sinopsis bab demi bab novel kabus di perbukitan

34

Click here to load reader

Upload: kolej-vokasional-malaysia

Post on 26-May-2015

56.749 views

Category:

Education


13 download

DESCRIPTION

Novel wajib Komsas Ting 5 mulai 2011.

TRANSCRIPT

Page 1: Sinopsis bab demi bab novel kabus di perbukitan

Sumbangan GC Khir, SMVS 2011

1

Sinopsis Bab Demi Bab Novel Kabus Di Perbukitan

(Novel wajib KOMSAS Tingkatan 5)

“Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang

menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia daripada

sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, yang

mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia

apa-apa yang tidak diketahuinya.”

Page 2: Sinopsis bab demi bab novel kabus di perbukitan

Sumbangan GC Khir, SMVS 2011

2

Bab 1 : Pucuk-pucuk Kayu di Hadapan Matanya Senarai Watak Baru 1. Rahayu 2. Azrul 3. Dr.Hadi 4. Mejar(B)

Kamaruddin Ahmad.

5. Syuqri 6. Abdul Rafiq 7. Abdul Rashid 8. Faridah 9. Mastura 10. Iqbal

Bahagian 1

Sekitar pukul 6.00 pagi, Rahayu (Ayu) masih berada di dalam bilik penginapannya di Universiti Pertanian Malaysia (UPM). Walaupun mengantuk, dia bangun untuk membersihkan diri dan bersiap-siap untuk ke kuliah. Keadaan biliknya agak berselerak dengan kertas tugasan MP 3714 yang perlu disiapkannya atas arahan Dr. Hadi. Selesai solat, dia sempat memeriksa lehernya yang kelihatan bengkak berkemungkinan sakit tekak atau ulser. Ayu tiba di perpustakaan pada pukul 8.00 pagi dan Azrul iaitu teman sekuliahnya dari Fakulti Ekologi Manusia telah berada di sana. Azrul mengajaknya bersarapan di kafeteria. Semasa bersarapan, Ayu bertanyakan perancangan Azrul pada hujung minggu ini. Azrul menjelaskan bahawa dia akan ke KLCC untuk menyertai kempen Save Our River anjuran Persatuan Pencinta Alam. Ayu menyatakan kesediaannya turut serta dalam kempen itu namun Azrul mengingatkannya bahawa dia tidak boleh menghabiskan masanya di kedai buku. Azrul digambarkan sebagai mahasiswa yang idealisme yang mengambil berat hal-hal alam sekitar. Beliau juga telah mendaki beberapa buah gunung termasuk gunung Kinabalu. Berbeza dengan Ayu iaitu hanya digambarkan seorang anak yang manja yang menghidapi sakit asma sejak dari kecil. Ayahnya iaitu Mejar (B) Kamaruddin Ahmad seorang bekas pegawai tentera yang lasak. Ayu mempunyai tiga adik-beradik iaitu Syuqri dan adik kembarnya iaitu Abdul Rafiq dan Abdul Rashid. Ayahnya pernah melahirkan kerisauannya kerana memikirkan Ayu mengambil jurusan pembangunan manusia yang pada pandangannya kurang produktif dari segi pasaran pekerjaan. Isu itu turut menghantui Ayu semasa dia berada dalam tahun pertama pengajiannya (Plot Imbas Kembali). Semasa Ayu dan Azrul di perpustakaan (Plot nyata) secara tidak semena-mena Ayu gagal mengawal dirinya lalu terus bertindak di luar jangkaan dengan melanggar penghadang jalan lalu terus menjunam ke dalam gaung. Azrul terkedu melihat tindakan drastik Ayu itu. Heboh kampus UPM dengan berita mahasiswa diserang histeria.

Bahagian 2 Faridah dan Mastura merupakan guru pengelola perkhemahan tahunan Pusat Pemulihan dalam Komuniti Suria yang diadakan di Rumah Rehat Sri Berkat, Bukit Fraser. Peserta perkhemahan itu terdiri daripada kanak-kanak penghidap Sindrom Down dan salah seorangnya bernama Iqbal. Pagi itu Faridah bercadang ke pekan Raub untuk mengisi minyak van dan membeli barang keperluan lain. Semasa Faridah hendak beredar dari kawasan perkhemahan itu, dia sempat memerhatikan Iqbal yang menjalani aktiviti riadah dibawah seliaan Mastura. Semasa dalam perjalanan, Faridah rungsing memikirkan keputusan tunangnya iaitu Azman yang ingin memutuskan tali pertunangan mereka tanpa sebab yang munasabah. Tindakan Azman yang menghantar SMS untuk tujuan tersebut amat dikesali oleh Faridah kerana tindakan itu benar-benar tidak beradab. Perkara yang dibimbanginya ialah penerimaan ibunya tentang hal berkenaan. Ketika Faridah sedang memandu menuruni bukit, dia secara tiba-tiba dikejutkan dengan kehadiran Iqbal yang menepuk bahunya. Akibat terkejut Faridah menekan brek secara tiba-tiba dan van yang dipandunya hilang kawalan lalu terjunam dalam gaung. Dalam keadaan yang genting itu, Faridah sempat membayangkan wajah ibunya yang tersayang dan dia masih belum bersedia untuk meninggalkan ibunya itu. Seketika kemudian semuanya kelihatan gelap.

Latar; 1.Masa i. Waktu pagi (6.00 pg) ii. Zaman moden 2.Tempat i. Kajang, Selangor ii. UPM iii. Bukit Fraser iv. Rumah Rehat Sri Berkat 3.Masyarakat i. Kampus/mahasiswa ii. Masyarakat yang prihatin iii. Masyarakat yang tidak

beradab

Page 3: Sinopsis bab demi bab novel kabus di perbukitan

Sumbangan GC Khir, SMVS 2011

3

Bab 2 : Hilang Tanpa Jejak Senarai Watak Baru; 11. Salmah(ibu

Faridah&Rahayu)

12. Ghazali 13. Said 14. Minah 15. Iman Sohod 16. Insp. Aznil 17. Azmi(Jab.

Perhilitan) 18. Buyung 19. Sarjan Yusoff 20. Koperal Yazid

Bahagian 1

Salmah iaitu ibu kepada Faridah mengadakan majlis solat hajat pada malam itu setelah kejadian yang menimpa anaknya Faridah dikhabarkan kepadanya oleh En. Ghazali dan En. Said pada sebelah petang tadi. Walaupun tiada kepastian tentang nasib Faridah, namun Salmah amat berdukacita apabila mengenangkan nasib yang menimpa Faridah. Ghazali dan Said berjanji kepada Salmah bahawa mereka akan pergi ke tempat kejadian petang itu juga dan akan memaklumkan sebarang berita tentang Faridah kepadanya. Solat hajat itu diketuai oleh Iman Sohod yang juga ketua kariah Kampung Parit Tiga. Minah iaitu jiran Salmah yang hadir membantu majlis solat hajat turut menyabarkan Salmah dan berharap Faridah selamat.Salmah tidak henti-henti berdoa kepada Allah agar Faridah yang merupakan tempat dia bergantung hidup terselamat daripada sebarang kecelakaan.

Bahagian 2

Ghazali dan Said sampai ke Rumah Rehat Gap pada pukul 10.00 malam. Mereka berkenalan dengan Ketua Inspektor Aznil yang mengetuai operasi mencari dan menyelamat Faridah dan Iqbal. Azmi dan Buyung dari Jabatan Perhilitan Daerah Raub turut serta dalam operasi tersebut selain daripada Sarjan Yusoff. Berdasarkan daripada maklumat, Ghazali dan Said difahamkan bahawa Faridah dan Iqbal tidak dijumpai di dalam van yang terperosok dalam gaung itu. Anggota penyelamat juga menolak andaian bahawa mereka menjadi mangsa binatang buas kerana tiada pentunjuk berkaitan hal itu ditemui di tempat kejadian. Inspektor Aznil turut menolak penglibatan anggota komunis dalam kes ini kerana selepas perjanjian damai antara kerajaan dengan PKM, kawasan hutan di tempat kejadian dianggap sebagai kawasan putih. Anggota penyelamat binggung memikirkan kejadian tersebut kerana tidak terdapat sebarang kesan yang menunjukkan Faridah dan Iqbal meninggalkan tempat kejadian. Sementara itu, Sarjan Yusoff mencadangkan penggunaan bomoh jika semua usaha menyelamatkan mangsa menemui jalan buntu. Pada malam itu semakin banyak agensi yang terlibat dalam usaha menyelamatkan masa tiba di kawasan rumah rehat itu termasuklah anggota Pasukan Bomba & Penyelamat Kuala Kubu Bharu, beberapa orang staf Hospital Raub, dan sekumpulan anggota RELA. Pada malam itu, Ghazali dan Said bermalam di bilik rehat yang agak selesa. Sebelum melelapkan mata, Ghazali meminta Said membawa pulang Mastura dan anak muridnya pada esok pagi selepas bersarapan. Ghazali memaklumkan bahawa dia akan tinggal di sini untuk sehari lagi. Cadangannya itu dipersetujui oleh Said. Mereka berdua sama-sama berdoa akan keselamatan Faridah dan Iqbal.

Bahagian 3

Awal pagi lagi Ghazali dan Said telah berada di restoran rumah rehat untuk bersarapan. Mereka berdua dipelawa oleh Sarjan Yusoff untuk bersarapan bersama walaupun Sarjan Yusoff telah selesai bersarapan. Semasa bersarapan, Sarjan Yusoff memberitahu mereka bahawa Kumpulan penjejak Senoi Praak telah tiba pada jam 4 pagi tadi. Sarjan Yusoff mencadangkan penggunaan khidmat bomoh sekali lagi pada pagi itu. Beliau mengemukakan cadangan itu berdasarkan pengalamannya ketika berhadapan kes serupa sewaktu bertugas di Terengganu iaitu melibatkan pendaki di Gunung Tebu. Menurutnya, sebagai muslim, kita tidak dapat menolak kewujudan makhluk halus walaupun tidak dapat dibuktikan melalui sains dan teknologi. Beliau tidak tersinggung dengan pertentangan pendapatnya dengan Ghazali yang kurang yakin penglibatan makhluk halus dalam kes kehilangan Faridah dan Iqbal. Sebaliknya Sarjan Yusoff menceritakan latar belakang kawasan kejadian iaitu sekitar Jalan Gap. Menurutnya jalan itu dibina pada tahun 1900 yang menjadi penghubung negeri Selangor dengan Pahang. Jalan kuda yang asalnya digunakan oleh pedagang Melayu dari Ulu Pahang ke Ulu Selangor, juga menjadi lokasi pembunuhan Sir Henry Gurney oleh pengganas komunis yang akhirnya menyebabkan darurat diisytiharkan. Sarjan Yusoff turut mengimbau kembali peristiwa kehilangan pasangan pelancong British yang hilang di Bukit Fraser yang tidak dijumpai hingga kini. Namun penemuan terowong bawah tanah yang dibangunkan oleh pengganas komunis semasa operasi mengesan pelancong itu amat mengejutkan banyak pihak. Sarjan Yusoff memaklumkan mereka bahawa kemungkinan operasi menyelamat kali ini akan mendapat sokongan helikopter dari pasukan Tentera Udara.

Latar; 1. Masa i. Waktu pagi ii. Waktu petang iii. Waktu malam iv. Zaman darurat v. Zaman moden 2. Tempat i. Kampung Parit Tiga ii. Rumah Rehat Gap iii. Gunung Tebu,

Terengganu(imbas kelbali) 3. Masyarakat i. Prihatin ii. Tolong-menolong iii. Masyarakat yang percaya

khidmat bomoh. iv. Masyarakat yang percaya

kewujudan makhluk halus.

Page 4: Sinopsis bab demi bab novel kabus di perbukitan

Sumbangan GC Khir, SMVS 2011

4

Bab 3 : Bersarang di Dalam Dada Senarai watak baru 21. Cikgu Raduan 22. Hamidah 23. Dr. Susan 24. Azlin(jururawat) 25. Left.Abdullah

Seawal jam 5.00 pagi, Mejar Kamarudin menerima panggilan telefon daripada Cikgu Raduan yang memaklumkannya bahawa Faridah hilang. Berita sedih itu membuatkan beliau terkenang kembali saat pertemuan antara dia dengan Salmah(ibu Faridah). Salmah yang ketika itu bekerja sebagai penyambut tetamu di Calet Seri Buana, Pengkalan Balak berkenalan dengan Mejar Kamarudin hingga membawa ke jinjang pelamin. Salmah berketurunan Banjar yang berperwatakan menarik memiliki kulit kemerah-merahan turut mewariskan lesung pipit kepada anaknya iaitu Faridah. Itulah tanda yang membezakan antara Faridah dengan kembarnya iaitu Rahayu. Lamunan Mejar Kamarudin terhenti kerana disapa oleh isterinya, Hamidah. Mej.Kamarudin akhirnya memberitahu identiti Faridah kepada isterinya. Hamidah yang memahami situasi suaminya itu tidak berkecil hati dengan pendedahan kisah suaminya. Hamidah berlalu pergi untuk menyaipkan beg suaminya yang akan ke lokasi kejadian buat beberapa hari. Hamidah yang menerima Kamarudin atas dasar cinta itu sanggup dimadukan dengan Salmah. Perkahwinannya ditentang oleh ibu bapanya. Hamidah terkenang peristiwa Kamarudin membawa pulang Rahayu sebelum mereka sekeluarga berpindah ke Pejabat Kedutaan Malaysia di Pontianak, Indonesia. Di sanalah Rahayu dibesarkan dan anaknya Syuqri dilahirkan.Kira-kira sejam selepas suaminya bertolak ke Bukit Fraser,Hamidah menerima panggilan telefon dari UPM yang memaklumkan bahawa anak tirinya iaitu Rahayu dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan,Cheras. Azrul menyambut ketibaan Hamidah di lobi HUKM sambil menerangkan keadaan yang menimpa Rahayu kepadanya. Menurut Azrul, Ayu yang mulanya dirawat di Pusat Kesihatan UPM dipindahkan ke wad merah jambu di HUKM yang biasanya merawat pesakit kanser. Hamidah dibawa oleh jururawat bernama Azlin berjumpa dengan Dr.Susan. Dr.Susan memberitahu bahawa hasil imbasan X-ray, ada kemungkinan Ayu menghidapi kanser. Walau bagaimanapun ujian biopsi perlu dilakukan sebelum kepastian dapat dimuktamadkan. Rahayu akhirnya menjalani ujian biopsi seperti yang dinasihatkan oleh Dr.Susan.Selepas dibenarkan keluar dari hospital, Azrul tidak lupa memberikan segala bahan kuliah kepadanya agar Ayu yang sedang bertarung dengan penyakitnya itu tidak ketinggalan pelajarannya.Impian Ayu hanyalah ingin berjaya dalam pengajiannya.

Latar; 1.Masa i. Waktu pagi ii. Waktu siang 2.Tempat i. HUKM, Cheras ii. Kem Terendak, Melaka 3.Masyarakat i. Pegawai tentera yang

berfoya-foya ii. Golongan profesional

perubatan iii. Masyarakat yang

mengalami kegagalan dalam perkahwinan

Page 5: Sinopsis bab demi bab novel kabus di perbukitan

Sumbangan GC Khir, SMVS 2011

5

Bab 4 : Air Mata dan Rambut yang Berguguran Senarai watak baru;

26. Suhaila

Keadaan Rahayu amat lemah selepas dia menjalani rawatan kemoterapi.Ibu tirinya setia menemaninya di wad itu. Rahayu menyapa Azlin yang sedang mengemas katil di sebelahnya. Dia ingin tahu tentang keadaan Suhaila. Dengan berat hati, Azlin memberihatu bahawa Suhaila telah meninggal dunia kerana menghadapi komplikasi jantung semasa menerima rawatan kemoterapi. Ayu sangat sedih mendengar perkhabaran duka itu.Dia memikirkan entah bila saat kematian menjemputnya. Ayu begitu sedih melihat perubahan fizikalnya. Jika dulu dia seorang gadis lincah mengepit fail ke dewan kuliah, namun kini dirinya hanya terlantar di katil dengan rambutnya yang hampir keseluruhannya telah gugur kesan rawatan kanser yang diterimanya. Ayu malu berhadapan dengan teman sekuliah yang datang melawatnya. Hanya Azrul yang tidak pernah tidak melawatnya. Semasa Ayu melihat Azlin membawa buku novel cinta milik arwah Suhaila, terkenang dia akan perbualannya dengan Suhaila. Dalam perbualan itu, Ayu memberikan pandangannya bahawa membaca novel cinta tidak dapat mehilangkan duka dihatinya. Namun pandangan Ayu tidak sehaluan dengan Suhaila yang mengatakan bahawa ada kalanya cerita dalam novel seakan menyerupai kisah sebenar yang dilalui oleh seseorang. Frasa yang diungkapkan oleh Suhaila iaitu "hidup tidak tahu sampai bila' telah menyedarkan Ayu dari lamunannya. Hamidah yang menjaga Ayu memberitahu bahawa ayahnya akan menjemput ibu kandungnya iaitu Salmah untuk melawatnya. Sepeninggalan ibunya untuk menunaikan solat Asar, Ayu teringat kembali Suhaila yang lebih lama mendiami wab merah jambu ini. Ayu turut terkenang akan reaksi ayahnya apabila mengetahui keadaan anaknya itu. Sekali lagi lamunan Ayu terhenti dengan kedatangan Azlin yang datang membawa novel peninggalan arwah Suhaila. Azlin membawa Rahayu bersiar-siar di beranda biliknya sambil berborak kosong. Namun sambil dia melayan Azlin berborak, fikiran Ayu tetap teringat akan telahan jangka waktu untuk dirinya bernyawa iaitu hanya tiga bulan sahaja. Terus sahaja Ayu teringat akan kehilangan Kak Faridah yang masih belum dipastikan nasibnya. Ayu berharap dia dapat bersua muka dengan kakaknya dalam tempoh terdekat ini.

Latar; 1.Masa i. Zaman moden 2.Tempat i. Wad penghidap kanser,

HUKM ii. Pantai Sg. Hj Dorani (imbas

kembali) 3.Masyarakat i. Masyarakat yang

bertanggungjawab terhadap keluarga.

ii. Masyarakat yang setiakawan.

iii. Masyarakat yang suka membaca.

iv. Masyarakat yang pasrah kepada kententuan tuhan.

Page 6: Sinopsis bab demi bab novel kabus di perbukitan

Sumbangan GC Khir, SMVS 2011

6

Bab 5 : Bukit Kutu Senarai watak baru; 27. Siti Musliha

(amah Siti) 28. Tuan Cecil

Renking 29. Penghulu

Garang 30. Itam

Faridah terjaga dari lenanya dan mendapati dirinya berada dalam sebuah bilik bersama-sama Iqbal. Sejurus kemudian muncul seorang wanita yang berusia lewat 40-an yang memperkenalkan dirinya sebagai Amah Siti. Faridah semakin binggung melihat latar belakang biliknya yang bercirikan zaman 40-an. Manakala dirinya pula mengenakan pakaian gaun labuh warna putih yang tidak pernah dimilikinya. Faridah tertanya-tanya sendirian sama ada dia masih di Bukit Fraser atau sebaliknya. Selepas selesai membersihkan diri, Faridah diiringi Amah Siti untuk bertemu Tuan Cecil Renking yang bertugas sebagai Magistrate and Collector daerah. Menurut Tuan Cecil, Faridah masih berada di daerah Bukit Fraser dan dia menginap di kediaman yang dkenali sebagai The Smoke House. Tuan Cecil yang hobinya gemar menangkap rama-rama fasih berbahasa Melayu kerana belajar bahasa Melayu dengan Munsyi di Singapura. Tuan Cecil menerangkan bahawa Faridah kini berada di kawasan Bukit Kutu dalam negeri Selangor dan dakwanya ramai orang Melayu tidak mengetahui kewujudan tempat itu. Faridah dan Iqbal telah ditemui oleh orang-orang Penghulu Garang iaitu ketua orang Melayu di Sungai Kubu, Buluh Telor dan Sangkar Dua. Mendengar nama dan penjelasan yang pelik-pelik daripada Cecil, Faridah semakin keliru dan yakin dia bukan berada di alam nyata!. Akhirnya Faridah mengalami sakit dada dan dibawa berehat di biliknya oleh Amah Siti. Iqbal yang telah terjaga menyatakan hasratnya untuk pulang. Faridah akhirnya kembali terlelap dan berharap dia akan kembali semula di Rumah Rehat Sri Berkat, Bukit Fraser. Sementara itu, dalam keadaan di bawah sedar, Rahayu meracau-racau tentang keadaan diri kakaknya, Fafidah yang dikatakan berada di Bukit Kutu. Dalam igauannya itu, Faridah mengatakan bahawa dia amat terasing di Bukit Kutu dan berhasrat ingin pulang segera ke sana. Hamidah yang menjaga Rahayu hanya mampu menangis melihat Rahayu meracau-racau memanggil nama kakaknya Faridah yang masih hilang itu. Dr.Susan memberitahu Hamidah bahawa perlakuan Ayu itu mungkin dipengaruhi oleh pengambilan dadah morfin. Selepas diceritakan kisah yang menimpa kembarnya, Dr.Susan percaya reaksi Ayu itu ialah satu transaksi di bawah sedar yang biasanya berlaku terhadap pasangan kembar.

Latar 1.Masa i. Zaman penjajahan Inggeris

di Tanah Melayu.(Khayalan) ii. Zaman moden 2.Tempat i. Bukit Kutu ii. Wad Kanser HUKM 3.Masyarakat i. Masyarakat yang setia pada

majikan ii. Masyarakat Inggeris zaman

kolonial

Page 7: Sinopsis bab demi bab novel kabus di perbukitan

Sumbangan GC Khir, SMVS 2011

7

Bab 6 : Hanya pada Harapan Senarai Watak Baru 31. ACP Ahamad Dan Bin Mokhtar (OCPD)

32. Tn. Hj Hasbullah Bin Awang Pengarah JKM.

Bahagian 1

Azrul datang ke rumah Ayu untuk melawatnya. Rahayu meminta Azrul meneruskan cita-citanya walaupun tanpa dirinya suatu hari nanti. Ayu berharap Azrul tidak sekadar menjadi guru atau kerja makan gaji selepas tamat pengajiannya itu. Ayu turut meminta Azrul menjadikan cinta mereka sebagai satu kenangan yang indah dalam hidup kerana Ayu pasti ajalnya semakin menghampirinya saban hari. Azrul sangat sedih mendengar rintihan Ayu yang baru selesai menjalani rawatan kemoterapi. Azrul tahu bahawa harapan Ayu untuk sembuh adalah sesuatu yang mustahil. Azrul yang memahami keadaan Ayu yang ingin bersendirian akhirnya meninggalkan rumah Ayu dengan seribu persoalan yang bersarang difikirannya. Hamidah turut menasihati Azrul agar memahami situasi Ayu. Hamidah teringat kembali ketika dia merawat ibunya yang sakit. Memang diakuinya, orang sakit memang banyak kerenahnya. Azrul yang tiba di KL Sentral berjalan tanpa tujuan. Dia terasa kehilangan yang amat sukar dihadapinya.

Bahagian 2

Jam 3.00 petang di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Raub,Pahang telah dipenuhi oleh para wartawan. Namun sidang akhbar itu ditangguhkan sehingga pukul 3.30 petang akibat kelewatan ketibaan Pengarah JKM Negeri. Dalam sidang akhbar itu, ACP Ahamad Dan Bin Mokhtar (OCPD) mengumumkan bahawa operasi mencari dan menyelamat (Ops PDK) ditamatkan setelah pelbagai usaha mengesan Faridah hampir dua minggu tidak mendatangkan sebarang kemajuan. Walaupun usaha menyelamat telah dihentikan, pihak polis akan terus melakukan siasatan hingga kes ini selesai. Kamaruddin turut berada dalam bilik tersebut semasa sidang akhbar itu. Wartawan mengajukan pelbagai soalan kepada APC Ahmad Dan dan Tn. Hj Hasbullah Awang tentang kehilangan Faridah dan Mohd Iqbal. Selesai sidang akhbar, ACP Ahmad Dan bertemu Mejar Kamaruddin dan menjelaskan sebab-sebab operasi mencari terpaksa ditamatkan. Kamaruddin memahami hakikat berkenaan dan dia memaklumkan kepada APC Ahmad Dan bahawa dia akan meneruskan usaha mencari anaknya itu sendirian. ACP Ahmad Dan menawarkan bantuan kepada Kamaruddin untuk menyokong usaha mencari yang akan diteruskan olehnya. Kamaruddin merancang meminta bantuan rakan lamanya semasa dia masih berkhidmat dalam ATM iaitu Trooper Buyung yang kini bertugas di Perhilitan di Kuala Kubu Bharu. Kamaruddin tetap percaya yang Faridah masih hidup.

Latar; 1.Masa i. Zaman moden ii. Waktu petang

2.Tempat i. Rumah Rahayu ii. Bilik Gerakan Polis Raub

Pahang. iii. Sekitar KL Sentral.

3.Masyarakat i. Masyarakat yang gigih

berusaha. ii. Masyarakat yang tolong-

menolong.

Page 8: Sinopsis bab demi bab novel kabus di perbukitan

Sumbangan GC Khir, SMVS 2011

8

Bab 7 : Kabus di Perbukitan Senarai watak baru;

33. Meor

Kamaruddin dan Buyung sama-sama meredah kawasan runtuhan banglo sekitar Bukit Kutu. Kamaruddin mengeluh kepenatan dan mengakui bahawa dia tidak sehebat sewaktu berkhidmat dalam tentera. Dalam perbualannya bersama Buyung, Kamaruddin menyesali kesilapannya kerana tidak mempedulikkan nasib Faridah selepas dia dan isterinya berpisah. Namun dia sedar bahawa kesilapan itu tidak mungkin dapat diperbetulkan kembali. Dalam keadaan sebegitu, Kamaruddin sempat bergurau dengan Buyung tentang rokok gulung tembakau yang menjadi kegemaran rakannya itu hampir belasan tahun. Buyung mengenang kembali peristiwa kedatangan Kamaruddin pada lewat petang ke rumahnya untuk meminta bantuannya mengesan kehilangan anaknya iaitu Faridah. Buyung yang kelihatan ragu-ragu tentang lokasi yang dicadangkan oleh Kamaruddin sempat meminta penjelasan daripada kawan karibnya itu. Menurut Kamaruddin, pemilihan lokasi pencarian itu berdasarkan maklumat daripada kembar Faridah iaitu Rahayu yang kerap kali menyebut tempat bernama Bukit Kutu. Rahayu yang kini dijaga oleh Salmah dan Hamidah di Kuala Lumpur sempat pulang ke Sungai Besar selama tiga hari. Kamaruddin tidak berputus asa mencari Faridah kerana mengenangkan hajat Rahayu untuk bertemu kakak kembarnya buat kali terakhir. Akhirnya setelah mengharungi tiga anak sungai, mereka sama-sama memulakan pendakaian ke puncak Bukit Kutu yang ketinggiannya dianggarkan melebihi 3300 kaki dari aras laut. Menurut Buyung, selain Bukit Kutu, Gunung Ulu Kali dan Gunung Semangkok antara tiga puncak tertinggi di daerah berkenaan. Buyung turut menjelaskan sejarah penemuan Bukit Kutu yang dijadikan pusat peranginan sekitar tahun 1900 iaitu sebelum Bukit Fraser ditemui. Lima jam kemudian, mereka sampai ke puncak Bukit Kutu. Buyung memberitahu Kamaruddin bahawa sekitar kawasan berkenaan terdapat kehadiran kambing gurun yang selalu diburu kerana khasiatnya dalam bidang perubatan tradisional. Buyung bercerita tentang program pemuliharaan Seladang yang ditaja oleh pihak WWF atau UNESCO yang menggunakan mikrocip dan satelit. Perbualan kedua rakan karib ini mencakupi hal-hal alam ghaib iaitu kehidupan alam orang bunian. Perbualan mereka terhenti apabila telefon satelit milik Kamaruddin berbunyi. Dalam perbualan telefon dengan isterinya, Kamaruddin mendapat maklumat bahawa Rahayu mendakwa Faridah ada mandi di sebuah sungai yang berhampiran dengan perkampungan Orang Asli. Buyung pantas meneliti peta selepas menerima maklumat daripada rakannya itu. Memang benar terdapat perkampungan orang asli di sekitar kawasan tersebut. Namun yang menjadi masalah ialah orang asli sering berpindah-randah. Oleh itu, Buyung meminjam telefon Kamaruddin untuk menghubungi rakannya yang bekerja di Jabatan Hal Ehwal Orang Asli iaitu Meor. Menurut Buyung, rakannya itu akan ke Kampung Sungai Gerachi untuk mendapatkan maklumat daripada Tok Batin di sana. Kamaruddin hanya mampu menunggu dengan penuh kesabaran.

Latar; 1.Masa i. Waktu petang [6.00 ptg]

2.Tempat i. Sekitar Bukit Kutu. ii. Kuala Lumpur iii. Sungai Besar iv. Perkampungan Orang Asli v. Kg. Sungai Gerachi.

3.Masyarakat i. Orang Asli Suku Temuan ii. Masyarakat yang memiliki

teknologi canggih.[penggunaan telefon satelit]

iii. Masyarakat yang hidup secara normad.

iv. Masyarakat yang mempercayai alam ghaib.

v. Masyarakat yang peramah. vi. Masyarakat yang

menghargai alam sekitar.

Page 9: Sinopsis bab demi bab novel kabus di perbukitan

Sumbangan GC Khir, SMVS 2011

9

Bab 8 : Terus Mencari Senarai watak baru; 34. Tok Batin Senik

Kamaruddin dan Buyung selesai mengemaskan khemah meraka sekitar jam 9.00 pagi yang pada ketika itu Bukit Kutu masih diselubungi kabus. Buyung menganggarkan mereka akan tiba ke perkampungan orang Asli dalam masa tiga jam selepas meraka menyusuri Sungai Dua nanti. Keadaan menuruni bukit lebih mencabar daripada mendakinya, itulah yang dialami oleh Kamaruddin dan Buyung. Mereka berdua sempat meninggalkan tanda menggunakan tali berwarna merah putih sepanjang lima inci untuk memudahkan mereka mancari jalan pulang. Mereka sempat bercanda bahawa jika dalam operasi ketenteraan tindakan mereka itu hanya menempah maut sahaja. Seketika mereka berjalan, akhirnya mereka sampai ke perkampungan orang asli dengan disambut oleh anak-anak orang asli dan Tok Batin Senik. Buyung yang menyandang selaras senapang pantas menerangkan maksud kedatangan mereka ke kampung itu untuk mengelakkan salah faham kerana dia amat mengerti bahawa orang asli tidak menyukai orang luar berburu dalam kawasan mereka. Kegembiraan Kamaruddin bukan kepalang apabila Tok Batin Senik menjelaskan bahawa dia ada menjumpai seorang perempuan bersama budak lelaki yang kini berada di rumahnya. Mereka bergegas ke rumah Tok Batin Senik yang diperbuat daripada kayu beratap zink dan mempunyai saluran televisyen berbayar Astro. Bukan itu sahaja, rumah Tok Batin dilengkapi dengan bekalan tenaga elektrik dari sumber solar. Saat yang dinantikan oleh Kamaruddin akhirnya menjelma apabila dia bersua muka dengan anaknya Faridah di rumah Tok Batin Senik. Keadaan Faridah masih tidak sedarkan diri kerana dua hari yang lalu Faridah terjatuh lalu kepalanya terhantuk ke batu ketika dia mandi di sungai. Keadaan Iqbal juga dalam keadaan yang baik. Buyung segera menghubungi Meor untuk mendapatkan bantuan helikopter tentera bagi membawa keluar mereka semua dari perkampungan orang asli berkenaan. Sayu perasaan Tok Batin Senik hendak berpisah dengan Iqbal yang telah dianggap sebagai cucunya sendiri. Berita penemuan Faridah dan Iqbal telah menjadi bahan berita utama ke seluruh tanahair.

Latar 1.Masa i. Waktu pagi 2.Tempat i. Perkampungan orang asli. ii. Kuala Kubu iii. Negeri Pahang iv. Bukit Kutu 3.Masyarakat i. Masyarakat orang asli

moden. ii. Masyarakat yang prihatin

Page 10: Sinopsis bab demi bab novel kabus di perbukitan

Sumbangan GC Khir, SMVS 2011

10

Bab 9 : Pekan Sungai Kubu Senarai Watak Baru; 35. DatukAlang(ketua

Kampung Paya) 36. Induk Bertuah

Cuaca di Pekan Sungai Kubu tidak menentu sejak beberapa hari yang lalu. Penduduk sekitar pekan keluar ke pasar untuk membeli barangan keperluan harian masing-masing. Pelbagai barang ada dijual oleh para peniaga yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Malah menurut keterangan daripada Amah Siti, terdapat juga bilik-bilik khas yang disediakan oleh peniaga Cina bagi tujuan pekerja lombong menghisap candu. Ramai antara mereka yang sudah ketagihan candu. Terdapat perusahaan perlombongan bijih timah yang diusahakan oleh pekerja cina berbangsa Hakka. Penghulu Garang dan orang-orangnya pula bertugas sebagai pemungut cukai. Amah Siti sering membawa Faridah berkunjung ke pasar untuk membeli keperluan harian. Mereka pernah ditegur oleh Penghulu Garang ketika di pasar. Faridah tidak pasti sama ada Penghulu Garang menyukainya atau sebaliknya. Penghulu Garang yang pernah bersama-sama Sayyid Mashahor menentang orang Pahang dalam perang saudara ang berkesudahannya mereka tewas memang garang orangnya. Amah Siti pernah bertanyakan tentang asal usul Faridah. Faridah memberitahu bahawa dia berasal dari Sungai Besar. Amah Siti yang tidak mengetahui tempat berkenaan hanya meneka tempat berkenaan berada di negeri Perak. Amah Siti mencadangkan Faridah menanyakan tempat tersebut kepada Tuan Cecil. Dia yang memberanikan diri bersemuka dengan Tuan Cecil. Dalam pertemuan itu, Tuan Cecil mengatakan bahawa di London, dia pernah bertemu budak yang keadaannya hampir serupa iaitu penghidap Sindrom Down. Tuan Cecil berjanji akan mendapatkan khidmat doktor untuk merawat penyakit Iqbal. Faridah maklum bahawa penyakit Iqbal tiada ubatnya. Hujan lebat melanda pekan Sungai Kubu berhari-hari. Kediaman Tuan Cecil didatangi oleh Datuk Alang dan Induk Bertuah yang mengadu bahawa anak Induk Bertuah dibaham buaya putih. Mereka memohon bantuan Tuan Cecil menembak buaya berkenaan. Penduduk kampung percaya bahawa buaya itu buaya keramat namun disanggah oleh Tuan Cecil. Akhirnya Tuan Cecil berjanji akan menolong mereka membunuh buaya tersebut. Semasa Tuan Cecil memburu buaya berkenaan, Penghulu Garang turut berada di empang untuk mengetahui perkara yang berlaku. Penghulu Garang tidak bersetuju dengan tindakan Tuan Cecil kerana menurutnya orang kampung akan menerima bala jika buaya keramat itu diapa-apakan. Penghulu Garang akhirnya membuat keputusan mengerahkan pengikutnya berpindah dari Pekan Sungai Kubu. Pengikut Penghulu Garang segera balik untuk mengemas barang masing-masing untuk melaksanakan arahan Penghulu Garang.

Latar 1.Masa 1. Waktu petang

2.Tempat Pekan Sungai Kubu

3.Masyarakat 1. Masyarakat yang

mempercayai perkara mistik.

2. Masyarakat yang patuh kepada pemimpin.

3. Masyarakat buruh kasar yang bekerja di lombong bijih timah

Page 11: Sinopsis bab demi bab novel kabus di perbukitan

Sumbangan GC Khir, SMVS 2011

11

Bab 10 : Kauhadir dalam Igauan (Kematian Rahayu) Senarai Watak Baru; 37. Asmah (ibu Iqbal) 38. Abdullah (bapa Iqbal)

Kedua ibu bapa Iqbal mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ghazali kerana telah mengembalikan Iqbal kepangkuan mereka. Iqbal yang merupakan anak tunggal mereka lahir sebagai penyeri rumahtangga pasangan tersebut. Pada mulanya mereka tidak dapat menerima bahawa Iqbal menghadapi Sindrom Down namun akhirnya mereka pasrah dan menyayangi Iqbal sepenuh hati. Malah isterinya sanggup melepaskan jawatan untuk menjaga Iqbal sepenuh masa. Mereka suami isteri sudah puas berusaha mengubati Iqbal namun usaha itu sia-sia sahaja kerana penyakit itu merupakan penyakit keturunan. Ghazali sayu melihat keadaan Faridah yang kurus kering kerana tidak makan selama beberapa minggu semasa dia berada di bawah jagaan orang asli. Faridah akhirnya dipindahkan ke wad biasa apabila keadaannya bertambah stabil. Kaum keluarnya silih berganti datang melawat Faridah. Iqbal turut melawat cikgunya namun tidak dapat masuk melihat keadaan Faridah. Kamaruddin memuji kecerdikan Iqbal dan memberitahu bahawa Iqbal sangat disayangi oleh orang Asli di Sungai Dua dahulu. Rahayu datang melawat kakaknya bersama ibu mereka. Akibat keletihan menjalani rawatan kemoterapi, Rahayu tertidur di sisi Faridah. Dalam tidurnya, Rahayu bermimpikan Faridah yang menjerit meminta pertolongan. Rahayu ternampak sebuah rumah yang ditolak arus dan di dalamnya kelihatan Faridah ditindih oleh almari besar di kakinya. Rahayu segera memberikan bantuan kepada kakaknya. Setelah selamat, mereka berpelukan kerana sudah lama tidak bertemu. Rahayu meminta Faridah kembali ke pangkuan ibunya yang sangat merinduinya. Faridah mengajak Rahayu balik bersama-samanya, namun Rahayu enggan pulang kerana menurutnya masanya telah semakin hampir (mati). Rahayu sempat berpesan kepada Faridah agar menyampaikan salamnya kepada ibu mereka. Akhirnya Rahayu secara perlahan-lahan hilang daripada pandangan Faridah. Faridah tersentak daripada tidurnya sambil menjerit nama Rahayu. Doktor dan jururawat sibuk memeriksa keadaan Faridah yang baru sedar daripada pengsannya. Namun mereka yang ada di wad itu gempar apabila dimaklumkan bahawa Rahayu telah meninggal dunia. Kamaruddin dan Salmah mengalirkan airmata kesedihan kerana kehilangan Rahayu buat selama-lamanya. Semua ahli keluarga pergi menguruskan jenazah Rahayu dan meninggalkan Faridah dan Ghazali di bilik wad berkenaan. Ghazali memaklumkan bahawa Faridah telah menghilang selama sebulan. Ternyata Faridah terkejut memdengar perkhabaran itu. Faridah memberitahu Gahazali bahawa dia berada di Bukit Kutu bersama-sama Iqbal. Ghazali menjelaskan bahawa bapanya mendapat petunjuk untuk mengesan Faridah daripada Rahayu yang sering meracau-racau tentang lokasi berkenaan.Barulah Faridah memahami bahawa kehadirannya di Bukit Kutu merupakan pengembaraannya di alam bawah sedar. Ghazali cuba menenangkan Faridah tentang pemergian Rahayu buat selamanya kerana Faridah baru sedar daripada komanya.

Latar 1.Masa i. Waktu pagi 2.Tempat i. Wad HKL ii. Keadaan bawah sedar 3.Masyarakat i. Masyarakat yang tabah

menghadapi dugaan Allah. ii. Masyarakat yang suka

menolong.

Page 12: Sinopsis bab demi bab novel kabus di perbukitan

Sumbangan GC Khir, SMVS 2011

12

Bab 11 : Kasih Ibu Sepanjang Jalan Senarai Watak Baru; 39. Pak Taib

Faridah yang selesai menunaikan solat fardu Subuh mengejutkan ibunya kerana waktu solat subuh hampir habis. Salmah yang baru terjaga terus terpacul dibibirnya nama arwah Ayu. Salmah menyangka Faridah ialah arwah Ayu. Faridah sangat sedih memikirkan keadaan ibunya yang terlalu merindui arwah adiknya ditambah pula ibunya itu pernah dimasukkan ke hospital kerana masalah jantung beberapa hari yang lalu. Doktor menasihati ibunya agar banyak berehat sungguhpun penyakitnya tidak beberapa serius. Memandangkan Faridah tidak bekerja pada hari itu, Salmah mengajak anaknya itu ke pasar Sungai Hj.Dorani untuk membeli belacan Pak Taib. Ketika di pasar itu, Faridah terkenang kembali saat dia dan arwah Ayu masih kecil. Mereka sering bermain di pantai Sungai Hj. Dorani sambil mengutip lala dan kerang. Sewaktu perjalanan pulang, Faridah dan Salmah singgah di Parit Satu untuk menziarahi pusara arwah Ayu. Faridah terkenang saat jenazah Ayu dibawa pulang ke Sungai Besar, dia masih terlantar di wad hospital kerana badannya masih lemah akibat kekurangan air. Hampir dua minggu dia ditahan di wad berkenaan. Sepanjang dia di wad, Ghazali sering menemaninya. Salmah tidak melarang hubungan anaknya itu dengan Ghazali kerana dia mengetahui bahawa hubungan Faridah dengan Azman telah putus. Bak kata peribahasa, sekilas ikan di air, sudah diketahui jantan betinanya, Salmah dapat menduga bahawa Ghazali ada menyimpan perasaan terhadap anaknya itu. Dugaan Salmah memang tepat apabila Ghazali sendiri berjumpa dengannya untuk menyampaikan hasratnya mengambil Faridas sebagai isterinya. Faridah malu mahu mengakui hakikat itu kerana tidak mahu dikatakan perigi mencari timba. Ibunya yang menyenangi sikap Ghazali menasihati Faridah bahawa percintaan boleh dijalinkan selepas mereka berkahwin. Faridah tidak membantah kata ibunya kerana baginya, baik bagi ibunya baiklah baginya. Salmah pula amat gembira apabila mengetahui anak gadisnya akan dipinang orang dan akan membina rumahtangganya sendiri.

Latar 1.Masa i. Awal pagi (subuh) 2.Tempat i. Pasar Sungai Hj. Dorani. ii. Kg. Parit Satu 3.Masyarakat i. Masyarakat Melayu yang

berpegang teguh nilai murni. ii. Masyarakat yang

menghormati orang tua.

Page 13: Sinopsis bab demi bab novel kabus di perbukitan

Sumbangan GC Khir, SMVS 2011

13

Bab 12 : Tekad Senarai Watak Baru; 40. Hj.Othman (bapa Azrul)

41. Hjh.Rahmah (ibu Azrul)

Pedih sudah telinga Azrul mendengar runggutan tentang sebab dia tidak memilih kerja makan gaji. Azrul sebenarnya menyimpan cita-cita untuk menjadi usahawan yang berjaya seperti mana janjinya pada arwah Ayu. Ayahnya yang menyedari hasrat murni anaknya itu sanggup membantu Azrul dari segi modal selain daya uasha Azrul memohon bantuan kewangan dari Bank Pertanian melalui Dana Pinjaman untuk Makanan. Azrul memaklumkan bapanya yang dia berhasrat mengusahakan ternakan kambing biri-biri dan kacukan kerana ternakan itu mendapat permintaan yang baik daripada masyarakat Islam dan masyarakat Hindu. Namun bapanya mengingatkan Azrul bahawa ternakan yang ingin dijadikan sebagai ternakan korban mesti dijaga dengan baik dan terhindar daripada memakan rumput atau tanaman orang lain. Azrul akur dengan ingatan bapanya itu. Menurut Azrul lagi, antara sebab dia mahu bekerja di kampung kerana dia mahu menjaga kedua ibu bapanya itu memandangkan abang-abangnya yang sudah berumahtangga semuanya tinggal berjauhan. Adik bongsu perempuannya pula telah melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Gaya di Sabah. Namun Azrul sebenarnya tidak mahu berjauhan dengan Ayu yang kuburnya disemadikan di Tanah Perkububuran Parit Satu. Azrul pernah terserempak dengan Faridah ketika dia melawat kubur arwah Ayu pada suatu pagi hari Jumaat yang akhirnya menjalinkan tali persahabatan yang diselangi dengan kenangan Azrul bersama Ayu. Pada pagi yang tenang di Kampung Parit 13, Hjh. Rahmah leka membelek-belek koleksi orkidnya. Menyedari minat ibunya, Azrul kerap menghadiahi ibunya dengan orkid pilihan yang dibawanya dari UPM. Akhirnya hampir 50 spesis orkid ada dalam koleksi Hjh. Rahmah. Hjh. Rahmah menyapa Azrul yang dilihatnya sedang memendamkan perasaan sedih. Ibunya menyedari bahawa Azrul berubah menjadi pendiam selepas Rahayu meninggal dunia. Dia pasti Azrul dilanda kesedihan yang amat dalam. Oleh itu Hjh. Rahmah menasihati Azrul agar menguatkan semangat untuk meneruskan perjuangan hidup. Azrul menerima nasihat ibunya dengan hati yang terbuka dan meneguhkan harapan yang dicitakan bersama arwah Ayu untuk mengubah wajah siswazah yang akan memulakan hidup tanpa mengharapkan iklan jawatan kosong di dada akhbar. Baginya, Ayu kekal sebagai pendorong dalam hatinya sampai bila-bila.

Latar 1.Masa i. Waktu pagi ii. Hari Jumaat 2.Tempat i. Kg. Parit 13 ii. Rumah Azrul iii. Tanah Perkuburan Parit

Satu. 3.Masyarakat i. Masyarakat usahawan yang

tabah hadapi cabaran.

Page 14: Sinopsis bab demi bab novel kabus di perbukitan

Sumbangan GC Khir, SMVS 2011

14

Bab 13 : Rindu Senarai watak baru; Tiada

Faridah dan Ghazali selamat disatukan sebagai suami isteri. Awal pagi lagi Faridah dan Ghazali keluar ke tempat kerja. Ghazali pula telah ditukarkan ke Kelang dan hanya balik dua tiga hari seminggu kerana jarak antara Kelang dengan Sungai Besar hampir 90 km. Salmah yang berbulan lamanya berendam air mata. Salmah sering terkenang akan arwah anaknya itu. Malahan, dia sering berulang-alik pergi ke kubur anaknya itu setiap hari. Dalam perjalanan ke kubur anaknya, Salmah disapa oleh Minah yang sama-sama simpati melihat keadaan Salmah itu. Minah menahannya daripada pergi ke kubur kerana dia telah ke kubur pada pagi tadi. Minah menasihati Salmah agar tidak bekerja kuat memandangkan Faridah ada untuk menyara makan minumnya. Salmah terkenang semula sewaktu Ayu datang ke rumahnya dalam keadaan kurus kerana sakit. Ayu dihantar oleh bekas suaminya dan akan tinggal dengannya buat sementara waktu. Salmah turut menyiapkan kuih ubi ketuk yang disukai oleh anaknya itu. Kerana keuzurannya, Salmah hanya mampu menguruskan perkahwinan Faridah dengan Ghazali secara ala kadar saja. Walaupun Faridah telah berumahtangga, dia memutuskan untuk tinggal bersama ibunya, meskipun suaminya telah ditukarkan ke Kelang. Faridah pernah meluahkan perasaan risaunya tentang keadaan ibunya kepada Ghazali. Faridah sempat juga menduga cinta suaminya pada dirinya. Faridah turut memaklumkan suaminya bahawa Azrul iaitu teman lelaki arwah adiknya kini mengusahakan ternakan kambing dan tapak semaian sebagai memenuhi janjinya pada arwah Ayu yang dia tidak akan kerja makan gaji.

Latar 1.Masa i. Awal pagi 2.Tempat i. Parit 13 ii. Kelang 3.Masyarakat i. Masyarakat tani(bersawah) ii. Masyarakat yang prihatin

terhadap warga tua.

Page 15: Sinopsis bab demi bab novel kabus di perbukitan

Sumbangan GC Khir, SMVS 2011

15

Bab 14 : Ibu, Angin telah Menderu Pergi Senarai watak baru; Tiada

Faridah terbangun dari tidurnya seawal 4 pagi kerana termimpikan arwah adiknya yang tersenyum menggamit ibunya. Lantas kotak fikirannya memikirkan maksud mimpinya itu. Lantas dia mengangkat wuduk untuk mengerjakan solat tahajud untuk berserah pada ketentuan-Nya dengan hati yang pasrah. Memang apabila Faridah berduka, sejadahlah tempat yang paling ampuh merawat segala nestapanya. Faridah mula menyibukkan dirinya di dapur ketika matahari mula terbit. Faridah menyiapkan nasi lemak sebagai sarapan seperti kehendak ibunya. Hatinya mula risau apabila melihat ibunya masih tidak muncul-muncul walaupun waktu solat Subuh mengakhiri penghujungnya. Hati Faridah hancur luluh apabila dia memeriksa keadaan ibunya di bilik tidur yang ternyata telah kaku tak bernyawa. Salmah ibu kepada Faridah dan Rahayu telah pergi buat selama-lamanya dan berakhirlah penderitaan merindui anaknya iaitu Ayu yang selama ini ditanggungnya. Maka berakhirlah bahagian 1 dalam perjalanan hidup watak utama iaitu Faridah.

Latar 1.Masa i. Awal pagi (4.00 pagi) ii. Pagi (6.30 pagi) 2.Tempat i. Rumah Faridah ii. Sungai Besar 3.Masyarakat i. Masyarakat yang menderita

kehilangan anak tersayang. ii. Masyarakat yang redha atas

ketentuan Allah.

Page 16: Sinopsis bab demi bab novel kabus di perbukitan

Sumbangan GC Khir, SMVS 2011

16

Bab 15 : 25 Tahun Kemudian - Cintaku Abadi Senarai watak baru; 42. Soleh Johnsons

@ Samuel Krikby Johnsons (suami baru Faridah)

43. AnneJohnsons (anak kembar Faridah, kakaknya bernama Melina)

Faridah telah berpindah dari Malaysia ke New Zealand dan mendirikan rumahtangga Soleh Johnsons @ Samuel Krikby Johnsons. Ketika di dapur, Faridah disapa oleh anak perempuannya iaitu Anne. Anaknya itu mencadangkan ibunya memasak kari ayam pada hujung minggu ini. Ibunya memesan Anne agar membeli ayam dan rempah kari di kedai Nomad's (kedai halal). Selepas Anne berlalu pergi, Faridah terkenang nostalgia 25 tahun lalu ketika dia membuat keputusan berhijrah ke New Zealand. Selepas tidak lama ibunya meninggal dunia, Ghazali turut mengikut jejak langkah mertuanya kerana terlibat dalam kemalangan. Waktu itu, Faridah hampir gila memikirkan nasibnya yang sebatang kara walaupun dia sebenarnya masih memiliki ayah kandung yang tinggal berjahuan dengannya. Akhirnya dia telah ditawarkan mengikuti kursus Community Services of Disable selama 6 bulan di New Zealand oleh Ibu Pejabat JKM. Rupa-rupanya pemergian Faridah yang disangkanya hanya sementara bertukar sebaliknya kerana dia kini sudah menetap hampir 25 tahun di bumi kiwi ini. Faridah ada menyimpan hajat untuk kembali ke bumi Malaysia untuk menziarahi pusara arwah ibu,adik dan suaminya. Faridah masuk ke rumahnya lalu mengakses siaran radio Satu RTM menerusi perkhidmatan internet. Suaminya menyapa Faridah yang mengetahui bahawa isterinya itu sedang kerinduan pada tanahair tercinta. Sewaktu mereka bersarapan di dapur, Soleh memberitahu bahawa dia sibuk dengan aktiviti menguruskan pengambilan tukang sembelih di kedutaan Malaysia dan Indonesia pada hari itu. Lantas Faridah terbayang kenangannya dahulu yang bekerja sambilan di ladang Kirkby sebagai pengetam biri-biri yang menemukannya dengan pengurus ladang iaitu Samuel yang kini bergelar suaminya. Faridah dan Soleh disatukan dalam akad di Masjid al-Noor, Pusat Islam Christchurch. Selesai bersarapan, Soleh meninggalkan Idah untuk pergi memulakan tugasnya. Faridah amat menyenangi panggilan manja yang diucapkan oleh suaminya itu walaupun usianya kini mencecah setengah abad. Faridah akhirnya menyibukkan diri di dapur rumahnya dengan aktiviti rutinnya.

Latar 1.Masa i. 25 tahun selepas Faridah

bermastautin di New Zealand.

2.Tempat i. Rosewood ii. Christchurch iii. Masjid al-Noor, Pusat Islam,

Christchurch. 3.Masyarakat i. Masyarakat yang celik ICT. ii. Masyarakat usahawan yang

berjaya.

Page 17: Sinopsis bab demi bab novel kabus di perbukitan

Sumbangan GC Khir, SMVS 2011

17

Bab 16 : Mengejar Mimpi Senarai watak baru; 44. Melina (anak

kembar Faridah, adiknya bernama Anne)

45. Jabbar al-Anbia @ Benny

46. Jaafar al-Anbia (pakcik Benny)

Bahagian 1

Gloria Coffee Bean yang berhampiran Auckland Harbor menjadi tempat kegemaran Melina untuk minum di sana. Melina telah berkenalan dengan seorang pemuda berbangsa Arab yang bernama Jabbar al-Anbia @ Benny warga Emiriyah Arab Bersatu. Benny yang pada mulanya menyangka Melina berbangsa Maori. Benny merupakan pewaris syarikat minyak milik keluarganya yang kini berminat dalam sektor pelancongan. Benny amat meminati aktiviti kapal layar dan mempunyai sebuah kapal layarnya sendiri. Melina beranggapan bahawa Benny beragama Kristian kerana dia memesan minuman keras. Namun Benny menegaskan bahawa dia beragama Islam dan berfikiran terbuka dalam soal keagamaan.

Bahagian 2

Bahagian ini dimulakan dengan teknik imbas kembali pada peristiwa Melina yang bercadang untuk keluar dari rumah dan menjalani kehidupan sendiri dan berdikari. Oleh sebab berlainan budaya, Faridah tidak dapat menghalang anaknya itu untuk keluar dari rumah mereka. Malahan suaminya sendiri telah menghubungi rakannya di Auckland untuk memudahkan Melina mendapat pekerjaan di sana nanti. Benny berkunjung ke pangsapuri Melina. Tanpa segan-silu Melina mempelawa Benny masuk ke dalam kediamannya. Mereka berdua bercadang untuk pergi menjamu selera di sebuah restoran halal. Benny agak tegas dalam soal makanan dan sikapnya itu agak menghairankan Melina kerana Benny turut mengambil minuman yang memabukkan. Dalam pertemuan itu, Benny turut bercerita kepada Melina tentang aktiviti pelayarannya yang bermula dari Doha hingga ke Sydney. Dia ke Auckland kerana memdapat tawaran warga New Zealand yang berminat membeli kapal layarnya dengaan harga NZD 500,000.00. Benny juga bercadang ke Malaysia untuk menempah kapal yang lebih besar kerana dia mengenali tukang bot di Pulau Duyong, Kuala Terengganu. Benny turut mengajak Melina ke Malaysia. Tawaran Benny umpama orang mengantuk disorongkan bantal kerana Melina ingin sangat ke Malaysia yang merupakan tanah tumpah darah ibunya. Persahabatan antara Melina dan Benny semakin erat. Akhirnya Benny mengajak Melina berkahwin dengannya walaupun Melina agak ragu-ragu dengan tindakan drastik Benny itu kerana Melina tahu ramai lelaki Arab mengamalkan poligami. Setelah dipujuk rayu, Melina akhirnya setuju menerima lamaran Benny untuk berkahwin dengannya. Tanpa berlengah, mereka berdua bertolak ke Christchurch menaiki kapal terbang selama kira-kira 2 jam. Melina sampai di rumah kira-kira jam 1.00 pagi dan disambut oleh Faridah. Setelah memperkenalkan Benny kepada keluarganya, Benny telah mengemukakan hasratnya memperisteri Melina. Faridah dan suaminya terkejut apabila mengetahui hasrat Benny ingin mengambil Melina sebagai isterinya. Soleh meminta sedikit masa untuk menyelidiki latar belakang Benny sebelum membuat keputusan. Benny memberitahu Soleh bahawa dia boleh menghubungi bapa saudaranya yang juga pengerusi An Anbia Family Limited iaitu Jaafar al-Anbia. Melina memuji keberanian Benny bersemuka dengan kedua ibu bapanya.

Latar; 1.Masa i. Pukul 10.30 malam ii. 1.00 pagi 2.Tempat i. Auckland Harbor ii. Pej. Redwood, Queen Street iii. Christchurch(rumah

keluarga Melina) 3.Masyarakat i. Masyarakat yang hidup

berdikari. ii. Masyarakat yang longgar

pegangan agama. iii. Masyarakat yang berani

menyuarakan hasrat hati. iv. Masyarakat saudagar

minyak yang kaya-raya. v. Masyarakat pelayar yang

cekap.

Page 18: Sinopsis bab demi bab novel kabus di perbukitan

Sumbangan GC Khir, SMVS 2011

18

Bab 17 : Penyembelihan Kambing Senarai watak baru; 47. Mohamad Zain Azrul 48. Asraf Ameen(rakan

kuliah Zain) 49. Abang Rosli 50. Datin Aishah(isteri

Datuk Azrul) 51. Prof. Andrew Sykes 52. Redzha(pengawas

pusat sembelihan)

Zain bertandang ke bilik rakan sekuliahnya iaitu Asraf. Asraf memberitahu bahawa mereka mendapat jemputan perkahwinan daripada keluarga Soleh Johnsons iaitu perkahwinan anak perempuannya, Melina. Mereka berdua merupakan tukang sembelih sambilan yang bekerja di Pusat Penyembelihan Hijrah milik Soleh. Mereka berdua akhirnya memutuskan untuk hadir ke majlis tersebut dengan mengenakan pakaian kebangsaan masing-masing iaitu baju Melayu dan jubah Afrika. Zain merupakan antara 12 orang pelajar Melaysia yang mengikuti pengajian dalam jurusan pertanian di Universiti Lincoln. Ayahnya, Datuk Azrul (Azrul yang pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Rahayu iaitu kembar Faridah) merupakan peladang berjaya dan beberapa kali merangkul anugerah Penternak Jaya Kebangsaan. Ayahnya pernah berpesan kepadanya bahawa bidang pertanian jangan di pandang rendah kerana teknologi bidang pertanian semakin berkembang saban hari. Zain yang memang meminati bidang pertanian risau ibunya akan berkecil hati kerana ibunya menyuruh dia belajar di UPM sahaja. Namun kerisauan Zain lantas dicantas oleh ayahnya yang berjanji akan membawa ibunya melancong ke New Zealand sambil melawatnya. Ayahnya tetap bertegas mahu Zain menimba ilmu di bumi kiwi dan berharap Zain dapat membawa balik pengetahuan tentang pertanian di sana untuk dimanfaatkan di Malaysia kelak. Datuk Azrul juga berhasrat ingin mengubah imej pertanian di negara ini yang dikaitkan dengan kemiskinan. Dalam bab ini, diceritakan peristiwa Datuk Azrul dan Datin Aishah berkunjung ke New Zealand melawat Zain di Christchurch. Mereka sekeluarga berkesempatan bersiar-siar di luar pantai Kouikora untuk melihat kejinakan ikan paus. Semasa lawatan tersebut, ibu Zain sempat mengingatkan anak bujangnya itu agar tidak menetap terus di New Zealand sepertimana yang berlaku ke atas Abang Rosli iaitu anak jiran emaknya yang tidak kembali ke tanahair selepas tamat belajar dan berkahwin dengan penduduk tempatan. Kini Abang Rosli menetap di Chasebrook dan Zain pernah melawatnya pada hari raya semasa dia di tahun pertama pengajiannya. Bab ini turut mengisahkan pertemuan antara Zain dengan Anne Johnsons sewaktu dia berbasikal ke Student Café. Anne yang berhadapan dengan masalah keretanya, telah dibantu oleh Zain untuk menghidupkan semula keretanya itu. Zain tidak menyangka bahawa Anne ialah anak kepada Soleh Johnsons iaitu majikan tempat dia bekerja sambilan. Apabila plot cerita kembali ke dunia nyata, Zain akhirnya meluahkan isi hatinya kepada rakan karibnya bahawa memang benar dia mencintai Anne Johnsons walaupun dia memahami akan berlaku pertembungan budaya antara dia dengan Anne jika ditakdirkan mereka berkahwin kelak. Asraf hanya mampu mendoakan kebahagian buat rakannya itu.

Latar 1.Masa i. Pagi 2.Tempat i. Southland Hall (bilik

penginapan Zain) ii. Steward Building iii. Auckland iv. Universiti Lincoln v. Pantai Kouikora 3.Masyarakat i. Masyarakat yang rajin

bekerja. ii. Masyarakat yang memiliki

jati diri bangsa. iii. Masyarakat mahasiswa

yang berjaya dalam pelajaran.

iv. Masyarakat peladang yang berjaya.

Page 19: Sinopsis bab demi bab novel kabus di perbukitan

Sumbangan GC Khir, SMVS 2011

19

Bab 18 : Tanah Tumpah Air Mata Senarai watak baru; 53. Syeikh

Mohamad Amir(imam Wellington Islamic Center)

54. Abdul Salam al-Anbia (ayah Benny)

55. Hj. Ahmad Bonjol (CEO)

56. Hj. Yunus Maiden (Pengurus Besar)

57. Hj. SulaimanSendut

58. Yusuf Ngadimen 59. Tan Loke 60. Khalid

(pemandu)

Bahagian 1

Melina dan Benny akhirnya sampai ke KLIA selepas mengharungi perjalanan selama 13 jam dari New Zealand transit di Changi. Melina dan Benny kini sah sebagai suami isteri setelah mereka selamat disatukan kira-kira dua minggu yang lalu di Masjid al-Noor Christchurch. Ketika mereka memasuki ruang legar KLIA, jam baru pukul 2 petang. Benny menyatakan bahawa ada wakli syarikat yang akan menjemput mereka nanti. Melina tenggelam dalam lamunannya. Dia terkenang peristiwa majlis perkahwinannya tempoh hari. Ayahnya yang tidak menghalang niatnya bergelar isteri menasihatinya agar belajar serba sedikit tanggungjawab sebagai isteri agar dia dapat menjalankan tugasnya dengan baik. Soleh Johnsons menasihatinya agar mencontohi ibunya, Faridah. Melina telah bertemu dengan imam Wellington Islamic Cente iaitu Syeikh Mohamad Ami untuk menguruskan hal pernikahannya nanti. Melalui imam itu juga Melina mendapat tahu bahawa ayahnya seorang yang dermawan. Malah mengikut Syeikh Mohamad Amir, pusat Islam itu beroperasi kerana dana yang disalurkan oleh ayahnya. Sapaan Benny, mematikan lamunan Melina. Melina bercerita herba sedikit tentang mamanya yang berasal dari Sungai Besar. Namun, dia tidak pernah menjejakkan kaki ke Malaysia hinggalah dia mengikuti Benny. Khalid iaitu wakil syarikat tiba untuk menjemput mereka ke hotel penginapan iaitu di Hotel Hilton, Kuala Lumpur. Keluarga Benny yang mempunyai kepentingan di Malaysia sungguh gembira kerana Benny mahu tinggal di Malaysia untuk menguruskan perniagaan keluarga mereka selain minat Benny pada kapal layarnya yang belum siap di Terengganu. Melina agak risau yang dia tidak dapat menyesuaikan diri di Malaysia. Hari ke-2 mereka di Malaysia, Benny telah keluar awal-awal pagi untuk menguruskan pekerjaannya. Khalid telah menunggu Benny di lobi hotel. Khalid yang memanggil Benny, Tuan Jabbar kerana menghormatinya selaku keturunan Nabi. Benny terkenang perbualannya dengan pakciknya, Jaafar. Ayah Benny iaitu Abdul Salam al-Anbia telah berkahwin dengan wanita Kristian dan perkahwinannya ditentang oleh keluarganya. Akibatnya, Benny dibesarkan di London oleh ibunya selepas kematian bapanya ketika dia berusia 13 tahun. Benny sampai di bilik mesyuarat Syarikat Teguh Emas Berhad yang terletak di Bangunan TH Perdana, Jalan Ampang. Benny diperkenalkan dengan barisan ahli lembaga pengarah yang seramai 15 orang kesemuanya. Antaranya ialah Hj. Ahmad Bonjol (CEO), Hj. Yunus Maiden (Pengurus Besar), Hj. SulaimanSendut, Yusuf Ngadimen, dan Tan Loke. Benny telah dilantik menerajui bahagian operasi syarikat tersebut dan akan berpejabat di Kuala Terengganu dan Paka. Selesai mesyuarat, Benny diperkenalkan kepada wartawan dalam satu sidang akhbar yang turut memgumumkan penenuan telaga minyak baru di Duyong 7, luar pesisir Terengganu.

Bahagian 2

Melina yang selesai menghantar email ke New Zealand mengambil keputusan untuk bersiar-siar sekitar kawasan hotel berkenaan. Dia ke sebuah kedai untuk membeli peta semenanjung. Melina bertanyakan lokasi Sungai Besar kepada peniaga berbangsa India. Peniaga tersebut memberitahu bahawa Sungai Besar terletak di utara Selangor. Peniaga itu memuji Melina kerana pandai bercakap dalam bahasa Melayu.

Latar 1.Masa i. Petang ii. Pagi 2.Tempat i. Hotel Hilton, KL ii. KLIA, Sepang iii. Bangunan TH Perdana, Jln

Ampang. iv. London & Jordon (imbas

kembali) 3.Masyarakat i. Masyarakat kahwin campur. ii. Masyarakat koperat yang

berjaya. iii. Masyarakat moden yang

celik ICT.

Page 20: Sinopsis bab demi bab novel kabus di perbukitan

Sumbangan GC Khir, SMVS 2011

20

Bab 19 : Hati dan Warna Kanvas Senarai watak baru; 61. Hj.Awang 62. Mohamed Attar 63. Mehmmod(perisik

Interpol) 64. Noor Mohamad

Benny dan Melina meninjau-ninjau rumah banglo yang akan dibelinya di Marang. Melina menyukai landskap rumah berkenaan. Mereka sempat berkenalan dengan Hj.Awang iaitu orrang yang dipertanggungjawabkan menjaga banglo berkenaan. Selepas berpuas hati dengan keadaan dan hiasan dalaman banglo, Benny bersetuju membeli banglo berkenaan yang bernilai hampir setengah juta ringgit. Selepas tinggal di Marang, Melina menghabiskan masa terluangnya dengan membuat lukisan pada kanvas. Benny secara diam-diam kagum dengan kemahiran isterinya itu. Benny yang sibuk sebagai pegawai operasi syarikat, telah berkenalan dengan Mohamed Attar, Mehmmod, dan Noor Mohamad. Antara mereka, Mohamed Attar dikagumi kerana sikap waraknya. Mohamed Atta sering membahaskan isu-isu semasa tentang kebejatan Amerika, hal-hal keagamaan, dan isu manipulasi wanita dalam fesyen. Benny sendiri malu jika dia dibandingkan dengan Mohamed Attar dalam hal ehwal keagamaan. Benny juga sering mengikuti usrah-usrah yang diadakan oleh Mohamed Attar yang menegaskan kepentingan menutup aurat. Benny sendiri belum mendesak Melina untuk menutup auratnya kerana dia tahu pastinya Melina akan membantah. Malahan dirinya sendiri jikalau diteliti sudah banyak bergelumang dosa sebelum dia berkahwin. Dia sering tertanya, cara hendak membersihkan diri sebelum dia berhadapan dengan Allah. Jawapan yang diperolehinya ialah JIHAD.

Latar 1.Masa i. Waktu siang 2.Tempat i. Marang,Terengganu. ii. Paka 3.Masyarakat i. Masyarakat yang

bertanggungjawab menjaga amanah.

ii. Masyarakat yang mempunyai pegangan agama yang teguh.

iii. Masyarakat yang menghargai karya seni.

Page 21: Sinopsis bab demi bab novel kabus di perbukitan

Sumbangan GC Khir, SMVS 2011

21

Bab 20 : Pendatang Senarai watak baru; 65. Siti Aishah (pengusaha Siti Katering)

Perbuatan vandalisme yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di An Noor Islamic Center merungsingkan fikiran Soleh. Dia berharap situasi itu tidak akan menjejaskan keharmonian kejiranan di situ. Faridah yang memahami kerungsingan suaminya mencadangkan mereka mengadakan jamuan ramah mesra di pusat komuniti. Penganjuran tersebut bertujuan mengukuhkan hubungan kemasyarakatan yang tergoncang dengan insiden vandalisme di An Noor Islamic. Soleh sangat bersetuju dengan cadangan isterinya itu. Selepas berbincang, mereka akhirnya setuju menempah makanan dari Siti Katering untuk memudahkan penganjuran majlis berkenaan. Majlis tersebut akan dilaksanakan dalam masa dua minggu lagi. Faridah turut mengharapkan teman-teman sekuliah Anne akan dapat membantu menguruskan majlis berkenaan. Soleh melahirkan rasa rindunya kepada Melina dan Benny yang jauh dari matanya dan jika mereka ada bersama mereka pastinya majlis itu akan bertambah meriah. Faridah juga terkenang akan kemeriahan majlis kenduri yang diadakan di kampung halamannya puluhan tahun yang lalu,

Latar 1.Masa i. Pagi 2.Tempat i. Rumah Faridah 3.Masyarakat i. Masyarakat Islam yang

dipandang serong oleh penganut agama lain.

ii. Masyarakat yang menghargai keharmonian dalam masyarakat.

iii. Masyarakat yang tidak bertanggungjawab.

Page 22: Sinopsis bab demi bab novel kabus di perbukitan

Sumbangan GC Khir, SMVS 2011

22

Bab 21 : Tak Ingin Tahu Senarai watak baru; 66. Imam Muda

Musa 67. Masitah

Zain berbual-bual dengan ayahnya selepas Datuk Azrul pulang dari masjid. Zain melahirkan kegembiraannya dapat pulang ke kampung halamannya. Keadaan di kampungnya banyak yang dah berubah sejak tiga tahun peninggalannya menuntut di New Zealand. Datuk Azrul mengakui pandangan anaknya, namun padanya manusia tetap tidak berubah jasadnya. Hanya yang berubah ialah akal dan pertimbangannya. Datuk Azrul menambah, sejauhmana pun kemajuan pembangunan dilaksanakan, jika sikap dan fikiran manusia kekal ditakuk lama, maka pembangunan modal insan pastinya sudah gagal. Zain mengerti maksud kata-kata ayahnya yang memperoleh gelaran Datuk bukan kerana ayahnya menceburi kegiatan politik tetapi usahanya yang tak kenal erti putus asa dalam bidang peladangan. Zain pernah mencadangkan ayahnya memceburi gelanggang politik untuk membuat perubahan. Namun pendapat Zain itu dipatahkan oleh Datuk Azrul yang mengatakan jika dia berada dalam lingkungan politik semakin susah perubahan handak direalisasikan. Selepas bersarapan, Datuk Azrul dan Zain pergi ke Kg. Parit 13 untuk meninjau sawah padi. Di sana Zain diperkenalkan oleh ayahnya dengan Masitah yang bekerja di syarikat Datuk Azrul. Syarikatnya terpaksa mengambil khidmat pekerja warga asing untuk kerja-kerja buruh yang tidak dapat dipenuhi oleh warga tempatan. Pada hemat Datuk Azrul, warga asing yang mencari rezeki secara halal dan mematuhi undang-undang wajar dibenarkan berkhidmat di negara ini.

Latar 1.Masa i. Subuh ii. Pagi 2.Tempat i. Rumah Datuk Azrul ii. Kg. Parit 13 3.Masyarakat i. Masyarakat pekerja yang

rajin. ii. Masyarakat pekerja asing

yang berkerja di negara ini.

Page 23: Sinopsis bab demi bab novel kabus di perbukitan

Sumbangan GC Khir, SMVS 2011

23

Bab 22 : Mengukur Usia Senarai watak baru; 68. Hj. Zubair

Selesai menunaikan solat Asar berjemah yang diimamkan oleh Datuk Azrul, dia dan Hj. Zubair menghampiri Zain yang duduk di beranda masjid untuk berborak. Mereka agak sedih melihat jemaah yang semakin berkurangan di masjid tersebut. Jika dahulu semasa solat Jumaat mampu mengumpulkan sekitar 150 jemaah, kini hanya sekitar 60 orang sahaja. Hal ini berlaku kerana ramai anak muda berpusu-pusu berhijrah ke bandar. Banyak kebun yang terbiar tidak diusahakan oleh waris tanah berkenaan. Datuk Azrul pernah mencadangkan tanah-tanah tersebut diusahakan, namun perlu mendapat persetujuan daripada pemilik tanah yang biasanya mengambil masa yang lama. Menurut Datuk Azrul, maufakat orang sekarang berbeza dengan orang dahulu. Contohnya empat tiang seri masjid tersebut hasil maufakat moyang mereka yang masih utuh digunakan oleh anak cucu mereka. Datuk Azrul berpendapat bahawa orang Melayu perlu mengukuhkan ekonomi sendiri agar syariat Islam mampu dilaksanakan dengan jayanya. Dia mahu kampung itu menjadi lambang kemajuan ekonomi orang Melayu. Datuk Azrul selalu berpegang pada kata-kata bahawa bekerja sendiri lebih mulia kerana dapat membantu orang lain memperoleh pekerjaan. Dia turut teringat akan kata-kata arwah ayahnya, Hj. Othman yang cara berfikir perlu diubah untuk mencapai kemajuan dan jangan hanya mahukan keuntungan yang senang seperti mana kebanyakan orang Melayu. Itulah sebabnya Datuk Azrul menghantar anaknya belajar ke luar negara dalam bidang pertanian agar dapat memajukan bidang pertanian dan kampung sendiri. Datuk Azrul berhujah lagi, semaju mana pun sesebuah negara itu, jika bidang pertanian tidak berkembang, negara tersebut akan bergantung kepada import bahan makanan. Berkenaan tanah terbiar dikampung mereka, menurut Hj Zubair Datul Azrul telah puas berusaha namun belum menampakkan tanda yang positif. Mungkin disebabkan Datuk Azrul tidak terlibat dalam politik kerajaan hal sedemikian kurang mendapat kepercayaan pemilik-pemilik tanah. Namun Datuk Azrul tetap dengan pilihannya tidak mahu terlibat dalam politik untuk mengubah keadaan. Hj. Zubair turut sedih memikirkan ada individu yang kurang berpendidikan yang melibatkan diri dalam politik hanya untuk mengaut peluang dan kekayaan sahaja. Tokoh-tokoh seperti Sako, Boestamam dan Ibrahim Yaakub yang cenderung kepada sayap pembangkang sebenarnya sayang akan negara ini. Mereka menekan pemerintah agar memberikan hasil terbaik untuk rakyat. Zain mengambil peluang memberitahu ayahnya tentang pilihan hatinya. Sangkaan Datuk Azrul bahawa bakal menantunya itu bukan orang Melayu dinafikan oleh Zain sendiri. Zain memberitahu bahawa pilihan hatinya itu berketurunan Melayu mengikut darah ibunya. Ayahnya tidak menghalang niat anak bujangnya itu cuma dia mengingatkan sejauhmana kita diperantauan, kampung halaman menjadi destinasi terakhir. Datuk Azrul senang hati melihat anaknya sedia memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Latar 1.Masa i. Petang (asar)

2.Tempat i. Beranda masjid. 3.Masyarakat i. Masyarakat yang taat

kepada perintah agama. ii. Masyarakat yang tidak

berputus asa dalam mengusahakan sesuatu.

iii. Masyarakat politik yang tidak ikhlas berkhidmat kepada anggota masyarakat.

iv. Masyarakat yang bijak dalam perancangan perniagaan.

v. Masyarakat yang menghormati orang tua.

Page 24: Sinopsis bab demi bab novel kabus di perbukitan

Sumbangan GC Khir, SMVS 2011

24

Bab 23 :Melihat dalam Diri Senarai watak baru; 69. Khadijah(anak Hj.Awang)

Melina risau dengan perubahan perangai suaminya, Benny yang pada sangkaannya telah berubah hati. Hal ini demikian kerana, Benny selalu meninggalkan dia di rumah keseorangan atas alasan urusan kerjanya di Kuala Lumpur. Oleh itu, Melina terpaksa meminta Khadijah iaitu anak gadis Hj. Awang (bekas guru besar) yang juga jirannya menemaninya semasa ketiadaan Benny. Kali terakhir Melina mengikuti Benny ke Kuala Lumpur tiga bulan yang lalu kerana desakannya untuk membeli belah pakaian baru. Benny ke Kuala Lumpur bersama-sama Mehmood dan Mohamed Attar. Sepeninggalan Benny, Khadijah bertandang ke rumah Melina untuk menemaninya seperti mana yang diarahkan oleh ayahnya. Hj. Awang yang bimbang Melina tinggal sendirian memang sering kali menyuruh anak gadisnya itu menemani Melina walaupun tidak diminta oleh Melina. Semasa berbual-bual dengan Melina, Khadijah memberitahunya sebab-sebab bapanya menyuruh dia temani Melina. Menurutnya falsafah orang Melayu lebih suka mengambil langkah pencegahan dalam sesuatu perkara sebenarnya banyak membawa kebaikan. Melina mengajak Khadijah ke beranda kerana suasana di dalam rumah agak panas. Mereka menyambung perbualan tentang hal keturunan darah Melayu yang pada pendapat Khadijah memang sensitif sifatnya. Melina dalam diam mengucapkan berbanyak terima kasih kepada keluarga Hj Awang yang banyak menghulurkan bantuan kepadanya khasnya apabila Benny tiada di sisi. Pada pandangan Melina, Khadijah telah menampilkan ciri-ciri kematangan berfikir dan bertindak walaupun usianya baru belasan tahun. Hal ini dapat disaksikan sendiri apabila Khadijah dapat menguruskan kerja-kerja rumah semasa ibunya sakit tempoh hari. Akhirnya, Melina mengajukan soalan sama ada Khadijah pernah pergi ke Sungai Besar iaitu tempat ibunya dilahirkan. Namun Khadijah mengatakan bahawa dia tidak pernah pergi ke sana. Melina berasa sungguh bertuah jika dia dapat melawat tempat kelahiran ibunya yang telah lama hilang.

Latar; 1.Masa i. Hujung musim tengkujuh. 2.Tempat i. Kuala Terengganu ii. Rumah Melina(Marang) 3.Masyarakat i. Masyarakat Melayu yang

peramah. ii. Masyarakat yang

mementingkan kerjaya. iii. Masyarakat yang tolong-

menolong.

Page 25: Sinopsis bab demi bab novel kabus di perbukitan

Sumbangan GC Khir, SMVS 2011

25

Bab 24 : Lambaian Hati Senarai watak baru; TIADA

Zain akhirnya bertemu mata dengan Faridah setelah Anne menjemputnya ke rumahnya. Anne sedang sibuk menaip laporan praktikum yang perlu dihantarnya tiga hari lagi. Setelah memperkenalkan diri, Zain memberitahu bahawa dia berasal dari Sungai Besar. Pengakuan itu membuatkan Faridah terperanjat mendengar berita yang tidak disangka-sangkakannya. Faridah berasa sayu mengenangkan tempat tanah kelahirannya itu hingga menistiskan air mata. Faridah menceritakan saat dia meninggalkan Malaysia untuk berhijrah ke New Zealand 25 tahun yang lalu. Dia tahu bahawa dia tidak akan kembali semula ke tanahair maka rindunya pada kampung halaman memang bukan kepalang. Faridah turut menceritakan tanah sawahnya yang menjadi punca rezekinya dan ibunya. Zain mencadangkan Faridah untuk pulang ke kampungnya namun Faridah menyatakan bahawa tiada sesiapa di sana. Anne turut mendesak ibunya pulang ke Sungai Besar. Zain mempelawa Faridah bertandang ke rumahnya jika dia datang ke Sungai Besar nanti namun dia terlupa bahawa dia baru sahaja pulang bercuti tempoh hari. Jika ingin pulang, Zain terpaksa menunggu cuti semester yang akan datang kira-kira dua bulan lagi. Sambil bergurau, Anne sempat mengusik Zain bahawa dialah yang menjadi pemandu pelancong apabila ibunya melawat ke Sungai Besar nanti. Faridah memeluk erat Anne yang memahami erti kerinduannya pada kampung halaman lantas dia terkenang akan arwah Rahayu yang juga kembarnya. Faridah terkenang akan ayahnya yang tidak pernah diketahui nasibnya selepas dia berpindah ke New Zealand. Faridah tidak pasti sama ada ayahnya masih hidup atau sebaliknya. Mengenangkan hal itu, Faridah bertekad bahawa dia perlu kembali ke tanahair untuk membongkar semula kenangannya selama 25 tahun yang lalu. Faridah mahu Anne mengetahui susur galur keturunannya dari sebelah ibunya dan dalam diam-diam Faridah mengharapkan hubungan Anne dan Zain akan disatukan dalam ikatan perkahwinan.

Latar 1.Masa i. Pagi ii. 25 tahun lalu. 2.Tempat i. Rumah Faridah (ruang

tamu) ii. Sungai Besar (imbas

kembali) 3.Masyarakat i. Masyarakat yang

mementingkan pelajaran. ii. Masyarakat yang berbudi

bahasa. iii. Masyarakat yang peramah

melayan tetamu.

Page 26: Sinopsis bab demi bab novel kabus di perbukitan

Sumbangan GC Khir, SMVS 2011

26

Bab 25 : Menghapus Dosa Senarai watak baru; 70. Ustaz Hassan Syukri

Benny, Mehmood, dan Mohamed Attar mengunjungi Ustaz Hassan Syukri di rumahnya. Beliau yang baru berumahtangga tidak lagi segan memjemput tamu datang ke rumahnya kerana sudah ada isteri yang akan menghidangkan minuman pada tetamu. Benny sempat menyakat Mehmood yang masih hidup membujang. Mehmood hanya memberi alasan bahawa dia belum bertemu pilihan hati yang sesuai. Mohamed Attar yang mencelah perbualan mereka meminta pendapat Ustaz Hassan berkenaan amalan agama Islam di Malaysia. Ustaz Hassan yang pernah menuntut di Timur Tengah menyatakan bahawa amalan Islam di negara ini pastinya berlainan kerana mengambil kira faktor budaya. Ustaz Hassan turut membuat kiasan pengamalan agama Islam dengan kaedah pembikinan roti. Mohamed Attar kurang senang dengan kiasan Ustaz Hassan. Namun Ustaz Hassan menerangkan bahawa Islam mementingkan perkara yang halal dan tidak kiralah di negara mana roti itu dibuat asalkan roti itu halal dimakan. Mohamed Attar akhirnya mengakui kebenaran hujah ustaz Hassan. Mohamed Attar menerangkan bahawa di kampung halamannya banyak orang Islam mengamalkan ajaran Islam tapi tidak melaksanakkan syariah Islam. Dia menjelaskan bahawa banyak perkara yang boleh diselesaikan secara aman namun penyelesaian yang dipilih melalui keganasan. Ustaz Hassan memberitahu bahawa budaya orang Melayu berbeza kerana orang Melayu jika hendak menegur pastinya berlapik cakap. Benny bersetujui dengan pandangan Ustaz Hassan kerana seperti Hj. Awang yang terkenal dengan sikap tegasnya, namun dia tidak pernah menegur Melina yang tidak menutup aurat malahan beliau semakin mendampingi Melina untuk memahami budaya hidup isterinya itu. Mereka akhirnya mengundur diri dari rumah ustaz Hassan. Dalam perjalanan, Mohamed Attar menyatakan bahawa uataz Hassan tidak sesuai dalam perjuangannya kerana dia melabelkan ustaz Hassan sebagai ulama kerajaan. Mohamed Attar yang berfahaman radikal menjelaskan bahawa untuk maju, umat Islam perlu berjuang dan berpolitik sambil memberi contoh tentang kehebatan ketenteraan Islam zaman Umaiyah dan zaman Abbasiyah. Mehmood yang mengiakan pendapat Mohamed Attar memberikan sokongan bahawa dia akan bersama-samanya dalam perjuangan di barisan hadapan nanti sebagai tanda tali persahabatan yang kukuh. Mohamed Attar turut mengajak Benny bersamanya dalam perjuangan tersebut namun Benny masih belum membuat keputusan muktamadnya.

Latar; 1.Masa i. Petang 2.Tempat i. Rumah ustaz Hassan(ruang

tamu) 3.Masyarakat i. Masyarakat yang bijak

berhujah. ii. Masyarakat yang

berfahaman radikal. iii. Masyarakat yang setia

kawan.

Page 27: Sinopsis bab demi bab novel kabus di perbukitan

Sumbangan GC Khir, SMVS 2011

27

Bab 26 : Hati Wanita Senarai watak baru; 71. Amir Mustov 72. Ariff Carson 73. Ahmad Raffles 74. Musa Surray 75. Yusof Jensen 76. Steven 77. Doris Chia. 78. Hj. Ismail Tabu(imam)

Faridah dan suaminya datang ke Malaysia dengan tujuan melawat Melina yang sarat mengandung, sambil membincangkan soal perkahwinan Anne dan Zain selain datang bercuti. Faridah dan Soleh menginap di sebuah banglo percutian di Cameron Highlands. Angin sejuk di kawasan tanah tinggi tersebut menyebabkan Faridah teringat suasana di rumahnya yang menghadap lereng bukit di Rosewood. Mereka telah seminggu berada di situ dan Soleh telah berkesempatan berkenalan dengan Amir Mustov(Yugoslavia), Ariff Carson(Britain), Ahmad Raffles(Australia), Musa Surray(Scotland), dan Yusof Jensen(Belanda). Soleh mempelawa Yusof Jensen bersamanya menerima kunjungan Datuk Azrul untuk membincangkan hal perkahwinan anaknya. Datuk Azrul tiba di rumah penginapan Soleh bersama isterinya, Zain dan Hj. Zubair dengan menaiki sebuah pacuan empat roda. Melihat perkarangan rumah tempat keluarga Soleh menginap, timbul rasa resah di hati Datin Aishah tentang mahar yang bakal dipinta oleh keluarga Anne yang pastinya daripada keluarga yang berada. Datin Aishah turut bimbang apabila teringat akan Steven anak Doris Chia yang mulanya bekerja di Tokyo terus menetap di sana apabila sudah berkahwin. Dia bimbang anak lelakinya akan mengikuti jejak langkah Steven. Dia mahu Zain berjanji dengannya agar tidak berpindah ke luar negara selepas berumahtangga kelak. Datuk Azrul kurang senang dengan telatah isterinya itu. Menurutnya rezeki Allah terbentang luas di mana-mana sahaja dan dia percaya sejauhmana seseorang itu berkelana, pasti akhirnya dia pulang ke kampung halaman sendiri. Rombongan Datuk Azrul disambut mesra oleh Soleh petanda rombongannya diterima. Faridah dan Datin Aishah berkenalan antara satu sama lain dan dia amat terperanjat apabila mengetahui bahawa Faridah berasal dari Kampung Parit Tiga,Sungai Besar yang juga sekampung dengan Datin Aishah. Faridah bercerita tentang latar belakangnya kepada keluarga Datuk Azrul tanpa mengesyaki bahawa Datuk Azrul itu ialah bekas kekasih arwah kembarnya, Rahayu. Selepas Datuk Azrul menceritakan kisahnya dengan Rahayu, Faridah terkejut dan perasaan sayu mengundang di hatinya mengenangkan arwah adiknya itu. Faridah dan Datuk Azrul benar-benar tidak menyangka bahawa pertemuan mereka telah menyatukan kisah muda mereka semula. Faridah, Datuk Azrul dan Datin Aishah masing-masing melayani perasaan sendiri. Selepas suasana kembali tenang, Datin Aishah membuka bicara untuk membincangkan hal perkahwinan anak-anak mereka yang kelihatan agak keliru dengan suasana sebentar tadi kerana mereka tidak mengetahui kisah sebenarnya.

Latar; 1.Masa i. Pagi 2.Tempat i. Cameron Highlands ii. Banglo The Golf View

Cottage 3.Masyarakat i. Masyarakat perantauan. ii. Masyarakat majmuk yang

tinggal di Malaysia. iii. Masyarakat yang menceburi

bidang pertanian. iv. Masyarakat yang

mementingkan adat dalam kehidupan (majlis merisik)

Page 28: Sinopsis bab demi bab novel kabus di perbukitan

Sumbangan GC Khir, SMVS 2011

28

Bab 27 : Kembali ke Alam Nyata Senarai watak baru; TIADA.

Benny berada dalam ketakutan kerana dia telah terperangkap dalam satu percaturan antara Mohamed Attar dengan pihak polis antarabangsa berkaitan kegiatan pengganas.Benny bertindak meninggalkan Melina dan akan berangkat ke luar negara bagi menyelamatkan dirinya. Ketika dia sampai di Awana berhampiran Genting, Benny menerima masej yang memaklumkan Mohamed Attar telah ditangkap. Sewaktu dia menyusur masuk ke lebuh raya berhampiran Tanjong Malim, Mehmood menghubunginya meminta dia menyerah diri dan memberi kenyataan pada pihak polis. Benny memang tidak menduga sama sekali identiti Mehmood yang sebenarnya seorang perisik polis semasa mereka berkenalan dahulu. Walaupun Mehmood mengakui bahawa Benny tidak terlibat dalam rancangan keganasan, tapi Benny enggan menyerah diri kerana dia bimbang akan dihantar ke Teluk Guantanamo sebagai pengganas. Akhirnya dia membuang telefon bimbitnya yang berjenama kerana takut dikesan oleh pihak berkuasa. Benny tidak menyangka bahawa Mohamed Attar mempunyai rancangan meletupkan bom di sebuah kasino di Pulau Sentosa, Singapura.Sekarang barulah dia memahami sebab Melina selalu meragui persahabatannya dengan rakan-rakannya itu khususnya Mohemed Attar yang menurut penilaian Melina seorang yang terlalu radikal. Benny juga selalu bertentangan pendapat dengan Hj. Awang dan ustaz Hassan yang selalu mengingatkannya bahawa Islam itu mudah lagi memudahkan urusan penganutnya. Kini barulah Benny mengerti sikap Mehmood yang sering menjadi penurut setia kerana dia ingin membongkar rancangan Mohamed Attar yang disyaki sebagai pengganas. Namun begitu Benny tidak pula menyangka tindakan keterlaluan yang akan diambil oleh Mohamed Attar. Benny terkenang perjumpaannya dengan Mohamed Attar beberapa hari yang lalu. Dalam pertemuan itu, Mohamed Attar memberitahunya bahawa dia akan berjihad dan memujuk Benny ikut serta. Benny yang tidak bersedia mengorbankan nyawa orang awam keberatan menuruti ajakan Mohamed Attar. Benny tidak mahu Melina melahirkan anak tanpa ayahnya di sisi. Walaupun Benny terpaksa meninggalkan Melina, dia tidak lupa memberikan sejumlah wang yang besar kepada Ustaz Hassan Syukri untuk membantu Melina sepanjang ketiadaan dia nanti. Benny yang akhirnya tiba di Pantai Miami telah dijemput oleh dua orang yang berpakaian hitam bertopeng untuk ke distinasi rahsia yang telah diaturkan oleh keluarganya. Benny tidak melengah masa lalu menaiki bot laju berkuasa tinggi untuk menyelamatkan diri dengan meluncur ke perairan antarabangsa. Dia sempat membisikkan ucapan selamat tinggal buat isterinya yang tercinta.

Latar 1.Masa i. Lewat malam. 2.Tempat i. Jambatan Pulau Pinang. ii. Awana, Genting. iii. Tanjong Malim, Ipoh. iv. Pantai Miami, Florida USA. 3.Masyarakat i. Masyarakat yang

berfahaman radikal. ii. Masyarakat Islam yang

hidup berpegangkan prinsip berserdahana.

iii. Masyarakat yang bijak mnenyusun strategi perjuangan.(perisik polis)

iv. Masyarakat yang bertanggungjawab terhadap kaum keluarga.

Page 29: Sinopsis bab demi bab novel kabus di perbukitan

Sumbangan GC Khir, SMVS 2011

29

Bab 28 : Cerita Penghujung Usia Senarai watak baru; TIADA

Dalam bab ini banyak peristiwa yang dikenang semula oleh watak Faridah dan Datuk Azrul. Faridah mengimbas kembali peristiwa 27 tahun yang lalu semasa dia masih muda belia. Kisah dia dan Ayu yang berpisah kasih ibu bapa akibat penceraian menyebabkan Faridah bertekad akan menjaga rumahtangganya agar anak-anaknya tidak menerima nasib yang sama. Sedih Faridah teringat akan kisah silamnya itu. Sementara itu, Datuk Azrul menceritakan semula kisah Faridah yang hilang di Bukit Kutu. Akui Datuk Azrul, dia juga pernah beberapa kali berjumpa dengan Haji Kamaruddin (ayah Faridah) untuk mencari punca insiden kehilangan Faridah itu. Hj. Kamarudin kini uzur keadaannya dan dijaga oleh anak lelakinya di Kuala Lumpur. Hamidah iaitu isterinya (ibu tiri Faridah) telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu. Faridah hanya mendengar sahaja penjelasan Datuk Azrul tentang ayahnya itu kerana dia sudah terasa terasing untuk pergi melawat ayahnya itu. Pelbagai andaian diperkatakan orang tentang sebab kehilangan Faridah, namun Datuk Azrul yakin bahawa peristiwa tersebut merupakan satu kelebihan akal manusia yang merentasi batas ruang dan masa. Faridah yang mengakui pendapat Datuk Azrul kerana dia ada menanyakan hal itu kepada beberapa orang ulama di New Zealand yang mengesahkan bahawa perkara itu boleh terjadi jika kita mendalami bidang tasawuf. Faridah turut memaklumkan bahawa Soleh telah membeli banglo ini bagi memudahkan mereka berulang-alik untuk melawat anak mereka di Malaysia lagi pun dia masih memegang kerakyatan Malaysia. Faridah menyuarakan hasrat hatinya untuk menulis pengalamannya semasa koma dan ideanya itu disokong oleh Datuk Azrul. Datuk Azrul mencelah bahawa jika dia masih muda dan bertenaga,masih banyak perkara yang mahu dilaksanakan olehnya. Faridah sama sekali menyetujui pandangan Datuk Azrul itu dan dia sama sekali ingin melawat kubur ibu,adik, dan bekas suaminya untuk mengubat rindu selama 25 tahun yang lalu.

Latar 1.Masa i. Malam 2.Tempat i. Cameron Highlands ii. Banglo The Golf View

Cottage 3.Masyarakat i. Masyarakat yang rasional

dalam membuat keputusan. ii. Masyarakat yang

bertanggungjawab terhadap orang tua.

Page 30: Sinopsis bab demi bab novel kabus di perbukitan

Sumbangan GC Khir, SMVS 2011

30

Bab 29 : Pasrah Senarai watak baru; 79. Inspektor Radzi

Sudah empat hari Benny meninggalkan Melina yang sarat mengandung tanpa sebarang bertia. Melina yang kebingungan memikirkan kehilangan suaminya itu. Melina senang hati melihat Benny telah berubah sikap daripada seorang yang suka berfoya-foya menjadi seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga sepelas mereka berkahwin. Perubahan itulah yang menyebabkan suaminya berkawan rapat dengan Ustaz Hassan, Mohamed Attar, Mehmood dan Noor Mohamad. Sekarang Melina tidak tahu Benny hilang ke mana. Pihak syarikat telah menghubunginya beberapa kali menanyakan hal Benny. Melina akhirnya membuat laporan polis tentang kehilangan suaminya. Inspektor Radzi membantu Melina menyediakan laporan polis di Balai Polis Marang. Di balai polis itu Melina diberitahu bahawa rakan-rakan suaminya iaitu Mohamed Attar dan Noor Mohamad telah diberkas oleh pihak Interpol kerana disyaki terlibat dalam aktiviti yang mengancam keselamatan negara. Inspektor Radzi mengesyaki bahawa kehilangan Benny ada kaitan dengan penahanan tersebut. Melina keliru dengan maklumat yang baru diketahui olehnya itu. Kini fahamlah Melina atas kehilangan suaminya. Dia amat yakin bahawa Benny tidak meninggalkannya kerana membencinya tetapi atas alasan persahabatan rakan-rakannya. Melina juga amat memahami bahawa orang Arab amat setia kepada rakan mereka dan sanggup mati berjuang dengan sahabat mereka jika itu yang diperlukan. Melina amat bersyukur kerana menurut semakan Inspektor Radzi, nama suaminya tiada dalam senarai individu yang dikehendaki dan tiada juga tangkapan dilakukan ke atas Benny setakat ini. Melina pulang ke rumahnya untuk bersiap-siap pulang ke New Zealand. Jirannya Hj. Awang berjanji bahawa dia akan membantu Melina mana-mana yang perlu sementelahan pula Inspektor Radzi itu ialah anak buahnya juga. Melina terharu dengan bantuan ikhlas yang diberikan oleh Hj. Awang. Semasa bersiap-siap, telefon Melina berbunyi lalu memaparkan nombor yang tidak dikenalinya. Hati Melina berdebar-debar.

Latar 1.Masa i. Petang ii. Siang 2.Tempat i. Rumah Melina ii. Balai Polis Marang 3.Masyarakat i. Masyarakat yang

bertanggungjawab terhadap keluarga.

ii. Masyarakat yang mahu menerima perubahan demi memajukan diri.

iii. Masyarakat polis yang cekap menjalankan tugas.

iv. Masyarakat yang ikhlas menghulurkan bantuan.

Page 31: Sinopsis bab demi bab novel kabus di perbukitan

Sumbangan GC Khir, SMVS 2011

31

Bab 30 : Pengakuan Senarai watak baru; TIADA

Melina akhirnya membuat keputusan untuk bersama ibu bapanya yang kebetulan berada di Cameron Highland. Suaminya Benny sudah 2 minggu menghilangkan diri. Bapa saudara suaminya iaitu Tuan Jaafar ada mempelawanya tinggal di Dubai sementara mereka mengesan lokasi Benny namun ditolak dengan sopan pelawaan berkenaan. Keluarga suaminya juga telah memasukkan sejumlah wang ke dalam akaunnya untuk kegunaan dirinya. Dalam keadaan sarat mengandung, Melina memandu kereta yang disediakan oleh Tuan Jaafar melalui Khalid untuk pergi berjumpa dengan ibu bapanya. Semasa dalam perjalanan, dia memikirkan nasib anak yang bakal dilahirkan itu kerana hatinya sedih mengenangkan Benny tiada di sisinya. Namun Melina berasa sedikit ceria apabila teringatkan ayah dan ibunya yang bakal bergelar datuk. Dia juga gembira apabila teringatkan bahawa ibunya akan mengadakan kenduri dengan nyanyian marhaban bagi menyambut kelahiran cucu sulung itu nanti. Beberapa hari sebelumnya, Inspektor Radzi mengunjunginya dan memaklumkan bahawa dirinya kini diletakkan di bawah pengawasan penuh pihak polis bukan kerana dia sebagai seorang suspek tetapi demi menjaga keselamatan dirinya. Selepas melepasi bandar Kuantan, Melina sempat singgah di sebuah kedai untuk membeli koleksi cakera padat koleksi terbaik Lobo untuk menghilangkan sunyi di hatinya semasa dalam perjalanan itu. Melina meneruskan pemanduannya, fikirannya melayang memikirkan sebab-sebab Benny yang dikenalinya sebagai suami yang baik dan bertanggungjawab itu terjebak dalam aktiviti keganasan seperti yang didakwa oleh Inspektor Radzi. Melina teringatkan peristiwa Benny mengelak daripada melanggar seekor kucing hutan ketika melalui jalan Kuala Terengganu-Jabur, mana mungkin Benny yang tidak sanggup melanggar seekor kucing terlibat dalam aktiviti keganasan. Melina singgah di masjid tidak dari Pekan Batang Kail untuk menunaikan solat zuhor. Seorang jemaah yang menyapanya memandu keseorangan menambah pilu di hati. Dia tahu bahawa budaya orang Melayu memang begitu iaitu ambil berat dan tidak seperti budayanya di New Zealand. Tiga jam kemudian Melina tiba di Cameron Highland dan menghubungi ibunya. Faridah meminta anaknya itu terus memandu ke Maybank di Tanah Rata dan dia akan menjemput Melina di sana kelak.

Latar 1.Masa i. Siang ii. Tengah hari iii. Petang 2.Tempat i. Marang. ii. Kuantan iii. Pekan Batang Kail iv. Cameron Highland v. Tanah Rata 3.Masyarakat i. Masyarakat yang

bertanggungjawab ke atas kebajikan keluarga.

ii. Masyarakat yang mengambil tahu hal sekelilingnya.

iii. Masyarakat muslim yang patuh kepada perintah agama.

iv. Masyarakat yang tabah menghadapi cabaran hidup.

Page 32: Sinopsis bab demi bab novel kabus di perbukitan

Sumbangan GC Khir, SMVS 2011

32

Bab 31 : Atas Nama Cinta Senarai watak baru; 80. Pak Talib 81. Sujak 82. Hj. Ghafur & anak lelakinya. (tidak dinyatakan namanya)

Majlis perkahwinan Anne-Zain memang cukup meriah. Hotel dan rumah tumpangan sekitarTeluk Intan, Sabak Bernam, Sungai Besar, Sungai Haji Dorani hingga ke Sungai Nibung semuanya penuh ditempah oleh kenalan Datuk Azrul sama ada dalam perniagaan atau dalam pertubuhan peladang. Malahan perkahwinan yang mendapat jolokan "Perkahwinan Dua Negara" itu turut mendapat liputan khas oleh stesen televisyen terkenal tanahair. Peristiwa tersebut menjadi sejarah paling masin buat keluarga Datuk Azrul. Insan yang paling gembira pula mestilah Faridah. Hal ini demikian kerana selepas ranjau duri kehidupan yang dihadapinya, dia berpeluang semula kembali ke tanah tumpah darahnya. Faridah berkesempatan bertemu dengan satu-satunya orang tua yang hidup seangkatan dengannya iaitu Pak Talib. Pak Taib dan anaknya Sujak, gembira dapat bertemu dengan Faridah. Faridah turut melawat tanah sawahnya yang dipajakkan kepada Hj.Ghafur sejak 25 tahun yang lalu. Faridah memberitahu Anne bahawa dengan hasil tanah sawah itulah dia menyara hidup semasa belajar di New Zealand sebelum berkahwin dengan Soleh. Faridah singgah di rumahnya yang kini halamannya dipenuhi dengan daun mempelam kering. Faridah meminta anak menantunya iaitu Zain meminta kunci mangga rumah itu daripada anak Hj.Ghafur. Dia berhasrat untuk menunaikan solat sujud syukur dan solat taubat di dalam rumahnya itu. Senang hati Faridah melihat telatah Zain yang keanak-anakkan itu. Memang diakuinya perwatakan Zain dan Benny amat berbeza kerana faktor umur dan pengalaman mereka berdua juga berbeza. Dalam diam Faridah teringat akan Melina dan Soleh yang kini berada di Dubai. Anne yang dapat merasakan perasaan ibunya itu cuba menenangkaan ibunya. Anne turut memuji ketabahan kembarnya yang dalam pandangannya sudah kelihatan sangat matang meniti arus kehidupan. Anne bertanyakan kepada ibunya sebab dia meninggalkan tanahair dahulu. Faridah menjawab bahawa dia ingin mencari kedamaian hati dan cinta sejati dan dia bersedia mengorbankan segalanya demi memperolehinya. Faridah menambah lagi bahawa dalam kehidupan seorang wanita perkara yang penting ialah kedamaian hati dan cinta walaupun derita pahit sengsara akan dilaluinya akan terubat dengan kedamaian hati serta cinta. Anne amat mengkagumi keteguhan hati ibunya itu.

Latar 1.Masa i. Awal pagi ii. Siang 2.Tempat i. Majlis kenduri Zain ii. Sungai Besar iii. KLIA iv. Dubai 3.Masyarakat i. Masyarakat yang

bekerjasama dalam melaksanakan pekerjaan.

ii. Masyarakat yang tabah berhadapan dengan liku-liku kehidupan.

iii. Masyarakat yang jujur memegang amanah.

iv. Masyarakat yang mempunyai jati diri yang kukuh.

Page 33: Sinopsis bab demi bab novel kabus di perbukitan

Sumbangan GC Khir, SMVS 2011

33

Bab 32 : Bahagia Bersulam Air Mata Senarai watak baru; TIADA

Soleh dan Melina sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai pada pukul 12.00 tengah hari waktu tempatan. Dari sana mereka menaiki limousin menuju Emirate Tower Hotel di Jalan Syeikh Zayed. Mereka berdua kagum melihat pembangunan di Dubai. Mereka berdua akhirnya sampai ke tingkat paling atas hotel berkenaan yang menempatkan suite paling mewah. Kehadiran mereka disambut mesra oleh Benny lantas dia mendapatkan isterinya itu. Benny menceritakan perkara yang berlaku dan sebab dia terpaksa meninggalkan Malaysia. Walaupun Benny terpaksa ke Britain kemudian terbang ke Perancis dengan bantuan rakan-rakannya dari merata tempat, Benny akhirnya selamat tiba di Dubai lebih kurang 2 minggu yang lalu. Benny menjelaskan bahawa dia hanya bebas bergerak di Dubai sahaja kerana dia telah mendapat jaminan pemerintah dan dianggap sebagai ahli keluarga pemerintah. Namun kesitimewaan itu tidak terpakai di luar negara. Soleh yang kepenatan meminta diri untuk berehat di biliknya dan memberikan ruang kepada Benny dan Melina untuk berbincang suami isteri. Sebagai orang tua, dia akan menerima sahaja sebarang keputusan yang akan diambil oleh mereka suami isteri. Soleh memahami, Melina sekarang berada di bawah tanggungjawab Benny, sebagai ayah dia telah melepaskan tanggungannya itu. Benny dan Melina terkenang akan rumah mereka di Marang Terengganu, jiran sebaik Hj. Awang dan Ustaz Hassan Syukri. Benny mencadangkan mereka tinggal di banglo di Jalan Jumeirah kerana kejiranan di sana terdiri dari pelbagai bangsa yang mungkin mudah bagi Melina membiasakan dirinya nanti. Melina bersetuju dengan cadangan suaminya asalkan dia tetap berada di samping suami tersayang Melina rela tinggal di mana sahaja. Benny juga terpaksa melupakan hobinya yang suka belayar kerana kini dia tidak bebas bergerak ke seluruh dunia gara-gara namanya telah tercemar. Dia menyatakan bahawa dalam situasi perang keganasan telah dilancarkan oleh Amerika yang disokong oleh Yahudi, kamu Yahudi yang berjumlah sekitar 6 juta orang telah menguasai dunia di Barat dan di Timur Tengah melalui sistem kewangannya dan media massa. Benny memberikan cadangan agar anaknya itu dilahirkan di Dubai. Melina secara berseloroh menanyakan sama ada di sini mempunyai hospital dan doktor yang terbaik atau sebaliknya. Mereka ketawa bersama-sama. Melina akhirnya menemui kebahagiannya di bumi Dubai. Soleh pulang ke Malaysia dengan hati yang tenang dua hari kemudiannya. Walaupun dia terpaksa berpisah dengan Melina, Soleh redha kerana Melina berada dalam lingkungan masyarakat Islam yang pastinya akan membentuk peribadi seorang isteri idaman suami.

Latar 1.Masa i. Tengah hari 2.Tempat i. Dubai ii. Hotel Emirate Tower 3.Masyarakat i. Masyarakat yang tabah

menghadapi cabaran hidup. ii. Masyarakat yang kaya-raya. iii. Masyarakat yang

mementingkan keutuhan institusi kekeluargaan.

Page 34: Sinopsis bab demi bab novel kabus di perbukitan

Sumbangan GC Khir, SMVS 2011

34

Bab 33 : Janji pada Tanah Ini Senarai watak baru; 83. Melinda 84. Rahayu 85. Said al-Anbia

Soleh yang memahami perasaan isterinya memgambil keputusan untuk berpindah ke Malaysia. Mereka kini memiliki rumah di Cameron Highland dan Tanah Tinggi Lojing. Faridah kini memiliki tiga orang cucu iaitu Melinda dan Rahayu(anak Anne-Zain) serta Said al-Anbia (anak Melina-Benny). Soleh telah menyerahkan perniagaan keluarga Johnsons untuk diuruskan oleh Zain di New Zealand. Walaupun cucu-cucu Faridah berada jauh dengannya, namun kepesatan teknologi maklumat dapat menghubungkan mereka sekeluarga dengan pantas. Sementara itu, Datuk Azrul dan Soleh telah bekerjasama membuka perusahaan argopelancongan di Tanah Tinggi Lojing apabila syarikat perladangan Datuk Azrul berjaya mendapat pajakan tanah seluas 500 ekar di sana. Pembangunan di kawasan tersebut dirancang rapi oleh Soleh yang sangat mementingkan aspek penjagaan alam sekitar sehingga ada jalan yang dilencongkan kerana tidak mahu memusnahkan pokok-pokok yang bernilai tinggi di kawasan terbabit. Mereka turut mendirikan kotej-kotej penginapan yang pendapatan sewaannya mampu menjana pulangan kewangan yang lumayan. Hubungan kekeluargaan antara Datuk Azrul dengan Faridah makin erat. Malah Datin Aishah dan Faridah sering bertukar juwadah dan sesekali mereka memasak bersama-sama hidangan kegemaran mereka. Selepas dua berlalu, maka siaplah pembinaan kotej dan bermulalah operasinya. Kotej yang dibina mengikut gabungan citarasa British-Perancis-Normandy memang menakjubkan. Faridah telah memilih sebuah kotej untuk dijadikan tempat penginapannya di situ. Kejayaan Soleh dan Datuk Azrul membangunkan kawasan Tanah Tinggi Lojing telah mendapat liputan dari sebuah majalah pelancongan Eropah. Bagi merancakkan usaha promosi kawasan pelancongan tersebut, Benny bersetuju membuka sebuah pejabat promosi di Dubai bagi memudahkan warga Arab membuat tempahan penginapan di kotej tersebut. Sebelum itu, Faridah ada mengemukakan cadangan untuk memajukan kawasan Bukit Kutu namun niat itu terpaksa dilupakan kerana status tanah tersebut diwartakan oleh Parlimen sebagai Hutan Rizab Hidupan Liar. Pada pengakhiran cerita, Faridah yang berpeluang menyedut udara nyaman di tanah perbukitan, mengucapkan syukur ke hadrat Allah kerana dia telah kembali ke tanahair untuk membina jati diri dan menelusuri susur galur keturunannya di tanah bertuah ini. Faridah bertekad akan mewarisi amanat ini kepada anak cucunya dengan sebaik yang mungkin. Sekian

Latar 1.Masa i. Pagi ii. Beberapa tahun selepas

kelahiran cucu-cucu Faridah 2.Tempat i. Tanah Tinggi Lojing. ii. Cameron Highland iii. New Zealand 3.Masyarakat i. Masyarakat perusahaan

yang berjaya dalam bidang perniagaan.

ii. Masyarakat majmuk yang mengamalkan perkahwinan campur.

iii. Masyarakat yang mementingkan penjagaan alam sekitar dalam proses pembangunan.

iv. Masyarakat yang bekerjasama dalam perniagaan.

v. Masyarakat yang menerima asimilasi budaya antara benua.

vi. Masyarakat yang celik teknologi maklumat.

--- Semoga nota ini dapat memberikan manfaat kepada semua pembaca yang budiman ---