seni dalam pendidikan

Upload: wan-norlida-wan-nik

Post on 04-Mar-2016

432 views

Category:

Documents


17 download

DESCRIPTION

Asingtment Seni dalam pendidikan

TRANSCRIPT

WAN NORLIDA WAN NIK710827115110001HBEF1403

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SOALAN: PROGRAM SENI BAGI MENJELASKAN AKTIVITI KREATIF KANAK-KANAK SEKOLAH RENDAH

SEMESTER: SEPTEMBER 2015KOD KURSUS: HBEF1403TAJUK KURSUS: SENI DALAM PENDIDIKANTUTOR FACE TO FACE: EN MANAN SARBANITUTOR ONLINE: SUHANI BT SURATMAN

NO. MATRIKULASI : 710827115110001NO. KAD PENGNEALAN : 710827115110NO. TELEFON: 0137740285/ 077581457E-MEL: [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN: OPEN UNIVERSITI MALAYSIA PUSAT PEMBELAJARAN B. PAHAT

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN..3-4

2.0ISI KANDUNGAN.42.1Pengalaman.4-122.2Ekspresi..12-142.3Maklumat Sokongan (Sorotan Kajian)..15-17

2.0 KESIMPULAN.17

BAHAN RUJUKAN.18

1.0PENGENALAN

Program seni lukis yang akan diperkenalkan dan dijalankan ialah menghasilkan sebuah hasil seni yang bertemakan kolaj. Lukisan dengan teknik kolaj ini akan dijalankan selama 4 minggu pembelajaran untuk menghasilkan sebuah hasil seni lukisan yang bertemakan kolaj. Tema ini menjadi pilihan saya kerana saya dapati masih terdapat di kalangan pelajar yang kurang mengetahui tentang jenis-jenis kolaj.. Untuk ini, kumpulan yang disasarkan adalah dari kalangan murid tahun enam. Kemahiran yang akan ditonjolkan di sini ialah kemahiran menggambar menggunakan teknik kolaj. Dalam aktiviti menggambar dan menggunakan teknik kolaj, pelajar dapat menggunakan pelbagai alat dan bahan untuk menghasilkan kolaj dari sebuah gambar mengikut cara ekspresinya sendiri. Ia penting dari segi keperluan fisiologi dan psikologi pelajar. Hal yang demikian ini,dapat membantu perkembangan pelajar dari aspek psikomotor dan emosi. Pelajar harus berfikir secara kreatif dan kritis tentang gambar yang ingin dilakarkan serta apakah bahan yang hendak digunakan untuk aktiviti kolaj supaya ianya tampak menarik. Proses penjanaan idea dalam aktiviti menggambar dan kolaj ini adalah merupakan ekspresi diri peserta program dalam menghasilkan karya seni ini . Aktiviti menggambar adalah penting kerana ia menjadi sebahagian daripada cara untuk mengawal emosi peserta. Dengan mengadakan aktiviti menggambar, peserta program akan mengalihkan tumpuannya kepada kertas dihadapannya. Segala masalah di dalam minda akan dipindahkan ke atas kertas manakala setiap hasilan daripada aktiviti menggambar merupakan tafsiran terhadap tingkah lakunya. Program seni lukis dan seni reka ini diadakan bertujuan untuk memupuk perasaan pelajar bagi menghargai keindahan ciptaan Tuhan. Selain daripada itu ianya juga memupuk pelajar akan budaya pengamatan, persepsi dan ekspresi dalam proses penghasilan. Program ini juga bertujuan supaya pelajar menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk mengekspresikan hasilan kerja mereka disamping menerapkan nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan juga mata pelajaran lain. Sebelum program dijalankan terlebih dahulu guru menerangkan kepada pelajar tentang kolaj. Kolaj adalah satu teknik yang menggunakan teknik tampalan untuk menghasilkan pelbagai karya lukisan gambar atau rekaan. Bahan tampalan ini boleh disusun, ditindih atau diatur pada permukaan kertas mengikut tajuk gambar yang diperlukan. Guru memberi pilihan bebas kepada pelajar samada hendak melakukan aktiviti kolaj kertas, kertas warna, bahan terbuang, bahan jahitan, bijirin atau bahan-bahan lain yang difikirkan sesuai.Aktiviti kolaj ini memerlukan penelitian dan ketekunan di dalam melakukannya. Pelajar haruslah mempunyai sifat-sifat yang sabar dan tekun supaya dapat menghasilkan aktiviti seni yang kemas, cantik, kreatif serta menarik.

2.0 ISI KANDUNGAN2.1 PENGALAMAN

Pada minggu pertama program, pelajar tahun 6 iaitu kumpulan yang disasarkan untuk program seni ini terlebih dahulu akan diperkenalkan dengan pelbagai jenis kolaj. Walaupun kebanyakan pelajar tahun 6 sudah mempunyai asas dan pengetahuan serta pengalaman serba sedikit tentang seni kolaj, pengenalan oleh guru tentang kolaj ini amat perlu bagi merangsang pertumbuhan idea serta meningkatkan kreativiti dan minat pelajar untuk menjalankan aktiviti program seni yang akan dijalankan. Tidak dinafikan bahawa Ibu bapa, guru serta masyarakat sekeliling memainkan peranan yang penting dalam menjana pemikiran pelajar yang kreatif.

Antara kolaj yang diperkenalkan guru ialah kolaj daripada kertas iaitu kertas warna, surat khabar dan berbagai jenis kertas lagi. Guru juga memperkenalkan jenis-jenis kolaj yang lain seperti kolaj bahan jahitan, kolaj daripada bijirin dan juga kolaj daripada bahan-bahan lain seperti bahan yang terbuang. Ini menunjukkan bahawa bahan-bahan yang terbuang boleh dikitar semula menjadi hasil seni yang kreatif dan menarik. Guru juga menunjukkan contoh-contoh kolaj yang telah dilakukan oleh pelajar-pelajar terdahulu. Melalui pendedahan guru tentang jenis-jenis kolaj dengan disertai contoh-contoh hasil seni pelajar senior, pelajar tahun 6 iaitu peserta program akan mendapat idea yang bernas untuk menghasilkan kolaj yang berkualiti dan kreatif.

Pada minggu kedua program pula, peserta program diarahkan untuk berfikir secara kritis tentang lakaran gambar yang hendak dilukis serta apakah warna atau corak kolaj yang sesuai bagi lakaran gambar yang hendak dilukis. Melukis dan membuat gambar ini memerlukan perkembangan persepsi terhadap aspek melukis serta kegiatan menggunakan pelbagai media dan teknik dengan menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Ini adalah kerana gambar yang dihasilkan akan menjadi lebih baik dan menarik sekiranya terdapat kepelbagaian bahan dan teknik yang diaplikasikan misalnya teknik kolaj. Kandungan gambar atau subjek yang dilukis atau dilakar mestilah disesuaikan dengan pengalaman sedia ada peserta program.

Peserta program bebas melukis dan melakar gambar dengan berpandukan pengalaman mereka. Terdapat peserta program yang melukis dan melakar gambar buah-buahan, bunga-bungaan, dan tak kurang juga dengan gambar pemandangan. Kesemuanya adalah hasil kreativiti, minat,ekspresi diri serta kecenderungan mereka terhadap sesuatu objek.

Contoh lakaran gambar peserta

Pada minggu ketiga pula, pelajar akan mula membuat kolaj pada gambar-gambar yang dilakarkan. Kebanyakan kolaj mempunyai tema tersendiri untuk menampakkan idea atau gambaran yang lebih jelas lagi apabila terpandang sesuatu hasil kerja kolaj ituPelajar yang mengikuti program ini bebas memilih jenis-jenis kolaj. Terdapat pelajar yang menggunakan teknik kolaj daripada kertas warna. Kolaj jenis ini dilakukan dengan menggunakan kertas warna yang digunting secara halus. Kemudian kertas warna tersebut disusun dan dilekatkan secara kolaj pada gambar yang dilukis. Gambarajah di bawah menunjukkan teknik kolaj daripada kertas warna yang digunting secara bebas.

Gambarajah 1:Contoh kolaj kertas warna yang digunting secara bebas

Selain daripada bentuk kolaj seperti di atas, pelajar juga menghasilkan kolaj yang menggunakan teknik tekanan pada mata pen dan pensil atau menggunakan alat penebuk kertas. Teknik ini agak rumit dan mengambil masa yang agak lama juga untuk disiapkan serta ia memerlukan ketekunan dan kesabaran yang tinggi bagi menghasilkan kolaj yang cantik serta menarik. Gambarajah di bawah adalah contoh kolaj yang di hasilkan.

Gambarajah 2 : Kolaj yang dihasilkan daripada kertas warnaSelain daripada itu, pelajar juga menggunakan bahan jahitan sebagai kolaj. Bahan jahitan yang dimaksudkan di sini ialah perca-perca kain, manik, butang baju, kapas dan kekabu sebagai bahan utamanya. Sebelum membuat kolaj daripada perca kain, pelajar akan melukis dan menggambarkan lukisan burung di atas kad board. Kemudian, mereka menyusun bahan menerusi guntingan perca kain atau menyusun manik pada gambar yang dilakarkan. Penyusunan bahan ini perlu dilakukan dengan kreatif serta mempunyai pemikiran yang tinggi bagi menghasilkan suatu hasil seni yang kreatif dan bermutu.Gambarajah 3: contoh kolaj bahan jahitan daripada perca kain

Selain daripada kolaj perca kain, pelajar juga menghasilkan kolaj daripada butang. Seperti juga kolaj daripada perca kain, pelajar akan melakar gambar yang dikehendaki terlebih dahulu. Kemudian hasil lakaran gambar tersebut akan dilekatkan dengan butang. Aktiviti ini perlu dilakukan dengan teliti dan sabar supaya dapat menghasilkan kolaj yang cantik dan menarik.

Gambarajah 4: Contoh kolaj daripada butang

Selain daripada itu, terdapat peserta program yang menggambar dengan kolaj daripada bijirin. Bahan bijirin yang dimaksudkan di sini ialah beras yang disusun dan dilekat menggunakan gam yang berkualiti pada gambar yang dilukis di atas kertas. Terdapat juga peserta yang menggunakan beras pulut, beras bali, kacang hijau, jagung dan juga biji saga untuk mendapatkan kelainan pada hasil seni mereka. Untuk menggunakan beras putih, terlebih dahulu beras dicelupkan ke dalam warna yang dikehendaki.Setelah dikeringkan barulah digunakan untuk kolaj. Di bawah ini menunjukkan contoh kolaj daripada beras.

Gambarajah 5 :Kolaj daripada beras

Terdapat pelajar yang lebih kreatif. Mereka menghasilkan kolaj daripada bijirin sarapan. Bijirin sarapan ini dicelup ke dalam pewarna terlebih dahulu sebelum dilekatkan pada gambar. Dibawah ini adalah hasil seni kolaj daripada bijirin sarapan.

Gambarajah 6 : Kolaj menggunakan bijirin sarapanSelain daripada itu, terdapat pelajar yang menghasilkan kolaj daripada biji kekacang iaitu biji kuaci. Biji-biji kuaci ini terlebih dahulu dicelup ke dalam pewarna mengikut warna yang akan digunakan. Biji kuaci ini akan dijemur sehingga kering sebelum digunakan untuk menghasilkan kolaj. Biji kuaci ini disusun dan dilekatkan satu persatu pada gambar yang dilakarkan.

Gambarajah 7 : Kolaj daripada biji kuaci

Selain daripada itu, pelajar juga menghasilkan kolaj daripada bahan terbuang seperti batu-batu kecil. Batu-batu kecil ini terlebih dahulu diwarnakan dan dikeringkan. Bahan-bahan ini disusun dan dilekatkan dengan menggunakan gam dan dibalut dengan plastik lut sinar supaya hasil kolaj itu tahan lebih lama. Di bawah ini adalah kolaj yang telah dihasilkan daripada batu-batu kecil.

Gambarajah 8 : Kolaj daripada batu-batu kecil

Lebih kreatif lagi apabila terdapat pelajar yang menghasilkan kolaj daripada benang. Untuk menghasilkan ini, benang pelbagai bentuk dan jenis disusun dan dilekatkan dengan teliti pada gambar supaya nampak kelihatan menarik.

Gambarajah 9 : Kolaj daripada tali atau benang.

Pada minggu keempat pula, diadakan pameran bagi kesemua hasil seni pelajar. Kesemua hasil seni ini dipamerkan di ruang terbuka dan diadakan program lawatan daripada pelajar-pelajar dan guru dari sekolah yang berhampiran. Hal yang demikian ini, dapat membentuk daya imaginasi pelajar kearah memangkin daya kreativiti mereka. Selain daripada itu, diadakan juga anugerah kepada pelajar yang dapat melahirkan hasil seni yang kreatif serta kritis sebagai menghargai kesungguhan dan minat mereka terhadap seni. Ganjaran yang diberikan dapat melahirkan keseronokan kepada pelajar Guru hendaklah sentiasa memberikan motivasi secara ekstrinsik untuk menghasilkan seni yang kreatif.

2.2 EKSPRESI

Seni dalam pendidikan mempunyai matlamat yang menarik iaitu dengan memberi peluang kepada pelajar untuk menemui potensi ekspresif diri melalui perkataan, bunyi, pergerakan dan visual mereka. Seni dalam pendidikan juga menyarankan pelbagai aktiviti melalui perasaan, pernyataan emosi, idea dan manifestasi pemikiran. Aktiviti seni dalam pendidikan memberi peluang kepada pelajar untuk membina keyakinan, menajamkan persepsi, meningkatkan kreativiti dan meningkatkan nilai estetik. Antara bentuk ekspresi adalah imaginasi, penglibatan diri, emosi, ruang, muzik dan kinestik. Bahasa-bahasa simbol telah digunakan untuk membuat ekspresi di dalam aktiviti seni yang telah dijalankan. Hal ini membantu pelajar merasa, menyentuh dan melihat secara langsung dunia mereka dengan cara tersendiri. Dalam menghasilkan kolaj ini, pelajar dapat meluahkan pandangan dan idea mereka. Media-media ekspresi boleh dilihat dalam bentuk hasil kolaj mereka. Pelajar melahirkan ekspresi bagi meluahkan perasaan mereka iaitu dengan mengeluarkan idea ke dalam aktiviti menggambar serta menghasilkan kolaj yang kreatif dan menarik. Secara tidak langsung, melakukan aktiviti seni dapat meningkatkan imaginasi dan kreativiti pelajar serta menimbulkan rasa kecantikan estetika dalam seni.

Misalnya hasil kolaj seni fabrik pada gambarajah di atas. Pelajar haruslah peka terhadap berbagai jenis permukaan dan jalinan yang terdapat pada bahan tersebut. Kepelbagaian bahan, teknik dan warna dapat menghasilkan gambar yang lebih baik dan menarik. Kain perca digunting, dipotong mengikut bentuk gambar yang dikehendaki dan ditampal di atas permukaan kad board. Setelah disusun dan ditampal, kesan jalinan dan kesan permukaan yang tidak rata ini kelihatan menghasilkan satu kelainan. Ini kerana badan burung pada hasil seni di atas, di kolaj dengan bahan fabrik yang berlainan warna dan jenis serta corak supaya ianya dapat menimbulkan kesan elemen jalinan sentuh. Jalinan sentuh pada kolaj di atas dapat dirasa dengan tangan kerana ia bersifat maujud. Begitu dengan garisan yang terdapat pada kolaj menampakkan gambar menjadi lebih jelas dan nyata. Aspek imbangan juga dimanfaatkan dengan bentuk burung yang berada ditengah-tengah hasil seni.

Manakala pada hasil kolaj di atas pula, berbagai jenis tali dan benang digunakan. Penggunaannya di dalam kolaj serta pemilihan dari segi warna yang berbagai adalah cukup menarik. Garisan benang yang terdapat pada hasil kolaj menampakkan gambar yang dihasilkan adalah lebih jelas dan nyata. Melalui hasil kolaj ini, penegasan ditegaskan melalui aspek garisan, rupa, dan warna yang difokuskan.

Merujuk kepada hasil kolaj daripada butang, ia menggunakan unsur-unsur seni dan prinsip rekaan dengan penggunaan warna butang yang cerah untuk menambahkan nilai estetik.Penggunaan warna yang cerah dan menarik adalah antara warna asas serta sejuk bagi menambahkan nilai estetik hasil kolaj ini. Dari segi penggunaan garisan, butang yang dikolaj berfokus kepada warna yang lebih gelap untuk mewujudkan outline. Secara keseluruhannya, hasil-hasil kolaj ini adalah menyeluruh dari aspek kesatuan. Mesej yang disampaikan menggambarkan hasil kreatif pelajar- pelajar ini.

2.3 MAKLUMAT SOKONGAN (SOROTAN KAJIAN)

Gambar di atas ini menunjukkan sekuntum bunga yang disertai dengan daun dan batangnya. Karya ini dihasilkan oleh pelajar tahun 4. Karya ini jelas menunjukkan tahap psikomotor yang baik kerana imej yang terdapat di dalam lukisan dapat dibentuk dengan baik dan kemas. Terdapat unsur-unsur seni yang baik seperti garisan, rupa, bentuk dan ruang. Prinsip-prinsip rekaan iaitu harmoni dan imbangan juga jelas kelihatan. Menurut teori perkembangan seni kanak-kanak iaitu Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan bersifat kreatif. Ini berdasarkan sifat semulajadi mereka yang suka meneroka dengan penuh perasaan dan ingin tahu. Pemikiran kreatif kanak-kanak di dalam aktiviti seni adalah merupakan satu pemikiran yang berupaya untuk merangsang kanak-kanak bagi menghasilkan idea baru.

Mengikut pandangan tradisional, kecerdasan seseorang telah ditetapkan semasa ia dilahirkan. Ia meliputi tiga bidang iaitu bahasa matematik dan visual spatial. Dr H. Gardner membuat kajian tentang teori kognitif di Universiti Haryard telah memperkenalkan satu model kecerdasan yang pelbagai jenis. Mengikut Model Gardner, kecerdasan seseorang boleh dipelajari, dikembang dan dipertingkatkan. Kecerdasan ini dibahagikan kepada 9 jenis iaitu Verbal/Linguistic, Logical Mathemtical, Musikal/Rhythmic, Visual /Spatial, Bodily-Kinesthetic,Interpesonal,Intrapersonal, Naturalistic dan Ethical/Spiritual. Kecerdasan Visual Spatial ditunjukkan oleh kemampuan seseorang untuk melihat secara rinci gambaran visual yang terdapat di sekitarnya. Seorang seniman misalnya dapat memiliki kemampuan persepsi yang luas. Bila mereka melihat sebuah lukisan, mereka dapat melihat adanya perbezaan yang tampak diantara goresan-goresan kuas , meskipun orang lain tidak mampu melihatnya. Dengan mengamati sebuah gambar, seorang jurugambar dapat membuat analisis mengenai kelemahan dan kekuatan dari gambar tersebut seperti dari mana arah datangnya cahaya, latar belakang dan sebagainya. Bahkan mereka dapat menyelesaikan masalah seandainya gambar itu ditingkatkan kualitinya. Mereka yang mempunyai Kecerdasan Visual Spatial ini dituntut untuk memberi gambaran secara tepat akan gambaran visual dan kemudian menafsirkan gambaran tersebut.Hal ini dibuktikan dari alamat http://www.slideshare.net/SabariahBahrum/kreativiti-estetika-dan-ekspresi-visual?related=1

Judith Burton(1980) menjelaskan terdapat 3 jenis pembelajaran konsep yang dilalui oleh kanak-kanak iaitu1. Konsep Tampak(visual).Beliau menegaskan bahawa kanak-kanak akan mengalami dan mempelajari bahawa terdapat benda yang boleh disusun dengan berbagai cara dan apabila kanak-kanak mampu melahirkan sifat-sifat garisan, rupa bentuk dan jalinan dalam kolajnya.2. Konsep hubungan3. Konsep ekspresifKonsep ini lahir apabila kanak-kanak menyedari akan adanya perkaitan diantara aksi atau tindakan dengan bahan-bahan yang digunakan sehingga boleh melahirkan kesan tampak.

Menurut Md Nasir Ibrahim dan Hassan adalah menjadi salah satu tanggungjawab Guru Pendidikan Seni iaitu memupuk daya kreativiti di kalangan mereka. Ini jelas menunjukkan bahawa daya pemikiran kreatif dalam kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan proses pendidikan sejak awal lagi. Menurut Muhamad Tamyez Bajuri(1996), kreativiti adalah berkait dengan penerokaan samada melalui mental atau fizikal. Daya inilah yang membawa kepada satu pemikiran di luar pemikiran biasa (berfikir di luar kotak). Kreativiti melibatkan daya berfikir. Oleh itu, ia dapat dibentuk, dilatih menerusi rangsangan tertentu.

3.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya setiap hasil seni yang dihasilkan mempunyai maksud yang tersendiri. Setiap orang mempunyai pengalaman dan imaginasi yang tersirat. Faktor-faktor ini mempengaruhi ciri-ciri lukisan seseorang kanak-kanak dan faktor ini yang sebenarnya perlu digunakan sebaik mungkin bagi membentuk kanak-kanak yang kreatif. Oleh itu guru perlu berusaha mencungkil bakat setiap pelajar mengikut kecekapan individu. Kepelbagaian ideologi dan budaya, faktor kreativiti artistik juga mempengaruhi hasil penghasilan karya. Kreativiti artistik adalah diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Setiap kanak-kanak belajar dari persekitaran dan pengalaman yang hampir dengan mereka.

(2,500 perkataan)

BAHAN RUJUKAN

Abdul Shukur Hashim et al.(2011) Perkembangan Seni Kanak-Kanak. Seri Kembangan: Open Universiti MalaysiaKementerian Pendidikan Malaysia. (2002).Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual.Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan KurikulumMok Soon Sang. (2012). Perkembangan Kanak-kanak.Puchong:Penerbitan Multimedia Sdn.BhdRousiluddin Ambia et al.(2011).Pengenalan Pendidikan Seni Visual.Seri Kembangan: Open Universiti MalaysiaZulkifli Yaakob et al.(2014).HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan.Seri Kembangan:Open Universiti Malaysiahttp://rasfarina72.blogspot.my/2013/07/ekspresi-kreativiti-kanak-kanak.html diakses pada 25/10/15 3.40 pm

http://documents.tips/documents/contoh-kritikan-karya-seni.html di akses pada 25/10/15 4.30pm

http://tansookfun.blogspot.my/p/kolaj.htmldiakses pada 26/10/15 3.00am

http://artaddictclub.blogspot.my/2012/09/catan.media-basah.htmldiakses pada 30/11/15 10.00pm

2