peranan guru pendidikan moral dalam menjayakan kod etika

22
20 Kod Etika Keguruan Peranan Guru Pendidikan Moral dalam Menjayakan Kod Etika Perguruan Kumpulan 5 Alia Shafika Bt Alias Loriana Jara Ak Philip Mary Anne Dison Michelle Mar Ak Philiip Nurul Fatin Bt Kamarudin Yusnitha Merang

Upload: yusnithamerang

Post on 23-Feb-2017

224 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peranan guru pendidikan moral dalam menjayakan kod etika

20 Kod Etika Keguruan Peranan Guru Pendidikan Moral dalam

Menjayakan Kod Etika Perguruan

Kumpulan 5 Alia Shafika Bt AliasLoriana Jara Ak PhilipMary Anne DisonMichelle Mar Ak PhiliipNurul Fatin Bt KamarudinYusnitha Merang

Page 2: Peranan guru pendidikan moral dalam menjayakan kod etika

1. Guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionalnya dan

yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.

Setiap tindak tanduk dan sikap guru lakukan mendapat perhatian masyarakat sekeliling terutama pelajar dan ibu bapa.

Amat penting menjaga perlakuan agar tidak mencemarkan kredibiliti keguruannya sehingga boleh menghilangkan kepercayaan masyarakat terhadap nilai-nilai murni seorang guru yang membawa tanggungjawab mendidik anak bangsa supaya bertingkah laku baik dan berakhlak mulia.

Jika guru gagal, seluruh masyarakat tidak akan mempercayai guru dalam membantu ibu bapa mendidik anak-anak mereka.

Page 3: Peranan guru pendidikan moral dalam menjayakan kod etika

2. Guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan  amanah berhubung dengan kewangan

Etika ini melibatkan sikap dan prinsip hidup seorang guru apabila memegang sesuatu amanah terutamanya yang melibatkan kewangan.

Selain daripada mengajar dan mendidik, ada kalanya guru juga akan melakukan tugas mengutip yuran sekolah dan sebagainya.

Dalam memegang amanah melibatkan wang, guru mestilah bersikap jujur, berhati-hati dan tidak lalai kerana kesilapan yang kecil akibat kecuaian juga boleh membuang kepercayaan pelajar dan ibu bapa berhubung kewangan terhadap guru tersebut.

Sukar bagi mereka untuk mengamanahkan anak mereka kepada seorang guru yang tidak jujur dan lalai.

Page 4: Peranan guru pendidikan moral dalam menjayakan kod etika

3. Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah menjalankannya dengan jujur

 Ketika guru sedang melakukan tugas dan bergaul dengan pelajar, guru hendaklah berlaku jujur tanpa melakukan sesuatu itu dengan niat untuk mendapat ganjaran, nama mahupun populariti dikalangan pelajar.

Jujur dalam memberi perlindungan kepada pelajar dan tidak pernah sekali cuba untuk mempergunakan hubungan baiknya untuk kesenangan peribadinya.

Page 5: Peranan guru pendidikan moral dalam menjayakan kod etika

4. Tanggungjawab utama guru adalah terhadap anak muridnya. Kepentingan murid mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian. Apabila berlakunya konflik atau kekeliruan yang memerlukan

guru membuat keputusan antara pelajar, persatuan yang diikuti oleh guru ataupun kehendak persendirian, keputusan yang perlu guru ambil pelajar menjadi perkara utama perlu guru dahulukan.

Kerana, sudah menjadi tanggungjawab seorang guru itu untuk melindungi dan menjaga kepentingan pelajarnya terutama ketika disekolah. Sewaktu guru sedang menjalankan tugas, perkara lain harus di ketepikan buat sementara waktu agar guru dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada pelajar.

Page 6: Peranan guru pendidikan moral dalam menjayakan kod etika

5. Guru haruslah menumpukan perhatian dan memberi pengajaran kepada setiap muridnya tak mengira bangsa, agama dan kepercayaannya. Tidak mengamalkan sikap pilih kasih sesama kaum dan

agama mengikut keselesaannya. Seperti contoh Cikgu Azman seorang berbangsa Melayu dan

beragama Islam, maka Cikgu Azman mengajar dan memberi tumpuan kepada pelajar Melayu sahaja kerana berpendapat beliau mahu membela nasib bangsa sendiri tanpa mengambil peduli kaum lain yang dirasakan lebih pandai berbanding pelajar Melayu.

Sikap yang ditonjolkan ini boleh menimbulkan konflik dan perasaan tidak puas hati di kalangan pelajar-pelajar bangsa Cina dan India.

Page 7: Peranan guru pendidikan moral dalam menjayakan kod etika

6. Guru haruslah bertugas sebagai ’pengganti ibu bapa’ dalam usaha membentuk tingkah laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat.

 Sebaik sahaja pelajar melangkah kaki ke sekolah, guru adalah merupakan orang paling tua dan orang yang paling diharapkan untuk menjaga, mengasuh dan mendidik pelajar kerana pada waktu persekolahan, ibu bapa sebenar keluar bekerja dan tidak dapat menumpukan perhatian pada anak mereka.

Seorang guru yang baik adalah seorang yang melayan pelajarnya seperti anak sendiri agar pelajar tidak merasa tersisih dan dapat menikmati kasih sayang yang mungkin tidak diperolehi ketika di rumah.

Page 8: Peranan guru pendidikan moral dalam menjayakan kod etika

7. Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, keturunan, daya intelek dan lain-lain

Guru mesti melayan dan menyempurnakan tugasnya sama rata.

Dalam mengajar juga, ilmu pengetahuan dicurahkan sama rata tanpa mengira status pelajar dihadapannya.

Semua pelajar memerlukan ilmu pengetahuan yang sama, sama ada dari mana dan siapa pelajar tersebut kerana mereka datang ke sekolah dengan tujuan yang sama iaitu menuntut ilmu.

Page 9: Peranan guru pendidikan moral dalam menjayakan kod etika

8. Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan muridnya dan membimbing mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan lain-lain

 Semasa mengajar guru harus peka bahawa pelajar adalah individu yang berbeza antara satu sama lain dari segi pembelajaran dan pemahamannya.

Guru harus peka dan sentiasa prihatin dengan setiap pelajar agar tiada yang tertinggal dalam membantu mereka menonjolkan potensinya. 

Page 10: Peranan guru pendidikan moral dalam menjayakan kod etika

9. Guru haruslah menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit mengenai diri murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak berkenaan

Guru sebagai seorang pemegang amanah dan seorang yang boleh dipercayai selepas ibu bapa bagi pelajar itu.

Maka apa sahaja maklumat mengenai pelajar tidak boleh didedahkan sama sekali terutama jika maklumat itu boleh memalukan dan mengaibkan pelajarnya.

Page 11: Peranan guru pendidikan moral dalam menjayakan kod etika

10. Guru tidaklah harus menanam sikap yang boleh merosakkan kepentingan murid, masyarakat atau negara

 Guru tidak boleh bersikap tidak mempedulikan pelajarnya dan seterusnya tidak mementingkan kehendak masyarakat dan mencapai matlamat negara.

Page 12: Peranan guru pendidikan moral dalam menjayakan kod etika

11. Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat dan berguna

Melengkapkan pelajar dengan membimbing mereka ke arah dan tujuan yang baik sekaligus dapat melahirkan warganegara yang baik dan sedia memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.

Page 13: Peranan guru pendidikan moral dalam menjayakan kod etika

12. Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid dan ibubapa terhadapnya

Guru harus menjaga dan menyusun katanya dengan baik agar apa sahaja perkataan yang keluar dari guru tidak disalah erti dan menimbulkan rasa curiga kepada pelajar-pelajar mahupun ibu bapa.

Ini boleh menjatuhkan maruah dan merendahkan martabat guru itu sendiri.

Page 14: Peranan guru pendidikan moral dalam menjayakan kod etika

13. Guru haruslah bertingkahlaku begitu rupa supaya menjadi contoh baik atau 'role model' kepada muridnya.

Guru sentiasa harus menunjukkan tingkah laku yang baik dan bernilai murni agar dapat memberi contoh atau model yang baik kepada pelajarnya.

Ia juga adalah untuk menjaga nama baik guru dan professionnya.

Page 15: Peranan guru pendidikan moral dalam menjayakan kod etika

14. Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran yang disahkan

Tuisyen atau kelas tambahan persendirian yang mahu guru lakukan adalah mesti bertujuan untuk membantu pelajar meningkatkan prestasi dan mengatasi kelemahannya bukan untuk guru menambah pendapatan luar waktu sekolah.

Apa sahaja pendapatan yang diperolehi daripada pengajaran adalah dilarang.

Ini adalah bagi menjaga kredibiliti seorang guru yang berpekerti mulia.

Page 16: Peranan guru pendidikan moral dalam menjayakan kod etika

15. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau pengajaran persendirian

Menerima bayaran untuk kelas tambahan adalah dilarang, apatah lagi mengiklankan dirinya untuk apa-apa kelas tuisyen anjurannya.

Dalam erti kata lain guru dilarang meletakkan namanya dalam apa-apa iklan berkaitan agar guru tidak menimbulkan syak wasangka masyarakat sekeliling.

Page 17: Peranan guru pendidikan moral dalam menjayakan kod etika

16. Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap muridnya Sudah tertakluk dalam perlembagaan negara bahawa rakyatnya

adalah bebas menganut mana-mana agama. Oleh sebab itu guru tidak harus memaksa mahupun

mempengaruhi pelajarnya agar mempercayai apa yang guru percaya.

Guru harus berada di pihak yang neutral agar beri peluang pelajar agar mereka menilai dan memilih kepercayaan sendiri apakah yang terbaik untuk diri mereka sendiri.

Guru hanya boleh memberi panduan selebihnya murid perlu membuat keputusan sendiri.

Page 18: Peranan guru pendidikan moral dalam menjayakan kod etika

17. Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibubapa atau ahli masyarakat dalam menjalankan tugas profesionalnya

Setiap tugas dan tanggungjawab yang dijalankan hendaklah ikhlas tanpa mengharapkan atau meminta balasan daripada ibu bapa mahupun masyarakat.

Page 19: Peranan guru pendidikan moral dalam menjayakan kod etika

18. Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain. Dalam pergaulan juga guru harus menjaga nama baik sesama

rakan setugas agar nama baik dan maruah guru tidak tercalar di kalangan pelajar

Page 20: Peranan guru pendidikan moral dalam menjayakan kod etika

19. Guru haruslah menggunakan cara yang sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan) untuk tujuan kenaikan pangkat atau untuk mendapat pekerjaan

Guru sentiasa mengemaskini kecekapan dan cara bekerja agar dapat peluang yang sama unutk meningkatkan diri dan taraf pe kerjaannya.

Menggunakan kemahiran untuk naik pangkat bukan dengan cara mengampu pentadbir sekolah.

Page 21: Peranan guru pendidikan moral dalam menjayakan kod etika

20. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan.

Tugas guru yang utama adalah mengajar dan mendidik pelajar.

Guru harus mengutamakan pelajar berbanding dirinya. Adalah dilarang sama sekali guru melampaui pelajarnya

dengan berlumba-lumba menempa nama. Seharusnya guru membantu menaikkan nama pelajar bukan

untuk kebaikan dirinya.

Page 22: Peranan guru pendidikan moral dalam menjayakan kod etika

RUJUKAN Abdullah Seni Yahya (2007), Guru Sebagai Pemimpin. Kuala Lumpur.

PTS Professional Publishng Sdn. Bhd.

Say Fooi (2005) Etika Perguruan : Jaminan Peningkatan Profesionalism. Serdang. Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Malek Muhamat Said. (2007) Mengurus Khidmat Bimbingan dan

Kaunseling Sekolah. Kuala Lumpur. PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.