sinopsis - novel islami "vs" materi akuntansi | just want … · web viewlepas ni saya...

153
Biarlah YM Berbicara - Bab 1 AKU cuma mampu tunduk, menyembunyikan wajah seboleh mungkin. Memang salah aku. Takkan nak menjawab pula. Dia bos... aku ni? “Awak ni kenapa? Ada masalah ke?” Laju aku menggeleng sambil mempamerkan sedikit senyum yang tidak begitu manis. Apa lagi yang aku mampu lakukan? Cuma senyum itulah buat menutup kecuaian sendiri. “This is not the first time, you know? Hari ni dah tiga kali awak buat silap. Itu dengan saya, dengan orang lain, tak tahulah! Cuba terus terang dengan saya, apa masalah awak sebenarnya?” “Saya yang tak buat betul-betul. Memang salah saya. Maafkan saya Encik Firdaus. Lepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat aku hampir terduduk, di kerusi di hadapannya. Sekali lagi aku tersenyum. Kali ini aku pasti akan rupa senyumanku. Senyuman gabra. Siapa yang tahan direnung jejaka sekacak Encik Firdaus? “Saya keluar dulu ya, encik. Saya ambil file debtor yang encik minta tu.” Aku bersuara lemah. Hairan dengan kecuaian sendiri. Kenapa perkara sebegini remeh pun, aku boleh silap? Encik Fidaus diam. Dia memandangku dengan pandangan tidak mengerti. Perlahan aku menggaru kepala yang tidak gatal. Cuba buang jauh-jauh perasan yang mula bertenggek di ranting jiwa. Janganlah pandang saya macam tu, encik. Perasan saya nanti! detik hatiku.

Upload: nguyendan

Post on 07-Jun-2018

257 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

Biarlah YM Berbicara - Bab 1

AKU cuma mampu tunduk,menyembunyikan wajah sebolehmungkin. Memang salah aku.Takkan nak menjawab pula. Dia bos... aku ni?“Awak ni kenapa? Ada masalah ke?”Laju aku menggeleng sambil mempamerkansedikit senyum yang tidak begitu manis. Apa lagi yang akumampu lakukan? Cuma senyum itulah buat menutupkecuaian sendiri.“This is not the first time, you know? Hari ni dahtiga kali awak buat silap. Itu dengan saya, dengan orang lain,tak tahulah! Cuba terus terang dengan saya, apa masalahawak sebenarnya?”“Saya yang tak buat betul-betul. Memang salahsaya. Maafkan saya Encik Firdaus. Lepas ni saya akan lebihhati-hati…”Encik Firdaus menatapku dengan renungannyayang mengancam. Membuat aku hampir terduduk, di kerusidi hadapannya. Sekali lagi aku tersenyum. Kali ini aku pastiakan rupa senyumanku. Senyuman gabra. Siapa yang tahandirenung jejaka sekacak Encik Firdaus?“Saya keluar dulu ya, encik. Saya ambil file debtoryang encik minta tu.” Aku bersuara lemah. Hairan dengankecuaian sendiri. Kenapa perkara sebegini remeh pun, akuboleh silap?Encik Fidaus diam. Dia memandangku dengan

pandangan tidak mengerti. Perlahan aku menggaru kepalayang tidak gatal. Cuba buang jauh-jauh perasan yang mulabertenggek di ranting jiwa. Janganlah pandang saya macamtu, encik. Perasan saya nanti! detik hatiku.“Encik…” panggilku perlahan. Manalah tahu kalaukalauEncik Firdaus sedang berangan. Tidak sedar sambilberangan, matanya tertancap padaku. Aku tersenyum dalamdiam.“Hmmm… tak payah dulu. I nak keluar lunch.After lunch pass it to me. Okay!”“Kalau macam tu, saya keluar dulu ya?”Encik Firdaus mengangguk.Aku pula berundur perlahan. Tidak sabar untukkeluar dari bilik berhawa dingin yang tidak mendinginkanlangsung itu! Cuma wajahku yang terasa pijar bila bertentangmata dengan bos yang tampan itu.“Diya…”Langkahku terhenti. Terasa mahu gugur jantungtatkala mendengar Encik Firdaus memanggil namaku. Tidakpernah dia memanggil singkatan namaku. Aku berpaling.“Fail ni? This is not what I want. Isn’t? So, keep itback.”Aku tersengih malu sambil mengangguk laju. Cepataku mencapai fail yang dihulur oleh Encik Firdaus. Dan cepatjuga aku bergerak keluar dari bilik itu. Tidak sanggup untukmelihat senyum lucu Encik Firdaus.

Page 2: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

Fail di tangan kuletak seketika di atas meja. Kejaplagilah aku simpan. Mataku tajam memandang skrinkomputer. Mencari-cari Window yang aku rindu. Tidak ada.Aku mengeluh hampa. Mana dia pergi? Sudah hampirseminggu dia menghilang. Tidak mahu menjawab semuapesanan yang aku titipkan. Marahkah dia padaku? Marahkahdia apabila terlalu sering aku menolak ajakannya untukbertemu? Terdetik rasa hiba di hati. Terasa aku kehilangansesuatu apabila tidak dapat membaca patah bicaranya di skrinkomputer.“Hei, Diya! Apahal?”Aku tersentak. Mengerling sekilas pada teman disebelah. Kemudian mataku terpaku kembali pada skrinkomputer.“Bismillahirrahmanirrahim...” Perlahan aku klikpada ikon Yahoo Messenger di sudut skrin komputerku.Melihat kalau-kalau dia online saat ini. Ada! Dia ada, tapi…kenapa pesanan dan sapaanku yang berbakul-bakul itu tidakdibalasnya? Sampai hati…. Sebak rasanya dadaku saat ini.“Diya…”Aku berpaling. Mengangkat kening tanda bertanya.Mulut terasa berat untuk kubuka.Sharifah tersengih.“Apa hal?” soalnya sekali lagi.“Apahal apa?” Soalannya kujawab dengan soalanjuga. Tidak faham akan maksud pertanyaan teman sekerjaku

itu.

“Kenapa Encik Firdaus panggil kau?”“Minta fail laaa.”“Hari ni, dah empat kali dia panggil kau. Kenapaek? Semenjak dua menjak ni… selalu sangat aku tengok diapanggil kau.”Aku tersengih. Mana tak selalu… aku asyik buatsilap aja. Semuanya pasal mamat poyo yang tengah buat akusedih ni.“Kenapa ek?” Sharifah bertanya lagi.Aku tidak terus menjawab. Masih menatap skrinkomputer di hadapanku. Mengharapkan ada keajaiban yangakan berlaku. Tak ada pun!Aku sedikit terperanjat tatkala jemari Sharifahmenolak perlahan bahuku. Aku menoleh. Sharifahmengharapkan jawapan daripadaku rupa-rupanya.“Entah… dia minat kat aku kut!” balasku selamba.Sebenarnya tiada mood untuk melayan celoteh Sharifah yangmemang tiada noktah itu.“Ek hmmm…”Suara itu membuatkan wajahku membahang. Akutunduk memandang meja. Malunya! Kenapalah dia munculpada saat-saat ini? Kenapalah mulut aku cabul sangat? Ish,malunya aku!Sharifah tersengih sambil mengetuk-ngetuk meja.

Page 3: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

Sengih yang mencabar kewibawaanku.“Siapa yang minat kat awak?”Aku mendongak perlahan. Dalam terpaksa, akucuba untuk bertentang mata redup milik Encik Firdaus. Takguna punya mulut! Sanggup malukan tuannya sendiri. Lepasni… kena hantar pergi sekolah ni. Ajar hormat tuan sikit.

“Errr… Mat Bangla kat production encik. Dia selalukacau saya. Ha… betul tu… betulkan, Sherry,” ujarkutergagap-gagap sambil memandang wajah Sharifah yangmengulum senyum.Sharifah mengangguk laju menyokong kata-kataku.Sekali pandang, reaksi Sharifah nampak berlebih-lebih pula.Encik Firdaus tersenyum manis. Aduh… dia taktahu ke, senyumannya tu boleh buat orang tergoda?“Tak keluar lunch ke? Jomlah, saya belanja,”pelawanya sambil tersengih.“Errr... tak apalah! Dah kenyang encik…”“Sharifah?”“Encik belanja?”“Yes. All on me. Jom la, ajak staf lain sama. Andyou… Diya, jom la!”“Saya betul-betul kenyang. Terima kasih.”“Sure?”“Yes!”“Kalau macam tu, nak buat macam mana, ya tak?

Agaknya, tunggu Mat Bangla awak belanja ya?” gurau EncikFirdaus.“Eh, mana ada… tak adalah!” jawabku malu-malu.Sejak bila pula Encik Firdaus pandai bergurau dengan staf ni?Ish… musykil betullah! Agaknya hati tengah senang kut?“Sharifah… shall we?”Sharifah mengangguk sambil mengangkatpunggung.Encik Firdaus bergerak ke ruangan penyambuttetamu.

Sharifah pula berlari-lari kecil sambil tersengihmemandangku. Aku mengeluh perlahan sambil menongkatdagu. Mataku kembali kaku memandang Yahoo ID yangkurindu. Manalah dia pergi? Kenapalah dia buat aku macamni? Tidak tahukah dia betapa beratnya beban rindu yangkutanggung saat ini? I miss you sayang!!! jerit hatiku tibatiba.Sayang? Siapalah sayang tu? Hesy! Memang aku dilandaperasaan tahap kronik ni. Kalau dibiarkan boleh melarat jadisakit jiwa ni. Tak nak!!!

Page 4: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

Biarlah YM Berbicara - Bab 2

CHARMING: Hai sweet!Hampir meloncat aku dari kerusi. Setelah hampirdua minggu, akhirnya aku dapat juga melihat Window ini.Window yang sangat-sangat aku rindu. Terasa senyumku saatini mekar bak jambangan mawar merah segar di atas mejapenyambut tetamu. Sukanya hati aku. Bahagianya aku.Ugly Betty: Hi…Ugly Betty: Mana hilang? Lama x dengar citer. Itegur pun x nak jawab.Charming: Ada. Cuma…Ugly Betty: Cuma apa?Charming: Saja nak bagi u rindu. Ajak jumpa taknak!Aku tersenyum. Indahnya hari ini. Nasib baik akubatalkan niat untuk mengambil cuti sakit. Kalau tidak,kempunanlah hendak bersembang dengan Charmingku ini.

Ugly Betty: Ingat dah lupa kita…Charming: Mana boleh lupa. Kalau orang tu… taktaulah pulak. Kan?Aku tersenyum lagi. Bahagianya.Deringan telefon sedikit mengganggu. Denganagak malas aku mencapai gagang. Kenapalah perlu adagangguan pada saat- saat indah seperti ini?“Diya… masuk bilik saya kejap!”

Ha? Aku termangu. Ini betul-betul gangguan. Taknak! Aku tidak mahu ke mana-mana pun. Aku ingin berada disini. Bersama Charmingku. Aku tak nak!“Kenapa encik?” soalku agak lemah. Harap-harapdia mendengar suaraku yang lemah bagai orang sakit ini.Encik Firdaus membatalkan niatnya untuk berurusandenganku. Bukan malas hendak bekerja, tetapi kerja yangEncik Firdaus hendak bagi ini, tidak kena pada masanya.Tunggulah aku selesai bersembang dengan Charmingkudulu.“Masuk!” Cukup tegas arahan daripada EncikFirdaus.“Yalah…” jawabku lemah.Mengacau betul! Orang baru nak berjiwang. EncikFirdaus ni… memang dengki tau!Ugly Betty: Kejap ya... bos panggil la!Aku diam seketika. Menunggu balasan. Tiada.Merajuk ke dia? Sudahnya aku cuma mengeluh kecil. EncikFirdaus ni… Perlahan-lahan, aku mengetuk pintu biliknya.Harap-harap Encik Firdaus tidak dengar. Bolehlah akuberlalu dengan senang hati. Terdengar suara menyuruh akumasuk. Dengar juga… rungutku sendiri. “Ada apa encik?”

Encik Firdaus mengangkat mukanya. Kemudiantersenyum lawa. “Can you do me a favour?”Aku merenung wajah Encik Firdaus. Menunggu

Page 5: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

arahan sebenarnya.“Boleh?”Aku mengangguk. Ada ke tanya macam tu. Dahnamanya aku ni pekerja, memanglah kena buat kerja. Lainlahkalau minta keluar dating ke… makan malam ke... barulahtanya boleh ke tak? Aku tersenyum kecil. Mimpilah akuhendak keluar dating dengan bos yang handsome ni.“Okey. Awak tolong buat filing untuk semuadokumen tu!” arah Encik Firdaus sambil memuncungkanmulut ke arah meja bulat di satu sudut biliknya.Aku akur sambil melangkah perlahan ke meja yangdimaksudkan. Mataku tertumpu pada beberapa dokumen diatas meja. Kebanyakannya bil dan penyata bank yangkelihatan seperti milik peribadi. Keningku sedikit berkerut.“Betul ke encik nak saya buat filing ni?”“Yalah. Kenapa?”“Tapi… ni semua macam dokumen peribadi aja.”“Memanglah. Saya nak awak failkan semua.Arrangelah macam mana pun. Janji, I can access it. Fast andeasy. Boleh?”Aku diam. Ini bukan kerja aku! Kenapa denganEncik Firdaus ni? Dia nak mengurat aku ke? Biar betul… Akumenguntum senyum. Perasannya!“Saya tahu. Sepatutnya secretary saya yang buat.Tapi hari ni, Lisa cuti. So, can you do it for me?”Aku sengih. Malu. Encik Firdaus seolah-olah dapat

membaca apa yang ada di dalam fikiranku. Bahaya ni! Akududuk sambil membelek dokumen. Berfikir cara filing yangpaling efisyen. Kononnya macam aku ni expert la. Puas akuberfikir, tetapi buntu. Fikiranku lebih pada Charmingku yangkutinggalkan di luar.“Errr… encik…”“Yes. Any problem?”Cepat-cepat Encik Firdaus bertanya sambilmengangkat muka menatapku tajam. Aiseh! Ni yang buat akukelu ni.“Errr… boleh saya buat kat luar? At my desk?”Encik Firdaus tidak menjawab. Cuma renungannyayang memberitahu aku, bahawa cadangan aku ditolak samasekali.“Kenapa? Ada masalah ke kalau buat kat sini?”“Tak. Bukan macam tu… cuma…”Encik Firdaus terus memandang menanti jawapan.Aku tunduk. Buat-buat sibuk menyusun kertaskertasdi hadapanku.“Diya… I’m waiting. Cuma apa?”“Tak ada apa-apa encik. Saya buat sekarang!”Encik Firdaus mengangguk perlahan. Kemudiankembali tunduk meneliti fail di tangannya.Aku mengeluh lemah. Selamat jalan Charming!Mesti selepas ini, dia akan menyepi lagi. Dan aku akankembali merindunya. Ini semua Encik Firdaus punya pasal!

Page 6: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

Kenapa perlu dia minta aku buat semua ini pada saat-saatyang sebegini penting. Menyampah! Agaknya aku memangtiada jodoh dengan Charming. Tetapi, aku betul-betulsukakannya. Aku betul-betul diburu resah apabila tidakdapat berbicara dengannya. Biarpun hanya jemari yangmenjadi medium bicara, namun itulah yang membahagiakanaku sekian lama. Aku bahagia melayan patah bicaranya.Nampaknya selepas ini, aku perlu kuat untuk belajarmelupakan seorang insan bergelar Charming. Sedihnya…Aku mengangkat muka. Dalam diam aku merenungtajam pada Encik Firdaus yang leka dengan kerja-kerjanya.Bagai tersimpan rasa geram yang tidak berpenghujung dihati ini walaupun aku tahu ini semua bukan salah EncikFirdaus. Lelaki itu yang sebenarnya tidak serius denganku.Itulah kenyataannya. Tetapi, entah kenapa perasaan yangberbunga ini menafikan kenyataan itu. Perasaan yangberbunga ini sanggup menanggung peritnya sebuahkerinduan yang tidak berbalas. Bodohnya aku!Aku kembali tunduk, membuat kerja yang disuruhdengan tidak sepenuh hati. Selepas ini, kalau Encik Firdausmarah-marah lagi, gara-gara aku buat salah, aku tak kisah.Saat ini aku hanya ingin melayan perasaanku sahaja. Melayanrasa kecewaku pada Si Charming. Melayan rasa geramkupada Encik Firdaus. Melayan rasa sedihku, pada kebodohankusendiri.

Biarlah YM Berbicara - Bab 3

AKU termangu sambil menongkatdagu. Leka melayan perasaanyang tidak menentu. Duaminggu selepas kali terakhir Si Charming muncul di skrinkomputerku, lelaki itu menghilang lagi. Hancur luluh hatiini setiap kali melihat bicaraku tidak berbalas. Hancur luluhhatiku menanti munculnya Window yang aku rindui itu.Sampai hati dia. Sudahnya lebih seminggu YMku terbiar sepi.Malas aku nak buka. Buat sakit hati aku aja!“Diya…”“Hmmm...”“Diya…”“Apa?”Sharifah mendengus perlahan. Bahuku ditepuklembut. Aku mengeluh. Sharifah ni memanglah,mengganggu betul!“Diya, pandanglah aku. Aku nak cakap ni.”Aku menoleh. Memandang wajah Sharifah yangtersengih senang. Kalaulah aku boleh seceria dia saat ini.Tapi, apakan daya…“Apa? Cakaplah…” sahutku malas.Sharifah tidak bersuara. Cuma jarinya menunjuk kearah skrin komputer.Aku kerutkan kening. Tidak faham maksud bahasaisyarat yang Sharifah gunakan. Lantak kaulah Sherry. Malas

Page 7: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

aku nak layan. Aku kembali merenung kosong ke skrinkomputerku. Renungan kosong yang tiada apa-apa makna.“Diya… tengoklah sini!”Aku sedikit tersentak. Terkejut dengan suaraSharifah yang cukup dekat di telingaku. Aku tarik muka.Geram disergah begitu. “Apa? Terkejut aku tau!”Sharifah sengih. “Sorry. Kau pun satu, aku panggilbuat blur aja. Kenapa?”Aku pandang wajah Sharifah dengan tidakberkelip.Sharifah tersengih lagi. “Janganlah pandang akumacam tu. Kau bukan tak tahu aku gabra kau pandang akumacam tu.”Aku menjeling. Tahu pun takut.“Apa dia?” soalku akhirnya.“Ni haaa… cuba kau tengok ni.”Aku memandang komputer Sharifah. Tak ada apaapapun.“Apa?” soalku hairan.Sharifah mendengus perlahan. “Kau on YM tak?”Aku mencebik sambil menggeleng perlahan.“Patut laaa. Ni ha, Prince Charming kau tanyakenapa dah lama kau tak online?” ujar Sharifah membaca YMdi skrin komputernya.Aku memandang Window di skrin komputerSharifah. Window milik Charming. Patutlah dari tadi duk

tunjuk komputernya. Rupa-rupanya ini yang dia nak beritahuaku. Aku bangkit dari kerusi. Melangkah mendekati Sharifah.“Apa dia cakap?” soalku dengan nada yang tidakbegitu mesra. Ada rasa cemburu berputik di hati. Cemburupada Sharifah kerana mendapat pesanan dari Charmingku.Tak adil. Aku yang sapa dia berbakul-bakul, dia buat tak layanaja. Sekarang dia boleh berkongsi cerita dengan kawan akupulak.“Dia tanya pasal kaulah!”“Tanya apa? Apa yang dia nak tahu? Tak bolehtanya aku sendiri ke?”“Ek eleh minah ni... jelous la pulak. Dia nak tanyamacam mana, kau tak on pun.”Ya tak ya juga. Aku buat-buat selamba. “Mana adaaku jelous? Aku tanya aja, dia nak apa?”“Bacalah sendiri.”“Tak naklah. Nanti kut ada apa-apa rahsia, akuterbaca pulak!”“Diya… kau ni memanglah. Rahsia apanya? Bacaajalah! Kau ingat aku ada affair dengan Charming tu ke?Kalau kau tak nak baca, biar aku yang baca!”Aku senyum kecil. Sharifah ni, kadang-kadangterlebih emosional pula. Aku tarik kerusi lalu duduk disebelah Sharifah.“Mana?” soalku sambil meneliti Window di skrinkomputernya.

Page 8: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

“Ni haaa. Yang kau tengok Window pakwe aku tuapasal!”Aku tersengih. Sharifah ni, kelakar juga. Ada kedengan kekasih hati pun boleh sembang dalam YahooMesengger.“Dengan pakwe pun, kau layan YM ke?” tukasku.“Yalah… kan jauh,” jawab Sharifah juga dengansengih yang panjang.Aku menggeleng perlahan.Charming: Mana pergi kawan awak yer?Charming: Lama tak nampak.Charming: Sibuk ke dia?Aku termangu. Tidak tahu apa yang dirasakan saatini. Tersentuh juga hati ini apabila membaca kata-kata itu.Dia cari aku ke? Dia masih ingatkan aku ke? Tidak. Aku takboleh lembut hati. Nanti yang makan hati bukan dia, tapiaku. Aku mesti kuat. Aku harus belajar lupakan dia. Aku tidakboleh terus layan perasaan.“Apa lagi? Pergilah on YM kau. Dia mesti tengahtunggu kau tu.”“Tak adanya. Kalau aku kumpul pesanan aku katdia, aku rasa dah penuh tiga-tiga tong recycle bin kat depantu tau. Yang plastik, yang kaca, yang kertas, semuanya penuh.Tahu tak? Tapi, satu pun dia tak balas. Sedih hati aku ni, Tuhanaja yang tahu. Malas aku nak layan lagi. Buat sakit jiwa aja!”

“Aik! Macam marah aja,” sakat Sharifah sambiltersengih.Aku mengeluh perlahan. Perlahan juga aku bangkitdari sisi Sharifah. Bergerak malas ke mejaku semula. “Bukanmarah, tapi geram!”

“Kau tak boleh nak salahkan dia, Diya.”Aku merenung tepat ke wajah Sharifah. Diamembela Si Charming tu? Ini tak boleh jadi. “Kau ni, kawandia ke kawan aku?”“Kawan kaulah. Tapi, dalam kes kau ni, aku takboleh nak sokong kau. Sebab aku rasa ni semua silap kaujuga.”Aku kerutkan kening. Apa pulak salah aku? “Apasalah aku?”“Yalah. Dah berapa puluh kali dia ajak kau keluar,ajak jumpa? Kau jual mahal. Memang padanlah denganmuka kau!”“Kau ni Sherry… mulut dah ada insurans belum?Kalau tak ada, better keep it shut. Okey?”“Amboiii marah nampak!” ujar Sharifah bersamagelak kecil.Aku menjeling sekilas. Memang betul juga katakataSharifah. Aku mengeluh lagi. “Entahlah Sherry... malasaku nak fikir.”“Haaa… ni tengok, dia hantar lagi. Aku rasa dia

Page 9: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

memang betul-betul nak cakap dengan kau la. Onlah…kesian dia…” ujar Sharifah sambil jari telunjuknya menujahke skrin komputer.Aku menggeleng perlahan. “Tak ada mood la. Akutahu dia bukan serius pun nak kawan dengan aku. Nanti akupulak yang makan hati sorang-sorang…”“Mana kau tahu? Entah-entah ni jodoh kau. Siapatahu, kan?”Aku sengih. Yalah tu… banyaklah Sharifah punyajodoh.

“Dia suruh kau on YM la Diya!” gesa Sharifah.“Kau tanyalah dia apa dia nak?”“Aku pulak?”“Tanya ajalah!”“Okey!” balas Sharifah sepatah. Jari-jemarinya lajumenaip sesuatu. Kemudian dahinya berkerut merenung skrinkomputernya.Aku sekadar memandang kosong gelagat Sharifahitu.Sharifah berpaling sambil tersenyum panjang.“Nak tahu apa dia cakap?” soalnya dengansenyuman meleret.“Apa dia cakap?”“Aku baca ya. Beritahu kawan awak tu, on la YM tu.I miss her so much. Betulll. Tak tipu… and, dia juga suruh

kau buka e-mel. There is something for her. Special for her!”Aku termangu. Degup jantung tiba-tiba terasakencang. Tiba-tiba juga wajahku terasa membahang.Berderau darahku mendengar kata-kata yang dibaca olehSharifah. Kalau macam ni, boleh cair balik hatiku. Janganlahbuat aku macam ni, wahai Charming. Aku memandang wajahSharifah.Sharifah mengangkat kening bersama senyumannakal.Aku resah sendiri. Nak mengalah atau nak teruskanperjuanganku untuk lupakan dia?“So?”“Kau cakap kat dia, aku tak boleh nak online. PCaku problem.” Akhirnya aku memberi alasan.

Sharifah tersenyum.“Lantak kaulah! Satu hal, jangan lupa buka e-melkau. Aku nak juga tengok apa yang special sangat tu!”Aku mencebik. Malas melayan kata-kata Sharifah.Padahal saat itu, hatiku memberontak ingin bersembangdengan Charmingku. Tidak! Aku mesti kuat!

Page 10: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

Biarlah YM Berbicara - Bab 4

AKU termenung di balkoni sambilmata tertancap pada gelagatSharifah yang tersengih sendiridi hadapan komputer. Leka melayan teman-teman mayanya.Aku berpaling. Menghadap pada kegelapan malam. Sesekalimelihat panorama malam di Bandar Raya Shah Alam ni,mendamaikan juga. Bolehlah mendamaikan hati aku yangtengah bergelora ini. Entah gelora apa yang melanda, akupun tak tahu. Gelora rindu ke? Gelora asmara ke? Entahlah…yang pasti bait-bait puitis lagu yang ditujukan padaku,melalui e-mel dua hari lalu, betul-betul buat aku jadi angau.Yang sedihnya aku angau sorang-sorang.Kad ucapan berisi bahasa puitis lagu Dealova, yangaku cetak dua hari lalu, kubiarkan sepi di atas meja. Sudahberpuluh kali kubaca dan sudahnya aku terbuai di dalamdunia indah yang sementara. Bila terjaga, aku sedar, akusedang menyeksa perasaan sendiri. Kejam sungguh perasaanini!

Aku ingin menjadi mimpi indah dalamtidurmuAku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisakau rinduKarena langkah merapuh… tanpa dirimuKarena hati telah letih

Aku ingin menjadi sesuatuYang selalu bisa kau sentuhAku ingin kau tahu, bahawa aku selalumemujamuTanpamu... sepinya waktuMerantai hatiBayangmu seakan-akanKau seperti nyanyian dalam hatiku yangmemanggilRinduku padamuSeperti udara yang kuhela… kau selalu adaHanya dirimu yang bisa membuatku tenangTanpa dirimu aku merasa hilangDan sepi.Aku tersenyum. Sedap juga suara Sharifah ini.Dalam keasyikan membuai perasaan mendengar lagu yangkononnya ditujukan khas untukku itu, hatiku berdetik tibatiba.Aneh mendengar suara riang Sharifah menyanyi laguDealova. Lebih aneh apabila Sharifah seakan ingatkeseluruhan lagu itu. Hebat juga budak ni. Tak sangka diahafal lagu tu. Selalunya bukan main susah dia nak hafal liriklagu. Aku berpaling, melihat Sharifah menyanyi-nyanyisambil memegang kertas yang aku cetak tempoh hari. Tidak!Aku menjerit sambil berlari ke arah Sharifah.Sharifah tergelak sambil mengangkat tangan, cubamenyelamatkan kertas yang berada di tangannya.

Page 11: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

“Bagi akulah!”Sharifah tergelak lagi. Untuk beberapa ketika kamiberebutkan sehelai kertas sebelum akhirnya Sharifahmengalah. Kertas itu diletakkan di tapak tangan aku. Akumenarik muncung, sambil bergerak ke sofa dan merebahkanbadan ke situ. Kertas yang sedikit keronyok itu aku pandang.“Itulah yang rahsia sangat tu ya?” Sharifah bersuarasambil melabuhkan punggung ke sofa, berhadapandenganku.Aku menjeling sekilas.“Romantiknya dia! Kau tak rasa apa-apa ke masabaca kata-kata indah tu? Ditujukan khas pada kau pulak tu?Kalaulah Azman layan aku macam ni… bahagianya aku!”Aku cuma memandang tingkah Sharifah yangtergedik-gedik itu. Budak ni, memanglah suka sangatberangan.“Diya… aku tanya ni!” Sekali lagi Sharifah bersuara.Aku mengeluh perlahan. Kalau aku tak rasa apaapa,takkanlah aku dah jadi angau macam ni, Sharifah oiii.Kata-kata itu cuma melantun di dalam hatiku. Tidakkuluahkan pada Sharifah. Sudahnya, aku mencapai kusyenlalu menutup wajah. Pura-pura tidur. Penat mahu melayanbicara Sharifah seterusnya. Semuanya nanti pasti berkisartentang Si Charming. Kalau boleh aku tidak mahu fikir puntentang lelaki itu saat ini. Satu-satunya lelaki maya yangberjaya mengetuk hati perempuanku. Ingatkan perasaan itu

indah. Rupa-rupanya cukup menyakitkan. Di sebalik rasabahagia yang aku rasa sekarang, bagai ada selumbar yangmenyucuk hati. Entah kenapa, tidak pula aku tahu.“Diya… aku tanya ni, jawablah!” Sharifah bersuarasambil menarik kusyen yang menutup wajahku.Aku mengeluh lagi sambil bangkit daripadaberbaring. Wajah Sharifah kutatap untuk seketika.“Entahlah… aku tak tahulah!” Akhirnya akubersuara lemah.“Laaa… kenapa pulak? Aku cadangkan kau jumpaaja dengan Charming tu. Nampaknya dia macam serius aja.Kau cubalah dulu... bukan rugi apa-apa pun. Yang kau takutsangat dengan lelaki ni, kenapa?”“Siapa cakap aku takut? Aku tak takutlah. Kau ni,pandai-pandai aja!”“Aku yakin Si Charming ni serius dengan kau.Banyak kali dia YM aku tanyakan kau tau. Tunjuk perasaankonon! Kau tunjuk perasaan… tapi aku tengok macammakan hati aja.”“Kalau aku layan dia, aku lagi makan hati, tahu tak?”“Kenapa pulak? Senang aja. Dia nak jumpa, kaupergi ajalah. Bukan buat apa-apa pun. Kalau kau tak beranipergi sorang, aku boleh temankan. Aku pun nak juga kenaldengan jejaka yang seromantik ni. Mesti dia tu macam PrinceCharming kan?”Aku merenung tajam wajah Sharifah. Tinggi pula

Page 12: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

imaginasi minah ni.“And… banyak kali dia call aku tau!” Suara Sharifahkembali serius.

“Call kau? Apa dia nak?”“Dia minta nombor telefon kau.”“Kau bagi tak?”“Mestilah tak! Pada hal mulut aku ni gatal nak bagi.Kesian dia Diya… banyak kali dia mintak.”“Padan muka! Sekarang baru nak menggelabah!Masa aku terhegeh-hegeh, dia jual mahal. Buat aku ni,macam hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Aku dukteringat dia siang malam, tahu tak? Seminggu aku tak lalumakan. Ada dia kisah? Tak ada pun. Sekarang bila aku belajarnak lupakan dia, dia buat macam ni pulak. Betul-betul buataku rasa terseksa, tahu tak? Sakit hati aku ni, tahu tak?Pedih…”“Tahu… tahu… tak payahlah asyik tanya tahu tak…tahu tak!” Sharifah bersuara separuh bergurau. Barangkali dialucu mendengar bicaraku yang berulang-ulang itu.“Tapi, kan aku dah cakap. Salah kau juga. Jumpatak nak. Nombor telefon pun kedekut. Cuba open sikit. Kauni, tertutup sangat. Get what I mean?” sambung Sharifahsedikit serius.Aku buat muka bodoh sambil menatap skrintelevisyen yang bercerita sendirian.

“Kau nikan... aku tak tahulah nak cakap apa. Nakkata choosy sangat, masalahnya, senarai boyfriend langsungtak ada. Nak kata kau tak cantik… cantik. Nak kata tak adaorang nak… bersepah lelaki yang duk tunggu kau. Tu, Johansupervisor kat assembly tu, dah setahun tunggu kau.Sekarang ni pulak, aku tengok Encik Firdaus pun macam adaapa-apa aja dengan kau. Tu belum masuk budak Bangladengan Nepal tu lagi. So, apa lagi yang kau tunggu ha?”

“Entahlah Sherry. Aku takutlah…” jawabkuperlahan. Sudah lama Sharifah tidak menyentuh hal lelakidenganku.Sharifah mengeluh. Perlahan dia bergerakmendekatiku. Memeluk bahuku sambil berdeham.“Apa yang kau takutkan? Ini lumrah hiduplah.Kecil, besar, bercinta, berkahwin. Then ada anak. Lepas tucucu. Lepas tu, tua. Kau mesti lalui tu semua.”“Aku takut kalau semuanya sama macam AbangKamal.”Sharifah mengeluh lagi.“Kau tak boleh samakan semua lelaki dalam duniani, dengan Abang Kamal tu. Tak semua lelaki macam tu la.Berapa ramai lagi lelaki baik dalam dunia ni. Kenapa kauasyik duk ingat dia? Buang masa kau aja. Cuba alihkanperhatian kau pada lelaki lain. Johan ke… Encik Firdaus ke…Charming ni ke… mesti kau sedar, masih ramai lagi lelaki

Page 13: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

baik dalam dunia ni. Percayalah cakap aku!”“Senanglah kau cakap. Bukan kau lalui semua tu.Aku tak boleh lupa apa yang dia buat kat aku. Sampai bilabilapun aku takkan lupa!”“Dah tu, sampai bila-bila pun kau tak nak bercinta?Tak nak kahwin? Kau ni,” bicara Sharifah terhenti di situ.Telefon bimbitnya yang menjerit memaksa dia mematikanbicara.Sharifah bangkit. Menuju ke meja komputer.Telefon bimbit di sebelah keyboard dicapai. Senyum mekar dibibirnya.Aku turut tersenyum. Buah hati telefonlah tu!Sharifah berlari ke arahku dengan lagak riang yang agak luarbiasa. Membuat aku dijentik rasa resah. Resah melihatkeriangan teman karibku itu. Janganlah keriangan itumembawa berita ngeri buatku.“Charming call. Dia nak cakap dengan kaulah!”Hampir terloncat aku di sofa. Mampus! Kan betultelahanku. Memang berita ngeri! Mana aku nak menyorok ni?Tak nak! Aku tak nak cakap dengan dia!Sharifah menghulurkan telefonnya.Aku menggeleng laju. Gila!“Jawablah! He’s on the line ni.”“Cakap ajalah aku dah tidur,” ujarku perlahan sambilbangkit dari sofa. Aku mesti masuk ke bilik. Menyorokdaripada Sharifah, juga Charming. Walaupun aku tahu

Charming memang tidak akan nampak aku di situ.“Dah! Menggelabah pulak! Jawab ajalah.”Aku jegilkan mata pada Sharifah. Kurang asampunya budak. Ada ke cakap macam tu. Kalau Charmingdengar, malulah aku.Sharifah menghulurkan telefonnya sekali lagi.Dan sekali lagi jugalah aku menggeleng laju. Apaaku nak cakap dengan dia? Mesti nanti macam orang bodoh.Sharifah mengeluh geram. Sudahnya dia mencapaitanganku. Telefon diletakkan di atas tapak tanganku.“Jawab!” arahnya bagai mak orang.Aku ternganga. Habislah aku kali ni.Sharifah berlalu semula ke komputer, meninggalkanaku bersama telefonnya dan Charming di hujung talian.Bagai tidak percaya, insan yang sedang menunggu akumenjawab panggilan saat ini adalah Charming. Dalamgugup, telefon aku lekapkan ke telinga. Debar di dada hanyaTuhan sahaja yang tahu. Silap-silap boleh bisu aku malam ni.“Helo…”Aku terduduk. Bagai mahu luruh jantungmendengar suara itu. Buat kali pertama aku mendengarsuara lelaki yang aku puja. Dalam terpaksa aku harus akui,indahnya perasaan ini. Walaupun aku berusaha untukmembuang nama lelaki itu, namun perasaan ini terlalu indahuntuk aku singkirkan begitu sahaja. Kelu. Sungguh aku kelumendengar suara itu. Bergetar perasaanku.

Page 14: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

“Helo. Ada orang ke tak ni?”Bibirku bergetar. Haruskah aku menjawab?“You? Ada ke tu?”“Ada!” Cepat bibirku menjawab. Cepat jugatanganku menutup mulut. Kantoi! Maknanya, kenalah akuteruskan perbualan ini. Apa yang hendak dibualkan?“Apa yang menggelabah sangat?” soalnya dengansuara yang cukup merdu di telingaku. Argh! Malunya... kandah cakap, dia dengar.“Errr… tak ada apalah. Tak ada apa-apa…”Terdengar gelak halus yang membuat jantungkumakin kencang berdegup. Tiba-tiba wajahku terasamembahang. Entah kenapa suasana yang dingin tadi, tibatibabertukar hangat. Panas. Mungkinkah disebabkandegupan jantungku yang terlalu kencang ini?“You dapat e-mel I tu?”“Dapat. Terima kasih,” jawabku malu-malu.“Terima kasih aja?”Aku terpaku lagi. Itu sajalah. Aku nak cakap apalagi? Cakap lebih-lebih karang, buat aku malu sendiri aja.Entah-entah lirik lagu tu, cuma untuk menyindir aku. Takmungkin perasaannya begitu terhadapku. Kalau aku…betullah. Aku rasa aku ni, dah tahap jatuh cinta!“About that words, I serius. I tak main-main.”Gulp! Biar betul! Macam mana dia tahu apa yangsedang bermain di kepalaku ini? Dan, betul ke dia serius?

Sudahnya aku tergelak. Gelak sumbang.“Kenapa lama offline? You tahu I cari youkan? Balasdendam ya? Atau merajuk?”“Tak adalah. Busy sikit sekarang ni. Tak ada masa,”bohongku dengan nada tenang. Harap-harap memangkedengaran tenanglah.“Macam bohong aja…”“Betul. Tak bohong. Sibuk sikit.”“I call you? Give me your number!”“Phone I tengah chargelah. Dalam bilik,” bohongkulaju.“Macam-macam alasan you ya? Nak jumpa, tak nak.Nak call, tak boleh. Nak YM pulak, busy…” kedengaran suaradi sana mengeluh.Aku tersengih. Mendapat sedikit keselesaan untukmenyambung bicara dengan Charming. Dia yang bertanya.Jadi, kerjaku cuma jawab soalan. Tak payah nak pecah kepalafikir idea nak berborak. Dengan santai aku bersandar ke sofa.“Just give me the number. I’ll call. Tak seronoklahpakai phone kawan you. Entah-entah dia pun tengah tunggupanggilan.”“Errr… I tak hafal nombor I. Tak apalah. Dia takkisah. Lagipun dia tengah layan YM dengan boyfriend dia.”

“Alasan. Tapi, sebenarnya you tak nak bagikan? Takapa… I akan cuba sampai berjaya. Sebab I rasa, you ni, is the

Page 15: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

one for me. So, I’ll try sampai berjaya.”Aku tergelak lagi. Yalah tu! Janganlah kaupermainkan perasaan ini wahai lelaki.“Miss call I. Lepas tu I call you. Please… jangan adaalasan lagi.”“Okey!” Bagai dipukau aku menjawab.“Now!”“Errr... kejap!” Aku mula menggelabah. Kesilapanbesar. Bagaimana aku boleh tersilap cakap?“I tunggu ni. Okey?”“Okey…”Talian terputus. Dan aku termangu sendiri. Perlukahaku memberi nombor telefonku? Kalau dia cuma inginmempermainkan perasaanku, bagaimana? Telefon Sharifahkuletakkan di atas meja. Dan, deringan telefon bimbitkumenarik perhatian. Segera kucapai. Mak! Sukanya hati. Danaku menjawab panggilan itu sehingga kulupa janjiku padaseseorang….

Biarlah YM Berbicara - Bab 5

DI mejaku, aku buat-buat sibuk.Renungan tajam Sharifah,kucuba buat tidak tahu. Akutahu Sharifah masih tidak berpuas hati denganku. Sejak duahari lalu. Sejak kuceritakan tentang keterlupaan janjiku padaCharming. Padahal aku memang tidak sengaja. Memangbetul-betul lupa. Takkan dia tak boleh terima langsungalasanku itu? Alamak, dia datanglah. Aku cepat-cepatmembuka fail Purchasing. Buat-buat sibuk meneliti senaraicreditors. Sharifah memeluk tubuh di hadapanku. Tercegatbagai bos nak marah staf bawahan. Perlahan aku mengangkatmuka.“Dah call belum?” soalnya tanpa memberi salam.Aku bersandar ke kerusi. “Kan aku dah call hari tu.Dia off handphone dia. Nak buat macam mana? Dia takseriuslah tu.”“Itu hari Sabtu lepas, sekarang dah Isnin. Call ladia.”Aku termenung. Mencari-cari akal untuk mengelakdaripada terpaksa akur pada arahan Sharifah. Tatkala itu jugapandanganku berlaga dengan wajah Encik Firdaus yangserius.Aku melihat jam di dinding. Hampir sebelas pagi.Lambat pula Encik Firdaus masuk ke pejabat hari ini. Mukapun serius semacam. Takut pula aku tengok. Sudahnya,

Page 16: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

pandanganku segera kualihkan, menghadap wajah Sharifahyang tidak begitu ceria hari ini. Pun serius juga. Agaknya harini, hari muka serius sedunia kut. Aku tersengih. Kelakardengan lawakku sendiri.“Diya! I’m talking to you. Kau dah call dia belum?”soal Sharifah dengan suara sedikit tinggi.Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Apalahyang hendak kukatakan pada gadis ini?“Aku rasalah, dia ni mesti dah kahwin. Yalah… cubakau fikir, kenapa dia off telefon? Pasal tukan weekend. Diamesti spend time dengan famili dia. Tak nak terkantoilah tu.Betul tak apa aku cakap? Dia tu cuma nak permainkan akuaja!” Akhirnya aku mendapat idea paling logik untukdiberikan pada Sharifah. Untuk mengelak daripada arahanSharifah.“Banyaklah kau punya kahwin. Berapa kali kau calldia?”Perlahan aku mengangkat jari telunjuk.Menunjukkan isyarat satu bersama senyuman kecut. Sharifahni, kalau dah marah, takut pula aku tengok.“Sekali? Hari Sabtu tu ajalah kau call dia? Lepas tu?”“Aku call dia off. Jadi takkan aku nak call lagi. Diatak nak diganggulah tu. Mesti dia dengan anak isteri dia tu.Dia berbahagia di sana, kau marah-marah aku kat sini. Takadil tahu tak?”“Yalah. Kau sepatutnya call dia. Minta maaf.

Masalahnya kau dah janji dengan dia. Jadi, kau tak patutlahbuat dia macam tu.”“Aku dah call kan? Lagipun aku bukan sengaja.Memang aku terlupalah. Aku sembang dengan mak akudekat dua jam tau. Mana aku tak lupa. Bukan salah aku. Diapun tak ada telefon kau, tanyakan pasal aku. Itumenunjukkan yang dia memang tak serius dengan aku. Yangkau pula, janganlah marah aku sampai macam ni sekali.Kaukan kawan aku. Bukan kawan Si Charming tu.”Sharifah mengeluh perlahan. Mungkin amarahnyasudah sedikit kendur.“Ego juga kau ni ya? Tak nak beralah. Kalau macamni, aku pun tak tahu nak cakap apalah. Suka hati kaulah Diya.Janji kau bahagia!” katanya macam orang merajuk.Aku tersengih. Mungkin betul kata-kata Sharifahitu. Berat hatiku untuk membuka langkah pertama.Sebenarnya bukan aku ego. Tapi, aku malu.“Rancak nampak. Tak ada kerja ke?”Teguran itu membuatkan aku dan Sharifah samasamaterkejut. Encik Firdaus tercegat di belakang kami. Sejakbila pula dia di situ? Tadi aku tengok sedang berbual denganMira. Aku tersengih. Sharifah pun sama. Alamak! Kantoidengan bos la…“Ada Encik Firdaus. Tapi, semua dah siap,” jawabSharifah sambil tersenyum panjang.Encik Firdaus turut tersenyum.

Page 17: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

Aik! Tadi bukan main serius lagi mukanya. Bercakapdengan Mira, sikit pun tak senyum. Sekarang, bukan mainmanis pula senyumannya. Pelik betullah bos aku ni. Tapi,kalau dia senyum macam ni selalukan, bagus. Ceria sikitpejabat ni. Aku tersenyum dalam diam.“Yes, Diya? Anything to share?” soal Encik Firdaussambil menikam mataku dengan renungannya yang redup.Aduhai, lupa sekejap aku pada Charming. Aku tersenyumsambil menggeleng. Apalah hati ni. Cepat sangat tergugat. Hihi hi.“Tak ada apa-apalah encik,” sangkalku.“Orang… kalau senyum sorang-sorang, there’smust be something. Adalah yang buat hati senang tu ya?”Aku cuma tersengih.Encik Firdaus pula menyambung senyum sebelumberlalu.“Berborak boleh. Tapi, kerja kena jalan tau.” Dalamlembut, sempat dia bahasakan aku dan Sharifah.Hampeh betul! Aku mencebik.Sharifah pula tersengih.“Ini semua kau punya pasal. Kau ajak aku sembangpasal Charming time kerja macam ni, kenapa?” ujarku setelahbayang Encik Firdaus menghilang.Sharifah tergelak kecil sambil berlalu ke mejanya.“Tapi, aku peliklah. Semenjak dua menjak ni, diaselalu muncul tiba-tiba kat belakang kau. Kenapa ya?” soal

Sharifah sambil memandangku hairan.“Kau nak aku jawab ke soalan tu?”Sharifah mengangguk.Baru mahu membuka mulut, tiba-tiba Windowkesayanganku muncul di skrin komputer. Mana satu nak buatdulu ni? Jawab soalan Sharifah atau baca pesanan Charming?

“Kenapa?” soal Sharifah sekali lagi.Aku berpaling padanya.“Kau tahu tak suara kau tu, sampai pak guard katguard house tu pun boleh dengar tahu tak? Mahu dia takdatang senyap-senyap macam tu. Nasib baik dia sound dalamlembut. Kalau tak, buat malu aja tau.”“Ya ke? Aku rasa suara aku tak ada la kuat sangat…”“Kau yang perasan suara kau tak kuat. Padahal satuoffice ni boleh dengar suara kau yang merdu tu.”Sharifah termangu seketika. Aku tersenyummelihat gelagat Sharifah yang sedikit blur. Suka aku lihatwajah dia macam tu. Cute. Kemudian mataku teralih keWindow Charming.Charming: Hai sayang… I dapat message U. Sorry Imemang offline kalau weekend.Aku termangu sambil menongkat dagu.Mungkinkah betul telahanku tadi? Entah-entah dia dahkahwin. Sebab tu dia matikan telefon dan sebab itu jugalahdia tidak melayari YM. Hatiku tiba-tiba jadi tidak enak. Apa

Page 18: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

akan jadi kalau aku jatuh cinta pada suami orang. Tidakmungkin! Aku tidak mahu bercinta dengan suami orang.Charming: I spend masa untuk mummy I. Takboleh buat benda lain. Weekend is just for her.Yelah tu! Untuk mummy ke untuk isteri? hatikuberdetik tiba-tiba.Charming: I belum kahwin la. Tahu apa ada dalamkepala U tu. Sebab belum kahwin la, masa weekend cumauntuk dia.Wajahku terasa membahang. Dia tahu apa yang akufikir? Dia ni, orang ke hantu? Ini yang buat aku seriau ni.

Charming: U? Ada ke tak tu?Ugly Betty: Ada.Charming: Naper diam?Ugly Betty: Tak ada apa-apalah!Charming: Kata nak miss call. Tak ada pun...Ugly Betty: Kan I dah minta maaf. Tak sengaja. Ibetul-betul lupa.Charming: Lupa? Bergayut dengan pakwe ke?Ugly Betty: Mak I la. Lepas I cakap dengan U, mak Icall. Sembang dengan dia sampai dua jam lebih. Lepas tu,terus lupa. So sorry!Charming: Tak apa. But U know something?Ugly Betty: ?Charming: Lepas I cakap ngan U mlm tu, I got one

miss call. I thought it was U.Aku senyum. Siapalah yang miss call tu? Rasakurang senang tiba-tiba menyelinap di hati. Ada rasa marahpada orang yang buat miss call tu. Cemburu ke ni? Ish!Takkanlah.Ugly Betty: Then?Charming: I returned the call. And, it was adisaster, U know…Keningku berkerut. Disaster? Macam teruk sajabunyinya. Apa yang disaster tu? Jemariku pantas menaip.Ugly Betty: Disaster?Charming: Ya. Rupa-rupanya pompuan Indon.Salah nombor. Satu malam dia ganggu I. Lastly, I switchedoff my phone.

Oh… Patutlah aku telefon tidak dapat. Takutkanperempuan Indon rupanya. Aku tergelak kecil. Penakut jugaorangnya.Charming: Apa gelak2?Jemari segera melekap di bibirku. Misteri betullahdia ni. Macam tahu semua yang aku rasa. Macam tahu semuayang aku buat. Menakutkan betul!Ugly Betty: Patutlah saya call tak dapat.Charming: Berapa kali U call? Bila?Ugly Betty: Ada la. Tapi, U off.Charming: I off malam tu jer. Lepas tu I on my

Page 19: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

handphone.Ugly Betty: Hi hi hi...Charming: Sekali cuba saja ye? Lepas tu, terusdiam. Tak tunjuk efforts yang baik pun nak kawan ngan I.Tapi, tak apa... I x kisah. Sebab I akan tunggu U sampai U sudinak keluar ngan I... & sampai U sudi terima I sebagai temanhidup U.Ugly Betty: Yelah tu. Entah2 U ni dah ada gf. Sajanak main2kan I.Charming: Terserah pada U. Tapi, I’m very sureabout my feeling.Aku tersenyum sendiri. Yalah tu. Susah pula hendakpercaya. Tapi, dalam tak percaya itu jugalah hatiku tergoda.Dalam tak percaya itu jugalah, aku asyik membuai perasaan.Charming: So, bila kita nak jumpa?Aku kecut. Keasyikan tadi hilang tiba-tiba.Kenapalah soalan ini yang diulang-ulang? Kalau tidak jumpatidak boleh ke? Aku senang berkawan dengan cara ini. Akulebih senang kalau tidak perlu bertemu dengannya. Aku lebihselesa berhubung tanpa mengenalinya. Itu lebih membuataku berasa selamat. Bimbang untuk rapat dengan lelaki.Bimbang nanti berulang peristiwa hitam yang hampirmenggelapkan hidupku. Yang membuat aku serik untukmengenali insan bergelar lelaki. Tapi, kenapa denganCharming, hatiku boleh lembut. Mungkinkah kerana akucuma mengenalinya di dunia maya? Mungkinkah itu

sebabnya?Charming: Setiap kali tanya soalan ni, mesti xdereply.Ugly Betty: Hmmm... Tengoklah dulu.Charming: I x kisah. U ambiklah sebanyak manamasa yang U nak. I boleh tunggu.Aku tersenyum kecil. Betul ke dia sanggup tunggu?Mana ada lelaki macam tu di dalam dunia ini? Sangguptunggu perempuan yang dia sendiri tidak pernah jumpa dantidak pernah kenal.Charming: K la. I ada meeting pas ni. Gtg. Nexttime kita sambung. Tapi, jangan lupa call malam ni. I tunggu.And, make sure U x lupa lagi.Ugly Betty: Insya-Allah.Charming: I tunggu. Bye.Ugly Betty: K.Aku termenung. Nampaknya malam ni, aku tidakboleh lagi mungkir janji. Window milik Charming aku tutupperlahan. Perlahan juga aku mula menongkat dagu. Mulamelayan perasaan.Hish! Tak boleh berangan di sini. Banyak lagi kerjalain yang harus diselesaikan. Nak layan perasaan, tunggu

sampai rumah. Di sini, tempat kerja. Aku menghela nafas.Mencari semangat baru untuk meneruskan kerja. Terputusbicara dengan Charming pasti buat aku hilang semangat.

Page 20: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

Kalau boleh aku ingin berbicara dengannya sehingga keakhirnya. Tapi tukan mustahil.“Aik, lain macam aja? Tiba-tiba hilang semangat.Monyok aja aku tengok. Kenapa?” Sharifah bertanya tibatiba.Aku sengih. Ketara sangatkah perubahan wajahku?“Tadi Charming online.”“Okey la tu. Dia cakap apa?”“Dia tak marah pun. Malam ni dia suruh aku calldia,” ceritaku bersama senyuman yang meleret.“Amboi! Bukan main panjang senyum. Suka hatilahtu. Kali pertama aku tengok kau senyum bila cakap pasallelaki. Bertuah betul Charming tu ya. Macam manalahagaknya orang yang dah berjaya mencuri hati Adiya Fatihani?”Aku tersenyum lagi. Tiba-tiba rasa senang diusikbegitu. Ish! Kenapa tiba-tiba jadi macam ni ya? Telefonbimbitku menjerit tiba-tiba. Mengalih perhatianku seketika.Segera tanganku mencapai telefon di atas meja. Melihatsiapa gerangan pemanggilnya. Nombor baru yang tidak akukenali. Siapa pula ni?“Helo?”“Assalamualaikum, Tiha.”Aku tergamam. Tidak mungkin. Hanya sorangsahaja manusia yang panggil aku dengan panggilan itu.Tidak mungkin dia. Mana dia dapat nombor aku? Tidak!“Tiha?”

“Waalaikumussalam,”“Ingat abang?”“Mana abang dapat nombor ni?” soalku dengansuara sedikit bergetar.“Mak Tiha bagi.”Habislah aku kali ni. Kenapalah dia muncul lagi?Ingatkan aku tak akan jumpa lagi dengan lelaki ini.“Kenapa tak balik masa kenduri kesyukuran abanghari tu?”“Sibuk. Tak dapat cuti,” jawabku dengan nadadingin. Terdengar tawa di hujung talian. Tawa yang buat akumenyampah.“Macam manalah rupa girl abang sekarang?Rindulah. Abang datang jumpa nanti. Okey?”“Tak payah. Lately, saya sibuk la.”“Abang datang nanti. Rindu sangat kat Tiha. Enamtahun tak tengok muka comel ni.”Aku kaku. Diam mendengar kata-kata itu. Rasamenyampah pada kata-kata itu tetap sama dengan rasamenyampahku enam tahun dahulu.“Okey la… saya banyak kerja ni.”“Okey, kita jumpa nanti. Abang sekarang pun, katShah Alam.”Talian segera kumatikan. Telefon bimbit kucampakke meja secara spontan. Dia kat Shah Alam? Tidak! Aku tidak

Page 21: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

mahu dengar berita seburuk ini. Lebih-lebih lagi pada akumenikmati kebahagiaan bersama Charming. Tidak mungkin.Kenapa dia tidak bermastautin saja di Australia? Mengapadia perlu pulang ke sini dan mengganggu hidup aku lagi?

“Kenapa Diya? Macam ada yang tak kena aja.”Aku pandang wajah Sharifah. Mesti dia perasanperubahan wajahku.“Abang Kamal,” jawabku sepatah.Riak wajah Sharifah nampak terkejut.“Abang Kamal call ke?” soalnya dengan nada terkejut.Aku mengangguk lemah.“Abang Kamal? Bila dia balik? And mana dia dapatnombor telefon kau?”Aku mengeluh bersama dengan muka yang cukupgelisah. “Mak aku bagi.”Sharifah turut mengeluh panjang.“Apa aku nak buat Sherry? Dia cakap dia ada katShah Alam sekarang. Aku tak sukalah macam ni…”“Relakslah. Janganlah menggelabah.”“Aku takut… aku tak nak jumpa dia. Kalau macamni, aku nak resignlah. Aku nak balik kampung. Tinggaldengan mak aku. Aku tak nak jumpa dia… aku tak naktengok muka dia.”“Kau ni… cakap macam budak-budak pulak.Janganlah gabra sangat. Kau bukan macam dulu lagikan?

Aku yakin kau boleh berdepan dengan dia.”“Aku tak nak tengok muka dia. Aku menyampah!!!”“Sudahlah tu… cuba bertenang.”Aku pandang wajah Sharifah. Dia boleh suruh akubertenang? Bagaimana aku hendak bertenang kalaudibuatnya tiba-tiba dia tercegat di hadapanku? Akumengeluh berat. Gusar memikirkan hati esok yang belumpasti kesudahannya.

Page 22: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

Biarlah YM Berbicara - Bab 6

ARE you okay?”Soalan Sharifah secara tiba-tiba itu membuatkanaku tersentak. Pen di tangan terpelanting ke lantai. Ruparupanyacukup lama aku mengelamun. Fail yang kuambil,rupa-rupanya masih terletak elok di atas meja. Tak berusik.Sharifah tersengih sumbang melihat akuterperanjat besar menanggapi sapaannya. Mungkin sudahbersedia untuk dimarahi. Perkara wajib yang akan akulakukan setiap kali dia membuat aku terperanjat. Namun,tiada kata-kata marah yang keluar dari mulutku. Tiadakeinginan untuk memarahi sesiapa. Apa yang bersarang dihati lebih membuat aku susah hati. Membuat aku gundahgulana.Sharifah menongkat dagu di mejanya sambilmatanya bulat memandangku.“Any problem?” soalnya dengan wajah cukupbersimpati.

Aku menjeling. Sudah tahu lagi mahu tanya ke?Padahal tiap-tiap malam sejak kebelakangan ini, dia melihatmuncung aku yang sikit punya panjang setiap kali telefonkuberdering.“Abang Kamal?” tekanya bersama senyuman kecilyang menguntum di bibir.Aku mengeluh perlahan sambil bersandar di kerusi.

“Siapa lagi?” ujarku pendek. Jeritan telefonbimbitku, memendekkan lagi bicara. Aku menjengah. AbangKamal. Aku mengeluh berat. Kenapalah lelaki ini tidak pernahmahu mengerti yang aku tidak sukakan dia lagi? Telefonkubiarkan menjerit sendirian.Sharifah sekadar memandang. Tidak lagi bertanya.Pasti dia juga sudah tahu siapa gerangan pemanggil yangberjaya membuat mukaku berkerut seribu. Yang berjayamembuat mukaku menjadi cuak semacam. Setelah lamamenjerit, akhirnya telefonku diam. Tetapi, cuma seketika.Jeritan yang lain pula menyentap kalbu. Sistem pesananringkasku menerima pesanan. Dengan malas aku mencapaijuga telefon yang minta dipegang itu. Membuka pesananyang dihantar.Abang kat luar. Keluar cepat. Kita lunch sama.Abang tunggu ni.Aku ternganga. Gila! Betul-betul gila.“Kenapa Diya? Macam nampak hantu aja akutengok,” tegur Sharifah pelik.Aku pandang wajah Sharifah tanpa berkelip.Telefonku kuhulurkan padanya.

Sharifah mencapai, kemudian membaca pesanandaripada Abang Kamal. Sekarang matanya pula membulatmemandangku. Sekarang baru kau tahu kenapa muka akumacam nampak hantu. Sebab memang hantu pun yang

Page 23: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

sedang menungguku di luar.“So, macam mana?”Aku cuma menjongket bahu. Mana aku tahu!“Takkan kau nak biarkan dia tunggu kau kat luartu?Aku jegilkan mata pada Sharifah.“Takkan kau nak aku keluar dengan dia? Gila apakau ni?" soalku geram. Kalau dengan Si Charming pun akutak nak jumpa, apatah lagi dengan makhluk Tuhan yangpaling aku benci ini.“Bukanlah keluar dengan dia. Tapi, pergilah jumpadia kejap. Cakaplah kau dah makan ke, tak boleh keluar ke…sekurang-kurangnya tak adalah dia duduk aja kat luar tu.”“Tak naklah aku!”“Tak bolehlah macam ni. Pergi ajalah kejap.”Telefonku berdering sekali lagi.Sharifah menatap skrin telefon yang masih beradadi tangannya.“Abang Kamal lagi. Better kau pergi jumpa diakejap. Suruh dia pergi.”“Masalahnya, aku takut. Aku takut nak jumpa dia!”“Kalau kau takut, dia akan ambil kesempatan ataskau. Percayalah cakap aku. Kau mesti berani. Beranimelindungi diri kau sendiri. Cubalah… aku tahu kau bolehbuat!”

Aku menjeling marah. Senanglah kau cakap,Sharifah oiii. Kau tak lalui apa yang aku lalui, bentak hatiku.Syarifah tersenyum. Tetapi, kali ini senyumannyaseperti membakar semangatku. Senyuman pendorong untukaku jadi lebih berani.Aku terdiam sejenak. Mungkin Sharifah betul.Sudah sampai masanya untuk aku menjadi lebih berani. Akumesti lawan ketakutan yang membaluti jiwaku sekian lama.Ketakutan yang menjarakkan aku dengan kaum Adam. Akumesti kuat. Tapi, cukup kuatkah aku untuk melakukanperubahan itu?“Apa lagi? Pergilah! Dah tiga kali dia call kau ni.”“Kalau dia paksa aku macam mana? Dia suka paksaorang.” Aku bersuara lemah. Tiba-tiba sahaja semangatkuyang berkobar-kobar tadi hilang entah ke mana. Yang tinggalcuma rasa gerun untuk berhadapan dengan Abang Kamal.Sharifah mengeluh panjang. Tajam matanyamerenung wajahku. “Kau bukan budak kecik lagi. Kau dahcukup dewasa untuk melawan dia. Kau berhak membuatkeputusan kau sendiri. Lagipun, dia tu siapa nak paksa-paksakau?”Aku mengangguk perlahan. Dalam situasi tertentu,pendapat Sharifah boleh juga dipakai. Perlahan-lahan akumengangkat punggung. “Aku pergi ni. Kau doakan aku jadiorang berani ya?”Sharifah tergelak. “Selama ni, orang yang takut nak

Page 24: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

jumpa kau. Hari ni, terbalik pula ya?”Aku mencebik sambil mula mengatur langkahdengan perasaan yang bercampur-baur. Ada rasa takut. Adarasa marah. Ada rasa geram. Ada rasa benci. Yang banyaknya,rasa takut. Aku cukup gerun mahu berhadapaan dengan

Abang Kamal. Tapi, kalau dibiarkan, mungkin telefonku akanterus menjerit hari ini.“Kuatkan semangat. Aku yakin, Malaysia boleh.Kau… aku tak tahulah,” ujar Sharifah bersama gelak kecil.Loyar buruk pulak minah ni! Aku cuma tersenyumkelat. Dengan langkah yang berbelah bahagi, aku pergi juga.Melihat dari jauh, seorang lelaki segak berdiri disebelah motosikal berkuasa tinggi. Semakin hampir, terasadegupan jantungku semakin kencang.Sebuah senyuman yang cukup lebar menghiasseulas bibir merah jambu yang ditemani sedikit kumis nipis.Entah kenapa, senyuman itu tidak nampak manis dimataku. Abang Kamal sudah agak berbeza penampilannya.Sudah sedikit kemas berbanding enam tahun dahulu. Jugasudah agak berisi berbanding dengan tubuhnya yang kurusmelidi suatu masa dahulu.“Lama abang tunggu. Sibuk ke?”Itulah ayat pertama yang menyentuh gegendangtelingaku. Aku cuma memandang wajah itu tanpa perasaan.Abang Kamal nampak begitu gembira. Dia menghulurkan

helmet padaku. Aku tidak bereaksi.“Abang buat apa kat sini?” soalku dingin.“Kan abang dah cakap. Abang nak ajak Tiha keluarlunch.”“Saya tak nak.”Wajah Abang Kamal sedikit berubah. “Tiha…kenapa ni?”“Saya sibuk. Banyak kerja nak buat. Lagipun sayadah makan dengan kawan saya tadi.”

“Lain macam aja bunyinya. Macam tak suka ajaabang datang.”Aku pandang wajah Abang Kamal yang kelihatansedikit tegang. Memang itulah Abang Kamal. Suka membuatkeputusan sendiri dan tidak suka dilawan. “Memang saya taksuka abang datang sini. Saya tak suka abang ganggu hidupsaya.”Bulat mata Abang Kamal menikam mataku. Danaku? Aku rasa macam tidak percaya dengan diriku sendiri.Akukah yang baru menuturkan kata-kata itu? Tiba-tiba akuberasa bangga pada diriku sendiri. Tak sangka aku punyakeberanian untuk melawan Abang Kamal. Betul kata Sharifah,aku sepatutnya mencuba sebelum menyerah kalah.“Tiha dah jadi kurang ajar sekarang ya?”Aku menentang renungannya. Aku kurang ajar?Bukankah dia lebih kurang ajar daripadaku? Berani dia

Page 25: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

bercakap tentang kurang ajar. Aku menarik muka masam.Abang Kamal pula, tersandar pada motosikal besarnya.“Kenapa Tiha jadi macam ni?” soalnya dengan suarayang sangat serius. Juga dengan pendangan yang sangatserius.Aku membuang pandang. Dia ingat dia seorangsaja yang boleh buat serius? Aku pun boleh!“Abang yang buat saya jadi macam ni. Dan jangansesekali nak cakap saya kurang ajar. Kalau pun ada yangkurang ajar, orangnya ialah abang, bukan saya!” ujarku tajam.Beraninya aku! Dalam diam hatiku melonjak riang.Wajah Abang Kamal yang serius, perlahan-lahanmengendur. Mungkin dia tahu apa yang aku maksudkan. Diamengeluh perlahan sambil melurut rambutnya yang disikatrapi.

“Tiha masih tak dapat lupakan apa yang pernahberlaku dulu ya?” soalnya lembut.“Abang ingat, saya ni apa? Boleh lupakan semua tumacam tu saja? Tak mungkin bang. Saya tak akan lupakanperbuatan abang tu. Kesannya pada saya terlalu pahit, bang!”“Abang minta maaf. Abang tahu abang salah.Abang tak pernah berniat nak buat semua tu. Lagipun itusemua dah lama berlalu. Masa tu, abang terlalu muda Tiha.”“Itu bukan alasan. Saya pun tak ada masa nakdengar alasan abang. Saya ada kerja. Baik abang pergi

sekarang. Dan jangan datang lagi ke sini. Jangan jumpa sayalagi. Saya tak nak jumpa abang!”“Tiha… please. Jangan buat abang macam ni. Daridulu Tiha tahu sayang abang kat Tiha macam manakan?”Abang Kamal bersuara sambil mencapai jari-jemariku.Dengan pantas aku merentap tanganku.Sentuhannya mengingatkan aku pada perbuatannya suatumasa dahulu. Dan aku tidak mahu mengingati itu semua.“Dari dulu juga abang tahu perasaan saya padaabang macam mana. Tapi, abang tetap memaksa hinggaabang sanggup nak menodai saya. Saya tak akan lupakansemua tu. Kerana perbuatan abang, sampai sekarang perasaantakut tu menyeksa hidup saya!”“Abang tak sengaja... abang menyesal. Abanglakukan semua tu, sebab abang tak nak kehilangan Tiha.Abang terlalu sayangkan Tiha...”Aku membuang pandang. Alasan! Tidak kuasa akumendengar sebarang penjelasan daripada lelaki itu.“Okeylah. Saya banyak kerja ni. Baik abang pergisekarang!” putusku.

Abang Kamal tidak berkata apa-apa. Cumarenungannya menikam mataku.“Saya pergi dulu,” ujarku sambil mengatur langkahmemasuki kawasan kilang tempat aku bekerja.“Abang pergi. Tapi, tu tak bermakna abang

Page 26: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

mengalah. Abang tahu abang pernah melakukan kesalahanpada Tiha. Abang akan cuba tebus kesalahan tu!”Kata-kata itu aku biarkan hilang bersama debuyang ditiup angin tengah hari itu. Aku terus berlalumeninggalkan Abang Kamal.“Ayoyo adik Diya… dating ke?”Suara sumbang itu menarik perhatianku. Akuberpaling. Seorang mamat Nepal tersengih memandangkusambil memegang plastik hitam berisi sampah. Mamat nimemang nak kena. Aku tengah angin, nak buat ramah pulak.“Banyak hensem aaa tu abang,” katanya sambiltersengih.Aku kerutkan kening. Geram pula melihat mukanyayang tersengih-sengih itu.“You datang sini mahu bikin apa ha?” soalkudengan wajah mencuka.Mamat Nepal tersengih sambil mengangkat plastiksampahnya. “Buang sampah juga… adik manis.”“You buang sampah pakai tangan ke pakai mulut?”ujarku geram.Mamat Nepal gelak lagi.“Pakai tangan la adik Diya. Mulut untuk makanjuga,” balasnya masih bersama senyuman meleret.Hai, mamat ni… memang menyakitkan hatibetullah! Aku berpaling. Meneruskan langkah menuju kearah pejabat. Malas hendak melayan mamat Nepal yang tidak

faham bahasa itu.“Itu aaa… lain tada. Mesti gaduh punya. Janganrisau adik manis, sikit jam lagi mesti dia pujuk punya…”Hai! Mamat ni, dah lebih. Memang nak kena basuhmamat Nepal ni. Aku berhenti mengejut dan berpaling. Buk!“Adoi!” jeritku sambil tunduk menekan dahi.Sakitnyaaa….“Sedap ke?”Satu suara bertanya. Dan pertanyaannya itu betulbetulmenambahkan rasa geram di hati. Ada ke tanya sedapke?“Sakit siot!” ujarku geram sambil menggosok dahi.Aku mendongak sambil menggosok dahi. Betulbetulsakit. Dan melihat siapa gerangan berada betul-betuldi hadapanku, membuat aku ternganga. Sakitku hilang sertamerta.Yang tinggal kini, hanya rasa takut kerana mulutceluparku dengan mudahnya memaki bos sendiri. Tidak!Encik Firdaus… maafkan saya Encik Firdaus. Jangan marahsaya yang kerdil ini. Habislah aku kali ni!Encik Firdaus tersenyum.“Marah nampak,” ujarnya bersama senyum manisyang menguntum. Rupa-rupanya aku terlanggar EncikFirdaus. Macam mana dalam sekelip mata, dia boleh beradadi belakangku? Sebaik sahaja aku berpaling, dahiku selamatbertembung dengan dagunya. Sakitnya Tuhan saja yangtahu. Tapi, itu semua salah aku juga.

Page 27: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

“Maaf encik… saya tak sengaja. Sakit ke?” Dalamkelam-kabut dan malu yang amat sangat, aku bertanyasambil secara spontan jari-jemariku menggosok dagunya.Tindakan refleks yang amat bodoh. Dan aku cuma menyedaritindakan bodoh itu tatkala aku terasa jari-jemariku berada didalam genggaman Encik Firdaus. Membuat aku kakuseketika.Bulat mataku memandang wajah Encik Firdaus.Lelaki itu turut sama merenungku. Membuat wajahkumembahang tiba-tiba. Membuat jantungku berdegupkencang juga secara tiba-tiba. Baru aku sedar betapadekatnya jarak antara kami. Begitu hampir sehingga harumanminyak wangi yang dia pakai melekat di hidungku. Akuterpanar. Kenapa perasaanku cukup berbeza? Sentuhan EncikFirdaus membuatkan aku rasa bahagia. Kenapa perasaannyatidak sama dengan sentuhan Abang Kamal?“Ek hem… Encik Firdaus memang suka kalauaccident macam ni, Adiya!”Suara itu tiba-tiba mencelah, mengganggu detikdetikindah luar biasa yang baru aku alami. Jugamenyedarkan aku, bahawa bukan hanya aku dan EncikFirdaus sahaja berada di situ.Bagaimana aku boleh tidak perasan dengan KakLisa yang tercegat di sebelah Encik Firdaus. Malunya!Encik Firdaus turut berdeham, sambil cubamengukir senyum. Kali ini aku dapati, amat payah untuk

Encik Firdaus mengukir senyum padaku.“Are you okay?” soal Encik Firdaus sambilmenyentuh dahiku yang masih terasa sakit.Aku tersengih sambil bergerak ke belakang.Jemariku di dalam genggamannya kutarik perlahan. Seganpada Lisa, setiausaha Encik Firdaus yang dari tadi tersenyummeleret melihat drama aku dan Encik Firdaus. Juga maluapabila mendengar gelak kuat mamat Nepal yang menjadipunca amarahku. Menjadi punca kemalangan ini.Encik Firdaus berpaling ke arah tawa sumbang itu.Namun, pegangan tangannya tidak dilepaskan.“Yes? Anything funny, Damodar?” soalnya serius.“Nothing, sir. Sorry!” balas lelaki itu sambil terusberlalu.Padan muka! Namun, aku perasan masih ada sisatawa yang dibawa bersama. Dan, Encik Firdaus… bila naklepaskan tangan saya ni? Aku bertanya sendiri.“Merah dahi awak. Ni, kena tuam ni.”Encik Firdaus bersuara sambil mengelus perlahandahiku. Alahaiii… janganlah macam ni Encik Firdaus. Ini dahmacam drama romantik rupanya ni.Encik Firdaus mengelus perlahan dahiku sambilmenggenggam erat jemariku. Aku tak tahu apa yang dia rasasaat ini. Tapi, yang aku pasti, perbuatannya itu membuatjantungku seperti mahu meledak. Janganlah buat saya jadiperasan, Encik Firdaus.

Page 28: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

“It’s okay, Encik Firdaus. Salah saya. Saya mintamaaf. Saya tak hati-hati,” ujarku sambil menarik tanganku darigenggamannya.Dengan perlahan dia leraikan pegangannya, sambilmatanya masih menikam mataku.Macam tak nak lepas aja, hatiku berbisik sendiri.Menyedari renungan mata Encik Firdaus masih juga jatuh kewajahku, aku tunduk. Kenapa lain benar pandangan EncikFirdaus kali ni? Silap hari bulan boleh pengsan aku di situ.“Jangan lupa tuam dahi tu. Nanti benjol, nakbersanding tak cantik.”

Aku tersengih. Aduhai Encik Firdaus. Sempat kaubuat lawak denganku? Tidakkah kau tahu perasanku saat ini?Bergelora bagai taufan menyapa lautan.“Saya pergi dulu. Kak Lisa, saya pergi dulu,”pamitku.Kak Lisa tersenyum panjang dan Encik Firdaus pulamerenung panjang. Merenung siapa? Merenung akulah! Ituyang buat aku nak cabut cepat-cepat. Sebelum aku perasanlebih-lebih, baik aku pergi dari situ. Dalam pada melayandebar dek layanan Encik Firdaus, tiba-tiba aku teringatkanCharming.Maafkan saya Charming. Saya cuma suka sikit sajakat bos saya ni. Itupun sebab semua orang suka kat dia, sayapun rasa macam nak suka juga la. Tapi, hati saya tetap kat

awak. Walaupun saya tak kenal awak… teringatkan Charmingaku jadi lupa pada Abang Kamal. Jadi lupa pada EncikFirdaus. Senyum manis tiba-tiba terukir di bibir.

Biarlah YM Berbicara - Bab 7DUA hari berlalu sejak insidendrama romantik antara akudan Encik Firdaus. Dua hari itujugalah mulut murai sebelahku ini tidak berhenti bertanyaitu dan ini. Betul-betul buat aku rimas. Hilang tumpuan akugara-gara mulut kecil ini. Tumpuan apa? Tumpuan bercintadengan Charminglah.Di rumah, tumpuan bicaraku dengan Charmingterbantut di hujung jari. Di pejabat pun sama. Gangguanyang sama daripada mulut yang sama. Itu belum masuk lagipesanan ringkas dan deringan tidak berangkat daripadaAbang Kamal. Banyak sungguh halangan untuk kita bersama,Charming. Aku mengeluh sendiri. Menunggu untukbeberapa ketika lagi di hadapan komputer sebelum akuberedar ke bahagian production.“Diya!”Aku tersentak. Dengan malas aku pandang wajahSharifah yang sudah menyinga.“Apa dia Sherry? Mulut kau ni, tak reti penat ke?”Sharifah mencebik. Dari mejanya, dia menghayun

Page 29: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

langkah ke arahku. “Aku tak akan penat selagi kau tak ceritahabis pasal tu!”“Nak cerita apanya? Tak ada apa-apalah. Kan akudah beritahu hari tu. Kita orang terlanggarlah. ‘Ter’… kautahu tak makna ‘ter’? Kalau kau tak faham, orang putih cakapaccident. Faham tak?”Sharifah mencebik. “Itu aku tahulah. Tapi, takkansetakat tu aja? Aku tengok Encik Firdaus tu pun dah lainmacam aja tengok kau. Kuch kuch ho ta hai kut. Apa kataorang tu… dari mata terus turun menusuk hati. Aduh!”“Ek? Kau memang. Semua orang lain macam dimata kau. Malas aku nak layan kau. Charming ni pun satu...mana dia pergi ni. Tak muncul-muncul lagi. Ini semua kaupunya pasallah! Asyik tanya pasal Encik Firdaus aja…” Akumerungut sambil mengangkat punggung.“Apa pulak kena-mengena antara aku dengan EncikFirdaus dan Charming kau tu? Kalau kau, lainlah. Kau rebutanantara dua jejaka tu,” Sharifah menjawab dengan gayaseorang sasterawan.Geram aku hilang melihat gelagatnya. Timbul pularasa lucu yang menggeletek jiwa.“Yalah. Pasal kau asyik tanya aku pasal bos kita tu,dua kali aku tertaip nama Encik Firdaus dan terhantar kat diatau. Dua kali jugak dia tanya aku siapa Encik Firdaus tu.Tengok… dua hari dia tak online langsung. Tentu dia marahkat aku. Tak pun dia ingat aku ni, cuma nak main-mainkan

dia. Geram betul aku!”Sharifah tersengih.“Kau geram kat siapa? Kat Charming ke?” soalnya.

54“Kat kaulah!”Sengih Sharifah makin lebar sambil menggigit jaridengan muka takutnya.“Sorrylah. Tapi, salah kau juga. Aku tanya sekalikau tak nak cakap. Tu yang terpaksa juga kacau kau datingtu,” Sharifah bersuara bersama gelak besar.Aku menjeling. Aku sembang online, dikatanyadating? Betullah budak Sharifah ni.Aku baru hendak melangkah apabila tiba-tiba satuWindow kecil muncul di skrin komputer. Senyumkumemekar tiba-tiba. Langkah terhenti, dan aku duduk semula.Tiba-tiba alam kurasa dipenuhi bunga-bunga yang berwarnawarni.Sama seperti perasaanku saat ini. Berbunga-bunga.Charming: BUZZ!!!Charming: Hai sweet!Senyumku makin lebar. Siapalah yang dapatkugambarkan perasaanku saat ini. Seronok dan bahagiabercampur menjadi satu. Tidak dapat aku nafikan lagi. Akumemang sudah terpikat pada Charming. Benar-benarterpikat!“Amboi, muka… terus berseri-seri!” sakat Sharifah

Page 30: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

bersama senyuman yang tidak kurang lebarnya.Aku menjeling. “Jangan kacau aku. Kalau dia offlinelagi, siap kau!”“Aik! Charming kau yang buat perangai, aku pulakyang kena marah!”Aku senyum sambil membuat isyarat menyuruhSharifah berlalu dari mejaku. Dari pagi sampai tengah harisibuk dengan kerja. Walaupun aku cuma bekerja denganseparuh hati sahaja. Kerana separuh lagi, aku guna untukmemikirkan tentang Charming. Jadi, saat ini tidak akan akusia-siakan.Sharifah jelirkan lidah sebelum berlalu.Dan aku tergelak kecil.Charming: BUZZ!!!Charming: Ada ke tak ni?Ugly Betty: Ada. Mana U pergi? Lama tak online…Charming: Lama ke? Mana ada? Baru semalam I xada. Ni, I dah datang balik.Kenapa? U rindu kat I ke?Aku tersengih. Memanglah aku rindu. Rindu sangatnak baca bait-bait bicaranya. Suka mengulit perasaan sendiridengan bicaranya yang romantik dan bersahaja.Charming: Diam pulak dia.Ugly Betty: Kalau I rindu pun, rindu sorang2 jer...Takkan U nak rindu kat halimunan macam I ni.Charming: Halimunan?Ugly Betty: U yang cakap hari tukan? I ni macam

halimunan. Ada dalam tiada.Charming: Halimunan pun halimunan la. Nak buatmacam mana? Dah nasib I jatuh cinta dengan halimunan.Terimalah seadanya...Aku tersenyum. Jatuh cinta konon. Meskipun didalam hati ada getar halus yang mengusik jiwa. Tetapi, akukena realistik sikit. Mana ada lelaki senang-senang nak jatuhcinta pada seorang gadis yang tidak dia kenali. Kalau aku,lainlah. Aku ni perempuan. Perempuankan jiwanya halus.Aku tergelak kecil.Ugly Betty: Jatuh cinta? Senangnya U jatuh cinta.Kenal tak… tiba-tiba cakap jatuh cinta kat I.

Charming: Kenapa? U x percaya ke? Kalau sekarangU bagi alamat rumah keluarga U, sekarang juga I pergimeminang. Serius ni!Aku cuma tersenyum panjang.Charming: Senyum pulak. Senyum buat apa?Bagilah alamat family U. Nanti I hantar rombonganmeminang. I tak main-main. Serius ni!Senyum di bibir mati tiba-tiba. Macam biasa,Charming dengan misterinya. Dan, betul ke Charming serius?Aku jadi buntu. Tidak tahu bagaimana hendak membalasbicara jejaka ini. Sudahnya aku cuma menggaru daguperlahan-lahan. Mencari ilham.Charming: Cakaplah…

Page 31: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

Ugly Betty: Cakap apa?Charming: Alamat U la, sayang.Ugly Betty: Hmmm... ingatkan apa la tadi. Dahcakaplah... tp, U x dengar kutAku senyum.Charming: Kalau macam tu, type…Ugly Betty: Hehehe“Lebar senyum, nampak?”Fokus aku terganggu lagi. Geramnya! Kenapalahselalu macam ni. Aku berpaling.Senyum Johan melebar, bersama sengih Damodardi belakangnya.Aku turut tersenyum panjang. Lupa. Sepatutnyasekarang aku ke production department berjumpa denganJohan. Cuma itu yang mampu aku hadiahkan pada lelaki ini.Minta maaf la banyak-banyak. Saya lupa!“Kita tunggu dia kat sana, sampai berasappunggung. Kata pukul sebelas, sekarang dah nak masuklunch dah ni,” Johan bersuara sambil bersidai di mejaku.Cepat-cepat aku minimize Window Charming. MaafCharming, gangguan lagi! “Sorrylah. Saya betul-betul sibuktadi. Baru nak pergi ni haaa.”Johan senyum. “Tak apa. Diya punya pasal, saya takboleh marah.”“Joe… kasi duduk jauh-jauh. Nanti ada orang marahU tau.”

Aku pandang Damodar yang tersengih. Tak sayangmulut betul Nepal ni. Geram pula aku melihat senyumannya.Lebih geram lagi apabila kata-katanya itu disambut derai tawaSharifah.Johan cuma tersenyum kecil. Matanya jatuh kewajahku. Memandang dengan pandangan yang selalu diahadiahkan untuk aku.“Patutlah tak pernah nak layan kita,” Johanbersuara bersama senyuman kecil. Antara nampak dan tidaknampak.Aku diam. Ini semua pasti mulut Damodar yangbuat kerja. Cepat betul berita tersebar.“Mana ada? U ni Damodar... pandai aja reka ceritaya?” marahku pada Damodar.Damodar tersengih panjang.Johan turut tersenyum walaupun senyumannyatidak seceria mana.“Nah!” Dia bersuara sepatah sambil menghulurkansekeping disket bersama beberapa keping kertas laporanbulanan untuk production department.

Aku tersenyum kecil. “Menyusahkan awak aja. Takpayah hantar pun tak apa… saya boleh pergi after lunch.”Johan cuma tersenyum kecil sambil menjongketbahu. “Small matter la. Lagipun, memang nak keluar lunchpun. So, bawa sekali. Nanti, kalau ada kerja tak payah nak ke

Page 32: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

sana ke sini. Ya tak?”Aku cuma mampu senyum. Dia ni, perli aku ke?“Ke… nak tengok muka, Joe?” duga Sharifah.Aku berpaling. Merenung tajam ke arah Sharifahyang tersengih.“Tu pun satu sebab jugak, Sherry. Walaupun orangtu tak sudi kat kita, tapi kalau hati kita dah berkenan…teringin jugak nak tengok muka tu,” balas Johan sambilmengangkat kening padaku dengan muka yang sedikit seriusdan sedikit bergurau.Membuat aku sendiri keliru. Mamat ni, serius kebergurau? Tapi, lupakanlah. Bukan benda penting pun. Apayang lebih penting, saat ini aku menunggu dua lelaki iniberlalu, supaya aku boleh berbicara dengan Charmingkusecara tenang dan aman. Tanpa sebarang gangguan.“Jom, Diya. Kita keluar lunch.”Aku termangu. Dengan cukup bersahaja Johanmempelawa aku. Aku menggeleng perlahan. “Tak apalah.Terima kasih. Saya kenyang…”“Kenyang ke tak sudi nak keluar dengan kita?”Aku senyum kecil. “Betul. Saya kenyang. Terimakasih ajalah ya?”“Tu la kau. Aku ni yang lapar, kau tak nak ajak.Pergi ajak orang yang dah kenyang tu, buat apa?” Sharifahmenyampuk lagi.

“Ajak kau buat apa? Perabih duit aku aja. Ajak Diya,tak apa... boleh tenangkan jiwa aku yang gundah gulana ni.”Sharifah mencebik.Johan tersengih.Aku pula termangu. Bengang dengan situasi yangasyik memisahkan aku dengan Charming.“Joe, cepatlah! Itu hero sudah datang. Nanti kalaukena marah, aku tak tahu!” Damodar bersuara tiba-tiba,dengan gaya Bahasa Melayu aras tingginya.Aku tergelak mendengar kata-katanya. Dalamgelak, aku pandang ke arah Damodar. Tidak faham dengankata-kata lelaki itu.Johan pula buat-buat tidak dengar.“Ek hem… sibuk nampaknya. Ada mesyuarat ke?”“Tak adalah bos. Mahu pergi makan jugaaa!” CepatcepatDamodar menjawab pertanyaan Encik Firdaus.Johan yang membelakangi Encik Firdaus segeramengangkat punggung dari meja.Aku pula, segera tunduk tatkala Encik Firdaussudah tercegat di hadapanku.“Bila kantin kita tukar ke sini? Tak tahu pula saya.”Johan tersenyum kecil sambil menggaru kepalanyayang tidak gatal. Rambut dah ala-ala rambut Mawi, manadatang gatalnya.Encik Firdaus turut tersenyum walaupun tidakcukup lebar untuk melegakan hati pekerja-pekerjanya ini.

Page 33: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

Encik Firdaus ni, dalam senyum pun sempat nak menyindir.“Hantar report kat Adiya, Encik Firdaus,” Johanmemberi keterangan secara terperinci.

Mendengar namaku disebut, aku mengangkatmuka. Aku tersenyum kecil pada Encik Firdaus. Hakikatnya,baru hari ini aku bertentang mata semula dengan EncikFirdaus. Dua hari aku mengelak daripada bertemudengannnya. Sebabnya, malu belum surut di hati ini.“Oh… so, you dah lunch ke Joe?”“Nak pergi la ni. Jom, Dam!” Johan bersuara sambilmengajak Damodar.“Diya? Dah lunch?”“Dah,” bohongku sepatah. Laju pula tu meluncurdari bibir.Encik Firdaus memandang dengan pandangan tidakpercaya.Aku tersengih. Bagaimana dia mahu percaya?Lunch time baru bermula, aku boleh cakap sudah makantengah hari. Kalau cakap ‘belum kenyang lagi’ bolehlahditerima. Lantaklah! Dah terlajak kata, mana boleh diundurundur.Buat muka sardin sudahlah depan bos handsome ni.“Dahi awak tu… merahnya tak hilang lagi ya?”Encik Firdaus bertanya sambil sedikit menunduk. Memerhatidahiku dengan lebih dekat.Jari-jemariku cepat-cepat menutup dahi. Ish! Encik

Firdaus ni, boleh perasan pula dia. Malunya aku. Dalamberdebar dan malu, aku tidak tahu wajahku bertukar kewarna apa. Entah-entah warna hijau tak? Lebih-lebih lagi saatitu juga mata Johan dan Damodar turut melekat di dahiku.Melihat tingkah kalutku, barangkali, Encik Firdaustersenyum lebar. Hmmm… bergayanya senyuman dia. Danaku… aku pandang ke bawah meja.“Balik tuam dahi tu.”

Aku cuma pamerkan sebaris gigi yang tersusun rapibuat Encik Firdaus.Lelaki itu pula mengangkat kening sebagai balasan.Membuat jantungku tiba-tiba berdegup kencang.Dan saat itu juga, aku terpandang wajah Johan yang sedikitberubah. Perlahan-lahan dia mengatur langkah.“Joe, awak makan kat mana?”“Kat luar Encik Firdaus. Dengan Dam ni.”“Jomlah. Pergi dengan saya sekali. Saya pun nakkeluar lunch ni.”“Eh, tak apalah…”“Ikut ajalah. You pun Damodar. Girls? How aboutyou?”Aku cukup laju mengeleng dan Sharifah pula, turutmenggeleng perlahan apabila melihat gelenganku.Encik Firdaus tersenyum kecil.“Nak buat macam mana, orang tak sudi. Jomlah

Page 34: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

kita pergi,” ujarnya sambil mengatur langkah.Johan dan Damodar menyusul di belakang.“Jangan lupa tu…” Encik Firdaus sempat berhentidi pintu utama pejabat sambil berpaling menunjukkandahinya. “Tuam selalu!”Aku tersengih lagi.Encik Firdaus tersenyum sambil berlalu.“Kau ni, kalau tak… boleh makan free. Mestitempat best-best tu dia orang pergi makan,” Sharifahmenyuarakan ketidakpuasan hatinya sebaik sahaja ketiga-tigalelaki itu hilang di mata.Aku kerutkan kening. Ada ke marah aku pulak!

“Kau nak ikut, ikut aja la. Aku tak larang pun!”tukasku bersahaja.“Yalah. Aku sorang perempuan, seganlah…”Aku tersenyum sambil mengangkat punggung.Window Charming sudah lama menyepi. Pasti lelaki itusudah tiada. Perlahan aku menutup Window itu.“Jomlah!”“Pergi mana?”“Makanlah. Aku belanja. Tapi, kat kantin ajalah.”Sharifah tersengih.“Okey... no hal! Ini yang aku tunggu-tunggu ni.”“Memanglah aku belanja… tapi kau yang bayar,”ujarku bersama gelak jahat.

Sharifah mendengus marah.Dan aku menyambung gelakku sambil berlalu.“You girls… nak ke mana tu?”Langkahku terhenti serta-merta. Buk!“Adoi!!!” Sharifah menjerit sakit.Aku tergelak. Walau ada rasa sakit di belakangku,dek dilanggar oleh Sharifah, namun rasa lucu lebih ketara dihatiku.“Kau nikan… nak berhenti tak reti-reti nak bagisignal ke?” marahnya sambil menggosok hidungnya.“Kau ikut dekat sangat,” ujarku masih lagi bersamagelak lucu.“You ni, Adiya… suka berhenti mengejut macam niya? Patutlah hari tu boleh accident dengan bos.”“Betullah... sakit hidung aku tau!”

Aku mengulum senyum. Cuba membuang rasa gelihati.Sharifah masih menggosok hidungnya.Kak Lisa tersenyum kecil.“You all nak ke mana ni?” tanya Kak Lisa.“Lunch,” jawabku sepatah.“Ikut... I belanja. There’s something I nak discussdengan you, Adiya.”Ha? Kak Lisa nak bincang sesuatu denganku? Apadia? Macam serius saja nadanya. Ini yang buat aku jadi seram

Page 35: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

sejuk ni. Darah gemuruhlah katakan.“Hal apa kak? Encik Firdaus nak meminang Diya?”“Hey!” Aku terjerit tiba-tiba tatkala mendengarsoalan Sharifah. Terkejut dengan soalan berani mati gadis itu.Budak ni, memang nak kena cili mulut ni.Kak Lisa tergelak mendengar soalan itu. Atau… diatergelak melihat aku yang terkejut tahap cimpanzi itu?Entahlah… aku tak tahu. Yang penting, tiba-tiba aku dilandarasa ingin tahu.“Lebih kurang macam tu la,” balas Kak Lisabersahaja.Aku ternganga. Memang suspen ni. Sharifah? Takusah ceritalah... Dia yang terlebih suspen!“Jom!” ajak Kak Lisa sekali lagi.“Okey…okey… jom Diya!” sampuk Sharifah sambilmenarik tanganku.Aku cuma menurut dengan perasaan yang serbatidak kena. Pandai betul Kak Lisa buat aku nervous. Nervoustahap cipan ni.

Biarlah YM Berbicara - Bab 8TELEFON bimbit, aku alihkan ketelinga kiri. Terasa tangan kanankusedikit lenguh. Telinga punsudah sedikit panas.“Kenapa diam?”“Ada ni… tukar telinga jap.”“Ha? Tukar telinga? Berapa pasang telinga yangyou ada?”Aku tergelak. Tersilap cakap. Malunya…“Tukar phone ke telinga kiri. Penatlah… sakittangan,” aduku.“Alaa… so pity, my girl. Dah lama sangat ya kitaberborak? I pun tak perasan masa berlalu.”Aku tergelak kecil. Sambil itu aku perasan Sharifahyang tegak di sofa memandangku. Aku tersengih sambilberpaling menghadap skrin komputer yang gelap.“Tak apa… I tak kisah. Bukan selalu pun I bolehberborak dengan you macam ni,” aku bersuara ceria. Tidakmahu Charming mematikan talian sebenarnya. Walaupunpada hakikatnya, sudah hampir dua jam aku bersembangdengannya. Jangan ditanya apa yang kami bualkan, keranaaku sendiri pun tidak tahu apa yang menjadi topik perbualankami. Segala-galanya berlalu begitu sahaja. Tiada perkarapenting yang dibualkan. Tetapi, kami seolah-olah tidakkekeringan tajuk untuk dibualkan. Ada sahaja cerita dari

Page 36: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

mulutnya dan ada sahaja jawapan daripadaku. Begitu jugasebaliknya. Dan, yang penting… aku betul-betul menikmatikegembiraan ini.“So, apa yang I minta siang tadi, macam mana?”Aku kerutkan kening. Apa yang dia minta siangtadi? Aku tidak ingat. Maklumlah siang tadi banyak sangatgangguan yang datang.“Apa?”“Tak ingat ke?”“Maaf. I betul-betul tak ingatlah. Apa dia ya?”“Alamat rumah youlah. Kita bertunang, nak?”Hah? Alamak! Dia dah masuk topik yang tidakmenariklah. Topik serius. Ini yang buat aku seriau. Macammana nak jawab ni? Aku mula gelisah. Tiba-tiba rasa macamhendak letak telefon saja.“Okey… kita bertunang?”“You biar betul! Nama I pun you tak tahu, nakbertunang pulak.”“Itu senang aja. You beritahu nama you, then Itahulah. Tak nak beritahu pun tak apa. I panggil you Betty aja.Lagipun, kita nak bertunang aja dulu. Tak payah pakai namapenuh pun tak apa. Tapi, kalau nak nikah esok, terpaksajugalah you bocorkan rahsia nama you tu. Nanti kelam-kabutI depan tuk kadi. Takkan masa tu pun you nak berahsia juga.”Aku tergelak. Suaranya yang selamba di hujungtalian membuat resahku semakin menjadi-jadi.

“Setuju tak? Jangan tanya sama ada I serius atautak? Sebab, from the beginning, I dah cakap I serius. So,now... just say yes or no?”“Errr… ni bukan…”“Yes or no…” Charming menyampuk sebelum akusempat menghabiskan kata-kata yang memang aku mampucanai separuh sahaja itu.“No!” jawabku laju.“No?” Terdengar suara Charming sedikit terkejut.“No, I mean bukan ‘no’. Tapi, bukan juga yes. No…I don’t know….”Charming tergelak panjang. Romantisnya gelaklelaki ini.“Kenapa sayang? Tiba-tiba nervous pulak. Bukanajak kahwin pun. Ajak bertunang aja dulu. Just say yes.”“Ini bukan perkara main-main. Melibatkan duakeluarga. I rasa belum sampai masanya untuk fikir sampai ketahap ni.”“Mungkin masanya belum sampai pada you. Tapi,pada I… I dah bersedia. Dah sampai masanya untuk I majusetapak lagi dalam hubungan kita.”Aku kaku seketika. Betulkah lelaki ini tidak mainmain?Tapi, memang selama aku mengenalinya, dia sangatserius apabila berbicara tentang hala tuju perhubungankami. Rasanya, aku yang banyak main tarik tali dengannya.Itupun, dia seolah-olah tidak jemu melayan sikap aku yang

Page 37: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

kadang-kadang nampak macam mengada-ada itu.Ish! Mengada-ada ke aku ni? Tak adalah mengadaadasangat. Cuma, bimbang dengan keputusan yang bakaldiambil. Itulah sebabnya sampai sekarang pun, langsungtidak ada keputusan yang aku buat. Tidak berusaha untukteruskan hubungan ini ke satu tahap yang lebih serius. Bukantidak mahu. Tetapi tidak berani.“Sayang?”Aku berdeham perlahan mendengar panggilannya.Hampir luruh hati ini mendengar panggilan romantis itu. Akuakui aku amat bahagia dengan layanan ini.“Ada ni…” balasku dengan suara sedikit bergetar.“Sayang… you tak yakin dengan cinta I? Kalau youtak yakin, you ambillah sebanyak mana pun masa untukbelajar yakin pada I. I akan tunggu you.”Ah, sudah! Macam mana nak jawab ni? Memang akutidak begitu yakin. Tapi, kalau aku jawab macam tu, mesti diakecil hati. Aku mula menggaru kepala yang tidak gatal.“Hai… baru kejap tadi syampu kepala tu, masihgatal lagi ke?”Aku menjeling. Ada saja nyamuk yang mengganggu.Sharifah tersengih sambil menongkat dagu di mejakomputer, berhadapan denganku. Bila masa pulak nyamukgergasi ni, terpacak kat sini?“Kepala siapa yang gatal?” soal Charming. Pasti diadengar suara nyaring Sharifah.

“Tak adalah. Kawan I ni. Kepala banyak kutu. Orangsuruh pakai racun tikus, tak nak. Pakai syampu buat apa?Bukan hilang gatal tu,” jawabku bersahaja. Geram sebenarnyadengan Sharifah. Kerjanya mengacau sahaja. Mendengarkata-kataku Charming tergelak.

Sharifah pula terjerit kecil.“Aku mana ada kutu!” jeritnya sambil melemparkusyen ke arahku.Aku mengelak, membuat badanku tidak seimbang.Kini, giliran aku pula terjerit kecil sebelum aku terjelepok keatas karpet. Sakitnya! Dan yang lebih penting, malunya!Sharifah tergelak besar.Aku terasa seperti mahu menangis. Nasib baik karpettebal.“Apahal tu?”Aku diam. Takkan aku nak cakap aku bergayutdengannya sampai jatuh dari kerusi. Malulah!“Buah nangka jatuhlah!” jerit Sharifah dekat dengandengan telefonku sebelum dia cepat-cepat lari masuk kebiliknya. Hantu punya Sharifah! Dan… Charming tergelakbesar. Aku menarik muka masam. Biar pun tiada sesiapa yangnampak mukaku saat ini, tetapi, rasa malu ini tidakmembenarkan aku sama-sama gelakkan diriku sendiri.“Macam mana boleh jatuh ni?” soal Charmingmasih bersama tawanya yang panjang.

Page 38: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

Hampeh betul! Janganlah gelak.Aku diam. Tiba-tiba terasa sedih apabila dirimenjadi bahan gelak orang. Lebih-lebih lagi yang gelak ituadalah pengarang hati sendiri.“Sayang?” panggilnya, setelah agak lama akuberdiam diri.“Macam mana boleh jatuh?” Sekali lagi dia bertanyasoalan yang sama.“Janganlah gelak. Sakit tau…” Aku bersuara separuhmerengek. Bukan hendak mengada-ada, tetapi saat itu, rasamahu menangis pun ada. Bukan sebab sakit. Tetapi, sebabmalu dengan Charming. Hati ini tiba-tiba terasa sangat sayuapabila Charming menggelakkan aku.“Okey... sorry, I tak gelak. But, it’s funnylah sayang.Sakit ya? Itulah... cuba duduk elok-elok. Jangan aktifsangat…”Aku menarik muka masam. Aktif apanya? Ingat akuni budak hyperactive ke? Mahu saja aku matikan taliantelefon saat itu juga. Kenapa aku ni? Merajuk ke? Hatitertanya-tanya sendiri. Aku nak merajuk kat siapa? KatCharming ke?“Tak apa la. Nak gelak, gelak ajalah. I letak phone.Assalamualaikum….” Talian terus aku matikan. Amboiiimacam tak percaya. Buat kali pertamanya aku boleh merajukdengan Charming. Pecah rekod betul aku hari ni! MacamlahCharming akan pujuk aku.

Telefon aku campak ke atas karpet yang tebal.Sekarang aku perlu pergi cari Sharifah. Adaperhitungan yang perlu dibuat dengan gadis itu. Perlahanaku mengangkat punggung yang terasa sedikit sengal.Dengan langkah agak laju, aku menuju ke bilik Sharifah.Perlahan aku menolak daun pintu. Tidak berkunci. Bagus!“Hawau kau Sherry… malu aku tau! Dia gelakkanaku!” Aku menjerit geram sambil meluru ke arah Sharifahyang sedang meniarap di atas katil.Sharifah terperanjat. Tetapi, sudah terlambat. Akusudah pun melompat ke katil sambil memukulnya dengankusyen yang dia baling padaku.Sharifah ketawa sambil mengelak pukulanku.“Padan muka! Siapa suruh kau kutuk aku depandia,” balas Sharifah bersama gelak besar. Bergolek-golek diacuba mengelak.“Malu aku tau!” ujarku sekali lagi.Sharifah tersenyum sambil menutup mukanyadengan kedua-dua belah tangan.Aku pula terus memukul.“Woit! Cup! Cup! Ada call. Aku nak jawab dulu,”“Ahhh… aku tak kira... aku marah gila kat kau ni!!!”Terkial-kial Sharifah cuba mencapai telefonbimbitnya.Aku pula terus memukulnya. Dalam bergelut itu,aku tidak sedar kami sudah berada di hujung katil. Dan,

Page 39: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

sekali lagi. Bedebuk! Kami sama-sama jatuh ke lantai.“Adoiii!!!” Kami sama-sama mengaduh.Aku tersengih. Walaupun sakit, tetapi aku puas hati.“Adoiii… helo… siapa ni?” Sharifah mengaduhsambil menjawab telefonnya.Aku bangkit sambil tersenyum panjang.“Ada. Kejap.”Aku pandang wajah Sharifah yang tersenyum kecil.“Charming. Dia nak cakap. Phone kau mana?”Aku diam. Ceriaku hilang serta-merta. Rajuk tadimenjelma lagi. “Cakaplah aku dah tidur.”“Dia dengar kita sama-sama tergolek tadi, kau nakaku cakap kau dah tidur? Dah, jangan nak mengada. Jawab!”Aku mendengus. Sharifah ni. Kut ya pun, cubalahbelajar cakap perlahan sikit. Telefon di tangannya kucapai.Kulekapkan di telinga. Tapi, masih tidak bersuara.

“Helo…”Aku diam.“Helo… sayang merajuk ya? I minta maaf okey? Itak buat lagi. Tak sangka, rupa-rupanya Betty I ni, sensitiforangnya.”Aku diam lagi.“Cukuplah tu... I dah minta maafkan? Cakaplahsesuatu. I’m sorry. So… so sorry….”Bibirku terukir sedikit senyum. Rupa-rupanya indah

perasaan apabila dipujuk. Kalau macam ni, rasa seperti nakmerajuk selalu.“Sayang?”“Ada ni…” jawabku perlahan.“Tadi bunyi bising. Jatuh lagi ke? You lawanwrestling ke?”Aku tergelak kecil. “Tak adalah… mana ada.”Charming turut tergelak di hujung talian. “Okeylahsayang. Dah lama sangat kita sembang ni. Esok, nakkerjakan? So, good night. Sweet dream. Okey?”“Okey.”“Assalamualaikum….”“Waalaikumussalam…” balasku perlahan. Dan, taklama selepas itu, talian terputus.Aku mengeluh panjang. Rasa tidak puas hatiapabila bicara terpaksa ditamatkan. Sudahnya aku berbaringdi katil Sharifah. Telefonnya kuletak di sebelah. Melihat akuberbaring santai di katilnya, Sharifah turut menghempaskanbadan di sebelahku.“Lama kau borak dengan dia. Apa yang dibualkan?”

“Entah… aku pun tak tau.”Sharifah mencebik. Dia menongkat kepala sambilmerenung ke arahku.Aku pula terus sahaja memandang siling.Membiarkan fikiranku kosong seketika.

Page 40: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

“Kau serius ke dengan dia?”“Entah... aku pun tak tahu.”Sharifah mendengus perlahan. “Semuanya entah…boringlah cakap dengan kau ni!”Aku berpaling ke arah Sharifah. “Sherry...”“Hmmm… ada apa?” soal Sharifah malas.Barangkali mood untuk jadi penyibuk sudah hilang apabiladia mendengar jawapan demi jawapan yang membosankandaripadaku. Dia leka menekan telefon bimbitnya. Cukup laju.Pasti sedang menghantar pesanan ringkas buat Azman.Aku tersenyum. Bahagianya Sharifah bersama buahhatinya.“Dia ajak aku bertunang…” aku bersuara perlahan.Sharifak tersedak tiba-tiba. Sambil terbatuk-batuk,dia bangkit lalu terus bersila di sebelahku.Aku cuma memandang. Sharifah ni, kalau bab bagirespons, memang tidak pernah tidak over.“Apa?” soalnya separuh menjerit.“Dia ajak aku bertunang.”“Serius? Dia serius ke?”“Dia cakap dia serius. Tapi, manalah aku tahu diabetul-betul serius ke, dia main-main ke…”“Kau jawab apa?”

Aku menjongket bahu.“Kau setuju?”

“Gila ke aku nak setuju? Aku mana kenal dia?Entahlah... aku pun tak tahulah Sherry. Apa aku nak buat ha?”“Kau dengan dia, macam mana? Kau betul-betulsukakan dia tak?”Aku mengeluh panjang. Pandangan kuhalakansemula ke siling.“Memang aku sukakan dia. Aku selesa dengan dia.Aku suka cara dia layan aku. Cara dia layan kerenah aku. Yangpenting, aku tak payah nak jumpa dia.”“Kau ni, peliklah. Takkan kau nak bercinta macam nisampai tua? Kalau kau betul-betul sukakan dia, pergilahjumpa dia. Takkan dia sanggup nak layan kau macam ni aja.Dia mesti harapkan satu hari nanti, kau akan jumpa dia.Nanti, bila dia dah bosan… baru padan muka kau!”“Aku bukan tak nak jumpa dia… tapi, aku takberanilah. Aku rasa masanya belum tiba.”“Bilalah masanya tu? Bila dia dah bosan dantinggalkan kau ke?”“Hish! Kau ni… janganlah cakap macam tu!”“Pada pendapat akulah…”“Amboiii kau cakap macam nak jawab soalanBahasa Melayulah,” sampuk aku tersengih.Sharifah jelirkan lidah tanda marah.“Okeylah... apa pendapat kau?” soalku bersamasenyuman meleret.Sharifah senyum semula.

Page 41: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

“Aku rasalah, dah sampai masanya kau jumpaCharming kau tu. Lagipun kau betul-betul sukakan diakan?

Aku tak fikir dia nak permainkan kau. Dari mula lagi, nampaksangat dia serius dengan kau. Kau saja yang macam nak taknak dengan dia.”“Aku naklah… tapi…”“Tapi tulah yang malas aku nak dengar tu!”Aku tersenyum pendek.“Stop pasal Charming. Pasal Encik Firdaus tu,macam mana?”“Pasal apa?” soalku pura-pura tidak tahu.“Pasal pinangan dia tu la!”Aku tergelak kecil. Teringat semula kata-kata KakLisa tengah hari tadi. Kelakar betul Encik Firdaus ni.“Gelak pulak. Apa jawapan kau?”Aku menguap perlahan.“Mengantuklah. Okeylah Sherry… aku nak masuktidur. Charming suruh aku mimpi indah-indah malam ni.” Akubersuara sambil berlalu ke pintu.“Hei!”Aku terus berlalu tanpa mengendahkan panggilanSharifah.“Cakap pasal Charming, sampai pagi pun tak apa.Cakap pasal orang lain... terus aja kau mengantuk ya. Esokaku tanya lagi. Kau ingat aku nak mengalah macam tu aja?”

Aku tergelak kecil mendengar ugutan Sharifah.Lantak kaulah Sharifah. Aku layan mimpi dengan Charminglagi bagus.

Biarlah YM Berbicara - Bab 9ADIYA… datang jumpa sayasekejap!” Suara Kak Lisamemanggilku di interkom.Aku mengerutkan kening.“Okey!” jawabku sepatah. Fail di hadapanku, akututup perlahan. Ada apa hal Kak Lisa nak berjumpadenganku? Hati digaru sedikit rasa pelik.“Sherry, aku pergi jumpa Kak Lisa kejap. KalauJohan datang bagi P.O, kau tolong filing terus dalam fail ya.Nanti, misplace pulak!”“Yalah!” Sharifah menjawab sepatah sambilmatanya melekat ke skrin komputer. Tekun key in invoicesyang berlambak-lambak di tangannya.Aku terus melangkah ke arah meja Kak Lisa.Melihat aku, dari jauh lagi senyuman manis sudah terukir dibibir wanita itu. Melihat riak wajahnya yang serius, pastisemua orang akan menyangka Kak Lisa seorang yangsombong. Barangkali karisma sebagai seorang setiausahayang begitu elegan, membuatkan Kak Lisa kelihatan sedikitangkuh. Tetapi, sebenarnya wanita ini seorang yang baik hati.“Kenapa akak nak jumpa saya?” soalku sebaik

Page 42: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

sahaja tiba di mejanya.Kak Lisa tersenyum.“Come… masuk bilik Encik Firdaus kejap. Takselesa bercakap kat sini, kan?”Pulak! Apa perkara yang hendak dibincangkan ni?Kak Lisa mengangkat punggung, melangkahbergaya ke bilik Encik Firdaus.Aku cuma mengekori dari belakang. Pintu bilikdibuka perlahan. Kak Lisa memberi isyarat supaya aku masuk.Aku akur. Tiada sesiapa di dalam.“Encik Firdaus dengan ayahnya,” beritahu Kak Lisasambil menutup daun pintu.Aku tersenyum. Dengan Tuan Pengurus Besar ruparupanya…“Duduklah,” pelawa Kak Lisa sambil melabuhkanpunggung ke sofa yang empuk.Aku turut melabuhkan punggung di hadapan KakLisa.“So, macam mana?” soal Kak Lisa sambilmemandang wajahku.“Macam mana? Macam mana apa?” soalku sedikithairan.Kak Lisa mengeluh perlahan. Wajahku ditatapnyalama. “Lupa ke… buat-buat lupa ni? Apa yang saya cakap haritu la…”Aku termenung seketika. Cuba mengingati semulaapa yang pernah Kak Lisa cakapkan padaku. Rasa-rasanya

tidak ada apa yang penting. Cuma pasal cadangan EncikFirdaus. Tetapi, aku rasa cadangan itu hanya cadangan mainmainsaja. Mustahil Encik Firdaus serius.“Apa ya? Rasanya macam tak ada kut. Atau… sayalupa kut kak?”“Memang you lupa. Pasal permintaan Encik Firdaustu la. You tak fikirkan keputusannya ke?”“Serius ke kak?”“Laaa… kalau tak serius, buat apa saya beritahuyou? Dia ada bagi I a few names. No! Actually dia cumacadangkan nama you aja.”“Tak naklah saya kak. Saya mana tahu semua tu.”“Dia yakin you boleh, Diya. Sebab tu dia cadangkanyou. You tak payah risaulah. I yakin you boleh buatlah. Bukansusah pun!”“Dah tu… kerja saya sekarang ni, macam mana?”“Sharifah will take over your position. So, what doyou think?”Aku resah. Macam mana ni? Wajah Kak Lisakupandang tanpa berkelip. “Tapi… saya tak yakinlah. Carilahorang lain. Tak naklah saya!”Kak Lisa mengeluh perlahan.“Cuba jangan pandang rendah pada diri sendiri.Nothing is imposible as long as the passion is here,” Kak Lisabersuara sambil tangannya menyentuh dada.“And… confident is here…” sambungnya sambil

Page 43: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

meletakkan pula jemarinya di kepala.Aku tersengih. Sengih yang kurang menjadi. Adarasa resah dan risau yang mengganggu ketenteraman jiwakusaat ini. Bicara Kak Lisa yang tidak ubah seperti pakarmotivasi, gagal memberi perangsang padaku. Sudahnya akuhanya mampu menggaru kepala yang tidak gatal.“Kenapa saya? Carilah staf baru… yang lebih elokqualificationnya. Lagipun ni bukan bidang saya.”“Itu you kena tanya Encik Firdaus. Saya tak tahukenapa you yang jadi pilihannya.”Aku tersenyum kelat. Bunyi daun pintu ditolak,menarik perhatianku. Aku menoleh.Encik Firdaus melangkah masuk bersamasenyuman menawan yang menguntum di bibir.Aku kembali menghadap muka Kak Lisa. SenyumEncik Firdaus yang menjadi igauan setiap staf wanita bujangdi kilang ini, langsung tidak kubalas. Isyarat untuk membalassenyum itu tidak sampai ke otakku. Saat ini, otakku hanyabuntu mendengar bicara Kak Lisa. Juga buntu dengankeputusan Encik Firdaus.“Mengganggu ke?” soalnya sambil melangkah kemejanya.Kak Lisa tersenyum manis.Aku tidak bereaksi apa-apa. Mengganggu apanya...inikan bilik dia. Sempat pula aku mengomel di dalam hati.“I dah tak tahu macam mana nak pujuk your girl

ni,” ujar Kak Lisa selamba.Aku ternganga. Your girl? Tidak silap dengarkahaku? Apa maksud kata-kata Kak Lisa tu? Aku? Encik Firdaus’girl? Ishhh, jangan perasan Adiya Fatiha. Aku cuma tundukmemandang meja kaca di hadapanku tatkala Encik Firdaustergelak mendengar aduan Kak Lisa. Semakin hari, terasagelagat Encik Firdaus semakin menggerunkan. Mengelirukan.

Bak kata cewek Indonesia, bisa-bisa gue jatuh cintak nih.Hishhh! Misterinya bos aku ni…“Kenapa Diya? Apa yang awak fikirkan?” EncikFirdaus bertanya sambil menyusun beberapa fail di mejanya.Setelah mejanya agak kemas, dia melangkah mendekati akudan Kak Lisa.Aku masih dengan kebuntuanku. Manalah aku adajawapan untuk soalan Encik Firdaus itu.“Tell me. What is the problem?” soal Encik Firdaussambil melabuhkan punggung di hadapanku.Aku tunduk. Agak rimas dengan situasi ini.Sekarang aku tidak ubah seperti pesalah di hadapan Kak Lisadan Encik Firdaus.“Lisa akan ikut suaminya ke Sarawak. So, I needsomebody untuk isi jawatan dia. Saya cadangkan nama awak.Setuju?” Encik Firdaus kembali mengulangi kata-kata Kak Lisabeberapa hari lalu.Aku mengangkat muka. Mata Encik Firdaus tepat

Page 44: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

menikam mataku. Membuat aku kelu seketika. “Saya… sayatak tahu kerja ni.”“Lisa will supervise you. Until the end of themonth.”“Tapi… saya bukan dari bidang ni, Encik Firdaus.”“Business. But you did very well in account. Sosaya yakin awak boleh ambil tugas Lisa juga.”“Tempat Sharifah macam mana pulak?”“Sharifah memang account degree holder. So, Ithink there should be no problem. Tempat Sharifah sekarang,kita akan buka vacancy for account assistant. Settled.”Senangnya keputusan yang Encik Firdaus ambil.

Kak Lisa senyum sambil menjongket bahu padaku.Ini bukan tawaran, ni dah seperti keputusan muktamad.“Tak boleh cari calon yang lebih layak ke, EncikFirdaus?” Aku mencuba untuk kali terakhir. Mencuba untukmenolak tawaran Encik Firdaus itu.“I’m afraid not. So, this is final decision. Okay?”Aku tunduk. Mana aci! Ini dah kes paksa ni. Hish!boleh ke orang macam aku ni, nak jadi setiausaha? Akubuntu. Rasa macam nak pecah kepala fikir alasan untukmenolak tawaran ini. Setiap alasan yang diberi, ada sahajahujah untuk Encik Firdaus sangkal. Hendak bagi lebih-lebihkarang takut Encik Firdaus melenting pula.“Diam… tandanya setujulah tu ya?”

Aduh! Encik Firdaus ni bergurau pula dia. Akutersenyum kelat.“Kalau dah yang empunya diri setuju, senanglahcerita.” Kak Lisa pula menyampuk ala-ala mak cik-mak cikpergi meminang.Betul-betul sejiwa bos dengan setiausaha ni! Gerampula aku melihatnya.Kak Lisa tersenyum panjang.Encik Firdaus turut tidak kering dengan senyuman.“So, esok Lisa akan terangkan tugas-tugas awak.Okey?” Encik Firdaus bersuara lagi sambil bersandar ke sofa.Santainya dia… aku juga yang resah dan tidak puas hati.“Adiya Fatiha?”Aku mengangkat muka. Kemudian menganggukperlahan bersama sekuntum senyuman paksa.“Good! So, Lisa… boleh?”

Kak Lisa tersenyum sambil mengangkat bahu. “I,no problem. Anytime!”“So, let end up the discussion. You may go now.And, tolong panggil Sharifah. Saya nak jumpa dia,” ujar EncikFirdaus sambil mengangkat punggung.Aku dan Kak Lisa turut bangun dari sofa.“Terima kasih Encik Firdaus, saya keluar dulu,” ujarkuberbasa-basi. Masih geram dengan keputusan Encik Firdausyang sedikit memaksa.

Page 45: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

Encik Firdaus tersenyum sambil menganggukperlahan.Aku mengatur langkah keluar. Meninggalkan KakLisa yang masih berbicara sesuatu dengan Encik Firdaus. Lajukaki kuhayun ke mejaku. Duduk seketika untuk mencariketenangan. Nafas kutarik perlahan-lahan.“Kenapa ni?”Aku berpaling sebaik sahaja mendengar soalanSharifah. Dia memandangku dengan pandangan hairan. Akumenggeleng sambil membetulkan duduk.“Encik Firdaus nak jumpa kau,” ujarku acuh tidakacuh.“Apa? Buat apa dia nak jumpa aku?”“Laaa… manalah aku tahu. Kalau nak tahu, pergilahjumpa dia.”“Hangin pulak dia. Jealous ke sebab Encik Firdausnak jumpa aku?” Sharifah bertanya dengan suara mengadaadayang dibuat-buat.Aku mencebik. “Tak kuasa aku nak jealous.Cepatlah... dia tunggu kau tu!”

Sharifah tersengih sambil bangun dari kerusi. “Akupergi ni. Ada nak pesan sesuatu ke? Nak kirim salam ke…kirim rindu ke…”Aku jelirkan lidah sambil menjeling.Sharifah tergelak riuh.

“Pergilah cepat!” ujarku tatkala melihat Sharifahmasih malas-malas bergerak.“Yalah. Nak pergi la ni!”Aku tersenyum kecil melihat Sharifah yangterkedek-kedek berlalu ke bilik Encik Firdaus. TingkahSharifah menghilangkan sedikit rasa tidak puas hati yangmenghimpit jiwa saat ini. Sharifah hilang darpadapandangan. Dan aku kembali bersandar ke kerusi.Hmmm… mulai esok aku akan belajar bagaimanauntuk menjadi seorang setiausaha. Jawatan sebagai accountexecutive akan aku serahkan pada Sharifah. Memang akutahu Sharifah layak, sebab dia memang lebih berpengetahuandi dalam bidang ini. Dia menjadi pembantu aku pun, sebabaku yang rekomenkan dia ke sini. Jadi, takkan dia nak ambilalih kerja aku kut. Terpaksalah dia terima juga jawatanaccount assistant tu.Aku mengeluh lagi sambil memandang skrinkomputer. Charming pun tiada untuk aku sejukkan hati ini.Aku nak telefon dia? Ish! Tak adanya… biar dia yang telefonaku. Aku tidak boleh telefon dia. Telefon bimbit, kucapai.Walau mindaku tidak mahu, tetapi hati ini terasa inginmendengar suaranya. Rindu padanya.Oh… Charming. Tiba-tiba hilang marahku padaEncik Firdaus. Timbul rasa rindu pada buah hati mayaku itu.Telefon… tidak… telefon… tidak? Telefon di genggamankuletak semula atas meja. Rindu tapi malu.

Page 46: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

Sudahnya aku cuma menongkat dagu di meja.Mengharapkan Charming yang menghubungiku. Tapi, akutahu itu mustahil. Charming tidak akan menghubungiku kalawaktu siang begini. Siang untuk YM. Malam kita bersembangdi telefon. Itulah yang Charming suarakan satu ketika dulu.Aku iakan sahaja. Itu lebih baik daripada dia mengajak akuberjumpa dengannya.Deringan telefon bagaikan mengetahui aku sedangmenunggunya. Segera kucapai. Senyum yang baru ingin akuukir, padam tiba-tiba. Bukan insan yang aku nanti-nanti.Abang Kamal! Apa lagi yang dia mahu?Aku berkira-kira… haruskah aku jawabpanggilannya itu? Sudah beratus kali dia menghubungiku.Sudah berpuluh rasanya pesanan ringkas yang aku terima.Semuanya tidak aku layan. Tetapi, lelaki ini seolah-olah tidaktahu jemu. Terus sahaja berusaha untuk mendapatkan aku.Betul-betul membuat aku rimas!Aku diam seketika, menanti telefonku penatmenjerit. Namun, nampaknya ia tidak tahu penat. Perlahanaku menjawab panggilan itu. Telefon kudekatkan ke telinga.“Helo…”“Helo Tiha. Kenapa buat abang macam ni?”Terdengar suara Abang Kamal sedikit sayu. Namun,hatiku bagaikan batu saat itu. Tiada langsung rasa simpatimendengar suaranya yang sedih itu.

“Abang nak apa lagi? Kan saya dah jelaskan sejelasjelasnyapada abang. Abang, tolonglah faham. Saya tak sukaabang terus kacau saya macam ni!”“Abang tak boleh lupakan Tiha. Sedetik pun abangtak pernah lupakan Tiha. Sejak sembilan tahun dulu,sehinggalah hari ini. Berilah abang peluang, Tiha. Abangakan buktikan abang boleh menjadi pelindung Tiha,” ujarnyalirih.“Pelindung tidak akan sesekali cuba memusnahkan,bang!” Sinis sindiran yang aku tiup ke telinga Abang Kamal.Terdengar Abang Kamal mengeluh lemah.“Tiha berdendam dengan abang. Tolonglah. Berilahabang satu peluang untuk abang tebus segala kesilapanabang dulu. Peluang pertama dan terakhir. Sebab Tiha tidakpernah beri satu peluang pun pada abang.”“Abang… berapa kali saya nak cakap benda yangsama ni? Abang tak bosan ke dengar saya cakap benda yangsama saja pada abang? Saya tak ada apa-apa perasaan padaabang. Kalau dulu, ya. Saya sayangkan abang sebagai abangsaya. Tapi, selepas apa yang berlaku, rasa sayang tu dahhilang. Cuma ada rasa sebal dalam hati ni. Jangan sampairasa sebal tu bertukar jadi benci pula!”“Tolong jangan cakap macam tu Tiha. Abang betulbetulsayangkan Tiha. Tak ada perempuan lain kat dalam hatiabang. Kucar-kacir hidup abang kalau Tiha terus buat abangmacam ni. Dan abang tidak mahu rasa sayang sebagai abang.

Page 47: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

Abang mahu cinta Tiha…”Aku mengeluh panjang. Kenapalah aku ditakdirkanmempunyai seorang sepupu yang tidak reti bahasa sepertiAbang Kamal?“Saya nak letak phone ni. Saya ada banyak kerjalahbang. Minta maaf banyak-banyak. Abang tak boleh paksasemua orang untuk ikut kata-kata abang. Setiap orang adajalan hidup masing-masing. Assalamualaikum!”Belum sempat Abang Kamal menjawab, taliansudah aku matikan. Sesekali terfikir juga, tegarnya akumembuat Abang Kamal begini. Namun, peristiwa itumembuat rasa marah membasuh segala simpati yang ada.Tiada simpati untuk insan bernama Mohd Kamal Hafri.Telefon terus aku matikan sebelum ada lagipanggilan daripada lelaki itu. Bersama wajah yang sedikitmasam, aku pandang Sharifah yang berjalan sambil tersengihpanjang. Suka hati dengan perkhabaran daripada EncikFirdauslah agaknya.“Hei, kenapa masam macam susu basi ni?Senyumlah sikit,” ceria suara Sharifah sambil melabuhkanpunggung ke kerusinya.Aku senyum sedikit.“Kau tahu apa yang Encik Firdaus beritahu aku?”soalnya bersama senyuman yang cukup lebar.“Tahu. Congratulations!”Sharifah tersenyum.

“Terima kasih. And congratulations to you too.Selamat bersama-sama dengan Encik Firdaus.”Aku mencebik.“Aik? Tak suka ke?”“Memanglah aku tak suka. Ada ke aku nak jadisecretary? Tak match langsung! Lainlah kalau aku ni, macamKak Lisa tu. Cantik… tinggi... seksi… bergaya… elegan…semuanyalah! Perfect macam tu, bolehlah jadi secretary. Ini,macam aku ni nak jadi secretary? Jalan pun kengkang… nakjadi secretary. Benci betul aku dengan Encik Firdaus ni!”Sharifah tergelak besar mendengar bicaraku. Entahapa yang menggeletek jiwanya, aku pun tak tahu.“Kau? Jalan kengkang? Ha ha ha… Kau ni memanglawak la Diya. Kut ya pun janganlah over sangat condemndiri sendiri,” ujar Sharifah sambil menyambung gelaknya.

Amboiii, kelakar sangatlah tu. Sampai siap tekantekanperut pula minah ni ketawa. Melihat gelaknya akusendiri tidak mampu untuk sembunyikan senyumku.Memanglah kau ni penawar rawanku wahai Sharifah. Sahabataku dari alam kanak-kanak sehinggalah sekarang. Satusatunyasahabat yang paling akrab denganku. Yangmenyimpan semua rahsiaku. Dan aku simpan semuarahsianya.“Betullah apa aku cakap. Aku tak sesuai denganjawatan tu,” tukasku.

Page 48: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

“Kalau tak sesuai, kenapa terima?” balas Sharifah.“Aku tak terima pun. Tapi, Encik Firdaus yang baikhati tolong buat keputusan untuk aku. Sepatah alasan aku…sederet hujah dia. Tak larat aku nak dengar. Last-lastterpaksalah aku cakap aku setuju.”“Hmmm… nampak sangat Encik Firdaus tu dahtangkap lentok dengan kau. Dia nak selalu bersama kaulahtu…”Aku menjeling tajam. Sharifah ni, pandai-pandaibuat cerita. Karang, tak pasal-pasal jadi gosip pula.“Kau ni... ke situ pulak. Kak Lisa nak resignlah.Sebab tu dia perlukan pengganti,” marahku.“Hmmm… lantak kaulah nak cakap apa. Bagi aku,itu sajalah sebabnya. And one more thing… kau kena positifsikit dengan kerja baru kau ni. Jangan buat muka susu basimacam ni!”“Macam mana aku nak positif? Aku… Nurul AdiyaFatiha kena jadi secretary. Macam serba tak kena aja.”“Apa pulak? Semua kerja sama ajalah. Kau nak jadisecretary, bukan nak jadi Kak Lisa. Kau tak payahlahbayangkan kalau kau terima jawatan tu, kau kena jadi macamKak Lisa tu. Yang penting kau dapatkan ilmu daripada KakLisa. Then, be yourself.”Aku mengeluh perlahan. Apa-apa sajalah Sharifah.“And… tak sabarnya aku nak duduk kat kerusi tu,”sambung Sharifah sambil panjang muncungnya menghala

ke kerusi yang sedang aku duduki kini.Aku jegilkan mata. Kemudian jelirkan lidahpadanya. Satu kebiasaan dari kecil yang tidak boleh akubuang sehingga ke hari ini.Sharifah tersengih sambil mengangkat kedua-duabelah keningnya.“Bukan main lagi kau ya? Mentang-mentanglahboleh naik pangkat.”Sharifah masih dengan sengihnya.Aku tersenyum nipis sambil mengambil getahpengikat rambut. Rambut ikalku yang melepasi bahu, akuikat kemas.“Abang Kamal telefon tadi.” Aku bersuara perlahan.Memang aku tidak boleh kalau tidak bercerita pada Sharifah.“Oh… kau jawab tak?”Aku mengangguk perlahan.“Apa dia cakap?”“Biasalah… rimas aku dibuatnya. Kenapa dia tu takfaham-faham apa aku cakap ha?”Sharifah memandang wajahku. Diam seketika.Barangkali dia tercari-cari perkataan yang sesuai untukdilontarkan.“Perasaan Diya. Bukan senang kita nak lupakanorang yang kita sayang. Aku yakin Abang Kamal tu terlalucintakan kau. Dari kita form five lagi, dah jelas dia cakap diacintakan kau. Cuma dia bertepuk sebelah tangan. Tak boleh

Page 49: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

nak salahkan dia, kalau dia tak boleh lupakan kau,” ujarSharifah tenang.Aku tunduk mendengar kata-kata Sharifah itu.Memang kata-kata sahabatku itu ada benarnya. Tetapi,sampai bila aku harus berhadapan dengan tingkah AbangKamal yang tidak pernah tahu jemu memburuku. Sudahnya,aku termangu sendirian. Susahnya kalau macam ni!

Biarlah YM Berbicara - Bab 10ATUK macam mana, mak?”“Itu yang kamu tanya? Okey ajalah. Banyak-banyakbenda, itu yang dia sibukkan dulu.”Aku tersengih. Terlentok ke sofa sambil melekapkantelefon bimbit ke telinga.“Ada bawa Atuk jumpa doktor tak?”“Hish… tak kuasalah mak. Kamu telefon mak ni,cuma nak tanya pasal Atuk kamu tu ke?”“Alaaa mak ni. Janganlah marah... nanti tak cun.Tiya rindu sangat kat Atuk. Tapi, lagi rindu kat mak. Hari tu,mak juga yang cakap kaki Atuk sakit. Dah elok ke?” Akubersuara bersama gelak kecil. Beli jiwa mak aku.“Hmmm, dah elok dah. Bila Tiya nak balik ni?Baliklah… boleh jumpa dengan Atuk kesayangan kamu tu.Bawa sekali dia pergi jumpa doktor.”Aku senyum. Mak cemburu sebab aku lebihkan

Atuk. Silap aku juga. Ada ke pasal Atuk yang aku tanyakandulu pada mak. Sepatutnya tanyalah khabar dia dulu. Tapi,aku tahu cemburu mak, cemburu manja-manja.“Entahlah mak. Tiya banyak kerja sekarang ni. Maknak tahu tak, Tiya ada berita best ni,” kataku bersungguh.“Apa dia?”“Tiya dah jadi secretary, mak.”Aku mematung seketika. Gelak ibuku riuh di

Page 50: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

hujung talian. Mak gelakkan aku? Tak baiknya… Sekurangkurangnyaucaplah tahniah kat anak kesayangan dia ni. Initidak, baru saja aku buka bicara pasal kerja baruku, dia terusgelak.“Kenapa mak gelak pulak? Tiya seriuslah mak. BosTiya lantik Tiya jadi secretary dia!”“Anak mak jadi setiausaha? Ish… macam manalahagaknya tu ya?” soal ibuku bersama gelaknya yang tersekatsekat.“Ni… dah pergi ambil kursus make-up belum ni?Setiausaha kena pandai make-up, kan? Pakai baju lawa-lawa.Pandai ke anak mak buat semua tu?” Ibuku mula menyakat.“Alaaa.. mak ni. Bukan nak ucap tahniah kat Tiya,gelakkan pulak!” Aku bersuara separuh merajuk.Sharifah yang sejak tadi memerhatikan aku, turuttergelak mendengar bicaraku.“Yalah… yalah… tahniah! Dah tu, kerja lama Tiyadulu macam mana? Kenapa pulak Tiya yang bos pilih. Tiyakan bukan belajar jadi setiausaha.”“Entah… mana Tiya tahu. Kerja lama Tiya sekarangni, Sherry yang ambil alih.”“Pasal bos tu dah berkenan kat Tiya ni, mak cik!”

Tiba-tiba sahaja Sharifah berada di sebelahku,sambil bercakap dengan nada kuat. Sengaja mahu ibukudengar kata-katanya. Tubuhnya aku tolak sambil jegilkan

mata.Sharifah tersengih sambil terlentok di sebelahku.“Betul ke apa yang Sherry cakap tu, Tiya?”“Mana ada mak. Mulut Sherry ni, tak boleh pakailahmak. Saja nak reka cerita. Mulut tempayan sumbing…”Ibuku tergelak kecil.Sementara Sharifah menarik muncung.“Hmmm, ni… mak nak tanya sikit ni.”“Apa dia? Ada orang masuk meminang mak ke?Hmmm… kalau handsome, Tiya setuju aja mak. Dah lamateringin nak dapat ayah tiri handsome. Tapi, kalau takhandsome, tak payahlah mak,” sakatku sambil tersengihpanjang.“Apa pulak nak meminang mak. Nak meminangkamulah!”Senyumku mati tiba-tiba. Terdiam. Betul ke?Janganlah mak! Katakan berita ini cuma gurauan sematamata.Tapi, suara mak macam serius aja. Bahaya ni!“Kenapa diam?”Aku kelu. Gemuruh pun ada. Macam mimpi ngeripun ada rasanya ni.“Pandai pun kamu berhenti menyakat mak ya?”kata ibuku.Aku termangu seketika. Ibuku bergurau ke?“Mak main-mainkan? Tak betul tukan?” soalkuseparuh meneka.

Page 51: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

“Dah tu, kamu ingat kamu sorang saja pandai loyarburuk? Mak tak pandai? Mak lagi pandai, kan?”Fuh! Lega… ingatkan serius ada orang nakmeminang aku. Memang mak lagi pandai! Pandai membuatjantungku hampir luruh.“Mak, lawak mak tak menjadi tau. Takut Tiya tadi!”Aku terjerit marah. Rasa lega dan geram bercampur menjadisatu. Kini, terdengar gelak kecil daripada ibuku. Perlahan akumengurut dada.“Mak jangan buat macam tu lagi tau. Buat suspenaja…”“Kalau ada pun apa salahnya? Umur kamu dahsesuai kahwin pun.”“Yalah. Tapi, biarlah Tiya yang beritahu mak, adaorang nak meminang. Bukannya mak yang kena bagitau Tiyapulak.”“Kenapa pulak?”“Kalau Tiya yang beritahu mak, maknanya orang tumestilah pilihan Tiya. Tapi, kalau mak yang beritahu Tiya,maknanya Tiya tak tahu siapa yang mengada-ada nakmeminang Tiya tu. Sah-sah bukan pilihan Tiya tu. Manaboleh kahwin dengan orang yang Tiya tak kenal.”“Ada-ada ajalah kamu ni, Tiya. Ni mak nak tanyasikit ni…”“Apa dia?”

“Kamal cakap dekat mak, susahnya nak jumpakamu. Kenapa?”“Apa dia cakap kat mak?”“Tak ada apa-apa. Cuma dia kata, susahnya nakjumpa dengan anak dara mak ni. Lama dia kat negeri orang.

Dia balik aja, terus datang ke rumah tanyakan kamu. Masakenduri kesyukuran menyambut dia balik hari tu pun, Tiyatak ada balik. Kenapa susah sangat Kamal nak jumpa kamu?Sibuk sangat ke kamu ni?”“Sibuklah juga. Lagipun, Abang Kamal nak jumpaTiya buat apa? Tiya bukannya ada apa-apa urusan dengandia…” Aku bersuara perlahan.“Kenapa pula Tiya cakap macam tu? Dia tukansepupu Tiya. Adalah halnya dia nak jumpa dengan Tiya. Kalaususah sangat nak jumpa kat sana, balik ajalah ke kampung ni.Akhir bulan ni kan ada cuti. Baliklah… Kamal pun balik. Bolehjumpa dia kat sini.”“Tak bolehlah mak. Kalau hujung bulan ni, memangtak boleh. Waktu tu, tempat kerja Tiya buat Hari MesraPekerja. Tiya kena pergi ke Pulau Redang. Tiga hari kat sana.Tapi, Tiya janji lepas tu, Tiya akan cuba ambil cuti dan balikjumpa mak. Janji!”“Hai, sibuk sungguh anak mak ni… mengalahkanPM!”Aku tergelak kecil.

Page 52: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

“Biasalah mak. Anak siapa ni… anak mak jugakan?”Aku bersuara separuh riak.Sharifah di sebelah cuma mencebik.“Okeylah mak. Nanti Tiya telefon lagi ya. Tolongcium Atuk untuk Tiya ya. Peluk sekali!”“Hish! Tak kuasa mak. Jangan nak mengada!”Aku tergelak. Aku tahu, mak tak suka sangat katAtuk aku. Cuma aku saja yang suka kat Atuk sepertimanaAtuk suka kat aku.“Bagi Atuk makan makanan yang berkhasiat tau.

Okeylah mak... nanti sambung lagi. Nak sembang denganbakal menantu mak ni. Dah janji dengan dia ni.”“Betul ke? Lega mak dengar anak mak dah adacalon menantu. Ni, boleh buat kenduri kesyukuran ni. Takpernah-pernah dengar kawan dengan lelaki, tup-tup dah adacalon suami ya? Patutlah gabra semacam bila dengar adaorang nak masuk meminang. Rupa-rupanya dah ada pilihanhati. Bila nak bawa jumpa mak?”Aku senyum. Nak bawa jumpa mak? Tiya punbelum kenal dia lagi mak! “Tak adalah… Tiya main-mainajalah. Mana ada. Okey mak… miss you. Sayang mak! NantiTiya call lagi ya. Muah… muah!”“Yalah… assalamualaikum. Jangan lupa…”“Solat. Tiya ingat tu,” sampukku laju.“Hmmm… jangan ingat aja, tapi buat-buat lupa

pulak.”“Ingat. Waalaikumussalam mak. Jangan lupa ciumAtuk untuk Tiya. Okey. Bye… bye…” Talian aku matikan.Sukanya hati dapat bercakap dengan ibu tersayang.Hmmm… sekarang masa untuk Charming pula.Dia sudah berjanji mahu online pukul sembilan. Sekarangsudah pukul lapan empat puluh lima minit pagi. Lagi limabelas minit lagi. Tak sabarnya…“Aku kelakar dengar kau cakap dengan mak kau.Dari kecil sampai sekarang, asyik Tiya... Tiya…Tiya. Cute punada kau bahasakan diri kau macam tu. Aku panggil kaumacam tu, boleh?” Sharifah bersuara sambil tersengih.Aku diam. Aku sendiri pun tidak tahu kenapa gantinama itu, begitu melekat pada lidahku. Tapi, cuma denganibuku nama itu wujud.

Mataku tajam memandang jam di dinding.Menunggu detik untuk aku on komputer. Jam di dindinglebih menarik minatku berbanding bicara Sharifah.“Lagi lima belas minitlah. Kalau tak sabar sangat,call ajalah. Bukan susah pun,” Sharifah bersuara.Mungkin dia perasan kegelisahanku. Aku pandangwajahnya.“Suruh jumpa, tak nak. Kan dah susah? Dah angausemacam. Haiii sampai bila kau nak macam ni, tak tahulahaku. Kalau dah jumpa, kan senang? Asal rindu aja boleh

Page 53: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

jumpa. Boleh tatap muka dia puas-puas. Ini… setakat bacaayat kat komputer aja, buat apa? Tak pun, setakat dengarsuara aja. Tak realistiklah Diya oiii!”Aku buat tidak dengar. Sharifah sudah mulakansyarahannya lagi. Entah kenapa sejak kebelakangan ini,Sharifah cukup suka memberi motivasi tentang topik itupadaku. Kadang-kadang naik jelak telinga aku mendengarnya.“Jumpalah dia Diya. Please…” Syarifah bersuaralagi.Aku memandang pelik wajah Sharifah yang sepertimengharap. Kenapa pula dengan Sharifah ni? Tadi bercakapala-ala Datuk Dr. Fadzilah Kamsah. Sekarang dah jadi macamorang nak pergi uji bakat berlakon pula. Sekelip mata sajaberubah.“Kau ni kenapa? Ada twist personaliti ek? Tadibukan main serius macam pakar motivasi. Sekarang tiba-tibatukar jadi primadona pulak?”Sharifah tersengih.“Tak adalah. Aku teringin sangat nak tengok mukaCharming tu. Teringin sangat-sangat. Nak kenal sangat

dengan lelaki penyabar macam tu. Mana ada lelaki yangsanggup tunggu perempuan macam kau ni. Jual mahal.Eksyen… suka main tarik tali. Pendek kata kalau lelakinormal, tak adanya dia nak layan kau. Tapi, Charming ni…tetap setia tunggu sampai hati kau terbuka nak jumpa dia.

Hai… pelik betul perangai lelaki ni. Jumpalah dia... lepas tu,kenalkan kat aku. Please… Diya. Please… demi aku,jumpalah dia…”“Amboi! Baik punya kutuk nampak. Apa dia, jualmahal? Eksyen? Apa lagi? Suka main tarik tali? Mulut tu dahbuat insurans belum? Kang bersepai kang, tak boleh nakclaim nanti.”Sharifah tersenyum sambil menutup mulut.Aku menjeling. Buat-buat marah.“Janganlah marah. Memang betul pun macamtukan? Sesungguhnya kebenaran itu memang menyakitkan.Kan… kan… kan?” Sharifah cuba berlucu.Aku mencebik.“Menyakitkan ya? Kalau kena ni, menyakitkan tak?”soalku sambil mencubit lengan Sharifah.Sharifah menjerit kuat sambil menarik lengannya.“Sakitlah!” jeritnya sambil menggosok lengan.Aku tersenyum puas. Padan muka!“Habislah Charming nanti,” sempat pula Sharifahmerungut sambil menggosok lengannya.“Habis kenapa?” soalku pelik.“Love bite satu lenganlah jawabnya, kalau dia relajadi boyfriend kau nanti.”Aku bulatkan mata mendengar kata-kata Sharifah.

Sharifah tersengih.

Page 54: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

“Betullah aku cakap. Kau punya cubit ni, bolehlebam tahu tak? Macam love bite la tu,” sambung Sharifahsambil ketawa.“Kau nak lagi ke love bite aku ni?” soalku sambilrapat padanya. Bersedia untuk melayangkan satu lagi cubitandi lengan Sharifah.Sharifah mengangkat kedua-dua tangannya sambilmenggeleng. “Tak nak! Tak nak! Sakit tau... ni seminggu punbelum tentu hilang tandanya ni.”“Dah tu, jangan nak loyar buruk!”Sharifah tidak menjawab. Dia leka membeleklengannya yang putih melepak.Aku turut melihat. Ada kesan merah bekascubitanku. Aku menggosok perlahan lengan Sharifah yangmerah. Kasihan pula aku tengok. Memang esok lengan ituakan lebam.“Sakit tau,” Sharifah bersuara lagi.Aku tersengih sambil merapatkan kedua-dua belahtelapak tanganku. Memberi isyarat meminta maaf. Kemudian,aku berbaring di sofa sambil menonton televisyen yangterpasang.“Diya, kau tahu tak?”“Tak,” jawabku sepatah.“Memanglah kau tak tahu, sebab aku belumberitahu.”“Tahu pun. Dah tu buat apa tanya? Nak cakap,

cakap ajalah.”Sharifah mendengus perlahan. Dia bersila di sofa

sambil menghadap mukaku. Menghadap telingakusebenarnya, sebab mukaku menghadap kaca televisyen.“Johan cuti…”Aku kerutkan kening. Johan cuti… Sharifah sibuknak ceritakan padaku? Apa kena-mengena dengan aku kalaupun lelaki itu cuti?“Kenapa? Selama dia kerja kat situ, dia tak pernahcuti ke?” soalku buat-buat dungu.“Kau ni… nak loyar buruk pulak. Tak adalah…”“Kalau macam tu, apa peliknya kalau dia cuti?Biarlah dia cuti.”“Kau nak tahu sebab apa dia cuti?”“Kenapa?”“Dia bertunang.”“Oh… dia tak cakap dengan aku pun!”“Takkan dia nak cakap dengan kau. Kau punbukannya nak layan sangat dia tukan? Lagipun, dia bertunangsebab frust dengan kau. Takkanlah dia nak cerita kat kau.”“Mana ada aku tak layan dia? Tak baik kau cakapaku macam tu tau!” Aku bersuara perlahan. Agak terasadengan kata-kata Sharifah itu. Aku layan Johan sama denganteman-temanku yang lain. Cuma kurang mesra sebagaimanahubungan aku dengan teman-teman perempuan. Tapi, itu

Page 55: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

tidak bermakna aku sombong.“Bukan itu maksud aku. Memanglah kau layan dia.Tapi, bila dia sentuh bab perasaan, bab sayang, bab cinta,kau terus larikan? Terus tukar topik.”Aku diam. Kalau itu maksud Sharifah, memangtidak dapat aku sangkal. Betullah tu. Tapi, apa lagi yang boleh

aku lakukan. Takkan aku nak beri harapan palsu pada lelakiitu. Kan ke kejam namanya tu.“Cakap suka, cinta… tapi tup-tup bertunang denganperempuan lain. Hmmm lelaki… cakap bagai nak rak,hakikatnya apa yang dia cakap tu, tak serius pun!”“Tak baik kau cakap macam tu. Dia bertunangdengan pilihan keluarga dialah. Dia ada bercerita kat aku. Diasetuju, sebab dia dah give up dengan kau. Dua tahun diatunggu kau. Tapi, tak ada balasan. Lebih-lebih lagi dia tengokEncik Firdaus pun macam nak rapat dengan kau. Tu yang diafrust gila tu. Terus tarik diri. Yalah, takkan nak bersaingdengan bos sendiri pulak. Hmmm… kesian Johan.”Aku diam. Wajah Sharifah aku pandang lama.“Kenapa semua orang dah mula gosipkan akudengan Encik Firdaus ni? Rimaslah. Aku mana ada apa-apadengan dia? Takkan pasal accident hari tu, semua orang naklagakan aku dengan dia?” Aku bersuara separuh merungut.“Bukan nak lagakan. Nak satukan aja. Mana adagosip. Ketara sangatlah Encik Firdaus tu macam nak attract

your attention tau. Cuma kau saja. Sama ada tak perasanatau buat-buat tak perasan. Bertuahlah badan. Kiri, kanan,depan, belakang… dikelilingi jejaka-jejaka yang merayu cintadaripada kau.”“Sherry, jangan nak mengarutlah! Ingat aku ni apa?Playgirl ke?”“Aku tak cakap pun macam tu. Aku tahu kau bukanmacam tu. Tapi, hakikatnya memang ramai lelaki yangmenagih cinta kau, kan? Johan, Abang Kamal, Encik Firdaus,Charming… lepas ni, entah siapalah pulak. Pelik betul aku.Ilmu apa kau pakai ya? Sampai ramai macam tu peminatkau.”

Aku mencebik. Tidak rasa gembira mendengarkata-kata Sharifah itu. Bukan satu perkara yang bolehdibanggakan pun apabila hidup sering dihimpit rasa serbasalah. Serba salah dengan Johan. Serba salah dengan AbangKamal. Namun, aku bersyukur mendengar berita pertunanganJohan. Sekurang-kurangnya aku tidak perlu lagi rasa serbasalah setiap kali lelaki itu mengajakku berbicara soal hati danperasaan. Tidak perlu lagi aku tinggalkan lelaki itu termangusendirian tiap kali dia meluahkan rasa cinta dan sayangnya.Bukan tidak kasihan pada Johan. Tapi, soal cinta, bukanlahboleh dipaksa-paksa. Sepertimana aku tidak cintakan AbangKamal, begitu jugalah aku tidak cintakan Johan. Maafkan akuJohan!

Page 56: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

“Mana ada ramai… Johan ajalah. Abang Kamal tu,tak boleh pakai punya. Tak makan saman tu. Pandai-pandaikau reka cerita ya?”Sharifah mencebik.Aku tersengih.“Kau ni, memang susah sangat nak jatuh cinta,kan?”Aku sambung sengihku yang belum habis tadi,sambil kenyitkan mata pada Sharifah.“Tapi, aku tumpang gembira Johan nak bertunang.Harap-harap dia bahagia dengan pilihan keluarga dia.” Akubersuara lagi. Doa itu ikhlas dari sudut hatiku.Sharifah cuma tersenyum.Deringan telefon membatalkan niatku untukmenyambung bicara. Telefon segera kucapai. NamaCharming tertera di skrin. Ya Allah…! Aku pandang jam didinding. Pukul sembilan suku. Aku lupa temu janjiku! Inisemua Sharifah punya pasal la!!!

“Apasal gelabah semacam ni?” soal Sharifah hairan.“Charming... aku lupa nak online la…”“Laaa… ingatkan apalah tadi.”Aku tersengih sambil menjawab panggilanCharming.“Helo... sorry you. Terlupa… I on PC sekarang!”Aku bersuara separuh menggelabah.

“Assalamualaikum,” tenang sahaja suara Charmingmemberi salam.Terasa wajahku membahang. Aku tersengih, malumendengar Charming memberi salam. Macam sindir akusaja.“Waalaikumussalam,” jawabku perlahan.“Haaa… macam tu la. Ni, main redah aja.”Aku tergelak kecil.“Lupa…” jawabku sepatah. Terdengar gelak romantisCharming. “I on PC sekarang ya?”“Hmmm… tak payahlah,”“Kenapa? You marah ke? I betul-betul terlupa ni.”“No. I tak marahlah. Cuma, bila dah dengar suarayou ni, sayang pula nak letak phone. Tak payah onlinelah.Kita sembang kat sini aja.”Aku tersenyum malu. Itu ke sebabnya? Lagilah akusuka. Bak kata pepatah, pucuk dicita, ulam mendatang.“Okey…” jawabku bersama senyuman yang cukuplebar.Perlahan-lahan aku mengangkat punggung darisofa.

Sharifah tesenyum kecil.“Ooo dengan mak, boleh cakap depan aku ya?Dengan buah hati, nak nyorok-nyorok pulak,” sakat Sharifah.Aku tersengih sambil melangkah menuju ke bilik.

Page 57: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

Mencari suasana yang lebih tenang untuk berbicara.“Kenapa kawan you bising-bising tu?”“Tak ada apa-apalah. Dia cemburu la tu….” Akumenjawab sambil menolak pintu bilik.

Biarlah YM Berbicara - Bab 11KU bersidai di meja penyambuttetamu. Tidak ada apa yanghendak dibuat. Memandangke arah Mira yang asyik menulis sesuatu di kertas.Pasti mencatat pesanan penggilan untuk staf. Sesekali akutebarkan pandangan ke arah Sharifah. Sharifah pulasantai bersandar di kerusiku yang kini menjadi miliknya.Menerangkan sesuatu kepada pekerja baru yang menggantitempatnya. Aku pula? Bosannya… Kak Lisa ada hal yanghendak diselesaikan di mejanya.Meja sementaraku di dalam bilik Encik Firdaus,kubiarkan kosong tidak berpenghuni. Tidak selesa berada dibilik Encik Firdaus. Berdua-duaan pula tu. Takut kenatangkap basah. Ha ha ha. Kalau macam ni sampai akhirbulan, mahu aku mati kebosanan. Hendak layan YM denganCharming, tak ada peluang la pulak. Hendak berYM di bilikEncik Firdaus, seganlah pulak. Walaupun memang tersediakomputer di mejaku.“Kau ni, kenapa Diya? Macam kucing hilang anakaja aku tengok,” tegur Mira tiba-tiba.

“Bosanlah…”“Dah naik pangkat pun, bosan juga ke?”

Page 58: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

“Mana ada aku naik pangkat? Aku cuma tukar kerjaaja. Mana ada naik pangkat? Pandai aja kau buat cerita.”Mira tersengih. “Apa-apa sajalah. Tapi, bunyinyalebih kurang jugalah. Kenapa kau duduk kat sini? Pergilahduduk kat meja kau.”“Hai, menghalau nampak. Kenapa? Tak suka akududuk kat sini ke?”“Tak adalah… nanti kesian pulak bos tu. Tercaricarisecretarynya. Pecah rekod pula nanti. Bos kena carisecretary, pasal secretary suka main sorok-sorok.”Aku membuang pandang. Carilah kalau dia nakcari. Aku tak kisah. Lagipun bukan jauh pun aku menghilang.Kat sini aja.“Tak sabarlah aku nak pergi Pulau Redang.Bestnya... Kak Lisa cakap ada banyak program tau. Semuanyabest-best.” Mira mengubah topik perbualan.Bagus! Menarik juga topik yang Mira buka ni. Takadalah asyik cakap pasal aku dengan Encik Firdaus aja.“Program apa?” soalku ingin tahu.Mira merenung tajam wajahku.Aku tersengih.“Aku tahulah sejak jadi secretary ni, aku bertambahlawa. Tapi, janganlah pandang aku macam tu. Seriau you!”Aku berlawak menanggapi renungan tajam Mira.Mira tergelak. “Uwek! Perasannya anak dara ni.”Aku pula tergelak riuh. Memang sengaja mahu

menyakat Mira.

“Kau berkongsi meja dengan Kak Lisa, tapi kauboleh tanya aku program kat sana? Kan Kak Lisa yangaturkan semua rancangan, semua program. Takkan kau taktahu apa-apa?“Entah… mana aku tahu. Lagipun, aku tak tanyapun!”“Patutlah. Tak prihatin langsunglah kau ni. Macammana nak jadi pembantu bos ni?”“Laaa… apa pula rasional hubung kait antaraprogram hari mesra staf dengan kerja aku ni? Tak ada kenamengenalangsung! Lagipun, malas aku nak tanya. Asal akutanya aja, Kak Lisa tu senyum. Tak pernah nak cerita pun!”Mira tersenyum.“Kau ni ada kerja ke tak sebenarnya?” soal Mirasekali lagi.Aku pandang wajah Mira. Nampaknya gadis ni,benar-benar nak halau aku ni. “Kalau kau tak suka aku duduksini, aku blahlah!”“Eh… eh… bukanlah. Aku sakit perut ni. Kalau kautak ada kerja, ganti kejap. Emergency ni!”Laaa… minah ni. Buat gimmick betul.“Boleh. No hal punya! Pergilah. Lagipun, akumemang tak ada kerja ni. Tunggu Kak Lisa habiskan kerja dia

Page 59: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

dulu. Lepas tu, mungkin ada kerja sikitlah kut. So, cepatsikit.”“Okey... thank you.”Aku tersenyum memerhati Mira yang cepat-cepatberlalu. Aku menggeleng perlahan. Melangkah malas kekerusi Mira. Termenung di situ. Bosannya.“Excuse me!”

Aku mendongak. Senyum lebar kuukir.“Yes. What can I do for you sir?” soalku sopan.Agaknya inilah penyambut tetamu paling sopan di Malaysia.Aku senyum lagi. Perasan. Lelaki di hadapanku turuttersenyum lebar.“Yes. Please…”Aku mengangkat kening. “Apa dia? Kalau saya bolehtolong, saya tolong…”Lelaki itu masih tersenyum sambil bersandar padakaunter. “Boleh tolong beritahu saya, apa nama awak?”Senyumku pudar perlahan-lahan. Nak mengayatpula mamat ni!“Itu tak ada dalam service kamilah encik.” Akubersuara tapi, masih bersama senyuman yang ala-ala sedikitkelat. Tidak kena dengan jiwa betul kalau terpaksaberhadapan dengan manusia seperti ini.“Saya Farid. Nice to meet you. Boleh berkenalan?”“Nice to meet you too. Boleh, tak ada masalah. But,

so sorrylah encik. Salesman is not allowed to be here.”“Salesman? You cakap I ni, salesman? Mukahandsome macam I ni, ada rupa salesman ke?”“Salesman sekarang handsome-handsome encik.So, kalau encik nak jual apa-apa barang kat sini, tak bolehlah.Kalau nak jual minyak urut… lagilah tak boleh. Diharamkan,encik.”Lelaki itu tersenyum. “Tak boleh ya?”Aku tersenyum sambil mengangguk.“Saya ni, salesman ya?”Aku mengangguk lagi.

“Jual minyak urut ya?”Aku senyum sambil menjongket bahu.“I like you. First time in my life, I dapat penghinaansebesar ini. But, still I like it. Sesekali kena reject, best jugarasanya. Lagipun bukan senang nak jumpa perempuan kutuksaya macam awak buat ni. Nampaknya langkah kananlahsaya hari ni,” sambung lelaki itu bersama senyuman panjang.Aku turut tersenyum. Sesekali kena reject? Oh…tak pernah kena reject rupa-rupanya. Patutlah gaya coolsemacam. Perasan handsome rupa-rupanya. Tapi, memanglelaki ni, handsome. Dan, kena kutuk pun dikira langkahkanan ke? Pelik betul orang lelaki zaman sekarang ni. Akumenyambung sengih. Terasa lucu mendengar kata-kata lelakidi hadapanku ini.

Page 60: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

“Bos awak mana?”“Bos mana satu yang encik nak jumpa? Big bosske?”“Big boss? No. I tak ada chemistry dengan big bossyou. I tak nak jumpa dia.”“So, encik nak jumpa Encik Firdaus ke?”“Boleh juga. Tapi, buat masa ni… rasanya I nakjumpa you dulu. Miss...?”Aku senyum. Belum berputus asa rupa-rupanyalelaki ini. “Saya interkom Encik Firdaus ya?”“Alaaa… nantilah dulu. I bukan nak cepat pun.Banyak lagi masa I. Kita sembang-sembanglah dulu.”Aku pandang wajahnya agak lama. Kesopanan dankesabaran rasa makin berkurangan. Etika penyambut tetamupun semakin menipis ni.“Well, I know I ni handsome. Tapi, jangan la renung

I lama-lama macam ni. I takut… malam ni, you tak lenatidur.”Uwek! Tadi, Mira yang buat kat aku macam tu.Sekarang, aku pula yang berbulu tekak mendengar kata-katalelaki ini. Perasannya! Lelaki itu tergelak macho. Aku pulaterus memandangnya dengan pandangan yang tidak begitumesra pelanggan.“Angah! What are you doing here?”Angah? Aku menoleh. Encik Firdaus tercegat di

belakangku. Memandangku seketika sebelum matanya jatuhke wajah lelaki di hadapanku itu. Lelaki itu tersenyum.Bergerak mendapatkan Encik Firdaus.“Apa khabar, along?” sapanya sambil mencapaitangan Encik Firdaus. Bersalam dan mencium tangan lelakiitu.Angah? Along? Tidak! Mengapa aku seringmelakukan kesilapan bodoh macam ni? Mana aku naksembunyi sekarang ni? Baik punya bahasa aku berikan padajejaka handsome ni. Rupa-rupanya adik Encik Firdaus kelelaki ni? Aku tersenyum kecut apabila Encik Firdaus danFarid sama-sama memandangku.“And, you… what are you doing here, Diya?”Aku sedikit gementar melihat wajah Encik Firdausyang serius. Mana pergi senyum manisnya selama ini?“Mira pergi toilet kejap. So, saya ganti dia kejap.”“Saya rasa tadi Lisa cari awak. Awak tak payahduduk kat sini. Panggil Sherry, suruh Sherry ajar that newgirl. Next time biar dia yang tolong cover Mira.”Aku terkedu. Tidak pernah pula lelaki ini bisingsetiap kali aku tolong gantikan Mira. Kenapa hari ni, lain

macam saja anginnya? Datang bulan ke Encik Firdaus ni? Akutersenyum lucu dengan lawakku sendiri.“Now, Diya!”“Errr… ya… ya… Baik Encik Firdaus.” Segera

Page 61: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

jemariku menekan nombor sambungan ke meja Sharifah.“Sherry, datang kat receptionist kejap. Bawa Rinasekali!” Tanpa menunggu jawapan daripada Sherry, gagangterus aku letak.“Oh… Diya. What a nice name. Cantik namamacam orangnya,” Farid bersuara sambil tersenyum nakal.Aku cuma tersenyum kecil. Dengan kata-katakutadi, tiba-tiba aku malu hendak berhadapan dengan lelakiitu. Cabul betul mulut ini!“Diya… ni adik saya, Farid. Jangan layan sangat SiBujang Senang sorang ni,” katanya memberi amaran.“Bujang Senang?” Serentak soalan itu keluar darimulut aku dan juga Farid.“Yes, species buaya paling ganas di Malaysia.”“Along!” Farid bersuara sedikit geram. Riak geramitu jelas kelihatan di wajahnya.Aku pula, tergelak kecil. Betul. Betul. Aku setuju!Encik Firdaus tersenyum kecil.Leganya aku melihat senyuman di bibir EncikFirdaus. Aku tidak suka melihat muka serius Encik Firdaus.Kenapa perlu Encik Firdaus sembunyikan senyumannya yangmenawan itu? Betul tak?“Mari ke bilik along.”Farid membuat muka selamba. “So, Diya. Nanti kitasambung cerita kita ya?”

Aku tersengih separuh hati.Encik Firdaus merenung wajah adiknya tanpasenyum. “Jangan nak kacau secretary along!”“Ala… apa salahnya. Secretary aja, kan? Bukan wifekan?”Mataku bulat memandang Farid. Cabulnya mulutdia ni!Encik Firdaus pula diam. Cuma matanya yangmelekat di wajah adiknya.Farid tersengih sambil mengangkat tanganmenunjukkan isyarat ‘peace’. Sudahnya tubuh Farid ditolakagar bergerak meninggalkan ruang penyambut tetamu.Aku menarik nafas lega sebaik sahaja dua lelaki ituhilang daripada pandangan.“Amboi!!! Tarik nafas panjang nampak. Kenapa?Apahal panggil aku? Apa pula Encik Firdaus cakap dengankau tadi?”Aku memandang Sharifah yang tiba-tiba terpacakdi hadapanku. Perlahan aku mengangkat pungung.“Entah… tak tahu. Tiba-tiba angin semacam. Ni,dia suruh kau train Rina buat receptionist’s task. Lepas ni,dia cakap, Rina yang akan cover Mira.”“Kenapa?”“Mana aku tahu. Kau tanyalah dia. Okeylah! Akupergi dulu. Kak Lisa cari aku ni.”Sharifah mengangguk sambil memberi isyarat

Page 62: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

kepada Rina supaya duduk di kerusi Mira.Aku pula cepat-cepat berlalu mencari Kak Lisa.Wanita itu kelihatan sedang tekun menaip sesuatu di hadapan

komputer. Dengan tergesa-gesa aku menghampirinya. “Sorrykak!”“Sorry? What for?” Kak Lisa bertanya dengan mukahairan. Aik! Boleh buat muka blur pula? Kan ke dia cari aku?“Akak cari saya, kan?” soalku.Kak Lisa tersenyum nipis. Wajahnya masih jelaskelihatan sedikit kehairanan. “Akak cari? Siapa cakap?”“Encik Firdaus cakap akak cari saya.”Senyum Kak Lisa makin melebar.“Kenapa akak senyum pulak?”Kak Lisa menggeleng perlahan. Senyuman masihmekar di bibirnya. “Awak dengan Farid ke tadi?”Aku mengangguk perlahan.“No wonderlah….”Aku terlopong tidak faham. Terasa seperti ada saturahsia di antara Encik Firdaus dengan Kak Lisa. Apa dia?“Akak ada rahsiakan sesuatu daripada saya ke?”soalku cuba mencungkil apa yang aku rasakan misteri diantara Encik Firdaus dengan secretarynya itu.Kak Lisa menggeleng perlahan. “Mana ada? Tak adarahsia apa-apalah!”Aku diam sambil memandang wajah Kak Lisa.

Langsung aku tidak percaya. Aku melabuhkan punggung dikerusi di hadapan Kak Lisa. “Encik Farid tu, adik Encik Firdauske, akak?”“Haah!”“Saya tak pernah nampak pun. Rasanya sejak sayakerja kat sini, tak pernah pun saya jumpa dia.”“Memang pun awak tak pernah tengok dia. Dia kat

Singapore. Dah tiga tahun lebih dia kat sana, merajuk denganTuan Rashid.”Aku cuma mendengar. Patutlah dia cakap dia takada chemistry dengan big boss. Ada perselisihan ruparupanya.Dan, patutlah aku tidak kenal dia. Bila aku mulabekerja di sini, dia sudah tiada. “So, kenapa akak cari sayatadi?”“Oh, itu…! Akak pun dah lupa. Just forget it,” balasKak Lisa sambil tersenyum.Macam menipu aja mukanya ni. Ishhh…musykilnya! hati aku berbisik.Suara orang bercakap membuat aku berpaling.Encik Firdaus baru keluar dari biliknya bersama Farid. Akusegera memalingkan muka. Tidak mahu bertentang matadengan Farid.“Hai… Diya. Tunggu saya ke?”Aku mengangkat muka. Cepat mesra sungguh adikEncik Firdaus ni. Aku cuma tersenyum.

Page 63: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

Lisa turut tersenyum.“Kata nak cepat, kan? Pergilah balik. Kang lamapula Nasha tunggu kat kereta tu,” Encik Firdaus bersuara.“Along ni, macam menghalau aja. Okeylah, sayapergi dulu. Lisa, I pergi dulu. Nice to see you again. Makesure ajar sweet girl ni pasal PR sikit. Jangan bantai semuayang datang tu nak jual minyak ubat.”Aku tunduk malu. Hai… terkena paku buahkeraslah!“Jual minyak ubat? Diya? Kenapa? Siapa yang jualminyak ubat?” soal Kak Lisa hairan.Perlahan aku mengangkat muka. Bersama

senyuman yang tak berapa manis, perlahan juga akumengangkat punggung.Farid tersenyum penuh makna.Encik Firdaus pula, menatap wajahku tidak berkelip.Menunggu jawapan untuk soalan Kak Lisa barangkali. Takkanaku nak beritahu dia, aku baru lepas kutuk adik dia ni. Mahumasam balik senyumnya yang manis ni.“Nothing. Hmmm… saya rasa saya kena pergi dulu.Ada kerja sikit.” Aku bersuara sambil cepat-cepat melangkahmenuju ke bilik Encik Firdaus. Meninggalkan tiga manusiaitu. Menuju ke arah meja sementaraku. Cuma di sinilahtempat untuk aku bersembunyi sekarang.Dengan malas aku melabuhkan punggung ke

kerusi. Sekarang apa aku nak buat di sini. Mungkin aku patutberbicara dengan Charming. Lagipun sudah hampir duaminggu aku tidak bersembang dengan Charming di dalamYahoo Messenger.Yahoo Messenger aku aktifkan. Melihat kalau-kalauCharming online. Yes! Dia online. Aku tersenyum lebar.Namun, senyum itu perlahan menghilang apabila pintu bilikdibuka. Encik Firdaus melangkah masuk. Kacau betul! Akumemerhati Encik Firdaus yang bergerak ke mejanya. Dudukdi kerusi sambil membelek-belek kertas di hadapannya.Hmmm… lantaklah! Dah tak ada tempat aku nakpergi ni. Terpaksa jugalah aku duduk di sini. Dan, dahterlanjur duduk di sini, mungkin ada baiknya aku mencariCharming. Jemariku mula melekat pada keyboard.Ugly Betty: BUZZ!!!Charming: Hai... salamAku senyum. Berbalas rupa-rupanya.

Ugly Betty: SalamCharming: Tengah buat apa tu?Ugly Betty: Tengah menyorok. He he he...Charming: Menyorok? Menyorok daripada siapa?Ugly Betty: Lupakanlah! Tak penting pun…Charming: Laaa cakap jelah. U nyorok daripadasiapa? Ada peminat rush ke?Ugly Betty: Haah

Page 64: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

Aku senyum. Saja bagi Charming tidak senangduduk.Charming: Aik!!! Ini yang tak sedap dengar ni.Ramai ke peminat U?Ugly Betty: Tak adalah. Main2 je. I ni mana adapeminat. Lari daripada adik bos tadi.Charming: Adik bos? Kenapa? Dia nak tackle U ke?Ugly Betty: Lebih kuranglah. Mana tahu dia adikbos. Dia ayat I macam-macam. Nasib baik tak kena marah.Charming: Apa U cakap?Ugly Betty: I ckp dia salesman. He he he. Nak jualminyak urut. I cakap jual minyak urut diharamkan kat ofis I.Jemariku yang asyik menaip terhenti. Adagangguan. Gelak Encik Firdaus menarik perhatianku. Apahalpula bos aku ni? Tiba-tiba gelak sorang-sorang. Akumemandang pelik. Kebetulan Encik Firdaus pun memandangke arahku. Melihat wajah hairanku barangkali, diatersenyum.“Sorry,” ujarnya sepatah.

Aku turut tersenyum. Kemudian mata kualihkansemula ke skrin komputer. Lantaklah! Agaknya EncikFirdaus pun tengah chatting kut. Aku tersengih. Terfikirdengan siapalah agaknya lelaki itu sedang bersembang. Tibatibaterdetik di hati, apalah agaknya yang akan dibualkan olehorang yang serius seperti Encik Firdaus tu. Mesti skema

agaknya. Aku tergelak kecil.Charming: Dia cakap apa, bila U cakap kat diamacam tu?Aku tersenyum.Ugly Betty: Dia gelak. N… U know, dia ckp dia suka.Pasal tak pernah kena reject katanya. Jadi, bila sesekali kenakutuk n kena reject, dia ckp best. Psiko betul lelaki camtu.Charming: Hmmm... hensem ke adik bos U tu?Sampai tak pernah kena reject?Ugly Betty: Hensemlah jugak. Tapi, bos I lagihensem. He he he...Charming: Tak terpikat ke?Ugly Betty: Kat sape? Bos I ke adik bos I?Charming: Bos U lah…Ugly Betty: Hmmm… entah. Tak ada kut.Charming: Kenapa?Ugly Betty: I ni jenis realistik. Nak mimpi siang haribuat apa? Sah-sah tak sepadan dengan I. Buat apa nakberangan, kan? Ukur baju kat badan sendirilah. Tul tak?Charming: Kalau dia suka kat U macam mana?Ugly Betty: Ish, tak adalah. Mustahillah tu!Charming: I cakap kalau… kalau dia suka kat U, Uakan terima dia?

Ugly Betty: NoCharming: Kenapa?

Page 65: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

Aku termangu seketika. Charming ni, buat-buattidak faham pula. Pasal aku dah suka kat kaulah. Mana bolehaku suka kat orang lain lagi? Hatiku menjerit sendiri.Charming: Helooo… kenapa diam? Cakaplahkenapa U tak terima dia?Aku teragak-agak. Hendak berterus terang tetapiada rasa malu yang membelenggu diri ini.Charming: Sayang... tell me. Why?Ugly Betty: Sebab…Ugly Betty: Sebab I suka kat UMak! Malunya. Rasa macam nak sorok muka bawahmeja. Walaupun aku tahu Charming tak akan nampak aku.Charming: U mean, U love me?Mak oiii. Janganlah tanya soalan macam tuCharming. Malu saya nak jawab.Charming: Seriously. Answer me. Jangan diammacam ni.Alahai. Serius pula perbualan hari ni. Tak pasalpasalpecah rahsia aku cintakan dia. Selalunya dia saja yangmeluahkan perasaan. Pasal perasaan aku pula, faham-fahamsendirilah, Charming. Tak payahlah tanya-tanya macam ni.Apa aku nak cakap ni?Charming: Please. I perlukan jawapan.Ugly Betty: If I say yes?Charming: I’m the luckiest man in the world! Iniyang I tunggu dari U sekian lama. At last, U mengaku juga U

sukakan I. Thanks!

Aku tersenyum malu. Saat itu juga pandangankuberlaga dengan pandangan Encik Firdaus. Cukup romantisrenungan lembut itu. Terasa menusuk kalbu. Segera akualihkan pandangan. Ada orang main mata dengan sayalahCharming. Aku tersenyum kecil.Charming: Kalau boleh I tanya. Kenapa U suka katI? Padahal U x kenal I pun.Ugly Betty: I can’t answer that question. No answeractually. Cuma, I rasa selesa n bahagia bila dapat bercakapdengan U. N u? Soalan yang sama I tanya kat U. Kenapa Usuka kat I? Padahal U tak kenal I.Charming: I kenal U.Ugly Betty: ?!Charming: I rasa I kenal diri U melalui kata-kata U.I’m falling in love with all that things.Ugly Betty: Let say, kalau U jumpa I , n I x memenuhiciri2 wanita idaman U, macam mana?Charming: Now, I tanya soalan yang sama pada U.What will U do, kalau itu terjadi pada U?Ugly Betty: Tak pernah terfikir pun. He he he.Charming: Me too.Aku senyum. Hampeh betul jawapannya! Tapi, biladifikir-fikir, sama hampeh dengan jawapanku.Charming: I pasti itu tak akan terjadi. Sebab I pasti

Page 66: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

sangat-sangat I akan suka pada U. Kalau U… itu I tak tahulah.Harap-harap U pun akan suka pada I. Berharap sangat U akanterima I. Because I really love you. Really… really love U. Somuch!!!Aku terdiam seketika. Serius pula bicara Charminghari ni. Terharu pun ada dengan kata-katanya. Benar-benar

ikhlaskah lelaki ini ingin mendampingiku secara serius? Tibatibaterdetik soalan itu di hati. Dan aku pula, benar-benarkahaku bersedia menerima Charming sebagai teman hidup,walhal aku langsung tidak mengenalinya.Dalam rasa bahagia, tiba-tiba terselit rasa waswas.Waswas pada Charming atau pada diriku sendiri? Aku sendiritidak tahu. Sudahnya aku termangu sambil membaca ayatayatromantis dari Charming. Tiba-tiba juga perasaan iniberbelah bahagi. Alamak! Kenapa rasa macam ni pula?Sekejap rasa macam cinta sangat kat Charming ni. Tapi,sekejap ada pula rasa kurang yakin pada lelaki ini. Tiba-tibateringat kata-kata Sharifah. Mana ada lelaki yang akan jatuhcinta pada perempuan yang langsung dia tidak kenal. Hatimula berbisik. Charming cuma mempermainkan aku ke?

Biarlah YM Berbicara - Bab 12“HEY!”Aku tersentak.Sharifah tergelak kecil.Aku menjeling marah. Ada ke buat aku terkejut katsini. Kalau tersungkur aku kat meja ni, tak ke malu?Sharifah meletakkan dulang berisi KFC di atasmeja.Aku cuma memandang.“Kau ni, kenapa? Dah dua hari aku tengoktermenung aja. Ada masalah ke? Gaduh dengan Charmingya?”“Mana wedges aku? Kau lupa ya?” soalku pula tanpamenjawab soalan Sharifah.Sharifah mendengus. Perlahan dia melabuhkanpunggung ke kerusi.“Adalah. Kejap lagi dia hantar. Lain orang tanya,lain yang dia cakap. Tell me… kenapa ni? Monyok semacamaja aku tengok.”“Tak ada apa-apalah! Ni… Azman mana? Kata naktunggu kita kat sini. Sekarang kita pula yang kena tunggudia?”“Alaaa… tak ke mananya buah hati aku tu. Kejap

Page 67: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

lagi sampailah tu. Bukan tak biasa tunggu dia pun, kan? Darisekolah lagi, memang dia kaki mungkir janji. Macam takbiasa pula. Sekarang… kau tu, cepat cerita kat aku. Kenapani?”“Tak ada apa-apalah!” Aku cuba mengelak daripadamenjawab soalan Sharifah.Sharifah merenungku tajam.“Hai… sejak bila pandai berahsia dengan aku ni?Cepat cakap! Aku tahu ada sesuatu sedang mengganggu kauni. Kalau tak penunggu, mesti orang bunian ni,” usiknyaseparuh mendesak.Aku tergelak kecil. Kata-kata Sharifah ternyatamampu menggeletek hatiku. Melihat aku ketawa, Sharifahtersenyum kecil.“Pandai pun senyum. So, sekarang, dah boleh ceritadah?”“Kau ni, memang pandai buat lawaklah.”Sharifah cuma menyambung senyumnya yangmasih bersisa.“Excuse me. Two large wedges?”“Yes!” Laju aku menjawab.Pelayan restoran yang membawa pesanan cumatersenyum sambil meletakkan dua kotak wedges di atas meja.

“Thanks,” ujarku sebelum pelayan itu berlalubersama senyuman yang manis.

Aku menarik kotak wedges. Mula menyuap wedgeske mulut.“Amboiii... dalam termenung, sempat lagi makanya? Sampai dua large size pula tu. Dah tu, makan sampai takingat nak pelawa orang.”Aku tersenyum. Terlupa. Lapar membuat aku luparupa-rupanya ada manusia di hadapanku.“Sorry. Lupa. Aku laparlah. Dah dua hari aku takmakan. Kau tahu tak?” ujarku sambil menikmati keenakankentang yang bersalut mayonis. Memang sudah dua hari akutidak makan. Asyik memikirkan tentang Charming, aku jadilupa segala-galanya. Hari ini baru terasa yang perut ini benarbenarminta diisi.“Aku tahu. Itu sebabnya aku tanya ni. Apa masalahkau?”Aku mengeluh perlahan. Suapan pun mulaperlahan. Aku bersandar ke kerusi. Memandang wajahSharifah yang menunggu ceritaku. “Charming...”“Haaa… kan aku dah kata! Memang aku dah agakdah! Memang gaduh dengan Charming ni. Kenapa? Diamarah kat kau, sebab kau tak nak jumpa dia? Itulah… akudah cakap, jumpa… jumpa. Kau degil! Sekarang, tengok.Betul tak aku cakap? Mesti dia marah kat kau punya. Kalauaku pun, aku marah. Macam nak main-main aja. Silap-silapkena tinggal terus!” kata Sharifah selamba.

Page 68: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

Aku pandang wajah Sharifah tajam. Geram. Belumpun sempat aku buka cerita, dia sudah pun siapkan satukarangan untuk aku. Kalau betul tak apa. Ini semuanya salahfakta.

“Kau… kau… boleh tolong diam tak? Nak dengarcerita aku ke nak dengar cerita kau ni?”Sharifah tersengih sambil menutup mulut denganjemarinya. “Okey... okey... aku diam. Hah, kau ceritalah!”“Macam mana aku nak cakap ya?”“Kau gaduh ke?”“Taklah! Mana ada gaduh. Cuma, aku terfikirkankata-kata kau…”“Wait. Kau termenung sana, termenung sini, pasalCharming ke pasal aku?”“Sherry. Please... kau nak dengar tak nak ni?”“Okey... sambung.”“Pasal Charminglah. Aku terfikir kau cakap, manaada lelaki yang boleh serius dengan perempuan yang dia takkenal. Aku jadi waswaslah dengan perasaan dia kat aku.Entah-entah dia cuma nak main-mainkan aku tak?”“Kenapa kau cakap macam tu?”“Dua hari lepas, dia luahkan perasaan kat aku. Diacakap dia betul-betul serius dengan aku. Tiba-tiba, aku jadisangsi pula bila dia cakap macam tu. Dia cakap, dia yakinsangat-sangat yang dia boleh terima aku, walau macam

manapun keadaan aku.”“Laaa… pulak. Dulu bila dia jarang chat dengankau… kau kata dia tak serius. Sekarang ni, bila dia selalu callkau, chat dengan kau… and, siap luah perasaan lagi, tiba-tibakau cakap, dia nak main-main pulak? Tak fahamlah akudengan perangai kau ni. Entah-entah kau yang nak mainmainkut?”“Mana ada! Aku betul-betul sukakan dia. Itu yangbuat aku jadi takut ni. Takut kalau dia tak serius dengan aku.

Takut kalau-kalau semua yang dia cakap tu, saja nakpermainkan aku. Aku takut nanti aku kecewa sorang-sorang.Sebab dia cakap macam real sangat. Bila dah real sangat tu,rasa macam tipulah pulak!”“Itu sebabnya kau kena juga jumpa dia. Kalau kaudah betul-betul suka kat dia, aku rasa dia pun tak ada nakmain-mainkan kau kut. Kalau dia nak main-main, mesti diadah lama give up sebab kau bukannya nak jumpa dia pun.Cubalah jumpa dulu. Baru boleh kenal hati budi dia. Lamalamabercinta macam ni pun, tak elok. Kau tak tahu perangaidia macam mana. Baik ke dia? Serasi ke dengan kau? Itusemua kau tak tahu. Tapi, makin lama kau makin sayang katdia. Nanti, bila dah makin sayang, keadaan akan jadi lebihcomplicated. Kau tahu tak?”Aku mengeluh panjang. Betul tu. Itu yang buat akuresah gelisah kini. “Aku tau. Tapi… aku takutlah, Sherry. Aku

Page 69: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

malu.. nanti apa dia fikir pasal aku?”“Laaa… species apalah kau ni. Nak heran apanyaapa kata dia? Dah kau berdua memang fall in love, kan? Duaduadah sama-sama jatuh cinta. Takkan nak kutuk girlfriendsendiri kut. Nak kata apa lagi? Jumpa dan kenal hati budimasing-masing. Mana boleh bercinta macam ni selamalamanya?Nak kahwin nanti macam mana? Takkan nak nikahkat YM kut. Bersanding dengan PC? Macam tu?”Aku tergelak. Bersanding dengan PC? Terbayangpula kat mata aku, aku ayu berbaju pengantin, kemudianduduk di sebelah komputer. Ha ha ha… kelakarnya!Memanglah Sharifah ni pandai membuat aku kembali ceria.“Kau ni… ada ke situ pula perginya,” ujarkubersama-sama sisa-sisa gelak.“Aku cakap, kau gelak. Tapi, cuba kau fikir, kalau kau

terus macam ni. Percayalah, hubungan kamu berdua takakan ke mana-mana. Tak akan berkembang!”“Aku tahu. Tapi, aku memang tak berani nak jumpadialah. Aku takut... aku malu…”“Teruskanlah takut dan malu kau tu. Nanti melepasbaru padan muka!”“Kalau dia memang saja nak permainkan aku,macam mana?”“Sekurang-kurangnya kau tahu. Mana kau nak? Kau

nak tahu dia permainkan kau sekarang, atau kau nak tau bilakau dah betul-betul tak boleh nak lupakan dia. Then, masa tubaru kau tahu yang dia cuma permainkan kau? Mana satupilihan kau? Mana satu yang lebih menyakitkan?”Aku termangu. Terfikir kata-kata Sharifah.Semuanya benar belaka.“Memang aku dah betul-betul sukakan dia pun.Dah betul-betul jatuh cinta kat dia. Tak pernah aku rasamacam ni kat lelaki. Aku rasa, aku memang tak boleh naklupakan dia. Itu yang buat aku takut. Takut kalau dia cumanak tipu aku. Tak sanggup aku nak berdepan dengankeadaan tu.”“Kau kena berani Diya. Ini bukan soal main-main.Melibatkan perasaan. Jangan sampai kau makan hati nanti.Cubalah dulu. Bukan tak ada orang yang serius bila bercintaonline ni. Think positiflah. Jangan asyik fikir yang tak elokaja. Lagipun, kalau kau nak fikir semua benda yang tak elokni, kau kena fikir sebelum kau terlajak jatuh cinta padaCharming tu. Semasa kau mula-mula berchatting dengan diadulu. Kalau sekarang baru kau nak fikir semua ni, aku rasadah terlambat. Kau kena teruskan juga. Macam manaendingnya, itu kau kena tawakallah. Harap-harap ending ataspelaminlah!”

“Kau cakap ni… makin menakutkan akulah. Bukanbuat aku rasa lega. Buat aku makin susah hati pulak!”

Page 70: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

“Dah tu kau nak aku cakap apa? Situasi kausekarang ni, memang macam ni. Berbahaya. Takperpenghujung. Kalau kau masih juga dengan malu dantakut kau tu, memang tak akan selesai masalah kau denganCharming. Hubungan kamu berdua juga, akan terustergantung macam nilah!”Aku diam. Betul kata-kata Sharifah itu. Tapi, apayang mampu aku lakukan? Memang aku tiada kekuatanlangsung untuk berjumpa dengan Charming, walaupunhatiku sudah penuh rasa sayang untuknya. Aku tidak berani.Aku malu dan aku takut dipermainkan. Susahnya kalau tidakpernah jatuh cinta ni. Sekali dah jatuh cinta, pada halimunanpula. Betul-betul dugaan ni.“Dah… terlopong pulak. Kenapa?” soal Sharifah.Cepat-cepat aku buat muka ayu. Teremosi pula akumengelamun. “Mana ada terlopong?”Sharifah tergelak sambil mencapai wedges dihadapanku. Lengan baju kurungnya diselak. Melihat jam dipergelangan tangan.“Mana Si Azman ni? Ni yang buat aku rasa macamnak marah ni,” gumamnya perlahan.“Alaaa... tak ke mananya Azman tu. Kejap lagisampailah tu. Bukan tak biasa tunggu dia pun, kan? Darisekolah lagi, memang dia kaki mungkir janji. Macam takbiasa pula.” Aku mengulangi kata-kata Sharifah padaku,membuatkan gadis itu memandangku dengan pandangan

geram. Giliran aku pula tersenyum.“So, macam mana? Apa kau nak buat?”

“Biar takdir yang menentukannya. Tak larat aku nakfikir. Dan biarlah YM itu yang berbicara. Selama mana dia nakberbicara…” Aku bersuara separuh bermadah.Sharifah mencebik.“Alaaa... senang-senang, kau tutup buku aja denganCharming ni. Ambil aja orang kat depan mata.”“Siapa?”“Encik Firdauslah!”“Kau ni. Sempat juga nak menyelitkan Encik Firdaustu ya? Tak ada maknanya. Kau tolong jangan buat akuperasan, boleh tak? Malu sebab jatuh cinta dengan Charmingni, aku rasa aku boleh terima lagi. Tapi, kalau dengan EncikFirdaus tu… errr, tak naklah. Malu besar tu. Terjatuh cintakat bos sendiri. Dahlah tu, jatuh cinta sorang-sorang pulaktu. Oh, tidak! What a nightmare! So, please… jangan buataku jadi perasan sorang-sorang.”“Mana tahu kau bertepuk sebelah tangan? Kau takcuba pun?”“Dahlah… tak nak cakap pasal nilah. Tukar topik.Ada ke nak cuba bercinta dengan bos pula. Kalau dia cubabagi surat warning kat aku, macam mana? Tak kemenggelupur aku nak cari kerja lain?”Sharifah menjongket bahu tanpa berkata apa-apa.

Page 71: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

Cuma sedikit senyuman yang terukir di bibirnya.Aku turut diam.“Haaa… tu pun dia. Baru sampai!” Aku bersuarasebaik sahaja melihat Azman yang tergesa-gesa melangkahke arah kami. Buat-buat kelam-kabutlah tu. Lelaki ni…memang tak pernah berubah.“Sorry… aku lambat. Sorry sayang. Saya ada hal

kejap tadi,” Azman bersuara sambil memandang ke arahku,kemudian dialihkan pula ke wajah buah hatinya.Sharifah menarik muka sambil menjeling.Aku yang memandang cuma tersenyum. Merajuklahtu!“Alaaa… janganlah marah. Betul… tak sengaja,”katanya sambil tersengih.“Dahlah Man. Duduk ajalah. Kau punya tak sengajatu, aku dengar daripada form two lagi. Dah… dah! Duduk danmakan aja ayam yang dah tak berapa panas ni.” Aku bersuarasambil memberi isyarat supaya dia duduk.Azman tersengih. Perlahan dia melabuhkanpunggung ke kerusi di sebelah Sharifah.“Sherry, janganlah marah ya? Saya minta maaf.Betul. Ada hal tadi.” Kali ini bicaranya nampak bersungguh.“Hal apa?” soal Sharifah sambil menatap wajahAzman tanpa berkelip.“Jangan pandang saya macam tu, awak. Tergoda

ni…”Spontan jemari Sharifah melekat ke belakangAzman.Pang! Ha! Kan dah kena lempang?Aku tergelak.Azman menyeringai menahan sakit.“Mengada-ada,” Sharifah bersuara sambilmenggosok telapak tangannya. Pedihlah tu. Lempang Azmankuat sangat.“Sakitlah. Tak baik buat kat bakal suami macam ni,tau!”

“Ala… baru bakal suami. Belum jadi suami lagi. So,belum dikira derhaka pada suami lagi!”Azman menjeling. Muka yang tadi manis sudahmenjadi sedikit kelat. Aik! Sekarang siapa yang merajuk,siapa yang nak memujuk ni? Macam dua-dua dah merajuksaja.Aku leka menjadi pemerhati. Kalut betul pasanganni. Tersenyum melihat wajah Sharifah pula berubah menjadicuak.“Awak… sorry ya. Sakit ke?”“Takkk… tak sakit. Best. Tak tahu kena lempangmacam ni, best rasanya?” Azman menjawab soalan bodohSharifah dengan nada sedikit geram.Aku tergelak.

Page 72: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

“Sorrylah… tak sengaja. Awak pun satu. Kenapacakap macam tu? Tak malu ke?”“Laaa... nak malu apanya? Tergoda kat bakal isteripun nak malu ke?”Sharifah diam. Cuma aku perasan wajahnya sedikitmemerah. Malulah tu.Mood Azman pula, sudah mula baik semula. Sekejapsaja rajuknya.“Malu pulak…” Azman mula menyakat.Sharifah menjeling. Tanpa menjawab, dia menarikkotak wedgesku. Tanpa menghiraukan senyum nakal Azman,dia terus menyuap kentang wedges ke mulut.Melihat reaksi Sharifah itu, Azman tergelak.“Nak kena lempang lagi ke?” soal Sharifah, garang.“Nak. Tapi, pelan sikit ya. Jangan kuat sangat.Sakit…”

Sharifah mendengus marah.Aku tersenyum. Sesungguhnya aku cukup sukamelihat gelagat Azman dan Sharifah. Sejak dari sekolahsehingga ke hari ini, tingkah mereka tidak pernah membuataku jemu.“Oh, ya Diya! Abang Kamal kirim salam.”Senyum lebar yang menghiasi bibirku mati tibatiba.Di mana pula Abang Kamal berjumpa dengan Azmanni? Waalaikumussalam. Aku menjawab di dalam hati.

“Mana kau jumpa dia?”“Kat luar tadi. Kat parking.”“Ha? Dia ada kat sini ke?” soalku terkejut. Tiba-tibapunggung terasa panas. Nak saja aku lari dari situ.“Ya. Yang kau terkejut sangat ni, kenapa?”“Tak ada apa-apa. Dia buat apa kat sini?”“Entah... mana aku tahu. Tak sempat tanya pun.Lagipun dia nak cepat. Dia oncall katanya.”Jawapan Azman membuat aku sedikit lega. “Dia dahpergilah?”“Ya. Kau ni, gabra semacam pulak. Kenapa?”“Tak ada apa-apalah!” Aku menjawab sambilkembali tersenyum. Selamat! Perlahan aku mengurut dada.Azman mencebik. Pandangannya dialihkan pulapada Sharifah. “Awak dah cakap kat Diya ke?”“Belum. Tunggu awaklah,” kata Sharifah malu-malu.Azman tersenyum.“Cakap apa?” soalku hairan.Azman menjongketkan bahunya sambil mencapai

seketul ayam goreng. Dia tidak berkata sepatah perkataanpun.Sharifah memandang wajahku.“Awak nak cakap ke, saya yang nak cakap ni?”“Saya nak makan. Awak cakaplah!”Sharifah menepuk perlahan bahu Azman, membuat

Page 73: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

Azman tergelak kecil.“Apa dia? Cakaplah…”“Bulan depan kami nak bertunang.”“Oh… tahniah! Tahniah Man. Tak sabar nak tungguni…”Sharifah tersenyum bahagia.Azman turut tersenyum sambil menatap wajahSharifah.Nampaknya tidak lama lagi teman baikku ini akanmenamatkan zaman solonya. Tinggallah aku seorang dirinanti.“Lama ke korang nak bertunang?”“Entah. Belum bincang dengan mak aku lagi pasaltempoh tu. Tapi, mesti dia orang tak bagi lama-lama,” Sharifahmembuka cerita.“Saya pun tak nak lama-lama. Kalau boleh tak nakbertunang pun. Terus kahwin, kan senang,” Azmanmenyampuk sambil meratah ketul ayam yang kedua.Aku tergelak.“Apa pulak tak payah bertunang? Ingat kahwinkoboi ke apa?” soal Sharifah marah.Azman tersenyum panjang.

“Baguslah tu. Tunang lama pun buat apa? Baikkahwin cepat-cepat,” sampukku.“Itulah. Aku setuju cakap kau, Diya. Kau bila pulak?

Takkan nak tunggu dapat title andartu baru terhegeh-hegehnak cari calon. Jangan jual mahal sangat,” Azman bersuaralagi.Mak oiii Azman ni, kalau bercakap tak reti nakbertapis. Sama saja dengan Sharifah.“Nantilah. Kalau ada jodoh, adalah. Kalau nak carisana sini, tapi, memang dah tertulis aku ni akan jadi anakdara tua, tak guna juga.”“Hish!!! Macam marah aja bunyinya.”“Yalah. Suka-suka aja kau nak kutuk-kutuk aku!”“Bukan kutuk. Ingatkan…”Aku mencebik. Deringan telefon bimbitkumenghentikan bicara. Aku buka beg. Melihat siapa yangmenelefon. Charming. Nak jawab ke tidak?“Siapa?” soal Sharifah.Telefon aku matikan. Nantilah aku telefon semula.“Tak ada siapalah. Kat mana kita tadi?” jawabkusambil menyimpan semula telefon bimbit.Sharifah cuma mengangkat kening. Tanda tidakpercaya dengan kata-kataku.Aku tersenyum. Nantilah Sharifah. Takkan nakcakap kat depan Azman ni. Malulah aku!

Page 74: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

Biarlah YM Berbicara - Bab 13FUH! Penatnya,” Sharifahbersuara sambil terusterbaring di atas katil.Aku turut tersandar ke kerusi. Beg pakaian yangsederhana besar kubiarkan saja di tepi dinding. Memangpenat. Berjam-jam di dalam bas, memang membuatbadanku hilang tenaga. Yang kunampak cuma katil danbantal. Tapi, tak boleh dulu. Aku kena telefon mak dulu.Beritahu dia aku dah sampai. Nanti risau pula orang tua tu.“Kau tak penat ke, Diya?”“Mahunya tak. Penatlah. Tapi, aku nak buat callkejap.”“Call siapa? Buat laporan kat Charming ke? Ini dahserius ni, sampai kena buat report ni. Berapa kali sehari kaukena report kat dia pasal aktiviti kau?” soal Sharifah sambiltersengih.“Tak adalah. Bukan call dia. Call mak akulah.Beritahu aku dah sampai. Sebelum dia telefon and berleterpanjang, baik aku dulu yang telefon.”

Sharifah mengangguk perlahan.“Aku pun nak call mak akulah. Nak beritahu aku

dah sampai.” Dia bersuara sambil mencapai telefon bimbityang tidak pernah berenggang dari tangannya sejak dari mulamenaiki bas hinggalah bas selamat berhenti di terminaluntuk mengambil bot ke Pulau Redang.Aku tersenyum. Perlahan bangkit dari kerusimencapai beg tangan di atas beg pakaianku. Menyelongkarmencari telefon bimbit. Telefon bimbit kukeluarkan sambilbeg tangan kucampak ke katil.“Aku keluar kejap,” ujarku sambil melangkahkeluar dari calet. Mengambil angin di beranda. Nyamannya.Perlahan tangan mendail nombor telefon rumahku. Deringanyang bertalu, membuat aku tersandar di beranda. Mana makni? Lambatnya angkat telefon.“Assalamualaikum…” Aku bersuara sebaik sahajatelefon berangkat.“Waalaikumussalam.”Aik! Macam kenal je suara ni. Mana mak? Kenapalelaki pula yang angkat ni? Aku mula diburu seribupertanyaan.“Tiha ya?”Alamak! Abang Kamal. Apa Abang Kamal buat katrumah mak aku ni? Kacau betullah!“Tiha?”“Mak ada?”“Ada. Kat dapur. Nak cakap dengan dia ke?”Ek eleh. Memanglah nak cakap dengan mak aku.

Page 75: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

Sebab tu la aku telefon rumah aku. Apalah Abang Kamal ni.Takkan nak cakap dengan dia pulak!

“Panggil mak kejap,” ujarku dingin. Aku terdengarAbang Kamal mengeluh perlahan.“Mak su, Tiha telefon ni. Cepat sikit! Nanti merajukpula anak dara mak su ni.”Terdengar suara Abang Kamal memanggil ibuku.Saja nak bagi aku dengar suara dialah tu.“Mak su kata tunggu kejap.”“Tak apalah… nanti saya telefon mak balik.”“Eh, tunggulah dulu. Cakap dengan abang dulu.Ingat Tiha balik kampung.”“Tak ada,” jawabku pendek.“Mak su kata Tiha pergi Pulau Redang. Buat apa katsana?”“Ada hari mesra staf. Tiga hari kat sini.”“Hmmm… ingat abang balik, boleh jumpa Tiha.Susahnya nak jumpa Tiha. Sunguh-sungguh Tiha nakmengelak daripada abang ya?”“Mana tahu abang balik kampung. Lagipun, kita takberjanji, kan?” Bohongku dengan cukup lancar sekali.Padahal hari tu, ibuku sudah beritahu Abang Kamal akanbalik kampung.“Memanglah tak berjanji. Tapi, ingat ada rezekiabang nak jumpa Tiha. Kalau berjanji memang tahu, Tiha

tak akan sudi. So, terpaksalah buat-buat macam kebetulan.Rupa-rupanya buat macam tu pun, tak boleh jumpa juga,”Abang Kamal bersuara dengan nada selamba.Aku tersenyum sendiri. Kelakar pula rasanyamendengar kata-kata Abang Kamal. Sampai macam tu sekalike, usaha dia nak berjumpa dengan aku?

“Berapa hari Tiha kat sana?”“Tiga hari.”“Banyak buat aktiviti kat sana?”“Entah!”“Semua staf pergi ke?”“Haah,” jawabku separuh hati.“Tiha baru sampai ke tu?”“Haah.”“Pergi dengan bas ke?”“Haah.”“Tiha sayang abang ke?”“Haah.”Ops!Abang Kamal tergelak.Kurang asam punya Abang Kamal. Boleh bagisoalan psikologi pula kat aku. Dah tersasul!“Tu la. Haah… haah lagi,” ujarnya masih bersamagelak.Aku diam. Tidak ada keinginan untuk gelak

Page 76: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

bersamanya. Geram lagi, adalah.“Cakaplah. Janganlah asyik haah… entah… ya.Kalau pun tak suka kat abang, janganlah tunjuk sangat. Sedihabang rasa bila Tiha buat abang macam ni,” katanya dengannada sedih.“Tak ada benda nak cakaplah bang. Mak mana…takkan tak sudah lagi buat air kat dapur?”“Belum. Kejap lagi kut. So, bila kita boleh jumpani?”

“Abang… janganlah cakap pasal ni lagi. Lupakanlahsemua tu. Abang cari ajalah perempuan lain, yang lebih baikdaripada saya. Takkan ke mananya kalau abang teruskanjuga. Saya memang tak boleh nak terima abang. Tak payahlahkita buat masing-masing rasa serba salah, bang.”“Abang akan terus mencuba. Terlalu lama abangharapkan Tiha. Takkan abang nak give up macam tu aja.”Aku diam. Geram dengan sikap Abang Kamal yangtidak tahu mengalah. Sampai bila dia hendak terus begini?Bukankah apa yang sedang dia lakukan ini akan membuatdia terluka? Akan membuat aku terseksa?“Panggil mak kejap, bang.”“Hmmm.. yalah. Mak su dah datang ni.”Aku menarik nafas lega. Sebenarnya aku sudahkehilangan kata-kata untuk terus menyambung bicaradengan orang yang degil seperti Abang Kamal.

“Helo! Assalamualaikum…”Aku senyum. Pasti gagang sudah bertukar tangan.“Walaikumussalam, mak. Mak sihat?”“Sihat. Kamu dah sampai ke?”“Haah. Tiya baru sampai ni mak. Sampai aja terustelefon mak ni. Baik tak anak mak ni?” soalku sambil tersengihdi beranda.“Hmmm… baik apa? Takut nak dengar makberleter, kan? Tu yang cepat-cepat telefon tukan?”Aku sengih lagi. Mak ni, macam tahu-tahu aja. Takboleh nak berlakon. Semua yang ada kat dalam hati aku,semuanya dia tahu.“Abang Kamal buat apa kat rumah tu?”

“Dia datang cari kamulah. Mana tahu kamu takbalik.”“Buat apa nak cari Tiya?”“Manalah mak tahu. Kalau ada yang tahu pun,kamu berdua ajalah. Betul tak?”Hai… dalam maknanya kata-kata ibuku ini. Pastidia sudah mengesyaki sesuatu. Kenapalah Abang Kamaltunjuk sangat pada ibuku, ada sesuatu yang berlaku di antarakami? Aku bocorkan rahsia dia, baru tahu. Mahu ibuku halaudia dengan parang. Tak ada nak hidang-hidang kopi lagi.Baru padan muka!“Mak. Tak boleh lama ni. Lagipun, mak ada tetamu,

Page 77: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

kan? Nanti apa kata Abang Kamal, kalau tak ada orang yanglayan dia.”“Mengelak. Mengelaklah selagi kamu bolehmengelak!”Aku tersenyum. Tapi, sudah tidak semanis tadi.Kata-kata ibuku membuat aku sedikit gelisah.“Mana ada Tiya mengelak? Mak ni, pandai-pandaiaja serkap jarang.”“Serkap jarang mak selalu mengena.”“Okeylah mak. Sherry panggillah. Malam nanti Tiyatelefon mak balik. Okey?”“Yalah….”“Okey... bye…”“Amboiii, sejak bila jadi orang putih ni?Assalamualaikum….”Aku tersenyum. Terbayang wajah ibuku denganperkataan itu. Mesti siap dengan gaya tu.

“Waalaikumussalam.”Talian terputus. Dan aku termangu di situ sambilmenongkat dagu. Terasa diri dihimpit rasa serba salahdengan sikap degil Abang Kamal. Serba salah kerana diaadalah sepupuku. Bimbang kalau berterusan kedinginan ini,nanti hubungan keluarga pula yang menjadi taruhan. Risauada cerita yang tidak enak didengar akan muncul.“Hai… jauh termenung?”

Sapaan itu mengganggu lamunanku.Johan tersenyum memandangku.Aku turut tersenyum kecil.“Teringatkan siapa?” soalnya lagi.“Tak ada teringatkan sesiapa pun. Saja ambil anginpantai ni. Best pula. Awak dari mana ni?” soalku sedikitkekok. Sejak Sharifah beritahu Johan bertunang sebabkecewa denganku, aku belum lagi bercakap dengannya. Diapun seperti mengelak daripada bertembung denganku. Lebihlebihlagi apabila aku bertukar kerja, peluang untukbertembung menjadi semakin kurang.“Jalan-jalan. Ambil angin petang. Awak tak nakjalan-jalan ke?”Aku tersenyum sambil menggeleng perlahan.“Yalah... saya ni siapa ya? Mana layak nak jalan-jalandengan awak.”Senyumku mati tiba-tiba. Tidak suka dengan bicaraJohan.“Kalau awak cakap macam nak sindir saya, baiksaya masuk. Saya tak suka!” Aku berterus terang. Memangaku geram bila ada orang yang bercakap begitu. Macamlahaku ni, sombong sangat. Nak kata aku sombong, kan? Baik

aku buat sombong betul-betul. Perlahan-lahan akumengangkat punggung.“Tunggu! Saya minta maaf. Saya tak berniat nak

Page 78: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

sindir awak pun. Duduklah dulu.”Mendengar kata-kata Johan, aku kembali duduk.Johan tersenyum sedikit.“Thanks,” ujarnya sepatah.Aku cuma tersenyum kecil. Johan ni, buat aku rasasegan pula. Siap nak berterima kasih pula.“Boleh saya duduk?”Aku beralih sedikit. Memberi ruang untuk Johanmelabuhkan punggung di sebelahku.Johan senyum sambil mengambil tempat disebelahku.“Awak apa khabar? Lama kita tak bersembang ya?”Johan memulakan bicara.Ternyata lelaki itu sedikit kekok untukberkomunikasi denganku. Tiba-tiba aku terasa aku pula lebihyakin untuk berhadapan dengannya. Tidak seperti selalu,apabila dia yang mendominasi perbualan.Aku pandang wajahnya.Dia diam. Cuma mengira-ngira jarinya yangmemang hanya sepuluh itu.Aku tersenyum kecil. Lucu apabila Johan tiba-tibamenjadi pendiam.“Kenapa senyum?” soalnya tiba-tiba.Aku mengulum senyum. Supaya tidak terlalu ketaraaku sedang mentertawakannya.“Awak gelak kat saya, ya? Kenapa?”

“Rasa macam lain bila awak diam macam ni.Selalunya saya yang diam. Sekarang ni, terbalik pula. Dan,jari awak tu memang sepuluh. Awak kira sampai seratus kalipun, jawapannya tetap sepuluh!” Aku berterus terang. Tidakmahu dia salah faham.Johan tergelak kecil. Cepat-cepat jemarinya terlerai.Tangannya kini memeluk lutut. “Saya pun tak tahu. Tak tahukenapa tiba-tiba saya rasa segan nak berdepan dengan awak.”“Tapi, awak masih nak berdepan dengan saya juga?”balasku pendek. Senyum kuukir sambil menatap wajahnyayang cuma memandang jauh ke hadapan.“Hati saya… hati saya yang nak berdepan denganawak.”Aku pandang wajahnya dengan riak wajah yangsedikit terkejut. Dah bertunang pun masih nak bercakappasal perasaan ke dengan aku?“Jangan salah faham. Saya tahu status saya,” Johanbersuara seakan-akan dapat membaca apa yang sedangbermain di fikiranku.Aku tersenyum. Lega.“Tahniah. Maaf, sebab lambat ucap tahniah. Tak adapeluang nak jumpa dengan awak.”Johan tersenyum. Senyuman yang sukar untuk akutafsirkan akan maknanya. Bukan senyuman gembira. Bukanjuga senyuman sedih. Terlalu sukar untuk menebak perasaan

Page 79: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

sebenar lelaki itu.“Tahniah!” Sekali lagi aku bersuara.“Terima kasih,” jawabnya ringkas.Situasi yang tiba-tiba menjadi serba canggungmembuat aku berasa serba tidak kena.

“Saya doakan awak bahagia.”“Saya pun harap begitu,” Johan bersuara dengannada yang tidak pasti.Aku pandang wajahnya tanpa berkelip.Johan tergelak kecil.“Jangan pandang saya macam tu. Walaupun sayadah bertunang, hati saya masih ada pada awak. Renunganawak boleh buat saya lupa pada status saya sekarang.”Cepat-cepat aku alihkan pandangan.“Maaf,” ujarku sepatah.“Untuk apa?” soal Johan perlahan.“Untuk segala-galanya. Saya tak bermaksud nakkecewakan awak. Saya… saya…”“Saya faham. Cinta tak boleh dipaksa. Saya hormatpendirian awak.”“Sherry cakap, awak bertunang sebab... sebab…saya. Saya harap Sherry salah.”“Saya tak boleh ubah kenyataan tu. Memang ituhakikatnya. Saya tahu saya tak berhak paksa awak. Tapi, sayatak boleh tipu diri saya sendiri. Memang saya betul-betul

cintakan awak.”Aku mula tidak senang duduk. Betul-betul tidaksenang duduk. “Janganlah cakap macam tu…”“Don’t worry. Saya tak akan paksa awak. Saya punsudah nekad dengan keputusan saya. Saya tak akan ubahfikiran.”“Awak jangan buat keputusan semata-mata sebabawak kecewa dengan saya.”“Hidup mesti diteruskan.”

“Ya. Tapi, jangan sampai awak kecewakan tunangawak nanti. Kalau awak bertunang dengan dia tanpa apa-apaperasaan, nanti apa akan jadi padanya?”Johan tunduk. Cuma untuk seketika, sebelum diamengangkat muka memandang wajahku. Agak lama,membuat aku pula yang tertunduk.“Sejujurnya, saya ingin awak yang bertunangdengan saya.”Ah, sudah! Johan ni, biar betul! Jangan buat kalutJohan oiii. Awak tu dah jadi tunang orang.“Tapi, saya tahu, mustahil. Bukan senang nak pikathati Adiya Fatiha ni. Tak tahulah lelaki macam mana yang diatunggu. Agaknya tunggu putera kayangan kut,” Johan cubaberlawak. Mungkin dia menyedari perubahan riak wajahku.Namun, aku rasa dia pun tidak berasa lucu denganlawaknya itu. Sebab, tiada segarit senyum pun di bibirnya.

Page 80: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

Kalau dia tidak berasa lucu, aku, apatah lagi.“Bukan masalah senang atau susah. Benda ni,bukan boleh dipaksa. Macam awak cakap tadi, kan?” Akubersuara perlahan.“Itu lainnya awak daripada gadis-gadis lain. Itujugalah yang menjadi tarikan kuat untuk lelaki mendekatiawak. Susah nak pikat. Dua tahun saya cuba, tapi failed. Sayanak tengok nasib Encik Firdaus pula. Sama macam saya atautak.”Aku pandang wajahnya sekali lagi.“Apa pula Encik Firdaus perginya? Tak ada kenamengenalangsung!” Aku menjawab dengan wajah yangsedikit masam.Johan tergelak.

“Semua tahu Diya. Cuma, awak saja yang buat-buattak tahu. Macam mana awak buat kat saya dulu. Betul tak?”Aku mengangkat punggung. Topik perbualan kamisudah tidak menarik lagi.“Nak ke mana?” soal Johan sambil mendongakmenatap wajahku.“Tak nak cakap pasal nilah!”“Harap Encik Firdaus tak kecewa macam saya.Merpati Mara Jaya Industries.”Aku mengerutkan kening. Dia pula tersenyumpanjang. Walaupun jelas senyumnya itu tiada keceriaan

langsung. Tidak faham dengan kata-katanya membuat akukembali duduk.“Apa yang merpatinya ni?”Tiba-tiba soalan yang datang dari belakang itumembuat aku tersentak. Bukan aku sahaja, Johan pun turuttersentak. Soalan yang ingin aku tanya sudah pun ditanyaoleh Sharifah.“Kau ni… terkejut aku!”Sharifah tersengih. Menolak bahu aku dan Johan.Nak menyelit kat tengah-tengah. Tanpa disuruh, diamelabuhkan punggung di antara aku dengan Johan.“Ni... buat apa ni? Berdating ya? Jangan nak datedengan tunang orang ya, Diya. Dan, kau pulak, jangan nakcurang dengan tunang kau.”“Mana ada. Ambil angin ajalah,” sangkalku denganmuka yang sedikit kelat.“Apa kau cakap tadi? Merpati? Mana merpatinya?Ada merpati ke kat sini?”

“Ada.”“Kat mana?”“Tu… kat sebelah kau tu,” Johan menjawabselamba.Sharifah menoleh. Memandang wajahku.Aku pula, memandang wajah Johan denganpandangan hairan. Aku ke yang dia panggil merpati?

Page 81: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

Hmmm… kalau panggil Angelina Jolie ke… Jennifer Anistonke… baguslah juga. Ini, merpati?Sharifah tergelak.“Diya ni, merpati?” soalnya sebelum menyambunggelak.Aku menjeling sambil menampar bahunya.“Yalah. Tak betul aku cakap? Nampak jinak, bila nakdekat, bukan main tinggi terbangnya. Langsung tak adapeluang nak tangkap.”“Oh... kalau itu, aku setuju. Dia ni, memang susahnak dapat. Aku teringin sangat nak tengok dengan siapalahnanti dia bersanding. Susah sangat nak jumpa Mr. Rightbudak sorang ni. Jangan duk asyik mencari, tiba-tiba dapatyang hampeh, sudahlah!” Sharifah membalas kata-kata Johandengan nada ala-ala mak orang.“Kut ya pun nak mengata aku, mengatalah katbelakang. Janganlah mengata aku kat depan-depan macamni. Terasa hati aku tau. Dahlah! Malas aku nak layan kau.”Aku bersuara sambil mengangkat punggung.Sedikit terasa dengan kritikan Sharifah. Aku melangkahmeninggalkan Johan dan Sharifah.“Alaaa.. merajuk la pulak. Aku gurau ajalah!”

Terdengar suara Sharifah separuh menjerit. Suaraitu tidak aku endahkan. Terus berjalan tanpa tujuan yangnyata.

“Hey… tunggulah!”Tepukan di bahu membuat langkahku sedikitterganggu.Sharifah tersengih.“Sorrylah. Aku tak sengaja nak sakitkan hati kau.Aku gurau ajalah.”Aku diam.“Alaaa cayang. Janganlah majuk. Cenyum cikit.Cikit lagi. Cenyum. Cenyum…”Aku tergelak.Sharifah turut tergelak.“Kau ni, aku nak merajuk pun tak boleh.” Akubersuara sambil menampar belakang Sharifah perlahan.“Kau? Nak merajuk dengan aku? Malam sikitlah!”ujar Sharifah masih bersama gelaknya.Aku tersenyum sambil memeluk bahu Sharifah.Melangkah beriringan di sekitar calet yang nyaman danredup. Bukannya boleh lama aku merajuk denganperempuan ni.“Joe masih pandang kau kat belakang tu,” Sharifahbersuara.Spontan aku menoleh. Berlaga pandang denganrenungan Johan yang tercegat memandangku dari jarakyang agak jauh. Aku ukirkan sekuntum senyuman.Dia turut tersenyum sebelum mengangkat tangandan berlalu dari situ.

Page 82: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

“Nampaknya dia masih tak boleh lupakan kau.”“Minta-minta kata-kata kau tu, tak benar. Manaboleh dia suka kat orang lain, padahal dia dah bertunangdengan orang lain.” Aku bersuara dengan rasa yang sedikitbersalah.Kasihan tunang Johan, kalau dia tidak berusahabersungguh-sungguh untuk lupakan aku. Aku benar-benarberharap agar satu hari, pintu hati Johan tertutup buatku.

Biarlah YM Berbicara - Bab 14ANGIN petang yang nyamanmembuai perasaan. Asyiknya…Lagi lama aku kat sini, rasarasanyaboleh lena. Rakan sekerja yang lain sudah hilangmencari haluan masing-masing, seusai sesi taklimat oleh KakLisa sebentar tadi.Sampul di tangan, aku letak di atas meja. Taklimatringkas daripada Kak Lisa. Acara kemuncak untuk Hari MesraPekerja. Aku pandang sampul surat dengan tidak bersemangat.TRESURE HUNT: PERFECT PARTNER WILL WIN ITAku mengeluh perlahan. Ada sahaja idea Kak Lisani. Penat bermain bola tampar pantai tadi pun belum hilanglagi. Sudahlah penat, kalah pula tu. Ini, nak kena kejar kesana, kejar ke sini pula. Berpasangan pula tu. Pasangan aku?

Entah. Aku pun tak tahu. Sampul yang Kak Lisa berikan pun,aku masih belum buka. Tapi, tak kisahlah siapa dia pasanganaku. Bukan penting pun.

“Hai… mengantuk nampak?”Aku tersenyum.Kak Lisa turut tersenyum. Perlahan dia melabuhkanpunggung di hadapanku.“Penatlah kak.”“Alah! Orang muda macam awak pun, penat ke?”“Mahu tak penat? Dah dua hari, program packed.Akak ni, nak dera kita orang ya?”Kak Lisa tergelak. “Mana ada? I tengok orang lainsemuanya enjoy. Sesekali macam ni, apa salahnya. Bukanselalu pun.”“Yalah… saya ni kurang stamina, kak.” Akumenjawab sambil tersenyum.“Tak buka lagi ke, tengok siapa partner awak?”“Belum. Nanti-nantilah. Nak rehat kejap. Beranginmacam ni, kalau berangan, best juga ni.”Kak Lisa tersenyum lagi sambil mencapai sampulsurat di hadapanku.“Encik Firdaus tak masuk aktiviti ni ya, kak? Diatak ada pun masa akak bagi partner tadi,” soalku tiba-tiba.Agak pelik kerana sebelum ini, dia turun padang bersamaanak-anak buahnya. Berlari ke sana sini menyiapkan

Page 83: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

pertandingan membina istana pasir. Melompat-lompat tengahpanas bermain bola tampar pantai. Pertandingan bermainsepak raga pun dia ikut serta sekali. Walaupun dia banyaksepak angin daripada sepak bola. Nampak sangat tidak pernahbermain bola sepak raga.Aku tersenyum tiba-tiba. Terasa kelakar teringatkangelagat Encik Firdaus. Tapi, aku memang menghormati diasebagai majikan yang baik. Bukan senang hendak jumpamajikan yang begitu mesra dengan semua orangbawahannya. Langsung tidak meninggi diri.“Kenapa ni? Senyum sorang-sorang?”“Tak ada. Tiba-tiba teringat Encik Firdaus main bolasepak angin!”“Ha? Bola sepak angin?”“Yalah... asal dia sepak aja, tak pernah kena bola.Asyik kena angin aja. Nampak sangat tak reti main,” ujarkutergelak.Mendengar jawapanku, Kak Lisa turut tergelak.“Oh… you mean sepak raga? Awak ni, kalau diadengar, dia potong gaji, baru tahu. Manalah dia pandaipermainan macam tu? Bola sepak ke, futsal ke, terrorlah dia.”Aku tersengih. Rasa lucu masih mencuit hati.“Bukalah,” Kak Lisa menghulurkan kepadakusampul yang tadinya terletak di atas meja.Aku akur. Sampul aku buka perlahan. Melihat namayang tertulis di situ, mataku membulat memandang Kak Lisa.

“Akak? Kenapa pula saya dengan Encik Firdaus ni?”soalku tidak berpuas hati. Takkan aku nak berpasangandengan bos pula.“Awakkan secretary dia, so, memang patutlah awakpartner dengan dia.”“Akak pun secretary diakan? Sepatutnya, akaklahyang partner dengan dia. Yalah, sebelum akak pergi Sarawak.Akak tukar ajalah. Akak ganti saya ya?” Aku memberipendapat yang kurasakan amat bernas.Kak Lisa menggeleng perlahan.“Kenapa pula?” soalku hairan.

“I cuma boleh jadi pangatur acara saja. Semuaaktiviti tu, tak sesuai untuk I?”“Aik? Akak yang arrange semua aktiviti, tapi,semuanya tak sesuai dengan akak? Pelik ni…”“Yalah. Semuanya memang sesuai untuk semuaorang. Tapi, I tak boleh ikut semua aktiviti lasak ni.”“Why?”Kak Lisa tersenyum.“I’m pregnant,” jawabnya lambat-lambat.“What?” soalku terkejut. Memang berita yangmengejutkan.Kak Lisa mengangguk.“Tahniah… seronoknya! Dah berapa bulan?”“Baru lagi. So, sekarang dah tahu kenapa I tak

Page 84: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

boleh jadi partner Encik Firdaus?”Aku diam.“I nak tanya awak sesuatu, Diya.”“Apa dia?”Kak Lisa diam seketika. Matanya memandangwajahku. Mengamati wajahku agak lama.Aku tersengih. Lain macam pula renungan Kak Lisa.“Awak tahu kan?”“Tahu? Tahu apa?”“Semua orang boleh perasan, takkan awak takperasan kut?”“Errr... saya tak fahamlah.”“Encik Firdaus.”“Ya? Kenapa dengan Encik Firdaus?”

“Dia memang sukakan awak.”Mak oiii!!! Ini betul-betul berita panas ni. Betul ke?“Tak adalah. Akak pun sama dengan Sherry ke? Sajanak buat saya perasan? Syok sendiri? Tak baiklah kak, buatsaya macam ni…”“Buat apa I nak bohong? I rasa awak sendiri bolehsedar layanan dia pada awak. The way he treats you... talks toyou... pandang you. Takkan awak tak rasa apa-apa?”Aku diam. Kalau betul kata-kata Kak Lisa ni,bermakna betullah kata-kata Sharifah itu. Betul jugajangkaan Johan. Aku termangu menongkat dagu.

“Awak tak suka Encik Firdaus ke?”“Tak adalah. Tapi, tak pernah saya terfikir sampai ketahap tu. Tak layak saya nak fikir sampai ke tahap tu, kak.”“Awak dah ada sesiapa ke?”Soalan Kak Lisa kedengaran seperti merisik cerita.Aku diam sekali lagi.“That guy hari tu ke? Yang datang dengan motorbesar tu?”Aku pandang wajah Kak Lisa. Dia ada ke semasaAbang Kamal datang dulu?“I nampak... Encik Firdaus pun nampak. Itu keorangnya?”Aku terlopong. Rupa-rupanya ada yang memerhatigelagat aku dan Abang Kamal.“Itu sepupu sayalah,” beritahu aku akhirnya.“Sepupu? Macam bergaduh aja I tengok.”“Saya dengan dia memang tak serasi.”“Kenapa dia datang cari awak?”

“Tak naklah cakap pasal dia.” Aku bersuara acuhtidak acuh. Tidak mahu bercakap tentang Abang Kamal.“Encik Firdaus cemburu hari tu…” beritahu KakLisa lambat-lambat.Aku cuma mampu pamer deretan gigiku pada KakLisa. Topik yang Kak Lisa kemukakan cukup membuat akuserba salah. Rasa janggal apabila dia bercerita tentang hati

Page 85: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

dan perasaan Encik Firdaus. Perasaan padaku pula tu. Kalauboleh aku tak nak dengar semua itu.“Awak langsung tak ada perasaan pada EncikFirdaus ke?”“Kenapa akak tanya semua ni?” soalku akhirnya.Jangan ini pun termasuk di dalam salah satu program dia,sudah. Mahu aku isytihar perang dingin dengan Kak Lisa,kalau ini semua cuma satu permainan. Sumpah!“Sebab I kasihan tengok Encik Firdaus. Dia adaberitahu I, dia sukakan awak. Tapi, awak macam tak sedarsemua tu. Kenapa?”“Tak ada apa-apa. Mungkin sebab saya dah sukakanorang lain kut.”“Selain Encik Firdaus?”Aku tersenyum tanda mengiakan.“I’m wondering, macam manalah lelaki yang bolehmengalahkan Encik Firdaus tu ya? I ingat semua gadis kat sinimemang mengimpikan Encik Firdaus jadi kekasih mereka.Tak tahu pula awak tak termasuk dalam senarai tu.”“No comment,” jawabku sambil tersenyum.Kak Lisa tersenyum kecil.“Kenapa Encik Firdaus tak ada tadi?” soalku lagi.

“Entah… katanya ada hal. Don’t worry. Dia dahtahu awak partner dia.”“Ha?”

“Yalah. Kan I yang arrange semuanya?”Aku menjeling sambil tersenyum kecil. MacammacamlahKak Lisa ni. Senyumku mati perlahan-lahanmelihat kelibat insan yang aku kenali. Insan, yang baru sahajakami bicarakan tentangnya. Wajah Kak Lisa kutatap agaklama.“Encik Firdaus dah ada kekasih, kan?” soalku tibatiba.“Kekasih? Maksud awak?”“Cik Mia?”“Oh… mereka dah lama clashlah. Kenapa?”“Tu… bukan Cik Mia ke tu?”Kak Lisa menoleh. Memandang ke arah yangsedang aku pandang sekarang.Encik Firdaus sedang berjalan-jalan dengan Mia ditepi pantai. Siap bertepuk tampar dan bergelak ketawa lagi.Kak Lisa cuba mempermainkan perasaan aku ke?“Mungkin mak dan ayah dia yang jemput Mia kesini. Hubungan keluarga mereka berdua memang rapat.”“Eloklah tu. Memang sepadan mereka berdua tu.”Aku bersuara sambil terus memerhati. Melihat senyum dantawa Encik Firdaus pada Mia, hatiku dijentik sedikit resah.Apatah lagi melihat mereka begitu mesra. Walaupunkemesraan itu bukan milik aku, namun senyum dan tawa itu,selama ini hanya untuk aku.Tiba-tiba aku rasa terpinggir, rasa jauh hati. Rasamacam merajuk. Merajuk apabila Encik Firdaus pamerkan

Page 86: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

senyum dan hadiahkan renungan redupnya untuk Mia.Sepatutnya itu semua hanya untuk aku. Aik! Peliknyaperasaanku ini.“Setahu I, mereka dah lama berpisahlah.”“Alah kak, berpisah kejap. Biasalah tu. Kalau dahsama-sama masih ada rasa sayang, boleh berbaik semula. So,akak salah fahamlah pasal perasaan Encik Firdaus tu.Takkanlah orang macam Encik Firdaus tu, nakkan orangmacam saya ni. Nasib baik tak sempat perasan tadi!” Akubersuara sambil melawak. Menutup rajukku yang tiba-tibasemakin menjadi-jadi. Kenapa pula aku rasa macam ni?Hatiku semakin gelisah apabila langkah pasangan dua sejoliitu, menghala ke arah kami. Rasanya, wajahku sudahkehilangan keceriaan.“Hai… boleh join?” sapa Encik Firdaus mesra.Mia tersenyum di sebelahnya.Kak Lisa mendongak.Aku pula, menjadi patung tiba-tiba.“Of course. Duduklah,” balas Kak Lisa bersamasenyum yang cukup lebar.Encik Firdaus dan Mia sama-sama mengambiltempat di hadapanku.“Mia, ini secretary baru I, Adiya.”Mia tersenyum.“I kenallah. Dulu your accountant, kan? Hai Adiya…nice to meet you again,” Mia bersuara sambil menghulurkan

tangan.Aku menyambut tangan yang dihulur. Senyummanis Mia aku balas dengan rasa yang kurang ikhlas. Kenapani? Kenapa aku rasa macam ni?

“So, tengah sembang pasal apa?” Encik Firdausbertanya sambil memandang wajahku.Aku tersenyum kecil. Buat apa pandang aku?Pandanglah Cik Mia yang cantik tu!“Nothing. Borak kosong sambil ambil angin petang,”Kak Lisa menjawab soalan Encik Firdaus.Aku menggosok-gosok leher. Mencari alasan untukberlalu dari situ. Tidak selesa berada di antara Encik Firdausdan Mia. Mataku tertancap pada Sharifah yang sedangmengatur langkah ke arah kami. Aku tersenyum. Ada alasan.“Maaf… saya pergi dulu ya. Sherry panggillah,”ujarku sambil mengangkat punggung. Belum sempatmereka bertiga bersuara, aku sudah pun bergerak lajumeninggalkan Kak Lisa, Encik Firdaus dan Mia. Separuhberlari aku mendapatkan Sharifah.“Kenapa ni? Aku baru nak ke sana, join korang,”Sharifah bertanya dengan nada hairan.“Ah! Tak payahlah. Tak best pun. Buat sakit hati aja.”“Sakit hati kenapa pula?”Alamak! Terluah perasaan geram kat Sharifah pula.“Tak ada apa-apalah. Jom kita pergi minum.

Page 87: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

Dahagalah…”“Tu… siapa dengan Encik Firdaus tu?”Aku menoleh. Encik Firdaus memandang ke arahku.Cepat-cepat aku berpaling semula, menghadap mukaSharifah.“Kau tak nampak ke? Bukan main mesra lagi tu?Mestilah makwe dia. Dahlah. Jom pergi minum. Kau belanja.”“Aik! Lain macam aja bunyi jawapannya.”

“Lain macam apa pula? Betullah!”Sharifah tersengih.“Okey… oh… kamu ketahuan… kamu cemburudengan dirinya,” Sharifah menyanyi mengikut irama laguKetahuan dari kumpulan Matta, membuat aku menjeritmarah. Mana ada aku cemburu?Sharifah terus menyanyi sambil berlari apabila akucuba memukulnya.Aku berhenti mengejarnya apabila rasa penatsudah singgah di kaki. Perlahan aku duduk di atas pasirpantai yang agak suam-suam kuku dek pancaran mentaripetang. Melihat aku sudah berhenti mengejarnya, Sharifahberpatah balik. Turut duduk di sebelahku. Dia masih tergelaksambil tercungap-cungap mengambil nafas. Aku menjeling.Kemudian pandangan aku tebarkan ke tengah lautan yangmaha luas. Damainya... lebih-lebih lagi apabila bayu pantaimembelai wajah.

“Kau cemburu ya?” soal Sharifah setelah lelahnyasedikit hilang.Aku mencebik.“Mana ada? Buat apa aku nak cemburu? Akukandah ada Charming,” jawabku sambil lewa.“Yalah... Charming kau tak nampak. Encik Firdausni, hari-hari depan kau. Kau cemburu, kan?”“Tolong sikit! Tak ada masa la nak cemburucemburuni. Dahlah... cakap pasal lainlah!”Sharifah terus tersenyum.Tidak percayalah tu. Lantak kaulah, Sharifah!“Siapa partner kau esok?” soalku cuba mengubahtopik perbualan.

“Johan. Kau?”“Encik Firdaus...” jawabku lambat-lambat.“Hah? Baguslah tu. Perfect partner tu. Tahniah!”Aku jelirkan lidah. Rimas dengan gurauan Sharifah.“Kita tengok siapa yang jadi perfect partner, ya. Akuyakin, aku dengan Johan akan menang esok!” Sharifahbersuara dengan semangat ala-ala peserta kem motivasi.Aku tersenyum lucu.“Tapikan, aku pelik sikitlah. Kenapa bukan Kak Lisayang jadi partner Encik Firdaus?” soal Sharifah tiba-tiba.Sebab Kak Lisa nak padankan aku dengan EncikFirdaus. Aku tersengih. Jawapan itu cuma melantun di hati

Page 88: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

sahaja. Tidak mahu aku kongsikan cerita yang baru Kak Lisasampaikan tadi dengan Sharifah. Sudah dapat aku bayangkanmacam mana kecohnya Sharifah kalau dia tahu cerita KakLisa. Tidak! Tidak!“Kenapa ya?” soalnya sekali lagi.“Kak Lisa tak boleh join aktiviti lasak macam ni.Dia pregnantlah!”“Hah?”Seperti mana riak wajahku tatkala Kak Lisamemberitahu aku sebentar tadi, begitulah juga riak wajahSharifah. Terkejut sakan dia. Aku tersenyum sambilmengangguk.“Wah! Seronoknya. Dah nak dapat baby. Patutlahdia nak resign dan tinggal dengan husband dia. Hmmm…berahsia pula dia dengan kita ya?”Aku terus tersenyum mendengar Sharifahmengomel.

Biarlah YM Berbicara - Bab 15KENAPA ni? Diam aja?”Encik Firdaus bertanyasambil berpaling.Aku yang melangkah longlai agak jauh dibelakangnya, terhenti. Encik Firdaus memandang wajahku.Menunggu jawapan.“Penatlah encik,” jawabku lemah. Memang penatsetelah hampir dua jam berjalan ke sana ke sini. Tetapi,bukan itu punca aku berdiam diri. Masih ada rasa jauh hatiyang mengganggu perasaan. Merajuk sendiri. Entah kenapa,kemesraan di antara Encik Firdaus dengan Mia benar-benarmenggangguku saat ini.“Laaa.. last task dah ni.”Aku mengukir senyum yang tidak begitubersemangat. Muka pun, aku buat-buat tidak bermaya. BiarEncik Firdaus menyangka aku benar-benar penat.“Awak nak quit ke? Give up dan kita balik?”“Tak adalah macam tu. Takkan dah last task nakgive up kut. Buang masa ajalah kita terkejar sana sini tadi.

Tapi, kalau Encik Firdaus nak berhenti setakat ini, pun, boleh

Page 89: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

juga. Saya tak kisah langsung!”Encik Firdaus ketawa mendengar jawapanku.Kelakar ke? Entahlah. Encik Firdaus menghampiriku.“Let’s go. Kita habiskan. Lepas tu, kita rehat puaspuas.”Aku tersengih. Yalah… cakap memang senang. Taktahu lutut aku rasa macam dah longgar sangat dah ni. Mahupengsan aku kat sini.“Come!” Dia bersuara sambil mencapai jemariku.Gulp! Jantungku berdegup tiba-tiba. Sentuhannyamembuat aku berdebar-debar lagi. Debaran yang samaseperti saat aku terlanggar dia dahulu. Saat dia menyentuhdahiku dahulu. Saat dia menggenggam jemariku dahulu.“Come,” ulangnya sekali lagi apabila melihat akumasih kaku di situ.Aku sedikit tersentak. Wajah terasa membahang.Malu apabila dia menyedari aku sedang melayan perasaan.Aku menarik tanganku sambil tersenyum.“Okey. Jom!” ujarku sambil melangkah lajumeninggalkan dia di belakang.“Amboi lajunya... tunggu saya dulu!” Encik Firdausbersuara sambil mengejarku. Dia tersengih apabila sudahberada di sebelahku. Berjalan beriringan mencari petunjukseterusnya.“What are we looking for, actually ha?” soal EncikFirdaus selamba.Laaa… dia tak tahu ke? Aku buka petunjuk terakhir

yang ada di tanganku.“Mencari nota untuk sampai ke port terakhir katinformation board. So, kita kena cari information boardlah,”ujarku.“Information board ya?” Encik Firdaus melilaumencari-cari information board barangkali.“Encik rasa kita boleh menang ke? Saya rasa macamnak kalah aja ni. Dah berjam-jam dah ni. Entah-entah dahada pasukan lain yang sampai kat garisan penamat.”“Menang atau kalah, tu tak penting. Yang pentingkita jangan give up. Semangat tu yang paling penting.”Wah! Bersemangat betul Encik Firdaus ni. Malu pulaaku mendengarnya.“Okey!” jawabku sepatah.“Tu… I rasa tu yang kita cari.”Aku pandang ke arah tempat yang Encik Firdaustunjuk. Information board. Mungkin juga. Lagipun, dari tadicuma ini saja yang kami temui. Betullah tu!Aku mengatur langkah, mengekori Encik Firdausyang berlari kecil ke arah information board yangdimaksudkan. Mencari-cari di sekitar kawasan itu, sesuatuyang mungkin merupakan nota yang diletakkan untuk kami.Dalam kepenatan, aku turut sama meninjau sekeliling,mencari-cari dengan malas. Kalau lambat jumpa pun tak apa.Boleh aku lepak-lepak kat sini lama sikit. Bolehlah hilangkanpenat. Aku tersenyum. Semangat macam ni, memang sah

Page 90: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

kami akan kalah.“Yes! I got it. Lastly, saya yang jumpa note ni!”Cukup girang suara Encik Firdaus sambil menayangkansampul surat berwarna ungu.Aku tersenyum lucu. Sukanya dia! Memang patutpun dia gembira. Sejak dari mula tadi, asyik aku saja yangterjumpa nota dulu. Inilah baru kali pertama dia yang jumpa.Aku mendekatinya. Menunggu dia membukasampul surat yang akan memberitahu destinasi terakhirkami. Dia melayangkan sampul itu di hadapanku sambiltersengih. Hai, tak habis lagi ke gembiranya? Cepat-cepatlahbuka Encik Firdaus. Kata nak cepat balik… hatiku sedikitmerungut.“Bukalah, encik.”“Buka apa?” Encik Firdaus mengajukan soalanbodoh bersama sekuntum senyuman nakal.Senyuman yang membuat aku kembali berasaistimewa di sisi Encik Firdaus. Aku tersengih macam kerangbusuk. Loyar buruk pula dia! Perlahan Encuk Firdausmembuka sampul di tangannya.“Alamak!”“Kenapa, encik?” soalku sedikit hairan melihat riakwajah Encik Firdaus yang terkejut. Kali ini giliran dia pulayang tersengih macam kerang busuk.“Nothing!”“Apa the next instruction?”

“Anda dikehendaki berjalan lebih kurang lima ratusmeter dari sini, ke arah utara. Anda akan menemui sebatangpokok akasia. Ada sesuatu untuk anda di atas pokok itu.Dapatkannya,” bacanya dengan pelbagai nada dan pelbagaimimik muka.Aku tergelak kecil. Sukanya melihat gelagat EncikFirdaus.“So, shall we? Kita kena cari pokok akasia ni.”“Okey... saya ikut aja.”

“Mana satu arah utara ni?” soalnya sambilmemandang wajahku.Aku buat muka blur. Mana aku tahu… ada ke tanyaaku.“Mana saya tahu, encik. Encik pun tak tahu ke?”soalku lurus bendul. Ini baru betul. Kalau dah dua-dua taktahu, perfect partner betul kami ni. Perfect partner palingtidak boleh dipakai.Encik Firdaus mengukir senyum. Dia berdiri sambilmengangkat tangan kanan, kemudian tangan kiri. Berlagakmencari-cari arah.“My instinct said, that way,” ujarnya sambil mulamengatur langkah.“Encik biar betul. Ada main instinct pula. SeriuslahEncik Firdaus. Kang, tak pasal-pasal penat free kalau salaharah. Lutut saya dah nak berderai dah ni!”

Page 91: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

Encik Firdaus ketawa. “Betullah. That way…”Lega. Ingatkan Encik Firdaus betul-betul tidak tahutadi. Aku mengekori langkah Encik Firdaus. Berjalan danberjalan sehingga hilang minat untuk bersuara. Penatnya!jerit hatiku sekuat-kuatnya.“Saya rasa pokok tu kut,” Encik Firdaus tiba-tibaberhenti sambil menunjukkan ke arah sepohon pokok.“Bukanlah... tu pokok palma. Kita cari pokok akasia,”bantahku sambil mengesat peluh di dahi. Encik Firdaus ni,jenis pokok pun tak kenal ke?“Bukan ya? Dah tu mana pokok akasia? Dah dekatlima ratus meter kita jalan ni.”“Kejap saya cari.” Aku bersuara sambil meninjaukawasan sekeliling.

“Tu ha!” Aku menuding jari ke arah sebatang pokokakasia yang agak rendang.“Mak oiii… tingginya. Nak kena panjat ke ni?”“Tak payah. Kan ada lif tu!” Aku menjawab selamba.Encik Firdaus tergelak malu.Aku berlari kecil ke arah pokok akasia yangdimaksudkan. Meninjau-ninjau cara untuk memanjat.“So, saya kena panjatlah ni, ya?” Encik Firdausbersuara dari belakangku.Aku berpaling kemudian mengangguk perlahan.Sambil menggaru-garu kepala, Encik Firdaus

menghampiri pokok tersebut.Aku memandang cara Encik Firdaus memanjat.Macam tak pandai aja…“Boleh ke encik? Encik pandai ke tak ni?”“Boleh. Saya pandailah…”Okey. Aku diam dan terus memerhati Encik Firdausyang terkial-kial memanjat. Memegang dahan demi dahandengan gaya yang amat susah. Aku tersenyum lucu.“Encik!!!” Aku terjerit kecil melihat Encik Firdausmahu memegang satu dahan yang kelihatan sedikit reput.Belum sempat aku bersuara memberi amaran, tangannyatelah mencapai dahan itu. Dan, buk! Alamak! Encik Firdausjatuh laaa.“Aduh!” Dia menjerit sakit.Aku berlari ke arahnya yang terbaring di atas tanah.Apa aku nak buat ni?“Encik okey? Kat mana sakitnya,” soalku cemas.Encik Firdaus cuba bergerak.

“Saya rasa okey kut.”“Encik sebenarnya pandai memanjat ke tak?”Encik Firdaus tersenyum.“Sebenarnya saya tak pandai…” jawabnya malumalu.“Laaa.. kenapa tak cakap?” soalku sambil mengeluhpanjang. Nak tunjuk macho depan aku rupa-rupanya tadi.

Page 92: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

Patutlah muka bukan main terkejut lagi bila dia membukasampul tadi. Tidak pandai memanjat rupa-rupanya…“Dah tu, takkan awak pula nak panjat.” Dia bersuarasambil cuba bangkit. Dia menyeringai kesakitan. Ah, sudah!Kenapa pula ni?“Kenapa, Encik Firdaus?”“My leg…”“Terseliuh ya?”Encik Firdaus mengangguk.Aku termangu di hadapan Encik Firdaus.“Sekarang macam mana? Lupakan petunjukterakhir ni?” soal Encik Firdaus sambil menatap wajahku.Aku bergerak menjauh dari Encik Firdaus, sambilberfikir-fikir.“Biar saya panjat. Dah alang-alang kat sini, kita cariajalah. Biar berbaloi dengan sakit kaki Encik Firdaus ni.”“Awak nak panjat?” soal Encik Firdaus terkejut.Aku mengangguk sambil berdiri.“Boleh ke?”“Saya dulu, juara panjat pokok kat kampung, EncikFirdaus. Cuma sekarang ni, dipencenkan sebab mak saya tak

bagi. Risau tak ada siapa nak masuk meminang saya katanya,”ujarku sambil tergelak.Encik Firdaus turut tergelak. “Tak sangka awak ni,

lasak juga ya?”Aku tersengih sambil bergerak ke pokok akasiayang merendang.“Careful,” Encik Firdaus berpesan.Aku tersenyum sambil mula memanjat. Pokok yangsederhana tinggi dan agak rendang, memudahkan akumemanjat, sambil mata melilau mencari sampul suratterakhir.“Jumpa?”Aku pandang Encik Firdaus yang tersandar sambilmenjulurkan kakinya yang sakit. Aku menggeleng sambilmata terus melilau. Dan, mungkin… memang rezeki kami,mataku tertangkap satu lagi sampul berwarna ungu diselit dicelah-celah dahan.“Saya dah jumpa!” teriakku sambil menghulurkantangan untuk mencapai sampul tersebut.“Good!” Terdengar suara Encik Firdaus dari bawah.Sampul aku capai. Bersandar sambil bersedia untukmembuka sampul di tangan.“Helo… kut ya pun, turunlah dulu. Takkan nak bacakat atas tu.”Aku tersengih. Lupa pula. Perlahan aku bergerak.Aku sudah hampir sampai ke bawah apabila tiba-tibatanganku terpegang sesuatu yang lembik. Yang membuataku geli-geleman tiba-tiba. Yang membuat aku menjerit kuat.Terlepas peganganku dan aku selamat mendarat di atas

Page 93: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

Encik Firdaus, membuat lelaki itu menjerit seiring dengan

jeritanku. Mata aku pejamkan sambil terus menjerit. Geligelemanmasih terasa.“Cool down. Kenapa ni?” soal Encik Firdaus dengannada sedikit risau.“Ulat. Tolong buang. Tolong… tolong…!!!” Akumenjerit sambil menghulurkan tangan. Ke arah mana akuhulurkan aku pun tak tahu. Sebab mata masih aku pejamkan.Takut untuk melihat kemungkinan yang bakal berada didepanku. Aku memang fobia dengan ulat beluncas. Akutahu, aku terpegang ulat belucas tadi. Rasanya seperti masihmelekat di tanganku.“Mana ada? Open your eyes…” Encik Firdausbersuara sambil memegang tanganku.Perlahan-lahan aku membuka mata. Membiarkanair mata ketakutan membasahi pipi. Benda pertama yang akupandang ialah wajah Encik Firdaus yang kesakitan. Dan aku?Aku berada di atas ribanya. Alamak!“My leg…” Encik Firdaus bersuara tertahan.Aku melompat dari riba Encik Firdaus. Kesiannya…sudahlah kakinya sakit, aku pula boleh terjatuh di ataskakinya yang sakit itu.“Sorry, Encik Firdaus. Sorry sangat-sangat…” kalutaku meminta maaf sambil mengesat air mata yang

membasahi pipi.Encik Firdaus tersenyum sambil memandangwajahku. “Juara panjat pokok pun, takut ulat beluncas ke?Sampai menangis takutnya ya?”Mendengar perkataan ulat beluncas, membuat akuterjerit sekali. Menggigil badanku menahan rasa geli padamakhluk tidak bertulang itu. Makhluk yang paling aku benci.

Encik Firdaus tergelak. “Hai, dengar nama puntakut?”“Dahlah Encik Firdaus. Tak naklah cakap pasalbenda alah tu. Tak suka!” Aku bersuara sambil menggosokpunggungku. Baru terasa sakit.“Okey. So sekarang, baca apa yang ada dalamsampul terkhir kita ni.”“Haah.” Aku menjawab dengan nada yang kurangceria. Rasa terkejut belum betul-betul hilang lagi. Hajat hatihendak tunjuk hebat pada Encik Firdaus tetapi, seperti EncikFirdaus, aku pun gagal juga. Ini semua gara-gara ulatbeluncas tu! Menyampah betul! Aku bergerak ke sebelahEncik Firdaus. Agak jauh dari pokok akasia yang baru akupanjat. Bimbang kalau-kalau mataku tertangkap pulamakhluk yang aku benci tadi. Perlahan aku membuka sampulsurat.“Bacalah,” gesa Encik Firdaus.

Page 94: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

“Tahniah! Anda berjaya melakukan semua tugasanyang telah diberikan. Mungkin anda adalah ‘Perfect Partner’yang kami cari. Jadi, apa yang perlu anda lakukan ialah, bawasemua sampul surat yang anda miliki ke meja penamatsecepat mungkin. Kalau anda adalah perserta pertama yangsampai, tahniah. Anda adalah ‘Perfect Partner’ yang dicaricari.”Aku menarik nafas sedalam mungkin, selepasmenghabiskan bacaan di dalam satu nafas. Duduk bersila disebelah Encik Firdaus sambil menongkat dagu. Bagaimanakami hendak pulang ke garisan penamat, dengan keadaanEncik Firdaus macam tu?“Macam mana ni, encik? Encik boleh berjalan ke takni?”

Encik Firdaus diam seketika sambil cubamenggerakkan kakinya. “Kalau awak tolong papah, rasanyaboleh.”Bulat mataku memandang wajah Encik Firdaus.Secara spontan, jari telunjuk aku halakan ke muka sendiri.“Saya?” soalku tidak percaya. Aku hendak papahEncik Firdaus yang saiz badannya besar berganda-gandadaripada saiz badan aku tu? Penatlah aku!“Yalah!”“Encik Firdaus telefonlah sesiapa. Suruh datang sini.Saya tak laratlah Encik Firdaus…” Aku bersuara sambil buatmuka kasihan.

“Hmmm… telefon orang? Kalau bukan sebab awakjatuh atas saya, saya masih boleh jalan tadi. Tapi, awak dahkronikkan injury saya ni, bila awak jatuh atas riba saya. So,awak kenalah bertanggungjawab!”Macam tu ke? Aku pandang muka Encik Firdauslama. Buat muka kasihan lagi. Minta-minta lembutlah hatibos aku ni. Mana larat aku nak papah dia sejauh ini.Encik Firdaus tersenyum. “Buat muka kesian ya?”Aku tersengih sambil mengalihkan pandangan dariwajah Encik Firdaus.“Hmmm… mana ada phone nak call mereka. Awakdah lupa ke? Kan tak boleh bawa handphone!”Oh ya! Aku lupa. Syarat pertandingan tidak bolehmembawa bersama telefon bimbit. Apa nak buat sekarangni? Betul-betul buntu ni.“Dah tu, macam mana ni, encik? Dah petang ni.Takkan nak bermalam kat sini. Tak naklah saya. Nanti datanghantu kang...”

“Ada dua pilihan. Duduk sini, tunggu merekadatang. Kalau dah pukul tujuh kita tak sampai lagi, mestimereka akan cari kita. Pilihan kedua, kita bergerak perlahanlahan.Tapi, awak kena tolong sayalah.”Aku termangu. Tolong papahlah tu. Dahlahbadannya besar, mesti berat tu. Malaslah aku nak papah.“Kita tunggu ajalah!” Akhirnya aku membuat

Page 95: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

keputusan yang paling menguntungkan aku. Mana tahukalau ada kelibat manusia, bolehlah minta tolong daripadamereka.Encik Firdaus menjongket bahu sambil tersenyum.Buat seketika kami saling membisu.“Nampaknya memang sah kita kalahlah,” EncikFirdaus membuka bicara.Aku tersenyum hambar.“Dah bukan rezeki kita, nak buat macam mana?”balasku sambil mencapai ranting kayu. Melorek-lorek sesuatudi atas tanah berpasir.“So, tak sedih ke?”“Nak sedih buat apa? Nikan cuma satu permainan?Lagipun, saya dah agak, kita memang tak akan menang.” Akubersuara sambil tergelak kecil.“Oh... awak memang mempertikaikan kebolehansaya ya?” soal Encik Firdaus sambil memandang wajahku.Aku tersengih. Alamak! Tersasul pula.Encik Firdaus pula tersenyum sambil menggelengperlahan.“Boleh saya tanya sikit?” Encik Firdaus bertanyasambil merenung wajahku dengan muka yang serius.

Aku terpaku seketika sebelum menganggukperlahan.“Apa dia?” soalku melihat Encik Firdaus masih

berdiam diri. Kata nak tanya sesuatu.“Awak dah ada steady guy?” soalnya lambat-lambat,sambil terus menatap wajahku.Wajahku tiba-tiba terasa pijar. Membahang. KenapaEncik Firdaus bertanya soalan yang di dalam kategori sulitdan persendirian itu? Aku termangu.“Hmmm… rasanya baik kita berjalan pelan-pelan laEncik Firdaus. Duduk macam ni, rasa macam buang masa aja.”Aku mengubah topik perbualan.Encik Firdaus tersenyum kecil.Aku pula, cepat-cepat mengangkat punggung.Menghulurkan tanganku ke arah Encik Firdaus.“Okey... kalau tu keputusan awak,” Encik Firdausbersuara sambil mencapai jemariku.Aku menarik tubuh Encik Firdaus yang berat. Makoiii! Macam menyesal pula buat keputusan tadi. Dengansusah payah aku memapah Encik Firdaus. Tidak apalah, asalsaja aku tidak perlu melayan soalan yang bukan-bukandaripada lelaki itu.“Penat ke?” soal Encik Firdaus setelah berjam-jamkami berjalan. Sudah hampir sampai pun. Dari jauh kelihatanrombongan dari syarikat kami, memenuhi kawasan yangagak lapang yang djadikan garisan penamat. Memang sah,semua orang sudah sampai agaknya.“Penatlah… macam nak pengsan ni,” keluhkudalam mengah. Tiba-tiba telingaku menangkap satu bunyi

Page 96: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewLepas ni saya akan lebih hati-hati…” Encik Firdaus menatapku dengan renungannya yang mengancam. Membuat

dari poket seluar Encik Firdaus.

“Encik Firdaus... tukan bunyi…”Aku pandang wajah Encik Firdaus yang tersengih.Sengih orang bersalah.“Ops... sorry. Lupa. Saya cuma bagi satu ajahandphone kat Lisa tadi. Lagi satu dalam poket saya.”“Ha? Apa? Jadi, ada handphonelah?” soalku marah.Spontan aku lepaskan peganganku pada EncikFirdaus. Geram betul.“Adiya!! Don’t let me…” Encik Firdaus separuhmenjerit.Aku mula sedar kesilapanku. Aku tidak sepatutnyamelepaskan Encik Firdaus macam tu saja.Encik Firdaus yang gagal mengawal badannya,terus terjatuh ke atasku, dan aku pula turut terjatuh ke dalamlopak bersama-sama Encik Firdaus. Aduh!!!“... go!” Encik Firdaus sempat menghabiskanayatnya yang tergantung sambil menatap wajahku.Aku terlentang di dalam lopak. Terkejut. Habisbadanku. Mesti sudah seperti anak kerbau berkubang ni.Nasib baik berpasir, kalau tidak, mandi selut aku hari ni. DanEncik Firdaus pula bergerak ke tepi, turut terduduk di dalamlopak. Aku cuba bangkit, tetapi, rasa sakit di kakiku,membuat aku berhenti bergerak. Rasa pedih dan berdenyut.

Mata terasa berpinar melihat darah meleleh di betisku.Banyaknya! Rasa macam nak pitam. Sekali lagi air matameleleh di pipi. Kenapa malang sangat hari ini?“Kenapa pula ni?”“Darah...” ujarku teresak-esak. Dari jauh aku melihatbeberapa orang berlari ke arah kami.“Help me!” ujar Encik Firdaus sambil cuba bangun.

Johan bersama beberapa yang lain bergerak kearah Encik Firdaus dan tinggalkan aku seorang diri di sini.“No! Help her first.”Johan bergerak mendekatiku. “Awak okey?”“Takkk… banyak darah….” Aku bersuara separuhmerengek. Sudah betul-betul pening melihat darah yangmemerah di betis.Johan tunduk, sambil cuba membantu aku berdiri.Lutut terasa betul-betul lemah, dan pandanganku menjadikabur.“Adiya pengsan!!!”Cuma itu saja yang sayup-sayup kedengaran ditelingaku. Setelah itu, aku tidak sedar apa lagi yang berlaku.