seni dalam pendidikan

11
SENI DALAM PENDIDIKAN 1.0 Pengenalan Mengikut Kamus Dewan Edisi baru, seni didefinisikan sebagai karya ( sajak, lukisan, muzik dan lain-lain ) yang diciptakan dengan bakat, kebolehan mencipta sesuatu yang indah. Secara tidak langsung mengakui bahawa untuk menghasilkan sesuatu produk seni, bakat, kebolehan dan penghayatan serta pemahaman yang jitu amat penting. Kebolehan adalah sesuatu yang mampu dipelajari dan dibentuk manakala bakat pula adalah sesuatu yang berdiri dengan sendiri hasil daripada kurniaan Ilahi. Kedua-dua ini saling berkait rapat di dalam menghasilkan sesuatu produk seni yang mempunyai nilai estetika yang tinggi. Dipandang daripada sudut agama, Imam Muslim melalui penulisan kitabnya, Kitab Al- Iman, menjelaskan tentang kesenangan estetik dan konsep keindahan sebagai pertemuan antara seseorang yang mempunyai pengetahuan terhadap mesej atau objek yang ditemui. Dalam erti kata lain, Muslim menjelaskan seni itu sebagai suatu bentuk ilmu ( pengetahuan ) di mana seseorang yang mempunyai ilmu ataupun pengetahuan seni tersebut akan mencipta serta melahirkan manifestasi pemikiran dan perasaannya terhadap sesuatu objek yang dihayatinya

Upload: nor-amani-mohd-zin

Post on 26-Dec-2015

15 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

SDP

TRANSCRIPT

Page 1: Seni Dalam Pendidikan

SENI DALAM PENDIDIKAN

1.0  Pengenalan

 Mengikut Kamus Dewan Edisi baru, seni didefinisikan sebagai karya ( sajak,

lukisan, muzik dan lain-lain ) yang diciptakan dengan bakat, kebolehan

mencipta sesuatu yang indah. Secara tidak langsung mengakui bahawa untuk

menghasilkan sesuatu produk seni, bakat, kebolehan dan penghayatan serta

pemahaman yang jitu amat penting. Kebolehan adalah sesuatu yang mampu

dipelajari dan dibentuk manakala bakat pula adalah sesuatu yang berdiri

dengan sendiri hasil daripada kurniaan Ilahi. Kedua-dua ini saling berkait rapat

di dalam menghasilkan sesuatu produk seni yang mempunyai nilai estetika

yang tinggi.

Dipandang daripada sudut agama, Imam Muslim melalui penulisan kitabnya,

Kitab Al- Iman, menjelaskan tentang kesenangan estetik dan konsep

keindahan sebagai pertemuan antara seseorang yang mempunyai

pengetahuan terhadap mesej atau objek yang ditemui. Dalam erti kata lain,

Muslim menjelaskan seni itu sebagai suatu bentuk ilmu ( pengetahuan ) di

mana seseorang yang mempunyai ilmu ataupun pengetahuan seni tersebut

akan mencipta serta melahirkan manifestasi pemikiran dan perasaannya

terhadap sesuatu objek yang dihayatinya melalui karya-karya seni, ataupun

setidak-tidaknya akan menghargai keindahan objek serta karya tersebut,

sekiranya tidak mampu menghasilkan karya seni. Ini adalah kerana seni itu

sendiri mempunyai pertalian erat di antara penggiat dan khalayak seni itu

sendiri.

Page 2: Seni Dalam Pendidikan

Menurut Herbert Read ( buku, The Meaning of Arts ) pula seni adalah

penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan

kesenangan estetik ( Art is Expression ). Kesenangan estetik di sini adalah

merujuk kepada konsep kesenangan yang terhasil kesan oleh penghayatan

terhadap keindahan seni visual. Kepuasan, kenikmatan, kesukaan dan

kegembiraan juga termasuk di dalam kesenangan ini.

2.0 Aplikasi seni dalam pendidikan

Seni merupakan sesuatu yang subjektif untuk digambarkan. Seni itu indah dan

halus. Seni bukan sahaja diaplikasikan dalam satu bidang tetapi dalam

beberapa bidang seperti seni suara, seni tari dan seni lakon. Kesemua seni

yang dinyatakan tadi merupakan seni yang memerlukan pergerakan, suara,

dan ekspresi dalam melahirkan sesuatu yang indah dari dalam diri kita. Seni

juga diaplikasikan dalam pengajaran. Pengajaran memerlukan pemahaman

dan pemahaman memerlukan tarikan yang menarik dan kreatif. Seni yang

disematkan dalam setiap pengajaran haruslah memberi satu nilai dalam jangka

masa yang panjang dan memberi impak yang positif untuk seseorang individu.

“Seni adalah hasil daripada kreatif dan kritis dari pemikiran seseorang

manusia yang diolah secara halus dan sederhana”. (Pahlawi Web Al. Mei

2007). Kenyataan tadi mendefinisikan seni sebagai satu pergerakan yang

dinamik dan pemikiran logik manusia yang diwujudkan melalui ketekunan dan

kehalusan budi yang ditentukan oleh ilmu, moral, dan ketakwaan manusia

terhadap sang pencipta. Seni juga merupakan satu disiplin ilmu yang

bersama-sama terbentuk dalam mencapai kedewasaan akhlak dan tabiat

seseorang muslimseperti jujur, rajin , taqwa serta sabar. Apabila dasar

pembelajaran seni ini diterapkan, pembelajaran menjadi lebih lengkap dari

pelbagai aspek.

Page 3: Seni Dalam Pendidikan

Seni dalam pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan ianya

menggabungkan tiga elemen penting. Elemen-elemen tersebut ialah seni

visual, seni pergerakan dan juga seni muzik. Dalam seni visual ianya lebih

melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan melibatkan penggunaan ruang

dalam sesuatu aktiviti dan seni muzik pula lebih kepada interpretasi seseorang

terhadap muzik yang didengari. Warna merupakan elemen yang penting dalam

kehidupan. Tanpa warna kehidupan akan menjadi tidak bermakna. Semestinya,

kehidupan akan menjadi bosan dan tidak menarik. Warna juga turut digunakan

dalam seni dalam pendidikan iaitu dalam komponen Pendidikan Seni Visual.

Warna memainkan peranan yang penting dalam menggambarkan sesebuah

kebudayaan, emosi. dan maksud dalam karya seni visual.

Irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Irama dapat

dinyatakan sebagai rentak yang berlaku secara berulang. Sesuatu irama itu

boleh dinikmati sewaktu kita mendengar muzik. Irama yang menarik dalam

sesuatu muzik akan mempengaruhi seseorang untuk mendengar muzik

tersebut berulang kali. Dalam kehidupan kita seharian, kita semestinya akan

menemui pelbagai irama. Sebagai contoh bunyi tapak kaki, bunyi degupan

jantung, bunyi titisan air di sinki dan sebagainya. Semua ini merupakan irama

yang wujud disekeliling kita tanpa kita sedari dan kebanyakan ianya berlaku

setiap masa.. Dalam pendidikan seni, irama digambarkan sebagai sesuatu

susunan corak yang berulang dan susunan sekata yang mewujudkan

pergerakan.

Kanak-kanak akan mula memahami sesuatu kemahiran yang berbentuk irama

sewaktu mereka melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke

kanan, menari, melukis corak dan sebagainya. Sebenarnya irama dapat

meransang minda kanak-kanak untuk memberikan tumpuan apa yang sedang

dilakukan. Tanpa kehadiran muzik, sudah semestinya sesuatu aktiviti itu

menjadi hambar dan murid akan merasa cepat bosan. Selain itu, kehadiran

Irama dalam aktiviti yang dilakukan secara tidak langsung menarik minat

kanak-kanak untuk menyertai sesuatu aktviti dengan lebih seronok dan

Page 4: Seni Dalam Pendidikan

bersemangat. Kanak-kanak akan merasa lebih seronok melakukan aktviti

seperti melompat sambil mengikut irama muzik.

Irama yang diaplikasikan dalam pengajaran akan menjadikan pelajar banyak

melakukan pergerakan dan secara tidak langsung, elemen yang ketiga

dipenuhi. Elemen-elemen seni dalam pengajaran ini menjadi satu hubung kait

yang kukuh dalam menjadikan pengajaran lebih efektif dan kreatif. Kanak-

kanak akan menjadi lebih terdorong untuk memahami sesuatu perkara secara

seronok. Kesimpulannya, guru perlu mengambil langkah dalam

memanipulasikan elemen seni dalam pengajaran supaya pengajaran mereka

akan menjadi lebih berkesan.

Menurut Kenneth M.Lansing ( 1973 ) dalam bukunya Art, Artist dan Art

Education menyatakan bahawa aktviti pendidikan seni yang wujud boleh

berfungsi sebagai satu cabang komunikasi. Kebolehan guru dalam

menyampaikan pengajaran dan menggunakan kaedah yang betul akan dapat

memenuhi keperluan. Selain itu, guru perlulah memahami dan menghayati

kurikulum dan menguasai Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual.

Kemahiran guru dalam mengolah sukatan pelajaran dengan menumpukan

kepada perkembangan pengetahuan dan peningkatan kemahiran tertentu

dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik yang sesuai. Seni

Dalam Pendidikan sebenarnya memberi peluang kepada kanak-kanak untuk

meneroka alam sekeliling mereka, yakni apa yang mereka lihat,

sentuh,bergerak dan berfikir dalam setiap aktviti pembelajaran yang mereka

lakukan. Melalui cara ini, secara tidak langsung, ia mengajar murid

untuk menguruskan sumber imaginasi, kreativiti, pemikiran, serta emosi

dengan lebih efektif dan proaktif.

3.0 Kepentingan seni dalam pendidikan kepada pendidik

Page 5: Seni Dalam Pendidikan

Seni dalam pendidikan adalah untuk membantu perkembangan menyeluruh

danseimbang setiap insan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selari

denganFalsafah Pendidikan Negara. Seni dalam pendidikan bermatlamat untuk

menyediakan guru permulaan sekolah rendah dengan pengetahuan dan

kemahiran untuk mengintergrasikan aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelbagai bidang matapelajaran

lain. Melalui aktiviti ini, ianya akan dapat mendorong kanak-kanak

menggunakan  imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan pelbagai. Integrasi

seni dalam pendidikan akan mambantu dan memudahkan lagi guru dalam

melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan

teori-teori pembelajaran dalam proses tersebut terutama di sekolah rendah. Di

antara faedah dan kepentingan seni kepada seorang pendidik seperti:

1) Melahirkan guru yang kreatif, inovatif, peka, berpesonalti yang

berketrampilan dan professional.

Menurut Leonardo da Vinci iaitu seorang seniman, jurutera, anatomis dan

saintis menyatakan bahawa dengan penghayatan seni yang betul, ianya akan

memotivasikan kita untuk menjadi seorang guru yang kreatif, inovatif,

peka,berpesonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional. Guru

yang kreatif dan inovatif mampu menarik perhatian atau tumpuan pelajar untuk

belajar dengan lebih yakin dan berkesan. Contohnya melalui aktiviti seni

visual, muzik dan pergerakan, guru dapat membantu murid-muridnya

melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran dan mendorong kanak-kanak

menggunakan imaginasi, eksperesi, inkuiri dan kecerdasan kepada murid-

murid dan ini akan lebih menyeronokkan murid-murid tersebut.

2) Membantu guru melaksanakan dengan mudah proses pengajaran dan

pembelajaran.

Seni membantu para guru dalam memahami diri dan persekitaran. Aktiviti seni

visual, muzik dan pergerakan memudahkan proses menghubungkait semua

Page 6: Seni Dalam Pendidikan

benda dalam alam ini. Dengan demikian, seni dapat membantu untuk

mengaktifkan proses pembelajaran dan perpindahan pembelajaran.

3) Guru senang mencapai objektif atau  matlamat.

Integrasi seni visual, muzik dan pergerakan dengan pelajaran yang lain

membantu dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan kanan.

QuadrantConcept (1991) oleh Hermann menunjukkan perkembangan otak kiri

dan kanan,menyatakan bahawa seni membantu pemikiran yang rasional dan

intuitif seseorang terutama untuk guru agar mereka dapat menjalankan proses

pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Justeru itu, dengan

pengetahuan tentang keistimewaan seni, guru senang mencapai objektif dan

matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran.

4) Guru dapat mempelbagaikan  teknik dan strategi dalam pangajaran dan

pembelajaran.

Dalam Teori Kecergasan Manusia, Gardner (1983) mengesyorkan bahawa

terdapat tujuh jenis kecergasan tetapi kebanyakkan sekolah memberi

penekanan kecergasan linguistik dan matematik sahaja.Kecergasan lain

mungkin akan hilang.Teori ini menyokong seni perlu diberi peranan yang

penting dalam kurikulum, ini kerana manusia memperolehi pengetahuan

melalui pelbagai kecergasan dan juga melalui perbagai teknik pengajaran.

Oleh itu, guru hendaklah menggunakan pelbagai teknik dan strategi serta

kelebihan diri untuk menggalakkan murid mencapai objektif kendiri dalam

melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan Seni

menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu. Dalam setiap kegiatan

seni perkara seperti pemupukan nilai dan pemahaman unsur seni

dihubungkaitkan dengan kemahiran asas seni. Cara bekerja yang teratur,

cermat dan selamat dalam proses membuat sentiasa ditegaskan

Page 7: Seni Dalam Pendidikan

3.0 Faedah yang diperolehi melalui pembelajaran Seni Dalam Pendidikan

ialah:-

1) Pengalaman optima melalui seni membawa kepada keyakinan diri dan

kemahiran belajar.

Selaras dengan sains dan teknologi, Seni Dalam Pendidikan dapat membantu

membina keupayaan bagi menangani perubahan pesat yang sedang berlaku

pada hari ini. Pengalaman yang diperolehi melalui seni sememangnya dapat

mempengaruhi kehidupan kita. Contohnya, dari segi warna yang kita suka dan

warna baju yang kita pakai. Warna yang lembut, terang ataupun gelap dapat

mempengaruhi emosi dan tindakan kita terhadap sesuatu perkara atau

tindakan. Apabila kita menggunakan pilihan warna yang lembut, ianya dapat

member ikeyakinan dalam diri kita. Keyakinan akan membuka minda untuk

mendapatkan kemahiran yang kita pelajari.

2) Memperkembangkan kemahiran meneroka, pengalaman dan ekspresi.

Pengetahuan tentang teori-teori kesenian dapat membantu kita

mengembangkan lagi tahap kemahiran yang sedia ada. Pengaplikasian teori

dalam pembelajaran dapat membantu kita memudahkan lagi proses

pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, warna boleh menggambarkan

peribadi dan tingkah laku seseorang individu.Justeru itu, kemahiran meramal

tingkah laku akan dapat dikenalpasti.

3) Menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.

Kreativiti semulajadi akan meransang proses pembelajaran. Ini menjurus

kepada keperluan masyarakat yang kompleks dan kompetitif.Seni banyak

dihubungkaitkan dengan personaliti, sosial, ekonomi dan kebudayaan. Oleh

itu, seni mampu mempengaruhi kita dalam membina sikap, keperibadian dan

kemahiran intelektual mengikut kesesuaian masyarakat masa kini. Seni dapat

Page 8: Seni Dalam Pendidikan

memupuk displin diri,mengukuhkan ‘esteem’ kendiri dan menggalakkan

kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih

berkesan dan berterusan dan menyeluruh. Inilah yang dikatakan seni yang

dapat menggalakan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.

4) Belajar cara belajar-aplikasi informasi secara berkesan.

Integrasi seni dengan pelajaran lain melengkapkan lagi perkembangan otak

kiri dan otak kanan, pada masa yang sama kanak-kanak belajar secara aktif

dan menyeronokkan. Melalui seni, kita dapat mempelajari cara orang lain

berfikir, bekerja dan mengekspresi kendiri. Justeru itu, seni dapat

mempengaruhi kita untuk membuat keputusan dalam pelbagai situasi.

Pemerolehan ilmu seni dapat mambantu kita belajar dengan lebih

menyeronokkan dan mampu mengembangkan potensi individu dalam

meneroka, hubungkait idea dengan objek dan di antara pemikiran dengan

perlakuan kita.

5) Penghubungkait, gerak hati, celik akal dan kecergasan “Lateral Leaps”

Bidang seni pendidikan menjurus kepada pengetahuan yang berupaya

meningkatkan kebolehan dalam memahami dengan gerak hati, membuat

taakulan,berimaginasi dan kepantasan dalam membentuk ekspresi dan

komunikasi. Seni juga adalah penghubungkait anatara kecergasan otak dan

kesan tindakan seseorang. Ianya memberi keupayaan dalam kemahiran

berfikir seperti menyelesaikan masalah, membuat analisis, sintaksis dan

penilaian melalui perasaan, ekspresi dan imaginasi

5.0 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, seni dalam pendidikan adalah sangat penting dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, pengajaran seni dalam

pendidikan dapat memupuk minat pelajar serta menjadikan proses pengajaran

Page 9: Seni Dalam Pendidikan

dan pembelajaran menyeronokkan dan tidak lagi membosankan. Oleh itu, guru

harus mengaplikasikan seni dalam pengajaran untuk memastikan

penyampaian pengajaran guru tersebut dapat merangsang kearah

pembelajaran yang berkesan. Di samping dapat mengalakkan pelajar bergerak

aktif ketika proses P&P ini berlangsung kerana tertarik dengan kaedah yang

digunakan ini.