sinopsis bab demi bab novel kabus di perbukitan - internet.docx

105
Bab 1: Pucuk-pucuk Kayu di Hadapan Matanya Senarai watak baru 1. Rahayu 2. Azrul 3. Dr.Hadi 4. Mejar(B) Kamaruddin Ahmad 5. Syuqri 6. Abdul Rafiq 7. Abdul Rashid 8. Faridah 9. Mastura 10. Iqbal Latar 1. Masa i) Waktu pagi (6.00 pg) ii)Zaman moden 2. Tempat i) Kajang, Selangor ii) UPM iii) Bukit Fraser iv) Rumah Rehat Sri Berkat 3. Masyarakat i) Kampus/mahasiswa ii)Masyarakat yang prihatin iii) Masyarakat yang tidak beradab BAHAGIAN 1 Sekitar pukul 6.00 pagi, Rahayu (Ayu) masih berada di dalam bilik penginapannya di Universiti Pertanian Malaysia (UPM). Walaupun mengantuk, dia bangun untuk membersihkan diri dan bersiap-siap untuk ke kuliah. Keadaan biliknya agak berselerak dengan kertas tugasan MP 3714 yang perlu

Upload: tess15

Post on 25-Oct-2015

2.769 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

Bab 1: Pucuk-pucuk Kayu di Hadapan MatanyaSenarai watak baru1. Rahayu2. Azrul3. Dr.Hadi4. Mejar(B) Kamaruddin Ahmad5. Syuqri6. Abdul Rafiq7. Abdul Rashid8. Faridah9. Mastura10. Iqbal

Latar1. Masai) Waktu pagi (6.00 pg)ii) Zaman moden

2. Tempati) Kajang, Selangorii) UPMiii) Bukit Fraseriv) Rumah Rehat Sri Berkat

3. Masyarakati) Kampus/mahasiswaii) Masyarakat yang prihatiniii) Masyarakat yang tidak

beradab

BAHAGIAN 1

Sekitar pukul 6.00 pagi, Rahayu (Ayu) masih berada di

dalam bilik penginapannya di Universiti Pertanian Malaysia

(UPM). Walaupun mengantuk, dia bangun untuk membersihkan

diri dan bersiap-siap untuk ke kuliah. Keadaan biliknya agak

berselerak dengan kertas tugasan MP 3714 yang perlu

disiapkannya atas arahan Dr. Hadi. Selesai solat, dia sempat

memeriksa lehernya yang kelihatan bengkak berkemungkinan

sakit tekak atau ulser. Ayu tiba di perpustakaan pada pukul 8.00

pagi dan Azrul, teman sekuliahnya dari Fakulti Ekologi Manusia

telah berada di sana. Azrul mengajaknya bersarapan di

Page 2: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

kafeteria. Semasa bersarapan, Ayu bertanyakan perancangan

Azrul pada hujung minggu ini. Azrul menjelaskan bahawa dia

akan ke KLCC untuk menyertai kempen Save Our River anjuran

Persatuan Pencinta Alam. Ayu menyatakan kesediaannya untuk

turut serta dalam kempen itu, namun Azrul mengingatkannya

bahawa dia tidak boleh menghabiskan masanya di kedai buku.

Azrul digambarkan sebagai mahasiswa yang idealisme yang

mengambil berat hal-hal alam sekitar. Beliau juga telah mendaki

beberapa buah gunung termasuk gunung Kinabalu. Berbeza

dengan Ayu iaitu hanya digambarkan segai seorang anak yang

manja, yang menghidapi penyakit asma sejak dari kecil.

Ayahnya, Mejar (B) Kamaruddin Ahmad, seorang bekas

pegawai tentera yang lasak. Ayu mempunyai tiga adik-beradik

iaitu Syuqri dan adik kembarnya, Abdul Rafiq dan Abdul Rashid.

Ayahnya pernah melahirkan kerisauannya kerana memikirkan

Ayu mengambil jurusan pembangunan manusia yang pada

pandangannya kurang produktif dari segi pasaran pekerjaan.

Isu itu turut menghantui Ayu semasa dia berada dalam tahun

pertama pengajiannya (Plot Imbas Kembali). Semasa Ayu dan

Azrul di perpustakaan (Plot nyata) secara tidak semena-mena

Ayu gagal mengawal dirinya lalu terus bertindak di luar

jangkaan dengan melanggar penghadang jalan lalu terus

menjunam ke dalam gaung. Azrul terkedu melihat tindakan

Page 3: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

drastik Ayu itu. Heboh kampus UPM dengan berita mahasiswa

diserang histeria.

BAHAGIAN 2

Faridah dan Mastura merupakan guru pengelola

perkhemahan tahunan Pusat Pemulihan dalam Komuniti Suria

yang diadakan di Rumah Rehat Sri Berkat, Bukit Fraser. Peserta

perkhemahan itu terdiri daripada kanak-kanak penghidap

Sindrom Down dan salah seorangnya bernama Iqbal. Pagi itu

Faridah bercadang ke pekan Raub untuk mengisi minyak van

dan membeli barang-barang keperluan lain. Semasa Faridah

hendak beredar dari kawasan perkhemahan itu, dia sempat

memerhatikan Iqbal yang menjalani aktiviti riadah dibawah

seliaan Mastura. Semasa dalam perjalanan, Faridah rungsing

memikirkan keputusan tunangnya, Azman yang ingin

memutuskan tali pertunangan mereka tanpa sebab yang

munasabah. Tindakan Azman yang menghantar SMS untuk

tujuan tersebut amat dikesali oleh Faridah kerana tindakan itu

benar-benar tidak beradab. Perkara yang dibimbanginya ialah

penerimaan ibunya tentang hal berkenaan. Ketika Faridah

sedang memandu menuruni bukit, dia secara tiba-tiba

dikejutkan dengan kehadiran Iqbal yang menepuk bahunya.

Akibat terkejut, Faridah menekan brek secara tiba-tiba dan van

yang dipandunya hilang kawalan lalu terjunam ke dalam gaung.

Page 4: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

Dalam keadaan yang genting itu, Faridah sempat

membayangkan wajah ibunya yang tersayang dan dia masih

belum bersedia untuk meninggalkan ibunya itu. Seketika

kemudian semuanya kelihatan gelap.

Bab 2 : Hilang Tanpa JejakSenarai watak baru11. Salmah(ibu Faridah & Rahayu)12. Ghazali13. Said14. Minah15. Iman Sohod16. Insp. Aznil17. Azmi (Jab. Perhilitan)18. Buyung19. Sarjan Yusoff20. Koperal Yazid

Latar1. Masai) Waktu pagiii) Waktu petangiii) Waktu malamiv) Zaman daruratv) Zaman moden

2. Tempati) Kampungii) Parit Tigaiii) Rumah Rehat Gapiv) Gunung Tebu,

Terengganu (imbas kembali)

3. Masyarakati) Prihatinii) Tolong-menolongiii) Masyarakat yang

percaya khidmat bomoh.

iv) Masyarakat yang percaya kewujudan makhluk halus.

BAHAGIAN 1

Page 5: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

Salmah, iaitu ibu kepada Faridah mengadakan majlis solat

hajat pada malam itu setelah kejadian yang menimpa anaknya

Faridah dikhabarkan kepadanya oleh En. Ghazali dan En. Said

pada sebelah petangnya. Walaupun tiada kepastian tentang

nasib Faridah, namun Salmah amat berdukacita apabila

mengenangkan nasib yang menimpa Faridah. Ghazali dan Said

berjanji kepada Salmah bahawa mereka akan pergi ke tempat

kejadian petang itu juga, dan akan memaklumkan sebarang

berita tentang Faridah kepadanya. Solat hajat itu diketuai oleh

Iman Sohod yang juga ketua kariah Kampung Parit Tiga. Minah,

jiran Salmah yang hadir membantu majlis solat hajat turut

menyabarkan Salmah dan berharap Faridah selamat. Salmah

tidak berhenti berdoa kepada Allah agar Faridah yang

merupakan tempat dia bergantung hidup selama ini terselamat

daripada sebarang kecelakaan.

BAHAGIAN 2

Ghazali dan Said sampai di Rumah Rehat Gap pada pukul 10.00

malam. Mereka berkenalan dengan Ketua Inspektor Aznil yang

mengetuai operasi mencari dan menyelamat Faridah dan Iqbal.

Azmi dan Buyung dari Jabatan Perhilitan Daerah Raub turut

serta dalam operasi tersebut selain daripada Sarjan Yusoff.

Berdasarkan maklumat, Ghazali dan Said difahamkan bahawa

Faridah dan Iqbal tidak dijumpai di dalam van yang terperosok

Page 6: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

dalam gaung itu. Anggota penyelamat juga menolak andaian

bahawa mereka menjadi mangsa binatang buas kerana tiada

petunjuk berkaitan hal itu, ditemui di tempat kejadian. Inspektor

Aznil turut menolak penglibatan anggota komunis dalam kes ini

kerana selepas perjanjian damai antara kerajaan dengan PKM,

kawasan hutan di tempat kejadian dianggap sebagai kawasan

putih. Anggota penyelamat binggung memikirkan kejadian

tersebut kerana tidak terdapat sebarang kesan yang

menunjukkan Faridah dan Iqbal meninggalkan tempat kejadian.

Sementara itu, Sarjan Yusoff mencadangkan agar mendapat

khidmat bomoh jika semua usaha menyelamatkan mangsa

menemui jalan buntu. Pada malam itu semakin banyak agensi

yang terlibat dalam usaha menyelamatkan mangsa tiba di

kawasan rumah rehat itu termasuklah anggota Pasukan Bomba

& Penyelamat Kuala Kubu Bharu, beberapa orang staf Hospital

Raub, dan sekumpulan anggota RELA. Pada malam itu, Ghazali

dan Said bermalam di bilik rehat yang agak selesa. Sebelum

melelapkan mata, Ghazali meminta Said membawa pulang

Mastura dan anak muridnya pada esok pagi selepas

bersarapan. Ghazali memaklumkan bahawa dia akan tinggal di

sini untuk sehari lagi. Cadangannya itu dipersetujui oleh Said.

Mereka berdua sama-sama berdoa akan keselamatan Faridah

dan lqbal.

Page 7: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

BAHAGIAN 3Awal pagi lagi Ghazali dan Said telah berada di restoran rumah

rehat untuk bersarapan. Mereka berdua dipelawa oleh Sarjan

Yusoff untuk bersarapan bersama-sama, walaupun Sarjan

Yusoff telah selesai bersarapan. Semasa bersarapan, Sarjan

Yusoff memberitahu mereka bahawa Kumpulan penjejak Senoi

Praak telah tiba pada jam 4 pagi tadi. Sarjan Yusoff

mencadangkan penggunaan khidmat bomoh sekali lagi pada

pagi itu. Beliau mengemukakan cadangan itu berdasarkan

pengalamannya ketika berhadapan dengan kes yang serupa

sewaktu bertugas di Terengganu, iaitu melibatkan pendaki di

Gunung Tebu. Menurutnya, sebagai muslim, kita tidak dapat

menolak kewujudan makhluk halus walaupun tidak dapat

dibuktikan melalui sains dan teknologi. Beliau tidak tersinggung

dengan pertentangan pendapatnya dengan Ghazali yang kurang

yakin penglibatan makhluk halus dalam kes kehilangan Faridah

dan Iqbal. Sebaliknya Sarjan Yusoff menceritakan latar

belakang kawasan kejadian, iaitu sekitar Jalan Gap. Menurutnya

jalan itu dibina pada tahun 1900 yang menjadi penghubung

antara negeri Selangor dan Pahang. Jalan kuda yang asalnya

digunakan oleh pedagang Melayu dari Ulu Pahang ke Ulu

Selangor, juga menjadi lokasi pembunuhan Sir Henry Gurney

oleh pengganas komunis yang akhirnya menyebabkan darurat

Page 8: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

diisytiharkan. Sarjan Yusoff turut mengimbau kembali peristiwa

kehilangan pasangan pelancong British yang hilang di Bukit

Fraser yang tidak dijumpai sehingga kini. Namun penemuan

terowong bawah tanah yang dibangunkan oleh pengganas

komunis semasa operasi mengesan pelancong itu amat

mengejutkan banyak pihak. Sarjan Yusoff memaklumkan

bahawa ada kemungkinan operasi menyelamat kali ini akan

mendapat sokongan helikopter dari pasukan Tentera Udara.

Bab 3 : Bersarang di Dalam DadaSenarai watak baru21. Cikgu Raduan22. Hamidah23. Dr. Susan24. Azlin (jururawat)25. Left. Abdullah

Latar1. Masai) Waktu pagiii) Waktu siang

2. Tempati) HUKM, Cherasii) Kem Terendak, Melaka

3. Masyarakati) Pegawai tentera yang

berfoya-foyaii) Golongan profesional

perubataniii) Masyarakat yang

mengalami kegagalan dalam perkahwinan

Seawal jam 5.00 pagi, Mejar (B) Kamarudin menerima panggilan

telefon daripada Cikgu Raduan yang memaklumkannya bahawa

Page 9: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

Faridah hilang. Berita sedih itu membuatkan beliau terkenang

kembali saat pertemuan antara dia dengan Salmah (ibu

Faridah). Salmah yang ketika itu bekerja sebagai penyambut

tetamu di Chalet Seri Buana, Pengkalan Balak berkenalan

dengan Mejar Kamarudin hingga membawa ke jinjang pelamin.

Salmah berketurunan Banjar yang berperwatakan menarik

memiliki kulit kemerah-merahan turut mewariskan lesung pipit

kepada anaknya Faridah. Lesung pipit itulah tanda yang

membezakan antara Faridah dengan kembarnya Rahayu.

Lamunan Mejar Kamarudin terhenti kerana disapa oleh

isterinya, Hamidah. Mejar Kamarudin akhirnya memberitahu

identiti Faridah sebenarnya kepada Hamidah. Hamidah yang

memahami situasi suaminya, tidak berkecil hati dengan

pendedahan kisah suaminya. Hamidah berlalu pergi untuk

menyiapkan beg suaminya yang akan ke lokasi kejadian buat

beberapa hari. Hamidah yang menerima Kamarudin atas dasar

cinta itu sanggup dimadukan dengan Salmah. Perkahwinannya

ditentang oleh ibu bapanya. Hamidah terkenang akan peristiwa

Kamarudin membawa pulang Rahayu sebelum mereka

sekeluarga berpindah ke Pejabat Kedutaan Malaysia di

Pontianak, Indonesia. Kira-kira sejam selepas suaminya

bertolak ke Bukit Fraser, Hamidah menerima panggilan telefon

dari UPM yang memaklumkan bahawa anak tirinya Rahayu

Page 10: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan, Cheras. Azrul,

kawan sekuliah Rahayu menyambut ketibaan Hamidah di lobi

HUKM sambil menerangkan keadaan yang menimpa Rahayu

kepadanya. Menurut Azrul, Ayu yang mulanya dirawat di Pusat

Kesihatan UPM dipindahkan ke wad merah jambu di HUKM

yang biasanya merawat pesakit kanser. Hamidah dibawa oleh

jururawat bernama Azlin berjumpa dengan Dr. Susan. Dr. Susan

memberitahu bahawa hasil imbasan X-ray, ada kemungkinan

Ayu menghidapi kanser. Walau bagaimanapun ujian biopsi

perlu dilakukan sebelum kepastian dapat dimuktamadkan.

Rahayu akhirnya menjalani ujian biopsi seperti yang

dinasihatkan oleh Dr. Susan. Selepas dibenarkan keluar dari

hospital, Azrul tidak lupa memberikan segala bahan kuliah

kepadanya agar Ayu yang sedang bertarung dengan

penyakitnya itu tidak ketinggalan pelajarannya. lmpian Ayu

hanyalah ingin berjaya dalam pengajiannya.

Bab 4 : Air Mata dan Rambut yang BerguguranSenarai watak baru26. Suhaila

Latar1.Masa(i) Zaman moden

2.Tempat(i) Wad penghidap kanser, HUKM(ii) Pantai Sg. Hj Dorani (imbas kembali)

Page 11: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

3.Masyarakati. Masyarakat yang

bertanggungjawab terhadap keluarga.

ii. Masyarakat yang setiakawan

iii. Masyarakat yang suka membaca.

iv. Masyarakat yang pasrah kepada kententuan tuhan.

Keadaan Rahayu amat lemah selepas dia menjalani

rawatan kemoterapi. lbu tirinya Hamidah, setia menemaninya di

wad itu. Rahayu menyapa Azlin yang sedang mengemas katil di

sebelahnya. Dia ingin tahu tentang keadaan Suhaila. Dengan

berat hati, Azlin memberitahu bahawa Suhaila telah meninggal

dunia kerana menghadapi komplikasi jantung semasa

menerima rawatan kemoterapi. Ayu sangat sedih mendengar

perkhabaran duka itu. Dia memikirkan entah bila saat kematian

menjemputnya. Ayu begitu sedih melihat perubahan fizikalnya.

Jika dulu dia seorang gadis lincah mengepit fail ke dewan

kuliah, namun kini dia hanya mampu terlantar di katil dengan

rambutnya hampir keseluruhannya telah gugur kesan rawatan

kanser yang diterimanya. Ayu malu berhadapan dengan teman

sekuliah yang datang melawatnya. Hanya Azrul yang tidak

pernah tidak melawatnya. Semasa Ayu melihat Azlin membawa

Page 12: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

buku novel cinta milik arwah Suhaila, dia terkenang akan

perbualannya dengan Suhaila. Dalam perbualan itu, Ayu

memberikan pandangannya bahawa membaca novel cinta tidak

dapat menghilangkan duka di hatinya. Namun pandangan Ayu

tidak sehaluan dengan Suhaila yang mengatakan bahawa ada

kalanya cerita dalam novel seakan-akan menyerupai kisah

sebenar yang dilalui oleh seseorang. Frasa yang diungkapkan

oleh Suhaila iaitu "hidup tidak tahu sampai bila' telah

menyedarkan Ayu dari lamunannya. Hamidah yang menjaga

Ayu memberitahu bahawa ayahnya akan menjemput ibu

kandungnya Salmah untuk melawatnya. Sepeninggalan ibunya

untuk menunaikan solat Asar, Ayu teringat kembali Suhaila

yang lebih lama mendiami wad merah jambu itu. Ayu turut

terkenang akan reaksi ayahnya apabila mengetahui keadaan

anaknya itu. Sekali lagi lamunan Ayu terhenti dengan

kedatangan Azlin yang datang membawa novel peninggalan

arwah Suhaila. Azlin membawa Rahayu bersiar-siar di beranda

biliknya sambil berborak kosong. Namun sambil dia melayan

Azlin berborak, fikiran Ayu tetap teringat akan telahan jangka

waktu untuk dia hidup. Dia diberitahu oleh doktor bahawa dia

hanya dapat hidup tiga bulan sahaja. Lantas terus sahaja Ayu

teringat akan kehilangan kakaknya Faridah yang masih belum

ditemui. Ayu berharap dia akan dapat bersua muka dengan

Page 13: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

kakaknya dalam tempoh terdekat ini.

Bab 5 : Bukit KutuSenarai watak baru27. Siti Musliha (amah Siti)28. Tuan Cecil Renking29. Penghulu Garang30. Itam

Latar1. Masai) Zaman penjajahan Inggeris

di Tanah Melayu. (Khayalan)ii) Zaman moden

2. Tempati) Bukit Kutuii) Wad Kanser HUKM

3. Masyarakati) Masyarakat yang setia pada

majikanii) Masyarakat Inggeris zaman

kolonial

Faridah terjaga dari lenanya. Dia mendapati dirinya berada

di dalam sebuah bilik bersama-sama Iqbal. Sejurus kemudian

muncul seorang wanita yang berusia lewat 40-an yang

memperkenalkan dirinya sebagai Amah Siti. Faridah semakin

binggung melihat keadaan sekitar biliknya yang

berlatarbelakangkan zaman 40-an. Dia sendiri mengenakan

pakaian gaun labuh warna putih yang tidak pernah dimilikinya.

Faridah tertanya-tanya sendirian, sama ada dia masih di Bukit

Fraser atau sebaliknya. Selepas selesai membersihkan diri,

Faridah diiringi Amah Siti untuk bertemu Tuan Cecil Renking

Page 14: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

yang bertugas sebagai Magistrate and Collector daerah.

Menurut Tuan Cecil, Faridah masih berada di daerah Bukit

Fraser dan dia menginap di kediaman yang dikenali sebagai

The Smoke House. Tuan Cecil yang hobinya gemar menangkap

rama-rama fasih berbahasa Melayu kerana belajar bahasa

Melayu dengan Munsyi di Singapura. Tuan Cecil menerangkan

bahawa Faridah kini berada di kawasan Bukit Kutu dalam negeri

Selangor dan dakwanya ramai orang Melayu tidak mengetahui

kewujudan tempat itu. Faridah dan Iqbal telah ditemui oleh

orang-orang Penghulu Garang, iaitu ketua orang Melayu di

Sungai Kubu, Buluh Telor dan Sangkar Dua. Mendengar nama

dan penjelasan yang pelik-pelik daripada Cecil, Faridah

semakin keliru dan yakin dia bukan berada di alam nyata.

Akhirnya Faridah mengalami sakit dada dan dibawa berehat di

biliknya oleh Amah Siti. Iqbal yang telah terjaga menyatakan

hasratnya untuk pulang. Faridah akhirnya kembali terlelap dan

berharap dia akan kembali semula di Rumah Rehat Sri Berkat,

Bukit Fraser. Sementara itu, dalam keadaan di bawah sedar,

Rahayu meracau-racau tentang keadaan kakaknya Faridah yang

dikatakan berada di Bukit Kutu. Dalam igauannya itu, Faridah

mengatakan bahawa dia amat terasing di Bukit Kutu dan

berhasrat ingin pulang segera ke sana. Hamidah yang menjaga

Rahayu hanya mampu menangis melihat Rahayu meracau-

Page 15: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

racau memanggil nama kakaknya Faridah yang masih hilang

itu. Dr. Susan memberitahu Hamidah bahawa perlakuan Rahayu

itu mungkin dipengaruhi oleh pengambilan dadah morfin.

Selepas diceritakan kisah yang menimpa kembarnya, Dr. Susan

percaya reaksi Rahayu itu ialah satu transaksi di bawah sedar

yang biasanya berlaku terhadap pasangan kembar.

Bab 6 : Hanya pada HarapanSenarai watak baru31. ACP Ahmad Dan Bin

Mokhtar (OCPD)32. Tn. Hj Hasbullah Bin Awang

Pengarah JKM.

Latar1. Masai) Zaman modenii) Waktu petang

2. Tempati) Rumah Rahayuii) Bilik Gerakan Polis Raubiii) Pahang. Sekitar KL Sentral

3. Masyarakati) Masyarakat yang gigih

berusaha.ii) Masyarakat yang tolong-

menolong.

BAHAGIAN 1

Azrul datang ke rumah Rahayu (seterusnya Ayu) untuk

melawatnya. Rahayu meminta Azrul meneruskan cita-citanya

walaupun tanpa dirinya suatu hari nanti. Ayu berharap Azrul

tidak sekadar menjadi guru atau kerja makan gaji selepas tamat

Page 16: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

pengajiannya. Ayu turut meminta Azrul menjadikan cinta

mereka sebagai satu kenangan yang indah dalam hidup kerana

Ayu pasti ajalnya semakin hampir. Azrul sangat sedih

mendengar rintihan Ayu yang baru selesai menjalani rawatan

kemoterapi. Azrul tahu bahawa harapan Ayu untuk sembuh

adalah sesuatu yang mustahil. Azrul yang memahami keadaan

Ayu yang ingin bersendirian akhirnya meninggalkan rumah Ayu

dengan seribu persoalan yang bersarang dalam fikirannya.

Hamidah turut menasihati Azrul agar memahami situasi Ayu.

Hamidah teringat kembali ketika dia menjaga ibunya yang sakit.

Memang diakuinya, orang sakit memang banyak kerenahnya.

Azrul yang tiba di KL Sentral berjalan-jalan tanpa tujuan. Dia

terasa kehilangan atau kekosongan yang amat sukar

dihadapinya.

BAHAGIAN 2Jam 3.00 petang di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah

Raub, Pahang telah dipenuhi wartawan. Namun sidang akhbar

itu ditangguhkan sehingga pukul 3.30 petang akibat kelewatan

ketibaan Pengarah JKM Negeri. Dalam sidang akhbar itu, ACP

Ahamad Dan Bin Mokhtar (OCPD) mengumumkan bahawa

operasi mencari dan menyelamat (Ops PDK) ditamatkan setelah

pelbagai usaha mengesan Faridah hampir dua minggu tidak

mendatangkan sebarang kemajuan. Walaupun usaha

menyelamat telah dihentikan, pihak polis akan terus melakukan

Page 17: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

siasatan hingga kes ini selesai. Kamaruddin turut berada dalam

bilik tersebut semasa sidang akhbar itu. Wartawan mengajukan

pelbagai soalan kepada ACP Ahmad Dan dan Tuan Hj.

Hasbullah Awang tentang kehilangan Faridah dan Mohd Iqbal.

Selesai sidang akhbar, ACP Ahmad Dan bertemu dengan Mejar

Kamaruddin dan menjelaskan sebab-sebab operasi mencari

terpaksa ditamatkan. Kamaruddin memahami hakikat

berkenaan dan dia memaklumkan kepada ACP Ahmad Dan

bahawa dia akan meneruskan usaha mencari anaknya itu

sendirian. ACP Ahmad Dan menawarkan bantuan kepada

Kamaruddin untuk menyokong usaha mencari yang akan

diteruskan olehnya. Kamaruddin merancang meminta bantuan

rakan lamanya semasa berkhidmat dalam ATM, iaitu Trooper

Buyung yang kini bertugas di Perhilitan di Kuala Kubu Bharu.

Kamaruddin tetap percaya bahawa Faridah masih hidup.

Bab 7 : Kabus di PerbukitanSenarai watak baru33. Meor

Latar1. Masai) Waktu petang [6.00 petang]

2. Tempati) Sekitar Bukit Kutu.ii) Kuala Lumpuriii) Sungai Besariv) Perkampungan Orang

Page 18: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

Asliv) Kg. Sungai Gerachi.

3. Masyarakati) Orang Asli Suku Temuanii) Masyarakat yang memiliki

teknologi canggih.[penggunaan telefon satelit]

iii) Masyarakat yang hidup secara normad

iv) Masyarakat yang mempercayai alam ghaib.

v) Masyarakat yang peramah.

vi) Masyarakat yang menghargai alam sekitar.

Kamaruddin dan Buyung sama-sama meredah kawasan

runtuhan banglo sekitar Bukit Kutu. Kamaruddin mengeluh

kepenatan dan mengakui bahawa dia tidak sehebat sewaktu

berkhidmat dalam angkatan tentera. Semasa perbualannya

dengan Buyung, Kamaruddin menyesali kesilapannya kerana

tidak mempedulikan nasib Faridah selepas dia dan isterinya

berpisah. Namun dia sedar bahawa kesilapan itu tidak mungkin

dapat diperbetulkan kembali. Dalam keadaan sebegitu,

Kamaruddin sempat bergurau dengan Buyung tentang rokok

gulung tembakau yang menjadi kegemaran rakannya itu hampir

belasan tahun. Buyung mengenang kembali peristiwa

kedatangan Kamaruddin pada lewat petang ke rumahnya untuk

Page 19: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

meminta bantuannya mengesan kehilangan anaknya Faridah.

Buyung yang kelihatan ragu-ragu tentang lokasi yang

dicadangkan oleh Kamaruddin sempat meminta penjelasan

daripada kawan karibnya itu. Menurut Kamaruddin, pemilihan

lokasi pencarian itu berdasarkan maklumat daripada kembar

Faridah, iaitu Rahayu yang kerap kali menyebut tempat

bernama Bukit Kutu. Rahayu yang kini dijaga oleh Salmah dan

Hamidah di Kuala Lumpur sempat pulang ke Sungai Besar

selama tiga hari untuk menghabiskan masa bersama ibu

kandungnya Salmah. Kamaruddin tidak berputus asa mencari

Faridah kerana mengenangkan hajat Rahayu untuk bertemu

kakak kembarnya buat kali terakhir. Akhirnya setelah

mengharungi tiga anak sungai, mereka sama-sama memulakan

pendakian ke puncak Bukit Kutu yang ketinggiannya

dianggarkan melebihi 3300 kaki dari aras laut. Menurut Buyung,

selain Bukit Kutu, Gunung Ulu Kali dan Gunung Semangkok

antara tiga puncak tertinggi di daerah berkenaan. Buyung turut

menjelaskan sejarah penemuan Bukit Kutu yang dijadikan

pusat peranginan sekitar tahun 1900, sebelum Bukit Fraser

ditemui lagi. Lima jam kemudian, mereka sampai ke puncak

Bukit Kutu. Buyung memberitahu Kamaruddin bahawa sekitar

kawasan berkenaan terdapat kehadiran kambing gurun yang

selalu diburu kerana khasiatnya dalam bidang perubatan

Page 20: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

tradisional. Buyung bercerita tentang program pemuliharaan

Seladang yang ditaja oleh pihak WWF atau UNESCO yang

menggunakan mikrocip dan satelit. Perbualan kedua rakan

karib ini mencakupi hal-hal alam ghaib iaitu kehidupan alam

orang bunian. Perbualan mereka terhenti apabila telefon satelit

milik Kamaruddin berbunyi. Dalam perbualan telefon dengan

isterinya, Kamaruddin mendapat maklumat bahawa Rahayu

mendakwa Faridah pernah mandi di sebuah sungai yang

berhampiran dengan perkampungan Orang Asli. Buyung pantas

meneliti peta selepas menerima maklumat daripada rakannya

itu. Memang benar terdapat perkampungan orang asli di sekitar

kawasan tersebut. Namun yang menjadi masalah ialah orang

asli sering berpindah-randah. Oleh itu, Buyung meminjam

telefon Kamaruddin untuk menghubungi rakannya yang bekerja

di Jabatan Hal Ehwal Orang Asli iaitu Meor. Menurut Buyung,

rakannya itu akan ke Kampung Sungai Gerachi untuk

mendapatkan maklumat daripada Tok Batin di sana.

Kamaruddin hanya mampu menunggu dengan penuh

kesabaran.

Bab 8 : Terus MencariSenarai watak baru34. Tok Batin Senik

Latar1.Masai. Waktu pagi

Page 21: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

2. Tempati. Perkampungan orang asli.ii. Masyarakat yang prihatiniii. Negeri Pahangiv. Bukit Kutu

3. Masyarakati. Masyarakat orang asli moden.ii. Kuala Kubu

Kamaruddin dan Buyung selesai mengemaskan khemah

meraka sekitar jam 9.00 pagi yang pada ketika itu Bukit Kutu

masih diselubungi kabus. Buyung menganggarkan mereka

akan tiba di perkampungan orang Asli dalam masa tiga jam

selepas mereka menyusuri Sungai Dua nanti. Keadaan

menuruni bukit lebih mencabar daripada mendakinya, itulah

yang dialami oleh Kamaruddin dan Buyung. Mereka berdua

sempat meninggalkan tanda menggunakan tali berwarna merah

putih sepanjang lima inci untuk memudahkan mereka mencari

jalan pulang. Mereka sempat bergurau dengan menyatakan

bahawa jika dalam operasi ketenteraan, tindakan mereka itu

hanya menempah maut sahaja. Tidak berapa lama mereka

berjalan, akhirnya mereka sampai di perkampungan orang asli.

Mereka disambut oleh anak-anak orang asli dan Tok Batin

Senik. Buyung yang menyandang selaras senapang terus

menerangkan maksud kedatangan mereka di kampung itu

Page 22: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

untuk mengelakkan salah faham kerana dia amat mengerti

bahawa orang asli tidak menyukai orang luar berburu dalam

kawasan mereka. K Kamaruddin amat gembira apabila Tok

Batin Senik menjelaskan bahawa dia telah menjumpai seorang

perempuan bersama seorang budak lelaki. Mereka kini berada

di rumahnya. Mereka bergegas ke rumah Tok Batin Senik yang

diperbuat daripada kayu beratap zink dan lengkap dengan

saluran televisyen berbayar Astro. Bukan itu sahaja, rumah Tok

Batin dilengkapi bekalan tenaga elektrik dari sumber solar. Saat

yang dinantikan oleh Kamaruddin akhirnya tiba apabila dia

bersua muka dengan anaknya Faridah di rumah Tok Batin

Senik. Keadaan Faridah masih tidak sedarkan diri kerana dua

hari yang lalu Faridah terjatuh lalu kepalanya terhantuk ke batu

ketika dia mandi di sungai. Iqbal juga dalam keadaan yang baik.

Buyung segera menghubungi Meor untuk mendapatkan

bantuan helikopter tentera bagi membawa keluar mereka semua

dari perkampungan orang asli berkenaan. Sayu perasaan Tok

Batin Senik hendak berpisah dengan Iqbal yang telah dianggap

sebagai cucunya sendiri. Berita penemuan Faridah dan Iqbal

telah menjadi bahan berita utama di seluruh tanah air.

Bab 9 : Pekan Sungai KubuSenarai watak baru35. Datuk Alang (ketua

Kampung Paya)

Latar1. Masai. Waktu petang

Page 23: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

36. Induk Bertuah2. Tempati. Pekan Sungai Kubu

3. Masyarakati. Masyarakat yang

mempercayai perkara mistik.

ii. Masyarakat yang patuh kepada pemimpin.

iii. Masyarakat buruh kasar yang bekerja di lombong bijih timah

Cuaca di Pekan Sungai Kubu tidak menentu sejak beberapa hari

yang lalu. Penduduk sekitar pekan keluar ke pasar untuk

membeli barangan keperluan harian. Pelbagai barang ada dijual

oleh para peniaga yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Malah

menurut keterangan daripada Amah Siti, terdapat juga bilik-bilik

khas yang disediakan oleh peniaga Cina bagi tujuan pekerja

lombong menghisap candu. Ramai antara mereka yang sudah

ketagihan candu. Terdapat perusahaan perlombongan bijih

timah yang diusahakan oleh pekerja cina berbangsa Hakka.

Penghulu Garang dan orang-orangnya pula bertugas sebagai

pemungut cukai. Amah Siti sering membawa Faridah

berkunjung ke pasar untuk membeli keperluan harian. Mereka

pernah ditegur oleh Penghulu Garang ketika di pasar. Faridah

tidak pasti sama ada Penghulu Garang menyukainya atau

Page 24: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

sebaliknya. Penghulu Garang memang garang orangnya. Beliau

pernah bersama-sama Sayyid Mashahor menentang orang

Pahang dalam perang saudara yang berkesudahannya mereka

tewas. Amah Siti pernah bertanyakan asal asul Faridah. Faridah

memberitahu bahawa dia berasal dari Sungai Besar. Amah Siti

yang tidak mengetahui tempat berkenaan hanya meneka tempat

berkenaan berada di negeri Perak. Amah Siti mencadangkan

Faridah menanyakan tempat tersebut kepada Tuan Cecil. Lalu

dia memberanikan diri untuk bersemuka dengan Tuan Cecil.

Dalam pertemuan itu, Tuan Cecil mengatakan bahawa di

London, dia pernah bertemu dengan budak yang keadaannya

hampir serupa dengan Iqbal yang menghidap Sindrom Down.

Tuan Cecil berjanji akan mendapatkan khidmat doktor untuk

merawat penyakit Iqbal. Faridah maklum bahawa penyakit Iqbal

itu tiada ubatnya. Hujan lebat melanda pekan Sungai Kubu

berhari-hari. Kemudian, kediaman Tuan Cecil didatangi oleh

Datuk Alang dan Induk Bertuah yang mengadu bahawa anak

Induk Bertuah dibaham buaya putih. Mereka memohon bantuan

Tuan Cecil menembak buaya berkenaan. Penduduk kampung

percaya bahawa buaya itu buaya keramat namun disanggah

oleh Tuan Cecil. Akhirnya Tuan Cecil berjanji akan menolong

mereka membunuh buaya tersebut. Semasa Tuan Cecil

memburu buaya berkenaan, Penghulu Garang turut berada di

Page 25: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

empang untuk mengetahui perkara yang berlaku. Penghulu

Garang tidak bersetuju dengan tindakan Tuan Cecil kerana

menurutnya orang kampung akan menerima bala jika buaya

keramat itu diapa-apakan. Penghulu Garang akhirnya membuat

keputusan mengarahkan pengikutnya berpindah dari Pekan

Sungai Kubu. Pengikut Penghulu Garang segera balik untuk

mengemas barang masing-masing untuk melaksanakan arahan

berpindah segera oleh Penghulu Garang.

Bab 10 : Kau hadir dalam lgauanSenarai watak baru37. Asmah (ibu Iqbal)38. Abdullah (bapa Iqbal)

Latar1. Masai. Waktu pagi

2. Tempati. Wad HKLii. Keadaan bawah sedar

3. Masyarakati. Masyarakat yang tabah

menghadapi dugaan Allah.ii. Masyarakat yang suka

menolong.Kedua-dua ibu bapa Iqbal mengucapkan ribuan terima kasih

kepada Ghazali kerana telah mengembalikan Iqbal ke pangkuan

mereka. Iqbal yang merupakan anak tunggal mereka lahir

sebagai penyeri rumah tangga pasangan tersebut. Pada

mulanya mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa Iqbal

Page 26: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

menghidapi Sindrom Down, namun akhirnya mereka pasrah dan

menyayangi Iqbal sepenuh hati. Malah isterinya sanggup

melepaskan jawatan untuk menjaga Iqbal sepenuh masa.

Mereka suami isteri sudah puas berusaha mengubati Iqbal

namun usaha itu sia-sia sahaja kerana penyakit itu merupakan

penyakit keturunan. Ghazali sayu melihat keadaan Faridah yang

kurus kering kerana tidak makan selama beberapa minggu

semasa dia berada di bawah jagaan orang asli. Faridah akhirnya

dipindahkan ke wad biasa apabila keadaannya bertambah

stabil. Kaum keluarganya silih berganti datang melawat Faridah.

Iqbal turut melawat cikgunya, namun dia tidak dibenarkan

masuk melihat keadaan Faridah. Kamaruddin memuji

kecerdikan Iqbal dan memberitahu bahawa Iqbal sangat

disayangi oleh orang Asli di Sungai Dua dahulu. Rahayu datang

melawat kakaknya bersama ibu mereka Salmah. Akibat

keletihan menjalani rawatan kemoterapi, Rahayu tertidur di sisi

Faridah. Dalam tidurnya, Rahayu bermimpikan Faridah yang

menjerit meminta pertolongan. Rahayu ternampak sebuah

rumah yang ditolak arus dan di dalamnya kelihatan Faridah

ditindih oleh almari besar di kakinya. Rahayu segera memberi

bantuan kepada kakaknya. Setelah selamat, mereka berpelukan

kerana sudah lama tidak bertemu. Rahayu meminta Faridah

kembali ke pangkuan ibunya yang sangat merinduinya. Faridah

Page 27: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

mengajak Rahayu balik bersama-samanya, namun Rahayu

enggan pulang kerana menurutnya masanya telah semakin

hampir untuk mati. Rahayu sempat berpesan kepada Faridah

agar menyampaikan salamnya kepada ibu mereka. Akhirnya

Rahayu secara perlahan-lahan hilang daripada pandangan

Faridah. Faridah tersentak daripada tidurnya sambil menjerit

nama Rahayu. Doktor dan jururawat sibuk memeriksa keadaan

Faridah yang baru sedar daripada pengsannya. Namun mereka

yang ada di wad itu gempar apabila dimaklumkan bahawa

Rahayu telah meninggal dunia. Kamaruddin dan Salmah

mengalirkan air mata kesedihan kerana kehilangan Rahayu buat

selama-lamanya. Semua ahli keluarga pergi menguruskan

jenazah Rahayu dan meninggalkan Faridah dan Ghazali di bilik

wad berkenaan. Ghazali memaklumkan bahawa Faridah telah

menghilang selama sebulan. Ternyata Faridah terkejut

mendengar perkhabaran itu. Faridah memberitahu Ghazali

bahawa dia berada di Bukit Kutu bersama-sama Iqbal. Ghazali

menjelaskan bahawa bapanya mendapat petunjuk untuk

mengesan Faridah daripada Rahayu yang sering meracau-racau

tentang lokasi berkenaan. Barulah Faridah memahami bahawa

kehadirannya di Bukit Kutu merupakan pengembaraannya di

alam bawah sedar. Ghazali cuba menenangkan Faridah tentang

pemergian Rahayu buat selama-lamanya kerana Faridah baru

Page 28: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

sedar daripada komanya.

Bab 11 (Kasih Ibu Sepanjang Jalan)Senarai watak baru39. Pak Talib

Latar1. Masai. Wal pagi Subuh

2. Tempati. Pasar Sungai Hj. Dorani.ii. Kg. Parit Satu

3. Masyarakati. Masyarakat yang

menghormati orang tua.ii. Masyarakat Melayu yang

berpegang teguh nilai murni

Faridah yang selesai menunaikan solat fardu Subuh

mengejutkan ibunya kerana waktu solat subuh hampir habis.

Salmah yang baru terjaga terus terpacul di bibirnya nama arwah

Ayu. Salmah menyangka Faridah ialah arwah Ayu. Faridah

sangat sedih memikirkan keadaan ibunya yang terlalu merindui

arwah adiknya.semetelahan pula, ibunya itu pernah dimasukkan

ke hospital kerana masalah jantung beberapa hari yang lalu.

Doktor menasihati ibunya agar banyak berehat sungguhpun

penyakitnya tidak begitu serius. Memandangkan Faridah tidak

bekerja pada hari itu, Salmah mengajak anaknya itu ke pasar

Sungai Hj. Dorani untuk membeli belacan Pak Talib. Ketika di

Page 29: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

pasar itu, Faridah terkenang kembali akan saat dia dan arwah

Ayu masih kecil. Mereka sering bermain di pantai Sungai Hj.

Dorani sambil mengutip lala dan kerang. Sewaktu perjalanan

pulang, Faridah dan Salmah singgah di Parit Satu untuk

menziarahi pusara arwah Ayu. Faridah terkenang akan saat-saat

jenazah Ayu dibawa pulang ke Sungai Besar, dia masih

terlantar di wad hospital kerana badannya masih lemah akibat

kekurangan air. Hampir dua minggu, dia ditahan di wad

berkenaan. Sepanjang dia di wad, Ghazali sering menemaninya.

Salmah tidak melarang hubungan anaknya itu dengan Ghazali

kerana dia mengetahui bahawa hubungan Faridah dengan

Azman telah putus. Bak kata peribahasa, sekilas ikan di air,

sudah diketahui jantan betinanya, Salmah dapat menduga

bahawa Ghazali ada menyimpan perasaan terhadap anaknya

itu. Dugaan Salmah memang tepat apabila Ghazali sendiri

berjumpa dengannya untuk menyampaikan hasratnya

mengambil Faridah sebagai isterinya. Faridah malu mahu

mengakui hakikat itu kerana tidak mahu dikatakan perigi

mencari timba. Sementara itu, ibunya pula menyenangi sikap

Ghazali, lalu menasihati Faridah tentang percintaan. Menurut

Salamah, percintaan boleh dijalinkan selepas mereka

berkahwin. Faridah tidak membantah kata-kata ibunya kerana

baginya, baik bagi ibunya baiklah baginya. Salmah amat

Page 30: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

gembira apabila mengetahui anak gadisnya akan dipinang

orang dan akan membina rumah tangganya sendiri.

Bab 12: TekadSenarai watak baru40. Hj.Othman (bapa Azrul)41. Hjh.Rahmah (ibu Azrul)

Latar1. Masai. Waktu pagiii. Hari Jumaat

2. Tempati. Tanah Perkuburan Parit

Satu.ii. Rumah Azruliii. Kg. Parit 133. Masyarakati. Masyarakat usahawan

yang tabah hadapi cabaran.

Pedih sudah telinga Azrul mendengar rungutan tentang sebab

dia tidak memilih kerja makan gaji. Azrul sebenarnya

menyimpan cita-cita untuk menjadi usahawan yang berjaya

seperti yang dijanjikan kepada arwah Ayu. Ayah yang

menyedari hasrat murni anaknya itu sanggup membantu Azrul

dari segi modal, selain daya usaha Azrul memohon bantuan

kewangan daripada pihak Bank Pertanian melalui Dana

Pinjaman untuk Makanan. Azrul memaklumkan bapanya yang

dia berhasrat mengusahakan ternakan kambing biri-biri dan

kacukan kerana ternakan itu mendapat permintaan yang baik

daripada masyarakat Islam dan masyarakat Hindu. Namun

Page 31: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

bapanya mengingatkan Azrul bahawa ternakan yang ingin

dijadikan sebagai ternakan korban mesti dijaga dengan baik

dan terhindar daripada memakan rumput atau tanaman orang

lain. Azrul akur dengan ingatan bapanya itu. Menurut Azrul lagi,

antara sebab dia mahu bekerja di kampung kerana dia mahu

menjaga kedua-dua ibu bapanya itu memandangkan abang-

abangnya yang sudah berumah tangga semuanya tinggal

berjauhan. Adik bongsu perempuannya pula telah melanjutkan

pelajaran di Maktab Perguruan Gaya di Sabah. Namun Azrul

sebenarnya tidak mahu berjauhan dengan Ayu yang kuburnya

disemadikan di Tanah Perkububuran Parit Satu. Azrul pernah

terserempak dengan Faridah ketika dia melawat kubur arwah

Ayu pada suatu pagi hari Jumaat sehingga persahabatan antara

mereka. Pada pagi yang tenang di Kampung Parit 13, Hjh.

Rahmah leka membelek-belek koleksi orkidnya. Menyedari

minat ibunya, Azrul kerap menghadiahi ibunya dengan orkid

pilihan yang dibawanya dari UPM. Akhirnya hampir 50 spesis

orkid ada dalam koleksi Hjh. Rahmah. Hjh. Rahmah menyapa

Azrul yang dilihatnya sedang memendam perasaan sedih. Ibu

menyedari bahawa Azrul berubah menjadi pendiam selepas

kematian Rahayu. Dia pasti Azrul dilanda kesedihan yang amat

dalam. Oleh itu, Hjh. Rahmah menasihati Azrul agar

menguatkan semangat untuk meneruskan perjuangan hidup.

Page 32: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

Azrul menerima nasihat ibunya dengan hati yang terbuka dan

meneguhkan harapan yang dicita-citakan bersama-sama arwah

Ayu untuk mengubah wajah siswazah yang akan memulakan

hidup tanpa mengharapkan jawatan kosong di dada-dada

akhbar. Baginya, Ayu kekal sebagai pendorong kepadanya

sampai bila-bila.

Bab 13: RinduSenarai watak baruTiada

Latar1. Masai. Awal pagi2. Tempati. Parit 13ii. Kelang3. Masyarakati. Masyarakat yang

prihatin terhadap warga tua.

ii. Masyarakat tani(bersawah)

Faridah dan Ghazali selamat dikahwinkan. Awal pagi lagi

Faridah dan Ghazali keluar ke tempat kerja. Ghazali pula telah

ditukarkan ke Kelang. Dia hanya balik dua tiga hari seminggu

kerana jarak antara Kelang dengan Sungai Besar hampir 90 km.

Salmah berbulan-bulan lamanya berendam air mata kerana

sering terkenang akan arwah anaknya Ayu. Malahan, dia sering

berulang-alik pergi ke kubur anaknya itu setiap hari. Dalam

Page 33: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

perjalanan ke kubur, Salmah disapa oleh Minah yang turut

bersimpati melihat keadaan Salmah itu. Minah menahannya

daripada pergi ke kubur kerana dia telah ke kubur pada pagi

tadi. Minah menasihati Salmah agar tidak bekerja kuat lagi

memandangkan Faridah ada untuk menyara makan minumnya.

Salmah terkenang semula sewaktu Ayu datang ke rumahnya

dalam keadaan kurus kerana menderita sakit. Ayu dihantar oleh

bekas suaminya Kamaruddin untuk tinggal bersamanya buat

beberapa hari. Salmah turut menyiapkan kuih ubi ketuk yang

disukai oleh Ayu. Kerana keuzurannya, Salmah hanya mampu

menguruskan perkahwinan Faridah dengan Ghazali secara ala

kadar saja. Walaupun Faridah telah berumah tangga, dia

memutuskan untuk tinggal bersama-sama ibunya, meskipun

suaminya telah ditukarkan ke Kelang. Faridah pernah

meluahkan perasaan risaunya tentang keadaan ibunya kepada

Ghazali. Faridah sempat juga menduga cinta suaminya pada

dirinya. Faridah turut memaklumkan suaminya bahawa Azrul

iaitu teman lelaki arwah adiknya kini mengusahakan ternakan

kambing dan tapak semaian sebagai memenuhi janjinya pada

arwah Ayu yang dia tidak akan kerja makan gaji.

Bab 14 : Ibu, Angin telah Menderu PergiSenarai watak baruTiada

Latar1. Masai. Awal pagi (4.00 pagi)

Page 34: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

ii. Pagi (6.30 pagi)2. Tempati. Rumah Faridahii. Sungai Besar3. Masyarakati. Masyarakat yang redha

atas ketentuan Allah.ii. Masyarakat yang

menderita kehilangan anak tersayang.

Faridah terbangun dari tidurnya seawal 4 pagi kerana

termimpikan arwah adiknya yang tersenyum menggamit ibunya.

Lantas kotak fikirannya memikirkan maksud mimpinya itu.

Lantas dia mengambil wuduk untuk mengerjakan solat tahajud

untuk berserah pada ketentuan-Nya dengan hati yang pasrah.

Memang apabila Faridah berduka, sejadahlah tempat yang

paling ampuh merawat kesedihannya. Faridah mula

menyibukkan dirinya di dapur ketika matahari mula terbit.

Faridah menyiapkan nasi lemak sebagai sarapan seperti

kehendak ibunya. Hatinya mula risau apabila melihat ibunya

masih tidak muncul-muncul walaupun waktu solat Subuh

mengakhiri penghujungnya. Hati Faridah hancur luluh apabila

dia memeriksa keadaan ibunya di bilik tidur. Ibunya telah kaku

dan tidak bernyawa lagi. Salmah ibu kepada Faridah dan

Rahayu telah pergi buat selama-lamanya dan berakhirlah

penderitaannya merindui anaknya Ayu. Maka berakhirlah

Page 35: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

penderitaan Faridah.

Bab 15: 25 Tahun Kemudian - Cintaku AbadiSenarai watak baru42. Soleh Johnsons @ Samuel

Krikby Johnsons (suami baru Faridah)

43. Anne Johnsons (anak kembar Faridah, kakaknya bernama Melina)

Latar1. Masai. 25 tahun selepas Faridah

bermastautin di New Zealand.

2. Tempati. Rosewoodii. Christchurchiii.Masjid al-Noor, Pusat

Islam, Christchurch.3. Masyarakati. Masyarakat usahawan

yang berjaya.ii. Masyarakat yang celik

ICT.

Faridah telah berpindah dari Malaysia ke New Zealand dan

mendirikan rumah tangga dengan Soleh Johnsons @ Samuel

Krikby Johnsons. Ketika di dapur, Faridah disapa oleh anak

perempuannya Anne. Anne mencadangkan agar ibunya

memasak kari ayam pada hujung minggu ini. Ibunya berpesan

kepada Anne agar membeli ayam dan rempah kari di kedai

Nomad's (kedai halal). Selepas Anne berlalu pergi, Faridah

terkenang nostalgia 25 tahun lalu ketika dia membuat

keputusan berhijrah ke New Zealand. Selepas ibunya meninggal

dunia, Ghazali pula meninggal dunia kerana terlibat dalam

Page 36: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

kemalangan. Waktu itu, Faridah hampir gila memikirkan

nasibnya yang sebatang kara walaupun dia sebenarnya masih

mempunyai ayah kandung yang tinggal berjauhan dengannya.

Akhirnya dia telah ditawarkan mengikuti kursus Community

Services of Disable selama 6 bulan di New Zealand oleh Ibu

Pejabat JKM. Rupa-rupanya pemergian Faridah yang

disangkanya hanya sementara bertukar sebaliknya kerana dia

kini sudah menetap hampir 25 tahun di bumi kiwi ini. Faridah

ada menyimpan hajat untuk kembali ke bumi Malaysia untuk

menziarahi pusara arwah ibu, adik dan suaminya. Faridah

masuk ke rumahnya lalu mengakses siaran radio Satu RTM

menerusi perkhidmatan internet. Suaminya menyapa Faridah

yang mengetahui bahawa isterinya itu sedang kerinduan pada

tanah air tercinta. Sewaktu mereka bersarapan di dapur, Soleh

memberitahu bahawa dia sibuk dengan aktiviti menguruskan

pengambilan tukang sembelih di kedutaan Malaysia dan

Indonesia pada hari itu. Lantas Faridah terbayang akan

kenangan masa lalunya. Dahulu dia yang bekerja sambilan di

ladang Kirkby sebagai pengetam biri-biri telah menemukannya

dengan pengurus ladang iaitu Samuel dan kini Samuel bergelar

suaminya dan lebih dikenali dengan nama Islamnya Soleh

Johnsons. Mereka disatukan dalam akad nikah di Masjid al-

Noor, Pusat Islam Christchurch. Selesai bersarapan, Soleh

Page 37: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

meninggalkan Faridah untuk pergi memulakan tugasnya.

Faridah amat menyenangi panggilan manja “Idah” yang

diucapkan oleh suaminya walaupun usianya kini mencecah

setengah abad. Faridah akhirnya menyibukkan diri di dapur

rumahnya dengan aktiviti rutinnya sebagai suri rumah.

Bab 16 (Mengejar Mimpi)Senarai watak baru44. Melinda (anak kembar

Faridah, adiknya bernama Anne)

45. Jabbar al-Anbia @ Benny46. Jaafar al-Anbia (pak cik

Benny)

Latar1. Masai. Pukul 10.30 malamii. 1:00 pagi

2. Tempati. Auckland Harborii. Pej. Redwood, Queen

Christchurchiii. (rumah keluarga Street

Melina)

3. Masyarakati. Masyarakat yang hidup

berdikari.ii. Masyarakat yang longgar

pegangan agama.iii. Masyarakat yang berani

menyuarakan hasrat hati.iv. Masyarakat saudagar

minyak yang kaya-raya.v. Masyarakat pelayar yang

cekap.Bahagian 1

Gloria Coffee Bean yang berhampiran Auckland Harbor menjadi

Page 38: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

tempat kegemaran Melina untuk minum di sana. Melina telah

berkenalan dengan seorang pemuda berbangsa Arab yang

bernama Jabbar al-Anbia @ Benny warga Emiriyah Arab

Bersatu (U.A.E.). Benny pada mulanya menyangka Melina

berbangsa Maori kerana rupa kacukan Melayu-‘Mat Salih’.

Benny merupakan pewaris syarikat minyak milik keluarganya.

Benny amat meminati aktiviti kapal layar dan mempunyai

sebuah kapal layarnya sendiri. Pada mulanya, Melina

menyangka Benny beragama Kristian kerana dia memesan

minuman keras. Namun Benny menegaskan bahawa dia

beragama Islam dan berfikiran terbuka dalam soal keagamaan.

Bahagian 2Bahagian ini dimulakan dengan teknik imbas kembali pada

peristiwa Melina yang bercadang untuk keluar dari rumah dan

menjalani kehidupan sendiri dan berdikari. Oleh sebab

berlainan budaya, Faridah tidak dapat menghalang anaknya itu

untuk berbuat demikian. Malahan suaminya sendiri telah

menghubungi rakannya di Auckland untuk memudahkan Melina

mendapat pekerjaan di sana. Benny berkunjung ke pangsapuri

Melina. Tanpa segan-silu Melina mempelawa Benny masuk ke

dalam kediamannya. Mereka berdua bercadang untuk pergi

menjamu selera di sebuah restoran halal. Benny agak tegas

dalam soal makanan. Hal ini menghairankan Melina kerana

Benny turut mengambil minuman yang memabukkan tetapi

Page 39: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

amat menitiberatkan soal makanan halal. Dalam pertemuan itu,

Benny turut bercerita kepada Melina tentang aktiviti

pelayarannya yang bermula dari Doha hingga ke Sydney. Dia ke

Auckland kerana mendapat tawaran warga New Zealand yang

berminat membeli kapal layarnya dengan harga NZD 500,000.00.

Benny juga bercadang ke Malaysia untuk menempah kapal

yang lebih besar kerana dia mengenali tukang bot di Pulau

Duyong, Kuala Terengganu. Benny turut mengajak Melina ke

Malaysia. Tawaran Benny umpama orang mengantuk

disorongkan bantal kerana Melina ingin sangat ke Malaysia

yang merupakan tanah tumpah darah ibunya. Persahabatan

antara Melina dan Benny semakin erat. Akhirnya Benny

mengajak Melina berkahwin dengannya walaupun Melina agak

ragu-ragu dengan tindakan drastik Benny itu kerana Melina tahu

ramai lelaki Arab mengamalkan poligami. Setelah dipujuk rayu,

Melina akhirnya bersetuju menerima lamaran Benny untuk

berkahwin dengannya. Tanpa berlengah, mereka berdua

bertolak ke Christchurch dengan menaiki kapal terbang selama

kira-kira 2 jam. Melina sampai di rumah kira-kira jam 1:00 pagi

dan disambut oleh Faridah. Setelah memperkenalkan Benny

kepada keluarganya, Benny telah mengemukakan hasratnya

untuk mengahwini Melina. Faridah dan suaminya terkejut

apabila mengetahui hasrat Benny itu. Soleh meminta sedikit

Page 40: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

masa untuk menyelidiki latar belakang Benny sebelum

membuat keputusan. Benny memberitahu Soleh bahawa Soleh

boleh menghubungi bapa saudaranya yang juga pengerusi An

Anbia Family Limited iaitu Jaafar al-Anbia. Melina memuji

keberanian Benny yang bersemuka dengan kedua-dua ibu

bapanya untuk melamarnya.

Bab 17 (Penyembelih Kambing)Senarai watak baru47. Mohamad Zain Azrul48. Asraf Ameen (rakan kuliah

Zain)49. Abang Rosli50. Datin Aishah (isteri Datuk

Azrul)51. Prof. Andrew Sykes52. Redzha (pengawas pusat

sembelihan)

Latar1. Masai. pagi2. Tempati. Southland Hall (bilik

penginapan Zain)ii. Steward Buildingiii.Aucklandiv.Universiti Lincolnv. Pantai Kouikora

3. Masyarakati. Masyarakat yang rajin

bekerja.ii. Masyarakat yang

memiliki jati diri bangsa.

iii. Masyarakat mahasiswa yang berjaya dalam pelajaran.

iv. Masyarakat peladang yang berjaya.

Zain bertandang ke bilik rakan sekuliahnya Asraf. Asraf

Page 41: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

memberitahu bahawa mereka mendapat jemputan ke majlis

perkahwinan keluarga Soleh Johnsons yakni perkahwinan anak

perempuannya, Melina. Mereka berdua merupakan tukang

sembelih sambilan yang bekerja di Pusat Penyembelihan Hijrah

milik Soleh. Mereka berdua akhirnya memutuskan untuk hadir

ke majlis tersebut dengan mengenakan pakaian kebangsaan

masing-masing iaitu baju Melayu dan jubah Afrika. Zain

merupakan antara 12 orang pelajar Melaysia yang mengikuti

pengajian dalam jurusan pertanian di Universiti Lincoln.

Ayahnya, Datuk Azrul merupakan peladang yang berjaya dan

beberapa kali merangkul anugerah Penternak Jaya

Kebangsaan. Ayahnya pernah berpesan kepadanya bahawa

bidang pertanian jangan dipandang rendah kerana teknologi

pertanian semakin berkembang. Zain yang memang meminati

bidang pertanian risau akan ibunya. Dia bimbang ibunya akan

berkecil hati kerana ibunya menyuruh dia belajar di UPM sahaja.

Namun, Zain memilih untuk belajar di New Zealand.

Bagaimanapun keadaan telah berubah apabila ayah Zain telah

membawa ibunya melancong ke New Zealand sambil melawat

Zain. Ayahnya tetap bertegas mahu Zain menimba ilmu di bumi

kiwi dan berharap Zain dapat membawa balik pengetahuan

tentang pertanian untuk dimanfaatkan di Malaysia kelak. Datuk

Azrul juga berhasrat ingin mengubah imej pertanian di negara

Page 42: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

ini yang dikaitkan dengan kemiskinan. Dalam bab ini,

diceritakan peristiwa Datuk Azrul dan Datin Aishah berkunjung

ke New Zealand dan melawat Zain di Christchurch. Mereka

sekeluarga berkesempatan bersiar-siar di luar pantai Kouikora

untuk melihat kejinakan ikan paus. Semasa lawatan tersebut,

ibu Zain sempat mengingatkan anak bujangnya itu agar tidak

menetap terus di New Zealand seperti yang berlaku terhadap

Abang Rosli, iaitu anak jiran emaknya yang tidak kembali ke

tanah air selepas tamat belajar kerana berkahwin dengan

penduduk tempatan. Kini Abang Rosli menetap di Chasebrook

dan Zain pernah melawatnya pada hari raya semasa dia belajar

pada tahun pertama pengajiannya. Bab ini turut mengisahkan

pertemuan antara Zain dengan Anne Johnsons sewaktu dia

berbasikal ke Student Cafe. Anne yang berhadapan dengan

masalah keretanya, telah dibantu oleh Zain untuk

menghidupkan semula keretanya itu. Zain tidak menyangka

bahawa Anne ialah anak kepada Soleh Johnsons, majikan

tempat dia bekerja sambilan. Zain akhirnya meluahkan isi

hatinya kepada rakan karibnya bahawa dia mencintai Anne

Johnsons walaupun dia memahami akan berlaku pertembungan

budaya jika ditakdirkan mereka berkahwin kelak. Asraf hanya

mampu mendoakan kebahagiaan buat rakannya itu.

Bab 18 (Tanah Tumpah Air Mata)

Page 43: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

Senarai watak baru53. Abdul Salam alAnbia (ayah

Benny)54. Hj. Ahmad Bonjol (CEO)55. Hj. Yunus Maiden

(Pengurus Besar)56. Hj. Sulaiman Sendut57. Yusuf Ngadimen58. Tan Loke59. Khalid (pemandu)

Latar1. Masa- Tiada2. Tempati. KLii. KLIA, Sepangiii. Bangunan TH Perdana,

Jalan Ampangiv. London & Jordon

(imbas kembali)3. Masyarakati. Masyarakat kahwin

campurii. Masyarakat koperat

yang berjayaiii. Masyarakat moden

yang celik ICT.

Bahagian 1Melina dan Benny akhirnya sampai di KLIA selepas

mengharungi perjalanan selama 13 jam dari New Zealand.

Melina dan Benny kini sah sebagai suami isteri setelah mereka

selamat dikahwinkan kira-kira dua minggu yang lalu di Masjid

al Noor Christchurh. Ketika mereka memasuki ruang legar KLIA,

jam baru pukul 2 petang. Benny menyatakan bahawa ada wakil

syarikat yang akan menjemput mereka nanti. Melina tenggelam

dalam lamunannya. Dia terkenang peristiwa majlis

perkahwinannya tempoh hari. Ayahnya yang tidak menghalang

niatnya bergelar isteri menasihatinya agar belajar serba sedikit

tentang tanggungjawab sebagai isteri supaya dia dapat

Page 44: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

menjalankan tugasnya dengan baik. Soleh Johnsons

menasihatinya agar mencontohi ibunya, Faridah. Melina telah

bertemu dengan imam Wellington Islamic Center, Syeikh

Mohamad Amir untuk menguruskan hal pernikahannya. Melalui

imam itu jugalah Melina mendapat tahu bahawa ayahnya

seorang dermawan. Malah mengikut Syeikh Mohamad Amir,

pusat Islam itu beroperasi kerana dana yang disalurkan oleh

Soleh Johnsons. Sapaan Benny, mematikan lamunan Melina.

Melina bercerita serba sedikit tentang mamanya yang berasal

dari Sungai Besar. Namun, dia tidak pernah menjejakkan kaki

ke Malaysia hinggalah dia mengikuti Benny. Khalid, wakil

syarikat tiba untuk menjemput mereka ke hotel penginapan iaitu

Hotel Hilton, Kuala Lumpur. Keluarga Benny yang mempunyai

kepentingan di Malaysia sungguh gembira kerana Benny mahu

tinggal di Malaysia untuk menguruskan perniagaan keluarga

mereka, selain minat Benny terhadap kapal layarnya yang

belum siap di Terengganu. Melina agak risau kerana dia

bimbang tidak dapat menyesuaikan diri di Malaysia. Hari ke-2

mereka di Malaysia, Benny telah keluar awal-awal pagi untuk

menguruskan pekerjaannya. Khalid telah menunggu Benny di

lobi hotel. Khalid memanggil Benny, Tuan Jabbar kerana

menghormatinya selaku keturunan Nabi. Benny terkenang akan

perbualannya dengan pak ciknya, Jaafar. Ayah Benny, Abdul

Page 45: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

Salam al-Anbia telah berkahwin dengan wanita Kristian dan

perkahwinannya ditentang oleh keluarganya. Benny dibesarkan

di London oleh ibunya selepas kematian bapanya ketika dia

berusia 13 tahun. Benny sampai di bilik mesyuarat Syarikat

Teguh Emas Berhad yang terletak di Bangunan TH Perdana,

Jalan Ampang. Benny diperkenalkan dengan barisan ahli

lembaga pengarah yang seramai 15 orang kesemuanya.

Antaranya ialah Hj. Ahmad Bonjol (CEO), Hj. Yunus Maiden

(Pengurus Besar), Hj. Sulaiman Sendut, Yusuf Ngadimen, dan

Tan Loke. Benny telah dilantik menerajui bahagian operasi

syarikat tersebut dan akan berpejabat di Kuala Terengganu dan

Paka. Selesai mesyuarat, Benny diperkenalkan kepada

wartawan dalam satu sidang akhbar yang turut memgumumkan

penemuan telaga minyak baru di Duyong 7, luar pesisir

Terengganu.

Bahagian 2

Melina yang selesai menghantar e-mel ke New Zealand

mengambil keputusan untuk bersiar-siar di sekitar kawasan

hotel berkenaan. Dia ke sebuah kedai untuk membeli peta

semenanjung. Melina bertanyakan lokasi Sungai Besar kepada

peniaga berbangsa India. Peniaga tersebut memberitahu

bahawa Sungai Besar terletak di utara Selangor. Peniaga itu

memuji Melina kerana pandai bercakap dalam bahasa Melayu.

Page 46: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

Bab 19 (Hati dan Warna Kanvas)Senarai watak baru60. Hj.Awang61. Mohamed Attar62. Mehmmod (perisik Interpol)63. Noor Mohamad

Latar1. Masai. Waktu siang2. Tempati. Marang, Terengganuii. Paka3. Masyarakati. Masyarakat yang

bertanggungjawab menjaga amanah.

ii. Masyarakat yang mempunyai pegangan agama yang teguh.

iii.Masyarakat yang menghargai karya seni.

Benny dan Melina meninjau-ninjau rumah banglo yang akan

dibelinya di Marang. Melina menyukai landskap rumah

berkenaan. Mereka sempat berkenalan dengan Hj. Awang iaitu

orang yang dipertanggungjawabkan menjaga banglo

berkenaan. Selepas berpuas hati dengan keadaan dan hiasan

dalaman banglo, Benny bersetuju membeli banglo berkenaan

yang bernilai hampir setengah juta ringgit. Selepas tinggal di

Marang, Melina menghabiskan masa terluangnya dengan

membuat lukisan pada kanvas. Benny secara diam-diam kagum

dengan kemahiran isterinya itu. Benny yang sibuk sebagai

pegawai operasi syarikat, telah berkenalan dengan Mohamed

Page 47: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

Attar, Mehmood, dan Noor Mohamad. Antara mereka, Mohamed

Attar dikagumi kerana sikap waraknya. Mohamed Attar sering

membahaskan isu-isu semasa tentang kebejatan Amerika, hal-

hal keagamaan, dan isu manipulasi wanita dalam fesyen. Benny

sendiri malu jika dia dibandingkan dengan Mohamed Attar

dalam hal ehwal keagamaan. Benny juga sering mengikuti

usrah-usrah yang diadakan oleh Mohamed Attar yang amat

tegas tentang kepentingan menutup aurat. Benny sendiri belum

mendesak Melina untuk menutup auratnya kerana dia tahu

pastinya Melina akan membantah. Malahan dirinya sendiri

jikalau diteliti sudah banyak bergelumang dengan dosa

sebelum berkahwin. Dia sering tertanya-tanya, cara hendak

membersihkan diri sebelum dia berhadapan dengan Allah.

Jawapan yang diperolehinya adalah melalui JIHAD.

Bab 20 (Pendatang)Senarai watak baru64. Siti Aishah (pengusaha Siti

Katering)

Latar1. Masai. Pagi2. Tempati. Rumah Faridah3. Masyarakati. Masyarakat Islam yang

dipandang serong oleh penganut agama lain.

ii.Masyarakat yang menghargai keharmonian dalam masyarakat.

Page 48: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

iii.Masyarakat yang tidak bertanggungjawab.

Perbuatan vandalisme yang dilakukan oleh pihak yang tidak

bertanggungjawab di An Noor Islamic Center merunsingkan

fikiran Soleh. Dia berharap situasi itu tidak akan menjejaskan

keharmonian kejiranan di Chrischurch. Faridah yang memahami

kerunsingan suaminya mencadangkan agar mereka

mengadakan majlis ramah mesra di pusat komuniti.

Penganjuran tersebut bertujuan mengukuhkan hubungan

kemasyarakatan yang tergugat akibat kejadian tersebut. Soleh

sangat bersetuju dengan cadangan isterinya itu. Selepas

berbincang, mereka akhirnya bersetuju untuk menempah

makanan daripada Siti Katering untuk memudahkan

penganjuran majlis berkenaan. Majlis tersebut akan

dilaksanakan dalam masa dua minggu lagi. Faridah turut

mengharapkan teman-teman sekuliah Anne akan dapat

membantu menguruskan majlis berkenaan. Soleh melahirkan

rasa rindunya kepada Melina dan Benny yang jauh dari matanya

dan jika mereka ada bersama-sama pastinya majlis itu akan

bertambah meriah. Faridah juga terkenang akan kemeriahan

majlis kenduri yang diadakan di kampung halamannya puluhan

tahun yang lampau.

Bab 21 : Tak Ingin Tahu

Page 49: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

Senarai watak baru65. Imam Muda Musa66. Masitah

Latar1. Masai. Subuhii.Pagi2. Tempati. Rumah Datuk Azrulii.Kg. Parit 133. Masyarakati. Masyarakat pekerja yang

rajin.ii.Masyarakat pekerja asing

yang bekerja di negara ini.

Zain berbual-bual dengan ayahnya selepas Datuk Azrul pulang

dari masjid. Zain meluahkan rasa gembiranya kerana dapat

pulang ke kampung halaman. Keadaan di kampungnya sudah

banyak berubah sejak tiga tahun sepeninggalannya untuk

melanjutkan pelajaran di New Zealand. Datuk Azrul mengakui

pandangan anaknya, namun padanya manusia tetap tidak

berubah jasadnya. Hanya yang berubah ialah akal dan

pertimbangannya. Datuk Azrul menambah, sejauh mana pun

kemajuan pembangunan dilaksanakan, jika sikap dan fikiran

manusia kekal ditakuk lama, maka pembangunan modal insan

pastinya sudah gagal. Zain mengerti maksud kata-kata ayahnya

yang memperoleh gelaran Datuk bukan kerana ayahnya

menceburi politik tetapi usahanya yang tidak kenal erti putus

asa dalam bidang peladangan. Zain pernah mencadangkan agar

ayahnya memceburi bidang politik untuk membuat perubahan.

Page 50: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

Namun pendapat Zain itu tidak dipandang serius oleh Datuk

Azrul. Selepas bersarapan, Datuk Azrul dan Zain pergi ke

Kampung Parit 13 untuk meninjau sawah padi. Di sana Zain

diperkenalkan oleh ayahnya dengan Masitah yang bekerja di

syarikat Datuk Azrul. Menurut penjelasan Masitah, syarikat

Datuk Azrul terpaksa mengambil khidmat pekerja asing untuk

kerja-kerja buruh yang tidak dapat dipenuhi oleh warga

tempatan. Pada hemat Datuk Azrul, warga asing yang mencari

rezeki secara halal dan mematuhi undang-undang wajar

dibenarkan berkhidmat di negara ini.

Bab 22: Mengukur UsiaSenarai watak baru67. Hj. Zubair

Latar1. Masai. Petang (asar)2. Tempati. Beranda masjid3. Masyarakati. Masyarakat yang taat

kepada perintah agama.ii.Masyarakat yang tidak

berputus asa dalam mengusahakan sesuatu.

iii.Masyarakat politik yang tidak ikhlas berkhidmat kepada anggota masyarakat.

iv.Masyarakat yang bijak dalam perancangan perniagaan.

v.Masyarakat yang

Page 51: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

menghormati orang tua.

Selesai menunaikan solat Asar berjemaah yang diimamkan oleh

Datuk Azrul, Datuk Azrul dan Hj. Zubair menghampiri Zain yang

duduk di beranda masjid untuk berborak. Mereka agak sedih

melihat jemaah yang semakin berkurangan sejak akhir-akhir ini.

Jika dahulu, semasa solat Jumaat mampu mengumpulkan

sekitar 150 jemaah, kini hanya sekitar 60 orang sahaja. Hal ini

berlaku kerana anak muda berpusu-pusu berhijrah ke bandar.

Banyak kebun yang terbiar dan tidak diusahakan oleh waris

yang masih tinggal. Datuk Azrul pernah mencadangkan agar

tanah-tanah tersebut diusahakan, namun perlu mendapat

persetujuan daripada pemilik tanah yang biasanya mengambil

masa yang lama. Menurut Datuk Azrul, muafakat orang

sekarang berbeza dengan orang dahulu. Contohnya empat tiang

seri masjid tersebut hasil muafakat moyang mereka dahulu dan

kini masih utuh digunakan oleh anak cucu mereka. Datuk Azrul

berpendapat bahawa orang Melayu perlu mengukuhkan

ekonomi sendiri agar syariat Islam mampu dilaksanakan

dengan jayanya. Dia mahu kampung itu menjadi lambang

kemajuan ekonomi orang Melayu. Datuk Azrul selalu berpegang

pada kata-kata bahawa-bekerja sendiri lebih mulia kerana dapat

membantu orang lain memperoleh pekerjaan. Dia turut teringat

akan kata-kata arwah ayahnya, Hj. Othman bahawa cara berfikir

Page 52: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

perlu diubah untuk mencapai kemajuan dan jangan hanya

mahukan keuntungan yang senang seperti kebanyakan orang

Melayu. Itulah sebabnya Datuk Azrul menghantar Zain belajar di

luar negara dalam bidang pertanian agar dapat memajukan

bidang pertanian dan kampung sendiri. Menurut Datuk Azrul

lagi, semaju mana pun sesebuah negara itu, jika bidang

pertanian tidak berkembang, negara tersebut akan bergantung

kepada import bahan makanan. Berkenaan tanah terbiar di

kampung mereka, menurut Hj. Zubair, Datuk Azrul telah puas

berusaha namun belum menampakkan tanda yang positif.

Mungkin disebabkan Datuk Azrul tidak terlibat dalam politik

kerajaan, maka hal sedemikian kurang mendapat kepercayaan

pemilik-pemilik tanah. Namun Datuk Azrul tetap dengan

pilihannya tidak mahu terlibat dalam politik untuk mengubah

keadaan. Hj. Zubair turut bersedih memikirkan ada individu

yang kurang berpendidikan yang melibatkan diri dalam bidang

politik hanya untuk mengambil peluang dan mengaut kekayaan

sahaja. Tokoh-tokoh seperti Sako, Boestamam dan Ibrahim

Yaakub yang cenderung kepada sayap pembangkang

sebenarnya sayang akan negara mereka. Mereka menekan

pemerintah agar memberikan hasil terbaik untuk rakyat. Zain

mengambil peluang memberitahu ayahnya tentang gadis pilihan

hatinya. Datuk Azrul menyangka bahawa bakal menantunya itu

Page 53: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

bukan orang Melayu tetapi Zain menjelaskan bahawa gadis itu

berdarah campuran. Gadis itu berketurunan Melayu mengikut

darah ibunya. Ayahnya tidak menghalang niat Zain itu cuma dia

mengingatkan Zain supaya kampung halaman menjadi

destinasi terakhir. Datuk Azrul senang hati melihat anaknya

sedia memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Bab 23 :Melihat dalam DiriSenarai watak baru68. Khadijah(anak Hj.Awang)

Latar1. Masai. Hujung musim tengkujuh.2. Tempati. Kuala Terengganuii.Rumah Melina(Marang)3. Masyarakati. Masyarakat Melayu yang

peramah.ii.Masyarakat yang

mementingkan kerjaya.iii.Masyarakat yang tolong-

menolong.

Melina risau melihat perubahan perangai suaminya. Hal ini

kerana Benny selalu meninggalkannya di rumah keseorangan

atas alasan urusan kerjanya di Kuala Lumpur. Oleh itu, Melina

terpaksa meminta Khadijah, anak gadis Hj. Awang (bekas guru

besar) yang juga jirannya menemaninya semasa ketiadaan

Benny. Kali terakhir Melina mengikuti Benny ke Kuala Lumpur

adalah tiga bulan yang lalu kerana desakannya untuk membeli

Page 54: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

belah pakaian baru. Benny ke Kuala Lumpur bersama-sama

Mehmood dan Mohamed Attar. Sepeninggalan Benny, Khadijah

bertandang ke rumah Melina untuk menemaninya seperti yang

diarahkan oleh ayahnya. Hj. Awang bimbang akan keselamatan

Melina yang tinggal sendirian. Dia sering kali menyuruh anak

gadisnya itu menemani Melina walaupun tidak diminta oleh

Melina. Semasa berbual-bual dengan Melina, Khadijah

memberitahu Melina sebab-sebab bapanya menyuruh dia

menemani Melina. Menurutnya falsafah orang Melayu lebih suka

mengambil langkah pencegahan dalam sesuatu perkara kerana

lebih banyak membawa kebaikan. Melina dalam diam-diam

mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada keluarga

Hj. Awang yang banyak menghulurkan bantuan kepadanya,

khasnya ketika Benny tiada di sisi. Pada pandangan Melina,

Khadijah telah menampilkan ciri-ciri kematangan berfikir dan

bertindak walaupun usianya baru belasan tahun. Hal ini dapat

disaksikan sendiri apabila Khadijah dapat menguruskan kerja-

kerja rumah semasa ibunya sakit tempoh hari. Akhirnya, Melina

mengajukan soalan, sama ada Khadijah pernah pergi ke Sungai

Besar iaitu tempat ibu Melina dilahirkan. Namun Khadijah

mengatakan bahawa dia tidak pernah pergi ke sana. Melina

meluahkan rasa bertuahnya jika dia dapat melawat tempat

kelahiran ibunya itu.

Page 55: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

Bab 24: Lambaian HatiSenarai watak baruTiada

Latar1. Masai. Pagiii.25 tahun dulu

2. Tempati. Rumah Faridah (ruang

tamu)ii.Sungai Besar (imbas

kembali)3. Masyarakati. Masyarakat yang

mementingkan pelajaranii.Masyarakat yang berbudi

bahasa.iii.Masyarakat yang peramah

melayan tetamu.

Zain akhirnya bertemu mata dengan Faridah setelah Anne

menjemputnya ke rumah. Setelah memperkenalkan diri, Zain

memberitahu bahawa dia berasal dari Sungai Besar. Pengakuan

itu membuatkan Faridah terperanjat mendengar berita yang

tidak disangka-sangkanya itu. Ekoran itu, Faridah berasa sayu

mengenangkan tanah kelahirannya hingga menitiskan air mata.

Faridah menceritakan saat dia meninggalkan Malaysia untuk

berhijrah ke New Zealand 25 tahun yang lalu. Dia tahu bahawa

dia tidak akan kembali semula ke tanah air. Faridah turut

menceritakan tanah sawahnya yang menjadi punca rezekinya

dan ibu. Zain mencadangkan agar Faridah pulang ke

Page 56: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

kampungnya namun Faridah menyatakan bahawa tiada sesiapa

lagi di sana. Anne turut mengajak ibunya pulang ke Sungai

Besar. Zain mempelawa Faridah bertandang ke rumahnya jika

Faridah datang ke Sungai Besar nanti. Sambil bergurau, Anne

sempat mengusik Zain dengan menyatakan bahawa Zainlah

yang akan menjadi pemandu pelancong apabila ibunya melawat

ke Sungai Besar nanti. Faridah memeluk erat Anne yang

memahami erti kerinduannya terhadap kampung halaman,

lantas dia terkenang akan arwah Rahayu, kembarnya. Faridah

juga terkenang akan ayahnya yang tidak pernah diketahui

nasibnya selepas dia berpindah ke New Zealand. Faridah tidak

pasti sama ada ayahnya masih hidup atau sebaliknya.

Mengenangkan hal itu, Faridah bertekad untuk kembali ke tanah

air. Dia ingin membongkar semula kenangannya selama 25

tahun yang lalu. Faridah mahu Anne mengetahui susur galur

keturunannya dari sebelah ibunya dan dalam diam-diam

Faridah mengharapkan hubungan Anne dan Zain akan

disatukan dalam ikatan perkahwinan.

Bab 25: Menghapus DosaSenarai watak baru69. Ustaz Hassan Syukri

Latar1. Masai. Petang2. Tempati. Rumah ustaz Hassan(ruang

tamu)

Page 57: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

3. Masyarakati. Masyarakat yang bijak

berhujah.ii. Masyarakat yang

bertahaman radikal.iii. Masyarakat yang setia

kawan.

Benny, Mehmood, dan Mohamed Attar mengunjungi Ustaz

Hassan Syukri di rumahnya. Beliau yang baru berumah tangga

tidak lagi segan menjemput tetamu datang ke rumahnya kerana

sudah ada isteri yang akan menghidangkan minuman kepada

tetamu. Benny sempat mengusik Mehmood yang masih hidup

membujang. Mehmood hanya memberi alasan bahawa dia

belum bertemu pilihan hati yang sesuai. Mohamed Attar yang

mencelah perbualan mereka meminta pendapat Ustaz Hassan

berkenaan amalan agama Islam di Malaysia. Ustaz Hassan yang

pernah menuntut di Timur Tengah menyatakan bahawa amalan

Islam di negara ini pastinya berlainan kerana mengambil kira

faktor budaya. Kemudian, Mohamed Attar menerangkan bahawa

di kampung halamannya banyak orang Islam mengamalkan

ajaran Islam tapi tidak melaksanakan syariah Islam. Dia

menjelaskan bahawa banyak perkara yang boleh diselesaikan

secara aman, namun banyak penyelesaian yang dipilih melalui

keganasan. Ustaz Hassan memberitahu bahawa budaya orang

Melayu berbeza kerana orang Melayu jika hendak menegur

Page 58: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

pastinya berlapik cakap. Benny bersetuju dengan pandangan

Ustaz Hassan kerana membandingkan sikap Hj. Awang yang

terkenal dengan ketegasannya, namun dia tidak pernah

menegur Melina yang tidak menutup aurat, malahan dia

sekeluarga semakin mendampingi Melina untuk memahami

budaya hidup isterinya itu. Mereka akhirnya meminta diri dari

rumah ustaz Hassan. Dalam perjalanan, Mohamed Attar

menyatakan bahawa ustaz Hassan tidak sesuai dalam

perjuangan mereka kerana dia melabelkan ustaz Hassan

sebagai ulama kerajaan. Mohamed Attar yang berfahaman

radikal menjelaskan bahawa untuk maju, umat Islam perlu

berjuang dan berpolitik sambil memberi contoh tentang

kehebatan ketenteraan Islam zaman Umaiyah dan zaman

Abbasiyah. Mehmood yang mengiakan pendapat Mohamed

Attar menyokong pendapat itu. Dia turut memberi jaminan

bahawa dia akan bersama-samanya dalam perjuangan di

barisan hadapan nanti sebagai tanda persahabatan yang kukuh.

Mohamed Attar turut mengajak Benny bersama-samanya dalam

perjuangan tersebut, namun Benny menyatakan bahawa dia

masih belum bersedia.

Bab 26: Hati WanitaSenarai watak baru70. Amir Mustov71. Ariff Carson

Latar1.Masai. Pagi

Page 59: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

72. Ahmad Raffles73. Musa Surray74. Yusof Jensen75. Steven76. Doris Chia77. Hj. Ismail Tabu (imam)

2.Tempati. Cameron Highlandsii.Banglo The Cottage Golf

View3. Masyarakati. Masyarakat perantauanii. Masyarakat majmuk

yang tinggal di Malaysiaiii.Masyarakat yang

menceburi bidang pertanian

iv.Masyarakat yang mementingkan adat dalam kehidupan (majlis merisik)

Faridah dan suaminya datang ke Malaysia dengan tujuan

melawat Melina yang sarat mengandung, sambil

membincangkan soal perkahwinan Anne dan Zain serta datang

untuk melunaskan kerinduan terhadap kampung halaman.

Faridah dan Soleh menginap di sebuah banglo percutian di

Cameron Highlands. Angin sejuk di kawasan tanah tinggi

tersebut menyebabkan Faridah teringat akan suasana di

rumahnya yang menghadap lereng bukit di Rosewood. Setelah

seminggu berada di situ, Soleh telah berkesempatan untuk

berkenalan dengan Amir Mustov (Yugoslavia), Ariff Carson

(Britain), Ahmad Raffles (Australia), Musa Surray (Scotland),

dan Yusof Jensen (Belanda). Soleh mempelawa Yusof Jensen

bersama-samanya menerima kunjungan Datuk Azrul untuk

Page 60: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

membincangkan hal perkahwinan anaknya. Datuk Azrul tiba di

rumah penginapan Soleh bersama-sama isterinya, Zain dan Hj.

Zubair dengan menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Melihat pekarangan rumah tempat keluarga Soleh menginap,

timbul rasa resah di hati Datin Aishah tentang mahar yang bakal

diminta oleh keluarga Anne yang pastinya daripada keluarga

yang berada. Datin Aishah turut bimbang apabila teringat akan

Steven anak Doris Chia yang mulanya bekerja di Tokyo terus

menetap di sana apabila sudah berkahwin. Dia bimbang Zain

akan mengikuti jejak langkah Steven. Dia mahu Zain berjanji

dengannya agar tidak berpindah ke luar negara selepas

berumah tangga kelak. Datuk Azrul kurang senang dengan

telatah isterinya itu. Menurutnya rezeki Allah terbentang luas di

mana-mana sahaja dan dia percaya sejauh mana seseorang itu

berkelana, pasti akhirnya dia pulang ke kampung halaman

sendiri. Rombongan Datuk Azrul disambut mesra oleh Soleh

petanda rombongannya diterima. Kemudiannya, dia mengetahui

bahawa Faridah berasal dari Kampung Parit Tiga, Sungai Besar

yang juga sekampung dengan Datin Aishah. Faridah bercerita

tentang latar belakangnya kepada keluarga Datuk Azrul.

Selepas itu, barulah dia menyedari bahawa Datuk Azrul itu ialah

bekas kekasih arwah kembarnya, Rahayu. Selepas Datuk Azrul

menceritakan kisahnya dengan Rahayu, Faridah berasa sayu

Page 61: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

mengenangkan arwah adiknya itu. Faridah dan Datuk Azrul

benar-benar tidak menyangka bahawa pertemuan mereka telah

menyatukan mereka semula. Faridah, Datuk Azrul dan Datin

Aishah masing-masing melayani perasaan sendiri. Selepas

suasana kembali tenang, Datin Aishah membuka bicara untuk

membincangkan hal perkahwinan anak-anak mereka.

Bab 27: Kembali ke Alam NyataSenarai watak baruTiada

Latar1. Masai. Lewat malam

2. Tempati. Jambatan Pulau Pinangii. Awana, Gentingiii.Tanjong Malim, Ipohiv.Pantai Miami

3. Masyarakati. Masyarakat yang

berfahaman radikal.ii. Masyarakat Islam yang

hidup berpegangkan prinsip berserdahana

iii.Masyarakat yang bijak menyusun strategi perjuangan (perisik polis)

iv.Masyarakat yang bertanggungjawab terhadap kaum keluarga

Benny berada dalam ketakutan kerana dia telah terperangkap

dalam satu percaturan antara Mohamed Attar dengan pihak

Page 62: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

polis antarabangsa berkaitan kegiatan pengganas. Benny

bertindak meninggalkan Melina dan akan berangkat ke luar

negara bagi menyelamatkan dirinya. Ketika dia sampai di

Awana berhampiran Genting, Benny menerima mesej yang

memaklumkan Mohamed Attar telah ditangkap. Sewaktu dia

menyusur masuk ke lebuh raya berhampiran Tanjong Malim,

Mehmood menghubunginya meminta dia menyerah diri dan

memberi kenyataan kepada pihak polis. Benny memang tidak

menduga sama sekali identiti Mehmood yang sebenarnya

merupakan seorang perisik polis semasa mereka berkenalan

dahulu. Walaupun Mehmood mengakui bahawa Benny tidak

terlibat dalam rancangan keganasan, tapi Benny enggan

menyerah diri kerana dia bimbang akan dihantar ke Teluk

Guantanamo sebagai pengganas. Akhirnya dia membuang

telefon bimbitnya yang berjenama terkenal kerana takut dikesan

oleh pihak berkuasa. Benny tidak menyangka bahawa Mohamed

Attar mempunyai rancangan meletupkan bom di sebuah kasino

di Pulau Sentosa, Singapura. Sekarang barulah dia memahami

sebab-sebab Melina selalu meragui persahabatannya dengan

rakan-rakannya itu, khususnya Mohemed Attar yang menurut

penilaian Melina seorang yang terlalu radikal. Kini barulah

Benny mengerti sikap Mehmood yang sering menjadi pengikut

setia kerana dia ingin membongkar rancangan Mohamed Attar

Page 63: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

yang disyaki sebagai pengganas. Namun begitu Benny tidak

pula menyangka bahawa Mohamed Attar akan mengambil

tindakan yang keterlaluan seperti itu. Benny terkenang akan

perjumpaannya dengan Mohamed Attar beberapa hari yang lalu.

Dalam pertemuan itu, Mohamed Attar memberitahunya bahawa

dia akan berjihad dan turut memujuk Benny supaya ikut serta.

Benny yang tidak bersedia mengorbankan nyawa orang awam

keberatan menuruti ajakan Mohamed Attar. Benny tidak mahu

Melina melahirkan anak tanpa ayahnya di sisi. Walaupun Benny

terpaksa meninggalkan Melina, dia tidak lupa memberikan

sejumlah wang yang besar kepada Ustaz Hassan Syukri untuk

membantu Melina sepanjang ketiadaan dia nanti. Benny yang

akhirnya tiba di Pantai Miami telah dijemput oleh dua orang

yang berpakaian hitam bertopeng untuk ke destinasi rahsia

yang telah diaturkan oleh keluarganya. Benny tidak melengah-

lengahkan masa lalu menaiki bot laju berkuasa tinggi untuk

menyelamatkan diri dengan meluncur ke perairan

antarabangsa. Dia sempat membisikkan ucapan selamat tinggal

buat isteri tercinta.

Bab 28 : Cerita Penghujung UsiaSenarai watak baruTiada

Latar1. Masai. Malam2. Tempat

Page 64: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

i. Cameron Highlandsii. Banglo The Golf View

Cottage3. Masyarakati. Masyarakat yang rasional

dalam membuat keputusanii. Masyarakat yang

bertanggungjawab terhadap orang tua

Dalam bab ini banyak peristiwa yang dikenang semula oleh

watak Faridah dan Datuk Azrul. Faridah mengimbas kembali

peristiwa lebih 25 tahun yang lalu semasa dia masih muda

belia. Kisah dia dan Ayu yang terpisah kasih ibu bapa akibat

perceraian ibu bapa. Hal ini menyebabkan Faridah bertekad

akan menjaga rumah tangganya agar anak-anaknya tidak

menerima nasib yang sama. Sedih Faridah teringat akan kisah

silamnya itu. Sementara itu, Datuk Azrul menceritakan semula

kisah Faridah yang hilang di Bukit Kutu. Datuk Azrul juga

menjelaskan bahawa dia pernah beberapa kali berjumpa

dengan Haji Kamaruddin (ayah Faridah) untuk mencari punca

insiden kehilangan Faridah itu. Hj. Kamarudin kini uzur

keadaannya dan dijaga oleh anak lelakinya di Kuala Lumpur.

Manakala Hamidah, isterinya (ibu tiri Faridah) telah meninggal

dunia beberapa tahun yang lalu. Faridah hanya mendengar

sahaja penjelasan Datuk Azrul tentang ayahnya itu kerana dia

sudah terasa terasing untuk pergi melawat ayahnya. Pelbagai

Page 65: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

andaian diperkatakan orang tentang sebab kehilangan Faridah,

namun Datuk Azrul yakin bahawa peristiwa tersebut merupakan

satu kelebihan akal manusia yang merentasi batas ruang dan

masa. Faridah yang mengakui pendapat Datuk Azrul kerana dia

ada menanyakan hal itu kepada beberapa orang ulama di New

Zealand yang mengesahkan bahawa perkara itu boleh terjadi

jika kita mendalami bidang tasawuf. Faridah turut

memaklumkan bahawa Soleh telah membeli banglo di Cameron

Highlands itu bagi memudahkan mereka berulang-alik untuk

melawat anak mereka di Malaysia, lagi pun Faridah masih

memegang kerakyatan Malaysia. Faridah menyuarakan hasrat

hatinya untuk menulis pengalamannya semasa koma dan

ideanya itu disokong oleh Datuk Azrul. Datuk Azrul

memberitahu bahawa jika dia masih muda dan bertenaga,

masih banyak perkara yang mahu dilaksanakan olehnya.

Faridah menyetujui pandangan Datuk Azrul itu dan dia

menyatakan hasrat ingin melawat kubur ibu, adik, dan bekas

suaminya untuk mengubat rindu selama 25 tahun yang lalu.

Bab 29 : PasrahSenarai watak baru78. Inspektor Radzi

Latar1. Masai. Petangii.Siang2.Tempati. Rumah Melina

Page 66: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

ii. Balai Polis Marang3. Masyarakati. Masyarakat yang

bertanggungjawab terhadap keluarga

ii. Masyarakat yang mahu menerima perubahan demi memajukan diri

iii.Masyarakat polis yang cekap menjalankan tugas

iv.Masyarakat yang ikhlas menghulurkan bantuan

Sudah empat hari Benny meninggalkan Melina yang sarat

mengandung tanpa sebarang berita. Melina kebingungan

memikirkan kehilangan suaminya itu. Sebelum kehilangannya,

Melina senang hati melihat suaminya itu telah berubah sikap

daripada seorang yang suka berfoya-foya menjadi seorang

yang bertanggungjawab terhadap keluarga selepas mereka

berkahwin. Perubahan itulah yang menyebabkan suaminya

berkawan rapat dengan Ustaz Hassan, Mohamed Attar,

Mehmood dan Noor Mohamad. Sekarang Melina tidak tahu

Benny hilang ke mana. Pihak syarikat telah menghubunginya

beberapa kali untuk menanyakan hal Benny. Melina

memutuskan untuk membuat laporan polis tentang kehilangan

suaminya. Inspektor Radzi membantu Melina menyediakan

laporan polis di Balai Polis Marang. Di balai polis itu Melina

diberitahu bahawa rakan-rakan suaminya, iaitu Mohamed Attar

Page 67: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

dan Noor Mohamad telah diberkas oleh pihak Interpol kerana

disyaki terlibat dalam aktiviti yang mengancam keselamatan

negara. Inspektor Radzi mengesyaki kehilangan Benny ada

kaitannya dengan penahanan tersebut. Melina keliru dengan

maklumat yang baru diketahui olehnya itu. Kini fahamlah Melina

atas kehilangan suaminya. Dia amat yakin bahawa Benny tidak

meninggalkannya kerana membencinya tetapi atas alasan

persahabatan rakan-rakannya. Melina juga amat memahami

bahawa orang Arab amat setia kepada rakan mereka dan

sanggup mati berjuang kerana sahabat jika itu yang diperlukan.

Melina amat bersyukur kerana menurut semakan Inspektor

Radzi, nama suaminya tiada dalam senarai individu yang

dikehendaki dan tiada juga tangkapan dilakukan terhadap

Benny setakat ini. Melina pulang dan bersiap-siap untuk pulang

ke New Zealand. Sementara itu, jirannya Hj. Awang berjanji

akan membantu Melina, lebih-lebih lagi Inspektor Radzi itu ialah

anak buahnya sendiri. Melina terharu dengan bantuan ikhlas

yang diberikan oleh Hj. Awang. Semasa bersiap-siap, telefon

Melina berbunyi lalu memaparkan nombor yang tidak

dikenalinya. Hati Melina berdebar-debar.

Bab 30: PengakuanSenarai watak baruTiada

Latar1. Masai. Siang

Page 68: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

ii. Tengah hariiii.Petang2. Tempati. Marangii. Kuantaniii.Pekan Batang Kailiv.Cameron Highlandsv. Tanah Rata3. Masyarakati. Masyarakat yang

bertanggungjawab terhadap kebajikan keluarga

ii. Masyarakat yang mengambil tahu hal sekelilingnya

iii.Masyarakat muslim yang patuh kepada perintah agama

iv.Masyarakat yang tabah menghadapi cabaran hidup

Melina akhirnya membuat keputusan untuk bersama-sama ibu

bapanya yang kebetulan berada di Cameron Highlands.

Suaminya Benny sudah 2 minggu menghilangkan diri. Bapa

saudara suaminya, Tuan Jaafar juga telah mempelawanya

tinggal di Dubai sementara mereka mengesan lokasi Benny,

namun pelawaan itu ditolak dengan sopan. Keluarga suaminya

juga telah memasukkan sejumlah wang ke dalam akaunnya,

untuk perbelanjaannya setahun. Dalam keadaan sarat

mengandung, Melina memandu kereta yang disediakan oleh

Page 69: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

Tuan Jaafar melalui Khalid untuk pergi berjumpa dengan ibu

bapanya di Cameron Highlands. Semasa dalam perjalanan, dia

memikirkan nasib anak yang bakal dilahirkan kerana hatinya

sedih mengenangkan Benny tiada di sisinya. Namun Melina

berasa sedikit ceria apabila teringat akan ayah dan ibunya yang

bakal bergelar datuk. Dia juga gembira apabila teringat akan

ibunya yang ingin mengadakan kenduri bagi menyambut

kelahiran cucu sulung itu nanti. Beberapa hari sebelumnya,

Inspektor Radzi mengunjunginya dan memaklumkan bahawa

dia kini diletakkan di bawah pengawasan penuh pihak polis,

demi menjaga keselamatan dirinya. Selepas melepasi bandar

Kuantan, Melina sempat singgah di sebuah kedai untuk

membeli cakera padat koleksi terbaik Lobo untuk

menghilangkan kesunyian semasa dalam perjalanan. Melina

meneruskan pemanduannya, fikirannya melayang memikirkan

sebab-sebab Benny yang dikenalinya sebagai suami yang baik

dan bertanggungjawab itu terjebak dalam aktiviti keganasan

seperti yang didakwa oleh Inspektor Radzi. Melina teringat akan

peristiwa Benny mengelak daripada melanggar seekor kucing

hutan ketika melalui jalan Kuala Terengganu-Jabur. Peristiwa ini

menunjukkan bahawa Benny tidak mungkin terlibat dalam

aktiviti keganasan. Melina singgah di masjid tidak jauh dari

Pekan Batang Kali untuk menunaikan solat zuhur. Seorang

Page 70: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

jemaah bertanya Melina tentang destinasinya dan turut bertanya

tentang suaminya. Peristiwa itu amat memilukan hatinya. Dia

tahu bahawa budaya orang Melayu memang suka mengambil

berat, berbeza dengan budayanya di New Zealand. Tiga jam

kemudian, Melina tiba di Cameron Highlands lalu menghubungi

ibunya. Faridah meminta Melina terus memandu ke Maybank di

Tanah Rata. Faridah dan Soleh akan menjemput Melina di sana

kelak.

Bab 31 : Atas Nama CintaSenarai watak baru79. Pak Talib80. Sujak81. Hj. Ghafur & anak

lelakinya. (tidak dinyatakan namanya)

Latar1. Masai. Awal pagiii.Siang

2. Tempati. Di Sungai Besarii.KLIA

iii.Dubai3. Masyarakati. Masyarakat yang

bekerjasama dalam melaksanakan pekerjaan

ii.Masyarakat yang tabah berhadapan dengan liku-liku kehidupan

iii.Masyarakat yang jujur memegang amanah

Majlis perkahwinan Anne dan Zain cukup meriah. Hotel dan

rumah tumpangan di sekitar Teluk Intan, Sabak Bernam, Sungai

Page 71: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

Besar, Sungai Haji Dorani hingga ke Sungai Nibung semuanya

penuh ditempah oleh kenalan Datuk Azrul, sama ada dalam

perniagaan atau dalam pertubuhan peladang. Malahan

perkahwinan yang mendapat jolokan "Perkahwinan Dua

Negara" itu turut mendapat liputan khas oleh stesen televisyen

terkenal tanah air. Peristiwa tersebut menjadi sejarah paling

manis buat keluarga Datuk Azrul. Insan yang paling gembira

pula mestilah Faridah. Hal ini demikian kerana selepas ranjau

duri kehidupan yang dihadapinya, dia berpeluang semula

kembali ke tanah tumpah darahnya. Faridah berkesempatan

bertemu dengan satu-satunya orang tua yang masih hidup iaitu

Pak Talib. Pak Talib dan anaknya Sujak gembira dapat bertemu

dengan Faridah. Faridah turut melawat tanah sawahnya yang

dipajakkan kepada Hj. Ghafur sejak 25 tahun yang lalu. Faridah

memberitahu Anne bahawa dengan hasil tanah sawah itulah dia

menyara hidup semasa belajar di New Zealand sebelum

berkahwin dengan Soleh. Faridah singgah di rumahnya yang

kini halamannya dipenuhi daun mempelam kering. Faridah

meminta menantunya, Zain meminta kunci mangga rumah itu

daripada anak Hj. Ghafur. Dia berhasrat untuk menunaikan solat

sujud syukur dan solat taubat di dalam rumahnya itu. Senang

hati Faridah melihat telatah Zain yang keanak-anakan itu.

Memang diakuinya perwatakan Zain dan Benny amat berbeza

Page 72: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

kerana faktor umur dan pengalaman mereka berdua juga

berbeza. Dalam diam-diam Faridah teringat akan Melina dan

Soleh yang kini berada di Dubai. Anne yang dapat merasakan

perasaan ibunya itu cuba menenangkaan ibunya. Anne turut

memuji ketabahan kembarnya yang pada pandangannya sudah

kelihatan sangat matang menempuh cabaran hidup. Anne

bertanyakan ibunya sebab dia meninggalkan tanah air dahulu.

Faridah menjawab bahawa dia ingin mencari kedamaian hati

dan cinta sejati. Faridah menambah lagi bahawa dalam

kehidupan seorang wanita perkara yang penting ialah

kedamaian hati dan cinta. Derita, pahit dan sengsara yang

dilaluinya akan terubat dengan kedamaian hati serta cinta. Anne

amat mengagumi keteguhan hati ibunya itu.

Bab 32 : Bahagia Bersulam Air MataSenarai watak baruTiada

Latar1. Masai. Tengah hari2. Tempati. Dubaiii. Hotel Emirate Tower3. Masyarakati. Masyarakat yang tabah

menghadapi cabaran hidupii. Masyarakat yang kaya-rayaiii.Masyarakat yang

mementingkan keutuhan institusi kekeluargaan

Page 73: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

Soleh dan Melina sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa

Dubai pada pukul 12.00 tengah hari waktu tempatan. Di sana

mereka menaiki limousin menuju Emirate Tower Hotel di Jalan

Syeikh Zayed. Mereka berdua kagum melihat pembangunan di

Dubai. Mereka berdua akhirnya sampai ke tingkat paling atas

hotel berkenaan yang menempatkan suite paling mewah.

Kehadiran mereka disambut mesra oleh Benny. Benny

menceritakan perkara yang berlaku dan sebab-sebab dia

terpaksa meninggalkan Malaysia. Dengan bantuan rakan-

rakannya, Benny terpaksa ke Britain kemudian terbang ke

Perancis dan akhirnya dia selamat tiba di Dubai lebih kurang 2

minggu yang lalu. Benny menjelaskan bahawa dia hanya bebas

bergerak di Dubai sahaja kerana dia telah mendapat jaminan

pemerintah dan dianggap sebagai ahli keluarga pemerintah.

Namun keistimewaan itu tidak terpakai di luar negara. Soleh

yang kepenatan meminta diri untuk berehat di biliknya, di

samping memberi ruang kepada Benny dan Melina untuk

berbincang. Sebagai orang tua, dia akan menerima apa-apa

sahaja keputusan yang akan diambil oleh mereka suami isteri.

Soleh memahami bahawa Melina sekarang berada di bawah

tanggungjawab Benny. Benny dan Melina terkenang akan

rumah mereka di Marang Terengganu, jiran sebaik Hj. Awang

dan Ustaz Hassan Syukri tidak akan ada penggantinya. Benny

Page 74: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

mencadangkan agar mereka tinggal di banglo di Jalan Jumeirah

kerana kejiranan di sana terdiri daripada pelbagai bangsa yang

mungkin mudah bagi Melina membiasakan dirinya nanti. Melina

bersetuju dengan cadangan suaminya asalkan dia tetap berada

di samping suami tersayang. Melina rela tinggal di mana-mana

sahaja bersama-sama suaminya. Benny juga terpaksa

melupakan hobinya yang suka belayar kerana kini dia tidak

bebas bergerak ke seluruh dunia gara-gara namanya telah

tercemar. Dia menyatakan bahawa situasi perang keganasan itu

telah dilancarkan oleh Amerika dan disokong oleh Yahudi.

Kaum Yahudi yang berjumlah sekitar 6 juta orang telah

menguasai dunia di Barat dan di Timur Tengah melalui sistem

kewangannya dan media massa. Benny memberi cadangan

agar Melina bersalin di Dubai. Melina secara berseloroh

menanyakan sama ada di situ terdapat hospital dan doktor yang

terbaik atau sebaliknya. Mereka ketawa bersama-sama. Melina

akhirnya menemui kebahagiannya di bumi Dubai. Soleh pulang

ke Malaysia dengan hati yang tenang dua hari kemudiannya.

Walaupun dia terpaksa berpisah dengan Melina, Soleh reda

kerana Melina berada dalam lingkungan masyarakat Islam yang

pastinya akan membentuk peribadi seorang isteri idaman

suami.

Bab 33 : Janji Pada Tanah Ini

Page 75: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

Senarai watak baru82. Melinda83. Rahayu84. Said al-Anbia

Latar1. Masai. Pagiii. Beberapa tahun selepas

kelahiran cucu-cucu Faridah

2. Tempati. Tanah Tinggi Lojingii. Cameron Highlandsiii.New Zealand3. Masyarakati. Masyarakat perusahaan

yang berjaya dalam bidang perniagaan

ii. Masyarakat majmuk yang mengamalkan perkahwinan campur

iii. Masyarakat yang mementingkan penjagaan alam sekitar dalam proses pembangunan

iv. Masyarakat yang bekerjasama dalam perniagaan

v. Masyarakat yang menerima asimilasi budaya antara benua

vi. Masyarakat yang celik teknologi maklumat

Soleh yang memahami perasaan isterinya mengambil

keputusan untuk berpindah ke Malaysia. Mereka kini memiliki

rumah di Cameron Highlands dan Tanah Tinggi Lojing. Faridah

Page 76: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

kini memiliki tiga orang cucu iaitu Melinda dan Rahayu (anak

Anne-Zain) serta Said al-Anbia (anak Melina-Benny). Soleh telah

menyerahkan perniagaan keluarga Johnsons untuk diuruskan

oleh Zain di New Zealand. Walaupun cucu-cucu Faridah berada

jauh daripadanya, namun kepesatan teknologi maklumat dapat

menghubungkan mereka sekeluarga dengan pantas. Sementara

itu, Datuk Azrul dan Soleh telah bekerjasama membuka

perusahaan argo pelancongan di Tanah Tinggi Lojing apabila

syarikat perladangan Datuk Azrul berjaya mendapat pajakan

tanah seluas 500 ekar di sana. Pembangunan di kawasan

tersebut dirancang rapi oleh Soleh yang sangat mementingkan

aspek penjagaan alam sekitar sehingga ada jalan yang

dilencongkan kerana tidak mahu memusnahkan pokok-pokok

yang bernilai tinggi di kawasan terbabit. Mereka turut

mendirikan kotej-kotej penginapan yang pendapatan

sewaannya mampu menjana pulangan yang lumayan.

Hubungan kekeluargaan antara Datuk Azrul dengan Faridah

semakin erat. Malah Datin Aishah dan Faridah sering bertukar-

tukar juadah dan sesekali mereka memasak hidangan

kegemaran mereka bersama-sama. Selepas dua tahun berlalu,

maka siaplah pembinaan kotej dan bermulalah operasinya.

Kotej yang dibina mengikut gabungan cita rasa

British-Perancis-Normandy memang menakjubkan. Faridah

Page 77: SINOPSIS BAB DEMI BAB NOVEL KABUS DI PERBUKITAN - INTERNET.docx

telah memilih sebuah kotej untuk dijadikan tempat

penginapannya di situ. Kejayaan Soleh dan Datuk Azrul

membangunkan kawasan Tanah Tinggi Lojing telah mendapat

liputan dari sebuah majalah pelancongan Eropah. Bagi

merancakkan usaha promosi kawasan pelancongan tersebut,

Benny bersetuju membuka sebuah pejabat promosi di Dubai

bagi memudahkan warga Arab membuat tempahan penginapan

di kotej tersebut. Sebelum itu, Faridah ada mengemukakan

cadangan untuk memajukan kawasan Bukit Kutu, namun niat

itu terpaksa dilupakan kerana status tanah tersebut diwartakan

oleh Parlimen sebagai Hutan Rizab Hidupan Liar. Pada

pengakhiran cerita, Faridah yang berpeluang menyedut udara

nyaman di tanah perbukitan, mengucapkan syukur ke hadrat

Ilahi kerana dia telah kembali ke tanah air sendiri untuk

membina jati diri dan menelusuri susur galur keturunannya di

bumi bertuah ini. Faridah bertekad akan mewarisi amanat ini

kepada anak cucunya dengan sebaik mungkin.

SEKIAN