pengucapan awam dan penyampaian berkesan

Download Pengucapan Awam dan Penyampaian Berkesan

Post on 12-Jun-2015

6.290 views

Category:

Documents

4 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Kaedah membuat penyampaian yang berkesan

TRANSCRIPT

PENGUCAPAN AWAM(Program Pembangunan Imej Professional) TENAGA NASIONAL BERHAD Kuala Lumpur01 02 April 2008 Untuk terus berjaya dalam memimpin, kita perlu berbalik kepada persoalan kemahiran asas atau kompetensi diri yang perlu ada pada diri kita sendiri...ia termasuk keupayaan berucap di khalayak ramai!

PENGUCAPAN AWAM YANG BERKESAN !

OBJEKTIFDi akhir program ini, adalah diharapkan para peserta akan dapat: * Menghuraikan tingkahlaku penyampai yang berkeyakinan diri dan berkesan; * Menunjukkan teknik-teknik pengucapan awam yang berkesan; * Menerangkan tingkahlaku yang perlu dikawal sewaktu berucap di khalayak; * Menerangkan peranan tekanan suara dan penafasan yang baik untuk menambah keberkesanan penyampaian; * Menghuraikan gaya bahasa dan bahasa badan serta gerak geri dalam pengucapan awam; * Menunjukkan cara menggunakan alat pandang dengar sewaktu menyampaikan ucapan.

Pengucapan awam adalah suatu seni yang merangkumi seni lakon, seni tari, seni reka, seni suara dan seni bahasa. Jalinan di antara pelbagai seni ini yang disesuaikan dengan seni tutur akan dapat melahirkan suatu ucapan yang mantap dan hebat !

PASTI BOLEH !Muka 01

KANDUNGAN* Perjelas Tujuan & Matlamat * Menyediakan Butiran Penyampaian * Menganalisis Pendengar * Menyediakan Rangka Ucapan * Membina Keyakinan Diri * Teknik-Teknik Penyampaian * Menggunakan Gerak Geri * Menjaga Pernafasan & Gugup * Mengalun Suara * Merangsang Diri * Meningkatkan Motivasi Pendengar * Menggunakan Audio-Visual * Menutup Ucapan * Menghadapi Sessi Soal Jawab * Mengurus Bangkangan * Kaedah Mengingat Butiran * Membuat Ucapan Mendadak * Mengukuhkan Keyakinan Diri

HENDAK SERIBU DAYA ! PERCAYA PASTI JAYA !MALAYSIA BOLEH ! KITA PUN BOLEH !

Adakah anda merasa lesu dan gugup apabila tiba masanya anda berucap ? Adakah anda rasa tekak anda kering, degupan jantung anda berlari kencang, nafas anda sesak, tubuh anda mula berpeloh dan ingatan anda tiba-tiba lupus ketika di minta berucap ?

Gugup yang keterlaluan dan perasaan takut, bimbang dan kurang yakin adalah merupakan penghalang utama kepada pengucapan awam yang berkesan ! Program ini melatih anda bagaimana mengawal perasaan supaya tidak gugup dan yakin terhadap potensi anda berucap dengan baik dan berkesan !

Baik sewaktu anda diminta berucap atau memberi ceramah atau syarahan, atau ketika diminta mengendalikan mesyuarat, atau diminta menjadi juruacaraprogram ini membantu anda untuk lebih bersedia !

Muka 02

ATURCARA PROGRAM PENGUCAPAN AWAM TENAGA NASIONAL BERHAD 200801 APRIL 2008

MASA08.30 pagi

AKTIVITI* * * * Perasmian Program Objektif Program Suaikenal Pengucapan Awam : Mengapa Gugup ? * 7 Petua Penting Apabila Berucap ! Minuman Pagi * * * * * Membuat Persediaan Menganalisis Tujuan Menganalisis Majlis Menganalisis Pendengar Latihamal : Membina Keyakinan

10.30 pagi 11.00 pagi

01.00 tgh 02.00 ptg

Makan Tengahari * * * * * * Saat Melangkah Ke Podium Kontak Mata Gaya dan Bahasa Badan Menguasai Gugup Pembuka Kata Latihamal

03.30 ptg 03.45 ptg

Minuman Petang * * * * * Kepentingan Gerak Geri Mengalun Suara Pernafasan Merangsang Diri Latihamal

05.00 ptg

REHAT Muka 03

ATURCARA PROGRAM PENGUCAPAN AWAM TENAGA NASIONAL BERHAD 2008

02 APRIL 2008

MASA08.30 pagi

AKTIVITI* * * * * Apa Yang Kita Pelajari? Menyediakan Isi Ucapan Mengumpul Maklumat Beberapa Teknik Penyampaian Latihamal

10.30 pagi 11.00 pagi

Minuman Pagi * * * * * Memperjelas Tujuan Penyampaian Kaedah Meyakinkan Pendengar Kaedah Memotivasi Pendengar Kaedah Mengingat Butiran Isi Latihamal

01.00 ptg 02.00 ptg

Makan Tengahari * Berucap Secara Spontan * Ingat : Pembuka, Isi & Penutup * Latihamal Minuman Petang * * * * * Menutup Ucapan Menghadapi Sessi Soaljawab Mengurus Bangkangan Menghadapi Saat Genting Ke Arah Kejayaan

03.30 ptg 03.45 ptg

05.00 ptg

Penutup & Penyampaian Sijil

Muka 04

FASILITATOR

FASILITATOR UTAMA SULEIMAN HAJI SAAIDM.A Antropologi & Sosiologi (Universiti Malaya) 1980 B.A Hons. (Universiti Malaya) 1974

SULEIMAN HAJI SAAID, adalah Pengarah Urusan Budi Antara Sdn Bhd. Dan Perunding Kanan Di Regatcorp Beliau mempunyai pengalaman yang luas di bidang pengurusan dan pembangunan sumber manusia. Beliau pernah bertugas sebagai Pengajar di Universiti Malaya sebelum berkhidmat sebagai Penyelaras Penyelidikan di Jabatan Perdana Menteri dan Perunding Latihan dan Penyelidikan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Beliau pernah berkhidmat di Penerbangan Malaysia (MAS) sebagai Pengawal Latihan Pengurusan. Beliau adalah jurulatih bertauliah bagi Program Menyelesai Masalah dan Membuat Keputusan (pendekatan Kepner-Tregoe) dan memiliki Sijil Kemahiran Jurulatih Professional dari IATA (Geneva). Beliau pernah melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti latihan dan luas pengetahuan serta pengalaman dalam bidang pembangunan jurulatih, motivasi, kaunseling, keusahawanan dan pengurusan organisasi. Dengan pengalaman lebih dari 30 tahun di bidang latihan, beliau pernah juga dilantik sebagai seorang Jurulatih Residen di Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, MARA Holding dan Focus Learning Consulting Sdn Bhd.

Muka 05

TENAGA NASIONAL BERHAD Kuala Lumpur01 02 APRIL 2008

bengkel

KENAPA KENA MAHIR BERUCAP ?PENGUCAPAN awam atau berucap di khalayak ramai adalah merupakan satu kemahiran yang boleh dipelajari. Ramai yang menganggap kebolehan ini sebagai semulajadi. Tanggapan begini tidak boleh kita terima. Ramai pemimpin agung dunia yang bijak menyampaikan ucapan dan berupaya mempengaruhi pengikutnya tidak berasal dari ahli keluarga yang pandai berucap atau semulajadinya mahir bercakap dan berucap. Kemahiran berucap dan membuat penyampaian yang baik dan berkesan boleh dipupuk dan diasah melalui proses pembelajaran, pendedahan dan amalan serta bimbingan. Secara keseluruhannya, setiap insan yang normal berupaya dan berpotensi untuk menjadi pemidato yang berkaliber sekiranya diberi peluang untuk mengenali kemahiran tersebut secara lebih sistematik. Semasa menyampaikan sesuatu ucapan, seseorang penyampai adalah dalam keadaan bersemuka dengan pendengar. Segala gerak laku dan penampilan diri serta persembahan seseorang penyampai adalah menjadi tumpuan pendengar atau audiennya. Dalam konteks ini walaupun seseorang penyampai lebih banyak memberi maklumat dari menerimanya tetapi rangsangan komunikasi yang diterima amatlah penting dan boleh mempengaruhi persembahan sesuatu ucapan itu. Ini memerlukan kemahiran-kemahiran asas sama ada dalam bentuk fizikal mahupun psikologikal. Adakah Anda Bersedia Untuk Berucap ?

Muka 06

bengkel

Mengapa kita perlu menimba pengetahuan serta ke mahiran dalam membuat pegucapan awam? Menjelaskan sesuatu isu : Sebagai penjawat awam, sesuatu isu yang besar dan perlu diberitahu kepada sekumpulan kakitangan memerlukan pengucapan awam. Melalui pengucapan awam, sesuatu isu yang timbul dapat dijelaskan secara dua hala. Kita dapat menerangkan secara terus kepada para kakitangan dan boleh menjawab semua soalan secara terus tanpa memerlukan media yang lain. Melancarkan kempen : Sesuatu kempen akan dapat dilancarkan melalui pengucapan awam di mana seorang penyampai boleh melakukannya melalui pemujukan, motivasi dan rayuan mengikut tindak balas daripada para pendengar. Kempen yang berkesan adalah banyak bergantung kepada kemahiran kita menyampaikan hujah-hujah yang dapat mempengaruhi audien. Membina kredibiliti : Berucap dengan penuh yakin akan dapat membentuk kredibiliti seseorang itu dan organisasi yang diwakilinya. Membetulkan salah faham : Sesuatu ucapan juga boleh membetulkan salah faham kakitangan terhadap sesuatu isu. Para kakitangan akan hanya berpuas hati terhadap sesuatu salah faham apabila mereka dapat mendengar penjelasan terus dari sumbernya.

Sebenarnya kemahiran berucap termasuk jikalau anda diminta jadi Juruacara Majilis atau disuruh mengetuai majlis meminang !

Muka 07

bengkel

Memotivasi orang lain : Berucap dengan nada yang berapi-api akan dapat memotivasikan mereka yang mendengarnya. Apabila seseorang penyampai dapat memberikan keyakinan kepada pendengar, ia akan memberikan kesan yang mendalam. Mewujudkan publisiti : Dengan berucap di tempat awam akan memudahkan para pendengar mengenali diri kita sebenar -nya. Ini disebabkan kesan komunikasi bersemuka adalah lebih jelas berbanding dengan menggunakan media lain. Mempertingkatkan imej diri : Berucap di khalayak bukan sahaja dapat memperkenalkan kita kepada audien malah ia dapat mempertingkatkan lagi imej diri kepada mereka yang pernah mendengar nama kita tetapi belum dapat bersua muka.

Sila nyatakan lain-lain sebab mengapa anda perlu menimba ilmu serta kemahiran pengucapan awam?

Muka 08

bengkel

GUGUP?Agak lazim bagi kita yang diminta bercakap di khalayak mengalami gugup dan debaran terutama di saat-saat awal kita membuat penyampaian. Tak kira samada anda seorang yang sudah banyak pengalaman atau sebaliknya, debaran serta rasa gemuruh itu sesuatu yang lumrah apabila membuat penyampaian. Sebenarnya apa yang berlaku ialah tekanan rasa atau srtress yang anda alami disebabkan pelbagai faktor, antara lainnya : * * * * * * * * Ekpektasi pendengar Ekspektasi anda sendiri Tahap persediaan yang anda buat Dialog dalaman yang anda alami Takut gagal Takut tak kesampaian Takut apa orang lain kata Lain-lain.

Dalam kumpulan masing-masing, sila senaraikan faktorfaktor yang berpotensi untuk menyebabkan anda rasa gementar, gugup serta stress sewaktu diminta membuat pengucapan awam :

Muka 09

bengkel

OTOT-OTOT KEJANG LIDAH JADI KERING DEGUPAN JANTUNG MENINGKAT NAFAS JADI SESAK PUNDI KENCING JADI KEMBANG BERPELUH BADAN BERASA PANAS MENGGIGIL DAN RASA GEMENTAR BERCAKAP DALAM KEADAAN TERKETAR-KETAR FIKIRAN TERGAN