja van itu menyerahkan bil kepada Cikgu Robeah yang sedang menulis di meja tulis koperasi itu. Cikgu Robeah meminta Swee Lan menulis baucar, manakala dia sendiri menulis cek untuk membayar harga buku-buku tersebut. Tiba-tiba Cikgu Zulkifli datang dan mencari Razali. Cikgu Zulkifli membacakan surat yang menyatakan Razali telah terpilih mengikuti kursus koperasi bersama-sama dengan wakil koperasi-sekolah seluruh Malaysia. Kursus ini akan diadakan bertempat di bangunan Kerjasama Malaysia, Petaling Jaya, Selangor. Semua mengucapkan tahniah kepada razali.

BAB 15 : BUDI BAIK DIKENANG JUARazali mengikuti Kursus Koperasi dengan perasaan yang berkobar-kobar untuk mengetahui dunia perniagaan koperasi secara lebih mendalam. Pelbagai acara yang telah disusun bersempena dengan kursus ini, para peserta dibawa melawat ke Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia di Kuala Lumpur untuk melihat fungsi dan peranannya. Mereka juga akan dibawa melawat ke bangunan Koperasi Polis, Koperasi Guru, Koperasi Bekas Perajurit dan di sekitar ibu kota Kuala Lumpur untuk melihat keindahan dan perkembangannya. Setelah berpenat lelah mengikuti ceramah sepanjang hari, kadang-kadang hingga malam, memperoleh pengetahuan tentang pembangunan koperasi, tentulah mereka berharap dapat merehatkan fikiran dengan melihat segala keindahan dan keagungan bandar raya Kuala Lumpur.Setelah mengikuti ceramah di Maktab Kerjasama Malaysia itu, seperti yang dijadualkan, mereka dibawamelawat ke Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia. Mereka dibawa melawat ke pejabat-pejabat yangmengendalikan seluruh koperasi di negara ini. Mereka kagum melihat koperasi-koperasi tersebut begitu berjaya hingga dapat mendirikan bangunannya sendiri.

BAB 16 : KESAN KUNJUNGAN

Razali pulang ke sekolah dengan semangat yang berkobar-kobar. Banyak ilmu dan pengalaman hendak dikongsikan bersama rakan-rakannya. Begitu juga Swee Lan, Ramlah dan rakan-rakan yang lain. Mereka sangat teruja untuk mengetahui pengalaman Razali berkursus di Kuala Lumpur. Petang itu dalam Mesyauarat Lembaga Pengarah Koperasi, razali telah diberikan peluang untuk menyampaikan laporan ringkas pengalamannya menghadiri kursus. Razali bangun dan menyampaikan laporannya. Koperasi merupakan tunjang yang boleh membangunkan komuniti dan ekonomi negara. Begitu bersemangat Razali menyampaikan laporannya. Cikgu Syamsudin menyampaikan maklumat tentang pertandingan koperasi yang dianjurkan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA). Cadangan Cikgu Syamsudin disambut baik oleh semua kecuali Munir.

BAB 17 : SEMAKIN JAUH TERBANG BURUNG

Persetujuan untuk turut bersama-sama dalam pertandingan koperasi sekolah-sekolah itu amat menggembirakan mereka. Setiap pertandingan mesti ada persediaannya. Kalah

atau menang bukanlah sesuatu yang menjadi matlamat sehingga menimbulkan kekecohan. Yang penting usaha bersungguh- sungguh untuk memajukan koperasi itu, seperti pendapat Swee Lan dalam mesyuarat yang lalu. Di samping membuat persediaan pertandingan tersebut secara tidak langsung koperasi mereka juga akan lebih teratur dan kemas. Demikianlah juga matlamat pertandingan yang diadakan oleh pihak ANGKASA terhadap koperasi-kopcrasi sekolah itu. Setiap petang, ahli lembaga pengarah bergilir-gilir mengurus projek yang telah dilaksanakan oleh mereka. Bangsal ternakan ayam mereka sentiasa dijaga rapi. Begitujuga dengan bilik bacaan. Munir dan rakan-rakannya semakin tidak senang dengan perkembangan koperasi sekolah mereka.

BAB 18 : MALANG TIDAK DIDUGA

Pagi itu, suasana kecoh di koperasi. Barangan bersepah-sepah. Koperasi telah dipecah masuk. berlonggok di atas lantai. Alat tulis seperti pensel, pen, pembaris, dan getah pemadam berselerak memenuhi lantai. Pakaian sukan pula seperti baju dan seluar berlonggok dan terperonyok di atas meja dan di atas lantai. Mereka hanya mampu menggelengkan kepala. Perasaan kesal dan kecewa menyelubungi diri mereka. Mengapa tidak? Dua minggu lagi koperasi mereka akan diadili. Para hakim akan datang untuk melihat pengurusan koperasi itu. Cikgu Zulkifli berasa kesal atas apa yang berlaku lantas segera membuat laporan polis. Seribu tanda tanya menghantui fikiran mereka. Siapakah yang telah memecah masuk koperas

BAB 19 : MISTERI KEDAI KOPERASI

Dua orang anggota polis yang berpakaian kemas masuk ke kedai koperasi. Mereka mengambil tindakan segera setelah dilaporkan oleh Cikgu Zulkifli mengenai perkara tersebut. Kedua-dua orang anggota polis itu terus memeriksa bangunan kedai koperasi seperti pintu, dinding, tingkap, atap, dan sebagainya. Ternyata tidak terdapat tempat yang rosak atau lubang yang boleh dimasuki. Setelah mereka puas hati memeriksa bangunan itu, lantas mereka keluar menemui Cikgu Zulkifli dan Razali yang menunggu di luar bangunan. Munir mula menyebarkan cerita konon-kononnya Razali yang telah memecah masuk koperasi kerana hanya Razali yang memegang kunci koperasi.

BAB 20 : TINDAKAN AYAH TIRI

Munir bertindak untuk memberitahu ayah tiri Razali berita yang melanda koperasi sekolah. Munir mengatakan Razali telah memecah masuk koperasi dan memalukan keluarga. Pak Zakaria sangat marah dan bertindak menghalau Razali dari rumah tetapi dihalang oleh ibunya. Razali berasa sangat sedih dengan tindakan bapa tirinya.

BAB 21 : HIDUP YANG DIRUNDUNG MALANG

Sepanjang hidup Razali, dia tidak pernah mengalami peristiwa yang begitu pahit. Dia dihalau tanpa kesalahan yang nyata. Tentulah tidak wajar. Di mana pula maruahnya hendak diletakkan sehingga begitu sekali tindakan ayah tirinya itu. Dia rasa dirinya seperti sehelai daun kering yang melayang-layang ke sana ke mari tanpa berharga. Akan tetapi ibunya .... Ya, ibunya itulah penawar kepahitan yang dialaminya kini. Jika tidak kerana ibunya sudah tentu saat itu jua dia akan meninggalkan rumah tersebut. Dia akan pergi ke mana-mana sahaja membawa diri. Mentari petang berwajah lembut, menyebarkan cahayanya di permukaan sawah. Padi menghijau subur, daunnya melambai-lambai ditiup angin. Burung-burung berterbangan bebas di udara. Sebenarnya dunia ini sungguh indah dan bahagia. Razali mengeluh akan nasib dirinya yang malang. Dia masih tidak tahu bapanya yang sebenar.

BAB 22 : MISTERI BERAKHIR

Koperasi dipecah lagi. Cikgu Zulkifli terperanjat apabila menjenguk ke dalam koperasi. Barang-barang digeledah dan diceroboh orang. Cikgu Zulkifli meminta kebenaran Pengetua untuk membuat pemeriksaan mengejut kepada murid-murid. Dengan cara ini mungkin penceroboh dapat ditangkap. Guru disiplin sekolah itu dan menerangkan rancangannya. Mereka tidak membantah, malahan bersetuju memberikan kerjasama kepada Cikgu Zulkifli. Selepas itu, Cikgu Zulkifli bergegas ke pejabat sekolah untuk membuat pengumuman meminta semua guru memeriksa beg dan pakaian murid. Jika menjumpai pemulas skru, kunci dan wang kertas RM10 perlu diserah ke pejabat. Semua guru melaksanakan arahan tadi. Mereka percaya arahan pemeriksaan mengejut itu dilakukan tentu ada suatu perkara yang mustahak. Oleh sebab itu, mereka terus memeriksa seorang demi seorang murid di dalam kelas masing-masing. Akhirnya penceroboh berjaya ditangkap kerana Cikgu Zulkifli telah memasang perangkap melalui duit RM10 yang telah diletakkan dalam laci koperasi.

BAB 23 : HUKUMAN

Mengikut keputusan mesyuarat guru disiplin sekolah Munir akan dirotan di hadapan perhimpunan sebanyak tiga kali. Hukuman itu terpaksa dilakukan demi menjaga disiplin sekolah itu. Diharapkan dengan hukuman itu akan menginsafkan Munir daripada melakukan lagi perkara-perkara yang tidak baik. Diharapkan tindakan itu menjadi peringatan kepada murid yang lain. Sebelum hukuman itu dijalankan, kedua-dua ibu bapa Munir diberitahu terlebih dahulu. Mereka memberikan keizinan dengan harapan disiplin Munir akan berubah kerana ternyata di rumah juga kelakuannya tidak terkawal, meskipun ayahnya cuba membentuk perangainya. Pagi itu, setelah murid-murid berhimpun di tapak perhimpunan sekolah Cikgu Muniam membuat pengumuman. Pengetua menjatuhkan hukuman sebat kepada Munir atas kesalahan menceroboh koperasi.

BAB 24 : MEMASUKI DUNIA BAHARU

Munir datang ke rumah Razali untuk meminta maaf kepada Razali sekeluarga dan menjelaskan kebenaran. Munir juga melahirkan kebimbangannya sebab telah digantung persekolahan. Razali menawarkan diri untuk mengajar Munir setiap petang di pondok di tengah sawah. Munir menuruti Razali menuju ke pondok sawah. Hari itu sebenarnya Munir merasai dirirnya menjadi orang baharu dalam hidupnya. Dia telahmendapat seorang sahabat baharu. Jiwa dan azam juga yang baharu. Dia ingin melemparkan jauh-jauh segala kebiadapan dan keangkuhan hidupnya selama ini.

BAB 25 : HARAPAN BERBUNGA INDAH

Munir telah kembali ke sekolah setelah menjalani hukuman. Selama itu pula dia dapat mengikuti pelajaran di sekolah melalui Razali, anak muda yang kehilangan ayah itu. Budi dan bakti Razali tidak akan dilupakan oleh Munir buat selama-lamanya. Pada hari itu juga tiga orang hakim Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah dari ANGKASA datang menghakimi Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan. Mereka disambut oleh pengetua, Cikgu Zulkifli, dan Razali. Ketiga-tiga orang hakim itu masuk ke kedai koperasi. Mereka meneliti barang jualan, buku-buku akaun, baucar, resit, dan sebagainya. Semua persediaan tersebut termasuk dalan1perkiraan markah pertandingan. Kemudian, mereka meninjau aktiviti koperasi itu termasuk projek ternakan ayam telur. Saat yang paling indah apabila Koperasi Sekolah

Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan telah dinobatkan sebagai johan dalam pertandingan koperasi terbaik. Betapa bangganya ibu bapa tersebut melihat usaha anak-anak mereka menubuhkan dan mengusahakan kedai koperasi itu. Masing-masing berharap suatu hari nanti anak-anak mereka dapat pula menubuhkan koperasi setelah berjaya menuntut ilmu di situ. Ketika ibu bapa sedang berlegar-legar di dalamkoperasi itu, tiba-tiba dua pasang mata berpandangan.

BAB 26 : TERBUKA RAHSIA

Mak Sopiah amat tidak menyangka akan bertemu semula dengan bekas suaminya, Ramli di sekolah anaknya. Dengan bantuan Cikgu Syamsudin, mereka dipertemukan dengan anak kandung mereka, Razali. Razali sangat terkejut dan terharu. Akhirnya dia dapat mengenali dan bertemu dengan bapa kandungnya. Mereka berpelukan dan melepaskan rindu yang lama tersimpan. Rupa-rupanya Razali dan Ramlah adalah bersaudara kerana Ramli juga merupakan bapa Ramlah.

TEMA 

Novel Sejambak Bakti ialah kisah usaha murid dan guru membangunkan koperasi sekolah. Terselit pelbagai kisah suka dan duka dan konflik sesama sendiri. Peranan guru sebagai pendorong dan pemberi nasihat kepada murid dalam novel Sejambak Bakti dipaparkan sebagai panduan kepada murid supaya dapat memilih nilai positif dalam kehidupan seharian.

Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan dibangunkan dengan kerjasama beberapa muridnya yang menjadi ahli lembaga pengarah dan dibantu oleh seorang guru yang sangat komited iaitu Cikgu Zulkifli. Dengan bimbingan Cikgu Zulkifli, Razali dan rakan-rakannya berganding bahu memajukan kedai koperasi sekolah sehingga menjadi Johan Pertandingan Koperasi Terbaik.

Kedai koperasi maju dengan barang yang banyak, tersusun kemas pula. Terdapat juga Bilik Bacaan dan tempat ternakan ayam telur. Pegawai dari ANGKASA, En Mansur

melahirkan kekaguman atas kesungguhan para pelajar dan guru mengusahakan koperasi sekolah yang telah banyak memberi faedah kepada warga sekolah.