pentaksiran dalam pendidikan seni

38
[PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL] PSV3113E 1.0 Pendahuluan Pendidikan di Malaysia tidak dapat lari daripada menjalankan pentaksiran terhadap hasil kerja murid. Dalam Pendidikan Seni Visual, hasil karya murid akan dinilai berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan seperti pengaplikasian unsur seni dan prinsip rekaan dalam berkarya. Kemahiran dan pengetahuan murid akan diguna pakai oleh guru untuk menambahbaik dan merancang sebarang tindakan susulan yang difikirkan perlu bagi merealisasikan pencapaian objektif sewaktu murid menjalankan 4 bidang utama Pendidikan Seni Visual iaitu menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan serta mengenal kraf tradisional. Pentaksiran adalah komponen penting dalam pendidikan kerana ia memberi maklumat mengenai perkembangan murid kepada guru, ibubapa dan murid itu sendiri. Hasil pentaksiran yang diperoleh dapat membantu guru menilai kaedah pengajaran dan aktiviti yang dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan itu, Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) melalui Sukatan Pelajaran KBSR dan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) berdasarkan KSSR telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sebagai agenda pendidikan nasional yang banyak memberi panduan kepada guru dan manfaat kepada murid dalam melahirkan modal insan yang berkualiti menjelang 2020. 1.1 Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) merupakan penilaian yang diurus tadbir oleh guru di peringkat sekolah dengan item ujian yang sama. Hal ini dikaitkan dengan peranan penting yang dimainkan oleh guru dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Justeru, gurulah 1

Upload: laila-wati-johari

Post on 19-Feb-2017

1.255 views

Category:

Education


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pentaksiran dalam pendidikan seni

[PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL] PSV3113E

1.0 PendahuluanPendidikan di Malaysia tidak dapat lari daripada menjalankan pentaksiran terhadap hasil

kerja murid. Dalam Pendidikan Seni Visual, hasil karya murid akan dinilai berdasarkan

kriteria-kriteria yang telah ditetapkan seperti pengaplikasian unsur seni dan prinsip rekaan

dalam berkarya. Kemahiran dan pengetahuan murid akan diguna pakai oleh guru untuk

menambahbaik dan merancang sebarang tindakan susulan yang difikirkan perlu bagi

merealisasikan pencapaian objektif sewaktu murid menjalankan 4 bidang utama

Pendidikan Seni Visual iaitu menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan

membuat binaan serta mengenal kraf tradisional.

Pentaksiran adalah komponen penting dalam pendidikan kerana ia memberi maklumat

mengenai perkembangan murid kepada guru, ibubapa dan murid itu sendiri. Hasil

pentaksiran yang diperoleh dapat membantu guru menilai kaedah pengajaran dan aktiviti

yang dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.  Sehubungan itu, Penilaian

Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) melalui Sukatan Pelajaran KBSR dan Penilaian

Berasaskan Sekolah (PBS) berdasarkan KSSR telah diperkenalkan oleh Kementerian

Pelajaran Malaysia (KPM) sebagai agenda pendidikan nasional yang banyak memberi

panduan kepada guru dan manfaat kepada murid dalam melahirkan modal insan yang

berkualiti menjelang 2020.

1.1 Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR)

Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) merupakan penilaian yang diurus

tadbir oleh guru di peringkat sekolah dengan item ujian yang sama. Hal ini dikaitkan

dengan peranan penting yang dimainkan oleh guru dalam mengesan

perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Justeru, gurulah yang

menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina

instrumen penilaian, melaksanakan penilaian, merekod , menganalisis, melapor dan

membuat tindakan susulan.

Jika dilihat dari sudut konsep PKSR, proses penilaian ini berlaku dalam bilik

darjah untuk mengesan perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu

dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan (FPK). Penilaian yang dijalankan bersifat formatif iaitu mengutamakan

kemajuan setiap murid secara berterusan. Item atau alat ujian pula dibina oleh guru

1

Page 2: Pentaksiran dalam pendidikan seni

[PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL] PSV3113E

(kumpulan) dan dibimbing oleh PPD iaitu tidak secara berpusat seperti UPSR, PMR

dan SPM. Penilaian secara berpusat dikendalikan oleh Lembaga Peperiksan ,

Kementerian Pelajaran Malaysia. Namun, umum menyedari bahawa keputusan

penilaian secara berpusat dapat memberi maklumat tentang pencapaian murid di

seluruh negara. Ternyata PKSR dan penilaian berpusat saling melengkapi dalam

sistem penilaian.

PkSR juga berlandaskan beberapa prinsip iaitu pentaksiran yang dijalankan

mestilah mengikut matlamat atau objektif PdP yang ditetapkan oleh guru dalam bilik

darjah. Sebagai guru pula, peranannya dalam memikir, merancang tentang apa dan

bagaimana hendak dipelajari dan cara penilaian yang bersesuaian dengan murid

perlu dilaksanakan dengan sebaiknya. Maklumat yang diperoleh pula digunakan

untuk mengesan kelemahan, merancang tindakan susulan untuk memperbaiki

kelemahan. Apa yang penting, aktiviti penilaian yang dijalankan haruslah membantu

murid mengatasi kelemahan, menguasai kemahiran, membina sikap yang positif dan

memberi galakan kepada dirinya untuk terus berusaha.

Selain itu, beberapa ciri utama PKS turut digariskan di dalam buku Penilaian

Kendalian Sekolah ( 2001:6) terbitan PPK, KPM . Antaranya dinilai berasaskan

kriteria dimana penguasaan murid adalah berdasarkan hasil pembelajaran yang

telah ditentukan di samping menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran seperti

pemerhatian, lisan dan penulisan. Penekanan juga diberikan kepada perkembangan

individu berdasarkan kemampuan dan bukan untuk perbandingan antara individu.

Selain dapat mengesan perkembangan pembelajaran secara menyeluruh, PKSR

turut menggalakkan penilaian kendiri dalam melatih murid menilai kemajuan sendiri

secara berterusan dan ini membolehkan guru mendapat maklumat tambahan

tentang diri murid. Maklumat inilah yang akan dijadikan panduan dalam

menjalankan tindakan susulan dalam mengatasi kelemahan pembelajaran dan

mempertingkatkan kekuatan pembelajaran murid. Pentaksirannya yang bersistem

merangkumi perancangan, penentuan instrumen, pelaksanaan,

penganalisian,perekodan, pelaporan dan tindakan susulan.

PKSR turut menggunakan pelbagai pendekatan pentaksiran seperti ujian

pencapaian yang mengukur pencapaian murid dalam aspek pengetahuan dan

kefahaman bagi mata pelajaran Sivik dan Kenegaraan, Matematik dan Bahasa.

2

Page 3: Pentaksiran dalam pendidikan seni

[PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL] PSV3113E

Selain itu, ujian prestasi turut digunakan bagi menilai prestasi murid dari aspek lisan,

bacaan, kegiatan amali, PJK, Muzik, Ko-kurikulum dan Kemahiran Manipulatif.

Pendekatan lain yang digunakan melalui ujian situasi dan pemerhatian iaitu dengan

mengenalpasti sikap dan nilai murid di samping mencatat perkembangan murid

berkaitan ciri-ciri afektif bagi pengetahuan Agama Islam, Pendidikan Moral dan ko-

kurikulum. Pentaksiran hasil kerja turut menentukan mutu hasil kerja yang dicapai

dalam pendidikan Seni dan Kemahiran Manipulatif.

Rentetan daripada pendekatan PKSR, wujud pula teknik pengesahan kemajuan

yang boleh dijalankan oleh guru antaranya ujian kertas - pensel, ujian lisan, ujian

bacaan dan pemerhatian di mana kecekapan menyedia dan menggunakan alat

pengukuran PKSR penting untuk member kesan positif dan memperoleh maklumat

yang tepat berkaitan pencapaian murid

(http://www.amaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2011/09/pksr.pdf).

Ujian kertas-pensel terdiri daripada ujian objektif atau subjektif yang sesuai

digunakan untuk mengukur kemajuan dan prestasi murid. Ujian objektif tersebut

boleh terdiri daripada pelbagai bentuk seperti item salah betul, melengkapkan ayat,

padanan dan aneka pilihan. Manakala, ujian subjektif merupakan item ujian dengan

respon terhad pula untuk mengesan pembelajaran dalam masa yang singkat. Ujian-

ujian tersebut digunakan terutamanya dalam menilai kefahaman dan kemajuan

dalam bidang matematik, sains, bahasa dan boleh juga disesuaikan dengan mata

pelajaran Pendidikan Seni.

Selain itu, ujian yang dijalankan secara pemerhatian berperanan mengenalpasti

aspek afektif dan psikomotor murid sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Alat

pemerhatian ialah senarai semak dan skala kadar. Senarai semak digunakan untuk

kenal pasti tingkah laku yang ada atau tidak ada pada murid. Ciri-ciri tersebut

dinyatakan dengan jelas dan disusun mengikut tertib. Skala radar pula merekod

tingkah laku murid yang diperhatikan. Contohnya, semasa murid menjalankan aktiviti

mewarna , guru boleh menilai murid berdasarkan cara mewarna, kerjasama dengan

rakan kumpulan, mengikut prosedur mewarna yang betul, penyediaan dan

penggunaan media dan sebagainya.

Pelaporan dan perekodan dalam PKSR saling berkait antara satu sama lain.

Menurut buku panduan Penilaian Kendalian Sekolah (2001:18), aktiviti merekod

3

Page 4: Pentaksiran dalam pendidikan seni

[PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL] PSV3113E

merujuk kepada aktiviti mencatat maklumat secara bersistem berkaitan dengan

perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid . Maklumat yang

diperoleh perlulah kemas kini untuk memudahkan guru membuat rujukan tentang

pembelajaran murid. Selain itu, maklumat berkenaan perlulah dianalisis dan ditafsir

untuk tujuan tindakan susulan dan pelaporan.

Merekod dalam pendidikan seni visual boleh dibuat dalam pelbagai bentuk

seperti membuat pernyataan, menanda menggunakan simbol, memberi markah

atau memberi gred. Manakala, rekod pencapaian murid pula boleh dibuat dalam

pelbagai bentuk dokumen seperti buku rekod mengajar, buku latihan mengajar,

laporan kemajuan murid, buku catatan guru, senarai semak, rekod prestasi atau

rekod profil. Harus diberi perhatian bahawa aktiviti merekod perlu dilakukan dari

semasa ke semasa supaya maklumat menyeluruh tentang penguasaan

pembelajaran murid terkumpul dan mudah dirujuk apabila diperlukan.

Pelaporan pula merujuk kepada proses penyampaian maklumat penilaian dari

semasa ke semasa tentang perkembangan pengetahuan, kemahiran, nilai, sikap

dan pencapaian murid. Setiap maklumat untuk pelaporan ini boleh diperoleh

daripada rekod penilaian dan guru seharusnya melaporkan perkara seperti prestasi

akademik, pernyataan tentang minat, sikap dan perlakuan serta cadangan

memperkembang potensi murid. Di samping itu, pelaporan boleh dilakukan secara

lisan atau bertulis seperti memberi markah, membuat pernyataan atau memberi

gred. Apa yang pasti, perekodan dan pelaporan memainkan peranan penting dalam

membuat tindakan susulan yang membolehkan murid mengikuti aktiviti pemulihan,

pengukuran dan pengayaan.

Kesimpulannya, pentaksiran secara PKSR yang menilai murid secara

menyeluruh ternyata membawa impak positif kepada murid, guru dan sistem

pendidikan di negara ini. Kaedah penilaian secara PKSR telah lama diguna pakai di

Malaysia dan mula ditambah baik mulai tahun 2011 dimana PBS mula diperkenalkan

bagi murid tahun 1 . Apa yang menjadi keutamaan ialah komitmen dan kesanggupan

guru menongkah era pendidikan alaf ke- 21 yang menuntut guru berusaha lebih

keras bagi merealisasikan hasrat KPM yang bermatlamatkan pentaksiran dalam

bidang akademik dan bukan akademik.

4

Page 5: Pentaksiran dalam pendidikan seni

[PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL] PSV3113E

1.2 Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS)Sistem pendidikan negara yang terlalu menekankan peperiksaan telah mendorong

Kementerian Pelajaran Malaysia menambahbaik pentaksiran kurikulum sedia

ada ;PKSR. PBS atau Penilaian Berasaskan Sekolah merupakan sebahagian

daripada Program Transformasi Pendidikan yang bermatlamat melahirkan insane

yang bertaraf dunia.

PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu

menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor

(jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum

Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS mentaksir bidang akademik dan bukan

akademik (http://buletinkpm.blogspot.com/2012/11/pentaksiran-berasaskan-sekolah-

pbs.html). Melalui PBS, , murid akan menjalani proses pentaksiran secara formatif

dan sumatif iaitu mengamalkan assessment of learning.

Selain itu, PBS juga merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di

sekolah secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga

Peperiksaan. Pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara

berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dikendalikan oleh

pihak sekolah. Komponennya pula terdiri daripada Pentaksiran Sekolah,

Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum, dan

Pentaksiran Psikometrik.

Pentaksiran Sekolah (PS) dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan

dilapor oleh guru sekolah di sekolah. Contoh instrumen pentaksiran yang boleh

digunakan ialah lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan,

tugasan rumah dan ujian. Di samping itu, pentaksiran pusat (PP) pula ditadbir,

diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan tugasan

dan skema pemarkahan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan dalam tempoh

yang ditetapkan mengikut mata pelajaran.

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dilaksanakan di

peringkat sekolah dan ditadbir, direkod dan dilaporkan melalui penyertaan,

penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti jasmani dan kesihatan, sukan dan

permainan, aktiviti kokurikulum dan aktiviti ekstrakurikulum (contohnya penglibatan

5

Page 6: Pentaksiran dalam pendidikan seni

[PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL] PSV3113E

sebagai ahli kumpulan marhaban yang dianjurkan oleh JK Surau tempat murid

tinggal dan aktiviti bermanfaat lain yang dianjurkan oleh pihak luar selain sekolah).

Pentaksiran Psikometrik pula merupakan pentaksiran baharu yang terdiri

daripada maklumat yang bersifat akademik dan peribadi. Pentaksiran ini diperlukan

untuk membantu pembelajaran murid bagi melengkapkan keperluan pencapaian

mereka dengan mendapatkan data selain daripada pencapaian akademik.

Pentaksiran ini dilaksanakan di peringkat sekolah atau pusat untuk mengukur

kebolehan (innate ability and acquired ability) semulajadi murid, kemahiran berfikir,

kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti

murid. Pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum.

Di samping itu, PBS merupakan penambahbaikan kepada pentaksiran sedia

ada dengan memperkenalkan pentaksiran merujuk standard iaitu menggunakan

Standard Prestasi untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran

serta pencapaian prestasi seseorang murid. Perekodannya pula berdasarkan

Pentaksiran Rujukan Standard yang berperanan mendapatkan maklumat tentang

sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang

dipelajari berasarkan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap

pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum. Apa yang pasti,

Pentaksiran Rujukan standard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid

dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran merujuk

kepada pernyataan standard.

Aplikasi Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) turut diperkenalkan untuk membantu

guru merekod pencapaian murid secara berterusan dan boleh direkodkan secara

atas talian. Namun atas faktor kesesakan talian, perekodan secara manual telah

diperkenalkan iaitu PPPM; Perekodan Perkembangan Pembelajaran Murid.

Melalui PPPM, guru dapat menjalankan tugas merekod dengan lebih lancar tanpa

sebarang gangguan.

PBS bukan hanya untuk murid malah untuk guru. Melalui PBS, guru diberi

pengiktirafan dan autonomi untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif di

peringkat sekolah. Hal ini mampu meningkatkan kreadibiliti dan integriti profesion

6

Page 7: Pentaksiran dalam pendidikan seni

[PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL] PSV3113E

perguruan kerana guru merupakan orang yang paling sesuai untuk mentaksir murid

mereka sendiri. Kewajaran ini berlandaskan kepada kebolehan guru dalam

memantau perkembangan murid secara berterusan di samping dapat memberi

maklum balas yang membina untuk penambahbaikan pembelajaran murid

berpandukan standard prestasi yang ditetapkan. Selain itu, guru lebih memahami

konteks yang sesuai dengan persekitaran dan perkembangan murid. Atas faktor

tersebut, pentaksiran menjadi lebih mudah dan bermakna kepada guru dan murid

itu sendiri.

Penjaminan kualiti PBS turut digariskan oleh KPM kepada empat bahagian

penting iaitu pementoran, penyelarasan, pemantauan dan pengesanan.

Pementoran adalah proses membantu, memudah cara dan membimbing guru untuk

melaksanakan PBS mengikut prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan dan

boleh dilaksanakan secara formal dan tidak formal. Manakala, penyelarasan adalah

proses penyeragaman skor dengan merujuk kepada Standard Prestasi yang

disediakan bagi memastikan skor yang diberikan oleh guru adalah sah dan boleh

dipercayai.

Pemantauan pula ialah proses memastikan pelaksanaan PBS mengikut prosedur

dan garis panduan yang ditetapkan bagi memastikan arahan pelaksanaan PBS

dipatuhi dan mengelakkan penyelewengan dan ketidakakuran. Pemantau Dalaman

yang dilantik di peringkat sekolah dan Pemantau Luaran yang terdiri daripada

pegawai PPD, JPN dan KPM terlibat dalam proses ini. Pengesanan pula adalah

proses memastikan kekuatan dan keberkesanan instrumen pentaksiran yang

digunakan bagi meningkatkan kesahan, kebolehpercayaan dan kebolehtadbiran

instrumen pentaksiran. Pengesanan turut melibatkan guru dan pegawai KPM.

Penjaminan Kualiti boleh dijalankan oleh guru mata pelajaran, Guru Cemerlang,

Ketua Panitia, Ketua Bidang, Guru Besar, pegawai Pejabat Pelajaran Daerah,

Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia .memastikan PBS

dilaksanakan dengan baik seperti dirancang. Pihak-pihak inilah yang

bertanggungjawab dalam memastikan PBS dilaksanakan dengan berkesan dan

menjamin kualiti dan mutu pentaksiran yang dikendalikan. Kualiti hendaklah menjadi

tumpuan utama dalam semua aspek dan peringkat pentaksiran. 

7

Page 8: Pentaksiran dalam pendidikan seni

[PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL] PSV3113E

1.3Kesimpulan Berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan mengakui setiap

individu merupakan modal insan yang harmonis dan seimbang. Maka adalah wajar

sisitem pentaksiran di negara ini ditambahbaik bagi melahirkan murid yang lebih

cemerlang dalam bidang kurikulum, sahsiah, sukan dan ko-kurikulum.

Penilaian yang adil dan saksama tanpa mengabaikan keupayaan, kebolehan

bakat, kemahiran dan potensi diri menjadi agenda utama pentaksiran alaf baru. Apa

yang jelas, komitmen guru dan kerjasama murid dan ibu bapa akan menyumbang

kepada keberkesanan sesuatu pentaksiran baru yang diperkenalkan oleh KPM.

Tanpa kerjasama semua pihak, tidak mungkin sesuatu yang dihasratkan itu tercapai

dan memenuhi matlamatnya.

1.4 Persamaan di antara PBS dan PKSR

ASPEK PERSAMAAN KETERANGAN

8

Page 9: Pentaksiran dalam pendidikan seni

[PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL] PSV3113E

PBS DAN PKSR

MATLAMAT Guru dapat menambahkan kecekapan iktisas dan

pengalaman dalam PdP.

Guru mahir mengesan kesesuaian strategi dan teknik

dalam PdP.

KONSEP Aktiviti penilaian yang dilaksanakan adalah untuk

mengesan perkembangan individu secara menyeluruh

dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. .

Merupakan sebahagian daripada aktiviti pengajaran

dan pembelajaran.

Maklumat yang diperoleh dapat digunakan untuk

merancang, melaksanakan tindakan susulan untuk

memperbaiki PdP dan pencapaian murid-murid.

Merupakan penilaian berbentuk formatif yang bersifat

berterusan untuk mengesan kemajuan murid dari

semasa ke semasa.

PRINSIP Dijalankan secara berterusan dalam setiap aktiviti

PdP.

Berlandaskan matlamat / objektif PdP di dalam bilik

darjah.

Maklum balas dan maklumat digunakan untuk

mengesan kelemahan dan merancang tindakan

penambahbaikan bagi memperbaiki kelemahan.

CIRI-CIRI Mengambilkira kemahiran, sikap dan menanam aspek

nila-nilai murni.

Formatif dan berterusan.

Penilaian yang sistematik.

Kesan perkembangan, kemajuan dan pencapaian

pelajar.

Jadual 1: Persamaan di antara PBS dan PKSR

1.5 Perbezaan Antara PBS Dan PKSR

9

Page 10: Pentaksiran dalam pendidikan seni

[PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL] PSV3113E

PBS ASPEK PKSR

Melahirkan insan yang seimbang

dari segi intelek, rohani, emosi,

jasmani dan sosial.

Menekankan penguasaan

kemahiran 4M iaitu kemahiran

membaca, menulis, mengira dan

menaakul.

Memastikan pengurusan dan

penegndalian PBS dilaksanakan

dengan sempurna dan mengikut

prosedur yang ditetapkan.

Meningkatkan keupayaan dan

kecekapan membina item untuk

Band 1 hingga Band 6.

MATLAMAT Meliputi aspek jasmani, emosi,

rohani dan intelek.

Menekankan penguasaan

terhadap kemahiran asas 3M

iaitu membaca, menulis dan

mengira.

Merangsang murid

memperbaiki kelemahan

melalui bimbingan dan tunjuk

ajar melalui aktiviti PKSR.

Meningkatkan keupayaan dan

kecekapan membina item ujian

dan prestasi dalam PdP

melalui kemahiran yang dinilai

berdasarkan Aras 1 hingga

Aras 3.

Laporan disediakan di peringkat

sekolah dengan merujuk kepada

rumusan skor yang dijalankan oleh

guru pentaksir .

Ada skema penskoran.

Pentaksiran Rujukan Standard

diperkenalkan, iaitu menggunakan

Standard Prestasi untuk melihat

kemajuan dan pertumbuhan (growth)

pembelajaran serta pencapaian

prestasi seseorang murid.

Setiap murid ditaksir secara

moderasi iaitu berdasarkan perkara

atau kemahiran yang sama.

Ada kesahan dan kebolehpercayaan

di mana perkara yang ditaksir itu

KONSEP

KONSEP

Ada skema pemarkahan.

Alat ujian dibina oleh guru atau

secara kumpulan dan

dibimbing oleh PPD atau

secara berpusat seperti

peperiksaan UPSR, PMR,

SPM.

Dikelolakan oleh sekolah

masing-masing di peringkat

daerah dengan item ujian yang

sama.

10

Page 11: Pentaksiran dalam pendidikan seni

[PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL] PSV3113E

relevan dan terdapat dalam Huraian

Sukatan Pelajaran.

Ditadbir di peringkat sekolah

merujuk kepada usaha mengumpul

maklumat pentaksiran dan

dilaksanakan oleh guru pentaksir

yang terlibat dalam pembelajaran

murid dan pengurusan eviden.

Penilaian berdasarkan instrumen

Kumpulan yang ditaksir

Respon

Kumpulan yang menaksir

Skor

Berdasarkan pencapaian Band 1 – 6

PRINSIP Guru memberi atau merancang

apa dan bagaimana hendak

menilai murid.

Berdasarkan penguasaan

kemahiran Aras 1 hingga Aras

3.

Murid diberi markah dan gred

A, B, C, D dan E.

Murid hanya dinilai apabila telah

bersedia.

Aktiviti dibuat sendiri oleh murid.

Skor berdasarkan criteria dan tidak

relatif kepada calon lain.

CIRI Utamakan penilaian tidak

formal- prestasi murid dikesan

melalui pemerhatian, soal

jawab, ujian kertas pensel.

Tidak menekankan

perbandingan antara murid-

murid.

Murid dinilai pada setiap bulan,

pertengahan tahun dan akhir

tahun.

Jadual 2: Perbezaan di antara PBS dan PKSR

2.0 Rubrik Pemarkahan secara Holistik

11

Page 12: Pentaksiran dalam pendidikan seni

[PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL] PSV3113E

GRED MARKAH TAKRIF KRITERIA KEPUTUSAN

A 80 - 100 Cemerlang Ilmui dan penghasilan karya yang

mengikut tema dan penggunaan

bahan media yang pelbagai.

Kemahiran yang sangat kreatif

dengan menggunakan teknik

yang betul serta mempunyai

kekemasan dalam hasil karya.

LULUS

B 60 - 79 Baik Hasil karya yang mengikut tema

dan menggunakan bahan media

yang sesuai. Mempunyai

kemahiran dan penggunaan

teknik yang betul serta

mempunyai kekemasan yang

baik.

C 40 - 59 Memuaskan Ilmu penghasilan karya yang

memuaskan. Teknik yang betul.

D 20 - 39 Kurang

Memuaskan

Kemahiran dan teknik

penggunaan yang kurang

memuaskan. Penghasilan karya

yang kurang memenuhi

kehendak.GAGAL

E 0 - 19 Lemah Kemahiran dan teknik

penghasilan yang lemah.

Penghasilan karya yang perlu

diperbaiki.

Jadual 3: Rubrik Pemarkahan secara Holistik2.1 Pentaksiran Hasil Kerja Murid

12

Page 13: Pentaksiran dalam pendidikan seni

[PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL] PSV3113E

Pentaksiran hasil kerja murid dijalankan berdasarkan dua kriteria utama iaitu ketepatan

penggunaan unsur seni dan pengaplikasian prinsip rekaan dalam karya . Pentaksiran

dibuat terhadap bidang menggambar tahun 4 dengan menggunakan teknik kolaj

bertemakan alam semulajadi. Tajuk karya ialah “Taman Saya”. Murid menggunakan media

seperti kertas lukisan, kertas warna, gam dan gunting.

2.1.1 Karya Murid Cemerlang

Karya murid; Nurul Aisyah bt. Khanapi di atas amat menarik berdasarkan

pengolahan idea yang kreatif. Murid ini dapat mengaplikasikan penggunaan

warna dengan amat baik. Penggunaan warna-warna terang dan panas seperti

kuning, merah dan oren yang dapat menggambarkan suasana riang dan

bersemangat. Murid ini juga dapat mengaplikasikan rupa organik dan rupa

geometri dengan berkesan melalui cara penambahan dan cara tindanan pada

‘pagar’ bagi menyerlahkan lagi hasil karyanya. Bentuk pagar dan bulatan di

tengah bunga pula menggunakan rupa geometri. Manakala, rumput dan bunga

menggunakan rupa organik. Pengulangan rupa juga berlaku apabila murid

menggunakan rupa bunga dan rumput yang sama. Selain itu, murid ini juga

berjaya mengaplikasikan unsur jalinan iaitu jalinan tampak pada rumput, pagar

dan bunga. Murid ini juga amat mahir dalam mengaplikasikan prinsip rekaan

seperti keseimbangan melalui reka letak gubahan objek yang sama saiz dan

pemberatannya pada setiap sudut. Kolajnya kelihatan harmoni.

13

Page 14: Pentaksiran dalam pendidikan seni

[PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL] PSV3113E

2.1.2 Karya Murid Cemerlang

Karya Puteri Antasya bt. Nordin di atas amat menarik berdasarkan pengolahan

idea yang menarik. Pengaplikasian warna juga amat baik. Penggunaan warna-

warna bertentangan seperti warna merah, hijau, oren dan merah jambu

menghasilkan kesan kontra seperti warna panas dan sejuk. Bagi unsur rupa

pula, murid ini dapat mengaplikasikan rupa organik dan rupa geometri dengan

berkesan melalui cara tindanan yang menarik . Rupa bunga dan rumput yang

sama menunjukkan pengulangan rupa yang menarik. Jalinan tampak jelas

kelihatan pada kolaj ini. Prinsip rekaan daripada aspek kesimbangan juga dapat

diaplikasi dengan baik. Kolaj ini nampak harmoni.

14

Page 15: Pentaksiran dalam pendidikan seni

[PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL] PSV3113E

2.1.3 Karya Murid Sederhana

Karya Muhammad Harith Aqmal b. Kamal berada di tahap sederhana namun

masih dapat mengolah idea dengan baik. Murid ini dapat mengaplikasikan

penggunaan warna dengan baikmelalui penggunaan warna-warna terang dan

sejuk seperti merah dan hijau yang bertujuan menghasilkan ruang dan

menggambarkan suasana selesa. Walau bagaimanapun, adalah lebih baik jika

murid memilih warna pagar dan bunga yang lebih kontra untuk kesan

penegasan yang lebih ketara. Bagi unsur rupa pula, murid ini menggunakan

rupa organik dan rupa geometri dengan cara tindanan pada ‘pagar’ bagi

menyerlahkan lagi hasil karyanya. Pengulangan rupa berlaku apabila murid

menggunakan rupa bunga dan rumput yang sama. Selain itu, murid ini juga

berjaya mengaplikasikan unsur jalinan tampak dalam karyanya, iaitu pada

rumput, pagar dan bunga. Pengaplikasian prinsip rekaan seperti imbangan

simetri dapat dikuasai dan ini menjadikan ruang yang terhasil kelihatan dalam

keadaan rata dan sama.

15

Page 16: Pentaksiran dalam pendidikan seni

[PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL] PSV3113E

2.2 Karya Murid Sederhana

Karya Taufiq Hidayat b. Ammarul berada pada tahap sederhana. Murid ini

menggunakan jenis rupa organik dan geometri. Pengaplikasian warnanya berada di

tahap sederhana. Penggunaan warna biru lembut pada tiang pagar kelihatan suram

dan boleh digantikan dengan warna-warna yang lebih terang bagi menimbulkan

kesan ketegasan. Selain itu, jalinan tampak jelas kelihatan pada karya kolaj ini dan

mampu mencipta ruang ilusi dengan teknik reka letak yang sesuai. Tindihan rupa

juga berlaku pada bentuk bunga dan pagar. Karya ini juga kelihatan harmoni apabila

murid ini mampu menghasilkan kesan keseimbangan melalui gubahan objek yang

sama saiz dan melakukan pemberatan pada setiap sudut.

16

Page 17: Pentaksiran dalam pendidikan seni

[PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL] PSV3113E

2.3 Karya Murid Lemah

Karya Intan Najihah bt. Rosli berada pada tahap lemah. Murid ini gagal

menggunakan pengulangan rupa organik dengan baik di mana rumput dan bunga

kelihatan tidak sama bentuknya. Olahan idea juga tidak menarik kerana proses

tindanan bentuk rumput dan bunga ditampal secara berselerak dan ini gagal

menunjukkan bentuk ilusi dengan jelas. Pengabaian kesan bentuk menunjukkan

kelemahan murid dalam pengaplikasian teknik reka letak yang betul dan tepat.

Penggunaan warna merah yang sama pada tiang pagar dan bunga membuktikan

murid lemah dalam membuat padanan warna yang kontra. Karya murid ini tidak

menunjukkan kesan kesatuan dan keseimbangan melalui gubahan oebjek dan

pemberatan pada setiap sudut.

17

Page 18: Pentaksiran dalam pendidikan seni

[PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL] PSV3113E

2.4 Karya Murid Lemah

Karya Nurul Suhadah bt. Nordin berada pada tahap lemah kerana gagal mematuhi

arahan dan tunjuk ajar guru dengan baik. Murid ini bukan sahaja tidak menunjukkan

minatnya dalam berkarya malah tidak dapat menguasai unsur-unsur seni dengan

betul. Penggunaan warna hijau yang sama pada pagar dan rumput tidak dapat

menunjukkan kesan keharmornian . Murid ini juga menampal bentuk bunga dan

rumput secara berselerak dan gagal mengaplikasikan ruang dengan baik. Walaupun

murid dapat menghasilkan rupa organik pada rumput dan bunga namun saiznya

tidak sama dan pelbagai bentuk geometri lain yang tidak berkaitan turut ditampal

pada kertas lukisan. Murid juga lemah dalam mengaplikasikan prinsip rekaan seperti

imbangan simetri melalui hasil kolajnya.

18

Page 19: Pentaksiran dalam pendidikan seni

[PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL] PSV3113E

2.1 Rubrik Pemarkahan secara Holistik

GRED MARKAH TAKRIF KRITERIA KEPUTUSAN

A 80 - 100 Cemerlang Ilmui dan penghasilan karya yang

mengikut tema dan penggunaan

bahan media yang pelbagai.

Kemahiran yang sangat kreatif

dengan menggunakan teknik

yang betul serta mempunyai

kekemasan dalam hasil karya.

LULUS

B 60 - 79 Baik Hasil karya yang mengikut tema

dan menggunakan bahan media

yang sesuai. Mempunyai

kemahiran dan penggunaan

teknik yang betul serta

mempunyai kekemasan yang

baik.

C 40 - 59 Memuaskan Ilmu penghasilan karya yang

memuaskan. Teknik yang betul.

D 20 - 39 Kurang

Memuaskan

Kemahiran dan teknik

penggunaan yang kurang

memuaskan. Penghasilan karya

yang kurang memenuhi

kehendak.GAGAL

E 0 - 19 Lemah Kemahiran dan teknik

penghasilan yang lemah.

Penghasilan karya yang perlu

diperbaiki.

Jadual 3: Rubrik Pemarkahan secara Holistik

19

Page 20: Pentaksiran dalam pendidikan seni

[PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL] PSV3113E

3.0 Pentaksiran Pemerhatian

3.1Senarai Semak Murid Cemerlang

SENARAI SEMAK MURID

DUNIA SENI VISUAL

SK AYER HITAM

NAMA : Nurul Aisyah bt. Khanapi

AKTIVITI : Kolaj

BIDANG : Menggambar

TAJUK:Taman Saya

TAHUN : 4 Arif

BIL AKTIVITI YA TIDAKPSIKOMOTOR

1. Murid dapat melakar gambar dengan baik. /2. Murid membawa media dan bahan yang diarahkan oleh guru. /3. Murid mengambil masa yang lama untuk melakar . /4. Murid menggunakan kertas warna yang pelbagai dalam

menghasilkan gambar./

5. Murid dapat menggunting bentuk bunga, rumput dan pagar dengan kemas.

/

6. Murid dapat melakar rupa organik dan geometri dengan bimbingan guru.

/

7. Murid dapat menyiapkan hasil karya. /8. Kemasan hasil karya yang baik. /

KOGNITIF9. Murid mendengar dan memahami arahan yang diberikan oleh guru. /

10. Murid dapat menyatakan konsep menggambar: kolaj. /11. Murid mengikut prosedur kerja yang ditetapkan oleh guru secara

tersusun dan terancang./

12. Murid menyimpan semula alat yang telah digunakan. /13. Murid dapat menampal gambar dengan kemas dan teratur. /14. Murid tekun semasa melaksanakan aktiviti. /15. Murid dapat menyiapkan aktiviti dalam tempoh masa yang

ditetapkan./

16. Teliti dan sabar ketika menjalankan tugas. /17. Menjaga kebersihan ketika aktiviti dijalankan. /18. Murid menggunakan kreativiti semasa menghasilkan karya.

SOSIAL19. Murid bekerjasama dan bertolak-ansur di antara rakan. /20. Murid berinteraksi sesama sendiri secara berhemah. /21. Murid menghormati guru yang sedang mengajar. / 22. Murid bertanggungjawab menjaga alat dan bahan sendiri. /

20

Page 21: Pentaksiran dalam pendidikan seni

[PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL] PSV3113E

3.2 Senarai Semak Murid Cemerlang

SENARAI SEMAK MURID

DUNIA SENI VISUAL

SK AYER HITAM

NAMA : Puteri Antasya bt. Nordin

AKTIVITI : Kolaj

BIDANG :Menggambar

TAJUK:Taman Saya

TAHUN : 4 Arif

BIL AKTIVITI YA TIDAKPSIKOMOTOR

1. Murid dapat melakar gambar dengan baik. /2. Murid membawa media dan bahan yang diarahkan oleh guru. /3. Murid mengambil masa yang lama untuk melakar . /4. Murid menggunakan kertas warna yang pelbagai dalam

menghasilkan gambar./

5. Murid dapat menggunting bentuk bunga, rumput dan pagar dengan kemas.

/

6. Murid dapat melakar rupa organik dan geometri dengan bimbingan guru.

/

7. Murid dapat menyiapkan hasil karya. /8. Kemasan hasil karya yang baik. /

KOGNITIF9. Murid mendengar dan memahami arahan yang diberikan oleh guru. /

10. Murid dapat menyatakan konsep menggambar: kolaj. /11. Murid mengikut prosedur kerja yang ditetapkan oleh guru secara

tersusun dan terancang./

12. Murid menyimpan semula alat yang telah digunakan. /13. Murid dapat menampal gambar dengan kemas dan teratur. /14. Murid tekun semasa melaksanakan aktiviti. /15. Murid dapat menyiapkan aktiviti dalam tempoh masa yang

ditetapkan./

16. Teliti dan sabar ketika menjalankan tugas. /17. Menjaga kebersihan ketika aktiviti dijalankan. /18. Murid menggunakan kreativiti semasa menghasilkan karya.

SOSIAL19. Murid bekerjasama dan bertolak-ansur di antara rakan. /20. Murid berinteraksi sesama sendiri secara berhemah. /21. Murid menghormati guru yang sedang mengajar. / 22. Murid bertanggungjawab menjaga alat dan bahan sendiri. /

3.3 Senarai Semak Murid Sederhana

21

Page 22: Pentaksiran dalam pendidikan seni

[PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL] PSV3113E

SENARAI SEMAK MURID

DUNIA SENI VISUAL

SK AYER HITAM

NAMA : Muhammad Harith Aqmal b. Kamal

AKTIVITI : Kolaj

BIDANG :Menggambar

TAJUK :Taman Saya

TAHUN : 4 Arif

BIL AKTIVITI YA TIDAKPSIKOMOTOR

1. Murid dapat melakar gambar dengan baik. /2. Murid membawa media dan bahan yang diarahkan oleh guru. /3. Murid mengambil masa yang lama untuk melakar . /4. Murid menggunakan kertas warna yang pelbagai dalam

menghasilkan gambar./

5. Murid dapat menggunting bentuk bunga, rumput dan pagar dengan kemas.

/

6. Murid dapat melakar rupa organik dan geometri dengan bimbingan guru.

/

7. Murid dapat menyiapkan hasil karya. /8. Kemasan hasil karya yang baik. /

KOGNITIF9. Murid mendengar dan memahami arahan yang diberikan oleh guru. /

10. Murid dapat menyatakan konsep menggambar: kolaj. /11. Murid mengikut prosedur kerja yang ditetapkan oleh guru secara

tersusun dan terancang./

12. Murid menyimpan semula alat yang telah digunakan. /13. Murid dapat menampal gambar dengan kemas dan teratur. /14. Murid tekun semasa melaksanakan aktiviti. /15. Murid dapat menyiapkan aktiviti dalam tempoh masa yang

ditetapkan./

16. Teliti dan sabar ketika menjalankan tugas. /17. Menjaga kebersihan ketika aktiviti dijalankan. /18. Murid menggunakan kreativiti semasa menghasilkan karya. /

SOSIAL19. Murid bekerjasama dan bertolak-ansur di antara rakan. /20. Murid berinteraksi sesama sendiri secara berhemah. /21. Murid menghormati guru yang sedang mengajar. / 22. Murid bertanggungjawab menjaga alat dan bahan sendiri. /

3.4 Senarai Semak Murid Sederhana

22

Page 23: Pentaksiran dalam pendidikan seni

[PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL] PSV3113E

SENARAI SEMAK MURID

DUNIA SENI VISUAL

SK AYER HITAM

NAMA : Taufiq Hidayat b. Ammarul

AKTIVITI : Kolaj

BIDANG :Menggambar

TAJUK :Taman Saya

TAHUN : 4 Arif

BIL AKTIVITI YA TIDAKPSIKOMOTOR

1. Murid dapat melakar gambar dengan baik. /2. Murid membawa media dan bahan yang diarahkan oleh guru. /3. Murid mengambil masa yang lama untuk melakar . /4. Murid menggunakan kertas warna yang pelbagai dalam

menghasilkan gambar./

5. Murid dapat menggunting bentuk bunga, rumput dan pagar dengan kemas.

/

6. Murid dapat melakar rupa organik dan geometri dengan bimbingan guru.

/

7. Murid dapat menyiapkan hasil karya. /8. Kemasan hasil karya yang baik. /

KOGNITIF9. Murid mendengar dan memahami arahan yang diberikan oleh guru. /

10. Murid dapat menyatakan konsep menggambar: kolaj. /11. Murid mengikut prosedur kerja yang ditetapkan oleh guru secara

tersusun dan terancang./

12. Murid menyimpan semula alat yang telah digunakan. /13. Murid dapat menampal gambar dengan kemas dan teratur. /14. Murid tekun semasa melaksanakan aktiviti. /15. Murid dapat menyiapkan aktiviti dalam tempoh masa yang

ditetapkan./

16. Teliti dan sabar ketika menjalankan tugas. /17. Menjaga kebersihan ketika aktiviti dijalankan. /18. Murid menggunakan kreativiti semasa menghasilkan karya. /

SOSIAL19. Murid bekerjasama dan bertolak-ansur di antara rakan. /20. Murid berinteraksi sesama sendiri secara berhemah. /21. Murid menghormati guru yang sedang mengajar. / 22. Murid bertanggungjawab menjaga alat dan bahan sendiri. /

3.5 Senarai Semak Murid Lemah

SENARAI SEMAK MURID

23

Page 24: Pentaksiran dalam pendidikan seni

[PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL] PSV3113E

DUNIA SENI VISUAL

SK AYER HITAM

NAMA : Nurul Suhadah bt. Nordin

AKTIVITI : Kolaj

BIDANG :Menggambar

TAJUK :Taman Saya

TAHUN : 4 Arif

BIL AKTIVITI YA TIDAKPSIKOMOTOR

1. Murid dapat melakar gambar dengan baik. /2. Murid membawa media dan bahan yang diarahkan oleh guru. /3. Murid mengambil masa yang lama untuk melakar . /4. Murid menggunakan kertas warna yang pelbagai dalam

menghasilkan gambar./

5. Murid dapat menggunting bentuk bunga, rumput dan pagar dengan kemas.

/

6. Murid dapat melakar rupa organik dan geometri dengan bimbingan guru.

/

7. Murid dapat menyiapkan hasil karya. /8. Kemasan hasil karya yang baik. /

KOGNITIF9. Murid mendengar dan memahami arahan yang diberikan oleh guru. /

10. Murid dapat menyatakan konsep menggambar: kolaj. /11. Murid mengikut prosedur kerja yang ditetapkan oleh guru secara

tersusun dan terancang./

12. Murid menyimpan semula alat yang telah digunakan. /13. Murid dapat menampal gambar dengan kemas dan teratur. /14. Murid tekun semasa melaksanakan aktiviti. /15. Murid dapat menyiapkan aktiviti dalam tempoh masa yang

ditetapkan./

16. Teliti dan sabar ketika menjalankan tugas. /17. Menjaga kebersihan ketika aktiviti dijalankan. /18. Murid menggunakan kreativiti semasa menghasilkan karya. /

SOSIAL19. Murid bekerjasama dan bertolak-ansur di antara rakan. /20. Murid berinteraksi sesama sendiri secara berhemah. /21. Murid menghormati guru yang sedang mengajar. / 22. Murid bertanggungjawab menjaga alat dan bahan sendiri. /4.0 Penerangan Pentaksiran Pemerhatian murid

Pentaksiran pemerhatian murid telah dijalankan sepanjang proses pengajaran dan

pembelajaran berlaku di dalam kelas. Sewaktu menjalankan aktiviti, seramai lima orang

murid telah dipantau bagi merekodkan penguasaan kemahiran daripada aspek psikomotor,

24

Page 25: Pentaksiran dalam pendidikan seni

[PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL] PSV3113E

kognitif dan sosial. Pentaksiran melalui pemerhatian digunakan untuk menilai aspek-aspek

yang sukar dikesan melalui kaedah lisan dan penulisan seperti sikap, perlakuan dan

amalan, amali, kemahiran manipulatif, kemahiran bersosial, kemahiran belajar, kemahiran

mereka cipta dan sebagainya.

Nurul Aisyah bt. Khanapi dan Puteri Antasya merupakan dua orang murid cemerlang

yang mempunyai bakat besar dalam bidang seni, terutamanya kolaj. Dalam bidang

psikomotor, mereka dapat memenuhi lapan kriteria yang terdapat dalam senarai semak

pemerhatian murid. Secara amnya, mereka amat berkemahiran dalam melakar rupa

organik dan rupa geometri bagi menghasilkan bentuk bunga, rumput dan pagar pada kertas

warna dengan kemas.

Selain menguasai aktiviti psikomotor, mereka juga menguasai aktiviti kognitif

antaranya mendengar dan memahami arahan guru. Hasilnya, mereka dapat menyiapkan

tugasan dengan mengikut prosedur kerja yang telah ditetapkan secara tersusun dan

terancang. Kemahiran kognitif yang lain ialah dapat menyatakan konsep menggambar iaitu

aktiviti kolaj dengan betul. Hasil daripada pemahaman yang jelas, mereka telah dapat

menampal gambar dengan kemas dan teratur. Ini juga adalah hasil ketekunan, ketelitian

dan kesabaran mereka semasa menjalankan aktiviti kolaj. Impaknya amat jelas apabila

guru berpuas hati dengan hasil karya mereka yang kreatif dan menarik. Selain itu, mereka

turut mengutamakan kebersihan selepas aktiviti menggunting dengan membuang sampah

ke dalam bakul sampah.

Kemahiran sosial murid turut diberi perhatian ketika waktu menjalankan aktiviti. Nurul

Aisyah dan Puteri Antasya nyata amat menghormati guru yang sedang mengajar dengan

tidak membuat bising. Sikap bekerjasama dan bertolak ansur di antara rakan-rakan sekelas

juga ditunjukkan dengan jelas. Keakraban dan semangat menghormati guru dan rakan-

rakan juga dilihat sebagai penyumbang utama kepada kejayaan mereka sebagai sumber

rujukan rakan sebaya. Kemahiran mereka berkomunikasi secara berhemah turut disenangi

oleh rakan-rakan dan guru. Kesimpulannya, mereka memiliki sikap yang positif sewaktu

aktiviti dijalankan dan menjadi penyumbang utama kepada penguasaan kemahiran aktiviti

kolaj yang dijalankan di bilik darjah.

25

Page 26: Pentaksiran dalam pendidikan seni

[PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL] PSV3113E

Pemerhatian ke-3 dan ke-4 melibatkan dua orang murid yang berada pada tahap

sederhana iaitu Muhammad Harith Aqmal b. Kamal dan Taufiq Hidayat b. Ammarul. Dalam

aspek psikomotor, Harith Aqmal dan Taufiq Hidayat masing-masing tidak menguasai

kemahiran yang serupa. Mereka didapati tidak dapat melakar gambar dengan baik

walaupun telah dibimbing oleh guru. Walau bagaimanapun, setelah diminta oleh guru

membuatnya berkali-kali, barulah bentuk-bentuk tersebut nampak lebih sempurna

berbanding sebelumnya. Mereka juga dilihat tidak dapat menggunting bentuk bunga,

rumput dan pagar dengan kemas kerana gagal memegang dan menggunakan gunting

dengan betul. Setelah diselidiki, saiz gunting yang digunakan oleh mereka juga agak besar

berbanding saiz tangan mereka. Keadaan ini mengganggu proses kerja menggunting

berbanding rakan sekelas yang lain. Hal ini ada kaitannya dengankekemasan hasil kerja

mereka yang sederhana .

Jika dilihat dari aspek kognitif, Harith Aqmal tidak dapat mengikut prosedur kerja yang

ditetapkan oleh guru secara tersusun dan terancang. Kelemahan murid ini agak ketara

kerana minat yang kurang terhadap mata pelajaran pendidikan seni. Tumpuan yang tidak

konsisten juga menyumbang kepada faktor ini. Walau bagaimanapun, rakannya Taufiq

dapat mengikut prosedur kerja tersebut dengan baik. Aspek ketelitian dan juga kesabaran

turut dilihat ketika murid menjalankan aktiviti kolaj. Hasil pemerhatian, Harith Aqmal dan

Taufiq Hidayat kurang teliti dan kurang sabar ketika aktiviti tersebut selain tidak

bertanggungjawab terhadap alat dan bahan sendiri. Bahan-bahan yang dibawa tidak

dijaga dengan baik dan ada yang hilang. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa

bahagian lain yang dikuasai oleh mereka, antaranya mereka dapat mendengar dan

memahami arahan dengan baik disamping berjaya menyatakan konsep menggambar kolaj

dengan bantuan karya contoh yang dibawa oleh guru. Kecekapan Harith Aqmal dan Taufiq

Hidayat dapat dilihat sewaktu menyiapkan kerja dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh

guru disamping mampu mengolah idea yang kreatif dan menarik.

Selain itu, Harith Aqmal dan Taufiq Hidayat juga dapat menguasai kemahiran sosial

dengan baik. Selain dapat bekerjasama dan bertolak ansur, mereka juga dapat berinteraksi

secara berhemah.

26

Page 27: Pentaksiran dalam pendidikan seni

[PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL] PSV3113E

Nurul Suhadah merupakan murid lemah di kelas 4 Arif. Terdapat banyak kemahiran

yang tidak dapat dikuasai olehnya. Melalui bidang psikomotor, Suhadah dilihat tidak dapat

membawa media yang sepatutnya dan ini menyebabkan dia agak lewat untuk memulakan

aktiviti berbanding dengan rakan-rakan yang lain sementara menunggu guru memberikan

bahan yang diperlukan. Ketika aktiviti dimulakan dengan melakar bentuk organik dan

geometri, Suhadah didapati gagal melakarnya walaupun dengan bimbingan guru. Bentuk

yang terhasil juga tidak menarik dan agak cincai. Proses menggunting juga agak

merumitkan murid ini kerana bentuk yang digunting tidak kemas dan bentuk bunganya tidak

menyerupai bunga yang sepatutnya. Selain itu, Suhadah juga tidak dapat menampal

gambar dengan kemas dan agak berterabur. Ini membuktikan bahawa, murid ini tidak

mampu menggunakan kreativitinya semasa menghasilkan kolaj. Walau bagaimnapun, murid

masih mampu menjaga kebersihan ketika aktiviti dijalankan.

Dalam aspek kognitif pula, dia dilihat dapat menyatakan konsep menggambar iaitu kolaj

dengan tepat bermakna dia pernah melaksanakan aktiviti ini sebelum .. Selain itu, Suhadah

dapat menyimpan semua alat yang telah digunakan di tempat yang sepatutnya . Ini

menunjukkan bahawa, murid ini seorang yang tahu menjaga kebersihan ketika aktiviti

dijalankan. Walau bagaimanapun, Suhadah mempunyai beberapa kelemahan seperti ini

tidak dapat mendengar dan memahami arahan yang diberikan oleh guru. Ini disebabkan

daya tumpuan yang kurang sewaktu aktiviti PdP berlangsung. Akibatnya, Suhadah tidak

dapat mengikut prosedur kerja yang ditetapkan oleh guru secara tersusun. Selain itu,

ketekunan yang kurang mengakibatkan murid ini tidak cukup masa untuk menyiapkan

kolajnya dalam masa yang ditetapkan.

Dalam aspek sosial pula, Suhadah agak sukar bekerjasama dan bertolak ansur di

antara satu sama lain. Ini mengakibatkan jurang komunikasi dengan rakan-rakan. Hal ini

telah ditegur oleh guru sepanjang PdP berlangsung dan Suhadah dapat memberikan

kerjasama yang sepatutnya secara beransur-ansur.

Kesimpulannya, melalui kaedah penilaian secara pemerhatian ini, dapatlah kita ketahui

bahawa tidak semua murid itu memiliki perkembangan dan kemajuan yang sama

memandangkan murid ini datang daripada latar dan pendidikan yang berbeza-beza. Oleh

itu, kesediaan guru amat penting dalam menggembleng tenaga bagi memotivasikan murid

27

Page 28: Pentaksiran dalam pendidikan seni

[PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL] PSV3113E

supaya mengubah sikap negatif kepada yang lebih baik. Keadaan ini akan mendatangkan

impak berguna kepada pengajaran guru dan pembelajaran murid itu sendiri.

28