seni dalam pendidikan

75
SENI DALAM PENDIDIKAN Seni Dalam Pendidikan ini dilaksanakan dalam bentuk teori dan amali. Tumpuan diberi kepada aktiviti yang mendorong murid-murid menggunakan imaginasi, ekspresi. Inkuiri dan kecerdasan pelbagai. Penekanan juga diberi kepada aspek penglibatan secara aktif dan menyeronokan serta pembelajaran dan pemindahan pembelajaran yang berkesan untuk meningkatkan perkembangan individu yang menyeluruh. Sukatan Pelajaran Seni Dalam Pendidikan digubal untuk membolehkan peserta kursus: Memperoleh pengalaman seni visual, muzik dan pergerakan serta menggunakannya sebagai asas perhubungan pengetahuan dalam proses pembelajaran; Mengaplikasikan konsep pembelajaran melalui seni dengan menghubungkaitkan pengalaman Seni Visual, Muzik dan Pergerakan; Membina kepekaan persepsi, apresiasi, kesedaran estetik, pemikiran kreatif dan imaginatif melalui pelbagai aktiviti yang menyeronokkan; Meneroka ketiga-tiga komponen iaitu Seni Visual, Muzik dan Pergerakan untuk memperoleh pengetahuan dan pengalaman Mengintegrasikan aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan dengan mata pelajaran lain Membina dan mengamal nilai-nilai murni melalui pelbagai pengalaman Seni Visual, Muzik dan Pergerakan.

Upload: haslinda-mohd-jamil

Post on 03-Jan-2016

637 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Seni Dalam Pendidikan

SENI DALAM PENDIDIKAN

Seni Dalam Pendidikan ini dilaksanakan dalam bentuk teori dan amali. Tumpuan

diberi kepada aktiviti yang mendorong murid-murid menggunakan imaginasi, ekspresi.

Inkuiri dan kecerdasan pelbagai. Penekanan juga diberi kepada aspek penglibatan

secara aktif dan menyeronokan serta pembelajaran dan pemindahan pembelajaran

yang berkesan untuk meningkatkan perkembangan individu yang menyeluruh.

Sukatan Pelajaran Seni Dalam Pendidikan digubal untuk membolehkan peserta

kursus:

Memperoleh pengalaman seni visual, muzik dan pergerakan serta

menggunakannya sebagai asas perhubungan pengetahuan dalam proses

pembelajaran;

Mengaplikasikan konsep pembelajaran melalui seni dengan menghubungkaitkan

pengalaman Seni Visual, Muzik dan Pergerakan;

Membina kepekaan persepsi, apresiasi, kesedaran estetik, pemikiran kreatif dan

imaginatif melalui pelbagai aktiviti yang menyeronokkan;

Meneroka ketiga-tiga komponen iaitu Seni Visual, Muzik dan Pergerakan untuk

memperoleh pengetahuan dan pengalaman

Mengintegrasikan aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan dengan mata

pelajaran lain

Membina dan mengamal nilai-nilai murni melalui pelbagai pengalaman Seni

Visual, Muzik dan Pergerakan.

KONSEP DAN LATAR BELAKANG

Merangkumi 3 bidang iaitu Seni visual, Muzik dan Pergerakan dalam pembelajaran dan

perkembangan kanak-kanak.

Page 2: Seni Dalam Pendidikan

Kefahaman dalam ketiga –tiga bidang ini boleh dicapai melalui penerokaan,

memperoleh pengalaman dan ekspresi.

Aktiviti-aktiviti seni dalam pendidikan ini kemudiannya diintegrasikan ke dalam mata

pelajaran lain.

Setiap insan berhak menerima pendidikan dan pemahaman tentang seni tanpa mengira

latar belakang, bakat atau kebolehan.

Integrasi Seni Visual, Muzik dan Pergerakan meningkatkan perkembangan insan dan

minda secara holistik dan membantu meningkatkan kreativiti dan ekspresi kendiri

seseorang.

Teori-teori dari ahli psikologi kognitif dan konstruktivisme telah membuktikan kanak-

kanak tidak memperolehi pengetahuan secara pasif, tetapi mereka membina

pengetahuan secara aktif.

Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner telah menyokong seni diberi peranan

yang lebih penting dalam kurikulum; ini kerana manusia memperolehi pengetahuan

melalui kecerdasan yang pelbagai.

Quadrant Concept(1993) oleh Hermann menyatakan bahawa seni membantu pemikiran

rasional dan intuitif seseorang individu.

KEPENTINGAN SENI DALAM PENDIDIKAN

Aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan mendorong kanak-kanak menggunakan

imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan pelbagai.

Melalui aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan, kanak-kanak dapat melibatkan diri

dalam pembelajaran secara aktif dan menyeronokkan.

Integrasi ketiga-tiga bidang ini dengan mata pelajaran lain membantu dalam

mengimbangkan perkembangan otak kiri dan otak kanan.

Page 3: Seni Dalam Pendidikan

FAEDAH SENI DALAM PENDIDIKAN

Pengalaman optima melalui Seni membawa kepada keyakinan diri dan

kemahiran belajar.

Memperkembangkan kemahiran meneroka, pengalaman dan ekspresi.

Menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.

Belajar cara belajar.

aplikasi informasi secara berkesan.

Penghubungkaitan, gerak hati, celik akal dan kecerdasan “Lateral Leaps”.

Seni Dalam Pendidikan dari Perspektif Teori Pembelajaran

Teori Konstruktivisme

Teori Kecerdasan pelbagai

Teori Behaviorisme Sosial

Teori Perkembangan

Teori Otak Kiri Otak Kanan

Teori Pemprosesan Maklumat

Page 4: Seni Dalam Pendidikan

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK, REMAJA DAN SENI

Seni merupakan asas kepada perkembangan individu. Jika diajar dengan baik,

maka dapat merangsang kepekaan deria kerana semua deria merupakan ruang bagi

pembelajaran. Kanak-kanak mesti diberi peluang untuk menyatakan pendapat dan

pengetahuan yang mereka temui. Suara keriangan kanak-kanak yang jelas kedengaran

dalam bilik darjah patut digalakkan semasa pembelajaran. Justeru itu seni

membolehkan kanak-kanak menyertai proses pendidikan sepenuhnya tanpa merasa

sebarang perbezaan.

Melalui aktiviti seni, daya estetik kanak-kanak dapat dipertingkatkan. Contohnya,

menggunakan lagu untuk memperkenalkan tajuk “Lebah”. Semasa kanak-kanak

menyanyikan lagu, mereka akan bergerak mengikut irama seperti lebah sedang

terbang. Seterusnya kanak-kanak menghasilkan gambar lebah. Ini membantu

pembelajaran terhadap tajuk tersebut. Semasa belajar bersama-sama, mereka

membina konsep kendiri dalam kumpulan rakan sebaya dan masyarakat umum.

KEPERLUAN DAN KEINGINAN ASAS KANAK-KANAK DAN REMAJA

Sembilan Keinginan Asas Kanak-Kanak.

1. Keinginan untuk bergerak.

Kanak-kanak suka mengambil peluang untuk bermain dan melibatkan diri dalam

sebarang kegiatan fizikal

2. Keinginan untuk berjaya dan diiktiraf

Kanak-kanak bukan sekadar ingin berjaya tetapi inginkan kejayaan itu dihargai

3. Keinginan untuk diterima oleh kumpulan sebaya dan sebagai ahli dalam

masyarakat

Kanak-kanak inginkan diri mereka diterima, disanjung, dihargai dan dihormati

oleh orang lain

4. Keinginan untuk bersaing

Page 5: Seni Dalam Pendidikan

Kanak-kanak suka bersaing untuk memperlihatkan kemahiran dan kekuatan

fizikal dan setara dengan rakan-rakan sebaya.

5. Keinginan ketangkasan fizikal dan sebagai sumber daya penarik.

Kanak-kanak gemar kepada aktiviti fizikal dan membentuk penampilan diri atau

harga diri untuk menyesuaikan dirinya dalam masyarakat.

6. Keinginan untuk meneroka

Kanak-kanak gemar melibatkan diri dalam sesuatu kegiatan yang luar biasa

tetapi menyeronokkan.

7. Keinginan untuk pencapaian kreatif.

Kanak-kanak gemar mengalami perkara baru melalui aktiviti kreatif

8. Keinginan untuk meluahkan perasaan melalui pergerakan.

Kanak-kanak gemar aktiviti yang memberi peluang untuk meluahkan idea

mengenai diri dan persekitaran mereka.

9. Keinginan untuk kefahaman.

Kanak-kanak mempunyai keperluan dan ingin mengembangkan kefahaman dan

ingin mempelajari perkara baru. Justeru itu mereka dapat meneroka, menyentuh

dan merasai pemikiran serta interaksi mereka dengan persekitaran.

Semasa sekumpulan kanak-kanak sedang bermain ‘Sembunyi Sembunyi (Hide and

Seek), cuba perhatikan perkara-perkara berikut :

Bagaimana mereka menguruskan permainan ini.

Bagaimana menyembunyikan diri mereka.

Tindakan-tindakan yang boleh diambil oleh orang yang mencari.

Ekspresi mereka apabila mereka ditemui.

Page 6: Seni Dalam Pendidikan

PERKEMBANGAN DAN PERTUMBUHAN KANAK-KANAK DAN REMAJA

Kebolehan kanak-kanak adalah selari dengan perkembangan diri mereka. Untuk

mencipta sesuatu yang baru, kanak-kanak akan bergantung kepada pengalaman dan

kreativiti dalam memanipulasikan alatan dan bahan yang mereka gunakan.

Kefahaman yang baik tentang perkembangan kanak-kanak dapat membantu kita

mengatur bahan-bahan pembelajaran secara berperingkat dan juga bersepadu supaya

kanak-kanak boleh belajar mengikut pengalaman lama.

TEORI PERKEMBANGAN PIAGET

Fasa Umur kanak-Kanak

Deria motor 0 hingga 2 tahun

Praoperasi 2 hingga 7 tahun

Operasi konkrit 7 hingga 12 tahun

Operasi formal 12 tahun ke atas

Tahap Deria Motor 0 hingga 2 tahun

Sifat kanak-kanak pada peringkat ini lebih berdasarkan interaksi mereka dengan alam

sekeliling melalui pancaindera masing-masing. Kanak-kanak sedar akan kewujudan

sesuatu benda hanya jika benda itu boleh dikesan oleh salah satu deria pancaindera.

Fasa Praoperasi 2 hingga 7 tahun

Kanak-kanak mula memperoleh kebolehan pengekalan iaitu kebolehan untuk

menyimpan imej-imej mental tentang sesuatu konsep abstrak atau objek fizikal. Ini

dapat dibuktikan melalui kebolehan mereka berbahasa pada peringkat ini.

Page 7: Seni Dalam Pendidikan

Fasa Operasi Konkrit 7 hingga 12 tahun

Kebolehan pengekalan sepenuhnya diperoleh pada peringkat ini.

Contoh : kefahaman tentang seketul tanah liat dalam bentuk bola tidak akan berubah

beratnya walau pun diubah bentuknya.

Kanak-kanak boleh mengecam melodi sesebuah lagu walau pun dimainkan dengan

tempo atau alat muzik yang berbeza.

Fasa Operasi Formal 12 tahun ke atas

Kanak-kanak dalam fasa ini dapat menyelesaikan masalah dengan lebih baik, iaitu

mereka berkebolehan menggunakan pelbagai strategi untuk menyelesaikan masalah.

Cara kanak-kanak berinteraksi dan berfikir adalah lebih rumit kerana faktor-faktor

emosi, intelek dan alam fizikal dilibatkan sekarang.

Page 8: Seni Dalam Pendidikan

PERKEMBANGAN DAN PERTUMBUHAN KANAK-KANAK DAN REMAJA

MENGIKUT VIKTOR LOWENFELD

Viktor Lowenfeld dan Brittain(1986) telah meneliti lukisan kanak-kanak mengikut

peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak dan menerangkan bagaimana bahan

kamdungan subjek dan environmen belajar dapat disesuaikan mengikut peringkat

perkembangan untuk meransangkan pengutaraan tampak kanak-kanak, perkembangan

kreatif dan mental dan seterusnya perkembangan menyeluruh kanak-kanak.

Menurut Lowenfeld dan Brittain lagi, pengetahuan sedia ada boleh dikaitkan melalui

cara-cara yang sesuai kepada tahap perkembangan kanak-kanak. Antaranya ialah

menggunakan aksi kanak-kanak, objek yang konkrit dan isi kandungan yang ada kaitan

dengan kehidupan seharian di peringkat itu. Apabila pengetahuan pasif diaktifkan,

persepsi, kognisi dan pembelajaran berlaku secara semulajadinya.

Cuba teliti bagaimana Pica R.(2000) menerangkan peranan pergerakan dalam

perkembangan kanak-kanak dengan memberi contoh aktiviti pergerakan di bilik darjah.

Dalam bahagian empat bukunya “Experiences in Movement with Music, Activities and

Theory”.

Pica juga telah memberikan contoh bagaimana pergerakan boleh diintegrasikan

menerusi kurikulum dalam mata pelajaran yang tertentu seperti Sains, Matematik,

Bahasa,Seni dan Kajian Sosial.

Secara umumnya, SDP merangkumi bidang2 spt muzik, teater, puisi, tarian, seni visual,

fotografi dan sebagainya. Ia memberi penekanan kpd kandungan asas dlm bidang Seni

Visual, Muzik & Pergerakan

irama dalam muzik

warna dalam seni visual

ruang dalam pergerakan

Kefahaman dlm konsep irama, warna & ruang boleh dicapai dlm aktiviti penerokaan,

memperoleh pengalaman dan ekspresi.

Page 9: Seni Dalam Pendidikan

Dlm tempoh 20 thn kebelakang ini, ahli2 psikologi kognitif dan ahli teori konstruktivisme

yang mengkaji bagaimana manusia belajar menetapkan bahawa kanak2 tidak

memperolehi pengetahuan secara pasif.

Mereka membina (construct) pengetahuan secara aktif.

Pembelajaran secara aktif n interaksi sosial digalakkan dlm persekitaran yg selamat n

kondusif.

Pembelajaran dicapai melalui aktiviti meneroka, mengeksperimen n mengolah objek/

bahan.

Teori konstruktivisme berkait rapat dgn perkembangan pemikiran kreatif n keperluan utk

melibatkan diri secara aktif.

Seni membolehkan anda meluahkan idea secara bebas n kreatif.

Page 10: Seni Dalam Pendidikan

KOMPETENSI DALAM SENI VISUAL

Perkataan Seni Visual ialah dimaksudkan dengan Senilukis dan Senireka. Ini

termasuklah membuat, menghasilkan dan memberi penilaian terhadap hasil seni yang

direka. Aktiviti-aktivitinya termasuklah melukis, menggambar, mencorak, mencetak,

mewarna, mereka bentuk, membuat arca, mengukir, menjilid buku, membatik, membuat

tembikar atau seramik iaitu kerja-kerja dua demensi dan tiga dimensi.

Antara kegiatan dalam menggambar ialah lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, resis,

gosokan, stensilan, percikan, gurisan, capan, mozek dan poster. Bidang ini

menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri. Kegiatan ini dapat

memperkembangkan persepsi visual pelajar dan kesedaran terhadap asas seni reka

seperti warna, garisan, susunan dan kesannya.

Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini

boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan

cerita.

Antara kegiatan dalam membuat corak dan rekaan ialah pualaman, tiupan, titisan,

ikatan dan celupan, renjisan dan percikan, lukisan, catan, cetakan, capan, lipatan dan

guntingan, resis, kolaj dan kaligrafi. Bidang ini membolehkan pelajar mengenali dan

mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian. Aspek apresiasi hasil

kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam

pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan dan lakonan.

Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti

seperti arca timbul, asemblaj, mobail, stabail, model, diorama, boneka, topeng dan

origami. Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada pelajar

membuat rujukan kepada objek sebenar. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai

cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan

kemahiran kerja tangan seperti alat domestik, alat permainan, alat pertahanan diri,

perhiasan diri (ornamen), batik, tekat, ukiran, tenunan, anyaman dan tembikar. Bidang

Page 11: Seni Dalam Pendidikan

ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya

tanah air. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi,

lakonan, nyanyian dan cerita.

KOMPETENSI DALAM SENI AUDIO

Seni Audio berfokus kepada elemen pengetahuan dan kemahiran muzik dan nyanyian.

Di samping itu, elemen nilai turut diterapkan sama ada secara eksplisit atau secara

implisit.

Elemen pengetahuan ini memberi tumpuan kepada kebolehan seseorang itu untuk

mengetahui dan memahami konsep muzik yang berasaskan komponen irama, melodi,

dan ekspresi. Manakala elemen kemahiran muzik memberi tumpuan kepada

pembinaan kemahiran seseorang dalam perkara mendengar muzik, mengapresiasi

muzik, kreativiti, membaca dan menulis muzik, menyanyi dan menghasilkan muzik

instrumental. Antara nilai yang diterap adalah seperti nilai murni, nilai budaya dan

patriotism.

Oleh kerana seni audio merupakan medium bagi meluahkan perasaan, fikiran dan

imaginasi, bidang ini sangat berperanan dalam usaha membina kreativiti seseorang itu.

Mereka yang melibatkan diri dengan cara mendengar, memerhati, melakukan, mencipta

dan membuat refleksi sama ada secara individu atau berkumpulan.

KOMPETENSI DALAM SENI PERGERAKAN

Kemahiran yang berasaskan Seni Pergerakan terdiri daripada bidang pergerakan

kreatif, tarian, drama, main peranan, lakonan, teater, pentomin, simulasi, gimrama dan

puisi.

Dalam Seni Pergerakan individu melahirkan perasaan melalui gerakan. Seseorang

yang mengambil bahagian dalam main peranan mengikut imaginasi mereka. Mereka

melahirkan perasaan melalui lakonan drama dan bacaan puisi. Menunjukkan semangat

Page 12: Seni Dalam Pendidikan

kerjasama dalam persediaan dan persembahan. Membuat gerak badan berdasarkan

muzik yang ada kaitan dengan cerita yang didengar.

Dalam Seni Pergerakan juga seseorang melibatkan diri dalam pergerakan kreatif

berunsur budaya masyarakat Malaysia. Mereka mengenali dan bermain permainan

tradisional masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik.

The dramatic instinct, the desire to act

The artistic instinct, the desire to draw, paint and model

The musical instinct, the desire to dance and sing

The constructive instinct, the desire to make things

Dewey dan Holmes (1970)

These aspects of education are aspects of one process, and cannot be

departmentalized without harm to one another. ………… a drama, the unfolding drama

of creation and discovery, a drama called growth, and it involved craft, design and

dance as necessary co-operative activities.

Herbert Read (1970:224)

“Performance has been a way of appealing directly to a large public, as well as

shocking audiences into reassessing their own notions of art and its relation to

culture…… The work may be presented solo or with a group, with lighting, music or

visuals made by the performance artist him or herself, or in collaboration, and

performed in places ranging from an art gallery or museum to an “alternative space”, 

Herbert Read (1970:

Page 13: Seni Dalam Pendidikan

TOPIK 1

PENGENALAN KONSEP

Perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan

kreativitinya. Matlamatnya melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan

pertimbangan kesenian,berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang

tinggi. Pengabungan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu

pembentukan insan yang lebih bersifat holistik.

Teori konstruktivisme

kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif. Seni Dalam Pendidikan boleh

dijadikan sebagai wadah untuk membolehkan murid mengekspresikan idea secara

bebas dan kreatif.

Teori Kecerdasan Manusia (1983) Howard Gardner

terdapat tujuh jenis kecerdasan yang seharusnya disuburkan. Pengabungan kesuburan

dapat menangani masalah penyuburan kecerdasan minda kanak-kanak- dapat menjana

kecerdasan minda murid dengan lebih menyeluruh.

Howard Gardner (1983)

Pendekatan yang berintegrasi terhadap pelbagai jenis kecerdasan memudahkan

penerimaan pemikiran murid kepada yang lebih kreatif.

Hermann (1991)

Di dalam “Quadrant Concept” yang mengkaji perkembangan otak kanan dan kiri

menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intiutif seseorang individu.

Einstein

pula mencadangkan agar bidang sains yang bermatlamatkan untuk memahami deria

manusia dimantapkan untuk pendidikan kanak-kanak. Gabungan dari pelbagai

Page 14: Seni Dalam Pendidikan

kecerdasan perlu diamalkan seperti kemahiran muzik, kecerdasan yang berkaitan

dengan kecerdasan intutif, personal dan intrapersonal, praktik dan estetika, holistik dan

analitik, emosional dan fizikal dan intelektual.

Leonardo da Vinci

Beliau adalah seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis. Beliau menggabungkan

bidang-bidang ilmu tersebut untuk membentuknkeunggulan diri dalam kehidupannya.

Seni Dalam Pendidikan akan:

Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran mata murid di

sekolah menjadi lebih seronok.

Membantu anda memahami diri sendiri.

Membantu perkembangan intelek terutamanya dari aspek menyelesaikan

masalah

Memotivasikan anda menjadi guru yang kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti

yang seimbang, berketrampilan dan profesional.

Membantu perkembangan insan secara seimbang dan menyeluruh

MATLAMAT

untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya,

mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan

inventif.

meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam

persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke

arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan Negara.

Seni Dalam Pendidikan yang mengintegrasikan tiga komponen akan

melengkapkan pembinaan otak kanan dan otak kiri. Bertitik tolak daripada

pengintergrasian inilah perkembangan menyeluruh dari segi jasmani, emosi,

rohani dan intelek akan berlaku.

Page 15: Seni Dalam Pendidikan

OBJEKTIF / TUJUAN

menghargai keindahan ciptaan Tuhan.

mempupuk budaya pengamatan, persepsi dan ekspresi dalam proses

penghasilan

meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi serta kemahiran dalam

bidang seni visual, seni muzik dan seni pergerakan.

menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk

mengekspresikan hasilan kerja.

membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni yang

dibuat

mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata muridan lain

menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni

sebagai tunjang dalam kerjaya keguruan

menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitaran dan kaitannya

dengan keselesaan hidup

membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa.

mengintegrasi dengan mata muridan lain melalui aktiviti yang diadaptasi dan

diubahsuai selaras dengan hasrat kurikulum kebangsaan.

membina dan mengamal nilai-nilai murni melalui pelbagai pengalaman seni

visual, seni muzik dan seni pergerakan.

LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN

Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner sebagai

asas pemupukan minda murid untuk mencapai kecemerlangan.

guru perlu menggalakkan murid untuk mengenal dan menggunakan kelebihan

diri mereka.

Page 16: Seni Dalam Pendidikan

guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang pelbagai untuk memenuhi

keperluan murid yang mempunyai gaya belajar, mencuba idea, pendekatan dan

teknik yang baru serta persekitaran yang memberi inspirasi.

Teori Kecerdasan Manusia

Howard Gardner ini mengenengahkan otak kanan dan otak kiri sebagai subjek

teori pembelajaran.

Hermann (1991) menghasilkan “Quadrant Concept” yang membentuk peranan

otak kanan dan otak kiri yang sama.

Einstein juga sebenarnya mengenengahkan teori yang sama dimana peranan

otak seharusnya dimantapkan untuk pembentukan sahsiah diri.

Teori Pembelajaran

Teori Konstruktivisme

Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri

pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan

pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menggalakkan murid menacri idea,

buat kajian, yakin diri dan dapat beriteraksi yang akhirnya proses inkuiri akan

terhasil.

Ciri-Ciri Pembelajaran Konstruktivisme

1. Menggalakkan murid bertanya dengan murid dan guru

2. Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan

hasil pembelajaran.

3. Menyokong pembelajaran secara koperatif.

4. Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid.

5. Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan

memahami melalui penglibatan murid dengan situasi dunia sebenar

6. Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya

sebagai panduan merancang pengguna.

7. Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid.

Page 17: Seni Dalam Pendidikan

8. Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaiamana murid belajar sesuatu

idea.

9. Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen

Bagaimana Seni Dalam Pendidikan dalam dapat dikaitkan dengan teori

konstruktivisme?

Hubungkait ilmu baru kepada pengetahuan sedia ada

Menyusun atur maklumat dan pengetahuan

Mengekspresi ilmu baru dalam bentuk baru

Memberi gambaran mengenai pengetahuan baru dengan berbagai cara dan

bentuk.

Menyampaikan pengetahuan baru melalui representasi dan persembahan.

Mengukuhkan pemahaman dengan aktiviti lanjutan

Teori Kecerdasan Pelbagai

Kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan

sebenar.

Kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan.

Kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang

bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya.

Jenis-jenis kecerdasan:

1. Verbal – linguistic

Murid memberi interpretasi baru mengenai sesuatu cerpen atau hasil

Kesusasteraan

2. Logik – Matematik

Murid menjalankan eksprimen sains yang keputusannya di luar jangkaan

murid

3. Visual – ruang

Murid melukis sesuatu menggunakan stail, media atau bahan baru

Page 18: Seni Dalam Pendidikan

4. Kinestetik

Murid menggunakan pergerakan atau stail baru dalam tarian dan drama

5. Muzik

Murid menghasilkan muzik yang luar biasa tetapi masih seronok dan gemar

didengar

6. Interpersonal

Murid menginterpretasi motif watak seseorang dalam cerita dan drama

7. Intrapersonal

Murid memahami diri secara lebih mendalam dengan mengaitkan apa yang

dipelajari dengan sendiri

8. Naturalis

Murid mencari cara menggunakan bahan alam semulajadi sebagai bahan

sumber penghasilan sesuatu yang baru dan luar biasa

Mengapa teori ini penting dalam Seni Dalam Pendidikan?

Menyokong penbelajaran bersepadu mengikut saranan JERI selaras

dengan FPN

Menerima hakikat bahawa individu mempunyai kecerdasan yang

berbagai.

Membentuk kepelbagaian untuk menilai.

Wujudkan suasana kolaboratif.

Tingkatkan profesionalisme guru dan galakkan inovasi penyelidikan dalam

p&p.

Tingkatkan kualiti diri dan motivasi diri

Tingkatkan kecerdasan melalui kefahaman yang pelbagai dan seterusnya

meningkatkan potensi diri.

Teori Pembelajaran Sosial

Teori pembelajaran sosial menegaskan bahawa pembelajaran manusia berlaku

dengan cara memerhatikan orang lain melakukan sesuatu.

Page 19: Seni Dalam Pendidikan

Peniruan secara langsung. Dengan mengambil bahan maujud, murid

meniru dan memindahkan hal subjek ke satu gambar atau kepada model

baru yang ditirunya

Peniruan melalui sekatlakuan dan taksekatlakuan. Sekatlakuan

merupakan sekatan tingkah laku yang sesuai dalam situasi tetapi tidak

sesuai pada situasi yang lain.

Peniruan elistasi. Murid terus menerus membuat peniruan kerana gagal

membina kewibawaan diri. Murid ini tidak berprinsip dan tidak mempunyai

jati diri dalam ruang lingkup kehidupannya.

Mengapa peniruan di kalangan murid berlaku?

Murid membuat pemeraman idea dan cuba mengekspresikan idea

itu.

Memori yang berkekalan- dalam minda atau ingatannya sama ada

peristiwa yang menggembirakan atau peristiwa sedih.

Gerak balas dari tindakan yang didengar, dilihat atau dirasai.

Teori Otak Kiri dan Otak Kanan

Mengikut kajian Edward Gardner (1983), Roger Sperry (1967) dan Herman

(1991),otak mempunyai fungsi yang berbagai dan perlukan penyuburan untuk

membentuk insan kamil. Pemupukan kecerdasan otak boleh dilakukan melalui

pembelajaran dan penguasaan mata muridan disekolah.

Teori Pemerosesan Maklumat Robert M. Gangne (1975)

Mengikut Gagne, pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang

adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman baru.

Terdapat lapan fasa biasa yang dialami oleh manusia dalam proses

pembelajaran iaitu fasa motivasi, fasa kefahaman, fasa penyimpanan, fasa

Page 20: Seni Dalam Pendidikan

penahaman, fasa ingatan kembali, fasa generalisasi, fasa prestasi dan fasa

maklum balas.

Melalui teori ini murid dapat :

Berinteraksi dengan bahan, subjek dan hasil

Berinteraksi dengan orang lain dalam proses penghasilan atau

penyampaian.

Mendapat maklum balas dari orang lain.

Bekerjasama dengan orang lain dalam proses penghasilan karya.

Mengelak perlakuan yang tidak diingini.

Mengekalkan perlakuan yang diingini

MENGAKTIFKAN PEMBELAJARAN DAN PEMINDAHAN PEMBELAJARAN

Fasa-fasa proses pembelajaran

Kesediaan Belajar

Keadaan dalaman individu yang bersedia dan berupaya untuk memperoleh

pengalaman pembelajaran yang baru. Kesediaan belajar mengutamakan

peringkat perkembangan intelek, psikomotor, emosi dan kematangan murid

untuk membolehkannyamenerima dan menjalankan aktiviti pembelajaran yang

berkesan.

Pengamatan

gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran, pandangan atau tanggapan.

Proses pengamatan bermula daripada rangsangan luar yang dikesan oleh

organ-organ deria iaitu mata, telinga, hidung, lidah dan kulit.

Persepsi ruang - mengandungi ruang dimensi ( rata ) dan tiga dimensi (sebenar)

Persepsi gerakan - persepsi ini berkait kepada objek-objek bergerak dimana

pergerakan objek mempengaruhi retina mata kita.

Page 21: Seni Dalam Pendidikan

Persepsi masa - ditafsir oleh individu berdasarkan pengalaman atau apa yang

dirasai.

Syarat-syarat untuk pemindahan pembelajaran positif ialah:

Kefahaman

Murid hendaklah faham tentang konsep yang telah dimuridi sebelum dia boleh

menggunakan dalam situasi baru.

Kesamaan

Dua situasi di mana murid hendak mengaplikasikan konsep yang dimuridi perlu

mempunyai persamaan.

Kemahiran

Murid telah benar-benar menguasai kemahiran sebelum diamemindahkannya

kepada situasi baru.

Celik akal

Murid telah celik akal dalam konsep, prinsip atau kemahiran dalam sesuatu

untuk membolehkan pemindahan pembelajaran kepada situasi lain.

Isu-isu Berkaitan Seni Dalam Pendidikan

Penyerapan tiga dalam satu

Penerimaan Seni Dalam Pendidikan di sekolah

Perlaksanaan di sekolah

Kekaburan matlamat dan objektif

Pertindihan subjek seni yang sedia ada

Masa interaksi guru bertambah

Mata muridan rileks – tiada peperiksaan

Page 22: Seni Dalam Pendidikan

KEPENTINGAN

Peranan Ekspresi

Aktiviti Seni Dalam Pendidikan memberi peluang untuk murid membina

keyakinan menajamkan persepsi, meningkatkan kreativiti dan meningkatkan nilai

estetika.

Peranan Emosi

Emosi merupakan perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, gembira, takut dan

geli. Emosi yang mempengaruhi ingatan.

Peranan Imaginasi

Proses kreativiti dan imaginasi boleh melibatkan;

Perasaan dalaman kanak-kanak, imaginasi dan kreativiti.

Pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan tindakan yang diambil.

Kebolehan kanak-kanak meluahkan perasaannya secara lahiriah.

Konsep IQ dan EQ

Intellegence – dikaitkan dengan keupayaan mental melakukan proses kognatif seperti

membaca, menulis, mengira dan menyelesaikan masalah. Perkembangan pesat dalam

bidang sains otak atau “neurology” mendapati emosi dapat mempengaruhi kecerdasan

(EQ).

Page 23: Seni Dalam Pendidikan

Topik 2

KANAK-KANAK DAN SENI

Keperluan Dan Keinginan Asas Kanak-Kanak

Berdasarkan teori Pembelajaran Maslow:

Pastikan keperluan asas pelajar telah dipenuhi seperti keperluan fisiologi iaitu

makanan, minuman dan pakaian.

Jadikan suasana bilik darjah yang kondusif.

Bersifat penyayang untuk memenuhi keperluan kasih sayang

Memupuk nilai penghargaan kendiri dikalangan pelajar serta memberi motivasi

dan peneguhan yang sesuai

Merancang aktiviti pengajaran berdasarkan kebolehan pelajar

Memupuk nilai motivasi diri melalui bimbingan supaya pelajar memahami diri,

menerima diri dan melibatkan diri secara aktif.

Jasmani dan fizikal yang sihat

Tubuh badan yang sihat akan membuatkan pelajar bertambah kreatif dalam

pemikirannya. Untuk itu penyediaan pemakanannya adalah penting untuk

perkembangan tubuh badan dan fizikal pelajar yang sihat.

Emosi yang stabil

Emosi pelajar perlulah stabil, peranan ibubapa dan guru ketika berinteraksi perlulah

menunjukkan contoh-contoh yang terbaik ketika berkomunikasi sesama mereka.

Kerohanian yang membanggakan

Tahap kerohanian yang dimiliki adalah tinggi

Page 24: Seni Dalam Pendidikan

Kefahaman intelek yang tinggi

Pelajar perlu mempunyai tahap intelek yang tinggi dan dapat berfikir dengan tepat

sebelum membuat sesuatu tindakan.

Perhubungan sosial yang menggalakkan

Perhubungan sesama kanak-kanak hendalah didalam keadaan yang harmoni dan

saling berinteraksi antara satu sama lain tanpa ada perbalahan

Kefahaman tentang nilai-nilai estetik

Setiap kanak-kanak perlu mempunyai kefahaman yang kuat tentang nilai-nilai estetik

yang terdapat didalam pendidikan seni visual.

Estetik

latihan-latihan perlu diperbanyakkan supaya kanak-kanak dapat mempelajari konsep

penghargaan terhadap sesuatu apa yang dilihat atau dilakukan- diterapkan kedalam

minda kanak-kanak maka konsep estetik dapat ditanam seterusnya.

Ciri-ciri Perkembangan Kanak-kanak

Perkembangan dan pertumbuhan mempunyai arah tertentu. Perkembangan dan

pertumbuhan adalah berperaturan dan dapat dianalisis, baik pada peringkat

lahir, mahupun pada peringkat sudah lahir. Perkembangan berlaku dalam dua

arah, iaitu dari kepala ke kaki (cephalocaudal) dan dari tengah ke tepi

(proximodistal).

Susunan perkembangan adalah serupa bagi semua ahli dalam satu-satu jenis.

Kanak-kanak berkembang secara berperingkat.

Perkembangan berlaku daripada kedaan yang menyeluruh kepada keadaan

tertentu.

Perubahan bersifat kualiti tidak dapat diukur secara tetap tetapi dapat dilihat

daripada perubahan sifat.

Page 25: Seni Dalam Pendidikan

Proses perkembangan berterusan iaitu daripada permulaan hingga akhir hayat,

iaitu peringkat matang.

Ia timbul daripada tindakan saling berkait antara pertumbuhan fizikal dan

pembelajaran.

Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran

Ciri-ciri Perkembangan dan Ciri-ciri Ekspresi

Beri peluang untuk bekerja dengan berbagai bahan,cara dan teknik kanak-kanak

dapat meneroka secara kreatif dengan variasi yang tidak terhad dan tidak

terkongkong.

Aktivti seni juga mudah direka bentuk untuk mendekati keperluan dan naluri ingin

tahu kanak-kanak. spt menyentuh, menguling, menguli, meramas, menggosok,

mendengar, mengesan bunyi, menghidu, meniru aksi untuk mengenal sesuatu.

aktiviti seni juga mudah dilaksanakan ketika bermain dan boleh dikaitkan dengan

sesuatu yang digemari dan diminati.

Kreativiti

Proses kreativiti boleh melibatkan:

Perasaan dalaman kanak-kanak, imaginasi dan kreativiti

Pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan tindakan yang diambil.

Kebolehan kanak-kanak meluahkan perasaannya secara lahiriah

Pemahaman

Aktiviti Pergerakan

Memahami asas-asas pergerakan seperti penggunaan ruang, masa, Imbangan

berat badan dan daya atau aliran.

Aktiviti Bermain

Page 26: Seni Dalam Pendidikan

memperkembangkan konsep pembentukan kendiri, seperti meningkatkan

kefahaman dari segi emosi. Sosialisasi, kebudayaan, fizikal, rohani dan nilai-nilai

murni.

Lagu

Di dalam lagu kanak-kanak akan dapat menambahkan keyakinan diri .

Aktiviti Lakonan

dapat memahami sesuatu konsep dengan lebih jelas lagi -menjadikannya

sebagai seorang yang kreatif, inovatif, bertangungjawab dan dapat membina

sosialisasi dengan lebih baik serta dapat mengawal emosi dengan sempurna

dan berkeyakinan tinggi.

Konsep kesedaran sendiri

Memberi dorongan, bantuan, dan sokongan kepada usaha pembelajaran

Memberi bimbingan yang wajar dengan membentulkan kesilapan pelajar dalam

proses pembelajaran

Mengajar pelajar mengikut cara kebolehan mereka supaya mereka sentiasa

menikmati pengalaman berjaya dan seterusnya meningkatkan perasaan

penghargaan kendiri dan keyakinan.

Menerima pelajar-pelajar sebagai sebahagian dirinya

Menggalkkan interaksi positif dikalangan rakan sebaya.

Memberi peluang kepadanya memainkan peranan yang penting

Memupuk nilai-nilai yang baik daripada rakan sebaya dan guru.

Page 27: Seni Dalam Pendidikan

Topik 3

DERIA DAN SENI

Perkembangan Kepekaan Deria

Pelajar mula mendapat kematangan dalam perkembangan kepekaaan deria

semasa ia masih bayi lagi iaitu ketika berumur 0-2 tahun. mula matang ketika

berumur 6-12 tahun.

Sentuhan biasanya dilakukan dengan menggunakan jari. Ini merupakan aspek

perkembangan psikomotor yang mula-mula diperolehi oleh kanak-kanak.

Sebelum kanakkanak itu mula untuk berbahasa.

Mendengar 

melibatkan deria telinga. Untuk aktiviti yang dijalankan pada deria ini lebih

menumpukan kepada persoalan apa yang mereka dengan?

Melihat 

menggunakan deria mata yang mengakibatkan pengamatan dan pemerhatian.

Rasa 

merupakan gerak hati atau kata hati pelajar. Membuat sesuatu persepsi dengan tepat.

Persepsi bermaksud seseorang membuat interpretasi atau memberi makna kepada

rangsangan yang diterima oleh derianya.

Terdapat dua prasyarat bagi pembelajaran pergerakan:

1. Pelajar mesti mempunyai sikap dan tujuan yang positifterhadap aktiviti

pembelajaran.

2. Dalam proses pembelajaran, pengetahuan yang sedia ada dalam struktur

kognitif pelajar harus digunakan untuk mengaitkan dengan pelajaran baru.

Page 28: Seni Dalam Pendidikan

Hidu 

lebih menekankan kepada aspek penanggapan dengan penekanan kepada strategi:

Kebolehan Mental Pelajar

setiap pelajar mendapat pembelajaran optima mengenai konsep yang diajar oleh

guru

Pendekatan Pengajaran

untuk membentuk penanggapan yang baik.

Pendekatan Inkuiri Penemuan

Pelajar mencari maklumat sendiri mengenai konsep melalui situasi penyelesaian

masalah. Pelajar akan berfikir dan menaakul secara mental dengan

menggunakan organ deria untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Pendekatan Resepsi

Guru menyampaikan maklumat mengenai konsep secara langsung dengan

bergantung kepada pelajar.

Pendekatan Deduktif

Guru menghuraikan prinsip dan cirri-ciri penting dalam sesuatu konsep dengan

dikiuti dengan contoh-contoh spesifik yang mengukuhkan konsep tersebut.

KEPENTINGAN KEPEKAAN DERIA

Pancaindera ( telinga ) –Pemprosesan kognitif

Gambar kereta ( alam sekitar )

Otak manusia (pengamatan) ( apabila kereta berlanggar)

Manusia sakit (penanggapan) konsep.

Persekitaran

Persekitaran memainkan peranan penting dalam meningkatkan lagi perkembangan

deria pelajar.

(a) Aspek Fizikal

o Cahaya-dapat menerangi ruang bilik darjah.

o Peredaran Udara-menimbulkan suasana pembelajaran dan keselesaan

pelajar.

Page 29: Seni Dalam Pendidikan

o Stor-tempat penyimpanan alat dan bahan serta hasil kerja murid sama

ada dalam bilik stor atau almari.

o Panel dan Rak Pameran-untuk tujuan mempamerkan hasil kerja murid.

o Perabot

o Kemudahan Asas

o Sinki dan punca elektrik dipasang ditempat yang sesuai.

(b) Aspek Emosi

o Hiasan Dalaman - menggalakkan lagi interaksi pelajar

o Ruang - menimbulkan suasana pengajaran pembelajaran yang selesa

dan kondusif

o Peragaan Hasil Kerja - dapat membina keyakinan dan kepuasan pelajar

dalam menghasilkan kerja seni.

(c) Aspek Sosial

o Interaksi Murid-dapat menggalakkan interaksi murid dengan murid dan

murid dengan guru.

o Kemudahan Aktiviti Kumpulan

Faktor yang Mempengaruhi Kebolehan Kepekaan Deria dalam Proses

Pengajaran dan Pembelajaran

o Jangkaan (rajah)

o Hubungan latar depan dan belakang

o Penumpuan

o Tempoh masa

o Tugasan jelas

o Pengalaman

o Susunan objek

Page 30: Seni Dalam Pendidikan

Proses estetik dan daya kreativiti pelajar dapat dibahagikan kepada empat iaitu

merupakan proses individu melalui penajaman daya intuisi.

Persepsi-Persepsi merupakan satu proses kesedaran dan reaksi individu

terhadap rangsangan. Faktor-faktor yang mempengaruhi Persepsi

o Jangkaan

o Hubungan latar depan dan belakang

o Penumpuan

o Tempoh masa

o Tugasan jelas

o Pengalaman dan

o Susunan objek

Imaginasi - Merupakan daya khayalan atau kemampuan menggambarkan

sesuatu.

Konsepsi pelajar - Proses pembentukan konsep adalah untuk menyesuaikan

maklumat dalam rangsangan untuk membina perhubungan yang mempunyai

perkaitan dalam bentuk konsep.

Penggabungjalinan

Penggabungjalinan bermaksud proses mengintergrasikan berbagai-bagai kemahiran

untuk menghasilkan satu pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh serta

mengelakkan bosan.

Ciri-ciri Penggabungjalinan

a) Ia merupakan integrasi beberapa kemahiran yang terdapat dalam satu-satu

kemahiran iaitu gabungan kemahiran fokus dan kemahiran sampingan

b) Proses penggabungjalinan berlaku di antara kemahiran yang berkaitan dengan

secara bersepadu serta menyeluruh.

Kemahiran belajar untuk belajar- salin nota, ringkasan dll

Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis

Kemahiran pelbagai kecerdasan

Page 31: Seni Dalam Pendidikan

Kemahiran generik-kem komunikasi,IT,kerja dlm kumpulan dll

Kebaikan Penggabungjalinan dalam Pengajaran

Sebagai pengukuhan kepada kemahiran yang telah diperolehi daripada mata

pelajaran lain.

Kemahiran sampingan yang terdapat dalam penggabungjalinan dapat membantu

penguasaan kemahiran fokus sebagai yang dikehendaki dalam objektif

pengajaran dan pembelajaran.

Pelajar berpeluang untuk menyatupadukan kem-kem yang perlu dalam

kehidupan.

Penggabungjalinan berkeupayaan menimbulkan suasana pembelajaran yang

menarik dan mengelakkan kebosanan.

Menggalakkan proses pertumbuhan dan perkembangan pelajar secara

seimbang, harmonis dan bersepadu.

Page 32: Seni Dalam Pendidikan

Topik 4

PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL

Pendidikan Seni visual di sekolah rendah menjurus kepada seni tampak-bidang

Melukis dan membuat gambar

Membuat rekaan corak

Membentuk dan membuat binaan

Kraf tradisional

Estetika dalam Pendidikan Seni Visual

Peniruan (menterjemah secara langsung objek) sebagai Representasi Gambar

dan Imej.

Ekspresi dalam Perasaan dan Emosi – sedih , gembira.

Menggunakan Kaedah Formalistik - penguasaan unsur-unsur seni seperti

garisan, warna, ruang, jalinan, bentuk, dan rupa.

Keaslian- keunggulan idea atau gagasan

Unsur Seni

(a) Garisan

(b) Warna-Warna terdiri daripada:

1. Warna asas - biru, merah dan kuning

2. Warna sekunder- kuning dicampur biru=hijau. Merah dicampur biru = ungu ,

kuning dicampur merah = oren

3. Warna tertier- Warna asas + warna sekunder.

(c) Jalinan-Jalinan ialah kesan yang terdapat pada sesuatu permukaan objek sama

ada kasar, halus, kesat dan sebagainya. Jalinan wujud secara semulajadi atau

dari buatan manusia. Jalinan yang wujud secara semulajadi mempunyai fungsi

yang tersendiri dari ciptaan Yang Maha Kuasa. Jalinan terbahagi dua jenis:

(i) Jalinan tampak

(ii) Jalinan sentuh

Page 33: Seni Dalam Pendidikan

(d) Rupa-cantuman antara dua hujung garisan iaitu permulaan garisan dan

penghujung garisan. rupa organik (garisan luaran yang berbagai) dan rupa

geometri (bentuk yang khusus)

(e) Bentuk-Bentuk secara mudahnya mempunyai isipadu:

(i) Bentuk ilusi (maya) - dalam bentuk gambar, catan, foto,

(ii) illustrasi- dalam bentuk dua dimensi

(iii) Bentuk konkrit- bersifat tiga dimensi, maujud, berisipadu atau berjisim dan

mempunyai ton, warna, jalinan dan ruang bersifat tiga dimensi, maujud,

berisipadu atau berjisim dan mempunyai ton, warna, jalinan dan ruang

(f) Ruang merupakan kawasan di antara atau kawasan di sekeliling objek

Prinsip rekaan terdiri daripada:

Harmoni- situasi yang selesa

Penegasan- menarik perhatian si pemerhati

Imbangan- agihan ruang dari segi kedudukannya

Kontra- percanggahan atau perlawanan dengan ciri-ciri

Pergerakan- sebagai kekuatan imej gambar itu

Kesatuanmenimbulkan suatu tema atau keseragaman pendapat

Kepelbagaian- kombinasi dari pelbagai gagasan, nilai dan pesembahan

Page 34: Seni Dalam Pendidikan

Topik 5

PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

Definisi MuzikSatu cabang seni dan juga sains yang menggabungkan bunyi-bunyi vokal dan atau instrumental termasuk bunyi-bunyi semula jadi dari persekitaran atau rekaan dengan satu cara yang dianggap memuaskan mengikut estetika, corak pemikiran, dan emosi manusia yang juga boleh mencerminkan sesuatu budaya tertentu.

Prinsip Pengajaran dan Pembelajaran Muzik

Mengajar bunyi-bunyian dahulu sebelum tanda-tanda Mendidik pelajar dengan memberikan galakan kepada mereka supaya

memerhati, mendengar, meniru, sereta membezakan bunyi-bunyi yang didengarnya itu (kaedah penemuan kendiri).

Mengajar satu unsur muzik sahaja (melodi, harmoni, irama, ekspresi, bentuk, warna ton atau jalinan) pada satu ketika. (pembelajaran mengikut urutan).

Prinsip-psinsip dan segala teori harus diberi hanya selepas amalan praktik dijalankan (pembelajaran heuristik).

Pelajar harus diberi peluang yang mencukupi untuk mengkaji muzik dan membuat latihan-latihan (kaedah pendekatan berkonsep).

Nama-nama not untuk nyanyian dan muzik instrumental harusdiselaraskan.

Kaedah-kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Muzik

Edwin Gordon boleh dikatakan lebih diberi keutamaan kerana mengunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara berperingkat atau ‘sequential’.

Dalcroze menggunakan gerak geri tubuh badan untuk menanam kefahaman dan menimbulkan kepekaan atau sensitivity terhadap aspek-aspek muzik.

Pendekatan Carl Orff memberi penekanan kepada beranika jenis pengalaman muzikal.

Imitasi (Mengajuk Balik)Eksplorasi (Fasa Cari Sendiri)Improvisasi- Belajar dari asas ton . Skel pentatonik ialah skel yang mempunyai lima ton.Creation (Mencipta) - penciptaan dengan menggunakan bahan asas dari fasa-fasa.Literasi – menulis dan membaca nota muzik

Suzuki-menamakan kaedahnya talent education’ atau pendekatan bakat.

Page 35: Seni Dalam Pendidikan

Gordon mengutamakan prinsip ‘sound before symbol’ dimana keutamaan diberikan kepada pembelajaran permainan muzik tanpa notasi dahulu sebelum simbol-simbol muzik diperkenalkan.

Jalinan Monofoni: Apabila muzik itu hanya pada melodi sahaja iaitu tanpa ada alat iringan atau hanya mempunyai satu bunyi sahaja.

Jalinan Homofoni: Apabila melodi diringi oleh alat muzikal yang berharmoni yang mempunyai kod.

Jalinan Polifoni: Apabila satu atau dua melodi dibunyikan berterusan dengan menggunakan alat iringan.

Tiga komponen besar dalam pendidikan muzik.

Kemahiran Muzikal Nyanyian Kemahiran Muzikal Muzik dengan gerakan Kemahiran muzikal Permainan alat muzik.

Bidang nyanyian memberi penumpuan dan penegasan kepada aspek postur, pendengaran, sebutan, pernafasan dan teknik pengeluaran suara.

Muzik dengan pegerakan memberi peluang kepada pelajar menggunakan tubuh badan sebagi respon kepada muzik.

Permainan alat muzik melatih pelajar dalam kordinasi mata, pendengaran dan psikomotor melalui penglibatan pelajar dalam kegiatan permainan alat muzik.

Page 36: Seni Dalam Pendidikan

Topik 6

Pengetahuan asas dalam pergerakan

PERGERAKAN ASAS

Proses yang memandu pelajar untuk memperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah dan improvisasi dengan menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti. Manakala pendidikan pergerakan ditakrifkan sebagai belajar untuk bergerak dan bergerak untuk belajar.

Dibahagikan kepada dua kategori iaitu :

a) Pergerakan kreatifb) Gimnastik

Penekanan kepada aspek-aspek berikut:

i. Ritma asasii. Ritma kreatifiii. Lagu pergerakaniv. Permainanv. Kemahiran gimnastik

Pergerakan asas :

i. Berjalanii. Berlariiii. Berlompativ. Memintalv. Berpusingvi. Meregang vii. Menguncup

Pergerakan Bukan Lokomotor :

i. Membongkokii. Meregangiii. Memulasiv. Berpusingv. Mengangkat badanvi. Merebah

Page 37: Seni Dalam Pendidikan

vii. Menghayun

Pergerakan Lokomotor

i. Berjalan - pergerakan merentasi ruang dengan memindah-mindahkan berat badan dari satu kaki ke kaki yang lain.

ii. Berlari - kaki tidak menahan berat badan kerana kaki dan seluruh anggota terangkat daripada mencecah bumi

iii. Meloncat - ketika berlari pergerakan buku lali dan lutut menjadi lebih kerap supaya lebih banyak pergerakan meninggi dapat dicapai.

iv. Melompat - pergerakan yang mengangkat badan ke udara daripada tempat berpijak dengan tolakan / lonjakan sebelah atau kedua-dua belah kaki.

v. Melompat Ketingting-Melompat menggunakan sebelah kaki sahaja. Selepas itu, kaki yang sama akan mendarat semula. Lutut kaki yang tidak digunakan hendaklah dibengkokkan supaya kakinya tidak mencecah tanah. Kaki didaratkan di atas ibu jari dahulu, kemudian hujung tapak dan tumit di atas tanah.

vi. Galopvii. Meluncur

Nyatakan perbezaan lokomotor dengan lokomotor?

Lokomotor – Kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kasar seperti melompat, berjalan berlari dan sebagainya.

Bukan Lokomotor– Kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kecil seperti mencucuk manik, mengangkat tangan, menghayun tangan dan sebagainya.

Kemahiran Persepsi Motor

pergerakan berkordinasi – mengenalpasti arah kiri dan kanan dan boleh memahami perkaitan bentuk atau corak.

i. Mengimbang- berdiri di atas sebelah kaki atau ketingting atau berjalan di atas palang pengimbang.

ii. Kesedaran Badan- Kesedaran badan merupakan persepsi tentang diri sendiri: “Berapa carakah boleh anda gerakkan kepala anda?” atau “Bolehkah anda menyentuh kaki kiri anda dengan tangan anda?”

Page 38: Seni Dalam Pendidikan

iii. Kesedaran Ruang- boleh menyedari tentang keadaan zahir tubuh badan mereka yang sebenarnya. Guru menyuruh pelajar melunjurkan kaki dan tangan yang boleh dilunjurkan ke hala semua arah.

iv. Kesedaran Hala Datar (Laterality) - kordinasi bahagian kiri dan kanan tubuh badan atau pergerakan yang bertentangan pelajar disuruh menelentang di lantai dan menggerakkan kaki serta tangan membentuk gerakan membulat.

v. Kesedaran Arah - menyedari arah ke kiri, kanan atas, bawah hadapan dan belakang di dalam ruang persekitarannya. pelajar dapat membiasakan dan menyesuaikan pengalaman yang diperlukan apabila memerhati baris-baris perkataan semasa membaca.

vi. Kordinasi Tangan-mata atau Kaki-mata - interaksi yang licin di antara kumpulan-kumpulan otot imbangan yang sempurna dan turutan jangkaan yang betul cth main bola.

Kemahiran Manipulatif

penggunaan anggota badan untuk mengawal, menangani atau mengawasi sesuatu objek seperti membaling, menyambut, memukul, menendang atau menyepak, menggelecek.

PENDIDIKAN PERGERAKAN

belajar sambil bergerak – psikomotor, kognitif dan afektif.

Hubung kait motor-penglihatan

i. Menangkap bolaii. Melambungkan bola melalui gelung rotaniii. Menggelecek bola hoki

Pemindahan motor-penglihatan

i. Mengulang semula sesuatu pergerakanii. Melakukan kedudukan pergerakan seperti yang terdapat di dalam sesuatu

gambar.iii. Membaca dan melakukan pergerakan seperti yang terdapat di dalam sesuatu

arahan

Page 39: Seni Dalam Pendidikan

Hubung kait motor-pendengaran

i. Menari mengikut muzik.ii. Melahirkan pergerakan kreatif mengikut muzik seperti pic yang berbunyi rendah

dan kuat yang digambarkan dengan langkah yang kuat dan badan yang direndahkan.

Penukaran motor-pergerakan

i. Mendengar dan melakukan arahanii. Melahirkan urutan ritma seperti bertepuk atau mengetuk mengikut irama

Hubung kait motor kinestatik

i. Aktiviti penyedaran tubuh badanii. Aktiviti mengimbangkan badan.

Hubung kait motor-taktile

i. Memanjat (jungle gym)ii. Merangkak menerusi terowong.

Gimnastik Pendidikan

(a) Pengalaman Lantai- Pergerakan tanpa menggunakan alatan dengan menumpukan aksi-aksi satu bentuk paduan spt mengguling.

(b) Pengalaman Peralatan - menggunakan peralatan-peralatan gimnastik seperti palang imbangan, palang selari, peti pelana dan gelang

Gimnastik Irama

kemahirannya dilakukan secara beransur-ansurmdan kemudiaan diikuti dengan iringan irama muzik. Jenis-jenis peralatan untuk Gimnastik berirama: bola, belantan, gelung, reben, tali

Page 40: Seni Dalam Pendidikan

Gimnastik Artistik

pelajar seharusnya telah boleh menguasai semua asas gimnastik seperti

i. GulinganMengguling ialah lakuan memindahkan beban berat bahagian-bahagian anggota yang lain disekeliling suatu paksi.

ii. ImbanganKestabilan yang dihasilkan oleh pengagihan berat yang sama rata di kedua-dua belah paksi menegak, yang juga mempunyai ciri-ciri kesepaduan unsur-unsur estetik yang menarik. Sebagai contoh : aksi berjalan, berlari, melompat, mengguling, meloncat dan meluncur merupakan antara lakuan memindahkan beban yang lazim

PENDIDIKAN KREATIF

Interpretasi Idea

Gardner 1993, kreativiti adalah aspek yang penting dalam fungsi kognitif. Aspek kreatif otak ini boleh membantu menerang dan menterjemahkan konsep-konsep abstrak dengan melibatkan kemahiran-kemahiran seperti ingin tahu, penerokaan, penciptaan, kekaguman dan minat.

Mengikut Torrance (1969), ciri-ciri berikut yang terdapat pada para pelajar membantu untuk mereka belajar secara kreatif.

i. Mampu menumpukan perhatian dalam jangka masa yang lamaii. Keupayaan untuk menyusuniii. Melihat dari sudut atau perspektif yang berlainaniv. Meneroka sebelum pengajaran formalv. Menggunakan ”silence” dan ”hesitation”vi. Melihat dengan lebih dekatvii. Menggunakan fantasi dan imaginasi untuk menyelesaikan masalahviii. Bercerita dan menyanyi.

Page 41: Seni Dalam Pendidikan

Perasaan dan Tanggapan Deria

Lowenfield dan Brittain (1982) mencadangkan empat peringkat dalam perkembangan kreativiti pelajar

i. Peringkat ’scribbling’ dimana pelajar meneroka alam sekitar dengan menggunakan panca inderayang dijelmakan melalui lakaran-lakaran secara rawak. Mereka meneroka dengan warna, ruang dan bahan-bahan 3D. Lakaran ini kemudian menjadilebih sistematik dan terkawal.

ii. Pra-skema: Pelajar cuba menggambarkan pengalaman merekaiii. Skema: Pelajar meneroka cara dan kaedah baru, mencari pola untuk

menerangkan perhubungannya dengan alam sekitar. Peringkat ini pelajar telah mula menggunakan simbol.

iv. Realisme visual: Pelajar mula menyedari peranan kumpulan sosial. Menunjukkan minat untuk bekerja dan boleh mengawal perasaan dalam kumpulan yang tidak dikawal oleh orang dewasa. Lukisan menjadi lebih realistik dalam menggambarkan pengalaman sebenar.

Unsur Pergerakan

Tubuh badan, ruang, masa dan daya. Objektif pergerakan kreatif ialah:

i. Pergerakan yang bebas untuk menggerakkan anggota badaii. Mendapat pengalaman untuk meluahkan perasaan, masa, beban dan ruang

serta idea.iii. Meningkatkan tahap kesediaan.iv. Mempertingkatkan tahap interpretasi ritma dan kordinasi anggota badan.

Komponen-komponen asas pergerakan.

i. Imbangan badanii. Tenaga yang digunakan untuk bergerak.iii. Bahagian bawah anggota badan mencerminkan kekuatan tenaga badan.iv. Bahagian atas mencerminkan keringananv. Masa

Pergerakan yang cepat sedikit menggunakan masaPergerakan lambat banyak menggunakan masaKederasan pergerakan tidak semestinya berterusanHad laju atau kederasan pergerakan bolehlah dijadikan sebagai rentak, beat atau pulse.

Page 42: Seni Dalam Pendidikan

vi. RuangMerupakan lingkungan pergerakan samada lingkungan umum (personal space) atau lingkungan kendiri (general space)Aras: tinggi, sederhana dan rendahArah: depan, belakang, sisi, atas, bawah

vii. AliranPergerakan yang dilakukan itu samada bergerak secara bebas atau terkawal.

Page 43: Seni Dalam Pendidikan

TOPIK 7

PENEROKAAN, MEMPEROLEH PENGALAMAN DAN EKSPRESI

PENEROKAAN

Menyelidik untuk mengetahui sesuatu yang belum diketahui lagi iaitu melaksanakannya dengan cara menjelajah

Guru sebagai pembimbing.

Tujuannya adalah untuk menjadikan pelajar menjadi seorang yang benar-benar lebih

berimaginatif.

Meneroka Alat dan Bahan

diperingkat prakawalan boleh memulakan program latihan dengan cara berjalan-jalan disepanjang alang atau bangku yang rendah, melompat dari atas kerusi atau meja yang rendah, bergayut pada tali panjat, atau bergerak disepanjang rangka panjat.

tahap kawalan boleh memulakan dirinya untuk membuat penyesuaian menggunakan peralatan yang sebenar. Mereka boleh mencuba pelbagai cara untuk bergerak di atas palang, bergayut diatas palang atau tali, melompat dari atas meja atau kerusi, ataupun bergerak dari satu bahagian kesatu bahagian lain di atas palang bertingkat.

tahap aplikasi bolehlah mencuba berbagai cara untuk masuk ke dalam sesuatu ruang alat; melompat, melintasinya dan membuat bentuk-bentuk dengan menggunakan anggota-anggota semasa beraksi.

Meneroka Cara Pengolahan dan Manipulasi

pelajar sudah bersedia untuk meneroka cara pengolahan sesuatu aktiviti dan cuba memanipulasi tubuh mereka supaya boleh melakukan aktiviti gimnastik atau pergerakan dengan lebih mencabar lagi spt Dirian tangan, Roda kereta, Gulingan,Imbangan dan sebagainya.

Page 44: Seni Dalam Pendidikan

Meneroka Idea dan Isi Kandungan

Aktiviti Mengguling ialah lakuan memindahkan beban berat bahagian-bahagian anggota yang lain disekeliling sesuatu paksi. menggabungkan lakuan-lakuan mengguling ke dalam aktiviti-aktiviti lain seperti pergerakan lokomotor atau lakuan-lakuan menangkap dan mengguling

MEMPEROLEH PENGALAMAN

Pelbagai Strategi Memperoleh Pengalaman

persepsi, membina kosep, pemahaman, penemuan, pengetahuan, hasil, proses, kemahiran. untuk menyelesaikan masalah, membuat eksperimentasi, meneroka, mengambil risiko, mencipta secara kreatif, membuat penilaian dan bijak membuat pilihan.

Aktiviti Memperoleh Pengalaman

Permainan merupakan nilai riadah yang sungguh menakjubkan, nilai kecergasan yang tinggi dan bertindak sebagai alat yang amat ampuh untuk menyalurkan rasa ketahan semulajadi didalam jiwa pelajar didalam pelbagai peringkat.

Kepentingan Pengalaman Secara Langsung

kemahiran membaling dan menangkap pundi kacang dipraktik dalam kemahiran menangkap dan membaling bola.

i. Pengalaman Kemahiran Permainan Tak Varian Pelajar diperlukan untuk meramal arah tuju bola atau pundi-pundi kacang atau arah tuju pergerakan lawan.

ii. Pengalaman Kemahiran Permainan Dinamik Apabila pelajar sudah memperolehi kemahiran yang membolehkan mereka bermain dengan cekap mereka haruslah diberi peluang untuk mempraktikkan kemahiran mereka itu dalam kedaan serupa seperti dalam keadaan permainan yang sebenarnya.

iii. Pengalaman Bermain PermainanDengan adanya aktiviti bermain boleh membantu mereka menghayati rasa keseronokkan, kepuasan, kegembiraan dan kejayaan.

Page 45: Seni Dalam Pendidikan

Ciri-ciri generik tahap kemahiran

i. Tahap Prakawalan Pelajar mengahadpi masalah mengulangi sesuatu pergerakan yang

berkesan secara berturut-turut. Pola perlakuan mereka berubah-ubah dari satu percubaan ke satu percubaan.

Pelajar melakukan pergerakan secara keterlaluan dan tidak cekap semasa mempraktikkan kemahiran.

Pergerakan pelajar nampak janggal dan lazimnya bertentangan dengan kaedah praktik kemahiran yang sebenar.

Kejayaan sering dikaitkan dengan nasib dan bukan dengan kesungguhan usaha dan bimbingan.

Apabila pelajar berlatih menggunakan peralatan, perlakuan mereka nampak seolah-olah dikuasai oleh peralatan.

ii. Tahap Kawalan Pergerakan pelajar lebih tertib, terkawal dan nampak lebih mengikut

kehendak mereka. Pergerakan pelajar lebih tekal dan pola pengulangannya agak serupa. Pelajar lebih kerap mempraktikkan kemahiran dengan betul. Percubaan pelajar untuk menggabungkan antara satu jenis pergerakan

dengan yang lain atau mempraktikkan sesuatu kemahiran dalam hubungannya dengan objek atau dengan rakan pemain, biasanya tidak terhasil.

Oleh sebab sesuatu pergerakan itu masih belum dapat dipraktikkan secara automatik, pelajar perlu menumpukan perhatian yang lebih kepada apayang sedang dilakukannya.

iii. Tahap Penggunaan Dengan penumpuan, lakuan-lakuan pergerakan dapat dipraktikkan

dengan jaya. Walaupun konteks tugas berubah-ubah, pelajar masih mampu

melaksanakan kemahiran dengan betul Pelajar sudah berupaya untuk mengawal kemahiran mereka dalam

situasi-situasi yang boleh diramal. Mereka boleh mempraktikkan secara tekal.

Pelajar mampu mempraktikkan dengan baik kemahiran-kemahiran kompleks yang terdiri daripada gabungan beberapa kemahiran.

iv. Tahap Kecekapan

Page 46: Seni Dalam Pendidikan

Kemahiran hampir dapat dipraktikkan secara otomatik dan pola-pola perlakuan sudah menjadi hampir sama.

Pelajar berupaya memberi tumpuan ciri-ciri yang berada di luar jangkaan dalam konteks permainan, namun masih mampu mempraktikkan kemahiran mengikut hasrat hati.

Pergerakan dilakukan dengan mudah dan bersahaja seolah-olah tanpa perlu banyak usaha.

Pelajar memperlihatkan keupayaan mengubahsuai perlakuan mereka selaras dengan kehendak-kehendak situasi, baik yang terancang mahupun yang tidak terancang.

EKSPRESI

Seni dalam pendidikan menyediakan matlamat yang menarik dengan memberi peluang kepada pelajar untuk menemui potensi ekspresif diri melalui pekataan, bunyi, pergerakan dan visualnmereka. Pelajar akan meluahkan pandangan mereka dengan cara yang seakan-akan sama dengan apa yang dialami dan difahami oleh orang lain.

Bentuk Ekspresi :

a. Perasaan hasil luahan daripada hati

b. Lisan Arahan yang dikemukakan secara lisanperlulah difahami dengan sebaik mungkin agar dapat difahami dengan jelas dan tidak disalah ertikan

c. Reaksi Apabila melihat sesuatu masalah pelajar akan dapat membuat tindakan yang tepat akibat daripada latihan dan pengalaman yang telah diterima

d. Emosi menggalakan pelajar untuk menyertai aktiviti-aktiviti permainan supaya ia boleh mencetuskan suasana keriangan, bebas daripada tekanan emosi dan membina kecekalan dlam menghadapi persaingan dan cabaran.

e. Bukan Lisan- Segala arahan-arahan yang bukan lisan dan gambaran-gambaran yang diperolehi akan ditafsirkan dengan sebaik mungkin agar tidak disalah tafsirkan.

f. Idea

Page 47: Seni Dalam Pendidikan

Semua idea-idea dan kebolehan menjana minda ( Kem berfikir ) perlulah digunakan didalam melaksanakan ekspresi pelajar.

g. MenggambarDengan mengadakan aktiviti menggambar membolehkan pelajar itu mengalihkan tumpuannya kepada kertas yang ada dihadapannya. Semasa aktiviti menggambar segala masalah yang ada akan dipindahkan dari dalam minda ke atas kertas.

h. MenghasilkanSetiap apa yang dihasilkan baik berdasarkan aktiviti menggambar, kemahiran berfikir, arahan lisan dan bukan lisan serta perasaan adalah merupakan ekspresi diri pelajar dalam melaksanakan sesuatu perkara.

Unsur Perasaan dalam Ekspresi

reaksi badan terhadap rangsangan yang ia tidak bersedia menghadapinya atau yang memberikan sumber manfaat dan kerugian yang mungkin kepada seseorang. ibu bapa dan guruguru yang menjadi model, penguatkuasa dan penilai terhadap pembentukan tingkah laku.

Penyampaian yang Berekspresif

guru mahu pun oleh sekolah perlulah bersifat berekspresif. Untuk itu gaya pembelajaran perlulah dirangsangkan pada setiap pelajar:

i. Rangsangan persekitaran (cahaya, bunyi, suhu, susun aturbilik)ii. Rangsangan emosi (motivasi, keazaman, tanggungjawab,struktur)iii. Rangsangan sosiologi ( diri sendiri, pasangan, rakan sebaya, kelompok)iv. Rangsangan fisiologi (kekuatan persepsi yang merangkumi auditori, visual,

kanestetik, makanan/minuman, waktu belajar, pergerakan)v. Rangsangan psikologi (analitik atau global, pemproses otak kiri dan kanan, dan

impulsif atau reflektif)vi. Aktiviti - melaksanakan permainan yang bersifat koperatif dan sukan

Definisisatu cara untuk menyelesaikan masalah dan ia sentiasa berkaitan rapat antara satu sama lain tanpa ada yang menimbulkan masalah.

Page 48: Seni Dalam Pendidikan

Kelebihan :

i. Mempunyai Semangat Saling Bergantungmempunyai semangat saling bergantung ke arah mencapai prestasi yang cemerlang

ii. Kemahiran Sosial yang Penting untuk Berkomunikasimempunyai kemahiran sosialisasi yang baik dengan tidak mengira agama, bangsa, jantina dan budaya.

iii. Kesedaran akuntabiliti individu –sedar tanggungjawabnya terhadap prestasi semua anggotanya.

iv. Penilaian kumpulan dijalankan dari semasa kesemasa untuk memastikan kelancaran aktiviti.

v. Perkara-perkara kecil yang terpencil dan terasing tetapi penting dapat digabungkan dalam proses pembelajaran.

vi. Dapat mewujudkan suasana yang dinamik dan interaktif dalam sesuatu proses pembelajaran pelajar.

vii. Menyerapkan pengetahuan serta kemahiran dan aktiviti yang tidak dapat wujud sebagai satu mata pelajaran.

Tujuan :

i. Penghubungkaitan merupakan satu jaringan yang saling berkait antara satu sama lain dr segi kemahiran pada setiap mata pelajaran

ii. Memudahkan pelajar untuk mengingat – pengurusan grafikiii. Melatih minda pelajar supaya sentiasa kreatif dan aktifiv. Pembelajaran berkesan

PENGHUBUNGKAITAN SENI VISUAL, MUZIK DAN PERGERAKAN DENGAN MATA PELAJARAN LAIN

a. Menghubungkait Pengetahuan dalam Berbagai Mata Pelajaran - untuk mencapai satu matlamat.

b. Menghubungkait Kemahiran dalam Berbagai Mata Pelajaranc. Hasil Pembelajaran - sesuatu pembelajaran itu akan menjadi lebih efektif

PERANAN GURU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

i. guru perlulah merancang topik, objektif, isi, cara penyampaian dan penilaian yang bersesuaian dengan kebolehan sedia ada serta minat pelajar.

Page 49: Seni Dalam Pendidikan

ii. guru sebagai motivatoriii. fasilitasi – kemudahan yg membolehkan pelajar belajar dgn selesa.iv. penyampaian pengukuhan – merangsang minda pelajar – t/laku +ve

Bahan pembelajaran yang menarik minat pelajar

Mempelbagaikan pendekatan dan strategi pengajaran

Penggunaan media

Meta Kognisi

aktiviti mental yang digunakan untuk memantau, mengawal dan merancang untuk penyelesaian masalah, kefahaman, ingatan dan proses kognitif yang lain. “Berfikir tentang berfikir”

Refleksiproses seseorang yang berusaha untuk mengingat danmerenung kembali aktiviti pendidikan yang telah difikirkan atau dialaminya :

6 peringkat Kefahaman (cetusan asas) , Tranformasi (merancang membuat tindakan seterusnya) , pelaksanaan (melaksana apa yg dirancang), penilaian (menilai tindakan) , refleksi (mengingat / merenung kembali) dan kefahaman baru(pengubahsuaian).

Pembelajaran Bestari

pembelajaran yang membolehkan seseorang pelajar menjadi cerdas dan pandai, berpendidikan, berilmu pengetahuan yang tinggi dan akan mempunyai budi pekerti yang baik.

Pendekatan :

i. Sekolah Bestariii. Penggunaan Komputeriii. Peranan Guru- mahir menggunakan alat bantuan mengajar terkiniiv. Peranan Pentadbir lebih efisien

Page 50: Seni Dalam Pendidikan

Peranan guru :

i. Peka Terhadap Persekitaran Sekolahii. Meningkatkan Pengetahuan Kerja/Tugasiii. Meningkatkan Hubungan Interpersonaliv. Membuat Refleksi Melalui Penyelidikan Tindakanv. Merebut Peluang Pendidikan Terbuka

Page 51: Seni Dalam Pendidikan

TOPIK 9

PENDEKATAN BERTEMA

Pendekatan Bertema

merangkumi koleksi bahan, aktiviti dan teknik yang disusun sekitar konsep atau tema.

alat pengelolaan kepada guru untuk menghubungkan antara mata pelajaran. membolehkan pelajar menghubungkan di antara pemahaman, sikap dan

kemahiran termasuk juga bidang-bidang kurikulum

Pemilihan dan Penentuan Tema berasaskan konsep, berasaskan kemahiran, berasaskan kandungan dan kemahiran, berfokus kepada isu, berfokus kepada projek, berorientasikan kajian kes.

Pemilihan tema perlu mempertimbangkan aspek-aspek berikut:

1. Boleh merentas semua matapelajaran2. Bersesuaian dan berkaitan dengan dengan pengalaman dan kehidupan pelajar3. Bersesuaian dengan situasi, masa atau peristiwa.4. Kemudahan untuk mendapatkan bahan dan sumber yang akan digunakan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran.5. Guru berminat terhadap tema yang dipilih.6. Pemeringkatan tema dari yang mudah kepada yang lebih mencabar

Kelebihan Pendekatan Bertema kepada Pelajar

i. untuk mewujudkan suasana yang menyeronokan dan kondusif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

ii. untuk menyemai daya imaginasi melalui penerokaan.iii. dapat meluahkan perasaan melalui pelbagai aktiviti berlandaskan pengetahuan

dan pengalaman lalu,iv. dapat menghadapi cabaranv. dapat membuat pilihan yang sesuai dan relevan dalam kehidupanvi. untuk memperbaiki kemahiran interpersonal dan intrapersonal.vii. menyemai nilai empati ,harmoni dan pemahaman sesame insan yang pelbagai

budayaviii. untuk membangunkan pembelajaran menyeluruh yang menghubungkait

pengetahuan dan kemahiran.

Page 52: Seni Dalam Pendidikan

Kekuatan Pendekatan Bertema kepada Pelajar

i. pelajar berpeluang untuk meluahkan perasaan berdasarkan pengalaman verbal dan bukan verbal sama ada berbentuk pergerakan, imej visual, prop, bunyi dan muzik berasaskan tema yang diberi.

ii. persembahan akan menjadi lebih menarik melalui pelbagai aktiviti dan kreativiti yang tinggi.

iii. pelajar lebih berkeyakinan dan pembelajaran lebih menyeronokkan.iv. berpeluang untuk menyemai dan mengaitkan idea-idea dan imaginasi baruv. dapat menilai kefahaman konsep melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankanvi. dapat menghubungkait pengetahuan dan kemahiran

Isu/Cabaran Pendekatan Bertema kepada Pelajar

i. kecekapan guru di dalam pelbagai bidang mata pelajaranii. untuk membentuk jaringan ahli dalam kumpulaniii. hasil pembelajaran berbagai dalam bidang mata pelajaran yang berbeza-beza.iv. sukar untuk menilai skop pemahaman yang luasv. kesukaran untuk membuat penilaian kerana kebolehan yang berbeza

Tema dengan Isi Kandungan Mata Pelajaran

Pilih tema yang berkaitan dengan kehidupan seharian anda dan cuba terokai.

Cara menjalankan Pendekatan Bertema

i. Aktiviti K-W-L. K (know) --- Apa yang saya tahu tentang tajuk ini? W (want) --- Apa yang saya ingin tahu tentang tajuk ini? L (learn) --- Apa yang saya belajar dari tajuk ini?

ii. Dapatan seorang pembentang untuk bercakap mengenai sesuatu tajuk seperti alam semula jadi, komunikasi, perakaunan, iklim, puisi dan lain-lain seperti sains, agama, moral, kemahiran hidup.

iii. Cara yang mudah untuk memulakan sesuatu unit ialah dengan membacakan sebuah cerita kepada kelas.

iv. Tunjukkan gambar-gambar atau rakaman video untuk memulakan sesuatu unitjika tajuk-tajuk itu tentang bunyi-bunyian sebuah kolej tentang gambar-gambar boleh dipamerkan di atas papan bulletin bagi menunjukkan pelbagai

Page 53: Seni Dalam Pendidikan

contoh mengenai manusia dan mesin yang berupaya mengajar atau menyatakan mesej.

v. Mainkan sebuah rakaman atau kasetvi. Dedahkan pelajar mempelajari puisi contohnya bahasa dan muzik.vii. Dedahkan pelajar membuat aktiviti pemerhatian contohnya sains dan matematik.viii. Bawa bahan bantu mengajar contoh batu karang.

Tema dengan Kemahiran

Tema yang dipilih hendaklah merupakan tema yang dapat mempertingkatkan kemahiran diri pelajar

JENIS TEMA

i. Tema-Persekitaran – Persekitaran fizikal yakni pelbagai bahan, ruang untuk bermain dan cukup masa mampu memberi kesan ke atas perkembangan kanak-kanak bermain. Persekitaran sosial dipengaruhi oleh gaya penjagaan ibu bapa, interaksi dengan rakan sebaya serta sokongan

ii. Persekitaran- Alam Semulajadi – peranan dan kefahaman tentang persekitaran alam semula jadi yang meliputi segala aspek yang berada dipersekitarannya, tempat dan habitat semua hidupan tingal dan berinteraksi antara satu sama lain dalam ekosistem yang seimbang

iii. Tema dan Masyarakat – penekanan terhadap manusia, sosial dan budaya.

iv. Tema Komunikasi – Komunikasi merujuk kepada perlakuan tindak balas seseorang atau lebih untuk menghantar dan menerima berita yang berlaku dalam konteks mempunyai kesan dan memberi sedikit peluang untuk maklum balas. Verbal ( dlm bentuk bahasa ) bukan verbal ( isyarat)

Page 54: Seni Dalam Pendidikan

TOPIK 1O

INTEGRASI

Berbagai Pengertian Integrasi

Psikologi

bahawa individu itu adalah insan total dan segala unsur perkembangan pelajar yang mengandungi aspek-aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial sentiasa berkait rapat dan saling bergantung antara satu sama lain.

Sosiologi

perhubungan antara personaliti dengan personality seperti antara seseorang pelajar dengan seseorang pelajar, dan antara pelajar dengan guru.

Pedagogi

kaedahdan teknik mengajar yang meliputi pelbagai isi pelajaran dan kemahiran melalui unit pembelajaran dan bidang pelajaran yang khusus untuk tujuan membantu dalam pendekatan menyelesaikan masalah sebagai satu cara belajar.

Berbagai Jenis Integrasi

Penggabungjalinan

proses mengintegrasikan pelbagai bidang kemahiran bagi mewujudkan suatu pelajaran yang integratif dan menyeluruh.

Jenis-jenis Penggabungjalinan

i. Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaranii. Penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain ke dalam sesuatu

mata pelajaran.iii. Penggabungjalinan kemahiran secara merentas kurikulum

Page 55: Seni Dalam Pendidikan

Penyerapan

proses menyebati dan menyatupadukanpengetahuan atau unsur isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran ain ke dalam isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar.

Ciri-ciri Penyerapan:

i. Ia mengandungi beberapa unsur ilmu pengetahuan daripada berbagai-bagai pelajaran.

ii. Unsur-unsur ilmu pengetahuan ini diserapkan secara bersepadu dalamsatu mata pelajaran.

iii. Bilangan mata pelajaran yang digunakan dalam proses penyerapan adalah fleksibel.

iv. Organisasi unsur-unsur isi kandungan bergantung kepada unsur utama dan unsur sampingan. Walau bagaimanapun, unsur utama tetap diberi penekanan yang lebih.

v. Proses penyerapan berlaku secara serentak dengan proses penggabungjalinan. Unsur-unsur isi kandungan boleh diserapkan ke dalam aktiviti penggabungjalinan berbagai-bagai kemahiran seperti membaca, menulis dan mengira.

Penerapan

satu proses menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Nilai-nilai yang dimaksudkan ialah nilai-nilai murni, nilai kewarganegaraan, nilai kemasyarakatan, nilai alam sekitar, nilai kemanusiaan, ketuhanan dan sebagainya.

i. Pendekatan implisit penerapan secara x langsung. Contohnya Guru berpakaian kemas, jujur, amanah, tepat masa dll.

ii. Pendekatan eksplisit mengadakan suatu peraturan, arahan, pekeliling dan sebagainya yang bertulis tentang sesuatu perkara yang diharapkan dan yang tidak diharapkan.

Pemulihan

untuk membantu pelajar yang mengalami masalah pembelajaran yang tertentu khususnya dalam kemahiran asas 3M.

Page 56: Seni Dalam Pendidikan

Pengayaan

aktiviti untuk pelajar yang pencapaiannya melebihi sederhana atau pintar cerdas.

i. Berbentuk Pengukuhanii. Berbentuk Perkembangan – lebih kompleksiii. Pendekatan Integrasi - Adaptasi ke dalam kurikulum yang ada (sains + PJK ) dan

Membina kurikulum baru kesihatan + PJ = PJK

Kelebihan Integrasi

i. Mempunyai kepelbagaian dan keseragaman aktiviti dalam bentuk unit-unit kerja.ii. Mempunyai ruang untuk menampung kepelbagaian akitiviti seni dalam

pendidikaniii. Mempunyai ruang untuk menampung skop perpaduan yang luas.

Intergrasi Seni Visual, Muzik dan Pergerakan

i. Aspek Psikologi akan memberi kesan yang impak kepada minda dan tubuh pelajar.

ii. Aspek Sosiologi Integrasi antara personality Integrasi antara individu dengan agensi-agensi masyarakat Integrasi di kalangan pelbagai institusi masyarakat.

iii. Aspek Pedagogi Berkait dengan prosedur mengajar – mengembang konsep dan

pemahaman terhadap unit-unit. Melibatkan perhubungan antara dua atau lebih bidang pelajaran:

INTEGRASI SENI VISUAL, MUZIK DAN PERGERAKAN DENGAN MATA PELAJARAN LAIN

1. Matematik – muzik, seni , pergerakan2. Sains - banyak didapati aktiviti Seni visual iaitu melukis.Muzik dgn lirik lagu3. Kajian Sosial – Muzik : lagu patriotik , Seni : melukis

Page 57: Seni Dalam Pendidikan

PERANCANGAN DAN PENILAIAN

1. Pengurusan (Tenaga Kepakaran, Jadual, Komunikasi antara Berbagai Pihak)2. Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran – perlu teliti dan rapi ada 3 fasa :

Fasa sebelum pengajaran- penentuan kem.,teliti kebolehanpelajar., tentukan pendekatan, kaedah, strategi,teknik p&P, pemilihan sumber

Fasa semasa pengajaran – pelaksanaan pend. Strg, kaedah dan teknik., pengurusan kelas , npenggunaan ABM , penilaian.

Fasa selepas pengajaran – penilaian pencapaian, penganalisisan maklum balas.

Penilaian Pendekatan Integrasi

i. Penilaian FormatifPenilaian ini berlaku secara berterusan semasa pengajaran dan pembelajaran sedang berjalan.

ii. Penilaian SumatifSetelah satu tempuh pembelajaran tertentu, contohnya setelah satu semester, satu penggal, setengah tahun atau satu tahun penilaian akan dilakukan. Penilaian ini akan mengukur pencapaian terhadap objektif yang lebih luas meliputi keseluruhan tajuk yang diajar dalam satu jangka waktu tertentu yang lebih panjang.

Rancangan Pelajaran Tahunan

Rancangan pelajaran Tahunan mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Rancangan Pelajaran Harian

Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif, cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif tercapai.

Page 58: Seni Dalam Pendidikan

Adaptasi ke dalam kurikulum yang ada

Sesuatu perkara yang diintergrasikan kedalam mata pelajaran yang sedia ada.

Membina kurikulum baru

Mata pelajaran yang baru akan diwujudkan dengan didalamnya mengandungi unsur-unsur yang hendak diintegrasikan.