kreativiti seni dalam pendidikan

22
Kreativiti Seni dalam Pendidikan Oleh Nor Anuwar Bin Hamat [email protected]. my. Jabatan Kajian Sosial Pengenalan Matlamat pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV) bukanlah bertujuan untuk melahirkan pelajar sebagai pelukis atau pereka semata-mata, sebaliknya ia bertujuan untuk melahirkan masyarakat berbudya khususnya mempunyai imaginatif, kreatif, berdaya reka, berpengetahuan dan peka terhadap ciri-ciri estetik. Dalam kontek pendidikan bersepadu mata pelajaran Pendidikan Seni Visual bertujuan untuk membolehkan pelajar menyedari, memahami dan menghargai peranan seni sebagai satu keperluan dalam urusan hidup, hubungan dengan kejadian alam, kaitan dengan perkembangan sains dan teknologi, aplikasinya dalam industri pembuatan dan rekaan, sumbangannya dalam bidang keusahawanan dan ekonomi negara, peluangnya dalam kerjaya serta kesannya terhadap budaya kebangsaan, bidang komunikasi, reakrasi, alam persekitaran dan kehidupan sehari-harian. Seni dalam pendidikan merupakan gabungan tiga komponen utama iaitu seni, muzik dan pergerakan. Seni menekankan unsur warna, muzik menekankan penggunaan irama manakala gerakan lebih kepada penggunaan ruang. Unsur warna, irama dan pergerakan digabungkan untuk menghasilkan satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Hal ini akan mendorong guru dan pelajar lebih kreatif. Seni dapat merangsang deria dan minda pelajar, membantu pelajar meningkatkan pemahaman dan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Kanak-kanak akan meneroka warna, irama dan pergerakan untuk mendapat pengalaman baharu yang akan meningkatkan kreativiti mereka. Seni Dalam Pendidikan memberi peluang kepada guru-guru untuk mengesan kepekaaan deria kanak-kanak dengan irama, warna dan ruang melalui penerokaan, pengalaman dan ekspresi. Seni Dalam Pendidikan dilaksanakan di sekolah rendah dengan menghubungkaitkan mata pelajaran PSV dengan mata pelajaran lain. Matlamat Seni dalam pendidikan dapat membantu perkembangan menyeluruh dan seimbang setiap insan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ia juga bermatlamat untuk menyediakan guru permulaan sekolah rendah dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengintegrasikan aktiviti seni visual, muzik, dan pergerakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai bidang mata pelajaran lain. Pengenalan Kepada Warna, Irama Dan Pergerakan Warna, irama dan ruang merupakan unsur yang terdapat dalam persekitaran kehidupan harian kanak-kanak. Melalui unsur-unsur ini pelajar akan lebih seronok mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Mereka digalakkan untuk meneroka dan mencuba sesuatu yang baharu dengan bimbingan guru.

Upload: aimiesk

Post on 02-Jan-2016

164 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kreativiti Seni Dalam Pendidikan

Kreativiti Seni dalam Pendidikan

OlehNor Anuwar Bin [email protected]. Jabatan Kajian Sosial

PengenalanMatlamat pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV) bukanlah bertujuan untuk melahirkan pelajar sebagai pelukis atau pereka semata-mata, sebaliknya ia bertujuan untuk melahirkan masyarakat berbudya khususnya mempunyai imaginatif, kreatif, berdaya reka, berpengetahuan dan peka terhadap ciri-ciri estetik. Dalam kontek pendidikan bersepadu mata pelajaran Pendidikan Seni Visual bertujuan untuk membolehkan pelajar menyedari, memahami dan menghargai peranan seni sebagai satu keperluan dalam urusan hidup, hubungan dengan kejadian alam, kaitan dengan perkembangan sains dan teknologi, aplikasinya dalam industri pembuatan dan rekaan, sumbangannya dalam bidang keusahawanan dan ekonomi negara, peluangnya dalam kerjaya serta kesannya terhadap budaya kebangsaan, bidang komunikasi, reakrasi, alam persekitaran dan kehidupan sehari-harian.

Seni dalam pendidikan merupakan gabungan tiga komponen utama iaitu seni, muzik dan pergerakan. Seni menekankan unsur warna, muzik menekankan penggunaan irama manakala gerakan lebih kepada penggunaan ruang. Unsur warna, irama dan pergerakan digabungkan untuk menghasilkan satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Hal ini akan mendorong guru dan pelajar lebih kreatif. Seni dapat merangsang deria dan minda pelajar, membantu pelajar meningkatkan pemahaman dan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Kanak-kanak akan meneroka warna, irama dan pergerakan untuk mendapat pengalaman baharu yang akan meningkatkan kreativiti mereka. Seni Dalam Pendidikan memberi peluang kepada guru-guru untuk mengesan kepekaaan deria kanak-kanak dengan irama, warna dan ruang melalui penerokaan, pengalaman dan ekspresi. Seni Dalam Pendidikan dilaksanakan di sekolah rendah dengan menghubungkaitkan mata pelajaran PSV dengan mata pelajaran lain.

Matlamat Seni dalam pendidikan dapat membantu perkembangan menyeluruh dan seimbang setiap insan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ia juga bermatlamat untuk menyediakan guru permulaan sekolah rendah dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengintegrasikan aktiviti seni visual, muzik, dan pergerakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai bidang mata pelajaran lain.

Pengenalan Kepada Warna, Irama Dan Pergerakan Warna, irama dan ruang merupakan unsur yang terdapat dalam persekitaran kehidupan harian kanak-kanak. Melalui unsur-unsur ini pelajar akan lebih seronok mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Mereka digalakkan untuk meneroka dan mencuba sesuatu yang baharu dengan bimbingan guru.

Warna merupakan satu unsur seni yang terdapat dalam mata pelajaran PSV. Warna terdiri daripada warna asas, warna sekunder dan warna tertier. Semua warna ini wujud dalam persekitaran kita. Contohnya, warna daun, wana pelangi, warna bangunan dan sebgainya. Warna memberikan kesan kepada menusia melalui personaliti, psikologi dan budaya. Warna panas seperti warna merah meggambarkan emosi marah, semangat berani dan juga keceriaan. Warna sejuk seperti warna hijau memberikan kesan emosi yang segar dan nyaman. Ia juga mengambarkan emosi sedih dan sayu.

Irama merujuk kepada sesuatu bunyi atau retak berulang. Biasanya irama boleh dinikmati apabila kita mendengar muzik. Dalam kehidupan, kita sering temui pelbagai irama. Contohnya, bunyi tapak kasut orang berjalan, bunyi degupan jantung, bunyi kereta api dan sebagainya. Kanak-kanak juga selalu menghasilkan irama dalam permainan mereka seperti bertepuk, berkawad, mengetuk meja dan sebagainya. Dalam Pendidikan Seni Visual, irama dikaitkan dengan susunan sesuatu corak yang berulang-ulang, susunan sekata yang menampakan pergerakan.

Kanak-kanak mula memahami dan mempelajari sesuatu kemahiran dalam irama semasa mereka menjalankan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan, menari, melukis corak, dan sebagainya. Irama dapat merangsang minda kanak-kanak untuk memberikan lebih tumpuan terhadap aktiviti yang dijalankan, dapat menarik minat kanak-kanak untuk menyertai aktiviti dengan bersemangat dan meningkatkan potensi dan keseronokan mereka. Kanak-kanak merasa seronok melakukan aktiviti seperti menari dan melompat sambil

Page 2: Kreativiti Seni Dalam Pendidikan

mengikut irama muzik. Mereka akan meneroka pergerakan-pergerakan yang lebih kreatif apabila mereka bertindak balas dengan irama yang dimainkan.

Gambar 1 : Murid-murid sedang membuat catatan

Ruang ialah kawasan yang terletak di sekeliling sesuatu objek atau jarak antara dua objek. Kita memerlukan ruang untuk bergerak dan melakukan aktiviti. Kita juga perlu menggunakan ruang dengan bijak untuk mendapat keselesaan dan keselamatan.

Menurut Haward Gardner (1983), kecerdasan ruang melibatkan kebolehan-kebolehan melihat dunia ‘visual spatial’ dengan lebih tepat. Kecerdasan juga termasuk menjadi lebih peka terhadap warna, garisan, ruang, bentuk, rupa dan yang berkaitan dengannya. Bilik darjah perlu disusun atur dengan baik untuk memastikan terdapat ruang yang cukup untuk guru dan pelajar melakukan aktiviti dengan selamat dan selesa. Ini dapat membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Hubungan seni, muzik dan pergerakan adalah sebagaimana rajah di bawah.

Rajah 1: Seni Dalam Pendidikan

Seni(Warna)

Muzik (Irama) Pergerakan (Ruang)

Pelaksanaan Seni Dalam Pendidikan Di SekolahKenneth M Langsing (1973) dalam bukunya Art, Artists and Art Education menyatakan aktiviti pendidikan seni boleh menjadi satu cabang komunikasi. Kebolehan guru memberi penerangan dan penggunaan kaedah yang betul dapat memenuhi keperluan komunikasi pelajar. Guru wajar memahami dan menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual. Guru perlu mahir mengolah sukatan pelajaran dengan menumpukan kepada perkembangan pengetahuan dan peningkatan kemahiran tertentu dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik yang sesuai. Seni Dalam Pendidikan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka pelbagai

Seni Dalam

Pendidikan

Page 3: Kreativiti Seni Dalam Pendidikan

sudut yang mereka lihat, dengar, sentuh, bergerak dan berfikir dalam setiap aktiviti pembelajaran. Ia juga mengajar murid menangani sumber imaginasi, kreativiti, pemikiran serta emosi secara proaktif.

Kanak-kanak di sekolah rendah belajar dalam suasana aktif. Menurut ahli psikologi kognitif dan ahli teori konstruktivisme, kanak-kanak tidak memperoleh pengetahuan secara pasif. Mereka membina pengatahuan secara aktif. Pembelajaran secara aktif dan interaksi sosial digalakkan. Kanak-kanak akan mendapat pengalaman baharu melalui aktiviti meneroka, mengeksprimen, dan mengolah objek atau bahan. Teori konstruktivisme berhubung rapat dengan perkembangan kreatif dan keperluan untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, melalui aktiviti seni kanak-kanak boleh meluahkan idea secara bebas dan kreatif.

Rajah 2 : Pelaksanaan Seni dalam pendidikan di sekolah (Kanak-Kanak Memperoleh Pengalaman)

Membina konsep

Persepsi Pemahaman

Penemuan Kemahiran

Proses

Pengetahuan Proses

Hasil

Haward Gardner dalam Teori Keceedasan Manusia (1983), mengesyorkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya tujuh jenis kecerdasan. Kebanyakan pengajaran memberi penekanan kepada kecerdasan linguistik dan logik matematik sahaja. Kecerdasan lain kurang dirangsang. Manusia belajar melalui berbagai cara untuk mencapai kecemerlangan. Mereka akan mengunakan beberapa jenis kecerdasan secara bergabung. Teori ini menyokong pelaksanaan peroses pengajaran dan pembelajaran kreatif berkonsepkan Seni dalam pendidikan.

Pelaksanaan Seni Dalam Pendidikan di sekolah rendah merentasi semua mata pelajaran. Guru mata pelajaran perlu kreatif dan melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan. Aktiviti perlu dirancang dengan teliti supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan baik. Guru perlu menggalakan murid-murid mengunakan kelebihan diri mereka, menyediakan aktiviti pembelajaran yang pelbagai untuk memenuhi keperluan murid-murid yang mempunyai pelbagai gaya belajar. Pelajar perlu diberi peluang mencuba idea, menggunakan teknik atau pendekatan baharu, dan mewujudkan persekitaran yang menginspirasikan.

Tiga unsur utama iaitu warna, irama dan ruang perlu digabungkan dengan baik untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif. Guru perlu tahu menggunakan warna dengan baik, memasukkan elemen-elemen irama dan menggunakan ruang yang sesuai bagi merangsang minda pelajar semasa proses pengajaran dan pembalajaran. Pelajar akan melibatkan diri secara aktif dan rasa seronok melakukan aktiviti yang dijalankan. Mereka tidak terikat dengan kaedah pengajaran tradisional yang berpusatkan guru.

Pelaksanaan seni dalam

pendidikan di Sekolah

Page 4: Kreativiti Seni Dalam Pendidikan

Gambar 2 : Kanak-kanak sedang melakukan aktiviti

Pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah boleh dilaksanakan dengan menghubungkitkan mata pelajaran tertentu dengan unsur warna, irama dan pergerakan. Contohnya pengajaran mata pelajaran Sains di bawah tajuk haiwan, iaitu haiwan peliharaan dan haiwan liar. Guru boleh membawa pelajar melawat Taman Sains di sekolah untuk melihat sendiri jenis-jenis haiwan yang dipelihara. Pelajar boleh memerhati, membuat catatan mengenai ciri-ciri binatang yang diperhatikan, sama ada dari segi bentuk tubuh badan, warna, saiz dan sebagainya. Demikian juga, pelajar boleh melukis rupa bentuk binatang tersebut. Pelajar diberi peluang untuk melukis dan mewarna haiwan pilih mereka. Mereka boleh menggunakan maklumat hasil daripada pemerhatian yang dilakukan. Guru boleh memberikan bimbingan kepada pelajar yangbermasalah. Murid-murid bebas menggunakan kreativiti mereka memilih dan mencampur warna untuk mendapat hasil yang menarik. Pelajar juga dapat menggunakan daya ingatan dan imaginasi mereka dalam menghasilkan lukisan. Cara ini akan meningkatkan daya kreativiti mereka.

Apabila pelajar selesai menjalankan kajian, mereka boleh membentangkan hasil kajiannya. Pembentangan boleh dilakukan dalam kumpulan. Setiap kumpulan boleh memanfaatkan setiap ruang yang ada. Mereka boleh menggunakan kreativiti sendiri semasa melakukan pembentangan di kelas.

Gambar 3: Murid-murid sedang mewarna.

Langkah seterusnya ialah setiap kumpulan akan membuat persembahan seperti menari dan menyanyi lagu yang berkaitan dengan haiwan yang mereka kaji. Mereka juga boleh meniru pergerakan haiwan, bunyi haiwan dan sebagainya. Mereka boleh berbincang dengan ahli kumpulan untuk memghasilkan bentuk persembahan yang sesuai dan menarik. Setiap Kumpulan boleh mencipta sendiri irama yang akan mengiringi persembahan mereka. Mereka boleh menggunakan alatan yang ada di sekitar mereka. Mereka juga boleh meneroka bunyi-bunyian yang akan dihasilkan dengan menggunakan kertas, plastik yang dironyokkan, bunyi tapak kasut, bunyi batang penyapu yang dilagakan, bertepuk dan juga menghasilkan bunyi dengan mulut. Pelajar digalakan mencuba dan menggunakan pelbagai alatan dan bahan semasa mengadakan persembahan. Mereka akan rasa seronok menjalani aktiviti hasil kreativiti mereka sendiri.

Page 5: Kreativiti Seni Dalam Pendidikan

Dari segi penggunaan ruang pula, pelajar digalakan menggunakan ruang dengan baik. Mereka boleh memilih ruang yang sesuai dengan bentuk persembahan. Sekiranya ruang tidak mencukupi, pelajar boleh mengubah susunan kerusi dan meja. Pengalaman ini banyak membantu pelajar dalam meningkatkan kreativiti mereka.

Secara keseluruhannya, pengajaran yang berkonsepkan seni dalam pendidikan dapat membantu pelajar dalam meningkatkan keyakinan diri dengan cara memberikan peluang kepada pelajar membuat kajian, catatan, pemerhatian, penerokaan dan sebagainya. Semua ini dapat membantu meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi, di samping dapat merangsang deria pelajar untuk memahami pengajaran yang disampaikan dengan lebih berkesan. Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokan dan kondusif.

Gambar 4 : Kanak-kanak menjalankan aktiviti di luar bilik darjah

KreativitiKreativiti dapat ditafsirkan sebagai kebolehan berimaginasi atau mencipta sesuatu yang baharu. Ia satu kebolehan menjana idea baharu dengan menggabung, mengubah dan mengaplikasikan semua idea. Ada juga yang berpendapat bahawa kreativiti dapat menyumbangkan idea atau hasil baharu dalam budaya (Csikszentmihalyi, 2003) dan ia dianggap gabungan unik dan berguna (Sternberg & Lubart, 2003) . Namun begitu, persoalan yang timbul ialah bagaimana untuk menjadi kreatif ? Persoalan ini bukan sekadar dalam kalangan pelajar, malah juga pentadbir, pengurus, pereka dan sebagainya (Nickerson, 2003).

Goldberg (2001) menyatakan bahawa paling asas untuk memberikan perhatian terhadap Pendidikan Seni Visual di Sekolah Rendah ialah berkaitan isi kandungan pelajaran dengan proses kreativiti. Beliau menyatakan Pendidikan Seni Visual mempunyai perkaitan dengan budaya pembelajaran. Seni dapat mengembangkan peluang ekspresi diri kanak-kanak, kebebasan bersuara, membangunkan harga diri, mengalakan kerjasama dan keharmonian kumpulan, memberikan kuasa pemikiran kepada guru-guru dan pelajar, dan menyatakan kebenaran dalam kebudayaan bangsa.

Gambar 5 : Murid-murid manjalankan aktiviti dalam kumpulan

Page 6: Kreativiti Seni Dalam Pendidikan

. Ainon dan Abdullah (1996), menyatakan bahawa terdapat beberapa cara dan pendekatan mikro yang

digunakan untuk menjana idea kreatif.

i. Pendekatan lateral ialah kaedah penghasilan kreatif yang dipopularkan oleh Edward de Bono yang menghasilkan idea luar biasa. Di sekolah, bidang mengambar, membuat bentuk dan rekaan memberikan kebebasan kepada pelajar menerokai proses menerbitkan idea baharu.

ii. Kaedah proses kreatif projektif adalah merupakan pendekatan meramal. Dalam pendidikan seni kanak-kanak akan didedahkan tentang cara membuat bentuk dan mencari idea reka cipta baharu. Misalnya, reka cipta model kereta nasional pada tahun 2020.

iii. Kaedah konstruktif merupakan proses kreatif yang menekankan kepada pembaikan dan membina idea yang telah ada dan diperbaharui.

iv. Kaedah imaginatif merupakan kaedah yang paling banyak dilakukan dalam Pendidikan Seni. Imaginatif dapat dikesan melalui aktiviti menggambar seperti menggambarkan makhluk asing, gambaran mimpi dan sebagainya. Kaedah imaginatif dapat menanam pemikiran kreatif dan futuristik dalam minda kanak-kanak.

Kreativiti dapat dicungkil melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Aktiviti melalui penggunaan warna dapat merangsang minda pelajar lebih kreatif. Ketika menghasilkan karya catan misalnya, pelajar diberi peluang mencuba pelbagai warna yang mereka fikir sesuai. Mereka bebas menggabungkan warna pilihan untuk menghasilkan warna baharu yang sesuai dengan karya. Dengan cara ini, pelajar bebas meneroka, meluahkan perasaan dan kreativiti.

Ketika menghasilkan kolaj, pelajar dapat menggunakan kertas warna dan meneroka penggunaan bahan berwarna yang terdapat di sekitar mereka. Misalnya, keratan kertas majalah, cebisan kertas kotak, helaian daun kering, serpihan kulit kayu dan sebagainya. Mereka akan menampal bahan-bahan pilihan untuk membentuk objek imaginasi. Proses memindahkan idea, dari kotak fikiran ke bentuk visual, di atas kertas merupakan satu proses artistik yang penuh kreativiti. Proses ini menggabungkan beberapa jenis deria rangsangan dan dapat merangsang minda pelajar agar lebih kreatif dan berkesan.

Pelajar dapat mencuba, membuat eksprimen dan meneroka penggunaan bahan untuk menghasilkan karya. Melalui Seni Dalam Pendidikan pelajar dapat menggunakan bahan-bahan di sekitar mereka untuk membentuk, membuat binaan dan sebagainya. Mereka tidak terikat dengan bahan yang disediakan dalam bilik darjah. Pembelajaran mereka meliputi ruang yang lebih luas dan mendorong mencapai tahap kepuasan belajar sebagaimana diinfini.

Ikatan peraturan bilik darjah tradisional tidak sesuai lagi digunakan. Kini pelajar bebas bergerak dalam kawasan yang difikirkan perlu dan selamat. Mereka tidak terkongkong di atas kerusi sahaja sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, pelajar perlu mematuhi arahan yang diberikan oleh guru. Guru boleh membawa pelajar keluar dari bilik darjah untuk membuat pemerhatian, catatan, penyelidikan, rakaman serta ujikaji. Pelajar boleh menggunakan pengalaman sedia ada untuk digabungkan dengan pengalaman baharu untuk mendapatkan hasil. Pengalaman ini dapat merangsang minda pelajar agar bertindak lebih kreatif, dan mengalami suasana pembelajaran yang seronok.

Page 7: Kreativiti Seni Dalam Pendidikan

Gambar 6: Guru sedang memberikan penerangan tentang aktiviti yang akan dijalankan

Penggunaan irama dalam pengajaran dan pembelajaran juga dapat menarik minat kanak-kanak untuk menyertai aktiviti yang dijalankan. Pelajar lebih aktif melakukan aktiviti yang dirancang oleh guru. Pelajar juga berpeluang mencipta aktiviti dan pergerakan sendiri. Biasanya kanak-kanak boleh memberikan reaksi secara spontan apabila dirangsang oleh sesuatu irama muzik. Irama beleh dihasilkan dengan menggunakan alat muzik, alat audio dan juga dihasilkan sendiri oleh guru dan pelajar melalui tepukan, hentakan kaki, mengetuk meja dan sebagainya.

Irama boleh diaplikasikan dalam semua bidang mata pelajaran. Irama biasanya dimainkan untuk mengiringi nyanyian dan juga tarian. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, irama digunakan untuk menbangkitkan mod situasi tertentu. Contohnya pengajaran penulisan bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu yang bertemakan Sambutan Hari Kemerdekaan. Aktiviti seperti nyanyian Lagu Kemerdekaan, berkawad seperti anggota tentera dan sebagainya sangat sesuai diringi dengan irama muzik. Ini akan membangkitkan semangat patriotisme dalam diri mereka. Berkenaan seni dalam pendidikan, pelajar digalakkan menghasilkan sendiri irama dan pergerakan. Pelajar boleh menghasilkan alat muzik dengan menggunakan botol mineral yang disi dengan batu kecil. Pelajar boleh mencipta pergerakan yang sesuai dengan irama yang dimainkan. Kreativiti akan dapat ditingkatkan apabila mereka menghasilkan irama dan pergerakan melalui alat yang digunakan.

Penggunaan ruang secara terancang adalah sangat perlu supaya semua pelajar dapat menyertai aktiviti yang dijalankan dengan lancar. Ruang kosong yang terdapat di bahagian hadapan dan belakang kelas perlu disusun dengan baik bagi memudahkan guru dan pelajar menjalankan aktiviti dengan seronok dan selamat. Susunan perabut termasuk kerusi dan meja perlu bersesuaian dengan suasana dan corak pembelajaran. Guru boleh menggunakan ruang di luar bilik darjah untuk menjalankan aktiviti yang dirancangkan. Aspek keselamatan perlu diutamakan semasa menjalankan aktiviti sama ada di dalam mahupun di luar kelas. Ruang yang secukupnya akan membantu pelajar merancang aktiviti seperti pergarakan dan sebagainya dengan lebih kreatif. Pelajar dapat mencuba berbagai-bagai pergerakan yang mereka fikir sesuai dengan irama dan juga mengikut lirik sesebuah lagu.

KesimpulanSeni dalam pendidikan dapat memberikan satu lagi teknik pengajaran kepada guru-guru di sekolah bagi mewujudkan idea-idea kreatif para pelajar. Guru dapat kenal pasti punca dapat mendorong dan merangsang pelajar memahami isi pengajaran. Satu bentuk pengajaran yang menyeronokkan dan memberikan peluang kepada pelajar menunjukkan bakat dan daya kreativiti. Pelajar yang berpeluang mengikuti pengajaran ini lebih bermotivasi, mempunyai keyakinan diri yang tinggi, lebih mudah berkarya dan mempunyai sikap positif. Mereka dapat meluahkan idea dan perasaan dalam aktiviti yang dijalankan. Oleh sebab itu, pihak sekolah sepatutnya tidak meminggirkan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah, atau menggantikannya dengan mata pelajaran lain hanya kerana ingin pencapaian tinggi dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah. Hal ini kerana seni dalam pendidikan mampu merangsang minda pelajar agar lebih kreatif, berkeyakinan dan berdaya maju.

Page 8: Kreativiti Seni Dalam Pendidikan

RujukanCsikszentmihalyi, M., “Implications of a Systems Perspective for the Study of Creativity” In Sternberg, R. J, (Eds.),

2003. Handbook of Creativity. Cambridge: University Press.

Mohd Azhar Abd Hamid, 2004. Kreativiti : Konsep, Teori dan Praktis. Skudai : Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Sternberg, R.J. & Lubart, T. I. “The concept of creativity: Prospects and Paradigms” In Sternberg, R. J. (Eds.), 2003. Handbook of Craetivity. Cambridge : University Press.

Syed Ahmad Jamal, 1992. Rupa dan Jiwa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zakaria Ali, 1989. Seni dan Seniman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sembilan Keinginan Asas Kanak-Kanak.

1.  Keinginan untuk bergerak.

     - Kanak-kanak suka mengambil peluang        untuk bermain dan melibatkan diri        dalam sebarang kegiatan fizikal

2. Keinginan untuk berjaya dan diiktiraf

           - Kanak-kanak bukan sekadar ingin             berjaya tetapi inginkan kejayaan itu             dihargai

3. Keinginan untuk diterima oleh kumpulan      sebaya dan sebagai ahli dalam  masyarakat

    - Kanak-kanak inginkan diri mereka diterima,       disanjung, dihargai dan dihormati oleh orang       lain

4. Keinginan untuk bersaing

            - Kanak-kanak suka bersaing untuk          memperlihatkan kemahiran dan          kekuatan fizikal dan setara dengan          rakan-rakan sebaya.

5. Keinginan ketangkasan fizikal dan sebagai sumber daya penarik.

   - Kanak-kanak gemar kepada aktiviti fizikal      dan membentuk penampilan diri atau      harga diri untuk menyesuaikan dirinya      dalam masyarakat.

Page 9: Kreativiti Seni Dalam Pendidikan

6. Keinginan untuk meneroka

       - Kanak-kanak gemar melibatkan diri          dalam sesuatu kegiatan yang luar             biasa tetapi menyeronokkan.

7. Keinginan untuk pencapaian kreatif.

       - Kanak-kanak gemar mengalami          perkara baru melalui aktiviti kreatif

8. Keinginan untuk meluahkan perasaan melalui pergerakan.

   - Kanak-kanak gemar aktiviti yang      memberi peluang untuk meluahkan idea      mengenai diri dan persekitaran mereka.

9. Keinginan untuk kefahaman.

       - Kanak-kanak mempunyai keperluan dan ingin mengembangkan kefahaman dan ingin mempelajari perkara baru.  Justeru itu mereka dapat meneroka, menyentuh dan merasai pemikiran serta interaksi mereka dengan persekitaran.

HBEF1403 : SENI DALAM PENDIDIKAN

Pengenalan

Secara umumnya, seni adalah berkaitan dengan hal-hal mengenai keindahan atau estetika yang merangkumi aspek-aspek jasmani dan rohani individu dan juga masyarakat. Seni disifatkan sebagai suatu kegiatan atau proses penciptaan yang memerlukan kemahiran serta pengetahuan yang nyata (Martin, 1986 : 12). Hauser dalam tulisannya, berpendapat bahawa seni adalah komunikasi (1959). Dari perspektif pendidikan dapatlah dikaitkan bahawa bidang-bidang pendidikan juga memerlukan estetika seni untuk diketengahkan bagi memudahkan penyampaian sesuatu maksud agar lebih menarik dan mudah difahami. Maka dengan itu lahirlah apa yang dikatakan Seni Dalam Pendidikan.

Seni Dalam Pendidikan (SDP) adalah bidang yang menumpukan kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan tanpa merujuk kepada bidang seni lain seperti seni sastera, seni teater, seni fotografi atau seni mempertahankan diri. Seni Dalam Pendidikan diperkembangkan dalam diri murid untuk menajamkan lagi instuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi mereka. Murid diberi peluang menggunakan pancaindera mereka untuk

Page 10: Kreativiti Seni Dalam Pendidikan

meningkatkan kreativiti, sensitiviti serta daya imaginasi dalam pembelajaran mereka. Selain itu Seni Dalam Pendidikan juga berperanan untuk mengembangkan daya persepsi, estetika dan kreativiti mereka sesuai dengan matlamat untuk melahirkan individu yang berjiwa kreatif, inovatif dan mempunyai nilai jati diri yang tinggi.

Ramai tokoh-tokoh ilmuwan yang memberi pandangan menyokong bahawa Seni Dalam Pendidikan akan memberi manafaat dari segi jangkamasa panjang dalam membangunkan sahsiah dan jati diri individu.

Teori Konstruktivisme menyatakan bahawa kanak-kanak yang diajar melalui pembelajaran secara meneroka, bereksperimen dan mengolah bahan atau objek akan dapat mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif, kerana adanya unsur-unsur seni dalam pendidikan dalam pembelajaran mereka. Herman (1991), di dalam “Quadrant Concept” menyatakan bahawa seni dapat membantu pemikiran rasional dan intiutif seseorang individu.

Howard Gardner (1953), menyatakan , sekiranya hanya satu sahaja kaedah atau pendekatan yang digunakan didalam sesuatu pengajaran, hanya murid-murid tertentu sahaja yang boleh mendapatkan bahan yang disampaikan. Ini disebabkan murid mempunyai kebolehan menaakul dan menanggap dalam keadaan yang berbeza. Pendekatan yang berintegrasi dengan pelbagai jenis kecerdasan memudahkan penerimaan murid kepada yang lebih kreatif.

A Kesan-Kesan Positif Seni Dalam Pendidikan

Berdasarkan pandangan daripada tokoh-tokoh yang tersebut di atas tadi dapatlah dibuat kesimpulan bahawa Seni Dalam Pendidikan mempunyai kepentingan dalam bidang pendidikan. Antara kebaikan atau kesan-kesan positif yang dapag diperolehi dalam penggunaan Seni Dalam Pendidikan ialah :-

A. i Proses pengajaran akan menjadi lebih seronok. Ini disebabkan pengintegrasian tiga mata pelajaran seni akan dapat menarik minat murid. Menurut Russel (1968), matlamat guru sekolah rendah dalam pengajaran dan pembelajaran ialah untuk membentuk kanak-kanak dengan kemahiran memerhati, sensitif terhadap pergerakan, bunyi, bentuk, tekstura dan irama. Murid-murid akan mengambil bahagian dalam pembelajaran yang melibatkan berbagai-bagai kemahiran yang disediakan oleh guru. Di samping itu juga mereka dapat melahirkan idea dan kreativiti mereka dengan bebas.

Sebagai contoh, semasa mengajar sesuatu pengajaran yang pertama iaitu lagu ‘burung’, kanak-kanak akan membuat pergerakan seperti burung semasa menyanyi lagu tersebut. Dalam melakukan aktiviti tersebut, kita akan dapat melihat berbagai gaya yang dipersembahkan oleh murid, samada seperti terbang, berjalan, melompat, makan atau sebagainya. Seterusnya kanak-kanak disuruh menghasilkan gambar atau mewarnakan gambar burung. Semasa pembelajaran ini kanak-kanak akan dapat membina konsep

Page 11: Kreativiti Seni Dalam Pendidikan

kendiri dalam kumpulan rakan sebaya.

A. ii Membantu perkembangan intelek, sahsiah dan sosial murid-murid. John Dewey (1919), menyatakan ,pendidikan adalah satu proses untuk mengembangkan kecerdasan manusia, sekolah seharusnya memberi kanak-kanak kebebasan untuk perkembangan fizikal, emosi dan intelektual iaitu kebebasan untuk melatih kecerdasan melalui seni. Seni yang dimaksudkan adalah seni visual, seni muzik dan seni pergerakan.

Keberkesanan fungsi mata pelajaran seni visual, seni muzik dan seni pergerakan boleh diperhebatkan dengan menjadikannya sebagai medium untuk pengajaran secara penerokaan, pengembangan kreativiti, proses-proses berfikir secara kritis dan kreatif dalam penyelesaian masalah dan merangsang pembinaan keyakinan diri dan imej kendiri yang utuh. Dengan adanya proses pembelajaran Seni Dalam Pendidikan murid akan lebih mudah untuk menerima kemahiran pembelajaran yang diajar oleh guru selari dengan perkembangan diri mereka seperti rajah 1 di bawah. Dalam kaedah pengajaran inkuiri penemuan murid-murid diberi peluang meneroka dan mencari sendiri jawapan kepada permasalahan. Peluang inilah yang digunakan oleh murid-murid untuk melahirkan idea dan mendorong mereka menggunakan keupayaan akal dan fizikal untuk menyelesaikan masalah. Secara langsung emosi mereka menjadi berkembang dan begitu juga dengan sosial bila murid-murid ini berinteraksi sesama rakan sebaya dan guru.

Rajah 1: Model WholistikPerkembangan Kanak-kanak

Falsafah perkembangan Dewey menekankan bahawa perkembangan emosi, jasmani dan sosial seseorang individu melalui aktiviti-aktiviti bermain dan meneroka sendiri di peringkat sekolah rendah merupakan pengalaman semula jadi yang banyak membantu kanak-kanak dalam pembelajaran mata pelajaran-pembelajaran lain di sekolah.

A. iii Menjadikan guru lebih bermotivasi dan kreatif dalam merancang pengajarannya. Dengan adanya SDP dalam kurikulum sekolah rendah, pengajaran dan pembelajaran akan lebih menyeronokkan dan penglibatan murid juga adalah baik maka guru-guru akan lebih bersemangat dan kreatif untuk merancang persediaan untuk pengajaran mereka di mana pengajaran yang dirancang akan lebih mencabar serta mengutamakan perkembangan intelek, emosi, psikomotor dan kematangan murid. Sekaligus ini menjadi motivasi dan perangsang kepada guru untuk lebih banyak meneroka kemahiran-kemahiran baru yang sesuai dengan pencapai murid-muridnya. Hasil daripada persekitaran pembelajaran yang baik, guru juga akan dapat meningkat profesionalisma dalam kerjaya mereka. Usaha untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang cemerlang, berilmu dan mantap dari segi sahsiah

Page 12: Kreativiti Seni Dalam Pendidikan

pada tahun 2020 pasti akan berhasil.

B Penghubungkaitan Pelbagai Bidang dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Penghubungkaitan membawa maksud menghubungkaitkan pelbagai bidang kemahiran dan pengetahuan dari beberapa mata pelajaran dalam ssesuatu pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanya penghubungkaitan tersebut pembelajaran akan dapat membantu percambahan pemikiran murid dengan mengaitkan isi pengajaran guru dengan kehidupan seharian mereka. Pengajaran dan pembelajaran yang ada penghubungkaitan ini akan menghasilkan pembelajaran yang lebih efektif. Tujuan penghubungkaitan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk meningkatkan lagi tahap kefahaman belajar murid-murid. Selain itu ia juga boleh membina serta melatih minda murid-murid untuk menjadi lebih aktif dan kreatif sekaligus dapat membantu pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran yang diajar.

Sebagai contoh, guru yang mengajar Pendidikan Seni Visual bertajuk ‘Haiwan’. Sebelum murid-murid membuat aktiviti menggambar atau aktiviti membuat rekaan dan corak yang berkaitan dengan haiwan, guru terlebih dulu mencungkil pengetahuan sedia ada murid dengan bersoaljawab beberapa soalan yang mudah dan ringkas. Antara aktviti yang boleh dijalankan ialah menamakan haiwan,mengajuk bunyi haiwan, menyatakan cara pergerakan haiwan, mengelaskan kumpulan haiwan dan sebagainya. Di sini elemen Sains dan seni pergerakan telah dihubungkaitkan. Untuk mengaitkan dengan bahasa dan muzik, guru meminta murid menyanyi mana-mana lagu yang ada kaitan dengan haiwan. Selain itu murid juga disuruh berpantun atau membaca puisi berkenaan haiwan. Untuk mengaitkannya dengan mata pelajaran Matematik, guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan penyelesaian masalah (problem solving) yang ada kaitan dengan kehidupan seharian murid-murid. Contohnya, “Di dalam bakul itu ada sepuluh ekor ikan, dua ekor telah dilarikan kucing. Berapa ekor ikankah yang masih tinggal?’

Rajah 2 : Contoh Penghubungkaitan Mata pelajaran dalam Pelajaran Pendidikan Seni Visual.

Dengan adanya penghubungkait tersebut murid-murid akan belajar beberapa kemahiran dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada dapat memantapkan perkembangan sosial, emosi dan intelek murid-murid, pengajaran berintegrasi seperti yang tersebut di atas dapat juga meningkatkan tahap perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif mereka.Untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran penghubungkaitan (penggabungjalinan) ini lebih berkesan, guru-guru memainkan peranan yang paling penting selain kesedian murid-murid sendiri.

Page 13: Kreativiti Seni Dalam Pendidikan

B. i Peranan Guru dalam pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran ini antaranya adalah:-

i) Merancang persediaan mengajar yang dapat menarik minat murid. Antara perkara-perkara yang perlu di ambil perhatian dalam penyediaan rancangan pengajaran ini ialah berkenaan dengan topik, objektif pengajaran, isi pelajaran cara penyampaian isi serta penilaian yang diguna untuk menguji murid. Dalam penyediaan isi pelajaran guru perlulah menyediakan aktiviti-aktiviti yang dapat merangsang pemikiran murid-murid dan aktiviti tersebut perlu penglibatan semua tanpa mengambil kira tahap kebolehan mereka.ii) Merancang dan memilih sumber bahan pengajaran dan pembelajaran serta bahan bantu mengajar. Sumber bahan-bahan yang dipilih perlulah mesra pelajar iaitu mudah digunakan oleh mereka. Bahan tersebut sudah semestinya menarik. Antara bahan yang boleh digunakan ialah bahan elektronik seperti komputer, televisyen, radio, internet dan sebagainya. Bahan bukan elektronik yang juga boleh digunakan seperti carta bergambar dan sebagainya. Guru perlu menyediakan bahan yang bersesuaian dengan tajuk yang hendak di ajar.iii) Guru sebagai pemotivasi dan fasilitator murid-murid. Guru haruslah memberi motivasi dan keyakinan kepada murid-murid untuk melahirkan idea dalam pembelajaran mereka supaya dapat membentuk sikap positif dalam perkembangan diri serta mempunyai nilai-nilai murni dalam hidup. Selain itu juga adalah fasilitator atau pemudahcara semasa pembelajaran berjalan. Di mana guru membimbing serta memberi tunjuk ajar jika diperlukan oleh murid-muridnya. Dengan itu guru perlulah meningkatkan diri mereka dengan ilmu dan mempelbagaikan teknik-teknik penyampaian serta membuat kajian tentang pencapaian murid-murid dari semasa ke semasa.iv) Pengurusan Kelas . Peranan guru di sini ialah membahagikan pelajar mengikut tahap pencapaian akademik mereka. Dengan pembahagian ini ianya akan memudahkan guru menyediakan aktiviti yang bersesuaian dengan tahap akademik murid-muridnya. Selain itu guru juga perlu memastikan suasana pembelajaran yang teratur. Perkara lain yang perlu diambil perhatian ialah:-- kelas atau bilik yang selesa- peredaran udara dan cahaya yang sesuai- kelengkapan perabot, bahan dan peralatan yang mencukupi

B. ii Peranan Murid

Selain guru, murid-murid juga mempunyai peranan mereka sendiri untuk memastikan pelaksanaan pengajaran penghubungkaitan ini berjaya. Mereka digalakkan melibatkan diri dengan sepenuhnya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah samada secara formal atau tidak formal. Dengan melibatkan diri secara aktif secara tidak langsung akan dapat mempertingkatkan kemahiran belajar mereka dan mereka juga dapat membuat penilaian kendiri tentang kelebihan dan kelemahan diri sendiri. Murid-murid juga digalakkan untuk meneroka sendiri sesuatu kemahiran

Page 14: Kreativiti Seni Dalam Pendidikan

yang baru dengan sentiasa merujuk kepada guru sekiranya menghadapi masalah pembelajaran.

C. Pendekatan Bertema

Pendekatan bertema bermaksud pengajaran yang disusun atau dirancang mengikut sesuatu konsep atau tema. Ianya merangkumi koleksi bahan, aktiviti, isi pelajaran serta teknik penyampaian. Pendekatan bertema memberi peluang kepada guru untuk menghubungkait mata pelajaran yang diajar dengan mata pelajaran lain. Penggabungjalinan beberapa mata pelajaran dalam sesuatu pengajaran ini memberi peluang kepada murid-murid untuk meneroka, mengalami dan mencari peluang mengekspresikan sesuatu tema yang telah dirancangkan. Dalam pemilihan dan penentuan tema banyak perkara yang guru perlu ketahui agar pengajaran dan pembelajaran yang dirancang berkesan. Antara perkara tersebut ialah:- tema yang dipilih hendaklah berasaskan kemahiran, pengalaman serta pengetahuan sedia ada murid tema yang dipilih berfokus kepada sesuatu isu. Contohnya isu-isu semasa. sumber-sumber pengajaran dan bahan bantu mengajar mudah didapati dalam tema yang dipilih guru perlu mempunyai banyak pengetahuan dalam tema yang dipilih. guru perlu memastikan tema pengajaran tersebut mempunyai pemeringkatan aktiviti dari yang mudah kepada yang lebih mencabar.

Pendekatan bertema juga dapat memberi keyakinan kepada murid-murid untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan adanya pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Ini disebabkan tema yang dipilih mempunyai beberapa kemahiran seperti kemahiran bertutur, membaca, menulis, asas matematik, berfikir, menyanyi dan mengekspresi bakat (melukis).

C. i Terdapat banyak tema yang boleh digunakan oleh guru. Tema-tema tersebut boleh dikategorikan dalam tiga jenis tema iaitu:-

A Tema persekitaranB Tema MasyarakatC Tema Komunikasi

Berikut merupakan satu contoh pengajaran yang menggunakan pendekatan bertema. Tema yang digunakan ialah tema persekitaran.

Mata pelajaran : Bahasa MalaysiaKelas : Tahun 4Tema : PengangkutanPersekitaran : Persekitaran Teknologi

Page 15: Kreativiti Seni Dalam Pendidikan

Di dalam pengajaran ini isi-isi pelajarannya dapat dikaitkan dengan mata pelajaran lain seperti Sains, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik, Pendidikan Pergerakan dan Kesihatan dan Kajian Tempatan dan Matematik. Di dalam pengajaran dan pembelajaran ini murid-murid akan di dedahkan dengan beberapa perkara penting seperti :-- sejarah teknologi pengangkutan; - kepentingan pengangkutan kepada manusia- kesan-kesan teknologi pengangkutan terhadap alam sekitar, kesihatan manusia, haiwan dan tumbuhan- bentuk-bentuk pengangkutan- pergerakan kenderaan- perkaitan antara laju dan jarak menggunakan kenderaan

Tema persekitaran teknologi dipilih kerana ia telah membawa kemajuan dan pembangunan kepada manusia . Teknologi juga melahirkan dunia tanpa sempadan dan telah memperkenalkan konsep globalisasi. Teknologi yang hebat dan hebat mampu menarik minat dan memotivasikan murid-murid untuk melibatkan diri dengan aktif dalam aktiviti-aktivi pengajaran yang berjalan. Murid juga akan dapat meneroka pergerakan kreatif, imej, bunyi serta meluahkan perasaan mereka secara bebas.

C.ii Pengintegrasian Matapelajaran

Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) penegasan yang berkesan amatlah dititik beratkan bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran berjaya dan mencapai objektifnya terutama sekali kepada murid-murid. Bagi memastikan hasrat kerajaan dan matlamat Falsafah Pendidikan Negara tercapai beberapa kaedah pengajaran digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran antaranya ialah konsep integrasi. Ianya meliputi semua bidang kemahiran ke arah penguasan ilmu pengetahuan, kemahiran bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Kerana keseimbangan ini adalah asas kepada keharmonian negara. Antara aspek pengintegrasian yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah

(a) Penggabungjalinan Ia adalah proses menyepadukan (penggunaan) pelbagai bidang kemahiran bagi menjadikan suatu pelajaran itu integratif dan menyeluruh. Melalui strategi penggabungjalinan ini berbagai-bagai kemahiran dalam sesuatu matapelajaran disampaikan secara menyeluruh dan bersepadu dengan mengaitkannya dengan satu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran. Penggunaan strategi ini dapat memberi peluang murid-murid menguasai beberapa kemahiran yang berkaitan dengan isi pelajaran yang diajar. Ia juga boleh mengelakkan kebosanan dan menimbulkan suasana pembelajaran yang lebih menarik. Untuk menjadikan proses penggabungjalinan ini lebih berkesan, murid-murid hendaklah terlebih dahulu menguasai kemahiran asas iaitu kemahiran mendengar, bertutur, mengira, membaca dan menulis

Page 16: Kreativiti Seni Dalam Pendidikan

secara mekanis. Tujuan menguasai kemahiran asas ini ialah untuk menarik perhatian guru untuk memberi kefahaman dan penerangan yang lebih bermakna kepada murid.

(b) PenyerapanDalam konteks KBSR, penyerapan bermaksud sebagai proses menyatupadukan isi pengetahuan daripada mata pelajaran untuk dijadikan isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Contohnya bahan atau kandungan isipelajaran daripada mata pelajaran lain seperti Matematik, Seni Pergerakan, Sains, Pendidikan Muzik, Seni Visual atau Kajian Tempatan yang digunakan sebagai isi kandungan dalam pelajaran Bahasa Malaysia. Penyerapan pengajaran dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti dan gerak kerja yang dijalankan oleh murid di sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran berjalan.

Bagi tema “Pengangkutan” yang dipilih terdapat beberapa aktiviti integrasi mata pelajaran lain yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran antaranya ialah dengan menayangkan jenis-jenis pengangkutan yang terdapat di negara kita serta beberapa penerangan tentang pengangkutan tersebut. Selepas itu murid diminta melakukan beberapa aktiviti.

Pergerakan : (a) cara memandu kereta atau kapal terbang(b) menunggang motosikal(c) mengayuh perahu

Seni Visual : (a) membuat model kenderaan(b) mewarna gambar

Pendidikan Muzik : (a) membunyikan bunyi kenderaan(b) menyanyikan lagu yang ada kaitan dengan kenderaan.

Selain daripada itu murid-murid juga diminta untuk membandingkan saiz kenderaan (Matematik), menyatakan kebaikan dan keburukan yang terdapat dalam perkembangan pengangkutan (Sains), dan menerang secara ringkas tentang sejarah pengangkutan (Kajian Tempatan)

Di dalam aktiviti pengintegrasian ini kemahiran utama yang diajar kepada murid-murid ialah kemahiran:Lisan - menyoal untuk mendapatkan maklumat- bercerita secara ringkas tentang kenderaan/pengangkutanBacaan - membaca petikan yang disediakan- mencari maklumat yang terdapat dalam multimediaTulisan - menulis maklumat- menjawab soalan

C. iii : Bagaimana aktiviti ini boleh membantu murid dalam pembelajaran?

Page 17: Kreativiti Seni Dalam Pendidikan

Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk memastikan murid-muridnya dapat mengikuti dan seterusnya dapat menerima isi pengajaran yang disampaikan dengan semaksima mungkin. Maka dengan itu aktiviti yang dirancangkan dalam pembelajaran murid menjurus kepada sesuatu yang boleh mencabar tahap kebolehan mereka. Aktiviti seperti pergerakan dilakukan supaya kanak-kanak akan mendapat lebih kefahaman tentang asas-asas pergerakan seperti penggunaan ruang, masa, imbangan berat badan dan daya. Semasa melakukan aktiviti tersebut kanak-kanak akan dapat memperkembangkan konsep pembentukan kendiri dari segi emosi sosial, fizikal, rohani dan nilai-nilai murni. Dengan adanya aktiviti ini perkembangan psikomotor murid menjadi lebih meningkat dan sekaligus membantu mereka menggunakan kesemua deria yang ada pada mereka untuk memudahkan penerimaan ilmu pengetahuan.

Untuk aktiviti yang berkaitan dengan Seni Visual, murid-murid membuat model kenderaan dan mewarna hasil kerja mereka. Aktiviti ini dapat mengembangkan daya imaginasi murid-murid dan penajaman daya intuisi mereka. Murid-murid juga dapat berinteraksi dengan bebas sesama rakan sebaya. Mereka mencari pengetahuan dan memanipulasi benda-benda menjadi sesuatu yang boleh dijadikan alat permainan mereka. Murid-murid juga akan dapat mewujudkan suasana yang dinamik dan interaktif dalam proses pembelajaran meraka. Dalam aktiviti nyanyian guru dapat membimbing murid kemahiran lisan mereka. Ia juga dapat membantu murid meluahkan perasaan berlandaskan pengetahuan dan pengalaman verbal dan bukan verbal samada berbentuk pergerakan, imej visual, prop, bunyi dan muzik berasaskan tema yang diberi. Ini menjadikan murid-murid lebih berkeyakinan dan pembelajaran lebih menyeronokkan.

Dapatlah disimpulkan bahawa aktiviti-aktiviti integrasi dalam pengajaran adalah sebagai pengukuhan kepada kemahiran yang diperolehi daripada mata pelajaran lain dapat membantu penguasaan kemahiran fokus yang dikehendaki dalam objektif pengajaran dan pembelajaran dan menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan individu secara seimbang, harmonis dan bersepadu.

C. IV Penggunaan Bahan Dalam Proses Pengajaran

Pemilihan bahan pengajaran juga adalah sebahagian dari tugas guru dalam merancang pengajarannya. Penggunaan bahan bantu mengajar mengajar adalah sangat penting kerana ianya dapat membantu murid lebih memahami dan apa yang mereka fahami itu akan kekal dalam ingatan mereka. Secara umum, bahan bermakna apa sahaja yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran antaranya termasuklah pengetahuan dan nilai-nilai murni. Bahan juga boleh dikategorikan sebagai media pendidikan. Kesemua alat dan bahan, jika digunakan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan akan dapat merangsang dan mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif dan berkesan. Ia juga penting sebagai media komunikasi, sumber

Page 18: Kreativiti Seni Dalam Pendidikan

pengalaman dan unsure yang boleh mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran. Bahan-bahan yang digunakan dalam pengajaran ini ialah:-

Bil Bahan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran1 Bahan elektronik- komputer, tayangan klip video, Internet Penerangan semasa set induksi.Mencari maklumat2 Bahan bukan elektronik- carta gambar- lembaran kerja- teka silangkata- surat khabar lama Mencari maklumat tentang pengangkutanAktiviti pengayaanAktiviti melukis dan mewarna gambar

3 Bahan maujud- kereta, motosikal dan basikal

Membina ayat dan kemahiran membaca dan menulis.

Rajah 3 : Bahan pengajaran dan pembelajaran

Dalam pengajaran bertema yang dicadangkan ini bahan pengajaran yang digunakan ialah klip video yang ditayangkan menggunakan komputer dan LCD. Maklumat-maklumat pengajaran disampaikan melalui tayangan berkenaan keadaan sebenar serta peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengan pengangkutan di negara kita. Tujuannya ialah supaya murid-murid mendapat maklumat yang lebih jelas jika diterangkan dengan contoh-contoh yang memerlukan bahan audio dan visual. Contohnya;

1) menerangkan jenis-jenis pengangkutan (air, udara dan darat)2) menunjuk dan membezakan kepantasan pergerakkan kenderaan3) menerangkan bunyi kenderaan4) menerangkan bentuk-bentuk kenderaan

Penerangan guru dengan diiringi bahan-bahan tersebut dapat memperkembangkan corak pemikiran murid serta membantu mereka memahami sesuatu dengan jelas. Internet juga digunakan sebagai pendedahan dunia IT kepada murid. Guru membimbing murid meneroka alam maya untuk mencari maklumat. Peluang ini akan dapat menimbulkan rasa ingin tahu murid

Penggunaan bahan-bahan pengajaran seperti yang terdapat dalam Rajah 3 di atas dapat membantu murid meneroka dan mengaitkan pengetahuan dengan pengalaman dan pembelajaran dari mata pelajaran lain seperti Sains

Page 19: Kreativiti Seni Dalam Pendidikan

dan kajian Tempatan. Di samping itu ia juga dapat memupuk nilai-nilai murni dan pemikiran positif murid-murid.

Rujukan:

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Seni Visual 2000. Kuala Lumpur.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1992). Pengurusan Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Omar Zakaria, Shaifol Bahary dan Hassan Ahmad. (2006). HBEF2303 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.

Salmah Ayob. (1993). Aktiviti-aktiviti Pergerakan Kreatif Panduan Pengajar. Petaling Jaya: Flo Enterprise Sdn. Bhd.

Salmah Ayob. (1996). Strategi, Teknik dan Perancangan Pendidikan Pergerakan. Petaling Jaya: Flo Enterprise Sdn. Bhd.

Zulkifli Yaakop, Mohd Jamal Ismail. (2007). HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.