buku panduan amalan pengajaran dan pembelajaran berkesan

Upload: md-azani-sham

Post on 04-Apr-2018

362 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Buku Panduan Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

    1/286

    I

    PANDUAN AMALAN

    PENGAJARAN &

    PEMBELAJARAN

    BERKESAN

    Penyunting

    MOHAMED AMIN EMBI

  • 7/29/2019 Buku Panduan Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

    2/286

    II

    Prakata

    Memang tidak dapat dinafikan bahawa Institut Pengajian Tinggi yang

    mempunyai kepimpinan yang efektif, tenaga akademik yang tersohor serta

    profesional, kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang terkini, bakal

    graduan yang berkualiti serta silabus yang relevan akan lebih berdaya saing

    dalam menghadapi persaingan global yang semakin mencabar. Sehubungan

    itu, sebagai usaha untuk mewujudkan program pengajian yang berkualiti, UKM

    amat serius melaksanakan Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM) yang memberi

    penekanan kepada pendidikan berasaskan hasil pembelajaran (OBE). Bagi

    menjayakan hasrat ini, buku Panduan Amalan Pengajaran dan PembelajaranBerkesan ini disunting sebagai bahan bacaan asas untuk dijadikan panduan

    kepada setiap warga akademik di UKM. Buku ini dibahagikan kepada lima

    bahagian yang difikirkan penting bagi pengendalian kursus setiap program

    pengajian di UKM. Bahagian pertama berkaitan dengan Pembangunan

    Kurikulum Pengajian Tinggi yang merangkumi aspek pembentukan program

    berdasarkan KKM, pendekatan OBE, pembentukan hasil pembelajaran kursus

    serta penentuan jam pembelajaran pelajar (SLT). Bahagian kedua akan

    menghuraikan pelbagai Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran termasuk

    pembelajaran dewasa, pembelajaran kolaboratif dan koperatif, pembelajaran

    berasaskan masalah (PBL) dan pembelajaran berasaskan projek. Bahagian

    ketiga pula memperihalkan tentang Teknologi Pengajaran dan Pembelajaran

    yang meliputi aspek reka bentuk instruksi (ID dan e-Pembelajaran) termasuk

    pengendalian forum dan kuiz atas talian. Bahagian keempat membincangkan

    kepentingan Penaksiran dan Penilaian; manakala bahagian kelima membahaskan

    tentang Pendekatan Humanistik dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

    Saya ingin mengambil kesempatan ini merakamkan ucapan terima kasih kepada

    Prof. Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah, Pengarah, PPA kerana memberi kepercayaan

    kepada saya untuk menyunting karya ini bagi manfaat warga akademik UKM.

    Saya juga ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua penulis yang

    sudi berkongsi kepakaran serta pengalaman masing-masing melalui penulisan

    bab dalam bentuk yang santai dan mudah dibaca. Tidak lupa juga kepada

    semua staf PPA yang terlibat secara langsung atau tidak langsung menerbitkan

    buku ini.

    Prof. Dr. Mohamed Amin Embi

    Pusat Pembangunan Akademik

  • 7/29/2019 Buku Panduan Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

    3/286

    III

    Bab Tajuk Muka

    Surat

    Prakata II

    Bahagian 1

    Pembangunan Kurikulum Pengajian Tinggi

    Bab 1 Pembentukan Program Pengajian Berdasarkan

    Kerangka Kelayakan Malaysia

    Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin &

    Riza Atiq O.K Rahmat

    1

    Bab 2 Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Hasil

    Wan Hamidon Wan Badaruzzaman

    27

    Bab 3 Pembentukan Hasil Pembelajaran Kursus

    Rosadah Abdul Majid

    43

    Bab 4 Penentuan Jam Pembelajaran Pelajar

    Ab. Halim Tamuri

    57

    Bahagian 2

    Pendekatan Pengajaran & Pembelajaran

    Bab 5 Pembelajaran Dewasa

    Norzaini Azman

    67

    Bab 6 Pembelajaran Kolaboratif & Koperatif

    Saemah Rahman

    93

    Bab 7 Pembelajaran Berasaskan Masalah

    Nabishah Mohamad

    107

    Bab 8 Pembelajaran Berasaskan Projek

    Ruhizan Mohd Yassin

    117

    Bahagian 3

    Teknologi Pengajaran dan Pembelajaran

    Bab 9 Reka Bentuk Instruksi

    Norazah Mohd Nordin

    133

    Bab 10 Pemilihan & Penilaian Bahan Sumber Pendidikan

    Mohd. Arif Ismail

    151

    Bab 11 Pelaksanaan e-Pembelajaran Menggunakan SPIN

    Mohamed Amin Embi

    161

  • 7/29/2019 Buku Panduan Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

    4/286

    IV

    Bab 12 Pengendalian Forum Atas Talian

    Supyan Hussin

    177

    Bab 13 Pengendalian Kuiz Atas Talian

    Norizan Abd. Razak

    189

    Bahagian 4

    Penaksiran & Penilaian

    Bab 14 Bentuk Penilaian

    Ima Nirwana Soelaiman

    201

    Bab 15 Penilaian Berdasarkan Hasil Pembelajaran

    Abdul Wahab Mohammad

    215

    Bab 16 Penilaian Berasaskan Kompetensi

    Nabishah Mohamad

    225

    Bahagian 5

    Pendekatan Humanistik dalam Pengajaran & Pembelajaran

    Bab 17 Motivasi dalam Pengajaran & Pembelajaran

    Salleh Amat

    233

    Bab 18 Bimbingan & Mentoran

    Zuria Mahmud

    247

    Bab 19 Profesionalisme dalam Pengajaran &

    Pembelajaran

    Khairul Anwar Mastor

    265

  • 7/29/2019 Buku Panduan Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

    5/286

    V

    Prof. Tan Sri Dato Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin

    merupakan Naib Canselor, UKM dan pernah

    memegang jawatan sebagai Pengarah Bahagian

    Jaminan Kualiti, Kementerian Pengajian Tinggi

    serta Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Akreditasi

    Negara. Beliau telah memberi sepenuh perhatian dan

    masanya dalam bidang perkembangan pendidikan

    perubatan dan piawaian kualiti dalam pengajian tinggi. Beliau telah

    diberi kepercayaan untuk pembangunan rangka kerja mengikutundang-undang untuk jaminan kualiti di Malaysia.

    Prof. Ir. Dr. Riza Atiq Bin Orang Kaya Rahmat merupakan Pengarah

    Pusat Pembangunan Akademik, UKM dan pensyarah

    dalam bidang kejuruteraan pengangkutan di Fakulti

    Kejuruteraan & Alam Bina, UKM. Pengalaman beliau

    dalam pembangunan kurikulum dan akreditasi tidak

    dapat dinafikan malahan sering dijemput oleh IPT lain

    untuk mendapatkan nasihat bagi menggubal program

    pengajian bersesuaian dengan Kerangka Kelayakan Malaysia.

    Prof. Dr. Mohamed Amin Embi merupakan Timbalan Pengarah

    (e-Pembelajaran) di Pusat Pembangunan

    Akademik, UKM. Sebagai pensyarah di Fakulti

    Pendidikan UKM, beliau adalah pakar dalam

    bidang m-pembelajaran dan e-pembelajaran.

    Beliau adalah penerima sulung Anugerah

    Akademik Negara 2006 (Kategori Pengajaran).

  • 7/29/2019 Buku Panduan Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

    6/286

    VI

    Profesor Ir. Dr. Wan Hamidon Wan Badaruzzaman merupakan

    seorang profesor bidang Kejuruteraan Struktur,

    Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina, UKM. Beliau

    kini dipinjamkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif,

    UKM Perunding Kejuruteraan & Arkitek Sdn. Bhd.

    Beliau telah banyak menyumbangkan masa untuk

    membantu Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) di

    dalam kejayaan mencapai status ahli penuh Washington Accord (WA),

    satu-satunya Negara OIC yang menjadi ahli penuh WA. Beliau jugapernah menjadi Ahli EAC dan pemangku Pengarah EAD. Beliau

    kini merupakan seorang Pengarah Bersekutu, Jabatan Akreditasi

    Kejuruteraan (EAD), LJM.

    Prof. Ir. Dr. Abdul Wahab Mohammad merupakan Pengarah Pejabat

    Hubungan Industri UKM. Sebagai pensyarah dalam

    bidang kejuruteraan kimia, penyelidikan beliau

    tertumpu kepada teknologi membran dan pemisahan.

    Beliau juga merupakan mantan ahli Lembaga Akreditasi

    Kejuruteraan di Lembaga Jurutera Malaysia dan Ahli

    Lembaga Penasihat program berkaitan kejuruteraan

    kimia di Universiti Malaysia Perlis dan Universiti Malaysia Pahang.

    Prof. Dr. Nabishah Mohamad yang merupakan pakar dalam bidang

    Fisiologi Perubatan merupakan Ketua Jabatan

    Pendidikan Perubatan, UKM. Beliau telah mengikuti

    kursus Pembelajaran-Berasaskan Masalah (PBL)

    di dalam dan luar negara untuk meningkatkan

    pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pendidikan

    perubatan. Dengan penubuhan MQA, beliau telah

    dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Akreditasi MQA dalam bidang

    Perubatan dan Kesihatan mulai November 2007.

  • 7/29/2019 Buku Panduan Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

    7/286

    VII

    Prof. Dr. Ima Nirwana Soelaiman adalah Ketua Jabatan

    Farmakologi, Fakulti Perubatan UKM dan juga

    merupakan Pengerusi, Jawatankuasa Penilaian Pelajar

    Kurikulum Integrasi, Fakulti Perubatan, UKM sejak

    tahun 2004. Beliau giat menjalankan penyelidikan

    dalam bidang metabolisme tulang dan osteoporosis

    serta toksisiti ke atas bahan-bahan semulajadi.

    Prof. Madya Dr. Khairul Anwar Mastor merupakan PengarahPusat Pengajian Umum, UKM dan berkepakaran

    dalam bidang penilaian dan pembangunan sahsiah.

    Beliau pernah dilantik sebagai Sarjana Pelawat di

    Washington State University, Penyelidik Pelawat di

    National Institute of Aging (NIA), NIH, Maryland,

    USA, Sarjana Pelawat di Humboldt University,

    Berlin, Germany dan Sarjana Pelawat Fulbright di University of

    Illinois, Urbana-Champaign, Illinois, USA.

    Prof. Madya Dr. Ab. Halim Tamuri adalah pensyarah dalam

    bidang pendidikan Islam di Fakulti Pendidikan,

    UKM. Penyelidikan beliau tertumpu kepada

    pedagogi dan pembangunan modul pengajaran

    dan pembelajaran pendidikan Islam. Beliau telah

    dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penilai

    Buku Teks Kementerian Pelajaran Malaysia, pakar

    rujuk Lembaga Peperiksaan Malaysia, ahli lembaga pengajian untuk

    program Sarjanamuda Pendidikan (Pendidikan Islam dan al-Quran)

    untuk UPSI, UDM, UIAM, USIM dan KUIS.

  • 7/29/2019 Buku Panduan Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

    8/286

    VIII

    Prof. Madya Dr. Norzaini Azman merupakan Felo Penyelidik

    di Institut Penyelidikan Pengajian Tinggi Negara

    (IPPTN), USM dan Institut Alam Sekitar &

    Pembangunan (LESTARI), UKM. Beliau adalah

    pensyarah di Fakulti Pendidikan, UKM dan

    penyelidikan beliau tertumpu kepada profesion

    akademik, pengantarabangsaan, polisi dan governans

    serta kelestarian dalam Pendidikan Tinggi.

    Prof. Madya Dr. Ruhizan Mohammad Yasin merupakan pensyarah

    dan Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Hubungan

    Masyarakat) di Fakulti Pendidikan, UKM. Beliau

    merupakan pakar dalam bidang Pendidikan Teknologi

    dan Vokasional.

    Prof. Madya Dr. Supyan Hussin merupakan pensyarah di Pusat

    Pengajian Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial

    dan Kemanusiaan, UKM. Beliau pernah berkhidmat

    sebagai Felo Kanan di Institut Alam dan Tamadun

    Melayu, UKM serta terlibat dalam pembinaan

    Portal Malaycivilization.com. Kepakaran beliau

    dalam bidang pendidikan bahasa dan teknologi dan

    pengkhususan dalam latihan perguruan, pembelajaran atas talian,

    dan pembelajaran bahasa berbantukan komputer.

  • 7/29/2019 Buku Panduan Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

    9/286

    IX

    Prof. Madya Datin Dr. Norizan Abdul Razak merupakan Ketua

    Pusat Kajian E-Komuniti di Fakulti Sains Sosial

    dan Kemanusiaan, UKM. Beliau giat menjalankan

    penyelidikan berkaitan e-pembelajaran, pembelajaran

    bahasa berbantukan komputer dan impak teknologi

    maklumat dan komunikasi kepada masyarakat.

    Prof. Madya Dr. Zuria Mahmud bertugas sebagai pensyarah danTimbalan Dekan Siswazah dan Pengantarabangsaan

    di Fakulti Pendidikan, UKM. Bidang penyelidikan

    dan penerbitan beliau adalah pembinaan insan

    psikodinamik yang merangkumi strategi kaunseling,

    isu-isu keluarga, serta kepelbagaian pelajar.

    Prof. Madya Dr Saemah Rahman merupakan Timbalan Dekan

    (Prasiswazah Alumni) di Fakulti Pendidikan, UKM.

    Beliau merupakan pakar rujuk dalam bidang Psikilogi

    Pendidikan di Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti

    Pendidikan, UKM.

    Prof. Madya Dr. Norazah Mohd. Nordin merupakan Penyelaras

    Program Sarjanamuda Pendidikan Sains di Fakulti

    Pendidikan, UKM dan pakar dalam bidang teknologi

    maklumat dalam pendidikan. Penyelidikan beliau

    tertumpu kepada integrasi teknologi maklumat dan

    komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran serta

    reka bentuk pengajaran bagi e-pembelajaran.

  • 7/29/2019 Buku Panduan Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

    10/286

    X

    Dr. Rosadah Abd Majid merupakan Ketua Unit Pusat Permata

    Pintar Negara UKM. Sebelum ini beliau pernah

    memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah

    (Perkembangan & Inovasi Kurikulum PPA, UKM.

    Beliau adalah pensyarah di Fakulti Pendidikan

    UKM dalam bidang pendidikan khas: pengkhususan

    pemulihan, dan pintar cerdas berbakat.

    Dr. Mohd. Arif Ismail merupakan Timbalan Pengarah(Ko-Kurikulum) Pusat Perkembangan Pelajar,

    UKM. Beliau adalah pakar dalam bidang Teknologi

    Pendidikan, Fakulti Pendidikan, UKM dan banyak

    menjalankan penyelidikan dalam bidang sumber

    dan teknologi maklumat. Beliau merupakan

    Presiden, Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia,

    Kementerian Pelajaran Malaysia dan juga adalah Penyelaras Program

    Badan Beruniform, Pusat Perkembangan Pelajar, UKM.

    Dr. Salleh Amat merupakan Timbalan Pengarah (Latihan &

    Perkembangan Akademik) di Pusat Pembangunan

    Akademik, UKM. Beliau adalah pensyarah di Fakulti

    Pendidikan, UKM. Pengkhususan beliau adalah

    dalam bidang bimbingan dan kaunseling dengan

    tumpuan kepada pengurusan personalia pelajar

    institusi pengajian tinggi.

  • 7/29/2019 Buku Panduan Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

    11/286

    1

    BAB 1

    Pembentukan Program Pengajian Berdasarkan

    Kerangka Kelayakan Malaysia

    Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin dan Riza Atiq O. K. Rahmat

    Sejarah Kerangka Kelayakan Malaysia

    Pada pertengahan tahun 1990an, kerajaan telahmemperkenalkan dasar liberalisasi, pendemokrasian dan pendidikan

    swasta serta pembelajaran rentas sempadan. Pendidikan swasta telah

    dilihat sebagai juzuk integral pengajian tinggi dari segi penambahan

    peluang dan memperkaya pengalaman mendidikan di Malaysia.

    Sehubungan dengan ini, pada tahun 1996 telah diperkenalkan Akta

    Institusi Pengajian Tinggi Swasta. Pada tahun yang sama juga

    diperkenalkan Akta Lembaga Akreditasi Negara yang memberi kuasa

    mengesyorkan kelulusan sesuatu program pengajian kepada Menteri

    Pengajian Tinggi. Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara juga telah

    ditubuhkan pada tahun ini bagi tujuan memberikan nasihat bukan

    sahaja kepada institusi pengajian tinggi swasta tetapi juga kepada

    institusi pengajian tinggi awam.

    Walaupun tiga akta telah diperkenalkan, masih terdapat beberapa

    kelemahan yang ketara. Di antara kelemahan-kelemahan itu ialah:

    Kurang telus dari segi kelayakan dan persijilan seperti kekaburan

    dalam aras kelulusan, tiada kefahaman yang seragam mengenai

    takrif kredit. Takrif berbeza-beza dari satu institusi dengan institusi

    yang lain.

    Aras kelayakan ditentukan hanya dengan menggunakan jumlah

    kredit program pengajian berkenaan.

    Kekaburan dalam pensijilan kelayakan yang memerlukan

  • 7/29/2019 Buku Panduan Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

    12/286

    2

    penilian kemahiran terutama yang berkaitan dengan kelayakan

    profesional.

    Tiada mekanisme untuk menyokong dan mewujudkan dasar

    pembelajaran sepanjang hayat. Satu kriteria dan prosedur

    diperlukan untuk mengakui pembelajaran terdahulu dan

    pengalaman.

    Wujudnya perbezaan dan pemisahan antara institusi pengajian

    awam dan swasta.

    Penubuhan Lembaga Akreditasi Negara (LAN)

    LAN telah ditubuhkan berikutan penguatkuasaan Akta

    Lembaga Akreditasi Negara pada tahun 1996. Ia mengawal kualiti

    dan perjalanan program pengajian tinggi yang ditawarkan oleh pihak

    swasta. Semua institusi pengajian swasta mesti melalui dua proses

    untuk menjalankan sesuatu program, iaitu:

    Kelulusan program pengajian

    Pensijilan standard

    Pensijilan standard pula melibatkan dua peringkat iaitu:

    Sijil standard minimum

    Sijil akreditasi

    Masalah timbul kerana tiada garis panduan berkenaan standard yang

    digunakan, sangat subjektif dan tiada penanda aras.

    Jaminan Kualiti Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)

    Pada tahun 2002, Bahagian Jaminan Kualiti telah ditubuhkan di

    bawah Kementerian Pengajian Tinggi bagi menambahkan keyakinan

    kepada standard kelayakan dan penyampaian program-program

    pengajian di IPTA. Ini telah mewujudkan dua sistem jaminan kualiti,

    satu untuk institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dan satu lagi untuk

  • 7/29/2019 Buku Panduan Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

    13/286

    3

    IPTA. Bagi IPTS, syarat-syarat yang dikenakan oleh LAN adalah

    mandatori manakala jaminan kualiti untuk IPTA hanya bersifat dasar,

    tidak mandatori. Audit program dan institusi oleh Bahagian Jaminan

    Kualiti adalah bertujuan untuk penambahbaikan kualiti berterusan.

    Penekanan kepada pembinaan kapasiti untuk membina budaya

    penambahbaikan kualiti yang berterusan.

    Kewujudan Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM)

    Pada tahun 2004, Kabinet Malaysia telah membuat satukeputusan yang bersejarah yang melibatkan perkara berikut:

    Penstrukturan semula LAN dan Bahagian Jaminan Kualiti.

    Mengguna pakai amalan terbaik antarabangsa yang berkaitan

    dengan jaminan kualiti, termasuk pembentukan Kerangka

    Kelayakan Malaysia.

    Mengitegrasikan jaminan kualiti bagi IPTA dan IPTS, termasuk

    pendidikan teknikal dan vokasional.

    Pada 24 Februari 2006, satu Pasukan Petugas di bawah Kementerian

    Pengajian Tinggi telah ditubuhkan untuk membentuk Kerangka

    Kelayakan Malaysia dan Akta Agensi Kelayakan Malaysia yang terdiri

    dari:

    Lembaga Akreditasi Negara (MQA sekarang)

    Jabatan Pengajian Tinggi

    Jabatan Pendidikan Swasta

    Jabatan Pendidikan Teknikal

    Jabatan Perkhidmatan Awam

    Kementerian Buruh dan Tenaga Rakyat

    Pusat Iktisas Negara

    Persatuan Kolej dan Universiti Swasta Malaysia (MAPCU)

    Persatuan Pendidikan Swasta Kebangsaan

  • 7/29/2019 Buku Panduan Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

    14/286

    4

    Draf pertama telah diedarkan kepada semua pihak berkepentingan dan

    badan petugas yang terdiri dari:

    Semua universiti awam dan swasta,

    Rakan luar negara universiti dan kolej tempatan

    Badan-badan profesional dan badan-badan persijilan

    Akta ini telah dibentangkan di Parlimen pada 1 Julai 2007 dan

    diwartakan pada 30 Julai 2007. Akhirnya Akta Agensi Kelayakan

    Malaysia telah dikuatkuasakan pada 1 November 2007. Akta ini telahmemberikan perkara-perkara berikut:

    Satu agensi sahaja untuk tujuan jaminan kualiti pengajian tinggi

    di Malaysia

    Pentadbiran Kerangka Kelayakan Malaysia oleh Agensi Kelayakan

    Malaysia yang lebih dikenali sebagai Malaysian Qualifications

    Agency (MQA).

    Proses Jaminan Kualiti yang mengambil kira kepelbagaian

    institusi dan program pengajian tinggi.

    Akreditasi pembelajaran terdahulu (prior learning) untuk

    menyokong pembelajaran sepanjang hayat.

    Daftar Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualification Register,

    MQR) sebagai tempat rujukan kelayakan.

    Rayuan, penguatkuasaan, penyiasatan, kes pelanggaran dan

    hukuman.

    Kewujudan akta ini dilihat sebagai tepat pada masanya terutamanya

    dari segi menjamin kualiti pengajian tinggi di Malaysia supaya

    setanding dengan pengajian tinggi di negara-negara maju. Perkara

    ini amat penting terutama apabila berhadapan dengan dunia tanpa

    sempadan yang juga melibatkan pendidikan. Perkara ini boleh dilihat

    apabila universiti-universiti terkemuka dari Eropah dan Australia telah

    membuka cawangan di Malaysia.

  • 7/29/2019 Buku Panduan Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

    15/286

    5

    Kewujudan internet jalur lebar juga telah membuka luas dunia

    pendidikan. Kini rakyat Malaysia boleh mendaftar dengan universiti

    terbuka di negara-negara maju dan seterusnya mendapat ijazah dengan

    kos termampu. Sebuah universiti terbuka di Shanghai mempunyai

    465,000 pelajar berdaftar dari seluruh negeri Cina dan merata dunia,

    termasuk dari Malaysia. Demikian juga di Eropah dan Amerika Utara,

    mereka telah membuka pintu pendidikan yang luas. Sebahagian dari

    universiti terbuka ini mendapat akreditasi dari Negara masing-masing

    dan setaraf dengan universiti biasa. Bahkan di Kanada, pelajar dariuniversiti biasa boleh mengambil beberapa kursus dari universiti

    terbuka yang diakreditasi dan memindahkan kredit yang diperolehi ke

    universiti asal mereka. Mereka berbuat demikian untuk menghabiskan

    pengajian dengan lebih cepat. Dalam keadaan dunia seperti ini,

    Malaysia perlu mempunyai satu kerangka yang boleh memastikan

    institusi pengajian tinggi di Malaysia mempunyai kualiti yang tinggi

    dan dalam masa yang sama mempunyai ruang dan kebebasan untuk

    berinovasi bagi menjamin kelangsungan dan daya saing institusinya

    dan graduannya.

    Kewujudan KKM dijangka boleh menjamin kualiti pendidikan tinggi

    di Malaysia secara telus dan dalam masa yang sama rakyat Malaysia

    boleh membuat penilaian. KKM juga menyediakan kerangka yang

    memberikan kebebasan kepada institusi pengajian tinggi untuk

    berinovasi dan menentukan nic program masing-masing selagi ia

    berada dalam kerangka tersebut.

    Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM)

    Tujuan utama Kerangka Kelayakan Malaysia ialah untuk

    menjaga standard kelayakan, menyokong pendidikan yang luwes

    dan mempermudahkan saling mengakui kelulusan antara universiti

  • 7/29/2019 Buku Panduan Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

    16/286

    6

    dan antara negara. Apabila ia berjalan dan berkuatkuasa sepenuhnya

    dijangka ia akan dapat menghasilkan perkara-perkara berikut:

    Menambahkan keyakinan orang awam berkenaan kualiti dan

    standard kelayakan pendidikan tinggi kerana ia melibatkan

    akreditasi dan penilaian jaminan kualiti.

    Kejelasan pelbagai jenis laluan pendidikan seperti laluan akademik

    dan profesional, teknikal dan vokasional, kemahiran dan laluan

    pembelajaran sepanjang hayat seperti yang ditunjukkan dalam

    Jadual 1.1 dan Gambarajah 1.1. Pengiktirafan pembelajaran sepanjang hayat melalui akreditasi

    pembelajaran dan pengalaman terdahulu.

    Pembentukan pertukaran seragam berkenaan pengumpulan kredit

    dan pemindahan kredit berasaskan hasil pembelajaran. Pada masa

    ini, definasi kredit telah diseragamkan untuk semua pengajian

    tinggi di Malaysia. Secara ringkasnya, satu kredit bermakna 40

    jam masa pembelajaran seseorang pelajar dalam satu semester. Ini

    bermakna pembelajaran terdahulu seseorang pelajar boleh dinilai

    dalam sebutan kredit.

    Meningkatkan kerjasama antara institusi pengajian tinggi awam

    dengan swasta.

    Kesetaraan nilai kelayakan di antara ahli akademik, profesional

    dan vokasional.

    Ketelusan kelayakan, iaitu sijil yang mudah difahami oleh pihak-

    pihak berkepentingan dari segi pencapaian hasil pembelajaran dan

    sistem pendidikan yang dijalankan. Di negara-negara Kesatuan

    Eropah, di samping sijil kelayakan, universti-universiti juga

    mengeluarkan diploma suplimen yang memberikan pencapaian

    kemahiran-kemahiran insaniah dan akademik graduannya secara

    terperinci.

    Lebih jelas dan lebih mudah menilai kesetaraan kelayakan dari

    universiti negara lain.

  • 7/29/2019 Buku Panduan Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

    17/286

    7

    Jadual 1.1 Struktur Kerangka Kelayakan Malaysia

    Aras

    KKM

    Kredit

    Minimum

    Profesional

    dan

    Akademik

    (A)

    Teknikal

    dan

    Vokasional

    (B)

    Kemahiran

    (C)

    Pembelajaran

    sepanjang

    hayat &

    Pembelajaran

    Terdahulu

    yang diiktiraf

    Selepas

    Sekolah

    Menengah

    1

    Sijil

    Sijil

    Teknikal dan

    Vakasional

    Sijil

    kemahiran

    1C

    PPTD

    2 Sijil

    kemahiran

    2C

    PPTD

    3 60 Sijil

    kemahiran

    3C

    PPTD

    4 90 Diploma Diploma kemahiran

    Diploma Vokasional &

    teknikal

    PPTD

    Aras

    pertama

    pengajian

    tinggi

    5 40 Diploma Diploma lanjutan

    PPTD

    6 30 Sijil siswazah Sijil dan diploma siswazah

    60 Diploma

    siswazah120 Sarjana

    Muda

    (kepujian)

    7 20 Sijil pasca

    siswa

    Sijil dan diploma pasca

    siswazahPPTD

    30 Dip.pasca

    siswazah

    40 Sarjana

    -kursus

    -penyelidikan

    -kursus &

    penyelidikan

    -ProfesionalAras kedua

    pengajian

    tinggi

    8 PhD &

    Kedoktoran

    Nota: PPTD = Pembelajaran dan Pengalaman Terdahulu yang Diiktiraf

    (Sumber: Sharifah Hapsah)

  • 7/29/2019 Buku Panduan Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

    18/286

    8

    Gambarajah 1.1 Laluan Pembelajaran

    (Sumber: Sharifah Hapsah)

    Kredit KKM

    Sebelum KKM diwujudkan, tiada keseragaman takrif kredit

    di antara institusi. Aktiviti pelajar di luar jam kontak tidak dikira.

    Pengiraan kredit bagi latihan industri, penyelidikan, projek dan

    kerja lapangan amat berbeza-beza bukan sahaja di antara institusi

    bahkan di antara fakulti di dalam institusi yang sama. Pembelajaran

  • 7/29/2019 Buku Panduan Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

    19/286

    9

    berpusatkan pelajar juga diberikan nilai yang kecil berbanding dengan

    kuliah. Sebagai contoh, kerja dua jam seminggu dalam pembelajaran

    berasaskan hasil diberikan satu jam kredit, manakala kuliah satu jam

    diberikan juga satu jam kredit.

    KKM telah memberikan kefahaman yang seragam dalam takrif

    kredit dan aras kelayakan. KKM juga telah memudahkan pemindahan

    kredit di antara institusi sama ada di dalam negeri atau dengan luar

    Negara. Bahkan, KKM memudahkan perpindahan kredit antara sektorseperti dari sektor kemahiran dan vokasional kepada akademik dan

    profesional. KKM juga membolehkan perpindahan kredit antara

    pendidikan tidak formal kepada pendidikan formal.

    Dalam KKM, jam kredit dikira berasaskan jumlah beban atau

    kerja atau kuantiti pembelajaran seseorang pelajar dalam usahanya

    untuk mencapai Hasil Pembelajaran. Semua jenis pembelajaran dalam

    sebutan jam seperti jam kontak, pembelajaran berasaskan kerja,

    penyelidikan, pengalaman, aktiviti praktikal, pembelajaran sendiri dan

    pesiapan untuk penilaian adalah dikira sebagai jam kredit, satu kredit

    bersamaan dengan 40 jam pembelajaran.

    Minumum kredit

    Kredit minimum telah ditetapkan untuk mencapai sesuatu

    kelayakan. Kelayakan dalam nama yang sama memerlukan kredit

    minimum yang sama. Akan tetapi kelayakan dalam aras yang sama

    mungkin memerlukan kredit yang berbeza, seperti program perubatan

    memerlukan kredit yang lebih banyak dari program sains sosial. Secara

    umumnya, program sarjana muda memerlukan tidak kurang dari 120

    kredit (4800 jam pembelajaan) dan sarjana, tidak kurang dari 40 kredit

    (1600 jam pembelajaran). Program PhD tidak dikreditkan.

  • 7/29/2019 Buku Panduan Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

    20/286

    10

    Faedah Sistem Kredit KKM Sistem kredit KKM banyak memberikan faedah termasuk

    menghadkan beban pembelajaran untuk membolehkan pelajar

    menjalankan aktiviti-aktiviti lain yang amat diperlukan untuk

    membangun sahsiah mereka. Dalam hal ini, UKM telah menetapkan

    lebih kurang 20 jam kredit setiap semester dengan mengambil kira

    14 minggu pembelajaran, 2 minggu persiapan untuk penilaian dan 2

    minggu penilaian. Sistem kredit KKM juga membenarkan keluwesan

    julat masa sesuatu program pengajian. Akhir sekali, sistem kredit KKMmemberikan kreativiti kepada institusi merekabentuk program masing-

    masing untuk memenuhi pelbagai keperluan dan mod pembelajaran

    seperti sepenuh masa atau separuh masa, e-pembelajaran, pembelajaran

    berasaskan masalah, pembelajaran berasaskan kerja dan sebagainya.

    Pembentukan Program Pengajian

    Apabila hendak membangunkan satu program pengajian,

    perkara yang pertama perlu ditentukan ialah aras program tersebut.Di UKM, aras yang biasa ialah aras 6, 7 dan 8, iaitu ijazah sarjana

    muda (dengan kepujian), ijazah sarjana dan ijazah doktor falsafah.

    Aras ini amat penting kerana kegagalan mencapai sesuatu aras akan

    menyebabkan sesuatu program tidak mendapat akreditasi. Sebagai

    contoh, aras 6 ialah sarjana muda yang dianggap sebagai persiapan

    untuk memulakan kerjaya. Program pada aras ini mestilah mampu

    menghasilkan graduan pada tahap berikut:

    Memamerkan pengetahuan dan kefahaman prinsip-prinsip dari

    bahan-bahan yang tinggi dan pengetahun yang terkehadapan

    dalam bidang pengajian.

    Menunjukkan profesionalisme dalam penggunaan pengetahuan

    dan kefahaman dalam bidang pengajian.

    Berkebolehan menerangkan dan menyampaikan maklumat, idea,

    masalah, penyelesaian kepada pakar dan bukan pakar.

  • 7/29/2019 Buku Panduan Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

    21/286

    11

    Berkebolehan mendapatkan dan menggunakan data dan maklumat

    untuk menyelesaikan masalah serta membuat keputusan yang

    mengambil kira sosial, saintifik dan etika.

    Berkebolehan bekerja dalam satu pasukan dan memiliki kemahiran

    hubungan antara insan.

    Memiliki kemahiran belajar secara autonomi yang tinggi untuk

    maju ke peringkat pasca-siswazah

    Bagi aras 7, yakni peringkat sarjana, program pada aras ini mestilahmampu menghasilkan graduan pada tahap berikut:

    Menguasai teori atau aplikasi ilmu pada aras tinggi dalam bidang

    pengajian.

    Memamerkan kebolehan menganalisis, menilai dan

    mengintegrasikan idea-idea baru dengan pengetahuan yang sedia

    ada.

    Memamerkan dan menunjukkan keaslian, kreatif, luwes, bebas

    dan sistematik dalam menggunakan ilmu ketika menangani isu-

    isu yang kompleks dan menyelesaikan masalah.

    Memamerkan kebolehan menjalankan projek atau penyelidikan

    dalam projek ilmiah.

    Dijalankan secara kursus atau kombinasi kursus dengan

    penyelidikan.

    Aras 8, iaitu ijazah kedoktoran, juga mempunyai aras yang perlu

    dicapai oleh setiap graduan seperti berikut:

    Memberikan sumbangan sama ada berbentuk adaptasi daripada

    ilmu sedia ada, aplikasi dan interpretasi yang boleh memajukan

    ilmu dalam bidang pengajian.

    Memberikan pandangan yang komprehensif dan meninjau

    literatur, eksperimen, kerja-kerja kreatif atau pendekatan lain

    yang sistematik atau melakukan penilaian semula secara kritikal

  • 7/29/2019 Buku Panduan Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

    22/286

    12

    berkaitan teori dan amalan profesional.

    Menghasilkan disertasi, tesis atau portfolio yang dinilai dengan

    standard antarabangsa.

    Memamerkan kebolehan memberikan konsep, rekabentuk dan

    perlaksanaan projek untuk menjana ilmu atau kefahaman baru

    yang bermakna.

    Memamerkan kebolehan melakukan penemuan dan inovasi ketika

    menyelesaikan masalah dalam isu-isu yang kompleks dalam

    bidang kepakarannya.

    Perkara kedua ialah rekabentuk program yang terdiri dari empat

    perkara utama:

    Objektif atau Matlamat Program dan Hasil Pembelajaran

    Program.

    Kandungan dan hasil pembelajaran yang berasaskan hasil

    pembelajaran yang mengambil kira beban pelajar. Satu kredit

    telah ditetapkan lebih kurang 40 jam masa pelajar dalam satu

    semester. Beban pelajar yang munasabah bagi satu semester

    14+3 minggu (masa pembelajaran + peperiksaan) ialah lebih

    kurang 20 kredit setiap semester,

    Struktur serta kaedah pembelajaran dan pengajaran.

    Penilaian yang menguji pencapaian hasil pembelajaran

    Objektif dan Hasil Pembelajaran Program

    Matlamat atau Objektif Program

    Sebelum memulakan kerja-kerja merekabentuk program baru

    atau menyemak semula program sedia ada, perkara pertama yang perlu

    ditentukan ialah bentuk dan jenis graduan yang hendak dihasilkan.

    Sebagai contoh, beberapa program di sebuah universiti di Singapura

    telah dirombak berikutan perubahan objektif pembelajaran. Perubahan

  • 7/29/2019 Buku Panduan Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

    23/286

    13

    ini dilakukan kerana mereka berhadapan dengan saingan graduan dari

    Negeri Cina yang lebih cemerlang dari segi akademik dan sanggup

    menerima gaji yang jauh lebih rendah. Oleh itu, mereka telah membuat

    perubahan daripada penekanan kepada kandungan kursus-kursus

    dalam bidang berkenaan kepada melahirkan pemimpin dan pengurusan

    peringkat tinggi. Perubahan objektif ini telah menyebabkan mereka

    telah mengurangkan kandungan kursus-kursus bidang sehingga aras

    minimum yang dibenarkan oleh lembaga akreditasi dan menambahkan

    kursus-kursus seperti pengurusan, undang-undang dan kewangan.

    Perkara yang sama juga dilakukan oleh beberapa universiti di Eropah

    Barat. Mereka berhadapan dengan saingan dari universiti-universiti

    Afrika Utara dan Eropah Timur yang melahirkan graduan yang

    sanggup menerima gaji lebih rendah dan bekerja lebih rajin. Oleh itu,

    nic graduan mereka telah berubah dari kehandalan dalam pengetahuan

    bidang kepada kompetensi kepimpinan dan pengurusan.

    Apabila menggubal matlamat atau objektif program, ia mesti

    mengandungi perkara-perkara berikut:

    Pengetahuan, kemahiran dan asas-asas saintifik.

    Sikap, etika, keprofesionalan dan kepimpinan untuk kemajuan

    masyarakat di dalam kerangka visi kebangsaan seperti melahirkan

    modal insan kelas dunia.

    Kemampuan menganalisis dan menyelesaikan masalah serta

    menilai dan membuat keputusan secara kritikal, kreatif berasaskan

    bukti dan pengalaman.

    Keinginan mendapat ilmu dan kemahiran pembelajaran sepanjang

    hayat yang amat penting untuk peningkatan diri era pengetahuan

    yang amat pesat berkembang.

    Pengetahuan isu-isu umum yang berkaitan dengan dasar-dasar

    UKM, Malaysia dan dunia.

  • 7/29/2019 Buku Panduan Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

    24/286

    14

    Objektif program perlu sejajar dengan matlamat pendidikan,

    visi dan misi UKM. Semasa penggubalan, semua pihak berkepentingan

    perlu dilibatkan untuk mendapatkan pandangan mereka. Ini sebenarnya

    merupakan perubahan yang besar dari segi falsafah. Jika dahulu

    kandungan pendidikan tertakluk sepenuhnya kepada pihak berkuasa,

    tetapi kini semua pihak berkepentingan perlu dilibatkan secara

    terancang.

    Objektif pendidikan mestilah dihayati oleh semua pihak yang

    melaksanakan program berkenaan. Ia seperti membina sebuah istana

    yang indah. Semua pekerja daripada buruh kasar pemotong besi hingga

    kepada pengurus projek menyedari bahawa mereka sedang membina

    istana. Oleh itu, semua pihak akan memastikan setiap bahagian istana

    tersebut dibina dengan betul dan berkualiti. Jika dinisbahkan kepada

    pembinaan dan perlaksanaan sebuah program, daripada kerani,

    pembantu makmal hingga kepada pensyarah dan profesor mestilah

    menyedari bahawa mereka sedang membangunkan manusia yang

    mempunyai ciri-ciri seperti yang dinyatakan dalam objektif atau

    matlamat program. Bahkan pelajar dan ibu bapa juga perlu mengetahui

    mengenai objektif ini supaya mereka sama-sama bekerja untuk

    melahirkan modal insan yang unggul. Demikian juga pihak majikan

    boleh membantu para pelajar UKM semasa latihan industri dan semasa

    peringkat awal graduan UKM bekerja di tempat mereka.

    Hasil Pembelajaran Program

    Hasil Pembelajaran Program pula ialah sifat-sifat yang mesti

    ada pada seseorang pelajar ketika menamatkan pengajian program

    yang berkenaan. Sifat-sifat ini perlu menyediakan seseorang graduan

    mencapai objektif program selepas terjun ke alam industri dan pekerjaan.

    Seperti objektif program, Hasil Pembelajaran Program perlu digubal

    dengan mengambil kira pandangan pihak-pihak berkepentingan.

    Sehubungan dengan perkara ini, Kerangka Kelayakan Malaysia telah

  • 7/29/2019 Buku Panduan Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

    25/286

    15

    menetapkan supaya semua program pengajian pada aras 6 merangkumi

    lapan bidang berikut:

    1. Penguasaan ilmu dari segi kedalaman, lebar dan kesukaran.

    2. Kemahiran praktikal atau psikomotor dari segi bidang dan

    kerumitan.

    3. Kaedah saintifik, pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan

    otonomi membuat keputusan.

    4. Kemahiran berkomunikasi, kepimpinan dan berkerja dalam

    pasukan.5. Pengurusan maklumat dan kemahiran pembelajaran sepanjang

    hayat .

    6. Keperibadian, etika, perkongisan nilai dan keprofesionalan.

    7. Tanggung jawab sosial dan keabsahan.

    8. Keusahawanan dan kemahiran mengurus.

    Univercity of Bangor, Wales, United Kingdom yang terletak jauh

    terpencil sehingga sukar mendapatkan hubungan telefon bimbit telah

    memberikan penekanan kepada keusahawanan. Universiti ini telah

    menitik beratkan perkara berikut dalam kurikulum dan penyampaian

    kursus-kursusnya:

    Keberanian mengambil risiko

    Cepat mengenal pasti peluang

    Peka terhadap kos, aliran tunai dan pulangan

    Kemampuan menjana idea baru dan inovasi

    Kemampuan menguruskan sumber dengan baik

  • 7/29/2019 Buku Panduan Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

    26/286

    16

    Hasilnya amat memberangsangkan. Walaupun universiti ini tidak

    dikenali ramai, tetapi di United Kingdom, ia telah mencapai kedudukan

    keempat dari segi keboleh pasaran graduan-graduannya.

    Hasil pembelajaran di aras 7 (Sarjana) pula ialah:

    1. Menunjukkan pengetahuan dan kefahaman lanjutan atau

    tambahan daripada tahap sarjana muda dan membangun atau

    mengguna idea lazimnya dalam konteks penyelidikan;

    2. Menggunakan pengetahuan dan kefahaman bagi menyelesaikan

    masalah yang berkaitan bidang pengajian dalam situasi barudan konteks multidisiplin;

    3. Mengintegrasi pengetahuan dan mengurus perkara kompleks;

    4. Membuat penilaian dan keputusan dalam keadaan tanpa atau

    dengan maklumat terhad, mengambil kira tanggungjawab sosial

    dan etika yang berkaitan;

    5. Menyampaikan rumusan, pengetahuan dan rasionalnya kepada

    pakar dan bukan pakar dengan jelas; dan

    6. Menguasai kemahiran belajar untuk terus maju dengan autonomi

    yang tinggi.

    Hasil pembelajaran di aras 8 (Kedoktoran) pula ialah:

    1. Menunjukkan kefahaman sistematik dan mendalam tentang

    satu displin pengajian serta penguasaan kemahiran dan kaedah

    penyelidikan berkaitan bidang tersebut;

    2. Menunjukkan kebolehan menjana, mereka bentuk, melaksana

    dan mengubah suai sebahagian besar proses penyelidikan

    dengan keutuhan kesarjanaan;

    3. Menyumbang kepada penyelidikan asal yang melebarkan

    sempadan ilmu melalui disertasi mendalam yang telah dibentang

    dan dipertahankan mengikut standard antarabangsa termasuk

    penulisan dalam penerbitan berwasit antarabangsa;

  • 7/29/2019 Buku Panduan Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

    27/286

    17

    4. Membuat analisis kritikal, penilaian dan sintesis idea baru dan

    kompleks;

    5. Berkomunikasi dengan rakan, komuniti sarjana dan masyarakat

    umum tentang bidang kepakaran; dan

    6. Menggalakkan kemajuan teknologi, sosial dan kebudayaan

    dalam masyarakat berasaskan ilmu dalam konteks akademik

    dan profesional.

    Aras-aras ini amat penting diperhatikan. Terdapat sebuah universititerkemuka yang telah menawarkan program sarjana tetapi diakreditasi

    sama taraf dengan sarjana muda semata-mata kerana komptensi

    yang dihasilkan tidak mencapai aras sarjana. Demikian juga terdapat

    program sarjana muda yang ditawarkan oleh sebuah universiti yang

    baik yang tidak mendapat akreditasi aras 6.

    Pembangunan Kurikulum

    Apabila membangun kurikulum di UKM, Visi dan MisiUKM mestilah menjadi asas utama. Di samping itu, kurikulum yang

    dibangunkan dan kaedah penyampaiannya mestilah dapat mencapai

    Matamat dan Hasil Pembelajaran Program dan serterusnya matlamat

    pendidikan UKM. Mari kita perhatikan Visi, Misi, dan Matlamat

    Pendidikan UKM,

    Visi UKM ialah:

    UKM bertekad untuk menjadi sebuah universiti terulung yang

    menjadi pelopor inovasi dalam pembinaan ilmu pengetahuan bagi

    mencapai aspirasi membentuk sebuah masyarakat yang dinamik,

    berilmu dan berkepimpinan.

    Misi UKM pula ialah:

    Menjadi Universiti terpilih yang memartabatkan Bahasa Melayu serta

    mensejagatkan ilmu beracuan budaya kebangsaan.

  • 7/29/2019 Buku Panduan Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

    28/286

    18

    Visi dan Misi ini menuntut kita bekerja bersungguh-sungguh melahirkan

    graduan berilmu, berinovasi, membentuk masyarakat dinamik dan

    membawa bahasa dan acuan Malaysia ke peringkat antarabangsa.

    Ini bermakna, pelajar UKM mesti dididik untuk menjadi pemimpin,

    berkeyakinan diri yang tinggi dan memiliki jati diri yang teguh di

    samping berilmu yang bermanfaat dan mantap. Bagi membina manusia

    seperti ini, kita perlu melihat bukan sahaja pengajaran di kelas, tetapi

    juga pengalaman pelajar secara menyeluruh seperti yang ditunjukkan

    dalam Gambarajah 1.2. Bahkan kaedah pembelajaran-pengajaran jugaperlu dipelbagaikan bagi membina kemahiran seperti kepemimpinan,

    keyakinan diri, komunikasi dan kemahiran-kemahiran lain. Bagi tujuan

    pembinaan kemahiran insaniah seperti ini, pengalaman pembelajaran

    yang dilalui oleh setiap pelajar perlu diperkaya sebanyak mungkin

    supaya apabila dia menamatkan pengajian, dia menjadi seorang

    berkeperibadian unggul.

    Bagi tujuan ini UKM telah menggubal Matlamat Pendidikan yang

    perlu dihayati oleh semua pihak yang terlibat dengan perlaksanaan

    program pengajian.

    Matlamat Pendidikan UKM ialah:

    Melahirkan siswazah yang berkeyakinan, berkepimpinan dan berjati

    diri kebangsaan di persada antarabangsa.

  • 7/29/2019 Buku Panduan Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

    29/286

    19

    Gambarajah 1.2 Rekabentuk Kurikulum Melibatkan PengalamanPembelajaran Menyeluruh

    Pencapaian pelajar terhadap matlamat pendidikan perlu diukur untuk

    mengetahui pencapaian graduan UKM. Ciri-ciri boleh ukur matlamat

    ini ialah seperti berikut:

    Domain Ciri Boleh Ukur Berkeyakinan

    1. Memiliki ilmu yang mantap dalam bidang pengajian.

    2. Mahir dalam bidang ilmu masing-masing.

    3. Boleh menggunakan dan menyesuaikan ilmu dalam pelbagai

    suasana/keadaan, peringkat dan budaya (inovatif dan kreatif).

    4. Berkemahiran menggunakan bahasa kerja antarabangsa/global

    (bahasa Inggeris).

  • 7/29/2019 Buku Panduan Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

    30/286

    20

    Domain Ciri Boleh Ukur Berkepimpinan

    5. Boleh berkomunikasi dan berinteraksi dalam pasukan.

    6. Mempunyai kepimpinan dan hala tuju dalam konteks fungsi dan

    peranan masyarakat.

    7. Boleh membuat keputusan dan mengambil tindakan bijaksana

    berdasarkan etika dan nilai sejagat (saksama, adil, lestari dan

    integriti).

    Domain Ciri Boleh Ukur Jati Diri Kebangsaan

    8. Beretika dan bermoral tinggi.

    9. Berkemahiran dan selesa dalam interaksi antara budaya dan

    agama.

    10. Bangga dan fasih menggunakan bahasa ibunda.

    11. Mempunyai kesedaran untuk mempertahankan kedaulatan

    negara.

    Penilaian Pelajar

    Pencapaian perlu diukur dan dinilai. Pada masa lepas, penilaian

    pelajar hanya berbentuk pencapaian dalam bidang pengetahuan dan

    kemahiran yang berkaitan dengan kursusnya. Bagi program yang

    mempunyai lapan Hasil Pembelajaran Program (HPP), pencapaian

    pelajar dalam kelapan-lapan HPP perlu diukur dan dinilai. Misalnya,

    peperiksaan akan menguji pencapaian pelajar dalam bidang

    pengetahuan. Soalan-soalan perlu disediakan untuk menilai pencapaianpelajar sehingga peringkat yang tinggi dalam Taksonomi Bloom.

    Kemahiran pula boleh diuji melalui projek sebenar, aktiviti klinik di

    hospital dan sebarang aktiviti yang melibatkan kemahiran.

    Kaedah dan instrumen penilaian kemahiran-kemahiran lain,

    terutamanya kemahiran insaniah perlu direkabentuk dengan baik.

    Di antara instrumen yang biasa digunakan ialah rubrik yang boleh

  • 7/29/2019 Buku Panduan Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

    31/286

    21

    digunakan untuk menilai pelajar melalui pemerhatian ketika mereka

    menjalankan aktiviti-aktiviti tertentu.

    Penilaian pencapaian Hasil Pembelajaran sesuatu kursus boleh

    dilakukan oleh pensyarah yang berkaitan. Hasil Pembelajaran Program

    memerlukan perngumpulan markah penilaian dari semua kursus dan

    aktiviti ko-kurikulum dalam program berkaitan. Jika program tersebut

    mempunyai 40 kursus dan 10 aktiviti ko-kurikulum, maka markah

    dari semua kursus dan aktiviti ko-kurikulum perlu dikumpulkan dan

    dinilai.Penilaian pencapaian Matlamat atau Objektif Program

    mungkin lebih sukar sedikit kerana ia melibatkan pencapaian

    pelajar selepas mereka menamatkan pengajian. Sesetengah objektif

    program sukar untuk diperhatikan, seperti kebolehan memimpin

    masyarakat, yang hanya boleh dilihat selepas beberapa tahun mereka

    berkecimpung dalam masyarakat. Walau bagaimanapun, satu kaedah

    dan mekanisme yang sistematik perlu diwujudkan.

    Pemilihan pelajar

    Kemasukan pelajar perlu ditapis supaya mereka yang benar-

    benar berkelayakan sahaja diterima. Kelayakan yang dimaksudkan

    bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga dari segi kemahiran dan

    sikap. Sebagai contoh, pelajar yang ingin mengambil kursus seni bina

    perlu mahir melukis manakala pelajar yang ingin mengambil kursus

    perubatan perlu benar-benar berminat untuk menjadi doktor, tidak

    takut melihat darah, berani membedah dan sebagainya. Bagi menjamin

    kualiti pembelajaran-pengajaran, pengambilan pelajar mestilah

    bersesuaian dengan kemampuan infrastruktur dan tenaga pengajar.

  • 7/29/2019 Buku Panduan Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

    32/286

    22

    Staf Akademik

    Staf akademik adalah amat penting dalam perlaksanaan sesuatu

    program. Ia perlu diwujudkan dari peringkat awal. Nisbah pensyarah

    kepada pelajar seperti yang ditetapkan oleh badan-badan profesional

    atau oleh UNESCO juga perlu dipatuhi. Bidang-bidang ilmu atau

    kursus-kursus yang akan ditangani oleh pensyarah-pensyarah perlu

    juga ditentukan.

    Kemudahan dan Sumber

    Kemudahan dan sumber untuk melaksanakan program yang

    ingin dijalankan perlu mencukupi bagi perjalanan program berkenaan.

    Bilik kuliah, makmal, perpustakaan, kemudahan IT dan keperluan-

    keperluan lain perlu diadakan. Demikian juga bajet yang mencukupi

    perlu diadakan.

    Pengawasan dan Semakan Program

    Kaedah pengawasan dan semakan program perlu diwujudkan.

    Di antara perkara yang perlu diadakan bagi tujuan ini ialah:

    Mekanisme semakan dan pengawasan program perlaksanaan

    dan kemajuan pelajar.

    Sumber untuk menjalankan semakan dan pengawasan program

    perlaksanaan dan kemajuan pelajar.

    Kaedah untuk mendapatkan maklum balas dari pelbagai

    punca.

    Kaedah mendapatkan maklum balas dari pensyarah dan pelajarsecara berkala dan sistematik

    Kaedah melibatkan pihak-pihak berkepentingan dalam

    pengawasan dan semakan program.

  • 7/29/2019 Buku Panduan Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

    33/286

    23

    Kepimpinan, Tadbir Urus dan PentadbiranSesuatu program mesti mempunyai kepimpinan yang jelas

    supaya semua aktiviti yang berkaitan dengannya dapat dijalankan

    dengan baik. Bagi memastikan kepimpinan berjala dengan baik, tadbir

    urus yang baik mesti diwujudkan terutama yang berkaitan dengan

    bidang kuasa, ketelusan dan keabsahan. Ketiadaan tadbir urus yang

    baik akan menyebabkan timbul pertembungan kuasa dan kesukaran

    membuat keputusan.

    Sesuatu program tidak akan dapat dijalankan dengan baikjika tiada pentadbir yang cekap. Tugas pentadbir bukan sahaja untuk

    urusan pentadbiran sehari-hari tetapi juga bagi pengurusan kualiti.

    Bagi tujuan ini, satu pengurusan kualiti yang jelas mesti diadakan.

    Para pentadbir juga perlu mengadakan sistem hubungan dengan

    pihak industri. Perkara ini amat penting terutama untuk memberikan

    persepsi yang baik terhadap pelajar-pelajar UKM. Di samping itu,

    hubungan yang baik akan memudahkan pelajar-pelajar mendapat

    tempat latihan industri dan memudahkan mendapatkan pandangan

    mereka mengenai program di UKM. Sebagai contoh, sebuah universiti

    di Denmark yang melaksanakan sistem pembelajaran-pengajaran

    berasaskan masalah, mempunyai hubungan yang sangat akrab dengan

    pihak industri sehingga mereka mudah mendapatkan kes dan projek

    untuk dijadikan bahan pembelajaran.

    Penambahbaikan Kualiti Berterusan

    UKM telah mengadakan ISO untuk kualiti pembelajaran-pengajaran di samping sistem jaminan kualiti akademik yang telah

    ditetapkan oleh MQA. Oleh itu, semua program di UKM perlu berpegang

    kepada kedua-dua bentuk jaminan kualiti tersebut. Berikutan perkara

    ini, penambahbaikan kualiti berterusan perlu diadakan mengikut

  • 7/29/2019 Buku Panduan Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

    34/286

    24

    kitaran atau pusingan satu semester, setahun dan lima tahun seperti

    yang ditunjukkan dalam Gambarajah 1.3.

    Gambarajah 1.3 Pusingan Penambah Baikan

    Penutup

    Malaysia sekarang sedang berusaha melahirkan modal insan minda

    kelas dunia. UKM pula mempunyai visi dan misi untuk membentuk

    masyarakat dinamik dan memimpin. Ini memerlukan institusi

    pengajian tinggi yang berkualiti yang mampu melahirkan pemimpin

    bertaraf antarabangsa. Dalam masa yang sama saingan dari luar negara

    menjadi amat sengit dan semakin sengit. Oleh itu, semua program di

    UKM, sama ada yang sedia ada atau yang hendak ditubuhkan mestilah

    benar-benar berkualiti sekurang-kurangnya sesuai dengan Kerangka

    Kelayakan Malaysia.

  • 7/29/2019 Buku Panduan Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

    35/286

    25

    Rujukan

    Sharifah Hapsah. 2007. MQF. Bengkel Jaminan Kualiti. UKM Bangi.

    Bacaan Tambahan

    Code of Practice for Program Accreditation. 2008, MQA

    Code of Practice for Institutional Accreditation. 2008. MQA

    Rating for Quality Assurance Report in Public Universities of

    Malaysia

  • 7/29/2019 Buku Panduan Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

    36/286

    26

  • 7/29/2019 Buku Panduan Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

    37/286

    27

    BAB 2

    Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Hasil(PHB)

    Wan Hamidon Wan Badaruzzaman

    Pengenalan

    Di dalam era globalisasi dan ke arah dunia tanpa sempadan,

    cabaran yang dihadapi oleh para graduan kita kini menjadi lebih sengitdi pasaran kerja di dalam mahupun luar negara. Adakah graduan kita

    sudah disediakan dengan ilmu pengetahuan yang mencukupi, kemahiran

    praktikal dan profesional, kemahiran insaniah serta sikap yang akan

    membolehkan mereka menghadapi persaingan tersebut? Adakah kita

    sudah menyediakan mereka untuk memenuhi keperluan dan tuntutan

    pihak-pihak yang berkepentingan? Siapakah pihak-pihak yang

    berkepentingan ini? Di dalam Pendekatan Pembelajaran Berasaskan

    Hasil (PBH), pihak-pihak yang berkepentingan program perlu

    dikenalpasti dan pandangan mereka diperolehi dan dipertimbangkandi dalam menggubal Objektif-Objektif Program (jangka panjang)

    dan Hasil-Hasil Pembelajaran program (jangka pendek). Objektif-

    Objektif Program (OP) dan Hasil-Hasil Pembelajaran (HP) program

    harus dijadikan titik rujukan untuk dihubungkait dan dijejaki kepada

    kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran setiap program.

    Memetik beberapa perenggan daripada Pelan Strategik UKM

    Perspektif 2006 2020: UKM mesti memastikan program yang

    disajikan mampu melahirkan siswazah yang mempunyai daya saing

    serta kebolehpasaran tinggi yang relevan dan sesuai dengan keperluan

    negara dan masyarakat ilmu. Perkembangan terkini dalam pembentukan

    kurikulum menuntut usaha tersusun untuk peningkatan kualiti program

    secara berterusan melalui pendekatan berasaskan hasil (outcome-

    based approach). UKM komited dengan kualiti program pengajian

    yang disajikan pada peringkat prasiswazah dan pasca siswazah. Dalam

    hubungan ini, pelbagai sistem pengurusan kualiti seperti ISO telah

    diperkenalkan. Pada masa yang sama, UKM sudah mengorak langkah

  • 7/29/2019 Buku Panduan Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

    38/286

    28

    dengan mengamalkan Penambahbaikan Kualiti Berterusan (CQI)dan langkah jaminan kualiti di bawah Kerangka Kelayakan Malaysia

    (MQF). UKM harus bersedia menghadapi cabaran seterusnya apabila

    kaedah rating dan ranking diperkenalkan dan bersedia sepenuhnya

    untuk diaudit dalam proses jaminan kualiti program pengajian. UKM

    mesti memastikan program yang disajikan mampu melahirkan siswazah

    yang mempunyai daya saing serta kebolehpasaran tinggi yang relevan

    dan sesuai dengan keperluan negara dan masyarakat ilmu.

    Bab ini cuba menjelaskan falsafah, konsep, serta kaedah

    perlaksanaan Pendekatan Pendidikan Berasaskan Hasil (PBH) denganlebih terperinci. Ia diharap dapat membantu meningkatkan kefahaman

    mengenai PBH di kalangan para pensyarah UKM agar PBH dapat

    dilaksanakan dengan penuh penghayatan.

    Keperluan PBH

    Pendekatan Pendidikan Berasaskan Hasil (PBH) ataupun

    Outcome-based Education (OBE) kini merupakan satu pendekatan

    pendidikan yang diamalkan oleh UKM dan semua institusi pengajian

    tinggi lain di Malaysia dalam semua bidang pengajian. Ini bertepatan

    dengan kehendak yang disarankan oleh Kementerian Pengajian Tinggi,

    agensi akreditasi pendidikan tempatan dan antarabangsa. Pendekatan

    ini merupakan satu keperluan yang ditetapkan oleh Kerangka

    Kelayakan Malaysia (MQF) yang kini di bawah pemantauan Agensi

    Kelayakan Malaysia (MQA). Perkembangan ini telah dipercepatkan

    lagi dengan perubahan di dalam pendekatan akreditasi oleh badan-

    badan profesional seperti Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) yang

    kini mewajibkan pendekatan PBH bagi kesemua program kejuruteraan

    yang memerlukan akreditasi daripada Majlis Akreditasi Kejuruteraan

    (EAC).

    Bagaimanapun, sebab yang lebih penting di sebalik perlaksanaan

    PBH ialah kerana PBH dapat meningkatkan kualiti pelajar dan graduan

    secara lebih jelas, sistematik dan menyeluruh. PBH digerakkan hasil

    daripada keinginan untuk melihat pelajar dan graduan disediakan

    dengan hasil-hasil pembelajaran atau ciri-ciri menyeluruh.

  • 7/29/2019 Buku Panduan Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

    39/286

    29

    PBHPBH merupakan singkatan kepada Pendekatan Pembelajaran

    Berasaskan Hasil. PBH mengalih fokus daripada input dan proses

    kepada memberi tumpuan kepada Objektif-Objektif Program (OP) dan

    Hasil-Hasil Pembelajaran (HP) Program. Bagaimanapun, kepentingan

    input dan proses tidak dinafikan. Melalui PBH, sebarang program

    pengajian perlu mengambilkira keperluan pihak-pihak berkepentingan

    dalam penggubalan OP serta HP program yang perlu dicapai oleh

    para pelajar dan graduan. OP pengajian (jangka panjang dan berkaitan

    dengan graduan semasa sudah bekerja) dan HP (jangka pendek danberkaitan dengan pelajar) perlu dikenalpasti dan dijejaki dalam

    rekabentuk kurikulum program.

    Struktur pembelajaran, rekabentuk kurikulum, silibus dan

    ko-kurikulum kemudiannya direkabentuk secara top-down dengan

    menjadikan OP dan HP program sebagai titik rujukan. Struktur

    pembelajaran dan rekabentuk kurikulum dianggap sebagai penyebab

    dan bukan matlamat akhir. Sekiranya struktur pembelajaran, kurikulum

    dan ko-kurikulum tidak berjaya membuahkan hasil, maka kedua-duanya

    akan dinilai semula. Kaedah penyampaian (delivery) dan pengukuran

    (assessment) dan penilaian (evaluation) pencapaian objektif-objektif

    dan hasil-hasil pembelajaran program menjadi amat penting untuk

    memastikan pencapaian hasil-hasil pembelajaran oleh para pelajar dan

    graduan. Bahan-bahan bukti yang yang berkaitan perlu ditunjukkan

    apabila proses akreditasi program dijalankan. Memetik daripada satu

    laporanEducation Department of Western Australia:

    OBE merupakan satu proses pendidikan yang berasaskan

    cuba mencapai hasil-hasil pembelajaran spesifik berkaitan

    dengan pembelajaran individu pelajar. Maka, setelah

    menentukan apakah perkara-perkara penting yang pelajar/

    graduan harus memahami dan boleh lakukan atau sifat-sifat

    yang perlu ada dalam diri, kedua-dua struktur dan kurikulum

    direkabentuk untuk mencapai keupayaan atau kualiti-kualiti

    tersebut. Struktur pendidikan dan kurikulum dianggap sebagai

    penyebab, bukan matlamat. Sekiranya tidak berkesan, maka

    ia boleh atau harus difikirkan semula dan diubah

  • 7/29/2019 Buku Panduan Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

    40/286

    30

    Keseluruhan proses pendidikan dari sudut rekabentuk kurikulum,kaedah pengajaran dan pembelajaran, kaedah pengukuran dan penilaian

    mesti disusun semula serta dipelbagaikan. Juga penambaikan kualiti

    berterusan (CQI) program mestilah berasaskan sistem pengurusan

    kualiti yang mantap. PBH akan mempelbagaikan kaedah pengajaran

    serta penilaian pencapaian mereka menjadikan kaedah dan penilaian

    bersifat lebih fleksibel.

    Objektif-Objektif Program (OP)

    Objektif-Objektif Program (OP) adalah pernyataan-pernyataanyang menyatakan pencapaian yang disasarkan untuk dicapai para

    graduan setelah beberapa tahun berada di alam kerjaya.Pernyataan-

    pernyataan tersebut haruslah digubal melalui proses mendapatkan

    maklumbalas daripada pihak-pihak berkepentingan yang melibatkan

    kepentingan universiti, bakal majikan dan industri, pelajar, ibu bapa,

    kerajaan, penaja dsbnya. OP tidak seharusnya menjadi duplikasi

    kepada Hasil-Hasil Pembelajaran (HP), tetapi OP adalah apa yang kita

    kehendaki graduan kita capai dalam kerjaya mereka setelah beberapa

    tahun bekerja.

    Sebagai contoh, katakan setelah menjalankan kajiselidik dan

    mendapatkan maklumbalas daripada bakal majikan dan pihak industri,

    terdapat permintaan yang tinggi terhadap sesuatu bidang khusus

    berkaitan dengan Kejuruteraan Awam, katakan berkaitan dengan alam

    sekitar, maka satu OP yang boleh digubal ialah:

    Program akan menghasilkan graduan yang akan menjadi

    Jurutera Awam yang memberi kepentingan terhadap alam

    sekitar dan pembangunan lestari.

    OP di atas telah mengambilkira satu pandangan potensi majikan

    dan industri yang dieksploitasikan oleh program kerana terdapat

    permintaan yang tinggi terhadap graduan sedemikian yang mungkin

    tidak diambilkira oleh program Kejuruteraan Awam yang lain di

    Malaysia. Maknanya graduan kita mempunyai satu nic tersendiri.

    Begitu juga, dari sudut kesesuaian dengan UKM sebagai sebuah

    universiti penyelidikan, mungkin OP yang sesuai adalah seperti berikut

    pula:

  • 7/29/2019 Buku Panduan Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

    41/286

    31

    Program akan menghasilkan graduan yang akan menjadiJurutera Awam mampu menjalankan penyelidikan dalam

    bidang kejuruteraan samaada di peringkat pasca siswazah atau

    di dalam organisasi masing-masing.

    Begitulah seterusnya, OP perlu digubal agar bersesuaian dengan

    permintaan pihak-pihak berkepentingan (tetapi tidak semestinya

    memenuhi kehendak semua). Bagaimana pula untuk mencerminkan

    visi dan misi UKM dalam objektif program? OP hendaklah

    konsisten dengan visi dan misi UKM sebagai sebuah universiti yang

    memartabatkan Bahasa Melayu contohnya. Pencapaian OP harus bolehdiukur dan dinilai secara berkala serta mesti diwar-war dan disebar-

    luaskan. Kemungkinan, sesuatu program akan mempunyai 4 atau 5

    atau kurang atau lebih OP.

    Sebagai contoh, OP bagi program Kejuruteraan Awam & Struktur,

    Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina, UKM yang disasarkan untuk

    dicapai graduan stelah beberapa tahun berada di alam kerjaya adalah

    seperti berikut:

    OP1: Seorang jurutera yang membina kerjaya di dalam bidang

    Kejuruteraan Awam dengan pengkhususan dalam bidang

    Kejuruteraan Struktur.

    OP2: Seorang jurutera yang mencapai tahap jurutera profesional di

    bawah Lembaga Jurutera Malaysia dan mengekalkannya.

    OP3: Seorang jurutera yang meneruskan pembelajaran sepanjang hayat,

    mendapatkan ilmu pengetahuan lanjutan dan kecemerlangan di

    dalam kerjaya.

    OP4: Seorang jurutera yang mampu untuk maju ke suasana kerja

    peringkat serantau dan antarabangsa.

    Hasil-Hasil Pembelajaran (HP)

    Hasil-hasil Pembelajaran (HP) adalah pernyataan-pernyataan

    mengenai ilmu pengetahuan (IP) (knowledge), kemahiran praktikal dan

    profesional (KPP) (practical and professional skills) dan kemahiran

    insaniah (KI/KG) (human/soft skills) yang disasarkan untuk dicapai

    pelajar semasa berada di universiti daripada mula sehinggalah tamat

  • 7/29/2019 Buku Panduan Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

    42/286

    32

    pengajian.HP harus menyumbang kepada pencapaian OP, dan jelasditerapkan di dalam struktur pembelajaran dan kurikulum. Pencapaian

    hasil-hasil pembelajaran mesti dibuktikan sebelum dan pada masa

    graduan menerima ijazah. Terdapat lapan ciri graduan atau HP di

    dalam KKM yang mesti dimasukkan ke dalam semua kursus sesuatu

    program pengajian. Lapan domain tersebut adalah:

    1. Ilmu pengetahuan (domain IP).

    2. Kemahiran praktikal atau psikomotor (domain KPP).

    3. Kaedah saintifik, pemikiran kritis, penyelesaian masalah danmembuat keputusan (domain KI/KG).

    4. Kemahiran berkomunikasi, kemahiran kepimipinan dan kerja

    berkumpulan (domain KI/KG).

    5. Pengurusan maklumat dan kemahiran pembelajaran sepanjang

    hayat (domain KI/KG).

    6. Ciri-ciri keperibadian, etika, nilai-nilai sejagat dan

    profesionalisme (domain KI/KG).

    7. Tanggungjawab sosial dan kebertanggungjawapan (domain

    KI/KG).

    8. Pengurusan dan keusahawanan (domain KI/KG).

    Gambarajah 2.1 menunjukkan keperluan Kerangka Kelayakan

    Malaysia (KKM) yang merangkumi kesemua domain HP. Semua

    domain HP tersebut menjadi asas kepada pembinaan HP program

    untuk setiap program pengajian di UKM. Kementerian Pengajian

    Tinggi (KPT) Malaysia juga cuba untuk memperkukuhkan lagi sudut

    Kemahiran Insaniah (KI) dengan menyenaraikan KI yang perlu

    diterapkan dalam diri pelajar di universiti. UKM telah mengubahsuai

    KI tersebut dan menamakannya sebagai Kompetensi Generik (KG).

    Secara asas, KI dan KG merupakan kemahiran insaniah yang perlu ada

    dalam diri pelajar yang perlu diberi penekanan semasa di universiti.

    Seperti yang dinyatakan KI atau KG sudah sedia terkandung di dalam

    domain KKM. UKM telah mengembangkan 6 domain KI daripada

    KKM (domain 3 8) menjadi 13 domain KG.

  • 7/29/2019 Buku Panduan Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

    43/286

    33

    Gambarajah 2.1: Domain HP KKM

    Tiga belas KG yang ditetapkan oleh UKM ialah:KG1: Tanggungjawab Sosial.

    KG2: Menghargai Alam Sekitar.

    KG3: Etika, Moral dan Profesionalisme.

    KG4: Kerohanian.

    KG5: Komunikasi.

    KG6: Kepimpinan.

    KG7: Kerja Berpasukan.

    KG8: Kaedah Saintifik, Pemikiran Kritis, Penyelesaian

    Masalah dan Autonomi dalam Pembuatan Keputusan.

    KG9: Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

    KG10: Pembelajaran Sepanjang Hayat.

    KG11: Kemahiran Globalisasi.

    KG12: Kemahiran Keusahawanan.

    KG13: Kemahiran Pengurusan.

  • 7/29/2019 Buku Panduan Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

    44/286

    34

    Seperti OP, pernyataan-pernyataan HP program haruslah digubalmelalui proses perundingan dengan pihak-pihak berkepentingan yang

    melibatkan universiti sendiri, bakal majikan dan industri, pelajar,

    ibu bapa, kerajaan, penaja dsbnya. HP harus diwar-warkan, disebar-

    luaskan dan konsisten dengan OP. Pencapaian HP harus diukur dan

    dinilai secara terus dan berkala dengan penglibatan pihak-pihak

    berkepentingan dalaman (para pensyarah dll) dan luaran (industri,

    majikan dll). Kurikulum dan proses berkaitan dengan pencapaian

    objektif mestilah diadakan. Sistem penilaian berterusan yang dapat

    menunjukkan pencapaian HP serta penggunaan keputusan untukpenambahbaikan program harus diwujudkan. Berbanding dengan OP

    (yang banyak bergantung kepada pengukuran secara tidak langsung

    (indirect assessments), pencapaian HP oleh pelajar mestilah diukur

    secara terus (direct method of assessments).

    Bagi program-program bidang profesional seperti Kejuruteraan,

    keperluan yang disyaratkan oleh Lembaga Jurutera Malaysia (BEM)

    melalui Manual Akreditasi Program Kejuruteraan, Majlis Akreditasi

    Kejuruteraan (EAC) (yang telah disediakan oleh kumpulan kerja

    yang dianggotai kesemuanya oleh ahli Fakulti Kejuruteraan &

    Alam Bina dipengerusikan oleh penulis sendiri), HP program mesti

    mengambilkira 10 ciri-ciri yang mesti dicapai oleh para pelajar semua

    program kejuruteraan di Malaysia. Petikan daripada Manual tersebut

    adalah seperti di bawah:

  • 7/29/2019 Buku Panduan Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

    45/286

    35

    Students of an engineering programme are expected to attain thefollowing:

    (i) ability to acquire and apply knowledge of science and engineering

    fundamentals;

    (ii) acquired in-depth technical competence in a specific engineering

    discipline;

    (iii) ability to undertake problem identification, formulation and

    solution;

    (iv) ability to utilise systems approach to design and evaluateoperational performance;

    (v) understanding of the principles of design for sustainable

    development;

    (vi) understanding of professional and ethical responsibilities and

    commitment to them;

    (vii) ability to communicate effectively, not only with engineers but

    also with the community at large;

    (viii) ability to function effectively as an individual and in a group with

    the capacity to be a leader or manager ;

    (ix) understanding of the social, cultural, global and environmental

    responsibilities of a professional engineer; and

    (x) recognising the need to undertake life-long learning, and

    possessing/acquiring the capacity to do so.

  • 7/29/2019 Buku Panduan Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

    46/286

    36

    Jadual 2.1 memberikan contoh HP bagi program KejuruteraanAwam & Struktur, Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina, UKM yang

    disasarkan untuk dicapai pelajar.

    Jadual 2.1: Contoh HP Program Kejuruteraan Awam & Struktur,

    Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina, UKM

    KOMPONEN ILMU PENGETAHUAN DOMAIN

    HP1 Berkebolehan untuk mendapat dan mengaplikasikan ilmu

    pengetahuan dalam matematik, sains dan kejuruteraan

    menjurus kepada kompetensi teknikal mendalam dalambidang Kejuruteraan Awam & Struktur.

    ILMU

    PENGETAHUAN

    HP2 Berkebolehan untuk mengenal pasti masalah kejuruteraan,

    mendapatkan penyelesaian dan jawapan bagi masalah

    tersebut.

    HP3 Berkebolehan untuk merekabentuk projek Kejuruteraan

    Awam & Struktur mengambilkira kekangan yang realistik

    seperti ekonomi, alam sekitar, sosial, politik, etika, kesihatan

    dan kelestarian.

    HP4 Memahami tanggungjawab dan komitmen profesional dan

    etika.

    HP10 Berkebolehan untuk mengambilkira unsur-unsur

    pengurusan projek pembinaan, pengurusan aset, polisi

    awam, pentadbiran, perniagaan dan keusahawanan.

    KEMAHIRAN DAN CIRI-CIRI LAIN

    HP5 Berkebolehan untuk merekabentuk dan menjalankan ujikaji

    dan juga menganalisa serta mengintreptasi data. KEMAHIRAN

    PRAKTIKAL &

    PROFESIONAL

    HP6 Berkebolehan untuk menggunakan teknik, kemahiran

    dan alatan moden kejuruteraan yang perlu bagi amalan

    kejuruteraan.

    HP7 Berkebolehan untuk berkomunikasi secara efektif, bukan

    sahaja dengan jurutera tetapi juga dengan masyarakat

    umum.

    KEMAHIRAN

    INSANIAH

    HP8 Berkebolehan untuk berfungsi secara efektif sebagai

    individu dan juga dalam kumpulan dengan kemampuan

    untuk menjadi pemimpin atau pengurus serta menjadi

    anggota kumpulan yang efektif.

    HP9 Mengetahui keperluan untuk menjalani pembelajaranberterusan, dan mempunyai kemampuan/cuba mendapatkan

    kebolehan tersebut.

    Dapat diperhatikan daripada senarai HP di atas, program ini

    telah memenuhi domain KKM, KPT, UKM dan Lembaga Jurutera

    Malaysia.

  • 7/29/2019 Buku Panduan Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

    47/286

    37

    Hasil Pembelajaran Kursus (HPK)HPK adalah pernyataan tentang kebolehan atau apa yang boleh

    dilakukan oleh pelajar semasa dan setelah menjalani kursus yang akan

    membantu pencapaian HP yang berkaitan. Pernyataan-pernyataan ini

    adalah lebih spesifik dan berkaitan dengan kandungan kursus.

    Hubungan Umum

    Secara umum, OP merupakan titik fokus yang perlu disokong oleh

    pelbagai aspek penting universiti. Gambarajah 2.2 menunjukkan

    hubungan umum tersebut.

    Gambarajah 2.2: Hubungan Umum OP kepada aspek-aspek penting

    universiti.

    Pemetaan dan Penjejakan OP dan HP dalam Kurikulum dan

    Proses Pengajaran dan Pembelajaran

    Gambarajah 2.3 menunjukkan perkaitan di antara OP, HP, Hasil-

    Hasil Pembelajaran Kursus (HPK) dengan kurikulum dan kaedah

    pembelajaran dan pengajaran.

  • 7/29/2019 Buku Panduan Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

    48/286

    38

    Gambarajah 2.3: Hirarki Keperluan Pihak-Pihak Berkepentingan, OP,

    HP, Rekabentuk Kurikulum dan HPK

    Gambarajah 2.3 menunjukkan dapat dilihat hirarki dan perkaitan

    OP, HP kepada kurikulum dan HPK. Setiap program perlu memetakan

    HP kepada OP, manakala setiap kursus pula perlu dipetakan kepada HP

    melalui pemetaan HPK kepada HP. Dengan itu, program akan dapatdigerakkan secara lebih tersusun ke arah OBE dengan penglibatan

    semua pensyarah. Harus diingat, bab ini hanya memfokuskan kepada

    sumbangan proses pembelajaran dan pengajaran rasmi di Fakulti

    kepada OBE. Peranan di kolej-kolej kediaman dan aktiviti-aktiviti ko-

    kurikulum yang juga penting tidak termasuk dalam cakupan bab ini.

  • 7/29/2019 Buku Panduan Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

    49/286

    39

    Penambahbaikan Berterusan (CQI)Suasana pembelajaran perlu sentiasa menitikberatkan

    penambahbaikan kualiti berterusan (Continual Quality Improvement

    (CQI)). Melalui perlaksanaan PBH, adalah diharapkan unsur-unsur

    penambahbaikan kualiti secara berterusan akan menjadi satu budaya

    di UKM. Di setiap peringkat, CQI mesti dilaksanakan, daripada

    pembentukan objektif-objektif dan hasil-hasil pembelajaran, rekabentuk

    kurikulum sehinggalah kepada perlaksanaan dan pengimplementasian

    program. CQIboleh berlaku dalam kitaran dalam ataupun kitaran

    luar. Kesemua kitaran yang masih terbuka harus ditutup (closingthe loop). Di sinilah terletaknya kepentingan mewujudkan satu sistem

    Pengurusan Kualiti yang mantap.

    Kesimpulan

    Bab ini telah memberikan penjelasan mengenai konsep asas dan

    falsafah pendekatan pembelajaran berasaskan hasil (PBH). Kepentingan

    menggubal Objektif-Objektif Pembelajaran (OP) program, Hasil-

    Hasil Pembelajaran (HP) program dan Hasil-Hasil Pembelajaran

    Kursus (HPK) telah ditekankan. Bab ini diharap dapat membantu para

    pensyarah meningkatkan kefahaman dan seterusnya dapat menerapkan

    PBH di dalam kursus masing-masing secara lebih bermakna. Bagi

    para pentadbir pula, kepentingan mewujudkan satu Sistem Pengurusan

    Kualiti yang mantap harus difahami dan dilaksanakan.

    Bibliografi

    Abet, 2003. Presentation Materials. 2nd ABET International Faculty

    Workshop on Continuous Program Improvement held at the

    National University Singapore (NUS).

    Abet Website, 2009. http://www.abet.org

    Andersen, A., 2003. Preparing Engineering Students to work in a Global

    Environment to Co-operate, to Communicate and to Compete.

    Proceeding of the International Conference on the Global Engineer:

    Education and Training for Mobility, Portugal, pp. 252 257.

  • 7/29/2019 Buku Panduan Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

    50/286

    40

    Basri, H., Che Man, A.B., Wan Badaruzzaman, W.H and Nor, M.J.M.,2004. Malaysia and the Washington Accord: What it takes for Full

    Membership. International Journal of Engineering and Technology,

    Vol. 1, No. 1, 2004, pp. 64 73.

    Engineering Board for Engineering and Technology (ABET), Inc.,

    2009. Criteria for Accrediting Engineering Programs.

    Felder, R.M. and Brent, R., 2003. Designing and Teaching Courses to

    Satisfy the ABET Engineering Criteria, J.Eng.Education.

    Fletcher, L.S., Brisk, M. and Chan, A., 2008. Engineering Education

    Assessment Procedures: Meeting Washington Accord Standards.EAC Workshop for IHLs.

    Hassan Basri, Wan Hamidon Wan Badaruzzaman dan Riza Atiq

    Abdullah O.K. Rahmat, 2004. Efforts towards Outcome-Based

    Approach in Engineering Education. Supplementary Accreditation

    Document Submitted to the Engineering Accreditation Council,

    Board of Engineers Malaysia.

    Hodel, H., 2003. Experience with Holistis Engineering Education.

    Proceeding of the International Conference on the Global Engineer:

    Education and Training for Mobility, Portugal, pp. 218 224.

    Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), 2002. Kod Amalan Jaminan Kualiti

    IPTA.

    Lembaga Jurutera Malaysia, 2006. Engineering Programme

    Accreditation (EAC) Manual.

    Shakhgildian, V.V. and Fomin, N.N., 2003. Formation of the Global

    Engineers: Necessary Conditions, Possibilities, Advantages and

    Drawbacks for Russia, Proceeding of the International Conference

    on The Global Engineer: Education and Training for Mobility,

    Portugal, pp. 299 - 301.

    Sharifah Hapsah Syed Hasan Sahabudin, 2005. Bahan-Bahan

    Pembentangan MQF. Bahagian Jaminan Kualiti, Kementerian

    Pengajian Tinggi Malaysia.

    Universiti Kebangsaan Malaysia, 2006. Pelan Strategik UKM

    Perspektif 2006 2020.

  • 7/29/2019 Buku Panduan Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

    51/286

    41

    Wan Hamidon Wan Badaruzzaman and Megat Johari Megat MohdNoor, 2009. Academic Excellence with Focus on Sustainable

    Development. Keynote Address, Fifth National Conference Civil

    Engineering AWAM09.

    Washington Accord Website, 2009. http://www.washingtonaccord.org

    Washington Accord BEMs Reviewers (2008). Report of the July and

    Nov 2008 Washington Accord New Application Review Team

    Visit to the Engineering Accreditation Council (EAC) Malaysia.

    Willis, S. and Kissane, B., 1995. Outcome-based Education - A

    Review of the Literature. Prepared for the Education Departmentof Western Australia.

  • 7/29/2019 Buku Panduan Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

    52/286

    42

  • 7/29/2019 Buku Panduan Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

    53/286

    43

    BAB 3

    Pembentukan Hasil Pembelajaran Kursus

    Rosadah Abdul Majid

    Pengenalan

    Apabila seseorang pelajar mendaftar untuk mengikuti sesuatu

    kursus, dia berharap untuk memperolehi ilmu pengetahuan berkaitan

    dengan kursus yang diikutinya. Apa yang diharap untuk diperolehioleh seseorang pelajar setelah mengikuti sesuatu kursus dikenali

    sebagai hasil pembelajaran kursus. Hasil pembelajaran kursus boleh

    dibahagikan kepada sekurang-kurangnya tiga kategori iaitu; ilmu

    pengetahuan yang melibatkan kapasiti mental, kemahiran yang

    melibatkan kapasiti fizikal, dan sikap yang melibatkan kapasiti emosi

    atau perasaan. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab pengajar untuk

    merancang pengendalian kursusnya agar berjaya mencapai hasil

    pembelajaran kursus tersebut merentasi ketiga-tiga kategori hasil

    pembelajaran itu. Perancangan kursus juga perlu memberi perhatianagar hasil pembelajaran kursus terbabit berjaya menyumbang mencapai

    hasil pembelajaran program pengajian yang diikuti.

    Hasil pembelajaran kursus perlu dinyatakan dengan jelas agar

    pengajar dan pelajar tahu dan sedar tentang fokus atau tumpuan kursus

    yang diikuti. Hasil pembelajaran kursus biasanya dinyatakan dalam

    bentuk tingkah laku pelajar yang boleh diperhatikan. Ini merupakan

    bukti bahawa pembelajaran telah berlaku, atau dengan kata lain kursus

    terbabit telah dikendalikan dengan berkesan. Turut dijadikan ukuran

    pembelajaran seseorang pelajar dari kursus yang diikuti ialah produk

    yang telah dihasilkan kesan daripada ilmu, kemahiran serta sikap yang

    sesuai yang telah diperolehi kesan dari mengikuti kursus berkenaan.

    Domain Pembelajaran

    Pengajar perlu memikirkan hasil pembelajaran kursus

    merentasi domain-domain pembelajaran pelajar. Kita menekan

  • 7/29/2019 Buku Panduan Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

    54/286

    44

    kepada domain pembelajaran pelajar dan bukan domain pengajaran.Ini kerana pengendalian kursus perlu difikirkan dan dirancang dalam

    konteks pelajar, iaitu yang berfokus kepada pembelajaran mereka.

    Hasil pembelajaran kursus perlu dinyatakan dalam bentuk tingkah

    laku pelajar dan tidak dalam tingkah laku pengajar. Hasil pembelajaran

    kursus juga boleh dilihat sebagai objektif pembelajaran. Ini merujuk

    kepada bagaimana pelajar diharap akan memperolehi hasil dari

    proses pembelajaran yang mereka lalui dengan mengikuti kursus

    terbabit. Taksonomi Pembelajaran Bloom (1956) menstrukturkan hasil

    pembelajaran kepada satu kerangka yang mengambilkira beberapadomain pembelajaran iaitu; domain kognitif, domain afektif, dan

    domain psikomotor (lihat jadual 3.1). Kerangka domain pembelajaran

    yang telah dicadangkan oleh Bloom membantu pengajar menganalisis

    serta menilai objektif pembelajaran yang dibina. Ia juga membantu

    pengajar membangunkan kriteria tertentu dalam menentukan tahap

    penguasaan sesuatu pembelajaran (Simon 2000). Ini merujuk kepada

    tahap-tahap penguasaan hasil pembelajaran merentasi ketiga-tiga

    domain pembelajaran. Jadual 3.2 mempamerkan perincian tingkah

    laku pembelajaran merentasi domain kognitif berserta contoh aktiviti

    dan kata kunci yang menggambarkan aktiviti pembelajaran dalam

    domain tersebut. Domain kognitif merujuk kepada pencapaian hasil

    pembelajaran dalam aspek kemampuan mental pelajar.

    Jadual 3.1: Tahap serta Domain Pengajaran dan Pembelajaran

    Tahap Kognitif Afektif Psikomotor

    Pengetahuan Sikap Kemahiran

    1 Mengingat Fakta / Data Penerimaan(kesedaran)

    Mengikut (meniru)

    2 Memahami Respon (reaksi) Manipukasi (mengikutarahan)

    3 Aplikasi (guna) Menilai (memahamidan bertindak)

    Membina ketepatan

  • 7/29/2019 Buku Panduan Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

    55/286

    45

    4 Analisis (kepada struktur atau unsur)

    Mengurus sistemnilai peribadi

    Penyampaian /artikulasi(menggabung,mengintegrasikemahiran berkaitan)

    5 Sintesis (mencipta/membina)

    Menghayati sistemnilai (selaras nilaidengan tingkah laku)

    Semulajadi (secaraspontan, sebagai pakar)

    6 Menilai (menaksir,menghakimi dalam termayang sesuai)

    Jadual 3.2: Domain kognitif

    Tahap Kategori

    atau Tahap

    Huraian Tingkah

    laku

    Contoh aktiviti

    yang boleh

    dilatih, atau

    penunjuk bukti

    pencapaian hasil

    pembelajaran

    yang boleh

    diukur.

    Kata kunci

    (kata kerja yang

    menghuraikan

    aktiviti yang akan

    dilatih dan tingkah

    laku yang akan

    diukur pada setiap

    tahap)

    1 Pengetahuan Mengingat

    atau mengecam

    maklumat

    Ujian objektif,

    mengira fakta,

    mengingat proses,

    peraturan, definisi,

    menyebut prosedur

    atau peraturan

    melabel

    mengingat

    mengenalpasti

    menyusun

    mendefinisi

    menghurai

    mengecam

    menghasilkan

    semula memilih,

    menyebut

    2. Pemahaman Memahami makna,

    menyebut semula

    fakta dalam

    perkataan sendiri,

    menterjemah,

    memanjangkan,

    Menerangkan

    atau menterjemah

    makna dari senario

    atau penyataan

    yang diberikan,

    mencadangkan

    rawatan, reaksi,

    atau penyelesaian

    masalah, membina

    contoh atau

    metafora.

    menerangkan

    mengkritik

    mengklasifikasi

    memaparkan

    merumus

    menterjemah

    melapor

    berbincang

    menulis semula

    menganggar

    menginterpretasi

    mengkonsepsi

    memparafrasa

    merujuk

    memberi contoh

  • 7/29/2019 Buku Panduan Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

    56/286

    46

    3 Aplikasi Menggunakan ataumengaplikasi ilmu,

    menggunakan teori

    dalam amalan,

    Menggunakan

    ilmu apabila

    respon kepada

    situasi sebenar

    Menggunakanteori secara praktis,

    menunjukkan,

    menyelesaikan

    masalah, mengurus

    aktiviti

    menggunakanmengaplikasi

    mengurus

    menyelesai

    menghasilkan

    mengimplimentasi

    membentuk

    mengubah

    menyediakan

    menjalankan

    menunjukkan

    reaksi

    memainkan

    peranan

    4. Analisis Menginterpretasi;

    unsur-unsur,

    prinsip-prinsip dari

    struktur susunan,

    pembinaan,

    perkaitan;

    kualiti serta

    kebolehpercayaan

    setiap komponen.

    Mengenalpasti

    bahagian khusus

    serta fungsi sesuatu

    proses atau konsep,

    membubarkan

    kaedah atau proses,

    menilai elemen

    secara kualitatif,

    hubungan, nilai

    dan kesan;

    mengukur

    keperluan.5. Sintesis Membangunkan

    struktur,

    sistem, models,

    pendekatan, dan

    idea baharu yang

    unik, pemikiran

    kreatif, dan

    pengoperasian

    Membangunkan

    perancangan

    atau prosedur,

    merekabentuk

    penyelesaian,

    mengintegrasi

    pelbagai kaedah,

    sumber, idea, dan

    bahagian-bahagian;

    menghasilkan tema

    atau pendekatan

    baharu, menulis

    perancanganalternatif.

    membangunkan

    merancang

    membina

    mencipta

    merekabentuk

    mengurus

    mengkaji semula

    memformulasi

    mengusul

    menetapkan

    memasang

    mengintegrasikan

    menyusun semulamengubah

  • 7/29/2019 Buku Panduan Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

    57/286

    47

    6. Penilaian Menaksir keberkesanan

    konsep

    keseluruhan,

    yang dikaitkan

    dengan nilai, hasil,

    keberkesanan,

    kebolehlaksanaan,

    pemikiran kritis,

    membandingkan

    dan mengkaji

    semula secara

    strategik,

    mengadili

    berpandukan

    kriteria luaran.

    Mengkaji semulapilihan strategik

    atau perancangan

    dalam aspek

    keberkesanan,

    pulangan kepada

    pelaburan atau kos

    efektif, praktikaliti,

    menaksir

    kelestarian,

    melaksanakan

    analisis SWOT

    yang dikaitkan

    dengan pelbagai

    alternatif;

    menghasilkan

    justifikasi kepada

    cadangan atau

    tindakan berani,

    menghitung kesan

    daripada cadangan

    atau strategi;

    melaksanakan

    satu penghitungan

    analisis risiko

    berserta cadangan

    dan justifikasi.

    mengkaji semulajustifikasi

    menaksir

    membentangkan

    kes membela

    melaporkan

    menyelidik

    mengarah

    menilai

    berhujah

    mengurus projek

    Seterusnya, Jadual 3.3 memberi perincian tingkah laku pembelajaran

    merentasi domain afektif berserta contoh aktiviti dan kata kunci yang

    menggambarkan aktiviti pembelajaran. Domain afektif merujuk

    kepada pencapaian domain hasil pembelajaran yang meliputi sikap

    serta nilai pelajar.

  • 7/29/2019 Buku Panduan Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

    58/286

    48

    Jadual 3.3: Domain Afektif

    Tahap Kategori atau

    Tahap

    Huraian

    Tingkah laku

    Contoh aktiviti

    yang boleh

    dilatih, atau

    penunjuk bukti

    pencapaian hasil

    pembelajaran

    yang boleh

    diukur.

    Kata kunci

    (kata kerja yang

    menghuraikan

    aktiviti yang akan

    dilatih dan tingkah

    laku yang akan

    diukur pada setiap

    tahap)

    1. Penerimaan Sedia untuk

    mencuba, sedia

    untuk mendengar

    Memberi

    perhatian kepada

    guru ataupelatih, berminat

    dalam sesi atau

    pengalaman

    pembelajaran,

    mengambil nota,

    hadir ke kelas,

    memberi masa

    untuk belajar,

    mengambil

    bahagian secara

    pasif.

    Bertanya

    mendengar,

    memberi perhatian,memberi tumpuan,

    mengambil

    bahagian,

    berbincang,

    memperaku,

    mendengar,

    menerima, kekal,

    mengikuti,

    membaca,

    melakukan, merasa.

    2 Respon Bertindak balas

    dan mengambil

    bahagian secara

    aktif

    Mengambil

    bahagian secara

    aktif dalam

    perbincangan

    kumpulan, dalam

    aktiviti, berminat

    dalam hasil,

    bersemangat

    untuk bertindak,

    menyoal dan

    meransang idea,

    mencadangkan

    takrifan.

    bertindak balas,

    respon, mencari

    penerangan,

    menginterpretasi,

    menerangkan,

    memberikan

    rujukan atau contoh

    lain, menyumbang,

    menyoal, hadir,

    merujuk, menjadi

    gembira, membantu

    kumpulan, menulis,

    melaksanakan

    tugas.

  • 7/29/2019 Buku Panduan Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

    59/286

    49

    3. Nilai Memberi nilai

    dan menyatakan

    pandangan

    peribadi.

    Membuat

    keputusan

    tentang

    kepentingan

    serta kesesuaian

    sesuatu idea atau

    pengalaman,

    menerima dan

    komited kepada

    sesuatu pendirian

    atau tindakan.

    Berhujah, mencabar,

    berdebat, menolak

    pandangan,

    konfran, justifikasi,

    memujuk,

    mengkritik.

    4. Mengurus atau

    mengkonsepsi

    nilai.

    Meleraikan

    konflik dalaman,

    membangunkan

    sistem nilai

    kendiri.

    Menghurai dan

    mengumpul

    pandangan

    peribadi,

    menyatakan

    pendirian, alasan,

    dan kepercayaan

    peribadi.

    Mem