kajian tindakan siap

27
GAYA PENGAJARAN GURU MEMPENGARUHI PRESTASI PELAJAR DALAM SUBJEK PERDAGANGAN TINGKATAN 4 SEK. MEN. KEB. KHIR JOHARI, TANJUNG MALIM, PERAK DARUL RIDZUAN. 1.0 BAB 1 : PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Tugas utama guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini termasuklah menentukan gaya pengajaran yang berkesan dalam bilik darjah. Amat perlu bagi guru menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran. Aktiviti-aktiviti yang dipilih hendaklah menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi kandungan mata pelajaran dapat disampaikan serta diterjemahkan secara jelas. Dalam pendidikan formal, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) haruslah diberi penekanan yang sewajarnya. Proses yang disinonimkan dengan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah melibatkan guru dan pelajar ini sememangnya memerlukan suatu usaha berterusan ke arah menyediakan pendidikan komprehensif dan efektif terhadap segala isi pelajaran yang disampaikan.

Upload: emy1986

Post on 27-Jun-2015

995 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: kajian tindakan siap

GAYA PENGAJARAN GURU MEMPENGARUHI PRESTASI PELAJAR DALAM SUBJEK PERDAGANGAN TINGKATAN 4 SEK. MEN. KEB. KHIR JOHARI,

TANJUNG MALIM, PERAK DARUL RIDZUAN.

1.0 BAB 1 : PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Tugas utama guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Dalam sesi

pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan

mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan

pembelajaran. Ini termasuklah menentukan gaya pengajaran yang berkesan dalam bilik

darjah. Amat perlu bagi guru menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran.

Aktiviti-aktiviti yang dipilih hendaklah menarik dan mempunyai potensi yang tinggi

untuk membolehkan isi kandungan mata pelajaran dapat disampaikan serta diterjemahkan

secara jelas.

Dalam pendidikan formal, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) haruslah diberi

penekanan yang sewajarnya. Proses yang disinonimkan dengan pengajaran dan

pembelajaran bilik darjah melibatkan guru dan pelajar ini sememangnya memerlukan

suatu usaha berterusan ke arah menyediakan pendidikan komprehensif dan efektif

terhadap segala isi pelajaran yang disampaikan. Proses pengajaran juga dikenali sebagai

pedagogi dalam istilah pendidikan, iaitu merujuk kepada kajian tentang kaedah dan

prinsip pengajaran. Oleh itu, proses P&P perlu diberi ‘sentuhan’ yang dapat menarik

minat para pelajar agar setiap isi pelajaran yang disampaikan memberi input maksimum

terhadap kefahaman mereka.

Pengajaran yang ideal haruslah membawa kesan penuh ke atas pembelajaran yang

berlaku. Keadaan di mana para pelajar tidak memberi tumpuan dalam proses P&P adalah

kerana wujudnya konflik atau pertentangan minat mereka disebabkan kebergantungan

Page 2: kajian tindakan siap

guru sepenuhnya terhadap kurikulum yang telah ditentukan untuk diajar kepada para

pelajar diperingkat-peringkat tertentu sehingga usaha para guru tertumpu kepada

menghabiskan sukatan pelajaran dan mengabaikan proses pengajaran yang sepatutnya

(Atan Long, 1982). Kekangan masa yang bergantung pada peruntukan jam yang

ditetapkan oleh jabatan pendidikan juga secara tidak langsung menyebabkan guru sibuk

menghabiskan silibus mata pelajaran tanpa menitkberatkan aspek yang lebih penting iaitu

penekanan pada bagaimanakah cara untuk memastikan silibus dapat disampaikan dengan

berkesan dan mencapai objektif pembelajaran yang diingini.

Rentetan itu, proses pengajaran memerlukan persediaan yang mantap oleh seorang

pendidik sebelum terlibat secara langsung dalam proses P&P di sekolah. Menurut

Zawawi Hj. Ahmad (1992) pengajaran seorang guru bukanlah semata-mata dengan hanya

menyampaikan kandungan pelajaran yang dikuasainya itu kepada muridnya. Hal ini

kerana, sekiranya seorang guru hanya berbuat demikian maka langkah tersebut belum

lagi menjamin prestasi pengajaran yang tinggi. Dalam pada itu, konsep ‘pengajaran guru

dan pembelajaran murid’ menurut beliau lagi merupakan konsep menggunakan

pendekatan yang positif bagi menggerakkan motivasi dalaman murid disamping

menyampaikan isi pelajaran yang dikuasai oleh seorang guru. Konsep ini juga sebagai

suatu usaha bagi menimbulkan rasa perlu murid untuk mengikuti pelajaran dan mereka

akan berasa rugi sekiranya tidak dapat mengikuti pelajaran yang disampaikan.

Abd Ghafar Md.Din (2003) mengemukakan proses pengajaran mempunyai ciri-ciri sains

kerana ia melibatkan penyelidikan, pemerhatian dan mempunyai rumusan-rumusan

sebagaimana bidang sains. Tambah beliau lagi, proses ini juga dianggap sebagai suatu

seni kerana seorang guru perlu kreatif agar menjadikan pengajaran lebih menarik dan

berkesan. Kemahiran juga amat diperlukan dalam proses pengajaran selain penguasaan

ilmu pengetahuan. Oleh itu, proses ini melibatkan latihan sempurna bagi menghasilkan

pengajaran yang menarik sekaligus menambah keyakinan seseorang guru.

Page 3: kajian tindakan siap

Menurut Abd Ghafar (2003) lagi, guru ialah seorang seniman yang berfungsi sebagai

seorang pelakon dengan menggunakan pergerakan badan, mimik muka dan tekanan suara

yang sesuai bagi memenuhi kesempuranaan proses pengajaran yang dilaksanakan.

Sehubungan itu, fokus perlu diberikan sepenuhnya terhadap proses pengajaran serta

faktor-faktor yang dapat mempertingkat dan memperkembang ke arah mewujudkan

amalan pengajaran guru yang berkesan. Bagi tujuan tersebut kajian berhubung isu proses

pengajaran perlu diperhalusi agar ia menjanjikan keberkesanan sistem pendidikan semasa

melalui falsafahnya untuk melahirkan generasi seimbang yang cemerlang dalam

akademik dan pembangunan insan.

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Umumnya semua orang maklum bahawa peranan guru adalah penting dalam mendidik

anak didiknya. Di dalam kelas guru berperanan sebagai pendidik, pemudahcara atau

fasilitator. Guru yang pandai mendidik akan memudahkan pelajar memahami sesuatu

konsep atau sesuatu kemahiran, manakala guru yang tidak pandai mendidik atau

mengajar akan menyebabkan pelajar sukar untuk memahami sesuatu konsep atau sesuatu

kemahiran, malah ianya akan menyebabkan pengajaran guru akan membosankan, pelajar

pelajar tidak memberi tumpuan dalam pelajarannya atau pelajar-pelajar tidak mahu

masuk ke kelas.

Gaya pengajaran guru tidak boleh diambil ringan. Pengajaran yang berkesan adalah

pengajaran yang dapat meningkatkan pembelajaran dalam diri pelajar. Guru merupakan

penggerak dan pendorong utama kepada semua proses pengajaran dan

pembelajaran.Walaupun para cendiakawan seringkali menggalakkan strategi pengajaran

berpusatka murid, tetapi hakikatnya di peringkat sekolah, rata-rata proses pengajaran di

negara kita lebih banyak yang mengamalkan strategi berpusatkan guru. Teori mengatakan

bahawa amalan pengajaran guru yang berkesan berlaku apabila guru tersebut berupaya

mempelbagaikan kaedah pengajaran, menyediakan alat bantu mengajar (ABM),

mendalami isi kandungan yang hendak di ajar. Selain itu, guru juga perlu mengetahui

akan kebolehan pelajar menerima pelajaran, memberi motivasi kepada pelajar supaya

Page 4: kajian tindakan siap

belajar bersungguh-sungguh, dapat mengawal kelakuan pelajar, mengumpulkan pelajar

mengikut kumpulan dan memberi penilaian atau ujian yang kerap kepada pelajar. Dengan

kata lain pengajaran yang berkesan merupakan kebolehan guru itu sendiri untuk mengajar

dengan baik dan dapat memotivasikan pelajar untuk terus belajar bagi mencapai

kecemerlangan dalam bidang akademik.

Dalam menjayakan pengajaran di bilik darjah, seorang guru harus bijak menggunakan

segala kemahiran yang ada dan menggunakan segala sumber yang ada untuk menarik

minat murid, bukan sahaja untuk meneruskan proses pembelajaran, malah melangkah

batasan keupayaan optima mereka untuk belajar. Proses pengajaran berkesan akan hanya

dicapai menerusi pendekatan, kaedah dan teknik yang bersesuaian oleh seorang guru

untuk mencapai objektif pengajarannya terhadap isi pelajaran yang disampaikan. Hal ini

melibatkan kemahiran serta penguasaan penuh guru terhadap pelajaran yang

disampaikan. Persediaan mantap berkaitan kemahiran dalam proses pengajaran oleh

seorang guru membolehkannya menjalankan proses P&P dengan penuh keyakinan dan

semangat tinggi. Dengan demikian, guru akan dapat memberikan sepenuh komitmen dan

kesungguhan yang tinggi untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada para pelajar.

Sharifah Alwiah Alsagoff (1983) menyatakan bahawa pengajaran yang berkesan adalah

merujuk kepada guru yang dapat membawa pelajar kepada hasil pembelajaran terakhir

yang diinginkannya. Hal ini melibatkan corak pengajaran bersturktur dari segi organisasi

bilik darjah serta mementingkan isi pelajaran. Selain itu, ia juga merujuk kepada perihal

pengajaran guru yang lebih memusatkan kepada para pelajarnya sehingga mereka tertarik

mengikuti aktiviti pembelajaran. Oleh itu, pembentukan proses pengajaran berkesan

mempunyai nilai yang berbeza-beza namun ia masih bermatlamat untuk melihat hasil

daripada isi pelajaran yang disampaikan.

Kajian ini akan melihat kesan gaya pengajaran pelbagai seperti yang diteorikan oleh

Howard Gardner. Sepertimana yang kita tahu, setiap individu adalah berbeza dari

pelbagai aspek termasuklah aspek pembelajaran. Berdasarkan teori Howard Gardner,

Page 5: kajian tindakan siap

beliau menklasifikasikan gaya pengajaran kepada tiga iaitu pengajaran visual, auditori

dan kinestetik. Untuk menjayakan gaya pengajaran ini, ia melibatkan perancangan dan

strategi serta kemahiran guru yang padu dalam mengorganisasi proses P&P bilik darjah.

Langkah awal dalam membentuk satu proses pengajaran yang berkesan adalah dengan

menilai pertindanan domain kognitif, afektif dan psikomotor yang menjadi dasar objektif

proses P&P. Guru seharusnya memerlukan segala persediaan yang rapi meliputi

pengetahuan dan kemahiran penyampaian isi pelajaran agar membuka minda dan minat

pelajar. Dengan itu, terbentuklah suasana pembelajaran yang melibatkan tindak balas

positif dan tingkah laku aktif para pelajar.

Pelajar lebih mudah dan suka belajar jika guru menggunakan gaya pengajaran yang serasi

denga gaya pembelajaran mereka. Keserasian padanan ini selalunya akan mempunyai

hubungan langsung dengan prestasi akademik mereka. Oleh itu, kajian ini cuba mengkaji

hubungan gaya pengajaran guru dalam meningkatkan pencapaian akademik para pelajar.

1.3 PERMASALAHAN KAJIAN

Masalah pencapaian yang rendah dalam mata pelajaran Perdagangan Tingkatan 4 perlu

diberi perhatian sewajarnya. Kelemahan dalam mata pelajaran ini boleh mengakibatkan

prestasi pelajar menurun seterusnya memberi impak kepada imej sekolah. Selain itu, ia

juga boleh menyebabkan kurangnya peluang pelajar untuk mengikuti kursus tertentu

yang memerlukan pengetahuan dalam subjek tersebut. Justeru, banyak pihak telah

mengutarakan pelbagai faktor yang menjadi punca kepada kelemahan ini di mana salah

satu faktor tersebut adalah gaya pengajaran guru.

Pada setiap bulan, pelajar Tingkatan 4 SMK Khir Johari yang mengambil subjek

perdagangan akan menjalani ujian bulanan. Keputusan peperiksaan tersebut akan

menentukan sama ada terdapat peningkatan ataupun tidak bagi prestasi para pelajar

Page 6: kajian tindakan siap

Tingkatan 4 bagi subjek perdagangan. Pencapaian yang kurang memuaskan boleh

dikaitkan dengan gaya pengajaran guru bagi subjek tersebut.

Rajah 1: Graf menunjukkan analisis prestasi pelajar Tingkatan 4 bagi subjek Perdagangan SMK

Khir Johari bagi ujian bulanan 1 dan 2.

Merujuk kepada graf di atas, menunjukkan perbandingan pencapaian kelulusan bagi mata

pelajaran perdagangan ujian bulanan 1 dan 2. Hasil keseluruhan menunjukkan

pencapaian yang kurang memuaskan. Bagi ujian bulanan 1 dan 2, peratusan pelajar yang

mendapat cemerlang iaitu gred A bagi mata pelajaran ini menunjukkan penurunan

sebanyak 2%. Namun begitu, pencapaian pelajar yang mendapat gred A- meningkat

sebanyak 2%. Pencapaian pelajar bagi gred B+ juga menunjukkan peningkatan sebanyak

0.3%. tetapi penurunan mendadak berlaku sebanyak 4% bagi gred B dan 2% bagi gred B-

Tidak terdapat perubahan peratusan dalam gred C+, namun bagi gred C terdapat

peningkatan sebanyak 4% dan C 2%. Secara keseluruhannya pencapaian pelajar bagi

ujian bulanan 2 menunjukan penurunan berbanding ujian bulanan 1.

Gred

Peratus

Page 7: kajian tindakan siap

Oleh itu kajian ini dilakukan untuk mengkaji hubungkait antara gaya pengajaran guru

mempengaruhi prestasi pelajar tersebut.

1.4 TUJUAN KAJIAN

Fokus kajian ini ialah tentang gaya pengajaran guru dalam proses P&P. Oleh itu, kajian

ini bertujuan untuk mengkaji hubungkait antara gaya pengajaran guru dengan prestasi

pelajar Perdagangan Tingkatan 4, Sek. Men. Keb. Khir Johari, Perak Darul Ridzuan.

1.5 PERSOALAN KAJIAN

Untuk mencapai objektif kajian, kajian ini cuba menjawab persoalan “Sejauh manakah

gaya pengajaran guru dapat mempengaruhi prestasi pelajar?

1.6 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN

Kerangka konseptual kajian ini digambarkan dalam Rajah 2 dibawah :

Pembolehubah yang terlibat ialah :

Page 8: kajian tindakan siap

Pemboleh bersandar = Skor pencapaian ujianPembolehubah tidak bersandar = Gaya Pengajaran Guru

1.7 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini penting bagi menunjukkan sama ada gaya pengajaran guru mempengaruhi

pencapaian pelajar subjek perdagangan. Memandangkan gaya pengajaran merupakan

salah satu faktor yang berkait dengan prestasi pelajar dalam subjek perdagangan, maka

komitmen guru sepenuhnya amatlah diperlukan dalam meningkatkan dan

mempelbagaikan gaya pengajaran masing-masing. Melalui kajian ini, guru boleh

mendapat panduan tentang gaya pengajaran manakah yang terbaik. Di samping itu, guru

boleh menggunakan dapatan kajian ini untuk memperbaiki amalan yang digunapakai

sekarang. Guru juga dapat merangka sistem mengajar yang sesuai bagi pelajar-pelajar

dan mengambil kira dapatan ini dalam membuat sebarang rancangan perubahan terhadap

kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai kepada pelajar.

1.8 LIMITASI KAJIAN

Kajian ini dibataskan kepada pelajar perdagangan dan pencapaian subjek perdagangan

sahaja. Maklumat yang diperolehi adalah melalui eksperimen. Kajian ini juga terbatas

kepada pelajar Tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari, Tanjong Malim,

Perak Darul Ridzuan.. Sampel kajian adalah 40 pelajar subjek perdagangan sekolah

tersebut. Ujian Binaan Guru digunakan sebagai menilai prestasi pelajar.

1.9 DEFINiSI OPERATIONAL

Page 9: kajian tindakan siap

1.9.1 GAYA PENGAJARAN

Gaya pengajaran merupakan satu proses interaksi dua hala antara guru dan murid dalam

pengajaran dan pembelajaran. Terdapat berbagai jenis gaya pengajaran yang boleh

dijalankan. Dalam kajian ini kami menggunakan gaya pengajaran Gardner iaitu visual,

auditori dan kinestetik.

Gaya pengajaran visual – guru mengajar menggunakan bantuan sokongan

daripada imej visual seperti gambar, graf, carta dan demonstrasi yang ditunjukkan

Gaya pengajaran auditori – guru masuk ke kelas, menulis tajuk di papan tulis dan

menerangkan isi kandungan kepada pelajar

Gaya pengajaran kinestetik – guru mengajar menggunakan cara pergerakan dan

perbuatan dimana penglibatan murid berlakau seperti dapat melakukan sendiri

1.9.2 PRESTASI PELAJAR

Prestasi pelajar bermaksud keputusan subjek Perdagangan yang diperolehi oleh pelajar

setelah selesai menjalani peperiksaan yang dikendalikan oleh pihak sekolah. Untuk kajian

ini pengkaji menggunakan Ujian Binaan Guru bagi Ujian 1 dan 2 untuk menilai prestasi

pelajar.

1.9.3 PERDAGANGAN

Perdagangan bermakna isi kandungan yang terbatas kepada sukatan pelajaran tingkatan 4

sahaja.

2.0 TINJAUAN LITERATUR

Page 10: kajian tindakan siap

2.1 PENGENALAN

Bab ini menjelaskan beberapa teori dan model yang telah diguna pakai oleh pengkaji-

pengkaji terdahulu berhubung dengan gaya pengajaran. Kajian-kajian yang berkaitan

dengan gaya pengajaran sama ada di dalam atau di luar negeri turut diketengahkan

sebagai perbandingan.

2.2 TEORI PENGAJARAN GURU

Pengajaran berkait rapat dengan tanggungjawab guru sebagai penyampai ilmu. Menjadi

konsensus umum bahawa keberkesanan pengajaran banyak bergantung kepada sejauh

mana guru berjaya mencapai objektif pengajarannya dalam membantu pelajar belajar apa

yang diajarkan dalam kelas.

Olivia (1988 dalam Zamri et al, 2009) menerangkan gaya pengajaran sebagai satu set

ciri-ciri peribadi yang menunjukkan dengan jelas seseorang individu sebagai seorang

tenaga pengajar yang unik. Seorang pengajar secara sedar atau tidak memang mempunyai

gaya pengajaran yang tersendiri dan berbeza-beza antara satu sama lain. Dari sudut yang

berbeza, Grasha (1996) menghuraikan gaya pengajaran sebagai orientasi dan strategi

yang digunakan oleh seseorang. Menurut Grasha (1996), gaya pengajaran guru ialah pola

kepercayaaan, pengetahuan, prestasi dan tingkahlakunya dalam kelas. Beliau menegaskan

bahawa gaya pengajaran yang diamalkan oleh guru mempunyai kesan yang amat besar

dan merupakan faktor terpenting dalam menentukan suasana pembelajaran.

Dalam melaksanakan pengajarannya, seorang guru harus berusaha menyuaipadankan

gaya pengajarannya supaya selari denga gaya pembelajaran pelajar. Ini kerana apabila

terdapat kepelbagaian gaya pembelajaran di kalangan pelajar dan kepelbagaian strategi

pengajaran di kalangan guru, salah-padanan gaya pembelajaran pelajar dan strategi

pengajaran guru mungkin berlaku. Maka apabila salah-padanan ini berlaku, ia mungkin

boleh menyebabkan pelajar menjadi bosan dan tidak mengambil perhatian dalam

pembelajaran semasa guru mengajar dan seterusnya tidak mencapai prestasi yang

Page 11: kajian tindakan siap

diingini. Sebaliknya, guru yang berhadapan dengan murid yang tidak berminat dalam

pembelajaran akan kehilangan azam untuk mengajar (Felder dalam Zamri et al, 2009).

Pernyataan ini turut disokong oleh Felder dan Henriqus (1995) yang mendapati bahawa

tingkahlaku pengajaran guru yang serasi atau tidak dengan gaya pembelajaran murid

boleh menimbulkan kesan positif atau negatif terhadap proses pembelajaran murid.

Terdapat berbagai teori dan model yang diketengahkan mengenai pengajaran. Antara

model awal tentang amalan pengajaran guru yang berkesan telah dikemukakan oleh

Carroll (1963, 1989). Mengikut Caroll (1963), pengajaran yang berkesan di pengaruhi

oleh lima faktor, iaitu sikap (attitude), kebolehan untuk memahami pengajaran (ability to

understand), ketekunan (perseverance), peluang (opportunity) dan pengajaran yang

berkualiti (Quality of instruction). Mengikut Carroll lagi, jika sikap pelajar terhadap

pelajaran adalah tinggi, ia mudah untuk memahami pengajaran dan dengan demikian itu

pelajar akan tekun belajar dan akhirnya mudah untuk memahami sesuatu konsep dan

kemahiran. Begitu juga jika pengajaran guru itu baik maka pelajar akan belajar dengan

mudah.

Model Pengajaran Gagne pula mengemukakan sembilan elemen utama dalam pengajaran

iaitu menarik perhatian, menyataka objektif pelajaran, merangsang proses mengingat

semula kandungan lepas, bahan-bahan yang boleh menimbulkan rangsangan pelajar,

memberikan bimbingan, tugasan dan soalan, membuat penilaian tahap penguasaan

pelajar dan mengekal dan mengembangkan pengetahuan dan kemahiran pelajar.

Berdasarkan model ini, dapat dilihat bahawa proses pengajaran guru itu terlibat secara

total, oleh itu seorang guru harus merancang strategi pengajaran yang tepat.

Model Robert Glazer membahagikan proses pengajaran kepada empat komponen utama

iaitu objektif pengajaran, pengetahuan sedia ada pelajar, kaedah mengajar dan penilaian.

Sekali lagi, kaedah mengajar iaitu gaya pengajaran diberi penekanan dalam proses

pembelajaran di dalam bilik darjah. Model Pengajaran Glazer dibina berlandaskan

Page 12: kajian tindakan siap

konsep pengajaran sebagai satu proses yang menitikberatkan langkah-langkah pengajaran

iaitu perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklum balas.

Satu lagi model yang berkaitan dengan pengajaran guru ialah Model Taba. Model ini

menekankan penyusunan bahan-bahan pengajaran dalam suatu sistem yang sesuai yang

dapat meningkatkan kemahiran berfikir pelajar. Penyusunan maklumat dalam proses P&P

adalah diutamakan dalam model ini. Dengan merujuk kepada model ini, guru dapat

merancang pengajaran dengan membahagikan topik kepada konsep dan fakta-fakta yang

berguna untuk menentukan kaedah pengajaran yang sesuai.

Model Gaya Pengajaran Garsha (1994) telah mengenalpasti lima gaya pengajaran iaitu

gaya pakar, gaya autoriti formal, gaya model personel, gaya fasilitator dan gaya

delegator. Garsha juga turut mengkategori gaya-gaya pengajaran ini dalam empat

kelompok iaitu kelompok 1 (gaya pakar/model personal), kelompok 2 (pakar/model

personal/autoriti formal), kelompok 3 (pakar/fasilitator/model personal) dan kelompok 4

(pakar/fasilitator/delegator). Garsha juga berpendapat bahawa pola gaya pengajaran guru

dipengaruhi oleh beberapa faktor tertentu seperti tujuan pembelajaran, bentuk kursus, saiz

kelas, jenis mata pelajaran, tahap pengajian, tempoh masa pembelajaran, norma-norma

institusi pembelajaran dan disiplin akademik.

Secara umumnya, gaya pengajaran adalah pendekatan yang diambil oleh guru untuk

mengajar murid-murid dan biasanya menggambarkan pegangannya mengenai pengajaran.

Dengan mengetahui pendekatan pengajaran, guru mempunyai peluang memilih

pendekatan yang sesuai dengan pelajar. Biasanya guru akan memilih gaya pengajaran

yang selesa dengan dirinya. Namun begitu adalah penting bagi seorang guru untuk

mempertimbangkan kesesuaian gaya pengajarannya dengan pelajar.

Dalam kajian yang akan dijalankan ini, pendekatan pengajaran yang dikemukan oleh

Howard Gardner akan digunakan dimana kajian akan dilakukan untuk melihat apakah

terdapat perbezaan pencapaian akademik sekiranya guru menggunakan gaya pengajaran

Page 13: kajian tindakan siap

auditori semata-mata dengan gaya pengajaran gabungan yang melibatkan auditori, visual

dan kinestatk.

2.3 KAJIAN LEPAS

Terdapat banyak kajian-kajian yang telah dilakukan berkaitan dengan gaya pengajaran

guru. Kajian-kajian ini akan dihuraikan secara ringkas di perenggan berikutnya.

Shahril (2004) mengkaji amalan pengajaran guru berkesan di beberapa buah sekolah

menengah di Malaysia. Kajian ini adalah berasaskan model pengajaran berkesan

(instructional effectiveness) yang dikemukakan oleh Slavin. Kajian ini mendapati semasa

mengajar guru-guru mempelbagaikan kaedah pengajaran supaya pengajaran guru itu

menyeronokkan, dan dapat menarik minat pelajar untuk terus belajar. Selain itu, guru-

guru juga akan menyusun isi-isi pelajaran secara sistematik supaya jelas dan mudah

difahami, dan menggunakan bahasa yang mudah. Amalan lain yang berkesan juga ialah

mengaitkan isi pelajaran yang baru dengan pegetahuan dan pengalaman pelajar yang

lepas.

Salah satu aspek yang dikaji dalam aspek pengajaran guru ialah mengenai gaya

pengajaran yang menjadi pilihan amalan para guru. Contohnya kajian oleh Vicky (2005)

melihat hubungan antara gaya pengajaran guru dengan pencapaian murid dalam mata

pelajaran Matematik Tambahan mendapati gaya pengajaran guru Matematik Tambahan

yang paling dominan ialah gaya model personal. Dapatan kajian ini adalah selari dengan

kajian terbaru yang dilakukan oleh Zamri, Nik Mohd Rahimi dan Juliawati (2009). Zamri

et al mendapati bahawa bagi subjek bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, gaya model

personel adalah gaya yang paling dominan diamalkan oleh guru bahasa. Instrumen yang

digunakan ialah soal selidik yang diubah daripada Gaya Pengajaran Grasha. Kajian ini

dijalankan keatas 300 orang guru bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Hasil kajian

mendapati guru mengamalkan gaya pengajaran pelbagai tetapi gaya yang paling dominan

ialah gaya model personal.

Page 14: kajian tindakan siap

Namun begitu, jika dilihat melalui aspek pandangan pelajar, dapatan adalah berbeza. Ini

kerana hasil kajian yang dilakukan oleh Norzila, Fauziah dan Parilah (2007) mendapati

pelajar lebih menggemari gaya pengajaran fasilitator. Kajian Norzila et al juga mendapati

bahawa gaya pengajaran yang paling dominan sepertimana yang dipersepsi oleh pelajar

ialah gaya pakar. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan wujudnya perbezaan antara gaya

yang diamalkan oleh guru dan yang dimahukan oleh pelajar.

Dari sudut yang berbeza, kajian Tuckman pada 1992 (dalam Zahara & Nurliah, 2009)

melalui penyelidikan yang memadankan gaya pembelajaran dengan gaya pengajaran

telah menunjukkan bahawa terdapat korelasi yang signifikan antara cara belajar murid

dengan kaedah penyampaian pengajaran guru.

Selain itu, satu dapatan psikologi kognitif mengatakan bahawa, seseorang pelajar akan

ingat 10%, daripada apa yang dibaca, 20% daripada apa yang didengar, 30% daripada apa

yang dilihat, 50% daripada apa yang didengar dan dilihat, 70% daripada apa yang

disuarakan sendiri dan 90% daripada apa yang dilakukan sendiri (Rief, 1993 dalam

Shahril, 2004). Dapatan tersebut memberi implikasi bahawa pembelajaran yang berkesan

boleh tercapai sekiranya pelajar terlibat secara aktif dalam pembelajaran. Pelajar perlu

melihat, mendengar dan melakukan sesuatu aktiviti. Selain daripada itu, pelajar juga

perlu berkomunikasi dengan guru serta berkomunikasi di antara satu sama lain.

Dapatan psikologi kognitif diatas disokong oleh satu kajian yang dilakukan oleh Zahara

dan Nurliah (2009). Kajian mereka mengenai penggunaan peta konsep dalam

meningkatkan prestasi mata pelajaran sejarah mendapati bahawa wujud peningkatan yang

ketara dalam pencapaian ujian pasca selepas guru menggunakan kaedah peta konsep.

Kajian ini dijalankan keatas 37 orang pelajar di salah sebuah sekolah di Cheras untuk

sejauh mana penggunaan peta konsep dapat meningkatkan pencapaian akademik mereka

dan juga mengji tahap penerimaan pelajar terhadap pendekatan peta konsep dalam P&P.

Ini menunjukkan pendekatan kaedah visual (penggunaan peta konsep) sepertimana yang

diketengahkan oleh Gardner adalah berkesan.

Page 15: kajian tindakan siap

3.0 METODOLOGI

3.1 PENGENALAN

Bentuk kajian ini ialah satu kajian eksperimen. Bab ini menerangkan tentang reka bentuk

kajian, populasi dan sampel kajian, alat kajian dan penganalisaan data.

3.2 REKA BENTUK KAJIAN

Teknik yang digunakan sebagai alat untuk mengumpul maklumat bagi kajian ini ialah

eksperimen.

Kaedah eksperimen digunakan untuk mendapatkan maklumat berkenaan fakta-fakta,

kepercayaan, kehendak dan sebagainya. Di samping itu ia juga dapat meningkatkan

ketepatan dan kebenaran gerak balas atau jawapan yang diberikan oleh subjek dan tidak

dipengaruhi oleh personaliti atau tingkah laku penyelidik. Selain itu teknik ini sesuai

kerana ia mudah dikendalikan berbanding dengan kaedah-kaedah lain.

Eksperimen merupakan salah satu kaedah penelitian yang dapat dipilih dan digunakan

dalam penelitian pengajaran. Penelitian eksperimen dapat diterjemahkan sebagai sebuah

kaedah yang objektif, sistematik, dan terkawal untuk memprediksi atau mengawal

keadaan. Penelitian eksperimen bertujuan untuk menyelidik hubungan sebab akibat

dengan cara mendedahkan satu atau lebih kelompok eksperimen dan satu atau lebih

keadaan eksperimen.

3.3 POPULASI DAN SAMPEL

Populasi pelajar PERDAGANGAN Tingkatan 4, Sekolah Menengah Kebangsaan Khir

Johari, Tanjong Malim Perak berjumlah 85 orang pelajar (2 buah kelas). Sampel kajian

ini hanya berpusat kepada satu kelas Perdagangan tingkatan 4 yang berjumlah 40 orang

pelajar. Persampelan mudah telah dibuat bagi memilih sampel untuk kajian ini.

Page 16: kajian tindakan siap

3.4 INSTRUMEN KAJIAN

3.4.1 Kaedah pengajaran secara eksperimen:-

i. Fasa 1 – Auditori

ii. Fasa 2- Auditori+ Visual + Kinestatik

iii. Pencapaian pelajar selepas ujian

Dalam kajian ini, eksperimen yang dijalankan memerlukan seorang guru mengajar

pelajar Perdagangan tingkatan 4 dalam dua pendekatan berbeza.

i. Fasa 1- dilaksanakan pada hari Isnin

Pada waktu pertama sesi pengajaran, guru dikehendaki mengajar dengan

menggunakan kaedah auditori sahaja di mana guru hanya memberi

penerangan terhadap topik yang diajar dengan hanya menulis tajuk besar

sahaja di papan tulis.

Rajah 3: Jadual Mengajar Guru Bagi Pelajar Perdagangan Tingkatan 4,

Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari, Tanjong Malim,

Perak Darul Ridzuan.

Page 17: kajian tindakan siap

Setelah tamat waktu pertama, Ujian binaan guru akan dijalankan. 20 orang

pelajar akan dipilih secara rawak oleh guru bagi menjawab ujian tersebut.

ii. Fasa 2- dilaksanakan pada hari Rabu

Pada waktu pertama sesi pengajaran, guru dikehendaki mengajar dengan

menggunakan kaedah auditori, visual dan kinestetik di mana guru perlu

memberi penerangan terhadap topik yang diajar dengan menggunakan

pelbagai kaedah mengajar seperti melalui alat bantuan mengajar di

samping penerangan yang diberikan.

Setelah tamat waktu pertama, Ujian binaan guru akan dijalankan

sepertimana dalam Fasa 1. 20 orang pelajar akan dipilih secara rawak oleh

guru bagi menjawab ujian tersebut.

3.4.2 Pembolehubah

Dalam kajian ini, pembolehubah yang akan dikaji dikategorikan kepada dua iaitu

pembolehubah bersandar dan pembolehubah tidak bersandar.

i. pembolehubah tidak bersandar - Gaya pengajaran (auditori, visual dan kinestetik)

ii. pembolehubah bersandar - Pencapaian pelajar Ting. 4 dalam subjek Perdagangan

3.5 PROSEDUR KAJIAN

i. Seorang guru yang mengajar mata pelajaran Perdagangan dipilih untuk

melaksanakan eksperimen ini.

ii. Sesi perbincangan mengenai prosedur dan tujuan kajian diadakan bersama guru.

iii. Guru akan melaksanakan tindakan mengikut perancangan awal. Di mana guru

perlu mengajar pelajar Perdagangan tingkatan 4 bagi topik berbeza dalam dua

fasa yang mana setiap fasa terdiri daripada kaedah yang berbeza. Selepas tamat

setiap fasa, ujian binaan guru akan dilakukan.

Page 18: kajian tindakan siap

iv. Hasil ujian yang dilakukan akan digunakan bagi mengukur perkaitan antara gaya

pengajaran guru dengan prestasi pelajar.

3.6 PENGUMPULAN DATA

Pengumpulan data dibuat melalui prestasi (skor) pelajar yang diperolehi dari Ujian

Binaan Guru yang telah dilaksanakan selepas tamat Fasa 1 dan 2. Masa yang

diperuntukan untuk menjawab Ujian Binaan Guru tersebut ialah 30 minit sahaja yang

mengandungi sebanyak 20 soalan objektif.

3.7 RUMUSAN

Hasil pengumpulan data yang diperoleh dari ujian pada Fasa 1 dan 2 akan digunakan

untuk melihat sama ada gaya pengajaran guru mempengaruhi prestasi pelajar dan sama

ada terdapat perbezaan melalui gaya pengajaran yang berbeza yang digunakan dalam

kedua-dua fasa.