siam siap

22
Siam Malaysia adalah merujuk kepada orang Malaysia yang etnik Thai .Mengikut politik, orang Siam Malaysia diakui sebagai bumiputera dan diberikan kedudukan mirip dengan Melayu, Kadazan-Dusun, Iban dan Portugis Melaka. Sejarah Siam di Semenanjung Tanah Melayu bermula apabila Kerajaan Siam zaman Rattanakosin (Bangkok) memperlihatkan pengaruh lebih jelas ke atas negeri Melayu di Selatan Pattani, Kelantan, Kedah, Perlis dan Terengganu. Penghantaran bunga emas, setiap dua atau tiga tahun sekali ke Bangkok sebagai tanda persahabatan dan kesetiaan. Bahkan perlantikan seseorang raja di negeri tersebut kecuali Terengganu harus disahkan oleh 'Maharaja Benua Siam'. Surat pengesahan dengan gelaran tertentu bersama alat kebesaran lain akan diberikan oleh Bangkok. Contohnya, setiap Sultan Kedah akan bergelar Phya Rithisongkramramphakdi Sri Sultan Kedah Ratnarathmunintrasurinthra Wiwongsa. Manakala bagi Phya Saiburi dan Raja Perlis pula Phya Visedsongkram Ramwillismara Phya Polis. Sultan Kelantan pula sebagai Phya Phipidphakdi Sri Sultan Phya Kalantan. Terdapat beberapa pegawai Siam ditempatkan di beberapa negeri tersebut dan bagi rakyat jelata Siam, negeri-negeri Melayu ini adalah negeri mereka juga. Mereka datang dalam bentuk kumpulan petani mencari kawasan subur untuk menetap dan diterokai sebagai kawasan pertanian. Sebagai rakyat biasa mereka tidak tertarik dengan urusan politik atau 'kerja raja- raja' walaupun kita pernah juga mendengar beberapa penglibatan penduduk Siam ini dalam perang saudara di Kelantan.

Upload: achik-noor

Post on 25-Oct-2015

73 views

Category:

Documents


19 download

TRANSCRIPT

Page 1: siam siap

Siam Malaysia adalah merujuk kepada orang Malaysia yang etnik

Thai .Mengikut politik, orang Siam Malaysia diakui sebagai bumiputera dan diberikan

kedudukan mirip dengan Melayu, Kadazan-Dusun, Iban dan Portugis Melaka.

Sejarah Siam di Semenanjung Tanah Melayu bermula apabila Kerajaan

Siam zaman Rattanakosin (Bangkok) memperlihatkan pengaruh lebih jelas ke atas

negeri Melayu di Selatan Pattani, Kelantan, Kedah, Perlis dan Terengganu.

Penghantaran bunga emas, setiap dua atau tiga tahun sekali ke Bangkok sebagai

tanda persahabatan dan kesetiaan. Bahkan perlantikan seseorang raja di negeri

tersebut kecuali Terengganu harus disahkan oleh 'Maharaja Benua Siam'. Surat

pengesahan dengan gelaran tertentu bersama alat kebesaran lain akan diberikan

oleh Bangkok. Contohnya, setiap Sultan Kedah akan bergelar Phya

Rithisongkramramphakdi Sri Sultan Kedah Ratnarathmunintrasurinthra Wiwongsa.

Manakala bagi Phya Saiburi dan Raja Perlis pula Phya Visedsongkram

Ramwillismara Phya Polis. Sultan Kelantan pula sebagai Phya Phipidphakdi Sri

Sultan Phya Kalantan.

Terdapat beberapa pegawai Siam ditempatkan di beberapa negeri tersebut

dan bagi rakyat jelata Siam, negeri-negeri Melayu ini adalah negeri mereka juga.

Mereka datang dalam bentuk kumpulan petani mencari kawasan subur untuk

menetap dan diterokai sebagai kawasan pertanian. Sebagai rakyat biasa mereka

tidak tertarik dengan urusan politik atau 'kerja raja-raja' walaupun kita pernah juga

mendengar beberapa penglibatan penduduk Siam ini dalam perang saudara di

Kelantan.

Serangan tentera Phya Taksin ke atas Nakon Si Thammarat dua tahun

selepas Phya Nakon (Hnu) mengisytiharkan kerajaan mereka (TM 1770)

memungkinkan rakyat jelata Siam melarikan diri ke negeri Selatan dan terus

menetap di sana. Hidup di bawah perlindungan raja-raja Melayu. Ada yang

mendapat sedikit sebanyak kedudukan atau kurniaan.Umpamanya Tok Merah Chu

Ding dijadikan Ketua Siam di Besut oleh Tengku Muda,Raja Besut (Terengganu)

dengan gelaran Tok Helang Merah. Kerajaan Siam zaman Bangkok menyaksikan

tekanan perluasan kolonialisme Barat dari segenap penjuru sempadannya. Siam

mula kehilangan wilayahnya iaitu Sipsong Panna, Sipsong Chuthai, Siamrap,

Page 2: siam siap

Batthabong kepada Peranchis. Kok Song di Tenaserim, kepada Inggeris dan TM

1909, melalui Perjanjian Bangkok, Siam menyerahkan Kedah, Perlis, Kelantan dan

Terengganu kepada Inggeris. Namun rakyat jelata Siam terus menetap di negeri

naungan British ini walaupun ada cerita lisan mengatakan hampir semua keluarga

Siam di Bukit Tempurong, Besut pulang ke wilayah Narathiwat, antara TM 1912 –

1915.

Masyarakat Siam Malaysia hari ini, semasa persidangan Dewan Negara pada

3 Disember 2001 dimaklumkan bahawa terdapat seramai 50,211 orang penduduk

keturunan Siam di negara ini. 38,353 orang merupakan warganegara Malaysia dan

Laporan Banci Penduduk dan Perumahan (1991) mendapati jumlahnya 36,184

orang .Dari laporan tersebut didapati orang Siam mendiami negeri bersempadan

dengan Thailand, iaitu Kedah, Kelantan, Perlis dan Perak. Pulau Pinang

Secara umumnya mereka merupakan penduduk luar bandar, terutama di

daerah Pendang, Baling, Padang Terap, Kubang Pasu dan Sik (Kedah), Tumpat dan

Pasir Mas (Kelantan) serta Pengkalan Hulu (Perak).Kehidupan budayanya tidak

banyak berbeza dengan saudara mara di Thailand (Selatan).

Asal orang-orang Siam Kelantan adalah tidak jelas kerana etnik Siam, tidak

seperti orang Cina, yang banyak mendapat perhatian semasa era kedatangan

imigran pada abad ke 18 dan 19. Mungkin kerana mereka tidak terlibat dengan

aktiviti sebagaimana aktiviti orang Cina seperti perlombongan emas, perniagaan dan

perdagangan. Berdasarkan tulisan Louis Golomb (1976: 15 & 16). Beliau telah

menggunakan pendekatan linguistik untuk mengesan asal-usul komuniti Siam di

Kelantan. Menurutnya, kepadatan petempatan Siambdan dialek Tumpat Tak-Bai

membayangkan mereka daripada punca yang sama. Berdasarkan pendekatan ini,

Golomb menyimpulkan kebanyakan penduduk Siam Kelantan berasal dari daerah

Tumpat-Tak Bai. Terdapat perbezaan dialek petempatan tepi pantai dengan

pedalaman . Sebenarnya dialek Siam Kelantan tidak merujuk kepada daerah Tak

Bai semata-mata, malahan merangkumi keseluruhan Wilayah Narathiwat. Menurut

Golomb lagi, penduduk asal merupakan sekumpulan orang muda yang di kenali

sebagai nakleng yang mengembara mencari kawasan pemburuan baru. Kajian ini

mempunyai persamaan dengan kajian Mohamed Yusoff (1993: 19) di Kampung Aril,

Page 3: siam siap

Jajahan Kota Bharu.. Menurut Mohamed Yusoff (1993: 18) kewujudan

perkampungan Siam di Kelantan tidak ada kaitan dengan polisi kolonial kerajaan

Thai. Walaupun, Kerajaan Thai mempunyai minat yang tinggi ke atas negeri

Melayu, tetapi ia bukan bertujuan mewujudkan kota-kota Siam, kerana tujuannya

menghalang pengaruh Burma dan Inggeris. Malahan, tidak ada bukti yang

menunjukkan perkampungan Siam dibangunkan atas perintah Bangkok (Kershaw

dlm. Mohamed Yusoff 1993: 18).

Berdasarkan kiraan Graham, tulisan sebelum penyerahan Kelantan kepada

British, orang Siam hidup dengan aman dan bahagia. Walaubagaimanapun, tidak

ada bukti pergerakan keluar daripada negeri atau akibat daripada ketidaksenangan

di bawah kawalan British. Kemungkinan yang selesa ialah Graham memasukkan

sekali bilangan etnik Siam di Thailand apabila sempadan Kelantan dan Thailand

ditetapkan pada tahun 1909.

Dari segi struktur masyarakat atau kelas sosial, kaum Siam di Kelantan

adalah biasa seperti kaum Melayu. Mereka tidak mempunyai kasta antara satu sama

lain. Kepentingan orang Siam biasanya dipegang oleh Naiban iaitu Ketua

Kampung dan Pegawai Luar Siam, yang berperanan sebagai orang tengah kepada

masyarakat Siam. Ketua Kampung yang lebih dikenali sebagai Naiban

bertanggungjawab mengetengahkan masalah-masalah yang dihadapi oleh

masyarakat Siam kepada pihak yang bertanggungjawab. Tetapi pada tahun 1960an

terdapat sebuah persatuan yang bertujuan menjaga kepentingan orang Siam di

Kedah dan Perlis ditubuhkan. Pada masa yang sama beberapa buah cawangan

parti politik ditubuhkan oleh orang Siam Kedah dengan tujuan untuk mengetahui dan

memahami selok belok politik Malaysia .Contohnya Kerajaan telah melantik Dato

Charern Intachat sebagai Ahli Dewan Negara, wakil orang Siam yang pertama pada

1996. Kini pada 30hb Februari 2002 Pn. Chun a/p Eam senator kedua menggantikan

Dato Charern.

Dari segi agama dan kepercayaan etnik Siam, masyarakat Siam masih lagi

berpegang kuat kepada fahaman animisme terutama percayakan hantu-hantu yang

menggangu kehidupan mereka. Oleh itu bomoh memainkan peranan penting di

dalam kehidupan mereka. Unsur-unsur animisme itu diamalkan bersama-sama

dengan amalan agama Buddha yang kuat dipegang oleh orang Siam. Contohnya

Page 4: siam siap

lelaki Siam dimestikan menjadi sami dan tempoh untuk menjadi sami terpulang

kepada seseorang individu. Semasa menjadi sami inilah ajaran-ajaran Buddha betul-

betul diamalkan. Kepercayaan masyarakat Siam banyak mempengaruhi kehidupan

orang melayu. Antaranya ialah dalam sistem kepercayaan penduduk Melayu

Kelantan terdapat beberapa elemen yang berasal dari luar sistem keagamaan Islam.

Oleh kerana agama Hindu dan Buddha mendahului kedatangan agama Islam,

beberapa elemen Hindu dan Buddha telah diserap ke dalam sistem kepercayaan

orang Melayu tempatan.

Tiga daripada elemen kepercayaan berbentuk magis, iaitu besi bat, air jampi

tok ca dan minyak mati dibunuh telah lama mempengaruhi persepsi kepercayaan

tradisional orang Melayu.Penyerapan tersebut berpunca daripada pertembungan di

antara budaya Siam dengan budaya Melayu, yang telah menghasilkan beberapa ciri

budaya Sanskrit. Besi bat dan air jampi tok ca berkait rapat dengan institusi

keagamaan Buddha, sementara minyak mati dibunuh berasal daripada sistem

kepercayaan Brahman (phram) yang juga menjadi sebahagian penting daripada

sistem kepercayaan orang Siam.

Penerimaan elemen Buddha dan Siam oleh orang Melayu Kelantan dapat

dilihat daripada beberapa sudut. Pertama sekali, penduduk Siam telah begitu lama

wujud di Kelantan terutama sekali dalam persekitaran sosial dan budaya Melayu di

luar bandar. Tidak hairanlah jika budaya Siam telah banyak mempengaruhi cara

hidup orang Melayu tempatan, seperti yang dapat di lihat dalam hal-hal yang

berkaitan dengan konsep semangat dan makhluk halus. Terdapat bukti yang

menunjukkan bahawa beberapa elemen dalam kedua-dua budaya Melayu dan Siam

mempunyai asal usul dan sumber yang sama yang saling mempengaruhi di antara

satu sama lain (Cuisinier 1936:2). Kehadiran masyarakat Siam juga telah

memberikan beberapa pilihan kepada masyarakat Melayu tempatan dalam

penggunaan kaedah magis bagi menangani masalah dalam hidup seharian mereka.

Keduanya, amalan sistem kepercayaan Buddha dalam satu ruang sosial yang

dikuasai oleh orang Melayu beragama Islam pada umumnya tidak menimbulkan

konflik budaya yang serius. Beberapa buah perkampungan Siam telah lama

dibangunkan di kawasan luar bandar di Kelantan semenjak lebih dari seratus tahun

yang lepas. Masyarakat Siam dapat mengamalkan agama dan budaya mereka

Page 5: siam siap

tanpa diganggu oleh mana-mana pihak meskipun terdapat beberapa batasan

tertentu. Di samping itu golongan biku dan biara, yang mewakili institusi keagamaan

Buddha, mempunyai sifat terbuka terhadap orang Melayu tempatan. Justeru orang

Melayu diberikan layanan baik jika mereka memerlukan bantuan perbomohan atau

perkhidmatan yang disediakan oleh pengamal magis dan pengamal ilmu perubatan

tradisional yang terdiri daripada dua golongan, iaitu golongan biku dan golongan

tuna biarawan.

Di Kelantan terdapat orang Melayu yang sering mengunjungi pengamal magis

Siam atau biku yang menjadi bomoh terkenal. Kunjungan tersebut adalah untuk

memperoleh rawatan bagi kes-kes penyakit yang gagal dirawat oleh pengamal

perubatan Melayu ataupun perubatan moden. Kunjungan itu boleh juga dianggap

sebagai usaha terakhir bagi mengatasi sesuatu masalah yang gagal diselesaikan

mengikut cara biasa. Kehadiran orang Siam telah memberikan orang Melayu

Kelantan alternatif lain dalam kaedah perubatan tradisional. Penerimaan alternatif ini

menjadi begitu meluas sehinggakan terdapat satu klasifikasi umum terhadap jenis

penyakit dari segi cara mengubatinya. Sesetengah penyakit dipercayai lebih sesuai

jika diubati oleh pengamal Melayu dengan menggunakan pendekatan Islam,

sementara beberapa jenis penyakit lebih berkesan jika ditangani oleh pengamal

bukan-Melayu, terutama oleh bomoh Siam dan biku.

Orang Melayu Kelantan menganggap ilmu perbomohan Siam itu sebagai satu

pilihan pragmatis di antara beberapa sistem magis dan perbomohan yang sedia ada,

termasuklah sistem yang ditawarkan oleh Orang Asli dan golongan bukan-Melayu

yang lain. Selain daripada kes-kes yang memerlukan rawatan istimewa, orang

Melayu juga mengunjungi pengamal magis Siam untuk mendapatkan bantuan bagi

menangani masalah laziman, iaitu masalah yang bukan semestinya bersifat luar

biasa. Daripada pengamal magis Siam mereka mendapatkan ubat pengasih, ubat

pembenci, tangkal pelindung diri dan pelbagai jenis bahan magis yang tergolong ke

dalam bidang magis gelap (sorcery atau manipulative magic).

Selain itu pengamal Siam dikunjungi bagi mendapatkan rawatan tradisional

bagi penyakit biasa, iaitu rawatan yang menggunakan ubat-ubatan dan ramuan akar

kayu serta bacaan ayat suci (parit) dan jampi mantera. Ada pula yang mengunjungi

biara dan menemui biku bagi mendapatkan rawatan ke atas penyakit yang

Page 6: siam siap

digolongkan sebagai penyakit kena buat orang, iaitu gangguan peribadi yang

memerlukan rawatan dalam bentuk curative magic. Bomoh Siam dikunjungi bukan

kerana tidak ada perkhidmatan yang sama yang diberikan oleh pengamal Melayu,

tetapi terdapat tanggapan umum bahawa ilmu perubatan Siam itu lebih berkesan

dan lebih kuat daripada sesetengah cabang dalam ilmu perubatan Melayu.

Dikatakan bahawa magis gelap Siam itu lebih berkesan dan lebih kuat daripada

magis Melayu kerana pengamal Siam menggunakan ramuan atau perkakasan yang

haram di sisi Islam, termasuklah patung Buddha, darah haiwan serta bahan-bahan

yang dianggap tidak suci dari segi Islam, seperti cemara babi hutan serta taringnya,

dan minyak yang diambil daripada mayat orang mati dibunuh.

Hakikatnya Kelantan memiliki kuil Buddha yang terbesar di Asia Tenggara.

"Wat Machimmaram" dibina oleh masyarakat Thai Kelantan dan kini sudah pun

bercampur dengan budaya Cina tempatan. Oleh itu senibinanya dikatakan

campuran pengaruh budaya Siam dan Cina. Kuil yang terletak di Tumpat Kelantan

ini merupakan Patung Buddha Duduk (Sitting Buddha) yang terbesar di Asia

Tenggara. Kuil yang mempunyai ketinggian 30 meter dengan lebar 47 meter ini,

menjadi salah satu lokasi pelancongan yang dikenali oleh ramai pelancong. Satu lagi

binaan yang juga terbesar di Asia Tenggara ialah Patung Buddha Tidur yang terletak

di Kampung Beruk (nama lama) atau Kampung Jambu (nama baru). The Sleeping

Buddha ini juga terletak di Daerah Tumpat, Kelantan dan diberi nama Wat

Photivihan.

Page 7: siam siap

Patung Buddha Duduk (Sitting Buddha) yang terbesar di Asia Tenggara. Kuil

yang mempunyai ketinggian 30 meter dengan lebar 47 meter

The Sleeping Buddha terletak di Daerah Tumpat, Kelantan dan diberi nama

Wat Photivihan. Ianya terbesar di Asia Tenggara.

Page 8: siam siap

Dari segi bahasa pula, lebih kepada bahasa jiwa bangsa. Bahasa turut

membentuk jati diri sesuatu tamadun masyarakat supaya terus kekal utuh

mempertahankan cara hidup dan budaya mereka. Lantaran itu, di mana saja, setiap

aktivis masyarakat seboleh-bolehnya akan memastikan bahasa khusus mereka

terus digunakan secara meluas.Begitu juga dengan masyarakat Siam di negara ini

yang melihat perkembangan bahasa Thai dalam komuniti mereka lebih penting

kerana ia bukan sekadar menjadi bahasa pertuturan tetapi lebih lagi apabila menjadi

satu bahasa rasmi dalam urusan keagamaan.Namun, masalah utama yang dihadapi

mereka ialah bahasa Thai sukar dipelajari secara pertuturan harian kerana terlalu

banyak pecahannya. Malah, ramai penutur bahasa itu dalam kalangan orang lama

tidak mahir menulis bahasa Thai. Lebih menyukarkan keadaan kerana tiada subjek

itu di sekolah rasmi. Justeru, bagi membolehkan bahasa itu tidak tenggelam dan

masih dituturkan dengan berkesan oleh semua lapisan usia, setiap wat Siam di

kebanyakan kawasan terutama di Kedah menubuhkan sekolah bahasa Thai yang

kini menjadi pendidikan formal kedua kepada pelajar Siam.

Pusat Pendidikan Bahasa Thai Wat Boonyaram di Padang Sira, adalah satu

contoh terbaik bagaimana perkembangan bahasa itu diperluaskan kepada semua

pelajar. Ia diasaskan Ketua Sami Kedah-Perlis, seorang anak tempatan, Phrathep

Mongkola Yan pada awal 1960-an.Penubuhan sekolah bahasa Thai di Wat

Boonyaram ketika itu selepas terdorong oleh kesedaran mahu mengembangkan

bahasa Thai kepada semua penduduk di sekitar Padang Sira. Perkara paling utama

penubuhan sekolah itu untuk membolehkan semua pelajar mendalami ajaran

Buddha kerana kebanyakan buku dan kitab agama ditulis dalam bahasa Thai.

Ketika itu, tumpuan kelas bahasa Thai terbuka kepada semua peringkat usia.

Ia bukan paksaan tetapi disertai ramai orang. Ketika itu, ramai sami tempatan

menjadi tenaga pengajar, namun kini kebanyakannya dikendalikan oleh sami dari

Thailand kerana sejak 20 tahun dulu, kurang anak tempatan berkeupayaan sebagai

pengajar. Kelas bahasa Thai di semua Wat Siam kini diadakan pada setiap Jumaat

dan Sabtu serta ada dua sesi iaitu pagi dan petang. Selain itu, jika ada cuti

persekolahan, sesi pengajarannya akan bertambah. Pendek kata, ia menjadi

sekolah kedua kepada pelajar Siam selepas belajar di sekolah kebangsaan. Dua

Page 9: siam siap

sesi setiap hari itu untuk tahap berbeza. Ada beberapa peringkat pengajian di situ

iaitu TADIKA tahap satu dan dua, darjah satu hingga empat dan kelas agama tahap

satu hingga tiga. Uniknya sistem pendidikan di situ ialah semua peringkat itu bukan

berdasarkan usia tetapi sesiapa yang tidak lulus dalam mana-mana peringkat tidak

layak untuk masuk ke peringkat seterusnya. Ia menjadikan ada pelbagai lapisan usia

dalam setiap peringkat pembelajaran.

Peperiksaan yang diduduki oleh pelajar di situ menggunakan modul ujian dari

Thailand dan selepas melepasi darjah empat di mana pelajar sudah menguasai

kemahiran membuat ayat dan mengarang dalam bahasa Thai, barulah dia layak

memasuki kelas agama. Ini kerana, selagi seseorang pelajar tidak menguasai

kemahiran mengarang, agak sukar untuknya mendalami agama yang pada

peringkat itu menuntut pelajar membuat ayat dan menjawab soalan berbentuk

subjektif yang disediakan majlis pendidikan wat Siam di Thailand. Enam tahap

bukan bermakna enam tahun pengajian. Ada yang memakan masa sampai lapan

tahun baru boleh masuk kelas agama. Ada pula yang tidak sampai enam tahun

kerana lompat kelas. Biasanya semua tahap itu termasuk kelas agama dapat

disudahkan sebelum usianya 17 tahun (tingkatan lima). Dalam sekolah bahasa Thai,

hanya dua perkara menjadi fokus iaitu bahasa dan agama. Tidak ada subjek lain.

Semua tahap peperiksaan pula ada sijil yang dikeluarkan Jabatan Pelajaran dan

Agama dari Thailand. Malah soalannya sama dengan yang digunakan di Thailand.

Memiliki sijil itu juga sebenarnya memberi satu kelebihan kepada pelajar itu kerana

ketika memohon kerja nanti, terutama pekerjaan yang berkaitan dengan sempadan

Thailand seperti Kastam dan Imigresen, ia akan dianggap satu bonus untuk

dipertimbangkan.Sebenarnya, penguasaan bahasa Thai ini bukan sekadar

menunjukkan mereka boleh bertutur tetapi sebagai petunjuk yang mereka juga

menguasai agama. Boleh dikatakan, sesiapa yang tidak kuasai bahasa Thai, tidak

juga menguasai agama kerana semua kitab dan pengajian agama dalam bahasa

Thai.Tiada paksaan memasuki kelas ini, tidak wajib tetapi sudah menjadi

tanggungjawab setiap keluarga untuk memastikan anak menyertainya. Menurut

masyarakat Siam agak janggal dan dipandang serong nanti oleh masyarakat jika

ada keluarga yang tidak menghantar anak ke kelas ini. Kelas bahasa Thai di Wat

Siam juga menjadi bukti kukuh menunjukkan betapa peranan pusat ibadat

Page 10: siam siap

masyarakat Siam itu tidak sekadar menjadi lokasi keagamaan tetapi dirangkum

bersama peranan memantapkan bahasa dan budaya serta aspek kesenian.

Namun, disebabkan lokasi Wat Boonyaram agak jauh dari beberapa

kampung lain, kelas bahasa Thai turut dibuka ke cawangan lain seperti di Pida

Lapan, Sanglang, Kodiang, Changlun, Guar Napai dan Guar Nangka. Di Wat

Boonyaram sendiri, kini ada 245 pelajar dalam pelbagai tahap.Yuran pengajian kelas

itu pula sangat rendah iaitu hanya RM60 untuk satu keluarga. Kos elaun guru pula

selalunya ditanggung oleh tabung Wat Boonyaram yang disumbang oleh

masyarakat Siam setempat. Wat Boonyaram kini mempunyai 13 guru yang

didatangkan dari Thailand dengan dua anak tempatan dan setiap sesi pembelajaran

diadakan selama tiga jam iaitu antara jam 8 hingga 11 pagi dan jam 2 hingga 5.30

petang.Walaubagaimanapun, Masyarakat Siam turut terpengaruh dengan bahasa

orang Melayu. Misalnya, beberapa perkataan Melayu seperti mata kucing turut

diadaptasi dengan sebutan Ta Meiu padahal bahasa Siam untuk buah itu lain.

Tumpuan bilangan masyarakat Siam ini lebih banyak tertumpu di negeri-negeri

seperti Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak.

OLeh itu, peranan wat sebagai pusat pembangunan dan pendidikan dalam

komuniti menjadi asas penting pembangunan sahsiah masyarakat Siam.Penduduk

memandang tinggi kepada institusi wat sebagai pusat pengajaran agama dan

pendidikan moral yang dapat menjadi benteng gejala sosial.

Pelajar etnik Siam tekun mengikuti kelas Bahasa Thai

di Wat Boonyaram Padang Sira.

Page 11: siam siap

Dalam konteks ekonomi, masyarakat Siam terutama di Kedah masih

menjadikan pertanian sebagai aktiviti utama dengan kebanyakannya mengusahakan

sawah padi dan menoreh getah.Dapat dilihat, sepanjang perjalanan memasuki

kampung Kubang Chenok, ia dihiasi pemandangan sawah padi yang terbentang

meluas selain kiri kanan jalan yang dilatari deretan pokok getah.walaupun masih

ramai bertani, perkembangan ekonomi dan cara hidup masyarakat Siam sudah

menampakkan perubahan ketara dengan kini semua orang sudah mampu memiliki

kereta dan mendirikan rumah selesa.Dahulu, 99 peratus orang Siam bertani.

Pendidikan juga tidak begitu diberi keutamaan. Kini, ia nyata berubah. Ramai sudah

jadi kakitangan kerajaan dan berpangkat besar. Ramai juga sudah masuk universiti.

Mungkin perubahan ini kerana sudah ada sekolah di kampung. Berbeza dengan

zaman dulu kerana kami terpaksa menumpang di wat Siam jika mahu mudah ke

sekolah. Kerana itulah orang Siam menganggap wat Siam sebagai pusat

perkembangan agama, pendidikan dan budaya. Meskipun orang Siam sudah

menunjukkan peningkatan dalam cara hidup dan ekonomi, tetapi persaingan dengan

bangsa lain sangat ketara kerana masalah kuota.Namun, sejak ada kejayaan yang

dicapai orang Siam sebelum ini seperti Bekas Pengarah Kastam Kedah, Datuk

Charern Intachat yang turut diangkat sebagai Senator Dewan Negara pertama

masyarakat Siam telah menjadi pencetus semangat komuniti ini.

Perubahan dan kemampuan masyarakat Siam untuk bersaing banyak

didorong oleh sikap utama masyarakat ini yang kuat bekerja dan berani meneroka

kawasan baru. Malah, hingga kini mereka masih gemar membeli tanah baru untuk

memperluaskan aset pertanian.Namun, masyarakat Siam agak ketinggalan dalam

aktiviti perniagaan. Ia mungkin disebabkan kurangnya peluang mereka

mendapatkan pinjaman dan tapak perniagaan berbanding masyarakat lain.Tidak

banyak peniaga besar dalam masyarakat mereka. Jika adapun, hanya perniagaan

kecil-kecilan. Bilangan yang lebih kecil menceburi sektor perniagaan kebanyakkan

sebagai pengusaha kedai runcit atau mekanik membaiki motosikal. Tidak ada satu

pun orang Siam yang mempunyai syarikat besar dan menjadi pengarah syarikat

yang tersenarai. Demikianlah kedudukan orang Siam di bidang ekonomi selepas 50

tahun merdeka.

Page 12: siam siap

Antara kekangan yang dihadapi dari segi ekonomi ialah orang Siam

majoritinya adalah petani. Tanaman getah, padi dan dusun adalah warisan tradisi

berzaman. Kebelakangan ini ramai juga mempunyai tanaman kelapa sawit. Kalau

dahulu kebanyakkan petani mengusahakan tanah nenek moyang atau tanah yang

diteroka. Pada masa ini mereka tidak ada lagi kawasan baru untuk diteroka. Ramai

petani kini menjadi penoreh getah upahan di ladang orang lain. Mereka

membahagikan hasil getah yang ditoreh dengan tuan empunya kebun. Di Kubang

Pasu dilaporkan masalah utama penoreh getah ialah kecurian yang semakin

berleluasa. Hampir semua penoreh getah mengaku bahawa tahi getah atau sekerap

mereka di curi. Keadaan ini di katakan semakin menganas sehingga ada yang

terpaksa tidur di dalam kebun untuk mengelak tahi getah atau sekerap mereka

dicuri. Malah ada yang menceritakan bahawa pencuri semakin berani. Pencuri

dilaporkan berani membawa cuka untuk mengeringkan susu getah didalam cawan

atau plastik yang baru ditoreh selepas penoreh pulang.

Penanaman padi kini semakin tidak ekonomi. Ini kerana sawah padi yang

dahulunya dimiliki oleh ibu bapa atau nenek moyang mereka terpaksa di bahagikan

dengan bilangan anak anak yang ramai. Tidak kurang juga generasi muda yang

terpaksa lari sektor pertanian kepada sektor lain yang tidak memerlukan kepakaran

yang tinggi. Pemandu lori dan bas persiaran menjadi pilihan ramai. Pekerja buruh

binaan kini terpaksa bersaing denagn pekerja Bangladesh dan Indonesia yang

sanngup menerima upah yang lebih rendah. Demikian juga pekerja kilang.

Page 13: siam siap

Sawah padi di Kampung Kubang Chenok yang diusahakan masyarakat Thai.

Masyarakat Thai yang membuka kedai runcit.

Masyarakat Siam di Kubang Chenok, Kodiang ramai bekerja sebagai penoreh getah sebagai mata pencarian.

Page 14: siam siap

Dari segi adat resam dan budaya pula , Kebanyakan orang Siam Malaysia

mengadakan hidup mirip dengan orang Melayu. Ini adalah terbukti khususnya di

kalangan orang Siam Kelantan. Seorang tidak dapat membezakan seorang Melayu

atau Siam jika mereka tidak didengari bahasa mereka sendiri. Satu-satunya tanda

berlainan di kalangan mereka adalah agama dan bahasa. Selain itu orang Siam

Malaysia adalah seperti Melayu oleh kerana mereka menutur loghat Melayu

tempatan yang fasih. Orang Siam Malaysia sering mendapat naungan dari kerajaan-

kerajaan negeri untuk kebaikan masyarakat mereka. Sering, kuil-kuil diberikan dana

murah hati dari kerajaan negeri.

Etnik Siam masih mengekalkan budaya bermasyarakat dalam komuniti

mereka dengan sentiasa bersama dalam kebanyakan aktiviti meskipun ada yang

dipisahkan oleh kefahaman politik berbeza. Meskipun begitu, tidak pernah timbul

sebarang masalah sesama mereka. Lebih unik, mereka boleh bercampur dengan

semua kaum lain terutama kebudayaan mereka yang dekat dengan Melayu dan

pembawaan agama yang sama dengan kebanyakan orang Cina. Kerajinan mereka

dalam bekerja, selain mengamalkan amalan tidak suka meminta-minta menjadikan

mereka mampu berdikari dalam komuniti minoriti itu. Budaya masyarakat Siam ada

banyak persamaan dengan masyarakat Melayu terutamanya. Antaranya

termasuklah menghormati tetamu, amalan bergotong-royong dan tidak memakai

kasut di dalam rumah. .Begitu jugalah dengan amalan memakai kain sarung dan

pelikat yang sudah menjadi identiti masyarakat Siam sejak zaman berzaman.

Memakai kain sarung bagi wanita atau kain pelikat bagi lelaki contohnya bukanlah

sesuatu yang dilakukan kerana asimilasi atau adaptasi kepada budaya Melayu

Kelantan. Ia sudah menjadi tradisi masyarakat Siam di Malaysia dan juga orang

siam di Thailand.Secara umum, pegangan agama Buddha dan adat resam seperti

ritual perkahwinan, kesenian dan kebudayaan masih kekal dipertahankan

termasuklah kepercayaan kepada bomoh.Perayaan besar seperti Loy Krathong

pada bulan November dan Songkhran pada bulan April masih disambut dengan

meriah sehingga ke hari ini.

Page 15: siam siap

Perayaan besar yang diberi nama Loy Krathong disambut oleh masyarakat

siam pada bulan November .Dikenali juga pesta Rahmat Cahaya. Loy Krathong

bermaksud Bunga Teratai yang dihanyutkan ke sungai.Penduduk tempatan

keturunan Siam mempercayai kewujudan tuhannya dan beranggapan perlu

berterima kasih kepadanya. Maka pada malam bulan purnama dalam bulan

November setiap tahun, mereka akan menghanyutkan Bunga Krathong ke sungai

bagi menunjukkan rasa terima kasih kepada Dewa Air .Misalnya Perayaan Loy

Krathong 2008 diadakan di Padang Mahkota. Program anjuran bersama Persatuan

Masyarakat Siam Kelantan, Majlis Tindakan Pelancongan Kelantan dan Jabatan

Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Kelantan itu bertujuan mempromosikan produk

pelancongan yang berasaskan kebudayaan pelbagai kaum negara ini. Kira-kira

15,000 masyarakat Siam di seluruh negeri hadir pada pesta berkenaan.

Pesta Loy Krathong disambut dengan meriah oleh masyarakat siam

Manakala Pesta Songkran pula, merupakan perayaan tahun baru tradisional

Siam. Masyarakat Siam di Kelantan turut menyambut perayaan tahun baru ini.

Perayaan ini juga dikenali sebagai pesta Songkran. Songkran disambut berdasarkan

kepada Kalendar lunar Siam iaitu pada bulan kelima semasa bulan purnama dan

jatuh pada hari kelima belas. Sekiranya mengikut kalendar masihi, pesta Songkran

ini disambut pada pertengahan bulan April. Pesta Songkran ini juga lebih dikenali

sebagai pesta mandi air iaitu mereka akan menyimbah air sesama mereka dan juga

kepada orang ramai. Kebetulan pesta Songkran ini adalah jatuh pada hari yang

terpanas dalam satu tahun. Dalam konteks, Negara Malaysia yang berbilang kaum,

Page 16: siam siap

kebudayaan dan adat resam, pesta Songkran menjadi simbol perpaduan,

kemakmuran dan keamanan dengan penyertaan pemimpin-pemimpin dan

masyarakat yang berbilang kaum. Semangat dan nilai-nilai murni yang sejagat

dalam Perayaan Songkran seperti berbudi bahasa, menghormati budi dan

penghargaan terhadap orang tua, bersopan santun dan bersyukur adalah nilai teras

pembentukan masyarakat Malaysia yang berbudi bahasa.

Budaya mempersembahkan makanan kepada imej Buddha di wat adalah

sebahagian daripada tanggungjawab masyarakat siam.Setiap minggu pada hari

tertentu yang telah ditetapkan dalam kalendar pihak wat, mereka akan melunaskan

tanggungjawab itu jika tidak bertembung dengan perkara yang lain.

Oleh itu ,walaupun banyak persamaan budaya antara masyarakat Siam

dengan melayu namun mereka tetap berpegang teguh dengan budaya dan adat

mereka.Penerapan unsur-unsur ini kepada golongan muda diambil berat.Contohnya

ada golongan muda yang tahu dengan tarian menorah dan makyung.

Adat masyarakat siam dalam perkahwinan

Budaya masyarakat siam yang berkain sarung

mempunyai persamaan dengan masyarakat melayu.

Page 17: siam siap