hujan hitam sinopsis

24
2015 FARAH ‘IZZATI BINTI AHME OTHMAN KOLEJ MARA BANTING HUJAN HITAM MASUJI IBUSE SINOPSIS BAB DEMI BAB

Upload: farah-izzati-fee

Post on 13-Apr-2016

197 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

This is fully made by me from the international baccalaureate malay course. So , mind the languange and grammar errors.

TRANSCRIPT

Page 1: Hujan Hitam Sinopsis

2015

FARAH ‘IZZATI BINTI AHMED OTHMANKOLEJ MARA BANTING

HUJAN HITAM MASUJI IBUSESINOPSIS BAB DEMI BAB

Page 2: Hujan Hitam Sinopsis

MASUJI IBUSE HUJAN HITAM FARAH ‘IZZATI BINTI AHMED OTHMAN

BAB 1

Watak utama novel ini, Shigematsu Shizuma berasa bimbang apabila khabar angin mengenai anak buahnya, Yasuko yang menghidapi penyakit radiasi akibat bekerja di dapur Kor Perkhidmatan Sekolah Menengah Kedua disebarkan oleh penduduk kampong. Oleh sebab itu, Yasuko menghadapi kesukaran untuk berkahwin kerana bakal-bakal suami yang dating merisiknya menarik diri setelah mengetahui khabar anginnya. Yasuko sebenarnya bekerja di Syarikat Tekstil Jepun di Bandar Furuichi yang terletak di luar bandar Hiroshima. Sebaliknya, Shigematsu, isterinya Shigeko dan anak-anak muda yang berkhidmat dengan Kor Sukarela Patriotik serta anggota Kor Perkhidmatan sahaja yang dating dari Kobatake yang terletak di dalam Hiroshima ketika bom atom digugurkan.

Sekumpulan anggota bomba dihantar ke Hiroshima dari Kobatake untuk bantu menyelamatkan golongan muda yang bertugas dengan kor sukarela dan patriotik serta anggota kor perkhidmatan. Anggota sukarelawan yang sudah pulang dari Hiroshima menceritakan pengalaman mereka kepada Shigematsu yang sudah mula menunjukkan symptom-simptom penyakit radiasi. Walaubagaimanapun, Yasuko langsung tidak menunjukkan tanda-tanda penyakit tersebut.

Yasuko akhirnya dipinang oleh seseorang melalui perantaraan. Perantara tersebut ingin tahu tentang perkembangan Yasuko sejak bom atom dijatuhkan sehingga dia berada di Kobatake melalui sepucuk surat yang dihantarkan kepada Shigematsu. Shigematsu membuat keputusan untuk menyalin diari Yasuko untuk memberitahu perantara tersebut perkara sebenar yang terjadi terhadap Yasuko. Sebahagian daripada isi diari Yasuko yang terdapat dalam bab ini adalah mengenai perjalanan Yasuko ke daerah Sendamachi yang berdekatan dengan Hiroshima.

BAB 2

Shigematsu telah mempunyai hobi baru selepas kejadian kejatuhan bom iaitu menternak ikan kaloi. Shigematsu dan dua orang raknnya, Shokichi dan Asajiro telah melabur dalam aktiviti menternak ikan kaloi sebelum melepaskan ikan tersebut ke dalam tasik di Agiyama. Aktiviti menternak ikan merupakan hobi yang sesuai diamalkan oleh pesakit-pesakit penyakit radiasi seperti Shigematsu. Walaubagaimanapun, aktiviti tersebut bukanlah perkara biasa yang dilakukan oleh masyarakat Jepun. Akibatnya, mereka disindir oleh masyarakat sekitar.

Shigeko menyaran suaminya untuk meninggalkan peristiwa hujan hitam yang dicatat dalam diari Yasuko namun Shigematsu tetap mahu meyalin perkara tersebut supaya perantara tersebut dapat menilai sendiri peristiwa hujan hitam. Dalam diari itu menceritakan Shigematsu yang menyaksikan cahaya bulat yang terletak kira-kira tiga meter dari kereta api yang dinaikinya sehingga mengganggu penglihatannya semasa dia dalam perjalan untuk ke tempat kerja. Keadaan yang terlalu terang tiba-tiba menjadi gelap dan tangisan serta jeritan kesakitan dapat didengar di merata tempat. Shigematsu kemudian melihat persekitarannya yang telah musnah lalu menganggap bahawa pesawat B-29 yang menggugurkan bom beracun sperti pengumuman ancaman serangan udara di corong-corong radio.

BAB 3

Page 3: Hujan Hitam Sinopsis

MASUJI IBUSE HUJAN HITAM FARAH ‘IZZATI BINTI AHMED OTHMAN

Shigematsu mahu menyalin jurnal pengeboman menggunakan dakwat biasa tetapi Shigeko menasihatinya untuk menggunakan pen dakwat berus agak tulisannya bertahan lebih lama. Shigematsu bersetuju dengan cadangan isterinya setelah melihat surat moyangnya yang telah pudar tulisannya akibat menggunakan dakwat pen biasa.

Shigematsu menigngati semula waktu peperangan. Banyak bangunan telah runtuh di bahagian timur stesen Yokoyama. Orang ramai kelihatan cedera parah dan sengsara dan kesakitan. Semasa Shigematsu berjalan melalui kawasan itu sebelum dia terserempak dengan seorang wanita pemilik iklang Takahashi.

Shigematsu sedar bahawa cermin mata dan topinya telah hilang dan wanita itu pula kehilangan beg tangannya yang mengandungi jumlah wang perniagaannya yang banyaj. Oleh sebab itu, Shigematsu dan wanita tersebut kembali ke stesen Yokogama untuk mencari barang yang hilang untuk menemuinya. Setelah jumpa tas tangan wanita itu, Shigematsu dan wanita tersebut meneruskan perjalanan ke Taman Mitaki. Semasa dalam perjalann, Shigematsu bertemu dengan seorang kanak-kanak lelaki bernama Kyuchi. Budak itu hamper tidak dikenali oleh abangnya kerana wajahnya yang bengkak dengan teruk sekali.

Shigematsu dan Puan Takahashi menghadapi dilemma dalam memilih destinasi mereka. Kemudiannya, Shigematsu berpisah dengan wanita itu.Shigematsu kembali ke stesen Yokogawa dan meneruskan perjalanannya melalui jambatan kerata api Sanyo. Shigematsu bertemu dengan seorang kanak-kanak lelaki lalu mengajaknya berjalan bersamanya. Selepas beberapa ketika berjalan, Shigematsu menyerahkan budak lelaki itu kepada seorang wanita yang dia temui ketika dalam perjalanan.

Shigematsu terpaksan menyeberangi sebuah jambatan yang tinggi setelah tiba di Yokogawa. Dia menyaksikan ramai orang yang Berjaya menyeberangi jambatan itu dan menuju ke sebuah bukit yang mempunyai kebakaran hutan. Shigematsu memberi amaran kepada orang ramai mengenai kebakaran tersebut namun tidak diendahkan oleh orang lain. Shigematsu kemudian akhirnya berjaya keluar dari West Parade Ground dan berhasrat untuk ke stesen Hirsohima.

BAB 4

Shigematsu terlalu asyik menyalin jurnalnya sehingga mengabaikan waktu makan malam. Shigematsu hanya boleh berhenti menulis sementara apabila isterinya memanggilnya untuk makan dari dapur. Pada waktu itu, Shigeko dan Yasuko sudah pun selesai makan malam. Pasangan suami isteri tersebut berbual mengenai sahabt Shigematsu, Kotaro yang mempunyai sebuah baling besar yang boleh digunakan untuk menyimpan makanan di dalamnya. Shigematsu masih ingat Kotaro keluar mencari makanan lebih untuk diagihkan kepada jiran tetangganya seolah-olah tugas ini menjadi tanggungjawabnya.

Shigematsu meminta Shigeko menulis catatan makanan mereka sekeluarga semasa waktu perang untuk disertakan ke dalam Jurnal Pengeboman. Shigeko memberi idea untuk makan makanan yang sama pada hari bom digugurkan pada waktu sarapan sebagai tanda peringatan peristiwa tersebut. Shigeko menulis tentang catuan makanan yang dilaksanakan dan nilai mata

Page 4: Hujan Hitam Sinopsis

MASUJI IBUSE HUJAN HITAM FARAH ‘IZZATI BINTI AHMED OTHMAN

wang yang jatuh dan orang tengah serta peruncit pula yang melibatkan diri dalam pasaran gelap untuk mengelakkan kawalan terhadap barangan.

Apabila amaran serangan udara diumumkan, catuan makanan menjadi lebih teruk menyebabkan Shigeko terpaksa mengutip tumbuhan di kawasan rumah yang diruntuhkan serta mencari kepah dan squilla di bawah Jambatan Miyaki. Setiap isi rumah kawasan tempat tinggal mereka menggantikan makanan dengan tumbuhan-tumbuhan liar pada tahun-tahun akhir peperangan. Kanak-kanak diberi makan ulat yang ditemui di dalam daun atau buah pokok renek yang dibakar dengan soya apabila mereka kekurangan zat. Selain itu, arang amat sukar untuk didapati sehingga mereka perlu memanaskan batu atau jubin di dalam api dapur ketika memasak sebagai pemanas badan sewaktu musim sejuk.

BAB 5

Shigematsu terlihat seorang perempuan yang datang menziarahi Kotaro ketika dia menggunjungi rumah Kotaro. Perempuan yang datang ke rumah Kotaro merupakan orang yang datang untuk merisi Yasuko. Pada waktu malam, Shigematsu meneruskan aktiviti menyalin jurnalnya.

Shigematsu menceritakan perjalanannya menempuhi lautan manusia di East Parade Ground. Apabila Shigematsu tiba di stesen Hiroshima, dia dapati bahawa stesen tersebut terbakar. Dia lalu meneruskan perjalanannya ke Bukit Hiji dan berjumpa dengan jirannya, Miyaji yang cedera parah di belakang badannya. Shigematsu dan Miyaji meneruskan perjalanan mereka dari Depot Cawangan Pakaian ke Pejabat Monopoli Serantau. Apabila tiba di tempat tersebut, Miyaji meneruskan perjalanannya menyeberangi Jambatan Miyuki seorang diri. Shigematsu kemudiannya meneruskan perjalanannya ke padang sukan university untuk berjumpa dengan Shigeko. Shigematsu dapati bahawa Miyaki dipercayai telah mati sehari kemudian. Setelah bertemu isterinya, Shigematsu menyuruh Shigeko untuk menunggunya sementara dia pulang ke rumah mereka untuk melihat keadaan rumah tersebut.

BAB 6

Shokichi, Asajiro dan Shigematsu pergi ke Tokikanemaru untuk belajar cara menetaskan telur ikan kaloi melalui latihan. Shigematsu bersetuju dengan cadangan untuk membuat kolam ikan kaloi setelah ditanya oleh Shokichi dan Asajiro kerana dia masih boleh meneruskan aktiviti penyalinan jurnalnya semasa latihan tersebut dijalankan. Keluarga Shigematsu kini mengamalkan adat meletakkan sekeping papan di atas kolam dan periuk belanga. Perkakas dapur yang digunakan setiap hari juga diletakkan di atasnya. Peralatan-peralatan tersebut akan dijatuhkan di dalam kolam dengan mudah andainya berlaku serangan udara. Shigeko kemudian mendapat idea untuk melakukan perkara yang sama menggunakan payung dan kelambu.

Semasa Shigematsu meninjau keadaan sekeliling rumah-rumah jirannya, dia terserempak dengan Hashizume yang sedang mencari mak ciknya, Puan Nitta. Shigematsu membantu Hashizume mencari Puan Nitta. Mereka diberitahu oleh Puan Okichi bahawa Puan Nitta kini

Page 5: Hujan Hitam Sinopsis

MASUJI IBUSE HUJAN HITAM FARAH ‘IZZATI BINTI AHMED OTHMAN

selamat berada di hospital. Shigematsu dan Shigeko seterusnya menghubungi Japan Transport di Ujina untuk mencari Yasuko yang mungkin sudah berada di Ujina. Mereka bertiga akhirnya bersatu semula di rumah dan akan mengikut Nojima untuk berlindung di Ujina buat sementara waktu. Walau bagaimanapun, bot yang mereka sepatutnya gunakan sudah hilang. Shigematsu, Shigeko dan Yasuko kemudian berpisah dengan Nojima dan meneruskan perjalanan melalui jalan darat. Mereka menyaksikan ramai orang yang tercedera di merata tempat sepanjang perjalanan mereka. Mayat-mayat pula kelihatan telah mati dalam pelbagai keadaan.

BAB 7

Pada bulan ini, seluruh penduduk kampung sedang sibuk meraikan pelbagai perayaan dalam bulan perayaan ini. Shigematsu meneruskan penulisan jurnalnya dan menceritakan peristiwa ketika mereka bertiga sampai di Kamiya-cho. Tempat tersebut penuh dengan wayar yang berselirat di sana-sini dan mereka bimbang jika terkena kejutan elektrik daripada wayar yang masih hidup. Shigematsu memberitahu Shigeko dan Yasuko agar jangan menyentuh wayar-wayar tersebut dan membalut siku mereka agar dapat menahan badan mereka di atas tanah. Sepanjang perjalanan keluarga ini, mereka menyaksikan pelbagai keadaan mangsa-mangsa letupan bom ini mati. Terdapat seorang pengawal yang mati di tepi tebing Keramat Gokoku. Pada waktu itu, mereka ditegur oleh Sarjan Polis Susumu Sato dan berbual. Mereka kemudiannya meneruskan perjalanan mereka sehingga tertidur tanpa mereka sedari. Selepas terjaga dari tidur, Shigematsu, Shigeko dan Yasuko berjalan menuju ke Stesen Yamamoto. Keadaan di stesen tersebut amat sesak dengan para penumpang. Akibat kesesakan itu, Shigematsu menyiku bungkusan yang berada dihadapannya. Namun pada hakikatnya, bungkusan tersebut merupakan mayat anak kepada wanita dihadapannya. Perempuan tersebut berhasrat untuk mengebumikan anaknya di Imori.

BAB 8

Kereta api yang dinaiki oleh Shigematsu, Shigeko, Yasuko dan para penumpang yang lain berhenti secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran. Terdapat penumpang yang merungut dan ada juga yang melompat keluar dari kereta api melalui tingkap kerana tida sabar. Beberapa waktu kemudian, seorang konduktor memaklumkan para penumpang bahawa kelewatan perjalanan mereka tidak dapat dielakkan. Oleh sebab itu, lebih ramai penumpang yang meninggalakan kereta api tersebut. Pada masa yang sama, seorang lelaki yang matanya cengkung menyapa Shigematsu dan bercerita tentang pengalamannya ketika serangan bom berlaku. Letupan bom membawa kesan di mana sesetengah mangsa yang terlibat mengalami cirit-birit. Seorang lelaki berbaju linen pula memberitahu Shigematsu tentang seorang tentera yang menanggalkan butnya dan tidur terlentang dan tidur terlentang sehingga memenuhi tempat duduk manakala seorang lagi penumpang memasukkan separuh nasi kepal ke dalam but itu. Apabila Shigematsu, Shigeko dan Yasuko tiba di Furuichi, mereka disamput oleh pengurus dan formen. Shigematsu membersihkan dirinya dan menukar kepada pakaian yang bersih. Shigematsu kemudian masuk ke pejabat dan melaporkan kerosakan di Hiroshima kepada pengurus lalu pergi memantau keadaan dan kerosakan yang berlaku di kawasan kilang.

Page 6: Hujan Hitam Sinopsis

MASUJI IBUSE HUJAN HITAM FARAH ‘IZZATI BINTI AHMED OTHMAN

BAB 9

Di kampung Kobatake, para penduduk menyambut pesta Sumiyoshidi Pelabuhan Onomichi pada 30 Jun setiap tahun. Pesta ini disambut dengan memasang tanglung dan dihanyutkan di sungai bertujuan untuk menarik perhatian tuhan Sumiyoshi. Shigematsu telah menerima sepucuk surat yang dikirimkan oleh Gentaro Aono dari kampung Yamano pada hari itu.Gentaro Aono merupakan seorang pemuda yang ingin meminang Yasuko. Surat ini membuktikan bahawa pemuda ini kali pertama berhubung secara langsung dengan Yasuko tanpa menggunakan orang perantara. Shigematsu kemudian kembali ke mejanya untuk menulis jurnalnya dengan segera. Pada pagi 7 Ogos, Shigematsu terjaga daripada tidur selepas terdengar bunyi riuh rendah di luar biliknya di kilang tempat kerjanya. Terdaoat ramai pelarian dan mangsa yang cedera tumpeng berteduh di kilang itu. Mangsa-mangsa yang cedera ringan dihantar pulang ke kampung masing-masing. Shigematsu sedang mengalami kesukaran untuk bergerak kerana kakinya sakit akibat keletihan. Namun, Shigematsu berjaya berjalan perlahan-lajan keluar dari biliknya untuk melihat keadaan yang berlaku di kilang itu. Shigematsu melihat ramai pelarian dan mangsa yang cedera ringan dibawa naik ke trak untuk dibawa pulang ke kampung masing-masing.

Tempat pembakaran mayat menjadi terlalu sesak akibat bilangan orang yang mati yang terlalu ramai. Disebabkan mereka tiada masa untuk menunggu giliran, mayat-mayat tersebut dibakar di mana-mana tempat yang jauh daripada kawasan kediaman manusia. Mereka juga kekurang paderi dan agamawan untuk menguruskan mayat mengikut agama masing-masing akibat bilangan kematian yang tinggi. Oleh sebab itu, pengurus kilang mengarahkan Shigematsu untuk belajar cara membaca sutra. Shigematsu pada aslanya keberatan untuk melaksanakan tugas itu tetapi akhirnya akur dengan arahan majikannya dan belajar di Kolej Buddha. Setelah menghafal semua sutra iaitu ‘Perlindungan Tiga Kali Ganda’, ‘Dedikasi’, ‘Gita Puja Buddha’ dan ‘Sutra Amida’, Shigematsu kini bertanggungjawab untuk membaca sutra-sutra tersebut semasa upacara pembakaran mayat.

BAB 10

Dalam catatan jurnal Shigematsu pada 8 Ogos, Shigematsu melihat pengawas dapur, Puan Arkiki dan pembantu dapur sedang berhadap dengan pengurus kilang. Puan Ariki menceritakan tentang pengebumian dan Shigematsu disuruh untuk membaca sutra bagi mangsa bernama Taka Mitsuda yang mati akibat terperangkap dalam serangan udara yang dijaga oleh Puan Ariki. Shigematsu mencatit perkara yang diceritakan oleh Puan Ariki dalam buku notanya. Puan Ariki dan ketua tukang masak turut memberikan informasi kepada Shigematsu. Encik Fujita yang merupakan pengurus bertanya mengenai pusat latihan torpedo manusia kepada Puan Ariki. Walau baaimanapun, Puan Ariki tidak tahu tentang perkara itu tetapi Puan Mitsuda memberitahunya bahawa tempat itu merupakan rahsia tentera. Encik Fujita kemudian meneruskan perbualannya dengan Puan Ariki tanpa mempedulikan apa yang dikatakan oleh

Page 7: Hujan Hitam Sinopsis

MASUJI IBUSE HUJAN HITAM FARAH ‘IZZATI BINTI AHMED OTHMAN

tukang masak itu. Dalam perbualannya dengan Puan Ariki, mereka berbual tentang anak Puan Mitsuda yang berani dan bertanggungjawab yang sedang dalam proses untuk menjadi torpedo manusia. Encik Fujita juga mencadangkan untuk mengebumikan Mitsuda dengan penuh beristiadat kerana dia mahu meti di kilangnya. Dia turut mencadangkan Shigematsu untuk menjadi pembaca doanya. Shigematsu besimpati dengan Mitsuda terutamanya kerana dia tahu sejarah hidup si mati ini. Pada waktu tengh hari, Shigematsu pulang ke tempat kediaman sementaranya untuk makan.

Pada 9 Ogos di waktu malam, catuan makanan kecemasan mereka sudah habis. Hal ini menyebabkan Shigeko terpaksa mendapatkan makanan dari kantin untuk sarapan dan Yasuko untuk makan tengah hari. Shigematsu pula pergi mencari kerja untuk mereka berdua. Shigeko dan Yasuko berbincang secara perlahan tentang perkara yang harus dilakukan untuk mengeringkan pakaian dalam mereka seelah dicuci. Shigematsu mencadangkan mereka berdua untuk menanggalkan semua pakaian mereka dan mandi di sungai sehingga pakaian dalam mereka kering. Sewaktu Shigematsu bersandar pada tiang di beranda dengan keadaan yang amat mengantuk, seorang lelaki bernama Tanaka memberitahunya bahawa dia telah memberikan sebahagian makanan kepada askar infantri Kor Tentera Barat Jepun Kedua. Makanan tersebut disimpan untuk Kor Semboyan dan Kor Tentera Barat Jepun. Kira-kira dua minggu lepas, Kapten Nozu telah menyuruh Tanaka menyimpan makanan pada lewat malam dengan alasan dia mendapat panggilan telefon dari staf yang mengatakan bahawa Hiroshima berkemungkinan besar akan dibom pada bila-bila masa. Shigematsu kemudian menelefon Encik Fujita di pejabat sebelum bertanggungjawab dengan makanan itu dan kemudian membawanya ke gudang syarikat pada malam itu juga. Keesokan harinya, Leftenan Kokubu dari Kot Tentera Barat JepunKedua riba di rumah mereka dan menyuruh mereka menyimpan barang makanan tentera di gudang. Barang-barang tersebut terlalu banyak sehingga tidak muat untuk disimpan di dalam gudang syarikat. Pada hakikatnya, Shigematsu dan pihaknya telah ditipu oleh orang yang mengambil kesempatan terhadap kekecohan yang berlaku. Shigematsu kemudian memberi amaran keras kepada Tanaka serta syarat terakhir kepadanya sekiranya Tanaka ingin beras yang disimpannya terjaga. Shigematsu pergi ke gudang syarikat dan didapati memang benar terdapat beberapa buntil beras yang sudah hilang akibat dicuri oleh penduduk yang kelaparan disebabkan keguguran bom di Hiroshima.

BAB 11

Shigematsu dan Tanaka pergi ke pejabat syarikat untuk melaporkan kecurian makanan. Para tentera telah datang dengan dua trak dan mengambil barang-barang daripada stor simpanan. Pengurus kilang terkejut kerana pegawai kompeni turut terlibat dalam kes ini kerana terdapat bukti bendera biru di trak tersebut. Tanaka mengesyaki Kor Tentera Jepun Barat Kedua yang terlibat. Pengurus meminta Shigematsu membuat laporan yang ditandatangani oleh mereka bertiga. Walau bagaimanapun, berek Kor Tentera Jepun Barat kedua telah diserang dan musnah tetapi Shigematsu tetap membuat laporan dan membawanya ke pejabat pembayar gaji Kor Semboyan. Laporan tersebut malangnya ditolak oleh pegawai yang bertugas kerana bimbang maruah Leftenan Kor yang terlibat akan dihina.

Page 8: Hujan Hitam Sinopsis

MASUJI IBUSE HUJAN HITAM FARAH ‘IZZATI BINTI AHMED OTHMAN

Shigematsu pulang kerumah untuk berehat. Namun, dia bangun kerana kakinya berasa sejuk dan apabila dipicit, kakinya berasa sakit. Pipinya pula berasa sejuk dan kecederaan di pipinya dapat dilihat di cermin. Shigeko dan Yasuko pulang dari sungai dan mendengar cerita-cerita mengenai bandar Hiroshima oleh tiga orang perempuan yang mereka jumpa. Menurut kisah-kisah tersebut, terdapat takungan air yang dikelilingi mayat di tengah padang sekolah First Prefectural Middle School. Di landasan kereta trem di hadapan kuil Shiratori pula, terdapat sebuah trem yang hanya tinggal rangkanya dan dikelilingi mayat yang terbakar. Di samping itu, kuasa bom yang digugurkan dapat menolak menara istana kota Hiroshima ke tebing sungai. Bandar dan kampung terdekat telah menghantar bantuan tetapi ramai dari para pembantu telah mati akibat terperangkap di dalam api.

Pada 10 Ogos, Shigematsu menghantar Shigeko dan Yasuko ke stesen kereta api dan kemudiannya pergi ke pejabat. Encik Fujita mengarahnya untuk mencari arang yang boleh didapati di Hiroshima atau Ujiro dan memberi Shigematsu alatan tempat kemusnahan. Sepanjang perjalanannya, dia telah melihat mayat yang mempunyai pelbagai rupa dan berbau amat busuk. Pemandangan ngeri ini menyebabkan Shigematsu seperti berada di dalam neraka. Dia kemudian teringat serangkap pantun “Bakar langit, bakar bumi dan biarkan manusia mati!”. Shigematsu berasa marah terhadap penulis pantun itu. Dia kemudian sedar akan perasaan bencinya terhadap peperangan dan berkata “lebih baik keamanan yang tidak adil daripada peperangan yang adil”. Shigematsu terserempak dengan askar yang melupuskan mayat di dalam lubang berapi di Kamyo-cho. Askar tersebut merungut dan berkata “kalaulah kita dilahirkan dalam Negara, bukan negei bodoh”.

BAB 12

Shigematsu berehat dia atas sebuah tangga kerana perutnya sakit. Setelah hilang kesakitannya, dia memantau keadaan sekliling untuk mengenalpasti lokasinya. Shigematsu terdengar bunyi seperti peti kosong yang diheret di atas lantai dan berasa gelisah memikirkan perkara itu. Dia kemudian bertemu dengan Encik Tashiro, seorang pakar dalam bidang teknik dari kilang pengetin Ujina. Encik Tashiro memberitahunya bahawa bunyi itu detang daripada aktiviti pembakaran balak. Shigematsu kemudian meminta Encik Tashiro untuk membawanya ke pejabat Syarikat Pengawalan Arang. Toshiro mencadangkan agar Shigematsu pergi ke Depot Pakaian setelah didapati Syarikat Pengawalan Arang telah berpindah. Mereka dikelilingi mayat sepanjang perjalanan mereka ke Jambatan Sagino. Encik Tashiro menceritakan kepada Shigematsu mengenai peristiwa kebakaran yang berlaku di rumah Datuk Bandar sehingga meragut nyawa Datuk Bandar tersebut bersama cucu kesayangannya. Tugasnya sebagai Datuk Bandar kini diambil alih oleh timbalannya, Encik Shibata

Apabila mereka tiba di Depot Pakaian, Shigematsu dan Encik Toshiro bertemu dengan Leftenan Sasatake dari Bahagian Kawalan untuk cuba mendapatkan arang. Walau bagaimanapun, mereka gagal untuk mendapatkan arang. Berasa kecewa, Shigematsu bercadang untuk pergi ke lebuhraya Mujuki yang kawasan sekitarnya di jalanraya Miyuki hangus dan tandus. Rumah asal Shigematsu yang terletak di kawasan itu kini sukar untuk dicari. Apabila keluarga Shigematsu berpindah ke rumah sementara, mereka didatangi oleh dua orang lelaki yang merupakan adik iparnya. Adik-adik iparna bimbang akan keselamatan keluarga Shigematsu setelah mendengar

Page 9: Hujan Hitam Sinopsis

MASUJI IBUSE HUJAN HITAM FARAH ‘IZZATI BINTI AHMED OTHMAN

berita kemusnahan Senda-machi. Shigeko menitiskan air mata kerana terharu dengan keprihatinan lelaki-lelaki tersebut.

BAB 13

Pada 11 Ogos, Shigematsu membuat laporan tentang keudukan arang di Hiroshima yang telah musnah dan mengemukakan idea untuk mendapatkan arang dengan sendiri. Dia menceritakan pelakuannya tentang kulir dan kayu putih kepada pengurus kilang ketika makan malam di kantin sebelum melayan tetamu. Dia kemudian teringat perbualannya mengenai simpanan arang menyebabkan dia berasa geram. Adik ipar Nishima, Saki Mitsuda telah mati lalu Shigematsu dimintak untuk membaca mantera untuk mejlis pengebumiannya ketika dia sedang makan bersama rakan-rakannya. Saki Mitsuda ialah seorang balu berusia 36 tahun. Ketika kejadian pengeboman, Saki Mitsuda tidak terbunuh akibat sinaran bom tetapi telah kehilangan upaya untuk bergerak. Disebabkan itu, Nishima berusaha untuk mencari adik iparnya di Ricerside Park tetapi malangnya apabila Saki ditemui, dia terlalu lemah dan berada dalam kesakitan sehingga dia mati.

Pada malam itu, pengurus berbincang dengan Shigematsu mengenai permohonan bekalan arang daripada Depot Pakaian dan mengambil keputusan untuk ke sana pada esok hair.Selepas upacara pengebumian, Shigematsu duduk bersama Shigeko dan Yasuko untuk menghabiskan kuih yang diberikan oleh abang Shigeko, Masao Watanabe dan ayah kandung Yasuko, Yoshio Takamaru. Mereka terharu kerana Shigematsu dan Yasuko terselamat daripada serangan bom itu. Orang yang cedera di Hiroshima kini sudah mula kembali ke kampung masing-masing sedikit demi sedikit. Mangsa-mangsa tersebut menghidapi penyakit yang tidak diketahui puncanya dan tiada ubat yang boleh merawat penyakit mereka. Walaupun Watanabe dan Takamaru tahu keputusan mereka untuk ke Hiroshima amat berisiko, namun mereka bertegas ingin mendapatkan bekalan arang dari Depot Pakaian. Mereka menghadapi kesukaran sepanjang perjalanan mereka ke Hiroshima sehingga mereka terpaksa merangkak untuk menyeberangi jambatan kereta api yang merentasi Ashida agar dapat sampai ke stesen Akasaka. Setelah mereka tiba di Hiroshima, keluarga ini bersama-sama pergi ke Senda-machi untuk melawat bekas rumah Shigematsu yang telah musnah dan hanya tinggal sisa runtuhan rumah tersebut. Mereka kemudian berjumpa Encik Nakao dan bermalam di Furuichi. Pada esok hari, Shigematsu berjalan ke Jambatan Yokogawa yang juga telah musnah.

Hiroshima sebenarnya merupakan sebuah kota tentera dan Kure pula merupakan kota tentera laut. Siri serangan berlaku pada 22 Jun dan bersambung pada 1 Julai dan 24 Julai. Kemuncak serangan pihak lawan berlaku pada 6 Ogos di mana bom misteri digugurkan menyebabkan bandar Hiroshima musnah.

Page 10: Hujan Hitam Sinopsis

MASUJI IBUSE HUJAN HITAM FARAH ‘IZZATI BINTI AHMED OTHMAN

BAB 14

Rayaun Shigematsu untuk mendapatkan bekalan arang dari Depot Pakaian akhirnya mendapat perhatian Leftenan Sasatake. Namun begitu, Leftenan Sasatake tetap enggan untuk menerima rayuannya kerana dia perlu mendapatkan kebenaran orang atasan dan mengadakan mesyuarat. Selepas meninggalkan Depot Pakaian, Shigematsu berjumpa dengan Tamotsu di Fukurocho. Tamotsu ialah seorang PTB kesihatan yang diletakkan dalam Kumpulan Penyelamat. Tugasnya adalah membersihkan bekas kemusnahan bersama-sama Rikuo dan Masaru. Mereka telah pergi ke Yuki, Shoge dan akhirnya ke Hiroshima. Tamotsu dan anggota yang lain berada dalam perjalanan ke Hospital Komunikasi untuk mencari mangsa yang terselamat sambil mencari unit Kojin. Keadaan di hospital penuh dengan mangsa-mangsa yang tercedera. Menurut perbualan isteri mangsa dan adik perempuannya, tentera Jepun memutuskan untuk menjatuhkan bom yang dibuat secara sulit di Pulau Bandar Raya Takehara sebagai membalas serangan oleh pasukan tentera Amerika di Pulau Pasifik. Rikuo dan Masaru kemudian telah mengusung seorang anggota unit Kojin, Chuzo Hata yang berbau sangat hanyir.

Shigematsu teringat ayah Chuzo pernah mengajarnya cara untuk menangkap belut dan keenakan memakan rebung yang digali dari rumpun buluh yang dibakar ketika dia masih kecil. Menurut Tamutso, terdapat sebilangan orang yang sihat akan mati dahulu kerana terkena jangkitan semasa menjaga pesakit. Doktor Norioka telah mencari Chuza dan akhirnya dapat jumpanya. Doktor Norioka yang merupakan ketua Pasukan Penyelamat telah dihantar ke Hospital Komunikasi di Osaka untuk menyelia kumpulan yang membawa beg galas yang dimuatkan dengan bahan-bahan penyelamat diberikan oleh pasukan tentera. Malangnya, Chuzo telah mati apabila tiba di ibu pejabat. Shigematsu membaca ‘Khutbah Tentang Kefanaan’ dan membakar mayatnya bersama yang lain walaupun tidak senang mengenangkan ayah Chuzo. Mereka kemudian duduk di anjung dan Shigematsu berjanji dengan Tamotsu untuk bergerak ke Onoura kerana menerima berita dari pusat penerimaan mangsa bahawa terdapat dua anggota unit Kojin iaitu Tarao dari Kobatake dan Chojuro dari Takafuta yang memerlukan rawatan secepat mungkin.

BAB 15

Shigematsu telah berjumpa dengan rakan sekolah rendahnya, Teiko berhampiran stesen Yokogawa. Pada waktu itu, Teiko sedang dalam perjalanan ke Hiroshima untuk mencari abang iparnya. Isteri abang iparnya amat sedih akan kehilangan suaminya lalu Taeiko berusaha untuk mendapatkan maklumat dari Doktor Hosokawa kerana dia mempunyai ipar yang turut bertugas di dalam berek yang sama dengan abang iparnya. Namun, Doktor Hosokawa tidak tahu apa-apa mengenai perkara itu. Doktor Hosokawa kemudian menghadiahinya sebuah pil cresole sebagai tanda perpisahan. Teiko membuat keputusan untuk ke Hospital Tentera Kedua. Di situ, seorang askar memberitahunya bahawa tiada seorang pun yang mirip abang iparnya. Dia kemudian pergi ke Kabe dan terjumpa Doktor Hosokawa sekali lagi semasa dalam perjalanan. Doktor Hosokawa menceritakan perkara-perkara sulit seperti sekumpulan askar yang sedang menguji bom tangan baru dan kereta kebal buatan Amerika yang amat maju.

Page 11: Hujan Hitam Sinopsis

MASUJI IBUSE HUJAN HITAM FARAH ‘IZZATI BINTI AHMED OTHMAN

Selepas Teiko pergi, Shigematsu berjumpa dengan pengurusnya untuk memaklumkan hal arang yang sudah habis sebelum dia pulang ke rumah. Keesokan paginya pada 12 Ogos, Shigematsu diserang rasa sakit di jari-jari kakinya secara tiba-tiba lalu dia keluar untuk mencari Moxa. Moxa tersebut dibakar di atar tempat yang sakit iaitu sanri. Selepas itu, Shigematsu bergerak ke Onoura di mana sebuah sekolah rendah di sana telah digunakan sebagai pusat penerimaan tentera atau orang awam yang cedera. Shigematsu berselisih dengan seorang perempuan yang cantik tetapi berbau amat busuk. Perempuan tersebut sebenarnya ialah seorang sukarelawan Persatuan Pertahanan Kebangsaan Wanita, Tamio Oshima. Tamio Oshima dengan rela hati ingin menunjuk arah kepada Shigematsu tempat terletaknya mangsa-mangsa pengeboman.

Puan Oshima menyatakan bahawa dia sedang merumput di sawah padi sejauh lapan batu dari Hiroshima ketika bom tersebut digugurkan. Dia beranggapan bahawa itu hanya gempa bumi tetapi rumahnya berselerak apabila dia pulang dan melihat awan yang besar dari jauh. Semua anggota persatuan kemudian digesa untuk ke sekolah rendah bagi merawat mangsa. Pasukan bomba dari sebilangan kampung dan bandar juga dihantar untuk membantu mangsa. Ketua bahagian perubatan pusat, Encik Kano telah turun ke ibu pejabat bantuan Hiroshima bersama 12 orang jururawat. Semua doctor tidak dapat melakukan apa-apa kecuali memberi suntikan vitamin dan glukosa kepada mangsa-mangsa yang membanjiri pusat itu. Akibat terdedah dengan mangsa yang cedera, ramai sukarelawan dan dokto turut menghidap penyakit radiasi setelah mereka pulang ke rumah. Perkara yang sama telah berlaku kepada Yasuko menyebabkan dia menghantar surat kepada keluarga Aono untuk membatalkan perkahwinannya.

BAB 16

Shigematsu kini sedang sibuk menjaga kolam ikan kaloinya. Dia juga masih menulis jurnalnya yang kini hanya tinggal tiga hari sahaja. Apabila perkahwinan Yasuko hampir dilaksanakan, Yasuko tiba-tiba menolak perkahwinan tersebut keran menghidap penyakit pelik. Tindakannya yang lambat memberitahu hal ini kerana malu telah memburukkan keadaan. Yasuko juga telah berhenti menggunakan bilik air keran bimbang akan menyebabkan jangkitan. Yasuko terkejut kerana pada hakikatnya dia telah dihidapi penyakit radiasi menyebabkan suhu badannya meningkat dan rambutnya mula gugur. Yasuko cuba memakan beberapa helai daun aloe vera dan akhirnya memberitahu Shigeko. Shigeko kemudia terus membawa Yasuko ke Hospital Besar Kobatake untuk berjumpa dengan Doktor Kajita. Doktor Kajita memberitahu Shigeko bahawa Yasuko telah membaca buku perubatan untuk sembuh dari penyakit itu dengan sendiri. Bisul telah mula tumbuh di pinggul Yasuko. Doktor Kajita kemudian diatur untuk datang bertemu Yasuko pada setiap tiga hari. Di samping itu, Yasuko telah menceritakan masalah ini kepada Shigematsu tanpa pengetahuan Shigeko.

Yasuko dinasihati agar makan tiga kali sehari. Shigeko telah menggantung gambar pemandangan yang dilukis oleh Chiuden Tanomura, seorang pelukis terkenal dan merekod perkembangan penyakit Yasuko dari sehari ke sehari. Keadaan Yasuko semakin merosot hanya selepas beberapa hari. Mukanya menjadi amat pucat. Shigematsu pula berusaha untuk berjumpa dengan ketua di klnik dia dibedah dahulu, Klinik Hosokawa dengan membawa rekod perkembangan penyakit Yasuko. Walau bagaimanapun, doktor tersebut menyarannya untuk menghantar rekod tersebut ke ABCC di Hiroshima. Shigematsu tetap merayu kepada doktor

Page 12: Hujan Hitam Sinopsis

MASUJI IBUSE HUJAN HITAM FARAH ‘IZZATI BINTI AHMED OTHMAN

tersebut untuk membaca diarinya dahulu. Doktor tersebut bersetuju tetapi tidak dapat menjamin dia dapat membantu Yasuko kerana adil iparnya juga mengalami penyakit yang sama.

Diari mengenai penyakit Yasuko bermula pada 25 Julai. Dalam diari tersebut, didapati bahawa Yasuko mula muntah-muntah dan diikuti dengan keguguran rambut. Doktor Kajita telah menyuntiknya dengan 100,000 unit penisilin.

Keesokan harinya, suhu badan Yasuko diperiksa setiap kali sebelum dia makan. Pada waktu petang, Doktor Kajita datang untuk merawatnya. Yasuko juga telah membaca buku Soun Yada yang bertajuk Riwayat Hidup Hideyoshi pada sebelum tidur.

Pada 27 Julai, Yasuko senyum buat pertama kali setelah sekian lama. Dia masih meneruskan pembacaan buku yang dibacanya semalam. Selain itu, Yasuko telah menerima surat yang dipos oleh rakan sekerjanya dan membalas surat itu dengan panjang. Setelah diperiksa oleh Doktor Kajita, beliau memberitahu Yasuko bahawa ayahnya sedang menghidap penyakt angina ahmar. Oleh sebab itu, Doktor Moniya akan merawat Yasuko, menggantikan Doktot Kajita. Petang itu, Taziko dari Shokichi telah membawa belut untuk Yasuko sekeluarga untuk menguatkan badan mereka. Yasuko dan Taziko berbual-bual sehingga Yasuko ketawa.

Keesokan harinya, Shigematsu berjumpa dengan Doktor Kajita untuk membayar duit rawatan dan memberi hadiah sebagai tanda perpisahan. Walau bagaimanapun, amat jelas di wajah Doktor Kajita bahawa dia enggan meninggalkan Kobatake. Bisul ketiga Yasuko telah pecah dan dia menyapu dengan ubat salap sendiri selepas makan. Ketiga-tiga ahli keluarga tersebut kemudian berbincang untuk memutuskan doktor yang boleh merawat Yasuko. Yasuko telah mula berasa sihar selepas makan tengah hari lalu berusaha untuk mencari doktor sendiri. Shigematsu gembira apabila pengawanan ikan kaloi yang diusahakannya telah berjaya buat kali kedua. Pada waktu petang, Yasuko menelefon Shigeko untuk meminta dia dan Shigematsu pergi ke Hospital Kuishiki. Shigeko kemudian menghantar telegram kepada bapa Yasuko untuk pergi ke sana. Shigematsu yang mendapat berita itu segera pergi ke hospital tersebut. Pada waktu senja, Shigeko menerima panggilan daripada Shigematsu menyatakan bahawa Yasuko mungkin akan tinggal di hospital lebih lama.

Pada pagi 29 Julai, orang tua di kedai memberitahu Shigeko bahawa dia ternampak Yasuko keluar daripada Klinik Kuroda semalam. Apabila dia tiba di hospital itu, Yasuko menangis dan menyesal keran terlalu mementingkan diri sendiri. Shigeko cuba menenangkan Yasuko dengan bercakap tentang perkara lain. Doktor Kuishiki memberitahu bahawa Yasuko telah menangis sejak tengah hari kerana berasa terlalu gatal di duburnya. Malangnya, satu lagi bisul telah tumbuh di bahagian duburnya setelah dirawat.

Pada waktu tengah hari keesokan harinya, Shigematsu pergi ke hospital Kuishiki. Yasuko kini sakit tenat sejak malam semalam. Giginya yang longgar jelas menunjukkan symptom penyakit radiasi. Badan Yasuko semakin teruk akibat menghidap pelbagai penyakit. Petang itu, isteri lelaki yang tinggal di depan kinci angina datang menziarahi Yasuko sebntar. Dia menceritakan tentang apa yang terjadi terhadap adik ipar Doktor Hosokawa. Adiknya berjaya sembuh daripada penyakit radiasi walaupun cedera teruk. Bapa Yasuko kemudian datang seteleah perempuan itu pergi. Dia berkira-kira untuk menggunakan duit perkahwinan Yasuko untuk membayar rawatan dan perubatan Yasuko. Hal ini menyebabkan Shigematsu marah.

Page 13: Hujan Hitam Sinopsis

MASUJI IBUSE HUJAN HITAM FARAH ‘IZZATI BINTI AHMED OTHMAN

BAB 17

Shigematsu telah mengupah seorang jururawat untuk menjaga Yasuko kerana kesihatan Shigeko terjejas akibat terlalu penat menjaga Yasuko. Yasuko telah hilang selera makan, keguguran rambut , berdengung di telinganya dan tompok merah kelihatan di gusinya. Doktor Kuishiki mengesahkan bahawa Yasuko menhidap penyakit Peridontitis. Kadangkala Yasuko akan mengalami kesakitan yang amat terutamanya pada waktu lewat malam. Penyakit Yasuko berkemungkinan besar berpunca daripada abu-abu radioaktif yang menjangkiti kulitnya serta hujan hitam yang terkena badannya. Shigematsu telah menerima sepucuk surat oleh Doktor Hosokawa yang menjelaskan sebab dia enggan merawat Yasuko kerana tidak mahu dianggap sebagai seorang doktor yang lari dari merawat pesakitnya. Doktor Hosokawa turut menyelitkan catatan mengenai adik iparnya yang berjaya pulih daripada penyakit radiasi setelah mengalami kecederaan yang teruk.

Catatan tersebut menceritakan adik ipar Doktor Hosokawa, Iwatake yang dikerah untuk membantu pasukan tentera walaupun berumur 45 tahun kerana itu merupakan had umur untuk menjadi askar sukarela. Anggota-anggota askar sukarelawan disindir oleh Kolonel Washio kerana tidak bersemangat setelah berjemur di bawah panas terik. Iwatake dihantar ke unit infantri untuk mempelajari teknik ketenteraan dan telah bertemu dengan Leftenan Yoshikawa yang perangainya seperti Kolonel Washio. Ketika mereka menyambut ulangtahun pengisytiharan Pengumuman Istana, pesawat B-29 telah menggugurkan bom atom di tempat Iwatake berada tanpa diduga. Oleh sebab itu, Iwatake tercampak jauh. Selepas kejadian pengeboman itu, Iwatake dan beberapa orang tentera yang tercedera duduk di atas selimut.

Iwatake diberitahu untuk terus berjalan ke Heisaka yang terletak enam batu daripada tebing hulu sungai kerana terdapat sebuah pusat penerimaan pesakit yang menyediakan pelbagai ubatan. Namun pada hakikatnya, pusat tersebut hanyalah sebuah sekolah yang dipenuhi oleh pesakit. Muka Iwatake membengkak sehingga matanya hampir tertutup pada waktu itu. Rakannya, Miyoshi dan Ito juga tercedera akibat pengeboman itu. Mereka menyapu muka mereka dengan Merkurokrom dan bermalam di situ tanpa meminum air untuk mengelakkan jangkitan. Keesokan harinya, muka Iwatake membengkak dua kali ganda lebih teruk dan dipindahkan ke tempat orang cedera parah ditempatkan. Iwatake diberi semangkuk bubur tepung oat dan membuang air hanya sekali dalam dua hari. Akibat terlalu dahaga, Iwatake secera diam minum air di artesian. Dia juga menguatkan dirinya untuk bertahan dan tidak mati di pusat tersebut.

Page 14: Hujan Hitam Sinopsis

MASUJI IBUSE HUJAN HITAM FARAH ‘IZZATI BINTI AHMED OTHMAN

BAB 18

Pesakit-pesakit menerima berita pada pagi 8 Ogos bahawa mereka perlu dipindahkan ke cawangan hospital tentera di Shobara. Iwatake menawarkan diri untuk berjalan sendiri ke stesen setelh mendengar pengumuman mengenai sesiapa yang dapat berjalan ke stesen tanpa bantuan. Keadaan di sekelilingnya membuat Iwatake berasa sedih sehingga tidak mampu untuk makan. Dia menggambarkan orang lain yang berjalan kaki ke stesen tidak sempurna. Mayat-mayat pula bertimbun di sepanjang jalan.

Perjalanan kereta api itu terasa panjang dan menyeksakan kerana keadaan Iwatake yang tidak sihat. Dia melihat raut wajah simpat wanita Persatuan Pertahanan Wanita yang memberi makanan kepadanya dan orang lain lalu dia terkenangkan isteri dan anak-anaknya. Setibanya mereka di stesen Miyoshi, Iwatake berjumpa dengan anak jagaan ibu saudaranya dahulu dan mereka bersama-sama pergi ke Shobara.

Iwatake dan pesakit-pesakit lain dibawa ke sebuah bilik darjah sebagai tempat sementara apabila mereka tiba di stsen Shobara. Iwatake teringat akan pengeboman dan penyakit radiasi. Dia menghidapi demam bernanah menyebabkan dia terjaga sepanjang malam. Keesokan paginya, iwatake bersyukur menerima rawatan daripada pembantu kesihatan walaupun rawatan itu bukan secara menyeluruh. Pembantu kesihatan membuka balutan Iwatake walaupun dia perlu menahan kesakitan yang melampau pada pagi 10 Ogos. Selepas itu, dia berjumpa kembali dengan isterinya yang mencari Iwatake dari Hesaka sehingga ke Shobara.

Isteri Iwatake telah menerima berita bahwa rawatan suaminya mampu merawat penyakit Yasuko lalu dia memulakan perjalanan untuk mencari Iwatake. Dia menyamar sebagai seorang jururawat tentera agar tidak ditahan oleh pengawal di stesen Hiroshima. Perjalanannya ke Shobara amat susah sehingga dia terpaksa bermalam di platform stesen Hesaka apabila kereta api yang dinaikinya terlalu sesak. Setelah dia berjaya jumpa Iwatake, dia mencadangkan agar suaminya dimasukkan ke dalam bilik khas agar dia dapat menjaganya.

Pada 13 Ogos, Doktor Kutsubara merawat telinga Iwatake yang penuh dengan ulat-ulat kecil. Setelah menerima rawtan, Iwatake menyuruh isterinya memberi sebotol sake berbalutkan kain kepada Doktor Kutsubara. Namun demikian, doktor tersebut menerima botol sake itu secara kasar. Iwatake menyalahkan peperangan yang menyebabkan manusia bersikap sebegitu.

Dua hari kemudian, Iwatake mengalami demam panas yang hampir membunuhnya. Isterinya lalu membawanya ke klinik di Fuchu di mana Iwatake telah menunjukkan simptom penyakit radiasi di situ. Isterinya menjaga Iwatake tanpa jemu. Pada 22 Ogos, penyakit radiasi Iwatake semakin teruk menyebabkan dia tidak boleh bernafas selama sebulan. Iwatake menulis wasiatnya apabila dia sedar daripada koma. Keadaan Iwatake yang terlalu teruk akibat penyakit radiasi menyebabkan dia digambarkan sebagai mumia atau rangka dan akan mati dalam masa yang terdekat. Walaupun ditimpa penyakit yang boleh meragut nyawa, Hiroshi Iwatake berjaya sembuh daripada penyakit radiasi hasil daripada azamnya yang tinggi.

Page 15: Hujan Hitam Sinopsis

MASUJI IBUSE HUJAN HITAM FARAH ‘IZZATI BINTI AHMED OTHMAN

BAB 19

Yasuko telah membuang ubat-ubatanya ke dalam parit keran sudah kehilangan semangat untuk terus hidup. Oleh sebab itu, cerita Iwatake yang berjaya sembuh daripada penyakit radiasi digunakan untuk menaikkan semangat Yasuko kerana mereka mengalami perkara yang sama. Shigematsu menyibukkan dirinya dengan menjaga ikan kaloi bersama rakan-rakannya untuk menghilangkan kesedihan. Shigematsu turut menyambung menulis jurnalnya apabila dia pulang ke rumah.

Shigematsu menaiki kereta api ke Hiroshima untuk mencari arang selepas bersarapan di kantin kilang. Shigematsu sempat berbual dengan orang tua yang memakai seluar biru yang lusuh di dalam kereta api. Setelah tiba di runtuhan Syarikat Pengawalan Arang, dia mula bimbang keran tidak dapat mencari arang. Shigematsu kemudian teringat akan timbunan arang yang terletak di Jalan Hesaka. Di Jalan Hesaka, arang di situ malangnya sudah tiada. Dia diberitahu oleh seorang lelaki tua bahawa arang itu merupakan milik tentera.

Shigematsu memutuskan untuk pulang ke rumah. Apabila dia tiba di rumah, Shigeko memberitahu Shigematsu bahawa Encik Fujita ingin berjumpa dengannya. Encik Fujita telah membawa bekalan makanan yang mewah beserta sake. Hal ini adalah kerana Yasuko telah diberhentikan kerja dengan hormatnya. Encik Fujita memberitahu Shigematsu bahawa dia juga ke Syarikat Pengawalan Arang dan bertemu kenalannya, Doktor Koyama di Hospital Komunikasi apabila dia gagal mendapatkan arang. Walau bagaimanapun, Doktor Koyama terlalu sibuk merawat penyakit yang ramai.

Shigematsu dan Encik Fujita kemudian minum sehingga mabuk. Pengurus kilang itu memberitahunya bahawa dia akan menjual pakaian seragam kebangsaannya. Encik Fujita kemudian menyanyi tentang burung cakar dalam keadaan mabuk apabila terlihat burung tersebut.

BAB 20

Shigeko dan Yasuko pergi ke rumah mereka di daerah Jinseki. Ketika Shigematsu pergi ke dapur untuk mencari gelas, dia terdengar amaran serangan udara. Pihak berkuasa telah mengeluarkan amaran tentang pintu masuk ke tempat perlindungan serangan udara beberapa hari yang lepas. Shigematsu kemudian pergi ke kilang setelah didapati tiada kapal terbang yang lalu. Shigematsu hairan kerana tiada seorang pun yang berada di kilang.

Shigematsu berhasrat untuk ke Kai dengan berjalan kaki. Setibanya dia di stesen Kai, Shigematsu bercakap denfan penyelia stesen Kai dan penyelia tersebut memberitahu bahawa tiada satu kereta api yang tiba sejak 6 Ogos yang lalu. Shigematsu menerangkan keadaan syarikat mereka dan meminta penyelia tersebut untuk memberitahu tentang bila bekalan arang akan tiba melalui telefon. Penyelia tersebut bersetuju untuk membantu dan dia beredar dari stesen itu. Apabila Shigematsu tiba di kilang, dia melaporkan perkara yang berlaku kepada penyelia. Penyelia kilang kemudia bertanyakan pendapatnya tentang penyiaran penting di radio namun dia tidak tahu mengenai penyiaran itu. Dia tertanya sama ada penyiaran itu mengenai Jepun telah menyerah kalah atau mengisytiharkan perang dengan Soviet Union. Pengurus

Page 16: Hujan Hitam Sinopsis

MASUJI IBUSE HUJAN HITAM FARAH ‘IZZATI BINTI AHMED OTHMAN

mengarahkan Shigematsu untuk mendapatkan dokumen yang perlu dikemukakan kepada penyelia stesen Kai setelah menceritakan tentang rundingannya di stesen Kai kepada pengurus.

Keesokan harinya, seorang tua memberikan Shigematsu biji kopi dan bertanyakan mengenai penyiaran penting itu. Shigematsu kemudian pergi ke kilang untuk menyiapkan kertas kerja yang diperlukan. Apabila bunyi mesin kilang berbunyi menunjukkan masa untuk penyiaran penting itu, Shigematsu sebaliknya menjauhkan diri daripada mendengar pengumuman penting itu.

Ketika Shigematsu menuju ke pintu kecemasan, seorang pekerja kilang keluar dari pintu itu dan dia bertanya apa yang berlaku. Lelaki itu hanya menegerlingkan kepalanya dan menuju ke dapur.

Page 17: Hujan Hitam Sinopsis

MASUJI IBUSE HUJAN HITAM FARAH ‘IZZATI BINTI AHMED OTHMAN

Page 18: Hujan Hitam Sinopsis

MASUJI IBUSE HUJAN HITAM FARAH ‘IZZATI BINTI AHMED OTHMAN

Shigematsu ke kantin dan di situ, ramai yang melewatinya dengan muka semua orang yang muram dan ada juga yang menangis. Shigematsu turut mengeluarkan air mata lalu pergi mencuci tangannya di singki agar orang lain tidak dapat lihat dia menangis. Selepas makan, seorang pekerja bernama Yoda memberitahu Shigematsu bahawa penyiaran itu dibuat oleh maharaja yang menyeru rakyatnya untuk berjuang dengan lebih kuat. Semuaorang kelihatan terpgeun dan mereka menjadi bersemangat dan yakin bahawa maharaja berkata “jika permusuhan berlanjutan, keputusan yang terakhir…”. Pada jam lima petang, kekalahan Jepun dalam peperangan telah disahkan. Akhir sekali, penyalinan jurnal tentang pengeboman itu sudah selesai ditulis dan hanya tinggal untuk dibaca sekali lagi dan dilapik dengan kadbod.