novel “destinasi impian sm1 nama...destinasi impian sinopsis keseluruhan johari, azlina, dan...

20
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Sinopsis Novel “Destinasi ImpianSM1 Nama : _____________________________

Upload: others

Post on 12-Dec-2020

31 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Novel “Destinasi Impian SM1 Nama...Destinasi Impian Sinopsis Keseluruhan Johari, Azlina, dan Firdaus melakukan eskpedisi berbasikal dari Klang ke Morib. Ekspedisi itu dilakukan dengan

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest

Sinopsis Novel “Destinasi Impian”

SM1

Nama : _____________________________

Page 2: Novel “Destinasi Impian SM1 Nama...Destinasi Impian Sinopsis Keseluruhan Johari, Azlina, dan Firdaus melakukan eskpedisi berbasikal dari Klang ke Morib. Ekspedisi itu dilakukan dengan

Analisis Novel

Sinopsis

Tema

Persoalan

Watak & perwatakan

Latar

Plot

Gaya Bahasa

Teknik Plot

Nilai

Pengajaran

Page 3: Novel “Destinasi Impian SM1 Nama...Destinasi Impian Sinopsis Keseluruhan Johari, Azlina, dan Firdaus melakukan eskpedisi berbasikal dari Klang ke Morib. Ekspedisi itu dilakukan dengan

Destinasi Impian

Sinopsis Keseluruhan

Johari, Azlina, dan Firdaus melakukan eskpedisi berbasikal dari Klang ke

Morib. Ekspedisi itu dilakukan dengan beberapa tujuan, iaitu yang pertama, untuk

menyahut cabaran datuk mereka yang mengatakan bahawa generasi sekarang lemah

dan tidak mempunyai semangat yang tinggi. Kedua, untuk melihat tanah air mereka

yang merdeka secara lebih dekat. Seterusnya, untuk menjadikan Firdaus lelaki sejati,

Firdaus bersifat agak keperempuanan akibat terlalu dimanjakan oleh ibu bapanya.

Firdaus menganggap bahawa ekspedisi berbasikal itu sebagai kerja gila.

Dalam ekspedisi berbasikal itu, Firdaus sering merungut kerana terlalu penat.

Sikap Firdaus yang tidak sabar itu menimbulkan konflik antara dia dengan adiknya,

Azlina. Konflik antara mereka berdua telah menimbulkan sindir menyindir, tengking-

menengking, dan perasaan marah. Walau bagaimanapun, Johari sebagai sepupu

mereka yang lebih dewasa sentiasa sabar dan bijak menghadapi kerenah kedua-dua

orang adik sepupunya. Akhirnya, ekspedisi tersebut berjaya. Mereka bertiga berjaya

tiba di tempat yang dituju, iaitu di Pantai Morib Baru. Firdaus berasa bangga kerana

telah dapat mengayuh basikal sejauh 50 kilometer.

Ketibaan Firdaus di Pantai Morib Baru disambut oleh rakan-rakannya, iaitu

Sazali, Moksin, Salim, Erma, Zarina, dan Mazlinda. Firdaus terkejut kerana

menyangka bahawa kawan-kawannya sedang bergembira menonton wayang dan

meraikan majlis sambutan hari lahir Mazlinda, iaitu gadis idamannva. Kawan kawan

Firdaus memberikan ucapan tahniah kepadanya. Firdaus membohongi kawan-

kawannya dengan mengatakan bahawa perjalanannya lewat kerana adiknya, Azlina

hanyak berehat. Firdaus juga telah meninggalkan Johari dan Azlina.

Johari dan Azlina bersama-sama dengan kawan-kawan Johari yang sama belajar

di Universiti Putra Malaysia. Johari dan Azlina juga seperti Firdaus, iaitu bergembira

Program Bahasa Melayu Edubest SM1_PT3_2020_Sinopsis Novel 1

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 4: Novel “Destinasi Impian SM1 Nama...Destinasi Impian Sinopsis Keseluruhan Johari, Azlina, dan Firdaus melakukan eskpedisi berbasikal dari Klang ke Morib. Ekspedisi itu dilakukan dengan

dengan kawan-kawan mereka. Tiba-tiba Azlina didatangi oleh kawan-kawan Firdaus,

iaitu Moksin dan Sazali. Mereka bertanyakan sama ada betul atau tidak kenyataan

Firdaus, iaitu kelewatan mereka sampai kerana Azlina asyik hendak berehat.

Akhirnya, Moksin dan Sazali mendapat tahu bahawa Firdaus berbohong. Mereka

bertekad untuk memaksa Firdaus mengakui perbuatannya. Sebenarnya, Firdaus

menjadi sombong akan kejayaannya berbasikal dari Klang ke Morib. Dia telah

memberitahu Mazlinda bahawa dia pandai berenang juga. Firdaus berbohong kepada

Mazlinda walaupun sedar bahawa dia tidak sehebat yang diceritakannya. Oleh itu,

perasaan itu terbawa-bawa dalam mimpinya.

Pada keesokan harinya, Johari dan Azlina ingin bertolak pulang. Firdaus

memberitahu mereka bahawa dia ingin pulang berseorangan. Azlina berasa tidak

sampai hati mahu meninggalkan abangnya, Firdaus. Setelah dipujuk oleh Johari,

akhirnya, mereka berbasikal pulang berdua sahaja. Sementara itu, Firdaus dan kawan-

kawannya mandi di laut. Firdaus mandi sambil bergembira bersama-sama dengan

kawan-kawannya. Mereka berlumba menyelam. Dalam kegembiraan itu, Mazlinda

telah dipukul ombak dan terkapai-kapai. Firdaus yang telah bercakap besar terpaksa

memberanikan diri untuk menyelamatkan Mazlinda tetapi akhirnya, dia yang lemas.

Sebaik-baik sahaja sedar, Firdaus berada di katil hospital. Johari dan Azlina

yang berada di sisi Firdaus bertanyakan khabarnya. Firdaus mendapat tahu bahawa dia

lemas dan telah diselamatkan oleh Mazlinda. Mazlinda berpura-pura tidak tahu

berenang untuk mengujinya. Firdaus berasa malu dan tunduk sahaja. Johari menasihati

Firdaus supaya mengangkat mukanya. Bagi Johari, Firdaus sudah menjadi orang yang

berani dan orang yang berani tidak akan menundukkan muka sepanjang masa.

Menurut Johari lagi, keberanian hendaklah disertai fikiran yang waras. Sewaktu

Mazlinda datang bersama-sama dengan kawan-kawannya yang lain, Firdaus ingin

menundukkan muka kerana malu. Namun begitu, Firdaus segera teringat akan kata-

kata Johari lalu dia mengangkat muka untuk memandang Mazlinda dengan berani.

Program Bahasa Melayu Edubest SM1_PT3_2020_Sinopsis Novel 2

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 5: Novel “Destinasi Impian SM1 Nama...Destinasi Impian Sinopsis Keseluruhan Johari, Azlina, dan Firdaus melakukan eskpedisi berbasikal dari Klang ke Morib. Ekspedisi itu dilakukan dengan

Sinopsis Terperinci

Johari Teruskan Perjalanan Ini!

Johari memanggil Azlina yang sedang sibuk merakamkan gambar bunga lalang.

Johari memberitahu Azlina bahawa abangnya, Firdaus mengajak mereka berpatah

balik. Johari mengadakan undian untuk menentukan sama ada mereka perlu berpatah

balik atau meneruskan perjalanan. Berdasarkan undian tersebut, Firdaus membuat

keputusan bahawa mereka perlu meneruskan perjalanan.

Firdaus yang kelelahan itu bertanyakan tujuan ekspedisi tersebut. Johari

menjelaskan bahawa ekspedisi berbasikal itu adalah untuk menyahut cabaran datuk

mereka. Datuk mereka mengatakan bahawa generasi hari ini lemah dan tidak tahan

lasak. Selain itu, ekspedisi tersebut adalah untuk melihat tanah air mereka yang

merdeka secara dekat. Azlina pula menyambung ekspedisi itu adalah untuk

menjadikan Firdaus sebagai orang lelaki. Firdaus berasa marah mendengar kata-kata

Azlina tetapi Johari menyabarkannya. Johari meminta Firdaus mengambil kata-kata

Azlina sebagai cabaran.

Kemudian, mereka bertiga meneruskan perjalanan berbasikal itu sambil melihat

kesan sejarah dan persekitaran. Dalam perjalanan tersebut, tayar basikal Firdaus

kempis kerana tertusuk paku. Firdaus merungut lagi sambil mengatakan bahawa jika

duduk di rumah, tentu tiada masalah. Azlina menyuruh Firdaus balik dan berkepit di

bawah ketiak emaknya. Firdaus berasa marah terhadap Azlina. Johari terpaksa

meninggikan suara untuk meleraikan pertengkaran antara dua beradik itu. Johari

menasihati Firdaus dengan mengatakan bahawa perjalanan sentiasa mempunyai

halangan. Oleh itu, Firdaus haruslah berani, tabah, dan sabar menghadapinya. Selepas

itu, mereka bertiga meneruskan perjalanan.

Firdaus Penyesalan Sepanianq Perjalanan

Program Bahasa Melayu Edubest SM1_PT3_2020_Sinopsis Novel 3

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 6: Novel “Destinasi Impian SM1 Nama...Destinasi Impian Sinopsis Keseluruhan Johari, Azlina, dan Firdaus melakukan eskpedisi berbasikal dari Klang ke Morib. Ekspedisi itu dilakukan dengan

Firdaus berasa terlalu penat. Dia menyesal kerana menyertai Johari dan Azlina

dalam perjalanan gila itu. Firdaus teringat perjalanan berbasikal itu bermula daripada

perbualan dengan datuk mereka. Firdaus menyertai perjalanan berbasikal itu adalah

untuk menyahut cabaran datuknya. Firdaus juga teringat akan sindiran rakan-rakannya

tentang hasratnya hendak menyertai ekspedisi berbasikal itu.

Bunyi hon yang kuat dari arah belakang membuatkan Firdaus terkejut. Firdaus

segera membelokkan basikalnya ke kiri. Akibatnya, Firdaus terlanggar seketul batu

yang besar. Siku Firdaus luka. Azlina membandingkan keadaan abangnya itu dengan

orang yang sebaya dengan abangnya di Afghanistan dan Palestin. Menurut Azlina,

banyak orang yang sebaya dengan abangnya di negara-negara tersebut patah tangan

atau kaki kerana berjuang untuk mempertahankan tanah air. Kata-kata Azlina itu

menyakiti hati Firdaus. Johari membalut luka pada siku Firdaus. Selepas itu, mereka

meneruskan perjalanan berbasikal walaupun Firdaus ingin berehat.

Azlina Kerana Abang

Azlina berasa amat penat setelah mengayuh basikal sejak pukul 7:00 pagi. Kini,

sudah hampir pukul 12:00 tengah hari dan matahari pula sedang panas terik. Azlina

teringat akan kata-kata seorang peniaga perempuan bahawa jika orang perempuan

mahu melakukan pekerjaan yang dimonopoli oleh lelaki, perempuan itu mesti

melakukannya dua kali lebih baik daripada orang lelaki; barulah kemampuannya

diiktiraf. Azlina berasakan dia telah berjaya melakukan dua kali lebih baik daripada

Firdaus dalam perjalanan berbasikal itu. Azlina berharap agar Firdaus tercabar dan

berusaha mengatasinya.

Azlina teringat juga akan kata-kata Johari tentang persaingan, iaitu persaingan

yang sihat akan meningkatkan kualiti. Sebaliknya, persaingan yang disertakan hasad

dengki akan menyebabkan sama-sama tidak maju. Johari bukan sahaja pandai berteori

tetapi pandai mempraktikkannya juga. Seterusnya, Azlina teringat akan kata-kata

Johari, iaitu jika kurang membaca akan ketinggalan.

Program Bahasa Melayu Edubest SM1_PT3_2020_Sinopsis Novel 4

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 7: Novel “Destinasi Impian SM1 Nama...Destinasi Impian Sinopsis Keseluruhan Johari, Azlina, dan Firdaus melakukan eskpedisi berbasikal dari Klang ke Morib. Ekspedisi itu dilakukan dengan

Bunyi hon kereta Volkswagen menyebabkan Azlina terkejut. Azlina segera

menepikan basikalnya ke tanah merah. Pemandu kereta itu bersiul kepada Azlina.

Perbuatan itu membuatkan Azlina teringat akan kata-kata kawannya, Salamah.

Salamah mengatakan bahawa perbuatan pemandu itu sebagai mengurat fesyen lama.

Azlina melihat ke belakang tetapi Johari dan Firdaus tidak kelihatan.

Azlina berhenti berhampiran dengan gerai air tebu. Azlina minum air tebu dan

berbual dengan peniaga air tebu tersebut. Selepas itu, Azlina berehat sambil menunggu

Firdaus dan Johari. Ketika itu, wajah abangnya, Firdaus menjelma dalam ingatan

Azlina. Firdaus memang kacak tetapi berperwatakan agak keperempuanan. Azlina

teringat akan kawan-kawan abangnya, Firdaus yang telah mengusiknya kerana

perwatakan abangnya itu. Menurut emak mereka, perwatakan Firdaus demikian kerana

adik beradik sebelumnya perempuan. Azlina teringat juga Firdaus tidak pernah

bermain bola sepak, takraw atau badminton. Sebaliknya, Firdaus lebih gemar

menonton televisyen atau menolong kakaknya memasak.

Tiba-tiba Azlina terdengar bunyi hon yang disertai dengan bunyi brek

mencengkam jalan. Azlina tersedar daripada lamunannya. Azlina tersenyum apabila

melihat Johari dan Firdaus berbasikal ke arahnya. Azlina segera bertanyakan sebab

mereka lambat. Johari menyuruh Azlina bertanyakan soalan iru kepada Firdaus.

Firdaus merungut dengan mengatakan babawa perjalanan berbasikal itu kerja gila.

Johari menghulurkan air tebu kepada Firdaus. Johari memberitahu Azlina

bahawa mereka lambat kerana Firdaus berehat dan dia terpaksa menunggu. Jika dia

tidak berbuat begitu, Firdaus hendak balik ke Klang dengan menaiki bas. Oleh itu,

Azlina mengingatkan Firdaus akan ejekan datuknya. Tindakan Azlina membuatkan

Firdaus memarahinya. Azlina mengatakan bahawa dia sudah mempunyai empat orang

kakak dan dia mahu seorang abang. Kata-kata Azlina membuatkan Firdaus

menundukkan kepalanya. Kemudian, Johari memberitahu mereka bahawa lima minit

lagi mereka akan meneruskan perjalanan berbasikal tersebut.

Program Bahasa Melayu Edubest SM1_PT3_2020_Sinopsis Novel 5

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 8: Novel “Destinasi Impian SM1 Nama...Destinasi Impian Sinopsis Keseluruhan Johari, Azlina, dan Firdaus melakukan eskpedisi berbasikal dari Klang ke Morib. Ekspedisi itu dilakukan dengan

Johari Antara Mereka Berdua

Johari tahu bahawa Firdaus keletihan. Dia teringat akan kata-kata Firdaus

bahawa perjalanan itu sebagai perjalanan gila. Namun begitu, Johari tidak berhasrat

untuk mendera sepupunya tetapi untuk mengajar mereka betapa nikmatnya hidup

apabila mampu memenuhi cabaran. Johari berharap agar perjalanan tersebut

menjadikan Azlina dan Firdaus sebagai remaja yang lasak, pandai berdikari, dan

berani sebagai bekalan untuk meredah rimba kehidupan.

Perjalanan berbasikal itu diteruskan sehingga pukul 2:30 petang dan peluh

mereka menitik di sepanjang jalan. Johari sedar bahawa peluh itu sering dikaitkan

dengan pekerjaan dan pekerjaan dikaitkan dengan penat. Oleh itu. Johari berharap agar

kedua-dua orang adik sepupunya itu akan mengenali makna penat dan mengerti pula

penat lelah ibu bapa membesarkan mereka. Johari juga berharap mereka tidak terlalu

banyak meminta tanpa menyuburkan sikap berdikari dalam jiwa. Malah. Johari

berharap agar mereka memahami makna penat pejuang tanah air lalu berusaha

menghargai dan mengisi kemerdekaan ini dengan sebaik-baiknya.

Bagi Johari, perjalanan berbasikal itu tidak jauh berbeza dengan kehidupan

manusia. Johari berharap agar Azlina dan Firdaus tidak dapat menipu apa -apa yang

ada di hadapan mereka. Sebaliknya, mereka perlu menempuhinya dengan tabah dan

berani. Sepanjang berbasikal itu, Johari dapat melihat perbezaan antara Azlina dan

Firdaus, iaitu Firdaus lebih memikirkan penat. Azlina pula suka mengkritik dan tidak

pula melenting apabila dikritik. Johari melihat Azlina peka dan bersikap krisis

terhadap apa-apa sahaja yang dilihatnya.

Kemudian, mereka berehat di pekan Banting. Menurut Johari, mereka telah

kalah dengan datuk mereka kerana datuk mereka berbasikal ke Morib balik hari.

Sebaliknya, mereka masih belum sampai ke Morib walaupun sudah pukul 3:00 petang.

Bagi Azlina, kelewatan tersebut berpunca daripada mereka banyak berehat. Firdaus

Program Bahasa Melayu Edubest SM1_PT3_2020_Sinopsis Novel 6

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 9: Novel “Destinasi Impian SM1 Nama...Destinasi Impian Sinopsis Keseluruhan Johari, Azlina, dan Firdaus melakukan eskpedisi berbasikal dari Klang ke Morib. Ekspedisi itu dilakukan dengan

mengatakan bahawa dia terlalu penat tetapi Azlina membidas kata-kata Firdaus

dengan mengatakan bahawa semua orang penat dan jika ada semangat, rasa penat akan

hilang.

Johari menegur kedua-dua orang sepupunya yang bertengkar dan mengajak

mereka memulakan perjalanan berbasikal yang tinggal 15 kilometer sahaja lagi.

Dalam perjalanan dari Banting itu, Johari sempat menunjukkan rumah jaguh

badminton negara. Firdaus menunjukkan reaksi tidak berminat. Azlina menempelak

Firdaus dengan mengatakan bahawa Firdaus lebih berminat dengan cerita bintang

filem dan penyanyi yang sememangnya banyak lelaki lembut. Firdaus membalas kata-

kata Azlina. Menurut Firdaus, penyanyi juga penting sama seperti ahli sukan kerana

ada penyanyi yang menyanyikan lagu patriotik. Kata Azlina, Firdaus hanya

menyayikan lagu cinta, putus asa, kecewa, dan merana. Johari mengangkat ibu jari

kepada Azlina kerana Azlina dapat mematahkan hujah Firdaus.

Firdaus Kesal Belum Bernoktah

Firdaus benar-benar marah akan sikap adiknya, Azlina yang mengatakan

bahawa penyanyi yang menyanyikan lagu cinta tidak berguna. Firdaus berpendapat

bahawa manusia di muka bumi ini perlu dicintai dan mencintai. Bagi Firdaus, kalau

Azlina boleh mendapat ketenangan dengan berjoging atau bersukan, salahkah dia

mencari ketenangan melalui lagu-lagu cinta.

Tiba-tiba Firdaus mengesyaki Azlina dan Johari bercinta. Namun begitu, dia

tidak peduli kerana bukan tiada sepupu bercinta dengan sepupu dan cinta itu buta.

Dalam pada itu,wajah kawan rapatnya, Salim muncul dalam ingatan Firdaus. Salim

telah mengajak Firdaus menonton wayang tetapi pelawaan Salim terpaksa ditolaknya

kerana mahu menyertai ekspedisi berbasikal itu. Firdaus amat menyesal. Dia bermandi

peluh sedangkan rakan-rakannya pula berseronok menonton wayang. Kekesalan

Firdaus bertambah apabila mengingati esoknya adalah majlis sambutan ulang tahun

Program Bahasa Melayu Edubest SM1_PT3_2020_Sinopsis Novel 7

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 10: Novel “Destinasi Impian SM1 Nama...Destinasi Impian Sinopsis Keseluruhan Johari, Azlina, dan Firdaus melakukan eskpedisi berbasikal dari Klang ke Morib. Ekspedisi itu dilakukan dengan

kelahiran Mazlinda, iaitu gadis pujaan hatinya. Dia membayangkan Mazlinda yang

jelita itu bertambah jelita dengan pakaian baharu dan istimewa.

Dalam Firdaus berangan itu, Azlina memintas Firdaus sambil memberitahunya

bahawa Morib makin dekat dan mengajak Firdaus berlumba. Namun begitu, Firdaus

tidak memberikan reaksi. Azlina menyindir Firdaus dan membuatkan Firdaus marah.

Tiba-tiba, sebuah lori besar bergerak sangat laju dan angin lori itu telah menyebabkan

Azlina terbabas ke kiri jalan. Akibatnya, Azlina terlanggar lubang lalu terjatuh. Johari

segera mendapatkan Azlina. Firdaus hanya berkata padan muka kepada Azlina.

Menurut Firdaus, kemalangan yang menimpa Azlina adalah balasan terhadap

perbuatan Azlina yang suka memperlinya.

Kemudian, Johari menegur Firdaus kerana berdendam. Firdaus membalas

dengan mengatakan bahawa dia juga tahu sakit hati. Johari memberitahu Firdaus

bahawa adiknya, Azlina memperlinya supaya dia menjadi lelaki yang berani menyahut

cabaran. Johari juga mengingatkan Firdaus bahawa persaingan yang disertai dendam

kesumat bukan persaingan kerana itu persaingan yang merugikan. Firdaus membalas

dengan mengatakan bahawa Johari selalu memenangkan Azlina. Johari bertanya

kepada Firdaus sama ada selama ini Firdaus menganggap bahawa dia pilih kasih.

Firdaus diam sabaja dan meneruskan perjalanan.

Johari Api Itu Mesti Dipadamkan

Johari memberitahu Azlina bahawa Firdaus betul-betul marah, Azlina memujuk

Johari agar tidak risau kerana Firdaus memang begitu. Dia cepat marah apabila penat.

Kemudian, Johari dan Azlina berbual tentang luka Azlina yang seolah-olah tiada

kesan. Johari mengatakan bahawa orang muda yang tahan lasak macam Azlinalah

yang dikehendaki. Azlina pula menjelaskan bahawa luka, patah, atau terseliuh sudah

menjadi perkara biasa bagi orang yang aktif bersukan.

Program Bahasa Melayu Edubest SM1_PT3_2020_Sinopsis Novel 8

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 11: Novel “Destinasi Impian SM1 Nama...Destinasi Impian Sinopsis Keseluruhan Johari, Azlina, dan Firdaus melakukan eskpedisi berbasikal dari Klang ke Morib. Ekspedisi itu dilakukan dengan

Dalam pada itu, Johari bimbang apabila mengenangkan dendam Firdaus

terhadap Azlina. Johari menghampiri Firdaus untuk memberitahu bahawa Morib tidak

sampai dua kilometer lagi. Namun begitu, Firdaus seperti tidak mengendahkannya.

Mungkin Firdaus mendendaminya juga. Seterusnya, Johari bertanya sama ada Firdaus

tahu atau tidak jalan hendak ke Pantai Morib Baru. Firdaus mengatakan bahawa dia

tahu dengan suara yang keras.

Johari mengekori Firdaus dari belakang sahaja supaya Firdaus tidak sesat.

Johari teringat akan kata-kata Azlina bahawa Firdaus cepat marah apabila penat.

Johari percaya bahawa penat Firdaus akan hilang setelah dia mandi-manda di Morib

nanti. Bagi Johari, Firdaus mesti memadamkan api dendam di hatinya.

Firdaus Tidak Kuduga

Firdaus bertanya dalam hatinya adakah salah dia mengatakan 'sakit' kepada

adiknya, Azlina yang terjatuh tadi. Jika pertanyaan itu menyakiti hati Azlina, Johari

mesti menganggap usikan, sindiran, atau cabaran Azlina juga menyakiti hatinya.

Walau bagaimanapun, kata-kata itu tidak diucapkannya kepada Johari. Jika diucapkan

Firdaus yakin bahawa Johari akan terdiam.

Dalam itu, Firdaus tahu bahawa Pantai Morib semakin hampir. Namun begitu,

apabila memikirkan tutur kata dan tindakan adiknya serta sepupunya, kegembiraan

tidak wujud dalam hati Firdaus. Firdaus tertanya-tanya sendiri, iaitu sama ada dia

boleh bersama-sama dengan Azlina dan Johari. Firdaus berpendapat bahawa jika rasa

sakit hatinya tidak hilang, dia akan meninggalkan Azlina dan Johari. Dia akan

meninggalkan basikalnya juga dan akan balik dengan menaiki bas. Firdaus tidak akan

mempedulikan sindiran datuknya. Kalau Firdaus balik petang itu, esok dia akan dapat

menghadiri majlis hari jadi Mazlinda.

Dalam pada itu, Firdaus berasa bangga kerana dia telah berjaya mengayuh

basikal sejauh 50 kilometer. Malah, Firdaus berbangga kerana telah dapat

Program Bahasa Melayu Edubest SM1_PT3_2020_Sinopsis Novel 9

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 12: Novel “Destinasi Impian SM1 Nama...Destinasi Impian Sinopsis Keseluruhan Johari, Azlina, dan Firdaus melakukan eskpedisi berbasikal dari Klang ke Morib. Ekspedisi itu dilakukan dengan

membuktikan kepada Moksin, Sazali, dan beberapa orang kawannya bahawa dia telah

sampai ke Morib bukan dengan menaiki bas, kereta, atau ambulans.

Setelah membelok ke sebelah kanan, Firdaus tiba di Pantai Morib Baru. Dia

berbangga akan kejayaannya. Firdaus terkejut apabila kawan-kawannya menyambut

ketibaannya di pantai tersebut. Firdaus menerima ucapan tahniah daripada Moksin,

Sazali, Salim, dan Moktar. Firdaus turut menerima ucapan tahniah daripada Mazlinda,

iaitu gadis idamannya. Dengan demikian, Firdaus berasa kepenatannya hilang serta-

merta.

Johari Kuinjaki Destinasi Ini

Azlina mengadu kepada Johari tentang sikap Firdaus yang tidak mempedulikan

mereka. Ketika itu, Johari memang sengaja mengajak Azlina berhenti di bawah

teduhan pokok ru untuk melihat Firdaus disambut oleh kawan-kawannya. Selepas

Firdaus beredar, Johari memberitahu Azlina bahawa ada yang akan menyambut

mereka juga, iaitu kawan-kawan Johari di Universiri Putra Malaysia. Mereka

mengayuh basikal semula.

Semakin dekat ke pantai semakin jelas pandangan mereka. Kawan-kawan Johari

sudah menyiapkan khemah. Azlina berkenalan dengan kawan Johari, iaitu Kasman

dan Kasmadiana adik Kasman. Azlina turut berkenalan dan berbual-bual dengan

kawan Johari, Tamrin.

Kemudian, Johari dan Azlina pergi berjumpa dengan Firdaus. Dalam pertemuan

iru, Johari mengucapkan tahniah kepada Firdaus sambil bertanya sama ada Firdaus

ingin duduk bersama sama dengan kawan-kawannya atau mengikuti mereka. Firdaus

mengatakan bahawa dia ingin bersama-sama dengan kawan-kawannya. Johari

memberitahu Firdaus jika ada apa-apa hal mereka ada di sana sambil menudingkan

jari ke arah dua buah khemah yang didirikan oleh Kasman dan Tamrin.

Program Bahasa Melayu Edubest SM1_PT3_2020_Sinopsis Novel 10

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 13: Novel “Destinasi Impian SM1 Nama...Destinasi Impian Sinopsis Keseluruhan Johari, Azlina, dan Firdaus melakukan eskpedisi berbasikal dari Klang ke Morib. Ekspedisi itu dilakukan dengan

Azlina berasa marah akan sikap abangnya kerana melupakan mereka yang telah

bersusah payah menunggunya semasa perjalanan berbasikal. Menurut Azlina, Firdaus

mungkin berdendam. Bagi Johari, Firdaus tidak berdendam, tetapi dia begitu seronok

dengan kawan-kawannya yang menantinya di pantai itu sehingga terlupa kepada

mereka berdua. Johari dan Azlina pergi ke khemah mereka. Mereka turut bergembira

bersama-sama dengan kawan-kawan mereka yang sudah menanti dengan air dan

makanan.

Azlina Senja Di Pantai

Azlina dan Kasmadiana berbual-bual. Kasmadiana memuji kejayaan Azlina

mengayuh basikal sejauh 50 kilometer. Azlina memberitahu Kasmadiana bahawa dia

hanya mengikuti Johari menyahut cabaran datuk mereka. Kasmadiana pula

memberitahu Azlina bahawa abangnya, Kasman suka berbasikal juga. Menurut

Kasmadiana lagi, Johari dan Kasman merancang untuk mengelilingi Malaysia dengan

berbasikal. Azlina bertanya sama ada Kasman tidak mengajak Kasmadiana untuk turut

serta dalam ekspedisi tersebut. Kasmadiana membalas bahawa abangnya ada

mengajaknya tetapi dia malu.

Kemudian, Kasmadiana menyambung perbualan dengan kisah abangnya dan

Tamrin berbasikal ke Bagan Lalang. Mereka turut bercerita tentang kisah empat orang

yang mati lemas di Pantai Bagan Lalang. Azlina bertanyakan Kasmadiana tentang

perbezaan antara Pantai Morib Baru dengan Pantai Morib Lama. Ketika mereka

sedang berbual, Moksin dan Sazali datang. Moksin dan Sazali mengucapkan tahniah

dan berkenalan dengan Kasmadiana. Moksin dan Sazali bertanya kepada Azlina

tentang sebab perjalanan berbasikal Azlina, Firdaus, dan Johari menjadi lewat. Mereka

diberitahu oleh Firdaus bahawa kelewatan itu disebabkan Azlina banyak berehat.

Azlina menjawab pertanyaan mereka dengan mengatakan bahawa selalunya mereka

berbohong tetapi pada kali ini, Firdaus pula yang membohongi mereka.

Program Bahasa Melayu Edubest SM1_PT3_2020_Sinopsis Novel 11

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 14: Novel “Destinasi Impian SM1 Nama...Destinasi Impian Sinopsis Keseluruhan Johari, Azlina, dan Firdaus melakukan eskpedisi berbasikal dari Klang ke Morib. Ekspedisi itu dilakukan dengan

Kisah Firdaus berbohong dan tindakannya memberitahu Moksin dan Sazali

akan hal sebenar disampaikan oleh Azlina kepada Johari. Azlina turut memberitahu

Johari tentang rancangan Moksin dan Sazali yang mahu mencampakkan Firdaus ke

laut jika dia tidak mahu mengaku berbohong. Bagi Johari, eloklah rancangan itu

dilaksanakan supaya Firdaus sedar akan akibat berbohong. Azlina tidak berkata apa-

apa kerana ketika itu Tamrin sedang melaungkan azan maghrib dari dalam khemah.

Azlina berasa takut akan Allah SWT.

Firdaus Usah Lupa Bumi Yang Dipijak

Firdaus duduk bersama-sama dengan Mazlinda di bawah pokok ru pada petang

itu. Sementara itu, kawan-kawan mereka yang lain sedang mandi-manda. Firdaus

menanyakan Mazlinda tentang sebab dia tidak mandi. Mazlinda menjawab bahawa dia

sudah mandi sewaktu menanti Firdaus. Firdaus juga menanyakan sebab Mazlinda dan

kawan-kawannya tidak pergi menonton wayang dan mengadakan majlis sambutan hari

jadinya esok. Mazlinda berkata bahawa dia kecewa kerana ibu bapanya terpaksa ke

Sarawak atas urusan perniagaan.

Mazlinda turut memberitahu Firdaus bahawa dia berjumpa dengan kawan-

kawan mereka pada petang semalam. Kawan-kawan mereka sibuk bercerita tentang

Firdaus berbasikal ke Morib. Moksin dan Sazali mahu ke situ menyambut Firdaus.

Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk turut serta. Akhirnya, semua kawan mereka

turut serta bersama-sama dengan Mazlinda ke situ untuk menyambut Firdaus.

Firdaus kagum akan kehebatan Mazlinda kerana mampu menarik semua kawan

mereka ke situ. Dalam perbualan tersebut, Mazlinda memuji kehebatan Firdaus dan

membuatkan Firdaus berasa bangga diri. Mazlinda memuji Firdaus dengan

mengatakan bahawa tentu Firdaus pandai berenang juga. Pujian Mazlinda itu diakui

oleh Firdaus walaupun dia sebenarnya tidak berapa pandai berenang. Firdaus tidak

tahu akan sebab dia boleh mengiyakan pujian Mazlinda. Mazlinda merendah diri

Program Bahasa Melayu Edubest SM1_PT3_2020_Sinopsis Novel 12

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 15: Novel “Destinasi Impian SM1 Nama...Destinasi Impian Sinopsis Keseluruhan Johari, Azlina, dan Firdaus melakukan eskpedisi berbasikal dari Klang ke Morib. Ekspedisi itu dilakukan dengan

dengan mengatakan bahawa dia suka mandi di laut tetapi di tempat cetek kerana takut

lemas. Firdaus mengatakan bahawa Mazlinda tidak usah berasa takut jika dia ada.

Firdaus telah membuktikan kata-katanya dengan kejayaan dia berbasikal sejauh 50

kilometer tersebut. Mazlinda mahu melihat Firdaus membuktikan kehandalannya

berenang pula esok.

Tiba-tiba, Moksin dan Sazali datang. Mereka memberitahu Firdaus bahawa

mereka mendapat rahsia. Firdaus ingin tahu tentang rahsia itu tetapi Moksin dan Sazali

hanya mengatakan "rahsia" sambil tergelak. Firdaus mahu mendesak Moksin dan

Sazali, tetapi mereka sudah berlalu ke khemah. Firdaus akan bertanya kepada Moksin

dan Sazali tentang rahsia itu pada malam nanti.

Pada malam itu, Firdaus bermimpi bahawa Azlina marah kerana dia

mengatakan bahawa mereka lewat tiba disebabkan Azlina banyak berehat. Dalam

mimpi itu juga, Johari menasihati Firdaus agar kejayaan yang dicapai hendaklah

disertai dengan rasa syukur kepada Allah SWT, bukan diselubungi keangkuhan.

Seterusnya, Sazali dan Moksin datang dan mengatakan bahawa dia pembohong.

Mereka mendesak dia mengakui perbuatannya. Mereka mengangkatnya dan

mencampakkannya ke laut. Firdaus hampir lemas. Firdaus menjerit meminta tolong.

Akhirnya, Firdaus mendapati dirinya bermimpi. Firdaus cuba melelapkan

matanya tetapi dia terdengar deburan ombak dan berasa takut jika mimpinya tadi

menjadi kenyataan. Kemudian, dia terdengar suara Mazlinda yang mengatakan

bahawa dia perenang yang handal. Tentu dia dapat mencari pantai tidak kira siang atau

malam. Dalam keadaan sukar melelapkan mata itu, Firdaus baru teringat akan Azlina

dan Johari. Dia belum lagi ke khemah mereka sejak sampai di situ. Firdaus tertanya-

tanya sendiri sama ada dia bersalah dan sebab dia berperasaan demikian.

Johari Perubahan

Program Bahasa Melayu Edubest SM1_PT3_2020_Sinopsis Novel 13

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 16: Novel “Destinasi Impian SM1 Nama...Destinasi Impian Sinopsis Keseluruhan Johari, Azlina, dan Firdaus melakukan eskpedisi berbasikal dari Klang ke Morib. Ekspedisi itu dilakukan dengan

Azlina bertanya tentang abangnya, Firdaus kepada Johari. Johari memberitahu

Azlina bahawa Firdaus ingin pulang bersendirian. Azlina bertanyakan sama ada Johari

sampai hati membiarkan Firdaus berbasikal seorang diri. Johari menjawab pertanyaan

Azlina dengan bertanyakan sama ada Azlina ada mendengar berita tentang seorang

lelaki berbangsa Inggeris yang berbasikal mengelilingi dunia seorang diri. Johari

menjelaskan lagi bahawa Firdaus mesti menjadi sehebat orang Inggeris dan hari ini

merupakan latihan untuknya. Johari turut menasihati Azlina supaya tidak berasa risau

kerana abangnya, Firdaus telah menjadi lelaki yang berani dan pandai berdikari seperti

yang dikehendaki.

Selepas mereka berkemas, Azlina dan Johari berbasikal untuk pulang. Mereka

berhenti sebentar di persimpangan jalan. Azlina tampak sedih kerana takut Firdaus

ditimpa kemalangan. Johari juga berperasaan seperti Azlina. Namun begitu, dia

mengeraskan suaranya untuk mengajak Azlina meneruskan perjalanan. Johari

mengatakan bahawa sekurang-kurangnya Firdaus telah membuang sikap bergantung

pada orang lain. Azlina mengayuh basikalnya lambat-lambat meninggalkan Pantai

Morib Baru.

Firdaus Pahit Manis Dalam Perjalanan

Moksin memberitahu Firdaus bahawa dia nampak Azlina dan Johari balik

sambil bertanya sama ada Firdaus balik sendiri. Firdaus menempelak Moksin dengan

menanyakan adakah Moksin berfikir yang dia tidak boleh balik sendiri. Moksin

berkata bahawa dia risau. Mazlinda mengatakan bahawa Moksin tidak perlu risau

tentang Firdaus kerana Firdaus sekarang sudah menjadi lelaki yang lasak dan berani.

Selepas itu, mereka pergi mandi di laut. Sewaktu mereka mandi, Mazlinda

mengatakan bahawa dia ingin belajar berenang dengan Firdaus. Firdaus berasa dirinya

tercabar. Kemudian, mereka berlumba menyelam bagi menentukan siapakah antara

mereka yang dapat menyelam paling lama. Akhirnya, Mazlinda muncul sebagai

Program Bahasa Melayu Edubest SM1_PT3_2020_Sinopsis Novel 14

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 17: Novel “Destinasi Impian SM1 Nama...Destinasi Impian Sinopsis Keseluruhan Johari, Azlina, dan Firdaus melakukan eskpedisi berbasikal dari Klang ke Morib. Ekspedisi itu dilakukan dengan

pemenang. Ketika Mazlinda timbul, dia dipukul ombak besar. Mazlinda menjerit

meminta tolong. Firdaus memberanikan diri untuk membantu Mazlinda. Namun

begitu, Firdaus yang lemas.

Apabila sedar, Firdaus mendapati dirinya berada di katil hospital. Johari dan

Azlina bertanyakan khabar Firdaus. Johari memberitahu Firdaus bahawa Firdaus

pengsan ketika dibawa ke hospital. Firdaus segera bertanyakan keadaan Mazlinda

yang ingin dibantunya. Azlina memberitahu Firdaus bahawa Mazlinda selamat.

Mazlindalah yang menolong Firdaus. Mazlinda berpura-pura tidak tahu berenang

kerana ingin menguji Firdaus.

Kemudian, Johari menasihati Firdaus supaya jangan cepat berasa angkuh

dengan sesuatu kejayaan. Firdaus hanya menundukkan kepala mendengar nasihat

Johari. Johari menyuruh Firdaus mengangkat kepala kerana dia sudah menjadi orang

yang berani. Johari menerangkan bahawa orang yang berani tidak akan menundukkan

muka sepanjang masa. Kata Johari, keberanian itu haruslah disertai dcngan fikiran

y'ang waras. Firdaus berasa insaf. Firdaus melihat Mazlinda dan kawan-kawannya

datang. Firdaus ingin menundukkan kepala kerana berasa malu. Namun begitu, apabila

Firdaus teringat akan kata-kata Johari, Firdaus segera mengangkat kepalanya untuk

memandang Mazlinda dengan berani.

Program Bahasa Melayu Edubest SM1_PT3_2020_Sinopsis Novel 15

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 18: Novel “Destinasi Impian SM1 Nama...Destinasi Impian Sinopsis Keseluruhan Johari, Azlina, dan Firdaus melakukan eskpedisi berbasikal dari Klang ke Morib. Ekspedisi itu dilakukan dengan
Page 19: Novel “Destinasi Impian SM1 Nama...Destinasi Impian Sinopsis Keseluruhan Johari, Azlina, dan Firdaus melakukan eskpedisi berbasikal dari Klang ke Morib. Ekspedisi itu dilakukan dengan
Page 20: Novel “Destinasi Impian SM1 Nama...Destinasi Impian Sinopsis Keseluruhan Johari, Azlina, dan Firdaus melakukan eskpedisi berbasikal dari Klang ke Morib. Ekspedisi itu dilakukan dengan

Pelan Lokasi

@ Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

http://www.edubest.com.my