sidang ketiga puluh enam majlis bahasa brunei...
TRANSCRIPT
1
SIDANG KETIGA PULUH ENAM
MAJLIS BAHASA BRUNEI DARUSSALAM-
INDONESIA-MALAYSIA
(MABBIM)
(Brunei Darussalam: Bandar Seri Begawan,
23-27 Syawal 1417 : 03-07 Mac 1997)
2
ISI KANDUNGAN
1. Laporan Sidang
2. Lampiran
2.1. Tatakerja Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia
(MABBIM)
2.2. Rancangan Lima Tahun Sidang Kelompok MABBIM
3. Aturcara Sidang
4. Ucapan
3
Pernyataan Bersama
Sebagai lanjutan Sidang Ke-35 Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia
(MABBIM), antara Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu Brunei Darussalam (JKTBMBD),
Panitia Kerja Sama Kebahasaan (Pakersa), Indonesia dan Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu
(JKTBM), Malaysia yang diadakan di Hotel Novotel, Bukittinggi, Sumatera Barat, Indonesia
pada 20 – 22 Mac 1996, maka Sidang Ke-36 MABBIM telah diadakan di Hotel Riverview,
Gadong, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam pada 05 – 08 Mac 1997. Majlis
Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM telah: (1) meneliti dan menerima
Keputusan Umum Sidang Ke-35 MABBIM, (2) meneliti dan menerima hasil Sidang Ke-10
Pakar MABBIM, dan (3) membincangkan dan mengambil keputusan tentang hal-hal lain yang
perinciannya seperti terlampir.
Majlis juga mengambil perhatian bahawa Seminar Kebahasaan yang bertemakan Peranan
Media Massa Dalam Peningkatan Mutu Penggunaan Bahasa Melayu/Indonesia diadakan di
tempat yang sama pada 03 -04 Mac 1997 di Dewan Pelangi, Hotel Riverview, Gadong, Bandar
Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.
t.t. t.t
Haji A. Aziz Deraman Dato Paduka Haji Alidin Haji Othman
Pengerusi Pengerusi
Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu
Malaysia Brunei Darussalam
t.t.
Dr. Hassan Alwi
Ketua
Panitia Kerja Sama Kebahasaan
Indonesia
Bandar Seri Begawan
Negara Brunei Darussalam
27 Syawal 1417
07 Mac 1997
4
I. Acara Sidang Majlis
1. Perasmian Sidang : Isnin, 03 Mac 1997
Pukul 8.30 pagi - 10.30 pagi
2. Seminar Kebahasaan : Isnin, 03 Mac 1997
Pukul 11.00 pagi - 5.00 petang
Selasa, 04 Mac 1997
Pukul 8.00 pagi - 5.00 petang
3. Sidang Eksekutif
Sidang I : Rabu, 05 Mac 1997
Pukul 8.30 pagi - 10.00 pagi
Pukul 10.30 pagi - 12.30 tengah hari
Selasa, 04 Mac 1997
Pukul 8.00 pagi - 5.00 petang
Sidang II : Khamis, 06 Mac 1997
Pukul 8.30 pagi - 10.00 pagi
Pukul 10.30 pagi - 12.30 tengah hari
Pukul 4.30 petang – 6.45 petang
Sidang III : Jumaat, 07 Mac 1997
Pukul 8.30 pagi – 10.00 pagi
II. Anggota Sidang Eksekutif
1. Dato Paduka Haji Alidin Haji Othman (Brunei Darussalam/
Ketua dan Pengerusi)
2. Haji A. Aziz Deraman (Malaysia/Ketua)
3. Dr. Hassan Alwi (Indonesia/Ketua)
4. Dato Paduka Haji Mahmud Haji Bakyr (Brunei Darussalam)
5. Dato Paduka Haji Ahmad Kadi (Brunei Darussalam)
6. Prof. Dato' Dr. Hajah Asmah Haji Omar (Malaysia)
7. Prof. Dr. Haji Amat Juhari Moain (Malaysia)
8. Dr. Hans Lapoliwa, M.Phil. (Indonesia)
9. Awang Hanafiah Haji Awang Zaini (Brunei Darussalam,
Setiausaha)
10. Puan Hajah Noresah Baharom (Malaysia, Setiausaha)
11. Dr. Dendy Sugono (Indonesia, Sekretaris)
5
Pemerhati
Brunei Darussalam
1. Pg. Julaihi Pg. Dato Paduka Othman (Brunei Darussalam)
2. Awang Haji Jalil Haji Mail (Brunei Darussalam)
3. Dayang Saddiah Ramli (Brunei Darussalam,
Pencatat)
4. Dayang Hajah Zainab Haji Mat Daud (Brunei Darussalam,
Pencatat)
Indonesia
1. Dr. Edwar Djamaris
2. K. Nurhan
Malaysia
1. Syed Ahmad Syed Kassim
2. Puan Halimah Haji Ahmad
Singapura
1. Haji Masuri Salikun
2. Haji Masran Sabran
3. Mohd. Agos Atan
III. Dokumen
1. Dokumen JKTBMBD
JKTBMBD/S36/1 Keputusan Umum Sidang Ke-35 MABBIM dan Laporan
Sidang Pakar Ke-10 MABBIM
JKTBMBD/S36/2 Rencana Lima Tahun (1998-2002)
JKTBMBD/S36/3 Masalah dan Usul Berbagai Kelompok Sidang Ke-10
Pakar MABBIM
(Laporan, Brunei Darussalam)
2. Dokumen JKTBM
Kertas CS-36 JKTBM Nota Cadangan JKTBM Malaysia
Kertas CS-36 JKTBM Rancangan Lima Tahun (1998-2002)
Kertas CS-36 JKTBM Cadangan Bidang Ilmu Praktis Untuk
Diselaraskan di Peringkat MABBIM
6
3. Dokumen PAKERSA
No. PB/MABBIM/1996 Rencana Kegiatan Lima Tahun (1998-2002)
IV. Agenda Sidang Eksekutif
1. Meneliti dan mengesahkan Keputusan Umum Sidang Ke-35 MABBIM
2. Perkara-perkara berbangkit dari Keputusan Umum Sidang Ke-35 MABBIM
3. Meneliti dan menerima Laporan Sidang Ke-10 Pakar MABBIM
4. Perkara-perkara berbangkit dari Laporan Sidang Ke-10 Pakar MABBIM
5. Membincangkan tema Seminar Kebahasaan Sidang Ke-37 MABBIM
6. Membincangkan tarikh dan tempat:
i) Sidang Ke-11 Pakar MABBIM
ii) Sidang Ke-37 MABBIM
7. Membincangkan Dokumen
i) Kertas S36 JKTBMBD
Rencana Lima Tahun (1992-2002)
ii) JKTBMBD/S36/3
Masalah dan Usul Berbagai Kelompok Sidang Ke-10 Pakar MABBIM
(laporan, Brunei Darussalam)
iii) Kertas CS-36 JKTMBM
Rancangan Lima Tahun (1998-2002)
iv) Kertas Cs-36 JKTBM
Nota Cadangan JKTBM Malaysia
v) Kertas CS-36 JKTBM
Cadangan Bidang Ilmu Praktis Untuk Diselaraskan di Peringkat
MABBIM
8. Membincangkan Isu Seminar Kebahasaan Sidang Ke-36 MABBIM
9. Membincangkan Sambutan 25 Tahun MABBIM
10. Hal-hal lain
1. Meneliti dan Mengesahkan Keputusan Umum Sidang Ke-35
MABBIM
1.1 Sidang Eksekutif bersetuju meneliti mengesahkan Keputusan
Umum Sidang Ke-35 MABBIM di Hotel Novotel, Bukittinggi,
7
Sumatera Barat, Indonesia pada 20-22 Mac 1996, dengan
beberapa pindaan seperti berikut:
1.1.1 Pada muka surat 9, perkara 5 ceraian 5.2 (c) pembetulan
ejaan seperti berikut:
elektrobik dipinda menjadi elektronik
1.1.2 Bagi perkara 7 ceraian 7.2 dan 7.2.1, muka surat 10,
rencana kerja lima tahun (1998-2002)
(1998-2003) dipinda menjadi (1998-2002)
1.1.3 Pada muka surat 11 perkara 7, ceraian (7.5.3)
pembetulan ejaan seperti berikut:
proseding dipinda menjadi prosiding
2. Perkara-perkara Berbangkit dari Keputusan Umum Sidang Ke-35
MABBIM
2.1 Sidang mengambil perhatian mengenai perkembagan selanjutnya
penyusunan Kamus Tatanama Pribumi:
Brunei Darussalam:
(i) Keris - bahan sudah banyak dikumpul tetapi
perlu ditambah lagi.
(ii) Buah-buahan - bahan sedang dalam proses untuk
diterbitkan.
(iii) Tenunan - bahan sudah banyak dikumpul tetapi
perlu ditambah lagi.
Indonesia:
(i) Keris - bahan sudah lama dikumpul
(ii) Pertanian - pengumpulan terpaksa ditangguhkan buat
sementara
(iii) Perkapalan - bahan sudah mula dikumpul
(iv) Tenunan - bahan sudah mula dikumpul
8
Malaysia:
(i) keris - bahan dari Semenanjung sudah
dikumpulkan. Pengumpulan bahan dari
Sabah dan Sarawak akan dibuat untuk
melengkapkan bahan.
(ii) Perkapalan - bahan dari Semenanjung sudah
dikumpulkan. Pengumpulan bahan dari
Sabah dan Sarawak akan dibuat untuk
melengkapkan bahan.
(iii) Tenunan - bahan dari Semananjung sudah
dikumpulkan. Pengumpulan bahan dari
Sabah dan Sarawak akan dibuat untuk
melengkapkan bahan.
2.2 Sidang juga telah mengambil perhatian tentang perkembangan
selanjutnya penyusunan istilah umum untuk keperluan
Komunikasi di kalangan masyarakat umum dalam bidang
perubatan/kedokteran. Dalam hal ini, Sidang juga mengambil
perhatian bahawa pengumpulan bahan tidak perlu melibatkan
doktor kerana bahan yang seperi ini lebih banyak digunakan oleh
orang biasa.
2.3 Sidang telah mengenal pasti beberapa kekurangan yang terdapat
dalam tatakerja yang telah diputuskan dalam Sdiang Ke-35
MABBIM di Bukittinggi, Indonesia dan telah mengambil
tindakan memperbaiki kertas kerja berkenaan seperti dalam
Lampiran I.
2.4 Sidang mengambil perhatian bahawa pihak Indonesia dan
Brunei Darussalam sedang menjalankan kegiatan mengumpul
tatanama tumbuhan/herba dengan penjelasan tentang nama
daerah, nama Latin dan khasiat tumbuhan/herba berkenaan.
Pihak malaysia akan memulakan pengumpulan pada 1998.
2.5 Sidang mengambil perhatian bahawa pihak Malaysia sedang
berusaha membina Sistem Peristilahan Berkomputer.
3. Meneliti dan Menerima Laporan Sidang Ke-10 Pakar MABBIM
3.1 Sidang telah meneliti Laporan Sidang Ke-10 Pakar MABBIM
yang diadakan di Plaza SKBB, Kuala Belait, Brunei Darussalam
pada 09 - 13 September 1996 dengan beberapa pindaan seperti
berikut:
9
3.1.1 Pada muka surat 16, pembetulan nombor berlari:
Nombor 4 terakhir dipinda menjadi nombor 5
3.1.2 Pada muka surat 17, perkara VII ceraian 2 dan 3
pembetulan ejaan bagi perkataan:
subbidang dipinda menjadi subbidang
pernezaan dipinda menjadi perbezaan
3.1.3 Pada muka surat 43, perkara IX ceraian 2 pembetulan
ejaan bagi perkataan:
glosori dipinda menjadi glosari
3.1.4 Pada muak surat 58, baris 2 dari atas ejaan bagi perkataan
berikut dibetulkan:
menyelesaikna dipinda menjadi menyelesaikan
3.1.5 Pada muka surat 58, perkara VII ceraian 3 dan 4
pembetulan ejaan bagi perkataan:
dikekalka dipinda menjadi dikekalkan
halus dipinda menjadi harus
4. Perkara-Perkara Berbangkit dari Laporan Sidang Ke-10 Pakar
MABBIM
Sidang telah membincangkan usul dan masalah yang dikemukakan oleh
kelompok pelbagai bidang ilmu Sidang Pakar Ke-10 MABBIM.
4.1 Sidang telah mengambil perhatian terhadap butir-butir yang
dikemukakan oleh Sidang Pakar dan menegaskan bahawa
kebanyakan usul yang dikemukakan itu sudah diputuskan dalam
sidang-sidang sebelum ini.
4.2 Sidang menegaskan semula keputusan bahawa senarai istilah
yang tidak dapat diselesaikan dalam Sidang Pakar hendaklah
disempurnakan di negara masing-masing dan hasilnya hendaklah
dipertukarkan melalui Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei
Darussalam, Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahas,
Indonesia, dan Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
4.3 Sidang menetapkan bahawa istilah yang disepakati dalam Sidang
Pakar hendaklah dijadikan sebagai bahagian daripada Laporan
Sidang Pakar.
10
5. Membincangkan Tema Seminar Kebahasaan Sidang Ke-37
MABBIM
5.1 Sidang bersetuju untuk mengadakan Seminar Kebahasaan
Sidang Ke-37 MABBIM.
5.2 Sidang juga bersetuju supaya negara tuan rumah menyediakan 4
kertas kerja, dan negara-negara anggota masing-masingnya
menyediakan 3 kertas kerja. Di samping itu akan diadakan satu
sesi diskusi panel. Pengelola Seminar hendaklah memikirkan
penjadualan Seminar supaya masa yang cukup diberi untuk
perbincangan, misalnya dengan menjadualkan kertas kerja yang
memperkatakan hal yang sama secara serentak.
5.3 Sidang bersetuju supaya Seminar membincangkan teknologi
maklumat dalam pengembangan bahasa Melayu/Indonesia.
Tajuk yang sebenar bagi Seminar berkenaan akan ditentukan
oleh negara tuan rumah.
6. Membincangkan Tarikh dan Tempat (i) Sidang Ke-11 Pakar
MABBIM, (ii) Sidang Ke-37 MABBIM
6.1 Sidang bersetuju supaya Sidang Ke-11 Pakar MABBIM
diadakan pada 08-12 September 1997 di Malaysia.
6.2 Sidang juga bersetuju supaya Sidang Ke-37 MABBIM diadakan
pada 02 - 07 Mac 1998 di Terengganu Darul Iman, Malaysia,
termasuk 2 hari untuk mengadakan Seminar Kebahasaan.
7. Membincangkan Dokumen JKTBM (Brunei Darussalam), JKTBM
(Malaysia) dan PAKERSA (Indonesia).
7.1 Sidang telah meneliti dan membincangkan kertas-kertas kerja
mengenai Rencana Kerja Lima Tahun Sidang Pakar MABBIM
yang telah disediakan oleh ketiga-tiga negara anggota.
Keputusannya seperti dalam Lampiran II.
7.2 Sidang telah menerima dokumen Malaysia yang mencadangkan
kerjasama negara anggota MABBIM dalam membentuk
Rangkaian Bahasa Melayu dalam Internet. Brunei Darussalam
dan Indonesia akan mengkaji dokumen berkenaan dan memberi
pandangan mereka dalam Sidang yang akan datang.
11
8. Membincangkan Tema Seminar Kebahasaan Sidang Ke-37
MABBIM
8.1 Sidang mengambil perhatian terhadap isu-isu yang timbul dalam
Kebahasaan Sidang Ke-36 MABBIM yang diadakan di Hotel
Riverview, Gadong, pada 03 - 04 Mac 1997, seperti berikut:
8.1.1 Penanganan secara serentak dengan semangat kerjasama
di kalangan pihak pelaksana bahasa, media massa,
golongan korporat dan ahli politik dalam menyusun
strategi secara terfokus bagi peningkatan mutu bahasa
Melayu/Indonesia perlu diwujudkan.
8.1.2 Budaya wacana kritis dalam hal kebahasaan sedapat
mungkin hendaklah dijadikan budaya sejagat di kalangan
pengguna bahasa Melayu/Indonesia.
8.1.3 Sebagai objek yang paling dekat dengan semua golongan
rakyat, media massa hendaklah dimanfaatkan sebagai
sarana utama dalam membina bahasa Melayu/Indonesia.
8.1.4 Kekuatan ekonomi yang sedia ada di kawasan rantau
Asia Tenggara haruslah dijadikan strategi untuk
meletakkan bahasa Melayu/Indonesia pada kedudukan
yang lebih tinggi di pentas antarabangsa.
8.1.5 Bagi tujuan pengayaan bahasa, bahasa Melayu/Indonesia
haruslah bersikap terbuka dan lentur (flexible) secara
terkawal terhadap unsur-unsur asing.
8.1.6 Dalam usaha mempertingkatkan bahasa
Melayu/Indonesia justifikasi praktis haruslah mengatasi
justifikasi komersil.
8.1.7 Penguatkuasaan secara perundangan difikirkan amat
berkesan dalam usaha memasyarakatkan penggunaan
bahasa Melayu/ Indonesia dengan baik dan betul/benar.
8.1.8 Bahasa Melayu/Indonesia akan dapat diglobalisasikan
melalui program televisyen tempatan yang dieksport.
8.1.9 Penganugerahan kepada tokoh wartawan/surat akhbar
dalam menggunakan bahasa Melayu/Indonesia dengan
baik dan betul/benar hendaklah dijadikan acara atau
agenda terbesar di kalangan masyarakat ASEAN.
12
8.2 Sidang menerima baik pandangan-pandangan di atas itu, dan
merakamkan perkara-perkara berikut:
8.2.1 Sudah ada permulan globalisasi bahasa Melayu/Indonesia
melalui program-program yang disiarkan melalui satelit
dan decoder.
8.2.2 Kekuatan ekonomi negara-negara anggota MABBIM
boleh dimanfaatkan untuk membantu usaha penerbitan
karya-karya asli dalam bahasa Melayu/Indonesia.
8.2.3 Seminar serantau mengenai bahasa Melyu/Indonesia
boleh diadakan dengan tujuan mendifusikan bahasa
berkeanna secara lebih luas lagi.
9. Membincangkan Sambutan 25 Tahun MABBIM
9.1 Sidang bersetuju untuk mengadkan peringatan 25 tahun
MABBIM pada 29 Disember 1997 secara serentak di negara
anggota masing-masing.
9.2 Sidang juga bersetuju mengadakan sambutan 25 tahun
MABBIM secara besar-besaran sempena dengan Sidang Ke-37
MABBIM di Malaysia.
9.3 Sidang bersetuju bahawa antara acara yang boleh dijalankan bagi
kedua-dua perayaan di atas ialah:
(i) Perbincangan telesidang antara Pengerusi Jawatankuasa
Bahasa Melayu Brunei Darussalam, Pengerusi
Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu, Malaysia, dan
Ketua Panitia Kerjasama Kebahasaan, Indonesia.
(ii) Pameran 25 tahun MABBIM
(iii) Forum khas tokoh-tokoh MABBIM
(iv) Penerbitan-penerbitan seperti berikut:
a) Kumpulan ucapan ketua-ketua MABBIM.
b) Kumpulan Keputusan MABBIM.
c) Video MABBIM.
d) Penghargaan kepada tokoh-tokoh MABBIM
13
10. Hal-hal Lain
10.1 Sidang bersetuju supaya pertemuan Setiausaha/Sekretaris ketiga-
tiga negara anggota MABBIM diadakan untuk membincangkan
keputusan dan aktiviti yang timbul dari keputusan Sidang Pakar
dan Sidang Eksekutif.
10.2 Sidang bersetuju dengan cadangan Malaysia mengundang
negara-negara bukan anggota MABBIM bagi acara-acara atau
aktiviti Sidang Majlis.
Penghargaan
1. Sidang merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas
sambutan muhibah yang diberikan kepada semua perwakilan dan penyediaan prasarana
yang memuaskan bagi Sidang Ke-36 MABBIM.
2. Sidang merakamkan penghargaan kepada Yang Mulia Dato Paduka Haji Abdul Saman
Kahar, Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Negara Brunei
Darussalam kerana merasmikan Sidang Ke-36 MABBIM.
3. Sidang juga merakamkan penghargaan kepada Pengiran Dato Paduka Haji Badarudin
Pengiran Haji Ghani, Brunei Darussalam dan Prof. Dr. Abdullah Hassan, Malaysia atas
sumbangan dan komitmen yang telah mereka berikan kepada MABBIM.
14
LAMPIRAN I
TATAKERJA
MAJLIS BAHASA BRUNEI DARUSSALAM-INDONESIA-MALAYSIA
(MABBIM)
Untuk mencapai tujuan yang tercantum dalam Piagam MABBIM dan untuk menjalankan
fungsinya dengan sebaik-baiknya, ketiga-tiga pihak negara anggota bersetuju menerima
tatakerja:-
1. Tugas Majlis
Majlis mempunyai tugas sebagai berikut:-
(i) Menentukan tatakerja, rencana dan pelaksanaan kerja MABBIM.
(ii) Menyusun pelbagai pedoman dan panduan yang berkaitan dengan pembinaan
dan pengembangan bahasa.
(iii) Menerima keputusan Sidang Eksekutif
(iv) Merencanakan kegiatan kebahasaan lain yang sesuai dengan semangat Piagam
MABBIM.
2. Sidang Majlis
(i) Sidang Majlis terdiri dari Seminar Kebahasaan MABBIM dan Sidang Eksekutif.
(ii) Sidang Majlis diadakan sekali setahun di negara anggota secara bergilir-gilir
dengan jarak waktu sepuluh hingga dua belas bulan dan lamanya kira-kira lima
hari.
3. Sidang Eksekutif
(i) Sidang Eksekutif adalah Sidang yang dihadiri oleh wakil-wakil rasmi dari
negara-negara anggota. Peserta Sidang Eksekutif terdiri dari Ketua
Perwakilan/Perutusan, Setiausaha/Sekretaris, dan sebanyak-banyaknya dua
orang anggota Panitia Kerja Sama Kebahasaan/Jawatankuasa Tetap Bahasa
Melayu.
(ii) Sidang Eksekutif diselenggarakan dan dipimpin oleh Ketua
Perwakilan/Perutusan tuan rumah.
(iii) Sidang Eksekutif hendaklah meneliti dan menerima daftar istilah yang
disepakati dalam Sidang Pakar.
(iv) Sidang Eksekutif hendaklah mempertimbangkan Laporan Sidang Pakar dan
mengambil keputusan tentang usul Sidang Pakar.
(v) Sidang Eksekutif hendaklah menyusun dan menetapkan rencana kerja Majlis.
15
(vi) Sidang Eksekutif boleh mengundang nara sumber untuk menyumbangkan
kepakaran yang diperlukan.
(vii) Sidang Eksekutif boleh mengundang peserta Sidang yang tidak menjadi anggota
Eksekutif dan/atau wakil badan rasmi menghadiri Sidang Eksekutif sebagai
pemerhati.
(viii) Sidang Eksekutif menetapkan waktu, tempat dan tema Seminar Kebahasaan.
(ix) Tempat dan waktu Sidang Eksekutif ditentukan dalam Sidang sebelumnya.
(x) Bahasa pengantar Sidang Eksekutif ialah bahasa Melayu Indonesia.
4. Bahan Sidang Eksekutif
(i) Bahan Sidang Eksekutif disediakan oleh Jawatankuasa Tetap/Panitia negara
tuan rumah.
(ii) Bahan hendaklah dikirim oleh negara anggota kepada negara tuan rumah
selambat-lambatnya dua bulan sebelum Sidang Eksekutif berlangsung.
(iii) Bahan seminar diusahakan supaya diterima oleh Panitia/Jawatankuasa
Penyelenggara dua bulan sebelum Sidang Majlis berlangsung.
5. Sidang Pakar
Sidang Pakar adalah pertemuan para pakar dari berbagai ilmu dari negara anggota
MABBIM, seperti yang telah ditetapkan oleh Sidang Eksekutif.
6. Tugas dan Penyelenggaran Sidang Pakar
(i) Sidang Pakar mempersiapkan, mengolah, dan menyusun tataistilah bidang ilmu
menurut Panduan Penyusunan Daftar Istilah dan Panduan Penyusunan Kamus
Istilah sesuai dengan arahan Sidang Eksekutif.
(ii) Sidang Pakar bersidang sekali setahun di negara anggota secara bergilir-gilir
dengan jarak waktu sepuluh hingga dua belas bulan dan lamanya kira-kira lima
hari.
(iii) Sidang Pakar diselenggarakan dan dipimpin oleh anggota Panitia kerja Sama
Kebahasaan Indonesia/Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu, Brunei Darussalam/
Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu, Malaysia.
(iv) Tempat dan waktu Sidang Pakar ditentukan pada Sidang Eksekutif.
(v) Bahasa pengantar Sidang Pakar ialah bahasa Melayu/Indonesia.
16
7. Tatakerja Kelompok Pakar
(i) Taksonomi bidang hendaklah terlebih dahulu ditentukan oleh Kelompok Pakar
dan hendaklah dipertukarkan dengan anggota kelompok pakar negara-negara
anggota. Perlulah ada kesepakatan dalam hal taksonomi antara ketiga-tiga
negara sebelum kerja selanjutnya dijalankan.
(ii) Istilah-istilah bahasa Inggeris hendaklah dikumpulan berdasarkan taksonomi
yang disetujui, dan daftar istilah hendaklah dipertukarkan sebelum Sidang Pakar
diadakan.
(iii) Istilah-istilah yang dikumpulkan hendaklah berdasarkan pengkhususan bidang
atau subbidang dan tidak termasuk kata am dan istilah dari bidang lain walaupun
istilah itu digunakan oleh bidang berkenaan. Untuk tujuan ini kelompok pakar
hendaklah merujuk kepada dokumen Panduan Penyusunan Daftar Istilah dan
Panduan Penyusunan Kamus Istilah.
(iv) Bahan-bahan rujukan hendaklah disediakan sendiri oleh Kelompok Pakar dalam
usaha mengenalpasti makna istilah.
(v) Sumber-sumber rujukan seperti kamus-kamus Melayu, Indonesia, Inggeris, baik
yang ekabahasa mahupun yang dwibahasa, untuk penggunaan Sidang Pakar,
hendaklah disediakan oleh negara tuan rumah.
(vi) Kemudahan/Fasilitas lain untuk melicinkan kerja-kerja peristilahan hendaklah
disediakan oleh negara tuan rumah.
(vii) Pendamping bahasa hendaklah disediakan oleh negara tuan rumah untuk
membantu Kelompok Pakar dari segi bahasa.
(viii) Penyelarasan istilah hendaklah diselesaikan oleh Kelompok Pakar dalam jangka
masa yang ditetapkan, iaitu dalam dua kali Sidang Pakar bagi sesuatu
subbidang. Jika ada baki istilah yang tidak dapat diselesaikan, maka Kelompok
Pakar hendaklah menyelesaikannya di negara masing-masing dan penyelarasan
antara negara dilakukan secara surat-menyurat.
8. Penyelenggaraan Seminar Kebahasaan
(i) Seminar kebahasaan diadakan sebagai kegiatan Sidang Majlis.
(ii) Seminar kebahasaan diselenggarakan oleh negara tuan rumah Sidang Majlis.
(iii) Seminar kebahasaan membincangkan kira-kita 10 kertas kerja: 4 dari tuan
rumah dan 3 bagi tiap-tiap negara anggota yang lain.
(iv) Tema seminar hendaklah ditentukan oleh Sidang Eksekutif atas usul negara tuan
rumah.
(v) Bahan seminar hendaklah disampaikan kepada negara tuan rumah 2 bulan
sebelum Sidang Majlis.
17
LAMPIRAN II
RANCANGAN LIMA TAHUN SIDANG KELOMPOK MABBIM
(1998 – 2002)
No. Sidang Ke-12 Pakar
1998
(Indonesia)
Sidang Ke-13 Pakar
1999
(Brunei Darussalam)
Sidang Ke-14 Pakar
2000
(Malaysia)
Sidang Ke-15 Pakar
2001
(Indonesia)
Sidang Ke-16 Pakar
2002
(Brunei Darussalam)
1.
Kejuruteraan/Teknik (3)
Mekanik
Kejuruteraan/Teknik (4)
(Kimia)
Kejuruteraan/Teknik (5)
Perlombongan/Pertambangan
Kejuruteraan/Teknik (7)
(Kapal Terbang)
Kejuruteraan/Teknik (9)
(Kapal Terbang)
2.
Perikanan (1)
Perikanan (2)
Kejuruteraan/Teknik (6)
(Kapal Terbang)
Kejuruteraan/Teknik (8)
(Automotif)
Kejuruteraan/Teknik (10)
(Automotif)
3.
Veterinar/Kedokteran
Hewan (1)
Veterinar/Kedokteran
Hewan (2)
Veterinar/
Kedokteran Hewan (3)
Arkeologi (1)
Arkeologi (1)
4.
Komunikasi Massa (2)
Penternakan(1)
Penternakan(2)
Sains Politik/ Ilmu Politik (1)
Sains Politik/ Ilmu Politik (2)
5.
Perubatan/Kedokteran (6)
Perubatan/Kedokteran (8)
Pergigian (1)
Pergigian (2)
Teknologi Percetakan (1)
6.
Perubatan/Kedokteran (7)
erubatan/Kedokteran (9)
rikanan (3)
Fotografi dan Perfileman (1)
Fotografi dan Perfileman (2)
7.
Pertanian (4)
Landskap (1)
Landskap (2)
Aeroangkasa/
Kedirgantaraan (1)
Aeroangkasa/
Kedirgantaraan (1)
8.
Perhutanan (4)
(Pemeliharaan Hutan)
Teknologi Maklumat/
Teknologi Informasi (1)
Teknologi Maklumat/
Teknologi Informasi (2)
Teknologi Maklumat/
Teknologi Informasi (3)
Teknologi Maklumat/
Teknologi Informasi (4)
18
KELOMPOK SIDANG PAKAR MABBIM 1997
1. Kejuruteraan (2)
a. Kejuruteraan Elektrik
2. Sosiologi (2)
a. Sosiologi Pendidikan
b. Sosiologi Perkotaana
c. Sosiologi Politik
d. Sosiologi Penyelewengan (Devians)
e. Sosiologi Agama
f. Sosiologi Ekonomi
3. Antropologi (2)
a. Antropologi Agama
b. Antropologi Ekonomi
c. Antropologi Politik
d Antropologi Pembangunan
e. Antropologi Perbandaran
f. Antropologi Perdesaan
g. Antropologi Ekologi dan Kependudukan
h. Antropologi Pendidikan
i. Antropologi Kesihatan
j. Antropologi Makanan
k. Antropologi Kesenian
4. Komunikasi Massa (1)
Bergantung kepada taksonominya
5. Perubatan/Kedokteran (4)
a. Perubatan Dalaman/Kedokteran Interna
a.1. Gasteroenterologi
a.2. Hematologi
19
6. Perubatan/Kedokteran (5)
a. Kesihatan Masyarakat
a.1. Epidemiologi
a.2. Statistik Perubatan
a.3. Pendidikan Kesihatan
a.4 Kesihatan Alam Sekitar
a.5. Kesihatan Kerja
a.6. Perubatan Sukan
7. Pertanian (3)
Perlindungan Tanaman
8. Perhutanan (3)
a. Hasil dan Penggunaan Hutan
b. Kejuruteraan Hutan
20
ATURCARA MAJLIS PERASMIAN
Isnin
03 Mac 1997
Dewan Pelangi, Hotel Riverview, Gadong
8.30 pagi : Anggota Perwakilan dan para jemputan hadir
9.00 pagi : Ketibaan Tetamu Kehormat
: Acara dimulakan
- Ucapan Ketua Perwakilan Brunei Darussalam
- Ucapan ketua Perwakilan Indonesia
- Ucapan Ketua Perwakilan Malaysia
- Ucapan Tetamu Kehormat dan seterusnya
(Majlis Perasmian)
- Doa Selamat
- Jamuan ringan
ATURCARA SEMINAR KEBAHASAAN
Isnin
03 Mac 1997
Dewan Pelangi, Hotel Riverview, Gadong
Kertas Kerja I : Awang Zainal Abidin bin Tinggal
Tajuk : Media Massa, Bahasa dan Masyarakat
Pengerusi : Prof. Dr. Farid M. Onn
Pencatat : Awang Mataim bin Bakar
Dayang Aini binti Haji Karim
12.00 - 1.30 petang : Rehat
21
1.30 - 2.30 petang
Kertas Kerja II: Drs. Parni Hadi
Tajuk : Bahasa Indonesia Dalam Media Massa Cetak
Pengerusi : Pengiran Julaihi bin Pengiran Dato Paduka Othman
Pencatat : Awang Mohammed Zefri Ariff Mohammed Zain Ariff
Dayang Hajah Fatimah binti Haji Chuchu
2.30 - 3.30 petang
Kertas Kerja III : Encik Zakaria bin Mohd. Yassin
Tajuk : Peningkatan Mutu Bahasa Malaysia Dalam Media
Elektronik Jabatan Penyiaran Malaysia: Satu Pengalaman
Pengerusi : Sumita Tobing, Ph. D.
Pencatat : Awang Mohammed Zefri Ariff Mohammed Zain Ariff
Dayang Aini binti Haji Karim
3.30 - 4.00 petang : Rehat
4.00 – 5.00 petang
Kertas Kerja IV : Cik Christine Ling
Tajuk : Penggunaan Dan Peningkatan Mutu Bahasa Melayu Dalam
Media Elektronik: Pengalaman TV3
Pengerusi : Aw. Zainal Abidin bin Tinggal
Pencatat : Awang Mataim bin Bakar
Dy. Hajah Fatimah binti Haji Chuchu
22
Selasa
04 Mac 1997
Dewan Pelangi, Hotel Riverview, Gadong
8.00 - 9.00 pagi
Kertas Kerja V : Raden Mohamed Rahmat
Tajuk : Bahasa Melayu Dalam Media Cetak dan Elektronik
Pengerusi : Prof' Dr. Haji Mohd. Mansor Haji Salleh
Pencatat : Dayang Hajah Fatimah binti Haji Chuchu
Dayang Aini binti Haji Karim
9.00 - 10.00 pagi
Kertas Kerja VI: Atmakusumah Astraatmadja
Tajuk : Pengamatan Asas Penggunaan Bahasa Indonesia Dalam
Media Pers Dewasa Ini
Pengerusi : Prof. Dr. Haji Amat Juhari Moain
Pencatat : Awang Mataim bin Bakar
Awang Mohammed Zefri Ariff Mohammed Zain Ariff
10.00 - 10.30 pagi : Rehat
10.30 - 11.30 pagi
Kertas Kerja VII : Sumita Tobing, Ph. D.
Tajuk : Bahasa Indonesia Dalam Media Massa Elektronik
Elektronik Jabatan Penyiaran Malaysia: satu Pengalaman
Pengerusi : Raden Mohamed Kamsah
Pencatat : Awang Mohammed Zefri Ariff Mohammed Zain Ariff
Dayang Aini binti Haji Karim
12.00 - 1.30 : Rehat
23
1.30 - 2.30 tengah hari
Kertas Kerja VIII : Awang Haji Musdi Abd. Gapar
Tajuk : Cabaran Media Dalam Memperkembangkan Bahasa Melayu
Pengerusi : Atmakusumah Astraatmadja
Pencatat : Awang Mataim bin Bakar
Dy. Hajah Fatimah binti Haji Chuchu
2.30 - 3.30 petang
Kertas Kerja IX : Dr. Mohd. Dhari Othman
Tajuk : Peranan Media Cetak Dalam Peningkatan Mutu Penggunaan
Bahasa Melayu
Pengerusi : Awang Haji Jalil bin Haji Mail
Pencatat : Awang Mataim bin Bakar
Awang Mohammed Zefri Ariff Mohammed Zain Ariff
3.30 - 4.00 petang : Rehat
4.00 : Sidang Pleno
24
Aturcara Sidang
Rabu, 05 Mac 1997
Sidang I : Pukul 8.30 pagi - 10.00 pagi
Pukul 10.30 pagi - 12.30 tengah hari
Pukul 2.00 petang - 5.00 petang
Khamis, 06 Mac 1997
Sidang II : Pukul 8.30 pagi - 10.00 pagi
Pukul 10.30 pagi - 12.30 tengah hari
Pukul 4.30 petang - 6.45 petang
Jumaat, 07 Mac 1997
8.30 pagi : Anggota Perwakilan Hadir
: Acara Dimulakan
- Ucapan Ketua Perwakilan Singapura
- Ucapan Ketua Perwakilan Malaysia
- Ucapan Ketua Perwakilan Indonesia
- Ucapan Ketua Perwakilan Brunei Darussalam
- Penandatangan Keputusan Umum
Sidang Ke-36 Mabbim
- Doa Selamat
- Jamuan
25
UCAPAN
YANG MULIA DATO PADUKA AWANG HAJI ABD. SAMAN BIN KAHAR
SETIAUSAHA TETAP, KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bismillahir Rahmanir Rahim
Pertama-tama kita semua memanjatkan puji dan syukur ke hadrat Allah subhanahu wa taala
kerana dengan limpah dan rahmat-Nya jua kita dapat berkumpul pada pagi ini dan
menghadiri perasmian Sidang Ke-36 Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia
(MABBIM) yang akan diselajurkan dengan Seminar Kebahasaan.
Dalam majlis yang berkebajikan ini saya juga mengucapkan SELAMAT DATANG kepada
semua ahli rombongan negara-negara sahabat iaitu Indonesia, malaysia dan Singapura.
Para hadirin yang saya hormati,
Alhamdullilah, MABBIM sejauh ini telah berjaya menunjukkan prestasi yang amat
membanggakan dunia Melau, khususnya dari segi kesepakatan pada menyeragamkan sistem
ejaan, penggubalan istilah pelbagai bidang, pembuatan kamus istilah serta mewujudkan
jentera kerjasama kebahasaan di kalangan negara-negara anggota.
Melihat kepada usaha gigih MABBIM dalam merencanakan pelbagai kegiatan kebahasaan,
saya merasa amat yakin bahawa langkah-langkah yang telah, sedang dan akan dijalankan
boleh mempercepat keupayaan bahasa Melayu pada mengambil alih semula kedudukannya
sebagai lingua franca di rantau ini sebagaimana yang pernah berlaku dalam sejarah.
Para hadirin yang saya hormati,
Seperti yang sama-sama kita maklum, bahawa teknologi maklumat mempunyai pengaruh
yang sangat besar pada menewntukan hala tuju kehidupan kita di abad ke-21, kerana itu
MABBIM hendaklah bijak menggunakannya untuk maslahat kita bersama.
Salah satu hal yang wajar diberi pertimbangan oleh MABBIM sepanjang yang bersangkutan
dengan hal-hal kebahasaan ialah bagi menggunakan teknologi maklumat itu untuk tujuan-
tujuan peningkatan mutu dan mempercepat serta memperkemaskan penyebaran penggunaan
bahasa Melayu/Indonesia bukan sahaja di peringkat negara-negara anggota MABBIM malah
untuk peringkat serantau dan dalam jangka panjang untuk peringkat antarabangsa.
Sehubungan dengan ini, saya turut mengucapkan tahniah dan rasa penghargaan kepada
pegawai-pegawai yang terlibat dalam segala usaha dan projek MABBIM atas kejayaan
mereka menyediakan pembuatan home page MABBIM yang disalurkan melalui Internet.
26
MABBIM hendaklah menggunakan peluang dari pembuatan home page itu benar-benar
menjadi titik tolak untuk kejayaan sepenuhnya bahasa Melayu pada peringkat setempat,
serantau dan global seperti yang kita hasratkan bersama.
Berbalik kepada hal-hal dalaman di kalangan sesama negara anggota MABBIM, maka suatu
hal lagi yang wajar sama-sama kita berkongsi pengalaman ialah tentang gejala sosial yang
melanda belia-belia yang sedang dirasa bersama oleh negara-negara anggota MABBIM.
Bersabit dengan hal ini, maka saya menganjurkan supaya MABBIM melakar suatu langkah
bersama ke arah turut serta memikirkan, menggariskan dan merumuskan langkah-langkah
pada menangani, mengatasi dan membasmi serta menolong belia-belia yang bermasalah itu
melalui apa jua aktiviti yang bercorak kebahasaan dan kesusasteraan.
Adalah menjadi perhatian saya bahawa menjelang bulan Disember nanti MABBIM akan
menjangkau usia 25 tahun, dalam jangka waktu yang boleh dikatakan agak panjang itu,
MABBIM wajarlah sama-sama mempertajam kepekaan bahawa sekarang semakin jelas
kesedaran rakyat di kalangan negara-negara anggota MABBIM sendiri tentang betapa
pentingnya bahasa Melayu/Indonesia turut mempengaruhi dan akan terus mempengaruhi
pola kerjasama dan persefahaman masyarakat Nusantara.
Oleh yang demikian saya menganjurkan supaya MABBIM menggariskan pola kesepakatan
yang lebih konkrit khasnya dalam penggubalan istilah bagi mengelakkan kekeliruan dan
ketidakseragaman penggunaan bahasa Melayu/Indonesia yang berkepanjangan.
Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih dan mendoakan semoga Sidang MABBIM kali
ini akan membuahkan hasil-hasil yang berfaedah.
Dengan mendahulukan kalimah “Bismillahir Rahmanir Rahim” saya sukacita merasmikan
Sidang Ke-36 MABBIM yang diselanjurkan dengan Seminar Kebahasaan Ke-5 pada pagi
ini.
27
UCAPAN
KETUA PERWAKILAN BRUNEI DARUSSALAM
YANG MULIA DATO PADUKA HAJI ALIDIN BIN HAJI OTHMANPENGERUSI
JAWATANKUASA TETAP BAHASA MELAYU BRUNEI DARUSSALAM
(JKTBMBD)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bismillahir Rahmanir Rahim
Yang Mulia
Dato Paduka Haji Abdul Saman bin Kahar
Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
Negara brunei Darussalam.
Yang Mulia
Dr. Hasan Alwi
Ketua Panitian Kerja Sama Kebahasaan Indonesia
Selaku Ketua Perwakilan Republik Indonesia dan rombongan.
Yang Mulia
Tuan Haji A. Aziz Deraman
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Bahasa malaysia
Selaku Ketua Perwakilan Malaysia dan rombongan.
Yang Mulia
Tuan Haji Masuri Salikun
Ketua Perwakilan Republik Singapura dan rombongan.
Wakil-wakil Tuan-tuan Yang Terutama Duta Besar Republik Indonesia, Pesuruhjaya Tinggi
Malaysia dan Pesuruhjaya Tinggi Singapura, Ketua-ketua Jabatan, Pegawai-pegawai Kanan
Kerajaan dan para peserta yang saya hormati.
Alhamdulillah, segala puji dan syukur kita panjatkan ke hadrat Allah subhanahu wa taala
kerana dengan rahmat dan keizinannya jua kita dapat berhimpun pada pagi ini bagi majlis
perasmian Sidang Ke-36 Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia.
Kita merasa syukur dan gembira kerana sekali lagi dapat menjadi tuan rumah bagi sidang
tahunan yang penting ini. Saya bagi pihak Jawatankuasa Penyelenggara Sidang sukacita
mengalu-alukan kehadiran rakan-rakan kita dari Indonesia dan Malaysia sebagai negara
anggota MABBIM dan juga Singapura selaku pemerhati.
Sejak pertemuan MABBIM yang lalu di Bukittinggi Sumatera tentunya ada perkembangan
dalam hal-hal kebahasaan yang dapat dijadikan bahan perbincangan baik dalam Seminar
28
Kebahasaan mahupun dalam Sidang Eksekutif. Sidang ini akan memberi peluang ahli-ahli
bahasa dari negara anggota MABBIM untuk berbincang dan merumuskan hal-hal
kebahasaan dalam usaha dan cita-cita kita membina dan memperkembangkan bahasa
Melayu/Indonesia ke martabat yang sewajarnya. Alhamdulillah, sejak ditubuhkan 25 tahun
yang lalu, MABBIM telah dapat menghasilkan kesepakatan dan kerjasama kebahasaan di
kalangan negara anggota. Kita yakin dengan usianya yang boleh dikatakan meningkat
dewasa ini, MABBIM akan terus mengukuhkan lagi kerjasama yang telah lama wujud itu,
lebih-lebih lagi dalam menghadapi kedatangan abad ke-21.
Ini adalah Sidang terakhir yang dilangsungkan di Negara Brunei Darussalam untuk abad ini.
Insya-Allah, jika tiada ada halangan, Negara Brunei Darussalam akan membuka tirai abad
ke-21 apabila giliran negara ini menjadi tuan rumah pada tahun 2000 nanti. Tahun ini juga
penting kerana MABBIM akan mencapai usia 25 tahun.
Para hadirin yang saya hormati,
Bersempena dengan Sidang Ke-36 ini, Seminar Kebahasaan akan berlangsung pada hari ini
dan esok. Tema yang dipilih PERANAN MEDIA MASSA DALAM PENINGKATAN
MUTU PENGGUNAAN BAHASA MELAYU/INDONESIA. Tema ini dipilih kerana
kita merasakan media massa turut memainkan peranan penting membantu bagi penggunaan
bahasa yang betul. Saban hari kita mendengar, menonton dan membaca bahan yang
disajikan oleh media massa. Yang pastinya, media massa menggunakan bahasa untuk
menyampaikan maksud atau mesej. Selain itu, media massa mempunyai pengaruh yang kuat
terhadap audiens atau khalayak. Ia boleh membentuk minda masyarakat dan menjadi ikutan,
kerana itulah media massa berperanan besar dalam penggunaan bahasa dan boleh digunakan
untuk membantu memasyarakatkan bahasa. Kita berharap seminar ini akan dapat
memuaskan langkah-langkah yang boleh diambil dalam penggunaan bahasa yang betul.
Hadirin yang dihormati,
Di majlis ini saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Dato Paduka
Haji Abdul Saman bin Kahar, Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
kerana sudi hadir dan akan merasmikan Sidang. Begitu juga kepada hadirin dan peserta.
Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada Jawatankuasa Penyelenggara kerana usaha
untuk memastkan kelancaran Sidang dan semua pihak yang telah memberikan sumbangan
dalam apa jua bentuk bagi menyelenggarakan Sidang ini. Akhirnya saya sukacita
memperkenalkan ahli-ahli perwakilan Negara Brunei Darussalam bagi Sidang Ke-36
MABBIM:
Yang Mulia Dato Paduka Haji Mahmud bin Haji Bakyr
Yang Mulia Dato Paduka Haji Ahmad bin Kadi
Yang Mulia Pengiran Datin Paduka Hajah Mariam binti Pengiran Haji Matarsat
Yang Mulia Awang Haji Mohd. Zaini bin Haji Omar
Yang Mulia Awang Hanafiah bin Haji Awang Zaini
Yang Mulia Pengiran Julaihi bin Pengiran Dato Paduka Othman
29
Yang Mulia Awang Haji Jalil bin Haji Mail
Yang Mulia Awang Zainal Abiddin bin Tinggal
Yang Mulia Awang Kamsah Sirat
Yang Mulia Awang Haji Musdi bin Haji Abdul Gapar
Dan saya sendiri selaku Ketua Perwakilan Negara Brunei Darussalam
Sekian
Wabillahit Taufik Walhidayah
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
30
UCAPAN
KETUA PERWAKILAN MALAYSIA
TUAN HAJI A. AZIZ DERAMAN
PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP BAHASA MELAYU (JKTBM),
MALAYSIA
Yang Mulia
Dato Paduka Haji Abdul Saman bin Kahar
Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
Negara Brunei Darussalam.
Yang Berbahagia
Dato Paduka Haji Alidin bin Haji Othman
Ketua Perwakilan Brunei Darussalam serta Anggota Perwakilan
Yang Berbahagia
Dr. Hasan Alwi
Ketua Perwakilan Republik Indonesia serta Anggota Perwakilan
Yang Dihormati
Tuan Haji Masuri Salikun
Ketua Perwakilan Pemerhati serta Anggota Perwakilan dari Singapura
Para undangan, para peserta Seminar Kebahasaan
Serta hadirin yang saya muliakan
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Pada saat yang berbahagia ini, saya berasa amat bersyukur kepada hadrat Allah subhanahu
wa taala kerana dengan izin-Nya kita bertemu dan seterusnya melanjutkan tali silaturahim
antara kita. Bagi pihak Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu, Malaysia dan rakan-rakan dari
Malaysia yang ikut serta dalam pertemuan ini, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima
kasih, dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei
Darussalam selaku tuan rumah bagi Seminar Kebahasaan Ke-5 MABBIM, dan Sidang Ke-36
MABBIM, dan Sidang Ke-2 Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) yang telah bersusah
payah mengatur pelbagai acara di Hotel Riverview ini. Dalam suasana yang indah begini,
diharapkan kita akan memperoleh kejayaan yang lebih tinggi, dan meraih kesepakatan yang
lebih bererti.
Hari ini, bahasa Melayu, bahasa yang kita bina dan kembangkan bersama ini mendapat
persaingan yang hebat daripada bahasa Inggeris. Pembinaan citra bangsa dalam bahasa
Melayu seharusnya tergambar di pelbagai sektor kehidupan masyarakat pengguna. Kita jga
harus meletakkan persepsi yang betul terhadap bahasa kebangsaan dan keperluan kita
menguasai bahasa asing. Bahasa Melayu harus termaklum dan tersebar penggunaannya di
31
kalangan pengguna, terutama sektor swasta. Di sektor ini, kedudukan bahasa Melayu agak
terpinggir, terutamanya di malaysia. Strategi dan pendekatan baru mesti kita terokai agar
martabatnya sentiasa dapat dipertahankan. Untuk itu maka Seminar hari ini yang
bertemakan PERANAN MEDIA MASSA DALAM PENINGKATAN MUTU
PENGGUNAAN BAHASA MELAYU/INDONESIA ternyata amat relevan. Media massa
merupakan saluran yang amat berpengaruh untuk menyebarkan penggunaan bahasa
Melayu/Indonesia di seluruh pelosok tanah air.
Hadirin yang dimuliakan,
Sesungguhnya media massa amat berperanan menyebarkan pelbagai maklumat dalam bahasa
Melayu dan sekali gus memainkan peranan yang pentinguntuk meningkatkan mutu
penggunaan bahasa Melayu, kerana media massa, seperti media cetak, dan media elektronik
mempunyai khalayak pembaca dan khalayak penonton yang besar jumlahnya. Dalam
Seminar hari ini, kita sama-sama akan mendengar pengalaman, kekangan, dan masalah,
malah strategi yang akan digunakan oleh masing-masing media massa dalam usaha mereka
untuk terlibat sama meningkatkan mutu penggunaan bahasa Melayu.
Hadirin yang dihormati,
Kerjasama kebahasaan yang kita bina bersama ini hampir menjangkau sesuku abad.
Pelbagai kejayaan telah kita capai. Namun demikian, biarlah kejayaan kita itu menjadi
pendorong buat kita untuk meneruskan usaha-usaha mengembangkan bahasa Melayu, dan
pada masa yang sama memantapkan pembinaannya bagi beberapa aspek yang masih belum
mantap. Tugas dan tanggungjawab kita harus senasa dengan kepesatan pacuan ekonomi
negara dan penglibatan masing-masing negara dalam sains dan teknologi. Pada masa kini,
sebahagian besar daripada pengucapan bidang-bidang tersebut tidak berlaku dalam bahasa
kita.
Oleh itu, MABBIM sebagai wadah pengucapan bahasa serantau, barangkali dapat
mengemukakan cadangan untuk mengadakan semacam ‘dasar’ bahasa untuk menangani
ledakan maklumat daripada bahasa-bahasa lain, terutama bahasa Inggeris. Upaya bahasa
Melayu mengisi teknologi maklumat dan multimedia hendaklah kita lakukan segera.
Hadirin yang dimuliakan,
Barangkali sudah sampai masanya MABBIM memulakan insiatif awal untuk
mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa atau salah satu bahasa utama
dari abad 21 serta dalam menghadapi alaf yang akan datang.
Pada peringkat awal ini, bahasa Melayu dapat menjadi bahasa komunikasi penting di negara-
negara ASEAN. Dengan semangat permuafakatan, hal ini mungkin boleh kita mula
bincangkan melalui dua forum. Pertama, melalui Sekretariat ASEAN, dan kedua melalui
Mesyuarat Menteri Pendidikan ASEAN atau SEAMEO. Bagi merealisasikan perkara ini,
saya kira sidang MABBIM atau forum-forum lain juga boleh mengadakan perbincangan
awal tentang cadangan ini.
32
Hadirin yang mulia,
Melihatkan keperluan praktis bidang sains dan teknologi terutamanya dalam sektor
perindustrian, saya fikir tugas kita dalam konteks kerjasama MABBIM ini terus diperluas
untuk menyelaraskan bidang-bidang ilmu yang lebih praktis penggunaannya di kalangan
ketiga-tiga negara anggota MABBIM. Kita perlu lakukan ini, agar matlamat negara-negara
MABBIM menjadi negara maju dan negara sains dan teknologi akan tercapai. MABBIM
boleh juga mengorak langkah melaksanakan pelbagai program dan aktiviti kebahasaan yang
lain selain dari kerja-kerja kita yang biasa.
Para hadirin sekalian,
Sehubungan dengan Sidang Ke-36 MABBIM, yang dimulakan dengan seminar ini, saya
selaku Ketua Perwakilan Malaysia, berasa yakin bahawa kerjasama kebahasaan antara tiga
negara ini dapat dilaksanakan dengan penuh kebijaksanaan, dan penuh semangat
permuafakatan.
Sebelum mengakhiri ucapan ini, izinkan saya memperkenalkan anggota perwakilan Malaysia
dalam pertemuan pada kali ini. Mereka terdiri daripada:
Prof. Dato’ Dr. Asmah Haji Omar
Prof. Dr. Haji Amat Juhari Moain
Dato’ Haji Hassan Ahmad (akan tiba sebentar lagi)
Prof. Dr. Haji Farid M. Onn
Dato’ Dr. Haji Mansor Haji Salleh
Dr. Mohd. Dhari Othman
Encik Zakaria Mohd. Yassin
Cik Christine Ling
Tuan Syed Ahmad Syed Kassim
Puan Hajah Noresah Baharom
Puan Halimah Haji Ahmad
Akhir kata bagi pihak perwakilan Malaysia, saya ingin menyampaikan ucapan terima kasih
dan penghargaan atas keramahan dan kesantunan penerimaan kami oleh teman-teman dari
Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei Darussalam, selaku tuan rumah yang mengendalikan
Seminar, Sidang MABBIM dan Sidang MASTERA di Bandar Seri Begawan ini.
Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
03 Mac 1997
33
SAMBUTAN
KETUA PERUTUSAN INDONESIA
YANG TERHORMAT DR. HASAN ALWI
KETUA PANITIA KERJA SAMA KEBAHASAAN
Yth, Setiausaha Tetap,
Dato Paduka Haji Abdul Saman bin Kahar
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
Yth. Ketua Perwakilan Brunei Darussalam
Dato Paduka Haji Alidin bin Haji Othman
Yth. Ketua Perwakilan Malaysia
Tuan Haji A. Aziz Deraman
Yth. Ketua Perwakilan Pemerhati Singapura
Haji Masuri Salikun
Para peserta Seminar Kebahasaan
Para peserta Sidang Majelis, serta
Para undangan, dan hadirin yang mulia
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Pada saat ini kita berkumpul di ruangan ini untuk mengawali dua kegiatan utama, yaitu
Seminar Kebahasaan dan Sidang Ke-36 MABBIM. Bahkan bersamaan waktunya dengan
Sidang MABBIM akan dilaksanakan pula Sidang Mastera, Majelis Sastra Asia Tenggara,
nama atau sebutan yang mulai dikenal sejak kelahirannya pada bulan Augustus 1995 di
Kuala Lumpur. Seminar Kebahasaan, Sidang MABBIM, dan Sidang Mastera itu merupakan
upaya nyata kita bersama dalam menerjemahkan dan melaksanakan cita-cita, harapan, dan
keinginan kita agar bahasa kebangsaan benar-benar berfungsi sebagai sarana komunikasi
yang mantap dalam berbagai bidang kehidupan di negara kita masing-masing. Bagi
Indonesia, kecintaan akan bahasa kebangsaan itu, jiwa dan semangatnya sudah lama tersurat
dan tersirat, yaitu sejak tahun 1928, melalui butir ke-3 Sumpah Pemuda: menjunjung bahasa
persatuan, bahasa Indonesia.
Mengenai perlunya kita memelihara, memupuk, membina, dan mengembangkan bahsa
kebangsaan ini, sudah lama kita menyedari, bahkan meyakini, bahwa memang terdapat
korelasi antara kemajuan di bidang ekonomi, perdagangan, dan industri suatu negara dengan
tingkat kemantapan bahasa kebangsaannya. Ada semacam pembuktian yang amat menarik
mengenai hal itu, seperti yang diungkapkan oleh Prof. Abdullah Hassan dari Malaysia yang
melalui sajian makalahnya yang bertajuk “Bahasa Melayu dalam Membina Minda Kreatif
dan Dominan” pada Seminar Kebahasaan tahun 1996 di Padang (Indonesia) dicontohkan 18
negara yang secara ekonomis maju, 7 negara yang sedang membangun kehidupan
ekonominya, dan 61 negara yang secara ekonomis mundur. Negara-negara maju dan negara-
negara yang sedang membangun menggunakan bahasa kebangsaan sebagai pengantar dalam
34
dunia pendidikan, sedangkan di negara-negara yang disebutkannya “mundur” yang
digunakan sebagai bahasa pengantar dalam dunia pendidikan adalah bahasa bekas
penjajahnya (bahasa Inggris, Perancis, Spanyol, atau Portugis). Contoh-contoh tersebut
makin meyakinkan keteguhan pandangan kita bahwa segala kegiatan dalam rangka wadah
kerja sama kebahasaan MABBIM dan wadah kerja sama kesastraan Mastera ini sudah
berada pada jalan dan arah yang benar, yang insya-Allah juga merupakan jalan dan arah yang
diridoi oleh-Nya.
Tema Seminar Kebahasaan kali ini ialah PERANAN MEDIA MASSA DALAM
PENINGKATAN MUTU PENGGUNAAN BAHASA MELAYU/INDONESIA. Selain
peran guru di sekolah yang meletakkan dasar-dasar penguasaan bahasa kebangsaan di
kalangan anak didik yang merupakan generasi muda bangsa kita, media massa (baik cetak
maupun elektronik) memiliki peran yang begitu dominan dan strategis dalam membina dan
mengembangkan wawasan, penguasaan, dan keterampilan menggunakan bahasa kebangsaan.
Oleh karena itu, melalui seminar ini diharapkan akan makin tumbuh dan terbina pembagian
tugas yang bertanggung jawab di antara para ahli bahasa dan kalangan media massa sehingga
media massa tidak semata-mata dilihat sebagai bentuk industri pers yang hanya berorentasi
pada upaya mencari keuntungan secara bisnis-ekonomis, tetapi juga dipandang sebagai pilar
utama yang kokoh dari suatu bangunan citra bangsa yang salah satu misinya ialah
“menjunjung bahasa kebangsaan”.
Seminar Kebahasaan ini akan berlangsung selama dua hari. Menurut rencana, ada 11 buah
makalah yang akan disajikan dan dibahas. Selain itu, ada satu diskusi panel yang akan
menampilkan tiga orang pakar yang masing-masing mewakili ketiga negara anggota
MABBIM. Seusai seminar, Sidang Ke-36 MABBIM pada tanggal 5,6, dan 7 Maret 1997
antara lain akan menyusun dan menjadwalkan Rencana Kegiatan Lima Tahun Mabbim
(1998 – 2002). Kemudian, seperti telah disinggung tadi, pada saat yang bersamaan sekaligus
akan dibahas dan ditetapkan pada rencana kerja Mastera.
Mudah-mudahan kita semua tetap diberi-Nya kesehatan lahir batin dan ketetapan hati untuk
terus mewujudkan cita-cita, harapan, dan keinginan kita bersama dalam upaya menjunjung
bahasa kebangsaan kita masing-masing.
Kesempatan ini ingin juga saya gunakan untuk menyampaikan terima kasih dan penghargaan
kepada JKTBM Brunei Darussalam selaku tuan rumah dan penyelenggara Seminar
Kebahasaan, Sidang Ke-36 MABBIM, dan Sidang Mastera ini.
Akhirnya, izinkanlah saya memperkenalkan anggota perutusan Indonesia sebagai berikut:
Prof. Dr. Anton M. Moeliono, Parni Hadi, Sumita Tobing, Ph.D., Atmakusumah
Astraatmadja, Dr. Hasan Alwi, Dr. Hans Lapoliwa, M.Phil, Dr. Dendy Sugono, dan Dr.
Edwar Djamaris.
Terima kasih. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Bandar Seri Begawan, 03 Maret 1997
Dr. Hasan Alwi