aplikasi seni dalam pendidikan

21
Aplikasi Seni Dalam Pendidikan Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Penggunaan seni dalam pendidikan ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui penajaman intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Guru akan memberi peluang kepada murid untuk menjalankan aktiviti seperti meneroka, mengalami dan mengekspresi citarasa pancaindera. Selain itu, murid juga diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti,

Upload: anonymous-rodehausfa

Post on 02-Jan-2016

213 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Seni Dalam Pendidikan

TRANSCRIPT

Page 1: Aplikasi Seni Dalam Pendidikan

Aplikasi Seni Dalam Pendidikan

Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni

visual, seni muzik dan seni pergerakan. Penggunaan seni

dalam pendidikan ini menyentuh perasaan estetika dan

daya kreativiti individu melalui penajaman intuisi, persepsi,

imaginasi dan konsepsi murid. Guru akan memberi

peluang kepada murid untuk menjalankan aktiviti seperti

meneroka, mengalami dan mengekspresi citarasa

pancaindera. Selain itu, murid juga diharapkan dapat

mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzik dan

seni pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan,

kreativiti, daya imaginasi untuk mencapai pembelajaran

optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.

Pada masa ini Pendidikan Seni Visual telah dimartabatkan

sepenuhnya sebagai subjek yang berperanan besar

dalam pengajaran dan pembelajaran kerana subjek ini

merentasi kurikulum dalam subjek-subjek lain. Dalam

Page 2: Aplikasi Seni Dalam Pendidikan

pengajaran guru, Pendidikan Seni Visual menjadi asas

alat bantu mengajar yang baik melalui penampilan grafik

yang efisyen, pemilihan warna harmoni,dan reka bentuk

maujud yang cantik. Di kalangan pelajar, Pendidikan Seni

Visual menjadi subjek penting untuk berkreativiti bagi

melahirkan insanyang celik seni dan berbudaya.

Page 3: Aplikasi Seni Dalam Pendidikan

Cara dan peranan guru dan murid dalam melaksanakan

penghububungkaitan tersebut dalam pengajaran dan

pembelajaran.

Penghubungkaitan dan pautan di dalam mata pelajaran ini

boleh disamakan dengan program-program antara

disiplin-disiplin yang terdapat di dalam mata pelajaran

yang lain. Ia boleh dilakukan dengan beberapa cara

seperti menghubungkait pengetahuan dalam berbagai

mata pelajaran, Proses penghubungkaitan pengetahuan

dalam berbagai mata pelajaran adalah brfokuskan kepada

matlamat terakhirnya. Untuk itu proses ini akan berbentuk

satu lingkaran atau bulatan dan antara setiap mata

pelajaran itu saling berkait untuk mencapai satu matlamat.

Selain itu ialah menghubungkait kemahiran dalam

berbagai mata pelajaran.Dengan adanya

penghubungkaitan kemahiran dalam berbagai mata

pelajaran akan dapat mengubung kait sesuatu yang

dipelajari dengan keadaan kehidupan yang sebenar.

Page 4: Aplikasi Seni Dalam Pendidikan

Penghubungkaitan ini berperanan sebagai satu strategi

dan kaedah pendidikan untuk membantu melahirkan

pembelajaran dan persekitaran yang menyelitkan unsur-

unsur sosial agar dapat membentuk nilai murni sepeti

menghormati, menggalakkan sikap kepimpinan yang

terpuji, berinisiatif dalam menjalankan tugasan yang diberi

oleh guru dan bersikap inovasi dalam melaksanakan satu-

satu aktiviti dan kemahiran serta dapat merangsang setiap

pelajar untuk mencapai kecemerlangan dari segala sudut

baik akademik mahu pun kokurikulum. Ia secara tidak

langsung akan mengaitkan mata pelajaran seperti sejarah,

sains dan teknologi, kajian sosial, bahasa dan fizikal dan

pembangunan sosial, meletakkan keseluruhan kurikulum

kedalam konteks kehidupan yang sebenar.

Setiap pelajar berhak memperolehi pengalaman

berasaskan pendidikan yang pelbagai bentuk walau pun

mereka datang dari pelbagai latar belakang dan taraf

sosio ekonomi yang berbeza dan mempunyai sebarang

kekurangan. Untuk itu seni visual memainkan peranan

Page 5: Aplikasi Seni Dalam Pendidikan

yang penting dalam pendidikan keseluruhan dan

pembangunan minda pelajar. Sebagai seorang guru

peranan yang perlu dilaksanakan dalam pengajaran dan

pembelajaran adalah untuk merancang sesuatu

pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih

sistematik. Untuk mencapai matlamat ini, guru perlulah

merancang topik, objektif, isi, cara penyampaian dan

penilaian yang bersesuaian dengan kebolehan sedia ada

serta minat pelajar.

 Selain itu guru berperanan memberi motivasi kepada

pelajar. Motivasi bermakna seni praktik menggunakan

insentif dan membangkitkan minat untuk tujuan

membuatkan pelajar menunjukkan prestasi dalam cara

yang diingini. Pelajar adalah digalakkan untuk melibatkan

diri dengan sepenuhnya dalam segala aktiviti yang

diadakan di sekolah tanpa ada sebarang pengecualian.

Dengan melibatkan diri secara aktif ianya secara tidak

langsung dpat mempertingkatkan konsep kendiri iaitu

dapat membuat penilaian, pandangan, tanggapan dan

Page 6: Aplikasi Seni Dalam Pendidikan

kepercayaan termasuk kekuatan dan kelemahan diri

sendiri.

Pengukuhan merupakan satu cara guru untuk

merangsang minda pelajar supaya akan menyebabkan

pembelajaran pelajar meningkat maju atau terdapat

peningkatan dalam tingkahlaku yang positif. Penyampaian

pengukuhan ini juga dapat membentuk pelajar

memperolehi pelbagai pengalaman serta pengetahuan

berdasarkan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan itu menarik

dan mencabar mereka.

Page 7: Aplikasi Seni Dalam Pendidikan

Salah satu contoh bidang mata pelajaran di sekolah

rendah untuk digunakan dalam pengajaran yang

menggunakan pendekatan bertema ialah :

Mata Pelajaran  :  Sains Tahun Empat

Tajuk  : 3.1 Basic needs of Plants

Tema : Persekitaran pokok.

Jadi murid akan diperkenalkan tentang pokok-pokok yang

terdapat dalam kawasan sekolah dengan cara membawa

murid-murid melawat kawasan sekolah dan sebagainya.

Selepas itu, murid diminta melakukan pergerakan

berkaitan dengan pokok diiringi muzik yang dihasilkan

dengan pelbagai alat muzik.

Pergerakan :      (a) Cara dahan-dahan bergerak semasa

angin bertiup,

Page 8: Aplikasi Seni Dalam Pendidikan

(b) Memungut daun-daun yang gugur pada aras yang

berbeza tinggi, rendah, berterbangan.

Muzik : (a) Bunyi yang kuat --- pokok tumbang

(b) Bunyi yang lembut --- daun gugur,angin bertiup

Seni Visual : (a) Mewarna dan menggambarkan perasaan

seperti gembira,marah dengan menggunakan sapuan

berus dengan pelbagai warna.

Pelajaran diteruskan dengan aktiviti-aktiviti lain seperti

penerangan dalam kumpulan, sumbangsaran tentang

aktiviti yang telah dibuat. Kesimpulan dari aktiviti-aktiviti itu

secara tidak langsung akan dapat membantu untuk

mengesan bahagian-bahagian pokok (Sains),

mengeluarkan sati urutan bunyi berkaitan dengan

persekitaran (muzik), menunjukkan perasaan melalui

sapuan berus dengan warna yang berbeza-beza

(seni visual) dan melakukan pergerakan lokomotor

(pendidikan jasmani) 

Perkara penting yang terdapat pada tema yang dipilih;

Page 9: Aplikasi Seni Dalam Pendidikan

Tema Persekitaran : Pokok yang dipilih selain daripada

mata pelajaran Sains, ia juga boleh digunakan kepada

semua matapelajaran. Dalam mata pelajaran matematik,

pelajar boleh menggunakan aktiviti mengira beberapa

batang pokok dalam satu-satu tempat. Manakala dalam

matapelajaran muzik, pelajar akan menyanyikan lagu

pokok dan membuat pergerakan seperti pokok bergoyang,

pokok tumbang dan sebagainya. Tema Pokok ini juga

berkaitan dengan pengalaman dengan kehidupan diri

pelajar. Ini akan memudahkan guru untuk membuat

interaksi dan aktiviti seni dalam pendidikan dapat

dijalankan dengan berkesan. Tema Pokok juga

bersesuaian dengan keadaan situasi, masa dan peristiwa

yang berlaku pada masa kini. Secara tidak langsung dapat

memudahkan pelajar membuat perkaitan antara perkara

yang diajar dengan kedaan situasi yang sebenar.

Penyediaan kemudahan untuk memperolehi bahan dan

sumber yang akan digunakan dalam proses pengajaran

Page 10: Aplikasi Seni Dalam Pendidikan

dan pembelajaran mudah didapati di persekitaran sekolah.

Tema yang dipilih dapat disampaikan dalam pengajaran

dan pembelajaran mempunyai aktiviti dan langkah-

langkah pengajaran dari yang mudah kepada yang lebih

mencabar.

Page 11: Aplikasi Seni Dalam Pendidikan

Aktiviti pengintegrasian mata pelajaran yang boleh

dijalankan dalam P&P

a)Penggabungjalinan

Bermaksud sebagai proses mengintegrasikan pelbagai

bidang kemahiran bagi mewujudkan suatu pelajaran yang

integratif dan menyeluruh. Melalui strategi

penggabungjalinan ini berbagai-bagai kemahiran dalam

sesuatu pelajaran disampaikan secara harmonidan

bersepadu, sama ada dalam satu mata pelajaran atau

beberapa mata pelajaran. Strategi penggabungjalinan

kemahiran ini akan melahirkan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yang menarik dan bermakna serta

menimbulkan suasana proses pengajaran dan

pembelajaran yang lebih berkesan. Penggunaan strategi

ini membolehkan pelajar berpeluang menguasai beberapa

kemahiran yang berkaitan dengan cara bersepadu.

2)Penyerapan

Penyerapan ialah proses menyebati dan menyatupadukan

Page 12: Aplikasi Seni Dalam Pendidikan

pengetahuan atau unsure isi pengetahuan daripada suatu

mata pelajaran ain ke dalam isi pelajaran bagi sesuatu

mata pelajaran yang diajar. Proses penyerapan lebih

kepada unsure pengetahuan. Penyerapan merupakan

proses mengintegrasikan unsur-unsur isi kandungan

daripada dua atau lebih mata pelajaran dalam sesuatu

pelajaran. Contohnya, daripada mata pelajaran sains guru

akan mengambil petikan atau artikel sains bagi aktiviti

bacaan dan kefahaman dalam mata pelajaran Bahasa

Melayu. Dengan ini pelajar akan memperolehi ilmu

pengetahuan sains semasa mempelajari kemahiran mata

pelajaran Bahasa Melayu.

3)Penerapan

Konsep penerapan membawa maksud sebagai satu

proses menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan

kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Nilai-nilai yang

dimaksudkan ialah nilai-nilai murni, nilai

kewarganegaraan, nilai kemasyarakatan, nilai alam

sekitar, nilai kemanusiaan, ketuhanan dan sebagainya.

Page 13: Aplikasi Seni Dalam Pendidikan

4)Pemulihan

Pemulihan merupakan satu aktiviti yang secara khusus

bertujuan untuk membantu pelajar yang mengalami

masalah pembelajaran yang tertentu khususnya dalam

kemahiran asas 3M. Aktiviti pemulihan pula merupakan

aktiviti yang dirancangkan untuk membantu murid

mengatasi masalah pembelajaran dari segi pengetahuan

dan kemahiran.

5)Pengayaan

Aktiviti pemulihan adalah difokuskan kepada pelajar yang

berpencapaian rendah atau lambat kadar penerimaannya,

oleh itu pengayaan adalah untuk pelajar yang

pencapaiannya melebihi

Kebaikan dan kelebihan. Antaranya :

(a)Mempunyai kepelbagaian dan keseragaman aktiviti

dalam bentuk unti-unit kerja. Apabila seni dalam

Page 14: Aplikasi Seni Dalam Pendidikan

pendidikan diintegrasikan di dalam unit-unit kerja, maka

bertambahlah peluang pelajar untuk menceburi aktiviti-

aktiviti pembelajaran. Dengan ini tahap kebolehan mereka

untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam sesuatu unit

kerja akan meningkat kerana mereka telah mempunyai

kelebihan media yang boleh dijadikan sebagai alat bantu

dalam menyelesaikan maslah Secara tidak langsung

aktiviti seperti ini akan memperkayakan dan

menambahkan lagi kefahaman pelajar terhadap pelajaran

yang disampaikan.

(b) Mempunyai ruang untuk menampung kepelbagaian

akitiviti seni dalam pendidikan. Apabila setiap aspek

kurikulum dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk

tujuan meleraikan proses penyelesaian masalah, secara

tidak langsung akan dapat mewujudkan peluang yang baik

bagi menerap dan melaksanakan aktiviti seni visual, muzik

dan pergerakan.

c) Mempunyai ruang untuk menampung skop perpaduan

yang luas. Apabila Seni dalam pendidikan diintegrasikan

Page 15: Aplikasi Seni Dalam Pendidikan

dengan bidang kurikulum yang lain, akan terbit suatu

tanggapan, baik di kalangan guru mahupun pelajar,

bahawa integrasi itu merupakan sebahagian daripada

program aktiviti sekolah dan bukannya sesuatu yang

bersifat terasing dan terpisah