kemahiran berbahasa (siap)

88
KEMAHIRAN MENULIS Pengenalan tulisan :- Bahasa yang bertulis dengan lambang-Iambang bunyi. Seseorang akan dapat membaca hasil fikiran dan perasaan orang lain melalui butiran-butiran tulisannya. Mementingkan teknik dan akal kerana membaca tidak mungkin ada kalau tidak ada tulisan. Definisi kemahiran menulis :- Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1997) Menyatakan menulis merupakan proses penghasilan simbol- simbol grafik yang disusun berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan-perkataan dan seterusnya menjadi ayat. Pusat Perkembangan Kurikulum- Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat 1

Upload: muhammad-aizat

Post on 14-Jun-2015

4.708 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: kemahiran berbahasa (siap)

KEMAHIRAN MENULIS

Pengenalan tulisan :-

• Bahasa yang bertulis dengan lambang-Iambang bunyi.

• Seseorang akan dapat membaca hasil fikiran dan perasaan orang lain melalui

butiran-butiran tulisannya.

• Mementingkan teknik dan akal kerana membaca tidak mungkin ada kalau tidak

ada tulisan.

Definisi kemahiran menulis :-

Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1997)

• Menyatakan menulis merupakan proses penghasilan simbol-simbol grafik yang

disusun berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan-perkataan dan

seterusnya menjadi ayat.

Pusat Perkembangan Kurikulum-

• Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan

ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif yang

berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan

menggunakan ayat dramatis,tanda baca dan ejaan yang betul serta tulisan yang

jelas dan kemas.

• Menulis adalah proses memberi respons yang bertujuan memberikan reaksi

pada suatu perkara,hal dengan menggunakan perantaraan bahasa.

1

Page 2: kemahiran berbahasa (siap)

• Menulis adalah proses memberi respons yang bertujuan memberikan reaksi

pada suatu perkara,hal dengan menggunakan perantaraan bahasa.

Yahya Othman

• Kemahiran menulis adalah penyaluran ilmu,idea atau maklumat secara

bersistem dan ia mengambil kira aspek tujuan penulis,penggunaan

bahasa,audience dan gaya penulisan supaya dapat menggambarkan keadaan

alam dan kehidupan secara lebih menyeluruh

Don Byrne

• Menulis memerlukan usaha mental secara sedar. Ini kerana semasa menulis,

proses mengekodkan berlaku dalam fikiran penulis iaitu menterjemahkan

kandungan pemikiran ke dalam bahasa yang dapat di fahami.

Koh Boh Boon

• Menulis merupakan satu aspek yang penting.Sebahagian besar kegiatan belajar

memerlukan kecekapan merakamkan pengetahuan secara bertulis.Penulisan

merupakan kemahiran melahirkan idea dalam bentuk tulisan secara tersusun

dan logik.

Ishak Haron

• Beliau berpendapat, penulisan berkaitan keupayaan intelek dan mental penulis

dalam menggarap idea. Kemahiran pertama yang diperlukan bagi menulis ialah

kemahiran penulisan secara mekanis.

2

Page 3: kemahiran berbahasa (siap)

OBJEKTIF

Jangka pendek

• Membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan-perkataan dengan pantas dan

menyusun ayat-ayat dengan betul dan boleh difahami.

• Kanak-kanak dapat mengulang kaji pelajarannya dengan cara membaca tulisan-

tulisan.

• Membolehkan kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan dengan sempurna

dalam bentuk tulisan.

• Menanamkan minat suka menulis

• Menambah dan meluaskan pengetahuan dalam perbendaharaan kata,

perkembangan bahasa dan tulisan.

• Mendirikan asas menulis yang kukuh

Jangka panjang

• Memenuhi kehendak semasa.

• Memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, pengalaman dan perasaan.

• Meluaskan pengetahuan, pengalaman, perhubungan dan matlamat menerusi

penulisan.

3

Page 4: kemahiran berbahasa (siap)

Faktor yang mempengaruhi kemahiran menulis

Faktor luaran

• Bahan dan cara pengajaran.

Faktor dalaman

• Lahir dari diri pelajar sendiri.

Faktor lain

• Antaranya kurang perhatian, tumpuan,memori dan kesediaan ketika mula belajar

menulis

• Tidak diberi panduan betul.

Halangan kemahiran menulis

• Kaedah pengajaran yang tidak betul.

• Cara pelajar memegang pensil juga mempengaruhi.

• Guru kurang peka terhadap pembentukan huruf yang betul.

• Aktiviti asas menulis tidak dijalankan secara serius.

4

Page 5: kemahiran berbahasa (siap)

Jenis kemahiran menulis

Kemahiran menulis secara mekanis

• Melibatkan latihan pergerakan tangan, otot, jari dan sebagainya

• Penting dikuasai pada peringkat awal supaya murid dapat menulis dengan

kemas.

• Pelajar diperkenalkan huruf tanda bacaan dan lain-lain.

Langkah Kemahiran Menulis Secara Mekanis

• Latihan pergerakan tangan, otot dan jari

• Tunjukkan pergerakan tangan menulis di awangan, di pasir, di papan tulis dan

sebagainya.

• Melatih menulis unsur-unsur huruf perkataan dan gambar.

• Mengawasi tulisan murid tentang bentuk, saiz, tegak atau condong dan lain-lain.

• Melatih murid menulis cepat, senang dan kemas.

Kemahiran Menulis Secara Pelahiran Mental

• Biasanya dikuasai selepas pelajar menguasai kemahiran mekanis

• Contohnya membuat karangan melibatkan pernyataan pendapat atau

lain-lain.

5

Page 6: kemahiran berbahasa (siap)

Peringkat Mengajar Menulis secara Pelahiran Mental :-

• Menyalin dan meniru

• Menghasilkan semula

• Menggabungkan

• Penulisan berpandu

• Penulisan bebas

Peringkat kemahiran menulis

1. PRAMENULIS

Melatih otot-otot tangan dan jari serta kordinasi tangan dan mata

kepada murid-murid.

Aktiviti boleh dilakukan dengan pelbagai cara

2. PERINGKAT MENDIRIKAN ASAS (MEKANIS)

Dijalankan serentak dengan pengajaran bacaan.

Semasa menulis, murid digalakkan menyebut sambil menulis.

3. PERINGKAT UNTUK PELAHIRAN

• Mengajar murid menulis dengan bersih dan kemas dengan kepantasan

yang sesuai.

• Membolehkan murid-murid menulis dengan jarak yang sesuai antara

perkataan dalam ayat.

6

Page 7: kemahiran berbahasa (siap)

Contoh aktiviti pramenulis

Aktiviti membuat corak :

Aktiviti mewarnakan corak :

Aktiviti melukis secara menyerong atau menegak :

Latihan melukis bentuk geometri dan mewarnakannya

7

Page 8: kemahiran berbahasa (siap)

Contoh aktiviti peringkat mendirikan asas (mekanis) :-

1. Latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan terkawal.

2. Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris satu atau dua

3. Latihan membentuk lambang tulisan dengan cara yang betul

4. Menulis huruf mengikut urutan yang tetap

5. Menulis huruf yang tertinggal dalam ruang atau petak yang dikosongkan.

6. Menyalin perkataan dan ayat-ayat yang mudah.

Contoh Aktiviti Kemahiran Menulis Secara Pelahiran Mental.

• Mengisi silang kata.

• Mengisi tempat kosong dalam ayat

• Melengkapkan ayat dengan menambahkan rangkai kata yang sesuai

• Menuliskan ayat yang lengkap dengan perkataan yang diberi

• Memanjangkan ayat dengan menambahkan rangkai kata yang sesuai

• Membentuk ayat-ayat bagi menyudahkan cerita

• Menulis ayat-ayat berdasarkan gambar yang disediakan dan lain-lain.

8

Page 9: kemahiran berbahasa (siap)

Pemilihan bahan untuk kemahiran menulis

1. Buku latihan

Carta

Rajah

2. model

Transparensi dan overhead projector.

Kapur dan kertas bergaris dan tidak bergaris

Dan sebagainya.

Kesalahan biasa dalam tulisan :-

• Bentuk huruf tidak sama saiz.

• Jarak antara huruf tidak sama.

• Tulisan menjadi kotor.

9

Page 10: kemahiran berbahasa (siap)

• Kecondongan tulisan tidak sama.

Jenis-jenis penulisan :-

• Karangan terkawal

• Separuh terkawal

• Karangan bebas

• Karangan berpandu

Kaedah pengajaran kemahiran menulis :-

• Motivasi

• Persediaan

• Persembahan

• Perlaksanaan

• Penilaian

Proses kemahiran menulis

1. Pembelajaran tiga peringkat menulis

2. Mengajar tentang kedudukan badan,kertas dan pensel semasa menulis.

3. Mengajar teknik dan prinsip asas menulis huruf  10

Page 11: kemahiran berbahasa (siap)

4. Kenalpasti kesalahan murid.

5. Menyediakan pelbagai alat pembelajaran.

MAKLUMAT TAMBAHAN

KEMAHIRAN MENULIS CEPAT

11

Page 12: kemahiran berbahasa (siap)

12

Page 13: kemahiran berbahasa (siap)

KEMAHIRAN MENDENGAR

Mendengar merupakan salah satu daripada aktiviti yang penting. Aktiviti ini dijalankan

atau dilakukan pada peringkat kanak-kanak dan juga pada peringkat orang dewasa.

Barker (1971) telah menjalankan satu kajian terhadap kemahiran mendengar. Hasil

daripada kajian itu, beliau merumuskan bahawa dalam keadaan manusia sedar, 45%

digunakan untuk mendengar, 30% bercakap, 16% membaca dan 9% menulis. Ini

menunjukkan proses pendengaran berperanan penting dalam komunikasi. Burley-Alen

(1982) dalam kajiannya mendapati peratus mendengar bertambah sehingga 60% bagi

kehidupan pelajar sekolah menengah. Guru-guru menyatakan proses mendengar

merupakan proses paling utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Proses mendengar menjadi perkara utama bagi mahasiswa universiti. Ini kerana

proses pengajaran di universiti biasanya dilakukan secara kuliah dan pensyarah tidak

banyak memberi peluang kepada mahasiswa untuk mengemukakan pertanyaan.

Keadaan ini menggambarkan betapa perlunya seseorang mahasiswa mendengar

bersungguh-sungguh ketika sesi kuliah sedang berjalan.

13

Page 14: kemahiran berbahasa (siap)

Anderson et al.(1969) menjelaskan bahawa sebahagian besar daripada kaedah

pengajaran di universiti adalah dengan mendengar kuliah. Barker (1971 : I)

menyatakan bahawa proses pendengaran dalam pengajaran di universiti adalah antara

50% hingga 100%.

2.1 KONSEP KEMAHIRAN MENDENGAR

Proses mendengar adalah satu proses fizikal yang melibatkan telinga sebagai

alat penerima bunyi bahasa. Proses memahami pendengaran pula melibatkan proses

psikologi dan mental seperti pengamatan, kecerdasan dan pemikiran yang

disepadukan untuk membolehkan seseorang memahami apa yang didengar dan

melakukan tindakbalas yang sesuai.

Chuah (1987) menyatakan dengar adalah satu proses fisiologi yang

melibatkan sistem saraf pendengaran di otak tetapi mendengar adalah satu proses

yang lebih aktif, iaitu proses yang melibatkan bidang psikologi.

Dari segi kaunseling, mendengar yang terbaik adalah dengan mendengar

secara empati, mendengar dengan menjiwai apa yang didengar kerana daripada

situlah timbulnya celik akal. Apabila hal ini terhasil maka para pelajar akan mencapai

tahap nirwana kendiri, yang akhirnya dapat merealisasi dan menggunakan keupayaan

dan intelektual secara maksimum dalam proses pembelajaran.

Mendengar adalah

perbuatan yang menggunakan organ bersama-sama dengan saraf pendengaran di

otak. Tetapi perbuatan ini mesti dilatih dengan betul supaya proses pendengaran dapat

dilakukan dengan betul.

14

Page 15: kemahiran berbahasa (siap)

Devine (1981) menyatakan

bahawa dengan mendengar bukan sahaja menumpukan sepenuhnya perhatian tetapi

melibatkan motivasi dan keadaan fizikal emosi yang mempengaruhi proses

pendengaran itu sendiri.

Dakin

(1980:31) .......listening is one half of the process of communication.

Kemahiran mendengar

adalah satu proses yang melibatkan dua peringkat kemahiran. Peringkat pertama ialah

menerima dan membezakan bunyi-bunyi yang hampir sama. Peringkat kedua pula

ialah memahami bunyi bahasa yang bermakna seperti perkataan, frasa, klausa dan

ayat.

Kemahiran mendengar

merupakan gabungan segala yang didengar, difahami dan diingati.

Kemahiran mendengar

melatih seseorang individu untuk mendengar, mengenal bunyi bahasa, urutan

seterusnya berupaya untuk memahami.

Kemahiran mendengar

melatih seseorang untuk mendengar sekaligus mamahami pertuturan penutur dengan

baik. Hal ini secara tidak langsung dapat menjadikan komunikasi berlaku dengan

berkesan.

15

Page 16: kemahiran berbahasa (siap)

2.2 TUJUAN KEMAHIRAN MENDENGAR

Terdapat beberapa tujuan kemahiran mendengar. Antaranya ialah :

Mendengar untuk mendapatkan maklumat, fakta, data dan pengetahuan.

Contohnya seperti mendengar ceramah untuk mendapatkan pengetahuan.

Untuk menghayati keindahan bahasa dan

muzik. Misalnya dalam puisi. Bahasa yang digunakan begitu puitis, dengan itu

pendengar dapat menghayatinya melalui proses pendengaran yang baik. Manakala

mendengar untuk tujuan menghayati keindahan muzik pula bertujuan untuk menghayati

lirik-lirik lagu yang didendangkan.

Untuk mengetahui keadaan semasa.

Tujuan ini amat penting supaya kita tidak ketinggalan daripada mengetahui perkara-

perkara yang berlaku di sekeliling kita. Kita dapat mendengar perkembangan semasa

ini melalui media elektronik seperti radio dan televisyen.

Untuk mendengar penjelasan guru

tentang sesuatu. Tujuan ini amat penting bagi pelajar dan penuntut-penuntut di institut

pengajian tinggi. Mereka perlu mendengar dengan teliti setiap input yang diberikan

oleh guru mahupun pensyarah seperti penerangan tugasan mahupun ketika proses

pengajaran dan pembelajaran sedang berlaku.

2.3. FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEMAHIRAN MENDENGAR

Tedapat beberapa faktor yang mempengaruhi kemahiran mendengar. Antaranya ialah

faktor fizikal. Kanak-kanak normal mempunyai deria pendengaran yang semula jadi

sejak ia dilahirkan. Peringkat kemahiran ini berbeza antara seseorang. Ada yang

mempunyai pendengaran yang tajam dan ada yang sebaliknya walaupun mereka tidak

tergolong dalam cacat pendengaran.

16

Page 17: kemahiran berbahasa (siap)

Faktor yang kedua ialah faktor jantina. Terdapat perbezaan kemahiran

antara mendengar antara kanak-kanak lelaki dan perempuan, misalnya kanak-kanak

lelaki yang berumur antara 7-9 tahun lebih lemah kefahaman mendengar berbanding

dengan kanak-kanak perempuan yang sebaya dengannya.

Faktor yang ketiga ialah status sosioekonomi. Letar belakang keluarga,

termasuk kemudahan di rumah dan interaksi antara ahli-ahli keluarga mempengaruhi

kebolehan mendengar kanak-kanak. Latar belakang keluarga juga boleh

mempengaruhi emosi kanak-kanak. Kanak-kanak yang terganggu emosinya tidak akan

dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap apa yang didengar.

Fakor yang keempat ialah faktor bunyi. Semasa mendengar biasanya

seseorang itu diganggu oleh pelbagai jenis bunyi seperti bunyi bising yang boleh

mempengaruhi kebolehan mendengarnya.

Faktor yang kelima dan terakhir ialah faktor mental. Kemahiran

mendengar berkait rapat dengan daya pemikiran seseorang kerana sesuatu yang

didengar melalui deria telinga akan melalui proses mental untuk mendapat tindak balas.

Tahap pemikiran kanak-kanak akan mempengaruhi kecekapan mereka mendengar.

2.4 HALANGAN DALAM MENGUASAI KEMAHIRAN MENDENGAR

Terdapat beberapa halangan dalam menguasai kemahiran mendengar. Halangan-

halangan ini mungkin disebabkan oleh beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.

Antara halangan dalam menguasai kemahiran mendengar ialah kekeliruan

dalam membezakan bunyi. Murid-murid sepatutnya mempunyai kemahiran dalam

menentukan persamaan dan perbezaan bunyi yang didengar dan seterusnya dapat

memberi makna terhadap apa yang didengar. Kekeliruan dalam membezakan bunyi

akan menyebabkan pelajar tidak dapat memahami makna perkataan yang sebenar

tentang apa yang terkandung dalam ayat.

Halangan yang kedua ialah kelemahan dalam memahami apa yang didengar.

Jika seorang murid tidak memahami perkara yang didengarnya, ini akan

17

Page 18: kemahiran berbahasa (siap)

menyukarkannya untuk membuat tindakan terhadap perkara tersebut. Pelajar yang

lemah, terutamanya yang tidak memahami penggunaan penanda wacana yang

menjadi wahana penting dalam membentuk kesinambungan ayat akan menghadapi

masalah untuk mengaitkan apa yang didengar dengan makna keseluruhan ayat.

Halangan yang ketiga ialah tidak cekap dalam memproses maklumat.

Pendengar yang aktif mempunyai reaksi terhadap apa yang mereka dengar.

Maklumat yang didengar akan diproses dan disimpan untuk digunakan kembali.

Contohnya seperti semasa murid-murid mendengar pesanan guru supaya pesanan

tersebut disampaikan kembali kepada beberapa orang kawan mereka yang tidak

datang ke sekolah.

Halangan yang keempat ialah pertuturan yang terlalu cepat. Pertuturan yang

terlalu cepat ini akan menimbulkan masalah kepada pelajar untuk mentafsirkan makna

dan maklumat yang hendak disampaikan. Komplikasi ini menyebabkan murid-murid

sukar untuk memahami sepenuhnya makna berdasarkan ujaran yang didengar.

Halangan yang seterusnya ialah gaya pertuturan. Gaya pertuturan juga boleh

mempengaruhi kemahiran mendengar, sebutan, tekanan dan intonasi. Penggunaan

ciri-ciri suprasegmental yang kurang jelas semasa pembelajaran juga boleh

mempengaruhi gaya pertuturan seseorang. Salah satu cara untuk mengatasinya

adalah dengan menggunakan bahasa Melayu baku ketika bertutur. Selain itu para

penyampai maklumat terutamanya guru wajar merancang langkah-langkah yang

sesuai bagi mengatasi kemungkinan masalah kemahiran mendengar. Antara

perancangan yang harus dibuat ialah pemilihan bahan.

2.5 PROSES KEMAHIRAN MENDENGAR

Proses mendengar (hearing) ialah satu proses fisiologi yang melibatkan telinga

sebagai alat penerima bunyi-bunyi bahasa. Sungguhpun telinga merupakan alat asas

dalam proses mendengar, proses memahami pendengaran (listening) pula melibatkan

18

Page 19: kemahiran berbahasa (siap)

proses psikologi dan mental seperti pengamatan (perception), kecerdasan

(intelligence) dan pemikiran (thinking). Selain itu, kefahaman mendengar (listening

comprehension) juga akan dipengaruhi oleh minat dan tumpuan (concentration) yang

ada pada seseorang pendengar.

Sebagaimana Assuming that a speaker is making an effort to be heard and

understood, it is the responsibility of the listener to receive the communicator’s

message. Listening requires us to concentrate very hard on what is being said. Unlike

reading, in which we can go over a passage several times if needed in order to

understand it, listening has no built-in switch. Unless we are using a tape recorder, we

cannot play yang kita semua sedia maklum, proses mendengar dan memahami secara

berkesan bukanlah satu tugas yang mudah. Ini adalah kerana proses tersebut

memerlukan tumpuan dan penglibatan mental yang aktif daripada pendengar.

Menurut Hunt (1981 : 20) :

back what the speaker has said. Therefore, we must listen well to the message

as it is being presented.

Proses mendengar boleh dibahagikan kepada empat peringkat iaitu mendengar deretan

bunyi bahasa, memahami bunyi tersebut, menguasai makna beberapa deretan bunyi

dan bertindak terhadap bunyi.

Mendengar deretan bunyi bahasa ialah apabila seorang individu mendengar bunyi dari

unsur-unsur luar yang sengaja dihasilkan dengan maksud tertentu. Bunyi itu dapat

didengar setelah ia dapat dikesan dari mana arahnya. Pada peringkat permulaan

mendengar, hanya bunyi-bunyi yang jelas dan lantang sahaja yang dapat dikesan.

Setelah mendengar beberapa kali, barulah deretan bunyi itu dapat didengar secara

keseluruhan. Proses ini hanya ditujukan kepada individu yang mempunyai alat

artikulasi dan pancaindera yang normal.

Proses yang kedua ialah memahami bunyi tersebut. Sesuatu bunyi yang

didengar itu dikaitkan dengan maksud tertentu. Apabila deretan bunyi tersebut

didengarkan dan diikuti dengan tingkah laku tertentu daripada penutur, pendengar

19

Page 20: kemahiran berbahasa (siap)

akan menghubungkaitkan tingkah laku tersebut dengan deretan bunyi yang didengar

olehnya. Dalam erti kata lain, pendengar akan menghubungkaitkan benda yang

dimaksudkan, atau tingkah laku yang dilakukan dengan bunyi yang dilafazkan. Proses

ini yang berulangkali dilakukan lama-kelamaan akan menjadi kebiasaan kepada

pendengar.

Pada peringkat ketiga, pendengar perlu atau mesti menguasai makna beberapa

deretan bunyi. Ia dapat memahami persamaan erti dan perbezaan makna antara satu

deretan bunyi dengan deretan bunyi yang lain dalam bahasa yang sama. Misalnya,

bunyi yang menggunakan intonasi yang tinggi lagi keras menandakan perasaan

marah. Bunyi yang menggunakan intonasi lemah melambangkan tanda manja, sedih,

simpati dan sebagainya. Kesimpulannya, pendengar yang baik akan memahami dan

mengerti maksud setiap ujaran yang dilafazkan. Mereka bukan sahaja boleh

memahami malahan boleh juga membuat interpretasi daripadanya.

Peringkat yang terakhir ialah bertindak terhadap bunyi. Peringkat ini hanya

akan terlaksana setelah pendengar melalui peringkat-peringkat yang terdahulu iaitu

mendengar deretan bunyi, memahami bunyi tersebut dan menguasai makna beberapa

deretan bunyi. Ia berlaku apabila pendengar hendak membuat rumusan dan

keputusan. Pendengar akan bertindak untuk melakukan sesuatu yang wajar setelah

arahan dalam bentuk deretan bunyi bahasa dilafazkan.

2.6 JENIS-JENIS KEMAHIRAN MENDENGAR

Kemahiran mendengar boleh dibahagikan kepada dua iaitu mendengar secara intensif

dan mendengar secara ekstensif.

MENDENGAR SECARA INTENSIF

Mendengar jenis ini dilakukan melalui latihan dan aktiviti yang formal yang biasanya

dilakukan di bawah kelolaan dan pengawasan guru. Mendengar secara intensif boleh 20

Page 21: kemahiran berbahasa (siap)

dibahagikan kepada dua jenis. Jenis pertama menekankan kepada latihan yang

berpusatkan kepada kefahaman makna secara terperinci. Jenis yang kedua pula

menekankan kepada latihan mendengar bahasa yang dituturkan.

1. Latihan Berpusatkan Kepada Kefahaman Makna

Latihan yang berpusatkan kepada kefahaman makna secara terperinci boleh dijalankan

melalui pelbagai cara. Antaranya ialah :

I. Mendengar arahan

Murid-murid atau para pelajar mendengar arahan yang diberi dan bertindak balas

terhadapnya. Arahan itu boleh diberi oleh guru, ketua murid, guru besar, ketua darjah

atau rakan-rakan mereka sendiri. Biasanya, murid-murid yang dapat mendengar

dengan baik akan dapat memahami maksud yang didengarnya itu dengan cepat dan

dapat bertindak terhadapnya dengan segera. Murid-murid seperti ini dapat

menghasilkan sesuatu tindak balas secara tepat dan berkesan. Antara aktiviti yang

boleh dijalankan ialah dengan melengkapkan peta, membuat corak, mencari jalan

sesebuah bandar pada peta dan lain-lain.

II. Menjawab soalan kefahaman

Murid-murid mendengar soalan yang dikemukakan dan kemudian diminta mengenal

pasti jawapan yang diperlukan. Jawapan-jawapan tersebut kemungkinan berbentuk

fakta dan biasanya boleh diperoleh daripada petikan yang diberi. Pelbagai aktiviti boleh

dilakukan oleh murid-murid. Antaranya ialah memberi penerangan, memberi makna,

membuat huraian, menyatakan sebab, menjelaskan sesuatu, membuat taksiran,

membuat andaian interential dan memberi komen.

III. Mendengar untuk mendapatkan maklumat

Dalam latihan ini perhatian murid-murid lebih ditumpukan kepada bahagian-bahagian

tertentu daripada apa yang mereka dengar. Latihan ini amat baik untuk melatih murid-

murid mendengar dengan teliti maklumat-maklumat yang berkenaan sahaja dan

mengenepikan yang lainnya. Banyak aktiviti yang boleh dijalankan oleh murid-murid.

21

Page 22: kemahiran berbahasa (siap)

Antaranya ialah mendengar tentang rahsia kejayaan pelajar cemerlang, mendengar

daripada seorang jurujual mengenai sebuah kereta yang akan dibeli dan mendengar

arahan serta teknik-teknik yang diberikan oleh seorang jurulatih bola sepak serta

mendengar dan mendapatkan maklumat tentang aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh

orang tertentu dalam seminggu.

IV. Membuat ringkasan

Murid-murid mendengar petikan dan kemudian membuat ringkasan tentang apa yang

didengarnya. Petikan itu mungkin boleh dibaca atau dirakan terlebih dahulu. Murid-

murid diminta mencatat isi-isi penting ketika mendengar sesuatu petikan. Ringkasan itu

kemudiannya boleh disiapkan dalam bentuk laporan bertulis.

V. Menyelesaikan masalah

Murid-murid mendengar sesuatu masalah dan kemudian diminta berbincang dengan

rakan-rakan mereka untuk mengatasi masalah tersebut. Pada mulanya, mereka

diminta untuk mendengar masalah itu dengan teliti. Kemudian, merka perlu memahami

maksudnya dan mencari punca masalah tersebut. Selepas itu, murid-murid diminta

untuk membuat cadangan mengenai langkah-langkah untuk mengatasi masalah

tersebut. Kadangkala, murid-murid diminta memberi penerangan atau mentafsirkan

tajuk-tajuk rangsangan secara bernas dan logik. Misalnya “50 Tahun Malaysia

Merdeka, Terbilangkah Kita?”. Tajuk seperti ini boleh menggalakkan kemahiran

mendengar secara intensif.

2. Latihan Mendengar Bahasa Yang Dituturkan

Setelah murid-murid memahami dan boleh membuat andaian terhadap apa yang

didengarnya, guru boleh meneruskan ke peringkat seterusnya iaitu peringkat

memperincikan bahasa. Pada peringkat awal atau permulaan, murid-murid akan

didedahkan kepada bahasa-bahasa yang asli iaitu bahasa yang belum dipermudahkan.

Tujuannya adalah untuk meberitahu mereka bahawa mereka boleh menterjemah

sebahagian besar ciri-ciri bahasa walaupun pada hakikatnya mereka tidak memahami

22

Page 23: kemahiran berbahasa (siap)

apa yang diperkatakan. Selain itu, murid-murid dapat meningkatkan keyakinan diri

mereka terhadap pembelajaran bahasa di samping memberi mereka peluang

mendengar pelbagai bentuk bahasa.

Selain daripada belajar mengenal pasti laras dan tujuan bahasa itu

digunakan, guru juga boleh membimbing murid-murid mereka untuk mengesan

kesalahan-kesalahan yang terdapat dalam bahasa ketika bahasa itu dituturkan. Guru

boleh menarik perhatian perhatian murid-murid kepada aspek-aspek bahasa yang lazim

diperkatakan seperti sebutan, intonasi, jeda, nada, tekanan, gaya, bentuk dan struktur.

Kesalahan-kesalahan seperti ini secra tidak langsung dapat mengukuhkan kemahiran

bahasa lisan murid-murid.

MENDENGAR SECARA EKSTENSIF

Latihan mendengar secara ekstensif adalah latihan yang dijalankan setelah murid-

murid dapat menguasai kemahiran mendengar secara intensif. Mendengar secara

ekstensif ini bertujuan untuk meluaskan penguasaan bahasa secara keseluruhan dan

tidak lagi tertumpu kepada pengukuhan struktur tatabahasa atau yang seumpamanya.

Latihan mendengar secara ekstensif biasanya dilakukan melalui aktiviti lanjutan

daripada kemahiran mendengar yang telah sedia diperoleh.

BENTUK-BENTUK KEMAHIRAN MENDENGAR

Bentuk-bentuk kemahiran mendengar boleh dibahagikan kepada beberapa jenis.

Antaranya ialah :

a) Mendengar Secara Pasif

23

Page 24: kemahiran berbahasa (siap)

Mendengar secara pasif adalah peringkat kemahiran mendengar yang paling rendah.

Pada peringkat ini si pendengar biasanya tidak berupaya menangkap makna

keseluruhan ujaran yang dilafazkan dalam sesuatu pertuturan atau percakapan yang

didengarnya. Si pendengar juga jarang-jarang dapat memahami dan mengingati serta

menyebut semula perkara-perkara yang didengar itu.

Banyak perkara yang boleh mendorong kanak-kanak mendengar secara pasif.

Antaranya ialah mungkin kerana bahan yang diperdengarkan itu tidak menarik minat

mereka atau kerana bahan itu terlalu sukar untuk difahami dan tidak bermakna kepada

mereka.

b) Mendengar Secara Bertelau-telau

Mendengar secara bertelau-telau berlaku dalam kalangan pelajar bahasa kedua.

Kemahiran ini lebih tinggi tarafnya daripada kemahiran mendengar secara pasif.

Dalam kemahiran ini, pendengar biasanya kurang mampu mendengar dan menangkap

bahagian-bahagian ujaran tertentu dalam sesuatu pertuturan. Mereka tidak biasa

mendengar dan bertutur atau berkomunikasi dalam bahasa itu.

c) Mendengar Tanpa Tindak Balas

Mendengar tanpa tindak balas bermaksud pelajar-pelajar mendengar tetapi tidak

membuat sebarang tindakan selepas itu. Hal ini berlaku kerana si pendengar tidak

peka terhadap kata-kata yang diucapkan itu. Mungkin si pendengar tidak memahami

sepenuhnya hubungan makna di antara kata-kata dalam ayat-ayat yang diucapkan

menyebabkan mereka tidak memberi sebarang reaksi sama ada marah, sedih, simpati

atau sebagainya.

d) Mendengar Secara Menebuk-nebuk

Hal ini berlaku dalam kalangan pelajar bahasa pertama. Pelajar hanya menebuk-

nebuk kata atau rangkai kata yang didengar dan mengambilnya untuk tujuan tertentu.

Pada peringkat ini, kemahiran mendengar bagi pelajar yang menuturkan bahasa itu

masih rendah.

24

Page 25: kemahiran berbahasa (siap)

Kemahiran mendengar secara menebuk-nebuk ini juga berlaku dalam kalangan

pelahar bahasa ibunda. Hal ini terjadi kerana mereka cukup pasti bahawa mereka

berupaya memahami dan menggunakan bahasa sendiri, walhal darjah kefahaman

mereka terhadap bahasa itu adalah pada peringkat yang masih lemah.

e) Mendengar Dengan Beremosi

Pada peringkat ini pendengar sudah mula mempunyai kemahiran dalam bahasa yang

dituturkannya. Hal ini kerana pendengar dapat merasakan sesuatu hingga

memberangsangkan emosinya. Mereka sudah boleh mendengar, memahami dan

bertindak terhadap ujaran tersebut.

f) Mendengar Secara Berhati-hati

Pada peringkat ini, seseorang itu perlu mendengar dengan teliti dan secara

bersungguh-sungguh. Si pendengar harus menumpukan pendengarannya terhadap

kata demi kata, rangkai kata demi rangkai kata dan ayat demi ayat di dalam sesuatu

percakapan itu. Tujuan mendengar dengan teliti setiap ujaran yang dilafazkan adalah

untuk menentukan supaya setiap butir perkataan yang dituturkan itu dapat difahami

dengan tepat dan betul.

g) Mendengar Secara Kritikal

Mendengar secara kritikal biasanya berlaku setelah seseorang itu dapat menguasai

kemahiran berbahasa dengan baik. Pada peringkat ini, kemahiran mendengar si

pendengar itu telah mencapai tahap yang tinggi. Dia boleh menentukan kesahihan

sesuatu fakta yang didengarnya.

h) Mendengar Dengan Pengamatan

Mendengar dengan pengamatan biasanya berlaku dalam kalangan pelajar yang sudah

boleh berfikir secara kritikal. Mendengar dengan cara ini akan lebih bermakna jika

proses mendengar itu berdasarkan kepada pengalaman si pendengar. Hal ini

membawa makna si pendengar akan lebih mudah memahami sesuatu ujaran yang

dilafazkan jika ujaran-ujaran itu ada pertalian dengan pengalamannya.25

Page 26: kemahiran berbahasa (siap)

I) Mendengar Secara Kreatif

Kemahiran mendengar secara kreatif adalah kemahiran yang paling tinggi dan menjadi

matlamat pengajaran bahasa lisan di peringkat mendengar. Pada peringkat ini, si

pendengar akan menggunakan daya kreatifnya untuk mencipta sesuatu setelah ia

dapat mendengar dengan baik sesuatu pertuturan. Hal ini membawa maksud ia dapat

memahami ujaran-ujaran yang dikemukakan kepadanya dengan baik. Ia juga boleh

membuat interpretasi, mengkritik dan membuat ulasan dan komen yang bernas serta

jitu.

Mendengar secara ekstensif lebih menekankan aktiviti mendengar secara

kritis dan logik. Murid-murid boleh menggunakan buah fikiran mereka untuk

memperdebatkan apa yang didengarnya itu. Kemungkinan besar murid-murid boleh

memberi komen daripada apa yang didengarnya atau melengkapkan sebuah cerita

atau mungkin juga mencari isi penting daripada sebuah tafsiran dan sebagainya.

Latihan mendengar seperti ini dapat membantu murid-murid memberi pandangan yang

baik mengenai sesuatu perkara dan sekaligus dapat menjadi pendebat yang baik

dengan mengeluarkan huja-hujah yang bernas.

2.7 PERINGKAT KEMAHIRAN MENDENGAR

Terdapat tiga peringkat kemahiran mendengar iaitu kemahiran permulaan, kemahiran

pertengahan dan kemahiran peringkat maju.

KEMAHIRAN PERMULAAN

Kemahiran-kemahiran permulaan peringkat kemahiran mendengar ialah mengecam

bunyi, mengajuk bunyi, memilih bunyi yang kasar atau bunyi yang indah, mendengar

dan menyebut perkataan, ayat, dan rangkai kata, mengecam makna perkataan,

melakukan sesuatu yang diminta atau disuruh, menjalankan perintah dan permintaan,

26

Page 27: kemahiran berbahasa (siap)

bertindak terhadap soalan yang mudah, memadankan perkataan dan ayat dan

mengingati perkataan dan ayat yang mudah secara tepat.

KEMAHIRAN PERTENGAHAN

Kemahiran mendengar peringkat pertengahan meliputi kemahiran-kemahiran

mengecam dan mengingati fakta dan butiran secara terperinci, mengenal maklumat

khusus, mengenal urutan, mengenal sebab-sebab dan akibat, mengenal situasi

( perhubungan orang yang berinteraksi )dan mengenal sikap dan perasaan oang yang

bercakap dan sebagainya.

KEMAHIRAN PERINGKAT MAJU

Kemahiran-kemahiran peringkat maju ialah mengenal isi-isi penting, mengetahui

fungsi-fungsi tekanan, mencari jalan mengatasi masalah yang didengar, mengikuti

aliran dalam dialog atau perbualan dan mentafsirkan tujuan penutur dan

menggunakan pelbagai struktur nahu.

2.8 PEMILIHAN BAHAN KEMAHIRAN MENDENGAR

Pemilihan bahan yang bersesuaian dalam proses merangsang kemahiran mendengar

dalam kalangan murid-murid terutamanya ketika proses pengajaran dan pembelajaran

sedang berlangsung amatlah penting. Pemilihan bahan yang sesuai akan merangsang

pendengaran murid untuk mendengar secara ekstensif.

Antara bahan yang boleh digunakan untuk merangsang pendengaran ialah

penggunaan media elektronik. Pemilihan bahan berkomputer dan media elektronik

yang lain seperti radio, televisyen, perakam video dan kaset boleh membantu proses

ulang tayang untuk tujuan mendengar kenyataan atau maklumat penting yang berkaitan

27

Page 28: kemahiran berbahasa (siap)

dengan isi pembelajaran. Mendengar dan melihat boleh meningkatkan pemahaman

pelajar dalam menghubungkannya dengan makna dan isi.

Selain itu guru perlu menggunakan bahan-bahan rangsangan pembelajaran

yang bersesuaian. Contohnya seperti menggunakan bahan berbentuk prosa sama ada

prosa tradisional ataupun prosa moden, bahan berbentuk puisi dan menggunakan

bahan grafik seperti kad-kad bergambar.

2.9 AKTIVITI KEMAHIRAN MENDENGAR

Aktiviti adalah salah satu perkara yang penting untuk memastikan murid-murid telah

dapat menguasai kemahiran-kemahiran bahasa dengan baik. Dalam kemahiran

mendengar juga terdapat beberapa aktiviti untuk menguji atau meningkatkan tahap

kemahiran mendengar setiap pelajar.

Antara contoh aktiviti yang dilakukan ialah mendengar dan menyebut perkataan.

Pelajar mendengar guru menyebut perkataan. Seterusnya pelajar dikehendaki

mengulangi perkataan yang disebut oleh guru berulang kali. Misalnya jika guru

menyebut perkataan ladang, padang, lantai, pantai, lali, lori, galah atau kalah, pelajar

juga perlu mengulang dan menyebut perkataan yang sama dengan guru. Hanya

pelajar yang menguasai kemahiran mendengar dengan baik dapat mengulangi

perkataan yang disebut oleh guru.

Aktiviti latih tubi pemintal lidah juga boleh dilakukan kepada para pelajar. Pelajar

diuji untuk menyebut perkataan yang hampir sama sebutannya berulang-ulang kali.

Ayat yang dibentuk berasaskan perkataan tersebut mestilah bermakna untuk

memaksimumkan kesannya. Contoh-contoh ayat pemintal lidah ialah pandang tandan

depan padang, dari darah dan nanah yang hanyir tumpah ke tanah, berat beras dua

belas kilo dan tulang temulang di atas belulang.

Aktiviti yang lain ialah memadankan perkataan dengan gambar. Murid diberi

kertas edaran yang mengandungi beberapa set perkataan yang mempunyai sedikit

28

Page 29: kemahiran berbahasa (siap)

perbezaan bunyi dalam suatu set perkataan. Guru menyebut perkataan itu dan murid

diminta memadankannya dengan gambar berkenaan. Contoh aktiviti tersebut adalah

seperti berikut :

Arahan kepada murid : Bagi tiap-tiap soalan kamu akan mendengar tiga perkataan.

Tuliskan huruf-huruf A, B atau C dalam ruangan di bawah gambar yang sesuai.

Soalan 1 :

A = buku

B = kuku

C = duku

Disamping itu, aktiviti mendengar untuk memahami dan melakukan tindak balas

juga boleh dilaksanakan. Pada peringkat ini, latihan diberi untuk menguji pemahaman

murid terhadap apa yang diperdengarkan dan seterusnya bertindak balas. Terdapat

beberapa aktiviti yang boleh dijalankan dengan , antaranya ialah :

I. Aktiviti mendengar yang memerlukan tindak balas ringkas.

II. Aktiviti mendengar yang memerlukan tindak balas yang lebih

lama.

III. Aktiviti mendengar sebagai asas untuk belajar dan perbincangan.

29

Page 30: kemahiran berbahasa (siap)

2.10 KAEDAH PENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR

Terdapat pelbagai kaedah pengajaran kemahiran mendengar. Tujuan kaedah

pengajaran kemahiran mendengar adalah untuk menarik Minat murid, mengekalkan

perhatian dan membangkitkan rasa ingin tahu. Antara kaedah pengajaran yang boleh

dilaksanakan dalam kemahiran mendengar ialah kaedah permainan bahasa, kaedah

bercerita, kaedah kuiz dan kaedah soal jawab.

Permainan bahasa adalah salah satu kaedah yang boleh digunakan dalam

pengajaran kemahiran mendengar.Penglibatan dalam permainan telah memberi

peluang kepada pelajar memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan

sebagai alat dianogstik. Kaedah ini juga banyak menggunakan kemahiran mendengar

para pelajar. Hal ini kerana kaedah ini melibatkan interaksi antara pelajar dan guru

yang memerlukan kepekaan pelajar untuk mendengar maklumat yang disampaikan

oleh guru. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran

berbahasa selain daripada kemahiran mendengar iaitu kemahiran bertutur, membaca

dan menulis.

Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan

dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya.

Hala tuju ini diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut

iaitu merangsang interaksi verbal pelajar, menambah kefasihan dan keyakinan,

menyediakan konteks pembelajaran, bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa

bosan dan bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan.

Selain itu, kaedah bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai

digunakan dalam pengajaran kemahiran mendengar kerana cerita merupakan sesuatu

yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Kaedah ini juga memerlukan pelajar

mendengar dengan teliti cerita yang sedang atau yang akan disampaikan oleh guru.

Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa juga dapat

30

Page 31: kemahiran berbahasa (siap)

disampaikan. Kaedah ini juga dapat meningkatkan penguasaan kemahiran bertutur,

membaca dan menulis dalam kalangan pelajar.

Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan,

kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan,

suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting dimana

ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan sekaligus

menghilangkan minat pelajar untuk mendengar.

Langkah-langkah yang boleh digunakan dalam persediaan teknik bercerita ialah

memiilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid.

Kemudian, disesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Kaji cerita

itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa. Frasa atau ayat-ayat penting dihafaz.

Guru perlu berlatih bercerita seolah-olah berada dihadapan murid-murid sekurang-

kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini. Guru hendaklah bercerita dalam

keadaan yang selesa. Guru juga boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar

atau alat bantuan mengajar yang lain. Kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat

yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan juga perlu

disediakan.

Kaedah kuiz telah diperkenalkan pada tahun 1940 di England melalui

Perbadanan Penyiaran British (B.B.C). Aktiviti kuiz bermula di negara ini setelah

dimasukkan dalam masa pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah Inggeris

dan diikuti di sekolah-sekolah Melayu. Tujuannya ialah supaya guru dapat

mengukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar mengenai topik-topik

tertentu. Pelajar juga dapat mengulangkaji sambil bergembira, dapat melupakan

permasalahan mereka dengan mengemukakan soalan-soalan secara teka-teki dan

dapat belajar kaedah cara berfikir yang baru.

Selain itu, ia juga membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu terutama

dari segi bentuk, makna dan penggunaan bahasa yang tepat. Terdapat dua bentuk

pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui teknik ini iaitu ia dijalankan secara

31

Page 32: kemahiran berbahasa (siap)

spontan pada peringkat permulaan, perkembangan dan penutup. Ini bermakna kuiz

dapat dijadikan sebagai aktiviti rangsangan, penggayaan, pemulihan dan pengukuhan.

Kuiz juga dijadikan sebagai aktiviti pertandingan meliputi pertandingan antara pelajar.

Pelajar perlu mendengar dengan teliti soalan yang dikemukakan oleh guru yang

bertindak sebagai pengacara supaya mereka dapat menjawab soalan dengan baik

sekaligus memerlukan mereka menguasai kemahiran mendengar.

Disamping itu, kaedah soal jawab juga boleh digunakan dalam kaedah

pengajaran kemahiran mendengar. Kaedah ini merupakan kaedah yang paling lama

dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan. Pemilihan kaedah ini bukan

kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan

interaksi guru dengan murid secara berkesan sekaligus dapat meningkatkan kemahiran

mendengar pelajar.

Kaedah ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang

berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang

sewajarnya. Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir disamping

dapat menguji dan menilai apa yang diajar serta memerlukan ketajaman mendengar.

Tujuan utama teknik soal jawab ialah untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid,

untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis, untuk

mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar serta

meningkatkan kemahiran mendengar para pelajar. Soalan yang terancang dan

bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di samping dapat

mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.

32

Page 33: kemahiran berbahasa (siap)

KEMAHIRAN MEMBACA

1.1 DEFINISI KEMAHIRAN MEMBACA.

Membaca bukanlah bermakna memindahkan tulisan kepada suara sahaja

bahkan menangkap makna dan memahami apa yang dibaca. Seseorang murid

yang boleh memindahkan tulisan kepada suara, jika tidak memahami apa yang

disuarakan maka murid itu tidak dikira pandai membaca.

Pumfrey (1977)

Satu proses pemikiran yang membina

Zulkefli Hamid (1994)

Ketika seseorang itu membaca ia sebenarnya sedang berkomunikasi secara

langsung dan sedar dengan bahan bacaannya.

33

Page 34: kemahiran berbahasa (siap)

Deboer dan Dallman

Membaca melibatkan pemahaman dan interpretasi idea tang dilambangkan

melalui penulisan.

Juriah Long (1990)

Pembaca yang cekap hanya memberi perhatian pada perkataan-perkataan

yang penting sahaja. Ia juga memberi tumpuan kepada kebolehan memproses

bagi mendapatkan makna dengan menggunakan strategi anlisis dan sintesis

dalam bacaan.

KPM (1998)

Para pelajar harus cekap membaca dan memahami pelbagai bahan dengan

kritis dan analitis.

KAMUS DEWAN

Membaca ialah suatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan mengetahui

sebutan perkataan mengikut penyukuan kata.

Satu proses kompleks yang perlu seseorang menguasai sub-kemahiran yang

berkaitan dengan asas-asas bacaan

Sebelum pelajar menguasai kemahiran membaca, mereka perlu menguasai,

mengenal huruf-huruf yang menjadi lambang kepada bunyi, mengenal sistem

ejaan dan mengetahui sebutan perkataan mengikut penyukuan kata.

1.2 OBJEKTIF KEMAHIRAN MEMBACA.

34

Page 35: kemahiran berbahasa (siap)

1.2.1 Tujuan Serta-merta

Tujuan serta-merta mempunyai tujuan muktamad yang berhasrat membolehkan

murid-murid membaca dan memahami. Tujuan serta-merta juga mempunyai

tujuan lain:

a) Untuk membolehkan kanak-kanak membaca dengan bunyi sebutan dan intonasi

yang betul.

b) Untuk membolehkan kanak-kanak membaca senyap tanpa merasa sebarang

gangguan.

c) Untuk mewujudkan sikap suka dan mahu membaca terus-menerus dan mencari

pengertian daripada yang dibaca.

d) Untuk menimbulkan minat mahu mambaca sebagai alat hiburan atau alat

pengisi masa lapang dan menambah pengetahuan.

1.2.2 Tujuan Lanjut

a) Sebagai alat penambah pengetahuan dan pengalaman setelah keluar dari

sekolah.

b) Mendapat bahan fikiran untuk dijadikan pandua hidup

c) Meluaskan fahaman serta membetulkan idea-idea yang salah.

d) Latihan untuk melahirkan fikiran dengan baik dan teratur.

e) Merapatkan lagi diri dengan masyarakat dan memudahkan untuk mengikuti

perkembangan sekeliling.

35

TUJUAN

MEMBACA

Tujuan

Serta-merta

Tujuan

lanjut

Page 36: kemahiran berbahasa (siap)

1.3 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEMAHIRAN MEMBACA

Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi kemahiran membaca. Antaranya

termasuklah perbendaharaan kata, pembantukan ayat atau jenis ayat dan panjang

pendek ayat serta perkataan. Penggunaan konsep-konsep, saiz dan stail cetakan,

penggunaan dan penyusunan bahan visual atau grafik, bentuk penulisan,

penyusunan idea atau isu minat membaca, dan pengetahuan latar pembaca

menjadi faktor penting.

Walaupun banyak faktor yang mempengaruhi kemahiran membaca, kebanyakan

penyelidik menjelaskan bahawa aspek penggunaan perbendaharaan kata dan

panjang pendek ayat merupakan dua faktor penting yang dapat menunjukkan tahap

membaca.

Di samping itu, daripada banyak faktor yang mempengaruhi membaca, minat,

dan pengetahuan serta pengalaman pembaca merupakan faktor-faktor yang tidak

dapat dikawal. Bahan x mungkin dapat menarik minat murid A tetapi menjemukan

murid B. dengan itu, kemahiran membaca x adalah rendah bagi murid B dan

rendah bagi murid A. Lazimnya, seseorang itu mendapati pembacaan sesuatu

bahan menyeronokkan kerana ia telahpun mempunyai pengetahuan dan

pengalaman lalu yang dapat dikaitkan dengan apa yang dibaca.

1.4 HALANGAN DALAM MENGUASAI KEMAHIRAN MEMBACA

1.4.1 Kelemahan dalam Memahami apa yang dibaca

Pelajar yang lemah, terutamanya yang tidak mengenal huruf, akan mengalami

kesukaran untuk membaca dengan lancar,

1.4.2 Kekeliruan dalam membezakan bunyi bacaan36

Page 37: kemahiran berbahasa (siap)

Murid seharusnya mempunyai kemahiran dalam menentukan huruf yang

dibaca.kekeliruan dalam membezakan huruf akan menyebabkan pelajar tidak

dapat memahami makna perkataan yang sebenar tentang apa yang dibaca.

1.4.3 Tidak cekap dalam memproses maklumat

Pembaca yang aktif mempunyai reaksi terhadap apa yang mereka baca.

Maklumat yang dibaca akan diproses dan disimpan untuk digunakan kembali.

1.4.4 Gaya bacaan

Gaya bacaan juga mempengaruhi kemahiran membaca.

1.5 PROSES MEMBACA

Membaca ialah suatu proses yang kompleks yang memerlukan beberapa

kemahiran tertentu dan merupakan interpretasi symbol grafik. Membaca

memerlukan seseorang mengenalpasti symbol dan hubungannya dengan makna

tertentu. Membaca juga adalah aspek bahasa dan komunikasi. Proses meletakkan

pembaca untuk berhubung atau berkomunikasi dengan sesuatu idea. Membaca

memerlukan penyampaian atau komunikasi mesej dan sistem bahasa (sistem

isyarat) untuk membolehkan mesej itu disampaikan.

Dalam proses membaca, sistem isyarat ialah symbol grafik. Membaca adalah

proses pancaindera. Pembaca mesti dapat bertindakbalas untuk membezakan

bentuk melalui penglihatan terhadap symbol grafik. Membaca juga ialah proses

mengenalpasti perkataan.37

Page 38: kemahiran berbahasa (siap)

1.6 JENIS-JENIS KEMAHIRAN MEMBACA

Terdapat empat jenis bacaan dalam kemahiran membaca dan dua cara

daripadanya sering dijalankan di sekolah-sekolah iaitu bacaan mekanis dan bacaan

mentalis. Jenis-jenis kemahiran membaca ialah:

Bacaan mekanis

Bacaan mentalis

Bacaan ekstensif

Bacaan intensif

1.6.1 BACAAN MEKANIS

Menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang,intonasi dan irama

mengikut gaya yang betul dengan menggerakkan alat-alat pertuturan.

1.6.2 BACAAN MENTALIS

Bacaan yang disuarakan dalam hati atau menukarkan isi bacaan kepada

maknanya tanpa mengeluarkan suara. Kelajuan bacaan senyap lebih pantas

daripada bacaan bersuara kerana beberapa perkara yang dilakukan dalam

bacaan bersuara seperti nada suara, sebutan yang jelas dan sebagainya tidak

diperlukan dalam bacaan senyap.

1.6.3 BACAAN EKSTENSIF

Bacaan meluas yang menekankan aktiviti membaca diluar kelas oleh murid

secara sendiri.

38

Page 39: kemahiran berbahasa (siap)

1.6.4 BACAAN INTENSIF

Bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembang kebolehan meneliti,

memaham dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat.

1.7 PERINGKAT KEMAHIRAN MEMBACA

Peringkat kemahiran membaca terdiri daripada enam peringkat iaitu:

Peringkat menyediakan murid

Peringkat prabacaan

Peringkat membaca secara mekanis

Peringkat membaca dan memahami

Peringkat intensif

Peringkat ekstensif

1.7.1 PERINGKAT MENYEDIAKAN MURID

Guru berperanan penting dalam meninjau keadaan murid-murid sama ada

bersedia untuk menerima pelajaran yang akan disampaikan. Pada peringkat ini,

guru perlu memberi perhatian kepada dua perkara yang dikira penting iaitu:

a) Perasaan murid-murid

b) Bahasa murid-murid

Perasaan murid-murid

Murid yang baru memasuki alam persekolahan mengalami perubahan pada alam

sekeliling. Murid mulai bimbang kerana terpisah dengan ibu bapa dan kawasan yang

berlainan dengan tempat tinggal mereka. Mereka hanya bergaul dengan rakan sebaya

yang belum mereka kenali. Guru perlu memahami kesulitan dan perasaan yang dialami

39

Page 40: kemahiran berbahasa (siap)

oleh mereka. Guru perlu menawan hati murid sehingga mereka menaruh kepercayaan

kepada guru, mula merasa perasaan kasih kepada guru dan tidak menganggap guru

sebagai orang asing. Guru harus bijak mengambil hati murid seperti menghiburkan

mereka dengan nyanyian, pantun kanak-kanak, cerita jenaka dan binatang, lakonan,

senaman dan kegiatan kumpulan yang menyeronokkan.

Bahasa murid-murid

Soal bahasa ini penting dalam melihat kebolehan dan keberanian murid-murid

bertutur dan berbahasa. Melalui bahasa, murid dapat menyatakan perasaan dan

fikirannya. Bagi murid yang belum lengkap pertuturannya, sebutan dan fahaman yang

belum sempurna akan menyusahkannya dalam proses membaca dan menulis. Oleh itu,

guru perlu mengambil tahu hal ini sedari awal sebelum proses pengajaran dan

pembelajaran bermula. Guru harus menyiasat tentang bahasa yang digunakan oleh

murid-murid khasnya bahasa yang akan digunakan dalam pelajaran bacaan.

1.7.2 PERINGKAT PRABACAAN

Pada peringkat prabacaan, perkara-perkara seperti asas bacaan

memerlukan kajian yang mendalam dan teliti daripada guru supaya pelajaran

yang disampaikan tidak membosankan murid. Hal-hal ini berhubung rapat

dengan alat bantu mengajar dan bahan bacaan yang sesuai. Guru perlu

menyediakan alat-alatan seperti kapur berwarna, papan magnet, kad-kad

imbasan yang telah bertulis, kad-kad perkataan suku kata dan ayat serta

gambar-gambar berwarna untuk menarik minat murid.

Peringkat prabacaan ini menekankan beberapa perkara penting:

a) guru perlu memastikan segala bahan yang hendak diajar hendaklah dipilih,

dikawal dan disusun dengan baik.

40

Page 41: kemahiran berbahasa (siap)

b) Guru mestilah mengajar perkataan-perkataan dan rangkai kata atau ayat

yang sesuai dengan murid pada peringkat prabacaan.

c) Guru perlulah menyedia alat-alat mengajar yang lengkap untuk menimbulkan

minat murid.

d) Isi pelajaran yang hendak disampaikan oleh guru mestilah berkait rapat

dengan pengalaman dab sesuai dengan perkembangan jiwa kanak-kanak.

e) Penggunaan gambar yang berwarna-warni untuk menarik hati murid dan

memberi galakankepada mereka.

f) Guru selalu memberi galakan dan bimbingan supaya dapat memupuk

semangat murid untuk terus belajar membaca.

Peringkat prabacaan ini juga merupakan:

Satu tempoh masa yang menyediakan murid untuk membaca

Penyediaan dilakukan dengan memberikan pengalaman, mengenal dan

mengecam sebelum membaca.

Murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang mendorong mereka

mempertingkat ketajaman penglihatan dan pendengaran,

Penekanan juga diberi untuk membolehkan murid membentuk kelaziman

membaca, dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah.

1.7.3 PERINGKAT MEMBACA SECARA MEKANIS

Pada peringkat ini, bacaan yang dibaca menggunakan sebutan yang jelas

dan terang dengan intonasi dab irama yang mengikut gaya membaca yang betul

dengan menggerakkan alat-alat pertuturan. Melalui peringkat ini, guru

memberikan satu petikan dalam satu masa khas untuk bacaan mengikut

kesesuaian kepada kebolehan dan umur murid. Selain itu, guru menjalankan

sesi soal jawab dengan murid dan membantu murid dari segi perkataan-

perkataan dan rangkai kata yang susah sama ada dari segi sebutan atau makna

perkataan itu. Di samping itu, guru juga boleh membaca dan murid-murid

menyemak bacaan guru atau guru membaca dan murid-murid mengikut bacaan

41

Page 42: kemahiran berbahasa (siap)

guru. Guru turut membantu murid dengan mengajar murid membaca secara

individu dengan bergilir-gilir danguru berbincang dan bersoal jawab dengan

murid-murid mengenai isi bacaan untuk menguji kefahaman murid. Ini boleh

dilakukan secara lisan atau bertulis.

Pada tahap ini juga, murid sudah boleh membunyikan huruf, suku kata,

perkataan, frasa dan ayat-ayat mudah. Murid-murid juga sudah boleh

membatangkan perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup

yang bermula dengan konsonan.

Tahap ini mempunyai beberapa perkara penting yang lain mengenainya:

a) kaedah membaca yang sistematik

b) Kesesuaian bahan bacaan

c) Alat Bantu yang sesuai dan pelbagai

d) Iklim bilik darjah

1.7.4 PERINGKAT MEMBACA DAN MEMAHAMI

Pada peringkat ini, bahan atau isi bacaan hendaklah sesuai dengan

peringkat umur dan kecenderungan murid. Guru perlu menyediakan soalan-

soalan yang mudah untuk kefahaman murid selain mengambil kira sebutan

suara dan kelancaran murid. Dalam hal ini, bacaan senyap amat digalakkan

supaya murid dapat melatih diri untuk menangkap maksud isi pelajaran yang

dibaca. Guru perlu memberi perhatian kepada perkara berikut iaitu memulakan

langkah membaca setelah murid-murid dapat membaca ayat-ayat ringkas dan

boleh mengecam perkataan, suku kata dan huruf. Guru harus memperbanyak

soalan yang munasabah untuk menguji kefahaman murid selepas membaca.

Teknik soalan yang membina dan mengikut prinsip-prinsipyang betul dan perlu

42

Page 43: kemahiran berbahasa (siap)

digunakan oleh guru untuk membina kefahaman murid serta menjalankan aktiviti

bacaan intensif dan ekstensif untuk latihan kemahiran membaca murid.

Kefahaman merupakan pelengkap kepada keperluan bacaan. Tanpa

kefahaman terhadap apa yang dibaca perlakuan bacaan itu tidak bermakna.

Pada tahap ini murid patut mempunyai keupayaan untuk:

Mengumpul maklumat dan makna daripada apa yang dibaca

Mentafsir dan menilai sesuatu dengan sepenuhnya tentang apa yang

dibaca.

1.7.5 PERINGKAT BACAAN INTENSIF

Peringkat ini memperkembang kebolehan dalam meneliti, memahami dan

mentafsir bacaan dengan tepat. Murid memerlukan bimbingan dan bantuan

penuh daripada guru dalam menggunakan peringkat peringkat kemahiran ini.

Guru hendaklan berbincang dengan murid mengenai bahan-bahan bacaan

intensif sama ada menganalisa atau dijadikan latihan asas untuk latihan-latihan

menulis. Murid-murid juga dibenar menggunakan kamus atau buku rujukan

tatabahasa pada peringkat ini. Guru perlu memastikan aktiviti di dalam kelas

ditukar setiap hari. Guru juga boleh mempelbagai soalan utuk bahan bacaaan

intensif iaitu bentuk objektif, bentuk salah betul, bentuk lisan ataupun bentuk

jawapan bertulis. Pada peringkat ini, segala kajian yang dilakukan pada bahan

bacaan intensif dibuat secara lebih mendalam.

1.7.6 PERINGKAT BACAAN EKSTENSIF

Peringkat ini adalah bacaan meluas yang menekankan aktiviti membaca

yang dilakukan di luar kelas. Bacaan ekstensif menitikberatkan aspek

pengukuhan asa bacaan, meningkatkan kepantasan membaca membina dan

mengukuhkan minat membaca dan kebolehan memetik isi-isi penting oleh murid.

Pada peringkat ini murid mendapat kepuasan, keseronokandan menambah ilmu

43

Page 44: kemahiran berbahasa (siap)

pengetahuan mereka. Peringkat bacaan ekstensif merupakan satu kegiatan

membaca yang dilakukan di luar kelas oleh murid tanpa bimbingan guru. Ia juga

merupakan bacaan yang membuat bahasa murid membaca sesuatu bahan

tanpa menghadapi kesukaran dan berasa seronok dan terhibur.

Selain itu, bahan bacaan ekstensif ini harus luas dan sesuai dari segi

perbendaharaan kata, umur, minat, jantina, pengalaman, sikap dan cita-cita

murid. Bahan bacaan ini juga harus diperoleh daripada bahan-bahan yang

berbeza.

1.8 PEMILIHAN BAHAN BACAAN

1.8.1 Menentukan Tahap Kesukaran

Pastikan bahan itu boleh dibaca dengan penggunaan kamus yang

minimum. Sekiranya murid terpaksa merujuk terlalu banyak perkataan

sukar di dalam kamus, dia cepat letih dan keliru apabila cuba

mencantumkan semua perkataan-perkataan baru yang diperoleh

maknanya dalam kamus.

Sekiranya murid baru mula membaca, cari bahan-bahan yang

disediakan khas untuk pembaca yang baru dengan membaca iklan-iklan

akhbar, keterangan dibawah gambar dan notis terutamanya apabila

bahan-bahan itu dibantu dengan bahan bergambar.

1.8.2 Memilih Tajuk Bacaan

Pilih tajuk bacaan yang biasa dengan diri murid. Kebiasaan dengan

suatu tajuk membantu murid lebih mudah meneka makna perkataan yang

jarang ditemui. Keadaan ini dapat mengurangkan jurang pengetahuan

bahasa. Pilih keratan akhbar yang pendek dan petikan majalah berkaitan

topik yang murid mempunyai sedikit pengetahuan mengenainya.

44

Page 45: kemahiran berbahasa (siap)

1.8.3 Bahan Yang Menarik Minat

Pilih bahan-bahan yang difikirkan mendatangkan minat supaya

terus membaca. Sekiranya didapati bahan yang dibaca itu menarik, murid

mungkin meneruskan bacaannya dan situasi ini menunjukkan sebahagian

daripada kejayaan murid.

1.9 AKTIVITI KEMAHIRAN MEMBACA

1.9.1 Aktiviti Peringkat Prabacaan

Menyesuaikan bentuk-bentuk yang sama

Memilih bentuk yang sama dan berbeza dari segi warna, bentuk dan

saiz.

Mengecam dan membiasakan diri dengan bentuk huruf.

Mengelaskan benda atau bentuk gambar mengikut kumpulan.

Menyusun benda atau gambar mengikut urutan.

1.9.2 Aktiviti Peringkat Bacaan Mekanis

Membunyikan huruf-huruf dalam perkataan.

Membaca perkataan bergambar.

Menyusun semula huruf yang diberi untuk membina perkataan

bepandukan gambar.

Membunyikan suku kata yang ditunjukkan.

Mengeja perkataan dan membaca ayat

Membatangkan suku kata terbuka dan suku kata tertutup dalam

perkataan.

45

Page 46: kemahiran berbahasa (siap)

1.9.3 Aktiviti Peringkat Membaca Dan Memahami

Menyusun dan memadankan gambar-gambar dengan perkataan-

perkataan yang diberi.

Menyesuaikan ayat dengan gambar yang diberi.

Membaca senyap sesuatu cerita untuk dibincangkan.

Menggambarkan isi bacaan yang dibaca dalam bentuk gambar rajah.

Menggambarkan bahan yang dibaca dengan memberi penerangan.

Menggambarkan cerita yang dibaca dalam bentuk lisan.

1.10 KAEDAH PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA

1.10.1 Kaedah Mengeja

a. Mengeja dan membatang suku kata seperti b, a,= ba; t, u= tu. kemudian

suku kata ini digabungkan menjadi perkataan.

b. Mengeja terus sesuatu perkataan seperti b, a, t, u = batu.

1.10.2 Kaedah Bunyi

a) Membunyikan suku kata dan menyambungkan dengan suku kata yang

lain, misalnya ba, tang,= batang

b) Membunyikan huruf-huruf dahulu, lepas itu menjadikannya suku kata dan

akhirnya perkataan. Misalnya, b (beh), a (ah) = ba.

1.10.3 Kaedah Huruf

a) Mengenal nama-nama huruf – a, b, c, d,- , z, vocal dan konsonan.

b) Di dalam Bahasa Malaysia yang dibunyikan ialah:

Vocal - a, e, i, o, u

Vocal dan konsonan – ba, be, bi, bu, bo

Diftong - ai, au, oi

46

Page 47: kemahiran berbahasa (siap)

c) Kemudian bunyi-bunyi itu disambung supaya menjadi suku kata, misalnya

ba + tu = batu.

d) Kemudian mengenal rangkai kata, ayat dan seterusnya diajar membaca.

1.10.4 Kaedah Pandang Sebut

Kaedah ini mementingkan dua perkara iaitu:

a) Membunyikan perkataan atau rangkai kata berdasarkan pengalaman

melalui gambar.

b) Membunyikan ayat melalui gambar yang ada cerita.

KEMAHIRAN BERTUTUR

Bertutur adalah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat-

alat sebutan (artikulator) manusia. Ia merupakan kemahiran berinteraksi dalam

suasana berbahasa. Kemahiran bertutur berlaku di peringkat produksi. Ia bukan dicipta

oleh pelajar tetapi ditiru dan diajuk. Oleh kerana itu, model-model yang diperdengarkan

haruslah model-model yang baik yang membolehkan pelajar-pelajar bertutur secara

berkesan.

3.1 KONSEP BERTUTUR

Pertuturan adalah gabungan daripada bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan. 47

Page 48: kemahiran berbahasa (siap)

Proses pertuturan berlaku di peringkat produksi. la berlaku setelah si penutur itu dapat

mendengar dan memahami dengan baik apa yang didengarnya. Individu banyak

belajar bertutur melalui pengalaman daripada kecerdasan otaknya. Kemahiran bertutur

dipengaruhi aspek fizikal, kesihatan, persekitaran, dan jantina. Pertuturan yang baik

boleh dikuasai dengan memberi tumpuan kepada aspek fonologi, struktur, intonasi dan

penguasaan sistem bunyi yang lain.

48

Objektif Kemahiran Bertutur

Kemahiran bertutur diajarkan untuk membolehkan murid bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam pelbagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan rakan-rakan, guru, ibu bapa serta dalam aktiviti perbahasan dan syarahan. Dalam menguasai kemahiran tersebut, guru haruslah memastikan murid boleh bertutur dengan betul dari segi sebutan, intonasi serta menggunakan perkataan dan ayat dengan tepat.

Page 49: kemahiran berbahasa (siap)

3.2 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERTUTURAN

Ada beberapa faktor yang boleh mempengaruhi pertuturan iaitu :-

a) Faktor Kecerdasan: Ini bermaksud kecerdasan otak yang dihubungkan dengan

kemampuan menghasilkan bahasa.

b) Faktor Kesihatan: Ini bermaksud jika seseorang kanak-kanak itu mendapat

sakit berlanjutan di masa kecil, penguasaan bahasa mereka akan terganggu.

Biasanya kanak-kanak yang lemah dan sakit tidak mempunyai kekuatan untuk

berfikir dan bercakap.

49

Pengajaran Dan Pembelajaran Bertutur Haruslah Membolehkan Murid:

Menyebut dengan jelas

Menyampaikan atau melahirkan pendapat peribadi

Menunjukkan arah

Bertemu ramah

Memberikan penerangan dan memberi alasan

Membina soalan untuk mencari maklumat

Bertukar-tukar pendapat dan maklumat

Melaporkan peristiwa dan member sesuatu huraian dengan tepat

Bertutur secara bertatasusila

Bertutur menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan pendengar dan situasi

Page 50: kemahiran berbahasa (siap)

c) Faktor Fizikal: Pertuturan biasanya terhasil daripada organ-organ vokal

manusia. Jika secara fizikalnya didapati organ-organ ini rosak atau tidak lagi

berfungsi maka sudah pasti kanak-kanak itu tidak boleh bertutur dengan baik.

d) Faktor Alam Sekeliling: Biasanya faktor taraf sosioekonomi dan perhubungan

keluarga boleh mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-kanak.

e) Faktor Jantina: Melalui kajian-kajian yang telah dijalankan didapati kanak-kanak

perempuan lebih dahulu bercakap daripada kanak-kanak lelaki. Ini disebabkan

oleh perkembangan jasmani kanak-kanak perempuan yang berkaitan dengan

urat saraf pertuturan mereka berlaku lebih cepat daripada kanak-kanak lelaki.

Faktor Dwibahasa: Kanak-kanak ekabahasa biasanya boleh bertutur lebih baik

berbanding dengan kanak-kanak dwibahasa. Ini

3.3 ASPEK-ASPEK PERTUTURAN

Ada beberapa aspek penting yang harus diberi perhatian dalam kemahiran

bertutur. Antaranya ialah sebutan, tekanan, mora, jeda, intonasi, nada, tatabahasa,

kelancaran dan laras bahasa.

i. Sebutan: Dari segi sebutan, murid-murid diajar mengenal huruf dan bunyi-bunyi

setiap huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat. Ini bertujuan

melatih mereka menyebut sesuatu dengan tepat dan jelas. Mereka juga harus

menyebut dengan betul mengikut bunyi, ejaan dan makna.

50

Page 51: kemahiran berbahasa (siap)

ii. Tekanan: Tekanan adalah cara menyebut perkataan, rangkai kata atau ayat

dengan memberikan tekanan pada tempat-tempat tertentu. Biasanya tekanan

dilakukan pada suku kata dan ia bertujuan untuk menandakan keras atau lembut

sesuatu pengucapan.

iii. Mora (panjang-pendek): Mora atau panjang-pendek adalah kadar sesuatu bunyi

itu dilafazkan. Konsepnya sama dengan 'harakat' dalam bahasa Arab. Unsur ini

biasanya tidak jelas dalam Bahasa Melayu dan kalau ada pun ia tidak

membezakan makna. Penggunaan unsur ini agak lebih ketara dalam Bahasa

Inggeris dan Arab.

iv. Jeda (persendian): Unsur ini disebut juga sebagai persendian. la digunakan

untuk memisahkan elemen-elemen linguistik seperti perkataan, rangkai kata,

atau ayat-ayat. Dalam sesebuah ayat yang diucapkan, jeda digunakan sebagai

hentian sebentar. Unsur ini boleh membawa makna yang berbeza jika ia

digunakan.

v. Intonasi: Intonasi adalah keadaan bunyi yang menaik atau menurun sewaktu

sesuatu ayat itu dilafazkan. la kadangkala disebut sebagai nada suara. Intonasi

ayat dalam bahasa Melayu biasanya tidak sama dan berbeza-beza mengikut

jenis ayat yang dituturkan. la boleh menaik, menurun, boleh mendatar dan

sebagainya. Ayat tanya biasanya mempunyai intonasi menaik di akhir ayat

manakala ayat penyata pula mempunyai intonasi yang menurun.

vi. Nada: Nada adalah keadaan bunyi yang menaik atau menurun sewaktu sesuatu

perkataan atau suku kata itu diucapkan. Dalam bidang muzik, kita dapati ada

lapan nada iaitu Do, Re, Mi, Fa, So, La, Ti, dan Do. Setiap nada ini mewakili satu

suku kata. Dalam bahasa Melayu, nada tidak bersifat fonemik. Kewujudannya

lebih ketara dalam Bahasa Cina.

51

Page 52: kemahiran berbahasa (siap)

vii. Tatabahasa: Tatabahasa adalah satu sistem, peraturan atau undang-undang

menggabungkan kata untuk membentuk ayat. Peraturan-peraturan ini

mempunyai kaedah dan formula tertentu. la terdiri daripada aspek fonologi,

morfologi dan sintaksis. Dalam bahasa pertuturan, walaupun lumrahnya aspek

tatabahasa tidak begitu dipentingkan tetapi untuk memperolehi kebiasaan

bertutur atau bercakap dengan baik dan berkesan aspek ini haruslah ditekankan.

viii. Kelancaran: Kelancaran bermaksud murid-murid boleh bertutur atau bercakap

dengan baik, kemas dan teratur. Waktu bercakap mereka tidak menghadapi

sebarang masalah dan tiada gangguan semasa percakapan itu berlangsung.

ix. Kefasihan: Kefasihan bererti murid-murid boleh bercakap bukan sahaja dalam

bentuk yang kemas, teratur dan lancar tetapi mereka juga boleh membunyikan

kata atau menyebut perkataan dan ayat-ayat yang dituturkan itu secara jelas dan

tepat. Mereka boleh bercakap seperti seorang penutur jati yang terpelajar.

x. Laras bahasa: Laras bahasa dalam konteks ini ialah murid-murid boleh

menggunakan bahasa dalam berbagai-bagai konteks, suasana dan situasi yang

sesuai. Tujuannya ialah supaya murid-murid boleh menggunakan bahasa itu

untuk tujuan-tujuan berkomunikasi secara berkesan.

f) disebabkan oleh gangguan-gangguan bahasa ibunda (pertama).

3.4 PERINGKAT-PERINGKAT KEMAHIRAN BERTUTUR

PERINGKAT AWAL

a) Melafazkan pengucapan bertatasusila.

b) Mengajuk perkataan dan ayat-ayat yang didengar.

c) Menyoal untuk mendapatkan maklumat .

d) Membuat teguran atau kenyataan mengenai sesuatu situasi.

52

Page 53: kemahiran berbahasa (siap)

e) Menyoal soalan-soalan mudah berdasarkan situasi-situasi tertentu.

f) Bertindak terhadap soalan-soalan mudah.

g) Memberi arahan.

h) Membuat ayat-ayat mengenai diri sendiri, rakan, ibu bapa dan sebagainya.

i) Membuat ayat-ayat daripada gambar-gambar.

PERINGKAT PERTENGAHAN

a) Membuat deskripsi tentang objek atau gambar.

b) Bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar-gambar bersiri.

c) Mendeskripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa.

d) Memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu.

e) Menyoal dan menjawab soalan-soalan berhubung dengan peribadi seseorang,

masa bersekolah, persekitaran, di rumah dan sebagainya.

f) Membaca iklan dan peraturan-peraturan.

g) Memberi ucapan pendek dan mudah.

h) Mengambil bahagian dalam perbualan mudah.

i) Memberi komen secara mudah.

j) Membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan secara mudah.

PERINGKAT MAJU

a) Mendeskripsi sesuatu peristiwa, kejadian, pengalaman, objek, permainan,

proses dan sebagainya.

b) Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya.

c) Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau dialog.

d) Bertanya untuk mendapatkan maklumat.

e) Menerangkan proses, kejadian, prosedur dan peraturan.

f) Memberitahu arah atau hala sesuatu tempat.

g) Memberi ceramah dan syarahan (yang disediakan).

h) Mengambil bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum, perbincangan, seminar

53

Page 54: kemahiran berbahasa (siap)

dan lain-lain.

i) Mengambil bahagian dalam drama atau lakonan.

j) Mendeklamasi puisi.

k) Menyampaikan komen, laporan atau ulasan.

l) Mengkritik cerpen, pendapat, puisi, novel dan sebagainya.

3. 5 Pemilihan Bahan Kemahiran Bertutur

Guru boleh memilih alat atau bahan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kriteria

yang berikut;

a) Bahan yang sedia ada

b) Kesesuaian dengan objektif pengajaran

c) Keberkesanannya.

Alat atau bahan bantuan mengajar boleh dibahagikan kepada tujuh kategori iaitu;

a) Guru, Murid dan Bilik darjah

Gerak laku guru dan murid boleh dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk membantu

Proses pengajaran dan pembelajaran, misalnya;

i. Guru menaikkan dan menurunkan tangan kanan atau menggerakan

kepala bagi menunjukkan perbezaan intonasi dalam pertuturan.

ii. Guru menunjukkan cara membunyikan sesuatu sebutan

iii. Guru menggunakan papan tulisuntuk mencatat perkataan atau frasa yang

perlu digunakan oleh murid apabila bertutur.

b) Objek Sebenar

54

Page 55: kemahiran berbahasa (siap)

Objek yang biasa digunakan sehari-hari boleh dijadikan alat dan bahan

pengajaran yang berkesan, untuk membolehkan murid;

i. Mengaitkan konsep dengan bunyi, contohnya, bunyi pelbagai kenderaan,

mergastua dan air dengan menggunakan alat audio seperti radio dan pita

rakaman.

ii. Mengaitkan situasi dengan pertuturan sebenar yang sedang berlaku.

Contohnya, pertuturan sekumpulan manusia di stesen bas berbeza

dengan pertuturan di pasar. Contoh ini boleh ditunjukkan atau didengar

melalui alat audio dan visual seperti television, video, filem dan

transperansi.

iii. Bahan sebenar seperti tiket bas, menu, butang baju pelbagai warna dan

saiz, buku, majalah, kalendar dan borang adalah bahan yang boleh

digunakan secara kreatif sebagai bahan bertutur.

c) Gambar

Guru digalakkan mempunyai fail untuk menyimpan gambar yang boleh

digunakan dalam pengjaran dan pembelajaran bertutur. Sama ada gambar

tunggal atau gambar bersiri boleh digunakan sebagai bahan rangsangan untuk

murid-murid bercerita, berlakon, berpuisi dan berdialog. Gambar-gambar yang

digunakan hendaklah sesuai dari segisaiz, terang dan jelas.

3.6 AKTIVITI-AKTIVITI BERTUTUR

Aktiviti lisan seperti perbualan, dialog, lakonan, wawancara, temuramah atau

temubual dan lain-lain seumpamanya adalah bentuk-bentuk aktiviti yang membolehkan

murid-murid mengamalkan atau menggunakan bahasa dalam bidang komunikasi yang

paling dekat dengan situasi kehidupan sehari-hari.

55

Page 56: kemahiran berbahasa (siap)

Latihan sebutan, penggunaan tatabahasa dan ciri-ciri prosodi dapat dipraktikkan.

Aktiviti-aktiviti di atas bolehlah dijadikan rangsangan atau model aktiviti lisan sebagai

aktiviti lanjutan di dalam kelas.

1. Aktiviti Perbualan

Guru menjalankan aktiviti perbualan sebaik-baiknya berdasarkan sesuatu tajuk.

Kemungkinan tidak semua murid akan dapat peluang berbual dengan guru tersebut,

oleh kerana itu bolehlah guru menyusun atau meminta murid-murid sendiri memilih

kawannya.

Dalam masa perbincangan dengan guru, tidak semestinya murid itu sendiri yang

menceritakan hal dirinya atau keluarganya atau lain-lain mengikut tajuk yang telah

ditetapkan tetapi murid yang dilawan berbual itu akan menceritakan semula apa yang

telah diceritakan oleh rakan bualannya itu.

Ketika murid bercerita atau selesai bercerita, guru menyusun strategi: -

1. Guru menyenaraikan isi-isi yang telah disebutkan oleh murid-murid dalam

perbualan itu.

2. Pilih satu daripada isi penting yang terdapat dalam senarai itu untuk

dibincangkan dengan secara lebih mendalam. Sebaiknya guru merancang tajuk

dan jika tajuk itu tidak disebut oleh murid, guru bolehlah kemukakan soalan

yang boleh menerbitkan tajuk yang dirancangkan itu.

Contoh:

Tajuk: Pekerjaan bapa saya sebagai Ketua Pejabat Pos

i. Kemukakan beberapa soalan yang boleh menerbitkan hal-hal yang berkaitan

dengannya. Misalnya, gelaran atau panggilan kepada pekerja di bahagian-

56

Page 57: kemahiran berbahasa (siap)

bahagian tertentu seperti posman, kerani, penjual setem, juruwang, penerima

bungkusan dan lain-lain lagi.

ii. Guru siapkan juga benda-benda yang diperlukan ada di pejabat pos seperti

setem, bungkusan-bungkusan, surat, gam, buku simpanan wang, borang

telegram dan sebagainya.

iii. Guru boleh membina sebuah pejabat pos olok-olok di dalam kelas:

Letakkan semua label di kaunter-kaunter yang berkenaan, seperti setem,

telegram, bungkusan dan lain-lain.

Letakkan murid sebagai pekerja di tiap-tiap kaunter.

Tetapkan murid-murid yang akan memegang peranan sebagai pembeli,

penghantar surat, penghantar bungkusan dan sebagainya.

Tetapkan perbualan-perbualan yang dikehendaki misalnya: -

Minta beli setem.

Bertanyakan harga setem.

Minta borang telegram.

Hendak menyimpan wang.

Hendak mengeluarkan wang dan sebagainya.

iv. Perkenalkan barang-barang yang hendak digunakan itu seperti setem dengan

harga-harganya (misalnya 5 sen, 10 sen, 20 sen, 75 sen, $1.00) dan seterusnya

setakat yang sesuai dengan pengetahuan membilang dan mengenal angka yang

telah sedia ada pada murid-murid.

v. Bincangkan bentuk dan ragam ayat yang hendak digunakan.

57

Page 58: kemahiran berbahasa (siap)

vi. Daftarkan di papan hitam atau kad imbasan perkataan-perkataan yang

diperlukan dalam aktiviti yang akan dijalankan.

vii. Mengadakan latihan menggunakan ayat-ayat yang hendak digunakan di dalam

aktiviti itu.

viii. Menggunakan ayat-ayat di atas dalam situasi sebenar di pejabat pos tadi.

ix. Minta tiap-tiap orang murid yang telah mengambil bahagian tadi menceritakan

semula apa yang telah dibuatnya di pejabat pas sebentar tadi.

x. Guru boleh bersaal jawab dengan murid-murid lain yang mengambil bahagian

tentang apa yang telah dilakukan oleh rakan-rakan mereka sebentar tadi.

xi. Guru boleh menyediakan dialog pendek sebagai rangsangan pelajaran lisan

untuk aktiviti selanjutnya.

Aktiviti lisan seperti ini boleh juga dijalankan dengan menggunakan tajuk-tajuk

seperti pasar, kedai makan, kedai buah-buahan, kedai buku dan kedai runcit.

2. Aktiviti Bercerita

Dalam pengajaran lisan, bercerita memainkan peranan yang penting, bukan sahaja di

kalangan kanak-kanak malah juga di kalangan orang-orang dewasa.

o OBJEKTIF BERCERITA

a) Menyuburkan daya imaginasi kanak-kanak:

Kanak-kanak boleh secara imaginasi memasuki alam cerita tersebut dan

menggambarkan seolah-olah mereka yang terlibat. Misalnya, menjadi

angkasawan, gergasi dan haiwan.

58

Page 59: kemahiran berbahasa (siap)

b) Membina rasa hati:

Dalam cerita sering didapati watak-wataknya menemui kejayaan atau

mengalami bahaya-bahaya yang menyebabkan penderitaan. Keadaan ini

dapat membantu dalam perkembangan emosi kanak-kanak. Sikap mereka

terhadap manusia, pendapat-pendapat, perkara-perkara dan lain-lain dalam

kehidupan secara am boleh diubah dengan cara guru membawa mereka

kepada tema cerita itu.

c) Menyuburkan akal dan kecerdasan murid-murid:

Semasa cerita disampaikan, minat dan rasa hairan murid-murid

dibangkitkan. Mereka digalakkan menyoal, mengemukakan pandangan dan

memberi komen terhadap peristiwa dan watak-watak dalam cerita tersebut.

Aktiviti ini boleh diikuti dengan perbincangan selanjutnya.

d) Menggalakkan perkembangan bahasa murid-murid:

Dengan cara memperkenalkan perkataan-perkataan baru, ayat, peribahasa,

teka-teki dan sebagainya perbendaharaan kata murid-murid boleh

diperluaskan.

e) Asas untuk pendidikan agama:

Ada sesetengah cerita mempunyai pengajaran atau contoh yang baik.

Melalui cerita-cerita seperti ini, terutama cerita-cerita yang mengandungi

pendidikan moral dan akhlak, tingkah laku dan sikap yang baik akan dapat

disemai di kalangan murid-murid.

o PRINSIP-PRINSIP BERCERITA

Cerita harus mempunyai tema yang sesuai dan bermakna cerita dari segi tema atau

jalan cerita, bahasa dan lain-lain hendaklah bersesuaian dengan umur, latar belakang

dan pengalaman murid-murid.

a) Cerita harus menggunakan bahasa yang sesuai. lni bermaksud bahasa perlulah 59

Page 60: kemahiran berbahasa (siap)

mudah, tepat dan jelas serta tidak mengandungi perkataan atau rangkai kata

yang boleh mengelirukan. Perkataan atau rangkai kata yang mengandungi

beberapa pengertian harus juga dielakkan.

b) Plot cerita dan penyampaiannya perlu menarik. Episod tersusun dan ada

kesudahan. Semasa menyampaikannya, guru perlu menggunakan aneka gaya,

menggunakan gerak isyarat, pergerakan, pernyataan, menggunakan cakap ajuk,

lakonan dan sebagainya.

c) Penglibatan murid-murid sepenuhnya adalah juga penting. Libatkan intelek,

emosi dan kadang-kadang fizikal murid semasa sesi bercerita. lni diikuti dengan

aktiviti-aktiviti sebagai gerakerja lanjutan.

o KEMAHIRAN BERCERITA

Berbagai-bagai kemahiran digunakan dalam kemahiran bercerita.

Kemahiran-kemahiran ini boleh dikumpulkan kepada dua komponen iaitu :-

a) Komponen struktur.

b) Komponen penyampaian.

Komponen Struktur

- Komponen struktur ini boleh dibahagikan kepada tiga iaitu :-

Permulaan

Pembentukan

Penutup

i. PERMULAAN

60

Page 61: kemahiran berbahasa (siap)

a) Guru harus menarik perhatian murid dan keadaan ini sebaik-baiknya dapat

dikekalkan sehingga ke akhir sesuatu pembelajaran. Keadaan ini selalunya

boleh didapati melalui penggunaan gerak isyarat yang sesuai, pernyataan muka,

gambar, perhubungan penglihatan, media dan sebagainya.

b) Guru harus menunjukkan minat dan kecenderungannya untuk membentuk satu

perhubungan yang baik dengan kelas.

ii. PEMBENTUKAN

a) Bahasa yang sesuai:

Bahasa yang digunakan mestilah mudah, sesuai supaya maksud cerita dapat

disampaikan dan difahami. Penggunaan cakap ajuk di tempat-tempat yang

boleh menambahkan kesan dan menjadikan pendengar-pendengar memberi

lebih banyak perhatian kepada cerita hendaklah selalu diadakan. Perkataan-

perkataan dan rangkai kata yang kabur patut dielakkan dan jika ada perkara-

perkara baru, ia patut digambarkan sarna ada melalui lisan atau dengan cara

menggunakan gambar.

b) Kelancaran pertuturan:

Ini penting untuk perkembangan cerita yang licin. Kefahaman

murid-murid akan lebih baik dan berkesan.

c) Suara guru:

Cerita akan menjadi lebih menarik dan boleh berbentuk hiburan

jika ada perubahan-perubahan dalam suara guru. Ini ditegaskan dari segi

nada, intonasi, ketinggian, kekuatan dan sebagainya. Ini biasanya berlaku

pada tempat-tempat yang sesuai, secocok dengan peristiwa-peristiwa dalam

cerita itu.

d) Gerak-geri dan pernyataan yang sesuai:

Gerak isyarat dan pernyataan yang sesuai dan bermakna membantu mene-

rangkan atau menyampaikan maksud atau kandungan sesebuah cerita. la juga

61

Page 62: kemahiran berbahasa (siap)

membangkitkan minat dan memberi kefahaman yang lebih kepada murid-

murid.

e) Rangsangan yang tepat:

Semasa bercerita rangsangan yang berbeza boleh digunakan untuk

mengarahkan minat dan perhatian murid kepada cerita keseluruhannya;

misalnya, media yang sesuai digunakan, soalan-soalan boleh dikemukakan,

atau cadangan-cadangan dan pendapat muridmurid di mana-mana yang

sesuai boleh diterima dan disesuaikan dengan cerita.

f) Aturan perkembangan cerita:

Peringkat-peringkat atau bahagian-bahagian cerita yang membentuk

keseluruhan cerita mesti dalam susunan 'dahulu-kemudian'.

g) Penjelasan tema cerita:

Ini harus dibentuk dengan baik supaya pendengar-pendengar

boleh membincangkan plot cerita, watak-watak utama dan dapat membuat

gambaran mengenai moral cerita tersebut.

h) Penglibatan murid-murid:

Semasa membentuk cerita, murid-murid boleh terlibat sama

secara efektif, kognitif dan kadang-kadang fizikal. Mereka boleh terlibat secara

lisan, atau dengan melakukan sesuatu, atau memberi pandangan dan

pendapat atau sebagainya.

iii. PENUTUP

a) Cerita mempunyai kesudahan: Ini perlu untuk memenuhi objektif guru.

b) Penyediaan gerak kerja atau aktiviti lanjutan. Pelbagai bentuk aktiviti boleh

mengikut sesi bercerita. Murid-murid boleh dilibatkan dalam perbincangan,

lakonan, ekspresi, bersoal jawab dan sebagainya.

62

Page 63: kemahiran berbahasa (siap)

Komponen Penyampaian

Komponen penyampaian ini bertujuan untuk menyampaikan cerita dengan lebih

berkesan lagi, pelbagai kemahiran boleh digunakan oleh guru.

Di antaranya ialah:

i. Penggunaan bahasa:

a) Bahasa mestilah jelas. Perkataan yang sesuai adalah mustahak. Bahasa

juga harus mudah, elakkan perkataan dan rangkai kata yang kabur. Kata-

kata penghubung digunakan untuk membantu dalam perkembangan

cerita.

b) Suara: Jelas dan terdapat perubahan dalam nada dan intonasi. Ini

mustahak kerana ia boleh menjadikan cerita lebih hidup, menarik,

bermakna dan dramatis.

ii. Keceriaan guru:

a) Penggunaan gerak isyarat/pernyataan: Pergerakan yang bermakna dapat

membentuk minat dan kefahaman yang lebih. la dapat menyampaikan

maksud yang sebenar.

b) Penggunaan pergerakan: Perhatian dapat dibuat dengan pencerita

bergerak tetapi dia harus pasti yang pergerakannya mempunyai tujuan

dan bersesuaian pula untuk membentuk kesan yang diper1ukan.

iii. Penglibatan murid-murid:

a) Pergerakan murid: Semasa sesi bercerita, murid-murid boleh dipanggil

untuk melakonkan sesuatu babak, situasi atau peristiwa dalam cerita.

Pergerakan yang bertujuan itu membantu dalam pembentukan cerita dan

dapat mengurangkan rasa bosan. Secara tidak langsung ia menambah

penglibatan murid-murid.

63

Page 64: kemahiran berbahasa (siap)

b) Jawapan murid-murid: Ini menjadi maklumat balik terhadap cerita si

pencerita. Dengan maklumat ini, guru dapat menyediakan gerak laju yang

sesuai dan mengubah ceritanya di tempat tertentu.

iv. Penggunaan alat bantuan:

a) Media alat pandang-dengar: Media pandang-dengar yang dipilih mestilah

berkaitan dengan situasi cerita dan digunakan untuk membangkitkan

minat serta memberi kefahaman yang lebih baik kepada murid-murid.

b) Contoh-contoh: Contoh-contoh yang sesuai boleh menolong murid-murid

meluaskan lagi kefahaman mereka serta berpeluang menikmati cerita itu

sepenuhnya.

v. Peneguhan:

a) Lisan: Pencerita boleh menggunakan ulangan di mana-mana yang perlu.

Idea murid-murid, kata-kata galakan serta komen mereka perlu diberi

perhatian dan ini penting dari segi peneguhan kognitif dan efektif.

b) Pernyataan gerak isyarat: Gerak-geri, pernyataan muka dan badan, jika

digunakan dengan betul, akan membantu menjadikan cerita lebih jelas,

hidup dan bermakna.

vi. Perkembangan cerita:

a) Langkah: Harus ada gerak laju yang sesuai semasa bercerita. lni

bergantung kepada bagaimana ia disampaikan; dengan perkataan lain, ia

mengikuti satu corak atau aturan yang sesuai untuk mengembangkan

cerita.

b) Perkaitan: Peringkat-peringkat tertentu dalam cerita dikaitkan dalam cara

yang lain. Kata penghubung yang betul penggunaannya, akan

memastikan tidak ada sekatan dalam aliran cerita.

c) Hentian: Ini memberi peluang kepada murid-murid untuk mendengar

secara imaginatif memikirkan masalah dan isu-isu yang disampaikan.

64

Page 65: kemahiran berbahasa (siap)

o DASAR PEMILIHAN CERITA

a) Cerita-cerita yang dipilih hendaklah sesuai dengan pengalaman, latar belakang,

peringkat umur, kebolehan otak, kecenderungan dan minat kanak-kanak.

b) Cerita-cerita itu harus menggunakan bahasa yang baik, mudah dan tidak

berbelit-belit serta betul pula tatabahasanya.

c) Isi atau tema cerita mestilah mengandungi unsur-unsur pendidikan, terutama

dari segi pendidikan akhlak dan budi pekerti.

d) Cerita yang dipilih itu sebaik-baiknya biarlah daripada cerita-cerita yang boleh

dijadikan bahan lakonan atau kerja bertulis.

e) Plot cerita seharusnya menarik dan mudah difaham.

f) Cerita-cerita yang dipilih itu juga semestinya tidak menyinggung mana-mana

agama, kepercayaan, adat resam dan kebudayaan.

g) Cerita-cerita juga tidak seharusnya rnenyentuh dasar kerajaan atau

bertentangan dengan dasar tersebut.

h) Cerita harus ada unsur-unsur perpaduan kebangsaan.

o CARA MENJALANKAN PELAJARAN CERITA

i. Guru rnenerangkan terlebih dahulu perkataan atau rangkai kata yang susah

yang hendak digunakan dan rnenerangkan juga perkara-perkara yang menjadi

latar belakang cerita itu

ii. Setelah rnengumpulkan murid-murid di hadapan darjah, guru terus becerita

65

Page 66: kemahiran berbahasa (siap)

sambil rnenunjukkan gambar-gambar atau alat bantu mengajar yang lain untuk

menguatkan lagi perhatian dan kefahaman mereka.

iii. Setelah selesai bercerita, guru bolehlah rnengemukakan soalan-soalan. Guru

bolehlah rnenyoal isi cerita dan murid-murid juga boleh menyoal.

iv. Pelajaran akan lebih rnenarik jika kanak-kanak diminta rnelakonkannya jika

sesuai dengan masa dan keadaan.

3. Aktiviti Lakonan

Lakonan bukan sahaja dapat melatih kanak-kanak bertutur dengan baik malah dapat

juga rnendorongkan rnereka beraksi dengan gerak-geri yang bersahaja. Jenis lakonan

yang boleh digunakan ialah:-

Lakonan Bisu.

Lakonan Berkait.

Lakonan Berseni Kata dan Menggunakan Pergerakan.

Lakonan Menggunakan Patung.

1. LAKONAN BISU

Lakonan ini hanya menggunakan pergerakan anggota tanpa berkata apa-apa.

Dengan berpandukan gerak-geri pelakonnya, murid-murid lain diminta meneka apakah

66

Page 67: kemahiran berbahasa (siap)

yang dibuat oleh pelakon itu. Dalam hal ini, murid-murid akan sentiasa berfikir dan

memerhatikan dengan teliti perhubungan pergerakan itu.

Murid-murid yang berlakon itu pula berpeluang memikirkan sesuatu yang hendak

dilakonkannya dan menghubungkannya pula dengan sesuatu kejadian itu. Lakonan

jenis ini adalah satu cara untuk melepaskan tenaga yang berlebihan atau melepaskan

emosi yang meluap-Iuap di kalangan mereka.

Guru bolehlah terlebih dahulu berunding dengan murid-murid yang akan

mengambil bahagian dan meminta mereka melakonkannya. Murid-murid lain diminta

memerhatikan setiap pergerakan yang dilakonkan oleh rakan-rakan mereka.

Perkara-perkara yang boleh dilakonkan ialah :-

I. Pekerjaan rumahtangga:

Membelah kayu, menyapu, membasuh kereta,

mengangkat air, menyiram bunga, membasuh baju, membuai adik dan lain-

lain.

II. Permainan:

Main gasing, guli, layang-layang, bermain bola, mandi

sungai dan lain-lain.

III. Binatang:

Kambing makan rumput, itik berjalan, burung terbang,

kambing dikejar oleh anjing dan sebagainya.

IV. Situasi:

Membeli barang-barang, membeli setem, mengambil air sembahyang dan

sebagainya.

67

Page 68: kemahiran berbahasa (siap)

2. LAKONAN BERKAIT

Lakonan ini amat sesuai dijalankan pada peringkat rendah. Guru menyebut sesuatu

perkataan sambil melakonkannya sekali, misalnya duduk, tidur, saya buka buku, say a

menulis di papan hitam, saya bersikat dan sebagainya. Kanak-kanak akan dapat

menangkap perkaitan antara percakapan dengan lakonan dan akan membuatnya

berulang-ulang kali.

3. LAKONAN BERSENI KATA DAN MENGGUNAKAN PERGERAKAN

Lakonan jenis ini biasanya dijalankan dengan dua cara iaitu :-

i. Lakonan yang tidak bersengaja.

Kanak-kanak melakonkannya selepas mendengar sesuatu cerita atau

kejadian dengan tidak memerlukan persediaan yang panjang lebar. Guru memberi

nasihat dan cadangan sahaja. Kanak-kanak berlakon bebas dan menggunakan

perkataan-perkataan mereka sendiri.

ii. Lakonan yang bersengaja.

Lakonan jenis ini biasanya disediakan khas daripada buku-buku cerita. Murid-

murid dilatih dan diberi tugas untuk menjayakannya. Biasanya guru akan

menyediakan senikata untuk mereka.

Lakonan berseni kata ini boleh dijalankan seperti berikut :-

a. Terangkan dahulu apa yang patut dibuat oleh murid-murid sama ada dengan

menceritakan peristiwa yang hendak dilakonkan atau memberi senikatanya.

68

Page 69: kemahiran berbahasa (siap)

b. Selepas itu guru bolehlah memilih pelakon-pelakonnya. Semasa pemilihan dibuat,

pastikan peluang berlakon itu diberi kepada semua. Guru tidak seharusnya

bergantung kepada murid-murid yang pandai sahaja.

c. Guru kemudian memberi arahan atau petunjuk bagaimana saharusnya diperbuat

oleh setiap orang pelakon.

d. Kanak-kanak melakonkannya dengan bebas sebagaimana yang dikehendaki oleh

jalan ceritanya. Jangan ganggu kanak-kanak semasa berlakon walaupun didapati

tidak memuaskan.

e. Setelah itu baharulah guru membetulkan kesilapan mereka dan jika perlu mereka

diminta melakonkannya sekali lagi sebelum memberi peluang kepada kanak-kanak

lain berlakon.

f. Guru hendaklah memberi perangsang iaitu jangan mengkritik atau menyalahkan

kanak-kanak sehingga boleh membunuh semangat dan minat mereka untuk

berlakon.

g. Perlu juga guru menyediakan alat-alat seperti topeng dan pakaian yang sesuai

supaya lakonan itu menjadi lebih realistik dan berkesan.

4. LAKONAN MENGGUNAKAN PATUNG

Lakonan patung ialah lakonan antarabangsa yang tertua. Ia boleh juga

digunakan untuk menyampaikan pelajaran Bahasa Malaysia di sekolah-sekolah. Jenis-

jenis patung yang boleh digunakan ialah:-

i. Patung kayu:

Gambar binatang atau manusia diwarnakan dan kemudian dilekatkan

kepada kayu.

ii. Patung sarung tangan:

Kepala berjenis hidup-hidupan yang diperbuat daripada pelbagai alat dan

diberi pakaian.

69

Page 70: kemahiran berbahasa (siap)

iii. Patung tali

Anak-anak patung itu digerakkan dengan menggunakan kuasa tali yang

diikatkan kepadanya. Guru akan menunjukkan lakonan patung itu kepada

murid-murid dan melaluinya kanak-kanak dapat membetulkan kesalahan

bahasanya.

4. Aktiviti Perbincangan

Perbincangan adalah satu aktiviti lisan yang berbentuk perbualan dan ia dilakukan di

kalangan murid-murid di bawah penyeliaan dan kawalan seorang guru. Sewaktu

berbincang, murid-murid diberi peranan aktif untuk menyatakan segala pandangan dan

pendapat mereka mengenai sesuatu topik. Sambil itu guru memandu serta

mengarahkan pandangan-pandangan mereka itu ke satu prinsip idea yang menyeluruh.

Melalui aktiviti mengajar begini, murid-murid dapat memperkembangkan

pertumbuhan diri dan sosial mereka dengan baik. Mereka digalakkan berfikir dengan

jelas, mengutarakan idea-idea bernas dan lojik serta bekerjasama dengan murid-murid

lain untuk mencapai matlamat atau menyelesaikan masalah perbincangan. Aktiviti

perbincangan biasanya dapat menggalakkan penglibatan mereka secara aktif dan

dinamik.

5. Aktiviti Syarahan atau Pidato

Aktiviti ini boleh dijalankan apabila murid-murid sudah dapat menguasai bahasa

dengan baik, boleh bertutur dengan gaya, nada dan intonasi yang betul. Tajuk yang

dipilih haruslah bersesuaian dengan minat dan umur murid-murid. Tajuk boleh diberikan

beberapa hari sebelum aktiviti dijalankan tetapi pastikan yang murid-murid tidak

membaca teks yang telah disediakannya.

6. Aktiviti Berpuisi70

Page 71: kemahiran berbahasa (siap)

Aktiviti ini bertujuan untuk membiasakan murid-murid membaca puisi dengan gaya,

gerak-geri, nada suara dan intonasi yang betul di samping memperkenalkan bentuk-

bentuk puisi itu atau menyuruh murid-murid menciptanya atau boleh juga memetiknya

daripada petikan-petikan luar. Di antara bentuk-bentuk puisi ialah pantun, syair,

gurindam dan seloka, teka-teki dan sajak.

7. Aktiviti Temuramah

Sesi-sesi temubual atau temuramah juga boleh diadakan untuk menambahkan

kemahiran lisan. Pilih dua atau tiga orang murid bagi satu-satu sesi yang mengambil

masa lebih kurang lima hingga enam minit. Tentukan siapa yang berperanan sebagai

orang yang menemuduga dan ditemuduga. Soalan-soalan boleh dikemukakan secara

spontan atau disediakan sebelumnya.

2.11 KAEDAH PENGAJARAN KEMAHIRAN BERTUTUR

Mackey (1965), salah seorang penganjur pendekatan situasi, mencadangkan beberapa

kaedah pengajaran kemahiran bertutur bagi memastikan ketepatan penggunaan aspek-

aspek bahasa dalam kemahiran lisan. Mickey mencadangkan aktiviti-aktiviti latihan

seperti meniru dan menghafal dialog, latih tubi pola ayat, latihan pandang dan sebut

dan karangan lisan.

Latih Tubi

Latihan dimulakan dengan penyebutan guru dan kemudian murid-murid meniru dan

mengulangi sebutan tersebut secara beramai-ramai, dalam kumpulan besar,kumpulan

kecil dan selanjutnya secara individu. Sekiranya murid menghadapi masalah guru akan

menyebut semula dan meminta murid-murid mengulangi sebutan itu lagi. Latih tubi

sebutan meliputi latih tubi penyebutan ayat, frasa, perkataan, suku kata, dan dan bunyi-

71

Page 72: kemahiran berbahasa (siap)

bunyi fonem yang diambil daripada bahagian dialog yang akanditiru dan dihafal oleh

murid-murid. Latih tubi penyebutan bunyi meliputi lati tubi menyebut bunyi fonem dalam

perkataan yang mungkin menimbulkan masalah sebutan di kalangan murid-murid. Latih

tubi pasangan minimal juga digunakan. Dalam latih tubi ini, pasangan perkataan yang

mempunyai perbezaan yang paling kecil tetapi dapat menghasilkan makna digunakan.

Contohnya perkataan daki dengan laki, tari dengan lari, malu dengan balu dan lain-lain.

Dialog Dan Nyanyian

Dialog atau perbualan merupakan bahan yang sering digunakan dalam latihan lisan.

Bahagian-bahagian dialog akan dilatih tubi oleh guru sebelum guru dapat menyuruh

murid meniru dan menghafal dialog. Teknik latih tubi dialog adalah sama dengan teknik

latih tubi pola ayat. Kadang-kadang seni kata lagu digunakan sebagai bahan untuk

ditiru dan dihafal oleh murid-murid. Aktiviti nyanyian dapat membantu murid-murid

menguasai kemahiran lisan kerana menyanyi memerlukan penyebutan bunyi-bunyi

dengan betul, mengikut rentak dan nada yang tertentu.

Latihan Pandang Dan Sebut

Gambar-gambar boleh digunakan bagi menghasilkan pertuturan. Latihan pandang dan

sebut merupakan latih tubi bertutur dengan menggunakan gambar-gambar yang

digunakan dalam teks latihan. Di samping itu kad-kad imbasan bergambar, carta

bergambar, bahagian filem dan slaid sering juga digunakan. Semua alat bantu ini

digunakan dalam latih tubi supaya murid-murid dapat menghsailkan pertuturan yang

diperlukan oleh guru.

Karangan Lisan

72

Page 73: kemahiran berbahasa (siap)

Karangan ini merupakan karangan dalam bentuk lisan yang dihasilkan oleh murid-murid

berdasarkan bahan yang diberi oleh guru. Bahan tersebut adalah dalam bentuk bersoal

jawab, latihan penghasilan dan karangan bebas.

Latihan bersoal jawab merupakan latihan lisan yang bedasarkan petikan yang

dibaca ataupun senarai gambar yang diberi. Dalam latihan ini, murid-murid dikehendaki

menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru secara lisan.

Dalam latihan penghasilan pula, murid-murid diberikan petikan untuk dikaji.

Kemudian murid-murid dikehendaki menghasilkan petikan itu semula dengan

menggunakan perkataan mereka sendiri.

Karangan bebas hanya diberikan pada peringkat tertentu sahaja. Murid-murid

dikehendaki mencari bersama, butiran tentang tajuk tersebut dan mereka dikehendaki

berbual tentang tajuk tersebut.

73