seni dalam pendidikan 2013

Upload: hamsawi-abu-talip

Post on 04-Jun-2018

380 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 Seni Dalam Pendidikan 2013

    1/48

    1

    1.0 PENGENALAN

    Pendidikan Seni Visual menggantikan nama Pendidikan Seni yang terdahulu.

    Perubahan ini dirasakan lebih sesuai kerana dalam hubungan seni di sekolah,

    Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni tampak atau visual, dan tidak

    merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni

    mempertahankan diri. Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang

    kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi

    kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta

    kaitannya dengan mata pelajaran lain. Murid di sekolah rendah pada

    keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual

    memainkan peranan memperkembang sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi

    dan daya pemikiran.

    Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis

    seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri.

    Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri,

    membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri. Pendidikan Seni Visual

    sekolah rendah menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu dalammata pelajaran ini dan antara mata pelajaran lain. Pengajaran dan pembelajaran

    akan lebih berkesan dengan aktiviti kemahiran befikir secara kritis dan kreatif

    (KBKK). Murid digalakkan menyimpan rekod pengalaman pembelajaran dan

    hasil kerja sendiri. Amalan ini akan melatih murid membuat analisis, sintesis dan

    refleksi terhadap pembelajarannya untuk faedah sendiri. Pendidikan seni visual

    sekolah rendah Setiap murid mempunyai pelbagai kecerdasan seperti ruang

    visual, kinestetik, interpersonel dan intrapersonel. Sifat ini amat penting untuk

    membantu murid berkarya, berkomunikasi dan mengukuh koordinasi

    pancaindera secara seimbang. Proses ini menjadikan pembelajaran lebih

    berkesan dan bermakna.

  • 8/13/2019 Seni Dalam Pendidikan 2013

    2/48

    2

    2.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

    NAMA GURU :SITI NORAINUL AFIFAH BT MOHD ANUAR

    :NUR IZUWA BT SALLEHUDDIN

    SEKOLAH :SK TITI GAJAH

    MASA :9.10 PAGI-10.10PAGI

    TARIKH :20 SEPTEMBER 2011

    MATA PELAJARAN :BAHASA MELAYU

    KELAS :3 PINTAR

    HARI :SELASA

    KUMPULAN A B C

    Nama Murid 1)Mohd Norazman

    B Zabidin.

    2)Aisyah Bt Mohd

    Kamarulzaman.

    3)Nur Syawalwani

    Bt Yusof.

    1)Mohd Hasif Bt

    Zakaria.

    2)Mohd Amiruddin B

    Iskandar.

    1)Mohd Azam B Razak.

    Tajuk /Tema Haiwan

    Kemahiran 1. Hurufhuruf b-

    d, s-h, g-j

    11. Perkataan KV+KVK 32. Bacaan dan

    Pemahaman

  • 8/13/2019 Seni Dalam Pendidikan 2013

    3/48

    3

    Hasil

    Pembelajaran:

    Pada akhir

    pengajaran

    dan

    pembelajaran

    murid dapat:

    1. Menyebut

    sekurang-

    kurangnya 3

    daripada 6 huruf

    iaitu b-d, s-h,dan

    g-j.

    2. Menulis

    sekurang-

    kurangnya 3

    daripada 6 huruf

    dengan betul.

    .

    1.Memadankan

    sekurang-kurangnya 3

    daripada 5 suku kata

    KVKVK dengan

    gambar yang diberikan.

    2.Menulis sekurang-

    kurangnya 3 daripada 5

    perkataan berdasarkan

    gambar.

    3.Melengkapkan 3daripada 5 suku kata

    KVKV.

    1.Membaca 3 daripada

    4 ayat berdasarkan

    gambar yang diberi

    dengan betul.

    2. Membaca dan

    menjawab sekurang-

    kurangnya 2 daripada 5

    soalan pemahaman.

    Pengetahuan

    Sedia Ada:

    Telah

    mengenal

    huruf

    konsonan

    selain

    daripada b-

    d, s-h dan

    g-j dan

    huruf-huruf

    vokal.

    Telah

    menguasai suku

    kata KV dan

    KVK.

    Boleh membaca

    dan membina

    ayat mudah.

    Bahan Bantu

    Belajar

    LCD,komputer riba, dan bahan bantu belajar Muka buku.

    Nilai-nilai

    murni

    Menyerap nilai-nilai kasih sayang antara makhluk Tuhan, dan saling

    menghormati hak masing-masing.

  • 8/13/2019 Seni Dalam Pendidikan 2013

    4/48

    4

    Kemahiran

    BerfikirKemahiran berfikir melalui soalan yang diutarakan oleh guru kepada

    murid dan memerlukan pemikiran kritis dan kreatif untuk menjawab

    dan membentuk ayat ringkas melalui persoalan yang dikemukakan.

    Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis juga terdapat pada aktiviti

    di dalam bahan bantu belajar iaitu Muka Buku.

    Kemahiran berfikir yang melibatkan,penyelesaian masalah atau

    membuat keputusan.

    Langkah Kumpulan A Kumpulan B Kumpulan C

    Set Induksi

    (5 Minit)

    1. Murid-murid dipertontonkan sebuah tayangan video haiwan

    peliharaan

    2. Murid-murid diminta untuk menjawab beberapa soalan yang

    akan diutarakan oleh guru berdasarkan tayangan video tersebut

    .

    3. Murid-murid diperkenalkan dengan tajuk pembelajaran pada

    hari tersebut oleh guru.

    Langkah 1

    (20 minit)

    Lembaran Kerja Aktiviti Pengukuhan Interaksi P&P

    1. Murid diedarkan

    dengan beberapa

    lembaran kerja

    yang

    mengandungi

    huruf-huruf seperti

    b-d,

    s-h dan g-j.

    1.Guru memberikan

    bahan bantu belajar

    iaitu Muka Buku yang

    akan dilaksanakan oleh

    murid-murid secara

    berkumpulan.

    1. Pertama sekali guru

    akan memilih gambar

    secara rawak.

    2. Murid-murid perlu

    menjawab beberapa

    soalan yang dikemukan

    oleh guru berdasarkan

  • 8/13/2019 Seni Dalam Pendidikan 2013

    5/48

    5

    2. Murid -murid

    diedarkan pula

    dengan beberapa

    ketul tanah liat dan

    diminta untuk

    membentuk huruf

    yang terdapat

    pada lembaran

    kerja tersebut.

    3. Murid-murid

    dikehendaki

    menyalin semula

    huruf yang

    terdapat pada

    lembaran kerja.

    4. Seterusnya,

    murid dikehendaki

    untuk untukmengoyak helaian

    kertas warna

    menjadi cebisan

    kecil, dan

    menampal cebisan

    kertas warna yang

    telah dikoyak

    diatas huruf b

    dan juga huruf d

    yang telah di cetak

    pada lembaran

    kerja murid.

    2. Murid dikehendaki

    untuk memadankan

    perkataan-perkataan

    KVKVK berdasarkan

    gambar yang diberikan.

    3. Selain itu, murid-

    murid juga perlu

    mengenalpasti suku

    kata-suku kata bagi

    KVKVK.

    4. Gambar-gambar danperkataan-perkataan

    yang terdapat pada

    bahan bantu belajar

    boleh ditukar supaya

    dapat menguji

    kefahaman murid.

    5. Setelah murid-murid

    menyelesaikan aktiviti

    pengukuhan tersebut,

    murid-murid diminta

    untuk menyalin semula

    gambar yang telah

    dipilih.

    3. Murid-murid akan

    menulis ayat

    berdasarkan soalan

    yang ditanya oleh guru.

    Contoh soalan :

    I. Apakah jenis

    gambar haiwan

    yang guru

    tunjukkan?

    II. Apakah

    makanan haiwan

    ini?

    III. Apakah warna

    haiwan ini?IV. Apakah ciri-ciri

    yang ada pada

    haiwan ini?

    4. Murid akan menulis

    ayat tersebut pada

    buku latihan masing-

    masing.

  • 8/13/2019 Seni Dalam Pendidikan 2013

    6/48

    6

    b d

    perkataan KVKVK yang

    betul di dalam buku

    latihan.

    5. Kemudian, guru

    akan memberikan

    petikan pendek

    bersama dengan

    soalan kefahaman dan

    bersama-sama dengan

    murid-murid menjawab

    soalan tersebut.

    Langkah 2

    (15 minit)

    Aktiviti

    Pengukuhan

    Interaksi P&P Lembaran Kerja

    1. Murid-murid

    akan diberikan alat

    bantu belajar iaitu

    Muka Buku yang

    perlu dilaksanakan

    secara

    berkumpulan.

    1. Setiap murid di

    dalam kumpulan ini

    akan menerima

    sekeping gambar

    haiwan .

    2. Guru akan memilih

    seorang murid secara

    rawak kemudian guru

    akan meminta murid

    yang dipilih untuk

    menyebut gambar yang

    telah murid itu dapat.

    1. Murid akan

    diedarkan dengan satu

    lembaran kerja yang

    mengandungi beberapa

    gambar haiwan serta

    ayat yang tidak

    lengkap.

    2. Melalui gambar

    tersebut, murid perlu

    mengisi ruangan

    kosong berdasarkan

    gambar yang berkaitan.

  • 8/13/2019 Seni Dalam Pendidikan 2013

    7/48

    7

    2. Pertama sekali,

    murid-murid akan

    memilih huruf yang

    disebut oleh guru

    sama ada huruf b

    atau huruf d'.

    Murid-murid perlu

    menyebut huruf

    tersebut secara

    kuat.

    3.Kemudian murid-

    murid diminta

    untuk melakar

    huruf yang dipilih

    sebentar tadi di

    atas beberapa

    permukaan yangberbeza seperti di

    atas kertas, di atas

    tapak tangan, di

    awangan, dan juga

    diatas permukaan

    meja.

    4. Kemudian,

    murid-murid

    seterusnya akan

    memilih gambar

    bagi mewakili

    3. Guru akan menyuruh

    murid supaya meniru

    gaya, bunyi atau

    perbuatan haiwan

    tersebut di dalam

    kumpulan supaya

    pembelajaran menjadi

    lebih seronok.

    4. Selepas itu, guru

    akan mengeja

    perkataan tersebut

    manakala murid-murid

    akan mendengar.

    5. Setelah murid

    mendengar

    perkataan yang diejaoleh guru, murid-murid

    akan mengikut ejaan

    yang dieja oleh guru

    bersama-sama.

    6. Kemudian, barulah

    murid-murid mengeja

    bersama-sama

    perkataan tersebut

    tanpa bantuan guru.

    3.Guru akan

    menyemak lembaran

    kerja yang dilakukan

    bersama-sama murid

    dan guru akan

    membeikan jawapan

    yang betul, bagi setiap

    jawapan murid yang

    salah.

  • 8/13/2019 Seni Dalam Pendidikan 2013

    8/48

    8

    huruf yang dipilih.

    Murid-murid akan

    menyebut gambar

    yang telah dipilih.

    5. Seterusnya,

    murid-murid perlu

    menyelesaikan

    suku kata bagi

    perkataan yang

    mewakili gambar

    dan menyebut

    suku kata tersebut.

    6. Kemudian,

    murid-murid perlu

    mencari perkataan

    bagi mewakili suku

    kata yang telahdigabungkan dan

    menyebut

    perkataan tersebut

    pada ahli

    kumpulan yang

    lain.

    6. Setelah murid-

    murid dapat

    menyelesaikan

    kesemua aktiviti

    tersebut dengan

    7. Akhir sekali, murid-

    murid diminta untuk

    mengeja perkataan-

    perkataan tersebut

    secara individu.

    8.Guru akan

    mengulang langkah

    tersebut bagi mengajar

    perkataan KVKVK yang

    lain.

  • 8/13/2019 Seni Dalam Pendidikan 2013

    9/48

    9

    betul, murid-murid

    perlu menyalin

    semula huruf dan

    suku kata tersebut.

    7. Aktiviti ini boleh

    dijalankan secara

    bergilir-gilir taupun

    guru akan memilih

    hanya beberapa

    orang sahaja

    murid di dalam

    kumpulan dan

    memastikan

    semua murid

    mengambil

    bahagian dalam

    aktiviti ini.

    Langkah 3

    (15 minit)

    Interaksi P&P Lembaran Kerja Aktiviti Pengukuhan

    1. Murid-murid

    akan diminta untuk

    menyentuh huruf

    b dan d yang

    dibina diatas

    permukaan atau

    tekstur yang

    berbeza-beza.

    1. Murid akan

    diedarkan dengan

    lembaran kerja yang

    menggunakan teknik

    kloz.

    1. Murid-murid akan

    diberikan alat bantu

    belajar iaitu Muka

    Buku yang perlu

    dilaksanakan secara

    berkumpulan.

  • 8/13/2019 Seni Dalam Pendidikan 2013

    10/48

    10

    2. Berdasarkan

    sentuhan taktil

    pada kedua-dua

    huruf tersebut,

    murid-murid perlu

    menulis huruftersebut dengan

    besar di atas

    helaian kertas

    yang disediakan.

    3. Guru akan

    membantu murid

    untuk menulis

    huruf b dan d

    dengan bantuan

    nyanyian seperti:

    Dari atas, turun ke

    bawah, dari kanan

    separuh bulatan.

    2. Murid akan

    melengkapkan

    perkataan berdasarkan

    gambar yang diberi.

    2. Murid-murid akan

    memilih gambar secara

    rawak. dan menyebut

    gambar yang telah

    dipilih.

    3. Murid-murid perlu

    mencari ayat bagi

    mewakili gambar yang

    telah dipilih dan

    membaca ayat tersebut

    pada ahli kumpulan

    yang lain.

    4. Setelah murid-murid

    dapat menyelesaikan

    kesemua aktiviti

    tersebut dengan betul,

    murid-murid perlu

    menyalin semula ayat

    pada ruangan yang

    disediakan.

  • 8/13/2019 Seni Dalam Pendidikan 2013

    11/48

    11

    5. Murid perlu

    menyebut dan

    menulis huruf

    tersebut secara

    berulang-ulang

    kali.

    6. Akhir sekali

    guru akan

    memberikan

    contoh objek atau

    gambar

    berdasarkan huruf

    b dan d bagi

    membezakan

    kedua-dua fungsi

    huruf tersebut.

    Penutup(5 minit)

    Penutup Sosial:1-Guru menyerap nilai-nilai murni dalam diri murid tentang

    pemuliharaan dan sayangi haiwan.

    2-Guru memberi ganjaran kepada murid-murid yang berjaya

    menjawab soalan.

    3- Pengajaran berakhir dengan nyanyian lagu Anak Ondeng Lembu

    Patah Tanduk

    4-Murid-murid menyanyikan lagu dengan penuh semangat.

  • 8/13/2019 Seni Dalam Pendidikan 2013

    12/48

    12

    3.0 NOTA 3 JENIS UNSUR SENI (PENGETAHUAN KEMAHIRAN SENI ASAS

    SENI VISUAL,MUZK DAN PERGERAKAN

    I- PENGATAHUAN ASAS ASAS DALAM SENI VISUAL

    Pendidikan Seni visual di sekolah rendah menjurus kepada seni tampak dan

    tidak kepada seni muzik, seni teater, seni sastera, seni mempertahan diri dan

    seni fotografi. Subjek ini lebih menegaskan kegiatan dalam proses

    penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan

    kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu

    melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid.

    Murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual,

    meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu

    mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang disebutkan.

    Kurikulum Pendidikan Seni sekolah rendah merangkumi empat bidang iaitu

    menggambar, membuat rekaan dan mencorak, membentuk dan membuat

    binaan, dan kraf tradisional. Murid dilatih untuk melihat subjek ini daripada

    perspektif yang lebih luas, sama ada dari aspek estetik mahupun gunaan.

    Melalui kefahaman aspek di atas, pelajar akan dapat membuat pemahaman

    mengenai pelbagai khazanah dalam konteks seni warisan bangsa.

    Pendidikan Seni visual di sekolah rendah menjurus kepada seni melukis

    dan membuat gambar seperti membuat rekaan dan corak, membentuk dan

    membuat binaan serta kraf tradisional.

    Bidang-bidang dalam seni visual:

    Pendidikan Seni Visual sekolah rendah terdiri daripada empat bidang:

    Melukis dan membuat gambar

    Membuat rekaan corak

    Membentuk dan membuat binaan

    Kraf tradisional

  • 8/13/2019 Seni Dalam Pendidikan 2013

    13/48

    13

    (a) Melukis dan Membuat Gambar

    Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi terhadap aspek melukis serta

    kegiatan menggunakan pelbagai media dan teknik dengan menekankan aspek

    ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Penguasaan gambar akan menjadi lebih

    baik dan menarik sekiranya ada kepelbagaian bahan dan teknik yang

    diaplikasikan.

    Di dalam bidang pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah, kandungan

    subjek atau hal benda disesuaikan dengan pengalaman sedia ada pelajar untuk

    merangsang dan meningkatkan pembelajaran. Dalam aktiviti menggambar, kanak-

    kanak dapat menggunakan berbagai alat dan bahan untuk menghasilkan gambar

    mengikut cara ekspresinya yang tersendiri. Ini membantu perkembangan pelajar

    dari aspek psikomotor dan emosi dan penting dari segi keperluan fisiologi dan

    psikologi pelajar.

  • 8/13/2019 Seni Dalam Pendidikan 2013

    14/48

    14

    TEKNIK

    MENGGAMBAR

    Catan

    Kolaj

    Montaj

    Cetakan

    Resis

    Gosokan

    Stensilan

    Percikan

    Garisan

    Capan

    Mozek

    Lukisan

  • 8/13/2019 Seni Dalam Pendidikan 2013

    15/48

    15

    (b) Membuat Rekaan dan Corak

    Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara

    untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain.

    Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasil

    daripada kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terhasil

    daripada pelbagai teknik dan cara.

    Corak ialah struktur susunan ulangan berdasarkan motif yang dibuat secara

    terkawal atau bebas. Seringkali corak boleh didapati daripada:

    (i) Alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan

    (ii) Bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah dan gunting

    (iii) Geometri seperti bulat, segi tiga dan segi empat

    (iv) Rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan keris

  • 8/13/2019 Seni Dalam Pendidikan 2013

    16/48

    16

    Jenis Susunan Corak Terdiri Daripada:

    Penuh

    Turun satu suku

    Turun tiga suku

    Turun separa

    Sisik ikan

    Selang seli

    Tampak dam dan tampak catur

    Siku keluang

    Pucuk rebung

    Orgee

    Batu bata

    Tunggal

    Berpusat

    Sendeng

    Berombak

    Jidar

    Berjalur

    Cerminan

    Teknik Corak

    Dibuat secara terancang dan tidak terancang. Ia bergantung kepada kesesuaian

    motif dan tujuan corak ini dihasilkan

  • 8/13/2019 Seni Dalam Pendidikan 2013

    17/48

    17

    CORAK

    TIDAK

    TARANCANG

    Tarikan

    Titisan

    Renjisan

    Ikatan

    danCelup

    Tiupan

    Pualaman

    Lipatan

  • 8/13/2019 Seni Dalam Pendidikan 2013

    18/48

    18

    `c) Membentuk dan Membuat Binaan

    Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi pelajar terhadap aspek seni dari

    segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek

    tersebut, pelajar dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk

    dan membuat binaan sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat

    binaan juga mendedahkan pelajar dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan

    teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada pelajar berinteraksi secara

    kreatif dengan alat dan bahan semasa menjalankan proses penghasilan seni.

    Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan di sekolah rendah

    merangkumi:

    Arca timbul

    Arca asemblaj

    Arca bergerak

    CORAK

    TERANCANG

    Lukisan

    Catan

    Cetakan

    CapanLipatan

    dan

    guntingan

    Resis

    Kolaj

    Koligrafi

  • 8/13/2019 Seni Dalam Pendidikan 2013

    19/48

    19

    Arca stabil

    Model

    Diorama

    Boneka

    Topeng

    Origami

    Tema dan Subjek

    (i) Alam semulajadi

    (ii) Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi si pelukis

    (iii) Aliran dan tema sejagat

    (iv) Keperluan dan pengalaman harian

    (d) Kraf Tradisional

    Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan atau kerja-kerja

    berunsurkan seni yang melibatkan kemahiran kerja tangan serta memerlukan daya

    cipta dan kreatif masyarakat yang diwarisi turun-temurun mengikut kaum masing-

    masing.

    Jenis-jenis Kraf :

  • 8/13/2019 Seni Dalam Pendidikan 2013

    20/48

    20

    (i) Alat domestik

    (ii) Alat permainan

    (iii) Alat mempertahankan diri

    (iv) Batik

    (v) Seni tekat

    (vi) Tembikar

    (vii) Anyaman

    (viii) Kelarai

    (ix) Ukiran

    Estetika dalam Pendidikan Seni Visual :

    Hasilan karya dapat menampilkan watak, identiti dan keunikan pelukis yang

    dicernakan melalui mesej dan falsafahnya. Sehubungan itu, reka cipta dan

    kreativiti pelukis akan menjangkau kepada bidang-bidang dan simbol-simbol

    yang telah dibuat oleh pengkarya yang terdahulu daripadanya. Mereka akan

    membuat kembara seni melalui pelbagai ujikaji dan penemuan: bentuk, rupa,

    warna, persepsi dan perasaan yang akhirnya menyelesaikan suatu

    permasalahan. Justeru setiap hasilan pastinya ada cetusan idea dalam ruang

    lingkup yang ingin dinukilkan.

    Burgurt (1961) berpendapat semua orang yang terlibat dengan

    pembuatan karya seni semestinya membuahkan suatu keunikan secara

    personal untuk disampaikan dalam karyanya.

  • 8/13/2019 Seni Dalam Pendidikan 2013

    21/48

    21

    (a) Peniruan (menterjemah secara langsung objek) sebagai Representasi

    Gambar dan Imej

    (b) Ekspresi dalam Perasaan dan Emosisedih , gembira

    (c) Menggunakan Kaedah Formalistik - penguasaan unsur-unsur seni seperti

    garisan, warna, ruang, jalinan, bentuk, dan rupa.

    (d) Keaslian- keunggulan idea atau gagasan

    II- Unsur Seni

    (a) Garisan

    (i) Garisan merupakan cantuman satu siri titik.

    (ii) Garisan boleh dalam bentuk tebal, tipis, berbulu, putus-putus, bergerigi,

    beralun, zig-zag dan lain-lain lagi.

    (iii) Merupakan unsur yang terpenting dalam kerja melukis dan menggambar.

    (iv) Melalui garisan, kita boleh menulis, melakar, membuat jalinan gambar,

    membuat rupa dan membentuk.

    Garisan boleh dihasilkan melalui pelbagai teknik seperti:

  • 8/13/2019 Seni Dalam Pendidikan 2013

    22/48

    22

    Teknik koyakan

    Teknik tampalan

    Teknik kolaj

    Teknik gosokan

    Teknik cetakan

    Teknik capan

    (b) Warna

    Warna terdiri daripada;

    1. Warna asas

    2. Warna sekunder

    3. Warna tertier

    Warna asas terdiri daripada biru, merah dan kuning .Warna ini tidak boleh

    dihasilkan melalui campuran warna lain tetapi boleh menghasilkan warna

    sekunder apabila ia dicampurkan antara satu sama lain. Apabila warna kuning

    dicampur biru, ia membentuk warna sekunder hijau. Merah dicampur dengan

    biru membentuk warna sekunder ungu dan apabila kuning dicampur dengan

    warna merah ia membentuk sekunder oren atau jingga. Satu warna asas dan

    satu warna sekunder yang bersebelahan di dalam roda warna, apabila

    dicampurkan akan membentuk warna tertier. Secara mudahnya, warna asas

    adalah ibu segala warna. Kefahaman mengenai warna akan membantu pelajar

    dalam kerja-kerja mewarna yang melibatkan subjek yang dihasilkan.

    (c) Jalinan

  • 8/13/2019 Seni Dalam Pendidikan 2013

    23/48

    23

    Jalinan ialah kesan yang terdapat pada sesuatu permukaan objek sama ada

    kasar, halus, kesat dan sebagainya. Jalinan wujud secara semulajadi atau dari

    buatan manusia. Jalinan yang wujud secara semulajadi mempunyai fungsi yang

    tersendiri dari ciptaan Yang Maha Kuasa. Jalinan terbahagi dua jenis:

    (i) Jalinan tampak

    (ii) Jalinan sentuh

    Jalinan tampak hanya dapat dilihat pada satah gambar yang bersifat dua

    dimensi. Ia terdiri daripada gambar, slaid, billboard, paparan jalan, simbol dan

    logo. Oleh sebab ia wujud dalam bentuk gambar, kita tidak dapat merasa jalinan

    secara sentuhan.

    Manakala jalinan sentuh dapat dirasa kerana ia bersifat maujud. Sifatnya tiga

    dimensi. Ia terdiri daripada kulit kayu, cermin, kulit kerang, simen, buah durian

    dan lain-lain lagi.

    Jalinan boleh dihasilkan melalui:

    Teknik cetakan

    Teknik pualaman

    Teknik kolaj

    Teknik campuran

    Teknik binaan

    Teknik cantuman

    (d) Rupa

  • 8/13/2019 Seni Dalam Pendidikan 2013

    24/48

    24

    Rupa adalah cantuman antara dua hujung garisan iaitu permulaan garisan dan

    penghujung garisan. rupa organik (garisan luaran yang berbagai) dan rupa

    geometri(bentuk yang khusus). Rupa organik mempunyai garisan luaran yang

    berbagai, tidak menentu dan bersifat dominan. Sebahagian besar objek di dunia

    ini mempunyai rupa jenis ini. Berbeza dengan rupa geometri yang terikat dengan

    bentuk yang khusus sepeti bulat, empat segi, kon, kubus, silinder, empat segi

    bujur, piramid dan beberapa contoh yang lain. Secara lumrahnya, rupa geometri

    dihasilkan dengan bantuan alat geometri.

    Jenis-jenis rupa:

    (i) Rupa positif dan negatif

    (ii) Rupa dan corak

    (iii) Rupa dan lambang

    (iv) Rupa dan muka taip

    (e) Bentuk-Bentuk secara mudahnya mempunyai isipadu. Ia lebih lengkap jika

    dibandingkan dengan rupa. Rupa lebih terperinci sifatnya jika dilukis atau digambarkan

    kerana ton dan jalinan ruang diaplikasi sekaligus.

    Bentuk terdiri daripada dua jenis:

    (i) Bentuk ilusi (maya)- dalam bentuk gambar, catan, foto,

    (ii) Bentuk konkrit- bersifat tiga dimensi, maujud, berisipadu atau berjisim dan

    mempunyai ton, warna, jalinan dan ruang bersifat tiga dimensi, maujud,

    berisipadu atau berjisim dan mempunyai ton, warna, jalinan dan ruang.

    (f) Ruang

  • 8/13/2019 Seni Dalam Pendidikan 2013

    25/48

    25

    Ruang merupakan kawasan di antara atau kawasan di sekeliling objek. Ia

    menggambarkan aspek kekosongan antara objek atau garisan. Ruang berada di

    luar, di tepi, di atas atau sebagainya. Dalam kerja menggambar, ruang boleh

    dihasilkan dengan menggunakan garisan, jalinan dan warna. Pada kebiasaannya,

    ruang dikaitkan dengan garisan, perspektif, warna dan bentuk.

    Prinsip rekaan terdiri daripada yang berikut:

    (a) Harmoni

    Harmoni menggambarkan situasi yang selesa, terapeutik, nyaman, aman dan

    tenang. Situasi ini berkaitan dengan konsep keseragaman, kesamaan, imbangan

    dan penyerapan. Konsep ini menimbal balas kepada garisan, bentuk, rupa, jalinan,

    ruang dan warna yang saling lengkap-melengkapi dan tiada unsur percanggahan

    di dalamnya.

    (b) Penegasan

    Penegasan dalam konteks Pendidikan Seni Visual bermaksud kemampuan

    sesuatu unsur untuk menarik perhatian si pemerhati. Cara ini boleh dilakukan

    dengan mewujudkan kelainan atau keganjilan dalam hal subjek yang diutarakan.

    Unsur-unsur seni seperti garisan, ruang, bentuk, jalinan, rupa dan warna

    merupakan unsur biasa yang boleh dikaitkan dengan penegasan.

    (c) ImbanganImbangan menunjukkan agihan ruang dari segi kedudukannya. Jika ruang kiri dan

    kanannya seimbang, ia bermaksud kedudukan objek berada keadaan yang stabil,

    sama berat dan sifatnya harmoni. Imbangan seringkali dikaitkan dengan saiz,

    jarak, bentuk, jalinan, rupa dan warna. Imbangan boleh jadi dalam bentuk simetri

    atau bukan simetri. Imbangan simetri bermaksud pembahagian ruang yang

  • 8/13/2019 Seni Dalam Pendidikan 2013

    26/48

    26

    seimbang (kiri dan kanan, atas dan bawah). Jika sebaliknya, ia membentuk

    imbangan tidak simetri.

    (d) Kontra

    Kontra menunjukkan percanggahan atau perlawanan dengan ciri-ciri yang ingin

    diutarakan dalam hal subjek karya. Ciri-ciri yang berlawanan ini disengajakan

    untuk mendapatkan reaksi si pemerhati. Kontra boleh berlaku pada rupa, bentuk,

    garisan, warna dan corak.

    (e) Pergerakan

    Selain perhatian yang dikontrakan, pergerakan sesuatu objek dalam gambar juga

    boleh dijadikan kekuatan imej gambar itu. Pergerakan sesuatu kenderaan

    bermotor misalnya nampak lebih hebat dan menarik apabila ada unsur pergerakan

    tambahan yang menjadikan ia kelihatan seperti bergerak. Pergerakan boleh

    dihasilkan melalui rupa, jalinan, ruang dan warna.

    (f) Kesatuan

    Kesatuan dalam Pendidikan Seni Visual bermaksud gabungan rupa, corak,

    bentuk, warna dan jalinan yang boleh menimbulkan suatu tema atau keseragaman

    pendapat. Kesatuan boleh dihasilkan melalui kesatuan bentuk, rupa, corak dan

    warna. Apabila penyerapan unsur-unsur seni ini berlaku dengan seimbang,

    harmoni dan saksama, ia akan mewujudkan kesatuan.

    (g) KepelbagaianKepelbagaian bererti kombinasi dari pelbagai gagasan, nilai dan persembahan

    yang membentuk satu gubahan. Kombinasi unsur-unsur seperti jalinan, rupa,

    bentuk, warna, ruang dan sebagainya akan membentuk kesatuan dalam

    kepelbagaian. Perkara penting yang perlu diambil kira untuk mewujudkan

  • 8/13/2019 Seni Dalam Pendidikan 2013

    27/48

    27

    kepelbagaian yang harmoni ialah dengan menyusun atur secara seimbang dan

    bersesuaian.

    Penyerapan unsur seni visual di sekolah Rendah

    Peter Mortimore (1995) mengatakan bahawa sekolah merupakan pendorong

    utama pembelajaran di kalangan pelajar. Dr. Abd. Rahman Saleh (1976)

    berpendapat bahawa sebuah sekolah yang berkesan dapat dicapai dengan

    menggunakan asas-asas didaktik dalam usaha membangkit minat,

    memperagakan mata pelajaran, pelajar aktif, penyajian ilmu secara sistematik

    dan pemilihan bahan yang tidak pasif. Persoalannya: bagaimanakah Seni Visual

    ini dapat mencapai sasarannya? Menurut Dr. Abd. Rahman Saleh, ia boleh

    dilaksanakan dengan beberapa cara:

    (a) Tujuan pengajaran Seni Visual dijalankan dengan operational yang khusus.

    Maknanya, setiap warga sekolah meletakkan tanggungjawab menyerap unsur

    seni secara menyeluruh. Ia boleh dilakukan di setiap penjuru kawasan sekolah

    yang mungkin berupa lanskap, mural, arca, taman permainan, simbol-simbol dan

    grafik yang menarik. Warga sekolah seharusnya merasa sayang dan cintakan

    seni tersebut.

    (b) Memilih metod atau kaedah yang tepat. Ini berkaitan dengan kaedah

    pengajaran

    Akhirnya, hasil (outcome) sekolah dalam penyerapan unsur seni dapat

    dilaksanakan dengan berjaya sekiranya ada kerjasama secara total.

  • 8/13/2019 Seni Dalam Pendidikan 2013

    28/48

    28

    AKTIVITI SENI VISUAL

    i- Menggambar

    Bil. Jenis Teknik Bahan Alat

    1. Lukisan Kertas, kanvas, kain,

    papan lapis

    Pensel, pensel warna, pen

    teknikal, warna pastel, krayon,

    arang, berus

    2. Catan Kertas, kanvas, kain,

    papan lapis, minyak linsid,

    air, turpentin

    Berus, pisau palet, kekuda,

    kadbod, papan

  • 8/13/2019 Seni Dalam Pendidikan 2013

    29/48

    29

    3. Kolaj Kertas warna, gam, kapas,

    bahan-bahan tampalan

    Gunting, pisau, mangkuk

    4. Montaj Kertas, gambar, majalah,

    surat khabar, gam

    Gunting, pisau, pembaris

    5. Cetakan Dakwat cetak, gam,

    turpentin, minyak tanah,

    minyak linsid, papan

    Penggelek, papan,

    Spatula, cermin, kertas surat

    khabar

    6. Resis Kertas, lilin, minyak, air,

    warna air

    Berus, pengikis

    7. Gosokan Warna, kertas, penselwarna, pensel, warna

    pastel

    Kain, papan

    8. Stensilan Profilem, kertas, dakwat

    cetak, pencelup

    Squeezy, penggelek dan kain

    9. Percikan Warna, air, kertas, Berus, straw, berus gigi

    10. Gurisan Kayu, kertas, lilin, dakwat Alat geometri, pembaris

    11. Capan Warna, dakwat, kertas,

    bahan-bahan terbuang,

    gam

    Papan, gunting, pisau

    12. Mozek Gam, kertas tebal, kertas

    warna

    Gunting, pisau

    ii- Membuat rekaan dan corak

    a- Corak Terancang

    Bil. Jenis Teknik Bahan Alat

  • 8/13/2019 Seni Dalam Pendidikan 2013

    30/48

    30

    1. Lukisan Kertas, kanvas, kain,

    papan lapis

    Pensel, pensel warna, pen

    teknikal, warna pastel,

    krayon, arang, berus

    2. Catan Kertas, kanvas, kain,papan lapis, minyak linsid,

    air, turpentin

    Berus, pisau palet, kekuda,kadbod, papan

    3. Kolaj Kertas warna, gam, kapas,

    bahan-bahan tampalan

    Gunting, pisau, mangkuk

    4. Montaj Kertas, gambar, majalah,

    surat khabar, gam

    Gunting, pisau, pembaris

    5. Cetakan Dakwat cetak, gam,

    turpentin, minyak tanah,

    minyak linsid, papan

    Penggelek, papan, spatula,

    cermin, kertas surat khabar

    6. Resis Kertas, lilin, minyak, air,

    warna air

    Berus, pengikis

    7. Capan Warna, dakwat, kertas,

    bahan-bahan terbuang,

    gam

    Papan, gunting, pisau

    8. Kaligrafi Kertas, warna, dakwat Pen kaligrafi, buluh, resam

    b) Corak Tidak Terancang

    Bil. Jenis

    Teknik

    Bahan Alat

    1. Pualaman Kertas, air, cat kilat, cat Besen, berus

  • 8/13/2019 Seni Dalam Pendidikan 2013

    31/48

    31

    minyak

    2. Tiupan Kertas, kanvas, warna air,

    warna batik

    Straw, berus

    3. Titisan Warna air, lilin, api Pembaris keluli

    4. Ikatan dan

    celupan

    Kertas, tisu, warna batik,

    getah gelang, kain

    Besen warna, berus

    5. Renjisan

    dan

    percikan

    Warna air, kertas, kanvas Berus, bekas warna

    iii- Membentuk dan membuat binaan

    Bil. Jenis Teknik Bahan Alat

    1. Arca timbul Kepingan kayu, kapur

    Paris, batu, kayu,

    plastik, kertas lumat,papier-mache, tanah

    liat

    Pahat, penukul, alat pengukir,

    pengikis, kikir pari, kertas pasir

    2. Asemblaj Kayu, logam, batu,

    simen, bongkah kayu,

    Alat pateri, skru, paku, gergaji, ragum,

    gerudi, sepana hidup, pemutar skru

  • 8/13/2019 Seni Dalam Pendidikan 2013

    32/48

    32

    barang ganti

    kenderaan, bahan

    kutipan, besi

    3. Bergerak Besi, dawai, kertas, talitemali, plastik,

    kepingan logam, zink,

    kadbod

    Gunting besi, alat pateri, sepana,gerudi, pemutar skru

    4. Stabil Simen, kepingan

    logam, plastik, barang

    ganti kenderaan, besi,

    logam, papan

    Alat pateri, skru, paku, gergaji, ragum,

    gerudi, sepana hidup, pemutar skru

    5. Model Kertas tebal, loyang,

    gangsa, papan lapis,

    zink, akar kayu, papan

    Gunting besi, alat pateri, sepana,

    gerudi, pemutar skru

    6. Diorama Papan lapis, papan,

    zink, cermin lutsinar,

    patung, karangan laut

    Gunting besi, alat pateri, sepana,

    gerudi, pemutar skru

    7. Boneka Tekstil, span, plastik,

    tali, cat, spray warna,

    gam dunlop/UHU

    Gunting, pisau, playar, pemutar skru

    8. Topeng Papier-mache, plastik,

    kertas surat khabar,

    habuk papan, gam,

    piring plastik, warna

    Gunting, pisau, besen

    9. Origami Kertas, tekstil, benang Gunting, pisau

    iv- Kraf tradisional

    Bil. Jenis Teknik Bahan Alat

  • 8/13/2019 Seni Dalam Pendidikan 2013

    33/48

    33

    1. Alat domestik Kepingan kayu,

    tempurung, besi, kayu,

    manik

    Pahat, penukul, alat pengukir,

    pengikis, kikir pari, kertas pasir,

    gergaji kecil

    2. Alat permainan Buluh, kertas, benang,gam, kertas warna, kayu

    Gunting, pisau, gam, gergaji kecil,pemutar skru, skru

    3. Alat pertahanan

    diri

    Kayu, timah, besi,

    plumbum, loyang

    Gunting besi, alat pateri, sepana,

    gerudi, pemutar skru

    4. Alat perhiasan

    diri

    Benang, tekstil, prada,

    gam, butang, kayu

    Gunting, pisau,gergaji kecil,

    pemutar skru, ragum

    5. Batik Kain putih, campuran

    lilin, pewarna, pemati

    warna, debu soda,

    pelembut kain/fabrik

    Canting, pemidang kayu, berus,

    dapur atau plat pemanas, periuk,

    besen besar

    6. Tekat Benang emas, benang

    putih, kain dasar, baldu,

    kertas tebal, gam, rotan

    saga

    Pemidang kayu berkaki, cuban

    7. Tembikar Tanah liat, kaolin Pisau, span, penggelek, papan

    golek, gergaji kecil, pengayak,

    dawai, pemotong, kayu ukur,

    angkup luar, pinggan, kayu,

    pengguris dan berus

    8. Anyaman Pandan, mengkuang,

    daun nipah, buluh,

    paku-pakis, daun

    serdang, rotan, rumput-

    rampai

    Parang, alat jangka, pelurut,

    tempayan, besen, periuk, penyisip,

    pisau kecil

    9. Ukiran kayu Kayu Gergaji tangan, cetar, pahat, pisau,

    kikir, ketam, pengikis, daun

  • 8/13/2019 Seni Dalam Pendidikan 2013

    34/48

    34

    mempelas, berus, syelek

    II-PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

    Definisi Muzik

    - satu cabang seni dan juga sains yang menggabungkan bunyi-bunyi vokal dan

    atau instrumental termasuk bunyi-bunyi semula jadi dari persekitaran atau

    rekaan dengan satu cara yang dianggap memuaskan mengikut estetika, corak

    pemikiran, dan emosi manusia yang juga boleh mencerminkan sesuatu budayatertentu.

    Prinsip Peng ajaran dan Pembelajaran Muzik

    #Mengajar bunyi-bunyian dahulu sebelum tanda-tanda

  • 8/13/2019 Seni Dalam Pendidikan 2013

    35/48

    35

    #Mendidik pelajar dengan memberikan galakan kepada mereka supaya

    memerhati, mendengar, meniru, sereta membezakan bunyi-bunyi yang

    didengarnya itu (kaedah penemuan kendiri).

    #Mengajar satu unsur muzik sahaja (melodi, harmoni, irama, ekspresi, bentuk,

    warna ton atau jalinan) pada satu ketika. (pembelajaran mengikut urutan).

    #Prinsip-psinsip dan segala teori harus diberi hanya selepas amalan praktik

    dijalankan (pembelajaran heuristik).

    # Pelajar harus diberi peluang yang mencukupi untuk mengkaji muzik dan

    membnuat latihan-latihan (kaedah pendekatan berkonsep).

    # Nama-nama not untuk nyanyian dan muzik instrumental harus

    diselaraskan.

    Kaedah-kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Muzik1.Edwin Gordon boleh dikatakan lebih diberi keutamaan kerana

    mengunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara

    berperingkat atau sequential.

    2. Dalcroze menggunakan gerak geri tubuh badan untuk

    menanam kefahaman dan menimbulkan kepekaan atau sensitiviti

    terhadap aspekaspek muzik

    3. Pendekatan Carl Orff memberi penekanan kepada beranika

    jenis pengalaman muzikal.

    (i) Imitasi (Mengajuk Balik)

    (ii) Eksplorasi (Fasa Cari Sendiri)

    (iii) Improvisasi- Belajar dari asas ton . Skel pentatonik ialahskel yang mempunyai lima ton.

    (iv) Creation (Mencipta)- penciptaan dengan menggunakan

    bahan asas dari fasa-fasa.

    (v) Literasimenulis dan membaca nota muzik

  • 8/13/2019 Seni Dalam Pendidikan 2013

    36/48

    36

    4)Suzuki-menamakan kaedahnya talent education atau

    pendekatan bakat

    5) Gordon mengutamakan prinsip sound before symbol dimana keutamaan

    diberikan kepada pembelajaran permainan muzik tanpa notasi dahulu sebelum

    simbol-simbol muzik diperkenalkan. Jalinan Monofoni: Apabila muzik itu hanya

    pada melodi sahaja iaitu tanpa ada alat iringan atau hanya mempunyai satu

    bunyi sahaja.

    Jalinan Homofoni: Apabila melodi diringi oleh alat muzikal yang

    berharmoni yang mempunyai kod.

    Jalinan Polifoni: Apabila satu atau dua melodi dibunyiikan berterusan dengan

    menggunakan alat iringan.

    Tiga komponen besar dalam pendidikan muzik.

    Kemahiran Muzikal Nyanyian

    Kemahiran Muzikal Muzik dengan gerakan

    Kemahiran muzikal Permainan alat muzik.

    Bidang nyanyianmemberi penumpuan dan penegasan kepada

    aspek postur, pendengaran, sebutan, pernafasan da eknikpengeluaran suara.

    Muzikdengan pegerakan memberi peluang kepada pelajar

    menggunakan tubuh badan sebagi respon kepada muzik.

    Permainan alat muzikmelatih pelajar dalam kordinasi mata,

    pendengaran dan psikomotor melalui penglibatan pelajar dalamkegiatan permainan alat muzik.

  • 8/13/2019 Seni Dalam Pendidikan 2013

    37/48

    37

    III-PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN

    Proses yang memandu pelajar untukmemperolehi kecekapan pergerakan

    menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah dan improvisasi dengan

    menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan

    penerokaan, penemuan dan kreativiti. Manakala pendidikan pergerakan

    ditakrifkan sebagai belajar untuk bergerak dan bergerak untuk belajar.

    - Di bahagikan kepada dua kategori.

  • 8/13/2019 Seni Dalam Pendidikan 2013

    38/48

    38

    a. Pergerakan kreatif

    b. Gimnastik

    - Penekanan kepada aspek-aspek berikut;

    i. ritma asas

    ii. ritma kreatif

    iii. lagu pergerakan

    iv. permainan dan

    v. kemahiran gimnastik

    Pergerakan asas yang penting yang menjadi kata kunci dalam aktiviti

    pergerakan ialah berjalan, berlari, melompat, memintal, berpusing, meregang

    dan menguncup. Umpamanya, gabungan aktiviti berjalan dengan melompat

    mengikut iringan muzik merupakan bentuk pergerakan asas dalam tarian zapin

    dan joget.

    Pergerakan Lokomotor

    Bukan Lokomotor Lokomotor

    Membongkok

    Meregang

    Memulas

    Berpusing

    Berjalan

    Berlari

    Meloncat

    Melompat

  • 8/13/2019 Seni Dalam Pendidikan 2013

    39/48

    39

    Mengangkat badan

    Merebah

    Menghayun

    Lari skip

    Memacu seperti kuda

    Meluncur

    Satu daripada tujuan program pendidikan pergerakan di prasekolah ialah untuk

    membantu kanak-kanak membina kemahiran asas pergerakan. Antara

    kemahiran yang perlu diajar kepada mereka adalah kemahiran lokomotor.

    Kemahiran ini membolehkan mereka bergerak dari satu tempat ke tempat yang

    lain. Keupayaan kanak-kanak memupuk kemahiran pergerakan yang lebih

    kompleks terletak kepada pemupukan kemahiran-kemahiran yang berikut:

    (a) Berjalan

    (b) Berlari

    (c) Melonjak

    (d) Melompat

    (e) Meloncat

    (f) Melungsur

    (g) Memacu seperti kuda

    (h) Skip

    Kemahiran Lokomotor Asas

    Berjalan

    Berjalan ialah kemahiran yang paling asas yakni kita banyak melakukannya

    dalam kehidupan kita sehari-hari. Banyak kanak-kanak mempunyai tabiat yang

    salah. Hal ini biasanya memenatkan beberapa bahagian badan yang lain, selain

    kaki, dan juga menggunakan tenaga berlebihan yang sepatutnya boleh

  • 8/13/2019 Seni Dalam Pendidikan 2013

    40/48

    40

    dikurangkan. Imbangan badan yang betul semasa berjalan dan mekanisme yang

    sesuai boleh membuat seseorang itu berjalan dengan gaya yang betul.

    Berlari

    Pola berlari adalah sama dengan pola berjalan. Yang berbeza ialah semasa

    berlari ada ketikanya kaki tidak menahan berat badan kerana kaki dan seluruh

    anggota terangkat dari mencecah bumi. Lutut lebih kerap diangkat dan dibawa

    ke arah hadapan. Tangan dibengkokkan di bahagian siku sambil diayun ke arah

    hadapan dan belakang bertukar ganti dengan arah pergerakan kaki.

    Berlari serta Berlonjak (Leap)

    Berlari serta berlonjak hampir menyerupai pergerakan berlari, cuma ketika berlari

    pergerakan buku lali dan lutut menjadi lebih kerap supaya lebih banyak

    pergerakan meninggi dapat dicapai. Semasa berlari, lutut diangkat ke hadapan

    dan kemudian kaki dihulur untuk mencecah tempat berpijak. Kaki belakang

    bengkok serta terangkat dari tanah setelah mengambil kekuatan atau lanjuran

    untuk bergerak maju. Lonjakan adalah daripada satu kaki dan pendaratan adalah

    di atas kaki yang satu lagi. Kebiasaannya lonjakan didahului dengan satu atau

    beberapa langkah larian supaya mendapat lonjakan yang sempurna.

    Melompat Ketingting

    Melompat menggunakan sebelah kaki sahaja. Selepas itu, kaki yang sama

    akan mendarat semula. Lutut kaki yang tidak digunakan hendaklah

    dibengkokkan supaya kakinya tidak mencecah tanah. Kaki didaratkan di atas

    ibu jari dahulu, kemudian hujung tapak dan tumit di atas tanah.

    PENDIDIKAN PERGERAKAN

    Pendidikan pergerakan adalah suatu kaedah pengajaran yang unik kerana

    apabila pelajar sedang belajar untuk bergerak, mereka juga belajar sambil

  • 8/13/2019 Seni Dalam Pendidikan 2013

    41/48

    41

    bergerak. Melalui pergerakan, pelajar itu bergerak, berfikir dan merasai

    sesuatu secara langsung. Dia akan belajar pelbagai domain iaitu psikomotor,

    kognitif dan afektif. Melalui pergerakan seperti ini pelajar akan dapat

    mempelajari tentang dirinya sendiri. Antara lain dia boleh tahu :

    (a) Apa yang mampu dilakukannya;

    (b) Bagaimana dia boleh mengawal diri;

    (c) Bagaimana dia dapat mengawal sesuatu yang berada di sekelilingnya;

    (d) Bagaimana dia dapat menyesuaikan dan menghubungkan dirinya dengan

    alam sekitar (ruang manusia dan lain-lain yang bernyawa dan yang tidak

    bernyawa); dan

    (e) Bagaimana dia dapat melahirkan perasaan dan ideanya.

    Belajar melalui pergerakan membolehkan perkembangan yang

    menyeluruh bagi diri kanak-kanak iaitu perkembangan fizikal dan

    psikologi, kebolehan untuk belajar dan bergaul di antara satu dengan

    lain. Perasaan terhadap diri sendiri dan perhubungan dengan

    persekitarannya juga turut berkembang melalui pelbagai pergerakan itu.

    Kemahiran Contoh

    Hubung kait motor-

    penglihatan Menangkap bola

    Melambungkan bola melalui gelung rotan

    Menggelecek bola hoki

    Pemindahan motor-

    penglihatan Mengulang semula sesuatu pergerakan

    Melakukan kedudukan pergerakan seperti yang terdapat

  • 8/13/2019 Seni Dalam Pendidikan 2013

    42/48

    42

    di dalam sesuatu gambar

    Membaca dan melakukan pergerakan seperti yang

    terdapat di dalam sesuatu arahan

    Hubung kait motor-

    pendengaran Menari mengikut muzik

    Melahirkan pergerakan kreatif mengikut muzik seperti pic

    yang berbunyi rendah dan kuat yang digambarkan

    dengan langkah yang kuat dan badan yang direndahkan.

    Penukaran motor-

    pergerakan Mendengar dan melakukan arahan

    Melahirkan urutan ritma seperti bertepuk atau mengetuk

    mengikut irama

    Hubung kait motor

    kinestatik Aktiviti penyedaran tubuh badan

    Aktiviti mengimbangkan badan.

    Hubung kait motor-

    taktil Memanjat (jungle gym)

    Merangkak menerusi terowong.

    GIMNASTIK PENDIDIKAN

    Gimnastik pendidikan dibahagikan kepada kategori pengalaman lantai, pengalaman

    atas rumput, tikar getah atau permainan yang tidak banyak memerlukan peralatan

    untuk meningkatkan cabaran. Pengalaman peralatan pula terdiri daripada pergerakan

    yang menggunakan alat-alat seperti bangku panjang, palang, alang, peti pelana dan

    peralatan taman permainan. Pada peringkat awal, sebahagian besar latihan

  • 8/13/2019 Seni Dalam Pendidikan 2013

    43/48

    43

    ditumpukan kepada aktiviti-aktiviti lantai, tetapi apabila pelajar sudah mahir, sebahagian

    besar tumpuan dialihkan pula kepada kegiatan-kegiatan pengalaman peralatan.

    Pengalaman lantai

    Pengalaman Peralatan

    GIMNASTIK IRAMA

    Aktiviti gimnastik berirama ini biasanya dilakukan pada bentuk awalan dengan

    menggunakan peralatan seperti bola, gelang, rotan, tali dan reben. Apabila

    pelajar itu telah mahir menggunakan peralatan itu, bolehlah dia menggabungkan

    pergerakan dengan pola rutin yang mudah. Penggabung jalinan rutin-rutin

    termasuklah gimnastik bola berirama, gimnastik gelang berirama atau gimnastik

    reben berirama dan lain-lain itu ke dalam program gimnastik.

    Berikut adalah beberapa saranan untuk menjayakan sesi gimnastik berirama:

    (a) Gunakan muzik iringan semasa berlatih;

    (b) Gunakan pelbagai ragam irama untuk meningkatkan kreativiti dan

    membangkitkan minat;

    (c) Jarakkan kanak-kanak untuk mengelakkan kemalangan;

    (d) Beri penekanan pada penggunaan anggota-anggota tangan dan lulut secara

    serentak semasa menangkap objek-objek;

    (e) Latihkan semua kemahiran kedua-dua bahagian tubuh; dan

    (f) Biarkan pelajar mencipta kemahiran dan rutin mereka sendiri.

    Jenis-jenis peralatan untuk gimnastik berirama:

    (a) Bola;

    (b) Belantan;

    (c) Gelung;

    (d) Reben; dan

  • 8/13/2019 Seni Dalam Pendidikan 2013

    44/48

    44

    (e) Tali.

    Paling penting dalam gimnastik berirama ialah pergerakan yang betul dengan

    mengikut muzik.

    GIMNASTIK ARTISTIK

    Berikut adalah kegiatan gimnastik artistik bagi pelajar di tahap kecekapan tertentu:

    (a) Gulingan

  • 8/13/2019 Seni Dalam Pendidikan 2013

    45/48

    45

    Mengguling ialah lakuan memindahkan beban berat bahagian-bahagian anggota

    yang lain di sekeliling suatu paksi. Pelajar di tahap penggunaan boleh

    meningkatkan keupayaan mereka dengan menggabungkan lakuan-lakuan

    mengguling ke dalam aktiviti-aktiviti lain seperti pergerakan lokomotor atau lakuan-

    lakuan menangkap dan mengguling. Mereka juga boleh mempraktikkan lakuan

    mengguling dengan cara menjunam, atau mempraktikkan lakuan mengguling

    dengan kadar pergerakan yang berbeza-beza.

    Di tahap kecekapan, pelajar boleh belajar cara melakukan lakuan mengguling

    sebagai sebahagian daripada kemahiran tambahan. Mereka harus bersedia untuk

    menggunakan kemahiran ini apabila berlaku kecemasan, seperti terjatuh dalam

    permainan bola jaring, bola sepak dan sebagainya.

    (b) Imbangan

    Mengimbang bermaksud kestabilan yang dihasilkan oleh pengagihan berat yang

    sama rata di kedua-dua belah paksi menegak, yang juga mempunyai ciri

    kesepaduan unsur-unsur estetik yang menarik.

    Pelajar yang sudah mencapai keupayaan perlakuan asas, sama ada di tahap

    aplikasi atau kemahiran, mampu menyokong beban beratnya dengan kedua-duabelah tangan dalam keadaan tetap, dalam keadaan kedua-dua kaki terlunjur ke

    atas, punggung lurus selari dengan kedua-dua tangan selama tiga hingga lima

    saat.

    Aktiviti yang dilakukan di tahap penggunaan ini termasuklah mengimbang dalam

    persekitaran yang dinamik, memindah dan menukarkan bebanan menjadi tetap,

    sambil pada masa yang sama melakukan imbangan dalam pelbagai kedudukan.

    Ini adalah penting untuk membantu pelajar membuat keputusan mengenai

    gabungan pergerakan di samping membolehkan memilih dan mencipta cara

    menjalinkan satu jenis pergerakan dengan cekap.

  • 8/13/2019 Seni Dalam Pendidikan 2013

    46/48

    46

    Di tahap kecekapan, latihan imbangan dilakukan di atas lantai dan di atas

    sebarang alatan dengan menggabungkan kemahiran imbangan dengan faktor

    masa, daya tenaga, kuasa, tetap dan rasa keriangan untuk mengekspresikan

    kontras di antara pelbagai unsur. Pelajar digalakkan memperhaluskan gaya

    pergerakan lantai mereka dari satu kedudukan ke satu kedudukan serta

    membentuk cara lakuan dengan baik dan menggunakan fokus sepenuhnya.

    Memindah beban seperti aksi berjalan, berlari, melompat, mengguling,

    meloncat dan meluncur merupakan antara lakuan memindahkan beban yang

    lazim. Namun lakuan memindahkan beban yang paling kerap ialah dari kaki ke

    kaki seperti dalam berjalan.

    Terdapat perbezaan yang ketara antara gimnastik pendidikan dengan gimnastik

    artistik. Dalam gimnastik artistik matlamatnya adalah jelas. Pelajar dikehendaki

    mempelajari cara melaksanakan kemahiran-kemahiran yang telah ditetapkan

    mengikut kaedah yang khusus. Sementara itu hasilan daripada gimnastik

    pendidikan tidak mudah diperjelaskan. Kemahiran-kemahiran yang hendak

    dipelajari itu tidak ditentukan terlebih dahulu dan praktiknya tidak terikat kepada

    kaedah-kaedah tertentu. Dalam hal ini guru akan bertindak sebagai pembantu

    kepada pelajar untuk meningkatkan keupayaan mereka untuk bergerak sealiran

    dengan arus graviti, membina keyakinan diri dan sifat berdikari, serta

    menginterpretasikan perlakuan-perlakuan di samping menentukan cara terbaik

    untuk mempraktikkan kemahiran-kemahiran berkenaan.

    Unsur Pergerakan Tubuh Badan, Ruang ,Masa dan daya

    Dalam pergerakan kreatif, pelajar akan berasa bebas untuk bergerak untuk

    meluahkan perasaannya. Dia tidak memerlukan orang dewasa untuk dijadikan

    contoh untuk dibuat peniruan. Dengan itu, pergerakan kreatif boleh berlaku di

    mana-mana sahaja. Antara objektif pergerakan kreatif ialah:

  • 8/13/2019 Seni Dalam Pendidikan 2013

    47/48

    47

    (a) Pergerakan yang bebas untuk menggerakkan anggota badan;

    (b) Mendapat pengalaman untuk meluahkan perasaan, masa, beban dan ruang

    serta idea;

    (c) Meningkatkan tahap kesediaan; dan

    (d) Mempertingkatkan tahap interpretasi ritma dan kordinasi anggota badan.

    Untuk memahami unsur pergerakan dengan lebih baik, disenaraikan di bawah

    komponen-komponen asas pergerakan:

    (a) Imbangan badan

    (i) Tenaga yang digunakan untuk bergerak.

    (ii) Bahagian bawah anggota badan mencerminkan kekuatan tenaga badan.

    (iii) Bahagian atas mencerminkan keringanan.

    (b) Masa

    (i) Pergerakan yang cepat sedikit menggunakan masa.

    (ii) Pergerakan lambat banyak menggunakan masa.

    (iii) Kederasan pergerakan tidak semestinya berterusan.

    (iv) Had laju atau kederasan pergerakan bolehlah dijadikan sebagai rentak,

    degupan (beat) atau denyutan (pulse).

    (c) Ruang

    (i) Merupakan lingkungan pergerakan sama ada lingkungan umum (personal

    space) atau lingkungan kendiri (general space).

    (ii) Aras: tinggi, sederhana dan rendah.

  • 8/13/2019 Seni Dalam Pendidikan 2013

    48/48

    (iii) Arah: depan, belakang, sisi, atas, bawah.

    (d) Aliran

    (i) Pergerakan yang dilakukan itu sama ada bergerak secara bebas atau

    terkawal.