matlamat seni dalam pendidikan

Upload: mitsuzaka-mitsuka

Post on 03-Apr-2018

421 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Matlamat Seni Dalam Pendidikan

    1/26

    Matlamat Seni Dalam Pendidikan

    Matlamat mata pelajaran ini adalah bertujuan untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia

    yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan

    inventif.Selain itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan,

    menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapatmenyumbangkan ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara.Seni dalam penidikan

    ini juga mengintegrasikan tiga kompenan yang mampu melengkapkan pembinaan otak kanan dan

    otak kiri. Ia bertitik tolak daripada pengintergrasian inilah perkembangan menyeuruh dari segi

    jasmani , emosi, rohani dan intelek akan berlaku

  • 7/28/2019 Matlamat Seni Dalam Pendidikan

    2/26

    Pengenalan Konsep Seni Dalam Pendidkan

    Seni dalam pendidikan memainkan peranan penting ke arah perkembangan kanak melalui

    peningkatan daya persepsi,estetika dan kreativitinya. Matlamatnya ialah untuk melahirkan individu

    yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif,inovatif,inventif dan

    mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga jenis seni yang terdiri seni visual,seni muzik danseni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang holistik.

    Terdapat beberapa tokoh yang member pandangan yang menyokong bahawa Seni Dalam Pendidikan

    memberi manfaat dari segi jangka panjang. Berikut merupakan pandangan daripada tokoh-tokoh :

    Teori konstruktivisme - kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif. Seni Dalam Pendidikan

    boleh dijadikan sebagai wadah untuk membolehkan murid mengekspresikan idea secara bebas dan

    kreatif.

    Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner terdapat tujuh jenis kecerdasan yang

    seharusnya disuburkan. Pengabungan kesuburan dapat menangani masalah penyuburan kecerdasan

    minda kanak-kanak dapat menjana kecerdasan minda murid dengan lebih menyeluruh.Howard

    Gardener (1983) pendekatan yang berintegrasi terhadap pelbagai jenis kecerdasan memudahkan

    penerimaan pemikiran murid kepada yang lebih kreatif.

    Hermann (1991) didalam Quadrant Concept yang menkaji perkembangan otak kanan dan kiri

    menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intuitif seseorang individu.

    Einstein pula mencadangkan agar bidang sains yang bermatlamatkan untuk memahami deria

    manusia dimantapkan untuk pendidkan kanak-kanak. Gabungan dari pelbagai penidikan kanak-

    kanak. Gabungan dari pelbagai kecerdasan perlu diamalkan seperti kemahiran muzik,kecerdasanyang berkaitan dengan kecerdasan intutif,personal dan intrapersonal,praktik dan estetika, holistic

    dan analitik,emosional dan fizikal dan intelektual.

    Leonardo da Vinci merupakan model manusia dalam kajian Seni Dalam Pendidikan. Beliau adalah

    seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis. Beliau menggabungkan bidang-bidang ilmu tersebut

    untuk membentuk keunggulan diri dalam kehidupan.

    Seni Dalam Pendidikan akan menjadikan mata pelajaran yang dipelajari oleh murid di sekolah

    menjadi lebih seronok. Selain itu ia membantu guru itu sendiri untuk memahami diri sendiri.

    Kemudian ia juga membantu perkembangan intelek terutamanya dari aspek menyelesaikan masalah.Selain itu ia juga memotivasikan guru untuk menjadi lebih kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti yang

    seimbang, berketrampilan dan professional. Kemudian ia juga membantu perkembangan insane

    secara seimbang dan menyeluruh

  • 7/28/2019 Matlamat Seni Dalam Pendidikan

    3/26

    Seni Dalam Pendidikan

    Pendidikan Seni Visual menjurus kepada seni tampak dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni

    muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri.Seni Dalam Pendidkan lebih menegaskan

    kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan.

    Proses ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi,persepsi, imaginasi dan konsepsi guru. Dengan ini, guru diharapkan dapat mengamalkannya.Seni

    Dalam Pendidikan merangkumi perkara yang berkaitan dengan seni , muzik dan pergerakan. Guru

    dilatih untuk melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih luas sama ada daripada aspek estetik

    mahupun gunaan. Melalui kefahaman aspek guru dapat menerapkan penghayatan dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran.Selain itu guru juga didedahkan dengan ilmu seni visual, muzik dan

    pendidkan jasmani yang berkaitan dengan bidang tertentu dan juga dapat menerapkan budaya

    menghargai serta dapat mengaplikasikan ilmu yang diperolehi sewaktu proses pengajaran dan

    pembelajaran dalam kelas.

    http://zul9990.blogspot.com/

    http://zul9990.blogspot.com/http://zul9990.blogspot.com/http://zul9990.blogspot.com/
  • 7/28/2019 Matlamat Seni Dalam Pendidikan

    4/26

    Seni dalam pendidikan

    Pendidikan Seni Visual menjurus kepada seni tampak dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni

    muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri.

    Seni Dalam Pendidkan lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan

    aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetika dan daya

    kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi guru. Dengan ini,

    guru diharapkan dapat mengamalkannya.

    Seni Dalam Pendidikan merangkumi perkara yang berkaitan dengan seni , muzik dan pergerakan.

    Guru dilatih untuk melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih luas sama ada daripada aspek

    estetik mahupun gunaan. Melalui kefahaman aspek guru dapat menerapkan penghayatan dalamproses pengajaran dan pembelajaran.

    Selain itu guru juga didedahkan dengan ilmu seni visual, muzik dan pendidkan jasmani yang berkaitan

    dengan bidang tertentu dan juga dapat menerapkan budaya menghargai serta dapat

    mengaplikasikan ilmu yang diperolehi sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

    http://notapismp.blogspot.com/2010/09/seni-dalam-pendidikan.html

    http://notapismp.blogspot.com/2010/09/seni-dalam-pendidikan.htmlhttp://notapismp.blogspot.com/2010/09/seni-dalam-pendidikan.htmlhttp://notapismp.blogspot.com/2010/09/seni-dalam-pendidikan.html
  • 7/28/2019 Matlamat Seni Dalam Pendidikan

    5/26

    SENI DALAM PENDIDIKAN

    1.0 Pengenalan

    Mengikut Kamus Dewan Edisi baru, seni didefinisikan sebagai karya ( sajak, lukisan, muzik dan lain-

    lain ) yang diciptakan dengan bakat, kebolehan mencipta sesuatu yang indah. Secara tidak langsung

    mengakui bahawa untuk menghasilkan sesuatu produk seni, bakat, kebolehan dan penghayatan

    serta pemahaman yang jitu amat penting. Kebolehan adalah sesuatu yang mampu dipelajari dan

    dibentuk manakala bakat pula adalah sesuatu yang berdiri dengan sendiri hasil daripada kurniaan

    Ilahi. Kedua-dua ini saling berkait rapat di dalam menghasilkan sesuatu produk seni yang mempunyai

    nilai estetika yang tinggi.

    Dipandang daripada sudut agama, Imam Muslim melalui penulisan kitabnya, Kitab Al- Iman,

    menjelaskan tentang kesenangan estetik dan konsep keindahan sebagai pertemuan antara seseorang

    yang mempunyai pengetahuan terhadap mesej atau objek yang ditemui. Dalam erti kata lain, Muslim

    menjelaskan seni itu sebagai suatu bentuk ilmu ( pengetahuan ) di mana seseorang yang mempunyai

    ilmu ataupun pengetahuan seni tersebut akan mencipta serta melahirkan manifestasi pemikiran dan

    perasaannya terhadap sesuatu objek yang dihayatinya melalui karya-karya seni, ataupun setidak-

    tidaknya akan menghargai keindahan objek serta karya tersebut, sekiranya tidak mampu

    menghasilkan karya seni. Ini adalah kerana seni itu sendiri mempunyai pertalian erat di antara

    penggiat dan khalayak seni itu sendiri.

    Menurut Herbert Read ( buku, The Meaning of Arts ) pula seni adalah penghasilan rupa bentuk yang

    menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik ( Art is Expression ). Kesenangan

    estetik di sini adalah merujuk kepada konsep kesenangan yang terhasil kesan oleh penghayatan

    terhadap keindahan seni visual. Kepuasan, kenikmatan, kesukaan dan kegembiraan juga termasuk di

    dalam kesenangan ini.

    2.0 Aplikasi seni dalam pendidikan

    Seni merupakan sesuatu yang subjektif untuk digambarkan. Seni itu indah dan halus. Seni bukan

    sahaja diaplikasikan dalam satu bidang tetapi dalam beberapa bidang seperti seni suara, seni tari dan

    seni lakon. Kesemua seni yang dinyatakan tadi merupakan seni yang memerlukan pergerakan, suara,

    dan ekspresi dalam melahirkan sesuatu yang indah dari dalam diri kita. Seni juga diaplikasikan dalam

    pengajaran. Pengajaran memerlukan pemahaman dan pemahaman memerlukan tarikan yang

    menarik dan kreatif. Seni yang disematkan dalam setiap pengajaran haruslah memberi satu nilai

    dalam jangka masa yang panjang dan memberi impak yang positif untuk seseorang individu.

  • 7/28/2019 Matlamat Seni Dalam Pendidikan

    6/26

    Seni adalah hasil daripada kreatif dan kritis dari pemikiran seseorang manusia yang diolah secara

    halus dan sederhana. (Pahlawi Web Al. Mei 2007). Kenyataan tadi mendefinisikan seni sebagai satu

    pergerakan yang dinamik dan pemikiran logik manusia yang diwujudkan melalui ketekunan dan

    kehalusan budi yang ditentukan oleh ilmu, moral, dan ketakwaan manusia terhadap sang pencipta.

    Seni juga merupakan satu disiplin ilmu yang bersama-sama terbentuk dalam mencapai kedewasaan

    akhlak dan tabiat seseorang muslimseperti jujur, rajin , taqwa serta sabar. Apabila dasar

    pembelajaran seni ini diterapkan, pembelajaran menjadi lebih lengkap dari pelbagai aspek.

    Seni dalam pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan ianya menggabungkan tiga elemen

    penting. Elemen-elemen tersebut ialah seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik. Dalam seni

    visual ianya lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan melibatkan penggunaan ruang dalam

    sesuatu aktiviti dan seni muzik pula lebih kepada interpretasi seseorang terhadap muzik yang

    didengari. Warna merupakan elemen yang penting dalam kehidupan. Tanpa warna kehidupan akan

    menjadi tidak bermakna. Semestinya, kehidupan akan menjadi bosan dan tidak menarik. Warna jugaturut digunakan dalam seni dalam pendidikan iaitu dalam komponen Pendidikan Seni Visual. Warna

    memainkan peranan yang penting dalam menggambarkan sesebuah kebudayaan, emosi. dan

    maksud dalam karya seni visual.

    Irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Irama dapat dinyatakan sebagai rentak

    yang berlaku secara berulang. Sesuatu irama itu boleh dinikmati sewaktu kita mendengar muzik.

    Irama yang menarik dalam sesuatu muzik akan mempengaruhi seseorang untuk mendengar muzik

    tersebut berulang kali. Dalam kehidupan kita seharian, kita semestinya akan menemui pelbagaiirama. Sebagai contoh bunyi tapak kaki, bunyi degupan jantung, bunyi titisan air di sinki dan

    sebagainya. Semua ini merupakan irama yang wujud disekeliling kita tanpa kita sedari dan

    kebanyakan ianya berlaku setiap masa.. Dalam pendidikan seni, irama digambarkan sebagai sesuatu

    susunan corak yang berulang dan susunan sekata yang mewujudkan pergerakan.

    Kanak-kanak akan mula memahami sesuatu kemahiran yang berbentuk irama sewaktu mereka

    melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan, menari, melukis corak dan

    sebagainya. Sebenarnya irama dapat meransang minda kanak-kanak untuk memberikan tumpuan

    apa yang sedang dilakukan. Tanpa kehadiran muzik, sudah semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi

    hambar dan murid akan merasa cepat bosan. Selain itu, kehadiran Irama dalam aktiviti yang

    dilakukan secara tidak langsung menarik minat kanak-kanak untuk menyertai sesuatu aktviti dengan

    lebih seronok dan bersemangat. Kanak-kanak akan merasa lebih seronok melakukan aktviti seperti

    melompat sambil mengikut irama muzik.

    Irama yang diaplikasikan dalam pengajaran akan menjadikan pelajar banyak melakukan pergerakan

    dan secara tidak langsung, elemen yang ketiga dipenuhi. Elemen-elemen seni dalam pengajaran ini

    menjadi satu hubung kait yang kukuh dalam menjadikan pengajaran lebih efektif dan kreatif. Kanak-

    kanak akan menjadi lebih terdorong untuk memahami sesuatu perkara secara seronok.

  • 7/28/2019 Matlamat Seni Dalam Pendidikan

    7/26

    Kesimpulannya, guru perlu mengambil langkah dalam memanipulasikan elemen seni dalam

    pengajaran supaya pengajaran mereka akan menjadi lebih berkesan.

    Menurut Kenneth M.Lansing ( 1973 ) dalam bukunya Art, Artist dan Art Education menyatakanbahawa aktviti pendidikan seni yang wujud boleh berfungsi sebagai satu cabang komunikasi.

    Kebolehan guru dalam menyampaikan pengajaran dan menggunakan kaedah yang betul akan dapat

    memenuhi keperluan. Selain itu, guru perlulah memahami dan menghayati kurikulum dan menguasai

    Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kemahiran guru dalam mengolah sukatan pelajaran

    dengan menumpukan kepada perkembangan pengetahuan dan peningkatan kemahiran tertentu

    dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik yang sesuai. Seni Dalam Pendidikan

    sebenarnya memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam sekeliling mereka, yakni

    apa yang mereka lihat, sentuh,bergerak dan berfikir dalam setiap aktviti pembelajaran yang mereka

    lakukan. Melalui cara ini, secara tidak langsung, ia mengajar murid untuk menguruskan sumber

    imaginasi, kreativiti, pemikiran, serta emosi dengan lebih efektif dan proaktif.

    3.0 Kepentingan seni dalam pendidikan kepada pendidik

    Seni dalam pendidikan adalah untuk membantu perkembangan menyeluruh danseimbang setiap

    insan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selari denganFalsafah Pendidikan Negara. Seni

    dalam pendidikan bermatlamat untuk menyediakan guru permulaan sekolah rendah dengan

    pengetahuan dan kemahiran untuk mengintergrasikan aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakandalam proses pengajaran dan pembelajaran pelbagai bidang matapelajaran lain. Melalui aktiviti ini,

    ianya akan dapat mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan

    pelbagai. Integrasi seni dalam pendidikan akan mambantu dan memudahkan lagi guru dalam

    melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan teori-teori

    pembelajaran dalam proses tersebut terutama di sekolah rendah. Di antara faedah dan kepentingan

    seni kepada seorang pendidik seperti:

    1) Melahirkan guru yang kreatif, inovatif, peka, berpesonalti yang berketrampilan dan professional.

    Menurut Leonardo da Vinci iaitu seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis menyatakan

    bahawa dengan penghayatan seni yang betul, ianya akan memotivasikan kita untuk menjadi seorang

    guru yang kreatif, inovatif, peka,berpesonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional. Guru

    yang kreatif dan inovatif mampu menarik perhatian atau tumpuan pelajar untuk belajar dengan lebih

    yakin dan berkesan. Contohnya melalui aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan, guru dapat

    membantu murid-muridnya melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran dan mendorong kanak-

    kanak menggunakan imaginasi, eksperesi, inkuiri dan kecerdasan kepada murid-murid dan ini akan

    lebih menyeronokkan murid-murid tersebut.

  • 7/28/2019 Matlamat Seni Dalam Pendidikan

    8/26

    2) Membantu guru melaksanakan dengan mudah proses pengajaran dan pembelajaran.

    Seni membantu para guru dalam memahami diri dan persekitaran. Aktiviti seni visual, muzik dan

    pergerakan memudahkan proses menghubungkait semua benda dalam alam ini. Dengan demikian,

    seni dapat membantu untuk mengaktifkan proses pembelajaran dan perpindahan pembelajaran.

    3) Guru senang mencapai objektif atau matlamat.

    Integrasi seni visual, muzik dan pergerakan dengan pelajaran yang lain membantu dalam

    mengimbangkan perkembangan otak kiri dan kanan. QuadrantConcept (1991) oleh Hermann

    menunjukkan perkembangan otak kiri dan kanan,menyatakan bahawa seni membantu pemikiran

    yang rasional dan intuitif seseorang terutama untuk guru agar mereka dapat menjalankan proses

    pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Justeru itu, dengan pengetahuan tentang

    keistimewaan seni, guru senang mencapai objektif dan matlamat dalam pengajaran dan

    pembelajaran.

    4) Guru dapat mempelbagaikan teknik dan strategi dalam pangajaran dan pembelajaran.

    Dalam Teori Kecergasan Manusia, Gardner (1983) mengesyorkan bahawa terdapat tujuh jenis

    kecergasan tetapi kebanyakkan sekolah memberi penekanan kecergasan linguistik dan matematik

    sahaja.Kecergasan lain mungkin akan hilang.Teori ini menyokong seni perlu diberi peranan yang

    penting dalam kurikulum, ini kerana manusia memperolehi pengetahuan melalui pelbagai

    kecergasan dan juga melalui perbagai teknik pengajaran. Oleh itu, guru hendaklah menggunakanpelbagai teknik dan strategi serta kelebihan diri untuk menggalakkan murid mencapai objektif kendiri

    dalam melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan Seni menyarankan strategi

    pembelajaran yang bersepadu. Dalam setiap kegiatan seni perkara seperti pemupukan nilai dan

    pemahaman unsur seni dihubungkaitkan dengan kemahiran asas seni. Cara bekerja yang teratur,

    cermat dan selamat dalam proses membuat sentiasa ditegaskan

    3.0 Faedah yang diperolehi melalui pembelajaran Seni Dalam Pendidikan ialah:-

    1) Pengalaman optima melalui seni membawa kepada keyakinan diri dan kemahiran belajar.

    Selaras dengan sains dan teknologi, Seni Dalam Pendidikan dapat membantu membina keupayaan

    bagi menangani perubahan pesat yang sedang berlaku pada hari ini. Pengalaman yang diperolehi

    melalui seni sememangnya dapat mempengaruhi kehidupan kita. Contohnya, dari segi warna yang

    kita suka dan warna baju yang kita pakai. Warna yang lembut, terang ataupun gelap dapat

    mempengaruhi emosi dan tindakan kita terhadap sesuatu perkara atau tindakan. Apabila kita

    menggunakan pilihan warna yang lembut, ianya dapat member ikeyakinan dalam diri kita. Keyakinan

    akan membuka minda untuk mendapatkan kemahiran yang kita pelajari.

  • 7/28/2019 Matlamat Seni Dalam Pendidikan

    9/26

    2) Memperkembangkan kemahiran meneroka, pengalaman dan ekspresi.

    Pengetahuan tentang teori-teori kesenian dapat membantu kita mengembangkan lagi tahap

    kemahiran yang sedia ada. Pengaplikasian teori dalam pembelajaran dapat membantu kita

    memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, warna boleh menggambarkan

    peribadi dan tingkah laku seseorang individu.Justeru itu, kemahiran meramal tingkah laku akan dapatdikenalpasti.

    3) Menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.

    Kreativiti semulajadi akan meransang proses pembelajaran. Ini menjurus kepada keperluan

    masyarakat yang kompleks dan kompetitif.Seni banyak dihubungkaitkan dengan personaliti, sosial,

    ekonomi dan kebudayaan. Oleh itu, seni mampu mempengaruhi kita dalam membina sikap,

    keperibadian dan kemahiran intelektual mengikut kesesuaian masyarakat masa kini. Seni dapat

    memupuk displin diri,mengukuhkan esteem kendiri dan menggalakkan kemahiran berfikir dalam

    proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan berterusan dan menyeluruh. Inilahyang dikatakan seni yang dapat menggalakan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.

    4) Belajar cara belajar-aplikasi informasi secara berkesan.

    Integrasi seni dengan pelajaran lain melengkapkan lagi perkembangan otak kiri dan otak kanan, pada

    masa yang sama kanak-kanak belajar secara aktif dan menyeronokkan. Melalui seni, kita dapat

    mempelajari cara orang lain berfikir, bekerja dan mengekspresi kendiri. Justeru itu, seni dapat

    mempengaruhi kita untuk membuat keputusan dalam pelbagai situasi. Pemerolehan ilmu seni dapat

    mambantu kita belajar dengan lebih menyeronokkan dan mampu mengembangkan potensi individu

    dalam meneroka, hubungkait idea dengan objek dan di antara pemikiran dengan perlakuan kita.

    5) Penghubungkait, gerak hati, celik akal dan kecergasan Lateral Leaps

    Bidang seni pendidikan menjurus kepada pengetahuan yang berupaya meningkatkan kebolehan

    dalam memahami dengan gerak hati, membuat taakulan,berimaginasi dan kepantasan dalam

    membentuk ekspresi dan komunikasi. Seni juga adalah penghubungkait anatara kecergasan otak dan

    kesan tindakan seseorang. Ianya memberi keupayaan dalam kemahiran berfikir seperti

    menyelesaikan masalah, membuat analisis, sintaksis dan penilaian melalui perasaan, ekspresi dan

    imaginasi

    5.0 Kesimpulan

    Secara kesimpulannya, seni dalam pendidikan adalah sangat penting dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran. Hal ini kerana, pengajaran seni dalam pendidikan dapat memupuk minat pelajar serta

    menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menyeronokkan dan tidak lagi membosankan. Oleh

    itu, guru harus mengaplikasikan seni dalam pengajaran untuk memastikan penyampaian pengajaran

    guru tersebut dapat merangsang kearah pembelajaran yang berkesan. Di samping dapat

    mengalakkan pelajar bergerak aktif ketika proses P&P ini berlangsung kerana tertarik dengan kaedah

    yang digunakan ini.

  • 7/28/2019 Matlamat Seni Dalam Pendidikan

    10/26

    Artikel-artikel Seni

    Artikel 1

    Kesan-Kesan Positif Semasa Mengikuti Mata Pelajaran Seni Dalam Pendidikan

    Mengikut Dr. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2006), asas pendidikan dirujuk sebagai 3 R iaitu

    membaca, menulis dan mengira.Penggunaan huruf Radalah satu kata yang sesuai digunakan dalam

    Bahasa Inggeris tetapi mungkin tidak dalam Bahasa Melayu. Namun begitu, sama ada kata-kata itu

    sesuai atau tidak, tujuannya tetap sama: seni perlu dijadikan R keempat atau literasi asas selain

    membaca, menulis dan mengira. Ini kerana, Seni Dalam Pendidikan memainkan peranan yangpenting dalam proses pembelajaran dan pengajaran.Terdapat 3 bidang utama dalam mata pelajaran

    ini iaitu Seni Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan. Antara kesan-kesan positif semasa mengikuti

    Mata Pelajaran Seni Dalam Pendidikan ialah:

    (i) Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Menjadi Lebih Seronok.

    Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalin pelbagai unsur seni dan berbeza dari kaedah

    pengajaran tradisional yang hanya menggunakan kapur dan papan tulis sebagai media dalam

    penyampaian maklumat murid berasa lebih seronok. Selain itu, murid akan berasa lebih selesa dan

    lebih mudah untuk memahami sesuatu tajuk yang diajar. Contohnya,kaedah belajar secara bermain

    dapat membina dan menjalinkan perhubungansosial sesama murid. Selain itu, perhubungan sesama

    murid juga dapat bertambah mesra dan dapat bekerjasama melalui aktiviti-aktiviti permainan secara

    kumpulan. Ini turut membantu dalam penyemaian nilai-nilai murni didalam diri dan meningkatkan

    motivasi untuk mengikuti proses pembelajaran.

    (ii) Memupuk Nilai Kerjasama

    Secara semulajadi, kebanyakan aktiviti Seni Dalam Pendidikan tidak dapat mengelakkan murid-murid

    daripada terlibat dalam kegiatan yang berunsur kerjasama. Aktiviti berkelompok menuntut setiap

    individu bergerak dan berinteraksi secara bekerjasama untuk mencapai kejayaan bersama . Aksi-aksi

    yang terdapat dalam Seni Dalam Pendidikan merangkumi aktiviti seni visual,muzik dan pergerakan

    mempunyai titik tolak interaksi sosial yang terjalin melalui deria sentuh. Komunikasi deria sentuh ini

    mempunyai asas yang boleh menjalin perhubungan sesama manusia yang membawa kepada konsep

    perpaduan.

  • 7/28/2019 Matlamat Seni Dalam Pendidikan

    11/26

    (iii) Memenuhi Keperluan Sosial Yang Asas

    Apabila semua murid berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan minat dan kebolehan

    mereka, maka akan terbentuk satu situasi ideal yang dapat memenuhi kedua-dua matlamat sosial

    iaitu rasa ketermilikan dan keinginan diterima sebagai anggota kelompok. Murid-murid mahukan

    dirinya diterima sebagai anggota sebuah kelompok dan pada masa yang sama memerlukan kasih

    sayang. Dalam kegiatan Seni Dalam Pendidikan, keperluan untuk belaian sekurang-kurangnya

    dipenuhi melalui pujian dan galakan yang diberi sebaik sahaja mereka memersembahkan aktiviti

    yang menarik. Perhubungan mesra antara murid dengan murid dapat mewujudkan suasana yang

    harmonis dan menyebabkan murid merasakan bahawa guru dan rakan-rakan prihatin terhadap

    dirinya dan menghargai bakat yang dimiliki.

    (iv) Murid berpeluang untuk menjalani proses penerokaan semasa dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran.

    Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), penerokaan dapat ditakrifkan sebagai penyelidikan yang

    bertujuan untuk mengetahui sesuatu yang belum diketahui. Penerokaan dapat dilaksanakan dengan

    cara menjelajah. Namun begitu, proses ini memerlukan pelbagai bahan dan kaedah. Pengalaman

    meneroka juga merupakan sesuatu situasi pembelajaran. Meneroka dijalankan dengan membuateksperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan. Penerokaan terbahagi

    kepada tiga kategori iaitu alat dan bahan, cara pengolahan dan manipulasi serta idea dan isi

    kandungan.

    (v) Luahan Perasaan Dan Aras Keyakinan Yang Tinggi.

    Perasaan merupakan reaksi badan terhadap rangsangan yang diterima sama ada ia bersedia atautidak. Di samping itu, perasaan juga mungkin dapat memberikan sumber manfaat dan kerugian

    kepada seseorang. Guru boleh mengagak perasaan sebenar murid melalui tingkah laku yang

    dipamerkan. Murid yang menyertai aktiviti-aktiviti seperti permainan boleh mewujudkan suasana

    keriangan, bebas daripada tekanan emosi dan membina kecekalan dalam menghadapi persaingan

    dan cabaran. Individu yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dapat melakukan aktiviti tanpa rasa

    segan atau bimbang mengenai pandangan orang lain terhadap dirinya. Oleh itu, setiap aktiviti yang

    dilakukan perlulah ada keyakinan supaya dapat menjamin keberkesanannya.

    Kesimpulan

  • 7/28/2019 Matlamat Seni Dalam Pendidikan

    12/26

    Kesimpulannya, kesemua bidang Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual,muzik dan pergerakan perlu

    diintegrasikan kerana ketiga-tiga subjek ini mempunyai motif dan tujuan yang sama. Pengintegrasian

    ini akan memperkukuhkan dan memantapkan lagi kefahaman pelajar tentang tajuk-tajuk yang diajar.

    Artikel 2

    Aplikasi Seni Dalam Pendidikan

    Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan.

    Penggunaan seni dalam pendidikan ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu

    melalui penajaman intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Guru akan memberi peluang

    kepada murid untuk menjalankan aktiviti seperti meneroka, mengalami dan mengekspresi citarasa

    pancaindera. Selain itu, murid juga diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, seni

    muzik dan seni pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi untuk

    mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.

    Pada masa ini Pendidikan Seni Visual telah dimartabatkan sepenuhnya sebagai subjek yang

    berperanan besar dalam pengajaran dan pembelajaran kerana subjek ini merentasi kurikulum dalam

    subjek-subjek lain. Dalam pengajaran guru, Pendidikan Seni Visual menjadi asas alat bantu mengajar

    yang baik melalui penampilan grafik yang efisyen, pemilihan warna harmoni,dan reka bentuk maujud

    yang cantik. Di kalangan pelajar, Pendidikan Seni Visual menjadi subjek penting untuk berkreativiti

    bagi melahirkan insanyang celik seni dan berbudaya.

    Cara dan peranan guru dan murid dalam melaksanakan penghububungkaitan tersebut dalam

    pengajaran dan pembelajaran.

    Penghubungkaitan dan pautan di dalam mata pelajaran ini boleh disamakan dengan program-

    program antara disiplin-disiplin yang terdapat di dalam mata pelajaran yang lain. Ia boleh dilakukan

    dengan beberapa cara seperti menghubungkait pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran, Proses

    penghubungkaitan pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran adalah brfokuskan kepada matlamat

    terakhirnya. Untuk itu proses ini akan berbentuk satu lingkaran atau bulatan dan antara setiap mata

    pelajaran itu saling berkait untuk mencapai satu matlamat. Selain itu ialah menghubungkait

  • 7/28/2019 Matlamat Seni Dalam Pendidikan

    13/26

    kemahiran dalam berbagai mata pelajaran.Dengan adanya penghubungkaitan kemahiran dalam

    berbagai mata pelajaran akan dapat mengubung kait sesuatu yang dipelajari dengan keadaan

    kehidupan yang sebenar.

    Penghubungkaitan ini berperanan sebagai satu strategi dan kaedah pendidikan untuk membantu

    melahirkan pembelajaran dan persekitaran yang menyelitkan unsur-unsur sosial agar dapat

    membentuk nilai murni sepeti menghormati, menggalakkan sikap kepimpinan yang terpuji,

    berinisiatif dalam menjalankan tugasan yang diberi oleh guru dan bersikap inovasi dalam

    melaksanakan satu-satu aktiviti dan kemahiran serta dapat merangsang setiap pelajar untuk

    mencapai kecemerlangan dari segala sudut baik akademik mahu pun kokurikulum. Ia secara tidak

    langsung akan mengaitkan mata pelajaran seperti sejarah, sains dan teknologi, kajian sosial, bahasa

    dan fizikal dan pembangunan sosial, meletakkan keseluruhan kurikulum kedalam konteks kehidupan

    yang sebenar.

    Setiap pelajar berhak memperolehi pengalaman berasaskan pendidikan yang pelbagai bentuk walau

    pun mereka datang dari pelbagai latar belakang dan taraf sosio ekonomi yang berbeza dan

    mempunyai sebarang kekurangan. Untuk itu seni visual memainkan peranan yang penting dalam

    pendidikan keseluruhan dan pembangunan minda pelajar. Sebagai seorang guru peranan yang perlu

    dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk merancang sesuatu pengajaran dan

    pembelajaran menjadi lebih sistematik. Untuk mencapai matlamat ini, guru perlulah merancang

    topik, objektif, isi, cara penyampaian dan penilaian yang bersesuaian dengan kebolehan sedia ada

    serta minat pelajar.

    Selain itu guru berperanan memberi motivasi kepada pelajar. Motivasi bermakna seni praktik

    menggunakan insentif dan membangkitkan minat untuk tujuan membuatkan pelajar menunjukkan

    prestasi dalam cara yang diingini. Pelajar adalah digalakkan untuk melibatkan diri dengan

    sepenuhnya dalam segala aktiviti yang diadakan di sekolah tanpa ada sebarang pengecualian.

    Dengan melibatkan diri secara aktif ianya secara tidak langsung dpat mempertingkatkan konsep

    kendiri iaitu dapat membuat penilaian, pandangan, tanggapan dan kepercayaan termasuk kekuatandan kelemahan diri sendiri.

    Pengukuhan merupakan satu cara guru untuk merangsang minda pelajar supaya akan menyebabkan

    pembelajaran pelajar meningkat maju atau terdapat peningkatan dalam tingkahlaku yang positif.

    Penyampaian pengukuhan ini juga dapat membentuk pelajar memperolehi pelbagai pengalaman

    serta pengetahuan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan itu menarik dan mencabar

    mereka.

  • 7/28/2019 Matlamat Seni Dalam Pendidikan

    14/26

    Salah satu contoh bidang mata pelajaran di sekolah rendah untuk digunakan dalam pengajaran yang

    menggunakan pendekatan bertema ialah :

    Mata Pelajaran : Sains Tahun Empat

    Tajuk : 3.1 Basic needs of Plants

    Tema : Persekitaran pokok.

    Jadi murid akan diperkenalkan tentang pokok-pokok yang terdapat dalam kawasan sekolah dengan

    cara membawa murid-murid melawat kawasan sekolah dan sebagainya. Selepas itu, murid diminta

    melakukan pergerakan berkaitan dengan pokok diiringi muzik yang dihasilkan dengan pelbagai alat

    muzik.

    Pergerakan : (a) Cara dahan-dahan bergerak semasa angin bertiup,

    (b) Memungut daun-daun yang gugur pada aras yang berbeza tinggi, rendah, berterbangan.

    Muzik : (a) Bunyi yang kuat --- pokok tumbang

    (b) Bunyi yang lembut --- daun gugur,angin bertiup

    Seni Visual : (a) Mewarna dan menggambarkan perasaan seperti gembira,marah dengan

    menggunakan sapuan berus dengan pelbagai warna.

    Pelajaran diteruskan dengan aktiviti-aktiviti lain seperti penerangan dalam kumpulan, sumbangsaran

    tentang aktiviti yang telah dibuat. Kesimpulan dari aktiviti-aktiviti itu secara tidak langsung akan

    dapat membantu untuk mengesan bahagian-bahagian pokok (Sains),

    mengeluarkan sati urutan bunyi berkaitan dengan persekitaran (muzik), menunjukkan perasaan

    melalui sapuan berus dengan warna yang berbeza-beza

    (seni visual) dan melakukan pergerakan lokomotor (pendidikan jasmani)

    Perkara penting yang terdapat pada tema yang dipilih;

    Tema Persekitaran : Pokok yang dipilih selain daripada mata pelajaran Sains, ia juga boleh digunakan

    kepada semua matapelajaran. Dalam mata pelajaran matematik, pelajar boleh menggunakan aktiviti

  • 7/28/2019 Matlamat Seni Dalam Pendidikan

    15/26

    mengira beberapa batang pokok dalam satu-satu tempat. Manakala dalam matapelajaran muzik,

    pelajar akan menyanyikan lagu pokok dan membuat pergerakan seperti pokok bergoyang, pokok

    tumbang dan sebagainya. Tema Pokok ini juga berkaitan dengan pengalaman dengan kehidupan diri

    pelajar. Ini akan memudahkan guru untuk membuat interaksi dan aktiviti seni dalam pendidikan

    dapat dijalankan dengan berkesan. Tema Pokok juga bersesuaian dengan keadaan situasi, masa dan

    peristiwa yang berlaku pada masa kini. Secara tidak langsung dapat memudahkan pelajar membuat

    perkaitan antara perkara yang diajar dengan kedaan situasi yang sebenar.

    Penyediaan kemudahan untuk memperolehi bahan dan sumber yang akan digunakan dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran mudah didapati di persekitaran sekolah. Tema yang dipilih dapat

    disampaikan dalam pengajaran dan pembelajaran mempunyai aktiviti dan langkah-langkah

    pengajaran dari yang mudah kepada yang lebih mencabar.

    Aktiviti pengintegrasian mata pelajaran yang boleh dijalankan dalam P&P

    a)Penggabungjalinan

    Bermaksud sebagai proses mengintegrasikan pelbagai bidang kemahiran bagi mewujudkan suatu

    pelajaran yang integratif dan menyeluruh. Melalui strategi penggabungjalinan ini berbagai-bagai

    kemahiran dalam sesuatu pelajaran disampaikan secara harmonidan bersepadu, sama ada dalam

    satu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran. Strategi penggabungjalinan kemahiran ini akanmelahirkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan bermakna serta menimbulkan

    suasana proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Penggunaan strategi ini

    membolehkan pelajar berpeluang menguasai beberapa kemahiran yang berkaitan dengan cara

    bersepadu.

    2)Penyerapan

    Penyerapan ialah proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan atau unsure isi pengetahuan

    daripada suatu mata pelajaran ain ke dalam isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar.Proses penyerapan lebih kepada unsure pengetahuan. Penyerapan merupakan proses

    mengintegrasikan unsur-unsur isi kandungan daripada dua atau lebih mata pelajaran dalam sesuatu

    pelajaran. Contohnya, daripada mata pelajaran sains guru akan mengambil petikan atau artikel sains

    bagi aktiviti bacaan dan kefahaman dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Dengan ini pelajar akan

    memperolehi ilmu pengetahuan sains semasa mempelajari kemahiran mata pelajaran Bahasa

    Melayu.

    3)Penerapan

  • 7/28/2019 Matlamat Seni Dalam Pendidikan

    16/26

    Konsep penerapan membawa maksud sebagai satu proses menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan

    kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Nilai-nilai yang dimaksudkan ialah nilai-nilai murni, nilai

    kewarganegaraan, nilai kemasyarakatan, nilai alam sekitar, nilai kemanusiaan, ketuhanan dan

    sebagainya.

    4)Pemulihan

    Pemulihan merupakan satu aktiviti yang secara khusus bertujuan untuk membantu pelajar yang

    mengalami masalah pembelajaran yang tertentu khususnya dalam kemahiran asas 3M. Aktiviti

    pemulihan pula merupakan aktiviti yang dirancangkan untuk membantu murid mengatasi masalah

    pembelajaran dari segi pengetahuan dan kemahiran.

    5)Pengayaan

    Aktiviti pemulihan adalah difokuskan kepada pelajar yang berpencapaian rendah atau lambat kadarpenerimaannya, oleh itu pengayaan adalah untuk pelajar yang pencapaiannya melebihi

    Kebaikan dan kelebihan. Antaranya :

    (a)Mempunyai kepelbagaian dan keseragaman aktiviti dalam bentuk unti-unit kerja. Apabila seni

    dalam pendidikan diintegrasikan di dalam unit-unit kerja, maka bertambahlah peluang pelajar untuk

    menceburi aktiviti-aktiviti pembelajaran. Dengan ini tahap kebolehan mereka untuk menyelesaikansesuatu masalah dalam sesuatu unit kerja akan meningkat kerana mereka telah mempunyai

    kelebihan media yang boleh dijadikan sebagai alat bantu dalam menyelesaikan maslah Secara tidak

    langsung aktiviti seperti ini akan memperkayakan dan menambahkan lagi kefahaman pelajar

    terhadap pelajaran yang disampaikan.

    (b) Mempunyai ruang untuk menampung kepelbagaian akitiviti seni dalam pendidikan. Apabila setiap

    aspek kurikulum dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk tujuan meleraikan proses penyelesaian

    masalah, secara tidak langsung akan dapat mewujudkan peluang yang baik bagi menerap danmelaksanakan aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan.

    c) Mempunyai ruang untuk menampung skop perpaduan yang luas. Apabila Seni dalam pendidikan

    diintegrasikan dengan bidang kurikulum yang lain, akan terbit suatu tanggapan, baik di kalangan guru

    mahupun pelajar, bahawa integrasi itu merupakan sebahagian daripada program aktiviti sekolah dan

    bukannya sesuatu yang bersifat terasing dan terpisah

  • 7/28/2019 Matlamat Seni Dalam Pendidikan

    17/26

    Apakah alat/bahan yang sesuai dengan aktiviti tersebut untuk murid meneroka, memperolehi

    pengalaman dan mengalami ekspresi? Apakah kesan penggunaan alat/bahan ini kepada proses

    pengajaran dan pembelajaran?

    Seni dalam Pendidikan memberi peluang kepada kanak-kanak dan remaja untuk meneroka pelbagai

    sudut yang mereka lihat, dengar, sentuh, bergerak dan berfikir dengan setiap aktiviti pembelajaran.

    Dalam pengajaran dan pembelajaran bertema persekitaran pokok ini pelajar menggunakan

    persekitaran sebenar iaitu melihat, merasai dan menjiwai keindahan pokok-pokok di kawasan

    sekolah. Ini dapat menyediakan cara tambahan untuk belajar membaca, menulis dan mengira

    bahkan menggalakkan mereka dengan memberi pelbagai pandangan dan bahasa untuk mereka

    berfikir secara kreatif, imaginative dan kritis.

    Bukan itu sahaja, bahkan Seni dalam Pendidikan dapat memberikan kanak-kanak keseronokkan dan

    kegirangan di dalam bilik darjah.Pelajar digalakkan untuk meneroka dengan membuat ekperimen,

    menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan. Tujuannya adalah untuk

    menjadikan pelajar menjadi seorang yang benar-benar lebih berimaginatif. Pengalaman yang

    diperolehi dalam seni dalam pendidikan boleh melibatkan kesedaran kinestetik yang mendalam,

    kepintaran mengunakan tubuh badan dan pengalaman ini akan memberi peluang kepada kanak-

    kanak dan remaja untuk menyelesaikan masalah, membuat eksperimentasi, meneroka, mengambil

    risiko, mencipta secara kreatif, membuat penilaian dan bijak membuat pilihan.

    Seni dalam pendidikan menyediakan matlamat yang menarik dengan memberi peluang kepada

    pelajar untuk menemui potensi ekspresif diri melalui pekataan, bunyi, pergerakan dan visual mereka.

    Bahasa-bahasa simbol yang digunakan untuk membuat ekspresi dalamaktiviti-aktiviti seni. Ini akan

    membatu para pelajar untuk merasa, menyentuh, mendengar dan melihat secara langsung dunia

    mereka dengan cara tersendiri. Pelajar akan meluahkan pandangan mereka dengan cara yang

    seakan-akan sama dengan apa yang dialami dan difahami oleh orang lain. Penerokaan, memperolehi

    pengalaman dan luahah ekspresi merupakan satu aktiviti yang penting pada seni dalam pendidikan.

    Ini adalah disebabkan pada topik ini pelajar diberi peluang pendedahan mengenai cara-cara untuk

    penerokaan dan cara-cara untuk pengolahan dan memanipulasi sesuatu aktiviti. Di samping itu juga

    pelajar telah diberi pendedahan mengenai dengan unsur-unsur perasaan dan emosi pelajar dan tahu

    bagaimana untuk menguruskan emosi supaya boleh meluhan perasaan terhadap ekspresi diri.

  • 7/28/2019 Matlamat Seni Dalam Pendidikan

    18/26

    ARTIKEL 3

    PENDIDIKAN SENI DI MALAYSIA ANTARA HARAPAN DAN REALITI

    artikel dari:

    Prof. Madya Hj. Iberahim

    Dekan

    Fakulti Sains Sosial dan Kesenian

    Universiti Pendidikan Sultan Idris.

    Pertukaran nama daripada Seni Lukis dan Pertukangan Tangan kepada Pendidikan Seni pada awal

    tahun 1980an apabila KBSR diperkenalkan dan seterusnya akan bertukar semula namanya kepada

    Pendidikan Seni Visual pada 2002 tentulah berlatar belakangkan rasional yang amat signifikan. Ianya

    memberi kesan yang jelas kepada matlamat dan objektif keseluruhan mata pelajaran ini. Kandungan

    mata pelajaran pun akan berubah atau bertambah. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran juga

    akan berubah mengikut keperluan seterusnya akan mempengaruhi strategi dan kaedah pengajaran

    dan pembelajaran di bilik darjah juga. Yang tidak kurang pentingnya ialah falsafah, kepercayaan dan

    amalan guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini perlu selari dengan falsafah dan matlamat mata

    pelajaran ini.

    Pada hari ini dan beberapa tahun kebelakangan berbagai-bagai pihak yang bergiat dalam pendidikan

    seni visual sama ada secara individu maupun oleh institusi, kerajaan dan badan bukan kerajaan

    berusaha dengan berbagai-bagai pendekatan dan kaedah untuk meletakkan mata pelajaran

    pendidikan seni (visual) ini ke atas landasan yang benar agar martabatnya selari dengan mata

    pelajaran sekolah yang lain. Dalam usaha ke arah itu beberapa isu yang bersangkutan dengan

    keberkesanan pedagogi mata pelajaran ini perlu dijelaskan.

    Pendidikan Seni Visual-Seni Halus-Seni Kraf : Kecelaruan Konsep Art Education kini kita panggil

    Pendidikan Seni (Visual) sebagai satu mata pelajaran. Kita perlu menjelaskan apakah yang

    dimaksudkan dengan mata pelajaran ini. Kerana sehingga kini dari pengamatan dan kajian saya masihterdapat berbagai-bagai tanggapan dan tafsiran tentang pendidikan seni (visual) ini. Kerana apabila

  • 7/28/2019 Matlamat Seni Dalam Pendidikan

    19/26

    disebut pelajaran pendidikan seni ada yang beranggapan sebagai suatu aktiviti seni yang merangkumi

    kegiatan melukis dan membuat gambar atau lebih kepada bidang seni halus. Adakah seni halus itu

    serupa dengan pendidikan seni visual? Ada setengah pihak pula beranggapan Pendidikan Seni

    menjurus kepada kerja-kerja menghasilkan produk kraf. Ada yang beranggapan pendidikan seni

    visual kini lebih berbentuk akademik dengan mengajukan bidang sejarah dan apresiasi seni .

    Kesamaran ini perlulah dijelaskan. Bidang-bidang ilmu itu mempunyai falsafah dan struktur ilmu yang

    khusus masing-masing menjurus kepada matlamat yang berlainan. Sekiranya pemikiran dan

    kepercayaan yang masih bercelaru ini tidak dijelaskan bagaimana seorang guru itu dapat mendukung

    falsafah dan matlamat matapelajaran yang diajar. Kesannya ialah akan berlaku penyempangan dan

    mengawal proses pendidikan yang mengikut selera yang tidak tentu arah dan matlamatnya. Akhirnya

    mata pelajaran ini seperti ayam kehilangan ibu dan seperti layang-layang putus tali.

    Usaha telah dilakukan oleh pihak Kementerian Pendidikan melalui Pusat Perkembangan Kurikulum

    untuk menjelaskan konsep pendidikan seni ini. Jikalau diteliti kesemua peringkat sukatan pelajaran

    pendidikan seni yang disediakan sudah jelas pengertian dan matlamatnya. Tetapi kecelaruan itu

    masih berlaku dalam kepercayaan dan amalan di bilik darjah atau ketika proses pengoprasian

    dilakukan . Nilai-nilai pendidikan tidak berjaya diamalkan dalam proses P&P Pendidikan Seni di bilik

    darjah tumpuan lebih kepada matlamat menghasilkan produk semata-mata. Untuk menjelaskan lagi

    konsep Pendidikan Seni itu, menurut Eisner (1972) terdapat tiga komponen dalam P&P yang saling

    berkait iaitu, berpusatkan pelajar, subjek dan masyarakat. Ini selari dengan pendapat para akademik

    seperti Ralph Tyler yang membahaskan bahawa semua teori-teori dan program pendidikan mestiberfokus kepada tiga komponen tersebut.

    Pendidik mata pelajaran ini harus jelas akan 3 persoalan di bawah ini:

    Siapa yang kita ajar

    Mengapa kita mengajar

    Apa yang kita ajar (Laura Chapman 1978)

    Siapa yang kita ajar: Merujuk kepada kanak-kanak di sekolah bermula di peringkat tadika hinggalah

    remaja di sekolah menengah malah hingga orang dewasa yang mengikuti pendidikan sepanjang

    hayat (life long education). Mengapa kita mengajar: Jawapan persoalan ini merujuk kepada apalah

    matlamat dan objektif khusus yang jelas ialah untuk membantu memperbaiki masyarakat supaya

    kehidupannya lebih selesa. Membantu pelajar kita agar kehidupan masa hadapannya lebih

    sempurna. Apa yang kita ajar: Yang kita ajar adalah proses mengurus dan mempermudahkan struktur

    ilmu Pendidikan Seni agar domain kognitif pelajar berkembang, menerapkan nilai-nilai dalam

    pembentukan sahsiah pelajar agar domain efektifnya terbentuk dan meningkatkan kemahiranpsikomotor mereka.

  • 7/28/2019 Matlamat Seni Dalam Pendidikan

    20/26

    Masalah Mentafsir Kandungan Pendidikan Seni Visual ke dalam bentuk Operasi di bilik darjah:

    Beberapa unsur terlibat dalam proses ini, pertamanya sejauh mana penguasaan ilmu dikalangan kita

    yang berkaitan dengan kandungan mata pelajaran ini. Keduanya setakat mana keupayaan kita

    berupaya mengurus unsur-unsur dalam kurikulum pendidikan seni. Ketiga setakat mana kita jelastentang keperluan murid-murid atau pelajarnya ketika belajar pendidikan seni. Keperluan dari segi

    psikologi, sosial, fizikal, emosi dan sebagainya. Keempatnya setakat mana kita mampu menguruskan

    masa berbanding dengan jumlah kandungan yang hendak diajar dan dengan kemudahan yang ada.

    Kelimanya apakah kepercayaan kita kepada konsep perancangan, adakah kita mengamalkan

    kepercayaan selesaikan semua isi kandungan yang dirancang, buat sahaja perancangan pelajaran

    tahun lalu atau sikap ambil mudah dalam merancang rancangan pelajaran pendidikan seni. Keenam

    kretiviti guru mengatasi masalah kekurangan.

    Yang jelas ialah perlunya memiliki pengetahuan yang mencukupi dan sikap yang positif

    terhadap tugas sebagai guru pendidikan seni. Latihan yang didapati di maktab atau universiti belum

    menjamin keberkesanan guru dalam menyediakan pelajaran pendidikan seni ini kerana guru perlu

    mengemasakinikan dirinya dengan pengetahuan-pengetahuan dan kemahiran baru yang boleh

    mempengaruhi tingkah laku guru untuk bertindak secara lebih positif dalam mentafsir kandungan

    pelajaran ini sesuai dengan keperluan dan perubahan semasa. Konsep DBAE umpamanya tidak

    pernah dipelajari ketika berkursus dalam tahun 70an atau 80an. Tetapi konsep atau struktur

    kurikulum berdasarkan empat disiplin ilmu pendidikan seni ini merupakan amalan terkini di peringkat

    antarabangsa. Sukatan pelajaran pendidikan seni (visual) terpengaruh dengan perubahan ini.

    Persoalannya adakah guru-guru di sekolah rendah atau menengah sedar tentang keadaan ini.

    Sesuatu perubahan baru tentangnya perlu disampaikan kepada guru-guru di sekolah. Oleh itu

    perlulah diusahakan suatu makanisma bagaimana maklumat seperti ini sampai kepada para guru.

    Kepada yang menguasai ICT mereka mampu mendapatkan maklumat terkini dengan melayari

    internet. Suatu cara lain ialah melalui jurnal yang diterbitkan oleh pihak-pihak tertentu. Yang

    pentingnya ada pihak yang bertanggungjawab untuk menulis menerbit dan mengedarkannya. Suatu

    cara lagi adalah melalui kursus-kursus pendek dalam pendidikan seni perlu selalu diadakan oleh pihak

    tertentu sama ada dianjur oleh pihak kementerian atau institusi pengajian tinggi yang lain.

    Hanya dengan ilmu dan kemahiran yang ada berserta dengan jelas falsafah, matlamat dan objektif

    barulah seseorang guru pendidikan seni itu dapat merancang pelajaran dengan berkesan. Kandungan

    sukatan pelajaran boleh ditafsir dengan tepat seperti yang dikehandaki. Setiap tajuk pelajaran dapat

    dikembangkan kepada pelajar secara bersepadu dengan menitikberatkan kepada memperkayakan

    pengalaman pelajar menerusi proses pembelajaran bersepadu. Sebagai contoh suatu proses

    pelajaran yeng berkaitan dengan komposisi dalam membuat gambar. Proses pembelajaran tidak

    mungkin boleh diselesaikan dalam masa satu sesi pelajaran sahaja. Seharusnya pelajar didedahkan

    dahulu dengan konsep gubahan dalam sebuah catan dengan merujuk beberapa contoh seniman

    tempatan atau antarabangsa. Sesi ini pelajar bersama-sama meneroka dan mencari maklumat yang

    dirangsang oleh guru, secara tidak langsung sesi kritikan berlaku, pelajar boleh membuat

    perbandingan, seterusnya membuat rumusan. Sesi berikut pelajar boleh menggunakan kriteria,

  • 7/28/2019 Matlamat Seni Dalam Pendidikan

    21/26

    gubahan dari mana-mana seniman yang dipilih kemudian membuat gambar, mungkin menggunakan

    kaedah peniruan itu tidak salah kerana ia merupakan suatu proses belajar. Setelah mereka faham

    dan mengenalpasti konsep gubahan dalam catan mereka perlu membuat sebuah cipataan

    berdasarkan kefahaman mereka sendiri dengan mengambil kira peraturan- peraturan dalam

    membuat sebuah gubahan yang telah mereka temui. Sesi berikutnya disusuli dengan sesi kritikan

    tentang kerja-kerja mereka pula.

    Melalui proses di atas pelajar diberi ilmu bagaimana untuk membuat sebuah gubahan yang baik

    (merujuk kepada data-data dari guru dan seniman terpilih) dengan ilmu itu pelajar menggunakan

    sebagai latihan, konsep dalam gubahan bertambah, kamahiran juga bertambah melalui latihan,

    proses pengamatan semakin matang maka pelajar semakin yakin kepada keupayaan dirinya untuk

    terus berkreatif. Dalam proses ini yang penting adalah :

    peningkatan ilmu dalam membuat gubahan

    peningkatan ilmu dalam sejarah seni, mengenali tokoh seni

    peningkatan ilmu dalam kritikan dan laras bahasa seni

    Latihan dan Kursus Pendidikan Seni di peringkat Maktab Perguruan dan Institusi Pengajian

    Tinggi: Apabila seseorang graduan atau guru awalan yang berkelulusan seni, pendidikan seni atau

    yang berkaitan dengan seni visual melangkah kakinya ke sekolah mereka akan membawa bersama

    pengalaman semasa latihannya ke sekolah. Setiap institusi membekalkan pengalaman pelajarnyaberdasarkan matlamat dan objektif latihan masing-masing. Latar belakang pengalaman graduan itu

    bergantung kepada bidang kepakaran (pengkhususannya) ditambah dengan kursus diploma

    pendidikan selama setahun atau seumpamanya. Sedangkan ruanglingkup isi kandungan dalam

    sukatan pelajaran pendidikan seni sekolah menengah dan sukatan pelajaran baru pendidikan seni

    STPM begitu luas sekali. Untuk menjadi sebagai seorang guru pendidikan seni yang berkesan latihan

    yang didapati di institusi pengajian tinggi itu masih tidak mencukupi, kecuali pengajaran pendidikan

    seni disekolah menengah dilakukan berdasarkan pengkhususan bidang masing-masing. Jikalau

    sebaliknya apabila guru golongan ini diminta mengajar keseluruhan tajuk-tajuk pelajaran ini bagi

    satu-satu tingkatan sedangkan beliau mahir dalam suatu bidang pengkhususan sahaja maka

    beberapa tajuk lain akan tertinggal, kerana kurang mahir dan tidak berkeyakinan untuk mengajar.Sekira ini yang berlaku maka konsep pendidikan seni akan menjadi lebih terkeliru di peringkat ini.

    Seperkara lagi corak latihan yang diterima oleh bakal-bakal guru di maktab perguruan. Rata-

    rata bakal guru ini akan mengajar di sekolah rendah. Pendidikan seni di peringkat sekolah rendah

    merupakan tahap pembentukan konsep yang amat penting. Hubungan antara pelajaran pendidikan

    seni dan kanak-kanak sekolah rendah khususnya di tahap satu amatlah signifikan. Pelajaran

    pendidikan seni di peringkat ini lebih merupakan suatu proses untuk membantu perkembangan dan

    pertumbuhan menyeluruh kanak-kanak. Landasan pelajaran ini adalah berlandaskan teoriperkembangan. Dan pendidikan seni kepada kanak-kanak adalah lebih kepada keperluan eksprasif, di

  • 7/28/2019 Matlamat Seni Dalam Pendidikan

    22/26

    samping perlu untuk meningkat domain kognitif, afaktif dan psikomotor mereka. Ianya banyak

    menyentuh tentang aspek psikologi perkembangan. Oleh itu guru-guru pendidikan seni perlulah

    benar-benar terlatih dalam bidang ini. Persoalannya sejauh manakah latihan yang mereka lalui.

    Adakah hal tersebut merupakan fokus latihan bagi kursus pendidikan seni untuk bakal guru sekolah

    rendah ? Siapa saja boleh mengajar Pendidikan Seni, Pendidikan Seni pelajaran yang tidak ada

    potensi

    Seperkara lagi yang menjadi isu dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni adalah

    tanggapan masyarakat sekolah yang sering beranggapan bahawa : sesiapa sahaja boleh mengajar

    pendidikan seni, pendidikan seni merupakan waktu untuk guru-guru berehat setelah penat

    mengajar mata pelajaran lain yang lebih berat. Selagi tanggapan ini tidak dibetulkan selagi itulah

    mata pelajaran ini beransur-ansur lenyap dari pandangan positif masyarakat sekolah. Kerana

    tanggapan inilah menjadikan pelajaran ini semakin sehari semakin dipinggirkan oleh masyarakat.

    Malahan ada kalangan guru yang pernah terlatih dalam pendidikan seni merasa malu mengajarpelajaran ini, mereka lebih rela mengajar pendidikan jasmani, dan pelajaran lain yang lebih

    glamour.

    Selagi pelajaran ini diajar oleh mereka yang tidak terlatih dan tidak inovatif serta kreatif dalam

    menyediakan pelajaran maka selagi itulah konsep dan roh pelajaran pendidikan seni itu tidak akan

    hidup di dalam semangat pelajar. Selama itulah pelajar juga akan memandang sepi mata pelajaran

    ini. Kesannya akan menimbulkan masalah kepada guru-guru pendidikan seni yang bersemangat

    untuk mengajar kerana pelajar-pelajarnya menolak untuk belajar pendidikan seni, Ini berlaku keranaberdasarkan pengalaman mereka pelajaran pendidikan seni adalah pelajaran untuk berseronok

    kosong, hambar, kosong, masa rehat , dan tiada nilai masa depan serta tiada yang baru, belajar

    dari sekolah rendah hingga ketingkatan lima benda yang sama saja . (Respon pelajar terhadap soal

    selidik persepsi pelajar terhadap pandidikan seni, 1999 di kawasan Batang Padang)

    Untuk merubah persepsi pelajar ini memerlukan pengorbanan yang besar. Guru perlu gigih dan

    sabar, perlu memiliki motivasi yang tinggi. Guru perlu menguasai keperluan sebenar pelajar

    mempelajari pelajaran ini. Tahap awal guru perlulah menanamkan keyakinan kepada pelajarnya

    bahawa pelajaran ini berbaloi untuk belajar Pelajaran perlulah memiliki unsur istimewa yang

    mendorong pelajar untuk terlibat sama walaupun terpaksa mengeluarkan wang, tenaga dan masa.

    Mereka sanggup melaluinya sekiranya pendidikan seni itu menarik, berpotensi, berbaloi untuk

    belajar, ada nilai keilmuannya. Untuk ini guru terpaksalah menggunakan berbagai kaedah untuk

    memotivasikan pelajarnya melalui berbagai strategi pengajaran dan pembelajaran. Pelajar juga perlu

    didedahkan kepada berbagai bidang dan jenis kerajaya yang boleh membuka mata mereka bahawa

    mempelajari pelajaran pendidikan seni ada potensi dalam kerjaya jikalau diberi tumpuan

    bersungguh-sungguh.

  • 7/28/2019 Matlamat Seni Dalam Pendidikan

    23/26

    Memertabatkan pelajaran Pendidikan Seni Selari dengan matapelajaran yang lain: Isu untuk

    memertabatkan matapelajaran pendidikan seni seiring dengan mata pelajaran yang lain bukanlah

    suatu isu yang baru. Saya percaya guru-guru yang mencintai bidang ini sentiasa memperjuangkannya.

    Pada dasaranya matapelajaran pendidikan seni adalah tergolong dalam kumpulan matapelajaran

    asas dari sekolah randah hingga tingkatan tiga. Sama tarafnya dengan mata pelajaran sejarah,

    geografi, kemahiran hidup, pendidikan jasmani dan kesihatan dan sebagainya. Agihan jam

    interaksinya dalam seminggu pun sama iaitu tiga waktu seminggu.

    Apabila seseorang pelajar sekolah menengah tamat peperikasaan SPM mereka yang mendapat

    kepujian dalam Bahasa Malaysia boleh menunjukkan keupayaannya dalam berbahasa samaada

    dalam bentuk tulisan ataupun lisan. Begitu juga mereka yang lulus dalam matematik mampu

    menyelsaikan masalah matematik berdasarkan ilmu pengetahuan yang mereka kuasai. Pelajar daribidang vokesional dan teknikal pula mampu memperlihatkan kemahiran-kemahiran mereka,

    sesetengahnya menguasai kemahiran asas sebagai persediaan untuk peringkat pengajian lebih tinggi

    atau menceburi di bidang pekerjaan.

    Persoalan dan kerisauan saya adalah mereka yang mendapat kepujian dalam pendidikan seni di

    peringkat SPM, apakah istimewanya mereka. Adakah mereka memiliki tahap ilmu seni setara dengan

    peringkat SPM seperti mata pelajaran yang lain ? Adakah mereka memiliki daya kreativiti yang tinggi,

    setara dengan SPM. Adakah kemahiran mereka dalam penciptaan dan penghasilan karya seni setara

    dengan kemahiran-kemahiran mata pelajaran lain di peringkat SPM. Adakah kita sudah merasa puas

    tentang tahap pendidikan seni sekarang ? Untuk menjawab persoalan-persoalan di atas kita boleh

    jadikan objektif-objektif pelajaran pendidikan seni sebagai landasan ukuran.

    Keduanya kita perlu menilai semula bagaimana usaha kita menyusun atur isi kandungan mata

    pelajaran ini secara berperingkat-peringkat mulai daripada tahun satu sekolah rendah hinggalah ke

    tahap SPM. Ini adalah kemahiran membuat perancangan tahunan bagi setiap tahap Peringkat STPM,

    PPK telah berjaya memperlihatkan suatu tahap mutu kandungan yang setara dengan kedudukannya,

    walaupun masih di peringkat permulaan tetapi jauh lebih bermutu berbanding dengan kandungansukatan pelajaran lama. Ketiga , sudah sampai masanya mata pelajaran ini memiliki buku rujukan

    atau sekurang-kurangnya ada buku panduan. Soalannya berbalik semula kepada isu yang di atas iaitu

    bergantung kepada keupayaan guru menterjemah isi kandungan ke dalam bentuk operasi dalam P&P

    di bilik darjah. Keempatnya sebagai mata pelajaran sekolah , keperluan asasnya dari segi

    infrastruktur perlulah diberi perhatian. Sudah sampai masanya setiap sekolah memiliki sekurang-

    kurangnya satu bilik seni yang lengkap sama seperti pelajaran Kemahiran Hidup, Sains Rumahtangga

    atau matapelajaran Sains. Kelima: Hanya guru yang layak sahaja mengajar waktu pelajaran ini.

    Keenamnya, mungkinkah Seni memiliki sekolah menengah khasnya seperti juga sekolah sukan ?

    seperti ura-ura jabatan Pendidikan Johor ?

  • 7/28/2019 Matlamat Seni Dalam Pendidikan

    24/26

    Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni: Apakah pendekatan yang digunakan oleh

    guru untuk mengajar Pendidikan Seni? Adakah kita henya menggunakan pendekatan p&p yang

    steriotaip sahaja? Sebenarnya terdapat berbagai pendekatan yang bolah kita amaklan agar proses

    pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ini lebih menarik. Sebagai contohnya guru bolah

    menggunakan: Pendekatan Kemanusiaan dalam Pengajaran Pendidikan Seni: Menurut Michael

    (1983) dan Feldman (1970) mencadangkan agar guru menggunakan pendekatan kemanusiaan dalam

    pengajaran dan pembelajaran. Menerusi proses pembelajaran yang berlandaskan pendekatan

    kemanusiaan itu pelajar akan mengenali dirinya dan hubungan dengan masyarakat dan

    kehidupannya. Keadaan ini akan membantu proses perkembangan mereka dari peringkat paling asas

    iaitu mengenali diri sendiri, mengenali seni dan kelompok-kelompok masyarakat kecil di persekitaran

    mereka, peka tentang perasaan mereka , memiliki konsepsi diri yang jelas dan boleh menyatakan

    pernyataan diri mereka secara kreatif melalui media. Seterusnya mengenali nilai-nilai kemanusiaaan

    yang boleh digarap maklumatnya daripada karya atau pernyataan seni yang boleh dikesan pada

    mana-mana bentuk seni atau mana-mana karya seni. Pendekatan Behaviorisme Ahli behaviorisme

    mempercayai tingkah laku pelajar boleh dibentuk melalui pengalaman-pengalaman pendidikan yangdisediakan. Perancangan Pendidikan Seni yang berkaitan dengan situasi kehidupan sebenar adalah

    penting untuk memastikan kejayaan yang lebih berkesan bagi mencapai objektif pembelajaran.

    Aspek asas kepada pendekatan ini adalah guru-guru perlu mematuhi disiplin untuk pencapaian

    sesuatu matlamat yang telah ditentukan dengan mengenalpasti keutamaan, mengaplikasi kaedah-

    kaedah penyelidikan terhadap tugas-tugas pengajaran dari semasa ke semasa dan bersedia untuk

    mereka bentuk alat-alat untuk pengujian dan penilaian dalam pembelajaran dan pengajaran seni.

    Masalah utama yang mungkin dihadapi oleh guru adalah untuk menentukan tingkahlaku

    berasaskan objektif kurikulum pendidikan seni. Apakah tingkah laku yang relevan untuk Pendidikan

    Seni? Bagaimana seseorang itu boleh mencapai perubahan tingkah laku ketika belajar Pendidikan

    Seni? Sampai ke tahap manakah sesuatu perubahan itu dinilai ? Matlamat dan objektif manakah yang

    digunakan sebagai ukuran untuk sesuatu penilaian. Bolehkah dikenalpasti apa yang boleh dipelajari,

    apa yang akan diajar dan tingkah laku pelajar yang macam mana yang perlu dibentuk?

    Pengamatan sebagai pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni. Merujuk kepada

    objektif pelajaran Pendidikan Seni sama ada untuk sekolah menengah atau rendah, salah satu tujuan

    pembelajaran Pendidikan Seni adalah untuk menajamkan persepsi pelajar. Semua pembelajaran

    Pendidikan Seni menitikberatkan kepada persepsi (pengamatan) proses mendapat pengetahuan,

    melayani perasaan dan pernyataan semuanya berlaku menersui deria kita. Sesetengah berpendapat

    pengamatan melalui deria itu adalah kunci kepada segala ilmu dan pengetahuan. Ianya adalah

    tingkah laku asas dalam proses seseorang melengkapkan ilmu pengetahuan melalui penerokaan alam

    persekitrannya. Proses pengamatan melibatkan seseorang itu membuat penelitian, menganalisis,

    mengsintesis dan menilai. Ia merupakan suatu proses mengurus maklumat yang memerlukan

    tindakan integrasi secara kreatif. Proses ini juga memerlukan seseorang itu berfikir secara terbuka

    dan lebih bersifat luwes. Dalam kurikulum Pendidikan Seni aktiivti pengamatan ini telah ditetapkan

    supaya dilaksanakan mulai dari awal persekolahan hinggalah ke tingkatan menengah atas,

    Amalannya adalah mengikut tahap keupayaan pelajar. Guru-guru perlu menguasai dan

  • 7/28/2019 Matlamat Seni Dalam Pendidikan

    25/26

    mengenalpasti tahap keupayaan pengamatan pelajarnya dan menggunakannya untuk tujuan

    perancnagan pengajaran dan pembelajaran.

    Aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk mengembangkan keupayaan pengamatan ini perlu dikenalpasti.Aktiviti yang boleh membantu pelajar untuk memajukan pengamatan, dan meningkatkan proses

    kematangan deria perlu disediakan. Program-program perlu disediakan sehingga berjaya membawa

    perubahan secara mampan terhadap aras kepekaan pengamatan pelajar. Pendekatan Perkembangan

    Menyeluruh Pendidikan seni adalah merupakan bidang ilmu yang menjelaskan konsep pendidikan

    menyeluruh, yang memenuhi tuntutan domain kognitif, afektif dan psikomotor. Ini sejajar dengan

    Falsafah PendidikanNegara. Kneeth M. Lancing (1971), pada dasarnya manyatakan bahawa

    pendidikan seni perlu memfokuskan perhatian kepada tiga domain utama tersebut. Antara

    kandungan yang ada di dalam ketiga-tiga domain tersebut adalah; Domain Kognitif : iaitu ilmu yang

    berkaitan dengan gubahan, prosedur, sejarah dan apresiasi, estetika serta seni dalam kehidupan.

    Domain Afektif : iaitu suatu aspek yang berkaitan dengan nilai, sikap, minat, keperihatinan,mempunyai pertimbangan, menghargai warisan dan mempunyai sahsiah yang baik. Domain

    Psikomotor: iaitu menumpukan kepada pertumbuhan kemahiran dalam pergerakan atau gerak balas

    yang boleh terbentuk melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan kualiti koordinasi

    antara mata , tangan, otot dan mental. Seterusnya pelajar yang berbakat akan menjadi penggiat seni

    dan yang kurang berbakat atau berkemahiran akan menjadi penggemar atau pengkritik seni yang

    mahir serta berilmu pengetahuan hasil dari proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan seni.

    Kesimpulannya banyak isu-isu lain yang tidak diutarakan di sini umpamanya isu yang berkait dengan

    pendidikan merangkupi era ICT dan seumpamanya. Walau bagaimanapun tahniah diucapkan kepada

    Kementerian Pendidikan di bawah urusetia Pusat Perkembangan Kurikulum dan unit-unit lain yang

    telah berusaha untuk meletakkan matapelajaran pendidikan seni ini ke tahap yang sewajarnya.

    Usaha untuk mengemaskini kualiti sukatan pelajaran dari peringkat sekolah rendah hingga ke

    peringkat SPM dan STPM telah dan sedang dilakukan. Usaha ini dilakukan dengan melibatkan wakil-

    wakil dari semua peringkat sistem pendidikan Negara kita. Pernyataan falsafah, matlamat dan

    objektifnya telah jelas. Isi kandung pelajaran dan ruang lingkupnya telah dinyatakan selaras dengan

    tahap sukatan pelajaran. Dengan harapan agar mata pelajaran pendidikan seni dapat memenuhi

    harsat wawasan dan falsafah pendidkan kebangsaan, dalam usaha untuk memberi persediaan

    kepada generasi muda dengan ilmu, nilai dan kemahiran kepada generasi muda dengan personality

    sebagai rakyat Malaysia yang cemerlang untuk generasi akan dating. Ini adalah harapannya.

    Realitinya diminta kita sama-sama membuat renungan. Sejauh manakah kita telah melaksanakan

    peranan kita untuk merealisasikan harapan itu. Sejauhmanakan kita telah meletakkan kualiti

    pengajaran kita dengan menguasai dan mengamalkan beberapa pendekatan sesuai untuk sesuatu

    matlamat pengajaran, supaya pelajaran pendidikan seni itu benar-benar berkualiti, menarik dan

    bermakna dari perspektif pelajar Daripada isu-isu yang telah diketengahkan di atas, mungkin kita

    perlu mengambil langkah untuk memperbaiki bersama-sama dengan memberi pandangan dan idea

    dalam seminar atau perbincangan yang amat perlu diadakan dengan lebih kerap lagi, mungkin

    melalui kelompok perbincangan yang lebih kecil . Semuga dengan itu dapat memartabatkan

    pelajaran pendidikan seni ini ke tempat yang sewajarnya.

    http://shydatulhushna.blogspot.com/

    http://shydatulhushna.blogspot.com/http://shydatulhushna.blogspot.com/http://shydatulhushna.blogspot.com/
  • 7/28/2019 Matlamat Seni Dalam Pendidikan

    26/26