seni dalam pendidikan

4
Permainan penting untuk kehidupan kanak-kanak kerana ia membantu perkembangan mereka. Melalui permainan kanak-kanak mempelajari cara-cara mematuhi peraturan, menyesuaikan diri, dan menyelesaikan masalah. Disamping itu kanak-kanak dapat menumpukan pemerhatian , memupuk keyakinan diri , membentuk personality positif , menerap nilai-nilai murni serta mengamalkan gaya hidup sihat dalam suasana yang mesra , selamat dan menggembirakan. Permainan di sekolah rendah boleh dijalankan di dalam dan luar kelas.Permainan boleh dijalankan di pusat pembelajaran. Guru boleh menyediakan tempat bermain tetap atau sementara mengikut tema-tema.Pelbagai bahan yang boleh digunakan oleh guru untuk merangsang murid bermain. Melalui permainan, hasil pembelajaran dalam komponen-komponen Kurikulum Prasekolah Kebangsaan iaitu bahasa dan komunikasi , perkembangan kognitif , kerohanian dan moral, perkembangan sosioemosi, perkembanagn fizikal, serta kreativiti dan estetika boleh dicapai.Aktiviti permainan boleh juga disepadukan dalam pelbagai pendekatan dan pengajaran. Diantara jenis-jenis permainan yang boleh dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran ialah Permainan air, Permainan pasir, Permainan manipulative, Permainan pondok- pondok, dan Permainan tradisional. Permainan tradisional merupakan permainan warisan nenek moyang . Kebanyakan permainan tradisional hampir dilupakan oleh masyarakat akibat kemunculan pelbagai bentuk budaya moden. Adalah menjadi tanggung jawab generasi masa kini untuk

Upload: muhamad-faez-ahmad

Post on 16-Dec-2015

224 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

good

TRANSCRIPT

Permainan penting untuk kehidupan kanak-kanak kerana ia membantu perkembangan mereka. Melalui permainan kanak-kanak mempelajari cara-cara mematuhi peraturan, menyesuaikan diri, dan menyelesaikan masalah. Disamping itu kanak-kanak dapat menumpukan pemerhatian , memupuk keyakinan diri , membentuk personality positif , menerap nilai-nilai murni serta mengamalkan gaya hidup sihat dalam suasana yang mesra , selamat dan menggembirakan.Permainan di sekolah rendah boleh dijalankan di dalam dan luar kelas.Permainan boleh dijalankan di pusat pembelajaran. Guru boleh menyediakan tempat bermain tetap atau sementara mengikut tema-tema.Pelbagai bahan yang boleh digunakan oleh guru untuk merangsang murid bermain. Melalui permainan, hasil pembelajaran dalam komponen-komponen Kurikulum Prasekolah Kebangsaan iaitu bahasa dan komunikasi , perkembangan kognitif , kerohanian dan moral, perkembangan sosioemosi, perkembanagn fizikal, serta kreativiti dan estetika boleh dicapai.Aktiviti permainan boleh juga disepadukan dalam pelbagai pendekatan dan pengajaran.Diantara jenis-jenis permainan yang boleh dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran ialah Permainan air, Permainan pasir, Permainan manipulative, Permainan pondok-pondok, dan Permainan tradisional.

Permainan tradisional merupakan permainan warisan nenek moyang . Kebanyakan permainan tradisional hampir dilupakan oleh masyarakat akibat kemunculan pelbagai bentuk budaya moden. Adalah menjadi tanggung jawab generasi masa kini untuk mempertahankan budaya warisan bangsa dan memastikan budaya ini dikekalkan.Antara tujuan diperkenalkan permainan tradisional ialah memberi keseronokan kepada murid.Memberi peluang untuk murid mengembangkan mindaMengukuhkan perhubunganpersahabatan

Membentuk fizikal yang mantap dari aspek motor kasar daan motor halus.

Menyuburkan kembali kegiatan permainan tradisional agar tidak pupus.

Teng-teng adalah permainan tradisional yang agak popular pada zaman dahulu. Permainan ini juga dikenali sebagai Ketinting. Teng-teng sebenarnya dimain oleh anak-anak perempuan tetapi kaum lelaki juga boleh bermain sama. Kanak-kanak perempuan sering memainkan permainan ini daripada kanak-kanak lelaki. kerana disebabkan permainan teng-teng ini tidak begitu lasak serta memerlukan tenaga yang banyak dan ianya hanya memerlukan pemerhatian di gelanggang yang agak kecil sahaja.Permainan tradisional rakyat ini tidak mempunyai asal usul tetapi ramai anak-anak perempuan pada hari ini masih lagi kelihatan bermain teng-teng. Teng-teng sebenarnya mudah hendak dimain. Di kampung-kampung gelanggang di buat dengan mengoreskan garisan di atas tanah sahaja, tetapi lain keadaannya pula dengan kanak-kanak yang berada di kawasan taman perumahan atau dikawasan pekan yang tiada halaman bertanah. Mereka akan menggunakan kapur tulis tepung atau apa sahaja yang dapat dilukiskan di atas jalan bertar.Teng-teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak terdiri dari dua hingga empat orang setiap gelanggang, tiada peraturan tetap dengan jumlah pemain bagi setiap gelanggang. Sekiranya melebihi dari empat pemain dalam satu gelanggang, ianya akan mendatangkan kesukaran bagi setiap pemain untuk berteng teng.Permainan teng-teng tidak mempunyai batas dalam berapa ramai orang boleh main. Ia boleh dimain oleh semua peringkat masyarakat, tidak kira mudah atau tua. Permainan ini boleh dimain secara individual ataupun berkumpulan. Jika berkumpulan, pemain-pemain boleh dicapai sehingga empat orang atau lebih. Tetapi permainan ini bagus dimain oleh empat orang supaya mereka tidak keliru apabila giliran mereka tiba.Teng-teng sekurang-kurangnya mempunyai sembilan rumah yang dilukis sendiri berbentuk kotak. Anak itu harus mencampak batu atau barang kecil ke dalam rumah bermula daripada kotak pertama. Jika campakan itu kena, pemain boleh lompat ke lapan kotak yang lain dan tidak boleh memijak kotak yang mempunyai batu itu, menggunakan satu kaki sahaja. Jika dia selesai, dia boleh campak batunya ke kotak kedua dan seterusnya sehingga habis satu pusingan.

TUJUAN PERMAINANPermainan ini bertujuan menguji kecekapan pemain mengagak jarak dengan menggunakan kaki sambil mengimbang badan. Permainan ini lebih digemari oleh kanak-kanak perempuan.

JENIS-JENIS PERMAINAN TENG-TENG (KETINTING)1) Ketinting Kapal Terbang Kanak-kanak perempuan menggemari permainan individu ini. Membuat gelanggang permainan dengan cara menggoreskan di atas permukaan tanah. Selain gelanggang, setiap pemain mestilah memiliki 'gundu' masing-masing. Melakukan penentuan giliran. Pemain pertama memulakan ting-ting. Selesai melakukan pusingan pertama, lalu mencampak gundunya di petak kedua. Giliran setiap pemain bertukar-ganti apabila pemain utama berstatus 'mati'. Pemain yang berjaya memiliki rumah paling banyak dianggap sebagai pemenang.