seni dalam pendidikan dapat membantu guru dan murid bagi menjayakan proses pengajaran dan...

5
1. Seni Dalam Pendidikan dapat membantu guru dan murid bagi menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran agar Berjaya dan berkesan. Dalam memartabatkan lagi Pendidikan di Negara kita, kita seharusnya memberikan tumpuan dan sokongan penuh kepada dasar-dasar kerajaan dalam usaha mereka untuk memperkasakan Pendidikan khususnya dalam mana-mana mata pelajaran. Pelbagai usaha telah dibuat untuk meningkatkan lagi mutu dan kualiti pengajaran guru-guru pada masa kini. Salah satu usaha untuk memperkasakan Pendidikan di Negara kita ialah dengan menyelitkan unsur-unsur Seni Dalam Pendidikan dalam setiap matapelajaran yang diajar di sekolah. Seni Dalam Pendidikan sememangnya penting dan bermanfaat dalam proses pengajaran dan pembelajaran memandangkan seni dalam pendidikan ini memberi kesan yang positif bukan sahaja kepada murid tetapi juga kepada pendidik. Ini adalah kerana seni dalam pendidikan merangkumi tiga bidang utama iaitu visual, muzik dan pergerakan. Seni dalam pendidikan bermatlamat untuk menyediakan guru dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengintergrasikan aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelbagai bidang matapelajaran lain. Integrasi seni dalam pendidikan akan membantu dan memudahkan lagi guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan teori- 1

Upload: harith-asraf-lamdin

Post on 27-Dec-2015

58 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pengenalan kepada seni dalam pendidikan

TRANSCRIPT

Page 1: Seni Dalam Pendidikan Dapat Membantu Guru Dan Murid Bagi Menjayakan Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Agar Berjaya Dan Berkesan

1. Seni Dalam Pendidikan dapat membantu guru dan murid bagi menjayakan

proses pengajaran dan pembelajaran agar Berjaya dan berkesan.

Dalam memartabatkan lagi Pendidikan di Negara kita, kita seharusnya

memberikan tumpuan dan sokongan penuh kepada dasar-dasar kerajaan dalam

usaha mereka untuk memperkasakan Pendidikan khususnya dalam mana-mana

mata pelajaran. Pelbagai usaha telah dibuat untuk meningkatkan lagi mutu dan

kualiti pengajaran guru-guru pada masa kini. Salah satu usaha untuk

memperkasakan Pendidikan di Negara kita ialah dengan menyelitkan unsur-

unsur Seni Dalam Pendidikan dalam setiap matapelajaran yang diajar di sekolah.

Seni Dalam Pendidikan sememangnya penting dan bermanfaat dalam proses

pengajaran dan pembelajaran memandangkan seni dalam pendidikan ini

memberi kesan yang positif bukan sahaja kepada murid tetapi juga kepada

pendidik. Ini adalah kerana seni dalam pendidikan merangkumi tiga bidang

utama iaitu visual, muzik dan pergerakan.

Seni dalam pendidikan bermatlamat untuk menyediakan guru dengan

pengetahuan dan kemahiran untuk mengintergrasikan aktiviti Seni Visual, Muzik

dan Pergerakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelbagai bidang

matapelajaran lain. Integrasi seni dalam pendidikan akan membantu dan

memudahkan lagi guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan

pembelajaran dengan mengaplikasikan teori-teori pembelajaran dalam proses

tersebut terutama di sekolah rendah. Seni Dalam Pendidikan dapat melahirkan

guru yang kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti seimbang, berketrampilan dan

professional. Menurut Leonardo da Vinci iaitu seorang seniman, jurutera,

anatomis dan saintis menyatakan bahawa dengan penghayatan seni yang betul,

ianya akan memotivasikan kita untuk menjadi seorang guru yang kreatif, inovatif,

peka, berpesonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional. Guru yang

kreatif dan inovatif mampu menarik perhatian atau tumpuan pelajar untuk belajar

dengan lebih yakin dan berkesan. Justeru dengan itu, ianya akan memberi impak

kepada proses pengajaran dan pembelajaran dalam sesebuah sekolah.

1

Page 2: Seni Dalam Pendidikan Dapat Membantu Guru Dan Murid Bagi Menjayakan Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Agar Berjaya Dan Berkesan

Selain itu, Seni Dalam Pendidikan juga membolehkan guru mencapai

objektif atau manfaat dengan mudah. Quadrant Concept (1991) oleh Hermann

menunjukkan perkembangan otak kiri dan kanan, menyatakan bahawa seni

membantu pemikiran yang rasional dan intuitif seseorang terutama untuk guru

agar mereka dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan

berkesan. Justeru itu, dengan pengetahuan tentang keistimewaan seni, guru

senang mencapai objektif dan matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran.

Disamping itu, melalui Seni Dalam Pendidikan juga guru dapat

mempelbagaikan teknik dan strategi dalam pengajaran dan pembelajaran. Teori

Kecergasan Manusia, Gardner (1983) menyokong seni perlu diberi peranan yang

penting dalam kurikulum, ini kerana manusia memperolehi pengetahuan melalui

pelbagai kecergasan dan juga melalui perbagai teknik pengajaran. Oleh itu, guru

hendaklah menggunakan pelbagai teknik dan strategi serta kelebihan diri untuk

menggalakkan murid mencapai objektif kendiri dalam melancarkan lagi proses

pengajaran dan pembelajaran.

Rentetan daripada itu, Seni Dalam Pendidikan juga membolehkan kita

memperkembangkan kemahiran kanak-kanak melalui pengalaman dan

penyelesaian masalah seperti pandangan John Dewey (1859-1952) seorang

pendidik dan ahli falsafah berbangsa Amerika. Beliau memandang pendidikan

sebagai satu aktiviti sosial. Maka, sekolah mempunyai hubungan yang rapat

dengan masyarakatnya. Kanak-kanak selaku manusia sosial yang aktif ingin

meneroka alam persekitarannya. Semasa mereka berbuat demikian, mereka

menghadapi masalah kendiri dan masalah sosial. Dalam menghadapi masalah

ini, kanak-kanak akan cuba menggunakan pemikiran untuk mengatasinya atau

mencari penyelesaian.

Tambahan lagi, Seni Dalam Pendidikan membantu guru mewujudkan

sesi pengajaran dan pembelajaran yang lebih menyeronokkan. Pengajaran yang

dilaksanakan dengan menggabungjalinkan pelbagai unsur seni dan berbeza dari

2

Page 3: Seni Dalam Pendidikan Dapat Membantu Guru Dan Murid Bagi Menjayakan Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Agar Berjaya Dan Berkesan

kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakan kapur dan papan tulis

sebagai media dalam penyampaian maklumat dapat menjadikan murid berasa

lebih seronok. Selain itu, murid akan berasa lebih selesa dan lebih mudah untuk

memahami sesuatu tajuk yang diajar. Contohnya, kaedah belajar secara bermain

dapat membina dan menjalinkan perhubungan sosial sesama murid. Selain itu,

perhubungan sesama murid juga dapat bertambah mesra dan dapat

bekerjasama melalui aktiviti-aktiviti permainan secara kumpulan. Ini turut

membantu dalam penyemaian nilai-nilai murni di dalam diri dan meningkatkan

motivasi untuk mengikuti proses pembelajaran.

Seterusnya, Seni Dalam Pendidikan dapat membantu murid dengan

memberikan peluang kepada mereka untuk menjalani proses penerokaan

semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Kamus Dewan

Edisi Ketiga (1996), penerokaan dapat ditakrifkan sebagai penyelidikan yang

bertujuan untuk mengetahui sesuatu yang belum diketahui. Penerokaan dapat

dilaksanakan dengan cara menjelajah. Namun begitu, proses ini memerlukan

pelbagai bahan dan kaedah. Pengalaman meneroka juga merupakan sesuatu

situasi pembelajaran. Meneroka dijalankan dengan membuat eksperimen,

menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan. Penerokaan

terbahagi kepada tiga kategori iaitu alat dan bahan, cara pengolahan dan

manipulasi serta idea dan isi kandungan.

Disamping itu, seni dalam pendidikan membantu murid meluahkan

perasaan dan membina aras keyakinan yang tinggi. Guru boleh mengagak

perasaan sebenar murid melalui tingkah laku yang dipamerkan. Murid yang

menyertai aktiviti-aktiviti seperti permainan boleh mewujudkan suasana

keriangan, bebas daripada tekanan emosi dan membina kecekalan dalam

menghadapi persaingan dan cabaran. Individu yang mempunyai keyakinan diri

yang tinggi dapat melakukan aktiviti tanpa rasa segan atau bimbang mengenai

pandangan orang lain terhadap dirinya. Oleh itu, setiap aktiviti yang dilakukan

perlulah ada keyakinan supaya dapat menjamin keberkesanannya.

3

Page 4: Seni Dalam Pendidikan Dapat Membantu Guru Dan Murid Bagi Menjayakan Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Agar Berjaya Dan Berkesan

Kesimpulannya, kesemua bidang Seni Dalam Pendidikan iaitu seni

visual, muzik dan pergerakan perlu diintegrasikan kerana ketiga-tiga subjek ini

mempunyai motif dan tujuan yang sama. Pengintegrasian ini akan

memperkukuhkan dan memantapkan lagi kefahaman pelajar tentang tajuk-tajuk

yang diajar.

4