220695293 seni dalam pendidikan

15
1. Pengenalan ff Seni dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. SDP tidak merujuk kepada bidang seni lain seperti seni teater, seni sastera, seni fotografi dan seni mempertahankan diri. Seni dal Pendidikan peringkat sarjana muda keguruan ini lebih menegaskan kep aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melaluipenajaman intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Guru akan membenarkan murid menjalank aktiviti untuk meneroka, mengalami dan mengekspresi itarasa panain !urid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam meningkatkan lagikepekaan, kreativiti dan daya imaginasi untuk menapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan. Selain itu, seni dalam pendidikan juga memainkan peranan yang penting ke arah perkembangan kanak"kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetik dan kreativitinya. !atlamatnya ialah untuk melahirkan individu yang berbuda dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berji#a kreatif, inovatif, invent dan mempunyai jati diri yang tinggi. Penggabungan tiga jenis seni yang terd daripada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang lebih bersifat holistik dan menyeluruh. $erdapatbeberapa pandangan yangmenyokong baha#a Senidalam Pendidikan memberi manfaat dari segi jangka panjang. %erikut adalah teori d pandangan daripada tokoh"tokoh& a) $eori konstruktivisme menyatakan baha#a kanak"kanak tidak beroleh pengetahuan seara pasif tetapi mereka membina pengetahuan seara a Pembelajaran seara aktif dan interaksi sosial digalakkan dalam per yang selamat dan kondusif di mana pembelajarandiapai melalui aktiviti meneroka, bereksperimen dan mengolah objek atau bahan. 'leh itu, Seni dalam 1

Upload: teokimmoi

Post on 06-Oct-2015

32 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Aplikasi seni dalam pendidikan

TRANSCRIPT

1. Pengenalan ff Seni dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. SDP tidak merujuk kepada bidang seni lain seperti seni teater, seni sastera, seni fotografi dan seni mempertahankan diri. Seni dalam Pendidikan peringkat sarjana muda keguruan ini lebih menegaskan kepada aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui penajaman intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Guru akan membenarkan murid menjalankan aktiviti untuk meneroka, mengalami dan mengekspresi citarasa pancaindera. Murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti dan daya imaginasi untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.Selain itu, seni dalam pendidikan juga memainkan peranan yang penting ke arah perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Matlamatnya ialah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Penggabungan tiga jenis seni yang terdiri daripada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang lebih bersifat holistik dan menyeluruh.

Terdapat beberapa pandangan yang menyokong bahawa Seni dalam Pendidikan memberi manfaat dari segi jangka panjang. Berikut adalah teori dan pandangan daripada tokoh-tokoh: a) Teori konstruktivisme menyatakan bahawa kanak-kanak tidak beroleh pengetahuan secara pasif tetapi mereka membina pengetahuan secara aktif. Pembelajaran secara aktif dan interaksi sosial digalakkan dalam persekitaran yang selamat dan kondusif di mana pembelajaran dicapai melalui aktiviti meneroka, bereksperimen dan mengolah objek atau bahan. Oleh itu, Seni dalam Pendidikan boleh dijadikan sebagai wadah untuk membolehkan murid mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif. b) Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner mengesyorkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya tujuh jenis kecerdasan yang seharusnya disuburkan di kalangan murid melalui pengenalan pelbagai mata pelajaran di sekolah. Realitinya, kebanyakan sekolah hanya memberi penekanan terhadap kecerdasan linguistik dan matematik logik sahaja. Secara tidak langsung, kecerdasan lain akan hilang. Teori Kecerdasan Manusia ini menyokong kesepaduan subjek yang digabung seperti dalam matapelajaran Seni dalam Pendidikan. Penggabungan ini dapat menangani masalah penyuburan kecerdasan minda kanak-kanak. Selain daripada itu, ia dapat menjana kecerdasan minda murid dengan lebih menyeluruh, terutamanya apabila strategi pembelajaran dan pengajaran yang dirancang dapat dilaksana dengan baik dan berkesan. Howard Gardner (1983) menyatakan bahawa jika hanya satu sahaja pendekatan digunakan di dalam pengajaran, murid tertentu sahaja akan mendapat bahan yang disampaikan. Ini disebabkan murid mempunyai kebolehan menaakul dan menanggap dalam keadaan yang berbeza. Pendekatan yang berintegrasi terhadap pelbagai jenis kecerdasan memudahkan penerimaan pemikiran murid kepada yang lebih kreatif. c) Hermann (1991) di dalam Quadrant Concept yang mengkaji perkembangan otak kanan dan kiri menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intuitif seseorang individu. d) Einstein pula mencadangkan agar bidang sains yang bermatlamatkan untuk memahami deria manusia dimantapkan untuk pendidikan kanak-kanak. Gabungan dari pelbagai kecerdasan perlu diamalkan seperti kecerdasan muzik, intuitif, personal, intrapersonal, praktik, estetika, holistik, analitik, emosional, fizikal dan intelektual.

2. Kanak-kanak dan seni

Kehidupan dan pembelajaran merupakan hala tuju yang artistik bagi kanak-kanak. Mereka dilahirkan dengan keperluan dan keinginan untuk mengetahui dunia di sekeliling mereka. Pemahaman mereka terbentuk dengan mempelajari sesuatu yang baru. Kanak-kanak bukan sahaja perlu mengetahui fakta-fakta yang tersirat tetapi juga mengetahui bagaimana idea-idea berhubungkait di antara satu dengan yang lain. Mereka boleh mencipta satu pemahaman tentang bagaimana untuk menghubungkait seni dengan perasaan, intuisi dan kreativiti manusia. Seni dalam konteks ini merujuk kepada muzik, pergerakan dan seni visual. Justeru, salah satu cara asas untuk memenuhi perasaan ingin tahu dan kehendak kanak-kanak adalah melalui seni yang mampu membangunkan potensi mereka untuk menjadi insan yang kreatif dan imaginatif.Untuk menghuraikan kanak-kanak dan seni, terdapat tiga komponen utama yang harus dilihat, iaitu;

2.1 Keperluan dan keinginan asas kanak-kanakSeni merupakan asas perkembangan individu. Jika diajar dengan baik, ia dapat merangsang kepekaan deria kerana semua deria merupakan ruang bagi pembelajaran. Kanak-kanak akan dapat meluahkan perasaan mereka tentang isu-isu persekitaran yang memberi kesan kepada mereka. Ini membolehkan mereka menyentuh, merasa dan meneroka sebarang kebarangkalian melalui interaksi dan pemahaman terhadap persekitaran.

2.2 Perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanakUntuk komponen perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak, kita boleh melihat pada ciri-ciri perkembangan dan ciri-ciri ekspresi. Dalam ciri-ciri perkembangan dan ciri-ciri ekspresi, aktiviti seni dapat direka bentuk untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak pada setiap peringkat. Bila diberi peluang untuk bekerja dengan berbagai bahan, cara dan teknik kanak-kanak dapat meneroka secara kreatif dengan variasi yang tidak terhad dan tidak terkongkong.

Aktiviti seni juga mudah direka bentuk untuk mendekati keperluan dan naluri ingin tahu kanak-kanak. Kanak-kanak melihat sesuatu dengan caranya tersendiri. Kanak-kanak suka menyentuh, mengguling, menguli, meramas, menggosok, mendengar, mengesan bunyi, menghidu, dan meniru aksi untuk mengenal sesuatu. Kanak-kanak suka bermain. Seperti telah sedia maklum, bermain merupakan satu aktiviti yang penting bagi kanak-kanak. Apabila kanak-kanak bermain, secara tidak langsung dia telah memperkembangkan jasmani, emosi, rohani, intelek dan aspek sosialnya. Untuk itu, aktiviti seni juga mudah dilaksanakan ketika bermain dan boleh dikaitkan dengan sesuatu yang digemari dan diminati dan dengan demikian menjadi bermakna kepadanya.

2.3 Perkembangan kanak-kanak melalui seniAktiviti seni dapat direka bentuk untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak pada setiap peringkat. Apabila kanak-kanak diberi peluang untuk melakukan aktiviti dengan pelbagai bahan, kanak-kanak dapat meneroka dengan pelbagai cara dan teknik secara kreatif dengan variasi yang tidak terhad dan tidak terkongkong. Seni visual, muzik dan pergerakan penting kepada perkembangan diri kanak-kanak. Aktiviti seni yang terancang dan sistematik membolehkan kanak-kanak mendapat pengalaman dan pemahaman serta membantu memperkembangkan potensi mereka secara menyeluruh. Aktiviti seni juga mudah direka bentuk untuk mendekati keperluan dan naluri ingin tahu kanak-kanak. Kanak-kanak melihat sesuatu dengan caranya tersendiri. Secara nalurinya, kanak-kanak suka menyentuh, mengguling, menguli, meramas, menggosok, mendengar, mengesan bunyi, menghidu dan meniru sesuatu aksi untuk mengetahui akan sesuatu.

3. Seni dalam pendidikanSeni dalam pendidikan adalah bidang yang hanya memfokuskan kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan tanpa merujuk kepada bidang seni lain seperti seni sastera, seni teater, seni fotografi atau seni mempertahankan diri. Guru perlu menguasai dan mendalami dengan sebaiknya ilmu seni dalam pendidikan ini kerana ilmu ini mampu membantu perkembangan dalam diri murid untuk menajamkan lagi persepsi, imaginasi dan mengukuhkan lagi pemahaman mereka akan sesuatu konsep. Murid diberi peluang menggunakan panca indera mereka untuk meningkatkan kreativiti, sensitiviti serta daya imaginasi dalam pembelajaran mereka.Selain itu, seni dalam pendidikan juga berperanan untuk mengembangkan daya persepsi, estetika dan kreativiti murid sesuai dengan matlamat untuk melahirkan individu yang berjiwa kreatif, inovatif dan mempunyai nilai jati diri yang tinggi. Hal ini bertepatan seperti apa yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmaniSeni dalam pendidikan juga boleh diaplikasikan dalam pengajaran matapelajaran seperti Sains, Matematik, Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris diperingkat sekolah rendah yang menggunakan kurikulum baharu dilaksanakan iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Apa yang penting adalah bagaimana guru itu sendiri mengaplikasikan seni dalam pendidikan dalam matapelajaran yang diajar. Ini akan membantu murid supaya lebih berfikir untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang bijak dan lebih memahami sesuatu konsep atau idea dengan lebih jelas. Murid juga mampu mempunyai kemahiran sosial yang baik dengan berinteraksi sesama rakan-rakan dan guru disamping berseronok dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Hal ini akan menjadikan suasana pembelajaran lebih harmoni, ceria, menyeronokkan dan berkesan kepada pelajar untuk mempelajari sesuatu pengetahuan baru.

Sebagai contoh, matapelajaran matematik, guru boleh menerangkan konsep perimeter iaitu subtopik yang terkandung dalam topik ruang dan isipadu dengan mengaplikasikan seni pergerakan untuk memudahkan kefahaman murid akan konsep tersebut. Caranya, guru boleh melibatkan beberapa murid di dalam kelas untuk membina apa-apa bentuk yang mudah dan seterusnya memberi penerangan akan konsep perimeter tersebut. Dengan ini, pemahaman murid akan konsep perimeter akan menjadi lebih mudah dan jangka masa ingatan murid akan menjadi lebih kekal dan lama berbanding kaedah pengajaran tradisional yang berpusatkan guru. Disamping itu, guru boleh menilai sejauh mana tahap pemahaman murid akan sesuatu konsep yang telah diajar. Dengan kefahaman yang berbeza-beza, murid berpeluang untuk berkongsi persepsi antara satu sama lain. Perkongsian persepsi akan konsep yang difahami dalam kalangan murid yang cerdas akal fikirannya membantu memberi lebih kefahaman kepada murid lain terutama murid-murid yang lemah dalam sesuatu mata pelajaran. Namun konsep sebenar perlulah jelas agar murid-murid dapat memahaminya dengan betul dan tepat.Mendalami keberkesanan konsep pembelajaran melalui seni dalam pendidikan, murid yang belajar dalam suasana yang menyeronokkan akan menghasilkan gaya belajar sendiri. Selain itu, mereka mampu mengembangkan kemahiran dalam meneroka, serta mencipta pengalaman di samping mengekspresi. Dalam pada itu, penilaian yang dijalankan oleh guru mampu meningkatkan prestasi pembelajaran murid-murid di sekolah hasil seni dalam pendidikan yang menyeronokkan. Walaupun begitu, seseorang individu guru perlulah cakna dan peka dalam menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran melalui penyebaran ilmu di samping mengaplikasikan seni dalam pendidikan. Guru perlu menyatakan konsep pembelajaran agar murid tidak keliru antara keseronokan dalam pembelajaran dengan instrumen penyampaian ilmu pengetahuan.Sehubungan dengan itu, pengoptimum aktiviti seni dalam pendidkan akan meningkatkan keyakinan dalam diri murid dan memperkembangkan kemahiran belajar serta mengasah kreativiti murid secara langsung. Dengan kemajuan teknologi pada hari ini, seni dalam pendidikan dapat membantu menangani kemajuan yang kian pesat membangun. Sebagai contoh, walaupun kita mempunyai gajet-gajet canggih seperti i-Pad, i-Pod, i-Phone, Samsung Galaxy Tab, Note dan sebagainya tetapi kita masih memerlukan aksesori untuk kesempurnaan. Dalam erti kata yang lain, gajet-gajet ini juga mempunyai pelbagai pilihan warna yang merupakan unsur utama dalam unsur-unsur seni asas seni reka. Maka dengan itu, jelaslah bahawa seni bukanlah jumud atau mundur malah seiring dengan kemajuan teknologi pada hari ini sehingga mampu mengoptimumkan pembelajaran murid-murid sekolah. Berdasarkan situasi di dalam kelas, guru perlu menerapkan unsur-unsur seni sama ada seni pergerakan, seni visual atau seni muzik dalam diri murid agar mereka boleh menjadikan seni dalam pendidikan sebagai landasan dalam kehidupan seterusnya menjadi suatu momentum kepada sesebuah kejayaan. Sementelah itu, keberkesanan seni dalam pendidikan dapat diukur apabila aktiviti seni menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh. Hal ini berkait rapat kerana kreativiti semula jadi yang akan meransang proses pembelajaran kanak-kanak. Rentetan itu, ianya menjurus kepada keperluan masyarakat yang kompleks dan kompetitif. Makanya, seni banyak berhubungkait dengan personaliti, sosial, ekonomi dan kebudayaan. Seyogianya, seni boleh mempengaruhi individu dalam membina tingkah laku, keperibadian dan kemahiran intelektual mengikut kesesuaian masyarakat masa kini. Dengan itu, seni dapat memupuk disiplin diri, mengukuhkan semangat kendiri serta menggalakkan kemahiran berfikir dalam proses pembelajaran. Jelaslah bahawa seni dapat menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh dan memenuhi keseluruhan aspek kehidupan.

4. Kurikulum standard sekolah rendah (KSSR)Seni Dalam Pendidikan banyak memberi manfaat kepada murid-murid di sekolah rendah bagi membantu memantapkan lagi sistem kurikulum yang diguna pakai pada ketika ini. Walaupun begitu, Kurikulum Baru Sekolah Rendah, (KBSR) merupakan perintis kepada model-model kurikulum di Malaysia. Sebagai tapak permulaan, banyak kekurangan serta penambahbaikan yang telah dilakukan untuk memantapkan lagi sistem pendidikan Malaysia. Namun begitu, ia menjadi asas kepada permulaan kurikulum sehingga terhasilnya Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang juga dikenali sebagai KBSR pada tahun 1983. Kurikulum Standard Sekolah Rendah atau KSSR mula diperkenalkan pada tahun 2011 dengan penambahan dasar untuk memantapkan lagi kekurangan yang terdapat dalam kurikulum sedia ada. Dalam hal ini, KSSR membantu kepada usaha mencungkil dan mengembangkan bakat juga potensi murid supaya dapat mengamalkan kemahiran yang dipelajari seterusnya melahirkan murid-murid yang berkeyakinan, berkemahiran, berketerampilan serta bersikap positif dalam kehidupan.Berdasarkan pemahaman tentang kedua-dua jenis kurikulum iaitu antara KBSR dan KSSR, terdapat beberapa perbezaan dari pelbagai aspek. KBSR mempunyai tiga bidang reka bentuk kurikulum iaitu komunikasi, manusia dan alam sekeliling serta perkembangan diri individu. KBSR menggunakan reka bentuk kurikulum secara linear. berbanding dengan KSSR yang secara modularnya mempunyai enam tunjang iaitu komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan, perkembangan fizikal dan estetika, sains dan teknologi dan ketrampilan diri. Dari segi bahan kurikulum, KBSR menggunakan sukatan pelajaran yang sentiasa diubah mengikut keadaan manakala KSSR menggunakan pendekatan baru iaitu Dokumen Standard Kurikulum. Ini kerana KSSR banyak menggunakan modul-modul selaras dengan standard kurikulum. Terdapat perbezaan dalam organisasi kurikulum antara KBSR dan KSSR. Pada tahap satu dan dua, murid diajar mata pelajaran teras, wajib dan tambahan bagi KBSR. Untuk KSSR pula, tahap satu berbeza dengan tahap dua iaitu modul teras asas, modul teras tema dan modul elektif diajar. Manakala pada tahap dua, mata pelajaran teras dan elektif sahaja diajar.Dalam fokus KBSR terdapat hanya 3M iaitu membaca, menulis, mengira. Fokus ini berbeza dengan KSSR yang ditambah lagi elemennya menjadi 4M iaitu membaca, menulis, mengira serta menaakul. Hal ini jelas menunjukkan bahawa KSSR banyak ditambahbaik.Jika merujuk kepada matlamat umum pelaksanaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) adalah satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Pelaksanaan KSSR adalah sangat bertepatan dan sesuai pada masanya. Maka dengan itu, pengenalan kepada KSSR ini diharapkan dapat membaharui kurikulum sedia ada dan memastikan ianya relevan dengan keperluan pendidikan semasa.Penggunaan istilahstandarddalam KSSR merujuk kepada intipati yang digunakan dalam kurikulum ini yang mana menggariskan dua standard utama. Pertamanya ialah Standard Kandunganyang merujuk kepada penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Manakala, standard kedua yang ditekankan pula berkonsepkan kepada Standard Pembelajaran yang merupakan satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.Jadi penggunaan istilah standard yang menggantikan bersepadu amatlah sesuai.Ini kerana kurikulum baru ini amat berbeza dari segi modulnya serta pelaksanaan yang berlandaskan Dokumen Standard Kurikulum.Persoalan sama ada KSSR mampu membantu guru meningkatkan penguasaan matematik di kalangan murid sekolah rendah boleh dijawab dari segi keberkesanan KSSR ini. Seperti yang kita sedia maklum, dalam KSSR terdapat banyak pembaharuan dilakukan serta penambahbaikan dari banyak aspek. Jika dilihat sekali imbas sekalipun, kurikulum baru ini sudah semestinya mampu membantu guru meningkatkan penguasaan matematik. Secara logiknya, wujudnya KSSR serta perubahan kurikulum adalah kerana timbulnya kelemahan kurikulum terdahulu. Jadi ia semestinya lebih baik dari sebelumnya. Tambahan pula ilmu pengetahuan itu sangat dinamik. Maka tiada salahnya malah amat diperlukan perubahan dalam kurikulum ini bagi memastikan ia sentiasa selaras dengan perkembangan serta zaman semasa.Bagi Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah, aspek yang diberi penekanan adalah perkembangan motor halus, motor kasar, kemahiran menggambar, mencorak dan membentuk. Proses ini memberi keutamaan kepada aktiviti-aktiviti bagi memenuhi kehendak tajuk melukis dan menggambar, membuat rekaan dan corak, mereka dan membuat binaan, kraf berdasarkan kebolehan dan kreativiti murid. Komponen-komponen yang terdapat pada Pendidikan Seni Visual membolehkan murid menguasai beberapa pengetahuan dan kemahiran. Antaranya murid dapat menunjukkan kemahiran kognitif, psikomotor dan sosial, mengembangkan bakat dan kreativiti murid serta menghayati keindahan alam dan warisan budaya. Selain itu, murid juga berkemahiran menghasilkan karya seni yang kreatif dan bersedia menimba ilmu sebagai persediaan ke arah kerjaya. Pendidikan Muzik pula, aspek yang diberi penekanan ialah kemahiran nyanyian, bermain alat-alat muzik, pergerakan dan lakonan. Proses ini memberi keutamaan kepada aktiviti bagi memenuhi kehendak tajuk persepsi muzik, pengalaman nyanyian, pengalaman perkusi, apresiasi dan estetika seni serta seni lakon berdasarkan kebolehan dan kreativiti murid. Komponen-komponen yang terkandung dalam Pendidikan Muzik pula mampu membolehkan murid untuk mengembangkan bakat dan minat dalam bidang nyanyian, tarian dan lakonan, mahir menggunakan alat muzik dan mahir melakukan gerakan mengikut rentak lagu. Murid juga dapat mengenal lagu berdasarkan melodinya, mengawal koordinasi anggota badan serta melakon dan menghayati pelbagai watak dengan baik.

5. Sistem pendidikan di malaysiaDalam pembangunan di Malaysia, pendidikan tidak terkecuali memainkan peranan agar bergerak seiring dngan kemajuan semasa. Pelbagai dasar telah digubal dan dibentuk agar dapat melahirkan warganegara Malaysia yang taat kepada raja, setia kepada negara dan mempunyai semangat nasionalisme. Walaupun begitu, masih terdapat pelbagai lagi cadangan-cadangan baharu atau usul yang boleh dilaksanakan dalam sistem pendidikan di Malaysia agar standard yang ingin dikecapi dapat mencakupi keseluruhan aspek. Sejajar dengan itu, pelan pembangunan pendidikan Malaysia telah digubal dan dilaksanakan untuk mencapai status negara maju hasil acuan sendiri. Dalam pelan pembangunan pendidikan Malaysia ini, sistem pendidikan negaran wajar menyediakan murid untuk bersaing secara kompetetif bukan hanya di peringkat dalam negara malah berkemampuan menyahut cabaran dalan skop global. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang telah dilancarkan pada bulan Ogos lepas mendapat sambutan baik daripada kalangan warga pendidik dan juga tempatan bahkan menyahut cabaran baik ini demi melahirkan konstituen warganegara Malaysia yang majmuk dengan kelengkapan ilmu dan kemahiran di dada. PPPM adalah pendekatan terbaik dan mampu mengubah scenario pendidikan negara ke tahap antarabangsa setanding dengan negara-negara maju. Matlamat utamanya memerlukan penglibatan aktif daripada pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti masyarakat demi membentuk satu ekosistem pembelajaran yang terbaik.Bertitik tolak dari itu, cadangan yang boleh dilakukan dalam sistem pendidikan Malaysia adalah memberi pendidikan secara percuma dan layanan secara sama rata sama ada memansuhkan pinjaman kewangan seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) atau memberi biasiswa kepada setiap pelajar. Dalam hal ini, biasiswa hanya diberikan kepada pelajar yang mencapai tahap CGPA yang memuaskan seperti pointer 3.5 dan ke atas. Maka dengan itu, kebarangkalian untuk pelajar mencapai dekan pada setiap semester agak susah dan kurang konsisten. Makanya, mereka tidak mampu mencapai CGPA yang sepatutnya dan terpaksa meminjam wang daripada PTPTN. Dengan pinjaman yang dibuat, mereka akan merasa terbeban kerana masih belum bekerja dan terpaksa membuat kerja sambilan. Oleh itu, mereka tidak mempunyai fokus dalam pembelajaran mereka. Mereka tidak dapat menumpukan perhatian di dalam kelas dan pembelajaran mereka seterusnya tidak dapat mencapai status CGPA yang diperlukan. Maka dengan itu, jelaslah bahawa hal-hal yang kita sangka remeh dan kecil adalah merupakan kesusahan bagi orang lain. Sudah terang lagikan bersuluh bahawa dengan cadangan memansuhkan PTPTN akan memberi kemudahan kepada pelajar, layanan secara sama rata dan menjadi aset terbaik negara dalam membina pelajar yang mempunyai pelbagai ilmu dan kemahiran.Dalam pada itu, cadangan yang mungkin boleh dilaksanakan dalam sistem pendidikan negara kita ialah kebebasan murid untuk memilih subjek teras dan elektif sendiri. Hal ini seperti pembelajaran akses kendiri yang memerlukan seseorang individu murid mater dalam sesuatu pembelajran tersebut. Jika kita lihat di negara-negara maju seperti Jepun, Amerika dan England, mereka menjadikan kebebasan dalam pembelajaran atau pembelajaran akses kendiri menjadi sumbu atau nadi utama dalam sistem pendidikan negara mereka. Dalam erti kata yang lain, mereka tidak risau sekiranya ada segelintir pelajar yang malas untuk belajar kerana melalui pembelajaran secara akses kendiri, murid akan bertanggungjawab terhadap diri mereka sendiri. Makanya, mereka perlu melengkapkan diri mereka dengan pelbagai jenis ilmu pengetahuan dan kemahiran serta nilai-nilai murni yang patut diamalkan.Pengenalan 1 Murid 1 Sukan sangat bertepatan untuk melahirkan murid yang sihat dan cergas. Walaupun begitu, sistem pendidikan Malaysia masih longgar dan perlu ditambah baik agar kukuh dan tidak dapat dipertikaikan oleh masyarakat. Menyentuh bidang kesukanan, cadangan untuk mewajibkan setiap pelajar mesti mempunyai sijil selaku wakil sekolah dalam bidang sukan tidak kira apa jua jenis bentuk sukan yang diceburi. Selain melahirkan murid-murid cergas badannya dan cerdas mindanya, murid akan bersikap komprehensif untuk melibatkan diri secara aktif dalam bidang sukan. Makanya, mereka tidak akan sempit fikiran untuk menjadikan bidang sukan sebagai kerjaya sekiranya mereka mempunyai kemahiran dalam bidang sukan. Oleh itu, guru adalah sebagai agen yang akan menggerak dan menggilap permata-permata negara shingga berkilauan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara.

6. PenutupKonklusinya, seni dalam pendidikan banyak meninggalkan kesan terhadap pendidikan dan mempunyai cabaran dalam merealisasikannya. Walaupun begitu, seni dalam pendidikan jelas menunjukkan ciri-ciri pendekatan yang efektif yang mampu meningkatkan keberkesanan prestasi murid-murid di dalam bilik darjah. Sehubungan dengan itu, guru perlu menjayakan seni dalam pendidikan dengan mengaplikasikannya dalam setiap kali pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, perkembangan pendidikan di Malaysia yang semakin pesat ini adalah hasil daripada minat ibu bapa yang tinggi terhadap perkembangan pendidikan dan persekolahan anak-anak mereka baik di peringkat prasekolah, pendidikan rendah, menengah dan juga di institusi pengajian tinggi. Kesedaran tersebut adalah implikasi daripada kesedaran mengenai kepentingan pendidikan bagi memajukan diri dalam menghadapi cabaran kehidupan yang semakin sengit. Oleh itu, peranan daripada pihak pendidik, ibu bapa, dan pelajar itu sendiri amatlah penting bagi menghadapi liku kehidupan. Dalam erti kata yang lain, penggunaan seni dalam pendidikan mungkin mampu mengurangkan kerisauan pihak tertentu terhadap pendidikan negara Malaysia. Akhir sekali, pihak perancang pendidikan perlu melihat isu-isu dan cabaran yang berbangkit secara menyeluruh dan komprehensif. Menyelesaikan masalah secara runcitan dan memberi tumpuan kepada aspek tertentu dan mengurangkan tumpuan kepada aspek lain yang akan menghalang pelaksanaan pendidikan kita seperti pengaplikasian seni dalam pendidikan terutama bagi memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri. Sehubungan itu, semua pihak perlulah terbuka dalam menerima seni dalam pendidikan melalui pembelajaran hari ini. Dalam erti kata yang lain, pendidik perlu bersatu padu dalam mengembleng tenaga serta berusaha mengambil inisiatif dan langkah drastik bagi memenuhi keperluan pendidikan sejagat selaras kehendak negara dalam memacu wawasan 2020.

1